Selasa, 08 Oktober 2013

Komunitas Ahlul-Bait Perlak

_____________________________________________

BAHAGIAN 1

_____________________________________________


Salam Warahmatullah .... 



____________________________________

5 komentar:

  1. Syiah Di Alam Melayu.
    _______________________________________

    Kerajaan Islam yang pertama di Alam Melayu telah ditegakkan di Perlak dengan perlantikan Sultan Alauddin Sayyid Mawlana ‘Abd al-‘Aziz Shah sebagai pemerintah yang pertama. Beliau adalah putra kepada Ali Bin Muhammad Bin Ja‘far al-Sadiq (Imam Syiah ke 6). Dan kerajaan Islam Perlak adalah kerajaan Islam yang pertama di Alam Melayu yang berpegang kepada Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah.

    5 orang dari pemerintahnya menganut aliran Syiah:

    i. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abd al-‘Aziz Shah memerintah antara tahun 225 H-249H (840M-864M). Iaitu cicit kepada Imam Ja‘far al-Sadiq as.

    ii. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abd al-Rahim Shah memerintah antara tahun 249-274H (864M-888M)

    iii. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana ‘Abbas Shah memerintah antara tahun 274H-300H (888N-913M)

    iv. Sultan ‘Ala’ al-Din Mawlana Mughayah Shah memerintah antara tahun 302H-305H (915M-918M)

    v. Sultan ‘Ala’ al-Din Sayyid Mawlana Mahmud Shah memerintah antara tahun 365H-377H (976M-988M).

    vi. Tempoh pemerintahan mereka adalah 88 tahun M (91 tahun Hijrah).

    Dan kedatangan golongan Alawiyyun atau keturunan Rasulullah ke Alam Melayu adalah disebabkan kegagalan mereka di dalam pemberontakan yang diketuai oleh Muhammad Bin Ja‘far al-Sadiq as pada 200H menentang Bani Abbas; khalifah al-Makmun. Justeru mereka datang ke Perlak untuk berdakwah dan mencari rezeki. Kedatangan mereka seramai 100 orang ke Perlak dianggarkan pada tahun 817 M.

    Ia telah mengambil masa 23 tahun berdakwah kepada orang Melayu yang belum memeluk Islam sehingga sebuah kerajaan Islam yang bermazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah ditubuhkan di Perlak pada hari Selasa, 1 Muharram tahun 225 H (840M).
    -------------------------------------
    (Lihat SHI‘AH DAN PENGARUHNYA DALAM BIDANG POLITIK DAN TASAWUF FALSAFAH DI ALAM MELAYU ZAMAN TRADITIONAL, hlm.156-7,153,143 dan seterusnya (unpublished Ph.D Thesis 2003 oleh Kamis Bin Ismail, Bangi, UKM).
    -----------------------------------
    Lantaran itu orang Melayu di dalam sejarah awal mereka telah memeluk Islam dengan berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyyah Ithna Asy‘ariyyah (Ja‘fari) bukan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, kerana Abu Hasan al-Asy‘ari dilahirkan pada tahun 227 H dan mati pada tahun 330H sementara al-Maturidi dilahirkan pada 225 H dan mati pada tahun 331 H.

    Mereka berdua merupakan pengasas mazhab pemikiran teologi Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah sedangkan kerajaan Islam Syiah di Perlak telah ditubuhkan dengan resminya pada hari selasa 1 Muharram tahun 225 H (840M).

    Justeru orang Melayu dari segi sejarah awal dan kebudayaan mereka sehingga ke hari ini seperti tahlil, berzanji, sambutan hari Maulid al-Rasul (s.a.w), ziarah kubur, majlis bercukur dan memperingati hari Asyura, adalah Syiah kerana kecintaan mereka kepada anak cucu Rasulullah(s.a.w). Malah inilah tuntutan Islam yang yang sebenar. Dan kembalinya mereka kepada Syiah adalah kembali kepada sejarah awal mereka yang bermula pada abad ke Sembilan Masihi (abad ke tiga Hijrah) di Alam Melayu.(Ibid ).

    Hampir dua belas abad yang lalu, mereka telah berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah. Ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana sejarawan. Mungkin kedatangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di Perlak secara besar-besaran adalah hampir satu abad kemudian. Dan kini pula kedatangan Fahaman Wahabi yang sedang mengambil tempat Ahli Sunnah Wal-Jam‘ah di Malaysia bagi menguasai Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari golongan Asya‘irah di dalam “fatwa politik” dan lain-lain.

    Justeru Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang berpegang kepada teologi Abu al-Hasan al-Asy‘ari semakin hilang pengaruh mereka dan sedang diganti dengan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah yang berfahaman Wahabi dan mereka inilah yang memusuhi Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah.

    Justeru tidak hairan jika ada yang mengatakan:

    “Menjadi Syiah Ja‘fari itu adalah lebih baik kerana ia kembali kepada sejarah awal Islam di Alam Melayu selain ia mempunyai hujah yang kuat tentang kebenarannya daripada menjadi “Ahli Sunnah Wahabi”;
    ____________________________________

    BalasHapus
  2. Allah...
    hebat sungguh sejarah awal sebegini sepatutnya ramai yg tahu

    BalasHapus
  3. Allah...
    hebat sungguh sejarah awal sebegini sepatutnya ramai yg tahu

    BalasHapus
  4. https://doadoaahlulbait2.wordpress.com

    BalasHapus