Raudhat Al-Kaafi (2)

BAHAGIAN 2
_____________________________________________
Allah Tidak Menciptakan Sesuatu Melainkan Dia Menciptakan Sesuatu Yang Mengalahkannya.

       129. Dengan sanad-sanad ini, beliau a.s berkata: Nabi s.a.w bersabda: Allah tidak menciptakan makhluk melainkan Dia telah memerintahkan makhluk lain mengalahkannya sebagaimana Allah telah menciptakan laut bawahan, lalu ia bermegah dengan dirinya dan berkata: Adakah sesuatu yang akan mengalahkan aku? Lalu Dia menciptakan bumi dan menghamparkannya di permukaannya, lalu ia merendahkan dirinya kepada bumi.
       Kemudian bumi pula bermegah dengan dirinya dan berkata: Adakah sesuatu yang akan mengalahkan aku? Lalu Dia menciptakan gunung-gunung dan meletakkan di permukaannya supaya ia tidak bergerak, lalu bumi merendahkan dirinya kepadanya. Kemudian gunung-gunung bermegah dengan dirinya ke atas bumi yang semakin tinggi dan memanjang sambil berkata: Adakah sesuatu yang akan mengalahkan aku? Lalu Allah telah menciptakan besi, lalu ia memotongnya, kemudian gunung-gunung menetap di tempatnya dan merendahkan dirinya kepada besi. Kemudian besi bermegah dengan dirinya di atas gunung-gunung dan berkata: Adakah sesuatu yang akan mengalahkan aku? Lalu Dia menciptakan api, lalu ia mencairkan besi, lantas ia merendahkan dirinya kepada api.
       Kemudian api melaung dan bermegah dengan dirinya seraya berkata: Adakah sesuatu yang akan mengalahkan aku? Lalu Dia menciptakan air, lantas ia memadamkannya, lantas api merendahkan dirinya kepada air. Kemudian air bermegah dengan dirinya dan berkata: Adakah sesuatu yang akan mengalahkan aku? Lalu Dia menciptakan angin, lalu ia menggerakkan gelombang-gelombangnya dan memusingkannya di bawahnya, kemudian menahannya dari mengalir, lalu air merendahkan dirinya kepada angin. Kemudian angin bermegah dengan dirinya dan bertiup dengan kencang sambil berkata: Adakah sesuatu yang akan mengalahkan aku? Lalu Dia menciptakan manusia, kemudian dia mendirikan bangunan dan berpindah serta mengambil perlindungan dari tiupan angin dan lain-lainnya, lalu angin merendahkan dirinya kepada manusia.
       Kemudian manusia menjadi zalim (tagha) dan berkata: Siapakah yang lebih kuat daripadaku? Maka Allah menciptakan baginya maut (kematian) dan memaksanya, lalu manusia merendahkan dirinya kepada maut. Kemudian maut bermegah dengan dirinya, maka Allah berfirman: Janganlah anda bermegah dengan diri anda, kerana Aku yang menyembelih anda di antara dua golongan: Ahli syurga dan ahli neraka, kemudian Aku tidak akan menghidupkan anda selama-lamanya, lalu ia mengharap dan takutkan Allah.
       Begitu juga lemah lembut mengalahkan kemarahan, rahmat mengalahkan kemurkaan dan sedekah mengalahkan kesalahan. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Begitulah seterusnya sesuatu dapat mengalahkan sesuatu yang lain.

Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Seorang Lelaki.
      
       130. Daripadanya, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin Sadaqah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Rasulullah s.a.w, berwasiatlah kepadaku, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Adakah anda akan berwasiat jika aku berwasiat kepada anda sehingga baginda s.a.w bersabda sedemikian sebanyak tiga kali. Setiap kali baginda s.a.w bersabda sedemikian dia berkata: Ya, wahai Rasulullah, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya aku berwasiat kepada anda bahawa apabila anda berniat untuk melakukan sesuatu, maka renunglah akibatnya (idha hamam-ta bi-amrin fa-tadabbar‘aaqibata-hu). Jika ia membawa kepada kebaikan, maka teruskanlah dan jika ia membawa kepada keburukan, maka hentikanlah daripadanya.

Perintah Nabi S.A.W Supaya Mengasihani Tiga Orang.

       131. Dengan sanad-sanad ini bahawa Nabi s.a.w bersabda: Kasihanilah orang yang perkasa apabila dia merendahkan dirinya (kepada kamu), orang yang kaya apabila dia menjadi fakir dan orang alim apabila dia hilang pada zaman masyarakt yang jahil.

Kelebihan Adab.

       132. Dengan sanad-sanad ini beliau berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata kepada para sahabatnya pada suatu hari: Janganlah kamu mendedahkan keaiban orang yang datang kepada kamu dengan kasih sayang. Janganlah kamu menghentikannya di atas kejahatan yang mana dia akan mematuhinya, ini kerana ia bukanlah daripada akhlak Rasulullah s.a.w dan akhlak para walinya.
       Abu Abdullah a.s berkata: Sebaik-baik perkara yang mana bapa-bapa mewariskan kepada anak-anak mereka adalah adab, bukan harta. Kerana harta akan kehabisan dan adab akan kekal. Mas‘adah berkata: Apa yang dimaksudkan dengan adab itu adalah ilmu. Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya anda dilanjutkan dua hari di dalam umur anda, maka jadilah salah satu daripadanya untuk adab anda. Justeru ia dapat membantu anda pada hari kematian anda. Ada orang bertanya kepadanya: Apakah bentuk bantuan? Beliau a.s berkata: Anda memperelokkan pengurusan yang terdahulu dan mengemaskinikannya. Abu Abdullah a.s telah menulis surat kepada seorang lelaki:
             Bismillahir Rahmanir Rahim. Amma ba‘du. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya munafik tidak akan sukakan perkara yang menggembirakan mukminin. Orang yang bahagia akan mengambil nasihat yang berguna (takwa) meskipun ia dimaksudkan untuk orang lain.




Allah Mengasihani Kamu, Lalu Dia Menjadikan Untuk Kamu Mut‘ah Sebagai  Gantian Kepada Minuman Arak.

       133. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Asbat berkata: Sebahagian daripada sahabat kami telah memberitahuku daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Ibn Muslim, orang ramai adalah ahli riyak selain daripada kamu. Ini adalah kerana kamu menyembunyikan apa yang Allah cintai dan menzahirkan apa yang orang ramai cintai. Orang ramai menzahirkan apa yang dimurkai oleh Allah dan menyembunyikan apa yang dicintai oleh Allah, wahai Ibn Muslim, sesungguhnya Allah telah mengasihani kamu, lalu Dia telah menjadikan mut‘ah[1] sebagai gantian kepada minuman keras[2] (inna llaha ra’afa bi-kum fa-ja‘ala al-Mut‘ata ‘iwadhan ‘an al-Asyribati).

Syarat Al-Ridha A.S Kepada Al-Makmun.

       134. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Mu‘ammar bin Khalaad, berkata: Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata kepadaku: al-Makmun berkata kepadaku: Wahai Abu al-Hasan, kenapakah anda tidak menulis kepada sebahagian orang yang mentaati anda di seluruh pelusuk  yang telah menentang kami? Aku berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, jika anda melaksanakannya untukku, nescaya aku akan melaksanakannya untuk anda. Sesungguhnya aku telah terlibat di dalam urusan ini (pemerintahan) dengan syarat aku tidak memerintah, aku tidak melarang, aku tidak diwalikan dan aku tidak disisihkan.
       Perkara ini tidak menambahkan nikmat di sisiku sedikitpun[3]. Aku telah berada di Madinah, suratku dilaksanakan di timur dan barat. Aku pernah menunggang keldaiku dan aku melalui perkampungan di Madinah. Bagiku tiada yang lebih mulia daripadanya dan tiada seorang daripada mereka meminta hajatnya kepadaku yang mana aku mampu melaksanakannya melainkan aku melaksanakannya untuknya. Al-Makmun berkata kepadaku: Aku akan melaksanakannya untuk anda.

Hak Ke atas Seorang Muslim.

       135. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Nabi s.a.w bersabda: Hak ke atas muslim apabila dia mahu musafir memberitahu saudara-saudaranya dan hak saudara-saudaranya apabila dia kembali mendatanginya pula.

Kesihatan Dan Masa Lapang.

       136. Dengan sanad-sanad ini beliau a.s berkata: Nabi s.a.w bersabda: Dua perkara yang mana kebanyakan orang ramai terpedaya: Kesihatan dan masa lapang.

Dilarang Pendedahan Diri kepada Tohmah.

       137. Dengan sanad-sanad ini, beliau a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesiapa yang mendedahkan dirinya kepada tohmah, maka janganlah dia mencela orang yang menyangka jahat terhadapnya. Sesiapa yang menyembunyikan rahsianya, maka kebaikannya adalah di tangannya.

Sebatang Sungai Di Syurga Bernama Ja‘far.

       138. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Syazan, daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Bapaku berkata kepadaku: Sesungguhnya di syurga ada sebuah sungai dipanggil Ja‘far. Di tepi sebelah kanannya mutiara putih padanya seribu istana. Pada setiap istana pula seribu istana yang lain untuk Muhammad dan keluarganya. Di sebelah kirinya pula mutiara kuning padanya seribu istana dan pada siap istana ada seribu istana yang lain pula untuk Ibrahim dan keluarga Ibrahim a.s.
Dua Golongan Ahli Kebatilan Tidak Akan Bertemu.
     
       139. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn al-Hakam, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Dua golongan ahli kebatilan tidak akan bertemu (berperang) melainkan kemenangan bersama golongan yang lebih baik di antara keduanya bagi menentang (ahli) Islam.

Hati Tertarik Kepada Orang Yang Memberi Manfaat Kepadanya.

       140. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Ali bin Hadid, daripada sebahagian para sahabat kami daripada Abu Abdullah a.s berkata: Hati tertarik kepada orang yang memberi manfaat kepadanya dan memarahi orang yang memudaratkannya.

Buatlah Kebaikan Kepada Orang Yang Memintanya.

       141. Muhammad bin Abu Abdullah, daripada Musa bin Imran, daripada al-Husain bin Isa bin Abdullah, daripada Ali bin Ja‘far, daripada, daripada saudaranya Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Bapaku telah memegang tanganku, kemudian berkata: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya bapaku Muhammad bin Ali a.s telah memegang tanganku sebagaimana aku  memegang tangan anda dan berkata: Sesungguhnya bapaku Ali bin al-Husain a.s telah memegang tanganku dan berkata: Wahai anak lelakiku, buatlah kebaikan kepada orang yang memintanya daripada anda. Jika dia daripada ahlinya, maka anda telah menepati sasarannya dan jika dia bukan daripada ahlinya, maka anda adalah daripada ahlinya. Jika seorang lelaki di sebelah kanan anda mencaci anda, kemudian dia  berpindah ke sebelah kiri anda, lalu meminta maaf daripada anda, maka terimalah maafnya itu.

Setiap Sesuatu Asalnya Air Dan ‘Arasy-Nya Di Atas Air.
     
       142. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-‘Ala’ bin Ruzban, daripada Muhammad bin Muslim dan al-Hijal, daripada al-‘Ala’, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s berkata kepadaku: Setiap sesuatu pada asalnya adalah air. Dan ‘Arasy-Nya adalah di atas air. Kemudian Allah memerintahkan air, lalu ia mengeluarkan api. Kemudian Dia memerintahkan api, lalu ia padam. Kemudian asap (dukhaan) naik ke atas, lalu Allah menciptakan langit-langit daripada asap tersebut. Kemudian Dia menciptakan bumi daripada abu (al-Ramaad). Kemudian api, air  dan angin bertengkar, maka air berkata: Akulah tentera Allah yang akbar. Api berkata: Akulah tentera Allah yang akbar. Dan angin berkata: Akulah tentera Allah yang akbar. Lantas Allah menurunkan wahyu kepada angin: Andalah tentera Allah yang akbar.

Hadis Mengenai Zainab Al-‘Attaarah

       143. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran, daripada Safwan, daripada Khalf bin Hammad, daripada al-Husain bin Zaid al-Hasyimi, daripada Abu Abdullah a.s: Zainab al-‘Attaarah telah datang kepada  isteri-isteri Nabi s.a.w dan anak-anak perempuannya, menjual minyak atar. Tiba-tiba Nabi s.a.w datang dan Zainab al-‘Attaarah berada di sisi mereka, lalu baginda s.a.w bersabda: Apabila anda datang, maka rumah-rumah kami menjadi harum. Maka dia berkata: Rumah-rumah anda dengan bauan anda adalah lebih harum, wahai Rasulullah.
        Baginda s.a.w bersabda: Apabila anda menjual, maka perelokkanlah jualan anda, janganlah anda menipu, kerana ia adalah lebih terpelihara dan mengekalkan harta anda, maka dia berkata: Wahai Rasulullah, aku datang tidak membawa sesuatu daripada jualanku, tetapi aku datang untuk bertanyakan kepada anda mengenai kebesaran Allah a.w, maka baginda  s.a.w bersabda: Maha Tinggi kebesaran Allah, aku akan memberitahu anda sebahagian daripadanya, kemudian baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya bumi ini dan apa yang ada di atasnya adalah di sisi yang di bawahnya, berkait rapat di antara satu sama lain seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan, kemudian baginda s.a.w membaca Surah at-Talaaq (65): 12 “Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi”.
       Tujuh lapisan bumi, apa yang ada bersamanya dan di atasnya adalah di atas belakang ayam jantan  (al-Dik)[4] yang berkait rapat di antara satu sama lain seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan. Ayam jantan itu  pula mempunyai dua sayap; satu sayap di timur dan satu sayap lagi di barat sementara dua kakinya di atas tanah keras. Sementara tujuh bumi, ayam jantan, apa yang ada padanya dan di atasnya adalah  di atas batu besar (sakhrat) [5]yang sangat  rapat di antara satu sama lain seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan.
       Sementara batu besar dan apa yang ada di atasnya adalah di atas belakang ikan paus  seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan. Sementara tujuh bumi, ayam jantan, batu besar, ikan paus dan lautan yang gelap berada di atas angin seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan. Kemudian mereka semua berada di atas tanah yang berkaitan di antara satu sama lain seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan. Kemudian baginda s.a.w membaca Surah Taha (20): 6 “KepunyaanNyalah semua yang ada di langit, semua yang ada di bumi, semua yang ada di antara keduanya dan semua yang di bawah tanah”.
       Kemudian dakwat terputus di sisi apa yang ada di bawah tanah, tujuh bumi, ayam jantan, batu basar, ikan paus, lautan yang gelap, udara dan tanah serta apa yang ada di atasnya adalah di sisi langit pertama. Ini semua, langit dunia dan apa yang ada di atasnya adalah di atasnya secara lapisan. Dua langit ini dan apa yang ada di atasnya adalah di sisi yang di atasnya. Begitulah tingkatannya sehingga berakhir kepada langit ke tujuh dan apa yang ada di atasnya berada di sisi lautan yang terpisah dari penduduk bumi. Tujuh bumi dan lautan ini berada di sisi gunung al-Bard seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan. Kemudian baginda s.a.w membaca Surah al-Nuur (24): 43 “Dan Allah menurunkan dari langit dari gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya ais”.
       Tujuh bumi, laut yang mati (buta), gunung-gunung yang mempunyai salji, udara di sisi hijab cahaya seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan. Hijab cahaya adalah di sisi Kursi. Kemudian baginda s.a.w membaca Surah al-Baqarah (2): 255 “Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya, dan Allah Maha Tinggi dan Maha Besar”. Tujuh bumi, lautan, gunung-gunung salji, udara, hijab cahaya dan Kursi adalah di sisi ‘Arasy seperti siri pertemuan di tempat terbuka yang ditinggalkan. Dan baginda s.a.w membaca Surah Taha (20):5 “Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arasy. Di dalam riwayat al-Hasan bahawa hijab sebelum udara adalah yang menghairankan hati.

Hadis Mengenai Orang Yang Menerima Rasulullah S.A.W  Sebagai Tetamu Di Taif, Pengumpulan Tulang Nabi Yusuf A.S Dan Berita Seorang Perempuan Tua Bani Israel.

       144. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Yazid al-Kinasi, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bermalam di rumah seorang lelaki di Taif sebelum Islam. Lelaki itu telah memuliakan baginda s.a.w. Manakala Allah mengutusnya (sebagai rasul) kepada manusia, ada orang berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui siapakah yang Allah mengutusnya kepada manusia? Dia berkata: tidak, mereka berkata kepadanya: Dia adalah Muhammad bin Abdullah, anak yatim Abu Talib. Dialah yang telah bermalam di rumah anda di Taif pada hari tertentu dan anda telah memuliakannya. Kemudian lelaki itu datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk Islam. Kemudian dia berkata kepadanya: Adakah anda mengenaliku, wahai Rasulullah? Baginda s.a.w bersabda: Siapakah anda?
       Dia berkata: Akulah tuan rumah yang anda telah bermalam di Taif pada zaman Jahiliyah pada hari tertentu, maka aku telah memuliakan anda, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Selamat datang dengan anda, mintalah hajat anda, maka dia berkata: Aku meminta daripada anda tempat ternakan kambing dengan pengembalanya. Lalu Rasulullah s.a.w memberi apa yang dimintanya. Kemudian baginda s.a.w berkata kepada para sahabatnya: Lelaki ini tidak meminta daripadaku sebagaimana diminta oleh perempuan tua Bani Israel kepada Musa a.s. Mereka berkata: Apakah yang telah diminta oleh perempuan tua Bani Israel?
       Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyu kepada  Musa a.s supaya beliau membawa tulang-tulang Yusuf a.s dari Mesir sebelum beliau a.s keluar darinya  kepada Bait al-Maqdis di Syam. Musa a.s telah bertanya mengenai kubur Yusuf a.s, lalu seorang lelaki tua (syeikh) mendatanginya seraya berkata: Orang yang mengetahui mengenai kuburnya adalah seorang perempuan tua. Lalu Musa a.s mengutus kepadanya. Manakala dia datang kepadanya, Musa a.s berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui tempat kubur Yusuf a.s?
       Dia berkata: Ya, Musa a.s berkata: Tunjuklah aku kepadanya dan bagi anda apa yang anda minta. Dia berkata: Aku tidak menunjukkannya kepada anda melainkan dengan syaratku. Musa a.s berkata: Bagi anda syurga. Dia berkata: Tidak, melainkan dengan syaratku di atas anda. Lalu Allah menurunkan wahyu kepada Musa a.s supaya menerima syaratnya. Musa a.s berkata kepadanya: Bagi anda syarat anda. Dia berkata: Syaratku bahawa aku mahu bersama anda dari segi darjat pada hari Kiamat di syurga. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Lelaki ini tidak meminta daripadaku sedemikian.

Umar Berkata: Keluarga Rasulullah S.A.W Tidak Ada Hak Lagi Ke Atas Anda Dan Ke Atas Kami.

       145. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Sinan, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Seorang perempuan di kalangan kaum Ansar mencintai kami Ahlu l-Bait dan banyaklah perjanjian yang dibuatnya untuk kami. Pada suatu hari Umar al-Khattab telah bertemu dengannya sedang dia di dalam perjalanan kepada kami, maka Umar berkata kepadanya: Ke mana anda sedang pergi, wahai perempuan tua kaum Ansar? Dia berkata: Aku sedang pergi kepada keluarga Muhammad, aku akan memberi salam kepada mereka, memperbaharui janjiku dan menunaikan hak mereka (aqdhi haqqa-hum).
       Umar berkata kepadanya: Celaka anda (waila-ki), hari ini mereka tiada hak lagi ke atas anda dan ke atas kami (waila-ki laisa la-hum al-Yaum haqqun‘alai-ka wa-la ‘alai-na). Sesungguhnya hak mereka adalah  pada masa Rasulullah s.a.w sahaja (Inna-ma kaana la-hum haqqun ‘ala ‘ahdi rasulillah s.a.w). Adapun hari ini mereka tidak ada hak lagi, maka pulanglah anda (fa-amma al-Yaum fa-laisa lahum haqqun fa- nsarifii). Lantas dia pulang sehingga  Ummu Salmah datang kepadanya dan berkata: Apakah yang melambat-lambatkan anda mendatangi kami? Dia berkata: Aku telah bertemu dengan Umar sehingga dia memberitahunya apa yang dia telah katakan kepada Umar dan apa yang dikatakan Umar kepadanya, maka Ummu Salmah berkata: Dia (Umar) telah berbohong, hak keluarga Muhammad (ali Muhammad) sentiasa wajib ke atas muslimin sehingga hari Kiamat (kadhiba la-yazaalu haqqu ali Muhammad s.a.w waajiban ‘ala al-Muslimin ila yaum al-Qiyamah).

Takwil Firman Allah Surah Ali Imran (3): 170 “Dan mereka bergirang hati terhadap golongan yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran  terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati

       146. Ibn Mahbub, daripada al-Harith bin Muhammad bin al-Nu‘man, daripada Barid al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Ali Imran(3): 170 “Dan mereka bergirang hati terhadap golongan yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran  terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”. Beliau a.s berkata: Demi Allah, mereka adalah Syi‘ah kami ketika roh-roh mereka di syurga, mereka mendapat penghormatan daripada Allah a.w. Mereka mengetahui dan yakin bahawa mereka berada di atas kebenaran dan di atas agama Allah. Justeru mereka bergirang hati terhadap saudara-saudara mereka mukminin yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka tanpa kekhuatiran dan dukacita.

Tafsir Firman Allah Surah Al-Rahman (55): 70 ““(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah

       147. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Abu Ayyub al-Halabi berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Rahmann (55): 70 “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik lagi cantik-cantik”. Beliau a.s berkata: Mereka adalah mukminat yang soleh lagi arif. Aku bertanya mengenai firman-Nya di dalam Surah yang sama :72 “(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah”. Beliau a.s berkata: Bidadari-bidadari putih yang mana pipi-pipinya kemerahan di khemah-khemah mutiara, yaqut dan marjan. Setiap khemah ada empat pintu. Setiap pintu ada tujuh puluh hijab untuk mereka. Pada setiap hari kekeramatan datang daripada Allah untuk mereka, kerana Allah mahu menggembirakan mukminin dengan mereka.
      





                          

                             



                              


























                             
                               BAHAGIAN KEENAM



Bagi Matahari Tiga Ratus Enam Puluh Menara, Larangan Abu Ja‘far A.S Terhadap Jabir al-Ja‘fi, Aku Akan Mengambil Kira Orang Yang Tidak Berdosa Di Kalangan Kamu Dan Lain-Lain.

Bagi Matahari Tiga Ratus Enam Puluh Menara.

       148. Ali bin Ibrahim, dan beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Abu Sabah al-Kinani, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Amir al-Mukmin a.s berkata: Matahari mempunyai tiga ratus enam puluh menara. Setiap menara seumpama semenanjung. Setiap hari ia turun di atas menara. Apabila ia hilang, maka ia berakhir kepada had ‘Arasy, sentiasa sujud sehingga keesokannya. Kemudian ia kembali ke tempat naiknya bersamanya dua malaikat yang sentiasa berhubung dengannya, mukanya menghala ke arah ahli langit sementara tengkuknya menghala ke arah ahli bumi. Sekiranya mukanya menghala ke arah ahli bumi, nescaya bumi dan apa yang ada di atasnya akan terbakar. Adapun makna sujudnya adalah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Hajj (22): 18 “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa kepada Allah bersujud  apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia”.

Larangan Abu Ja‘far A.S Terhadap Jabir al-Ja‘fi Dari Mendedahkan Tujuh Puluh Hadis Yang Diajarkan Kepadanya.

       149. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Salih bin Abu Hamid, daripada Ismail bin Mihran, daripada orang yang memberitahunya, daripada Jabir bin Yazid berkata: Muhammad bin Ali a.s telah memberitahuku tujuh puluh hadis yang mana aku tidak pernah memberitahu seorangpun mengenainya. Apabila Muhammad bin Ali a.s mati, maka tengkukku menjadi berat dan dadaku menjadi cemas, lalu aku mendatangi Abu Abdullah a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya bapa anda telah memberitahuku (haddatha-ni) tujuh puluh hadis.
       Tiada hadis yang terkeluar daripadaku dan tiada satupun daripadanya terkeluar kepada seorangpun. Lalu beliau a.s memerintahku supaya merahsiakannya. Lantaran itu, tengkukku menjadi berat dan dadaku menjadi cemas, kenapa anda tidak memerintahkan aku, maka beliau a.s berkata: Wahai Jabir, apabila ada sesuatu yang menyusahkan anda, maka keluarlah anda ke al-Jabanah dan galilah lubang. Kemudian masukkan kepala anda di dalamnya dan katakanlah: Muhammad bin Ali telah memberitahuku mengenai  hadis tertentu, kemudian timbuslah kembali, kerana bumi akan merahsiakannya. Jabir berkata: Akupun  melakukannya, maka aku terasa ringan pada diriku.

Aku Akan Mengambil Kira Orang Yang Tidak Berdosa Di Kalangan Kamu Dengan Dosa Orang Yang Sakit

       150. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Aku akan mengambil kira orang yang tidak berdosa kamu dengan dosa “orang yang sakit” tetapi aku tidak melakukannya sedangkan berita akan sampai kepada kamu  bahawa seorang lelaki akan menghina kamu dan menghina aku, lalu kamu duduk bersama-sama orang ramai dan bercakap-cakap dengan mereka, lantas seorang lelaki melalui di hadapan kamu dan berkata: Mereka itu adalah lebih jahat daripada lelaki ini. Sekiranya kamu mencegahnya dari melakukan apa yang kamu benci, nescaya ia adalah lebih baik kepada kamu dan aku.

Mengenai Firman Allah Surah Al-A‘raaf (7): 165 “Maka manakala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang yang melarang diri dari perbuatan jahat

       151. Sahl bin Ziyad, daripada Umru bin Uthman, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Talhah bin Zaid, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 165 “Maka manakala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang yang melarang diri dari perbuatan jahat”. Beliau a.s berkata: Mereka terdiri daripada tiga jenis: Pertama: Mereka melakukan mesyuarat dan melaksanakannya, maka mereka terselamat. Kedua: Mereka melakukan mesyuarat, tetapi mereka tidak melaksanakannya, maka mereka ditukar bentuk (fa-musikhuu) mereka. Ketiga: Mereka tidak melakukan mesyuarat dan tidak melaksanakannya, maka mereka binasa.

Nasihat Abu Abdullah A.S Kepada Syi‘ah.

       152. Daripadanya, daripada Ali bin Asbat, daripada al-‘Ala’ bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Abdullah a.s telah menulis surat kepada Syi‘ah: Orang yang tua di kalangan kamu hendaklah dihormati, larangan ke atas orang jahil dan pengejar pangkat atau laknatku akan menimpa kamu semua.

Kerajaan Adam Dan Kerajaan Iblis.

       153. Muhammad bin Abu Abdullahy dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Salih bin Abu Hammad, daripada Ja‘far al-Kufi, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan agama dua kerajaan; kerajaan Adam a.s dan kerajaan Iblis. Kerajaan Adam a.s adalah kerajaan Allah a.w. Apabila Allah menghendaki Dia disembah secara terang-terangan (an yu‘bada ‘alaniyyatan), maka Dia menzahirkan kerajaan Adam. Apabila Allah menghendaki Dia disembah secara rahsia (an yu‘bada sirran), maka ia  adalah kerajaan Iblis. Penyebar (al-Mudhii‘) apabila Allah mahu menyembunyikannya, maka dia keluar daripada agama.

Hadis Mengenai Manusia Pada Hari Kiamat

       154. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Umru bin Syamr, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Jabir, Apabila tiba hari Kiamat, Allah akan menghimpunkan golongan yang terdahulu dan golongan yang terkemudian bagi memberi ucapan pemutus. Lalu diseru Rasulullah s.a.w dan diseru Amir al-Mukmin a.s. Rasulullah s.a.w memakai pakaian hijau yang bersinar di antara timur dan barat. Sementara Ali a.s memakai pakaian seperti pakaian Rasulullah s.a.w. Kemudian kedua-duanya naik, kemudian kami diseru, lalu diberikan kepada kami hisab manusia. Maka kamilah, demi Allah, memasukkan ahli syurga akan syurga dan ahli neraka akan neraka. Kemudian diseru para nabi a.s, maka mereka berdiri bersaf-saf di sisi  ‘Arasy Allah sehingga kami selesai daripada hisab manusia. Apabila ahli syurga memasuki syurga dan ahli neraka memasuki neraka, maka Allah akan mengutus Ali a.s, lalu beliau a.s menentukan martabat mereka di syurga dan menikahkan mereka. Maka Ali, Demi Allah, beliaulah yang akan menikahkan ahli syurga di syurga, tiada orang lain. Satu penghormatan daripada Allah dan kelebihan yang dikurniakan Allah kepadanya. Beliaulah, demi Allah, yang akan memasukkan ahli neraka akan neraka. Beliaulah yang akan menutup pintu-pintu syurga apabila ahli syurga memasukinya, kerana pintu-pintu syurga dan pintu-pintu neraka adalah kepadanya.

Pergaulan Dengan Orang Ramai.

       155. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir daripada ‘Anbasah, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Bergaullah dengan orang ramai, kerana jika cinta Ali dan Fatimah a.s tidak memanfaatkan kamu secara rahsia, nescaya ia tidak akan memanfaatkan kamu secara terang-terangan.

Berhati-Hatilah Ketika Menyebut Nama Ali Dan Fatimah A.S

       156. Ja‘far, daripada  ‘Anbasah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Berhati-hatilah ketika menyebut nama Ali dan Fatimah a.s, kerana menyebut nama Ali dan Fatimah a.s adalah perkara yang paling dibenci oleh orang ramai.

Jika Allah Menghendaki Melenyapkan  Mana-Mana Kerajaan.

       157. Ja‘far, daripada ‘Anbasah, daripada Jabir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila menghendaki melenyapkan  mana-mana kerajaan, Dia memerintahkan falak, lalu ia mempercepatkan perjalanannya menurut kadar yang Dia kehendaki.

Hadis Sulaiman Bin Khalid Dengan Abu Abdullah A.S.

       158. Ja‘far bin Basyir, daripada Umru bin Uthman, daripada Abu Syabl berkata: Aku dan Sulaiman bin Khalid berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka Sulaiman bin Khalid berkata kepadanya: Sesungguhnya Zaidiyyah adalah satu kaum yang dikenali ramai, lantaran itu, tidak ada seorang Muhammadi (Islam) yang lebih dicintai oleh mereka  selain daripada anda, jika anda fikir untuk mendekatkan mereka kepada anda, maka lakukanlah, maka Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Sulaiman bin Khalid, jika mereka itu golongan yang bodoh mahu menghalang kami daripada ilmu kami kepada kejahilan mereka, maka tidak ada “selamat datang” kepada mereka. Jika mereka mendengar kata-kata kami dan menunggu urusan kami, maka tidak mengapa.

Bersabar Ketika Musibat.

       159. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada orang yang menyebutnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Jambul kasut Abu Abdullah a.s terputus  sedangkan beliau a.s berada di hadapan jenazah, lalu seorang lelaki membawa jambul kasutnya untuk diberikan kepadanya, maka beliau a.s berkata: Simpanlah jambut kasut anda, kerana orang yang terkena musibat itu lebih baik baginya bersabar.

Pengambilan Darah Di Kepala.

       160. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada orang yang menyebutnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Pengambilan darah di kepala (al-Hijaamah) memanfaatkan segala penyakit selain daripada racun. Kemudian beliau a.s menunjukkan tempat untuk pengambilan darah dengan ibu jarinya dan berkata: Di sinilah tempatnya.

Kenapa Mukmin Dinamakan Mukmin?

       161. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muruk bin ‘Ubaid, daripada Rifa‘ah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Adakah anda mengetahui, wahai Rifa‘ah, kenapa mukmin dinamakan mukmin? Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya. Beliau a.s berkata: Kerana dia beriman kepada Allah, maka Dia memberi keamanan kepadanya.

Aku Tidak Mengambil Berat Mengenai Nasibi Sama Ada Dia Mengerjakan Solat Atau Dia Berzina.

       162. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad daripada Ibn Fadhdhal daripada Hanan, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau a.s berkata: Beliau a.s tidak mengambil berat mengenai nasibi sama ada dia mengerjakan solat atau dia berzina[6] (la yubaali bi al-Nasibi sallaa am zanaa). Kerana ayat ini diturunkan kepada mereka “Bekerja keras lagi kepayahan, memasuki api yang sangat panas” al-Ghaasyiah (88): 3-4.

Sesiapa Yang Tidak Mewalikan Ali A.S.

       163. Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhamamad bin Murazim dan Yazid bin Hammad, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya selain daripada wali Ali a.s mendatangi Sungai Furat, lalu dia mengawasi airnya di antara dua tebingnya dan mengalirkannya dengan kuat, kemudian dia mengambilnya dengan tapak tangannya seraya berkata: Bismillah, manakala dia selesai, dia berkata: Al-Hamdulillah, maka air itu merupakan darah sembelihan atau daging babi baginya (kaana damman masfuuhan au lahma khinzir).

Pujian Kepada Zaid Bin Ali Bin Al-Husain A.S.
      
       164. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada seorang lelaki yang menyebutnya, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Bagaimanakah kamu telah melakukan kepada bapa saudaraku Zaid? Aku berkata: Mereka mengawalnya dan apabila orang ramai tidak ada, kami mengambil mayatnya. Kemudian kami mengapannya di tepi sungai  Furat. Pada keesokannya, mereka mencarinya, lalu mereka mendapatinya, kemudian mereka membakarnya. Abu Abdullah a.s berkata: Kenapa kamu tidak mengikatnya dengan besi atau kamu mencampakkannya di sungai Furat? Allah memberi rahmat kepadanya dan melaknati pembunuhnya.

Kebinasaan Bani Umayyah.

       165. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada orang yang menyebutnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah membenarkan kebinasaan Bani Umayyah tujuh hari selepas mereka membakar Zaid.

Sahabat Setia.

       166. Sahl bin Ziyad, daripada Mansur bin al-‘Abbas, daripada orang yang menyebutnya daripada ‘Ubaid bin Zararah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah akan menjaga orang yang menjaga sahabatnya.

Kepada Kami Makhluk Ini Akan Kembali Dan Hisab Mereka Di Atas Kami.

       167. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Sinan, daripada Sa‘dan, daripada Sama‘ah berkata: Aku telah duduk bersama Abu al-Hasan yang pertama a.s sedangkan orang ramai sedang tawaf di tengah malam, maka beliau a.s berkata: Wahai Sama‘ah, kepada kami makhluk ini akan kembali, hisab mereka di atas kami. Dosa yang berlaku di antara mereka dan Allah, maka Allah menyerahkannya kepada kami, dosa yang berlaku di antara mereka dan orang ramai, kami pohon supaya Dia memberikannya kepada mereka secara hibah, maka mereka menyahutinya, lantaran itu, Allah akan mengurniakan kepada mereka  ‘iwadh (gantian).

Rasulullah S.A.W Mempersaudarakan  Salman Dan Abu Dhar.

       168. Sahl bin Ziyad, daripada Mansur bin al-‘Abbas, daripada Sulaiman al-Mustariq daripada Salih al-Ahwal berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan di antara Salman dan Abu Dhar dan baginda s.a.w telah mensyaratkan ke atas Abu Dhar supaya tidak menderhakai Salman.

Wajib Menjauhi Orang Yang Melakukan Kemungkaran.
      
       169. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Khitab bin Muhammad, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Abu Abdullah a.s telah berjumpa denganku di satu jalan di Madinah, lalu beliau a.s berkata: Siapakah ini, adakah ini Harith? Aku berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku akan membawa dosa golongan yang bodoh kamu di atas para ulama kamu, kemudian beliau a.s pergi. Kemudian aku mendatanginya. Aku telah meminta izinnya, kemudian aku masuk berjumpa dengannya.
       Maka aku berkata: Anda telah berjumpa denganku dan anda telah berkata: Sesungguhnya aku akan membawa dosa golongan yang bodoh kamu di atas para ulama kamu, maka suatu perkara yang besar telah memasuki fikiranku. Maka beliau a.s berkata: Ya, apakah yang menghalang kamu apabila berita sampai kepada kamu mengenai seorang lelaki daripada kamu melakukan apa yang kamu benci dan ia menyakitkan kami, lalu kamu membawanya, membuatnya bertaubat, mengusirnya dan berkata kepadanya percakapan yang lembut? Aku berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, jika begitu, mereka tidak mentaati kita dan tidak menerima daripada kita? Maka beliau a.s berkata: Tinggalkan mereka dan jauhilah majlis mereka.

Diazab Enam Dengan Enam.
      
       170. Sahl bin Ziyad, daripada Ibrahim bin ‘Uqbah, daripada Siyabah bin Ayyub dan Muhammad bin al-Walid, dan Ali bin Asbat mereka mengaitkannya kepada Amir al-Mukminin a.s sebagai berkata: Sesungguhnya aku akan mengazab enam dengan enam: Arab dengan  asabiyah, pemilik-pemilik tanah dengan keangkuhan, pemimpin-pemimpin dengan kezaliman, para fakih dengan hasad, peniaga-peniaga dengan pengkhianatan dan ahli Rasatiq dengan kejahilan.

Perkara Yang Paling Dicintai Oleh Rasulullah S.A.W.

       171. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam dan lain-lainnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tidak ada suatu perkara yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w selain daripada seorang itu sentiasa takut dan mengharap kepada Allah a.w.

Kezuhudan Ali Bin Abu Talib Dan Ali Bin Al-Husain A.S.

       172. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syazan, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajjaj dan Hafs al-Buhturi dan Salmah Biya‘ al-Sabiri, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s apabila mengambil kitab Ali a.s, maka beliau a.s mengkajinya dan berkata: Siapakah yang mampu melakukannya, siapakah yang mampu melakukannya? Kemudian Ali bin al-Husain a.s melakukannya. Apabila beliau a.s mengerjakan solat, warna mukanya berubah. Tidak ada seorangpun yang mampu melakukan amalan Ali bin Abu Talib a.s di kalangan anak-anaknya selepasnya selain daripada Ali bin al-Husain a.s.

Sirah Ali A.S, Kezuhudannya Dan Walinya Tidak Makan Perkara Haram.

       173. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Ibn Maskan, daripada al-Hasan al-Saiqal berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya wali Ali a.s tidak makan melainkan makanan yang halal. Ini kerana sahabatnya (Amir al-Mukminin a.s) sedemikian. Tetapi wali Uthman tidak peduli sama ada dia makan makanan yang halal atau yang haram. Ini kerana sahabatnya (Uthman) sedemikian. Kemudian beliau a.s kembali menyebut Ali a.s seraya berkata: Sesungguhnya Ali a.s tidak pernah makan benda yang haram sama ada sedikit ataupun banyak sehingga beliau a.s meninggal dunia. Dan beliau a.s apabila dibentangkan kepadanya dua perkara yang mana kedua-duanya bagi mentaati Allah, maka beliau a.s memilih perkara yang paling sukar ke atas badannya. Apabila berlaku kesukaran kepada Rasulullah s.a.w, maka Ali a.s menghadapinya dengan tenang kerana keyakinannya kepada Rasulullah s.a.w.
       Tiada seorangpun yang mampu melakukan amalan Rasulullah s.a.w di kalangan umat ini selepasnya selain daripadanya. Beliau a.s telah melakukan amalan seorang yang melihat kepada syurga dan neraka. Beliau a.s telah memerdekakan seribu hamba daripada hartanya. Semuanya tidak diketahui oleh dua tangannya. Dahinya berpeluh kerana mencari keredaan Allah a.w dan melepaskan dirinya dari api neraka. Makanannya adalah cuka dan minyak, pencuci mulutnya adalah kurma apabila beliau a.s mendapatinya. Pakaiannya daripada  kain kapas. Dan apabila pakaiannya melebihi ukuran badannya, maka beliau a.s menyeru dengan gunting, lalu memotongnya.

Makruh Memakan Makanan Yang Panas.

       174. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Sulaiman bin Khalid daripada seorang pekerja kepada Muhammad bin Rasyid berkata: Aku telah menghadiri makan malam Ja‘far bin Muhammad a.s di musim panas, lalu dibawa dengan meja makan di atasnya roti. Kemudian dibawa dengan mangkuk di dalamnya sup daging. Beliau a.s telah meletakkan tangannya, maka beliau a.s mendapatinya panas, kemudian mengangkatnya seraya berkata: Kami pohon perlindungan daripada Allah dari api, kami pohon perlindungan dari api.
       Kami tidak mampu ke atas api ini bagaimana dengan api neraka. Beliau a.s telah mengulangi kata-kata ini sehingga aku dapat menghirupnya. Beliau a.s telah meletakkan tangannya padanya dan kami meletakkan tangan-tangan kami. Beliau a.s makan, maka kamipun makan bersamanya. Kemudian mangkuk di angkat, lalu beliau a.s berkata: Wahai budak, Bawakan sesuatu kepada kami, lalu dia membawa kurma di dalam dulang, maka akupun menghulurkan tanganku, maka aku dapati ia adalah kurma. Aku berkata: Aslaha-ka llahu, ini musim anggur dan buah-buahan? Beliau a.s berkata: Musim kurma, kemudian beliau a.s berkata: Angkat ini dan bawalah yang lain, lalu dia membawa kepadanya kurma. Maka aku telah menghulurkan tanganku, maka aku berkata: Ini adalah kurma? Maka beliau a.s berkata: Ia adalah baik.

Akhlak Rasulullah S.A.W

       175. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu‘awiyah bin Wahab, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w tidak pernah  makan di dalam keadaan bersila semenjak Allah mengutusnya sehingga beliau s.a.w mati kerana tawaduk kepada Allah. Baginda s.a.w tidak pernah memperlihatkan dua lututnya di hadapan orang yang duduk bersamanya di dalam mana-mana majlis.
       Baginda s.a.w tidak pernah berjabat tangan seseorang lelaki, kemudian baginda s.a.w mencabutkan tangannya dari tangannya sehingga lelaki itulah yang mencabutkan tangannya terlebih dahulu dan baginda s.a.w tidak pernah membalas dengan kejahatan sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Mukminun (23): 96 “Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik”, lalu baginda s.a.w melakukan kebaikan.
       Baginda s.a.w tidak pernah menolak peminta sedekah. Sekiranya baginda s.a.w mempunyai sesuatu di sisinya, lalu baginda s.a.w memberikannya. Jika tidak baginda  s.a.w bersabda: Allah akan memberikan kepadanya kelak. Baginda s.a.w tidak pernah memberi sesuatu melainkan dibenarkan oleh Allah meskipun baginda s.a.w akan diberi syurga, maka Allah akan membenarkannya berbuat demikian. Kemudian saudaranya (Ali a.s) selepasnya tidak pernah makan di dunia makanan yang haram sehingga beliau a.s keluar daripadanya.
       Demi Allah, jika beliau a.s dibentangkan dua perkara yang mana kedua-duanya bagi mentaati Allah, nescaya beliau a.s akan memilih yang paling sukar baginya untuk badannya. Demi Allah, beliau a.s telah memerdekakan seribu hamba kerana Allah yang mana kedua-dua tangannya tidak mengetahuinya. Demi Allah, tiada sesiapapun yang mampu melakukan amalan Rasulullah s.a.w selepasnya selain daripadanya. Demi Allah, tiada satu kesusahan yang menimpa Rasulullah s.a.w melainkan Ali a.s menghadapinya dengan penuh keyakinan daripadanya sekalipun baginda s.a.w telah mengutusnya dengan benderanya, lalu Jibrail berperang di sebelah kanannya dan Mikail di sebelah kirinya. Kemudian beliau a.s tidak pulang sehingga Allah memberi kepadanya kemenangan.

Sirah Ali Dan Fatimah A.S

       176. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasir, daripada Hammad bin Uthman, daripada Zaid bin al-Hasan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Ali a.s adalah orang yang paling menyerupai Rasulullah s.a.w dari segi selera makannya dan sirahnya s.a.w. Beliau a.s memakan roti dan minyak, memberi makan kepada orang ramai roti dan daging. Ali a.s menyediakan air dan kayu api. Sementara Fatimah a.s mengisar gandum, menguli tepung, membuat roti dan menampalkan kain. Fatimah a.s adalah orang yang paling cantik mukanya; dua pipinya kemerahan. Selawat Allah ke atasnya, ke atas bapanya, ke atas suaminya dan anak-anaknya yang suci.

Ujian Getir Kepada Setiap Nabi.

       177. Sahl bin Ziyad, al-Rayyan bin al-Salt, daripada Yunus secara marfuu’ berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan bersamanya ujian yang getir. Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan ia mengakui bahawa baginya al-Bada’.

Kata-kata Unta Betina Rasulullah Ketika Diserbu.

       178. Sahl, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Abd al-Hamid, daripada orang yang menyebutnya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila mereka menyerbu Rasulullah s.a.w bersama unta betinanya, maka unta betinanya berkata kepadanya: Demi Allah, aku tidak terasa takut meskipun aku dikerat sedikit demi sedikit[7].

Perlu Kepada Pembantu.

       179. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, dan beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yzid, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau a.s berkata: Mudah-mudahan kita mempunyai golongan yang di dalam perjalanan (sayyaarat) seperti keluarga Ya‘qub sehingga Allah memutuskan di antara kami dan makhluk-Nya.

Niat Yang Diredai Allah Adalah Suatu Kesucian.

       180. Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ismail bin Qutaibah, daripada Hafs bin Umar, daripada Ismail bin Muhammad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya bukan semua percakapan daripada orang yang cerdik Aku menerimanya. Sesungguhnya Aku menerima hawa nafsunya dan niatnya. Sekiranya hawa nafsunya dan niatnya di dalam keredaan-Ku, maka Aku menjadikan niatnya suatu kesucian dan kepujian.

Penjelasan Mengenai firman Allah Surah Fussilat (41): 53 “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segenap penjuru”
      
       181. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada al-Tayyar, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41): 53 “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur’an itu benar”. Beliau a.s berkata: Ditelan bumi, ditukar bentuk dan dicampak ke mana-mana. Aku berkata:  “Sehingga jelaslah bagi mereka”? Beliau a.s berkata: Tinggalkan yang ini. Ini adalah untuk al-Qaim.

Ketaatan Kepada Ali A.S Dan Menderhakainya.

       182. Sahl, daripada Yahya bin al-Mubarak, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Ishaq bin ‘Ammar, Ibn Sinan dan Sama‘ah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Mentaati Ali adalah kerendahan diri dan menderhakainya adalah kekufuran dengan Allah. Ada orang bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana mentaati Ali adalah kerendahan diri dan menderhakainya adalah kekufuran dengan Allah? Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali membawa kamu di atas kebenaran. Justeru sekiranya kamu mentaatinya, maka kamu merendah diri kepadanya dan sekiranya kamu menderhakainya, maka kamu mengingkari Allah.

Arab Dan A‘raab.

       183. Daripadanya, daripada Yahya bin al-Mubarak, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Ishaq bin  ‘Ammar atau selain daripadanya berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kami Bani Hasyim dan Syi‘ah kami adalah Arab. Sementara orang lain adalah al-A‘raab.

Arab Dan Keturunan Rom.

       184. Sahl, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hanan, daripada Zararah berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kami Quraisy dan Syi‘ah kami adalah Arab. Manakala orang lain adalah keturunan Rom.

Kedatangan Al-Qaim A.S Satu Kebenaran.

       185. Sahl, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada beberapa orang lelakinya, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau a.s berkata: Seolah-olah aku melihat al-Qaim a.s di atas mimbar Kufah di atasnya pakaian, lalu al-Qaim a.s mengeluarkan satu surat dari pakaiannya yang dimetraikan dengan cop daripada emas. Kemudian al-Qaim a.s menanggalkannya, lalu membacakannya kepada orang ramai. Lantas orang ramai meninggalkannya kerana ketakutan seperti biri-biri. Tiada yang tinggal selain daripada orang tertentu yang menjadi pengawas (al-Nuqabaa’). Kemudian al-Qaim a.s bercakap dengan percakapan yang mana mereka tidak dapat perlindungan melainkan mereka kembali kepadanya. Sesungguhnya aku mengetahui percakapan yang akan diucapkan oleh al-Qaim a.s.

Hikmat Adalah Barang Mukmin Yang Hilang.

       186. Sahl bin Ziyad, daripada Bakr bin Salih, daripada Ibn Sinan, daripada ‘Umru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Hikmat adalah barang mukmin yang hilang. Juteru itu, jika salah seorang daripada kamu mendapatinya, maka hendaklah dia mengambilnya kembali.

Al-Asy‘ath Bin Qais, Anak Perempuannya Dan Anak Lelakinya Laknatullah.

       187. Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Sulaiman Katib Ali bin Yaqtin, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya al-Asy‘ath bin Qais telah bersyarikat pada darah Amir al-Mukminin a.s, anak perempuannya Ja‘dah telah meracuni al-Hasan a.s dan anak lelakinya Muhammad telah bersyarikat pada darah al-Husain a.s.

Kelembutan Hati Dan Menangis Ketika Mendengar Bacaan Al-Qur’an.
      
       188. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Sabah al-Hiza’, daripada Abu Usamah berkata: Aku telah berkawan dengan Abu Abdullah a.s, berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Bacalah, lalu aku membuka satu surah daripada al-Qur’an, kemudian aku membacanya, lalu beliau a.s menangis. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Usamah, rawatlah hati kamu dengan berzikir kepada Allah dan berhati-hatilah dengan bintik-bintik (al-Nukat), kerana ia kadangkala mendatangi di hati pada masa syak dari pagi yang mana tiada padanya iman dan kekufuran seperti kain yang buruk atau tulang yang reput.
       Wahai Usamah, tidakkah anda pernah terasa “kehilangan hati anda”, justeru anda tidak menyebut dengannya kebaikan dan kejahatan serta anda tidak mengetahui di manakah dia? Aku berkata kepadanya: Ya, ia menimpaku dan aku berpendapat ia juga menimpa orang lain. Beliau a.s berkata: Ya, seorang tidak dapat mengelakkan daripadanya. Apabila berlaku sedemikian, maka sebutlah Allah dan berhati-hatilah dengan bintik-bintik. Ini adalah kerana apabila Dia kehendaki hamba-Nya kebaikan, maka Dia menandakan dengan bintik-bintik iman dan apabila Dia kehendaki hamba-Nya selain daripada itu, maka Dia menandakan selain daripada itu. Aku berkata: Apakah maksud “selain daripada itu”, aku jadikan diriku tebusan anda, apakah dia? Beliau a.s berkata: Apabila Dia kehendaki kekufuran, maka Dia menandakan bintik kekufuran (idha araada kufran nakata kufran).

Wasiat Abu Abdullah A.S Kepada  ‘Umru Bin Sa‘id  Bin Hilal.

       189. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abu al-Maghra, daripada Zaid al-Syahham, daripada ‘Umru bin Sa‘id bin Hilal berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya aku hampir tidak akan bertemu dengan anda melainkan beberapa tahun akan datang. Justeru berwasiatlah kepadaku sesuatu, agar aku berpegang kepadanya. Beliau a.s berkata: Aku berwasiatkan kepada anda supaya bertakwa kepada Allah, benar di dalan percakapan, warak dan ijtihad.
       Ketahuilah bahawa tiada manfaat ijtihad tanpa warak bersamanya. Janganlah anda bandingkan diri anda dengan orang yang di atas anda. Cukuplah dengan firman Allah di dalam Surah al-Taubat(9): 55 “Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu”. Dan firman-Nya di dalam Surah Taha (20): 131 “Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia”. Sekiranya anda khuatir sesuatu daripada itu, maka ingatlah kehidupan Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya makanan hariannya adalah gandum, pencuci mulutnya adalah kurma dan bahan bakarnya adalah pelepah kurma apabila baginda s.a.w mendapatinya. Apabila anda ditimpa musibah, maka ingatlah musibah yang telah menimpa Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana orang lain tidak akan ditimpa musibah seperti Rasulullah s.a.w.

Wasiat Rasulullah S.A.W Kepada Sahabatnya.

       190. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Hasan bin al-Sariy, daripada Abu Maryam, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melalui kami pada suatu hari  ketika itu kami sedang berada di kelab kami dan baginda s.a.w berada di atas unta betinanya. Ini berlaku ketika baginda s.a.w pulang dari hajjatu al- wida’, lalu baginda s.a.w berdiri di hadapan kami, memberi salam kepada kami, kemudian kami menjawab salamnya. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Aku melihat kecintaan kepada dunia telah menguasai ke atas kebanyakan orang sehingga seolah-olah maut di dunia ini difardukan untuk orang lain.
       Seolah-olah kebenaran di dunia ini diwajibkan ke atas orang lain seolah-olah mereka tidak mendengar dan melihat berita golongan mati sebelum mereka. Jalan mereka adalah sama dengan jalan kaum yang musafir sedikit sahaja yang akan kembali kepada mereka. Rumah-rumah mereka adalah kubur-kubur mereka. Mereka makan warisan mereka. Mereka menyangka mereka kekal selepas mereka [di dunia]. Alangkah jauhnya sangkaan mereka. Orang yang akhir mereka tidak menerima nasihat orang yang awal mereka. Sesungguhnya mereka telah jahil dan melupai setiap nasihat pada kitab Allah. Mereka percaya kepada setiap akibat kejahatan. Justeru mereka tidak takut kepada  malapetaka yang akan berlaku.
       Alangkah beruntungnya orang yang disibukkan dengan ketakutan kepada Allah daripada ketakutan kepada manusia.
       Alangkah beruntungnya orang yang mana keaibannya menegahnya dari mengaibkan saudara-saudaranya yang mukminin.
       Alangkah beruntungnya orang yang tawaduk kepada Allah, zuhud kepada apa yang dihalalkan oleh Allah, tanpa menentang sirahku, menolak perhiasan dunia tanpa mengubah sunnahku. Menuruti berita-berita daripada keluargaku selepasku, menjauhi ahli khayal, orang yang bermegah dan orang yang cintakan dunia. Golongan yang melakukan bid‘ah; menyalahi sunnahku dan beramal menyalahi sirahku.
       Alangkah beruntungnya orang mukmin yang berusaha mendapatkan hartanya tanpa maksiat, lalu dia membelanjakannya bukan pada maksiat dan mengembalikannya kepada keluarganya.
       Alangkah beruntungnya orang yang akhlaknya baik bersama manusia, membelanjakan kepada mereka pendapatannya dan memalingkan kejahatannya daripada mereka.

Angan-Angan Tiga Jenis Manusia.

       191. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad secara marfuu’, daripada sebahagian bijaksana, berkata: Orang yang paling berhak mengangan-angankan kekayaan kepada manusia adalah orang yang bakhil. Ini adalah kerana manusia apabila mereka menjadi kaya, mereka akan menahan harta mereka. Orang yang paling berhak mengangan-angankan kebaikan manusia adalah ahli keaiban. Ini adalah kerana manusia apabila mereka menjadi baik, mereka akan menahan diri mereka dari mengikuti keaiban orang lain.
       Orang yang paling berhak mengangan-angankan kelembutan manusia adalah orang bodoh yang memerlukan kebodohan mereka dimaafi. Justeru orang yang bakhil mengangan-angankan kefakiran manusia. Ahli keaiban mengangan-angankan kefasikan mereka. Orang yang melakukan dosa mengangan-angankan kebodohan mereka. Di dalam kefakiran memerlukan kepada orang yang bakhil. Di dalam kefasadan menuntut aurat ahli keaiban dan di dalam kebodohan dibalas dengan dosa.

Dilarang Membuat Pengaduan Kepada Ahli Khilaf.

       192. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada al-Qasim bin Yahya, daripada datuknya al-Hasan bin Rasyid berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Hasan, apabila anda ditimpa kesedihan, maka janganlah anda mengadu kepada seorangpun di kalangan ahli Khilaf (penentang ahlu l-Bait a.s.) Sebaliknya sebutlah mengenainya kepada sebahagian saudara-saudara anda. Ini adalah kerana anda tidak akan hilang salah satu daripada empat sifat: Memadai dengan harta, pertolongan dengan pangkat, doa yang dimakbulkan atau mesyuarat untuk mendapatkan pendapat.

Khutbah Amir al-Mukmin A.S Mengenai Nasihat.

       193. Ali bin al-Husain al-Muaddib dan lain-lain, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Ismail bin Mihran, daripada Abdullah bin Abu al-Harith al-Hamdani, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah, lalu berkata: Segala puji bagi Allah Yang Maha Rendah dan Yang Maha Tinggi, Yang Maha Mudarat dan Yang Maha Manfaat, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Luas, Yang Maha Mulia pujiannya, Yang Maha Benar nama-nama-Nya, Yang Meliputi yang ghaib dan apa yang terlintas di hati.
       Yang Menjadikan kematian di antara makhluk-Nya dengan penuh keadilan. Dia telah memberikan kehidupan kepada mereka secara kurniaan. Lantaran itu, Dialah yang menghidup dan mematikan serta menentukan makanan (al-Aqwaat) yang mana Dia memberikannya dengan keilmuan-Nya, ketentuan-Nya dan hikmah-Nya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Arif dan Maha Melihat dengan matahati, Dia sentiasa wujud tanpa kematian, kekal tanpa penghujungnya. Dia mengetahui apa yang ada di bumi dan apa yang ada di langit dan apa yang ada di antara kedua-duanya dan di bawah tanah.
       Aku memujiNya dengan penuh pujian yang tersimpan; pujian yang diucapkan oleh para malaikat dan para nabi, pujian yang tidak terhitung bilangannya, tidak didahului oleh masa yang mana tidak pernah dipuji seorangpun seumpamanya. Aku beriman dengan-Nya dan bertawakal ke atas-Nya, aku pohon hidayah daripada-Nya, aku memadai dengan-Nya, aku pohon kebaikan dan keredaan daripada-Nya. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Dia telah mengutusnya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya ia terserlah di atas semua agama sekalipun dibenci oleh musyrikun, selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.
       Wahai manusia, dunia bukanlah rumah yang kekal bagi kamu. Sesungguhnhya kamu padanya seperti orang musafir berpesta, lalu mereka bermalam, beristirahat dan meninggalkan tempat itu pada pagi hari. Mereka datang dan pergi tanpa tertarik kepada perkara yang telah berlalu dan tiada keinginan untuk kembali lagi. Perbaharuilah keazaman mereka untuk mengahadapinya. Mereka cenderung kepada dunia tanpa persediaan sehingga datang  kepada kaum yang  mana tinta mereka kekeringan tanpa mendapati khabar dan kesan  daripada kebanyakan mereka. Mereka tinggal di dunia pada masa yang singkat dan bersegera kepada akhirat untuk kebangkitan mereka.
       Justeru kamu memasuki rumah-rumah mereka berdukacita di atas kesan-kesan mereka yang hampir tiada lagi. Hari-hari kamu dengan diri-diri kamu bertahan. Sementara malam-malam kamu dengan roh-roh kamu berjalan. Kamu menceritakan keadaan mereka, lalu mengikuti perjalanan mereka. Justeru janganlah kamu terpedaya oleh kehidupan dunia. Ini adalah kerana kamu di dalam musafir yang panjang. Maut akan berlaku kepada kamu dan akan menunaikan angan-angan-nya, ia akan membawa kamu ke negeri pahala, balasan dan hisab.
       Allah mengasihani seorang yang memerhati akan kebesaran Tuhannya, menyesal akan dosanya, melawan hawa nafsunya dan membohongi angan-angannya. Orang yang mencela hawa nafsunya  dengan ikatan takwa, lalu mengikatkannya, kerana takut kepada Tuhan-Nya. Lalu dia membawanya kepada ketaatan dengan ikatannya. Dan menegahnya dari kemaksiatan dengan ikatannya, mengangkatnya ke alam akhirat pada setiap waktu akan kematiannya, selalu berfikir, berjaga malam, menjauhi dunia kerana kejemuan, bekerja keras untuk akhiratnya, menjaga orang yang menjadikan kesabaran sebagai matlamat kejayaannya, ketakwaan sebagai persediaan kematiannya dan penawar kepada penyakit dalamannya.
       Lantaran itu, dia mengambil iktibar, meninggalkan dunia dan orang ramai, dia belajar untuk memahaminya dan menutup perutnya. Sesungguhnya hatinya tenang apabila menyebut hari akhirat, membuat persediaan yang rapi, beribadat kepada Allah dengan khusyuk, air matanya berlinang, hatinya khusyuk, takut kepada Allah. Cinta dan ketakutan  kepada Allah begitu besar di dalam hatinya, meredai segala perintah-Nya, lalu menzahirkannya, memadai dengan sedikit apa yang diketahui oleh mereka sebagai simpanan Allah di bumi, mempertahankan mereka daripada hamba-Nya.
       Jika seorang daripada mereka bersumpah dengan nama Allah, nescaya Dia menerimanya, atau berdoa ke atas seseorang, nescaya Dia menolongnya. Dia mendengar apabila dia bermunajat kepada-Nya, Dia menyahutinya apabila dia berdoa kepada-Nya. Allah telah menjadikan syurga-Nya bagi orang yang bertakwa dan doa mereka padanya adalah sebaik-baik doa. Maha Suci Tuhan, doa mereka kepada Allah di atas apa yang Dia kurniakan kepada mereka “Dan penutup doa mereka adalah al-Hamdulillahi Rabbil  ‘alamin” Surah Yunus (10):10.

Khutbah Amir al-Mukmin A.S Supaya Bertakwa Kepada Allah Pada Hari Jumaat.

       194. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu‘man atau lain-lain, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau a.s telah menyebut khutbah Amir al-Mukminin a.s pada hari Jumaat:
       Segala pujian bagi Allah, ahli kepujian  dan tempat akhirnya pujian. Yang Memulakan dan Mereka sesuatu, Yang Paling Mulia lagi Besar, Perkasa lagi Mulia, Yang Tunggal dengan sifat takbur-Nya dan nikmat-nikmat-Nya, Perkasa dan menguasai dengan kekuasaan-Nya, mencegah dengan kekuatan-Nya, menguasai dengan kudrat-Nya, Tinggi di atas sesuatu dengan jabarut-Nya, terpuji dengan kurniaan-Nya dan Ihsan-Nya, bermurah hati dengan pemberian-Nya dan faedahnya, luas rezeki-Nya, meliputi nikmat-Nya. Kami memuji di atas nikmat-nikmat-Nya dengan pujian yang setanding dengan kebesaran-Nya yang memenuhi kadar nikmat-nikmat-Nya dan keagongan-Nya.
       Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, Yang Awal dan Berkuasa. Semua makhluk menunduk kepada keesaan-Nya dan ketuhanan-Nya, qadim keazalian-Nya.
       Aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya serta pilihan-Nya di kalangan makhluk-Nya. Dia telah memilihnya dengan keilmuan-Nya, membersihkannya dengan wahyu-Nya, mengamanahkannya di atas rahsia-Nya, meredainya untuk makhluk-Nya, melantiknya untuk urusan-Nya yang besar sebagai pencerahan kepada lambang agama-Nya dan manhajnya sebagai pembuka kepada wahyu-Nya dan menjadi sebab kepada rahmat-Nya. Dia telah mengutusnya pada masa ketiadaan para rasul, kekurangan ilmu, perselisihan agama, kesesatan dari kebenaran, kejahilan dengan Tuhan, kekafiran dengan hari Kiamat dan janji baik. Dia telah mengutusnya kepada semua manusia sebagai rahmat kepada alam semesta dengan kitab yang mulia.
       Dia telah melebihkannya, menerangkannya, memperkuatkannya dan menjaganya dari didatangi kebatilan di semua penjuru, ia adalah daripada Yang Maha Bijaksana lagi terpuji. Dia telah memberi contoh kepada manusia dan menerangkan kepadanya ayat-ayatnya supaya mereka berfikir. Dia telah menghalalkan padanya apa yang halal dan mengharamkan padanya apa yang haram. Dia telah mensyariatkan padanya agama kepada hamba-hamba-Nya sebagai peringatan supaya tidak menjadi hujah bagi manusia ke atas Allah selepas penghantaran para rasul. Justeru beliau telah menyampaikan risalah-Nya, berjuang pada jalan-Nya dan menyembah-Nya sehingga kematian mendatanginya, selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.
       Aku mewasiatkan kamu supaya menyembah Allah dan aku mewasiatkan diriku sendiri  dengan ketakwaan kepada Allah yang telah memulakan segala perkara dengan ilmu-Nya. Besok janji-Nya akan berlaku dan di tangan-Nya kemusnahannya serta kebinasaan kamu. Hari-hari kamu akan berlalu, ajal-ajal kamu akan binasa dan akan tamat tempoh kamu. Ia akan hilang daripada kita sedikit demi sedikit seperti berlaku kepada golongan sebelum kamu. Justeru wahai hamba-hamba Allah, jadikanlah ijtihad kamu di dunia sebagai persediaan dari harinya yang pendek kepada hari akhirat yang panjang, kerana di dunia adalah tempat amal dan akhirat adalah tempat yang kekal dan balasan.
       Lantaran itu, jauhilah dari dunia, kerana orang yang terpedaya adalah orang yang terpedaya dengannya. Dunia tidak akan menunaikan angan-angan orang yang mencintainya sebagaimana firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 24 “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan oleh manusia dan binatang ternak”. Kamu tidak akan mendapat semua yang kamu kehendaki di dunia melainkan teladan. Kamu tidak akan terasa aman melainkan ketakutan; berlakunya musibat atau perubahan nikmat atau hilangnya kesihatan serta maut di sebaliknya. Kemudian berdiri di hadapan hukuman keadilan yang mana setiap jiwa akan dibalas dengan apa yang lakukan sebagaimana firman-Allah di dalam Surah al-Najm (53):31 “Supaya Dia memberi balasan kepada orang yang berbuat jahat terhadap apa yang mereka telah kerjakan dan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik”.
       Justeru bertakwalah kepada Allah dan bersegeralah kepada keredaan Allah, beramal dengan ketaatan kepada-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya bagi mendapat keredaan-Nya, kerana Dia adalah dekat dan menjawab doa. Semoga Allah menjadikan kami dan kamu di kalangan orang yang beramal dengan mencintaiNya, menjauhi kemurkaan-Nya. Kemudian sebaik-baik kisah, nasihat dan peringatan adalah pada kitab Allah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7):204 “Dan apabila dibacakan al-Qur’an, maka dengarlah baik-baik, dan perhatilah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. Aku pohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Bismillahir Rahmanir rahim. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali golongan yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran” Surah al-Asr (103):1-3. “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai golongan yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucaplah salam penghormatan kepadanya” Surah al-Ahzaab (33): 56. 
       Wahai Tuhanku, berselawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad dan berkatilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Kasihanilah Muhammad dan keluarga Muhammad, salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebaik-baik apa yang Engkau lakukan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha terpuji dan Maha Mulia. Wahai Tuhanku, berilah kepada Muhammad al-Wasilah (darjat), kemuliaan, kelebihan dan kedudukan yang mulia. Wahai Tuhanku, jadilah Muhammad dan keluarganya sebesar-besar makhluk semuanya dari segi kemuliaan pada hari Kiamat, tempat yang paling hampir dan kehadapan daripada Engkau. Wahai Tuhanku, berilah kepada Muhammad tempat yang paling mulia, kesejahteraan dan syafaat Islam. Wahai Tuhanku, kaitlah kami dengannya tanpa kehinaan, dukacita, penyesalan, perubahan, Tuhan yang benar, amin.
       Kemudian beliau a.s duduk seketika, kemudian berdiri dan berkata: Segala pujian kepada Allah. Ia adalah lebih berhak bagi orang yang takut kepada-Nya dan  memujiNya. Ia adalah lebih baik bagi orang yang bertakwa, lebih aula bagi orang membesarkan-Nya dan memuji-Nya. Kami memujiNya kerana kebesaran-Nya yang mutlak, kemurahan pemberian-Nya, dan keterserlahan nikmat-nikmat-Nya, kebaikan ujian-Nya. Kami beriman dengan hidayat-Nya yang tidak pernah malap cahayanya. Kami pohon perlindungan dengan Allah daripada kejahatan setiap kesangsian dan kezaliman fitnah.
       Kami pohon istighfar-Nya daripada dosa-dosa dan penjagaan-Nya daripada keaiban amalan, angan-angan yang dibenci, serangan di dalam kesusahan, bersyarikat dengan ahli syak dan reda dengan amalan golongan yang jahat di bumi tanpa kebenaran. Wahai Tuhanku, ampunilah kami, mukminin dan mukminat, yang hidup mereka dan yang mati mereka yang Engkau telah mematikan mereka di atas agama-Mu dan agama Muhammad s.a.w. Wahai Tuhanku, terimalah kebaikan mereka, lepaskanlah kejahatan mereka, masukkanlah rahmat, keampunan dan keredaan ke atas mereka.
       Ampunilah mukminin dan mukminat yang masih hidup yang telah mentauhidkanMu, membenarkan Rasul-Mu, berpegang dengan agama-Mu, beramal dengan fardu-fardu-Mu, mengikuti Nabi-Mu, bersunnah dengan sunnah-Mu, menghalalkan halal-Mu, mengharamkam haram-Mu, takut kepada balasan-Mu, mengharapkan pahala-Mu, mewalikan para wali-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Wahai Tuhanku, terimalah kebaikan mereka, ampunilah kejahatan mereka dan masukkanlah mereka ke syurga dengan rahmat-Mu bersama hamba-hamba-Mu yang soleh, Tuhan yang benar, amin.

Setiap Mukmin Ada Penjaga Dan Penggirang.

       195. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Setiap mukmin ada penjaga (haafiz) dan penggirang (saa’ib). Aku berkata: Apakah itu penjaga (al-Haafiz)? Beliau a.s berkata: Penjaga daripada Allah yang mana mukmin menjaga al-Wilayah dengannya di mana dia berada. Adapun penggirang (al-Saa’ib), maka ia adalah penggirang Muhammad (basysyaarat Muhammad) s.a.w yang mana Allah menggirangkan mukmin dengannya di mana dia berada.

Pergaulan Yang Baik.

       196. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada al-Hijal, daripada Hammad, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Bergaullah dengan orang ramai, nescaya anda dapat memberitahu [sesuatu] kepada mereka. Dan apabila anda memberitahukan mereka [sesuatu], nescaya anda dapat mengurangkan penentangan mereka terhadap anda.

Orang Ramai Adalah Seperti Galian Emas Dan Perak.

       197. Sahl, daripada Bakr bin Salih secara marfuu’, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Orang ramai adalah seperti galian emas dan perak. Justeru sesiapa yang mempunyai asalnya pada masa jahiliyyah, maka ia mempunyai asalnya pada masa Islam.

Hadis Mengenai Al-Zauraa’ Dan Pembunuhan.

       198. Sahl bin Ziyad, daripada Bakr bin Salih, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Mu‘awiyah bin Wahab berkata: Abu Abdullah a.s telah membaca beberapa bait syair Ibn Abi ‘Aqab:
                 
                    Disembelih di al-Zauraa’ di kalangan mereka ketika pagi 
                    Lapan puluh ribu orang seperti disembelihnya unta-unta

       Kemudian beliau a.s berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui di manakah al-Zauraa’? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, mereka berkata: Ia adalah Baghdad. Beliau a.s berkata: Tidak, kemudian beliau a.s berkata: Adakah anda telah pergi ke al-Rai? Aku berkata: Ya, beliau a.s berkata: Anda telah datang ke Sauq al-Dawwab? Aku berkata: Ya, beliau a.s berkata: Adakah anda telah melihat gunung hitam di sebelah kanan jalan? Itulah al-Zauraa’ yang akan dibunuh padanya lapan puluh ribu orang daripada mereka lapan puluh lelaki daripada anak polan semuanya layak untuk menjadi khalifah. Aku berkata: Siapakah yang akan membunuh mereka, aku jadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s berkata: Mereka akan dibunuh oleh anak-anak lelaki golongan al-‘Ajam.

Tafsir Mengenai Firman Allah Surah Al-Furqaan (25): 73 “Dan golongan yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai golongan yang tuli dan buta

       199. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al-‘Abbas, daripada Muhammad bin Ziyad, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Furqaan(25): 73 “Dan golongan yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai golongan yang tuli dan buta”. Beliau a.s berkata: Mereka adalah golongan yang mendapat pencerahan hati (mustabsyiriin) dan mereka bukanlah golongan yang syak.

Tafsir Firman Allah Surah Al-Mursalaat (77):36 “Dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur sehingga mereka (dapat) minta uzur
      
       200. Daripadanya, daripada Ali, daripada Ismail bin Mihran, daripada Hammad bin Uthman berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Mursalaat (77):36 “dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur sehingga mereka (dapat) minta uzur”. Beliau a.s berkata: Allah adalah lebih mulia dan lebih adil dari membiarkan keuzuran bagi hamba-Nya. Justeru Dia tidak membiarkannya meminta uzur daripada-Nya, tetapi Dia menjadikan jalan keluar untuknya. Lantaran itu, tiada keuzuran baginya.

Takwil Firman Allah Surah Al-Talaaq(65):2-3 “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka

       201. Ali, daripada Ali bin al-Husain, daripada Muhammad al-Kinasi berkata: Orang yang telah mengaitkannya dengan Abu Abdullah a.s telah memberitahu kami mengenai firman-Nya di dalam Surah al-Talaaq(65):2-3 “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka”. Beliau a.s berkata: Mereka itu adalah di kalangan Syi‘ah kami yang lemah. Tiada di sisi mereka apa yang mereka akan membawanya kepada kami. Mereka mendengar hadis kami, mereka mengambil faedah daripada ilmu kami.
       Sebahagian mereka musafir, membelanjakan harta mereka, memenatkan diri mereka sehingga mereka datang kepada kami. Lalu mereka mendengar hadis kami, kemudian memindahkannya (hadis) kepada mereka, lantaran itu, mereka menginsafi diri dengannya. Maka merekalah orang yang Allah menjadikan mereka jalan keluar dan memberi rezeki kepada mereka tanpa perhitungan. Dan mengenai firman-Nya di dalam Surah al-Ghaasyiyah (88):1 “Sudah datangkah kepadamu berita (mengenai) hari pembalasan?” Beliau a.s berkata: Golongan yang menipu Imam sehingga kepada firman-Nya Surah al-Ghasyiyah(88):7 “Yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar”. Beliau a.s berkata: Tiada sesuatupun yang akan memberi manfaat kepada mereka.

Takwil Firman Allah Surah Al-Mujaadalah (58):7 “Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya…”

       202. Daripadanya, daripada Ali bin al-Husain, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Mujaadalah (58):7 “Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. Beliau a.s berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada polan (Abu Bakr), polan (Umar), Abu ‘Ubaidah al-Jarrah, Abd al-Rahman bin ‘Auf, Salim maula Abu Huzaifah dan al-Mughirah bin Syu‘bah apabila mereka menulis surat di antara mereka, membuat perjanjian (ta‘aahaduu) dan bersetuju: Sekiranya Muhammad mati, khilafah tidak akan terjadi pada Bani Hasyim begitu juga kenabian selama-lamanya (la’in madhaa Muhammad la-takunu al-Khilafatu fi Bani Hasyim wa la al- Nubuwwatu abadan).
       Justeru Allah telah menurunkan ayat ini kepada mereka. Aku berkata: Firman Allah di dalam Surah al-Zukhruf (4):79-80 “Bahkan mereka telah menetapkan satu tipudaya (jahat), maka sesungguhnya kami menetapkan pula. Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisik-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar) dan utusan-utusan Kami selalu mencatat di sisi mereka”? Dua ayat ini telah diturunkan kepada mereka pada hari itu juga, Abu Abdullah a.s: Mudah-mudahan anda berpendapat bahawa ia menyerupai hari di mana surat ditulis selain daripada hari pembunuhan al-Husain a.s. Demikianlah keadaannya pada ilmu Allah yang terdahulu yang mana Dia telah memberitahu Rasulullah s.a.w mengenainya bahawa apabila surat ditulis, maka al-Husain a.s akan dibunuh dan pemerintahan terkeluar daripada Bani Hasyim. Sesungguhnya itulah apa yang telah terjadi.
       Aku berkata: Firman Allah di dalam Surah al-Hujaraat (49): 9 “Dan jika ada dua golongan dari golongan mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah  antara keduanya dengan adil”. Beliau a.s berkata: Dua golongan yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah hari Basrah dan merekalah ahli kepada ayat ini. Merekalah yang telah menentang Amir al-Mukminin a.s. Justeru maka wajiblah di atasnya memerangi mereka dan membunuh mereka sehingga mereka kembali kepada perintah Allah.
       Jika mereka tidak kembali, maka wajib di atasnya menurut apa yang diturunkan  Allah agar beliau a.s tidak meletakkan pedang daripada mereka sehingga mereka kembali daripada pendapat mereka, kerana mereka telah memberi baiah secara sukarela tanpa paksaan. Iaitu golongan yang berperang sebagaimana firman-Allah s.w.t. Justeru maka wajib di atas Amir al-Mukminin a.s melakukan keadilan kepada mereka apabila beliau a.s mendapat kemenangan sebagaimana telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada ahli Makkah. Sesungguhnya baginda s.a.w telah memaafkan mereka. Begitu juga Amir al-Mukminin a.s telah melakukan kepada ahli Basrah apabila beliau a.s mendapat kemenangan sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kepada ahli Makkah.
       Aku bertanya mengenai firman Allah di dalam Surah  al-Najm (53): 53 “Dan negeri-negeri kaum Lut yang telah dihancurkan Allah”. Beliau a.s berkata: Mereka adalah ahli Basrah; iaitu al-Mu’tafikat. Aku bertanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-Taubat(9): 70 “Negeri-negeri yang telah musnah (al-Mu‘tafikat) telah datang kepada mereka rasul-rasul yang membawa keterangan yang nyata”? Beliau a.s berkata: Mereka adalah kaum nabi Lut yang telah ditelan bumi.


Umar Menghina Salman Al-Farisi Mengenai Keturunannya.

       203. Ali bin Ibrahim, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada Safwan bin Yahya, daripada Hanan berkata: Aku telah mendengar bapaku meriwayatkan daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Salman telah duduk bersama beberapa orang Quraisy di masjid. Maka mereka mulai menyebut nasab mereka dan bermegah dengannya sehingga mereka sampai kepada Salman. Umar bin al-Khattab berkata: Beritahu kepadaku siapakah anda, siapakah bapa anda dan apakah asal usul anda?
       Salman berkata: Aku adalah Salman bin Abdullah, aku dahulunya sesat, kemudian Allah telah memberiku hidayat dengan Muhammad s.a.w. Aku adalah seorang yang miskin, maka Allah telah menjadikan aku kaya dengan Muhammad s.a.w. Aku dahulunya seorang hamba, maka Allah telah memerdekakan aku dengan Muhammad s.a.w. Ini adalah nasabku dan asal usulku. Lalu Rasulullah s.a.w keluar dan Salman sedang bercakap dengan mereka. Maka Salman berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, aku telah berjumpa dengan mereka dan duduk bersama mereka, maka mereka mulai menyebut nasab mereka dan bermegah dengannya sehingga mereka sampai kepadaku. Umar bin al-Khattab berkata: Siapakah anda, dan apakah asal usul anda? Maka Nabi s.a.w bersabda: Apakah yang anda telah katakan kepadanya, wahai Salman? Aku berkata kepadanya: Aku adalah Salman bin Abdullah. Aku dahulu telah sesat, maka Allah telah memberi hidayat kepadaku dengan Muhammad (s.a.w). Aku adalah seorang yang miskin, maka Allah telah menjadikan aku kaya dengan Muhammad (s.a.w). Aku dahulunya seorang hamba, maka Allah telah memerdekakan aku dengan Muhammad (s.a.w).
       Ini adalah nasabku dan asal usulku. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai orang Quraisy, nasab seorang lelaki adalah agamanya, maruahnya adalah akhlaknya dan asal usulnya adalah akalnya. Allah berfirman di dalam Surah al-Hujaraat (49):13 “Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu”. Kemudian Nabi s.a.w bersabda kepada Salman: Tiada seorangpun di kalangan mereka itu kelebihan di atas anda melainkan dengan takwa kepada Allah. Jika takwa anda melebihi takwa mereka, maka anda adalah lebih baik daripada mereka.




Pembahagian Sama Rata Oleh Amir Al-Mukminin A.S.

       204. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajjaj, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Ali a.s dilantik khalifah, beliau a.s menaiki mimbar, lalu memuji Allah, kemudian berkata: Sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak akan menahan kamu daripada fai’ kamu sekalipun satu dirham selama aku mempunyai segugusan buah anggur (berkuasa) di Yathrib. Justeru hendaklah kamu sendiri membenarkannya, adakah kamu melihatku menahan diriku sendiri dan memberinya kepada kamu? Maka ‘Aqil karrama llahu wajha-hu berdiri dan berkata kepadanya: Demi Allah, adakah anda menjadikan diriku dan orang yang berkulit hitam di Madinah sama saja? Maka beliau a.s berkata: Duduk, di sini tiada seorangpun bercakap selain daripada anda dan apakah kelebihan anda ke atasnya melainkan (anda memeluk) Islam awal atau takwa.

Nasihat Rasulullah S.A.W Kepada Bani ‘Abd Al-Muttalib.

       205. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ali bin Ri’ab, daripada Abu ‘Ubaidah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah berdiri di al-Safa dan bersabda: Wahai Bani Hasyim, wahai Bani Abd al-Muttalib, sesungguhnya aku adalah Rasulullah kepada kamu. Sesungguhnya aku mengasihani kamu. Sesungguhnya bagiku amalanku dan setiap lelaki daripada kamu amalannya, janganlah kamu berkata: Sesungguhnya Muhammad adalah daripada kami dan kami akan memasuki syurga bersamanya, tidak, demi Allah, bukanlah para waliku daripada kamu dan orang yang bukan daripada kamu melainkan golongan yang bertakwa. Sesungguhnya aku tidak mengenali kamu pada hari Kiamat kamu datang membawa dunia di atas belakang kamu dan mereka mendatangi manusia membawa akhirat. Sesungguhnya aku telah menyatakan keuzuranku kepada kamu; di antara aku dan kamu dan di antara aku dan Allah.

Mimpi Abu Abdullah A.S.
      
       206. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Ibn Maskan, daripada Zararah, daripada Abu Ja‘ar a.s berkata: Aku telah melihat seolah-olah aku di kemuncak gunung dan orang ramai menaikinya di setiap penjuru sehingga mereka berkumpul di atasnya pada masa yang panjang, maka orang ramai mulai terjatuh darinya pada setiap penjuru sehingga tinggal beberapa orang sahaja. Lantas mereka melakukannya sebanyak lima kali. Dan setiap kali mereka mencubanya, maka kebanyakannya terjatuh darinya hanya tinggal beberapa orang sahaja. Adapun Qais bin Abdullah bin ‘Ajalan adalah di dalam kumpulan itu. Beliau a.s berkata: Tidak tinggal selepas itu melainkan lima orang sehingga semuanya mati.

Para Malaikat Memandikan Abu Ja‘far A.S Di Al-Baqi‘.

       207. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Hammad bin ‘Uthman berkata: Abu Basir telah memberitahuku, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki telah berada beberapa batu dari Madinah, maka dia telah melihat di dalam mimpinya; orang berkata kepadanya: Pergilah dan lakukan solat kepada Abu Ja‘far a.s. Maka sesungguhnya para malaikat memandikannya di al-Baqi‘. Kemudian lelaki itu datang, maka dia mendapati Abu Ja‘far a.s telah mati.

Mengenai Firman Allah Surah Ali Imran (3): 103 “Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah mneyelamatkan kamu daripadanya…”

       208. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Ali Imran (3): 103 “Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah mneyelamatkan kamu daripadanya (dengan Muhammad). Begitulah, demi Allah, Jibrail telah menurunkannya kepada Muhammad (s.a.w).

Mengenai Firman Allah Surah Ali Imran (3):92 “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian”
      
       209. Daripadanya, daripada ‘Umar bin Abd al-‘Aziz, daripada Yunus bin Zubyan, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Ali Imran (3):92 “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai”. Begitulah ia diturunkan[8].

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4): 66 “Dan sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah dirimu (terimalah  Imam) atau keluarlah kamu dari kampungmu (reda kepadanya)”

       210. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Ali bin Asbat, daripada  Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata mengenai Surah al-Nisaa’ (4): 66 “Dan sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah dirimu (terimalah  Imam) atau keluarlah kamu dari kampungmu (reda kepadanya)” nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan sesungguhnya kalau (ahli khilaf) mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka). Dan mengenai firman-Nya di dalam  Surah al-Nisaa’ (4): 65 “kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan (mengenai urusan wali), dan mereka menerima (ketaatan kepada Allah) dengan sepenuhnya

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4):63 “Mereka itu adalah golongan yang Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka”
      
       211. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Abu Janadah al-Hasin bin al-Mukhariq bin Abd al-Rahman bin Warqa’ bin Habsyi bin Janadah al-Saluli sahabat Rasulullah s.a.w, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s mengenai firman-Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4):63 “Mereka itu adalah golongan yang Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka (kalimat kecelakaan telah mendahului ke atas mereka dan azab telah mendahului mereka) dan katakanlah kepada mereka perkataan yang yang berkesan pada jiwa mereka

Taat Kepada Allah, Rasul Dan Uli l-Amri.
      
       212. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Umar bin Adhinah, daripada Barid bin Mu‘awiyah berkata: Abu Ja‘far a.s telah membaca Surah al-Nisaa’ (4) 59 “Wahai prang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Uli al-Amri di antara kamu. Kemudian jika kamu khuatir berlainan pendapat mengenai sesuatu (khiftum tanazu‘an), maka kembalilah ia kepada Allah dan Rasul dan Uli al-Amri daripada kamu”. Kemudian beliau a.s berkata: Bagaimana Dia memerintahkan supaya mentaati mereka (Rasul dan Uli al-Amri) dan pada masa yang sama memberi kelonggaran kepada mereka (orang ramai) bagi menentang Rasul dan  Uli al-Amri. Sesungguhnya Dia telah berfirman sedemikian adalah kepada golongan yang diperintahkan di dalam ayat “ Taatilah Allah dan taatilah Rasul”.

Hadis Mengenai Kaum Salih A.S

       213. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bertanya Jibrail a.s bagaimanakah  kaum Salih a.s dibinasakan, maka Jibrail a.s berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Salih telah diutus kepada kaumnya ketika berusia enam belas tahun. Beliau a.s tinggal bersama kaumnya sehingga seratus dua puluh tahun, tetapi mereka tidak menyahuti seruannya dengan baik. Mereka memiliki tujuh puluh berhala yang mereka sembah selain daripada Allah.
       Beliau a.s berkata: Wahai Kaum, aku telah diutus kepada kamu ketika umurku enam belas tahun. Sesungguhnya aku telah sampai seratus dua puluh tahun dan aku membentangkan kepada kamu dua perkara: Jika kamu mahu, maka bertanyalah aku sehingga aku bertanya Tuhanku, maka Dia akan memberi jawapan kepada kamu mengenai apa yang kamu tanyakan kepada aku sekarang juga. Dan jika kamu mahu, aku bertanyakan kepada tuhan-tuhan kamu. Jika tuhan-tuhan kamu memberi jawapan kepada pertanyaanku, aku akan keluar daripada kamu. Sesungguhnya aku telah jemu dengan kamu dan kamu juga telah jemu dengan aku, lalu mereka berkata: Anda telah sedar, wahai Salih, maka mereka menunggu hari yang mereka akan keluar beramai-ramai mengenainya.
       Kemudian mereka keluar dengan berhala-berhala mereka ke belakang mereka, lalu mereka mendekati makanan dan minuman, lalu mereka makan dan minum. Apabila selesai, maka mereka menyeru Salih sambil berkata: Wahai Salih, tanyalah, maka Salih berkata kepada berhala yang besar mereka: Apakah nama  berhala ini? Mereka berkata: Polan, maka Salih berkata kepadanya: Wahai polan, jawablah, maka dia tidak menjawabnya. Maka Salih berkata: Kenapa dia tidak menjawab? Mereka berkata: Serulah yang lain?
       Lalu beliau a.s menyeru semuanya dengan nama-namanya, maka tidak satupun yang menjawabnya. Lantas mereka datang kepada berhala-berhala mereka dan berkata: Kenapa kamu tidak menawab Salih? Maka ia tidak juga menjawab, mereka berkata: Jauhkan diri anda daripadanya dan tinggallah kami dan tuhan-tuhan kami seketika. Kemudian mereka menjauhkan hamparan dan pakaian mereka, lalu mereka berguling di atas tanah dan mencampakkan tanah di atas kepala mereka seraya berkata kepada berhala-berhala mereka:  Jika kamu tidak menjawab Salih pada hari ini, nescaya akan terdedah keburukan kamu. Kemudian mereka menyeru Salih dan berkata: Wahai Salih, serulah kepadanya, lalu Salih a.s menyerunya, maka ia tidak juga menjawab.
       Kemudian beliau a.s berkata kepada mereka: Wahai kaum, telah berlalu separuh hari, aku tidak melihat tuhan-tuhan kamu memberi jawapan kepadaku. Justeru tanyalah aku sehingga aku menyeru Tuhanku, maka Dia akan memberi jawapan kepada kamu sekarang juga. Lalu mereka melantik tujuh puluh orang lelaki di kalangan pembesar-pembesar mereka dan mereka berkata: Wahai Salih, kami akan bertanya anda, jika Tuhan anda menjawab, maka kami akan mengikut anda dan menyahuti anda dan semua orang kampung kami akan memberi baiah kepada anda. Maka Salih a.s berkata kepada mereka: Tanyalah aku apa yang kamu mahu, maka mereka berkata: Datang bersama kami ke gunung, maka Salih pergi bersama mereka.
       Manakala mereka sampai di gunung, mereka berkata: Wahai Salih, serulah Tuhan anda untuk kami agar Dia mengeluarkan dari gunung ini seekor unta betina berwarna kemerahan, maka Salih a.s berkata kepada mereka: Sesungguhnya kamu telah bertanya kepadaku perkara yang besar, Tuhanku akan menghinaku. Kemudian Salih a.s telah memohon kepada Tuhan perkara tersebut, lalu gunung itu terpecah dan hampir akal mereka melayang manakala mereka mendengarnya. Kemudian gunung itu bergerak dengan gerakan yang kuat seperti seorang perempuan di dalam kesakitan. Kemudian kepalanya (unta) telah mengejutkan mereka, kerana ia keluar ke arah mereka dari pecahan tersebut.
       Kemudian keluar tengkuknya dan seluruh badannya. Kemudian dia berdiri di atas bumi. Manakala mereka melihatnya, mereka berkata: Wahai Salih, alangkah cepatnya Tuhan anda menyahuti seruan anda, serulah Tuhan anda supaya Dia mengeluarkan untuk kami unta muda (fasiili-ha), lalu beliau a.s memohon kepada Tuhannya perkara tersebut, lalu ia keluar dan berjalan di sekelilingnya. Salih a.s berkata kepada mereka: Wahai kaum, adakah masih ada lagi permintaan? Mereka berkata: Tidak, datang bersama kami kepada kaum kami, kami akan mencerita kepada mereka apa yang kami telah melihatnya dan mereka akan beriman dengan anda. Mereka kembali tidak sampai tujuh puluh orang kepada mereka sehingga enam puluh empat daripada mereka telah murtad. Mereka berkata: Sihir dan pembohongan. Mereka yang enam berkata: Benar. Orang ramai berkata: Pembohongan dan sihir. Lalu mereka tidak mempercayainya. Kemudian seorang daripada yang enam itu pula menjadi syak, maka dialah yang telah menyembelihnya.




Kaum Thamud Dan Unta Nabi Salih A.S.

       214. Ali bin Muhammad, Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al- Abbas, daripada al-Hasan bin Abd al-Rahman, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah berkata kepadanya mengenai Surah al-Qamar (54): 23-5 “Kaum Thamud telah mendustakan ancaman-ancaman (itu). Maka mereka berkata: Bagaimana kita akan mengikut saja seorang manusia (biasa) di antara kita? Sesungguhynya kalau kita begitu benar-benar berada di dalam keadaan sesat dan gila” Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita? Sebenarnya dia adalah seorang yang amat pendusta lagi sombong”. Beliau a.s berkata: Ini adalah kerana mereka telah membohongi Salih a.s.
       Allah tidak membinasa satu kaum sehingga Dia mengutus kepada mereka sebelum itu beberapa orang rasul, lalu mereka berhujah ke atas mereka. Justeru Allah telah mengutus Salih kepada mereka. Lalu beliau a.s menyeru mereka kepada Allah, tetapi mereka tidak menyahut seruannya, malah menentangnya dengan angkuh dan mereka berkata:  Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada anda sehingga anda mengeluarkan untuk kami dari batu besar ini seekor unta betina. Batu besar itu, mereka membesar-besarkannya dan menyembahnya pula. Mereka menyembelih di sisinya pada setiap awal tahun dan berkumpul di sisinya, maka mereka berkata kepadanya: Jika anda menyangka bahawa anda seorang nabi dan rasul, maka serulah untuk kami Tuhan anda sehingga anda mengeluarkan untuk kami dari batu besar ini seekor unta betina sebagai kawan, maka Allah telah mengeluarkannya sebagaimana mereka telah meminta daripada-Nya.
       Kemudian Allah telah menurunkan wahyu kepada Salih: Wahai Salih, katakan kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah menjadikan satu hari untuk unta betina ini meminum air dan bagi kamu satu hari untuk meminumnya pula. Unta betina ini pada hari minumnya, dia meminum air pada hari itu sahaja. Lalu mereka memerah susunya. Justeru tiada yang tinggal sama ada yang kecil dan yang besar mereka melainkan meminum susunya pada hari itu. Apabila tiba waktu malam, pada waktu paginya mereka pergi ke tempat air, lalu mereka meminumnya pada hari itu. Sementara unta betina itu tidak meminum air pada hari itu. Mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian beberapa ketika.
       Kemudian mereka menentang Allah dengan angkuh dan berkata: Sembelih unta betina ini, dan beristirahatlah kamu daripadanya, kami tidak reda  kami minum satu hari dan baginya satu hari untuk minum. Kemudian mereka berkata: Sesiapa yang akan membunuhnya kami akan memberi kepadanya ganjarannya menurut apa yang dia suka. Tiba-tiba seorang lelaki berkulit merah, anak zina yang tidak diketahui bapanya mendatangi mereka, dikenali sebagai Qidar, seorang di kalangan mereka yang celaka, lalu mereka menjadikan untuknya ganjaran. Manakala unta betina menuju kepada air, dia telah membiarkannya sehingga dia meminum air. Dan apabila unta betina itu pulang, maka dia duduk di sebelah jalannya, lalu memukulnya dengan pedang tanpa tindak balas daripada unta betina itu.
       Kemudian dia memukul dengan pukulan yang lain, lalu membunuhnya. Lantas ia terjatuh ke bumi dan unta muda bersamanya melarikan diri sehingga dia menaiki gunung dan meraung sebanyak tiga kali ke langit. Kaum Salih datang, tiada seorang di kalangan mereka melainkan bersyarikat di dalam pembunuhannya. Mereka membahagi-bahagikan dagingnya di kalangan mereka. Tiada yang tinggal sama ada yang kecil dan yang besar mereka melainkan memakannya. Manakala Salih melihat keadaan sedemikian, beliau a.s mendatangi mereka dan berkata: Wahai kaum, apakah yang mendorong kamu untuk melakukan apa yang telah kamu lakukannya, kamu telah menderhakai Tuhan kamu.
       Maka Allah memberitahu Salih a.s: Sesungguhnya kaum anda telah melakukan kezaliman dan membunuh unta betina yang Aku telah mengutusnya kepada kamu sebagai hujah ke atas mereka. Ia tidak memudaratkan mereka, malah mereka telah mendapat manfaat yang besar daripadanya. Katakanlah kepada mereka bahawa Aku mengutus ke atas kamu azab-Ku dalam masa tiga hari. Jika mereka bertaubat dan kembali, maka Aku menerima taubat mereka dan Aku menghalangnya daripada mereka. Jika mereka tidak bertaubat dan tidak kembali, maka Aku akan mengutus azab-Ku pada hari ketiga.
       Lalu Salih a.s mendatangi mereka dan berkata kepada mereka: Wahai kaum, sesungguhnya aku adalah rasul Tuhan kamu kepada kamu dan Dia sedang berfirman kepada kamu: Sekiranya kamu bertaubat, kembali dan beristighfar, maka Aku mengampuni untuk kamu dan Aku menerima taubat kamu. Manakala beliau a.s berkata sedemikian, maka  penentangan mereka adalah  lebih buruk lagi dan mereka berkata di dalam  Surah al-A‘raaf (7): 77 “Wahai Salih, datangkanlah apa yang kamu ancamkan itu kepada kami, jika kamu termasuk golongan yang diutuskan”. Salih a.s berkata: Wahai kaum, sesungguhnya besok muka kamu akan menjadi kuning. Pada hari kedua, muka kamu akan menjadi merah dan pada hari ketiga muka kamu akan menjadi hitam.
       Apabila muka mereka menjadi kuning pada hari pertama, sebahagian mereka keluar berjalan-jalan dan berkata: Apa yang dikatakan oleh Salih telah mendatangi kamu. Orang yang sombong di kalangan mereka berkata: Kami tidak mendengar kata-kata Salih dan kami tidak menerima kata-katanya sekalipun ianya besar. Manakala hari kedua, maka muka mereka menjadi merah. Sebahagian mereka keluar berjalan-jalan dan berkata kepada sebahagian mereka: Wahai kaum, sesungguhnya apa yang dikatakan oleh Salih  telah datang kepada kamu.
       Orang yang sombong di kalangan mereka berkata: Sekiranya kami semua binasa, kami tidak mendengar kata-kata Salih dan kami tidak akan meninggalkan tuhan-tuhan kami yang mana bapa-bapa kami menyembahnya. Mereka tidak bertaubat dan tidak kembali. Manakala hari ketiga, muka mereka menjadi hitam. Sebahagian mereka keluar barjalan-jalan dan berkata kepada sebahagian mereka: Apa yang dikatakan oleh Salih datang kepada kamu.
       Orang yang sombong di kalangan mereka berkata: Apa yang dikatakan oleh Salih telah datang kepada kami. Manakala tiba separuh malam, maka Jibrail a.s datang kepada mereka, lalu dia melaung ke arah mereka dengan laungan yang mencarikkan pendengaran mereka dan hati mereka terbelah dan jantung mereka pecah. Mereka di dalam tiga hari itu telah bersedia pengapanan mereka, kerana mereka telah mengetahui bahawa azab akan turun kepada mereka. Lalu mereka semua mati sekelip mata sahaja termasuk yang kecil dan yang besar mereka. Kemudian Allah mengutus bersama laungan itu api dari langit ke atas mereka, lalu ia membakar mereka semua dan inilah kisah mereka.

Hadis Farwat Daripada Abu Ja‘far A.S.

       215. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kandi, daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Fudhail bin al-Zubair, berkata: Farwat telah menceritakan kepadaku daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah menyebut sesuatu kepadanya mengenai urusan mereka berdua (Abu Bakr dan Umar), maka beliau a.s berkata: Mereka telah memukul kamu di atas darah Uthman selama lapan puluh tahun sedangkan mereka mengetahui bahawa dia (Uthman) adalah seorang yang zalim (innahu kaana zaaliman). Maka bagaimana, wahai Farwat, apabila kamu menyebut dua berhala mereka[9] (fa-kaifa ya Farwat idha zakar-tum sanamai-him).

Di Manakah Kekuatan Bani Hasyim Dan Bilangan Mereka Yang Ramai?

       216. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad, daripada, al-Husain daripada Sa‘id daripada Ali ibn al-Nu‘man daripada Abdullah bin Maskan daripada Sudair berkata: Kami telah berada di sisi Abu Ja‘far a.s, maka kami telah menyebut bid‘ah-bid‘ah yang telah dilakukan oleh orang ramai selepas Nabi mereka s.a.w dan penghinaan mereka terhadap Amir al-Mukminin a.s. Maka seorang lelaki di kalangan mereka berkata: Aslaha-ka llahu, di manakah kekuatan Bani Hasyim dan bilangan mereka yang ramai? Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Ja‘far dan Hamzah telah mati dan tinggal lagi dua orang lelaki yang lemah baru memeluk Islam” ‘Abbas dan ‘Aqil, mereka berdua adalah di kalangan al-Tulaqa’[10]. Demi Allah, sekiranya Ja‘far dan Hamzah telah berada di hadapan mereka berdua (Abu Bakr dan Umar), nescaya mereka berdua tidak sampai kepada apa yang mereka berdua telah sampai kepadanya[11]. Dan sekiranya mereka berdua (Ja‘far dan Hamzah) telah menjadi saksi kepada mereka berdua (Abu Bakr dan Umar), nescaya mereka berdua memusnahkan mereka berdua (Abu Bakr dan Umar).
























                             






                             BAHAGIAN KETUJUH



Cara Rawatan Beberapa Penyakit, Peranan Hati, Jantung Dan Paru-Paru, Rawatan Penyakit Limpa, Rawatan Tali Perut, Rawatan Sakit Sendi, Rawatan Sakit Belakang Dan lain-Lain.

Cara Rawatan Beberapa Penyakit

       217. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada bapanya daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada Ismail bin Muslim daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mengadu kelemahan anggotanya atau sakit kepala atau kencing tidak lancar, maka hendaklah dia meletakkan tangannya di tempat yang sakit dan berkata: Diamilah kediamanmu dengan-Nyalah tenang segala yang ada pada malam dan siang. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (uskun sakinata-ka bi lladhi sakana-lahu ma fi al-Laili wa al-Nahaar wa-hua al-Sami‘u al-‘Aliim).

Peranan Hati, Jantung Dan Paru-Paru.

       218. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ahmad bin Muhammad ibn Abi Nasr dan al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Abu Jamilah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kecekalan adalah di hati, kasihan belas dan kekasaran di jantung. Sementara perasaan malu di paru-paru. Di dalam hadis yang lain daripada Abu Jamilah: Akal kediamannya di hati.

Rawatan Penyakit Limpa.

       219. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad daripada Ali bin al-Hasaan daripada Musa bin Bakr berkata: Seorang budak telah mengadu [kesakitannya] kepada Abu al-Hasan a.s, maka dia telah bertanya mengenainya. Ada orang berkata kepadanya: Ia ada kaitan dengan limpa, maka beliau a.s berkata: Berilah makan kepadanya bawang kucai (daun bawang) selama tiga hari, maka kami telah memberi makan kepadanya daun bawang, lalu darahnya berada di paras biasa, kemudian dia sembuh.

Rawatan Tali Perut.

       220. Muhammad bin Yahya daripada beberapa orang, daripada Muhammad bin Isa daripada Muhammad ibn ‘Umru bin Ibrahim berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s dan aku telah mengadu kepadanya kelemahan tali perutku, maka beliau a.s berkata: Minumlah al-Hizaa’  dengan air sejuk, maka akupun meminumnya. Kemudian aku telah mendapati daripadanya apa yang aku suka.

Rawatan Sakit Sendi.

       221. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Bakr bin Salih berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan yang pertama berkata: Daripada angin yang sejuk dan panas serta kesejukan di sendi-sendi, anda mengambil segenggam halia dan segenggam buah tin yang kering, kemudian anda masukkan air dan memasakkannya di dalam periuk yang bersih. Kemudian anda menapisnya. Setelah itu, biarkan ia sejuk. Kemudian anda meminumnya selang sehari sehingga  anda menghabiskan kesemuanya.

Rawatan Sakit Belakang.

       222. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Ali daripada Nuh bin Syu‘aib daripada golongan yang telah menyebutnya daripada Abu al-Hasan a.s berkata: Sesiapa yang merasa sakit di belakangnya, maka hendaklah dia memanfaatkan susu segar dan madu.

Membekam.

       223. Al-Husain bin Muhammad daripada Mu‘alla bin Muhammad daripada Muhammad bin Jamur daripada Hamraan berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Pada apakah orang ramai berselisih faham? Aku berkata: Mereka menyangka bahawa membekam (al-Hijaamah) pada hari Selasa adalah lebih baik. Beliau a.s berkata: Apakah alasan mereka? Aku berkata: Mereka menyangka ia adalah hari darah. Maka beliau a.s berkata: Mereka adalah benar. Tetapi adalah lebih baik jika mereka tidak mengeluarkan darah dengan banyak pada hari selasa. Tidakkah mereka mengetahui bahawa pada hari Selasa ada ketikanya jika seorang itu melakukannya, maka darahnya tidak mengalir dengan baik dan ia akan menyebabkan kematiannya atau apa yang dikehendaki Allah.

Membekam Pada Hari Selasa.

       224. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad daripada Ya‘qub bin Yazid daripada seorang lelaki Kufah, daripada Abu ‘Urwah saudara Syu‘aib atau Syu‘aib al-‘Aqarqufi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu al-Hasan yang pertama a.s ketika beliau a.s sedang membekam pada hari Selasa di dalam tahanannya. Lalu aku berkata kepadanya: Hari ini, orang ramai berkata: Sesiapa yang membekam pada hari ini, maka dia akan ditimpa penyakit kanser. Maka beliau a.s berkata: Hanya orang yang takut mengenai perkara itu adalah orang yang dikandung oleh ibunya semasa haidhnya.

Membekam Pada Hari Jumaat.

       225. Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail daripada Salih bin ‘Uqbah daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata:  Janganlah kamu membekam pada hari Jumaat ketika tergelincir matahari. Sesiapa yang melakukannya sedemikian, maka dia akan ditimpa sesuatu. Justeru janganlah dia mencela dirinya.

Penawar Ada Empat.

       226. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ali daripada Abu Salmah, daripada Mu‘tab daripada Abu Abdullah a.s berkata:  Penawar ada empat: Tembakau serbuk yang dimasukkan ke dalam hidung (al-Su‘uut), membekam (al-Hijaamah), batu kapur (al-Nuurah) dan suntikan di bawah kulit (huqnah atau hypodermic).

Rawatan Batuk.

       227. Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada ibn Abi ‘Umair daripada ‘Umar bin Adhinah berkata: Seorang lelaki telah mengadu kepada Abu Abdullah a.s mengenai batuk ketika aku hadir bersamanya, maka beliau a.s berkata kepadanya: Ambillah ketika anda beristirahat sedikit gula atau seumpamanya dan menghisapnya selama satu atau dua hari. Ibn Adhinah berkata: Aku telah berjumpa dengan lelaki itu selepas itu, maka dia berkata: Aku telah melakukannya sekali sahaja sehingga batukku hilang.

Kelembapan Tubuh.
       
       228. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Sa‘id bin Jinah daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Musa bin Imran telah mengadu kepada Tuhannya mengenai kelembapan tubuh, lalu Allah telah memerintahkan supaya beliau a.s mengambil al-Halilaj (mycroban), al-Balilaj dan al-Amlaj. Kemudian mengisarkannya dengan madu lebah dan memakannya. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Kamu menamakannya al-Tarifal.

Rawatan Luka Dengan Api.

       229. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Muhammad Khalid daripada Muhammad bin Yahya daripada saudaranya al- ‘Ala’ daripada Ismail bin al-Hasan al-Mutatabbib berkata: Sesungguhnya aku adalah seorang lelaki Arab yang berpengalaman di dalam ilmu perubatan Arab, kami merawat luka dan menyelarnya dengan api? Beliau a.s berkata: Tidak mengapa. Aku berkata: Kami memberikan kepadanya racun al-Ismhiqun dan al-Ghariqun?
        Beliau a.s berkata: Tidak mengapa, aku berkata: Kemungkinan dia mati? Maka beliau a.s berkata: Sekalipun dia mati, aku berkata, adakah kami memberi kepadanya al-Nabiz (arak)? Beliau a.s berkata: Tiada penawar pada perkara yang haram. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengadu (kesakitan), maka ‘Aisyah berkata kepadanya: Anda ada penyakit radang selaput paru-paru? Maka baginda s.a.w bersabda: Aku adalah lebih mulia di sisi Allah dari mengujiku dengan penyakit radang selaput paru-paru. Kemudian baginda s.a.w memerintahkan supaya diberi minum air dari kayu gaharu.

Meminum Ubat Dan Memotong Uratnya Yang Sakit.

       230. Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s bahawa seorang lelaki meminum ubat dan memotong uratnya yang sakit. Kemungkinan dia memanfaatkannya atau membunuhnya? Beliau a.s berkata: Dia memotongnya dan meminumnya.

Rawatan Gusi Dan Mulut.

       231. Ahmad bin Muhammad al-Kufi, daripada Ali bin al-Hasan al-Fadhdhal, daripada Muhammad bin Abd al-Hamid, daripada al-Hakam bin Miskin daripada Hamzah bin Tayyar berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s, lalu beliau a.s melihatku merintih, maka beliau a.s berkata: Apa dengan anda? Aku berkata: Gusiku, maka beliau a.s berkata: Kenapa anda tidak membekam? Maka akupun berbekam, maka gusiku menjadi tenang. Kemudian aku memberitahunya mengenainya, maka beliau a.s berkata kepadaku: Orang ramai tidak mengubati dengan sesuatu yang lebih baik daripada segumpal darah atau sesudu madu lebah (maz‘ah al-‘Asal). Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, apakah itu maz‘ah al-‘Asal ? Beliau a.s berkata: Sesudu madu lebah.

Penawar Sakit Gusi.

       232. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad daripada Bakr bin Salih, daripada Sulaiman ibn Ja‘far al-Ja‘fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Penawar penyakit gusi anda mengambil buah peria (hanzalah),  anda membuang kulitnya, kemudian anda mengeluarkan minyaknya. Sekiranya gusinya berlubang, anda memasukkan beberapa titik minyak peria kedalamnya. Kemudian simpanlah beberapa titik di dalam kapas dan meletaknya di pangkal gusi. Pengidapnya hendaklah tidur telentang. Dia mengambil penawar ini selama tiga malam. Sekiranya gusinya tidak berlubang, tetapi berbau, maka dititik pada telinga yang berhadapan dengan gusinya selama tiga malam dan pada setiap malam dua titik atau tiga titik, maka ia akan sembuh dengan izin Allah.
       Aku telah mendengarnya berkata bagi penyakit mulut dan darah yang mengalir dari gigi serta kemerahan yang berlaku di gigi, hendaklah anda mengambil buah peria basah yang berwarna kuning. Kemudian anda mengambil tanah dan membuat lubang padanya, memasukkan pisau di dalamnya, kemudian anda membukanya dengan perlahan-lahan, lalu anda memasukkan cuka makan yang paling masam. Kemudian anda meletakkannya di atas api sehingga ia masak. Kemudian dia mengambilnya dan berkumur dengannya. Jika dia mahu meletakkan peria di dalam botol, maka dia boleh melakukannya. Dan pada setiap kali cuka itu rosak, maka kembalikannya kepada tempatnya. Dan setiap kali ia segar, maka ia adalah lebih baik baginya , insya’ Allah.

Pandangan Mengenai Ilmu Bintang-Bintang.

       233. Beberapa sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Asbat daripada Abd al-Rahman bin Siyabah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, Sesungguhnya orang ramai berkata bahawa bintang-bintang adalah tidak halal melihat kepadanya sedangkan ia mengagumkan aku. Jika ia merosakkan agamaku, maka aku tidak perlu kepada sesuatu yang merosakkan agamaku. Jika ia tidak merosakkan agamaku, demi Allah, aku menyukainya dan aku suka melihatnya.
       Abu Abdullah a.s berkata: Ia bukanlah seperti mereka katakan. Ia tidak akan merosakkan agamamu. Kemudian beliau a.s berkata: Kamu menunggu perkara di mana banyaknya tidak boleh dicapai dan sedikitnya tiada manfaat. Adakah kamu mengira mengenai tempat naiknya matahari? Kemudian beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui berapa minitkah di antara al-Musytari dan Zuhrah? Aku berkata: Tidak, demi Allah, beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui berapa minitkah di antara al-Musytari dan bulan? Aku berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui berapa minitkah di antara matahari dan tangkainya (virgonya)?
       Aku berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak pernah  mendengar daripada ahli bintang seperti ini. Beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui berapa minitkah di antara tangkainya dan Lauh Mahfuz? Aku berkata: Tidak, aku tidak pernah mendengarnya daripada ahli bintang seperti itu. Beliau a.s berkata: Di antara kedua-duanya  adalah enam puluh atau tujuh puluh minit. Abd al-Rahman menjadi bingung. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Abd al-Rahman, inilah kiraan apabila seorang mengiranya dan mengetahui bilangan “ruasnya” di dalam kawasannya, bilangan di sebelah kanan, kiri, di belakang dan di hadapannya sehingga tidak tersembunyi daripadanya meskipun sebarang ruas di kawasannya.

Tiada Jangkitan, Tiada Padah (tairah), Tiada Kesusahan, Tiada Jahat Sangka.

       234. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub berkata: Al-Nadhar bin Qirwasy al-Jamal telah memberitahu kami berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai unta yang menghidapi penyakit kulit, adakah aku mengasingkannya daripada untaku, kerana khuatir ia menjangkitinya dan binatang yang lain.
       Kemungkinan ia menjadi pucat sehingga ia meminum air? Abu Abdullah a.s berkata: Seorang Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, aku mendapati kambing betina, lembu betina dan unta betina dengan harga yang murah, tetapi semuanya menghidapi penyakit kulit, maka aku benci membelinya kerana khuatir ia akan menjangkiti untaku dan kambingku? Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tiada jangkitan, tiada padah (tairah), tiada kesusahan, tiada jahat sangka, tiada penyakit kuning, tiada penyusuan selepas bercerai susu, tiada perasaan keakraban selepas hijrah, tiada diam sehari sehingga malam, tiada talak sebelum nikah, tiada kemerdekaan hamba sebelum milik dan tiada yatim selepas mencapai umur baligh.

Padah Terletak pada Anda.

       235. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada Abdullah bin al-Mughirah daripada ‘Umru bin Harith berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Padah (tairah) adalah terletak pada  anda. Jika anda memandang ringan terhadapnya,  maka ia tidak memberi kesan kepada anda. Jika anda mengambil berat mengenainya, maka ia akan bertambah serius. Dan jika anda tidak menjadikannya sesuatu, maka tiada apa-apa baginya.

Penutupan  Padah Adalah Tawakal.

       236. Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada al-Nufali al-Sukuni daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:  Penutupan  padah adalah tawakal (kaffaaratu al-Tairati al-Tawakkal).

Kisah Mereka Yang Keluar Daripada Rumah Mereka Kerana Takut Mati.

       237. Beberapa orang sahabat kami. Daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Umar bin Yazid dan lain-lainnya, daripada sebahagian daripada mereka, daripada Abu Abdullah a.s dan sebahagian mereka daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 243 “Apakah kamu tidak memerhatikan golongan yang keluar dari kampung halaman mereka, sedang mereka beribu-ribu (jumlahnya), kerana takut mati; “Maka Allah berfirman kepada mereka: “Matilah kamu, kemudian Allah menghidupkan mereka”.  Beliau a.s berkata: Mereka adalah penghuni-penghuni salah satu bandar di Syam yang terdiri daripada tujuh puluh ribu rumah.
       Penyakit taun berlaku kepada mereka pada setiap masa. Apabila merebak taun, maka golongan kaya mereka keluar dari bandar kerana kekuatan mereka. Sementara golongan miskin mereka tinggal di bandar kerana kelemahan mereka. Kematian berlaku kebanyakannya di kalangan golongan yang tinggal di bandar dan ianya kurang berlaku kepada golongan yang telah keluar bandar. Maka golongan yang telah keluar berkata: Jika kami tinggal di bandar, nescaya kematian banyak berlaku kepada kami. Sementara golongan tinggal di bandar berkata: Jika kami keluar, nescaya kematian sedikit sahaja berlaku kepada kami.
       Semua mereka bersetuju bahawa jika taun berlaku pada mereka dan merebak, maka semua mereka keluar bandar dan menjauhi dari taun kerana khuatir mereka akan mati, lalu mereka bertaburan lari ke seluruh negara menurut apa yang dikehendaki Allah. Kemudian mereka melalui satu bandar rosak di mana penghuni-penghuninya telah meninggalkannya dan mereka telah dibinasakan oleh taun, maka mereka tinggal pula di bandar tersebut. Apabila perjalanan mereka berakhir dan merasai ketenangannya, maka Allah berfirman kepada mereka di dalam Surah al-Baqarah (2): 243 “Matilah kamu semua”.
       Lalu semua mereka mati pada masa itu juga dan akhirnya mereka  menjadi reput di jalan lalu lintas, kemudian mereka dikumpulkan pada satu tempat. Seorang nabi di kalangan Bani Israel telah melalui mereka bernama Hazqil. Apabila beliau a.s melihat kepada tulang-tulang mereka, lalu beliau a.s menangis dan berkata: Wahai Tuhanku, jika Engkau mahu, nescaya Engkau menghidupkan mereka sekarang juga sebagaimana Engkau telah mematikan mereka. Justeru mereka akan memakmurkan negara-Mu. Mereka akan melahirkan hamba-hamba-Mu. Mereka akan menyembah-Mu bersama golongan yang menyembah-Mu di kalangan makhluk-Mu.
       Allah memberitahunya: Adakah kamu suka sedemikian? Beliau a.s berkata: Ya, wahai Tuhanku, oleh itu hidupkanlah mereka. Kemudian Allah memberitahunya supaya berkata: Perkataan  tertentu. Abu Abdullah a.s berkata: Perkataan itu adalah al-Ismu al-A‘zam. Apabila Hazqil menyebut perkataan itu, maka beliau a.s melihat kepada tulang-tulang sedang berterbangan kepada sebahagian yang lain, lalu mereka kembali hidup, melihat sesama mereka lalu bertasbih kepada Allah, bertakbir dan bertahlil kepada-Nya. Maka Hazqil a.s berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Umar bin Yazid berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Ayat ini diturunkan kepada mereka.

Adakah Ya‘qub A.S Mengetahui Bahawa Yusuf Masih Hidup?

       238. Ibn Mahbub, daripada Hanan bin Sudair daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku berkata kepadanya: Beritahukan kepadaku mengenai kata-kata Ya‘qub kepada anak-anaknya di dalam Surah Yusuf (12): 87 “Wahai anakku, pergilah kamu, maka carilah berita mengenai Yusuf dan saudara-saudaranya”. Adakah beliau a.s mengetahui bahawa Yusuf masih hidup sedangkan beliau a.s telah berpisah daripadanya selama dua puluh tahun. Abu Ja‘far a.s berkata: Ya, aku berkata: Bagaimana beliau a.s telah mengetahuinya? Beliau a.s berkata: Nabi Ya‘qub a.s telah berdoa pada waktu sahur dan memohon kepada Allah supaya Dia menurunkan malaikat maut ke atasnya, lalu malaikat maut bernama Berial turun ke atasnya, maka Berial berkata kepadanya: Apakah hajat anda, wahai Ya‘qub? Beliau a.s berkata: Beritahu kepadaku mengenai roh-roh, adakah anda mencabutnya secara berkumpulan atau berasingan? Dia berkata: Malah, aku mencabutnya secara berasingan, roh demi roh. Maka beliau a.s berkata kepadanya: Beritahukan aku adakah roh Yusuf telah datang kepada anda? Dia berkata: Tidak, maka Ya‘qub mengetahui bahawa sesungguhnya Yusuf masih hidup. Maka ketika itu, beliau a.s berkata kepada anak-anaknya: “Pergilah kamu, maka carilah berita mengenai Yusuf dan saudara-saudaranya”.

Takwil Firman Allah Surah Al-Maa’idah (5):71 “Mereka menjadi buta dan pekak”.

       239. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dariapada al-Husain bin Sa‘id daripada Muhammad bin al-Hasiin daripada Khalid bin Yazid al-Qummi daripada sebahagian daripada sahabatnya daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah (5):71 “Dan mereka mengira bahawa tidak akan terjadi suatu bencanapun”, beliau a.s berkata: Ketika Nabi s.a.w berada di hadapan mereka, maka  “Mereka menjadi buta dan pekak”. Ketika Rasulullah s.a.w mati “kemudian Allah menerima taubat mereka”. Ketika Amir al-Mukminin a.s berdiri, maka beliau a.s berkata: “mereka menjadi buta dan pekak” serta merta.

Makna Firman Allah Surah Al-Maa’idah (5): 78 “Telah dilaknat golongan kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam

       240. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada ibn Mahbub daripada ibn Ri’ab daripada Abu ‘Ubaidah al-Haza’ daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah (5): 78 “Telah dilaknat golongan kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam”, beliau a.s berkata: Babi di atas lisan Daud dan kera di atas lisan Isa bin Maryam a.s.

Bacaan Firman Allah Surah Al-An‘aam (6): 33 “Kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi golongan yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah
      
       241. Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib daripada Imran bin Mitham, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Seorang lelaki telah membaca ke atas Amir al-Mukminin a.s  Surah al-An‘aam (6): 33 “Kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi golongan yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”, maka beliau a.s berkata: Ya, demi Allah, mereka telah mendustakannya dengan sebenarnya, tetapi ianya diringankan bacaan  “La yakdhibuna-ka”, mereka tidak datang dengan  kebatilan yang mana mereka mendustakan  hak anda dengannya.

Kisah Ibn Abi Sarah, Suratnya Dan Penghalalan Darahnya.

       242. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya daripada ibn Maskan daripada Abu Basir daripada Abu Ja‘far atau Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-An‘aam (6): 93 “dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau berkata: Telah diwahyukan kepadaku”, pada hal tidak diwahyukan sesuatupun kepadanya”, beliau a.s berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Ibn Abi Sarah yang mana Uthman telah melantiknya sebagai gabenor di Mesir.
       Dan dia adalah di kalangan orang dihalalkan darahnya  oleh Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan Makkah. Dia pernah menulis untuk Rasulullah s.a.w apabila Allah menurunkan ayat “ Inna llaha ‘azizun hakiimun” Surah al-Nisaa’ (4): 56, dia menulis “Inna llaha ‘aliimun hakiim”, Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tinggallah, kerana Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana. Ibn Abi Sarah telah berkata kepada golongan munafik bahawa aku akan berkata  daripada diriku sendiri seperti apa yang dikatakan (wahyu) oleh Muhammad (s.a.w), lantaran itu, beliau (s.a.w) tidak akan dapat menguasaiku. Lantas Allah menurunkan ayat ini mengenainya.

Takwil Firman Allah Surah Al-Baqarah (2) 193 “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah   

       243. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada ibn Abi ‘Umair daripada Umar bin Adhinah daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2) 193 “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah”, maka beliau a.s berkata: Ayat ini belum ada takwil lagi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mempermudahkan (rakhkhasa) untuk mereka kerana keperluannya dan keperluan para sahabatnya. Sekiranya takwilnya ada, baginda s.a.w tidak akan menerima daripada mereka, tetapi mereka berperang sehingga keesaan Allah dipercayai dan sehingga syirik tiada lagi.

Al-‘Abbas Dan ‘Aqil Pada Hari Badr.

       244. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada ibn Abi ‘Umair, daripada Mu‘awiyah ibn ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anfaal (8): 70 “Wahai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: “Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampunimu”, beliau a.s berkata ayat ini diturunkan mengenai ‘Abbas, ‘Aqil dan Naufal, beliau a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang seorang daripada Bani Hasyim dibunuh.
       Justeru mereka ditawan, maka beliau a.s mengutus Ali a.s, maka baginda s.a.w bersabda: Lihat siapakah di sini daripada Bani Hasyim. Kemudian Ali a.s melalui ‘Aqil bin Abu Talib, maka beliau a.s mengelakkan diri daripadanya. Maka ‘Aqil berkata kepadanya: Wahai anak lelaki ibu Ali, demi Allah, sesungguhnya anda telah melihat tempatku. Lantas Ali a.s kembali kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Abu al-Fadhl (‘Aqil) adalah di tangan polan, ini ‘Aqil di tangan polan, ini Naufal bin al-Harith di tangan polan, maka Rasulullah s.a.w berdiri sehingga berakhir kepada ‘Aqil, maka baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Abu Yazid, Abu Jahal dibunuh, maka dia berkata: Jika begitu, kamu tidak akan bertengkar di Tihamah.
       Maka baginda s.a.w bersabda: Sekiranya kamu dapat menundukkan mereka, jika tidak, maka hendaklah kamu tolong menolong di kalangan kamu. Lalu baginda s.a.w di bawa kepada al-‘Abbas, maka baginda s.a.w bersabda: Tebuslah diri anda dan tebuslah anak saudara anda. Lantas al-‘Abbas berkata: Wahai Muhammad, anda meninggalkan aku meminta Quraisy melakukannya? Maka baginda s.a.w bersabda: Berilah apa yang anda telah tinggalkan di sisi Umm al-Fadhl dan anda telah berkata kepadanya: Jika sesuatu menimpaku, maka belanjalah hartaku untuk anak-anak  anda dan diri anda. Maka al-‘Abbas berkata kepadanya: Siapakah yang telah memberitahu anda perkara ini?
       Maka baginda s.a.w bersabda: Jibrail a.s telah mendatangiku dengannya dari sisi Allah. Maka al-‘Abbas berkata: Tidak diketahui perkara ini melainkan aku dan aku naik saksi bahawa anda adalah Rasulullah. Lalu semua orang tawanan musyrikin kembali melainkan al- ‘Abbas, ‘Aqil dan Nuafal. Lantaran itu, ayat 70 di dalam Surah al-Anfaal (8) diturunkan kepada mereka “Wahai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: “Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampunimu”.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Taubah (9): 19 “Apakah (golongan) yang memberi minuman kepada golongan yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam…?”

       245. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Safwan bin Yahya daripada Ibn Maskan daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far atau Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Taubah (9): 19 “Apakah (golongan) yang memberi minuman kepada golongan yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan golongan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat? Beliau a.s berkata: Ayat ini telah diturunkan pada Hamzah, Ali, Ja‘far, al-‘Abbas dan Syaibah. Sesungguhnya mereka telah bermegah dengan memberi minuman dan pengurusan masjid, lalu Allah menurunkan ayat  “Apakah (golongan) yang memberi minuman kepada golongan yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan golongan yang beriman kepada Allah dan hari akhirat? Ali, Hamzah dan Ja‘far selawat Allah ke atas mereka yang telah beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan berjuang pada jalan Allah, maka mereka tidaklah sama di sisi Allah [dengan golongan lain].

Mengenai Firman Allah Surah Al-Zumar (39): 8 “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya”

       246. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim daripada  ‘Ammar al-Sabiti berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s  mengenai firman Allah di dalam Surah al-Zumar (39): 8 “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepadanya”, beliau a.s berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Abu al-Fusail (Abu Bakr) bahawa Rasulullah s.a.w di sisinya adalah seorang tukang sihir. Apabila dia ditimpa kemudaratan, iaitu kesakitan, dia memohon kepada Tuhannya.
       Iaitu bertaubat kepada-Nya daripada kata-katanya  pada Rasulullah s.a.w apa yang dia katakan kepadanya “Kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya (iaitu kesihatan), maka lupalah dia kemudaratan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) sebelum itu”. Iaitu dia lupa bertaubat kepada Allah mengenai apa yang dia katakan kepada Rasulullah bahawa baginda s.a.w adalah seorang tukang sihir [12](yaqulu fi Rasulillah inna-hu saahirun).
       Justeru Allah berfirman “Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka” Surah al-Zumar (39): 8. Iaitu pemerintahan anda ke atas orang ramai (imratu-ka ‘ala al-Naasi) adalah tanpa hak daripada Allah a.w dan daripada Rasul-Nya (s.a.w). Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Kemudian Dia telah menyambungkan firman-Nya kepada Ali a.s menceritakan halnya dan kelebihannya di sisi Allah, maka Dia berfirman di dalam Surah yang sama, ayat 9 “(Apakah kamu, wahai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: “Adakah sama golongan yang mengetahui (bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah) dengan golongan yang tidak mengetahui? (bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah dan sesungguhnya beliau s.a.w adalah seorang tukang sihir dan pembohong). Sesungguhynya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Inilah takwilnya, wahai Ammar.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Talaaq (65):2 “Dhawaa ‘adlin min-kum

       247. Ali bin Ibrahim, daripada ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman berkata: Aku telah membaca di sisi Abu Abdullah a.s “Dhawaa ‘adlin min-kum” (dua orang saksi yang adil daripada kamu) Surah al-Talaaq (65):2, maka beliau a.s berkata: “ dhu ‘adlin min-kum” (seorang saksi yang adil daripada kamu). Ini adalah di antara kesilapan penulis-penulis.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Maa’idah (5):101 “La tas’aluu ‘an asyyaa’ (lam tubda la-kum) in tubda la-kum tasu’-kum)

248. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr daripada seorang lelaki daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah (5):101 “La tas’aluu ‘an asyyaa’ (lam tubda la-kum) in tubda la-kum tasu’-kum) ertinya: Janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) (hal-hal yang tidak diterangkan kepada kamu). Jika ia diterangkan kepada kamu, nescaya akan menyusahkan kamu

Mengenai Firman Allah Surah Al-An‘aam (6):115 “Wa tammat kalimatu rabbi-ka”

       249. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Baraqi, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan daripada Muhammad bin Marwan berkata: Abu Abdullah a.s telah membaca Surah al-An‘aam (6): 115  “Wa tammat kalimatu rabbi-ka (al-Husna) sidqan wa ‘adlan”. Ertinya: “Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu sebagai kalimat (yang elok) yang benar dan adil”, maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kami membacanya “wa tammat kalimatu rabbi-ka sidqan wa ‘adalan”, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya padanya perkataan “al-Husna[13].

Takwil Firman Allah Surah Al-Israa’ (17): 4 “Dan telah kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab ini: Sesungguhnya bahawa kamu akan membuat kerosakan di bumi ini dua kali

       250. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan Ibn Syamun, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman al-Asamm, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Batal, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Israa’ (17): 4 “Dan telah kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab ini: Sesungguhnya bahawa kamu akan membuat kerosakan di bumi ini dua kali”, beliau a.s berkata: Pembunuhan Ali bin Abu Talib a.s dan tikaman kepada al-Hasan a.s.
       “Dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”, beliau a.s berkata: Pembunuhan al-Husain bin Ali a.s. “Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan pertama dari kedua (kejahatan) itu (apabila datang pertolongan ke atas darah al-Husain, “Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermahrajalela di kampung-kampung” (kaum yang akan dibangkitkan oleh Allah sebelum keluarnya al-Qaim a.s. Justeru mereka tidak akan meninggalkan seorang musuh keluarga Muhammad melainkan membunuhnya “dan itulah ketetapan yang yang pasti terlaksana”. Iaitu keluarnya al-Qaim a.s. “Kemudian kami berikan kepada kamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali”, iaitu keluarnya al-Husain a.s dan tujuh puluh orang sahabatnya.
       Mereka memakai topi besi berwarna emas dan setiap topi besi mempunyai dua muka. Mereka mendatangi orang ramai, memberitahu mereka bahawa al-Husain telah keluar sehingga golongan mukmin tidak mengesyakinya; beliau a.s bukanlah Dajjal dan bukanlah syaitan. Sementara al-Hujjah[14] berada di hadapan mereka. Apabila makrifat tetap pada hati mukminin bahawa beliau adalah al-Husain, maka maut akan mendatangi al-Hujjah, maka orang yang akan memandinya, mengapannya dan meletakkannya di lubang kuburnya adalah al-Husain bin Ali a.s. Wasi  selepas wasi.

Pengusiran Abu Dhar Ke Rabdhah Oleh Uthman.
       251. Sahl, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Hafs al-Tamimi berkata: Abu Bakr al-Khasy‘ami telah memberitahuku, berkata: Manakala Uthman mengusir Abu Dhar ke al-Rabzah, Amir al-Mukminin, ‘Aqil, al-Hasan, al-Husain a.s dan ‘Ammar bin Yasir r.a telah mengucap perpisahan kepadanya. Ketika perpisahan, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Wahai Abu Dhar, sesungguhnya anda telah dimarahi kerana Allah, maka berharaplah kepada-Nya. Sesungguhnya mereka telah takut kepada anda kerana dunia mereka sedangkan anda takut kepada mereka kerana agama anda. Lantaran itu, mereka telah memindahkan anda daripada kebinasaan dan menguji anda dengan bala. Demi Allah, jika langit-langit dan bumi tidak menghasilkan sesuatu ke atas seorang hamba, kemudian dia bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan jalan keluar untuknya. Tidak akan menemani anda melainkan kebenaran dan tidak akan menakutkan anda oleh kebatilan.
       Kemudian ‘Aqil berkata: Anda mengetahui bahawa kami mencintai anda dan kami mengetahui bahawa sesungguhnya anda mencintai kami. Sesungguhnya anda telah mempertahankan kami daripada apa yang telah dihilangkan oleh orang ramai melainkan sedikit di kalangan mereka, maka pahala anda adalah di atas Allah. Justeru anda diusir, maka pahala anda adalah di atas Allah, bertakwalah kepada Allah. Ketahuilah bahawa doa anda untuk menjauhkan bala adalah suatu kesedihan dan lambatnya afiat adalah daripada putus asa. Justeru tinggallah putus asa dan kesedihan. Cukuplah Allah sebaik-baik wakil. Kemudian al-Hasan a.s berkata: Wahai pak cik, sesungguhnya kaum [15]telah melakukan kepada anda apa yang anda lihat. Sesungguhnya  Allah adalah pada kedudukan yang tinggi. Justeru tinggallah daripada anda ingatan kepada dunia dengan mengingati perpisahannya, kepenatan yang berlaku kepada anda adalah untuk kesenangan selepasnya dan bersabarlah sehingga anda berjumpa dengan Nabi anda dan baginda s.a.w meredai anda.
       Kemudian al-Husain a.s berkata: Wahai pakcik, sesungguhnya Allah berkuasa mengubah apa yang anda sedang lihat sekarang, meskipun Dia setiap hari di dalam kesibukan. Sesungguhnya kaum telah menghalang anda akan dunia mereka dan anda telah menghalang mereka akan agama anda. Apa yang mereka telah menghalang anda tidak memberi erti apa-apa kepada anda. Sementara mereka pula tidak memerlukan apa yang anda menghalang mereka. Justeru hendaklah anda bersabar, kerana kebaikan adalah pada kesabaran dan kesabaran adalah daripada kehormatan. Tinggallah kesedihan, kerana kesedihan tidak boleh memberi apa-apa kepada anda.
       Kemudian Ammar pula bercakap, maka beliau berkata: Wahai Abu Dhar, Allah akan menakutkan sesiapa yang menakutkan anda. Sesungguhnya, demi Allah, apakah yang telah menghalang manusia dari berkata benar selain kecenderungan mereka kepada dunia dan mencintainya. Sesungguhnya ketaatan adalah bersama jemaah[16] dan kekuasaan adalah bagi orang yang menang. Sesungguhnya kaum telah menyeru orang ramai kepada dunia mereka, maka mereka menyahuti seruan mereka kepadanya dan memberi agama mereka kepada mereka. Justeru mereka telah rugi di dunia dan akhirat. Itu adalah kerugian yang besar.
       Kemudian Abu Dhar berkata: ‘Alaikum al-Salam wa rahmatu llahi wa barakatuh, dengan nama bapaku dan ibuku, muka-muka ini apabila aku melihat kamu, aku mengingati Rasulullah (s.a.w) dengan kamu. Aku tidak bersedih dengan Madinah sebagai tempat tinggal selain daripada kamu[17]. Sesungguhnya telah menjadi keberatan kepada Uthman mengenai kehadiranku di Madinah sebagaimana ia menjadi keberatan kepada Mu‘awiyah mengenai kehadiranku di Syam. Aku mahu Uthman mengusirku di Kufah, tetapi beliau khuatir bahawa aku akan merosakkan saudaranya dengan menggunakan orang ramai di Kufah, lalu beliau mengusirku ke negeri yang aku lihat tiada teman dan aku tidak mendengar suara. Sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak mahu melainkan Allah sebagai sahabat (saahiban) dan tidak ada bagiku bersama Allah sebarang ketakutan. Allah adalah cukup bagiku, tiada tuhan melainkan Dia, di atas-Nya aku bertawakal dan Dialah Tuhan ‘Arasy Yang Besar. Selawat kepada Muhammad dan keluarganya yang baik.

Laungan Kebenaran Dan Laungan Kebatilan.

       252. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal dan al-Hijal semuanya daripada Tha‘labah, daripada Abd al-Rahman bin Muslimah al-Jariri berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Mereka mengeji kami dan membohongi kami (yuwabbikhuunaa wa yukadhdhbuu-naa), kami berkata: Berlaku dua laungan yang kuat (pertengkaran).
       Mereka berkata: Bagaimana kebenaran dikenali daripada kebatilan? Abu Abdullah a.s berkata: Apakah jawapan kamu kepada mereka? Aku berkata: Aku tidak memberi apa-apa jawapan kepada mereka. Beliau a.s berkata: Kamu katakan kepada mereka: Kebenaran hanya akan diakui oleh orang yang beriman dengannya sebelumnya bahawa Allah berfirman di dalam Surah Yunus (10): 35 “Katakanlah: “Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran”. Maka apakah golongan yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?

Dua Orang Yang Menyeru, Seorang Di Awal Pagi Dan Yang Kedua Di Akhir Siang.

       253. Daripadanya, daripada Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal dan al-Hijal, daripada Daud bin Farqad berkata: Seorang lelaki daripada al-‘Ajaliyah telah mendengar hadis ini, berkata: Seorang penyeru menyeru sesungguhnya polan anak lelaki polan dan Syi‘ahnya mendapat kemenangan pada awal siang dan pada akhir siang seorang penyeru menyeru bahawa Uthman dan Syi‘ahnya mendapat kemenangan. Maka beliau berkata: Penyeru pada awal siang adalah penyeru pada akhir siang, lantas lelaki itu berkata: Apakah yang membuat kita mengetahui mana satu yang benar daripada kedua-duanya? Maka beliau berkata: Kebenaran hanya akan diakui oleh orang yang membenarkannya sebelum dia menyeru. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Yunus (10): 35 “Katakanlah: “Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran”. Maka apakah golongan yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?

Akibat Perselisihan.

       254. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kamu tidak melihat apa yang kamu sukai sehingga Bani polan berselisih faham di kalangan mereka. Maka apabila mereka berselisih faham, orang ramai akan tamak dan kalimat penyatuan akan berpecah, lalu al-Sufyani akan keluar.                  
  
Hadis Mengenai Jeritan.

       255. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Najran dan lain-lain, daripada Ismail bin al-Sabah berkata: Aku telah mendengar mengenai Saif bin ‘Umairah berkata: Aku telah berada di sisi Ibn al-Dawaaniq, maka aku telah mendengarnya berkata: Wahai Saif, pasti bahawa seorang penyeru akan menyeru dengan nama seorang lelaki daripada anak lelaki Abu Talib, maka aku berkata: Adakah orang yang meriwayatkannya?
       Maka beliau berkata: Demi yang diriku di tangan-Nya, bahawa telingaku telah mendengarnya daripadanya berkata: Pasti ada seorang penyeru yang menyeru dengan nama lelaki: Wahai Amir al-Mukminin (al-Mansur al-Dawaaniq),  aku tidak pernah mendengar hadis seperti ini sebelumnya. Maka beliau berkata kepadaku: Wahai Saif, jika ia sedemikian, maka kamilah yang aula menjawabnya atau ia adalah salah seorang daripada anak-anak bapa saudara kami. Maka aku berkata: Anak-anak bapa saudara anda yang mana satu? Beliau  berkata: Seorang lelaki daripada anak-anak Fatimah a.s. Kemudian beliau berkata: Wahai Saif, jika aku tidak mendengar Abu Ja‘far Muhammad bin Ali  berkata sedemikian, kemudian seluruh penduduk bumi memberitahuku mengenainya, nescaya aku tidak menerimanya daripada mereka, tetapi dia adalah Muhammad bin Ali a.s.

Kisah Abu Al-Dawaaniq Dan Raja Bani Al-‘Abbas.

       256. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berada bersama Abu Ja‘far a.s di masjid, tiba-tiba Daud bin Ali, Sulaiman bin Khalid dan Abu Ja‘far Abdullah bin Muhammad Abu al-Dawaaniq datang, lalu mereka duduk di satu sudut masjid. Maka seorang lelaki berkata kepada mereka: Ini adalah Muhammad bin Ali sedang duduk. Maka Daud bin Ali dan Sulaiman bin Khalid terus berdiri kepadanya, tetapi Abu al-Dawaaniq duduk di tempatnya sehingga mereka memberi salam kepada Abu Ja‘far a.s. Maka Abu Ja‘far a.s berkata kepada mereka: Apakah yang menghalang orang yang kuat kamu datang kepadaku, lalu mereka memaafkannya berada di sisinya. Maka Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s berkata: Demi Allah, malam dan siang akan berlalu sehingga  timur dan barat dimilikinya.
       Kemudian mereka akan menghormatinya dan  dia akan menguasai sepenuhnya, Daud bin Ali berkata kepadanya: Pemerintahan kami sebelum pemerintahan kamu? Beliau a.s berkata: Ya, wahai Daud, sesungguhnya pemerintahan kamu sebelum pemerintahan kami, kekuasaan kamu sebelum kekuasaan kami, Daud berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu, adakah baginya masa tertentu? Beliau a.s berkata: Ya, wahai Daud, demi Allah, Bani Umayyah tidak memiliki satu haripun melainkan kamu memiliki seumpamanya dan tidak setahun melainkan kamu memiliki seumpamanya. Lantaran itu, hendaklah kanak-kanak di kalangan kamu merebutkannya sebagaimana kanak-kanak merebutkan bola sepak.
       Maka Daud bin Ali berdiri di sisi Abu Ja‘far a.s dengan gembira, lalu beliau mahu memberitahu Abu al-Dawaaniq mengenainya. Apabila kami semua bangun, maka Abu Ja‘far a.s menyeru Sulaiman bin Khalid dari belakangnya: Wahai Sulaiman bin Khalid, mereka (kaum) masih boleh mempertahankan pemerintahan mereka selama mereka tidak melakukan kepada kami darah yang haram- Beliau a.s memberi isyarat dengan tangannya pada dadanya- Apabila mereka melakukannya sedemikian itu, maka perut bumi adalah lebih baik daripada permukaannya.
       Pada masa itu tiada di bumi penolong bagi mereka dan tiada di langit pembantu. Kemudian Sulaiman bin Khalid pergi, lalu beliau memberitahu Abu al-Dawaaniq. Kemudian Abu al Dawaaniq datang kepada Abu Ja‘far a.s, memberi salam kepadanya, kemudian memberitahunya apa yang telah diberitahukan oleh Daud bin Ali dan Sulaiman bin Khalid kepadanya. Maka beliau berkata: Ya, wahai Abu Ja‘far, pemerintahan kamu adalah sebelum pemerintahan kami dan kekuasaan kamu adalah sebelum kekuasaan kami, kekuasaan kamu adalah sukar, tiada kemudahan padanya. Baginya masa yang panjang.
       Demi Allah, Bani Umayyah tidak memiliki satu hari melainkan kamu memiliki seumpamanya, dan kanak-kanak kamu akan merebutkannya apatah lagi lelaki kamu sebagaimana kanak-kanak merebutkan bola sepak, adakah anda memahaminya? Kemudian beliau a.s berkata: Kamu sentiasa di dalam pemerintahan selama kamu tidak mengenakan kami darah yang haram. Apabila kamu mengenakan kami darah tersebut, Allah memarahi kamu. Lalu pemerintahan dan kekuasaan kamu akan lenyap. Allah akan menguasai ke atas kamu seorang hamba di kalangan hamba-hamba-Nya yang bermata satu-bukan bermata satu daripada keluarga Abu Sufyan- kesudahan kamu di tangannya dan tangan-tangan para sahabatnya. Kemudian percakapan terputus.

Tinggalkan Perselisihan Faham.

       257. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Mufadhdhal bin Mazid, daripada Abu Abdullah as berkata: Aku telah berkata kepadanya pada hari-hari Abdullah bin Ali: Mereka telah berselisih faham di kalangan mereka, maka beliau a.s berkata: Tinggalkan itu daripada anda. Sesungguhnya kejahatan urusan mereka datang apabila terserlah kebaikan mereka.

Gerhana Matahari Dan Gerhana Bulan.

       258. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Badr bin Khalil al-Azadi berkata: Aku telah duduk di sisi Abu Ja‘far a.s, maka beliau a.s berkata: Dua gerhana (aayataani) sebelum kedatangan al-Qaim a.s di mana ia tidak pernah berlaku semenjak Adam turun ke bumi: Matahari gerhana pada pertengahan  Ramadhan dan bulan gerhana pada akhir Ramadhan. Maka seorang lelaki berkata: Wahai Anak lelaki Rasulullah, matahari gerhana pada akhir bulan Ramadhan dan bulan pada pertengahannya? Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya aku mengetahui apa yang anda katakan, tetapi gerhana matahari dan bulan adalah dua gerhana yang tidak pernah berlaku semenjak Adam a.s  turun ke bumi[18].

Kelebihan Syi‘ah.

       259. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu ‘Umair, daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam berkata: Aku telah keluar sehingga berada di antara kubur Rasulullah s.a.w dan mimbarnya. Tiba-tiba beliau a.s berada bersama-sama Syi‘ah, lalu memberi salam kepada mereka. Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya, demi Tuhan, aku mengasihi roh-roh kamu, justeru tolonglah aku dengan warak dan ijtihad. Ketahuilah bahawa wilayah kami tidak boleh dicapai melainkan dengan warak dan ijtihad.     
       Sesiapa di kalangan kamu mengimamkan seseorang, maka hendaklah dia beramal dengan amalannya. Kamu adalah Syi‘ah Allah, kamu adalah penolong-penolong Allah (antum syi‘atu l-Lah wa antum Ansaru l-Lah), kamu adalah orang terdahulu yang pertama di dunia dan orang terdahulu yang terakhir di akhirat ke syurga. Kami telah menjaminkan kamu syurga dengan jaminan Allah dan jaminan Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan, tiada roh  memasuki syurga yang lebih banyak daripada roh-roh kamu. Lantaran itu, berlumba-lumbalah bagi mendapatkan kelebihan darjatnya.
       Kamu adalah baik (tayyibun) dan perempuan-perempuan kamu adalah baik (tayyibat). Setiap mukminat adalah bidadari (haura’) dan setiap mukmin adalah siddiq. Amir al-Mukminin a.s berkata kepada Qanbar: Wahai Qanbar, bergembiralah, dan beritahulah mengenai kegembiraan ini, demi Tuhan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mati di dalam keadaan beliau s.a.w memarahi umatnya selain daripada Syi‘ah (maata rasulullah s.a.w wa huwa ‘ala ummati-hi sakhitun illa ‘ala al-Syi‘ah).
       Sesungguhnya setiap sesuatu ada kekuatannya, maka kekuatan Islam adalah Syi‘ah (alaa wa inna li-kulli sya’in ‘izzan wa ‘izzu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya, maka tiang Islam adalah Syi‘ah (alaa wa inna li-kulli syai’in da‘amatan wa-da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya, maka puncak Islam adalah Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-dhirwatu l-Islam al-Syi‘ah).
       Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan Islam adalah Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in syarafan wa-syarafu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya, maka tuan kepada semua majlis adalah majlis Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-sayyidu  l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada imamnya, maka imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki  Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha  al-Syi‘ah ).
       Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya aku tidak melihatnya dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya Allah tidak memberi nikmat kepada golongan yang menentang kamu (ahli khilafi-kum). Mereka tidak mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Setiap nasibi sekalipun dia bekerja keras (kullu nasibin mujtahidin), maka amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-hu habaa’an).
       Syi‘ah kami bercakap dengan  cahaya Allah a.w. Adapun mereka yang menyalahi Syi‘ah bercakap dengan kesalahan (tafallutin). Demi Tuhan, tidak seorang di kalangan Syi‘ah kami yang tidur melainkan Allah mengangkatkan rohnya ke langit, lalu memberkatinya. Dan jika ajalnya tiba, maka Dia akan meletakkanya di gedung rahmat-Nya; di taman syurga-Nya; di bayang  ‘Arasy-Nya. Dan jika ajalnya belum tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk mengembalikannya kepada jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka yang mengerjakan haji dan umrah di kalangan kamu adalah tetamu istimewa Allah a.w. Sesungguhnya golongan fakir kamu adalah ahli kekayaan dan golongan kaya kamu adalah ahli qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya.

Hampirnya Syi‘ah Dengan ‘Arasy.            

       260. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan Ibn Syamun, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada ‘Umru bin Abi al-Miqdam, daripada Abu Abdullah a.s seumpamannya dan beliau a.s menambah: Sesungguhnya setiap sesuatu ada jauharnya, maka jauhar anak Adam adalah Muhammad s.a.w, kami dan Syi‘ah kami adalah selepas kami. Alangkah beruntungnya Syi‘ah kami, alangkah hampirnya Syi‘ah kami dari ‘Arasy Allah dan Syi‘ah kami adalah makhluk Allah yang paling baik pada hari Kiamat.
        Demi Allah, sekiranya orang ramai tidak membesar-besarkan mengenai mereka atau kemegahan memasuki mereka, nescaya para malaikat memberi salam kepada mereka secara lansung. Demi Allah, tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di dalam solatnya dalam keadaan berdiri melainkan baginya setiap huruf seratus kebaikan, tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di dalam solatnya dalam keadaan duduk melainkan baginya setiap huruf lima puluh kebaikan dan tiada seorang di kalangan Syi‘ah kami membaca al-Qur’an di luar solatnya melainkan baginya setiap huruf sepuluh kebaikan.
       Sesungguhnya orang yang diam (al-Saamit) di kalangan Syi‘ah kami mendapat pahala orang yang membaca al-Qur’an daripada orang yang menyalahinya (man khaalafa-hu). Demi Allah, di atas hamparan kamu tidur, bagi kamu pahala para mujahidin. Kamu, demi Allah, di dalam solat kamu, bagi kamu pahala golongan yang berbaris (al-Saafiin) pada jalan-Nya. Kamu, demi Allah, orang yang difirmankan oleh Allah di dalam Surah al-Hijr (15): 47 “Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan”. Sesungguhnya Syi‘ah kami adalah sahabat yang mempunyai empat mata: Dua mata di kepala dan dua mata di hati. Orang ramai seperti mereka juga, tetapi Allah telah membuka mata hati kamu dan membutakan mata hati mereka.

Pengaduan Abu Ja‘far A.S Kepada Allah.

       261. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mansur bin Yunus, daripada  ‘Anbasah bin Mus‘ab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Aku mengadu kepada Allah mengenai kesunyianku, kegemparanku di kalangan ahli Madinah sehingga mereka datang, aku melihat kamu dan merasa senang dengan kamu. Mudah-mudahan taghut ini memberi izin kepadaku untuk mengambil istana di Taif, lalu aku tinggal di dalamnya dan kamu tinggal bersama-samaku. Aku memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini dari pihak kami.

Al-Kumait Membaca Syair Kepada Abu Abdullah A.S.

       262. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Al-Kumait telah membaca syair kepada Abu Abdullah a.s, beliau berkata:

                    Aku ihklas kepada Allah, bagiku hawa nafsuku,
                    maka ia telah  tenggelam dan panahku tidak tepat lagi.

       Maka Abu Abdullah a.s berkata: Janganlah anda berkata: “Fa-ma aghraqa naz‘an”, maka katakanlah: “Fa-qad aghraqa naz‘an”) (Maka ia telah tenggelam) “wa-la tatisyu sihaami” (dan panahku tidak tepat lagi).
Hadis Mengenai Farwat Daripada Abu Ja‘far A.S.

       263. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abu Daud al-Mustariqq, daripada Sufyan bin Mus‘ab al-‘Abdi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, beliau a.s berkata: Kamu katakan kepada Ummu Farwat supaya dia datang dan mendengar apa yang telah dilakukan kepada datuknya (Muhammad bin Abu Bakr)[19]. Lalu dia datang dan duduk di balik tabir. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Bacalah nasyid kepada kami. Maka aku berkata:
      
                    Farwat, hormatku dengan
                    air matamu yang mengalir
      
       Maka dia meraung, kemudian diikuti oleh wanita-wanita lain. Abu Abdullah berkata: Tutup pintu, tutup pintu. Maka ahli Madinah telah berkumpul di pintu. Kemudian Abu Abdullah a.s telah mengutus kepada mereka seorang kanak-kanak kami yang telah pengsan, lalu wanita-wanita telah meraung kesedihan.

Peristiwa Di Al-Khandaq.

       264. Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban ibn Uthman, daripada beberapa orang sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w menggali parit (al-Khandaq), maka mereka melalui Kudyah, lalu Rasulullah s.a.w mengambil penyungkil daripada tangan Amir al-Mukminin a.s atau tangan Salman r.a, kemudian baginda s.a.w memukul dengannya satu pukulan, lantas ia terpecah kepada tiga bahagian. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali telah membuka pada pukulan aku ini harta kekayan Kisra dan Qaisar. Maka  salah seorang daripada mereka berdua berkata kepada sahabatnya (Abu Bakr dan Umar): Beliau (s.a.w) menjanjikan kita dengan kekayaan Kisra dan Qaisar dan salah seorang daripada kita tidak mampu melepaskan peluang ini[20].

Angin Al-Azib.

       265. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abi Yahya al-Wasiti, daripada sebahagian daripada sahabat kami,  daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah satu angin bernama al-Azib sekiranya dihantar daripadanya sebesar lubang hidung lembu jantan, nescaya ia akan memutar di antara langit dan bumi iaitu selatan.

Doa Minta Hujan.

       266. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir, daripada Raziq Abi al-‘Abbas, daripada Abu Abdullah a.s: Kaum telah datang kepada Rasulullah s.a.w, maka mereka berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya negara kita telah kemarau beberapa tahun berturut-turut. Justeru doalah kepada Allah supaya Dia menghantar hujan kepada kami. Maka Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya diadakan satu mimbar, lalu dikeluarkan mimbar untuknya. Orang ramai berkumpul, lalu Rasulullah s.a.w menaiki mimbar, berdoa dan memerintah orang ramai supaya mengaminkan doanya. Tidak berapa lama selepas itu, Jibrail turun dan berkata: Wahai Muhammad, beritahu kepada orang ramai bahawa sesungguhnya Tuhan anda telah menjanjikan mereka bahawa mereka akan dihujani pada hari tertentu dan masa tertentu.
       Lalu orang ramai menunggu pada hari itu dan pada masa itu. Apabila sampai masa itu, maka Allah meniupkan angin, maka angin meniupkan awan dan awan menurunkan hujan dengan banyak sehingga beberapa orang datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, serulah Allah untuk kami supaya Dia menahan langit dari hujan. Kami hampir tenggelam. Orang ramai telah berkumpul dan Rasulullah s.a.w berdoa dan memerintahkan mereka supaya mengaminkan doanya. Lantas seorang daripada mereka berkata: Wahai Rasulullah, perkuatkan suara anda, kerana kami tidak dapat mendengarnya, maka baginda s.a.w bersabda: Katakanlah: Allahumma hawaalai-na wa-la‘alai-naa Allahumma subhaa fi butuun al-Audiyah wa fi nabaati al-Syajar haithu yar‘aa ahlu l-Wabar, Allahumma ij‘al-ha rahmatan wa-la taj‘al-ha ‘azaaban).

Peranan Kilat.

       267. Ja‘far bin Basyir, daripada Ruzaiq, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tidak berlaku kilat pada kegelapan malam dan siang hari melainkan ia menurunkan hujan[21].

Di Manakah Awan Berada?

       268. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ibn al-‘Azrami secara marfuu’
berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Ditanya mengenai awan (al-Sahaab) di manakah dia? Beliau a.s berkata: Di atas pokok, di atas bukit-bukit pasir dan di pantai. Apabila Allah kehendaki mengirimnya, maka Dia mengirimkan angin, lalu ia memutarnya dan Dia mewakilkan malaikat supaya memukulnya dengan kilat, lalu ia naik. Kemudian beliau a.s membaca Surah Fatir (35):9 “Dan Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka kami halau awan itu ke satu negeri yang mati, lalu kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan itu”. Al-Ra‘du (guruh) adalah nama malaikat.

Kebenaran Lidah.

       269. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Muthanna al-Hanat dan Muhammad bin Muslim berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang benar lidahnya, maka bersihlah amalanya. Sesiapa yang baik niatnya, maka Allah akan menambahkan rezekinya. Sesiapa yang membuat baik kepada keluarganya, maka Allah akan menambahkan umurnya.

Peranan Mata, Lidah Dan Kemaluan.

       270. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Hasyimi berkata: Bapaku telah memberitahuku, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa berkata: Ja‘far bin Muhammad telah memberitahuku, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah berfirman kepada anak Adam: Jika mata anda menarik anda kepada apa yang diharamkan ke atas anda, maka ia telah menyusahkan anda. Justeru hindarilah ia dan janganlah anda melihat kepadanya. Jika lidah anda menarik anda kepada apa yang diharamkan ke atas anda, maka ia telah menyusahkan anda. Justeru hindarilah ia dan janganlah anda bercakap. Jika kemaluan anda menarik anda kepada apa yang diharamkan ke atas anda, maka ia telah menyusahkan anda. Justeru hindarilah ia dan janganlah anda melakukan perkara haram.

Tiga Orang Tidak Boleh Diharapkan Kebaikannya.

       271. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Asbat, daripada Maula kepada Bani Hasyim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiga orang yang tidak boleh diharapkan kebaikannya: Orang yang tidak malu daripada keaiban, orang yang tidak takutkan Allah dengan perkara yang ghaib dan orang yang tidak bertaubat ketika beruban.

Pengertian Al-Syarif, Al-Hasib Dan Al-Karam.

       272. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada al-Hijal berkata: Aku telah berkata kepada Jamil bin Darraj bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila syarif (seorang yang mulia) datang kepada kamu, maka mereka memuliakannya. Maka Jamil berkata: Ya, aku berkata kepadanya: Apakah itu al-Syarif? Beliau berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenainya, maka beliau a.s berkata: Al-Syarif adalah orang yang mempunyai harta. Aku berkata Apakah al-Hasib? Beliau berkata: Orang yang melakukan perbuatan yang baik dengan hartanya dan harta orang lain. Aku berkata: Apakah itu al-Karam? Beliau berkata: Takwa.

Kesedihan Wanita, Perpisahan Maut Dan Kefakiran.

       273. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Alangkah kuatnya kesedihan wanita, alangkah jauhnya  perpisahan maut dan yang paling kuat daripada semuanya adalah kefakiran yang mana ia memuji sahabatnya secara berlebihan, kemudian tidak diberi sesuatu kepadanya.

Hadis Mengenai Ya’juj  Dan Ma’juj.

       274. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada al-‘Abbas bin al-‘Ala’, daripada Mujahid, daripada Ibn ‘Abbas berkata: Amir al-Mukminin a.s ditanya mengenai penciptaan (al-Khalq), maka beliau a.s berkata: Allah telah menciptakan seratus dua puluh ribu di daratan, seratus dua puluh ribu di lautan. Dan anak Adam (bani Adam) mempunyai tujuh puluh jenis. Semua manusia adalah anak Adam selain daripada Ya’juj dan Ma’juj.

Manusia Terbahagi Kepada Tiga Golongan.

       275. Al-Husain bin Muhammad Ali al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Muthanna, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan pertama:  Mereka daripada kami dan kami daripada mereka. Golongan kedua: Mereka menyerupai kita manusia dan berpura-pura dengan kita (yatazayyanuuna bi-na). Golongan ketiga: Mereka memakan sebahagian mereka akan sebahagian yang lain.

Pengertian Orang Ramai Menentang Mereka.
      
       276. Daripadanya, daripada al-Mu‘alla daripada al-Wasya’, daripada Abd al-Karim bin ‘Umru, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila anda melihat orang papa dan hajat bertambah sementara orang ramai menentang sesama mereka, maka di kala itu, tunggulah urusan Allah a.w. Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kepapaan dan hajat aku telah mengetahuinya, maka apakah penentangan orang ramai sesama mereka? Beliau a.s berkata: Seorang lelaki daripada kamu mendatangi saudaranya, lalu dia meminta hajatnya, lalu dia melihat kepadanya bukan dengan  mata biasa dan bercakap kepadanya bukan dengan lidah biasa[22].

Rezeki, Akal Dan Bala.

       277. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmaf bin Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Ali, daripada ‘Abid bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin al-Husain, daripada bapanya, daripada datuknya berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Setiap rezeki adalah secara kebodohan (humq), setiap larangan (al-Hirmaan) adalah dengan akal dan setiap bala adalah dengan kesabaran.

Apa Yang Allah Telah Berikan Kepadaku Adalah Lebih Baik Daripada Apa Yang Dia Telah Mengambilnya Daripadaku.

       278. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Abd al-Hamid al-‘Attar, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Umar saudara lelaki ‘Azafir, berkata: Seorang lelaki telah membayar kepadaku enam ratus dirham atau tujuh ratus dirham untuk Abu Abdullah a.s, maka ia berada di dalam dompetku. Apabila aku sampai di al-Hafirah, dompetku telah pecah dan hilang apa yang ada di dalamnya. Aku telah bersetuju dengan gabenor Madinah mengenainya, lalu beliau berkata: Andakah yang dompet kehilangan dan hilang barang-barang  di dalamnya? Aku berkata: Ya, maka beliau berkata: Apabila kami sampai di Madinah, maka datanglah kepada kami sehingga aku menggantikannya kepada anda.
       Apabila aku sampai di Madinah, maka aku berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, beliau a.s berkata: Dompet anda telah pecah dan barang-barang anda telah hilang? Aku berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Apa yang Allah telah berikan kepada anda itu adalah lebih baik daripada apa yang Dia telah mengambilnya daripada anda (ma a’taa-ka llahu khairun mimma akhaza min-ka). Sesungguhnya  unta betina milik Rasulullah s.a.w telah tersesat, maka orang ramai bercakap mengenai untanya; beliau (s.a.w) menceritakan kepada kita mengenai langit, tetapi beliau (s.a.w) tidak menceritakan kepada kita mengenai unta betinanya yang hilang.
       Lantas Jibrail a.s turun kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya unta betina anda berada di wadi tertentu…muncungnya terbelit di pokok tertentu…, lalu baginda s.a.w menaiki mimbar, memuji Allah dan bersabda: Wahai manusia, kamu telah bercakap banyak mengenai unta betinaku, sesungguhnya apa yang Allah telah berikan kepadaku adalah lebih baik daripada apa yang Dia telah mengambilnya daripadaku (ma a‘taani llahu khairun mima akhaza minni). Sesungguhnya unta betinaku sedang berada di wadi tertentu…muncungnya terbelit di pokok tertentu…. Lantas orang ramai datang kepadanya, maka mereka mendapatinya sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Anda datanglah berjumpa dengan gabenor Madinah, dia akan menunaikan apa yang dia telah janjikan kepada anda. Sesungguhnya ia adalah suatu perkara yang mana Allah telah menyeru anda kepadanya sedang anda tidak meminta daripadanya.

  Tiga Perkara Yang Dibenci Oleh Manusia.

       279. Sahl, daripada Muhammad bin Abd al-Hamid, daripada Yunus, daripada Syu‘aib al-‘Aqarqufi berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s suatu perkara yang diriwayatkan daripada Abu Dhar r.a bahawa beliau berkata: Tiga perkara yang dibenci oleh manusia, tetapi aku mencintainya. Aku mencintai maut, aku mencintai kefakiran dan aku mencintai bala? Maka Abu Abdullah a.s berkata: Ini tidaklah sebagaimana mereka memahaminya. Sesungguhnya beliau maksudkan dengan maut adalah di dalam ketaatan kepada Allah adalah lebih aku mencintai daripada hidup di dalam kemaksiatan kepada Allah, bala dalam ketaatan kepada Allah adalah lebih aku mencintai daripada kesihatan di dalam kemaksiatan kepada Allah. Kefakiran di dalam ketaatan kepada Allah adalah lebih aku mencintai daripada kekayaan di dalam kemaksiatan kepada Allah.

Aku Melihat Bani Umayyah Menaiki Mimbar-Mimbar [masjid] Dan Turun Darinya.
       280. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Abd al-Hamid, daripada Yunus, daripada Ali bin Isa al-Qamat, daripada bapa saudaranya (‘ammu-hu) berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Jibrail a.s telah turun kepada Rasulullah s.a.w sedang Rasulullah s.a.w di dalam kesedihan, maka dia berkata: Wahai Rasulullah, kenapa aku melihat anda di dalam kesedihan? Maka baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah melihat semalam satu mimpi. Jibrail a.s berkata: Apakah yang anda telah melihatnya? Baginda s.a.w bersabda: Aku telah melihat Bani Umayyah sedang menaiki mimbar-mimbar [masjid] dan turun darinya.
       Jibrail a.s berkata: Demi Yang telah mengutus anda dengan kebenaran sebagai seorang nabi, aku tidak mengetahui sesuatupun mengenai perkara ini. Lalu dia naik ke langit. Kemudian Allah menurunkan Jibrail a.s dengan beberapa ayat al-Qur’an memberi takziah kepadanya mengenai mimpinya. Firman-Nya di dalam Surah al-Syu‘araa’(26): 205-7 “Maka bagaimana pendapatmu jika kami berikan kepada mereka nikmat hidup bertahun-tahun. Kemudian datang kepada mereka azab yang telah diancamkan kepada mereka, nescaya tidak berguna bagi mereka apa yang mereka selalu menikmatinya”.
       Dan Allah menurunkan firman-Nya di dalam Surah al-Qadar (97): 1-5 “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Qur’an) pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadra itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” sebagai tamparan kepada mereka[23]. Dan Allah telah menjadikan malam  al-Qadar untuk Rasul-Nya lebih baik daripada seribu bulan.




[1] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137 menyatakan bahawa Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut‘ah. Al-Baihaqi, al-Sunan, v, hlm. 206 meriwayatlan kata-kata Umar: Dua mut‘ah yang dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w, tetapi aku melarang kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya; iaitu mut‘ah perempuan dan mut‘ah haji. Justeru ayat mengenai mut‘ah Surah al-Nisaa’ (4):24 “Maka isteri-isteri kamu yang kamu nikmati (mut‘ah) di atas mereka, berilah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajipan” adalah ayat muhkamah dan madaniyyah.. Oleh itu, ayat tersebut tidak dimansuhkan oleh Surah al-Mukminun (23):6 “Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki ” dan Surah al-Ma‘aarij (70):30 “Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki ” Kedua-dua ayat tersebut adalah mutasyaabihat dan makkiyyah. Ayat mutasyaabihat dan makkiyyah tidak boleh memansuhkan ayat muhkamah dan madaniyyah, kerana ayat madaniyyah adalah ayat yang terakhir turun. Ia juga tidak boleh dimansuhkan dengan ayat miirath (pusaka) dan ayat talak.
[2] Minuman keras atau khususnya nabidh adalah halal menurut Abu Hanifah.
[3] Beliau a.s lebih senang hidup seperti orang biasa tanpa memegang jawatan pengganti khalifah.
[4] Hadis dhaif.
[5] Hadis dhaif.
[6] Ibadat nasibi tidak memanfaatkannya.
[7] Peristiwa ini telah berlaku di ‘Aqabah selepas haji Widaa’ ketika beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w telah cuba membunuhnya (Rasulullah s.a.w).
[8] Al-Suyuti, al-Itqaan, iii, hlm.41, meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, daripada bapanya Umar bin al-Khattab, dia berkata: Jangan seorang itu berkata bahawa aku telah mengambil keseluruhan al-Qur’an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur’an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur’an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur’an mana yang ada. Ini bererti sebahagian al-Qur’an telah hilang.
[9] Abu Bakr dan Umar.
[10] Orang yang baru memeluk Islam.
[11] Menjadi khalifah.
[12] Bukan seorang nabi.
[13] Perkataan al-Husna tidak tercatat di dalam mashaf Uthman.
[14] Imam al-Mahdi a.s.
[15] Uthman dan para sahabatnya.
[16] Jemaah ahli takwa bukan jemaah ahli kebatilan.
[17] Kesedihannya kerana meninggalkan keluarga Rasulullah s.a.w.
[18] Walaubagaimanapun al-Badaa’ boleh berlaku.
[19] Ummu Farwah binti al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr.
[20] Abu Bakr dan Umar telah merampas peluang ini.
[21] Di tempat tertentu.
[22] Menghinanya.
[23] Musuh-musuh Ahlu l-Bait a.s.
_____________________________________________
bersambung Bahagian 3

Tidak ada komentar:

Posting Komentar