_____________________________________________
Kitab Al-Haft Al-Syarif
(Abu Abdillah al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi)
_____________________________________________
Diterjemahkan dari buku aslinya Kitab Al-Haft Al-Syarif
Karya Abu Abdillah al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi
Cetakan Bahasa Arab: Dar al-Andalus, Beirut,
Cetakan Kedua, 1978 M
____________________________________________
Hak terjemahan dilindungi undang-undang.
Copyrights. All rights reserved.
____________________________________________
Cetakan Pertama: Disember, 1994
_____________________________________________
Diterjemahkan dari buku aslinya Kitab Al-Haft Al-Syarif
Karya Abu Abdillah al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi
Cetakan Bahasa Arab: Dar al-Andalus, Beirut,
Cetakan Kedua, 1978 M
____________________________________________
Hak terjemahan dilindungi undang-undang.
Copyrights. All rights reserved.
____________________________________________
Cetakan Pertama: Disember, 1994
_____________________________________________
Edisi Bahasa Arab
Kitab Al-Haft Al-Syarif, Cetakan Kedua, Beirut, 1978
_________________________________
Edisi Bahasa Melayu ___________________________________________
Copyrights@AB-Perlak. All rights reserved.
___________________________________________
Demi Allah , ia dimaksudkan kepada mereka yang buta pada
susunan yang pertama, maka dia pada susunan yang akhir lebih buta, lebih
tersesat jalan daripada makrifat Allah dan keesaan-Nya. Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia,
tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya”[99]
Itu hanya berlaku kepada mereka yang buta hatinya? Adapun mukmin, maka dia
mendapat taufik dan tidak meninggalkannya. Adapun kafir, maka dia diikuti
dengan kehinaan, justeru dia tidak memikir, tidak melihat dan tidak mendengar
sebagaimana firman-Nya: “Mereka tuli,
bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali”[100]
_________________________________
Edisi Bahasa Melayu ___________________________________________
Copyrights@AB-Perlak. All rights reserved.
___________________________________________
PRAKATA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin. Selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya
yang suci serta para sahabat yang terpilih. Sesungguhnya Kitab al-Haft al-Syarif adalah riwayat
Abu Abdillah al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi al-Kufi berkaitan dengan
dialognya dengan Abu Abdillah Ja‘far
al-Sadiq a.s mengenai permulaan penciptaan makhluk.
Beliau adalah di kalangan mereka yang
dipercayai (thiqah) oleh Imam Ja‘far
al-Sadiq a.s (mati 148 H). Beliau telah dilahirkan di Kufah kemungkinan pada
akhir imamah Muhammad al-Baqir (mati
114H). Tidak ada rujukan yang mencatatkan tentang tarikh kelahirannya dan kematiannya. Asad Haidar menyatakan bahawa
al-Abu Abdillah Mufadhdhal adalah seorang yang thiqah dan sahabat yang rapat dengan Imam Ja‘far al-Sadiq a.s,
hidup pada akhir kurun yang pertama dan kedua hijrah, umurnya 80 tahun[1].
Ada juga yang berpendapat bahawa beliau
telah meninggal dunia pada masa Imam Ja‘far al-Sadiq a.s. Dan ada juga yang
menyatakan bahawa beliau telah hidup semasa empat imam daripada Imam al-Baqir
a.s (mati 114 H), Imam Ja‘far al-Sadiq a.s (mati 148 H), Imam Musa Kazim (lahir
129 H) dan permulaan Imam Ali al-Ridha a.s (lahir pada 148 H)[2].
Jika pendapat yang menyatakan bahawa
beliau hidup semasa empat imam a.s yang bermula dengan Imam Muhammad al-Baqir
a.s (mati 114 H) sehingga imam Ali al-Ridhai yang dilahirkan pada tahun 148
hijrah dan mati pada 203 H menjadi renungan, maka tidak hairanlah jika beliau
meninggal dunia ketika usia 80 tahun iaitu selepas kematian Imam Ja‘far
al-Sadiq a.s (Mati 148). Jika beliau telah meninggal dunia pada tahun 150 H,
maka ia adalah cukup untuk mengatakan bahawa beliau telah hidup semasa empat
imam a.s. Apa yang paling penting ialah riwayat beliau secara langsung daripada
Imam Ja‘far al-Sadiq a.s. seperti riwayat Sulaim bin Qais al-Hilali al-Kufi
daripada Amir al-Mukminin Ali bin Abi
Talib.
Kitab
al-Haft al-Syarif telah diterbitkan pada tahun 1977 dan pada tahun 1978 M
di Beirut, diedit oleh Dr. Mustafa Ghalib.
Terbitan buku dengan jodolnya
yang asal Kitab al-Haft al-Syarif ini
adalah sebagai penentangan beliau kepada buku yang sama yang diterbitkan oleh Matba‘ah Kathulikiyyah, Beirut pada tahun 1960
yang diedit oleh Dr. Aref Tamer dengan mengubah nama asal buku itu kepada Kitab al-Haft wa al-Azillah. Iaitu
perkataan wa al-Azillah telah ditambah
tanpa asas. Dr. Mustafa Ghalib telah menyifatkan perubahan nama buku itu dan isinya
yang ditambah dan dikurangkan itu sebagai tidak amanah. Lantas beliau membuat
kajian lebih 30 manuskrip tentang buku
ini dan beliau mendapati jodol asalnya adalah Kitab al-Haft al-Syarif.
Buku ini menerenagkan tentang sejarah
penciptaan makhluk yang dimulai dengan alam bayang-bayang (Azillah), alam bentuk kabur (Asybaah)
dan alam roh (Arwaah). Allah
menjelaskan bagaimana Dia mendidik mereka untuk mengenali diri-Nya, para nabi,
para imam a.s kelahiran para nabi dan para imam, pembunuhan al-Husain secara
batin, penciptaan Adam dan tujuh Adam, syurga, neraka, Iblis,
binatang-binatang, mukmin dan kafir serta percampuran mereka, hak-hak ikhwan,
azab dalam bentuk masukhiyyah
(perubahan rupa) dan lain-lain.
Terjemahan buku ini adalah khusus untuk mereka
yang berpegang kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas atau mazhab Ja‘fari yang
berfikiran terbuka SAHAJA. Adapun
pengikut-pengikut Ahlu s-Sunnah wa al-Jamaa‘ah diharamkan sama sekali dari
membacanya, memilikinya, menyimpannya, menyentuhinya atau membuat isyarat
kepadanya di dalam semua keadaan.
Penterjemah:
13hb. Disember, 1994.
KANDUNGAN
Mukadimah kitab
BAB 1: Makrifat tentang penciptaan makhluk
dan perkara pertama yang diciptakan Allah
BAB 2: Makrifat tentang bayang-banyag,
bentuk-bentuk kabur dan roh-roh serta bagaimana Dia telah mendidik mereka dan
memperkenalkan diri-Nya kepada mereka
BAB 3: Makrifat tentang kitaran, golongan
dan susunan dalam bentuk kemanusiaan
BAB 4: Makrifat tentang penderhakaan
makhluk dan sebab-sebabnya serta bagaimana mereka telah melupai apa yang mereka
telah ingat
BAB 5: Makrifat tentang pengutusan para
rasul kepada makhluk-Nya
BAB
6: Makrifat tentang Iblis dan daripada apakah Dia telah menciptakannya
BAB 7: Makrifat tentang Iblis-Iblis dan
bagaimana mereka bertukar menjadi syaitan-syaitan?
BAB 8: Makrifat tentang bagaimana apabila
Kami mendatangkan seseorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan
kamu sebagai saksi ke atas mereka itu
BAB 9: Makrifat tentang penyaksian pada
batin dan melakukan penyaksian di sisi mukminin
BAB 10: Makrifat tentang keserupaan manusia
dengan binatang dan keserupaan binatang dengan manusia secara perubahan rupa
dan bagaimana ia berlaku
BAB 11: Makrifat tentang sebab-sebab
campuran di antara mukmin dan kafir serta berapa kali mereka berulang
BAB 12: Makrifat tentang mukmin yang diuji,
bagaimana dia dikembalikan kepada perubahan rupa dan disusun padanya
BAB 13: Makrifat tentang kebersihan jiwa,
pilihan dan apa yang dilucutkan daripada mukmin daripada amalan-amalan yang
zahir apabila dia meningkat kepada kedudukan ini
BAB 14: Makrifat tentang apa yang wajib
bagi mukmin yang telah mencapai dan tamat hakikat makrifatnya ke atas
saudaranya yang mukmin yang belum mencapai dan belum tamat hakikat makrifat
BAB 15: Makrifat tentang pembalikan darjat
kafir sedikit demi sedikit iaitu pembalikannya dalam kekafiran sebagaimana
berakhirnya mukmin dalam keimanan, maka dia akan menjadi Iblis
BAB 16: Makrifat tentang percampuran mukmin
dengan kafir dan bagaimana mereka bercampur?
BAB 17: Makrifat tentang Iblis dan kenapa
ia dinamakan iblis, syaitan, mukmin dan kafir, kenapa mereka dinamakan dengan
nama-nama ini?
BAB 18: Makrifat tentang sebab-sebab azab
di dalam masukhiyyah
BAB 19: Makrifat tentang kesempurnaan
mukmin dan berakhirnya dengan keimanan sehingga dia tidak perlu lagi kepada
makan dan minum. Dia naik ke langit dan turun ke bumi
BAB 20: Makrifat tentang bencana kafir,
kesempurnaan dan kesudahannya dengan kekafiran dan susunan dalam perubahan rupa
BAB 21: Makrifat tentang kafir dalam susunan
satu demi satu dan bagaimana dia tidak kembali daripada kekafirannya
BAB 22: Makrifat tentang Iblis dan adakah
dia zahir atau batin?
BAB 23: Makrifat tentang perkahwinan Umm
Kalthum pada batin
BAB 24: Makrifat tentang apa yang
disembelih, apa yang dibunuh yang menyalahi bentuk manusia
BAB 25: Makrifat tentang permulaan
penciptaan mukmin yang arif
BAB 26: Makrifat tentang roh-roh mukminin
sama ada ianya satu atau dua?
BAB 27: Makrifat tentang hari mereka
dibangkit, hari waktu tertentu, adakah ia satu hari sahaja atau beberapa hari
selepas itu?
BAB 28: Makrifat tentang masukhiyyah yang kedua dan perbezaan di
antaranya dan masukhiyyah yang pertama
BAB 29: Makrifat tentang matahari, bulan,
penciptaan dan perumpamaannya, perumpamaan malam dan siang
BAB 30: Makrifat tentang bintang-bintang
yang lima dan
bintang-bintang yang cahayanya menembus, sebutan langit yang ketujuh,
penghuni-penghuninya dan keadaan-keadaannya
BAB 31: Makrifat tentang ‘Arasy dan
tiang-tiangnya
BAB 32: Makrifat tentang gunung-gunung yang
kukuh, lautan-lautan yang dalam dan hijab-hijab
Adamiyyiin
BAB 33: Makrifat tentang Adam yang lain dan
zamannya
BAB 34: Makrifat tentang mukmin, bagaimana
mereka dilahirkan, di mana tempat tinggal mereka dan bagaimana mereka
dikembalikan selepas kematian mereka
BAB 35: Makrifat tentang kelahiran kafir
BAB 36: Makrifat tentang roh-roh yang
ditahan di badan
BAB 37: Makrifat tentang kelahiran para
nabi, para wasi, mereka yang terpilih, para wali, abwaab dan hijab-hijab
BAB 38: Makrifat
tentang pembunuhan Imam
BAB 39: Makrifat
tentang pembunuhan al-Husain pada batin
BAB 40: Makrifat
tentang pembunuhan al-Husain secara batin pada zaman Bani Umayyah
BAB 41: Makrifat tentang kisah Salman bersama Umar
ketika diarah oleh Amir al-Mukminin supaya membahagi-bahagikan hartanya dan
penjelasan keadaan yang berlaku
BAB 42: Makrifat
tentang berapa lamakah kafir tinggal dalam susunan masukhiyyah selepas kematian, pembunuhan dan penyembelihan
BAB 43: Makrifat
tentang keturunan kafir dan apa yang menimpanya daripada kebaikan, kejahatan,
kefakiran, penyakit, bala, bahaya pada hartanya dan apakah sebabnya
BAB 44: Makrifat
tentang adakah kafir dihina oleh mukmin dan mukmin dihina oleh kafir?
BAB 45: Makrifat
tentang perbuatan mereka yang zalim kepada para wali dan tanda hama daripada manusia
BAB 46: Makrifat
tentang susunan masukhiyyah pada
kafir dan susunan nasutiyyah pada
mukmin serta kelebihan di antara keduanya
BAB 47: Makrifat
tentang adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir dan kafir menjadi hamba kepada
mukmin serta apakah sebabnya?
BAB 48: Makrifat
tentang berapa lamakah mukmin akan sampai sehingga menjadi seorang yang ikhlas,
kemudian dia naik ke langit dan turun ke bumi
BAB 49: Makrifat
tentang apa yang dikenali sebagai
penyakit dan bala yang berlaku kepada mukmin dan kafir serta sebab
berlakunya kepada mereka berdua
BAB 50: Makrifat
tentang bagaimana mukmin menjadi kaya atau miskin di dunia sementara kafir
demikian juga
BAB 51: Makrifat
tentang sedikit bilangan mukmin dan banyak bilangan kafir
BAB 52: Makrifat
tentang roh-roh cahaya
BAB 53: Makrifat
tentang pondan dan sebabnya
BAB 54: Makrifat
tentang mukmin adakah dia dikembalikan dalam rupa perempuan mukminah dan adakah
dikembalikan perempuan mukminah dalam rupa lelaki mukmin?
BAB 55: Makrifat
tentang lelaki kafir adakah dikembalikan kepada perempuan kafir dan adakah
perempuan kafir dikembalikan kepada lelaki kafir?
BAB 56: Makrifat
tentang susunan binatang-binatang ternakan adakah yang jantan dikembalikan
kepada betina dan yang betina kepada jantan atau ia tidak dikembalikan?
BAB 57: Makrifat
adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir atau adakah kafir menjadi hamba kepada
mukmin dan bagaimana mukmin dikembalikan kepada kemerdekaan?
BAB 58: Makrifat
tentang susunan kafir yang baik dengan keluarganya dan orang lain serta apakah
sebabnya?
BAB 59: Makrifat
tentang huruf-huruf, fasal, wasal dan percakapan
BAB 60: Makrifat
tentang tujuh Adamiyyiin, pusingan
dan bilangan mereka
BAB 61: Makrifat
tentang tujuh Adamiyyiin
BAB 62: Makrifat
tentang tabiat, keanehan dan ragam
BAB 63: Makrifat
tentang seseorang dan dirinya dengan empat tabiat, empat tiang dan empat rukun
BAB 64: Makrifat
tentang ciptaan Allah yang bermacam-macam
BAB 65: Makrifat
tentang kesahihan tujuh Adam
BAB 66: Makrifat
tentang apa yang telah berlaku pada bayang-bayang dan bentuk-bentuk yang kabur
Bab 67: Makrifat
tentang hak-hak Ikhwan dan kelebihan mukminin serta ditambah padanya tentang
khabar percampuran
Biblografi
___________________________________________________
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta dan ganjaran bagi mereka yang
bertakwa. Selawat dan salam kepada Muhammad penutup para nabi dan keluarganya
yang suci.
Segala puji bagi Allah yang awal-Nya tidak ada permulaan, tidak ada pada
azali-Nya penghujung, tidak ada bagi-Nya lawan dan sekutu, suci daripada isteri-isteri
dan anak-anak. Dia telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, Dia melarang
dengan lembut dan tadbir. Dia telah mendirikan tujuh langit dengan perintah-Nya
yang ia tidak ada sebelumnya.
Dia telah membentangkan bumi-bumi dan mengalirkan di antara keduanya
tujuh lautan, menjadikannya benteng yang kukuh untuk langit-langit-Nya. Dia
menghiaskannya dengan bintang-bintang, lalu menjadikannya petunjuk untuk
makhluk-Nya. Dia telah menciptakan gunung-ganang, lalu Dia menjadikannya
pasak-pasak. Dia telah menciptakan untuk kamu makhluk zahir dan batin.
Dia telah mendidik makhluk-Nya beberapa perkara secara zahir dan
menentukan mereka dengan darjat-darjat ilmu kebatinan. Maha Suci Allah Maha
Tinggi dan Maha Besar.
Kemudian kami telah melihat kepada ilmu-ilmu kebatinan yang datang
daripada para imam yang cerdik, maka kami telah mendapati ilmu kebatinan sesuai
dengan ilmu zahir. Ilmu batin dan ilmu zahir tidak ada perselisihan di
antaranya kecuali [jika seorang itu] mengikut hawa nafsu dan cenderung kepada
pendapat sendiri.
Kami telah mendapati manusia sepakat di dalam tanzil, tetapi mereka
berselisih faham tentang takwil disebabkan kesamaran-kesamaran yang telah
mempengaruhi hati mereka yang menentang. Lalu mereka menggunakan hawa nafsu
kerana kejahilan mereka di dalam takwil. Justeru setiap orang berkata mengikut
hawa nafsunya. Menentang siapa sahaja yang menyalahinya tentang al-Qur’an.
Manakala satu kurun berlalu, maka ia diikuti oleh satu kurun berikutnya.
Lantaran itu, kami telah melihat dan mengkaji perbuatan mereka, maka
kami telah mendapati ilmu yang paling baik adalah ilmu yang datang daripada
Allah dan daripada Rasul-Nya secara nas. Dan kami telah mendapati takwil
daripada Ahlu l-Bait sesuai dengan al-Qur’an kerana mereka telah membuat
kesimpulan (istinbat) daripada ilmu
yang membingungkan kebanyakan akal manusia, melemahkan fahaman dan hati mereka
untuk menanggungnya. Manakala mereka tidak mampu di dalam perkara ini, maka
mereka mulai menentang ahlinya, apatah lagi ketika mereka ditegah manfaatnya.
Perkara pertama yang wajib kita perhatikan adalah di dalam urusan-urusan
tauhid yang menjadi milik manusia di dunia dan akhirat, maka kami merujuk untuk
mengetahuinya kepada Ahlu l-Bait yang suci dan zuriat mereka yang diutus.
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya kedua-duanya (kitabullah dan ‘itrahku) tidak akan berpisah sehingga mereka berdua dikembalikan
di Haudh.
Pada mulanya tidak ada sesuatu bersama Allah, kemudian kehendak-Nya
telah berlaku di sebalik iradat-Nya, sebab-sebabnya yang mana aku akan
menjelaskannya di dalam kitab ini sedikit demi sedikit dan sebab demi sebab
daripada kata-kata para imam a.s tentang rahsia ilmu Allah, ilmu Rasul-Nya dan
apa yang sampai kepada kita daripada mereka yang dipercayai (al-Thuqaat) yang membawa ilmu khusus
yang dinaskan dan diriwayatkan daripada mereka yang terdahulu.
Di antaranya Muhammad bin al-Fadhl, salah seorang perawi ilmu batin yang
dipercayai tentang ilmunya dan yang paling warak pada zamannya. Kemudian ‘Umar
bin Zaid, kemudian Yusuf bin Ya‘qub, kemudian Yunus bin al-Mausuli, kemudian
Abdullah bin Hilyah al-Kattaani, kemudian Sayyidu-naa Muhammad bin Sinan,
penyimpan ilmu ini, kemudian Muhamamd bin al-Mufadhdhal, kemudian Ibn Abi
‘Umair, beliau adalah seorang yang banyak berpusa dan bertenaga pula.
Kemudian Safwaan bin Yahya al-Saabiri, Ibn Abi ‘Imraan, Ahmad Abu
Muhammad bin Basir, Ya‘qub bin ‘Alqamah. Semua mereka telah mengambil istinbat
daripada ilmu keluarga Muhammad dan mereka telah bersetuju di atas
riwayat-riwayat ini daripada Yunus bin Zibyaan di dalam semua perkara. Umar bin
Udhinah, Daud binKathir al-Ruqiyy yang mempunyai kepercayaan imam,
al-Mufadhdhal bin ‘Umar al-Ja‘fi iaitu beliaulah bermulanya riwayat ilmu batin
daripada Abu Abdillah a.s.
Kemudian Ibn Rabii‘ al-Syaammi, Abu Hamzah al-Thumaali yang tidak
terlepas daripada riwayat-riwayatnya sama ada yang menentang atau yang
bersetuju kerana kebenaran nasihatnya dan amanahnya. Ramai ahli hadis
meriwayatkan daripadanya. Abu al-Hasan al-Khurasaani, seorang pendebat yang bermata merah dan beliau adalah sebaik-baik
suadaranya.
Abu Khalid al-Kaabili, al-Jabir al-Ja‘fi yang mana Imam Ja‘far a.s telah
memberi ilmu yang banyak kepadanya. Jumhur ahli hadis dari Hijaz dan Iraq
seperti Sufyaan dan kumpulannya dan setiap mereka, meriwayat daripada Abi
Ja‘far, daripada Ali bin al-Husain tentang permulaan penciptaan makhluk, makrifat
tentang tujuh Adam, bagaimana berakhirnya masa setiap Adam? Susunan mereka pada
bentuk-bentuk dan kesudahan nasib mereka.
Diriwayatkan khabar-khabar ini daripada al-Sadiq a.s dan daripada
kumpulan sahabatnya seperti dua anak lelaki Ya‘qub; Yunus dan Yusuf, Ibn
Abdillah Hannaf, Ibn Sadid dan Mubasysyir.
Setiap orang daripada mereka mempunyai kelebihan-kelebihan (manaaqib) dan merekalah yang telah
memindahkan ilmu ini daripada Abu Abdillah al-Sadiq a.s tanpa khilaf dan perbalahan.
Sesungguhnya khilaf adalah dari segi perawi-perawi sedangkan Ahlu l-Bait
Muhammad s.a.w tidak ada khilaf di antara mereka dari segi tanzil, tafsir,
takwil tentang halal dan haram, malah mereka benar-benar mengetahui tentang
halal dan haram.
Dan apa yang terserlah daripada
ilmu tauhid dan makrifat kebenaran adalah daripada mereka secara
keseluruhannya. Kerana hadis yang pertama adalah daripada al-Mufadhdhal bin
‘Umar al-Ja‘fi daripada al-Sadiq a.s, justeru beliaulah yang dimaksudkan
sementara perawi-perawi yang lain mengambilnya daripadanya.
____________________________________________________
BAB 1
☼Makrifat
tentang penciptaan makhluk dan perkara pertama yang diciptakan Allah (fi ma‘rifati ibtida’ al-Khaliqah wa awwalu
syai’in khalaqa-hu-llahu ta‘aalaa)☼
Al-Mufadhdhal rahima-hullah
telah berkata: Aku telah membaca di hadapan Abi Abdillah a.s firman Allah a.w “Katakanlah: “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan
(sesuatu) dari permulaannya, kemudian Allah menciptakannya sekali lagi.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Allah mengazab siapa yang
dikehendakiNya dan memberi rahmat kepada siapa yang dikendakiNya dan hanya
kepadaNyalah kamu dikembalikan”[3]
Abu Abdillah al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, jika manusia
mengetahui permulaan asal penciptaan makhluk, nescaya dua orang lelaki tidak
berselisih pendapat tentang agama (Lau‘alima
al-Naasu mabtada’a asl al-Akhalqi ma ikhtalafa rajulaani fi al-Din). Aku
telah berkata kepadanya: Sayyidii[4]
wa Maulaaya, tidak ada makrifat
bagiku melainkan apa yang anda telah ajarkannya kepadaku, justeru jelaskanlah
kepadaku.
Maka beliau a.s telah berkata: Ia
dijelaskan di dalam ayat itu sendiri, tetapi kebanyakan manusia tidak memikirnya.
Sebahagian manusia berkata: Sesungguhnya pahala dan balasan (al-Thawab wa al-‘Iqab) berlaku di dunia
sebagaimana firman Allah a.w “Dia
mengazab siapa yang dikehendakiNya dan memberi rahmat kepada siapa yang
dikendakiNya dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan”[5] Tidakkah anda mengetahui bahawa azab dan
rahmat sebelum mereka dikumpulkan (yuhsyaruu)
dan dikembalikan di dunia ini di dalam bentuk kemanusiaan (al-Nasutiyyah), perubahan rupa (al-Masukhiyyah),
susunan (al-Taraakiib) dan
kepadaNyalah mereka akan dikembalikan.
Aku telah berkata: Memang benar Sayyidii,
aku tidak terfikir tentangnya melainkan pada hari aku ini. Kemudian beliau a.s
telah melihat kepada Yunus bin Zibyan dan berkata: Wahai Yunus, apakah pendapat
ahli Kufah tentang permulaan penciptaan makhluk? Beliau telah berkata: Mereka
berkata bahawa Allah telah menciptakan Iblis sebelum Adam. Maka beliau a.s
telah berkata: Dengan Allah [aku] pohon pertolongan[Nya] dari kata-kata mereka
kerana mereka telah membohongi Allah sedemikian rupa, sesungguh Allah telah
menciptakan cahaya (al-Nuur) sebelum
kegelapan (al-Zulmah), menciptakan
kebaikan (al-Khair) sebelum kejahatan
(al-Syarr), menciptakan syurga sebelum
neraka. Dia telah menciptakan rahmat sebelum azab, menciptakan bentuk-bentuk
yang kabur (asybaah) sebelum roh-roh
(al-Arwaah), menciptakan roh-roh
sebelum badan-badan (al-Abdaan),
menciptakan badan-badan sebelum kematian (al-Maut).
Dia menciptakan kematian sebelum kebinasaan (al-Fanaa’), menciptakan kebinasaan sebelum susunan-susunan (al-Taraakiib), menciptakan susunan-susunan
sebelum Kiamat, menciptakan Kiamat sebelum kebangkitan (al-Nasyr), menciptakan kebangkitan sebelum pembalasan, menciptakan
pembalasan sebelum bersesalan (al-Nadaamah),
menciptakan bersesalan sebelum dikumpulkan di Mahsyar, menciptakan Mahsyar
sebelum bumi digantikan dengan bumi yang lain dan langit digantikan dengan
langit yang lain dan “terserlah” Allah Yang Maha Perkasa. Aku telah berkata: Sayyidii, Apakah perkara yang pertama
diciptakan oleh Allah a.w?
Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya perkara yang pertama diciptakan
oleh Allah adalah cahaya bayang-bayang (al-Nuur
al-Zilli). Aku telah berkata:
Daripada apakah Dia telah menciptakannya? Beliau a.s telah berkata: Dia telah
menciptakannya daripada kehendak-Nya (masyi’ati-hi),
kemudian Dia telah membahagi-bahagikannya. Tidakkah anda telah mendengar
firman-Nya di dalam Kitab-Nya: “Apakah
kamu tidak memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan
bayang-bayang dan kalau Dia menghendaki, nescaya Dia menjadikan tetap
bayang-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk atas
bayang-bayang itu, kemudian kami menarik bayang-bayang itu kepada Kami dengan
tarikan yang perlahan-lahan”[6],
Dia telah menciptakannya sebelum Dia menciptakan air, bumi dan ‘Arasy.
Aku telah berkata: Di atas contoh manakah Dia telah menciptakannya?
Beliau a.s telah berkata: Dia telah menciptakannya di atas contoh bentuknya,
kemudian Dia telah membahagi-bahagikannya kepada bayang-bayang tertentu, lantas
sebahagian bayang-bayang itu melihat kepada sebahagian bayang-bayang yang lain,
lalu mereka melihat diri mereka dan mengetahui bahawa mereka tidak wujud
sebelum ini dan mereka diberikan makrifat yang terhad dan mereka tidak pula diberikan
makrifat yang khusus tentang kebaikan dan kejahatan. Kemudian Allah telah mendidik
mereka (addaba-hum).
Aku telah berkata: Bagaimana Dia
telah mendidik mereka? Beliau a.s telah berkata: Dia telah bertasbih kepada
diri-Nya (sabbaha nafsa-hu)[7],
lalu mereka bertasbih kepadaNya (fa-sabbahuu-hu),
Dia telah memuji diri-Nya (hamida
nafsa-hu), lalu mereka memujiNya (fa-hamiduu-hu).
Dia telah membenarkan diri-Nya (haqqaqa
nafsa-hu), lalu mereka telah membenarkanNya (haqqaquuhu). Jika tidak, mereka tidak mengetahui bahawa Allah
adalah Tuhan mereka, mereka tidak mengetahui cara memuji Nya dan bersyukur
kepadaNya. Mereka tidak mengetahui bagaimana mereka bercakap dan bagaimana
mereka berdiam diri. Beliau a.s telah berkata: Mereka telah memahami percakapan
tentang Allah.
Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidak
ada perubahan pada fitrah Allah, itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui”[8] Kemudian
beliau a.s telah berkata: Bayang-banyang itu sentiasa dalam keadaan sedemikian,
memujiNya, bertahlil dan bertasbih kepadaNya selama 7000 tahun. Maka Allah
menerima kesyukuran mereka, lalu Dia menciptakan daripada tasbih itu langit
yang ketujuh. Kemudian Dia telah menciptakan bentuk-bentuk yang kabur (al-Asybaah) daripada tasbih bayang-bayang
(al-Azillah) dan menjadikannya
bayang-bayang pula.
Kemudian Dia telah menciptakan hijab
yang tinggi (al-Hijab al-A‘laa)
daripada tasbih-Nya sendiri. Kemudian Sayyidii
a.s telah membaca firman-Nya: “Dan tidak
mungkin bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia kecuali
dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir (waraa’hijab) atau dengan
mengutus seorang utusan lalu diwahyukan kepadanya dengan izin-Nya apa yang Dia
kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana”[9]
Iaitu bentuk-bentuk kabur (al-Asybaah)
yang diciptakan daripada tasbih bayang-bayang yang ketujuh. Adapun makna
firman-Nya “waraa’ hijab” (Di belakang
tabir) Iaitu bentuk-bentuk kabur yang diciptakan daripada bayang-bayang
yang ketujuh. Kemudian Dia telah menciptakan untuk mereka syurga yang ke tujuh daripada
langit yang ketujuh. Kemudian Dia berfirman: “Di sisinya syurga tempat tinggal”[10]
Iaitu syurga yang paling tinggi.
Kemudian Dia telah menciptakan Adam yang pertama (Adam al-Awwal) dan Dia telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) daripadanya dan zuriatnya.
Allah telah berfirman: “Siapakah Tuhan
kamu? “Mereka menjawab: Maha Suci
Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan
kepada kami”[11]
Dan beliau a.s telah berkata: Hijab
(tabir) yang mana Dia telah menciptaknnya daripada tasbih-Nya sendiri dan Dia
telah memberitahu kepada mereka bahawa hijab
pertama adalah yang paling alim di kalangan mereka, maka di sana ia wajib
menjadi hujjah ke atas makhluk-Nya: Kemudian
Allah berfirman kepada mereka: “Adakah kamu mengetahui bahawa Akulah Tuhan kamu
Yang Maha Tinggi”. “Aku mampu menciptakan makhluk seperti kamu sedangkan kamu
tidak mampu menciptakan [sesuatu] seperti Aku” Maka mereka telah berkata: Ya,
wahai Tuhanku, maka itulah perjanjian yang diambilnya daripada mereka.
Kemudian Allah telah menciptakan seumpamanya tujuh Adam (sab‘ah aadamiyyiin) dan Dia telah
menciptakan bagi setiap Adam langit dan syurga sebagaimana aku telah
menerangkannya kepada anda. Justeru orang pertama yang menyahuti perjanjian itu
adalah Adam yang pertama, kemudian Adam yang kedua dan seterusnya, kemudian
kelebihan [Adam] yang pertama ke atas [Adam] yang kedua, kemudian beliau a.s
telah membaca firman-Nya: “Dan mereka
yang paling dahulu beriman. Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah)”
[12]
Dia telah menciptakan cahaya (al-Nuur)
yang kedua [selepas cahaya yang pertama] dan menjadikannya lebih baik daripada
cahaya yang ketiga. Dia telah menciptakan bayang-bayang (al-Azillah) daripada kehendak-Nya di atas apa yang Dia kehendaki,
kemudian Dia telah mendidik mereka seperti cahaya yang pertama. Dia telah menciptakan
untuk mereka langit yang kedua dan syurga yang kedua dan berfirman: Beritahulah kepadaku di langit tentang
mereka jika kamu benar? Mereka telah berkata: Tiada ilmu ada bagi kami
melainkan apa yang kamu ajarkan kami”. Kemudian Dia telah berfirman kepada hijab yang kedua: Beritahulah nama-nama
mereka, daripada apakah mereka diciptakan; daripada apakah langit, syurga,
bayang-bayang dan bentuk-bentuk yang kabur diciptakan.
Dia telah mengambil perjanjian daripada penghuni langit yang pertama
untuk hijab yang pertama. Dia telah
mengambil perjanjian yang kedua daripada penghuni langit untuk hijab yang kedua. Kemudian Sayyidii a.s membaca firman-Nya: “Dan ketika Kami mengambil janji dari kamu
dan Kami angkatkan gunung Tursina di atasmu” [13]
Dan Tursina adalah hijab yang pertama.
Adapun firman-Nya: “Peganglah teguh-teguh
apa yang Kami berikan kepadamu”[14]
adalah makrifat tentang penyaksian (al-Ma‘rifah
fi al-Syahadah), maka jadilah dia [berada] antara langit dan langit yang
lain dan hijab yang kedua sebagai
penyampai daripada Allah apabila Dia menaiki langit yang ketujuh.
Demikian juga apabila Dia turun ke langit yang kedua [ketiga] dan keempat
untuk mendidik mereka. Justeru hijab itu
menjadi hujjah kepada penghuni langit
yang ketujuh dan ia merupakan hijab
yang pertama. Maka langit-langit dijadikan pintu-pintu, kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan masuklah ke rumah-rumah itu dari
pintu-pintunya”[15] Kemudian
Dia telah menciptakan cahaya yang kedua sebagaimana Dia telah menciptakan
cahaya yang pertama daripada bayang-bayang, bentuk-bentuk yang kabur, roh-roh,
langit dan syurga. Dia telah menciptakan hijab
yang ketiga sebagaimana hijab yang
kedua dan mengambil perjanjian mereka untuk-Nya sebagaimana Dia telah
memberitahu kepada penghuni langit.
Dan Adam yang ketiga menyahuti [seruan-Nya] sebagaimana Adam yang kedua
dan aku telah mejelaskannya kepada anda tentang cahaya, bayang-bayang dan
bentuk-bentuk kabur di dalam pendidikan mereka. Allah telah menciptakan cahaya yang
keempat, kemudian cahaya yang kelima, cahaya yang keenam dan cahaya yang ketujuh
sebagaimana aku telah menerangkannya kepada anda. Kemudian beliau a.s telah berkata:
Tidak seseorangpun boleh mengabaikan bulan-bulan
haram. Aku telah berkata: Berapakah bilangan bulan-bulan Haram, wahai Maulaaya?
Beliau a.s telah berkata: Empat. Aku telah berkata: Bagaimana ia menjadi
[bulan] haram? Beliau a.s telah berkata: Kerana hijab yang pertama lebih hampir kepada Allah daripada hijab yang kedua, dan hijab yang kedua adalah lebih hampir
daripada hijab yang ketiga
sehinggalah hijab yang ketujuh. Begitulah
tentang bentuk-bentuk yang kabur, bayang-bayang dan roh-roh. Kemudian Dia telah
menciptakan cahaya yang kelima sebagaimana aku telah menceritakannya kepada
anda.
Kemudian Dia telah menciptakan cahaya yang keenam seperti cahaya
sebelumnya. Dia telah menciptakan cahaya yang kelima daripada perintah-Nya. Dia
telah menciptakan cahaya yang keenam daripada fahaman-Nya. Kemudian Dia telah
menciptakan cahaya yang ketujuh, Dia telah menyuruh dan melarangnya. Beliau a.s
telah berkata: Cahaya yang paling lemah adalah cahaya yang ketujuh kerana
cahaya keimanan dan keyakinannya paling sedikit. Namun begitu Allah telah
menciptakannya menurut contoh cahaya pertama yang terdiri daripada
bayang-bayang dan bentuk-bentuk yang kabur sehingga hijab menjadi teguh untuk mereka sebagai hujjah. Semua mereka adalah hujjah
dan yang pertama mereka adalah hujjah
ke atas yang akhir mereka.
Semua mereka telah membuat penyaksian di hadapan Tuhan. Dan mereka pula
disaksikan oleh makhluk-makhluk langit yang terdiri daripada tujuh cahaya.
Kemudian Dia telah menjadikan setiap cahaya yang terawal adalah lebih baik
daripada cahaya yang akhir dengan kadar [masa] 50 ribu tahun. “Maka Maha Suci Allah, Pencipta Yang Paling
Baik”[16]
Dan cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung[17]Dialah
sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”[18]. Wa s-Salam.
BAB 2
☼Makrifat
tentang bayang-banyang, bentuk-bentuk kabur dan roh-roh serta bagaimana Dia
telah mendidik mereka dan memperkenalkan diri-Nya kepada mereka (fi ma‘rifati ‘ilal al-Azillah wa al- Asybaah
wa al-Arwaah wa kaifa addaba-hum wa ‘arrafa-hum bi-nafsi-hi)☼
Abu Abdillah
a.s telah berkata: Kemudian Dia telah menciptakan pada setiap langit itu sebuah syurga dan pada
setiap syurga itu mata air (‘ainan) yang
bernama Salsabil sebagaimana firman-Nya: “Sebuah
mata air syurga yang bernama salsabil”[19]
Iaitu tujuh syurga dan tujuh mata air. Sesungguhnya setiap langit menanggung
penghuninya dan menjadikannya tempat yang sesuai bagi mereka kerana Allah telah
menciptakan amalan mereka dari air mata yang tujuh bertempat di syurga dan ia
diciptakan dari ilmu penghuninya.
Kemudian Allah telah menenggelamkan bayang-bayang dan bentuk-bentuk yang
kabur pada mata-mata air. Kemudian Dia telah menjadikan setiap langit satu
cahaya pada mata airnya, lalu ia bertukar menjadi roh pada badan-badan. Dan
al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya dinamalan Azillah (bayang-bayang) kerana ia sentiasa pada bayangan cahaya
Allah. Adapun ia dinamakan al-Asybaah
(bayang-bayang yang kabur) kerana ia adalah zat Allah. Dinamakan al-Arwaah kerana ia berihat kepada makrifah
Allah.
Dinamakan al-Samaa’ (langit) kerana Allah telah menamakannya daripada [hasil]
amalan mereka dan mengangkatnya (tinggi) pula. Kemudian Allah telah menciptakan
tujuh hari dan pada setiap langit satu hari. Kemudian Allah telah memfardukan
ke atas setiap langit jenis tasbih dan tahlilnya. Dia telah menjadikan setiap
langit itu satu pintu (baban) dan
menjadikan hijab-hijab (al-Hujub) sebagai wasilah (jalan) kepada setiap penghuni langit. Kemudian Dia
bertasbih kepada diri-Nya, maka merekapun bertasbih kepadaNya.
Dia telah memuji diriNya (majjada
nafsa-hu), maka mereka pun memujiNya. Dia bertahlil kepada diri-Nya, maka
merekapun bertahlil kepadaNya. Dia terus mendidik mereka sedemikian untuk
menjadikanNya hujjah ke atas mereka.
Kemudian Dia telah menciptakan badan-badan untuk roh-roh daripada cahaya-Nya
dan menjadikan setiap cahaya di langit menurut kadarnya. Semuanya merupakan roh
yang bercahaya (ruh nuraniyyah) dan
badan daripada cahaya (badanan min nur).
Apabila Dia menaikkan [kedudukan] satu badan ke langit, maka Dia
memakaikannya (badan yang utama itu) hijab
(tabir) daripada cahaya (hijaban min nuur).
Justeru apabila Allah telah turun ke langit, maka Dia memakai hijab langit itu dan hijab-Nya adalah daripada cahaya.
Lantaran itu, Dia telah memakaikan badan-badan roh itu dengan cahaya.
Sesungguhnya Dia telah terserlah (zahara)
untuk makhluk-Nya dengan keadaan ini bagi mendidik mereka supaya memahami apa
yang difirmankanNya. Kerana sesuatu itu tidak dapat difahami tentangnya
melainkan oleh “orang” yang di dalam bentuknya dan jenisnya[20]. Kemudian Maulaaya al-Sadiq a.s telah membaca firman-Nya: “Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik
celupannya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nyalah kami menyembah”[21]
Dia terus mendidik mereka sebagaimana aku telah menerangkannya kepada anda.
Dia terus bercakap kepada mereka bagaimana Dia telah menciptakan mereka, bagaimana
Dia telah memulakan kejadian mereka dan asal-usul mereka. Manakala mereka telah
mengetahuinya, Dia mulai menceritakan kepada setiap penghuni langit bagaimana
Dia menciptakan badan-badan yang gelap (zulmaniyyah)
iaitu badan-badan yang berjisim (al-Jismaniyyah)
dan bagaimana Dia telah menciptakan iblis-iblis (al-Abaalisah). Wa s-Salam.
BAB 3
☼Makrifat
tentang pengitaran, penggulungan dan penyusunan dalam bentuk kemanusiaan (fi ma‘rifati al-Adwaar wa al-Akwaar wa
al-Taraakiib fi al-Nasutiyyah)☼.
Sayyidii Abu
Abdillah a.s telah berkata: Manakala mereka memahami semuanya, penghuni setiap
langit mulai menceritakan bagaimana Dia menciptakan badan-badan yang gelap dan
bagaimana Dia menciptakan iblis-iblis. Bagaimana Dia menggulungkan mereka (yukawwiru-hum), menyusunkan mereka (yurakkibu-hum) dan bagaimana Dia
menjadikan malam untuk berehat padanya. Kemudian Sayyidii a.s membaca firman-Nya: “Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk berehat dan
(menjadikan) matahari dan bulan untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah Yang
Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”[22]
Sehingga Dia memberitahu kepada mereka
bagaimana Dia menjadikan malam untuk berehat, bagaimana Dia menciptakan matahari
untuk mereka, siang, bulan dan malam. Bagaimana iman yang tersembunyi (al-Iman al-Khafiy) dan kekafiran yang
zahir (al-Kufr al-Zahir), bagaimana
Allah suka disembah secara rahsia dan secara terang, bagaimana mereka dikoyak
dan dibunuh tanpa ditinggalkan sesuatu oleh Allah a.w.
Tidak ada sesuatu di dunia ini melainkan Dia menceritakan kepada mereka
mengenainya dan memperkenalkan mereka kepadanya. Bagaimana mereka melakukan
kesalahan, mereka tergelincir dan menderhakai[Nya]. Sesiapa yang menderhakai[Nya]
akan ditentang dan sesiapa yang mentaati pada sesuatu [selain daripadaNya] akan
dimansuhkan? Dan bagaimana berlakunya tujuh pusingan?
Abu Abdillah a.s telah berkata: Maka Allah telah mendidik mereka dan memberitahu
kepada mereka tentang kesakitan (al-Aujaa‘)
dan sebab ia berlaku kepada mereka. Dia telah menerangkan kepada mereka
semuanya supaya Dia menjadi hujjah [23]ke
atas mereka. Kemudian Dia telah menciptakan dua belas pusingan masa.
Sesungguhnya Allah a.w telah menetapkan penciptaan mereka sehinnga Dia
menciptakan badan-badan untuk mereka daripada tanah (al-Tiin) melalui lima
pusingan masa (khams al-Adwaar). Dan
setiap pusingan atau kitaran (daur)
adalah 50 ribu tahun dan berterusan selama tujuh pusingan[24].
Di antara tujuh pusingan itu satu pusingan untuk badan-badan yang
berbentuk cahaya (al-Abdaan al-Nuraniyyah)
dan enam [pusingan] untuk musuh-musuh-Nya sehingga mereka kembali kepada
keadaan asal mereka. Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya: “Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan
pertama begitulah Kami akan mengulanginya”[25].
Seterusnya Abu Abdillah a.s berkata: Wahai Mufadhdhal, Apakah pendapat ahli
Kufah tentang pusingan yang berakhirnya dunia? Aku telah berkata: Mereka
berpendapat bahawa ia adalah 7 ribu tahun.
Maka Sayyidii a.s telah berkata:
Semoga Allah menghina mereka. Mereka tidak menceritakan tentang kerajaan Allah
Yang Maha Tinggi melainkan dengan kejahilan mereka. Sesungguhnya mereka telah
membatas kekuasaan-Nya, laknat Allah ke atas mereka. Dan apakah pendapat mereka
tentang hari Akhirat, wahai Mufadhdhal? Aku telah berkata: Mereka berpendapat,
wahai Maulaaya, ia adalah berterusan
tanpa akhirnya.
Maka beliau a.s telah berkata: Mereka jahil tentang urusan Allah,
sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu melainkan Dia mengetahui awalnya
dan akhirnya. Justeru bagaimana urusan akhirat, matlamat dan kesudahannya tersembunyi
daripada-Nya. Tiada tuhan melainkan Dia, Dia lebih mengetahui, lebih memahami
dan lebih besar keadaannya jika sesuatu di bumi, di langit, di syurga dan di
neraka tersembunyi daripada-Nya termasuk waktu permulaannya dan kesudahannya.
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Adapun
mereka yang celaka, maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka
mengeluarkan nafas dan menariknya dengan merintih, mereka kekal di dalamnya
selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain).
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun
mereka yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di
dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang
lain); sebagai kurnia yang tiada putus-putus”[26]
Bagaimana kata-kata mereka dapat menghilangkan kekuasaan Tuhan sedangkan
[kekusaaan-Nya] terletak kepada kehendak-Nya. Bagaimana Dia mahu bahawa “Dia tidak ditanya tentang apa yang
diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanya”[27]. Wa s-Salam.
BAB
4
☼Makrifat
tentang penderhakaan makhluk dan sebab-sebabnya serta bagaimana mereka telah
melupai apa yang mereka telah ingat (fi
ma‘rifati ‘isyaan al-Khalqi wa ‘ilali-hi wa kaifa nasuu maa zakaruu bi-hi)☼.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Maulana
Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah menyempurnakan semuanya dalam
masa 50 ribu tahun. Kemudian beliau a.s telah berkata: Dia telah menciptakan
makhluk-Nya daripada cahaya yang paling lemah dan Dia telah berfirman:
Sesungguhnya Kami telah memberi izin supaya kamu turun ke bumi “Kami akan menguji kamu siapakah di kalangan kamu
yang lebih baik amalnya”[28].
Kemudian Allah a.w berfirman: Sesiapa yang menderhakai di kalangan kamu, Aku
akan menciptakan daripada maksiatnya seorang musuh untuknya.
Lantas sebahagian mereka memerhati kepada sebahagian yang lain, maka
mereka telah berkata kepada yang paling lemah di kalangan mereka: Marilah kita
berkumpul kepada ketua kita dan kita mentaatinya di langit-langitnya. Dan kami
tidak perlu turun ke bumi. Manakala mereka telah berkata sedemikian sedangkan
mereka tidak mengetahui bahawa itulah satu maksiat atau penentangan kepada
Allah dan mereka telah berkumpul kepadaNya. Allah pada ketika itu menzahirkan
kepada mereka[29]
dan mereka “melihatNya” Lalu mereka telah berkata: Tuhan kami dan Pencipta kami,
Engkau telah memberitahu kepada kami bahawa Engkau akan menghantar kami ke
bumi, hantarlah kami ke langit dan di langit kami memuji Engkau, kami bersyukur
kepada Engkau dan kami menyembah Engkau[30].
Dia berfirman: Sesungguhnya kamu semua telah menderhakai Aku dengan
penentangan kamu akan firman-Ku. Tidakkah kamu telah berkata bahawa Tuhan kami,
Engkau lebih mengetahui, kami tidak ada makrifat, kami menyerah diri kepada urusan
Engkau dan kami mematuhi keredaan Engkau?.
Dia berfirman: Aku berterima kasih di atas kata-kata kamu, tetapi kamu
telah menolak firman-Ku dan perintah-Ku. Pada ketika itu Dia telah menciptakan hijab (tabir) daripada maksiat mereka.
Dia terlindung daripada mereka (ihtajaba)
dan Dia menciptakan setiap orang daripada mereka tujuh badan yang mereka diami
padanya. Kemudian mereka bertukar kepada selain daripadanya. Beliau a.s
berkata: Pada masa itu mereka telah mengetahui bahawa mereka telah bersalah dan
mereka telah mengabaikan janji Allah kepada mereka supaya tidak menyalahiNya.
Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya; “Tetapi mereka melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diberi
peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan
kebencian sampai hari Kiamat”[31]
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan
kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih
menguatkan (iman mereka), dan jika demikian, pasti Kami berikan kepada mereka
pahala yang besar dari sisi Kami”[32]
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan
sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan
orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqiin,
orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah
teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan cukuplah
Allah Maha Mengetahui”[33]
Iaitu apa yang kamu sembunyikan di dalam hati kamu tentang penentangan
kamu terhadap Allah. Kemudian Dia telah memberi peringatan kepada mukminin di
dalam firman-Nya: “Wahai orang-orang yang
beriman, bersiap-siaplah”[34] Iaitu
berhati-hatilah tentang kata-kata kamu terhadap Allah. Beliau a.s telah
berkata: Allah telah berselindung daripada
mereka (ihtajaba-llahu ‘an-hum), lalu
mereka menyesal di atas apa yang telah berlaku dan mereka terus mengelilingi hijab itu selama 7000 tahun kerana
menyesal dengan kata-kata mereka terhadap Allah. Justeru mereka terlepas
peluang melihatNya dan [merasai] kemanisan firman-Nya.
Mereka mulai bercakap-cakap tentang kelazatan mendengar firman-Nya tanpa
penghujungnya. Apabila mereka telah hilang kerehatan dan kelazatannya, mereka
telah menjadi takut dan terus tercengang tanpa petunjuk dalam tindakan mereka dan
mereka dikuasai oleh penyesalan yang berterusan. Wa s-Salam.
BAB 5
☼Makrifat
tentang pengutusan para rasul kepada makhluk-Nya (fi ma‘rifati ba‘thi al-Rusuli ilaa al-Khalqi)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala mereka tercengang dan menyesal
dalam urusan mereka, maka Allah memberi rahmat kepada mereka. Lalu Dia mengutus
para rasul kepada mereka dan Muhammad s.a.w telah datang kepada mereka sebagai
penghulu para nabi dan para rasul s.a.w pada masa yang lama dan baru (qadim al-Dahr wa hadithi-hu) di alam
bayang-bayang (al-Azillah), di alam
bentuk yang kabur (al-Asybaah), di
alam roh (arwaah). Dalam pengertian
ini Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Dengan kami urusan dibuka dan dengan
kami ia ditamatkan (bina futiha al-Amru
wa bina yukhtamu).
Justeru Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s ke atas makhluk-Nya
sepertilah Azillah (bayang-bayang)
dan nama di atas al-Asybaah dan al-Arwaah. Selepas itu Dia bercakap kepada
mereka melalui hijab. Rasulullah
s.a.w adalah hijab yang kabur pertama
(al-Hijab al-Syabahi)[35],
kemudian menjadi hijab roh (al-Hijab al-Ruuhi), kemudian [berada] di
badan. Sehingga Dia menciptakan untuk mereka badan-badan yang berdaging dan
berdarah. Aku telah berkata kepada Maulana
al-Sadiq a.s: Dari apakah Allah menciptakan maksiat mereka? Beliau a.s telah
berkata: Daripada Kata-kata yang diucapkan oleh Iblis yang dilaknat oleh Allah.
Wa s-Salam.
BAB 6
☼Makrifat
tentang Iblis dan daripada apakah Dia telah menciptakannya (fi ma‘rifati Iblis wa min ayyi syai’in
khalaqa-hu)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah
menciptakan roh tanpa badan dan Dia telah menciptakan Iblis daripada maksiat
mukminin; kesilapan dan kesalahan mereka. Apabila Dia telah menciptakannya,
maka ia melihat ke langit yang tinggi sedangkan Dia terlindung daripadanya. Roh-roh
cahaya (nuraniyyah) bermacam-macam di
dalam badan dan ia mengeluarkan cahaya, justeru yang dilaknati tidak mengetahui
permulaan makhluk atau daripada apakah mereka diciptakan dan dia tidak
menyaksikannya sebagaimana disaksikan oleh mereka sebelumnya.
Tidak diberitahu sesuatupun kepadanya, tidak dididik (lam yuaddab) sebagaimana mukminin
dididik. Kemudian al-Sadiq as membaca firman-Nya: “Aku tidak menghadirkan mereka (Iblis dan anak cucunya) untuk
menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka
sendiri; dan tidaklah Aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu sebagai
penolong”[36]
Sesungguhnya Dia maksudkan di dalam firman-Nya adalah makhluk ini. Iaitu
Iblis dan zuriatnya. Kemungkinan mereka telah menyaksikan penciptaan bumi.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, adakah anda mengetahui
kenapakah Iblis menderhakaiNya? Aku telah berkata: Tidak, wahai Maulaaya. Beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya Iblis dan zuriatnya adalah jahil, mereka diciptakan daripada
kejahilan dan maksiat, lantaran itu mereka tidak mentaati Allah selama-lamanya,
mereka tidak mengetahui jalan petunjuk, malah mereka mantaati jalan sebaliknya.
Kemudian mereka ditolak tanpa penghujungnya. Seterusnya Allah telah
menciptakan mukminin daripada roh kehidupan (ruh al-Hayaat). Sekiranya mereka mengadu, maka mereka kembali dan
sekiranya mereka jahil, maka mereka merenung sehingga mereka mengetahui,
sekiranya mereka menderhakai, maka mereka bertaubat. Dan maksiat mukmin yang
sengaja [dilakukan] tidak akan berterusan. Sesungguhnya jika dia melakukan
maksiat, maka dia diberikan peringatan supaya dia menyedari dirinya. Aku telah
berkata: Siapakah yang jahil tentang Tuhannya? Beliau a.s telah berkata: (Yang
jahil tentang Tuhannya adalah] daripada hijab-hijab
yang berlainan. Wa s-Salam.
BAB 7
☼Makrifat
tentang Iblis-Iblis dan bagaimana mereka bertukar menjadi syaitan-syaitan? (fi ma‘rifati al-Abaalisah wa kaifa saaruu
syayaatiin)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Iblis manakala diciptakan,
melihat kepada penciptaan mukmin, dia tidak mengetahui bahawa mereka adalah
mukminin, maka dia telah mendapati mereka mempunyai badan-badan yang tegap.
Lalu dia telah berkata kepada dirinya: Aku adalah lebih baik daripadanya dan
daripada mereka semua (ana khairun min-hu
wa min haaulaa’).
Manakala dia bertukar daripada penciptaan yang gelap (al-Khalqah al-Zulmaniyyah) kepada
penciptaan di dalam bentuk yang kabur, dia mengingkarinya. Dia berkata:
Bagaimana ini [berlaku] sedangkan aku adalah lebih baik daripada mereka yang
diciptakan di dalam bentuk badan-badan.
Sesungguhnya aku boleh mengalir di dalam badan-badan mereka sedangkan
mereka tidak boleh mengalir padaku. Semenjak itu dia dan zuriatnya memasuki
badan-badan yang tidak mempunyai roh. Maka Iblis yang dilaknati berkata: Kami
adalah lebih baik daripada mereka. Kami boleh menguasai mereka sedangkan mereka
tidak boleh menguasai kami. Kami boleh memasuki badan-badan mereka sedangkan
mereka tidak boleh memasuki badan-badan kami. Sebagaimana mereka dilengkapi
dengan cahaya dan kami dilengkapi dengan kegelapan.
Semenjak itu Iblis mempercayai bahawa dia dan zuriatnya adalah musuh
mukminin. Dan dia pada masa itu belum dinamakan Iblis. (wa lam yakun yauma’idhin
yusammaa Iblis)[37].
Maulana al-Sadiq a.s telah berkata: Tidak ada langit yang bermacam-macam
dan tidak ada kadar bayang-bayang, tidak ada bentuk yang kabur dan roh [pada
masa itu]. Manakakala Iblis dan zuriatnya mempercayai bahawa mukminin adalah
musuh mereka, maka Allah mengutus Muhammad s.a.w kepada para nabi dan mukminin
sebagai cahaya-cahaya. Dan Dia telah menempatkan mereka pada langit dunia.
Kemudian Dia telah memperkuatkan mereka dengan Muhammad s.a.w untuk menunjukkan
mereka dan mengajar mereka.
Allah telah berfirman: Wahai Muhammad, turunlah kepada mereka (inzil ilai-him), kemudian berilah
peringatan kepada mereka tentang Iblis dan zuriatnya kerana mereka telah
menyembunyikan permusuhan kepada mukminin. Beritahulah kepada mukminin supaya
tidak memberitahu kepada Iblis tentang penciptaan mereka dan perintahlah mereka
supaya menyembunyikannya (al-Kitmaan).
Dan dari sinilah kamu diperintahkan supaya melakukan al-Kitmaan sebagai ujian ketaatan dan
kemaksiatan. Kerana Taqiyyah adalah
agamaku, agama bapa-bapaku dan agama moyang-moyangku dan sesiapa yang tiada taqiyyah padanya, maka tiada agama
baginya (al-Taqiyyah diinii wa diinii
aabaa’i wa ajdaadi).
Allah telah berfirman kepada mukminin untuk mendidik mereka:
Sesungguhnya Aku akan menciptakan musuh untuk kamu dan sesungguhnya dia dan
zuriatnya akan menderhakaiKu dan Aku akan mengazab mereka di dunia dan di
Akhirat. Adapun di dunia adalah dalam bentuk perubahan rupa (al-Masukhiyyah)[38]
dan di Akhirat pula adalah neraka.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang
dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan
mereka kembali (ke pada jalan yang benar)”[39]
Allah telah berfirman kepada mukminin: Sesungguhnya Aku bukanlah zalim, Aku
tidak menzalimi seorangpun daripada makhluk-Ku dan Aku tidak akan mengazab
seseorang melainkan dengan dosanya.
“Sesungguhnya Aku akan mengambil perjanjian ke atas mereka bahawa Aku
telah menciptakan mereka, memberi rezeki kepada mereka dan menghidupkan mereka
dengan kekuasaan-Ku”. Sesungguhnya kuasa ini adalah kuasa-Nya yang diberikan
kepada mereka. Dengan ini terlaksanalah perjanjian sebagaimana firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari para nabi dan
dari kamu, dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam dan Kami telah
mengambil dari mereka perjanjian yang teguh. Agar Dia menanyakan kepada
orang-orang yang benar tentang kebenaran dan Dia menyediakan bagi orang-orang
kafir siksa yang pedih ”[40]
Al-Sadiq a.s telah berkata: Al-Kitmaan (menyembunyi sesuatu)
telah dimasukkan di dalam perjanjian
yang diambil ke atas para nabi dan para wasi. Maka beliau a.s telah berkata:
Sembunyilah perkara itu kerana Dia telah mengetahui apa yang ada pada hati
musuh. Maka aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
bagaimana Dia telah mengadakan upacara sumpah?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Para nabi
telah bersumpah dengan Allah, begitu juga para wasi dan mukminun telah
bersumpah dengan Allah Yang Maha Besar. Dan sumpah mereka di dalam perjanjian
itu berdasarkan makrifat, al-Azillah,
Al-Isybaah dan al-Abdaan [41]selepas
sumpah perjanjian yang besar sebagaimana firman-Nya: “Dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh”[42]
Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta. Wa
s-Salam.
BAB 8
☼Makrifat
tentang bagaimana apabila Kami mendatangkan seseorang saksi dari setiap umat
dan Kami mendatangkan kamu sebagai saksi ke atas mereka itu (Fi ma‘rifati idha ji’naa min kulli ummatin
bi-syahiid wa ji’naa bi-ka ‘alaa haulaa’ syahiidan)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Kemudian Allah telah mengumpulkan
roh-roh para nabi, para wasi dan mukminun semuanya, lalu Dia menulis roh-roh
mereka di dalam kitab yang disaksikan oleh Muhammad s.a.w. Pada hari itu, tiada
seorang saksi selain Muhammad s.a.w. Dia telah menulis[nya] pada loh daripada
cahaya dan menutupnya lalu disimpannya di ‘Arasy. Kemudian al-Sadiq a.s membaca
firman-Nya: “Maka bagaimanakah apabila
kami mendatangkan seseorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan
kamu sebagai saksi ke atas mereka itu”[43]
Adakah anda mengetahui bagaimanakah ia diturunkan? Aku telah berkata:
Tidak. Beliau a.s telah berkata: Ia
telah diturunkan kepada Adam dan maksudnya kepada anak-anaknya dan setiap
rasul. Dan Kami telah mendatangkan kamu, wahai Muhammad, ke atas mereka sebagai
saksi iaitu anak Adam. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu
kerana Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman
kepada Allah dan hari Akhirat”[44]
Bayang-bayang, bentuk-bentuk kabur dan roh-roh. Aku telah berkata: Wahai
Maulaaya, sesungguhnya ahli Kufah
membacanya menyalahi apa yang anda membacanya dan mereka menyangka bahawa penyaksian
ini adalah tentang wanita dan talak. Maka beliau a.s telah berkata: Celaka
mereka! Mereka jahil tentang ayat kerana mereka telah meletakkannya bukan pada
tempatnya.
Mereka mencintai lelaki dan wanita daripada Allah Yang Maha Tinggi lagi
Maha Besar. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
bagaimana pula dengan ayat tentang urusan wanita dan talak? Beliau a.s telah berkata: Firman-Nya “Yang demikian itu, lebih adil dan lebih
menguatkan syahadah” [45]“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang
yang menyembunyikan syahadah dari Allah?”[46]
“Dan janganlah kamu menyembunyikan
syahadah. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa
hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”[47]
Salam ke atas para rasul dan segala pujian adalah untuk Allah Tuhan sekalian
alam. Wa s-Salam.
BAB 9
☼Makrifat
tentang penyaksian pada batin dan melakukan penyaksian di sisi mukminin (fi ma‘rifati al-Syahadati fi al-Baatin wa
‘aqd al-Syahaadah ‘inda al-Mu’minin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya al-Sadiq a.s: Apakah pendapat
anda tentang seorang naasibi [48]
yang berkahwin dengan wanita mukminah? Beliau a.s telah berkata: Apabila
terserlah baginya penentangan suaminya terhadap Ahlu l-Bait a.s, maka hendaklah
dia menderhakainya dan berkata kepadanya: Cerailah aku, kemudian dia meminta
aku menjadi saksi, maka aku menjadi saksi kepadanya.
Aku telah berkata: Adakah boleh aku menjadi saksi kepadanya? Maka beliau
a.s telah berkata: Tidak ada jagaan (‘ismah)
bagi kafir terhadap mukmin. Aku telah berkata: Bagaiman aku memberi penyaksian [kepadanya]
sedangkan Allah berfirman: “Melainkan
orang yang mengetahui yang hak dan mereka yang mengetahuinya”[49]
Dan aku tidak mengetahui tentangnya.
Beliau a.s telah berkata: Ya, anda mengetahuinya, tidakkah anda
mengetahui bahawa Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) di atas kamu supaya mukmin memberi penyaksian kepada
sudaranya yang mukmin sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara”[50]
Jika ‘iffah dan amanah adalah
perkara yang wajib dilaksanakannya pada setiap penyaksiannya, maka penyaksian
mukmin kepada saudaranya yang mukmin tentang keimanan itu adalah lebih besar
daripada semuanya. Ia merupakan hak yang wajib daripada saudara mukmin terhadap
saudara mukminnya. Lantaran itu, Allah telah menceritakan kepada mukminin
ketika Dia mendidik mereka di alam al-Azillah
semua perkara yang akan dilakukan oleh musuh-musuh mereka di dunia terhadap
mereka.
Justeru Dia telah memerintahkan mereka supaya memberi penyaksian sesama
mereka, demi kejayaan mereka daripada musuh-musuh mereka dan kepentingan mereka
dalam kehidupan. Ia adalah hak yang wajib ke atas mereka untuk melakukannya.
Oleh itu, manakah hak yang lebih besar daripada hak ini yang memisahkan di
antara seorang lelaki naasibi dan mukminah. Lantaran itu, anda hendaklah
memahaminya. Wa s-Salam.
BAB 10
☼Makrifat
tentang keserupaan manusia dengan binatang dan keserupaan binatang dengan
manusia secara perubahan rupa dan bagaimana ia berlaku (fi ma‘rifati asybaahi
al-Naasi fi al-Bahaa’im wa al-Bahaa’im fi al-Naasi bi al-Masukhiyyati wa min
ayyi syai’n dhalika)☼
Aku telah berkata: Daripada apakah Iblis dan zuriatnya diciptakan?
Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah
menciptakan Iblis dan zuriatnya daripada api. Aku telah berkata: Daripada
apakah Adam dan zuriatnya diciptakan? Beliau a.s telah berkata: Mereka
diciptakan daripada cahaya (al-Nuur),
bayang-bayang (al-Azillah),
bentuk-bentuk yang kabur (al-Isybaah)
dan roh-roh (al-Arwaah). Dan
diciptakan badan-badan mereka daripada tanah (al-Tiin).
Apabila Allah mengambil perjanjian ke atas Adam dan anak-anaknya, maka
Allah telah berfirman kepada para nabi dan para wasi serta [malaikat] yang
terdekat dengan-Nya: Sesungguhnya Aku akan berselindung di balik tabir-tabir
manusia (inni sa-ahtajibu bi-hujubi
adamiyyah). Justeru apabila aku menyeru kamu untuk sujud kepada Adam, maka
jadilah beliau kiblat kamu kerana Aku telah menjadikan Adam kiblat-Ku (ja‘al-tu Adam qiblatii). Aku akan memerintahkan
Iblis dan zuriatnya supaya sujud kepadanya, tetapi dia dan zuriatnya angkuh dan
menderhakai[Ku], lalu balasan azab-Ku akan menimpa mereka.
Sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Aku tidak akan
menzalimi seorangpun dan Aku tidak akan mengazab-nya melainkan dengan hujjah. Beliau a.s telah berkata: Kemudian
Allah telah menyeru para malaikat, para nabi, para siddiiqiin, para wali, mereka yang terpilih dan mukminin supaya
sujud kepada Adam, maka mereka semua telah sujud kepadanya. Justeru Adam telah
menjadi kiblat mereka (fa-saara Adam
qiblata-hum).
Dia telah menyeru Iblis dan zuriatnya supaya sujud kepadanya, tetapi dia
enggan, maka Dia telah berfirman: “Apakah
yang menghalang kamu sujud kepada yang Ku telah ciptakan dengan kedua
tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk
orang-orang yang lebih tinggi”[51]
Iblis menjawab: “Aku lebih baik
daripadanya: Engkau telah menciptakan aku daripada api sedangkan dia Engkau
menciptakannya daripada tanah”[52]
Api memakan tanah dan ia adalah lebih kuat daripada tanah. Api
menyerupai cahaya dan al-Tiin (tanah)
menyerupai turab (jenis tanah). Abu
Abdillah a.s telah berkata: Dia telah menciptakan api daripada maksiat Iblis
dan Dia telah menciptakan al-Masukhiyyah daripada
maksiat zuriatnya. Maka Iblis telah melihat kepada masukhiyyah sambil berkata: Apakah ini? Dia berfirman: “Ini adalah
susunan anda (tarkibu-ka) dan susunan
zuriat anda dalam bentuk yang disembelih (al-Mazbuuh),
ditunggangi (al-Markuub), dimakan (al-Ma’kuul) dan diminum (al-Masyruub), malah daripada semua jenis-jenisnya”.
Kemudian Allah memakaikan iblis dan zuriatnya badan-badan sebagaimana
Dia memakaikan Adam dan zuriatnya [badan-badan]. Dan dari sanalah keserupaan
mereka dalam rupa berlaku ketika mereka memakai badan-badan (manusia)[53]. Beliau
a.s telah berkata: Kemungkinan seorang lelaki berjumpa dengan anda dalam bentuk
badan [manusia] sedangkan anda menyangka dia adalah manusia (inna-hu adamiyyun).
Pada hakikatnya dia adalah seekor kera atau seekor babi atau seekor
anjing atau seekor binatang yang berkaki empat, lantas manusia menjadi keliru.
Lantaran itu, seorang mukmin tidak dapat dikenali dari seorang kafir dalam
bentuk badan.
Iaitu ketika mereka dalam bentuk badan-badan. Apabila berlaku
sedemikian, maka Bani Adam (manusia) tidak mengetahui bahawa mereka itu adalah
daripada zuriat Iblis. Malah mereka menyangka bahawa mereka adalah seperti
mereka juga. Lalu mereka mulai menceritakan kepada mereka (Iblis dan zuriatnya)
bagaimana Dia telah menciptakan Adam dan zuriatnya dan bagaimana Dia telah
menciptakan perkara-perkara yang lain seperti langit, bumi, syurga dan neraka.
Manakala para malaikat telah sujud kepada Adam, maka Iblis telah
mengetahui pada ketika itu bahawa dia dan zuriatnya diletakkan dalam masukhiyyah. Lantas dia melahirkan perasaan hasad kepada Adam dan zuriatnya
yang dikurniakan syurga dengan kelebihan mereka. Kemudian dia dan zuriatnya
memusuhi mukminin.
Maka Iblis telah melahirkan sujud kepada semua perkara; batu-batu,
berhala-berhala, matahari dan bulan, dia mahu jika Allah berselindung pada
perkara-perkara tersebut. Justeru dia sujud kepada semua perkara selain
daripada Allah. Wa s-Salam.
BAB 11
☼Makrifat
tentang sebab-sebab campuran di antara mukmin dan kafir serta berapa kali
mereka berulang (fi ma‘rifati ‘ilali
al-Mizaaj baina al-Mu’min wa al-Kaafir wa kam yukirruun)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah tidak memberi taufik kepada Iblis
dan zuriatnya untuk sujud kepadaNya dalam keadaan Dia berselindung di hijab Adam (huwa muhtajibun bi-Adam) kerana Iblis dan zuriatnya diciptakan
daripada kegelapan (al-Zulmah) dan
kesalahan (al-Khati’ah). Maka Dia
telah menciptakan “hawa nafsu” daripada hawa nafsu mereka, kegelapan mereka dan
penderhakaan mereka.
Dia telah menciptakan bumi kerana kekufuran dan permusuhan mereka.
Kemudian mereka telah bercampur-aduk (al-Mizaaj)
ketika mereka berbentuk badan (tarakkabuu
bi-al-Abdaan). Mereka telah bercampur melalui perkahwinan dan penyerupaan
badan, lalu mereka melahirkan anak. Justeru kafir melahirkan mukmin dan mukmin
pula melahirkan kafir. Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya: “Dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup
dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup?”[54]
Dan setiap orang yang keluar daripada salbi yang diciptakan daripadanya,
berulang sebanyak tujuh pusingan (karraat)
pada tujuh badan.
Mukmin disalin satu salinan (yunsakhu
naskhan) sementara kafir diubah bentuknya (yumsakhu maskhan) di dalam beberapa jenis rupa. Kemudian beliau a.s
membaca firman-Nya: “Dan di antara kamu
ada yang diwafatkan dan di antara kamu ada yang dipanjangkan umurnya”[55] Dan
firman-Nya “Sesungguhnya Kami telah
menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan
dia ke tempat yang serendah-rendahnya”[56]
Iaitu di dalam pusingan yang tidak ada kesudahannya melainkan mereka
yang beriman dan beramal soleh kerana mereka tidak akan ditukarkan bentuk
mereka. Sesungguhnya mereka yang akan ditukarkan bentuk mereka adalah Iblis dan
zuriatnya yang diciptan daripada kegelapan dan kesalahan. Wa s-Salam.
BAB 12
☼Makrifat
tentang mukmin yang diuji, bagaimana dia dikembalikan kepada perubahan rupa dan
disusun padanya (fi ma‘rifati al-Mu’min
wa kaifa yuraddu fi al-Masukhiyyah wa yurkabu fi-ha)☼
Aku telah berkata: Apakah darjat yang pertama di antara darjat-darjat
mukmin yang diuji (al-Mumtahan), dibersih
dan disusun (yurkabu fi-ha) padanya?
Beliau a.s telah berkata: Darjat yang pertama adalah sebagaimana
difirmankan oleh Allah: “Mereka itulah
orang-orang yang diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa”[57]
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, berapakah
bilangan ketua? Beliau a.s telah
berkata: Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Maka mereka pernah menjelajah di beberapa negeri. Adakah mereka
mendapat tempat lari?”[58]
dari mengenali Allah dan tidak dapat lari dari mengenali Allah melainkan anda
melihat bagaimana Dia telah memperkuatkannya di dalam firman-Nya: “Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang
menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya”[59] Aku
telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah
makna “Sedang dia menyaksikannya”?
Beliau a.s telah berkata: Iaitu penyaksian Allah pada alam Azillah ketika Dia mengambil perjanjian
daripada mereka. Aku telah berkata: Berapakah bilangan ketua (al-Nuqabaa’)? Beliau a.s telah berkata:
Dua belas ketua. Aku telah berkata: Adakah mereka akan meningkat kepada darjat
yang lain pula?[60]
Beliau a.s telah berkata: Tiada darjat lagi selepasnya. Kemudian beliau membaca
firman-Nya: “Sesungguhnya ia adalah
seorang yang dipilih dan seorang rasul dan nabi”[61]
Dia telah memulakan dengan ikhlas sebelum kerasulan, dia menyuruh
keluarganya dengan sembahyang dan zakat. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, tidakkah keluarganya daripada orang
yang melakukan sembahyang? Beliau a.s telah berkata: Wahai dukacitanya anda,
adakah anda mengerti apakah makna firman-Nya: “Dia menyuruh keluarganya untuk bersembahyang”[62]?
Aku telah berkata: Iaitu keluarganya yang mukminin di kalangan Syiahnya.
Mereka menyembunyikan iman mereka, iaitu darjat yang tinggi, [mengandungi]
makrifat, ikrar dengan tauhid bahawa ia adalah yang tinggi dan paling tinggi.
Adapun makna: “Dia menyuruh keluarganya
untuk bersembahyang (solat) dan menunaikan zakat”[63]
Maka “sembahyang” (solat) adalah Amir al-Mukminin dan zakat itu adalah makrifatnya.
Adapun Iqamati al-Sallah (menunaikan
solat) maka ia adalah makrifat kami dan iqamah
kami. Iaitu sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya
Dia menentukan rahmat-Nya kepada siapa yang Dia kehendakii”.[64]
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Dia
Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya”[65]
Iaitu Amir al-Mukminin Ali a.s. Firman-Nya: “Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka” [66]
Iaitu Muhammad s.a.w dan Allah lebih mengetahui keadaannya. Wa
s-Salam.
BAB 13
☼Makrifat
tentang kebersihan jiwa, pilihan dan amalan-amalan zahir yang dilucutkan[67]
daripada mukmin apabila dia meningkat kepada kedudukan ini (fi ma‘rifati al-Safaa’ wa al-Istifaa’ wa ma
yusqatu ‘an al-Mu’min min al-A‘maal al-Zaahirah idha irtaqaa ilaa ha-dhihi
al-Manzilati)☼
Aku telah berkata kepada Sayyidii:
Anda telah menjelaskan kepadaku pengertian kebersihan jiwa (al-Safaa’) dan aku telah mengetahuinya,
tetapi apakah pula pengertian pilihan (al-Istifaa’)?
Beliau a.s telah berkata: Pilihan (al-Istifaa’)
adalah melebihi darjat para nabi sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya Allah telah memilih (istafaa) Adam, Nuh, keluarga Ibrahim
dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (dimasa mereka masing-masing), iaitu
satu zuriat yang sebahagiannya dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui”[68]
Maka kamilah zuriat. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apabila seorang daripada mereka mencapai darjat ini
adakah ia meningkat kepada darjat yang lain?
Beliau a.s telah berkata: Ya, ia akan meningkat kepada darjat hijab yang kami telah menyebutnya.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan
tidak mungkin bagi seorang manusiapun bahawa Allah berkata-kata dengan dia
kecuali dengan perantaraan wahyu atau di belakang tabir”[69]
Dan beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan
Kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat”[70]
Aku telah berkata: Adakah wajib di atas kami mengetahui darjat-darjat ini?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, sesiapa yang mengetahui kebatinan ini, maka
amalan zahir [nya] dilucutkan daripadanya.
Selama dia tidak mengetahui darjat-darjat ini dan tidak mencapainya
melalui makrifatnya, [maka amalan zahirnya wajib dilakukan olehnya]. Apabila
dia mencapainya dan mengetahuinya sedikit demi sedikit, darjat demi darjat,
maka dia pada masa itu adalah bebas dan sifat kehambaan (al-‘Ubudiyyah) dilucutkan daripanya[71].
Dan dia terkeluar dari batas pemilikan (al-Mamlukiyyah)
kepada batas kebebasan dengan kemahuannya dan makrifatnya. Aku telah berkata:
Wahai Maulaaya, adakah itu terdapat
di dalam Kitab Allah? Beliau a.s telah berkata: Ya, tidakkah anda mendengar
firman-Nya: “Dan bahawasanya kepada
Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu”[72]
Maka apabila seorang itu mengetahui Tuhannya, maka berakhirlah apa yang
dituntutnya dan tidak ada sesuatu yang lebih menyampaikan kepada Allah daripada
[mengetahui] keesaan-Nya dan makrifat-Nya. Sesungguhnya diletakkan ikatan dan
belenggu kepada mereka yang mengabaikanNya. Adapun mereka yang telah mencapai
dan mengetahui darjat-darjat yang aku telah memberitahu kepada anda, maka dia adalah
merdeka daripada kehambaan, lalu diangkat daripadanya belenggu dan ikatan serta
amalan zahir.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan
yang soleh kerana memakan makanan yang mereka telah makan dahulu, apabila
mereka bertakwa dan beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kemudian
mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka bertakwa dan berbuat
kebajikan. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan”[73]
Dan Maulaaya telah membaca
firman-Nya: “Dan tidak ada dosa atasmu
memasuki rumah yang tidak disediakan untuk didiami, yang di dalamnya ada
keperluanmu”[74]
Aku telah berkata: Apakah yang anda maksudkan, wahai Maulaaya? Beliau a.s telah berkata: Peningkatan pada makrifat
dan ketinggian pada darjat-darjat. Wa
s-Salam.
BAB 14
☼Makrifat
tentang apa yang wajib bagi mukmin yang telah mencapai dan tamat hakikat
makrifatnya ke atas saudaranya yang mukmin yang belum mencapai dan belum tamat
hakikat makrifat (fi ma‘rifati ma yajibu
li l-mu’min al-Ladhi qad balagha wa intahaa ‘ala akhii-hi al-Mu’min al-Ladhi
lam yablugh wa lam yantahi ilaa haqiqati al-Ma‘rifati)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman Allah: “Maka apabila kamu memasuki rumah-rumah,
hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya, salam yang ditetapkan dari
sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. Demikianlah Allah menjelaskan
ayat-ayat(Nya) bagimu, agar kamu memahaminya”[75]
Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, apakah pendapat ahli Kufah
tentang ayat ini? Aku telah berkata: Mereka berpendapat bahawa ia adalah salam
yang diucapkan oleh lelaki apabila dia memasuki rumahnya. Beliau a.s telah
berkata: Alangkah jahilnya mereka dan alangkah jahilnya hati mereka. Aku telah
berkata: Apakah maknanya?
Beliau a.s telah berkata: Ini adalah tentang Syiah kita dan pada setiap
mukmin yang telah mencapai darjat sahabatnya, maka sahabatnya yang belum
mencapai darjat tertentu supaya menyerahkan urusannya kepadanya dan wajib ke
atasnya mentaati dirinya sehingga dia meningkatkan tahap amalannya yang
bersifat malakuti[76],
justeru dia akan menjadi sepertinya di dalam darjat keimanan dan makrifat. Pada masa itu dia tidak wajib mentaati
sesiapapun, malah wajib baginya mentaati semua saudara-saudaranya[77]
selain daripadanya sehingga dia mencapai darjat tertentu (al-bab).
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
apakah itu darjat al-bab? Al-Sadiq
a.s telah berkata: Darjat al-Bab
adalah apabila imam mahu mengetahui [sesuatu] menurut kehendakinya, tidak ada
sesuatu yang menghalangnya daripadanya.
Tidak ada gunung yang tinggi, tidak ada lautan yang dalam, tidak ada dinding
yang meliputinya melainkan dua matanya dapat melihat kepada apa yang
dikehendakinya pada bila-bila masa. Aku telah berkata: Apakah darjat keimanan?
Beliau a.s telah berkata: Darjat yang paling rendah adalah apabila Allah
tidak menghalang sesuatu daripadanya, sama ada bumi, langit, bukit, daratan dan
lautan tidak menghalang penglihatannya dan dia tidak jahil tentang urusan Allah
a.w. Kerana kejahilan adalah kekurangan dan tidak ada kekurangan pada seorang
imam. Kejahilan itu adalah kesesatan dan tidak ada kesesatan pada seorang imam.
Sesungguhnya di sisinya hidayah. Justeru ketahuilah asas-asas ini dan
darjat-darjat ini, kerana ia akan meningkatkan [darjat] mukmin, wa s-Salam.
BAB 15
☼Makrifat
tentang pembalikan darjat kafir sedikit demi sedikit iaitu pembalikannya dalam
kekafiran sebagaimana berakhirnya mukmin dalam keimanan, maka dia akan menjadi
Iblis (fi ma‘rifati nuksi al-Kafir
darajatan ba‘da darajatin ya‘ni yankusu fi al-Kufri kama
intaha al-Mu’min fi al-Imaan fa-yasiiru Iblis min al-Abaalisah)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Sayyidii: Bagaimana kafir meningkat dalam kekafiran sehingga dia
menjadi zalim berhati syaitan? Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal,
setiap kafir mempunyai tujuh badan berbentuk
manusia (abdaan adamiyyah) disusun
dalam bentuk tersebut (yurkabu fi-ha)
dan diazab. Darjat kafir yang pertama diuji dengan kekafiran[nya], lantas
hatinya mendorong untuk melakukan amalan-amalan jahat sebagaimana hati mukmin
mendorong untuk melakukan amalan-amalan baik.
Apabila kafir mencapai darjat ini, maka dia menjadi ketua dalan kezaliman.
Dia menjadi seorang yang ikhlas dalam dosa, pembohongan, kejahatan dan menjauhi
kebaikan. Kemudian dia menjadi sebagai tempat berlindung kepada mereka yang zalim.
Kemudian dia menjadi pintu [kejahatan). Apabila dia meningkat dalam
kekafirannya, maka dia meletakkan setiap dosa dengan pendapatnya [78]dan
menyeru manusia kepadanya. Jalan kafir ini di dalam kejahatan sepertilah jalan
mukmin di dalam kebaikan. Apabila mukmin meningkat satu tahap kepada kebaikan,
maka kafir juga meningkat satu tahap kepada kemaksiatan sehingga dia berakhir di
dalam kekafiran.
Ketika itu dia memusuhi Allah a.w, memusuhi para wali-Nya dan menjadi
salah satu pintu kekafiran. Apabila dia mencapai tahap ini, maka dia berakhir
dengan menjadi iblis yang dilaknati. Maka pada masa itu dia akan disusun dengan
rupa yang lain (masukhiyyah) kerana
dosa-dosa yang dilakukannya, [dia hidup] dalam keadaan dukacita dan kepenatan.
Sesungguhnya perlakuan sedemikian adalah untuk pembersihan dirinya sehingga
mukmin mengetahui imannya dengan sempurna dan kafir mengetahui kekafirannya
dengan sempurna. Segala puji bagi Allah, Tuhan alam semesta. Wa s-Salam.
BAB 16
☼Makrifat
tentang percampuran mukmin dengan kafir dan bagaimana mereka bercampur? (fi ma‘rifati imtizaaj al-Mu’min bi- al-Kafir
wa kaifa ikhtalataa?)☼
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
adakah anda akan menunjukkan kepadaku tentang percampuran mukmin dengan kafir
dan bagaimanakah mereka bercampur? Al-Sadiq a.s telah berkata: Alangkah
dukacitanya anda, sesungguhnya Allah telah menciptakan bumi daripada keredaan
mukminin dan daripada amalan mereka yang kafir. Justeru Dia telah menjadikan
bumi baik dan buruk.
Apa yang baik adalah daripada bauan mukmin, makrifatnya tentang
Tuhannya, ikrarnya dengan keesaan Maulanya,
para wali-Nya dan memusuhi musuh-musuh-Nya. Apa yang buruk adalah daripada
bauan amalan kafir, kejahilannya tentang Tuhannya, keingkarannya terhadap
keesaan-Nya. Permusuhannya terhadap para wali-Nya, kepatuhannya kepada
musuh-musuh Allah. a.w dan keikhlasannya di dalam kekafiran. Percampuran
sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain kerana keserupaan ketika mereka
memakai badan-badan di dalam masukhiyyah
sedangkan manusia tidak mengetahuinya.
Kemungkinan seekor anjing telah makan bersama anda sedangkan anda
menyangkanya seorang manusia. Manakala mereka telah bercampur, makan dan minum
bersama, maka berlakulah percampuran dan perkahwinan. Manakala makan dan minum
telah berlaku di kalangan mereka, maka berlakulah kelahiran (al-Wiladah) berdasarkan percampuran
mereka pada zahir. Adapun pada batinnya, maka baginya keaadaan yang aneh.
Begitulah juga pada alam Azillah
[berlaku] percampuran lautan yang masin dan lautan yang manis. Wa s-Salam.
BAB 17
☼Makrifat
tentang Iblis dan kenapa ia dinamakan iblis, syaitan, mukmin dan kafir, kenapa
mereka dinamakan dengan nama-nama ini? (fi
ma‘rifati Iblis wa li-madha summiya Iblis wa al-Syaitan wa al-Mu’min wa al-Kaafir,
li-maadhaa tasammuu bi-hadha al-Asmaa’)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Sayyidii,
kenapakah Iblis dinamakan Iblis? Beliau a.s telah berkata: Kerana dia telah
berputus asa daripada rahmat Allah (ablasa
wa yaisa). Berdukacita daripada rahmat-Nya, terlupa tentang makrifat Allah,
jahil tentang keesaan-Nya. Makna Iblis itu sendiri adalah kejahilan dan baginya
nama sebelum itu. Aku telah berkata: Apakah namanya? Beliau a.s telah berkata:
Namanya adalah “Dhamman” kerana dia
telah mencela Allah ketika dia tidak bersetuju untuk sujud[79].
Allah telah menghinanya dan menamakannya “Dhamman”, maka dia adalah Adiiman
(tercela). Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
kenapakah Adam dinamakan Adam? Al-Sadiq a.s telah berkata: Kerana dia sentiasa di
dalam makrifat Allah a.w sama ada di alam Azillah,
Asybaah, Arwaah dan Abdaan tanpa sebarang perubahan. Maka
Allah menamakannya Adam iaitu yang berterusan (mudaawim), yang terpuji (mahmuud)
dan yang bersetuju (muwaafiq). Aku
telah berkata: Wahai Maulaaya, kenapakah
mukmin dinamakan mukmin?
Beliau a.s telah berkata: Kerana Allah telah menyelamatkannya dari
perubahan rupa (maskh), maka dia
beriman kepada Tuhannya. Dan berpegang kepadaNya. Mengetahui tentang ketuhanan-Nya,
keesaan-Nya tanpa keangkuhan. Mentaati perintah-perintah-Nya dan menjauhi
maksiat-maksiat-Nya. Sesungguhnya Allah telah bersetuju dengannya di alam Azillah ketika Dia mengambil perjanjian
ke atasnya.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
kenapakah kafir itu dinamakan kafir? Beliau a.s telah berkata: Kerana dia
menentang (kafara) selepas makrifat di
dalam Kitab dan tetap di atas kekafirannya iaitu penentangan dan keingkaran
terhadap ayat-ayat-Nya dan para rasul-Nya. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, bagaimanakah mereka berdua
telah bercampur-aduk?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Percampuran di antara anak Adam (manusia)
dan anak Iblis [berlaku] melalui nikah sebagaimana aku telah memberitahu anda.
Apa yang anda telah melihat daripada mukmin melahirkan kafir, maka begitu juga
kafir daripada zuriat Iblis. Sesungguhnya nikah telah berlaku kerana kesamaran.
Begitu juga anda telah melihat kafir melahirkan mukmin. Lanataran itu, mukmin
adalah daripada anak Adam.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
bagaimana diketahui mukmin daripada kafir? Al-Sadiq a.s telah berkata:
Diketahui mukmin dengan imannya dan makrifatnya dengan kebenaran daripada
kebatilan. Justeru sesiapa yang cenderung kepada kebenaran, maka dia adalah
daripada keturunan Adam kerana menerima kebenaran. Sesiapa yang cenderung
kepada kebatilan dan mencintainya, maka dia adalah daripada zuriat Iblis kerana
mengingkari kebenaran dan meninggalkannya.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Ada
beberapa alamat yang lain pada anak Adam dan zuriat Iblis. Aku telah berkata:
Apakah itu? Beliau a.s telah berkata: Iaitu bermusuhan dengan kebenaran dan
ahlinya. Adapun mereka yang memusuhi kebatilan dan ahlinya, maka dia adalah
daripada zuriat Adam. Aku telah berkata: Cukuplah untukku, wahai Maulaaya, tidak ada penerangan yang
lebih jelas daripada ini, maka ia adalah cukup, wa s-Salam.
BAB 18
☼Makrifat
tentang sebab-sebab azab di dalam masukhiyyah
(fi ma‘rifati ‘ilal al-‘Azaab fi
al-Masukhiyyah)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Sayyidii
telah berkata kepadaku: Adakah anda mengetahui bagaimanakah azab ketika masukhiyyah? Aku telah berkata: Tidak,
wahai Maulaaya, maka beliau a.s telah
berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan Iblis pada setiap bumi dan Dia
telah menciptakan api daripada kekafirannya dan kekafiran zuriatnya selepas [penciptaan]
cahaya. Kemudian Dia telah mengumpulkan pada api ini berbagai-bagai azab dan
bermacam-macam bala bagi mengazab mereka ketika musukhiyyah.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa
keterangan-keterangan, tetapi kamu sentiasa dalam keraguan tentang apa yang
dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata: Allah tidak akan
mengirim seorang (rasulpun) sesudahnya.
Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampau batas dan ragu-ragu”[80]
Iaitu dalam kefasikan, penderhakaan dan kezalimannya berulang kembali (karratan) dalam masukhiyyah.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
adakah firman ini ditujukan kepada kafir pada zaman Muhammad secara berulang
sehingga Dia telah memberitahu kepada mereka ketika mereka berada di zaman Yusuf
sebelum keterangan-keterangan yang terdahulu, sebelum mereka datang kembali
pada pusingan ini? Beliau a.s telah berkata: Firman Allah ini dimaksudkan sebagai
peringatan yang pertama untuk memberitahu kepada mereka bahawa Dia telah
memberi peringatan kepada mereka di dalam susunan yang pertama (al-Taraakiib al-Uulaa) sebelum kitaran
ini.
Dan kamu [kini] adalah dalam kitaran badan sebagaimana firman-Nya: “Telah dekat terjadinya hari Kiamat. Tidak
ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah”[81] Tafsirnya bahawa badan-badan yang diubah
rupanya (masukhiyyah) tidak diketahui
selain daripada Allah yang telah menciptakan mereka. Kemudian Allah berfirman:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap
pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis? Sedang kamu
melengahkan(nya)? Iaitu mereka lalai tentang berulangnya masukhiyyah. “Maka
bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia)” [82]
Kemudian al-Sadiq a.s berkata: Tidak ada jalan bagi mukmin pada setiap
zaman sehingga dia mengetahui Allah, pintu-pintu-Nya (abwaabu-hu)[83]
dan hijab-hijab-Nya. Sesungguhnya dia
telah sempurna pada makrifatnya dan berada di dalam darjat mereka yang
terselamat dan bersyukur. Sesungguhnya dia telah berehat daripada belenggu dan
ikatan. Demikianlah Iblis dan zuriatnya jahil tentang Allah dan makrifat-Nya pada
setiap zaman.
Dia jahil tentang pintu-pintu-Nya dan hijab-hijab-Nya. Justeru kekafiran mereka juga telah sempurna dan
mereka berhak disusun di dalam masukhiyyah.
Lalu mereka diazab pada setiap pusingan masa sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat
dan lebih kekal”[84]
Dan firman-Nya: “Dan sesungguhnya Kami
merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang
lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)”[85] Wa s-Salam.
BAB 19
☼Makrifat
tentang kesempurnaan mukmin dan berakhirnya dengan keimanan sehingga dia tidak
perlu lagi kepada makan dan minum. Dia naik ke langit dan turun ke bumi(fi ma‘rifati kamaali al-Mu’min wa
intiha’i-hi bi al-Imaan hattaa yaktafi bi-mu’nati-hi min al-Akl wa al-Syurbi
wa-yas‘ud ila al-Samaa’ wa yanzilu ala al-Ardh)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya: Apakah batas berakhirnya
mukmin? Beliau a.s telah berkata: Apabila mukmin meningkat ke darjat
pintu-pintu [makrifat]. Aku telah berkata: Adakah mukmin meningkat dari satu
darjat kepada darjat yang lain sehingga dia menjadi malaikat, lalu diangkat
daripadanya makan dan minum serta kepentingan kepada perkara-perkara tersebut,
dia naik ke langit dan turun ke bumi? Beliau a.s telah berkata: Ya, apabila
Allah kehendaki. Aku telah berkata: Dalam bentuk malaikat atau dalam bentuk
anak Adam?
Beliau a.s telah berkata: Dalam bentuk yang dikehendakinya. Sesungguhnya
ramai di bumi ini kamu bercakap dengan mereka dan mereka pula bercakap dengan
kamu sedangkan kamu tidak mengenali mereka. Sesungguhnya Allah telah mengangkat
ikatan dan belenggu dari mereka. Justeru mereka tidak perlu lagi kepada makan
dan minum dan mereka berjalan di bumi dalam bentuk anak Adam (manusia) begitu
sahaja. Sesungguhnya mereka menghadiri majlis-majlis zikir, bercakap-cakap
dengan manusia dan mereka (manusia) tidak pula menentang mereka.
Apabila mereka mahu naik ke langit, mereka naik saja ke langit atau
mereka mahu tinggal di bumi menurut kehendak mereka. Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan
mereka dilihat pada hari ini di timur dan dia dilihat juga di barat.
Sesungguhnya Allah telah memberi kekuasaan kepadanya dalam perkara ini. Lantaran
itu, mukminin meningkat dari satu darjat kepada darjat yang lain, satu
kelebihan kepada kelebihan yang lain sehingga mereka menjadi malaikat di langit
dan turun ke bumi, lalu kembali pula ke langit.
Wahai Mufadhdhal, tidakkah anda telah melihat seorang daripada mereka?
Aku telah berkata: Tidak, maka Muhammad bin al-Walid telah berkata: Demi Allah,
aku telah melihat seorang lelaki dalam bentuk ini. Al-Sadiq a.s telah berkata:
Bagaimana anda telah melihatnya, wahai Muhamamd? Dia telah berkata: Aku telah
duduk di masjid bertasbih kepada Allah, tiba-tiba seorang lelaki telah masuk
dan memberi salam, lantas aku telah menjawab salamnya.
Aku telah melihat kepadanya, tiba-tiba terserlah kesan musafir padanya
dan bersama-samanya seekor unta betina dan ia menambatnya. Dia telah memakai
pakaian yang buruk, maka kesan mukanya dan ketenangannya telah mengagumkan aku.
Aku telah berkata kepada diriku sendiri: Ini adalah seorang lelaki yang
beribadat sepenuhnya kepada Allah, lalu dia berkata: Adakah di kalangan kamu
yang menjadikan aku tetamunya pada malam ini? Maka aku telah kasihan kepadanya,
lalu aku telah berkata: Wahai hamba Allah, aku menerima anda sebagai tetamuku,
justeru duduklah.
Manakala aku selesai bersembahyang, aku telah memberi isyarat kepadanya
dan aku telah berdiri, lalu dia telah berdiri bersamaku. Kami telah berjalan sehingga kami sampai
di rumah. Maka aku telah menyerunya dan aku telah mengemukakan hidangan yang
mengandungi roti dan daging. Maka akupun makan dan dia makan bersamaku manakala
kami makan dan kami minum, ketika aku mahu mengangkat hidangan, tiba-tiba
makanan di dalam keadaan biasa ketika ia diletakkan di hadapan kami dan dua
keping roti masih tidak dijamah, maka aku telah merasa takut dengan mendalam
dan aku telah melihat kepadanya dengan harapan.
Manakala kami di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba seorang khadam datang
untuk mengangkat hidangan. Manakala dia melihat kepada makanan, maka dia
mendapatinya tidak dijamah, lalu berkata: Kenapakah kamu tidak makan, maka aku
masih hairan, aku tidak mahu menjawab. Lantas dia terus melihat kepadaku dan
berkata: Kenapakah kamu berdua tidak bercakap? Aku menunduk penglihatanku ke
bumi.
Manakala dia bercakap, aku melihat kepadanya, maka aku mendapatinya
bukan lelaki yang telah keluar bersamaku dari masjid kerana dia mempunyai misai
yang panjang, justeru aku telah menjadi lebih takut dari sebelumnya. Aku telah
berkata kepada diriku: Aku telah diuji, demi Allah, dia merasai perasaanku itu,
lalu dia berkata: Aduhai dukacitanya anda, mintalah perlindungan daripada Yang
Maha Pemurah dan katalah sebagaimana dikatakan oleh Maryam: “Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada
Tuhan Yang Maha Pemurah, sekalipun kamu (bernama) Taqiyyan”[86].
Kemudian dia telah berkata: Janganlah anda kagum dengan aku kerana mukmin
apabila dia sampai kepada beberapa darjat dan berakhir kepadanya [di dalam
keadaan] bersih dan ikhlas, maka makan, minum dan penyakit-penyakit biasa
diangkat daripadanya. Dan dia menjadi malaikat. Manakala dia suka naik ke
langit, dia naik ke langit dan apabila dia suka turun ke bumi, maka dia turun
ke bumi.
Manakala dia telah berkata kepadaku perkara ini, wahai Maulaaya, ketakutan telah hilang daripadaku,
maka kegembiraan pula mendatangiku. Aku bergembira dengan kata-katanya itu.
Kemudian aku telah memberi isyarat kepadanya untuk sujud kepadanya, maka dia
telah berkata: Janganlah anda sujud kepadaku, aku adalah saudara anda. Maka aku
telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tidakkah
anda lelaki yang telah memasuki masjid dan anda telah keluar bersamaku ke
rumahku?
Maka dia telah berkata kepadaku: Ya, akupun hairan tentang perubahan
rupanya daripada satu rupa kepada rupa yang lain, maka dia telah berkata:
Janganlah hairan, sesungguhnya aku adalah mukmin seperti anda, tetapi aku
sesungguhnya telah sampai ke kemuncaknya.
Maka aku telah berkata kepadanya: Segala puji bagi Allah yang telah memperkenankan
kepadaku untuk melihat anda pada malam ini, tetapi aku telah mendengar anda
membaca, wahai saudaraku, ayat ini: “Sesungguhnya
aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sekalipun kamu
(bernama) Taqiyyan”[87]
Dia telah berkata kepadaku: Wahai saudaraku, demikianlah ia diturunkan Allah.
Tidakkah anda mengetahui bahawa Maryam telah didatangi oleh Jibrail, lalu dia
menghembuskan padanya roh Allah.
Dia telah mendatanginya dengan rupa seorang lelaki yang bernama “Taqiyyan” pada masa itu, Dia adalah ahli
ibadat pada zamannya? Manakala Maryam melihat kepadanya, dia berkata: “Sesungguhnya aku berlindung daripadamu
kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sekalipun kamu (bernama) Taqiyyan”[88]
Kemudian dia telah berkata kepadaku: Maha Suci Allah, alangkah peliknya makhluk
yang terbalik ini (al-Khalq al-Mankuus).
Tidakkah anda mengetahui, wahai saudaraku, bahawa Maryam telah takut, lalu dia minta
berjiran dengannya (Taqiyyan). Inilah alamat kekafiran mereka.
Aku telah berkata kepadanya: Adakah anda mempunyai kedudukan untuk
ucapan selamat tinggal? Maka dia telah berkata kepadaku: Aku akan meninggalkan
anda selepas satu jam malam[89].
Kemudian dia telah memberi wasiat kepadaku dan berkata: Berpeganglah kepada dua
perkara: Hendaklah kamu bersungguh-sungguh bagi meningkatkan makrifat dan
janganlah anda mengabaikan amalan, kerana makrifat adalah makrifat Tuhan anda
iaitu penghujungnya.
Berbuat baiklah kepada saudara-saudara anda daripada para wali Allah,
kerana kejayaan adalah padanya. Janganlah anda berjumpa dengan salah seorang
daripada saudara-saudara anda melainkan dengan rendah diri sekalipun dia tidak
setanding dengan anda dalam kemuliaan, harta dan anak.
Jika anda melakukan sedemikian, maka Allah akan mencukupi anda urusan
dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah adalah untuk anda, wahai saudaraku, di
sebalik setiap keuntungan. Aku memberi wasiat kepada anda dan diriku, wahai
saudaraku, supaya menyembunyikan rahsia Allah dan batin rahsia-Nya melainkan
kepada saudara-saudara anda yang bersatu dan dekat dengan makrifat Yang Maha
Tinggi. Kemudian dia telah hilang daripadaku.
Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya dia telah datang kepadaku
sebanyak tiga kali pada minggu ini. Dia telah memberi salam kepadaku sedangkan
aku bersama kamu dan kamu tidak mengenali mereka. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Maka Maulaaya telah menyebut lebih
daripada dua puluh orang daripada mereka [yang telah datang kepadanya], wa s-Salam.
BAB 20
☼Makrifat
tentang bencana kafir, kesempurnaan dan kesudahannya dengan kekafiran dan
susunan dalam perubahan rupa (fi ma‘rifati wabaali al-Kafir wa kamaali-hi
wa intiha’i-hi bi- al-Kufr wa tarkiibi-hi fi al-Masukhiyyah)☼
Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya kafir akan sempurna
kekafirannya, diubah rupanya dan diazab. Darjatnya akan meningkat ke darjat
yang lain sehingga kekafirannya sempurna dan berakhir padanya. Apabila dia
berakhir, dia akan disusun dan diazab di dalam masukhiyyah. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, bagaimana dia diazab?
Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya perkara pertama yang disusun (yurkabu) padanya adalah apa yang halal dimakan
(al-Ma’kuul), maka dia diazab di
tangan para wali Allah[90].
Demikian juga pada tangan musuh-musuh Allah. Tidakkah anda melihat kafir
mendekatkan diri kepada Allah dengan korban dan penyembelihan kambing, lembu
dan unta betina?
Aku telah berkata: Ya, wahai Maulaaya,
maka beliau a.s telah berkata: Ini adalah azab mereka di tangan musuh. Adapun
[azab mereka] di tangan mukminin adalah apa yang disembelih daripada lembu,
kambing untuk dimakan di dalam perayaan-perayaan, korban-korban, nazar-nazar
mereka dan lain-lain. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Seolah-olah mereka dihalau kepada kematian,
sedang mereka melihat”[91]
Mereka
tidak mengetahui musuh-musuh mereka, mereka tidak mengetahui para wali dan
mereka tidak mampu bercakap pula. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan
tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman”[92] Beliau
a.s telah berkata: “Maka rumah-rumah mereka adalah badan-badan mereka iaitu
rumah-rumah roh. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Rasakanlah sentuhan api neraka”[93]
Inilah makna penyembelihan (al-Dhabhu),
pembunuhan (al-Qatl) dan perubahan
rupa (al-Maskhu)[94].
Firman-Nya: “Dan perintah Kami hanyalah
satu perkataan seperti kejapan mata”[95]
Iaitu urusan mereka dengan satu urusan iaitu makrifat Allah, [makrifat]
pintu-pintu-Nya dan hijab-hijab-Nya.
Dan firman-Nya: “Seperti kelipan mata”:
Mereka tidak mengetahui kebenaran sedikitpun. Kemudian beliau a.s membaca
firman-Nya: “Dan mereka berteriak di
dalamnya: “Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami, nescaya kami akan mengerjakan amal yang soleh berlainan
dengan yang telah kami kerjakan”[96]
Mereka berkata: Wahai Tuhanku,
keluarkanlah kami daripada badan-badan yang diubah rupanya (al-Abdaan al-masukhiyyah) dan daripada azab ini ke badan-badan manusia (al-Naasutiyyah) supaya kami melakukan
amalan yang baik. Tidakkah anda mengetahui jika mereka di syurga, nescaya
mereka tidak akan berkata: Kembalilah kami, nescaya kami melakukan amalan yang
baik. Demikian juga mereka berkata: “Ya,
Tuhankami, keluarkanlah kami, nescaya
kami akan mengerjakan amal yang soleh”
Dan mukmin pada tujuh badan, maka dia kembali kepada kebenaran dan
beramal. Adapun mereka yang kafir mereka tidak berfikir sebagaimana mukminin
berfikir, mereka tidak akan kembali kepada kebenaran, malah penentangan mereka makin
bertambah. Jika mereka kembali kepada kebenaran, nescaya Allah menerima mereka.
Orang yang memberi peringatan telah datang kepada mereka, justeru mereka
merasakan azab yang pedih, maka tidak ada penolong bagi mereka yang zalim. Aku
telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah
makna: “Telah datang kepada kamu pemberi
peringatan”[97]
Beliau a.s telah berkata: Apakah pendapat ahli Kufah? Aku telah berkata: Mereka
berpendapat: Para rasul.
Maka beliau a.s telah berkata: Ia bukan seperti pendapat mereka. Aku
telah berkata: Apakah dia, wahai Maulaaya?
Beliau a.s telah berkata: Imamlah orang yang memberi peringatan kepada ahli
kebenaran dan ahli kebatilan. Beliau a.s telah memberi peringatan kerpada para
wali-Nya dan musuh-musuh-Nya. Segala pujian adalah kepada Allah, Tuhan semesta
alam. Wa s-Salam.
BAB 21
☼Makrifat
tentang kafir dalam sususnan satu demi satu dan bagaimana dia tidak kembali
daripada kekafirannya (fi ma‘rifati
al-Kafir fi al-Taraakib marratan ba‘da marratin wa kaifa lam yarji‘ ‘an
kufri-hi)☼
Kemudian Maulaaya membaca
firman-Nya: “Sesiapa yang buta (hatinya)
di dunia ini, nescaya di akhirat (kelak) ia akan lebih buta dan lebih tersesat
dari jalan (yang benar)”[98]
Apakah pendapat ahli Kufah mengenainya? Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, mereka berpendapat bahawa itu
adalah hari Kiamat. Beliau a.s telah berkata: Ia bukan hari Kiamat. Jika begitu
keadaannya, nescaya orang jahil atau orang alim tidak mengetahui Tuhannya
melainkan pada hari Kiamat sedangkan mereka berdua mengetahui jalan kebenaran
daripada kebatilan.
Aku telah berkata: Allah adalah benar. Kemudian beliau a.s membaca
firman-Nya: “Mereka itu tidak lain
hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya”[101]
Dan firman-Nya: “Dan bagi masing-masing
mereka darjat menurut apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan
bagi mereka (balasan) amalan-amalan mereka”[102]
Iaitu ketika masukhiyyah. Kemudian
beliau a.s telah berkata: Al-Darajaat
adalah badan-badan yang disusun, kerana ia membutakan kafir sehingga dia sampai
ke puncak kekafirannya, wa s-Salam.
BAB 22
☼Makrifat
tentang Iblis dan adakah dia zahir atau batin? (fi ma‘rifati Iblis wa hal huwa zaahir am baatil?)☼
Abu Abdillah a.s telah ditanya tentang Iblis, adakah ia zahir atau
batin? Beliau a.s telah berkata: Dia adalah zahir dalam susunan, tetapi batin
dalam makrifat. Tidakkah anda melihat kepada zuriatnya dalam susunan yang mana
ianya tersembunyi daripada anda. Sesungguhnya anda tidak bergaul dengan mereka
sedangkan mereka bergaul dengan anda. Anda tidak mengenali mereka, tetapi kami
mengenali mereka. Kemudian beliau a.s telah berkata: Jika aku melihat anda di
tempat mereka atau bersama mereka, aku akan melakukannya.
Atau apabila kita keluar ke al-Jabaanah, maka berilah peringatan
kepadaku. Selepas itu, cita-citaku yang utama adalah untuk bertanya kepadanya.
Ketika kami telah berkumpul di Qas al-Rabii‘ iaitu berdekatan al-Jabaanah,
tiba-tiba manusia datang dan pergi, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai Maulaaya, anda telah berjanji kepadaku
untuk memperlihatkan kepadaku masukhiyyah
dan anda telah menyuruhku memberi peringatan kepada anda. Al-Mufadhdhal
telah berkata: Maka beliau a.s telah menyapu dengan tangannya ke atas dua
mataku.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Lihatlah, maka akupun melihat kepada
satu kumpulan [manusia] yang mana aku telah melihat mereka berjalan ke depan
dan ke belakang, kebanyakan mereka telah kembali kepada anjing, kera, khinzir,
serigala dan lain-lain. Maka aku telah berkata: Wahai Maulaaya, siapakah mereka itu? Beliau a.s telah berkata: Mereka itu
adalah zuriat Iblis, mereka bergaul dengan manusia sedangkan mereka di dalam masukhiyyah. Maka aku telah berkata: Tabaraka wa ta‘aalaa. Kemudian beliau a.s
telah berkata: Adakah anda mengetahui seorang daripada mereka?
Aku telah berkata: Aku tidak menyangka mereka adalah mamsukhiin (diubah rupa). Beliau a.s
telah berkata: Mereka adalah mamsukhiin
dan mereka adalah hamba-hamba Allah, para sahabat anda, wahai Mufadhdhal. Aku
telah berkata: Innaa li-llah wa innaa
ilai-hi raaji‘uun. Nyahlah mereka.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Pejamlah dua mata anda, wahai
Mufadhdhal, maka akupun memjamkannya, lalu beliau a.s menyapu dengan tangannya
yang mulia di atas dua mataku dan berkata kepadaku: Lihatlah kepada mereka,
maka akupun melakukannya, tiba-tiba mereka telah kembali kepada rupa manusia.
Seorang daripada mereka selepas itu berjumpa denganku, maka aku mengalu-ngalukanya
dan dia pula mengalu-ngalukan aku sehingga aku meninggalkannya. Kemudian aku
telah berkata: Wahai Maulaaya,
siapakah manusia, jin dan syaitan?
Maka beliau a.s telah berkata: Manusia adalah mereka yang mendirikan
makrifat Allah, mengakui keesaan-Nya, mengetahui para wali-Nya dan
pintu-pintu-Nya[103].
Dan aku telah berkata: Siapakah jin? Beliau a.s telah berkata: Mereka yang
bersembunyi pada badan-badan manusia, sesungguhnya mereka dinamakan jin kerana mereka
tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Aku telah berkata: Siapakah syaitan?
Beliau a.s telah berkata: Mereka yang diubah rupanya (musikhuu) di dalam badan-badan masukhiyyah.
Wa s-Salam.
BAB 23
☼Makrifat
tentang perkahwinan Umm Kalthum pada batin (fi
ma‘rifati tazwiij umm kalthum fi al-Baatin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata: Sayyidii, aku mahu bertanya anda tentang sesuatu yang mana ahli
Kufah bercakap-cakap mengenainya, tetapi aku, wahai Maulaaya, malu untuk bertanyakan anda tentangnya. Beliau a.s telah
berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya aku telah mengetahui apa yang anda
cita-citakan dan anda ingin bertanya kepadaku aku tentang perkahwinan Umm
Kalthum.
Aku telah berkata: Ya, wahai Maulaaya,
maka beliau a.s telah berkata: Dengarlah, wahai Mufadhdhal, apa yang aku akan katakan
dan fahamilah. Sesungguhnya itu adalah di alam Azillah, dan Asybaah yang
mana aku akan menjelaskannya kepada anda.
Sesungguhnya Ali a.s telah dizalimi sebanyak enam kali, menurut sangkaan
mereka dan ada yang berpendapat enam kali mereka di dalam kesamaran
terhadapnya. Apa yang tinggal lagi adalah satu pembunuhan [terhadapnya]. Dan
tinggal lagi kezaliman yang lain dalam kesamaran sebagai menguatkan hujah ke atas musuh-musuh. Allah tidak akan
membunuh para wali-Nya. Tidakkah anda mendengar firman-Nya tentang kisah Isa: “Mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula)
menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa
bagi mereka”[104]
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
apakah sebab pembunuhannya pada kali yang pertama?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sebab yang pertama adalah Qabil dan Habil,
maka Habil pada masa itu adalah Amir al-Mukminin a.s dan Qabil adalah Zafir
iaitu Iblis daripada semua Iblis. Qabil telah datang kepada Habil, maka dia
berkata: Kahwinilah anak perempuan anda [kepadaku], lalu Habil menegahnya dari
mengahwinkan anak perempuannya. Pada masa itu Qabil berkata: Demi Allah, aku
akan membunuh anda jika anda tidak mengahwinkan anak perempuan anda kepadaku.
Manakala dia bercita-cita untuk membunuhnya, lalu dia (Qabil) dikahwinkan
dengan Jarrirah anak perempuan Iblis. Maka Qabil telah menyangka bahawa dia
adalah anak perempuan Habil.
Allah lebih mulia dan lebih besar dari melakukan perkara itu kepada para
wali-Nya, tetapi Dia telah melakukannya pada zahir secara keserupaan (tasybihan) untuk menguatkan hujah ke
atas musuh-musuh-Nya. Maknanya, sebagaimana aku telah menerangkannya kepada
anda, ia telah berlaku di antara mereka berdua[105]
sebanyak enam kali. Manakala pada pusingan masa yang keenam, Zafir dilantik khalifah,
lalu dia mengutus kepada Amir al-Mukminin a.s, berkata: Kahwinkanlah anak
perempuan anda dengan aku (zawwij-ni
ibnata-ka). Maka Amir al-Mukminin a.s telah mengutus Salman kepadanya dan
berkata kepadanya: Katakanlah kepadanya, wahai Salman, sesungguhnya anda telah
kembali kepada kesesatan anda yang lama (‘ud-ta
ila dalali-ka al-Qadim).
Kemudian Salman telah datang kepada Zafir, lalu menceritakannya
kepadanya. Manakala dia mengetahui bahawa Salman telah mengetahui urusannya,
lantas dia memarahinya dan berkata: Ya, aku telah kembali kepada apa yang anda
sebutkan[106].
(Zafir berkata:] Sama ada dia mengahwinkan aku atau aku akan menggerakkan air
telaga Zamzam, dan aku akan mengangkat Maqam Ibrahim dari Bait Haram atau aku
akan membunuhnya. Lantas Salman kembali kepada Amir al-Mukminin a.s untuk
memberitahu kepadanya. Maka Ali telah berkata: Bawalah kepadanya kitab (surat ) ini.
Salman telah membawa kitab itu kepdanya. Manakala Umar melihatnya
(Habtar[107]
wa Adlam[108]),
maka dia mengetahui bahawa Ali mempunyai sebab untuk megemukakannya kepadanya,
lalu dia berkata: Apakah yang anda sembunyikan? Maka Salman telah berkata: Amir al-Mukminin telah
memberitahu kepadaku supaya membentangkan kitab ini kepada anda, Zafir telah
berkata: Apakah dia? Dia mengeluarkan kitab dan menyerahkannya kepadanya.
Manakala dia membukanya, maka dia mendapati di dalamnya gambar Habil dan dia
melihat kepada dirinya iaitu dialah Qabil.
Kemudian dia berkata kepada Salman dengan tujuan meminang: Sesungguhnya
aku pinangkan anak perempuannya, kerana dia menyangka bahawa aku adalah
daripada keturunan syaitan (min nasali
al-Syaitaan), tetapi dia mesti mengahwinkan anak perempuannya kepadaku
sehingga terserlah pembohongannya di sisi makhluk dan tidak dapat
menyelamatkannya selain dari pernikahan atau pembunuhan.
Maka Salman telah berkata: Aku akan memberitahu kepadanya mengenainya.
Salman telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s dan memberitahu kepadanya apa
yang telah berlaku. Ali telah berkata: Sesungguhnya aku telah mengetahui setiap
apa yang dikatakan olehnya. Dan aku sekarang mengahwinkannya dengan anak perempuannya
Jarrirah sebagaimana aku telah mengahwinkannya pada masa silam dan mengaburinya.
Kemudian Salman telah kembali kepadanya dan memberitahu kepadanya bahawa Amir
al-Mukminin telah menerima apa yang anda mahukannya.
Lalu Umar mengumpulkan para sahabatnya dan menjanjikan mereka tentang perkahwinannya.
Kemudian Amir al-Mukminin menyuruh Salman membawa anak perempuannya Jarrirah
kepadanya. Maka Salman telah membawanya kepadanya, lalu Allah membutakan
penglihatannya dan menjadikan di atasnya penutup, maka dia tidak memahaminya.
Kegembiraan menguasainya, kemudian dia telah berkata kepada Salman:
Sesungguhnya aku berterima kasih kepada anda kerana melakukan urusan ini dan
aku tidak mampu membalas jasa baik anda. Kemudian Abu Abdillah a.s membaca
firman-Nya: “Sesungguhnya Kami telah
memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka
kerana itu mereka terdongak”[109]
Beliau a.s telah berkata: Kemudian dia telah masuk kepadanya, maka dia
mendapatinya di atas rupa Umm Kalthum. Di pagi hari, dia telah mengutus kepada
para sahabatnya dan syaitan-syaitannya untuk berhujah tentang perkahwinanya di
sisi mereka.
Manakala mereka berkumpul kepadanya, mereka mengucap tahniah kepadanya
di atas perkahwinannya. Maka Zafir telah berkata: Cukuplah urusan Ali buat kita
dan para sahabatnya. Sesungguhnya jika mereka daripada Bani Abi Kabsyah[110]
di atas kebenaran, maka kami adalah di atas kebatilan, nescaya mereka tidak
mengahwinkan kita dengan anak perempuan mereka. Mereka telah berkata: Benar
kata-kata anda itu.
Dia telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya mereka adalah tukang-tukang
sihir, pembohong-pembohong dan ini adalah kelicikan di kalangan mereka. Salman
telah berkata: Manakala mereka di dalam keadaan sedemikian, maka aku telah
datang kepada mereka, maka mereka semua telah berkata: Kami di atas kebatilan (nahnu ‘ala al-Baatil), sahabat anda di
atas kebenaran dan kami di sisinya syaitan-syaitan pengkhianat, kenapa dia
telah mengahwinkan kami anak perempuannya Umm Kalthum? Maka Salman telah
berkata kepada mereka dengan firman-Nya: “Iaitu
syaitan-syaitan dari (jenis) manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan
kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu
(manusia)”[111]
Manakala mereka mendengarnya daripada Salman,
maka mereka memarahinya, sementara Umar pula memarahinya dengan kuat, mereka
bercita-cita untuk membunuhku. Maka aku telah berkata kepada mereka: Adakah
kamu akan membunuh aku pada majlis kamu ini?
Mufadhdhal telah berkata: Demi Allah, ini adalah [amalan] Iblis semata-mata
ke atas mereka yang zalim lagi jahat.
Salman telah berkata: Manakala mereka hampir membunuhku, sebahagian
mereka telah berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah yang kita akan lakukan
kepada orang asing ini sedangkan anda telah dapat apa yang anda inginkan?
Kemudian mereka bersurai dan percakapan mereka telah sampai kepada Amir
al-Mukminin a.s, maka dia telah menyuruh Salman supaya datang kepada mereka dan
memberi tahu kepada mereka perkara yang sebenar tentang kesamaran yang berlaku
kepada urusan anak perempuannya sehingga dia menghalang dari kejahatannya,
justeru dia akan merasa terhina dan usahanya diperkecilkan.
Dia akan mati dalam kehinaan dan malu. Salman telah berkata: Maka aku
telah datang ke rumahnya dan tidak ada seorang di sisinya, maka aku telah
berkata kepadanya: Bagaimana anda telah mendapati isteri anda? Maka dia telah
berkata: Dia sesuai dengaiku, dia mengelak dari menyalahiku ketika dalam rahsia
dan secara terang. Dia seolah-olah daripada kami dan untuk kami. Lalu Salman
berkata: Ya, sesungguhnya dia adalah daripada anda dan kepada anda. Dia adalah
anak perempuan anda bernama Jarrirah, maka masuklah kepadanya, mudah-mudahan
anda mengenalinya sekarang.
Manakala dia mendengarnya, maka dia hampir tidak dapat mengawal akalnya.
Lantas dia memasuki biliknya dan melihat kepadanya, maka tiba-tiba dia adalah anak
perempuannya Jarrirah, dia tidak mengingkarinya. Maka dia telah meraung dengan
kuat sehingga menggegarkan seluruh rumah, dia telah berkata: Tukang sihir anak
lelaki Abu Talib telah melakukannya.
Ini bukanlah perbuatannya yang pertama, demi Allah, aku akan bertindak,
aku aka bertindak terhadapnya. Maka Salman telah berkata kepadanya: Janganlah
anda mendedahkan perkara yang memalukan anda kerana ia akan melahirkan
keburukan kepada keluarga anda. Pada pendapatku, anda hendaklah merahsiakan
perkara ini. Jika anda menyembunyikannya, maka orang ramai berkata: Dia telah
mengahwinkan anak perempuannya kepada anda dan jika anda mendedahkannya, urusan
anda akan terdedah kepada mereka.
Maka dia telah berkata: Cukuplah untuk aku, wahai Salman, sesungguhnya
aku mati dalam keadaan marah dan aku akan menerima apa yang anda katakannya.
Biarlah tukang sihir ini berkata apa yang dikehendakinya. Kerana aku tidak
mampu, begitu juga para sahabatku, menghadapi sihirnya. Justeru dia telah menyembunyikan
kisahnya kepada para sahabatnya kerana takut malu. Dia telah mati di dalam
keadan marah, tanpa rahmat dan keredaan-Nya, Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 24
☼Makrifat
tentang apa yang disembelih dan apa yang dibunuh yang menyalahi bentuk manusia
(fi ma‘rifati al-Madhbuuh wa al-Maqtuul
mimmaa yukhaalifu suurata al-Insaaniyyata)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Binatang-binatang yang disembelih, dibunuh,
dimakan, diminum, ditunggangi atau yang menyalahi bentuk manusia, maka hukum
Allah adalah adil, Dia melakukan pada makhluk-Nya apa yang dikehendakiNya dan tidak
seorangpun boleh mempertikaikan perbuatan-Nya. Justeru Dia di dalam
perbuatan-Nya dipuji, Dialah Tuhan semesta alam.
Tidak berlaku penyembelihan, pembunuhan, kehinaan dan kepenatan ke atas
mukmin yang arif dengan keesaan Allah, tetapi semuanya berlaku secara perubahan
rupa kepada kafir yang menentangNya. Mukmin telah memegang lidah kafir sehingga
dia tidak mampu untuk mempertahankan dirinya kerana keingkaran dan penentangannya
kepada kebenaran dan ahlinya.
Justeru Allah mengazabnya dengan cepat sebagaimana anda menyaksikan azab
rohnya dan susunannya pada setiap sesuatu yang menyalahi bentuk manusia seperti
lembu, kambing, unta, binatang yang berkaki empat, burung, hama dan setiap yang mempunyai roh yang
merayap. Disembelih, dibunuh, ditunggangi dan yang menakutkan [makhluk lain],
maka dia adalah maskhun dan naskhun.
Apa yang [halal] dimakan daripadanya, maka dia adalah naskhun[112].
Dan apa yang tidak [halal] dimakan adalah maskhun[113].
Sesungguhnya azab dan kehinaan telah memasukinya sebagaiman dijelaskan sebelum
ini. Apa yang berlaku dalam bentuk naskhun
sama ada penyembelihan atau makanan, maka semuanya adalah keadilan daripada
Allah a.w sebagaimana firman-Nya: “Dan
sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat”[114]
Iaitu roh-roh (orang) kafir yang menentang kebenaran dan ahlinya. Ini
merupakan kesempurnaan kekafiran mereka, lalu Allah mengeluarkan mereka
daripada badan-badan yang anda dapat melihatnya. Dia menyusunnya pada badan-badan masukhiyyah yang terbalik sebagaimana
firman-Nya: “Hai manusia, apakah yang
memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan
kamu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu
seimbang. Dalam bentuk apa saja yang Dia
kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. Bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu
mendustakan agama”[115]
Agama (al-Din) adalah Amir
al-Mukminin a.s. Dan firman-Nya: “Dan
tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang
dengan dua sayapnya, melainkan umat-umat seperti kamu”[116]
Al-Sadiq a.s telah berkata: Binatang-binatang di bumi dan di langit adalah
umat-umat sebelum kamu (umamun kaanat
qabli-kum). Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya musuh kita akan
diubah rupanya (la-yumsakhu) pada
setiap sesuatu yang menyalahi bentuk atau rupa manusia sehingga apabila seorang
daripada mereka kembali, maka dia akan
dibunuh sebanyak 1000 kali pembunuhan, akan disembelih sebanyak 1000 kali
sembelihan dan akan mati sebanayak 1000 kali mati.
Adapun para wali Allah dan pengikut-pengikut mereka yang mukminin, maka
Allah membebaskan mereka dari masukhiyyah.
Dan Dia telah menjadikan sedemikian sebagai seksaan kepada musuh-musuh mereka.
Sesungguhnya ini adalah azab yang sedikit atau dekat (adnaa). Adapun azab yang lebih besar adalah ketika berdirinya
al-Qaim[117],
maka beliau akan membalas dendam terhadap semua musuh-Nya.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Kafir yang dibalikkan rupanya akan bertukar
pertamannya menjadi binatang ternakan (al-An‘aam)
sehingga dia melalui semua azab di daratan, kemudian dia melalui [semua azab]
di lautan, kemudian di udara sehingga pada setiap sesuatu dia berjalan dan
bertatih sehingga ke tempat yang lebih sempit dari lubang jarum sebagaimana
firman-Nya: “Demikianlah Kami memberi
pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan”[118]
Maka inilah sebab roh-roh kafir dijadikan pada susunan-susunan masukhiyyah sehingga datangnya al-Qaim. Al-Sadiq
a.s telah berkata: Perkara yang tidak mempunyai roh kehidupan adalah seperti
batu, pokok, air, garam dan lain-lain di kalangan yang tidak berjalan atau
bertatih. Dan apa yang terkeluar daripada badan-badan mukmin dan kafir. Setiap
perkara yang anda telah melihatnya atau mendengarnya atau mengidunya dan
baginya rasa yang sedap dan bauan yang harum atau sentuhan yang lembut sama ada
makanan atau minuman, maka ia adalah daripada badan-badan mukminin.
Dan setiap yang menyalahi perkara tersebut yang terdiri daripada kebusukan,
kepahitan atau apa yang dibenci oleh manusia di dalam hiduannya atau
penglihatannya atau pada citarasanya atau pada sentuhannya di dalam semua
keadaan, maka ianya daripada badan-badan kafir. Justeru tidak ada bagi mereka
yang kafir yang lebih baik daripada bentuk badan manusia yang ada sekarang.
Apabila dia menyempurnakan pusingannya, maka Dia mengeluarkannya
daripada badannya ini kepada badan yang paling najis dan paling buruk. Iaitu
badan-badan yang dibalikkan (al-Mankusah)
yang merupakan penjara baginya. Lantaran itu, al-Sadiq a.s telah berkata: Dunia
adalah penjara bagi mukmin dan syurga bagi kafir. Iaitu di badan-badan ini. Kerana kafir telah
mencapai syahwatnya dengan lidahnya, badannya dan kakinya dalam pemergian dan
kepulangan pada badan ini.
Justeru badan adalah syurganya, kemudian dia keluar kepada azab yang
dekat (al-‘Azab al-Adnaa) dalam
bentuk susunan. Adapun mukmin, maka badannya adalah penjara baginya, dan
azabnya hanya di badan. Apabila Allah mengeluarkannya daripada badan, maka dia
kembali ke tempat asalnya, iaitu kepada roh dan syurga. Al-Sadiq a.s telah
berkata: Aku akan mengeluarkan kamu daripada badan-badan yang kotor kepada
badan-badan yang bersih. Justeru roh-roh mukminin dikembalikan ke tempat yang
mana mereka datang iaitu kepada cahaya Allah. Kemudian al-Sadiq a.s telah
berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan roh-roh mukminin daripada
cahaya-Nya.
Dia telah membuat mereka daripada rahmat-Nya. Dia telah mengambil
perjanjian ke atas mereka dengan al-wilayah.
Justeru mukmin menjadi saudara mukmin daripada bapanya dan ibunya. Maka ibunya
adalah rahmat dan bapanya adalah cahaya. Kemudian al-Sadiq a.s telah berkata: Mukmin
melihat dengan cahaya Allah yang mana daripadaNyalah dia bermula. Salam kepada
para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 25
☼Makrifat
tentang permulaan penciptaan mukmin yang arif (fi ma‘rifati ibtidaa’ al-Khalqi al-Mu’min al-‘Aarif)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami
sebelum penciptaan makhluk yang lain selama 1000 tahun. Kami adalah roh-roh di
sekitar ‘Arasy (kunnaa arwaah haula al-‘Arasy).
Kami bertasbih kepada Allah (nusabbihu-llaha),
maka penghuni langit bertasbih dengan tasbih kami (wa yusabbuhu ahlu al-Samaa’ bi-tasbihi-na). Kemudian kami telah
turun ke bumi dan [memasuki] badan-badan. Kami telah bertasbih kepada Allah
a.w, maka penghuni bumi bertasbih dengan tasbih kami dan dengan lidah kami bercakap
setiap lisan sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya
kami benar-benar bersaf-saf. Dan sesungguhnya kami benar-benar bertasbih”[119]
Justeru Allah telah menciptakan Muhammad s.a.w, Ali, para wasi, para
imam dan pengikut-pengikut di kalangan Syiah mereka. Dia telah menciptakan
mereka daripada cahaya-Nya dan meletakkan mereka di dalam rahmat-Nya. Mereka
adalah roh-roh yang baik, lagi suci, bersih daripada bahaya dan halangan. Ia telah
menjadi baik dengan penerimaan al-Wilayah.
Sesungguhnya badan-badan dijadikan sebagai ujian kepada mukminin dalam
pemerintahan kafir lagi zalim kerana urusan yang terdahulu pada ilmu-Nya.
Sesungguhnya Allah telah berfirman tentang roh-roh mukminin: “Sekali-kaili tidak, sesungguhnya kitab
orang-orang yang baik itu (tersimpan) dalam ‘illiyyiin. Tahukah anda apakah
‘illiyyyiin itu? Iaitu kitab yang bertulis, yang disaksikan oleh para malaikat
yang dekat (kepada Allah)”[120]
Iaitu roh-roh mukminin yang arif dengan Muhammad, Ali dan para wasi,
maka mereka “berjiran” dengan Allah iaitu mereka yang mengakui tauhid kepada
Yang Maha Tinggi. Apabila Allah kehendaki, Dia menciptakan satu badan daripda
beberapa badan yang akan didiami oleh roh yang baik, lalu lelaki itu
didorongkan memakan buah-buahan yang baik dan makanan yang lazat, kemudian ia
menjadi air [mani] padanya, lalu air mani berkumpul. Apabila seorang lelaki
bersetubuh dengan isterinya dan [isterinyanya] hamil, maka janin akan menjadi
sempurna dengan tiga roh; roh kekuatan, roh syahwat dan roh kehidupan. Justeru
nabi s.a.w bersabda: “Mukmin adalah seperti lebah apabila dia makan, maka dia
makan [perkara] yang baik dan apabila dia meletak sesuatu, maka dia meletakkan
[sesuatu] yang baik”.
Apabila janin itu keluar, maka roh yang baik turun, iaitu roh cahaya
keimanan yang diciptakan daripada cahaya Allah, lalu ia tetap di badan selepas
ia jatuh dari rahim dan perut, maka pada masa itu, dia berdukacita dan
menangis, ini adalah antara alamat kebaikan. Kerana roh yang baik turun
daripada roh yang baik dan daripada jiran Yang Maha pemurah. Lalu dia memasuki
badan yang menjadi penjara bagi roh mukmin.
Lantaran itu, apabila anda melihat bayi ketika dilahirkan, anda melihtnya
berdukacita. Ini adalah antara alamat keimanan. Apabila makrifatnya tamat dan
menghadapi ujian dengan sempurna, maka dia dikeluarkan daripada badan, lalu
diuji. Dia akan ditolak sehingga dia menyempurnakan makrifat kepada Allah.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Roh-roh mukmin adalah tentera yang kuat di
udara. Roh-roh tinggal di tempat yang tinggi, kerana ia tidak tinggal di tempat
yang sempit seperti rahim dan di dalam kegelapan. Amir al-Mukminin telah
berkata: Roh-roh mukminin tidak mendiami salbi-salbi dan tidak diliputi oleh
rahim, mereka tidak diciptakan daripada air yang hina, malah mereka diciptakan
daripada air yang ditentukan.
Oleh itu, roh-roh adalah seperti jisim-jisim halus lagi bercahaya, tidak
dapat dicapai melainkan oleh orang yang mempunyai kehalusan cahaya. Justeru
yang tebal tidak akan mencapai yang nipis (halus) dan yang halus tidak akan
mencapai yang tebal. Demikianlah roh-roh mukminin: Ia seperti jisim-jisim yang
berkenalan di kalangan mereka di syurga dan pergi apabila ia kehendaki,
kemudian ia berlindung di bayang ‘Arasy. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta
alam. Wa s-Salam.
BAB 26
☼Makrifat
tentang roh-roh mukminin sama ada ianya satu atau dua?(fi ma‘rifati arwaah al-Mu’minin au waahidatun am ithnataani)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya al-Sadiq a.s: Beritahu kepadaku
tentang roh-roh di badan-badan, adakah ia satu saja pada mukminin dan mereka
yang kafir? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya roh-roh para malaikat dan
mukminin adalah satu, tidak ada perselisihan di antaranya. Adapun roh-roh Iblis
dan syaitan-syaitan adalah satu juga.
Sesungguhnya roh-roh mukminin serasi dengan roh-roh para wali dan para
wasi bertaut sesama mereka. Adapun roh-roh Iblis dan syaitan adalah berlainan
dengan roh-roh para wali dan mereka yang terpilih, kerana roh-roh para wali dan
mereka yang terpilih adalah bersifat cahaya putih tanpa kegelapan sedangkan
roh-roh Iblis, jin dan syaitan adalah bersifat kegelapan, tanpa cahaya.
Aku telah berkata: Apakah makna firman-Nya: “Sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas
dipan-dipan”[121] Maka
beliau a.s telah berkata: Iaitu mereka bergembira di dalam makrifat,
berhadap-hadapan dalam ilmu, tidak bertambah dan tidak ada kelebihan di
kalangan mereka, tidak ada permusuhan dan kemarahan. Sesungguhnya Allah telah
mencabut perkara itu daripada hati mereka dan mereka telah insaf. Apabila
mereka bersetuju di dalam keadaan ini, maka merekapun berehat.
Ia berterusan sehingga berakhirnya tujuh Adam. Sesungguhnya aku telah
berkata kepada anda bahawa setiap Adam tinggal di bumi bersama zuriatnya pada
masa tertentu sahaja menurut kami. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah Allah akan menciptakan
makhluk selepas itu? Beliau a.s telah
berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya anda telah membatalkan kerajaan Allah
dan kekuasaan-Nya dengan pertanyaan anda itu, ia adalah jauh sama sekali. Sesungguhnya
Dia sentiasa menjadi Pencipta, Pemberi rezeki, Pemberi kehidupan dan Mematikan
[makhluk-Nya]. Anda mahu membatalkan kekuasaan Allah, kudrat-Nya, perintah-Nya
dan larangan-Nya?
Aku telah berkata: Maulaaya, Sayyidii,
sesungguhnya ulama merekalah yang telah berpendapat sedemikian. Beliau a.s
telah berkata: Demi Allah, mereka telah membatalkan kekuasaan Yang Maha Tinggi
dan mereka telah membatalkan suruhan dan larangan-Nya. Mereka berkata: Apakah
itu suruhan dan apakah itu larangan, tidak ada raja dan sultan? Nyahlah dari
sini. Dan dengan Allah dipohon pertolongan di atas kata-kata mereka, wa s-salam.
BAB 27
☼Makrifat
tentang hari mereka dibangkit, hari waktu tertentu, adakah ia satu hari sahaja
atau beberapa hari selepas itu? (fi
ma‘rifati yauma yub‘athuun wa yaum al-Waqt al-Ma‘luum wa hal yaum waahid am
ayyaam mimma yakhlifu llahu ba‘da dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Sayyidii
telah berkata kepadaku: Bacalah, wahai Mufadhdhal, firman Allah: “(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti
dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit dan mereka semuanya berkumpul
mengadap ke hadrat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”,[122]
maka aku pun membacanya, kemudian beliau a.s telah berkata: Berhenti di sisinya,
wahai Mufadhdhal,… “(Iaitu) pada hari
(ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain” Dia menciptakan yang lain pula
dan menciptakan langit yang bukan langit ini dan menciptakan makhluk yang lain.
Kuasa-Nya dan kebesaran-Nya berterusan
sepanjang abad. Lantaran itu, Dia telah menceritakan tentang diri-Nya ketika
Dia menyebut ahli syurga dan ahli neraka dalam firman-Nya: “Mereka kekal di dalamnya selama ada langit
dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki yang lain. Sesungguhnya Tuhanmu Maha
Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki”[123]
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, ceritakan
kepadaku, apakah yang akan diciptakan oleh Allah?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah akan menciptakan cahaya
selepas itu, menurut kehendak-Nya, yang menyalahi cahaya yang pertama, kemudian
Dia mendirikan Azillah
(bayang-bayang) selepas Azillah yang
pertama. Kemudian Dia menceritakan kepada ahli cahaya yang kedua (ahl al-Nuur al-Thaani) sebagaimana Dia
menceritakan kepada ahli cahaya yang pertama (ahl al-Nuur al-Awwal). Dia mengambil perjanjian cahaya yang kedua
sebagaimana Dia mengambil perjanjian cahaya yang pertama.
Cahaya yang pertama adalah lebih kuat daripada cahaya yang kedua dan
lebih baik. Maka apabila Dia membahagi-bahagikan mereka di alam Azillah, Dia mengeluarkan mereka di dalam
bentuk Asybaah. Justeru mereka
melihat diri mereka sebagaimana cahaya yang pertama melihat diri mereka.
Kemudian mereka memahami diri mereka bahawa mereka tidak ada sebelumnya sebagaimana
cahaya yang pertama memahami diri mereka. Cahaya yang pertama adalah lebih baik
daripada cahaya yang kedua.
Allah mendidik mereka (yuaddibu-hum
llahu) dan memperkenalkan diri-Nya kepada mereka (yu‘arrifu-hum bi-nafsi-hi) sejajar dengan keesaan-Nya. Lalu Dia
memuji diri-Nya, maka merekapun memujiNya, Dia bertasbih kepada diri-Nya, maka
merekapun bertasbih kepadaNya, Dia bertahlil kepada diri-Nya, maka merekapun
bertahlil kepadaNya. Dan ketika itu, mereka melakukan percakapan dan mereka
mengenali Tuhan mereka dan mengetahui bahawa mereka telah diciptakan bahawa
sesungguhnya mereka mempunyai Pencipta, Pemberi rezeki.
Lalu Dia mengambil perjanjian mereka sebagaiman Dia mengambil perjanjian
cahaya yang pertama. Kemudian diciptakan iblis-iblis dan syaitan-syaitan
daripada cahaya dan penciptaan makhluk iaitu daripada maksiat anak Adam
sehingga mereka sempurna pada pusingan mereka, kemudian mereka dikembalikan
semula kepada beberapa pusingan masa.
Kemudian Dia mengeluarkan mereka di dalam bentuk susunan (taraakiib) menurut contoh yang pertama.
Mukmin adalah dalam bentuk atau rupa nasukhiyyah
dan kafir adalah dalam bentuk masukhiyyah
seperti mereka pada zaman Adam yang pertama. Demikianlah berlakunya
ketetapan Allah pada makhluk-Nya dan takdir-Nya pada langit, bumi, syurga serta
neraka-Nya, Dia sentiasa menjadi Raja, Perkasa lagi Kuat, wa s-Salam.
BAB 28
☼Makrifat
tentang masukhiyyah yang kedua dan
perbezaan di antaranya dan masukhiyyah
yang pertama (fi ma‘rifatial-Masukhiyyah
wa al-Farq baina-ha wa baina al-Masukhiyyah al-Uulaa)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya: Apakah alamat pada masukhiyyah yang pertama dan masukhiyyah yang kedua dan apakah
perbezaan di antara kedua? Beliau a.s telah berkata: Alamatnya terletak pada
penghalalan (al-Tahlil) dan
pengharamannya (al-Tahrim).
Justeru sesuatu yang Dia telah mengharamkan penyembelihannya atau
memakannya, maka ia adalah haram sebagaimana pada zaman yang pertama sebelum
zaman kamu ini dan sebelum Adam kamu ini.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah Adam telah wujud
sebelum tujuh Adam, sebelum bumi kita, sebelum langit kita, wujud bumi dan
langit?
Maka beliau a.s telah berkata: Wahai si pelupa[124],
sesungguhnya Allah sentiasa [menciptakan sesuatu]. Sesungguhnya setiap kali Dia
menciptakan bumi, Dia menciptakan makhluk yang menyalahi penciptaan[Nya] yang
pertama. Tidakkah anda melihat kepada masukhiyyah
ini [125] dan
jenis-jenisnya, anda tidak melihat padanya melainkan anda merasa takut kerana
Dia telah mengubah penciptaan-Nya daripada penciptaan yang pertama.
Lantaran itu, Dia telah mengharamkan memakannya dan menyembelihnya,
kerana mereka telah diseksa, disembelih dan dimakan pada masa itu. Sesungguhnya
makanan yang dihalalkan kepada setiap kaum adalah makanan yang diciptakan
daripada maksiat-maksiat mereka. Jika ia tidak diciptakan daripada
maksiat-maksiat mereka, maka memakannya adalah haram ke atas mereka.
Dan alamat yang lain pula-masukhiyyah
tidak halal dimakan atau disembelih- ia tidak [boleh] dijadikan binatang korban
kepada Allah, malah binatang yang halal disembelih atau dimakan sahaja yang
dijadikan korban kepadaNya, kerana ia keluar daripada mereka dan daripada
maksiat-maksiat mereka. Justeru ia menjadi halal untuk kamu memakannya atau
menyembelihnya atau menunggangnya dan kamu boleh mendekatkan diri dengannya
kepada Allah.
Kemudian Abu Abdillah a.s membaca firman-Nya: “Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”[126] Aku
telah berkata: Wahai Maulaaya,
sesungguhnya aku berpendapat bahawa pengharaman itu berlaku selepas bala
dikenakan ke atas mereka sebelum kita. Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, tidakkah
anda melihat, wahai Mufadhdhal, binatang-binatang yang liar (al-Wuhus); musang dan ular umpamanya sama
ada di darat atau di laut yang tidak halal dimakan atau disembelih bahawa
mereka tidak boleh dijadikan [sembelihan] korban kepada Allah.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Ya, wahai Maulaaya, alangkah banyaknya jenis-jenis ini! Beliau a.s telah
berkata: Fahamilah bahawa mereka yang telah diazab pada zaman yang pertama telah
berehat dari kepanasan besi[127].
Kemudian beliau a.s telah merujuk kepada hadis permulaan penciptaan tujuh Adamiyyiin (Adam). Aku telah berkata:
Apakah yang akan berlaku?
Beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Supaya Allah memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan
menjadikan (golongan) yang buruk sebahagiannya di atas sebahagian yang lain,
lalu kesemunya ditumpukkan-Nya dan dimasukkannya ke dalam neraka Jahannam.
Mereka itulah orang-orang yang rugi”[128]
dan firman-Nya: “Katakanlah kepada
orang-orang yang kafir itu: Jika mereka berhenti, nescaya Allah akan mengampuni
mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya
akan berlaku sunnah orang-orang dahulu”[129]
Iaitu pada masukhiyyah dan taraakiib (susunan-susunan badan).
Al-Mufadhdhal telah berkata: Kemudian Maulana
al-Sadiq a.s telah berkata: Kadar [masa] setiap Adam di bumi adalah 7000 tahun
sehingga mukmin menjadi benar-benar bersih. Kemudian dia menjadi malaikat (fa-yakunu malikan), sementara Iblis dan
zuriatnya yang dilaknati tinggal dalam susunan masukhiyyah. Kemudian Allah mengembalikan mukminin dari langit ke bumi,
maka mereka berada di dalam susunan-susunan badan selama 1000 tahun sebagaimana
dilakukan oleh Allah pada mereka yang terdahulu sehingga mereka ditempatkan di
langit yang kedua.
Dia melakukan sedemikian kepada penghuni setiap pusingan masa (ahli kulli al-Daur) dan penghuni setiap Adam (ahli kulli aadam). Dia melakukan perkara yang sama kepada enam Adamiyyiin sebagaimana aku telah
menceritakannya kepada anda, malah pada setiap Adam sehingga Adam yang pertama keluar
pada zamannya dan ini pula [Adam] pada akhir zaman, kemudian [Adam-Adam] pada
pusingan-pusingan selepasnya[130].
Demikian juga keadaannya dengan tujuh langit dan tujuh bumi, tujuh hari dan
tujuh malam.
Dia berfirman: “Dan Kami jadikan
malam sebagai pakaian”[131] Iaitu
manakala mereka dimasukkan ke dalam badan-badan “Dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan”[132]
Iaitu manakala mereka kembali pada waktu siang ke tempat-tempat mereka dari
langit. Perkara itu berlaku apabila mereka mencapai tahap kebersihan jiwa yang
tinggi dengan mendapat kehidupan yang tinggi di syurga yang mana Kami telah
menciptakannya untuk mereka kerana amalan-amalan mereka, wa s-Salam.
BAB 29
☼Makrifat
tentang matahari, bulan, penciptaan dan perumpamaannya, perumpamaan malam dan
siang (fi ma‘rifati al-Syams wa al-Qamar
wa khalqi-hima wa ma mithl al-Lail wa al-Nahaar)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Maulaaya
telah berkata kepadaku: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Allah a.w telah
menciptakan matahari daripda hijab
yang lebih tinggi, iaitu cahaya yang Dia telah menjadikannya sebagai hijab (ihtajaba bi-hi). Demikianlah penciptaan matahari, tetapi Iblis
tidak mengetahuinya dan terus melakukan kesalahan. Ia dinamakan al-Syams (matahari) kerana ia telah
mendapat cahaya daripada Allah dan cahaya itu adalah hijab Allah.
Kemudian matahari dijadikan untuk siang (al-Nahaar) dan Allah telah memilihnya untuknya. Umpama siang (al-Nahaar) sepertilah imam, umpama malam (al-Lail) seperti al-Hujjah,
umpama matahari seperti nabi s.a.w. Bulan telah diciptakan daripada hijab yang paling dekat, maka ia
dijadikan untuk waktu malam dan Allah telah memilihnya untuknya. Ia bertambah
dan berkurang sehingga ia kembali kepada
hijab cahaya. Umpama bulan seperti Amir al-Mukminin di sisi mereka yang
arif. Adapun di sisi mereka yang jahil, maka ia bertambah dan berkurang pada
sifat-sifatnya.
Umpama matahari sepertilah Rasulullah s.a.w berpusing, membesar dan kembali;
ia adalah satu, tidak bertambah dan berkurang. Umpama malam dan siang seperti
mereka yang syak (al-Syaakkiin) dan
mereka yang bertakwa (al-Muttaqiin).
Aku telah berkata: Kenapa bulan tidak disembah selain daripada Allah
sebagaimana mereka menyembah matahari? Beliau a.s telah berkata: Bulan adalah
daripada hijab yang paling dekat.
Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 30
☼Makrifat
tentang bintang-bintang yang lima
dan bintang-bintang yang cahayanya menembus, sebutan langit yang ketujuh,
penghuni-penghuninya dan keadaan-keadaannya (fi ma‘rifati al-Nujuum al-Khamsah wa al-Nujuum al-Thaaqibah wa dhikr
al-Samawaat al-Sab‘ah wa sukkaani-ha wa ahwaali-ha)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya: Apakah bintang-bintang yang lima yang malam dan siang
berjalan di atasnya? Beliau a.s telah berkata:
Iaitu hijab-hijab yang lima yang malam, siang, sembahyang, zakat dan binaan
pada makhluk didirikan. Aku telah berkata: Bintang-bintang yang cahayanya
menembus (al-Nujuum al-Thaaqibah) yang
kita melihatnya di antara langit dan bumi bermacam-macam dan tergantung?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Itulah objek-objek yang bercahaya yang dijadikan
untuk mukminin daripada amalan-amalan mereka.
Begitu juga pada langit [terdapat] objek-objek seperti matahari dan
bulan dilihat oleh selain daripada mereka sebagaimana kamu melihat “objek-objek
yang dihormati” yang bercahaya.
Dan pada setiap langit yang tujuh ini ada Adam yang tetap sebagai mana
Allah telah menciptakan ciptaan yang pertama. Mereka mempunyai martabat dan
darjat yang bermacam-macam di langit. Aku telah berkata kepada Maulaaya: Beritahu kepadaku adakah tujuh
langit itu semuanya satu atau sebahagiannya melebihi bahagian yang lain dan
siapakah penghuni-penghuni setiap langit?
Beliau a.s telah berkata: Langit
pertama adalah tempat tinggal para imam. Langit kedua adalah untuk nuqabaa’ (ketua-ketua). Langit ketiga
adalah untuk nujabaa’ (cerdik
pandai). Langit keempat adalah untuk mereka yang ikhlas. Langit kelima adalah
untuk anak-anak yatim. Langit keenam adalah untuk hijab-hijab. Langit ketujuh adalah untuk abwaab (penjaga pintu makrifat). Semuanya mempunyai sebab-sebab
tertentu keberadaannya pada tempatnya di dalam bidang-bidang tertentu dan
bagaimana dia berperanan di langit-Nya. Wa
s-Salam.
BAB 31
☼Makrifat
tentang ‘Arasy dan tiang-tiangnya (fi
ma‘rifati al-‘Arasy wa arkaani-hi)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah membaca di hadapan Maulaaya al-Sadiq a.s firman-Nya: “Alif laam raa’. Inilah ayat-ayat al-Qur’an
yang mengandung hikmah. Patutkah menjadi kehairanan bagi manusia bahawa Kami
mewahyukan kepada seorang lelaki di antara mereka: “Berilah peringatan kepada
manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahawa mereka mempunyai kedudukan
yang tinggi di sisi Tuhan mereka” Orang-orang kafir berkata:“Sesungguhnya orang
ini benar-benar adalah tukang sihir yang nyata”[133]
Dan firman-Nya: “Dan Dialah yang
menciptakan langit dan bumi dalam enam masa dan adalah ‘Arasy-Nya
di atas air”[134]
Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, adakah anda mengetahui
sesuatu tentang ‘Arasy? Aku telah berkata: Tidak, wahai Maulaaya, ‘Arasy pada batin adalah empat tiang. Iaitu empat orang.
Maka tiang (al-Rukn) yang pertama
adalah Muhammad s.a.w, tiang yang kedua adalah Amir al-Mukminin, tiang yang
ketiga adalah al-Hasan dan tiang yang keempat adalah al-Husain. Aku telah berkata:
Apakah makna firman-Nya: “Dan ‘Arasy-Nya
di atas air”? Al-Sadiq a.s telah berkata: Tidakkah anda mengetahui
tafsirnya? Aku telah berkata: Tidak. Beliau a.s telah berkata: Air (al-Maa’’) adalah ilmu.
Dan sabdanya s.a.w kepada Ali: Inilah ilmu (hadha al-‘Alm). Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Dan Kami turunkan dari langit air yang amat
bersih, agar kamu menghidupkan dengan air itu negeri yang mati dan agar Kami
memberi minum dengan air itu sebahagian besar dari makhluk Kami, binatang-binatang
ternakan dan manusia yang banyak”[135]
Dan Firman-Nya: “Dan sesungguhnya Kami
telah mempergilirkan hujan itu di antara manusia supaya mereka mengambil
pelajaran; maka kebanyakan manusia itu tidak mahu kecuali mengingkari (nikmat)”[136]
Dan makna “Dan Kami turunkan dari
langit air yang amat bersih” ialah ilmu yang telah disucikan Allah dan Dia
memberinya secara khusus kepada para wali-Nya, para nabi-Nya dan orang-orang
pilihan-Nya. “agar kami menghidupkan
dengan air itu negeri yang mati” Kami memberi minum dengan ilmu batin ini kepada
para wali Kami. Dan manakah nikmat[137]
yang lebih besar daripada ilmu ini, wa
s-Salam.
BAB 32
☼Makrifat
tentang gunung-gunung yang kukuh, lautan-lautan yang dalam dan hijab-hijab Adamiyyiin (fi ma‘rifati al-Jibaal al-Rawaasi wa
al-Buhuur al-Zawaajir wa hujub al-Adamiin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulana al-Sadiq a.s tentang firman-Nya: “Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.
Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi
segala sesuatu”[138]
Maka beliau a.s telah menjawab: Tujuh langit (al-Samaawaat al-Sab‘) adalah hijab-hijab
cahaya (al-hujub al-Nuraaniyyah).
Adapun tujuh bumi adalah hijab-hijab
Adamiyyiin yang tujuh. Kemudian beliau a.s
menerangkannya kepadaku.
Beliau a.s telah berkata: Adapun makna firman-Nya: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua
masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya (andaadan)? Demikian itulah Tuhan
semesta alam. Dan Dia menciptakan di bumi gunung-gunung yang kukuh (rawaasia)
di atasnya Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar
makanan-makanannya dalam masa empat masa bagi orang-orang yang bertanya.
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan
asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau
terpaksa” Keduanya menjawab: Kami datang dengan suka hati. Maka Dia
menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada setiap langit
urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang
cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan
Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”[139]
Maka ambillah tafsirannya daripada batin ilmu kami (batin ‘ilmi-naa) yang merupakan rahsia Allah yang tersembunyi (sirr Allah al-Maknuun) dan khazanah
ilmu-Nya. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
tafsirlah kepadaku sesuatu daripada ilmu ini secara khusus dan apakah makna
firman-Nya: “Andaadan” sekutu-sekutu?
Maka beliau a.s telah berkata: Iaitu kamu menjadikan hijab-hijab sebagai sekutu-sekutu, kamu mentaati mereka sebagaimana
kamu mentaati Allah Tuhan semesta alam yang berlindung dengan hijab-hijab ini dan Dia telah menjadikan
padanya gunung-gunung di atasnya. Aku telah berkata: Inilah yang melemahkan
manusia dari tafsirannya.
Maka gunung-gunung (al-Rawaasia)
adalah para imam, wahai Mufadhdhal, jika tidak ada para imam,[140]
nescaya kamu mengsyaki pada agama kamu, kamu telah sesat dan hawa nafsu
memalingkan kamu daripada jalan yang benar. Merekalah yang menghalang kamu tergelincir
sebagaimana firman-Nya: “Dan Dia memocakkan
gunung-gunung (rawaasia) di bumi (al-Ard) supaya bumi itu tidak goncang bersama
kamu”[141]
Iaitu bumi dan bumi adalah mukminun dan gunung-gunung adalah para imam a.s. Wa
s-Salam.
BAB 33
☼Makrifat
tentang Adam yang lain dan zamannya (fi
ma‘rifati Adam aakhar wa‘asri-hi)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Sayyidii telah berkata: Sesungguhnya
Allah telah menurunkan Adam yang lain pada zaman-zaman yang lain dan Dia telah
menciptakan untuknya dan zuriatnya bumi, langit, udara, air, syurga dan neraka
sebagaimana Dia telah menciptakan Adam sebelum mereka, kerana Allah telah
menciptakan pada setiap langit itu syurga daripada amalan-amalan baik Adam dan
zuriatnya.
Dia telah menciptakan pada setiap bumi itu neraka daripada maksiat-maksiat
Iblis dan zuriatnya. Syurga-syurga berada di langit, sementara neraka berada di
bumi. Dia telah menciptakan mata air di syurga dipanggil ‘Ain al-Hayaat (mata air kehidupan). Ia merupakan tempat berehat
mukminin. Apabila mukmin mati, rohnya dibawa sehingga menaiki langit mengikut
kadar imannya.
Kemudian dia dimasukkan ke dalam ‘Ain al-Hayaat, lalu dia melupai segala
dukacita yang berlaku ke atasnya di dunia dan dia memakai badan daripada
cahaya. Kemudian dia tinggal di syurga bersama para malaikat. Kemudian dia
dimasukkan ke dalam cahaya yang lain ketika dirinya keluar, maka dia menjadi
setitik air mani (nutfah), kemudian
rohnya dikembalikan kepada air mani pada masa itu, iaitu ketika dirinya keluar,
wa s-Salam.
BAB 34
☼Makrifat
tentang mukmin, bagaimana mereka dilahirkan, di mana tempat tinggal mereka dan
bagaimana mereka dikembalikan selepas kematian mereka (fi ma‘rifati al-mu’minin wa kaifa yuuladduun wa iana yakuunu
mustaqarra-hum wa kaifa yuradduuna ba‘da mauti-him)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya tentang kelahiran mukminin (miilaad al-Mu’minin)? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak seorang
mukmin yang mati melainkan rohnya dibawa kepada imam Ali, lalu beliau melihat
padanya. Apabila rohnya diuji bersih, maka malaikat naik ke langit dengan
rohnya, lalu dia memasukkanya ke dalam Mata Air (‘Ain) di pintu syurga yang bernama
‘Ain al-Hayaat. Apabila dia keluar, dia memakai badan daripada cahaya
dan dia tinggal di syurga bersama para malaikat dan para nabi.
Janin membesar di perut ibunya. Pada masa rohnya keluar daripada
badannya, maka air mani (nutfah)
terjatuh pada perut ibunya. Dan pada masa itu juga, air mani membesar di badan
sehingga ia menjadi segumpal darah (‘alaqatan).
Apabila ia menjadi segumpal darah, maka malaikat [hanya] mengambil roh kafir
dan mengazabnya di dalam rahim dengan [lumuran] darah, haid, kotoran dan kegelapan
sehingga ia menjadi janin. Roh mukmin di syurga bergembira, sementara roh kafir
diazab sehingga ia menjadi segumpal daging.
Apabila ia menjadi segumpal daging, lalu diambil roh kafir yang terbalik
(mankuus) dan diletakkan pada janin
di rahim. Kemudian dijadikan kedudukan yang bawah ke atas dan digantungkan roh
yang lemah pada badannya sehingga ia membesar. Roh kafir diazab dan digantung
dalam keadaan terbalik dengan lumuran darah dan apa yang ada di perut sehingga
badan menjadi matang.
Apabila sampai masa matangnya, maka malaikat berkumpul kepada roh di
syurga, lalu diambil perjanjian daripadanya dan diambil seorang wanita untuk
menahan rohnya[142].
Apabila roh itu lambat turun, maka wanita itu lambat melahirkan bayinya,
justeru dia mengalami kesakitannya dan pada ketika itu dibentangkan roh kepada
Tuhan. Lantas Dia mengambil perjanjiannya (wanita) untuk diri-Nya selepas
pengambilan malaikat. Kemudian malaikat dan imam turun bersamanya (roh).
Apabila berakhir kepada wanita itu, maka malaikat menakutkan bayi, lalu
dia menggelentar kerana ketakutan kepadanya. Oleh itu, kedudukan yang bawah ke
atas. Lantaran itu, kepalanya keluar sebelum kakinya. Apabila dia keluar, maka
malaikat memasukkan roh ini kepada mukmin. Demikian juga ketika dia dilahirkan.
Beliau a.s telah berkata: Alamat kelahiran mukmin, sesungguhnya bayi
apabila dilahirkan, maka roh dimasukkan padanya, lalu dia melihat ke langit,
kerana melihat kepada imamnya dan kepada malaikat yang menurunkannya. Lantas
mukanya berseri, tersenyum, dan bergembira di hadapan imamnya dan malaikat.
Mukanya tidak masam, maka itulah alamat mukmin.
Apabila imamnya dan malaikat pergi, dia menangis kerana berpisah dengan
mereka. Segala puji bagi Allah Petunjuk dan Penunjuk , Wa
s-Salam.
BAB 35
☼Makrifat
tentang kelahiran kafir (fi ma‘rifati
miilaad al-Kaafir)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya: Bagaimana kelahiran kafir?
Maka beliau a.s telah berkata: Kelahiran kafir, apabila bayi dilahirkan, dia
melihat ke langit kerana takut kepada malaikat yang hadir di hadapannya, maka
mukanya menjadi masam dan terus menangis pada masa itu juga sehingga malaikat
itu pergi. Apabila ketakutannya hilang dan ketenangan datang kepada dirinya,
maka dia berhenti [daripada] menangis.
Alamat kelahirannya adalah apabila rohnya dikeluarkan daripada jasadnya
ketika matinya, maka air mani terjatuh pada masa itu pada perut ibunya. Maka malaikat
datang pada masa rohnya keluar daripada badannya, kemudian mereka mengambilnya
dan membawanya ke udara pertama dari bumi pertama yang ada neraka padanya.
Lantas dia dimasukkan ke dalam Mata Air daripada neraka yang dinamakan Mata Air
Ardhaal. Kerana roh-roh dihina pada Mata Air itu, lalu ia diselam ke dalamnya.
Lantas roh itu mengalami azab Allah.
Jika ia diletakkan di bukit Tihaamah, nescaya ia terbakar. Lantaran itu,
ia melupai sebarang kesenangan dan kelazatan di dunia. Kemudian roh itu berada
di dalam neraka itu selama 40 hari sehingga air mani (nutfah) bertukar menjadi segumpal darah (‘alaqatan). Kemudian malaikat mengeluarkannya daripada azab, lalu ia
dipenjarakan di dalam rahim dan ia sentiasa menghisap darah biasa, haid dan
memakan kotoran sehingga datangnya hari yang ditentukan[143].
Kemudian malaikat azab datang kepadanya. Apabila roh melihat kepadanya, maka ia
menjadi cemas kerana menyangka bahawa ia akan dimasukkan kembali ke Mata Air
itu.
Pada ketika itu, wanita itu melahirkan bayi dengan sukar sedangkan
malaikat hadir bukan dalam bentuk asalnya dan imam a.s juga hadir, maka dia
menakutkanya, maka kepalanya menjadi kebawah, kerana takutkan kepada bentuk
imam[144].
Lantas bayi itu keluar di dalam keadaan menangis, bermuka masam. Kotoran keluar
dari halkumnya dan matanya, menundukkan mukanya kerana ketakutan. Dia terus menangis
sehingga imam dan malaikat pergi, was-Salam.
BAB 36
☼Makrifat
tentang roh-roh yang ditahan di badan (fi
ma‘rifati al-Ruhiin al-Mahbusiin fi al-Badan)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah berkata kepada Maulaaya al-Sadiq a.s: Beritahu kepadaku
tentang roh-roh yang ditahan di badan dan setiap roh ke mana perginya? Beliau
a.s telah berkata: Sesungguhnya salah satu daripada roh itu bernama al-Musyahirah dan daripadanyalah berlaku
bersin, menguap, syak, kegembiraan, dukacita dan kecerdasan di badan.
Justeru apabila seorang itu bersin, maka mereka berkata kepadanya: Yarhamu-kallahu kerana apabila dia
menguap, ia menimbulkan ketegangan di badan. Adapun roh yang akhir yang
tergantung, di antaranya ketika membuang air besar dan mengeluarkan udara yang
busuk. Lantaran itu, angin berjalan di mulut dan di hidung. Oleh itu, ia
menolak apa yang keluar dari bawah manusia dan tidak mengeluarkan apa yang ada
di atas kepala. Dan inilah di antara perubahan roh, wa s-Salam.
BAB 37
☼Makrifat
tentang kelahiran para nabi, para wasi, mereka yang terpilih, para wali, abwaab dan hijab-hijab (fi ma‘rifati
maulid al-Nabiyyiin wa al-Ausiyaa’ wa al-Asfiyaa’ wa auliyaa’ wa al-Abwaab wa
al-Hujub)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah bertanya Maulaaya a.s tentang kelahiran para wasi? Beliau a.s telah berkata:
Ia adalah lebih jauh dari itu… ia adalah lebih jauh dari itu, wahai Mufadhdhal
dan lebih aneh …
Jika kelahiran mukminin di dalam bentuk yang
dijelaskan [dianggap aneh], maka bagaimana pula dengan kelahiran para nabi dan
para wasi? Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Ketahuilah bahawa kelahiran para
wasi berbeza dengan kelahiran mukminin sebagaimana kelahiran mukmin berbeza
dengan kelahiran kafir kerana ibu-ibu para wasi adalah tempat menyimpan rahsia (ummahaat al-Ausiyaa’ mustaudi‘a sirrin)
dan perkara yang mulia daripada Allah (wa
amrun jaliilun mina llahi). Maka al-Mufadhdhal telah berkata: Beritahuku,
wahai Maulaaya, tentang kelahiran
para wasi?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Keajaiban
yang pertama bahawa ibu-ibu para wasi adalah lelaki bukan perempuan (inna umahaat al-Ausiyaa’ zukuurun laa
inaathan). Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
Subhaanallah bagaimana begitu?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya
mereka adalah malaikat di dalam bentuk wanita… Kemudian beliau a.s telah membaca
Surah al-Zukhruf (43): 19 “Dan mereka
menjadikan malaikat-malaikat itu hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah sebagai
orang-orang perempuan. Apakah mereka menyaksikan penciptaan malaikat-malaikat
itu? Kelak akan ditulis persaksian mereka dan mereka akan meminta
pertanggungjawaban” Adakah anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, siapakah yang
dimaksudkan dengannya?
Aku telah berkata: Tidak, wahai Maulaaya. Beliau a.s berkata: Dimaksudkan
dengannya adalah Fatimah…Adakah anda mengetahui siapakah Fatimah, wahai
Mufadhdhal? Aku berkata: Maulaaya
sahaja yang mengetahuinya, maka beliau a.s telah berkata: Anda mengetahui,
wahai Mufadhdhal, sesungguhnya aku telah mengutamakan anda dengan soalan-soalan
anda daripada orang lain, maka al-Mufadhdhal telah berkata: Segala puji bagi
Allah yang telah kurniakan ke atasku tentang perkara ini dan bersyukur di atas
hidayat-Nya dan makrifat-Nya.
Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya:
“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada
manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa
saja yang ditahan oleh Allah, maka tidak seorangpun yang sanggup untuk
melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”[145]
Aku telah berkata: Wahai Sayyidii,
apakah tafsir ayat ini?
Beliau a.s telah berkata: “Apa saja yang Allah anugerahkan kepada
manusia” daripada ilmu batin, maka ia adalah rahmat, kelebihan dan
keistimewaan untuk mereka, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya orang ramai menyangka
bahawa ibu-ibu para wasi melahirkan anak. Tidakkah anda membaca Surah al-Balad,
firman-Nya “wa waalidin wa maa walada (Demi bapa dan apa yang diperanakkan)”[146]?
Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya ayat ini
ada makna batinnya, adakah anda melihat [di dalam ayat itu] bapa dan anak (a taraa-hu waalidan wa mauluudan) atau bapa tanpa anak (waalid wa laa mauluud) dan bagaimana dia menjadi mauluudan (diperanakkan) sedangkan Allah
berfirman: Maa walada (dia tidak
beranak)? Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
ayat ini adakah khusus untuk para wasi sahaja atau untuk semua manusia?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ayat ini untuk para wasi secara khusus.
Dan aku telah berkata: Firman-Nya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
berada dalam susah payah”[147]
Iaitu sesungguhnya manusia (al-Insaan)
dalam ayat itu adalah Abu al-Fadhl[148],
iaitu yang pertama[149]
(inna al-Insaan Abu al-Fadhl wa huwa
al-Awwal) dan setiap sebutan tentang syaitan di dalam al-Qur’an adalah yang
kedua (Kullama kaana fi al-Qur’an min
dhikri li-al-Syaitaan fa-huwa al-Thaani).[150]
Kemudian beliau a.s membaca daripada kitab Allah tentang yang pertama dan yang
kedua.
Beliau a.s telah menyebut yang pertama
dengan kemanusiaan (insaaniyyah) dan
yang kedua dengan kesyaitanan (al-Syaitaaniyyah)
dalam firman-Nya: “Dan (ingatlah) hari
(ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata: Aduhai
kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan besarlah
bagiku, kiranya aku dulu tidak menjadikan si polan itu teman akrab (ku).
Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Qur’an ketika al-Qur’an itu
telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia”[151]
Dimaksudkan dengan ayat itu bahawa yang kedua (Umar) tidak mahu menolong Abu al-Fadhl
(Abu Bakr).
Beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
berada dalam susah payah”[152]
Iaitu yang pertama dalam keadaan syak, kepenatan, kesusahan pada tiga
kegelapan: Perut rahim dan syubhat. Di dalam keadaan ini dia memakan kotoran,
darah [biasa] dan haid, wahai Mufadhdhal, mukmin adalah lebih mulia di sisi
Allah dari memakan perkara tersebut dan anda fikirlah dengan akal anda, malah
mukminin terlepas daripada perkara tersebut.
Adapun para wasi sebagaimana aku telah
menceritakan kepada anda tentang mereka. Kemudian beliau a.s membaca
firman-Nya: “Apakah dia menyangka bahawa
tiada seorangpun yang melihatnya? Dia mengatakan: “Aku telah menghabiskan harta
yang banyak. Apakah manusia itu
menyangka bahawa sekali-kali tiada seorangpun yang berkuasa atasnya”[153]
Malah Kami berkuasa ke atasnya dan
mereka akan diazab. Aku telah berkata: Maulaaya,
Semua manusia binasa? Beliau a.s telah berkata: Manusia itu adalah Syiah kita,
malah binasalah mereka yang mentaati musuh-musuh kita.
Aku telah berkata: Sayyidii, perkara yang aku paling suka adalah tentang kelahiran
para wasi. Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah menjadikan
badan-badan para wasi atau para nabi sebagai tempat untuk para malaikat (inna llaha ansya’a abdaan al-Ausiyaa’
afkhaadhan ilaa al-Mala’ikati) sehingga mereka sampai masa tertentu, ini
berserta kesucian malaikat sebagaimana aku telah menceritakannya kepada anda.
Apabila Allah mahu menzahirkan seorang imam pada zahir bagi memberi pengajaran
kepada makhluk ini, Dia mengutus roh dari sisi-Nya, lalu ia memasuki bayi (al-Mauluud) yang kadang-kadang bersih
daripada kekotoran, dilahirkan [secara aneh] tanpa melalui rahim wanita, kerana
kemasukan roh padanya untuk mendidik umat manusia[154]
dan menzahirkan kebenaran.
Adakah anda mengerti, wahai Mufadhdhal,
apakah umpamanya itu? Aku telah berkata: Aku tidak mengerti, wahai Maulaaya, beliau a.s telah berkata: Kelahiran
seorang imam dan kematiannya bukanlah satu kelahiran dan bukanlah pula satu
kematian (innaa miilaad al-Imam wa
mauta-hu laisa bi-miilaadin wa laa mautin). Ia adalah seperti seorang lelaki
yang memakai baju dan mencabutnya apabila dia kehendaki (inna-ma mithlu-hu mithlu rajulin labisa qamiisan wa naza‘a-hu hiina-maa
sya’a). Lantaran itu, Dia berfirman: “Bagaimana
kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam buaian?”[155]
Lantaran itu, tidakkah anda mendengar
firman-Nya bahawa bagaimana Dia berbicara dengan anak kecil yang masih dalam
buaian? Kemudian al-Sadiq a.s
telah menjelaskan: Sesungguhnya aku bukanlah kanak-kanak, kitab telah datang
kepadaku sebelum kamu melihatku. Sesungguhnya aku telah memasuki ke dalam badan
secara aneh (tahayyuran). Demikian
juga dengan para wasi. Jika mereka masih anak-anak, nescaya mereka tidak
memahami atau tidak dapat berfikir sebagaimana aku telah menceritakan kepada
anda tentang seorang lelaki yang memakai bajunya dan mencabutnya. Segala puji
bagi Allah selama-lamanya, wa s-Salam.
BAB 38
☼Makrifat tentang pembunuhan imam (fi ma‘rifati
qatl al-Imaam)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
berkata kepada Maulaaya al-Sadiq a.s:
Beritahu kepadaku tentang kematian imam dan pembunuhannya dan bagaimana ianya
terjadi? Maka beliau a.s telah tersenyum sehingga ternampak gerahamnya,
kemudian beliau a.s berkata: Mudah-mudahan anda bertanya tentang al-Husain dan
pembunuhannya, pembunuhan Amir al-Mukminin, pembunuhan Zakaria, Yahya, Isa dan
lain-lain.
Aku telah berkata: Terlintas di hatiku
sedemikian, wahai Maulaaya, al-Sadiq
a.s telah berkata: Sesungguhnya mereka itu, wahai Mufadhdhal, adalah pilihan
Allah, para wali-Nya, tetapi anda
menyangka bahawa Dia merasakan mereka kepanasan besi di tangan musuh-musuh
mereka. Itu adalah pada zahirnya [sahaja] bagi menguatkan hujah Allah ke atas mereka. Adapun sama ada mereka
dibunuh atau mereka disembelih, maka Allah menjaga para wali-Nya dan
pilihan-Nya daripada perkara tersebut. Wa
s-Salam.
BAB 39
☼Makrifat tentang pembunuhan al-Husain pada
batin (fi ma‘rifati Qatl al-Husain fi
al-Baatin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaana al-Sadiq a.s
tentang firman-Nya: “Dan Kami tebus anak
itu dengan penyembelihan yang besar”[156]
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Hasan pada zaman Ibrahim adalah
Ishaq dan al-Husain adalah Isma‘il. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, beritahu kepadaku tentang
kisah al-Masih? Beliau a.s telah berkata: Adakah anda berpendapat bahawa
al-Masih itu lebih baik di sisi Allah daripada semua nabi, para rasul dan para
wasi yang disucikan?
Apabila Allah mahu menzahirkan sesuatu,
maka Dia menzahirkan sebahagiannya untuk menunjukkan yang zahirnya di atas yang
batinnya dan Dia menunjukkan sebahagiannya di atas kesemuanya supaya mereka
tidak menjadi takbur di atas kudrat Allah dan tidak terputus kebesaran Allah
daripada para nabi-Nya, para wasi-Nya dan pilihan-Nya. Al-Husain bin Ali adalah
lebih mulia di sisi Allah dari merasakannya besi di tangan mereka yang kafir.
Apatah lagi untuk merasakannya kepanasan besi. Sesungguhnya di sisi Allah
kehalusan tadbir-Nya terhadap para wali-Nya dan Dia menyelamatkan mereka
daripada musuh-musuh-Nya.
Dia membinasakan musuh-musuh-Nya dan
musuh-musuh para wali-Nya dengan hujah yang menyampaikan. Sesungguhnya Allah
Maha Adil dan Dia tidak zalim. Dia Maha
Penyantun tanpa cenderung kepada kezaliman. Sesungguhnya Dia telah melakukan
kepada al-Husain perbuatan yang tidak dilakukan kepada al-Masih, Zakaria dan
Yahya, malah tidak kepada seorangpun daripada para nabi-Nya. Sesungguhnya
penyembelihan pada zahirnya adalah kepada Isma‘il yang ditebus dengan
penyembelihan yang besar, iaitu al-Husain itu sendiri, namanya dan nasabnya.
Dan tidak ada di antara kedua itu perbezaan seolah-olah mereka berdua adalah
satu.
Sesungguhnya beliau a.s telah disembelih
pada zahirnya lebih daripada 1000 kali mengikut sangkaan ahli kufur.
Sesungguhnya umpamakan al-Husain sepertilah al-Masih dan firman-Nya: “Dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami
telah membunuh al-Masih, Isa putra Maryam, Rasulullah, pada hal mereka tidak
membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi orang yang diserupakan dengan
Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang Isa
benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai
keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka,
mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa, tetapi Allah
telah mengangkat Isa kepada-Nya”[157]
Maka inilah sifat pembunuhan para nabi,
para wasi dan para wali. Allah melakukan apa yang Dia kehendaki. Kemudian
al-Sadiq a.s berkata: Apakah pendapat ahli Kufah tentang ayat ini, wahai
Mufadhdhal? “Sesungguhnya aku melihat
dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia
menjawab” Hai bapaku, kerjalah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah
kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar. Tatkala keduanya telah
berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya) (nyatalah
kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: Hai Ibrahim, sesungguhyn kamu
telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan
kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian
yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan penyembelihan yang besar”[158]
Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah anda
mahu, wahai Maulaaya, pendapat Syiah
anda atau pendapat selain daripadanya? Beliau a.s telah berkata: Aku mahu
pendapat selain daripada pendapat Syiahku. Maka aku telah berkata bahawa mereka
berkata: Sesungguhnya yang telah menebus Isma‘il itu adalah penyembelihan yang
besar iaitu kibas gemuk (kabsyun amlah)
yang telah keluar dari syurga[159].
Al-Sadiq a.s telah berkata: Subhanallah, sesungguhnya Allah tidak
menciptakan sesuatu di syurga, kemudian Dia mengazabnya pula dengan pembunuhan.
Sesungguhnya ini juga di antara kekafiran mereka kerana menyangka bahawa Allah
mengeluarkan kibas daripada syurga, lalu menyembelihnya tanpa jenayah dan dosa.
Allah Maha Adil tidak zalim. Wahai Mufadhdhal, beritahu kepadaku tentang
penebus (al-Mufdii)[160]
dan orang yang ditebus (al-Mufdaa)[161],
manakah yang lebih besar nilainya? Aku telah berkata: Bagaimana? Beliau a.s
telah berkata: “Dan Kami tebus anak itu dengan
penyembelihan yang besar”[162]
Dia telah menjadikan urusan yang besar kepada yang ditebus[163].
Al-Sadiq a.s telah berkata: Aduhai
dukacitanya anda, wahai Mufadhdhal, jika manusia mengetahui urusan
penyembelihan yang besar itu, nescaya lamalah kehairanan mereka dan hilanglah
pertimbangan mereka. Kekafiran dan permusuhan mereka makin bertambah terhadap
Allah dan Rasul-Nya, tetapi Dia telah menutup mata mereka, mengunci mati hati
mereka dan mengharamkan mereka dari mengetahui simpanan rahsia-Nya.
Wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya kibas yang telah menjadi tebusan kepada al-Husain
(Isma‘il) itu adalah al-Adlam; Adlam Quraisy[164]
pada hari itu adalah seorang syeikh di dalam susunan seekor kibas (wa-huwa yaima’idhin syaikhun fi tarkiib kabsyin).
Tidakkah anda melihat, wahai Mufadhdhal,
dua tanduknya tergantung di Bait Haram? Aku telah berkata: Ya, wahai Maulaaya: Itulah dua tanduk kibas itu
yang telah menjadi tebusan kepada al-Husain[165].
Kemudian al-Sadiq a.s tersenyum sehingga ternampak gerahamnya. Aku telah berkata:
Apakah yang membuatkan anda tersenyum?
Beliau a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya manusia apabila mereka berkumpul di Makkah
al-Mukarramah pada musim haji, mereka suka melihat kepada dua tanduk kibas ini
dengan kagum kerana ia dari syurga, tetapi kami melihat kepadanya dengan
hairan, sesungguhnya kedua-dua tanduk itu daripada al-Adlam. Orang ramai kagum
dengan suatu perkara sedangkan kami kagum dengan perkara yang menyalahinya.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, apakah pendapat Syiahku mengenainya? Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, diriwayatkan daripada Jabir
daripada al-Baqir tentang firman-Nya: “Dan
Kami tebus anak itu dengan penyembelihan yang besar”[166]
Sesungguhnya Ishaq adalah al-Hasan dan al-Husain adalah Isma‘il.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Mereka telah
berkata benar tentangnya. Justeru al-Husain adalah lebih besar di sisi Allah dari
disembelih, tetapi manusia tidak mengetahui kedudukan para wali Allah sedangkan Syiah kita mendengar ilmu
kebatinan (al-Baatin) daripada kami
tentang ilmu Allah, ilmu wasi-Nya dan ilmu Rasul-Nya Muhammad, kemudian mereka
menyampaikannya kepada saudara-saudara mereka yang mukmin.
Mereka tidak mahu menerima kebatilan
iaitu yang paling besar di sisi Allah. Allah lebih mengetahui tentang
penyantunan-Nya dan pentadbiran-Nya, Dia berfirman: “Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang
akan ditanya”[167].
Dia berfirman: “Allah membuat
perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat”[168]
Dia berfirman: “Perhatikan bagaimana Kami
menjelaskan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah
bagaimana mereka berpaling (dari ayat-ayat Kami)”[169]
Allah telah memberi perumpamaan-perumpamaan di dalam Kitab-Nya, tetapi manusia
tidak mengetahui.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, demi Allah, anda telah
menyembuhkan aku dan anda telah menghilangkan segala dukacita dan keresahan
daripadaku. Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah adalah penawar
kepada apa yang ada di dada, memberi hidayah dan rahmat-Nya kepada mukminin. Ilmu
batin adalah penawar kepada hati. Aku telah berkata: Segala puji bagi Allah di
atas perkara itu. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, inilah sebab
penyembelihan kibas, tidakkah aku telah menjelaskan kepada anda tentang mereka yang
telah berkumpul untuk membunuh al-Husain? Aku telah berkata: Ya, wa s-Salam.
BAB 40
☼Makrifat tentang pembunuhan al-Husain
secara batin pada zaman Bani Umayyah (fi
ma‘rifati qatl al-Husain ‘ala al-Baatin fi zamani Bani Umayyah)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Beritahu
kepadaku, wahai Maulaaya, tentang
kisah al-Husain dan bagaimana pembunuhan serta penyembelihannya telah diserupakan dengan orang lain
sebagaimana pembunuhan al-Masih. Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal,
ini adalah rahsia di antara rahsia-rahsia Allah yang telah menimbulkan tanda tanya,[170]
tetapi para wali-Nya dan hamba-hamba-Nya yang ikhlas mengetahuinya.
Sesungguhnya imam memasuki pada
badan-badan secara sukarela atau paksaan dan dia keluar daripadanya apabila dia
mahu secara sukarela atau paksaan sebagaimana salah seorang daripada kamu
mencabut jubahnya dan bajunya tanpa keberatan dan syak. Manakala mereka telah
berkumpul kepada al-Husain untuk membunuhnya, maka dia keluar daripada badannya
dan Allah mengangkatnya kepada-Nya dan menegah musuh-musuh daripadanya. Dialah
Yang Maha Berkuasa, Dia mampu mempercepatkan azab mereka, tetapi Dia Maha
Penyantun, Maha Bengis, tidak takutkan sebarang kekuatan. Dia tidak menyalahi
janji-Nya.
Dia berfirman apa yang Dia mahu dan Dia zahir
pada hijab yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya orang yang mempercepatkan balasan adalah orang yang takutkan
kekuatan. Adapun Allah, apabila Dia mahu menciptakan sesuatu, Dia berfirman: “Jadilah, maka terjadilah ia”,[171]
justeru Dia tidak menyegerakan balasan-Nya. Sesungguhnya al-Husain manakala
beliau keluar ke Iraq ,
Allah melindunginya (muhtajibun bi-hi).
Beliau tidak bermalam di satu rumah melainkan Jibrail datang kepadanya,
bercakap kepadanya sehinggalah ke hari yang mana tentera-tentera berkumpul untuk
memeranginya, kuda-kuda diatur di sisinya dan bermulalah peperangan.
Ketika itu, Maulaana al-Husain telah menyeru Jibrail dan berkata kepadanya:
Wahai saudaraku, siapakah aku? Dia telah berkata: Anda [hamba] Allah yang tiada
tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Perkasa, Yang Memati dan Yang Menghidup.
Andalahlah yang memerintahkan langit, maka ia mentaati anda begitu juga dengan
bumi, maka ia akan menyempurnakan perintah anda. Gunung menyahuti seruan anda,
begitu juga dengan lautan bersegera mentaati anda.
Tipu muslihat dan kemudaratan tidak akan
sampai kepada anda, al-Husain telah berkata: Wahai Jibrail, maka Jibrail telah
berkata: Labbaika ya Maulaaya,
Al-Husain telah berkata: Tidakkah anda melihat makhluk yang terbalik ini (al-Khalq al-Mankuus) bercakap untuk
membunuh tuan mereka (sayyida-hum)
kerana kelemahan mereka, tetapi mereka tidak sampai kepadanya dan tidak sampai
kepada para wali Allah sebagaimana mereka tidak sampai kepada Isa dan Amir al-Mukminin
Ali, tetapi mereka melakukan sedemikian untuk dikenakan azab ke atas mereka
selepas hujah dan keterangan.
Al-Husain telah berkata kepada Jibrail,
pergilah kepada yang terkutuk itu, yang sesat, penentang yang terbalik dan
katakan kepadanya: Siapakah mereka yang anda mahu perangi? Beliau a.s telah
berkata: Jibrail telah pergi di dalam bentuk seorang lelaki asing yang tidak
dikenali, lalu dia berjumpa dengan Umar bin Sa‘d ketika dia sedang duduk di
atas kursinya di kalangan penglima-penglima tenteranya, pengawal-pengawal
peribadinya dan penjaga-penjaga pintunya, maka Jibrail telah menyeberangi
saf-saf mereka sehingga dia sampai kepadanya dan berdiri di hadapannya.
Manakala Umar bin Sa‘d melihat kepadanya,
maka dia menjadi takut dan berkata kepadanya: Siapakah anda? Jibrail telah
berkata: Aku adalah seorang hamba daripada hamba-hamba Allah, aku datang untuk
bertanya anda bahawa siapakah yang anda mahu perangi? Dia telah berkata: Aku
mahu memerangi al-Husain bin Ali, ini adalah surat Ubaidillah bin Ziyad memerintahkan aku
supaya aku membunuh al-Husain bin Ali dan aku akan mengemukakan kepalanya
kepadanya dan menjauhi al-‘Askar. Maka dia telah berkata kepadanya: Celaka
anda, anda mahu membunuh [hamba] Tuhan semesta alam, Tuhan mereka yang terdahulu
dan mereka yang terkemudian.
Pencipta langit dan bumi dan di antara
keduanya. Manakala Umar bin Sa‘d mendengarnya, dia menjadi takut dan berkata
kepada penglima-penglimanya: Ambillah dia, maka bersegeralah kepada tiang dan
pedang[172].
Beliau a.s telah berkata: Dia telah meludah di muka mereka, lantas mereka
menudukkan muka mereka daripada kesan-kesannya di dalam keadaan terbalik,
kemudian Umar bin Sa‘d yang terkutuk turut menundukkan kepalanya di atas kursi
dalam keadaan terbalik. Manakala dia dan para sahabatnya sedar kembali,
tiba-tiba Jibrail telah keluar dan mereka tidak melihatnya lagi, maka Umar bin
Sa‘d bertambah takut, lalu melihat kepada para sahabatnya sambil berkata:
Neraka Wail bagi kamu, adakah kamu mendengar apa yang telah berlaku kepada kamu,
adakah kamu melihat apa yang kamu telah melihatnya?
Mereka telah berkata: Kami tidak melihat
dan kami tidak mendengar bahawa seorang lelaki berjumpa dengan raja seperti
anda yang mempunyai ramai penjaga pintu, askar dan penglimanya sehingga seorang
lelaki asing datang kepadanya yang mana tidak ada seorang mengetahui dan
menyedarinya sehingga dia berada di hadapan anda, lalu bercakap sebagaimana dia
telah bercakap dengan anda. Kemudian anda dan kami hampir mengambilnya dan
membunuhnya, lalu dia meludah pada muka-muka kita, justeru kita menunduk [kepala
kita] dengan tercengang-tercengang.
Maka Umar bin Sa‘d telah berkata:
Beritahu kepadaku apakah ini semua dan bagaimana tindakannya? Maka seorang
syeikh di kalangan hadirin telah bercakap dan berkata: Semoga Allah memperbaiki
amalan anda, wahai Amir, janganlah terpengaruh dengan apa yang anda telah
melihatnya, mungkin Iblis telah menjelma kepada kami dan anda untuk
menakut-nakutkan kita.
Umar telah berkata: Celaka anda, sesungguhnya
Iblis adalah di kalangan pembantu-pembantu kita, sedangkan kami adalah di
kalangan partinya dan tenteranya bersetuju untuk membunuh anak lelaki kepada
anak perempuan Rasulullah, bagaimana dia mengkhianati kita dan menakut-nakutkan
kita pula?
Adapun urusan lelaki ini, maka ia
merisaukan, lalu seorang lelaki di kalangan mereka telah berkata: Semoga Allah
memperbaiki anda, wahai Amir, aku mengetahui lelaki itu dan tidak ada yang
mengetahuinya selain daripadaku. Dia telah berkata: Jelaskan kepadaku apa yang
ada pada sisi anda. Lelaki itu berkata: Sesungguhnya al-Husain dan bapanya
mengamal ilmu sihir, tentu sekali perkara ini telah sampai kepada anda tentang
Ali bahawa dia menyangka sihirnya berkesan, dia berkata: Betul dan tepat sekali
pendapat anda.
Sesuatu tentang sihirnya telah sampai
kepadaku, urusan kita ini tidak boleh dilakukan melainkan dengan sihir
sebagaimana anda telah menyebutnya sehingga ke saat ini. Jika anda tidak
mengingatkan aku tentang sihirnya, nescaya ia terserlah kepadaku ketika
memeranginya. Sesungguhnya aku hampir meninggalkannya, tetapi bawakan kepadaku busur
panahku, kerana ia menguatkan hatiku dan menghilangkan ketakutanku. Aku
menjadikan kamu saksiku bahawa Ali bin Abu Talib dan anak lelakinya al-Husain
terlepas daripada ilmu sihir.
Kemudian dia melepaskan [anak] panahnya seraya berkata kepada
tentera-tenteranya: Sesungguhnya aku orang yang pertama melepaskan [anak] panahnya kepada askar tukang sihir.
Dan dia telah memerintahkan
tentera-tenteranya supaya bersiap sedia dengan senjata mereka bagi memerangi
anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah s.a.w. Mereka yang pertama dalam barisan
depan adalah dua lelaki Habsyah yang berbadan besar, seolah-olah mata mereka
berdua seperti bara api. Manakala al-Husain melihat kepada mereka berdua,
beliau berkata: Wahai Jibrail, aku mahu anda mendatangi aku dengan dua orang
lelaki ini dalam bentuk masukhiyyah.
Maka ketika itu Jibrail menghulur
tangannya, lalu mengambil mereka berdua daripada belakang kuda mereka berdua.
Maka dia telah membawa mereka berdua di hadapan Maulaana al-Husain. Tiba-tiba mereka berdua adalah dua ekor kibas
yang gemuk (humaa kabsyaani amlahaani).
Maka al-Husain telah memekik dengan kuat dan berkata: Kembalilah kamu berdua
kepada asal kamu, tiba-tiba mereka berdua adalah dua lelaki hitam yang
dilaknati, pada otak mereka berdua dimasuki besi dan keluar ke dubur.
Al-Husain telah berkata: Wahai Jibrail,
siapakah dua lelaki yang dilaknati ini? Dia telah berkata: Wahai Maulaaya, ini adalah Sa‘d[173]
dan Mu‘awiyah[174].
Al-Husain telah berkata: Dekatkan kepadaku, wahai dua orang yang dilaknati,
beliau a.s telah berkata: Bagaimana kamu berdua telah melihat azabku dan
dendamku di dalam masukhiyyah kamu
berdua? Mereka berdua berkata: Sesungguhnya kami telah melihat azab yang pedih,
maka kami dikeluarkan dari masukhiyyah
kepada badan-badan manusia, maka kami telah mengetahui jalan kebenaran.
Justeru kasihanilah kami dengan rahmat
daripada Engkau, wahai Yang Maha Pemurah. Al-Husain telah berkata: Tidak, Allah
tidak akan memberi rahmat kepada kamu berdua. Kamu berdua dikembalikan kepada masukhiyyah selama 1000 tahun daripada
lembaga ke lembaga yang lain yang mengazab kamu berdua sebagai balasan apa yang
kamu berdua buat. Mereka berkata: Ampunilah kami, maka beliau a.s telah
berkata: Tidak ada keampunan untuk kamu berdua, kerana rahmat dan kemaafan-Nya
untuk para wali dan mereka yang terpilih. Sesungguhnya dendam, kebengisan dan
azab-Nya adalah untuk musuh-musuh-Nya yang zalim. Kemudian beliau a.s telah melaung
kepada mereka berdua, tiba-tiba mereka berada di tempat yang lain.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, di manakah mereka berdua telah
pergi? Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya mereka berdua telah pulang
kepada sahabat mereka berdua untuk memerangi al-Husain. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Wahai Maulaaya, adakah
bersama al-Husain pada hari itu mukmin yang mentauhidkan Allah? Al-Sadiq a.s telah berkata: Bersama-samanya
seorang mukmin muwahhid dan anda akan
melihatnya bersama kami.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Abu al-Khattab
telah hadir, maka aku telah berkata: Dengarlah, wahai Abu al-Khattab apa yang
dikatakan oleh Maulaaya al-Sadiq a.s:
Abu al-Khattab telah berkata: Ya, aku telah berada bersama-samanya. Kemudian Maulaana Ja‘far al-Sadiq kembali kepada percakapannya.
Maka beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya al-Husain manakala mereka melingkunginya, meminta Jibrail, Mikail
dan Israafil, lantas mereka menyahuti seruannya: Labbaika, wahai tuan kami, maka beliau a.s berkata: Bawakan aku ke
udara, maka al-Husain dan Jibrail berada di udara. Kemudian beliau a.s membaca
firman-Nya: “Mereka tidak beriman
kepada-Nya hingga mereka melihat azab yang pedih”[175]
Maka Dia telah mengambil mereka dengan pengambilan yang kuat dan keras.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya,
adakah aku akan melihat Jibrail, Mikail dan Israafil?
Beliau a.s telah berkata: Ya, al-Mufadhdhal
telah berkata: Adakah dalam satu rupa atau rupa yang bermacam-macam? Beliau a.s
telah berkata: Malah dalam rupa kita. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, bilakah aku dapat melihatnya? Beliau a.s telah berkata: Anda akan melihatnya
pada hari ini. Al-Mufadhdhal telah berkata: Di mana? Maka beliau a.s telah
berkata: Di rumah kita ini. Aku telah berkata: Bilakah masanya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sekarang
juga, adakah anda mahu dia bercakap dengan anda? Aku telah berkata: Ya, demi
Allah. Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu al-Khattab, adakah anda Jibrail? Abu
al-Khattab telah berkata: Demi Allah, aku adalah Jibrail, akulah yang telah
diarahkan oleh al-Husain a.s kepada yang dilaknati Umar bin Sa‘d, akulah, demi
Allah, yang telah bercakap dengannya, akulah yang telah memukul mukanya dan
para sahabatnya di neraka. Akulah yang mengendalikan azabnya dengan
perintah-Nya.
Akulah sahabat Adam yang pertama dan Dia
telah memerintahkan aku, maka akulah yang memekik dengan pekikan yang pertama,
lalu aku telah memotong anggota-anggota dan mengikat mereka dengan rantai dan belenggu.
Akulah sahabat Nuh dan dakwah kaumnya kepada penyembahan Allah dan keesaan-Nya,
tetapi mereka tidak mahu melakukan ikrar kepada-Nya, lalu aku pisahkan mereka
dengan ribut taufan.
Akulah sahabat Ibrahim ketika mereka
menentangnya dan mencampakkannya ke dalam api. Aku, demi Allah, telah berada
bersama-samanya, maka kepanasan api tidak membakarkan aku dan dia. Akulah
sahabat Danial, Tabut dan Mashaf-mashaf. Akulah, demi Allah, telah menulisnya
dengan tanganku dan khatku. Aku tidak pernah syak tentang ketuhanan-Nya. Akulah
sahabat Musa, Isa dan Muhammad. Akulah Abu al-Khattab dan Abu al-Tayyibaat.
Akulah yang telah melaung dengan satu laungan kepada ahli Mu’tafikat, maka aku
telah memusnahkan mereka.
Aku di depanku, setiap imam pada setiap
masa dan zaman di atas rupa yang bermacam-macam dan nama yang pelbagai. Aku
bersama al-Qaim, aku memusnahkan mereka yang zalim dengan pedangnya, dia
menyuruhku, maka aku mentaatinya. Akulah yang menghidup dan mematikan. Aku memberi
rezeki dengan izin Tuhanku. Kemudian dua orang lelaki yang aku tidak kenali
datang, maka al-Sadiq a.s telah berkata: Adakah anda kenal dua lelaki ini? Aku
telah berkata: Tidak, wahai Maulaaya.
Beliau a .s telah berkata: Inilah Mikail
dan Israafi, salah seorang daripada mereka berdua telah berada di timur dan
seorang lagi di barat. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah mereka berdua buat? Maka beliau a.s telah berkata:
Aku telah mengarahkan mereka berdua di dalam satu hajat (misi). Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah mereka
berdua telah berada bersama-sama anda pada masa Rasulullah dan pada masa Amir
al-Mukminin Ali? Abu al-Khattab telah berkata: Ya, di masa Isa, Musa, Ibrahim
dan Nuh. Dan sebelumnya mereka berdua telah berada pada masa Adam a.s.
Al-Mufadhdhal
telah berkata: Maha Besar Tuhanku, alangkah besarnya urusan-Nya. Maulaaya al-Sadiq a.s telah melihat
kepadaku dan berkata: Wahai Mufadhdhal, anda telah dikurniakan kelebihan yang
banyak dan anda telah mempelajari ilmu kebatinan. Justeru hendaklah anda
merahsiakan rahsia Allah dan tidak boleh mengetahuinya melainkan seorang wali
(hamba) yang ikhlas.
Jika anda mendedahkannya kepada
musuh-musuh kita, maka anda seolah-olah membunuh diri anda sendiri. Aku telah
berkata: Sesungguhnya aku akan mematuhinya. Dan aku, wahai Maulaaya, melihat keanehan di dalam merahsiakannya kepada makhluk ini dan
manusia semuanya. Bagaimana anda berwasiatkan kami supaya merahsiakannya? Beliau
a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Allah a.w lebih suka disembah
secara rahsia (ahabba subhaanahu an
yu‘bada sirran). Aku telah berkata: Anda memang benar, wahai Maulaaya wa Sayyidii. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 41
☼Makrifat tentang kisah Salman bersama Umar
ketika diarah oleh Amir al-Mukminin supaya membahagi-bahagikan hartanya dan penjelasan
keadaan yang berlaku(fi ma‘rifati qissati
Salmaan ma‘a ‘Umar hiina wajjaha-hu amir
al-Mu’minin li-yafukka qarni-hi wa al-Haal fi dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Maulaana al-Sadiq a.s telah berkata:
Sesungguhnya berita tentang Umar telah sampai kepada Amir al-Mukminin Ali, lalu
beliau a.s mengutus Salman al-Farisi kepadanya. Manakala beliau melihatnya
(Umar), maka beliau berkata: “Amir al-Nihal[176] bertanya anda tentang kata-kata anda dan
polan pada hari ini? Maka aku benci untuk mendedahkannya kepada kamu berdua,
tetapi kita mesti membahagi-bahagikan dua karung harta ini yang dibawa kepada
kamu berdua dari Khurasan”.
Salman telah berkata: Manakala aku telah
berkata kepadanya sedemikian, maka mukanya telah berubah iaitu al-Adlam[177]
dan barang di tangannya terjatuh
sementara anggotanya menggelentar. Maka Umar[178]
telah berkata: Adapun tentang percakapan, wahai Salman, yang telah berlaku pada
pagi kelmarin, maka tidak ada seorangpun yang mengetahuinya melainkan aku dan
polan. Tidak ada seorangpun yang akan membocorkan rahsia sahabatnya, maka di
manakah sahabat anda telah mengetahuinya?
Adapun harta yang dibawa kepadaku dari
Khurasan, demi Allah, tidak ada seorangpun mengetahui tentangnya bahawa ia
ditujukan kepadaku melainkan sahabatku itu.
Dan tidak seorangpun di kalangan ahli
Madinah memahaminya selain daripadaku. Aku tidak melihat Ali bin Abu Talib
selain dari tukang sihir yang mengetahui setiap sesuatu. Ya, aku akan
memberitahu kepada anda tentang sihirnya, wahai Salman, maka Salman telah
berkata. Maka aku telah memintanya supaya dia menceritakannya kepadaku. Umar
telah berkata: Sesungguhnya aku membenarkan percakapan ini dan aku tidak
menyembunyikan sesuatu kepada anda.
Aku wajib memberitahu anda tentang sihir
anak lelaki Abu Talib dan ramalannya. Adakah anak lelaki Abu Talib telah
menceritakan kepada anda tentang perkara ini sehingga aku menyebutnya pula?
Salman telah berkata: Tidak. Maka Umar telah berkata: Sesungguhnya aku akan
menceritakan kepada anda tentang satu cerita yang mana anda menyaksikan bahawa
tidak ada di timur dan di barat dunia tukang sihir yang lebih pintar daripada
Abu Talib.
Kemudian dua matanya menjadi merah dan
berkata kepada Salman…ianya jauh sekali… ianya jauh sekali, katakan kepada
sahabat anda Ali bahawa dia memakai baju yang bukan bajunya. Salman telah
berkata: Aku berpura-pura tidak memahaminya dan aku telah berkata kepadanya:
Wahai Umar, bagaimana dia memakai baju yang bukan bajunya sedangkan dia
mempunyai satu baju sahaja? Maka dia melihat kepadaku dan menyangka bahawa aku
tidak faham apa yang dikatakan olehnya, lalu dia ketawa dan berlembut denganku.
Dia berkata: Wahai Salman, aku kasihan
kepada anda, mengabaikan apa yang menjadi hak anda. Sesungguhnya anda telah
meninggalkan kami dan sentiasa bersahabat dengan anak lelaki Abu Talib. Jika
anda cenderung kepada kami, nescaya anda akan memilliki apa yang kami miliki,
bertanggungjawab bersama, tanpa menolak atau menentang anda. Sesungguhnya aku
memberi peringatan kepada anda tentang anak lelaki Abu Talib, janganlah anda
tertipu dengan apa yang anda lihat daripadanya. Adakah anda mengerti apa yang
aku telah lihat daripada sihirnya?
Aku telah berkata: Apakah yang anda
telah lihat? Dia telah berkata: Pada suatu malam aku telah berada di rumahku.
Aku telah berada bersamanya dalam suatu perkara di antara aku dan dia. Dalam keadaan
kami sedemikian, percakapan kami telah berlarutan. Maka dia telah berkata
kepadaku: Tinggallah pada tempat anda sehingga aku pergi dan kembali kepada
anda.
Maka diapun keluar daripadaku. Dia telah
menghilangkan diri seketika sehingga dia kembali lebih cepat daripada sekelip
mata, memakai serban putih di kepalanya dan di atasnya debu. Maka aku telah
berkata kepadanya: Di manakan anda telah pergi? Dia telah berkata: Sesungguhnya
sekumpulan malaikat telah tiba dalam [pakaian] tentera dan bersama-sama mereka
adalah Rasulullah yang mahu [pergi] ke sebuah bandar di timur bernama Syakhur
terletak di tempat matahari naik.
Maka aku telah berdiri dan mengucap
selamat datang kepada Rasulullah. Kemudian aku telah memberi salam kepadanya.
Debu-debu yang anda melihatnya, wahai Umar, di atasku adalah daripada debu-debu
malaikat. Maka aku telah ketawa, wahai Salman, daripada kata-katanya dan aku
telah berkata kepadanya: Bagaimana berlaku demikian sedangkan lelaki itu (al-Rajulu) [179]telah
mati semenjak lima
tahun yang lalu dan anda menyangka bahawa anda telah berjumpa dengannya pada
waktu ini dan anda telah memberi salam kepadanya? Ini tidak akan berlaku
selama-lamanya.
Maka dia telah melihat kepadaku dengan
penglihatan yang ringan. Kemudian dia telah berkata: Aduhai dukacitanya anda,
adakah anda membohongi aku? Maka aku telah berkata kepadanya: Janganlah anda
marah, wahai anak lelaki Abu Talib. Ini tidak akan berlaku dan tidak [pernah]
didengar seumpamanya. Dari mana anda membawanya? Maka Amir al-Mukminin berkata:
Adakah anda suka aku membentangkannya kepada anda bersama-sama para malaikat?
Manakala aku mendengarnya, maka aku
berkata kepadanya: Ya, bagaimana aku tidak suka melihat perkara yang ajaib
seperti ini. Maka Ali telah berkata kepadaku: Berdirilah bersama kami, kemudian
dia telah mengeluarkan aku ke jalan Madinah. Lalu menyapu mataku dan berkata
kepadaku: Lihatlah. Maka akupun tiba-tiba melihat kuda-kuda yang tidak
terhitung bilangannya melainkan Allah, tiba-tiba Rasulullah datang bersama-sama
malaikat, maka aku tidak mengingkarinya sesuatu selain dia mempunyai kepala dan
janggut yang putih[180]
Kemudian aku terus hairan sehingga Rasulullah melintasi aku dan pergi
bersama-sama malaikat dan kuda-kuda.
Aku melihat kepada kesannya, lalu
sahabat anda melihat kepadaku dan berkata: Adakah anda melihat apa yang aku
telah menceritakan kepada anda? Aku telah berkata: Ya. Aku menjadi hairan apa
yang aku telah lihat. Kemudian dia telah menyapu dengan tangannya pada mataku,
tiba-tiba aku tidak melihat kepada debu-debu dan kuda-kuda itu. Manakala dia
melakukan apa yang dia telah melakukannya kepadaku dan memperlihatkan kepadaku
apa yang aku telah melihatnya, maka aku menjadi takut kepadanya dan aku
mengetahui bahawa dia adalah tukang sihir yang alim.
Justeru janganlah sihirnya memperdayakan
anda, wahai Salman, jauhilah dia dan rahsialah apa yang berlaku di antara aku
dan anda. Jadilah daripada kami dan kepada kami sehingga aku menjadikan anda
gabenor dan aku berikan anda al-Madaa’in[181].
Apabila anda mahu aku akan melantikkan anda gabenor di negeri Farsi. Aku harap
anda tidak memberitahu kepada anak lelaki Abu Talib apa yang aku telah
memberitahu kepada anda, kerana aku tidak terselamat daripada sihirnya. Salman
telah berkata: Adakah anda telah melihat perkara lain daripadanya?
Umar telah berkata: Aku telah melihat
perkara yang lebih aneh daripada itu… Iaitu bahawa Ali apabila dia marah, dia
mengeluarkan busur panah, melontarnya ke tanah, tiba-tiba ia bertukar menjadi
seekor ular yang besar menyerupai ular Musa. Ia membuka mulutnya sebagaimana
ular membuka mulutnya di sisi Fir‘aun. Jika Ali mahu menyuruh ular ini menelan
bukit Tihaamah, nescaya ia menelannya. Lantaran itu, wahai Salman, aku menjadi
takut kepadanya dan berhati-hati dengannya.
Salman telah berkata: Adakah anda telah
melihat keajaiban-keajaiban ini daripadanya? Dia telah berkata: Ya, wahai
Salman, jika aku tidak melihatnya, nescaya aku tidak menunjukkannya kepada anda.
Salman telah berkata: Bagaimana anda telah melihatnya, ceritakan kepadaku…Umar
telah berkata: Pada suatu hari Ali datang kepadaku dalam keadaan marah membawa busur
panah yang mana aku telah menceritakannya kepada anda.
Maka dia telah berkata kepadaku: Wahai
Umar, wahai musuh Allah dan musuh Rasul-Nya, musuh wasinya dan musuh zuriatnya
yang baik-baik dan para wali-Nya. Anda bertanggungjawab terhadap Syiah anda
yang zalim[182]
supaya tidak menentang Syiahku yang mukminin. Aku menentang anda dan parti anda
yang zalim. Kemudian dia telah memperdengarkan aku percakapan yang banyak yang
berlaku di antara aku dan dia.
Maka aku telah berkata kepadanya: Wahai
anak lelaki Abu Talib, adakah anda melupai betapa ihsan aku kepada anda pada
masa pemerintahan Abu Bakr ketika mereka telah menerkam di atas anda, kerana
mahu memaksa anda supaya anda memberi baiah kepada Abu Bakr. Manakala Fatimah
al-Zahraa’ melihat perkara itu, maka dia telah meminta pertolongan di kubur.[183]Dia
telah berkata: Wahai bapaku, aku tidak bertemu dengan anda [selepas kematian]
dan dia menangis. Manakala dia menangis, maka aku merasa kasihan kepadanya.
Aku tidak menyangka anda menentangnya
ketika Khalid bin al-Walid berazam untuk membunuh anda. Manakala aku telah
berkumpul bersama mereka berdua, maka aku tidak mengetahui sesuatu yang
dirahsiakan oleh mereka. Khalid bin al-Walid telah berazam, ketika Abu Bakr
menamatkan sembahyang, untuk membunuh anda. Lantas Abu Bakr menyeru sebelum
memberi salam daripada sembahyang supaya Khalid tidak melakukannya sebagaimana
aku telah menyuruhnya. Sedangkan anda, wahai Ali, hanya berdiri di sisinya.
Aku telah merasai dengan kejahatan[184]itu,
aku telah mengetahui bahawa ia adalah daripada kami kepada Khalid dan aku
menentang Khalid lebih kuat daripada anda kerana perbuatan-perbuatannya
terhadap mereka yang murtad, pembunuhannya terhadap anak lelaki Nuwairah[185]
dan perbuatannya kepada isterinya.[186]
Aku telah berazam untuk melakukan kisas, tetapi Abu Bakr telah menegahku daripadanya,
justeru aku tidak melakukannya sekalipun ramai saksi-saksinya. Aku telah
berkata bahawa baiah Abu Bakr adalah suatu fitnah yang mana Allah telah menjaga
mukminin dari kejahatannya. Sesiapa yang mengulangi seumpamanya, maka bunuhlah
dia, tetapi kamu, Bani Hasyim, tidak berterima kasih kepada sesiapapun di atas
pertolongan dan kebaikan [yang diberikan].
Adapun apa yang telah sampai kepada anda
tentang aku daripada Syiah anda, maka sesungguhnya mereka telah mengoyakkan
kulitku dan menunggang belakangku serta mereka mengambil marwahku. Demi Allah,
jika tidak kerana kedudukan anda, nescaya aku mengasari mereka atau membunuh
mereka, tetapi selepas hariku ini, aku tidak akan membentangkannya kepada kamu.
Manakala sahabat anda mendengar, wahai
Salman, kata-kataku ini, dia ketawa dan melontar panahnya ke bumi, tiba-tiba ia
menjadi seekor ular yang besar, maka ia membuka mulutnya dan datang ke arahku
sedangkan Ali hanya melihat kepadaku dan ketawa sambil berkata kepadaku: Wahai
musuh Allah, apakah yang anda mahu aku lakukan untuk anda? Aku telah berkata
kepadanya: Anda telah mengetahui dan melihatnya, justeru ambillah, wahai Ali, busur
panah anda dan palinglah ular anda dariku.
Maka dia telah melaung dengan laungan
yang kuat, kemudian dia mengambil panahnya, lantas ia kembali sebagaimana
sebelumnya, tanpa ular. Justeru aku, wahai Salman, sentiasa takut kepadanya dan
aku berhati-hati dengannya sehingga hari ini. Maka Salman al-Farisi telah
menjadi hairan dan berkata: Dengan keajaiban-keajaiban ini dan
mukjizat-mukjizat yang bersifat ketuhanan ini, kita telah mengenali Ali,
kemudian Umar telah berkata: Wahai Salman, jika mataku tidak melihatnya, wahai
Salman, aku tidak akan mempercayainya, tetapi aku telah melihatnya dan
menyaksikannya.
Dan akhirnya aku mengangkat ketakutanku
di antara aku dan anda dan aku berharap anda menolak anak lelaki Abu Talib dan
memilih untuk bergaul dengan kami. Aku telah memberitahu kepada anda
tentangnya. Mudah-mudahan anda telah mendengarnya daripada orang lain. Salman
telah berkata: Tambahlah cerita tentang Ali? Aku mahu membentangkannya dan
mengeluarkan apa yang ada di sisinya.
Maka Umar telah berkata: Wahai Salman,
bapaku al-Khattab telah memberitahu kepadaku tentang Abu Talib bahawa dia telah
melihat sihir daripadanya. Sedikit sekali dia telah melihatnya daripada seorang
tukang sihir atau mendengarnya seumpamanya. Bapaku telah menyebutkan bahawa
Abdul Muttalib pernah melakukan sihir ini. Dan yang paling aneh ialah Bani
Hasyim mewarisi sihir ini, seorang demi seorang dan daripada generasi kepada
generasi yang lain.
Salman telah berkata: Beritahu kepadaku,
wahai Umar, apakah yang telah diceritakan oleh bapa anda tentang ‘Imraan[187].
Maka dia telah berkata: Pada suatu hari bapaku telah keluar bersama-sama ‘Imraan
dalam perjalanannya dan bersama-sama mereka kumpulan-kumpulan yang ramai.
Tiba-tiba sekumpulan badwi yang bersenjata mahu merompak mereka.
Maka bapaku telah berkata: Kafilah kami
pada hari itu besar saiznya, ia mengadungi binatang-binatang yang berkaki empat
(dawwaab) dan unta-unta yang banyak. Manakala
kami melihat kumpulan badwi itu, urusan kami menjadi kelam-kabut dan kami menjadi
takut. Maka berlakulah tempikan dan setiap orang mengambil senjatanya dan kami
memakai semua yang ada pada kami. Kami menjadi takut dan lemah.
Manakala kami mengambil senjata untuk
berperang dan kami berkumpul, maka bapaku dan kumpulan[nya] melihat kepada
‘Imraan tanpa senjata (bi-laa silaah),
maka mereka telah berkata kepadanya: Wahai Abu Talib, tidakkah anda melihat
kepada kumpulan badwi itu telah mara ke
arah kita dan mereka mahu merompak kita? Maka ambillah senjata anda sehingga
kita dapat menegah mereka dari menyakiti kita. Abu Talib telah ketawa dan
berkata: Apakah aku akan buat dengan senjata bagi memerangi mereka? Apabila
kita memerangi mereka dan mengenakan mereka, kita akan menguasai mereka?
Aku telah berkata: Tidak. Maka Abu Talib
telah berkata: Apakah makna memerangi mereka? Al-Khattab telah berkata: Apakah
helahnya? Maka ‘Imraan telah berkata: Helahnya hendaklah kita memasuki pulau[188]
ini (al-Jaziirah) yang di belakang
kita sehingga mereka memotong [perjalanan kita] dan berpisah daripada kita.
Al-Khattab telah berkata: Aku telah menjadi hairan tentang kata-kata Abu Talib
yang menyebut pulau sedangkan di sana
tidak ada pulau. ‘Imraan telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, lihatlah ke
belakang anda, maka akupun melihat di belakangku, tiba-tiba aku, demi Allah,
berhampiran sebuah pulau daripada pulau-pulau lautan, aku tidak pernah
melihatnya sebelum ini. Aku telah berkata: Demi Allah, inilah apa yang
diceritakan tentang sihir ‘Imraan dan bapanya Abdul Muttalib.
Sesungguhnya mereka berdua telah
melakukan kebaikan pada kami. Maka bapaku al-Khattab telah berkata kepada Abu
Talib: Katakanlah kepadaku bagaimana kita akan sampai ke pulau itu sedangkan
laut di antara kita dan kita tidak mempunyai kapal-kapal untuk menyeberangi lautan?
Abu Talib telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, lihatlah dengan kedua mata
anda kepada jalan yang kering ini yang [terletak] di tengah lautan. Al-Khattab
telah berkata: Maka akupun melihat kepadanya, tiba-tiba ia, demi Allah, adalah
jalan yang kering lagi mudah.
Manakala kami melihatnya, muka-muka kami
berseri kegembiraan dan kami mengetahui bahawa kami telah berjaya dengan sihir
‘Imraan. Al-Khattab telah berkata: Kemudian Abu Talib telah melalui satu jalan
di hadapan kami dan kami berjalan di belakangnya sehingga kami sampai ke pulau
itu. Kemudian dia telah berkata: Turunlah di tempat ini, kerana tidak seorangpun
akan memasuki tempat ini. Dan tidak sesuatu dari tipudaya mereka yang akan
sampai kepada kita. Pada ketika itu kumpulan badwi itu sedang berjalan di
belakang kami menjejaki kesan kami sehingga mereka berakhir di laut, maka
terpisahlah di antara kami dan mereka.
Kemudian sebahagian mereka melihat
kepada sebahagian yang lain dengan hairan dan tercengang-cengang. Mereka telah berkata
kepada sebahagian mereka: Kita tidak pernah melihat di dalam hidup kita di sini
lautan dan air, maka seorang syeikh di kalangan mereka berkata: Adakah di kalangan
mereka seorang daripada anak-anak Abdul Muttalib? Mereka berkata: Ya, pada
mereka ada ‘Imraan. Maka syeikh itu berkata: Pulanglah kamu semua, kamu tidak akan
sampai kepada mereka, justeru janganlah kamu menyusahkan diri kamu. Sebahagian
badwi itu berkata: Kita tidak boleh meninggalkan mereka sehingga kami
memusnahkan mereka pada pulau ini.
Seorang daripada mereka berkata kepada
para sahabatnya: Masuklah lautan dari jalan yang kering ini dan kami akan
mengikuti di belakang kamu. Maka merekapun mengikuti di belakang sebahagian
mereka sehingga mereka berada di tengah lautan, lalu semua mereka tenggelam.
Maka syeikh itu telah berkata: Aku telah memberi nasihat kepada anda, tetapi
kamu tidak menerima nasihatku dan aku telah berkata kepada mereka: Janganlah
kamu menentang mereka selama pada mereka Bani Abdul Muttalib, kerana anak-anak
Abdul Muttalib di bawah jagaan dan peliharaan daripada Allah. Maka tidak ada seorangpun
di kalangan manusia yang mampu sampai kepada mereka dengan kejahatan, maka
mereka telah menjaga aku.
Al-Khattab telah berkata: Wahai syeikh, yang
berada di tepi laut, tidak berada bersama-sama kaumnya yang telah tenggelam,
apakah yang anda tahu, wahai syeikh, tentang Bani Abdul Muttalib? Maka dia
telah berkata: Pada suatu hari kami telah berjalan-jalan di padang pasir. Tiba-tiba kami terserempak
dengan sekumpulan Arab dengan kuda-kuda yang banyak, maka sebahagian kami telah
berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah pendapat kamu jika kita lakukan
[rompakan] kepada kafilah ini dan harta-harta bersama mereka?
Mereka telah berkata: Ya, maka kami mula
memerangi mereka sehingga kami hampir kalah, lalu kami melarikan diri di
hadapan mereka, kami terus berjalan selama tiga hari. Mereka menjejaki kesan
kami dan kami melihat kepada mereka, tetapi setiap kali kami berkata: Kami
telah mendapatkan mereka (khalatnaa-hum),
maka jarak kami di antara mereka makin jauh, dan kami tidak mengetahui
sebabnya. Kemudian kami lapar dan dahaga, tetapi kami tidak sampai kepada
mereka sebagaimana mereka juga tidak sampai kepada kami. Pada mereka terdapat
saudara lelaki Abu Talib yang bernama Abdullah[189]
bin Abdul Muttalib.
Dia berkata kepada sebahagian daripada
para sahabatnya: Berjalanlah, janganlah kamu takut jika Allah kehendaki, mereka
tidak akan sampai kepada kamu. Maka seorang lelaki di kalangan kami berkata: Berehatlah
kamu, kami telah binasa (halak-naa) dan
binasalah binatang-binatang ternakan kami [kerana kelaparan] sesungguhnya
mereka adalah tukang-tukang sihir dan kami tidak akan bersama-sama mereka.
Pendapatku bahawa kita meninggalkan mereka sedikit waktu sehingga mereka hilang
daripada [pandangan] kita dan berhenti dari perjalanan mereka. Kemudian kita
menyerang mereka ketika mereka lalai; ketika mereka tidak sedar.
Maka kami telah berkata: Ya, lalu kami
meninggalkan mereka sehingga kami hilang daripada pandangan mereka dan mereka
mengambil tempat untuk berehat, tetapi Abdullah tidak lalai tentang kaumnya. Maka
dia telah membuat garisan di sekeliling tempat berehat mereka sambil berkata:
Wahai golongan Quraisy, janganlah seorang pun daripada kamu keluar dari garisan
ini, kerana ia adalah pengaman kepada kamu daripada musuh-musuh kamu. Kaumnya
telah berkata: Kami mendengar dan kami patuh.
Manakala kami mengetahui bahawa mereka
telah membuat garisan pada tempat mereka berehat dan mereka lalai, kamipun
menunggang dan berazam untuk menyerang mereka. Manakala kami menghampiri
garisan garisan yang dibuat oleh Abdullah, tiba-tiba kami melihat di antara
kami dan mereka ada benteng yang mana kami tidak pernah melihat benteng yang
lebih kuat daripadanya dan kami telah tinggal selama tiga hari, berfikir
bagaimana kami boleh sampai kepada mereka.
Maka kami tidak mampu dan kami kembali
dengan dukacita selepas kami binasa (halak-na)
dan binasa kumpulan yang ramai di kalangan kami. Manakala al-Khattab mendengar
kata-kata syeikh itu, maka dia menjeling kepada ‘Imraan.
Al-Khattab telah berkata: Wahai Abu
Talib, kamu anak-anak Abdul Muttalib, kamu telah mewarisi daripada bapa kamu
ilmu yang banyak (warastum min abii-kum
‘ilman jamman). Maka Abu Talib telah berkata: Wahai al-Khattab, apa yang
diceritakan oleh syeikh itu, maka aku telah berada bersama-sama mereka, aku
pada masa itu seorang kanak-kanak yang masih kecil (ghulaamun saghiirun).
Syeikh ini berada di atas unta memegang
senjatanya, dan dia tentangnya [190]adalah
hujah.[191]
Syeikh itu telah berkata: Demi Allah, anda telah benar dan aku telah berada
bersama-sama mereka pada masa itu, mereka telah meminta kami pulang. Manakala
mereka pulang, kami pergi dari tempat kami.
Maka kami tidak melihat lautan, pulau
dan air pada jalan yang kami lalui sehingga kami sampai di Syam. Sesungguhnya
kami telah melalui jalan itu lebih daripada dua puluh kali, maka demi Allah,
kami tidak pernah melihat lautan, pulau dan air. Maka al-Khattab telah berkata
kepada syeikh: Sesungguhnya aku telah menceritakannya kepada kumpulan yang
banyak, maka aku tidak menceritakannya kepada seseorang melainkan dia kagum
dengannya. Dan dia telah berkata kepadaku: Sesungguhnya kita telah melalui
jalan itu sebanyak dua kali, maka kami tidak melihat sesuatupun daripadanya.
Umar telah berkata kepada Salman
al-Farisi: Adakah anda telah mendengar atau melihat sihir seumpama ini?
Sesungguhnya orang ramai mengetahui bahawa Ahlu l-Bait[192]mewarisi
sihir. Maka Salman telah berkata: Wahai Umar, aku tidak menyangka seorangpun
percaya apa yang anda katakan bahawa sahabat aku Ali bin Abu Talib seorang
tukang sihir dan dia tidak layak semua itu. Maka Umar telah berkata: Aku
melihat anda menyangka bahawa aku seorang pembohong. Salman telah berkata:
Tidak, wahai Umar, demi Allah, semua ini adalah benar dan dia bukanlah seorang
tukang sihir. Umar telah berkata: Wahai Salman, sesungguhnya anak lelaki Abu
Talib telah menyihir anda, maka Salman telah berkata: Apa pendapat anda tentang
pembahagian dua karung harta yang diberikan kepada anda dari Khurasan?
Umar telah berkata: Adakah sahabat anda
Ali telah memberitahu kepada anda tentang dua karung harta? Salman telah
berkata: Ya, dia telah memberitahu kepadaku…Umar telah berkata: Tanyalah
sahabat anda anak lelaki Abu Talib dan beritahulah kepadanya sesungguhnya aku
akan membahagi-bahagikannya pada setiap suatu yang dia mahu aku melakukannya.
Salman telah berkata: Akupun kembali kepada Amir al-Mukminin Ali. Apabila aku
datang kepadanya, beliau melihat kepadaku sambil berkata: Apa yang telah
berlaku di antara anda dan Umar aku telah mengetahuinya. Jika anda mahu, aku
akan memberitahu kepada anda tentangnya.
Maka Salman telah berkata: Aku telah
mengetahui bahawa suatupun tidak tersembunyi daripada anda. Sesungguhnya aku
telah memberitahu Umar bahawa anda bukanlah seorang tukang sihir atau seorang
ahli nujum. Sesungguhnya Umar telah berkata kepadaku bahawa sahabat anda telah
menyihir anda. Adapun tentang dua karung harta, maka dia telah memberi jaminan
ke atas dirinya bahawa dia akan membahagi-bahagikannya dan membelanjakan harta
yang diterimanya dari Khurasaan kepada siapa yang anda perintahkannya untuk
tujuan pengagihan. Maka Amir al-Mukminin telah berkata: Aku telah melihat
bahawa dia akan membahagi-bahagikannya kepada mereka yang kaya di kalangan
Muhajiriin dan Ansaar.
Justeru pergilah kepadanya, wahai
Salman, dan katakanlah kepadanya supaya dia membawanya ke Masjid Rasulullah dan
membahagi-bahagikannya di sana .
Salman telah berkata: Dengar dan patuh wahai Maulaaya. Kemudian dia telah pergi kepada Umar dan menyebut
kepadanya apa yang diperintahkan oleh Abu al-Hasan. Lalu dia membawa harta itu
dengan segera ke Masjid sebagaimana diperintahkan oleh Ali.
Amir al-Mukminin membahagi-bahagikan
pada setiap bulan harta yang banyak hasil daripada dua karung harta itu. Umar
tidak boleh memperlewatkan apa yang diperintahkan oleh Amir al-Mukminin kerana
takutkan busur panahnya (faz‘an min
al-Qaus) dan ular besar yang dilihatnya. Kemudian al-Mufadhdhal telah
berkata kepada al-Sadiq a.s: Berapakah bilangan Syiah pada masa Amir al-Mukmin
Ali di kalangan para sahabatnya pada masa pemerintahan Umar al-Khattab?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Bersama-samanya empat puluh orang muwahhidiin yang dekat dengan Allah.
Begitulah bilangan mereka pada setiap
imam. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya,
adakah empat puluh lelaki itu satu? Al-Sadiq a.s telah berkata: Di kalangan
mereka ialah dua puluh lapan nujabaa’ (mereka yang bijak) pada setiap masa dan
zaman dan dua belas nuqabaa’ (ketua).
Al-Mufadhdhal telah berkata: Apakah batasan (had) mereka? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Dengan merekalah berdirinya para nabi dan merekalah yang dinamakan al-Ibdaal [193]pada
zahir dan jika mereka tidak ada, wahai Mufadhdhal, nescaya bumi dan penduduknya
terbalik. Mereka tidak meninggalkan imam dan merekalah pasak-pasak bumi.
Sesungguhnya seorang daripada mereka berjalan di bumi dalam satu hari dari
barat ke timur dan dari timur ke barat. Mereka adalah hijab-hijab (hujub) dan pintu-pintu (abwaab) dan dengan merekalah Allah menolak bala dari penduduk bumi.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Empat puluh
lelaki itu tidak bertambah dan berkurangan
bilangan mereka? Al-Sadiq a.s telah berkata: Mereka tidak bertambah dan
berkurangan seorang lelakipun, mereka adalah para wali Allah dan pilihan-Nya
dan merekalah utusan imam. Bumi dilipatkan untuk mereka dan mereka berjalan di
siang hari, masyhur dengan makrifat, tidak ada ahli makrifat yang boleh
menandingi mereka. Mereka mencapainya dengan amalan dan kesejahteraan dada
mereka daripada hasad dengki. Mereka telah sampai [kepadanya] dengan amalan
yang baik.
Justeru Allah telah membebaskan amalan
mereka yang zahir[194]
dengan kesabaran dan mereka tidak makan dan minum dan tidak mengambil berat
dengan urusan dunia. Mereka tampil dengan jiwa mereka untuk berkhidmat kepada
yang Maha Pemurah dengan kurnian makrifat yang murni, ikrar ketuhanan dan
keesaan kepada Yang Maha Tinggi. Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah anda
melihat mereka, wahai Maulaaya, pada
setiap hari?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, wahai
Mufadhdhal, aku melihat mereka dan mengutus mereka di seluruh pelusuk dunia
kepada [semua] umat-umat. Mereka sentiasa berjalan, merekalah para wali kami
dan para wali kepada para wali mukminin. Maka al-Mufadhdhal telah berkata:
Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan aku untuk mengenali mereka dan
aku memohon kepada-Nya supaya melimpahkan nikmat-Nya ke atas kami supaya dapat
bersama-sama mereka. Sesungguhnya Allah Maha Besar bagi-Nya kepujian yang
berkekalan, wa s-Salam.
BAB 42
☼Makrifat tentang berapa lamakah kafir tinggal
dalam susunan masukhiyyah selepas
kematian, pembunuhan dan penyembelihan (fi
ma‘rifati kam yalbath al-Kaafir fi taraakiib al-Masukhiyyah ba‘da mauti-hi wa
qatli-hi wa zabhi-hi)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaaya al-Sadiq: Berapa
lamakah orang kafir dari kematian, pembunuhan dan penyembelihannya dalam
susunan masukhiyyah? Maka beliau a.s telah berkata: Bagi kafir
1000 kali pembunuhan dan 1000 kali penyembelihan dalam susunan masukhiyyah dan 1000 kali kematian.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Apakah perbezaan di antara pembunuhan dan
penyembelihan?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Di antara
keduanya adalah sebab penghalalan dan pengharaman (‘illah al-Tahliil dan al-Tahriim), tidakkah anda mengetahui, wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya setiap sesuatu yang dibunuh tidak halal dimakan dan
yang disembelih halal dimakan. Demikianlah
kafir apabila berada di dalam susunan[binatang] yang halal dimakan akan
disembelih dalam susunannya. Demikianlah setiap mereka yang dibunuh atau mati,
kerana pembunuhan adalah saudara kematian. Mudah-mudahan pengharaman dan
penghalalan pada Adamiyyiin (manusia)
adalah daripada sebab ini dan sebab yang lain pula adalah dalam musukhiyyah. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Wahai Maulaaya, apakah dia?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ia mungkin dalam perubahan rupa (al-Maskh) yang melampau, hina dan penat
yang menyusahkan.
Kemungkinan ia diberi nikmat dalam
kehidupannya atau ia menghadapi kesusahan dan kemiskinan atau menjadi ikhtisas,
tetapi susah atau ia menjadi pemberontak yang kuat. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Wahai Maulaaya, sesungguhnya
aku lemah untuk memahaminya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Tidakkah anda
mengetahui bahawa di kalangan mereka ada yang jahil dan alim dan ada di
kalangan mereka yang cenderung kepada agama. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai
Maulaaya, bagaimana dia cenderung
kepada agama sedangkan dia seorang kafir? Beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya orang jahil dan arif adalah orang yang bertasbih kepada Allah
mengikut kadar makrifatnya dan ilmunya.
Allah
telah berfirman di dalam kitab-Nya: “Tidak
ada suatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya”[195] Al-Mufadhdhal
telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah
mereka diberi pahala di atas perkara itu? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya,
mereka menerima [ganjaran] pahala mereka di dunia ini. Justeru apabila anda melihat,
wahai Mufadhdhal, kafir yang mewah hidupnya, murah rezekinya adalah kerana
amalannya di dalam kekafirannya daripada amalan-amalan baik untuk mukminin.
Maka Allah menunaikan ganjaran pahalanya di dunia, meluaskan rezekinya dan
menyihatkan badannya sehingga menerimanya di dunianya, kerana Dia Maha Adil
tidak zalim.
Jika Dia menunaikan ganjaran pahalanya
dalam susunan kemanusiaannya (Nasutiyyah),
maka Dia akan mengembalikan azab kepadanya dalam musukhiyyah. Lantaran itu, anda melihat di kalangan mereka
mempunyai kehidupan yang baik kerananya. Adapun kekayaan dan kemiskinan adalah
daripada amalan-amalan mereka, kerana Allah tidak akan menghilangkan pahala
dari pelakunya sama ada lelaki atau perempuan sekalipun mereka disusun dalam masukhiyyah.
Maka tinggallah sesuatu daripada
amalan-amalan mereka, maka Allah memberi nikmat kepada mereka yang kamu
melihatnya suatu keadilan, keinsafan, kebijaksanaan, pemutus dan qadha’ yang pemutus dengan kehendak yang
terlaksana dalam ibadat kepada Allah yang memiliki urusan dan ketinggian yang
besar. Bagi-Nya segala pujian dan bertasbihlah kepada-Nya siang dan malam. Wa
s-Salam
BAB 43
☼Makrifat tentang keturunan kafir dan apa
yang menimpanya daripada kebaikan, kejahatan, kefakiran, penyakit, bala, bahaya
pada hartanya dan apakah sebabnya (fi
ma‘rifati nasl al-Kafir wa ma yusiibu-hu min khairin wa syarrin wa faqrin wa
suqmin wa balaa’ wa aafati fi maali-hi wa ma al-‘illatu fi dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaana al-Sadiq a.s
tentang orang-orang kafir dan pernikahan mereka dalam masukhiyyah? Dan tentang keturunan yang keluar daripada mereka dan
apa yang menimpa mereka daripada kebaikan, kejahatan, bala, kesihatan dan
apakah sebabnya?
Maka Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, sebahagian daripada mereka yang kafir ada yang disusun dalam bentuk
manusia[196],
di antara mereka di susun dalam bentuk binatang berkaki empat (bahiimah) iaitu sebagai balasan di atas
amalan-amalan yang dilakukannya dalam susunan yang pertama (al-Tarkiib al-Awwal). Al-Mufadhdhal
telah berkata: Bagaimana begitu? Al-Sadiq a.s telah berkata: Tidakkah anda
mengetahui sebahagian binatang (bahiimah)
menikmati kehidupan yang mewah dan mati tanpa penyembelihan atau patah pada
badannya. Di kalangan mereka ada yang disembelih dan ada di kalangan mereka yang
tidak dibunuh dengan memecahkan anggota-anggotanya. Di kalangan mereka ada yang
diazab dengan bermacam-macam azab dan ditimpa dengan bahaya-bahaya yang banyak.
Demikian juga kafir dalam rupa manusia[197],
Allah melakukannya sedemikian. Di kalangan mereka ada yang mati di atas
hamparannya dalam kehidupan yang mewah. Di kalangan mereka ada yang dibunuh dan
disembelih dengan bermacam-macam azab seperti kepenatan, keletihan dalam
mencari kehidupan, maka dia di dalam azab yang pedih dan usaha yang keras. Inilah
perbezaan di antara kafir dalam bentuk manusia dan kafir dalam bentuk binatang.
Perbezaan di antaranya dan binatang-binatang adalah dalam makanan, minuman,
pakaian dan kelebihan di kalangan mereka adalah dengan amalan-amalan.
Sesiapa yang mana amalan-amalannya yang
baik seperti tasbih, sembahyang dan zakat mendahuluinya, sesungguhnya Dia
menunaikan pahalanya mengikut kadar ihsan dan kejahatannya. Demikianlah pada
dunia ini.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah bagi kafir sembahyang,
zakat, puasa dan haji? Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, tidakkah
anda melihat sembahyang kumpulan Nasrani, puasa dan haji mereka? Demikian juga
kumpulan Yahudi, semua penganut-penganut agama dan syariat yang bermacam-macam
serta amalan agama mereka yang terkenal? Sebahagian mereka cenderung kepada
amalan-amalan yang baik dan sebahagian mereka pula cenderung kepada
amalan-amalan yang jahat.
Adapun yang cenderung kepada amalan yang
baik, maka dia adalah berbeza dengan yang lain. Kemudian beliau a.s membaca
firman-Nya: “Sesiapa yang mengerjakan
kebaikan seberat zarrah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan
kejahatan seberat zarrah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya”[198]
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, ayat ini khusus untuk mukminin
bukan untuk mereka yang kafir, tidakkah dikhususkan mukmin daripada kafir dalam
amalan-amalan yang tertentu dan apakah balasan mereka yang kafir? Al-Sadiq a.s
telah berkata: Diringankan azab daripada kafir dalam masukhiyyah dan sesungguhnya Dialah Maha Penyayang di antara para
penyayang. Wa s-Salam.
BAB 44
☼Makrifat tentang adakah kafir dihina oleh
mukmin dan mukmin dihina oleh kafir? (fi
ma‘rifati hal yudhallu al-Kafir min al-Mu’min wa al-mu’min min al-Kafir?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaayna al-Sadiq a.s:
Adakah musuh-musuh [Allah] di hina dan bukan para wali-Nya [di hina] atau para wali-Nya
dihina dan bukan musuh-musuh-Nya di hina di dalam membuat kebaikan dan
kejahatan? Maka beliau a.s telah berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa
mukmin berada dalam bentuk nasutiyyah
sedangkan kafir dalam bentuk masukhiyyah
dan di dalam susunan yang bermacam-macam sehingga setiap orang daripada mereka
berdua membuat kebaikan atau kejahatan kepada yang lain sebagaimana dilakukan
kepadanya.
Jika dia baik, maka baiklah dia dan jika
dia jahat, maka jahatlah dia. Begitulah berlakunya sunnah Allah pada
makhluk-Nya daripada semua jenis supaya mereka mengetahui sesungguhnya Allah
Maha Adil dan tidak zalim. Sesungguhnya Dia telah menciptakan makhluk di atas
keadilan dan keinsafan tanpa kengkangan ke atas seseorang di sisi Allah dan Tuhan
engkau tidak menzalimi seorangpun. Justeru sebarang penghinaan [kemudaratan] yang
berlaku kepada mukmin daripada kafir di dunia ini, maka ia kembali kepada
sebabnya.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, ini menimbulkan kehairanan.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Kehairanan, wahai Mufadhdhal, adalah pada rahsia
Allah, simpanan ilmu-Nya dan perbuatan-Nya berhubung dengan sebab-sebab
keadilan dan keinsafan. Sesungguhnya apa yang wajib ke atas mukmin adalah
penyerahan kepada suruhan-Nya dan reda dengan hikmah-Nya sebagaimana yang
difirmankanNya. Maka setiap sebab ada hikmahnya sebagaimana aku telah
memberitahu kepada anda. Dan anda melihat kafir menyakiti mukmin untuk
menzahirkan sebab bagi mukmin ke atas kafir sehingga dia dapat mencari sebab
yang terdahulu. Urusan kembali kepada Allah. Dan bagiNya segala pujian. Wa s-Salam.
BAB 45
☼Makrifat tentang perbuatan mereka yang
zalim kepada para wali dan tanda hama
daripada manusia (fi ma‘rifati fi‘li
al-Tughaat bi al-Auliyaa’ wa dallati al-Hawaam min al-Naas)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya kepada Maulaana al-Sadiq a.s
tentang kejahatan mereka yang zalim (tughaat)
lagi jahat terhadap para wali yang baik? Maka beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya tughaat apabila mereka
disusun dalam masukhiyyah dengan rupa manusia (surah insaaniyyah), mereka menzahirkan perkara yang lama (al-Amr al-Qadiim) terhadap para wali.
Dan para wali kepada mereka sebelumnya
dalam susunan yang terdahulu adalah dalam rupa manusia. Tidakkah anda lihat,
wahai Mufadhdhal, mukmin telah memukul seorang kafir, mencacinya dan
berkemungkinan membunuhnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Begitu juga
dia dihina. Al-Mufadhdhal telah berkata: Ya, aku telah melihat banyak terjadi
sedemikian. Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia telah menghinanya dalam susunan masukhiyyah kemudian dia telah
menghinanya pula. Al-Mufadhdhal telah berkata: Bagaimana mukmin dihina? Al-Sadiq
a.s telah berkata: Sebagaimana juga dia dihina. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Ini aku tidak memahaminya, wahai Maulaaya,
tetapi bagaimana dihina [orang] yang bukan di dalam susunannya yang bukan di
dalam rupa manusia, apatah lagi jika dia seorang mukmin? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Dia dihina olehnya dengan menzahirkannya kepadanya.
Tidakkah anda melihat, wahai Mufadhdhal,
seekor binatang menyerang seorang lelaki dengan kakinya lalu membunuhnya atau menggigitnya
atau mengenakan kakinya di atasnya dan kemungkinan ia mencabut kulit kepalanya
sedangkan lelaki itu tidak melakukan sebarang dosa atau jenayah kepadanya,
malah tidak membencinya, maka inilah sebab yang aku telah kemukakannya kepada
anda. Dan sebab [penghinaan] daripada lelaki mukmin kepada lelaki kafir iaitu
ketika dia di dalam susunan yang terdahulu sebelum susunannya yang mana mukmin
dihina, maka inilah semuanya.
Demikian juga mukmin ini, kemungkinan
dia telah memukul binatang itu, lalu membunuhnya dengan pedang atau dia
menikamnya dengan kuat. Maka ini, wahai Mufadhdhal, semuanya. Adapun
seumpamanya, maka dia telah berada di dalam susunan-susunan sebelum susunan masukhiyyah ini. Al-Mufadhdhal telah
berkata: Ceritakan kepadaku, wahai Sayyidi,
jenis-jenis ini, lalu beliau a.s telah menceritakan kepadanya sehingga sampai
kepada sebutan anjing-anjing (al-Kilaab).
Maka beliau a.s telah berkata: Tidakkah
anda melihat seekor anjing sedang tidur, lalai atau terlupa bagaimana apabila
seorang lelaki melalui di hadapannya, dia memukulnya, atau melontarnya atau
menikamnya sedangkan anjing itu tidak melakukan sebarang jenayah atau perkara yang
tidak disukainya kepadanya? Al-Mufadhdhal telah berkata: Ya, wahai Maulaaya, aku telah melihat banyak dari
jenis ini dan apakah sebabnya dan ceritalah kepadaku, wahai Maulaaya? Al-Sadiq a.s telah berkata:
Demikian juga seorang lelaki melalui [di hadapan] seekor anjing, lalu anjing
itu mengikorinya.
Kemudian dia menendang kakinya atau
melompat di atas belakangnya, lalu dia menggigitnya. Sesungguhnya lelaki itu
ketika melalui anjing itu, tidak mengenalinya dan tidak pernah melihatnya
sebelum hari itu atau kemungkinan lelaki itu telah berkahwin dengan perempuan (imraah) anjing ini, kerana dia di dalam
susunan rupa manusia. Kehidupan permulaannya seperti manusia dari segi makanan,
minuman, pakaian, tunggangan dan lain-lain. Maka Allah membinasakannya dengan
azab penyembelihan atau pembunuhan sehingga dia sampai kepada kecelakannya di
dunia.
Lelaki itu kemungkinan telah mengahwini
perempuannya, mendiami rumahnya dan memakai pakaiannya, lantas anjing itu
mengenalinya dalam susunan masukhiyyahnya.
Justeru apabila anjing itu melihatnya, dia menyalak, melompat ke atasnya atau
menggigitnya di mukanya. Demikianlah dengan binatang-binatang buas (al-Sibaa’) dan binatang-binatang yang
membunuh manusia kemungkinan sebahagian mereka membunuh sebahagian yang lain.
Sebahagian manusia tidak memakannya dan
sebahagian mereka memakannya. Sesungguhnya manusia akan disoal tentang kadar
jenayahnya dan dosanya, maka ambillah, wahai Mufadhdhal, semua jenis binatang
yang merayap (hawaam) [199]
sebagai contoh dalam hal ini, maka ia adalah sama sahaja. Al-Sadiq a.s telah
menceritakan semuanya sehingga kepada pepijat, nyamuk, semut, tebuan dan lebah.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, musim panas pergi disebabkan musim sejuk dan musim sejuk pergi
disebabkan musim panas, pembangunan daripada kehancuran dan kehancuran daripada
pembangunan, air daripada api dan api daripada air. Sesungguhnya demam yang menimpa manusia
mempunyai rahsia yang tersimpan dan ilmu yang dirahsiakan.
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi
daripada sesuatu, sama ada di bumi atau di langit dan Dia tidak disibukkan oleh
sesuatu perkara kerananya. Tuhan engkau tidak menzalimi sesiapapun. Dia tidak
menyuruh sesiapa di dalam kezaliman dan sesungguhnya Dia mengambil binatang
daripada lelaki supaya dia meludah ke mukanya. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai
Maulaaya, binatang ini dikembalikan
dalam bentuk masukhiyyah sehingga dia
meludah di muka mukmin.
Kemudian beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya binatang (bahiimah)
adalah daripada amalan mukmin itu dan binatang diciptakan daripada
maksiat-maksiat mukmin. Binatang-binatang itu pada pusingan yang pertama adalah
di dalam rupa manusia. Maka mukmin telah melakukan jenayah atau dosa terhadap
binatang-binatang tersebut, maka Dia mewajibkan kisas [ke atasnya] dengan
bermacam-macam azab. Wa s-Salam.
BAB 46
☼Makrifat tentang susunan masukhiyyah pada kafir dan susunan nasutiyyah pada mukmin serta kelebihan
di antara keduanya (fi ma‘rifati
taraakiib al-Masukhiyyah fi al-Kafir wa taraakiib al-Nasutiyyah fi al-Mu’min wa
al-Fadhl baina-huma)☼
Al-Mufadhdhal telah
berkata: Aku telah bertanya Sayyidi
tentang susunan kafir dalam masukhiyyah
dan susunan mukmin dalam nasutiyyah?
Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya mukmin kadangkala
di susun dalam nasutiyyah dengan rupa
manusia,[200]
kemudian dia disusun dalam rupa manusia yang lain pada setiap pusingan (fi kulli adwaar). Aku telah berkata: Kafir
apakah keadaannya ketika dalam susunan-susunan?
Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya kafir
apabila disusun dalam masukhiyyah,
maka dia tidak akan disusun dengan rupa manusia yang asal. Malah dia disusun
dalam rupa binatang (bahiimah) atau
binatang-binatang yang buas (al-Sibaa’)
atau binatang-binatang yang liar (al-Wuhuuth)
sehingga kepada rupa yang lebih teruk daripadanya.
Dan inilah keadaannya hingga beberapa
abad lamanya. Dia tidak akan dikembalikan kepada rupa manusia. Adapun mukmin,
maka Allah telah menyelamatkannya dari disusun dalam rupa binatang-binatang (bahaa’im) ternakan atau binatang-binatang
buas dan lain-lain. Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya mereka yang dimasukkan ke
dalam masukhiyyah, tidak akan
dikembalikan kepada [rupa] manusia.
Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Pada hari ketika mereka diazab di atas api
neraka”[201]
Dan Dia berfirman: “Rasakanlah azab
neraka yang dahulu kamu mendustakannya”[202]
Iaitu azab di badan-badan. Dan Allah berfirman: “Sesungguhnya mereka yang bertakwa berada di dalam taman-taman dan di
mata air-mata air sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan
mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang
berbuat baik”[203]
Dan makna firman-Nya: “Pada hari ketika mereka diazab di atas api
neraka”[204]
Rasakanlah fitnah kamu, fitnah yang mereka merasakkanya, wahai Mufadhdhal,
mereka merasakannya dalam masukhiyyah seperti
kepenatan, keletihan, perubahan rupa dan lain-lain azab seperti pembunuhan, penyembelihan
dan kesakitan. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Iaitu hari yang seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada
karibnya sedikitpun dan mereka tidak akan mendapat pertolongan”[205]
dan firman-Nya: “Sesungguhnya mereka yang
bertakwa berada di dalam taman-taman dan di mata air-mata air sambil mengambil
apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum
itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik”[206]
Wahai Mufadhdhal, firman-Nya: “Sambil
mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka”
Iaitu keamanan daripada masukhiyyah dan berhubung dengan mereka
kepada darjat nuqabaa’[207]
, nujabaa’[208]
dan abwaab [209]sehingga
bertemu dengan mereka yang terpilih (al-Asfiyaa’),
berjabat tangan dengan malaikat, menaiki langit dan turun ke bumi, tidak ada
sesuatupun yang menghalang mereka. Dan firman-Nya: “Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang
berbuat baik”[210]
Iaitu mereka mengakui keesaan-Nya, menyerah diri kepada Yang Maha Tinggi yang
dapat menzahirkan dalam bentuk yang dia kehendaki, memasuki ke dalam hijab yang dikehendakinya, Dialah Yang
Maha Tinggi lagi Maha Besar. Wa s-Salam.
BAB 47
☼Makrifat tentang adakah mukmin menjadi
hamba kepada kafir dan kafir menjadi hamba kepada mukmin serta apakah sebabnya?
(fi ma‘rifati hal yakunu al-mu’min ‘abdan
lil-kafir wa al-Kafir ‘abdan li-al-Mu’min?)☼
Al-Mufadhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaana al-Sadiq a.s
tentang mukmin adakah dia menjadi hamba kepada mukmin dan kafir serta sebabnya?
Maka al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya makna
perhambaan (al-‘Ubudiyyah) ada dua
makna: Pertama: Mukmin menjadi hamba milik seorang mukmin saudaranya dan dia
tidak menjadi hamba milik kafir. Sebabnya bahawa mukmin pada pusingan yang
pertama adalah saudara bagi mukmin ini yang telah memilikinya pada pusingan
yang kedua.
Maka mukmin ini adalah lebih luas
dunianya dan lebih senang daripadanya, tetapi dia tidak menolongnya, tidak
mengemukakan apa yang wajib dilakukannya kepadanya dengan sewajarnya. Mukmin
ini telah berharap bahawa dia akan mendapat kebaikan daripadanya, tetapi mukmin
ini telah mengabaikannya dalam menunaikan haknya ke atasnya.
Maka dia mulai memenatkannya beberapa
hari, tanpa mendapat kebaikan daripadanya sehingga apabila dia berada di
pusingan yang kedua (al-Karrati
al-Thaaniyati) maka Allah menghina mukmin ini kerana tidak menunaikan
haknya ke atas saudara-saudaranya sehingga terputus harapannya. Justeru mukmin
yang susah tadi memiliki perhambaan mukmin ini untuk memenatkannya pula di
dalam perhambaan dengan kadar kepenatan dan kesusahan yang diterima olehnya
[dahulu], kerana Allah Maha Adil tidak zalim dan Maha Bijaksana sebagaimana aku
telah memberitahukan anda.
Aku telah berkata: Ceritakan kepadaku makna
perhambaan yang kedua, al-Sadiq a.s telah berkata: Makna kedua adalah
perhambaan di antaranya dan Tuhannya, kerana mukmin mempunyai darjat yang
banyak dan setiap batas daripada darjat-darjatnya ada alamat yang tersendiri.
Darjat yang paling rendah adalah apa yang diwajibkan ke atasnya pada zahir
seperti sembahyang, puasa, haji, zakat, jihad dan lain-lain syariat menurut
batas perhambaan (‘ubudiyyah)
sehingga dia sampai ke darjat kemerdekaan (ahraar).
Al-Mufadhdhal telah berkata: Apakah darjat kemerdekaan, wahai Maulaaya? Al-Sadiq a.s telah berkata:
Apabila dia mengetahui hak Allah dengan sebenarnya dan berakhir pada makrifat,
maka dia pada ketika itu bebas, sesungguhnya dia telah merdeka dan dibebaskan
daripada belenggu serta keluar daripada kesesatan.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, ceritakan kepadaku makrifat
kepada Allah dengan sebenarnya dan kesudahan makrifat? Al-Sadiq a.s telah
berkata: Apabila dia mengetahui Allah secara ikhlas tanpa syak dan ragu dan
mengakui Tuhannya Yang Maha Tinggi. Mengakui ketuhanan-Nya dan keesaan-Nya.
Sesungguhnya Dia Maha Kaya lagi Maha Mulia (ghaniyyun
‘aziizun). Al-Mufadhdhal telah berkata: Apakah makna Maha Kaya lagi Maha
Mulia? Al-Sadiq a.s telah berkata: Kaya dengan diri-Nya tanpa orang lain, Dia
tidak berhajat kepada seorangpun daripada makhluk-Nya sedangkan semua makhluk
berhajat kepada-Nya, mereka berhajat kepada kekuasaan-Nya, kebesaran-Nya dan kemuliaan-Nya.
Maka ketika itu mukmin mengetahui Allah
dengan sebenarnya dan berakhir kepada makrifat. Sesiapa yang tidak mengetahui
Allah dengan sebenarnya, dengan sifat ini, maka dia adalah seorang hamba yang
dimiliki, tetapi apabila dia mengetahui Allah dengan sifat ini, maka dia telah
berakhir kepada makrifat dan menjadi merdeka lagi ditaati di mana saja dia
pergi dari bumi atau langit. Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah dia layak ke
langit? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia tidak ditaati melainkan dilangit? Tidak
ada malaikat yang dekat dengan Allah, tidak ada nabi yang diutus, tidak ada
sahabat dan syahid melainkan mengetahuinya, mentaatinya dan mengetahuinya
bahawa dia adalah seorang lelaki yang ikhlas kepada Allah.
Kebanyakan tempat tinggalnya dilangit
bersama-sama para malaikat, dia naik kepada mereka apabila dia kehendaki dan
turun apabila dia kehendaki, bumi dilipatkan untuknya, semua pokok, gunung dan
lain-lain mengetahuinya bahawa dia adalah seorang wali yang ikhlas. Al-Mufadhdhal
telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah
ada jalan pada zaman ini seorang tertentu boleh mencapai sifat ini?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, wahai
Mufadhdhal, terdapat manusia yang ramai, kemungkinan seorang daripada mereka
memberi salam kepadaku dan hadir di sisiku sedangkan anda hadir sama dalam
majlisku, tetapi anda tidak mengetahui mereka. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Sesungguhnya anda telah bermurah hati kepadaku, wahai Maulaaya, anda telah mengajarku, justeru aku mahu berkata sesuatu.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Aku telah mengetahui apa yang terlintas di hatimu.
Sesungguhnya telah terlintas di hati anda bahawa anda mahu bertanyaku supaya
aku membentangkan kepada anda sebahagian mukminin. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Wahai Maulaaya, demi Allah, ia
begitulah sebagaimana kata-kata anda.
Maka beliau a.s telah berkata: Katalah
apa yang anda mahu… Demi Allah, belum sempat aku menyempurnakan soalanku,
tiba-tiba seorang lelaki telah mendatanginya dan beliau a.s telah membuka
pintu. Al-Sadiq a.s telah berkata: Ini adalah daripada mereka, maka dia telah
masuk dan memberi salam. Justeru kami telah menjawab salamnya dan dia terus
duduk di sisi Maulaaya al-Sadiq a.s
dan beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, tanyalah dia, wahai Mufadhdhal,
apa yang anda mahu. Maka aku telah berkata: Dari manakah anda telah datang,
wahai saudaraku? Dia telah berkata: Dari langit.
Kemana anda mahu pergi? Dia telah
berkata: Aku telah datang untuk memberi salam kepada Sayyidi dan Maulaaya,
al-Sadiq a.s. Aku telah berkata: Sesungguhnya Maulaaya telah menceritakan kepadaku bahawa gunung-gunung,
lautan-lautan dan pokok-pokok jika anda menyuruh mereka, maka mereka akan
mentaati anda. Lelaki itu telah berkata: Ya, lebih banyak perkara mentaatiku.
Iaitu bumi dan langit. Begitu juga syurga dan neraka. Lantas Maulaaya al-Sadiq a.s tersenyum dan
berkata kepadanya: Anda memang benar. Al-Mufadhdhal telah berkata: Subhaanallahi Rabbi l-‘Aalamiin. Dia
telah berkata: Adakah anda bertasbih kerana hairan kepada kata-kataku?
Aku telah berkata: Ya, demi Allah. Dia
telah berkata: Allah memberi kepadaku lebih besar daripada langit, bumi, syurga
dan neraka. Aku telah berkata: Apakah dia? Dia telah berkata: Allah Tuhan
semesta alam mentaati aku (yuti‘uni llahu
rabbu al-‘aalamiin), Dialah Pencipta perkara-perkara ini dan menetapkannya.
Aku telah berkata: Apakah ketaatan Allah kepada anda? Dia telah berkata: Aku
meminta [sesuatu] daripada-Nya (asalu-hu
fa-yu‘tii-nii), lalu Dia memberinya kepadaku, aku menyeruNya, maka Dia
menyahuti seruanku, justeru manakah ketaatan yang lebih daripada itu (fa-ayyu taa‘atin akbar min-dhalika)?
Aku telah berkata: Maulaaya al-Sadiq a.s memang benar. Al-Sadiq a.s telah berkata:
Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya anda merasa hairan dan membenar kata-katanya. Berita
tidaklah sama dengan penglihatan [anda sendiri], kemudian aku memintanya supaya
menunjukkan sesuatu kepadaku tentangnya. Al-Mufadhdhal telah berkata: Maka aku
telah melihat bahawa tidak ada perkara yang lebih dekat kepadaku selain
daripada pohon [anggur] di rumah Maulaaya,
maka aku telah memintanya supaya dia memerintahkan pohon itu dalam urusan yang
dia memilihnya.
Maka dia telah berkata kepadanya: Wahai
pohon, datang ke mari, maka pohon itu datang menembusi bumi kerana takut
sehingga ia berdiri di hadapannya. Kemudian dia telah berkata: Wahai pohon,
berilah kami makan daripada buah-buahan anda yang segar. Pada masa itu bukanlah
musim buah-buahan. Maka pohon itu menggerakkan dahan-dahannya sementara
pelepahnya mendekati daun-daunnya sehingga ia memberi makan [buahnya] kepada
kami, tiba-tiba di atasnya buah-buahan yang banyak. Kemudian Maulaanya telah menghulurkan tangannya
dan memetiknya dengan tangannya yang mulia, kami telah mengambilnya dan memakannya.
Ia mempunyai tiga jenis buah-buahan yang segar. Kemudian dia telah berkata
kepada pohon itu: Bertebaranlah, lalu ia bertebar sehingga ia memasuki setiap
sudut rumah.
Kemudian dia telah berkata kepadanya:
Kembalilah, maka ia kembali kepada tempatnya. Maka dia telah berkata kepadaku:
Wahai saudaraku, wahai Mufadhdhal, adakah anda hairan apa yang anda telah
melihatnya? Aku telah berkata: Ya, demi Allah. Maulaaya al-Sadiq a.s telah berkata: Janganlah anda menjadi hairan,
wahai Mufadhdhal, jika dia memerintahkan gunung-gunung yang kukuh supaya berjalan
bersama-samanya, nescaya ia berjalan. Jika dia memerintahkan lautan-lautan
supaya bergelora, nescaya dia bergelora. Jika dia memerintahkan langit supaya
menurunkan hujan, nescaya ia menurunkan hujan.
Jika dia memerintahkan bumi supaya
menumbuhkan [sesuatu], nescaya ia menumbuhkan[nya]. Wahai Mufadhdhal, dia telah
melakukan pada hari kita ini lebih banyak daripada itu ketika anda bertanya
kepadaku tentang para wali, mukminin, sifat-sifat mereka dan darjat-darjat
mereka. Wali ini, wahai Mufadhdhal, di langit ketujuh, maka dia turun pada jam
ini. Ini adalah melebihi apa yang aku telah ceritakan kepada anda dan anda
telah melihatnya di kalangan para wali. Aku telah berkata: Berapa lamakah baginya
untuk mencapai tahap ini, wahai Maulaaya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Dalam 21 pusingan (karratan). Wa s-Salam.
BAB 48
☼Makrifat tentang berapa lamakah mukmin
akan sampai sehingga menjadi seorang yang ikhlas, kemudian dia naik ke langit
dan turun ke bumi (fi ma‘rifati kam
yablughu al-Mu’min hattaa yakuna mukhlisan thumma ya‘ruju ila al-Samaa’ wa
yanzili ila al-Ardh)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s berapa
lamakah mukmin akan sampai dan meningkat kepada darjat-darjatnya sehingga dia
menjadi seorang yang ikhlas, naik ke langit dan turun ke bumi? Beliau a.s telah
berkata: Dalam 21 pusingan. Aku telah berkata: Berapakah kadar pusingan tahun,
wahai Maulaaya? Beliau a.s telah
berkata: Selama 1077 tahun, mukmin berpusing padanya sebanyak 21 kali.
Justeru setiap seratus tahun daripada
tahun-tahun ini berlaku dua pusingan (karrataini).
Apabila dia berada dalam satu pusingan itu melebihi 50 tahun, maka umurnya akan
berkurangan pada pusingan kedua mengikut kadar kelebihan umurnya yang melebihi
50 tahun pada pusingan yang pertama. Apabila dia hidup pada pusingan yang
pertama kurang daripada 50 tahun, maka umurnya akan bertambah mengikut kadar umurnya
yang kurang daripada 50 tahun pada pusingan yang pertama di atas kiraan ini
sehingga ia menjadi 21 pusingan pada 1077 tahun dan 7 jam. Aku telah berkata:
Wahai Maulaaya, kadang-kadang seorang
itu boleh hidup selama 120 tahun dan kemungkinan ia melebihi umur tersebut?
Maka beliau a.s telah berkata: Ini juga
kemungkinan dia akan mati pada masa itu juga atau kemungkinan pada hari ajalnya
sedangkan dia masih berada pada pusingan yang pertama[211].
Kemungkinan baginya 2 pusingan dan dia hidup dalam 2 pusingan selama 1 tahun
atau kurang daripada 1 tahun. Apa yang melebihi 100 tahun, maka ia membawa
kepada kekurangan 2 pusingan. Ini jika tidak berlaku kekurangan atau kelebihan
pada pusingan. Adapun pusingan 21, maka ia tidak melebihi 1077 tahun dan 7 jam.
Demikianlah sehingga tidak tinggal sekalipun kafir yang telah mengemukakan
kebaikan atau kejahatan atau sesuatu daripada amalannya melainkan dia
mendapatinya di dunia. Kemudian al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal,
dunia ini adalah tempat balasan, tempat ganjaran dan [tempat] membalas dendam.
“Kemudian
masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah
dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dizalimi”[212]
Maka pada kadar ini masukhiyyah berubah
pada kali keduanya dan sebelum kali keduanya, berpusing kepada setiap yang
mati, yang hidup, yang diazab dan yang dibunuh sehingga mereka binasa di dalam
waktu-waktu ini. Dan yang lainnya, pedang diletakkan pada mereka, maka ia
menjadi balasan mereka yang terakhir dengan kepanasan besi sehingga tidak ada
yang tinggal melainkan setiap mukmin yang ikhlas imannya dan bersih hatinya. Ia
berlaku ketika kedatangan al-Qaim a.s. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, bagaimana perkara ini menjadi
tersembunyi [sekarang] sedangkan ketika zahirnya al-Mahdi ia menjadi zahir lagi
terdedah?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, ia tidak boleh ditimbangkan dengan langit dan bumi, gunung dan
laut, zaman dan semua ciptaan Allah bahawa dia akan mendedahkan perkara-perkara
Bani Adam dan perkara Bani Adam tidak akan terdedah melainkan ketika zahirnya
al-Qaim. Tidakkah anda mengetahui apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w?
Baginda s.a.w telah bersabda: Al-Qaim akan membunuh setiap taghut [213]yang
angkuh, memecahkan salib dan agama semuanya menjadi milik Allah sehingga mukmin
melalui di gunung sedangkan kafir sedang bersembunyi?
Apabila mukmin melaluinya, maka gunung
menyerunya: Wahai mukmin, sesungguhnya kafir ini sedang bersembunyi di
sebalikku, datanglah dan bunuhlah dia. Dan mukmin melalui di hadapan pokok,
maka ia berkata sedemikian, kerana al-Qaim diutus ketika zahirnya dengan
pedang, pendedahan dan kezahiran. Dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana
melakukan sesuatu apa yang Dia kehendakiNya. “Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang
akan ditanya”.[214]
Segala puji bagi Allah, Maulaana,
Pemberi petunjuk kami dan Penunjuk kami. Wa
s-Salam.
BAB 49
☼Makrifat tentang apa yang dikenali sebagai
penyakit dan bala yang berlaku kepada
mukmin dan kafir serta sebab berlakunya kepada mereka berdua (fi ma‘rifati ma yu‘rafu min al-‘aahaat wa
al-aafaat al-lati tu‘radhu lil-mu‘min wa al-Kaafir wa al- ‘illatu fi-hi-maa)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s
tentang mukmin yang diturunkan bala, penyakit dan bencana pada keluarganya,
dirinya dan anaknya. Kita melihat penyakit-penyakit ini juga berlaku kepada
kafir, maka apakah sebabnya? Beliau a.s telah berkata: Adapun penyakit, bencana
dan lain-lainnya yang berlaku pada mukmin, maka mukmin, wahai Mufadhdhal, yang
terlintas di hatinya perasaan jahat terhadap hak-hak saudara-saudaranya dan dia
mendengar perkataan jahat tentang mereka, lalu dia meraguinya, kemudian orang
lain menyebutnya pula di sisinya, lantas dia mengambil berat tentangnya.
Kemudian terlintas di hatinya bahawa
asal perkataan itu menyentuh tentang keturunannya, bercampur-aduk daripada
saudara-saudaranya, justeru mukmin itu menyangka jahat terhadap saudaranya
mukmin tanpa bukti yang kukuh di sisinya, maka ketika itu dia menyembunyikan
kejahatan dan kemarahan dalam dirinya terhadap saudaranya yang mukmin. Adapun
mukmin yang lain, maka dia melupainya dan menziarahinya dalam keadaan ini. Dia
menyembunyikan sesuatu di dalam dirinya terhadapnya, kemudian dia
mengabaikannya dan melahirkan perasaan dingin terhadapnya kerana berita yang
tidak berasas telah sampai kepadanya sedangkan saudaranya yang mukmin tidak bersalah
terhadapnya.
Kemungkinan saudaranya yang pertama
telah menzaliminya dan mengaitkannya dengan perkara yang tidak ada kaitan
dengannya. Kemudian dia tidak reda apa yang dilemparkan kepada saudaranya
sehingga dia menyembunyikan kejahatan dan hasad di hatinya terhadapnya. Justeru
kezaliman tertumpu ke atas saudaranya, pertamanya sangkaan buruk terhadapnya
yang mana dia tidak pernah berkata sedemikian dan keduanya kejahatan yang
disembunyikan di dalam hatinya terhadapnya.
Kemudian dia tidak reda sehingga dia
berjumpanya dengan muka yang masam, maka dia mengabaikannya dan melahirkan
kedinginannya terhadapnya sedangkan dia wajib bertanya kepada saudaranya dan
membebaskannya daripda perkara tersebut. Justeru ini adalah suatu kezaliman dan
kejahatan. Kemungkinan ia membawa kepada berlakunya perbalahan di antara
mereka, lalu dia menyebutnya apa yang tidak layak baginya.
Lantas dia menyebut saudaranya dengan
cacian. Semuanya disebabkan kejahilan urusannya tanpa membenarkan saudaranya di
sisinya mengambil haknya. Ini adalah langkah syaitan yang menunjang di hatinya
sehingga dia tidak fikir ada orang lain yang lebih layak daripadanya. Kemungkinan
ia membawa kepada terputus perhubungannya dan penghinaannya di sisi
saudara-saudaranya. Dia menyangka buruk terhadap saudara-saudaranya jika mereka
menyebut perkara itu sehingga orang ramai pula menyebutnya dan bercakap-cakap
tentangnya di majlis-majlis atau di jalan-jalan.
Maka mukmin yang pelupa, tidak ada dosa
baginya jika dia menyebut saudaranya dengan sesuatu sehingga ia sampai
kepadanya dan berkata: Aduhai dukacitanya anda bahawa orang ramai berkata:
Sesungguhnya anda telah berkata kepadaku itu dan ini, maka dia berkata: Subhaanallah, anda menuduh aku dengan perkara
ini, maka dia berkata: Ya, kemudian dia berdukacita dan berkata: Wahai Tuhanku,
sesungguhnya anda mengetahui bahawa aku tidak berkata sedemikian, malah ia
tidak terlintas dihatiku. Sesungguhnya aku telah berkata sesuatu kepada anda,
maka cukuplah anda buatku. Kemudian dia menyimpan dendam terhadap saudaranya
yang mukmin: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Tuhan anda Maha Adil, tidak zalim.
Justeru Dia mengenakan halangan-halangan kepada mukmin ini, kemungkinan fitnah
akan berlaku kepada keluarganya.
Itu disebabkan kejahilannya terhadap
saudaranya tanpa menggunakan akal dan bukti di sisinya. Pendapat ada yang betul
dan ada yang salah dan sebahagian sangkaan itu adalah dosa: Inilah
penyakit-penyakit dan bencana-bencana di dunia ini dan kerananyalah berlakunya
fitnah. Dan ianya berlaku pada jiwa, keluarga, harta dan anak sebagaimana aku
telah membacanya kepada anda.
Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya Allah
membalas dendam daripada tuannya dan bala ini adalah untuknya dan dengannya
untuk kebaikannya di dunia dan di akhirat. Kerana semua penyakit dan bencana
yang dibentangkan kepadanya adalah untuk membersihkan dirinya daripada dosa
kesalahan yang terlintas di hatinya. Kemungkinan dia menuduh mukmin dengan
sangkaan yang jahat tanpa bukti.
Kemungkinan dia mengalami dukacita dan
kesusahan sebagaimana dialami oleh saudaranya yang mukmin. Sesungguhnya polan
telah mengatakan kepada anda itu dan ini, lalu dibentangkannya kepada
saudara-saudaranya, maka dia berdukacita kerananya. Dukacita dan kesusahan
makin bertambah ke atas mukmin yang kedua, maka ia akan berlaku kepada mukmin
yang pertama jika ia tidak berlaku kepada mukmin yang kedua, wahai Mufadhdhal,
semua penyakit dan bencana ini jika tidak berlaku kepada mukmin yang pertama, nescaya
mukmin sebelumnya mengikutinya. Apabila Allah membalas dendam-Nya kepadanya,
maka segala perbuatan Allah kepada mukmin adalah untuk kebaikannya.
Justeru mukmin yang sempurna apabila
berlaku musibah kepadanya berkata: Mudah-mudahan ini akan mendatangkan kebaikan
kepadaku di dunia dan di akhirat. Dan aku tidak menyangka jahat terhadap
Tuhanku pada hukum-Nya. Kemungkinan saudaranya yang lain berkata kepada saudaranya
yang mukmin: Janganlah anda berdukacita tentang perkara itu dan janganlah
memberi perhatian kepadanya. Mudah-mudahahn ia untuk kebaikan anda. Janganlah anda
mengambil berat tentangnya dan janganlah anda menyangka jahat kepada Tuhan kamu
tentang penetapan-Nya dan redalah dengannya, maka mukmin ini menjadi tenang
dengan kata-kata ini.
Kemudian hati mukmin ini mendengarnya dan
berkata kepada dirinya sebagaimana kata-kata anda, segala puji bagi Allah. Dia
berkata: Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala pujian. Maka ketika itu segala kotoran
dosa yang disebabkan oleh kejahilannya terkeluar daripadanya, maka fahamilah,
wahai Mufadhdhal, ia menjadi cepat dan kecepatan itu ada sebabnya dan
penangguhan juga ada sebabnya. Aku telah berkata: Wahai Sayyidi, mukmin ini bersama saudaranya mukmin aku telah
mengetahuinya dan aku telah mengetahui sebab semua penyakit dan bencana,
justeru beritahulah kepadaku, wahai Maulaaya,
tentang kafir yang dikenakan penyakit dan bencana sehingga kepada keluarganya,
hartanya dan anaknya, apakah sebabnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhal,
sesungguhnya kafir yang dikenakan penyakit dan bencana adalah [seperti] sahabat
mukmin yang telah menyebut saudaranya mukmin dengan kejahatan dan dia menerima
akibatnya. Dia adalah sebagai lawan mukmin yang dikenakan bencana dan dia telah
mengabaikan urusannya ke atas mukmin, tetapi Allah, tidak ada yang tersembunyi
daripada-Nya dan dia telah melanggar hak mukmin itu dan berhak menerima
balasan. Justeru mukimin diambil daripada kejahatannya dan kejahilannya.
Oleh itu, kehairanan yang terlintas di
hati mukmin ini terhadap saudaranya yang mukmin adalah satu kesalahan.
Sesungguhnya ia adalah balasan kerana kafir ini. Sesungguhnya ditutup daripada
mukmin urusannya dan dosanya. Semuanya tidak tersembunyi daripada Allah. Lantas
Allah memarahi wali-Nya yang mukmin. Lalu dia membalas dedam kepada kafir ini
tanpa taubat ke atasnya.
Apabila diturunkan bencana, maka dia
akan diganti daripada dosa tanpa taubat dan berlakulah apa yang menimpanya. Aku
telah berkata: Wahai Maulaaya, apa
yang akan dibentangkannya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia akan ditamatkan
dengan kejahatan dan akan dikembalikan kepada susunannya dalam masukhiyyah yang [melakukan] zina. Maka
ini adalah sebab yang menimpa kafir dan mukmin. Adapun bencana-bencana yang
dibentangkan kepada mukmin sama ada merupakan penyakit-penyakit dan
bencana-bencana adalah untuk membersihkannya di akhirat. Adapun bencana yang
dikenakan kepada kafir, maka ia adalah satu pembalasan dendam.
Allah memarahinya dan menamatkannya
dengan masukhiyyah sebagaimana aku
telah memberitahu anda tentangnya. Sesungguhnya ilmu ini, wahai Mufadhdhal, adalah
rahsia Allah dan rahsia simpanan-Nya yang tidak diketahui oleh seorangpun di
kalangan hamba-hamba-Nya melainkan para wali-Nya yang khusus. Justeru Allah
telah mewajibkan supaya ilmu ini tidak diketahui oleh orang yang hina lagi
najis. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Yang Mengetahui perkara ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada
seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredai-Nya, maka
sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga di muka dan di belakangnya”[215]
Wahai Mufadhdhal, anda dan Syiah kita, ilmu-ilmu
kami tidak keluar melainkan sedikit sahaja di dunia ini dan kepada mereka yang
tertentu pula[216].
Lantaran itu, janganlah kamu bersimpati, janganlah kamu cenderung dan janganlah
kamu menyeleweng. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, apa makna penyelewengan (al-Inhiraaf)? Beliau a.s telah berkata: Bersimpati iaitu jika dia
cenderung, nescaya kamu cenderung kepadanya. Dan bagi-Nya pujian yang
berterusan. Wa s-Salam.
BAB 50
☼Makrifat tentang bagaimana mukmin menjadi
kaya atau miskin di dunia sementara kafir demikian juga (fi ma‘rifati kaifa yakun al-Mu’min muwassa‘an wa muqtarran ‘alai-hi fi
al-Dunia wa al-Kaafir kadhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s
tentang mukmin di dunia ini menjadi miskin, berhajat sesuatu daripada orang
ramai kerana terpaksa lagi mengeluh, menghabiskan tenaga yang banyak, dukacita
dan sangsara yang berterusan. Kadang-kadang dia melihat orang lain di kalangan
saudara-saudaranya hidup mewah tidak berhajat kepada harta orang lain. Dia juga
melihat orang kafir yang memenatkan hidupnya tanpa kemewahan. Apakah sebab
terjadinya sedemikian?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, adapun mukmin yang anda melihatnya di dunia ini miskin, maka sesungguhnya
mukmin ini pada salinannya[217]
(naskhu-hu) yang pertama, seorang yang
kaya di sepanjang hidupnya mempunyai ramai saudara-saudaranya mukminin yang
wajib ke atasnya menjaga mereka, memberi mereka makan dan pakaian. Kemudian dia
mengabaikan apa yang wajib ke atasnya, kemudian melupai mereka pula sehingga
dia tidak menjaga wasiat Allah pada saudara-saudaranya mukminin.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah wajib di atas mukmin ke
atas saudaranya yang mukmin bersyarikat dengannya dalam perkara-perkara ini?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, wahai Mufadhdhal, bacalah ayat ini: “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka
disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar
(dari kesalahanmu)”[218] Tidakkah
anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya mukmin baginya hak-hak ke atas saudara-saudaranya
yang mukminin dan mereka juga sama dalam hak-hak ini?
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah hak-hak ini? Al-Sadiq
a.s telah berkata: Wajib ke atas mukmin tidak memakan makanan melainkan dengan
izin saudaranya yang mukmin. Dia tidak membuat sesuatu yang mewah di dunia ini
melainkan dengan izinnya. Aku telah berkata: Wahai Sayyidi, adakah hak-hak ini wajib ke atas semua mukminin? Beliau
a.s telah berkata: Tidak. Sesungguhnya hak-hak ini wajib bagi mukmin yang
miskin, berhajat kepada orang ramai. Adapun mukmin yang sama dengan saudaranya
dari segi harta, maka tidak wajib ke atasnya sesuatupun daripada perkara itu.
Dan sesiapa yang memiliki sesuatu di
sisinya, tetapi saudaranya tidak memiliki sedemikian sekalipun satu dinar atau
seekor binatang, maka menjadi hak orang yang mendapat keuntungan dalam perniagaan
menjaga hak mukmin kerana dia adalah daripada zuriatnya dalam keimanan. Aku
telah berkata: Wahai Maulaaya,
perkara ini adalah sulit dan apakah sebabnya?
Al-Sadsiq a.s telah berkata: Perkara ini
adalah sulit, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya mukmin adalah saudara mukmin
daripada bapanya dan ibunya, dia bersyarikat dengannya pada setiap yang
dikumpulkan oleh dua tangannya, anggota-anggotanya dan apa yang lebih besar
daripada itu. Aku telah berkata: Apakah dia, wahai Maulaaya? Beliau a.s telah berkata: Ketaatan mukmin kepada
saudaranya mukmin, ketaatan Allah dan Rasul-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Aku
telah berkata: Siapakah yang maqmpu melakukannya atau siapakah yang mampu
melaksanakan hak-hak ini?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai
Mufadhdhal, sesiapa yang suka memasuki Dar al-Salam dan merindui kepada Yang
Maha Tinggi dan mengeluarkan dirinya daripada kekotoran kegelapan dan memasuki cahaya
yang terang akan dipermudahkan untuknya sebagaimana aku telah memberitahu
kepada anda. Al-Mufadhdhal telah berkata: Bagaimana untuk melakukannya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Setiap mukmin yang menjaganya akan meningkat dalam
darjat-darjat ketinggian dan sesiapa yang tidak menjaganya, maka dia akan
dikembalikan kepada sifat yang anda telah bertanya kepadaku tentangnya, menjadi
miskin, hina, berhajat kepada apa yang ada pada tangan-tangan manusia dan
saudara-saudaranya.
Dia menghadapi dukacita sepenuhnya sejajar
dengan apa yang di lakukannya dalam susunan yang pertama kepada saudara-saudaranya
yang mukminin. Al-Mufadhal telah berkata: Bagaimana dikembalikan mukmin yang telah
melakukan perubahan ini? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia dikembalikan sebagai
raja yang mewah, menyeru dan melarang: Jika dia menjaga Allah dan hak-hak-Nya
dan hak-hak saudara-saudaranya mukminin, dia akan meningkat kepada darjatnya
yang pertama dan tinggal di dalam nikmat[-Nya].
Sebab ini, wahai Mufadhdhal, berlaku
kepada semua mukminin pada setiap keadaan sebagai balasan kepada mereka.
Kemudian al-Sadiq a.s telah berkata: Adapun kafir, wahai Mufadhdhal, yang hidup
mewah, maka dia melakukan kebaikan di dunia. Jika kafir suka kepada kebaikan
atau dia melakkukan ihsan kepada mukmin dengan sesuatu daripada dunianya atau
percakapan yang baik atau menunaikan hajat anda atau hajat orang lain, maka dia
akan mendapat kesihatan badan di dunia ini atau pertambahan pada hartanya.
Apabila dia mati, maka dia akan disusun
dalam masukhiyyah dan akan menikmati
nikmat kerana kebaikan yang dilakukannya di dunia. Adapun kafir yang hidup
dalam kemiskinan, maka dia telah melakukan kejahatan kepada mukmin dengan
mengambil hartanya. Justeru Allah mengazabnya dengan azab yang setimpal.
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi
sesiapapun. Ini adalah apa yang aku telah memberitahu kepada anda tentang
“membuat kebaikan” di kalangan mukminin sesama mereka di dunia: Mereka yang kafir
pula dengan amalan-amalan mereka. Inilah sebab yang anda telah bertanyaku,
wahai Mufadhdhal, tentang rezeki dan bagi Allah nikmat dan ihsan, wa s-Salam.
BAB 51
☼Makrifat tentang sedikit bilangan mukmin
dan banyak bilangan kafir (fi ma‘rifati
qillati al-Mu‘minin wa kathrati al-Kafiriin)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s,
kenapa bilangan mukminin menjadi berkurangan sedangkan bilangan mereka yang
kafir menjadi ramai di dunia ini? Al-Sadiq a.s telah berkata: Kerana mukmin
apabila dia menjadi bersih, naik ke langit menjadi malaikat. Lantaran itu,
mereka menjadi ramai di langit dan berkurangan di bumi. Adapun ramainya
bilangan mereka yang kafir di bumi, kerana kafir apabila meningkat darjat
kekafirannya, maka dia menjadi zalim, kemudian dia berulang dan menjadi
pemberontak. Dia terus berulang sehingga dia menjadi bab (pintu)[219].
Maka pada masa itu dia menjadi iblis,
kemudian dikembalikan kepada masukhiyyah
dan tinggal di bumi. Dia tidak naik ke langit, kerana tidak ada maskhun (perubahan rupa)[220]
di langit. Sesungguhnya maskhun hanya
dikenali dibumi dan berpindah daripada satu lembaga kepada lembaga yang lain.
Setiap kali dia dikitar dalam mana-mana susunan, dia diazab dengan
bermacam-macam azab dan azabnya makin bertambah di sepanjang zaman. Lantaran
itu, fahamilah sebab ramainya bilangan mereka yang kafir dan berkurangan
bilangan mukminin. Segala puji bagi
Allah Tuhan semesta alam. Wa s-Salam.
BAB 52
☼Makrifat tentang roh-roh cahaya (fi ma‘rifati al-Arwaah al-Nuraaniyyati)☼
Al-Mufadhdhal telah
berkata: Aku telah bertanya Maulaaya
al-Sadiq a.s tentang firman Allah: “Dan
Dia menentukan padanya kadar makanan-makanannya dalam empat masa bagi mereka
yang bertanya”[221]
Al-Sadiq a.s telah berkata: Makanannya (aqwaata-ha)
iaitu ilmu yang merupakan makanan roh-roh yang hidup bersamanya. Adakah anda
mengetahui tafsir firman-Nya: “Empat masa
bagi orang-orang yang bertanya”[222]?
Beliau a.s telah berkata: Iaitu hari-hari yang mana Allah menciptakan padanya
bumi iaitu Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Husain dan merekalah empat hari yang
disebutkan Allah di dalam kitab-Nya yang mulia yang Dia telah menetapkan
padanya roh-roh cahaya dalam empat hari bagi mereka yang bertanya.
Dan setiap roh mempunyai cahaya ilmu
daripada ilmu keluarga Muhammad. Lantaran itu, dia hidup dengan cahaya mereka
yang menunjuk kepada kebaikan agamanya dan makrifat Tuhan-Nya. Roh kafir tidak
mempunyai cahaya ini, kerana mereka yang kafir adalah gelap, tidak dapat
petunjuk kepada jalan Allah dan mereka tidak mengetahui kebenaran sebagaimana
Dia berfirman di dalam kitab-Nya: “Maka
apakah mereka tidak memperhatikan al-Qur’an ataukah hati mereka terkunci?
Sesungguhnya mereka yang kembali ke belakang sesudah petunjuk itu jelas bagi
mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan
angan-angan mereka”[223]
BAB 53
☼Makrifat tentang pondan dan sebabnya (fi ma‘rifati al-Ma’buun wa al-sabab fi
dhalika)☼
Al-Mufadhdhal telah
berkata: Aku telah bertanya Maulaaya
al-Sadiq a.s tentang bagaimana seorang lelaki suka bernikah [dengan lelaki]
sebagaimana perempuan menyukainya [dengan perempuan] dan dia terus
melakukannya? Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya anda telah bertanya,
wahai Mufadhdhal, tentang ahli najis kemudian ahli kotoran, sesungguhnya Allah
tidak menguji seorang daripada para wali-Nya, Syiah kita dan mukminin dengan
perkara tersebut.
Wahai Mufadhdhal, penyakit ini terlepas
daripada mukminin selain daripada musuh kita dan musuh Syiah kita. Bagaimana
Allah menguji mukmin dengan penyakit ini sedangkan mereka suci? Adapun
perempuan mukminat di kalangan Syiah kita, mereka adalah suci dan jauh daripada
najis. Sesiapa yang mengingkari wilayah Amir al-Mukminin atau memarahi di dalam
hatinya seorang daripada para wali-Nya, maka Allah mengujinya dengan penyakit
najis ini. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, berita telah sampai kepadaku tentang seorang lelaki yang
mempunyai penyakit ini, tetapi dia menyebut di dalam percakapannya bahawa dia
mewalikan Amir al-Mukminin, apakah anda fikir tentang kata-katanya itu?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia telah
berbohong, demi Yang telah memecahkan biji-bijian dan membebaskan jiwa-jiwa,
sesungguhnya Amir al-Mukminin kadang-kadang dicintai juga oleh kafir. Kafir dan
mukmin yang mencintainya bebas daripada penyakit ini.
Nama ini tidak layak untuk orang lain
dan orang yang menamakan dengan nama ini diuji anaknya. Aku telah berkata:
Wahai Sayyidi, apakah nama ini?
Beliau a.s telah berkata: Nama Amir al-Mukminin, kerana seorang itu tidak harus
menamakan dirinya [Amir al-Mukminin] melainkan Ali bin Abi Talib. Sesungguhnya
asal perkara ini, wahai Mufadhdhal, telah berlaku pada pusingan yang pertama.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Apakah yang telah berlaku kepada lelaki pondan ini?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Asalnya dia adalah seorang perempuan jahat yang terkenal
dengan kejahatan pelacurannya, tidakkah anda telah mendengarnya?
Al-Mufadhdhal telah berkata: Ya, wahai Maulaaya, maka al-Sadiq a.s telah
berkata: Sesungguhnya perempuan ini jika dikembalikan kepada pusingan kedua,
dia dikembalikan sebagai seorang lelaki, lalu dijadikan qubulnya (farajnya) sebagai duburnya, maka ia menjadi [tempat] syahwat
nikah ke atasnya daripada perempuan yang pertama dan inilah perempuan jahat
itu. Dan apa yang anda telah mendengarnya tidak berlaku melainkan pada benda
kotor (najis)[224]
sebagaimana aku telah memberitahu kepada anda. Sebabnya, sebagaimana aku telah
memberitahu kepada anda, kerana memarahi Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib,
memarahi Syiahnya dan mencintai musuh-musuhnya.
Allah tidak menjadikan najis ini pada
seorang yang dikhususkan dengan makrifat dan mengakui keesaan-Nya dan mencintai
Ahlul Bait. Maka inilah apa yang aku telah memberitahu kepada anda mengenainya
daripada soalan anda tentang cinta orang yang mengaitkannya dengan Amir
al-Mukminin. Cinta ini tidak menjadi bersih, kerana hatinya mempunyai perasan
hasad kepadanya. Dan Allah Maha Alim dan kepada-Nya kita bertawakal. Wa
s–Salam.
BAB 54
☼Makrifat tentang mukmin adakah dia
dikembalikan dalam rupa perempuan mukminah dan adakah dikembalikan perempuan
mukminah dalam rupa lelaki mukmin? (fi ma‘rifati al-Mu’min hal yuraddu fi suurati imra’atin mu’minatin wa
hal turaddu al-Mar’atu al-Mu’minatu fi suurati al-Rajul al-Mu’min?)☼
Al-Mufadhdhal telah
berkata: Aku telah bertanya al-Sadiq a.s: Adakah lelaki mukmin dikembalikan
kepada rupa perempuan mukminah ataupun tidak? Maka beliau a.s telah berkata:
Tidak, demi Allah, ia tidak berlaku sedemikian, wahai Mufadhdhal, adapun
perempuan mukminah, maka dia dikembalikan dalam rupa lelaki mukmin jika Allah
menetapkan kesempurnaan untuknya. Adapun mukmin, maka dengan kehormatan Allah,
tidak dikembalikan dalam rupa perempuan atau Allah menurunkan darjatnya yang
tinggi yang dicapainya?
Maka ini tidak akan terjadi
selama-lamanya: Malah perempuan mukminah meningkat kepada darjat yang lebih
tinggi daripada kedudukannya. Adapun mukmin, maka dia meningkat kepada darjat
yang lebih tinggi. Malah mukmin, wahai Mufadhdhal, darjatnya bertambah tinggi sehingga
dia berakhir kepada darjat yang lebih baik daripada darjatnya [dahulu] dan
mendapat kedudukan yang istimewa. Adapun kafir, maka darjatnya menurun kepada
darjat yang lebih rendah sehingga dia termasuk di dalam jenis-jenis masukhiyyah yang ditakuti oleh manusia.
Aku telah berkata: Wahai Sayyidi, adakah perempuan dalam rupa
lelaki atau dalam rupa perempuan? Al-Sadiq a.s telah berkata: Dia tidak dalam
rupa perempuan selepas dia dikembalikan kepada rupa lelaki mukmin. Sesungguhnya
dia adalah dalam rupa yang mana dia ditingkatkan kedudukannya di sepanjang
abad. Adapun lelaki mukmin, maka aku telah memberitahu kepada anda bahawa dia
tidak dikembalikan kepada rupa perempuan, tetapi dia berpindah kepada rupa yang
lebih baik daripada sebelumnya dan kepada kedudukan yang lebih tinggi daripada
kedudukan sebelumnya sebagaimana perempuan dikembalikan [kepada rupa perempuan]
selepas dia dikembalikan kepada rupa lelaki. Malah kedudukannya meningkat
kepada kedudukan lelaki mukmin.
Dan jika berlaku sedemikian, nescaya
darjat mukmin menurun kepada darjat yang lebih rendah. Mukminat apabila dia
meningkat kepada darjat lelaki iaitu darjatnya lebih tinggi daripada darjatnya
[yang terdahulu]. Justeru sebabnya adalah sama dengan sebab lelaki mukmin yang
meningkat daripada satu darjat kepada darjat yang lain; kepada darjat yang
lebih tinggi daripadanya. Dan perempuan pula meningkat kepada darjat lelaki mukmin.
Inilah sebab [berlaku] pada perempuan, sementara lelaki dikembalikan kepada
rupa lelaki [sahaja] sebagaimana aku telah memberitahu kepada anda mengenainya,
wa s-Salam.
BAB 55
☼Makrifat tentang lelaki kafir adakah
dikembalikan kepada perempuan kafir dan adakah perempuan kafir dikembalikan kepada
lelaki kafir? (fi
ma‘rifati al-Kaafir hal yuraddu imraatan kaafiratan wa al-Kaafiratu hal turaddu
rajulan kaafiran?)☼
Al-Mufadhdhal telah
berkata: Aku telah bertanya Maulaaya
al-Sadiq a.s tentang lelaki kafir dan perempuan kafir. Maka beliau a.s telah
berkata: Ya, lelaki kafir dikembalikan dalam rupa perempuan kafir dan perempuan
kafir tidak dikembalikan dalam rupa lelaki kafir sebagaimana mukminin dan
mukminat meningkat darjat-darjat mereka sehingga menjadi lelaki mukminin pada
umumnya, manakala lelaki mukminin meningkat kepada darjat yang lebih tinggi
daripada itu. Demikian juga lelaki kafir menurun daripada darjat lelaki sehingga
mereka menjadi perempuan kafir pada umumnya.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, diriwayatkan daripada bapa
anda bahawa beliau a.s telah berkata: Perempuan adalah lebih jahat (asyarru) dan lebih licik daripada
lelaki. Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, sesungguhnya asal segala
kejahatan adalah perempuan[225]
dan ketika bapa kita Adam dikeluarkan dari syurga adalah disebabkan oleh Hawaa’
[seorang perempuan) ketika Adam “disesatkan”[226]
untuk memakan biji-bijian (al-Habbah)[227]
sebagaimana Qabil telah membunuh saudaranya Habil disebabkan seorang perempuan.
Tidakkah anda mendengar firman Allah di dalam kitab-Nya tentang isteri Nuh, Lut
dan bagaimana mereka berdua telah mengkhianati [suami] mereka berdua[228].
Demikian juga Yahya bin Zakaria dibunuh
disebabkan seorang perempuan yang jahat (imraatin
baaghiyatin). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa sewaktu baginda
s.a.w telah melihat neraka, baginda
s.a.w dapati kebanyakan penghuninya adalah perempuan. Kemudian al-Sadiq a.s telah
berkata: Bagaimana ia tidak boleh terjadi sedemikian sedangkan mereka lebih licik
daripada lelaki dan Allah berfirman: “Sesungguhnya
itu adalah di antara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu (perempuan) adalah
besar”[229]
Beliau a.s telah berkata: Syaitan-syaitan adalah di kalangan perempuan (al-syayaatiin min al-marati).
Sesungguhnya manusia apabila meningkat
di dalam kekafiran dan kedegilannya, maka dia menjadi iblis dan dikembalikan dalam
rupa perempuan. Aku telah berkata: Subhaanallah,
wahai Maulaaya, aku tidak
mengetahuinya dan aku tidak pula menyangka ia membuatkan aku menangis. Al-Sadiq
a.s telah berkata: Tidakkah anda membaca firman-Nya: “Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah”[230]
dan Dia berfirman: “Sesungguhnya tipu
daya kamu (perempuan) adalah besar”[231]
Kerana mereka di dalam bentuk manusia. Aku telah berkata: Memang benar kata-kata
Maulaaya. Kemudian beliau a.s telah
berkata: Wahai Mufadhdhal, inilah susunan-susunan (al-Taraakiib) lelaki kafir dalam bentuk perempuan kafir, wa s-Salam.
BAB 56
☼Makrifat tentang susunan binatang-binatang ternakan
adakah yang jantan dikembalikan kepada betina dan yang betina kepada jantan
atau ia tidak dikembalikan? (fi ma‘rifati tarkib al-bahaa’im wa hal
yuraddu al-Dhakaru al-Unthaa wa al-Unthaa dhakaran amla yuraddu?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s
tentang binatang-binatang ternakan adakah yang jantan dikembalikan kepada bentuk
betina dan yang betina kepada jantan atau ia tidak dikembalikan? Maka beliau
a.s telah berkata: Apa yang halal dimakan daripada keduanya, maka yang jantan
dikembalikan kepada betina dan yang betina kepada jantan. Dan binatang-binatang
ternakan yang tidak halal dimakan adalah daripada dosa-dosa mukminin kerana dia
telah menyakiti mukmin.
Apabila binatang-binatang itu telah
pergi (mati) dan dikembalikan, maka ia tidak halal dimakan sesuatupun
daripadanya. Kerana mereka telah disusun dalam masukhiyah yang lain yang tidak halal dimakan oleh orang yang lain
pula. Maka ketika itu yang jantan dikembalikan kepada bentuk jantan dan yang
betina dikembalikan kepada bentuk betina.
Justeru yang jantan tidak dikembalikan
kepada bentuk bentina dan begitu juga yang betina tidak dikembalikan kepada
bentuk jantan. Kemudian mereka keluar daripada masukhiyah kepada masukhiyah
yang lain yang lebih menakutkan daripadanya (auhasyu min-hu) sehingga mereka dikembalikan kepada masukhiyyah yang ditakuti oleh semua
binatang lebih-lebih lagi manusia. Mereka di dalam keadaan sedemikian di dalam
semua susunan, ditukar rupa mereka dan diazab. Dan mereka berterusan begitu
dalam susunan-susunan masukhiyyah dengan
bermacam-macam azab yang aku menjangka anda mampu menyebutnya.
Semuanya telah berlaku kerana perbuatan
jahat mereka kepada para wali Allah sehingga mereka dikembalikan dalam
perubahan rupa (masukh) yang semua
binatang ternakan dan binatang buas memusuhi mereka. Dalam permusuhan mereka
sesama mereka, mereka memakan mereka (binatang-binatang), kemudian membunuh
mereka pula. Di dalam permusuhan sesama mereka pula adalah lebih parah daripada
permusuhan kafir kepada mukmin dan mukmin kepada kafir sehingga mereka diubah
rupa mereka kepada binatang laut, lalu dia menentang semua binatang di laut
sementara binatang-binatang di laut pula menentangnya kerana kejahatan dan
kezalimannya.
Perubahan rupa (al-maskh) yang paling teruk adalah satu farsakh jaraknya[232].
Kemungkinan bunga api yang keluar daripada rongganya setinggi satu farsakh atau
lebih. Kemungkinan binatang yang diubah rupa dalam keadaan ini adalah ular sawa
(thu‘baan) yang mempunyai kepala yang
banyak dan bunga api yang keluar daripada rongganya membakar pokok apabila dia
melaluinya. Ini adalah contoh yang paling menakutkan dan yang paling dibenci.
Justeru kita memohon keampunan daripada Allah tentang jenayah-jenayah kita
sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Wa
s-salam.
BAB 57
☼Makrifat adakah mukmin menjadi hamba kepada
kafir atau adakah kafir menjadi hamba kepada mukmin dan bagaimana mukmin
dikembalikan kepada kemerdekaan? (fi ma‘rifati hal yakun al-Mu’min mamluukan
li-al-Kaafir wa hal yakun li-al-Kaafir mamluukan li-mu’min wa kaifa yuradd al-Mu’min ila al-Hurrriyyah?)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Adakah
dikembalikan hamba yang dimiliki menjadi tuan (maulan) dan dikembalikan tuan menjadi hamba yang dimiliki dan
adakah mukmin menjadi hamba kepada kafir dan kafir pula menjadi hamba mukmin? Al-Sadiq
a.s telah berkata: Adapun mukmin, maka dia tidak akan menjadi hamba kepada
kafir dan kafir tidak henti-henti memerlukan perkhidmatan mukmin, tetapi dia
tidak perlu kepada perkhidmatan kafir: Sesungguhnya mukmin dikembalikan sebagai
tuan yang mulia dan raja yang kuat.
Aku telah berkata: Adakah dia
dikembalikan sebagai seorang raja yang menyuruh dan melarang? Beliau a.s telah
berkata: Hamba [mukmin] kepada mukmin dikembalikan sebagai raja kerana dia
adalah di antara hamba-hambanya yang istimewa dan yang paling dekat kepadanya;
dia tidak memutuskan sesuatu tanpanya, dia merupakan orang yang dipercayainya
sama ada suruhan atau larangannya. Dia hanya menerima perkhidmatannya sahaja.
Justeru dia akan diberi ganjaran mengikut kesetiannya kepada tuannya.
Aku telah berkata: Sayyidi, bagaimana dia dikembalikan padanya? Beliau a.s telah
berkata: Dikembalikan dua orang yang mulia kepada keturunan mereka berdua (insabu-hu-ma). Dikembalikan setiap
mereka berdua kepada Quraisy. Aku telah berkata: Sebagai seorang Quraisy?
Beliau a.s telah berkata: Ya, sebagai seorang Hasyimi. Tidakkah anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, bahawa
keturunan ini adalah untuk mereka yang kafir dan mukminin? Al-Mufadhdhal telah
berkata: Bagaimana ia untuk mukminin dan kafiriin?
Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai
Mufadhdhal, sesungguhnya mukminin dan kafiriin memasuki keturunan ini yang
terdiri daripada Hasyimi dan Quraisyi
dengan kebaikan dan keburukan mereka. Mukmin memasukinya dengan kebaikan,
justeru dia menjadi Hasyimi dan
mukmin: Sementara kafir menjadi zalim dan Quraisy. Al-Mufadhdhal telah berkata:
Wahai Maulaaya, adakah berlaku
sedemikian kepada orang yang telah berulang (takarrara) dan disusun? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah
berkata: Sehingga bila?
Beliau a.s telah berkata: Pada mayat
yang ketujuh dalam rupa manusia: Kemudian kafir memasuki dalam susunan mengikut
kadar kebaikan dan kejahatnnya. Jika dia telah mengemukakan kebaikan kepada
seseorang, dia akan mendapat pertolongan yang kuat dan ditakuti atau
seumpamanya. Jika dia telah melakukan dosa-dosa, maka dia akan disusun sebagai
serigala atau kera atau khinzir atau anjing. Kami pohon perlindungan dengan
Allah daripada demikian itu. Dan segala puji bagi Allah di atas keampunan-Nya. Wa s-Salam.
BAB 58
☼Makrifat tentang susunan kafir yang baik
dengan keluarganya dan orang lain serta apakah sebabnya? (fi ma‘rifati tarakiib al-Kaafir al-baar
bi-ahli baiti-hi wa ahli-hi wa ghairi-him wa al-‘Illatu fi dhalika?)☼
Al-Mufadhdhal telah
berkata: Aku telah bertanya Maulaaya,
al-Sadiq a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Kemungkinan terdapat dalam
[masyarakat] kita kafir yang baik kepada keluarganya sama ada yang dekat atau
yang jauh, malah semua manusia dan kafir yang menyakiti keluarganya dan orang
lain? Beliau a.s telah berkata: Adapun kafir yang baik kepada keluarganya dan
orang lain, maka dia menjadi sopan dan senang didekati. Dan terdapat di dalam
[masyarakat] kita kafir yang menyakiti saudara-saudaranya dan orang lain.
Lantaran itu, pada apakah mereka berdua
akan disusun dan dikembalikan? Beliau a.s telah berkata: Adapun kafir yang baik
kepada keluarganya, maka dia akan disusun dalam bentuk seekor singa atau
harimau atau seumpamanya yang bertepatan dengan kekuatan dan kebengisan,
justeru ia menjadi kuat dan kukuh pada pandangan manusia kerana kebaikan yang
dilakukannya kepada mereka sebagaimana aku telah menyebutnya.
Maka dia di dalam susunannya digeruni. Tidakkah
anda melihat lelaki apabila dia memuji lelaki, dia berkata: Bagi Allah kebaikannya,
seolah-olah dia adalah seekor singa yang dihormati. Ini dan seumpamanya adalah
sebagai balasan kepada kebaikan yang dilakukannya. Adapun kafir yang menyakiti
keluarganya dan orang lain, maka dia akan disusun sebagai binatang yang berkaki
empat, khinzir atau kera dan seumpamanya. Justeru dia menjadi buruk lagi lemah
di sisi kami dan pandangan manusia.
Tidakkah anda melihat bahawa manusia
apabila dia menghina seseorang, dia berkata: Allah melaknatinya, alangkah
kotornya seolah-olah dia seekor binatang yang berkaki empat atau khinzir atau
anjing, lalu dia menghinanya dan mengaitkannya kepada najis? Semuanya itu
merupakan akibat yang dia telah lakukan kepada saudara-saudaranya, jirannya dan
kaum kerabatnya. Dan bagi Allah segala urusan dengan hukum-hukum-Nya dan segala
pujian adalah untukNya. Wa s-Salam.
BAB 59
☼Makrifat tentang huruf-huruf, fasal, wasal
dan percakapan (fi ma‘rifati al-Huruuf wa al-fasl wa al-Wasl wa al-Kalaam)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Allah tidak
menjadikan nama (ism) melainkan Dia
menjadikan makna untuknya. Dia tidak menjadikan makna melainkan Dia menjadikan
baginya syabhan (imej samaran) . Dia tidak menjadikan imej samaran melainkan Dia menjadikan untuknya
batas-batas. Dia tidak menjadikan untuknya batas-batas melainkan Dia menjadikan
untuknya pecahan-pecahan. Dia tidak menjadikan pecahan-pecahan melainkan
baginya bahagian dan sambungan: Pecahan (al-Mafsuul)
tidak dapat diketahui melainkan dengan mausul
(alat penyambung).
Jika manusia bercakap secara mafsul, nescaya mereka tidak menemui
sambungannya (mausul). Aku telah berkata:
Wahai Maulaaya, bagaimana ia terjadi
sedangkan manusia tidak memahami percakapan dan makna-maknanya? Aku telah
berkata: Apakah itu? Beliau a.s telah berkata: Potongan huruf sebanyak 28
huruf, maka mereka menggunakannya sebagai alat perhubungan. Aku telah berkata:
Bagaiaman ia berlaku, wahai Maulaaya?
Semoga Allah menjadikan diriku tebusan anda. Al-Sadiq a.s telah berkata:
Tidakkah anda mengetahui, wahai Mufadhdhal, sesungguhnya percakapan mempunyai
28 huruf sebagai [alat] perhubungan di kalangan makhluk dan Makrifat untuk
mereka terutamanya jika mereka menentang-Nya.
Jika kita berkata kepada seorang lelaki:
Alif, nescaya dia tidak memahaminya, tetapi jika anda mengumpulkan semuanya,
anda mengarang satu karangan yang terhad umpamanya, maka anda telah
mengumpulkan makrifat. Maka dikatakan kepadanya bahawa Allah lebih mengetahui,
Dia adalah Allah atau anda tidak melihat di sini sifat dan nama yang disifatkan
dengan sifat? Tidakkah anda melihat bahawa nama (al-Ism) bukanlah [huruf] al-Hijaa’
dan huraian (tafsil) bukanlah mausul? Tidakkah anda mengetahui bahawa
percakapan (al-Kalaam) adalah salinan
kitab dan kitab tidak harus [terjadi] melainkan dengan [huruf] al-Hijaa’.
Tidakkah anda mengetahui bahawa al-Hijaa’ tidak boleh (yajuzu) melainkan dengan huruf-huruf?
Tidakkah anda mengetahui bahawa percakapan semuanya keluar daripada 28 huruf
iaitu huruf-huruf yang tersusun. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah dengan ini tamatnya
makrifat?
Beliau a.s telah berkata: Adapun[bahasa]
Arab telah tamat makrifatnya[233].
Adapun selain daripadanya belum tamat. Al-Mufadhdhal telah berkata: Kenapakah
begitu? Maka beliau a.s telah berkata: Kerana bahasa-bahasa, wahai Mufadhdhal,
telah bercampur-aduk pada zaman Ibrahim, justeru lahirlah bahasa ‘Ibraaniyyah[234].
Sesungguhnya tiang percakapan adalah empat dan bertambah dalam percakapan itu
ialah [percakapan kanak-kanak] yang kecil, tempikan dan tiupan di kalangan
huruf secara huraian dan bercakap dengannya diketahui oleh bahasa-bahasa yang
bercampur-aduk dan bahasa burung yang halus.
Sesiapa yang mengetahuinya, nescaya dia
mengetahui percakapan burung dan setiap burung ada bahasa yang tersendiri pula.
Tidakkah anda mengetahui apabila anda bersiul pada burung, maka ia [turut]
bersiul, jika anda menyeru merpati, nescaya ia mengeluarkan kukurnya. Begitu
juga dengan binatang-binatang yang lain jika anda menempikkan mereka, maka
mereka lari daripada anda. Jika anda tidak memahamkan
mereka,
nescaya mereka tidak memahaminya melainkan dengan tempikan, panggilan, tiupan, siulan, salakan dan
lain-lain.
Justeru apa yang membukakan fahaman
adalah tempikan dan apa yang keluar dari mulut, maka ia adalah siul. Dan apa
yang anda kembalikan ke udara, maka ia adalah tiupan. Apa yang anda buka dari
mulut anda dan keluar dari halkum, maka ia adalah tempikan, fahamilah perkara
itu, jika Allah kehendaki, kepada-Nya kita bertawakal dan kepada-Nya kita
bertaubat. Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta
alam. Wa s-Salam.
BAB 60
☼Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin, kitaran dan bilangan mereka (fi ma‘rifati bayaan al-Sab‘ah al-Adamiyyiin
wa al-Adwaar wa al-‘adad)
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sebelum kita
ada tujuh Adam (sab‘ah awaadim) dan
tujuh pusingan (sab‘ah adwaar) yang
telah berlalu dan kami adalah pada pusingan yang kelapan daripada Adam kelapan.
Dan setiap zuriat Adam dibangkitkan: Kemudian hisab, pahala dan balasan. Maka
pada perhimpunan yang lebih besar (al-Jam‘
al-Akbar) Muhammad s.a.w akan datang. Apabila seruan datang pada pusingan
yang akhir, maka pahala ahli pusingan itu menjadi tiga golongan.
Golongan yang bercahaya, golongan yang
dikembalikan kepada tempat bala (dar
al-Balaa’) dan golongan yang menjadi al-Qasysyas.
Dan pada pusingan yang kedua golongan ahli balasan menjadi tiga golongan: Golongan
yang dibakar, golongan yang dikembalikan kepada tempat bala dan golongan pada
pusingan yang ketiga menjadi maskhun.
Jika ia menjadi naskhun, maka ia
adalah daripada ahli pahala dan jika ia daripada maskhun, maka ia adalah daripada ahli balasan. Kemudian maskhun dan naskhun akan berada pada perhimpunan yang lebih besar dan pusingan
yang terakhir, wa s-Salam.
BAB 61
☼Makrifat tentang tujuh Adamiyyiin (fi ma‘rifati sab‘ah al-Adamiyyiin)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Kiamat telah
berlaku kepada mereka dan mereka telah menjadi ahli pahala (ahl al-Thawaab) menurut kedudukan
mereka: Dan ahli balasan (ahl al-‘Iqaab)
menurut kedudukan mereka pula pada empat pusingan; azab, kehinaan, neraka Sa‘ir
yang pedih dan api neraka yang membakar (al-Hariq).
Manakala ahli pahala dan ahli balasan menerima kadar pahala atau balasan mereka
masing-masing, maka mereka keluar daripadanya sebagaimana firman Allah: “Mereka tinggal di dalamnya berabad-abad
lamanya, mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat)
minuman, selain air yang mendidih dan nanah sebagai pembalasan yang setimpal”[235]
Sejajar dengan amalan mereka yang jahat dan
berita tentang pusingan (al-Daur) sebagaimana
firman-Nya: “Tiap-tiap sesuatu pasti binasa,
kecuali Allah”[236]
Dan neraka adalah jawapan yang paling cepat kepada dua tempat tersebut
sebagaimana firman-Nya: “Mereka kekal di
dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang
lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki”[237]
Manakala ahli balasan dikeluarkan, maka mereka menjadi tiga golongan. Satu
golongan dikembalikan kepada tempat yang paling terseksa, mereka kekal padanya.
Satu golongan dikembalikan ke tempat bala.
Dan satu golongan dikembalikan kepada qasysyaasy yang berpindah di dalam
bentuk ulat sebagaimana firman-Nya: “Kemudian
belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta. Sesungguhnya dia
dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar”[238]
Iaitu belitlah dia dengan bermacam-macam kesusahan di dalam tujuh puluh rupa. Dan Dia berfirman: “Maka dengan serta merta mereka hidup kembali
dipermukaan bumi”[239]
Sementara ulat berjaga malam tanpa tidur dan berkahwin sehingga tidak ada
makhluk yang tidak mempunyai anak dan telur sepertinya.
Kemudian Allah berfirman: “Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang
serendah-rendahnya”[240]
iaitu ulat yang tidak ada zuriat dan tidak ada makhluk yang lebih jahat
daripadanya. Apabila berlaku hari Kiamat iaitu hari Muhammad, maka bertaburanlah
qal-Qasysyaas. Kemudian ahli pahala keluar pada empat
pusingan, maka mereka menjadi tiga golongan. Satu golongan dikembalikan kepada
pahala yang paling baik (afdhal)
iaitu kepada syurga Firdaus iaitu syurga yang kekal. Satu golongan dikembalikan
kepada tempat pembersihan (dar al-Tasfiah).
Dan satu golongan di hujung kuku burung
(hawaasil al-Tair), dan di perut ikan
(butun al-Samak), kemudian ditukar
bentuknya sebanyak tujuh puluh kali, maka ia bertaburan pada hari perkumpulan
yang lebih besar. Dan al-Qasysyaas
terbahagi kepada tujuh jenis: Burung, ikan, binatang berkaki empat yang haram
dimakan (bahiimah), binatang buas (al-Sibaa‘), binatang yang merayap (hawaam), batu dan tumbuh-tumbuhan.
Tujuh puluh jenis ikan dan binatang (bahaaim) daratan dan ternakan dan tujuh
puluh jenis binatang buas daratan dan ternakan sebagaimana firman Allah di
dalam Surah al-An‘aam (6): 38 “Dan
tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang
dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu”.
Binatang ternakan yang paling bersih
adalah yang paling baik dagingnya dan susunya. Dan burung yang paling bersih
adalah yang mempunyai tembolok (tekak), Ikan yang paling bersih adalah ikan
yang baik dagingnya dan mempunyai sisik. Justeru ikan yang mempunyai sisik
adalah naskhun sementara ikan yang
tidak mempunyai sisik adalah maskhun.
Jika ia daripada Qasysyaas yang dilahirkan melalui rahim, maka ia mempuyai
taring dan jika ia ditetaskan daripada telor, maka ia mempunyai ekor.
Dan apa yang dilahirkan melalui rahim
disusukan dan apa yang ditetaskan melalui telor, maka ia mematuk: Apa yang
asalnya adalah naskhun maka
memakannya adalah baik. Dan apa yang asalnya maskhun, maka memakannya adalah haram seperti binatang-binatang buas,
burung-burung liar, hama-hama adalah maskhun
telah bertukar kepada permata yang berasal daripadanya: Permata-permata besar,
yakut, jed adalah naskhun. Sementara
besi, tembaga dan timah hitam adalah
maskhun: Iaitu apa yang telah diceritakan oleh Allah di dalam kitab-Nya: “Dan tidak ada sesuatupun melainkan bertasbih
dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”[241]
Dan Dia berfirman: “Katakanlah: “Jadilah kamu sekalian batu atau besi, atau suatu makhluk
yang tidak mungkin (hidup) menurut fikiranmu”. Maka mereka akan bertanya:
“Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?” Katakanlah: “Yang telah
menciptakan kamu pada kali yang pertama. Lalu mereka akan menggelenggelengkan
kepala mereka kepadamu dan berkata: Bilakah itu akan terjadi?” Katakanlah:
“Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat”[242]
Dan Dia berfirman: “Dan apakah mereka
tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya
berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, sedang
mereka berendah diri?”[243]
Dan firman-Nya: “Masing-masingnya telah
mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya”[244]
Keterangan ini adalah tentang pusingan-pusingan, wa s-Salam.
BAB 62
☼Makrifat tentang tabiat, keanehan dan ragam
(fi ma‘rifati al-Tabaa’i‘ wa al-Taraa’if
wa al-Qidad)‘☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Fahamilah,
mudah-mudahan Allah meneguhkan anda dengan ucapan yang teguh[245],
sesungguhnya Allah telah membentangkan cahaya-Nya, kemudian Dia telah
menciptakan daripadanya bermacam-macam tabiat dan bentuk.
Kemudian Dia memerintahkannya supaya
membentuk rupa yang bermacam-macam di atas cahaya yang dibentangkan-Nya, lantas
mereka mendirikan bentuk-bentuk yang bermacam-macam di atas cahaya yang
dibentangkan-Nya, kemudian mereka menyembah Allah dan tidak menderhakaiNya. Kemudian
Dia memerintahkan supaya diciptakan api yang dibentangkan, lalu
memerintahkannya supaya membentuk daripadanya bermacam-macam bentuk dan
dijadikan daripadanya burung-burung yang bermacam-macam. Lalu mereka menyembah
Allah.
Kemudian cahaya diperlengkapkan untuk
bercampur dengan api, lalu sebahagiannya bercampur. Maka terserlah satu ciptaan
daripada dua ciptaan, kemudian Dia memerintahkannya supaya menciptakan angin. Maka
ia diciptakannya. Kemudian Dia memerintahkannya dengan cara dan bentuk yang
bermacam-macam, lalu mereka menyembah Allah. Kemudian Dia memerintahkan api
supaya tidak bercampur dengan angin, maka sebahagiannya telah bercampur. Maka
Dia meratakan tanah yang bercampur, lalu Dia memerintahkan supaya ia
menciptakan air dengan bermacam-macam bentuk dan rupa. Kemudian Dia
memerintahkan angin supaya tidak bercampur dengan air, tetapi ia telah
bercampur.
Kemudian Dia telah menciptakan tanah
daripada dua laut yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit[246].
Kemudian Dia memerintahkan air supaya tidak bercampur dengan tanah, tetapi
sebahagiannya telah bercampur dalam bentuk yang bermacam-macam. Justeru Dia
telah membentangkan daripadanya permulaan penciptaan makhluk empat yang telah
dicampurkan iaitu cahaya, api, angin dan air. Dan Dia telah mengambil tanah
Adam daripadanya.
Kemudian Dia menciptakannya untuk akhirat,
lalu tabiat disusun yang sebahagiannya diciptakan tinggi dan sebahagiannya
diciptakan rendah dari batu besar dan dengannyalah bumi menjadi teguh, kerana
datarannya di atas ikan paus dan ikan paus di atas air. Dan air pula di atas
batu besar dan batu besar itu berwarna putih pula [berada] di udara dan di sana ada jin dengan bermacam-macam
rupa. Kemudian Dia menciptakan Adam dan meletakkannya di permukaan bumi,
menyuruh dan melarangnya dan menjadikan pahalanya pada suruhan dan larangan-Nya
di dunia dan akhirat. Di permukaan bumi Allah memperlakukan Adam dan zuriatnya
dan daripadanyalah tempat makan dan minumnya, tidur dan tuntutan perkahwinan.
Kemudian Dia membuka padanya syahwatnya,
perhiasannya dan permainannya. Kemudian Dia berfirman di dalam kitab-Nya: “Harta dan anak-anak adalah perhiasan
kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik
pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan”[247]
Adapun “Amalan-amalan yang kekal lagi soleh”
adalah menyuruh kepada kebaikan dan melakukan ketaatan kepadaNya termasuk
isteri-isteri dan harta-hartanya. Dia berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu
dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu
terhadap mereka”[248]
Kemudian Allah berfirman: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu
hanyalah cubaan (fitnah) dan di sisi Allahlah pahala yang besar”[249]
Dia telah menggalakkan mereka pada amalan-amalan yang kekal lagi soleh dan Dia
telah menjadikan apa yang binasa sebagai fitnah bagi mereka dan Dia telah
menyuruh mereka supaya berhati-hati terhadap keluarga mereka sendiri. Adapun
mereka yang telah berakhir daripadanya (mati), maka segala balasan, bahaya,
bala daripada penyakit yang bermacam-macam, kekurangan anak dan jiwa kerana
mereka tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Dia
mengenakan azab kepada mereka sebagaimana Dia telah menjanjikan mereka sama ada
dalam bentuk perubahan rupa (maskhun)
atau ditelan bumi (khasfun).
Allah telah berfirman kepada zuriat Adam
yang terdahulu bahawa Dia telah membinasakan mereka dengan azab dunia dan
dengan azab akhirat. Di kalangan mereka ada yang terkena taufan, ditelan bumi,
ditukar rupa kepada kera, khinzir dan lain-lain daripada azab akhirat. Kemudian
Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami
merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang
lebih besar (di akhirat); mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)”[250] Iaitu
mereka melakukan apa yang terlarang dan firman-Nya: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat-Ku)
kepadamu dan jika kamu mengingkari (nya), maka sesungguhnya azab-Ku sangat
pedih”[251]
Firman-Nya: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat-Ku)
kepadamu” Iaitu pahala di dunia dan akhirat, pertambahan dari segi harta,
anak-anak dan kehidupan. Sesungguhnya Nuh telah berkata: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,
nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta
dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu
sungai-sungai”[252]
Allah berfirman secara cepat dan lambat,
lantas mereka menghormati Allah secara cepat dan lambat. Justeru bagi mereka
hujah-hujah dan para rasul yang menceritakan kepada mereka tentang Tuhan mereka
dan had yang dilarang untuk mereka. Manakala mereka menentang para rasul
mereka, maka Dia menamatkan apa yang Dia telah membukakannya untuk mereka,
kemudian mereka bertaubat kepada-Nya dengan taubat yang sejati. Maka Dia
berfirman: “Sesungguhnya kamu datang
kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kamu Kami ciptakan pada mulanya”[253]
Dan Dia berfirman: “Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka
mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?”[254]
Dan Dia berfirman: “Dan tidakkah Tuhan
yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan
itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya Keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata
kepadanya: “Jadilah” maka jadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya
kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan”[255]
Maka kekuasaan (malakut) iaitu kekuasaan pada jalan yang bermacam-macam, kekuasaan
pada ilmu yang kadim. Maha Suci Allah daripada apa yang dikatakan oleh mereka
yang zalim. Dan bagi-Nya kepujian yang berterusan dan abadi serta kepadaNyalah
mukminin bertawakal. Wa s-Salam.
BAB 63
☼Makrifat tentang seseorang dan dirinya
dengan empat tabiat, empat tiang dan empat rukun (fi ma‘rifati al-Mar’i wa nafsi-hi bi-arba‘i
tabaa’i‘ wa arba‘ da‘aaim wa arba‘i arkaan)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata
di dalam penerangannya tentang perkara-perkara tersebut bahawa tabiat manusia
ialah: Hitam, kuning, kahak (balgham)
dan darah. Rukun-rukunnya ialah: Cahaya, api, angin, air dan bentuk tanah. Dia
melihat dengan cahaya, dia makan dan minum dengan api. Dia bersetubuh (jimak)
dan bergerak, dengan cita rasa dan air.
Maka ini adalah sebahagian daripada
bentuknya, tetapi apabila ia turun kepada diri, maka rukun-rukun ini menjadi
sembilan. Akalnya menjadi petunjuknya, jalannya, anak kuncinya dan dengannyalah
akan sempurna apa yang diturunkanNya. Apabila ia disokong oleh akalnya daripada
cahaya, maka dia menjadi alim, berwawasan lagi cerdik. Dia mengetahui semuanya
dengan kematangannya dan kemuliaannya tentang “bagaimana” dan “kenapa”.
Manakala dia mengetahui tatacaranya, maka dia memahami apa itu kebinasaan, lalu
dia hidup dengan ikhlas kepada keesaan-Nya, [melakukan] peradaban dengan
ketaatan kepada-Nya.
Apabila dia melakukannya, maka dia
memahami apa yang telah berlalu, bertambah tanggungjawabnya sehingga dia
mendapati yang kuning hanya pada kekuningannya, yang merah hanya pada
kemerahannya, yang hitam hanya pada kehitamannya, yang putih hanya pada
keputihannya. Dia hanya mendapati rasa atau kemanisan atau kepahitan atau masam
atau masin. Apabila dia mengetahui yang merah tanpa kemerahannya, yang kuning
tanpa kekuningannya, yang putih tanpa keputihannya dan yang hitam tanpa
kehitamnnya, maka makrifatnya menjadi sempurna.
Dia boleh memperbaharui imiginasinya
dengan sokongan akalnya. Kadang-kadang dirinya di dalam keadaan panas dan kadang-kadang
di dalam keadaan sejuk. Justeru apabila kepanasan memasuki dirinya di dalam
keadaan sejuk, maka dia menjadi gembira. Dan apabila kesejukan memasuki dirinya
ketika dirinya di dalam keadaan sejuk, maka dia
berdukacita dan merasa berputus asa. Dan ia menjadi sebab kepada beberapa penyakit.
Dan cara mengatasinya adalah dengan pemakanan dan minuman yang seimbang dengan
suhu badan sama ada sejuk atau panas. Jika tidak, ia akan menyebabkan
bermacam-macam kesakitan dan penyakit, wa
s-Salam.
BAB 64
☼Makrifat
tentang ciptaan Allah yang bermacam-macam (fi
ma‘rifati ma khalaqa llahu wa aqadda min-hu al-Qidada)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya
Allah telah menyediakan berbagai perkara, membentuk berbagai rupa dan
menciptakan cahaya. Kemudian Dia telah mendindingkan api dengan angin. Kemudian
Dia menciptakan air, lalu mendindingkannya dengan angin. Dia telah menciptakan
tanah daripada buih laut, lalu Dia mendindingkannya dengan air. Dan daripada
cahaya Dia telah menciptakan malaikat dengan berbagai rupa.
Dan daripada api, Dia telah menciptakan
jin dengan berbagai rupa. Dan daripada tanah, dia menciptakan rupa Adam. Dia
telah menciptakan Adam daripada tanah, api, angin dan air. Dan ini adalah dari urusan
dunia. Dia telah menciptakan cahaya dan angin dari urusan akhirat sebagaimana
firman Allah: “Dan sesungguhnya di antara
kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak
demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza”[256]
Iaitu Dia membentuk kamu daripada asal kejadian kamu.
Justeru malaikat melihat semua makhluk
sedangkan makhluk tidak melihat mereka kecuali jin kerana mereka dijadikan daripada
api sebagaimana firman-Nya: “Dan Kami
telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”[257]
Jin dan manusia tidak dapat melihat mereka kecuali orang yang dimuliakan
Allah.
Sesungguhnya manusia melihat mereka pada
mutu cahaya yang diceritakan sahaja (jauhar
al-Nuur). Justeru manusia makan dan minum dengan api. Dia melihat dan
mengetahui dengan cahaya, dia mendengar dan mencium dengan angin. Dia mendapati
kelazatan makanan dengan air dan dia bergerak dengan angin. Jika tidak ada api
pada tali perutnya, nescaya keadaan makanan dan minuman tidaklah bermakna pada
perutnya.
Tanpa angin, nescaya api pada tali perut
tidak menyala, dan keberatan pada perutnya dan kesejukan air tidak keluar.
Tanpa cahaya, dia tidak melihat penglihatannya. Tanpa roh, necaya dia tidak
ada, justeru tanah adalah bentuknya dan tulang pada jasadnya sepertilah
kedudukan pokok dan bumi. Darah pada jasadnya sepertilah kedudukan air di bumi.
Tidak ada kekuatan bagi bumi melainkan dengan air, tidak ada kekuatan bagi
jasad manusia melainkan dengan darah.
Rambut di atas jasadnya sepertilah
kedudukan rumput di permukaan bumi. Otak adalah turunnya darah dan buih
untuknya. Begitulah manusia diciptakan dari keadaan dunia dan akhirat. Allah
telah mengumpulkan di antara kedua untuk kehidupannya di bumi, kerana dia turun
dari langit kepada dunia adalah keadaan akhirat. Apabila Allah memisahkan di
antara keduanya, maka perpisahan itu adalah dengan kematian kerana rohnya turun
ke dunia adalah dari keadaan akhirat.
Justeru kehidupan adalah di bumi
sementara kematian adalah di langit. Maka Dia telah memisahkan di antara roh
dan jasad apabila ia adalah dari keadaan dunia. Dan apabila dia mati, maka roh,
cahaya dan api dikembalikan kepada kejadian yang pertama dan dia meninggalkan
jasad di dunia. Kerana angin mengeringkan tanah sehingga ia menjadi reput. Dan
dikembalikan sesuatu kepada asal ciptaannya. Kemudian roh bergerak dengan nafas
dan nafas pergerakkannya daripada roh. Apabila ia daripada nafas mukmin, maka
ia adalah daripada cahaya panas yang dibantu dengan akal. Apabila ia daripada
nafas kafir, maka ia menjadi sejuk dibantu dengan api. Justeru mukmin bentuknya
adalah cahaya dan kafir bentuknya adalah api. Dan pergerakan pada keduanya
adalah dengan roh.
Apa
yang bergerak dengan cahaya dan roh dari kanannya dan apa yang bergerak dengan
api, maka ia adalah kirinya sebagaimana firman-Nya: “Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah
kanannya”[258]
Maka dia membacanya. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari sebelah
kirinya, maka dia tidak dapat membacanya dengan baik. Kematian adalah rahmat
Allah kepada hamba-Nya yang mukmin dan ia merupakan seksaan daripada Allah
kepada kafir. Sesungguhnya Allah apabila mahu mengeluarkan hamba-Nya yang
mukmin dari dunia kepada akhirat, maka Dia merahmatinya dan memaafinya.
Dia mengeluarkannya dari penjaranya dan
menyerunya kepada rahmat-Nya dan mengembalikannya kepada cahaya-Nya kerana
dunia adalah penjara mukmin dan syurga kafir. Apabila Allah mahu kehinaan kepada
kafir, maka Dia mengazab dirinya dan merosakkan asalnya, kemudian Dia
mengeluarkannya dari kenikmatan-Nya, kemudian dikembalikan dirinya ke neraka.
Allah mempunyai dua balasan di dunia.
Satunya daripada roh pada azab di akhirat dan kedua penguasaan sebahagian ke
atas sebahagian yang lain sebagaimana firman-Nya: “Demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi
teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan”[259]
daripada dosa-dosa. Maka setiap balasan (‘uquubah)
adalah untuk roh dan sesungguhnya itu adalah suatu kesakitan dan kefakiran dan
semuanya itu bagi mukmin merupakan balasan dan bagi kafir pula sebagai dendam (nuqmah); azab yang buruk di akhirat dan
dendam di dunia.
Tidak ada bagi mukmin dendam di dunia
dan tidak ada azab di akhirat kerana ia berlaku dengan dosa dan dosa berlaku
disebabkan syahwat. Jika ia berlaku kepada mukmin, maka ianya adalah kerana
kesalahan dan lupa. Dan jika ia berlaku kepada kafir, maka ianya adalah
disebabkan keingkaran, permusuhan dan hasad dengan sengaja sebagaimana
firman-Nya: “Kami telah melemparkan
padanya semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala kerana hasad dengki
mereka selepas kebenaran terserlah”[260]
Makhluk yang pertama menyembah Allah
adalah malaikat, bentuk mereka ada daripada cahaya, mereka tidak melakukan
kesalahan dan mereka tidak pula tersilap, mereka tidak melampaui apa yang
diperintahkan kepada mereka. Mereka mentaati semua perjanjian dan amanah Allah [261]ke
atas mereka dan mereka tidak mengubah atau menukarkan apa yang diperintahkan
kepada mereka dalam keadaan mengetahui bahawa tiada tuhan Melainkan Allah.
Manakala jin diciptakan, maka berlakulah fitnah di kalangan mereka, lalu
dilemparkan kepada mereka penutup.
Lantaran
itu, mereka tidak lagi melihat malaikat yang tidak melakukan perbuatan seperti
mereka. Justeru Dia telah menjadikan dinding (hijab) di antara mereka. Maka hijab ada tujuh. Hijab di antara seseorang dan roh, hijab di antara roh dan
malaikat, hijab di antara malaikat
dan jin, hijab di antara jin dan
manusia, justeru orang yang percaya kepada kemakmuran bumi adalah jin, tetapi
mereka telah melakukan kerosakan dan menumpahkan darah padanya.
Mereka telah melupai perjanjian dan amanah,
lalu tinggal di bumi, kemudian mereka binasa sebagaimana firman-Nya: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang
khalifah di muka bumi” Mereka
berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”[262]
Dia telah mengajar semua nama-nama kepada Adam. Justeru Dia telah menciptakan Adam
dan mengajar kepadanya nama-nama, bilangan tahun dan hisab.
Kemudian Dia telah menurunkan Adam ke
bumi dan memerintahkan cakerawala (al-Falak)
supaya berpusing, kerana cakerawala pada masa jin tidak berpusing. Maka
tinggallah jin dan zuriatnya pada satu iklim yang terputus daripada hisab Arab,
orang Ajam, rome dan India . Di beberapa iklim digunakan
hisab India
yang mempunyai lapan hisab. Tujuh daripadanya (cakerawala) berpusing sementara
satu tidak bergerak iaitu iklim jin. Oleh itu, dijadikan cakerawala tujuh iklim
yang berpusing. Lantaran itu, malam dan siang diketahui.
Kemudian dijadikan dengannya dua belas
gugusan bintang. Justeru tahun dan bulan-bulan diketahui. Kemudian diketahui
bulan-bulan tiga puluh hari, kerana matahari menaiki atau melalui setiap
gugusan bintang (burj) selama tiga
puluh hari. Dan dijadikan siang hari seperti setahun, kerana siang hari
dijadikan dua belas jam. Maka dijadikan jam-jam seperti bulan-bulan.
Sesungguhnya malam tidak dihisab umur manusia kerana tudur (al-Naum) adalah saudara kematian (akhu al-Maut). Dan daripadanya dibuat
dalil bahawa mayat boleh dihidupkan kerana orang yang tidur akan bangun.
Sesungguhnya kematian diketahui dengan
tidur, kebangkitan (al-Ba‘thu)
daripada kehidupan selepas kematian daripada kesedaran. Diketahui perangai
manusia daripada tabiatnya dari pusingan cakerawala, kenaikan gugusan bintang-bintang
yang beredar dan terbenam. Apabila tamatnya pusingan, maka ketika itu tidak
diketahui malam daripada siang dan siang daripada malam dan dikawal dunia
dengan kekuasaan Allah bagi-Nya
penciptaan dan perintah. Wa s-Salam.
BAB 65
☼Makrifat tentang kesahihan tujuh Adam (fi ma‘rifati ma jaa’a fi tashiih
al-Aadamiyyiin al-Sab‘ah)☼
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
berkata kepada Maulaaya al-Sadiq a.s:
Sesungguhnya aku telah mendengar sesuatu daripada Syiah yang hatiku berat untuk
mempertahankannya. Beliau a.s telah berkata: Ceritakan kepadaku sebahagian
daripada apa yang anda telah mendengarnya daripada mereka, anda telah menyebut
sesuatu kepadaku.
Kemudian beliau a.s berkata: Anda mahu,
wahai Mufadhdhal, berkata sesungguhnya mereka berkata bahawa di bumi ada tujuh
Adam (sab‘ah awaadim) sebelum Allah
menciptakan Adam (kita). Aku berkata: Ya, wahai Maulaaya, itu adalah di antara kata-kata mereka. Beliau a.s telah
berkata: Mereka adalah benar, kerana di bumi ada tujuh Adam (adamiyyiin) sebelum Allah menciptakan
Adam (kita). Sesungguhnya Jibrail daripada kurun yang pertama dan Mikail adalah
dari kurun yang kedua.
Dan sesungguhnya setiap pusingan adalah
50 ribu tahun. Apabila Allah memulakan penciptaan Adamiyyiiin (manusia), maka Dia menetapkan mereka di syurga selama
50 ribu tahun. Maka apabila Allah memulakan penciptaan Adam, Dia menjadikan
ahli syurga malaikat dan Dia menjadikan ahli neraka di tempat yang lain pula.
Kemudian Dia menciptakan Adamiyyiin,
kami adalah utusan pertama kepada mereka (kunna
awwala mab‘uuthiin ila dhalika al-Khalq) sebagai hujah-hujah.
Daripada Muhammad bin Nusair daripada
Ya‘qub bin Salim berkata: Sesungguhnya al-Sadiq a.s telah bertanya seorang
lelaki sedang aku di sisinya tentang firman-Nya: “Adapun mereka yang celaka, maka (tempatnya) di dalam neraka, di
dalamnya mereka mengeluarkan nafas dan menariknya dengan merintih, mereka kekal
di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang
lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.
Adapun mereka yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di
dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang
lain); sebagai kurnia yang tiada putus-putus”[263]
Maka beliau a.s telah berkata: Iaitu
kurnia yang tidak terlarang. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai polan,
mudah-mudahan anda mahu hadis al-Haft?
Aku telah berkata: Wahai Sayyidi,
apakah hadis al-Haft itu? Beliau a .s
telah berkata: Sesungguhnya di bumi ini ada tujuh Adam (Adamiyyiin) sebelum bapa anda Adam, semua mereka telah hidup di
bumi (kullu-hum qad ‘aasyuu fi al-Ardh)
dan Kiamat-Kiamat telah berlaku ke atas mereka (wa qaamat ‘alai-him al-Qiyaamaat). Mereka telah dihisab dan mereka
telah memasuki syurga dan neraka. Kemudian mereka dikeluarkan daripadanya[264].
Aku telah berkata: Aku telah menjadikan
diriku tebusan anda, di manakah mukminin? Beliau a.s telah berkata: Adapun
mukminin, maka mereka berkecimpung bersama malaikat. Maka aku telah berkata:
Ahli neraka? Beliau a.s berkata: Mereka akan berkecimpung dalam masukhiyyah. Tidakkah anda membaca
firman-Nya: “Tidakkah mereka melihat
berapa banyak Kami membinasakan umat-umat sebelum mereka, pada hal mereka
berjalan (di bekas-bekas) tempat tinggal umat-umat itu?”[265]
Mereka adalah Qasysyaasy yang anda
melihat mereka. Mereka merupakan khinzir, binatang yang berkaki empat, anjing
[biasa], anjing liar dan lain-lain.
Daripada al-Hasan bin Ali bin Abi
al-Hamzah daripada bapanya daripada Abi Basir berkata: Kami telah berada di
sisi Abi Ja‘far al-Baqir a.s, maka berlakulah sebutan tentang mereka. Abu Ja‘far
a.s telah berkata: Laknat Allah ke atas mereka. Sesungguhnya mereka berdua
adalah sesat lagi menyesatkan (fa-inna-humaa
dhallaani mudhillaani) [266]
Demi Allah, kurun yang pertama merupa permulaan Adam diutus oleh Allah di
permukaan bumi, sesungguhnya Allah telah mengutus tujuh Adamiyyiin sebelum Adam.
Maka dia (Adam) berterusan (wujud) pada
umat-umat yang terdahulu dan kurun-kurun yang lalu sehingga Allah mengutus
Muhammad, kemudian Dia telah melakukan apa yang kami telah menceritakannya
[kepada kamu] dan kamu telah mengetahuinya. Demikianlah Allah menghendaki
mereka berdua sehingga Allah mengutus al-Qaim mereka[267],
lalu beliau a.s mengeluarkan mereka berdua[268]
secara segar, kemudian membakar mereka berdua. Demi Allah, mereka berdua
merupakan fitnah kepada manusia, tetapi fitnah mereka berdua pada masa dahulu
adalah lebih besar daripada fitnah mereka pada hari ini[269].
Kemudian mereka berdua ditiup angin[270].
Kemudian Allah menukar langit dengan langit yang lain dan menukar bumi dengan
bumi yang lain. Maka ketika itu, dunia yang lurus untuk kami. Daripada Ibn
Abdillah al-Barqi daripada Ibn Umar daripada Khalid bin Salim, mereka berdua
berkata: Kami telah duduk di sisi Maulaana
Ja‘far al-Sadiq a.s, maka beliau a.s telah menyebut seorang lelaki kepada kami.
Maka beliau a.s telah berkata: Aku tidak mengenalinya. Mereka telah berkata:
Sesungguhnya seorang lelaki telah mendapat kejayaan [menawan] Khurasan yang membangun sebanyak tujuh kali.
Beliau a.s telah berkata: Berapa
banyakkah kamu melihat kemusnahannya pula? Al-Sadiq a.s telah ditanya oleh para
hadirin tentang dunia. Beliau a.s telah berkata: Ia adalah 400 pusingan (al-Daur). Dan setiap pusingan itu adalah
400 ribu tahun. Dan setiap pusingan itu tujuh Adamiyyiin dan setiap pusingan itu pula ada Adam, Nuh, Ibrahim,
Musa, Isa dan Muhammad a.s.
Daripada Muhamamd bin Isma‘il daripada
al-Bidayah, berkata: Aku telah datang kepada bapaku dan aku telah berkata
kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sebelum Adam kita adakah
sudah ada Adam? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya dunia diciptakan hanya
beberapa hari yang dekat dengan permulaannya sebelum Adam kamu ini, ada
Adam-Adam yang ramai selain daripadanya. Tidakkah anda membaca firman-Nya: “Kami telah menentukan kematian di antara
kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan”[271] Penentuan
itu hanya diketahui oleh Allah sahaja. Muhamamd bin Isma‘il telah berkata: Setiap
Adam, wahai Maulaaya, dengan
pusingannya ada Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain, Abu Bakr, Umar, Uthman dan
kamu para imam sendiri dan datuk kamu Muhammad itu sendiri (bi-‘aini-hi) atau nama yang menyerupai
nama-nama mereka?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Kami
sendiri (nahnu bi-a‘yuni-na), datuk kami Muhammad sendiri, Ali, Fatimah,
al-Hasan, al-Husain sendiri, Abu Bakr, Umar, Uthman sendiri. Kemudian beliau
a.s berpaling dan berkata: Wahai lelaki, sesungguhnya di kalangan kami
rasul-rasul selama Allah ada “hajat” pada makhluk-Nya (innaa minnaa rusulullah maadaama-llahu fi khlqi-hi haajatan).
Apabila Allah mulai membinasakan mereka,
Dia mengangkat kami kepada-Nya (fa-idha
bada’a llahu an yuhlika-hum rafa‘a-naa ilai-hi). Jika Dia mulai menciptakan
makhluk yang lain, kami Ahlu l-Bait dan para imam adalah rasul-rasul-Nya kepada
mereka (wa in bada’a an yakhluqa khalqan
aakhara kunnaa nahnu al-Rusulu ilai-him). Kemudian al-Mufadhdhal telah
berkata: Wahai Maulaaya, sesungguhnya
Salman memiliki pada setiap pusingan 4 ribu tahun[272].
Daripada al-Mufadhdhal, berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah, aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, bersama-sama
dunia kita ini ada dunia yang lain? Beliau a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal,
Dia telah menciptakan seperti kubah (dunia) kamu ini 12 ribu kubah. Jika diambil
kubah kamu ini dan diletakkannya di tengah kubah-kubah tersebut, nesacaya ia
tidak terserlah padanya[273].
Setiap kubah mempunyai 12 ribu pintu.
Dan lebar setiap daun pintunya adalah 12
ribu tahun perjalanan. Padanya beberapa saf, [mereka] berdiri di atas kaki-kaki
mereka. Jika satu jarum dicampak, maka ia tidak jatuh melainkan di atas kepala seorang
lelaki daripada mereka. Mereka bertasbih kepada-Nya dan mentakdiskanNya dan
menyampaikan [laknat] kepada polan[274]
dan polan[275]
dalam tasbih mereka. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, mereka itu daripada zuriat Adam? Beliau a.s telah
berkata: Mereka tidak mengetahui Adam dan zuriatnya. Aku telah berkata: Mereka
mengetahui kamu, para imam, wahai Maulaaya.
Beliau a.s telah berkata: Kami di sisi mereka lebih dikenali dari kami di sisi
kamu.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah
berkata kepada Maulaaya al-Sadiq a.s,
apakah akan terjadi kepada mukminin apabila mereka berakhir” [276]Beliau
a.s telah berkata: Malaikat yang dekat dengan Tuhan, berjiran dengan Yang Maha
Pemurah “bercakap” dengan mereka dan mereka pula “bercakap” dengan-Nya dan Dia mendedahkan
kepada mereka syurga-syurga[-Nya]. Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, di manakah perginya mereka yang
dilaknati? Beliau a.s telah berkata: Mereka diubah rupa (mamsukhiin) menjadi hama-hama, ular-ular dan kala-jengking.
Daripada Ibn Sinan, daripada Kharasy
al-Nahri, daripada Zurarah, berkata: Pada suatu hari, aku telah berada di sisi
Abi Ja‘far al-Baqir a.s, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Zurarah,
anda tidak mempunyai sesuatu tentang hadis tujuh Adam? Aku telah berkata: Ya,
wahai Maulaaya, aku telah menjadikan
diriku tebusan anda, tetapi diriku, demi Allah, bercakap kepadaku supaya aku
bertanya anda. Maka al-Baqir a.s telah berkata kepadaku: Maksud anda, wahai
Zurarah, tentang tujuh Adamiyyiin.
Sesungguhya sebelum bapa kita Adam a.s ada enam Adamiyyiin yang Kiamat-Kiamat telah berlaku, mereka telah dihisab.
Maka mereka telah memasuki syurga atau neraka, wahai Zurarah.
Mereka tidak mengetahui malaikat ketika
malaikat berkata: “Mengapakah Engkau hendak
menjadikan (khalifah) padanya orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah?”[277]
sekiranya Dia tidak menetapkan perkara yang besar lagi lama itu [pada azali
lagi][278].
Dan daripada al-Sadiq a.s berkata: Apabila Allah menempatkan para wali-Nya ke
syurga dan musuh-musuh-Nya ke neraka, maka mereka akan menjadi mengikut apa
yang dikehendaki Allah. Apabila Allah suka mengembalikan mereka, nescaya Dia
menjadikan ahli syurga malaikat ruhani dan kami adalah para rasul-Nya kepada
makhluk-Nya.
Di dalam al-Qur’an terdapat tujuh ayat
[untuk tujuh Adam] berlaianan yang membicarakan tentang Musa dan Fir‘aun.
Setiap Adam ada Musa dan Fir‘aunnya sehingga berlalunya enam [atau tujuh] Adam
[dan seterusnya], maka Allah melakukan kepada mereka apa yang Dia kehendaki dan
yang ketujuh [atau kelapan] mereka adalah Adam kita. Daripada Ali bin Yusuf
daripada Ibrahim bin Hisyam daripada Ismail bin ‘Abd al-Aziz berkata: Aku telah
berkata kepada Imam Ja‘far al-Sadiq a.s: Maulaaya,
aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Adam telah ada sebelum Adam bapa
kita?
Beliau a.s berkata: Ya, Adam sebelum
Adam, beliau a.s menyebut sehingga dua puluh satu Adam sehingga setiap Adam
[disebut] tentang umurnya dan umur anak lelakinya di dunia, syurga dan neraka
selama 50 ribu tahun, kemudian ahli syurga bertukar menjadi malaikat sementara
ahli neraka bertukar menjadi Qasysyaasy.
Ibrahim telah berkata: Isma‘il bin Abd
al-‘Aziz telah berkata: Aku telah bertanya al-Sadiq a.s, maka aku telah
berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maksudku adalah hadis al-Haftiyyah. Beliau a.s telah berkata:
Ya, Allah berfirman tentang tujuh langit dan tujuh bumi dan pada setiap bumi
ada Adam dan Nuh seperti Nuh kamu. Safwan bin Safwan bin Yahya daripada
al-Husain a.s: Dua orang lelaki telah berada bersama-samanya. Seorang
daripadanya berkata: Polan telah menceritakan apa yang aku telah mendengarnya
dan aku telah menceritakannya kepada anda kelmarin.
Dia telah berkata: Sesungguhnya sebelum
kita ada tujuh Adamiyyiin yang telah
hidup begitu juga anak-anak mereka. Mereka telah menyempurnakan rezeki-rezeki
mereka, Kiamat-Kiamat telah berlaku kepada mereka dan mereka telah memasuki
syurga dan neraka. Lelaki itu
merasa ia adalah suatu perkara yang besar, lalu dia berkata kepadanya: Ini dia
al-Husain, maka tanyalah dia. Sesungguhnya aku tidak berbohong kepada anda.
Maka al-Husain a.s telah berkata: Sesungguhnya Kiamat telah berlaku kepada
mereka, kemudian mereka memasuki syurga dan neraka.
Kemudian bumi dikembalikan dan tidak ada
seorang yang menyembahNya. Daripada Muhammad bin Sinan, daripada Muhammad bin
al-Hayyi al-Khth‘i daripada Kathir al-Nuway, berkata: Aku telah berkata
kepadanya, celaka anda, wahai Kathir, alangkah banyaknya perselisihan anda
dengan Abi Ja‘far? Dia telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar sesuatu
yang tidak menggembirakan selama-lamanya. Dia telah berkata: Aku telah berkata
kepadanya: Celakalah anda, anda tidak mendengarnya daripadanya?
Dia telah berkata: Aku telah
mendengarnya berkata: Mereka itu adalah Adamiyyiin
semuanya dibukakan dengan Muhammad dan keluarganya. Daripada Muhammad bin
Isma‘il, daripada sahabatnya, daripada Abu Hamzah al-Thumali, berkata: Aku
telah berkata kepada Abi Abdillah a.s: Allah telah menjadikan aku tebusan anda,
ceritakan kepadaku, wahai Maulaaya,
tentang firman Allah: “Tiap-tiap sesuatu
pasti binasa kecuali wajah Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan”[279]
Beliau a.s telah berkata: Wahai polan, tiap-tiap sesuatu akan binasa dan tidak
tinggal melainkan wajhullah.
Iaitu lebih besar daripada apa yang
diceritakan, tetapi makna tiap-tiap sesuatu binasa melainkan agama-Nya dan kami
para imam adalah wajhullah yang tidak
dapat didatangi melainkan daripadanya, kami sentiasa dalam ibadat kepada-Nya (la nazalu fi ‘ibadatillah) selama Allah ada ru’ya
(hajat). Lelaki itu berkata:
Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah itu ru’ya, wahai Maulaaya?
Beliau a.s telah berkata: Hajat.
Apabila Allah tidak ada hajat kepada
mereka, Dia mengangkat kami kepada-Nya dan Dia melakukan kepada mereka apa yang
Dia suka. Daripada Muhammad bin Sinan, Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya
di kalangan kamilah, para rasul daripada Allah kepada makhluk-Nya apabila Dia
ada hajat pada makhluk-Nya. Dan apabila Dia tidak ada hajat kepada mereka, Dia
mengangkat kami kepada-Nya sehingga Dia kehendaki memulakan penciptaan yang
lain. Kamilah utusan yang pertama kepada mereka dan pertunjuk kepada makhluk
dan hujah-hujah ke atas mereka.
Daripada al-Hasan bin Mahmud, daripada
Habil al-Dharraab dan bapanya Isma‘il bin Hasan, daripada Abi Rafi‘ al-Mausuliy
daripada Jabir, Abu Ja‘far al-Baqir a.s telah berkata: Wahai Jabir, hujah-hujah
Allah sentiasa pada makhluk-Nya apabila Dia ada hajat kepada mereka. Apabila
Dia tidak ada hajat kepada mereka, Dia mengangkat kami kepada-Nya. Kemudian Dia
membinasakan mereka secara pembakaran (harqan)
atau penenggelaman (gharqan). Kami
para imam adalah hujjah selepas
mereka.
Daripada Abi Abdillah al-Barqiy dan
daripada Muhammad bin Sinan dan daripada Salih bin Ziyad al-Nailiy, daripada
Yunus bin Dhubyaan berkata: Aku telah bertanya Maulaana al-Sadiq a.s tentang firman-Nya: “Maka Sesungguhnya Kami akan menayai umat-umat yang telah diutus
rasul-rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menanyai (pula)
rasul-rasul (Kami) maka sesungguhnya
akan Kami kabarkan kepada mereka, sedang (Kami) mengetahui (keadaan mereka) dan
Kami sekali-kali tidak jauh (dari mereka)”[280]
Al-Sadiq a.s telah berkata: Mereka yang akan
kami tanyakan itu adalah selepas mereka berpisah daripada dunia dan mereka akan
mengetahuinya. Daripada Husain bin Yusuf daripada saudaranya daripada bapanya
Saif bin Umairah al-Hanafi berkata: Aku telah bertanya Maulaana Ja‘far a.s tentang firman-Nya: “Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan wajah-Nya”[281]
Maka beliau a.s telah berkata: Kami para imam adalah hamba-hamba-Nya, lidah-Nya
yang bercakap dan tangan-Nya pada makhluk-Nya dan kami adalah wajah-Nya yang
didatangi daripada-Nya, kami sentiasa dalam ibadat kepada-Nya selama Allah ada ru’yah kepada mereka. Lelaki itu
bertanya: Apakah itu ru’yah, wahai Maulaaya?
Beliau a.s telah berkata: Hajat. Apabila
Dia tidak ada hajat kepada mereka, Dia mengangkat kami kepadanya mengikut
kehendak-Nya. Kemudian dia telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah
berkata: Allah tidak menciptakan makhluk sebelum Muhammad yang lebih mulia di
sisi-Nya daripada Muhammad. Daripada Muhammad bin Abi Abdillah al-Barqiy,
daripada Ishaq bin ‘Ammaar telah bertanya Abu Abdillah ketika duduk, maka
beliau telah berkata kepadanya: Wahai Maulaaya,
aku bertanya anda dengan yang mempunyai perjanjian ulama di sisinya supaya memberitahu
kepada manusia dan mereka pula tidak merahsiakannya, hendaklah anda memberitahu
kepadaku perkara yang aku akan bertanya anda tentangnya. Maka al-Sadiq a.s
telah berkata kepadanya: Tanyalah apa yang anda kehendaki.
Beliau telah berkata: Maulaaya, tentang firman-Nya: “Setiap waktu Dia dalam kesibukan”[282] Apakah
hijab-hijab-Nya (ma hujubu-hu) dalam
kesibukan-Nya yang berlaku. Al-Sadiq a.s telah berkata: Kami para imam adalah hijab-hijab-Nya (nahnu al-Aimmatu hujubu-hu). Sesungguhnya daripada kami para
rasul-Nya kepada semua makhluk-Nya selama Allah ada hajat kepada makhluk-Nya.
Apabila Allah mahu membinasakan makhluk-Nya, Dia mengangkat kami kepada-Nya.
Apabila Dia mahu menciptakan makhluk yang lain, maka kamilah yang pertama
diutus dan kamilah para wali kepada makhluk itu (kunnaa wulaat dhalika al-Khalq).
Daripada Abdillah al-Qasim berkata: Aku
telah mendengar Abu Abdillah al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya daripada
kamilah para rasulullah kepada makhluk (innaa
minnaa rusulullah li- al-Khlaq) selama Allah ada hajat kepada makhluk-Nya (ma daama li-llahi fi khalqi-hi haajat).
Daripada Imam al-Baqir a.s, berkata: Sesungguhnya Allah telah memulakan dengan
pusingan matahari dan Dia membuat matahari berjalan selama 40 pagi daripada
pagi hingga ke malam. Tidak ada bersamanya matahari (lain) dan bulan, maka
cahayanya adalah daripada cahayanya, tidak ada darah haram ditumpahkan di
atasnya dan tidak ada amalan yang sia-sia. Dan mereka tidak mengetahui
bagaimana Allah menciptakan Iblis. Daripada bapaku, beliau berkata: Aku telah
datang kepadanya, lalu beliau bertanya kepadaku: Apakah di sisi anda, wahai
anakku, hadis-hadis tentang tujuh Adam?
Aku telah berkata: Di sisiku banyak
(hadis), sesungguhnya aku telah berangan-angan untuk menyalakan api dan
membakarnya. Beliau berkata: Kemukakan apa yang anda mengingkarinya? Kemudian
terlintas di hatiku tentang Adamiyyiin.
Beliau telah berkata: Malaikat tidak mengetahui ketika berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah)
di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darahi”[283]
Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah
s.a.w telah melalui di hadapan beberapa lelaki yang sedang bercakap-cakap, lalu
baginda s.a.w bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu sedang fikir? Mereka
telah berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, kami sedang memikir pada bulan
bagaimana ia tidak berjalan di langit sebagaimana berjalannya bintang-bintang
di langit.
Maka baginda s.a.w bersabda: Ya, tentang
inilah yang kamu memikirnya, sesungguhnya bagi Allah 39 bumi, tidak ada padanya
matahari dan bulan. Bumi itu bersinar dengan cahayanya sendiri dan tidak
seorangpun mengetahui bahawa seseorang melakukan maksiat dan bumi kamu ini
genap 40. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku menyangka bahawa
tidak ada bumi yang dipijak-dengan izin Allah-melainkan terdapat malaikat yang
sedang sujud atau dua kakinya sedang berdiri [kerana sembahyang].
Daripada Muhammad al-Baqir bahawa beliau
a.s telah berkata kepada Zurarah: Wahai Zurarah, sesungguhnya bagi Allah bumi
yang bersinar, sinarannya daripada cahayanya, tidak ada padanya matahari dan
bulan. Padanya makhluk yang tidak diketahuinya melainkan Allah. Mereka tidak
menderhakai Allah walaupun sekelip mata. Maka Zurarah telah berkata: Dan Iblis
di mana ?
Al-Baqir a.s telah berkata: Mereka tidak
mengetahui bahawa Allah telah menciptakan Iblis. Beliau berkata: Aku telah
menjadikan diriku tebusan anda, siapakah mereka anak-anak Adam? Beliau a.s
telah berkata: Mereka mengetahui bahawa Allah telah menciptakan Adam. Daripada
al-Sadiq a.s bahawa bapa kita Adam berkata: Sesungguhnya Allah telah membuat 39
kubah [284]untuk
anak-anak Adam. Daripada Humairan telah berkata: Aku telah bertanya al-Baqir
a.s tentang kata-kata malaikat “Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan menumpahkan darahi”[285]
Dari mana malaikat itu mengetahuinya
melainkan [berdasarkan] apa yang sebelumnya? Daripada al-Baqir a.s bahawa
beliau a.s telah berkata: Seorang lelaki telah datang kepada bapa kami Amir
al-Mukminin Ali bin Abi Talib, lalu beliau berkata kepadanya: Wahai Amir
al-Mukminin, apakah nasab-nasab yang dikaitkan manusia kepadanya, lalu beliau
a.s menyerunya dan berkata: Ceritalah nasab (keturunan) anda, maka beliau telah
berkata: Ya, aku akan menyebut penasabanku kepada ‘Aad, Thamud, Qarun dan
banyak lagi. Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya anda tidak mengetahui
untuk melakukan penasaban, aku boleh melakukannya, aku adalah Ali yang ketujuh,
tujuh Adamiyyiin.
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya
Allah mempunyai 18 ribu alam dan dunia hanya satu alam. Dan di dunia ada 1 ribu
umat selain daripada jin dan manusia, 600 di lautan dan 400 di daratan.
Daripada al-Sadiq a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Tiga pusingan adalah 700
ribu tahun, satu pusingan 70 ribu tahun dan satu pusingan lagi 7 ribu tahun.
Daripada al-Baqir a.s telah berkata: Aku telah bercakap tentang Bani Israel,
seorang lelaki berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, demi Allah,
hadis-hadis tujuh (Adam) adalah lebih menarik daripada hadis-hadis mereka.
Al-Baqir a.s telah berkata: Mudah-mudahan anda maksudkan hadis al-Haftiyyah[286] Beliau berkata: Ya, maka al-Baqir a.s
telah berkata: Percayalah dengannya, kerana ia adalah satu kebenaran (fa-inna-ha haqqun).
Daripada Muhammad Ali, daripada Amir
al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya selepasku akan berlaku fitnah yang gelap
gelita, bermasalah dan tidak tinggal padanya melainkan al-Nuumah. Ditanya apakah itu al-Nuumah?
Beliau a.s telah berkata: Orang yang tidak diketahui oleh manusia apa yang ada
pada dirinya[287].
Daripada al-Baqir a.s berkata: Dua perkara di hadapanku: Gerhana bulan lima [kali] dan gerhana matahari lima belas [kali] semenjak Adam turun ke
bumi. Maka pada ketika itu hisab ahli nujum tidak diambil kira[288].
Daripadanya daripada Yahya bin ‘Imraan berkata: Aku telah mendengar Ali bin
al-Husain berkata: Siapa yang mendapati Qaim kami dan dia mempunyai penyakit,
maka dia akan disembuhkan daripada penyakitnya.
Ibn
al-Husain telah berkata: Anak-anak Abbas[289]akan
binasa di tangan Qaim kami. Daripada Yahya bin ‘Imraan berkata: Aku telah
bertanya Abu Abdillah Ja‘far tentang ghaibnya sahabat urusan ini[290],
bilakah ia akan berlaku dan apakah alamat ghaibnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Gegaran di
Nahwan dan ketika wafatnya al-Husain selepas Hilwan, gempa bumi akan berlaku ke
atas ahli Faris[291]
dan gegaran akan berlaku kepada ahli Rome .
Apabila anda melihat sedemikian atau anda mendengarnya, maka yakinlah ghaibnya
sahabat urusan ini[292].
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya,
aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ghaibnya adalah satu kepastian
daripada Allah? Beliau a.s telah berkata: Begitulah diberitahu kepada kami dan
urusannya kembali kepada Allah.
Jika Dia kehendaki, Dia meneruskannya
dan jika Dia kehendaki Dia menangguhkannya. Beliau telah berkata: Maulaaya, dimanakah ghaibnya? Al-Sadiq
a.s telah berkata: Di sebalik kawasan kamu ini? Aku berkata: Maulaaya, tidak ada sesuatupun di
sekeliling kawasan kita ini. Kemudian al-Sadiq a.s tersenyum sambil berkata:
Aku akan menceritakan perkara itu kepada anda dan aku tidak menegah anda
daripadanya jika Allah kehendaki. Maka di sebalik kawasan anda ini terdapat
bandar-bandar yang bermacam-macam di mana setiap bandar mempunyai dua belas
ribu pintu dan di atas setiap pintu pada malam dan siang dua belas ribu lelaki
yang menjaganya sehingga hari Kiamat. Aku berkata: Wahai Maulaaya, berapakah bilangan bandar-bandar itu? Al-Sadiq a.s
berkata: 39 kubah selain daripada kubah Adam.
Aku berkata: Wahai Maulaaya, mereka daripada anak-anak Adam (aulaad Adam)? Al-Sadiq a.s berkata: Mereka tidakpun mengetahui
bahawa Allah telah menciptakan Adam. Aku berkata: Adakah mereka didahului oleh
Iblis, wahai Maulaaya, dengan bala tenteranya?
Al-Sadiq a.s berkata: Mereka tidak mengetahui bahawa Allah telah menciptakan
Iblis. Aku berkata: Wahai Maulaaya,
aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana al-Qaim mendatangi mereka?
Al-Sadiq a.s berkata: Al-Qaim datang dari dunia menurut kehendaknya atau
menurut kehendak Allah untuk dia berada di kalangan mereka.
Aku berkata: Wahai Maulaaya, ghaibnya di mana dan pada bandar manakah dia diami?
Al-Sadiq a.s berkata: Dia tinggal di mana saja Allah kehendaki. Aku berkata:
Wahai Maulaaya, adakah seorang di
kalangan kamu akan datang kepada mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Ya, kamilah
hujah-hujah Allah pada mereka dan ke atas mereka dan mereka pula memberikan
khumus mereka kepada kami, mereka tidak menderhakai Allah sekalipun sekelip
mata. Aku berkata: Wahai Maulaaya,
waktu manakah perjalanan kamu kepada mereka? Al-Sadiq a.s berkata: Apabila kami
berada di sini (idha kunnaa haa-hu-naa),
maka kami berada di sana (fa-nahnu hunaa-ka) dan apabila kami berada di sana (wa
idh kunnaa hunaa-ka), maka kami berada di sini (fa-nahnu haa-hunaa). Aku berkata: Wahai Maulaaya, tanpa perpindahan dan tanpa musafir? (min ghairi naqlatin wa-la safarin).
Lantas al-Sadiq a.s tersenyum (fa-tabassama) sambil berkata: Cinta anda
kepada kami tidak membuat anda berkata
pada kami menyalahi kebenaran, kami adalah hamba-hamba Allah yang
dimuliakan (nahnu ‘ibaadullah
al-Mukramuun), kami tidak mendahuluiNya dengan perkataan (la nasbiqu-hu bi-l-Qaul) dan kami dengan
perintah-Nyalah kami melakukan sesuatu (wa
nahnu bi-amri-hi na‘malu),[293]
kami takut kepada-Nya tentang perkara-perkara yang ghaib dan kami kerana
takutkan-Nya mengharapkah kasihan belas-Nya.
Subhana
llah, Dia tidak memberikan kebaikan kepada kami kecuali dengan
kepujian-Nya. Kami adalah penyimpan ilmu-Nya (nahnu khazzaanu ‘ilmi-hi), tempat rahsia-Nya (maudhi‘ sirri-hi), tempat simpan ilmu-Nya, pewaris-pewaris para
nabi-Nya dan para rasul-Nya dan kamilah hujah-hujah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya
daripada makhluk-Nya. Allah telah memilih kami sedangkan kami tidak mampu ke
atas diri kami sendiri untuk melakukan sebarang kemudaratan dan sebarang
manfaat melainkan apa yang dikendakiNya.
Sesungguhnya apa yang aku telah
menceritakan kepada anda itu adalah dengan kuasa Tuhan kami (bi-qudrati rabbi-na). Beliau berkata:
Wahai Maulaaya, aku telah menjadikan
diriku tebusan anda, dari manakah al-Qaim kamu akan keluar? Al-Sadiq a.s
berkata: Dari Baitullah al Haram dan Jibrail adalah yang pertama memberi baiah
kepadanya dengan 70 ribu malaikat bersamanya.
Tidak
ada malaikat di langit melainkan dia turun dan memberi baiah kepadanya. Beliau
telah berkata: Wahai Maulaaya, aku
ada beberapa soalan yang aku segan untuk bertanya anda kerana kehibatan dan
kemulian anda, beliau a.s berkata: Allah memberi rahmat kepada anda, Allah
telah memerintahkan kami supaya menjelaskan kepada kamu setiap kali kamu
berhajat kepadanya, maka bertanyalah apa yang terlintas di hati anda. Dia
berkata: Maulaaya, semenjak bilakah
Allah telah menciptakan dunia dari mulanya sehingga ia berakhir?
Beliau a.s berkata: 50 ribu daur (pusingan masa) dan setiap daur adalah 400 ribu kur (hitungan masa). Setiap kur adalah 400 ribu tahun. Dia berkata: Wahai Maulaaya, Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, perkara ini
akan berakhir? Beliau a.s berkata: Ilmunya di sisi Allah sebagaimana firman-Nya
“Sesungguhnya
Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah Makrifat tentang hari Kiamat”[294].
Beliau a.s berkata: Mereka melihatnya jauh, tetapi kami melihatnya dekat. Dia
berkata: Wahai Maulaaya, di manakan
syurga?
Beliau a.s berkata: Di sini (ha-huna), aku berkata: Maulaaya, di dunia, beliau a.s berkata:
Ya, aku berkata kepadanya: Di manakah neraka? Beliau a.s berkata: Mengikut
kehendak Allah sebagaimana Dia berfirman “Dan
tidak ada seorangpun daripada kamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu
bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan”[295]
Aku berkata: Syurga di bumi? Beliau a.s
berkata: Ya, maka aku menjadi syak, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah
berfirman “Segala puji bagi Allah yang
telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini
sedang kami (diperkenankan) menempati tempat di dalam syurga di mana saja yang
kami kehendaki; maka syurga itu adalah sebaik-baik balasan bagi orang-orang
yang beramal”[296]
Aku berkata: Wahai Maulaaya, syurga
dan neraka akan berakhir?
Beliau a.s berkata: Ya, kerana Allah
berfirman tentang syurga dan neraka “Mereka
kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu mengehendaki
(yang lain)[297]. Aku berkata: Apakah akan terjadi pada
ahli syurga dan ahli neraka? Beliau a.s berkata: Ahli neraka akan menjadi qasyaasy, aku berkata: Maulaaya, apakah itu qasyaasy? Beliau a.s berkata: Pepijat,
lalat, semut dan seumpamanya. Aku berkata: Wahai Maulaaya, mereka berpindah daripada satu bentuk kepada bentuk yang
lain? Beliau a.s berkata: Ya, mereka berpindah daripada satu kejadian kepada
kejadian yang lain, maka ini adalah azab yang lebih besar.
Aku berkata: Wahai Maulaaya, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, apakah akan
terjadi kepada ahli syurga? Beliau a.s berkata: Malaikat, aku berkata: Malaikat
yang sebenar? Beliau a.s berkata: Manusia ruhani. Aku berkata: Mereka tidak
berpindah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain? Beliau a.s berkata:
Tidak, aku berkata: Wahai Maulaaya,
apakah akan terjadi kepada wanita-wanita dan bidadari-bidadari dan di manakan
tempat tinggalnya ahli syurga? Beliau a.s berkata: Allah akan kurniakan setiap
mukmin satu syurga yang sesuai untuknya dan akan memberikan kepadanya
istana-istana di syurga.
Sementara wanita-wanita dan
bidadari-bidadari akan kembali kepada pasangan mereka. Aku berkata: Wahai Maulaaya, di manakah Dia akan mengambil
syurga-syurga untuk mereka di dunia dan di manakah tempatnya? Beliau a.s
berkata: Antara tiang-tiang ‘Arasy. Aku
berkata: Wahai Maulaaya, di manakah
tiang-tiang ‘Arasy itu?
Beliau a.s berkata: Kursi panjangnya 100
ribu tiang, jarak perjalanan antara tiang kepada tiang yang lain adalah 100
ribu tahun. Begitu juga lebarnya, setiap Mauqif atau tempat berhenti
[memuatkan] 70 ribu pelawat dan setiap kali mereka melawatnya dan kembali
kepada tempat tinggal mereka, maka ia bertambah kepada 70 kali ganda
[ukurannya] seumpamanya. Aku berkata: Wahai Maulaaya,
inilah kelebihan yang besar dan mulia.
Adakah mereka lebih menikmati
syurga-syurga ini atau syurga yang pertama? Maka al-Sadiq a.s tersenyum,
kemudian berkata: Wahai Basysyaar, adapun syurga pertama adalah berjiran dengan
Allah, maka ia adalah lebih baik daripada syurga yang kedua. Tidakkah anda
mengetahui bahawa Allah telah menukarkan mereka ke syurga-syurga yang pertama
kerana berdekatan dan berjiran dengan-Nya, lalu Dia telah memilih mereka untuk
“melihatNya”[298].
Beliau berkata: Wahai Maulaaya, adakah wanita-wanita berpindah
dari satu keadaan kepada keadaan yang lain? Al-Sadiq a.s berkata: Ya, wahai
Basysyaar, mereka berpindah daripada satu jenis kepada jenis yang lain,
daripada kebaikan kepada kebaikan yang lain. Daripada cahaya kepada cahaya yang
lain. Daripada nikmat kepada nikmat lain yang lebih baik.
Beliau berkata: Wahai Maulaaya, Segala puji bagi Allah yang
tidak mengurniakan ilmu-Nya kepada sesiapapun selain daripada kamu yang mana
Dia telah memberi keistimewaan kepada kamu dengan kelebihan-Nya, bukan kepada
semua makhluk-Nya. Al- Sadiq a.s telah berkata: Wahai Basysyaar, Allah akan
merahmati anda, sembunyilah rahsia yang mana aku telah menyimpannya kepada anda
daripada simpanan rahsia Allah. Kemudian al-Sadiq a.s telah berkata: Urusan al-Qaim
dan kemunculannya terserah kepada Allah sahaja. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, tidakkah ada baginya
alamat-alamatnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, ada
berbagai-bagai alamat. Aku telah berkata: Apakah alamat-alamat itu, wahai Maulaaya, al-Sadiq a.s telah berkata:
Api akan datang dari sini dan beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya
ke arah kiblat dan ke arah timur. Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, semuanya dalam satu malam? Al-Sadiq a.s telah berkata:
Ya, perubahan rupa (maskhan) akan
berlaku di India dan Sind sementara al-Husain akan memasuki Hilwan. Aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, di manakah
tempat tujunya? Beliau a.s akan menuju ke sebuah bandar yang baru di pantai
Saihan, Basrah.
Aku telah berkata: Tidakkah ia al-Zauraa’?
Beliau a.s telah berkata: Tidak. Aku telah berkata: Maulaaya, apakah yang akan berlaku? Beliau a.s telah berkata:
Turunnya askar di pantai Saihan di Basrah dan seorang lelaki daripada anak
[keturunan] bapaku a.s akan keluar di pantai Dajlah dari Basrah ingin
memasukinya, tetapi dihalang dengan kuat, lalu dia kembali keluar darinya,
tentera-tentera daripada Bani Mirdas menyerangnya. Dan akan berlaku beberapa
pertempuran di antaranya dan mereka. Mereka berterusan dalam kedaan sedemikian,
demi Allah, sehingga 60 ribu orang terbunuh di tangannya.
Aku telah berkata: Wahai Maulaaya, kemudian apakah yang akan
berlaku? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ia berterusan sedemikian sehingga beliau
a.s memasukinya dan membunuh gabenornya dan gabenor Bani Mirdas. Kemudian
beliau a.s akan bermukim padanya sehingga dikendaki Allah. Kemudian penduduknya
akan memberi baiah kepadanya dalam keadaan terpaksa dan menunaikan bayaran a’l-‘Usyur [299]
Apabila beliau a.s[300]
merasa tenang dan kuat, maka mereka menipunya, lalu mereka mengepung rumahnya
pada waktu malam, lantas mereka membunuh para sahabatnya dan menggelidah
rumah-rumah mereka, tetapi beliau dapat melepaskan dirinya dan melarikan diri
daripada para sahabatnya dan penduduk-penduduknya, keluar dalam keadaan lari darinya.
Kemudian para sahabatnya mengangkat satu kepala daripada Bani Mirdas di satu
perairan, maka mereka menyangka bahawa “mereka” telah membunuhnya. Jika anda
melihat satu perempat kepalanya di atas katilku atau di tanganku, maka anda
tidak membenarkan pembunuhannya, kerana beliau keluar di dalam keadaan lari
daripadanya dan diserahkan kepalanya, lalu beliau pergi sehingga ke Yaman.
Lantas manusia daripada kabilah-kabilah yang
bermacam-macam dan Mawaali [301]
yang berakhlak mulia berkumpul kepadanya. Kemudian beliau keluar bersama-sama
mereka sehingga beliau melaksanakan tugasannya dan tinggal padanya sehingga
dikehendaki Allah. Kemudian sebahagian daripada ahli Kufah berkumpul kepadanya
dan beliau keluar daripadanya sehingga beliau mendatangi Basrah. Lalu beliau
memasukinya pada waktu malam, membunuh ramai orang dan membakar kabilah-kabilah
yang ramai, kemudian beliau kembali ke Kufah.
Al-Basysyaar telah berkata: Wahai Maulaaya, selepas itu apakah yang akan
berlaku? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ia akan berlaku mengikut kehendak Allah.
Beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, cepatlah
menjawab kerana aku tidak bertanya melainkan mahu sedemikian. Al-Sadiq a.s
telah berkata: Ketahuilah bahawa seorang daripada pengikut kita masih berada di
Kufah menghidupkan kharajnya dan memberikannya kepada para sahabatnya,
mengeluarkah khumusnya dan membayarnya kepada yang berhak. Beliau telah
berkata: Wahai Maulaaya, di manakah
Sahib al-Amr [302]pada
hari itu ketika ghaibnya?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Mengikut
kehendak Allah. Aku telah berkata: Maulaaya,
diriwayatkan kepada kami daripada bapa kamu Muhammad al-Baqir a.s bahawa
ghaibnya Sahib al-Amr di lorong-lorong rumah kamu? Lalu al-Sadiq a.s tersenyum,
kemudian berkata: Memang benar kata-kata bapaku bahawa Sahib al-Amr di sebalik bandar-bandar
kamu yang diliputi ilmu di lautan dan daratan. Kemudian al-Sadiq a.s telah
berkata: Malah pada bandar-bandar yang banyak. Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah yang kita akan lakukan
kepada orang yang telah meriwayatkannya daripada bapa anda itu? Al-Sadiq a.s
telah berkata: Ketahuilah anda dan saudara-saudara anda, sesungguhnya kedudukan
perawi-perawi (al-Rijaal) di sisi
kami mengikut kadar tanggungjawab mereka terhadap kami.
Khalilullah Ibrahim telah berkata:
Sesungguhnya aku sakit dan kenapa beliau sakit? Adakah anda melihatnya sebagai
pembohong?[303]
Tidak, demi Allah, malah beliau[304]
adalah benar dan lebih mengetahui tentang sabda Rasulullah s.a.w. Kemudian
beliau telah berkata: Wahai Maulaaya,
siapakah di kalangan anak-anak Adam di bandar-bandar itu? Beliau a.s telah
berkata: Mereka tidak mengetahui bahawa Allah telah menciptakan Iblis.
Al-Basysyaar telah berkata: Wahai Maulaaya,
adakah mereka mengetahui kamu dengan sebenarnya?
Al-Sadiq
a.s telah berkata: Ya, mereka membawa buah-buahan kepada kami sebelum masanya
dan memberi khumus kepada kami yang difardukan Allah dan diwajibkannya untuk
kami di dalam kitab-Nya. Malah mereka lebih taat kepada kami daripada kamu (hum atwa‘u la-naa min-kum). Beliau telah
berkata: Wahai Maulaaya, adakah
mereka bernikah dan beranak? Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, sepertilah Adam
dan Hawa.
Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah Allah telah mengutus
para rasul kepada mereka sebagaimana Dia telah mengutus kepada anak Adam?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, Dia telah mengutus para rasul kepada semua makhluk,
kepada mereka di sebalik ‘Arasy, malah kepada semua makhluk. Beliau telah
berkata: Wahai Maulaaya, mereka telah
memperakui wilayah kamu? Al-Sadiq a.s telah berkata: Mereka tidak mengingkari
kami, sesiapa yang mengingkari seorang daripada kami, maka dia [kembali] kepada
kami, justeru dia tidak mewalikan [kesemua] kami. Kamilah menara Allah yang
bercahaya di bumi-Nya, kemudian kamilah penyimpan amanah-Nya kepada
makhluk-Nya. Maka aku telah berkata: Segala puji bagi Allah kerana anda telah
memperkenalkan kemuncak kelebihan kamu kepadaku.
Al-Sadiq a.s telah berkata: Allah
merahmati anda, Allah tidak memperkenalkan kepada seseorang tentang kemuncak
kelebihan kami melainkan sekadar bulu yang berwarna putih di lembu jantan yang berwarna
hitam[305].
Adapun kadar kelebihan kami dan ilmu kami pada ilmu Allah dan kelebihan-Nya
hanya sekadar apa yang dibawa oleh seekor burung di muncungnya dari lautan[306]
yang disebutkan oleh Allah di dalam kitab-Nya. Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, segala puji bagi Allah yang
tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya, tiada tuhan melainkan Allah.
Kemudian beliau a.s telah berkata: Tuhan
kami sebelum kepada sesuatu dan pencipta sebelum sesuatu dan selepasnya,
pencipta kepada yang jauh dan penghujung kepada segala matlamat, pembuat kepada
sesuatu, penciptanya, memulakan sesuatu dan menghilangakan yang terakhir.
Kemudian al-Sadiq a.s telah melekatkan pipinya ke tanah, demi Allah, aku telah
mendengarnya berkata sedemikian: Tuhanku dan penolongku, Tuanku, tempat aku
berpegang, penciptaku, pemberi rezeki kepadaku. Jika Dia mahu, Dia boleh
mengazabku, maka dia menghalangku. Jika Dia mahu, Dia menegahku. Dan jika Dia mahu,
Dia merahmatiku dengan kelebihan-Nya.
Maka neraka wail pada hari itu untuk
pembohong-pembohong. Kemudian al-Sadiq a.s mulai memalingkan pipinya di atas
tanah dan sesungguhnya beliau a.s telah berkata: Aku adalah hamba Engkau dan
anak lelaki hamba Engkau dan cucu lelaki kepada hamba perempuan Engkau. Anak
lelaki kepada hamba perempuan Engkau. Aku memerlukan kepada rahmat Engkau,
mempercayai janji anda sebagai tawanan dengan amalanku. Wahai Tuhanku,
kasihanilah kesalahanku dan kefakiranku, rahmatilah kemiskinanku, wahai Maulaaya, dengan kemenangan ke atas
musuh-musuh-Ku tanpa pertolongan anda, nescaya aku di kalangan yang dikalahkan.
Kemudian al-Sadiq a.s telah mengangkat
kepalanya dan berkata percakapan yang tidak dapat didengari. Maka beliau telah
berkata: Labbai-ka, wahai Maulaaya, kemudian al-Sadiq a.s:
Sembunyilah apa yang kami telah mendedahkannya kepada anda tentang ilmu Allah
yang Dia telah menyembunyikannya
daripada malaikat. Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, bilakah penutupannya didedahkan? Lantas Abu Abdillah
menangis sehingga air matanya mengalir. Kemudian beliau a.s telah berkata:
Wahai Ruba‘i, jika Allah kehendaki bagi-Nya kepintaran dan kekuatan. Penciptaan
dan urusan, jika Allah kehendaki.
Daripada Abi Abdillah a.s bahawa beliau
a.s telah berkata: Apabila kematian menghampiri Muhammad Rasulullah s.a.w, maka
baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali, jika aku mati, maka mandilah aku, lakulah tahnit, pakailah aku dan buatlah aku
duduk, nescaya aku akan menceritakan kepada anda apa yang akan berlaku sehingga
hari Kiamat.
Manakala baginda s.a.w mati, maka Ali
telah memandikannya, melakukan tahnit
kepadanya, memakaikannya pakaian, kemudian beliau mendudukkannya, lalu Muhammad
s.a.w menceritakan kepadanya apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat. Diriwayatkan
daripada Abd al-Muttalib bin Hasyim bahawa beliau telah berkata tentang kisah
Ibrahim bin al-Asyram beberapa bait untuknya iaitu sebagai penyempurnaan yang
menenangkan untuk difahami:
Wahai penyeru, anda telah memperdengarkan
aku
Setiap kali
anda berkata, aku tidak tuli
Allah
menguatkan seseorang yang menjadi hak-Nya
Sunnah-Nya
pada satu kaum dan bukan kepada semua umat
Sesungguhnya bagi al-Bait Tuhan
yang mencegah
Siapa yang
datang kepadanya suatu hari akan menilainya
Aku telah
berkata kepada al-Asyram untuk menenangkan hatinya
Sesungguhnya al-Asyram akan mengalami
penyesalan
Ramai
pengikut dalam tenteranya
Humair dan
al-Hayyi daripada keluarga Qidam
Anda telah
memusnahkannya pada parti mereka
Selepas Ta‘i
dan Khidasy yang musnah
Dia
berpaling daripadanya dan pada pelananya
Orang yang
terluka dua pipinya, tidak boleh bercakap
Begitulah
perkara yang telah diciptakan
Tidak ada
urusan Allah urusan yang tersembunyi
Kami
mengetahui Allah dan pada kami tanda
Silaturahim
kami melakukannya sekalipun dengan celaan
Dan bagi kami pada setiap pusingan ada
ulangan
Kadang-kadang dengan (rupa) Arab dan dengan (rupa) bukan Arab
Kami adalah
keluarga Allah (aalillah) yang telah berlalu[307]
Sentiasa pada kami semenjak dahulu kala
Kami sentiasa
keluarga Ali (aali ‘Ali) dan Ibrahim
Kamilah
penghuni langit-langit yang tinggi
Kami
membahagi-bahagikan cahaya dan kegelapan
Kami telah
mengutus rasul penasihat
Dalam beberapa
kurun semenjak Thamuud yang musnah
Kamilah
yang telah memusnahkan Thamuud secara kekerasan
Kemudian
‘Aad sebelumnya semenjak dulu lagi
Kami telah
mnegutus para nabi kepada
Kaum ‘Aad,
Thamuud dan Lakham
Dan bagi
kami petunjuk yang soleh
Arab asli,
Qur’an percakapan
Bagi kami
Taurat dibaca rahsianya
Bagi kami
Injil diriwayatkan untuk umat-umat
Bagi kami alim yang kami dapat pertunjuk
daripadanya
Dan imam
baginya kelebihan hikmah
Dan Kitab
yang menerangkan ayat-ayatnya
Padanya
berita-berita pendapat umat-umat
Di atas
kami hak dan tulisan yang
Ditulis kandungannya pada nilainya
Bagi kami
urusan yang mulia ilmunya
Bagi kami
cahaya-cahaya daripada Pencipta bayu
Segala kelebihan daripada Allah,
kepada-Nya kami bertawakal.
Sebahagian ahli makrifat telah bertanya
tentang berita-berita batin, maka beliau telah berkata kepadanya: Siapa yang
tidak mengetahui urusan ini daripada sudutnya,[310]
maka dia adalah daripada badan-badan manusia[311]
sehingga dia sampai kepada makrifat yang terakhir[312].
Dia di kalangan orang yang ditutup di atasnya, lalu dia diambil [kira] dibawah
kuasa isterinya[313].
Kemudian dia keluar dari rumah makrifat kepada rumah ingkar, justeru dia adalah
di kalangan mereka yang rugi.
Daripada Abi Ali al-Kufi, berkata: Aku
telah berada di sisi al-Baqir a.s, tiba-tiba seorang lelaki yang kemerahan
kulitnya, memakai pakaian hijau telah datang kepadanya, lalu beliau berkata: Al-Salam ‘alaikum, wahai Abu Ja‘far, wa rahmatullahi wa barakaatuh, maka al-Baqir
a.s telah menjawab salamnya dengan sebaik-baik salam. Maka aku telah berkata
kepadanya: Siapakah anda, wahai lelaki, Allah merahmati anda? Maka beliau telah
berkata: Aku adalah saudara anda dan sahabat anda ketika aku telah datang ke
Khurasan, lalu anda telah menjadikan aku tetamu anda pada malam itu.
Maka Abu Ali al-Kufi telah berkata
kepada Abi Ja‘far a.s: Aku tidak melihatnya di dalam keadaan ini, wahai Maulaaya. Lalu al-Baqir a.s tersenyum
sambil berkata: Beliau adalah di kalangan al-Mahjuubiin,[314]
beliau boleh menyerupai (yahtajibu)
apa yang beliau kehendaki. Maka beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah yang telah dicapai oleh
hakikat imannya? Al-Baqir a.s telah berkata: Wahai Duwwaal[315],
tidak ada halangan lagi di atas Allah kerana dekatnya kepada-Nya. Aku telah
berkata: Wahai Maulaaya, alangkah
lalainya manusia terhadap lelaki seperti ini, kemudian lelaki itu menghilangkan
diri.
Maka al-Baqir a.s telah berkata: Hamba
[Allah] ini, jika anda bertanya [ku], beliau telah dikurniakan dengan enam hijab yang mana beliau boleh
menggunakannya apabila beliau kehendaki daripada kerajaan langit dan bumi. Maka
aku telah berkata: Alangkah besarnya hak mukmin di sisi Allah. Al-Baqir a.s
telah berkata: Wahai Duwwaal, janganlah anda takbur terhadap hamba Allah,
justeru anda menjadikan pahala anda kepada [kebinasaan] dan anda akan binasa.
Kerana setiap mukmin yang diamanahkan ada tujuh hijab apabila ia keluar daripada badan-badannya [yang asal] dan
terdedah daripadanya, maka dia menjadikannya dekat kepada-Nya.
Al-Duwwaal telah berkata: Wahai Maulaaya, ceritakan apa yang anda telah
merasai tentang kemanisan iman dan apa yang akan terjadi kepada mukminin di
akhirat apabila mereka berakhir? Al-Baqir a.s telah berkata: Malaikat yang
dekat kepada Allah (muqarrabiin),
berjiran dengan Yang Maha Pemurah, Dia “bercakap” dengan mereka dan mereka pula
bercakapa dengan-Nya di syurga-syurga-Nya. Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya, apakah yang akan terjadi
kepada mereka yang dilaknati yang menyalahi kamu?
Beliau a.s telah berkata: Hama-hama (hawaam) dan perubahan bentuk daripada
hama-hama kepada ular-ular sawa, kala jengking, khinzir dan bentuk-bentuk lain
yang tidak ada kebaikan padanya selepas azab yang pedih[316].
Allah Maha mengetahui, sesungguhnya rahmat-Nya meliputi semua dan Dia Maha
Penyayang di antara semua penyayang. Wa
s-Salam.
BAB 66
☼Makrifat tentang apa yang telah berlaku
pada bayang-bayang dan bentuk-bentuk yang kabur (fi ma‘rifati ma jaa’a fi al-Azilah wa al-Isybaah)☼
Sesungguhnya Allah
telah memilih di antara roh-roh pada al-Azillah,
kemudia Dia menempatkannya di badan-badan. Apabila Qaim kita keluar, saudara
lelaki yang Allah telah mempersaudarakan di antara keduanya pada al-Azillah akan mewarisi sementara
saudara lelaki daripada peranakan badan (al-Wilaadah
al-Jismaaniyyah) tidak akan mewarisi. Ketahuilah perkara itu dan sesiapa
yang mengetahuinya maka dia tidak perlu
kepada saksi.
Daripada Muhammad bin Ali, berkata:
Apabila pusingan berlaku, maka ia berlaku pada satu kumpulan selepas satu
kumpulan, dari satu kurun kepada satu kurun sehingga mukminin menjadi bersih
sebagaimana bersihnya emas. Kemudian Abu al-Hasan berpaling kepada seorang
tukang kayu yang bekerja (menukang) di rumahnya, maka beliau a.s telah berkata:
Tukang kayu ini pada pusingan yang pertama (al-Daur
al-Awwaal) adalah seekor ayam jantan (diikan)
dan dia pada hari ini adalah seorang tukang kayu (al-Najjaar).
Daripada Ibn Sinan daripada
al-Mufadhdhal, berkata: Aku telah bertanya Maulaaya
al-Sadiq a.s, maka aku telah berkata: Ceritakan kepadaku, wahai Maulaaya, tentang firman-Nya: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang
khalifah di muka bumi” Mereka
berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”[317]
Al-Sadiq a.s telah berkata: Tidakkah
kamu mengetahui bahawa anak Adam (manusia) merosakkan di bumi? Al-Mufadhdhal
telah berkata: Wahai Maulaaya, dengan
ilmu atau tanpa ilmu? Beliau a.s telah berkata: Dengan ilmu, wahai Mufadhdhal.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya,
dari mana dia telah mengetahuinya, adakah ada Adam sebelum bapa kita Adam?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Sebelum Adam sudah ada Adam-Adam sehingga beliau
menghitung tujuh Adam (sab‘a awaadim).
Beliau telah berkata: Wahai Maulaaya,
tujuh. Al-Sadiq a.s telah berkata: Ya, Mufadhdhal, malah 1000 Adam juga.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, di manakah kamu pada masa itu?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, kami telah berada di ‘Arasy Yang
Maha Pemurah (kunnaa fi ‘Arsy al-Rahmaan),
maka kami telah bertasbih (fa-sabbih-naa),
lalu malaikat bertasbih dengan tasbih kami (fa-sabbihat
al-Malaa’ikatu bi-tasbiihi-naa). Kami telah bertahlil (wa hallal-naa), maka malaikat turut bertahlil dengan tahlil kami (fa-hallalat al-Malaa’ikatu bi-tahliili-naa).
Kami telah mentakdiskan-Nya, maka malaikat
turut mentakdiskan-Nya dengan takdis kami (wa
qaddas-naa fa-qaddasat al-Malaa’ikatu bi-taqdiisi-naa). Apabila Allah mahu
menciptakan makhluk yang lain, Dia menurunkan kami kepada makhluk itu, lalu
kami menguruskan mereka dan kami mengajar mereka. Apabila Allah mahu makhluk
itu sesuatu (amran) maka sesungguhnya
Dia menganggkat kami kepada-Nya, kemudian Dia melakukan kepada mereka apa yang
dikehendakiNya.
Daripada Abdillah bin Sinan, daripada
al-Mufadhdhal, daripada al-Sadiq a.s berkata: Dua orang yang mungkir janji (yarkabu al-Naakithaani) berada di dalam
bentuk dua ekor musang (dhab‘aini)
sementara mereka pula mendatangi satu kawasan yang mana mereka [318]berdua
sedang memasuki dinding di sebuah Bandar (al-Madinah).
Sementara mereka berdua sedang
berpusing-pusing, tiba-tiba seekor singa menerkam kepada mereka berdua, lalu
membunuh mereka berdua. Kemudian mereka berdua berada di dalam bentuk atau rupa
Bani Qazaazah, lantas seorang lelaki daripada Bani Qazaazah menyerang mereka
berdua, lalu membunuh mereka berdua. Kemudian mereka [berdua] disusun di dalam
bentuk masukh daratan seperti ular
sawa, kala jengking dan kumbang. Kemudian mereka berdua diubah rupa kepada
setiap burung (al-Tair) dan
binatang-binatang ternakan (al-Bahaa’im)
yang tidak halal dimakan.
Daripada al-Sadiq a.s telah berkata: Adakah
‘Adasii[319]
dan Hafsah diubah rupa menjadi binatang sembelihan? (a tumsakhu ‘Adasii wa Hafsah dhabiihaini). Aku telah berkata: Wahai
Maulaaya, apakah itu al-Dhabhu (penyembelihan)? Maka beliau
a.s telah meletakkan (berkata) sedemikian kerana “cemburu” kepada Allah dan daripada
Nabi-Nya kerana tidak ada sesuatupun yang menerangkan bahawa mereka [berdua]
ditukar kepada binatang buas. Diriwayatkan daripada Ja‘far a.s bahawa beliau
a.s telah memerintahkan supaya disembelihkan seekor lembu jantan. Lalu beliau
a.s berkata: Adapun lembu jantan (thaur)
ini adalah seorang sahabat (qariin) masukhiyyah
pada masanya[320].
Lalu seorang yang berada bersamanya
telah bertanya kepadanya tentang perkara itu. Beliau a.s telah berkata:
Sesungguhnya apabila kulitnya dikupas, maka terdapat di antara kulit dan
dagingnya satu alat untuk menggulung benang. Diriwayatkan daripada Maulaana Amir al-Mukminin Ali a.s bahawa
manakala beliau duduk, tiba-tiba sebahagian sahabatnya telah melaluinya, maka
beliau a.s telah berkata: Lelaki ini adalah unta jantan (jamalun) di sebahagian wadi di Yaman. Lantas sekumpulan orang-orang
Ansar ketawa, maka beliau a.s telah berkata: Adakah kamu bersenda dengan hadis
Rasulullah s.a.w?
Sama ada roh seorang daripada kamu
disusun pada seekor keldai, kemudian [lelaki] ini [pula] telah menaikinya kelmarin”
Beliau telah membuat isyarat kepada sebahagian sahabatnya. Daripada al-Sadiq
a.s, berkata: Sesungguhnya beliau a.s telah melintasi seorang lelaki buta
separuh lumpuh, lalu beliau a.s telah berdiri di hadapannya, kemudian seorang
lelaki telah berkata kepadanya: Tidakkah anda dahulu seorang yang zalim lagi degil,
lantas lelaki buta itu melompat ke atasnya sambil berkata: Maulaaya, dia berpusing-pusing dan meminta daripadanya [supaya
datang].
Kemudian al-Sadiq a.s telah pergi ke
tempatnya, maka sebahagian sahabatnya telah berkata kepadanya: Siapakah lelaki
yang separuh lumpuh ini, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah?
Al-Sadiq a.s telah berkata: Lelaki ini dahulunya seorang daripada raja-raja
bukan Arab (al-‘Ajam) memaksa orang
ramai membayar kharaj sehingga dia mencabut tengkuk mereka berdua.
Maka dia telah mati, lalu Allah telah
mengubah rupanya dengan dua puluh jenis masukhiyyah,
kemudian dia mengazabnya pula dengan azab yang pedih daripada api neraka.
Daripada al-Mufadhdal, berkata: Aku telah bertanya Maulaaya al-Sadiq a.s tentang Kiamat, lalu beliau a.s telah
berkata: Tidakkah anda mendengar firman-Nya: “Dan dengarlah (seruan) pada hari penyeru menyeru dari tempat yang
dekat. (Iaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya
itulah hari keluar. Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan dan hanya
kepada Kamilah tempat kembali. (Iaitu) pada hari bumi terbelah-belah
menampakkan mereka dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang
mudah bagi Kami”[321]
Al-Sadiq a.s telah berkata: Bapa[322]
kami Ali bin Abi Talib akan keluar, lalu beliau a.s menyeru dengan suara Allahu akbar , lantas dijawab oleh mereka di daratan dan di lautan,
kemudian Allah membangkitkan mereka semua. Kemudian Ali datang dan terus
bersama orang ramai dan beliaulah yang
membuat tanda mukmin sebagai mukmin di depan dua matanya. Dan beliaulah yang
membuat tanda kafir menjadi kafir di depan kedua matanya. Dan di atas makna
inilah firman-Nya: “Sambil menundukkan
pandangan-pandangan mereka”[323]
Iaitu tanda (al-Wasm) di antara mata-mata mereka. Dan firman-Nya: “Keluar dari kuburan seakan akan mereka
belalang yang berterbangan, mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu”[324]
Sehingga dia berjumpa dengan mukmin, lalu berkata: Wahai mukmin, dari mana anda
telah datang? Beliau dikenali dengan tanda. Demikian juga beliau akan bertemu
dengan kafir, lalu berkata: Wahai kafir, dari mana anda telah datang?
Beliau dikenali dengan tanda. Demikian
juga firman-Nya: “Dan apabila perkataan
telah jatuh di atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahawa
sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. Dan hari Kami
kumpulkan dari tiap-tiap umat segolongan mereka yang mendustakan ayat-ayat
Kami, lalu mereka dibahagi-bahagikan (dalam kelompok-kelompok). Hingga apabila
mereka datang, Allah berfirman: “Apakah kamu telah mendustakan ayat-ayat-Ku,
pada hal ilmu kamu tidak meliputinya atau apakah yang telah kamu kerjakan”[325]
. Daripada
Abd al-Samad daripada Abi al-Hakim berkata: Aku telah bertanya Muhammad
al-Baqir a.s tentang firman-Nya: “Dan
sesiapa yang mengerjakan amal-amal yang soleh dan ia dalam keadaan beriman”[326]
Maka al-Baqir a.s telah berkata: Beriman dengan raj‘ah: “Maka tidak ada
pengingkaran terhadap amalannya itu, sesungguhnya Kami menuliskan amalan itu
untuknya”[327]
Maka al-Baqir a.s telah berkata: Dia telah menyebut Kiamat, inilah ia. Tidakkah
anda melihat kepada firman-Nya: “Orang-orang
yang tidak beriman kepada hari Kiamat meminta supaya hari itu segera
didatangkan dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka
yakin bahawa Kiamat itu adalah benar”[328]
Fasal tentang al-Asybaah dan al-Azillah:
Daripada al-Mufadhdhal bin Umar
al-Ja‘fi, al-Sadiq a.s telah berkata: Sesungguhnya perkara yang pertama
diciptakan Allah adalah mukminin[329].
Dia telah menciptakan mereka sebagai bentuk-bentuk yang kabur (asybaah) sebelum Dia menciptakan mereka
sebagai bayang-bayang (azillah). Maka
Allah telah bertasbih dan bertahlil kepada diri-Nya. Al-Asybaah pada hari itu seperti perkara yang tidak jelas.
Dalilnya bahawa gema yang dijadikan
Allah di dunia, apabila seorang lelaki bercakap atau melaung, maka ia
menjawabnya seperti suaranya. Demikianlah Allah telah menjadikannya sebagai
dalil ke atas Asybaah. Sesungguhnya Asybaah menyahuti seruan Allah; apa yang
Dia firmankan sedangkan tidak ada kehidupan padanya. Ia merupakan susunan
kehidupan yang mudah lagi lembut sebagaimana gema menyahuti seruan yang dikatakan
oleh manusia sedangkan tidak ada kehidupan padanya (laa hayaata fi-haa).
Kemudian Allah menciptakan Azillah, maka Allah telah bertasbih dan bertahlil
kepada diri-Nya, lalu dijawab oleh Asybaah,
kemudian Azillah. Dalil tentang Asybaah, anda melihat pada cermin
apabila anda bercakap, maka ia bercakap seolah-olah ia bercakap dan
[seolah-olah] ada roh padanya. Kemudian Allah menciptakan roh-roh. Ia dinamakan
arwaah (roh-roh) kerana kepulangannya
kepada makrifat Allah dari satu sudut dan dari sudut yang lain pula kerana ia
telah pulang (raahat) kepada Allah
[akhirnya]. Kemudian roh-roh berkata: Wahai Tuhan, bagaimana Engkau telah
menciptakan kami, bagimana Engkau telah memulakan kami sehingga kami mengetahui
permulaan penciptaan kami dan penciptaan Engkau?
Maka Dia telah berfirman kepada mereka:
Daripada-Ku bermulanya Asybaah,
kemudian Azillah, kemudian kamu iaitu
arwaah. Lantas mereka berkata: Wahai
Tuhan, sesungguhnya Engkau telah mengajar kami bagaimana Engkau telah menciptakan
kami, justeru kami telah mengetahui bagaimana kami membesar dan bagaimana kami
mati. Maka Dia telah berfirman kepada mereka: Kamu membesar di dalam ketaatan
kepada-Ku, kemudian kamu menderhakai[Ku].
Kemudian Aku telah menjadikan hijab-Ku di kalangan kamu. Aku
menciptakan badan-badan yang melindungi (tahjibu)
sebahagian kamu akan sebahagian yang lain. Aku menyeru kamu kepada diri-Ku; kepada
apa yang Aku telah menjadikannya sebagai hijab-Ku
di kalangan kamu, justeru kamu menyembahKu. Dan hijab-hijab-Ku adalah banyak.
Apabila Aku telah memilih hijab daripada makhluk-Ku, Aku tidak
berpisah daripadanya dan ia pula tidak berpisah daripada-Ku. Justeru sesiapa
yang menyembahKu dengannya, maka dia adalah mukmin yang sebenar.
Dan sesiapa yang menyembahKu dengan hijab-hijab-Ku[330] kesemuanya
adalah kafir: Kerana hijab-hijab-Ku
adalah banyak, semuanya aku telah menempatkannya; iaitu Aku telah
menempatkannya selain daripada-Ku. Semuanya sebagai ujian kepada anak-anak
syaitan (aulaad al-Syaitaan) kerana
mereka tidak mengenaliKu dan mereka tidak menyembahKu dengan sebenarnya (haqiiqat al-Ma‘rifati). Justeru sesiapa
yang menyembahKu dengan keimanan dan keyakinan, Aku akan memberi ganjaran
dengan hijab yang mana Aku tidak
berpisah daripadanya dan ia tidak berpisah daripada-Ku[331].
Lantaran itu, Aku telah mewajibkan di
atas diri-Ku; Aku mahu supaya syaitan dan anak-anaknya tidak menyembahKu. Jika
kamu menyembahKu, kamu adalah lebih berhak dengannya, kerana ia adalah hakikat
keimanan. Maka mukminun berkata: Wahai Tuhan, bagaimana kami menderhakai
Engkau, bagaimana Engkau menciptakan musuh dan dari apakah Engkau
menciptakannya? Maka Allah berfirman: Sesungguhnya Aku telah menciptakan kamu
dari Asybaah dan kesilapan kamu tidak
boleh dipegang. Beliau (perawi) berkata: Dia telah membiarkan mereka [dalam
keadaan sedemikian] selama 51 ribu tahun.
Kemudian Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang
khalifah di muka bumi”[332]:
Iaitu dia adalah musuh Engkau. Mereka berkata: Wahai Tuhan, apakah musuh itu
akan buat? Allah berfirman: Jika kamu menyebutKu dengan hijab-Ku, nescaya dia (musuh) membunuh kamu. Dan jika kamu beriman
dengan-Ku melalui hijab-hijab-Ku, dia
akan mengazab kamu. Semua itu tidak ada yang tinggal kerana kamu mengsyakkiKu,
kamu telah menyembah hijab-hijab-Ku dan kamu tidak mengetahui Aku
dengan sebenarnya: Al-Hijab adalah
nama tanpa makna, adakah kamu menyembah nama tanpa makna? Maka mukminun telah
berkumpul supaya Allah berehat apabila Dia berfirman kepada mereka: “Setiap waktu Dia dalam kesibukan”[333]
Mereka telah berkata: Tidak wajib ke
atas kita untuk membuat Allah berehat[334],
maka ia adalah kesilapan pertama yang dilakukan oleh mukminun tanpa ilmu dan
tanpa pegangan, sesungguhnya perkara itu adalah untuk Allah. “Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak
menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau? Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak
kamu ketahui”[335]
Sesungguhnya mereka telah menjadi takut
ketika Dia berfirman kepada mereka: Sesungguhnya hijab-hijab-Ku semuanya Aku telah menempatkan mereka selain
daripada-Ku[336]:
Sesungguhnya Aku telah menutupi diri-Ku daripada kamu (ahtajibu-kum) dan Aku menutupi sebahagian kamu akan sebahagian yang
lain[337].
Lantaran itu, mereka menjadi lemah dan takut pada ketika itu. Kemudian Allah
telah berfirman: Sesungguhnya ilmu-Ku pada kamu, jika kamu tidak merujukkannya
kepada-Ku, nescaya terbatallah ilmu-Ku [pada kamu].
Justeru hijab diciptakan, lalu Aku menutupi diri-Ku dengannya daripada
mereka. Iaitu [dengan] huruf-huruf seperti hijab
Adam. Kemudian diciptakan setiap hijab
daripada kesilapannya mengikut kadar penolong-penolongnya[338],
kemudian hijab-hijabnya daripada
sahabatnya. Dan diciptakan daripada [kesalahan] hijabnya yang pertama adalah Iblis dan syaitan: Yang membisikkan
(kejahatan) di dalam dada manusia dan syaitan syurga yang diciptakan daripada
kesilapan mukminin. Kemudiaan Allah telah menciptakan setiap makhluk itu roh
dan syaitan ke atas musuh mereka.
Maka penciptaan Iblis dan anak-anaknya
adalah daripada maksiat mukminin. Sesungguhnya Allah telah menciptakan hijab-hijab yang banyak daripada hijab-hijab mukminin. Kemudian Allah
telah menyeru Iblis dan zuriatnya supaya beribadat kepada-Nya. Mereka telah
berkata: Beritahulah kepada kami bagaimana permulaan penciptaan dan bagaimana
Dia telah menciptakan kami sehingga kami mengetahui perkara itu? Maka Dia telah
memberitahu kepada mereka dari apakah Dia telah menciptakan mereka, tetapi Dia
tidak memberitahu kepada mereka daripada apakah Dia telah menciptakan mukminin.
Mereka tidak bertanya kepada-Nya tentang permulaan maksiat dan permulaan
penciptaan mereka sebagaimana ditanyakan oleh mukminun: Sesungguhnya mukminun
telah derhaka, tetapi Dia memaafkan mereka.
“Tidak ada dosa ke atas kita jika kita
menderhaka [kepada-Nya] satu kali, kemudian Dia memaafkan kita”. Maka Iblis dan
zuriatnya percaya bahawa itu adalah maksiat kepada Allah. Manakala Allah
menutupi diri-Nya dengan hijab yang
pertama (al-Hijab al-Awwal) yang
dinamakan Adam iaitu al-‘Aliyyu (yang
tinggi darjatnya), Dia telah berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam. Dia berfirman: Sujudlah kamu kepada-Ku dari sudutnya (Adam). Dia
berfirman dari sudut al-Bait (baitullah) iaitu lembaga Adam, lantas malaikat
pun sujud. Justeru mereka adalah mukminun dari sudut Adam sebagaimana
diperintahkan Allah.
Sesungguhnya mereka telah sujud kepada
Allah dan bukan kepada Adam: Maka Iblis telah berkata: Aku adalah lebih baik
daripadanya, Engkau telah menciptakan aku daripada api iaitu daripada hijab Engkau, lalu Dia telah menjadikan
cahaya (al-Nuur) sebagai api (al-Naar). Jika dia berkata: Engkau telah
menciptakan aku daripada sesuatu yang ada takwilnya, [maka keadaannya
berbebeza], tetapi dia telah menyalahi [perintah-Nya] dan sesat. Dia berfirman:
Aku telah menciptakan Adam daripada tanah. Dia berfirman: Aku telah
menciptakannya dan mereka yang mewalikannya iaitu mukminin [juga daripada
tanah].
Lantaran itu mereka telah sujud: Aku
sujud kepada Engkau, bukan kepada Adam kerana aku daripada Engkau dan aku
bukanlah daripadanya sementara mereka pula sujud kepada Adam kerana mereka
daripadanya. Kemudian Allah telah menyembunyikan hijab-Nya daripada yang pertama, daripada Iblis yang dilaknati
Allah dan Dia telah menciptakan daripada maksiatnya hijab-hijab masukhiyyah iaitu
apa yang diharamkan dagingnya.
Manakala Iblis melihat mukminin telah
melakukan kesilapan tanpa sengaja dan mereka menutupi diri mereka atau mereka
memakai hijab-hijab, maka dia khuatir jika dia disusun[339] pada
hijab-hijab yang diciptakan daripada
maksiatnya atau dia memakai [hijab] sebagaimana
mukminun memakainya. Kemudian dia dan zuriatnya memakai hijab-hijab maksiat mukminin. Kemudian dia meminta untuk sujud
kepada Allah selepas badan yang telah disujud oleh mukminun tidak ada lagi,
tetapi dia tidak mendapatinya[340],
maka pada ketika itu Iblis dan zuriatnya sujud kepada semua perkara yang
berjisim.
Oleh itu, ia menjadi sunnah Iblis dan
zuriatnya. Mereka sujud kepada api, air, bintang-bintang, matahari, bulan,
malam, siang, pohon dan semua yang diciptakan. Iblis telah berkata: Jika salah
satu daripada jenis-jenis ini tidak ada, nescaya dia tidak mengetahui hijabnya, lalu Iblis menyangka bahawa
dia mendapatinya (hijab) dengan
melakukan sujud kepada setiap sesuatu, lalu Allah membutakannya daripada
perkara itu.
Lantaran itu, manusia menyembah masa (al-Dahr), kegelapan dan cahaya, kerana
Iblis sujud kepada mereka dan berkata: Mudah-mudahan Allah telah menutupi
dirinya dengan hijab itu, kemudian
manusia sujud kepadanya. Iblis telah kembali kepada hijab yang dilihatnya, lalu dia menutupi dirinya dengan bentuk anak
Adam. Dan dia berkata: Mudah-mudahan dia menjadikan manusia sebagai hijabnya. Lantaran itu, sebahagian
mereka menutup sebahagian yang lain, justeru dia tidak dapat melakukan sujud
itu. Mukminun telah berkata kepada Iblis: Apakah yang menegah anda daripada
sujud sedangkan anda tidak mengetahui Allah
dengan sebenarnya.
Maka anda telah sujud kepadanya kerana hijabnya dan dia telah hilang daripada
anda. Maka pada masa itu, Iblis menjadikan mukminin sebagai musuh dan ingin
membunuh mereka kerana hasad kepada mereka sebagaimana mereka telah menyebutnya.
Iblis dan anak-anaknya telah mengetahui bahawa urusan mereka yang akhir adalah masukhiyyah[341].
Lantaran itu, mereka tidak mencapai apa yang mereka buat, lalu dia menggoda
mukminin apabila dia tidak dapat melakukan sujud, lantas Allah menolak
godaannya terhadap mereka kerana dosa-dosa mereka dan kecuaian mereka di dalam
tauhid kepada-Nya.
Mereka syak kepada Allah yang telah
menciptakan mereka. Lantaran itu, Dia telah mengambil perjanjian daripada
mereka, maka Dia berfirman: “Dan ketika
Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari salbi mereka” Iaitu
perkara yang mereka telah menzahirkannya ke atas-Nya; tauhid kepada Allah. “Dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa
mereka “bukankah Aku ini Tuhnamu?” Mereka menjawab: Betul” Iaitu zuriat
atau jiwa-jiwa yang mengetahuiNya ketika Dia menutupi diri-Nya daripada mereka
sebelum Dia ghaib.
Dia berfirman: “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini”[342]
ketika Dia menutupi diri-Nya dan bagaimana Dia telah menciptakan hijab, bagaimana Dia telah menciptakan
Iblis yang akhirnya ia akan menjadi masukhiyyah kerana ia diciptakan
daripada maksiatnya (mukmin), maksiat zuriatnya sebagaimana diciptakan
badan-badan mukminin dan dan roh-roh syaitan daripada maksiat mukminin, dia
menguasai ke atas mereka dengan pembunuhan. Iblis tidaklah membunuh mereka di dalam
ertikata yang sebenarnya, tetapi [mereka] dibunuh dengan dosa-dosa mereka yang
lalu. Maka Dia telah membentangkan kepada sebahagian manusia bagi membalas
dendam daripada orang zalim dengan kezalimannya.
Dan ia bukanlah balasan pembunuhan.
Lantaran itu, mukminin membunuh sesama mereka pada badan-badan yang
bermacam-macam yang tidak dikenali. Sesungguhnya Iblis mahu membunuh badan
[manusia] kerana dia membuat mereka membunuh sesama mereka dan dia menzalimi
mereka. Sesungguhnya syaitan diciptakan daripada maksiat mukminin.
Oleh itu, sebahagian mereka membunuh
sebahagian yang lain sebagai dendam ke atas mereka dan membalas dendam
daripadanya. Adapun kefakiran yang
menimpa mukminin adalah kerana keingkaran mereka tentang hak mukminin dan
pengambilan apa yang bukan hak mereka.
Adapun nama-nama pembunuhan pada
orang-orang kafir, maka mereka dibunuh oleh mukminin pada badan-badan yang
bermacam-macam. Adapun yang dimaksudkan dengan kafir-kafir itu adalah mereka
yang telah melakukan kebaikan kepada mukminin pada badan-badan yang
bermacam-macam. Justeru sesiapa yang membuat kebaikan di kalangan kafir sama
ada kepada kafir atau mukmin, nescaya Dia memberi kebaikan pada badan yang lain
dengan sewajarnya.
Demikian jika Dia memberikan kepada
seorang naqib (ketua) atau najib (yang cerdik), nescaya Dia akan
memberi tujuh [kali ganda kebaikan] yang tidak dapat dipertikaikan oleh seorangpun.
Demikian juga apabila dia membuat kebaikan pada mukmin yang lain, maka dia
diberikan kadar kebaikan yang diberikan kepadanya. Dan Allah Maha megetahui dan
Dia Maha Penyayang di kalangan mereka yang penyayang. “Ingatlah, menciptakan dan memerintah adalah hak Allah. Maha Suci Allah
Tuhan semesta alam dan sebaik-baik pencipta” [343] Wa s-Salam.
Bab 67
☼Makrifat tentang hak-hak Ikhwan dan
kelebihan mukminin serta ditambah padanya tentang khabar percampuran (fi ma‘rifati huquuq al-Ikhwaan wa fadhl
al-Mu’minin wa uziida fi-hi khabar al-Mizaaj)☼
Al-Sadiq a.s telah berkata kepada
sebahagian sahabatnya: Pisahlah keluarga anda[344]
dan bahagilah harta anda kepada saudara anda yang mukmin[345],
maka bergembiralah kerana ilmu adalah umum (musyaa‘)
tidak dibahagi-bahagikan di antara mukminin. Lantaran itu, Allah
berfirman: “Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya
dan rezeki yang baik?”Katakanlah: Sesungguhnya itu bagi orang-orang yang
beriman dalam kehidupan dunia, khusus di hari Kiamat. Demikianlah Kami
menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui”[346]
Demikian juga ia keluar daripada datukku
Rasulullah Muhammad bahawa baginda s.a.w bersabda: Semua yang diciptakan Allah
di dunia untuk mukminin adalah umum (musyaa‘) tidak dibahagi-bahagikan dan
tidak ada bahagian bagi musuh-musuh Allah. Daripada Ya‘qub al-Siraaj berkata:
Manakala aku berjalan-jalan di al-Haram al-Syarif, tiba-tiba aku dikejutkan
oleh seruan dari (arah) atas kepalaku yang berkata: Wahai Ya‘qub, berilah
berita gembira kepada para wali Allah bahawa Allah telah mengampunkan untuk
mereka semua dosa yang mereka telah lakukannya selain hak hamba-Ku yang mukmin
kerana Aku telah menciptakannya dengan tangan-Ku dan Aku telah menempatkannya
daripada roh-Ku.
Maka sesiapa yang menyakitinya, tidak
melayaninya dengan baik (jafaa-hu)
dan meringan-ringankan haknya, maka dia tidak akan masuk di dalam kerajaan-Ku (malakuutii). Dan Aku telah menulis di
sisi-Ku bahawa dia daripda para wali musuh-musuh-Ku yang dilaknati Allah dan
para pelaknat. Maka neraka Wail bagi mereka yang mengabaikan saudara-saudara
mereka yang mukminin. Sesungguhnya mukminin adalah mereka yang menyinarkan
kebesaran-Ku dan ketinggian kedudukan-Ku.
Sesiapa yang menyalahinya, maka dia
telah menentangKu dan melahirkan permusuhan terhadap-Ku. Sebahagian ahli ‘Arifiin
telah bertanya al-Sadiq a.s, maka beliau berkata: Wahai Maulaaya, apakah hak mukmin di atas Allah?
Hak yang paling keras bahawa dia tidak
bercakap melainkan dengan izinnya, dia tidak makan dan minum melainkan dengan
izinnya. Ketaatan setiap orang daripada mereka adalah fardu di atas sahabatnya
yang mukmin seperti ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau berkata: Wahai Maulaaya, aku telah menjadikan diriku
tebusan anda, siapakah yang mampu semua ini? Beliau a.s telah berkata: Siapa
yang mahu mengetuk pintu syurga dan memasukinya dengan aman dan sejahtera,
berjiran dengan Yang Maha Tinggi.
Lalu orang yang bertanya itu berkata:
Jika aku telah mengetahuinya, nescaya aku telah mendidiknya pada diriku dan aku
tidak bertanya pada anda tentang golongan ini. Maka al-Sadiq a.s telah berkata:
Sesungguhnya seorang lelaki daripada saudara-saudara anda telah bertanya
kepadaku sebagaimana anda bertanya tentangnya, maka aku telah memberitahu
kepadanya sebagaimana aku telah memberitahu kepada anda.
Dia adalah seorang pemuda yang masih
bersemangat, maka dia keluar dari sisiku dengan kepala dan janggutnya yang
putih sambil berkata: Demi Allah, sesungguhnya kami sehingga hari ini, kami
meninggalkan hak ikhwan mukminin. Dan sesungguhnya kami di dalam kesesatan yang
nyata. Justeru aku merahmatinya dan aku telah memohon kepada Tuhanku supaya
mengampuninya.
Lantas lelaki yang bertanya kepada
al-Sadiq a.s berkata: Adapun pemuda itu, maka anda telah merahmatinya dan anda
telah memohon kepada Tuhanku supaya mengampuninya dan bagaimana dengan
keadaanku? Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai lelaki, berbuat baiklah kepada
ikhwan anda mengikut kadar pengetahuan anda tentang Allah dan para wali-Nya.
Lelaki itu telah berkata: Wahai Maulaaya,
aku mengulangi [nya] bagi menuntut keampunan daripada-Nya.
Al-Sadiq a.s telah berkata:
Mudah-mudahan Allah mengampuni anda. Maka aku mengetahui bahawa rahmat telah
mendatangiku[347].
Daripada Ahmad bin Ahmad daripada Muhammad bin Sulaiman daripada Abu Ali Muhammad
bin Mihraan berkata: Aku telah bertanya Maulaaya
Muhammad al-Baqir a.s, maka aku telah berkata: Beritahuku tentang mukmin yang
terbuka mata hatinya (mustabsyir)
daripada Syiah kamu apabila dia menyempurnakan makrifat adakah dia akan
berzina? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan mencuri?
Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan meliwat? Beliau a.s
berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan melakukan dosa?
Beliau a.s berkata: Ya, kerana apabila
dia melakukan dosa (idha adhnaba),
maka dosa itu tidak dikaitkan (tidak melekat) kepadanya (lam yalhaq-hu min al-Dhanbi syai’un). Aku berkata: Subhaanallah, bagaimana begitu? Baqir
a.s berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya mukmin adalah campuran semua umat (mizaaj al-Umam), lantaran itu,
sesuatupun tidak mengaitkannya dengan dosanya (dosa tidak melekat padanya). Aku
berkata: Sayyidi, terangkan kepadaku
perkara itu, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, tentang
umat-umat (al-Umam) dan campuran
tertentu (al-Mizaaj al-Mu‘ayyan) yang
tersembunyi daripadaku?
Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya
anda! Adakah anda telah mendengar firman Allah di dalam kitab-Nya[348] “(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa
besar dan perbuatan keji yang selain daripada “al-Lamama”. Sesungguhnya Tuhanmu
Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia
menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin di dalam perut ibumu;
maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui
tentang orang yang bertakwa”
Seorang sahabat al-Baqir a.s bernama
Ibrahim telah bertanya al-Baqir a.s di majilis tersebut, berkata: Maulaaya, kami mengagumi pertanyaan
Muhammad bin Mihraan kepada anda, kami telah menjadikan diri kami tebusan anda,
apakah makna al-Lumam? Al-Baqir a.s
berkata: Adakah anda mengetahui, wahai Ibrahim, apakah al-Lumam itu? Dia berkata: Tidak, wahai Maulaaya, beliau a.s berkata: Campuran [tiinah] mukmin yang tidak bercampur dengan salinan atau campuran [tiinah] kafir semasa di alam bayangan (azillah) dan alam roh (asybaah). Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, berilah penjelasannya
kepadaku, aku tidak mengetahuinya. Maka beliau a.s berkata: Wahai Ibrahim,
adakah sesuatu yang menggerunkan di hati anda? Ibrahim berkata: Ya, al-Baqir
a.s berkata: Apakah dia?
Ibrahim berkata: Aku tidak
mengetahuinya. Al-Baqir a.s berkata: Tidak ada sesuatupun yang mengotorinya
iaitu Syiah kamu, ketahuilah bahawa seorang mukmin yang terbuka mata hatinya (al-Mu’min al-Mustabsyir) lagi arif tidak dikotori oleh amalannya yang buruk.
Dia (perawi) berkata: Ibrahim telah menjadi bingung dan berkata: Subhaanallah wa bi-hamdi-hi.
Al-Baqir a.s berkata: Aku telah
mengetahui kebingungan anda mengenainya, lantaran itu, bertanyalah, wahai
Ibrahim, mintalah penerangannya, nescaya anda akan memahaminya dan mintalah
kesimpulannya, nescaya anda akan mengetahuinya.
Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, penjelasan anda kepadaku telah
banyak membingungkan aku dan apakah aku akan berkata bahawa kami melihat di
kalangan Syiah kamu dan pencinta-pencinta kamu secara jujur mencintai kamu,
kadang kala mereka meminum arak, melakukan dosa-dosa besar, meringan-ringankan
sembahyang, puasa, zakat, haji dan kebajikan, sedangkan anda, wahai Maulaaya, menyangka bahawa sesungguhnya dia tidak dikaitkan
dengan dosa.
Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya
anda! Wahai Ibrahim, tidakkah aku telah menyebutkannya kepada anda dan
matlamatnya? Lantaran itu, fahamilah, aku tidak akan menambahnya lagi untuk anda.
Maka sesungguhnya setiap pencinta kami mestilah mendirikan sembahyang pada
waktunya, menunaikan zakat yang difardukan ke atasnya, gigih melakukan amalan
yang baik dan mencintainya pula. Ibrahim berkata: Kenapa dan bagaimana perkara
itu, wahai Sayyidi? Beliau a.s
berkata: Wahai Ibrahim, aku telah banyak menerangkannya kepada anda dan
menjawab soalan-soalan anda, bagaimanakah kepercayaan anda dan apakah yang anda
telah pelajari?
Ibrahim berkata: Maulaaya, seorang pencinta kamu dan Syiah kamu menurut apa yang
kamu ceritakan (ahadu muhibbii-kum wa
syi‘ati-kum ‘alaa ma wasaf-tum bi-hi)), jika diberikan kepadanya apa yang
ada antara timur dan barat yang merupakan emas dan perak (lau u‘tiya ahadu-hum ma baina al-Masyriq wa al-Maghrib dhahaban wa
fidhdhatan) supaya dia tidak mencintai kamu dan tidak mewalikan kamu(‘alaa an yazuula ‘an mahabbati-kum wa
wilaayati-kum), maka dia akan meneruskannya (fa-ma zaala) sekalipun hidungnya dipukul dengan pedang (wa lau dhuribat khiyaasyimu-hi bi al-Saif).
Seorang Naasibi kepada kamu, mewalikan musuh kamu, menurut apa yang kamu
ceritakan tentang amalan-amalan kebaikan yang dilakukan olehnya, (Naasibi), jika seorang daripada mereka
diberikan emas dan perak (lau u‘tiya
ahadu-hum mil’a al-Ardh dhahaban wa fidhdhatan) supaya berhenti dari
mewalikan tawaaghit (an yazuula ‘an wilaayati al-Tawaaghiit),
dia akan meneruskannya (ma zaala)
sekalipun hidungnya dipukul dengan pedang (wa
lau dhuribat khiyaasyimu-hu bi al-Saif).
Lalu al-Baqir a.s tersenyum sambil berkata:
Wahai Ibrahim, dari sinilah binasanya orang ramai (halakat al-‘Aammatu) dan mereka yang buta mata (hati) sebagaimana
diceritakan oleh Allah dalam kitab-Nya [349]
“Bekerja keras lagi menentang (naasibah),
memasuki api yang sangat panas” Dan firman-Nya[350] “Dan kami hadapi segala amal yang mereka
kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan” Aduhai
dukacitanya anda, adakah anda mengetahui, wahai Ibrahim, apakah sebab
sedemikian? Ibrahim berkata: Tidak, wahai anak lelaki kepada anak perempuan
Rasulullah s.a.w, maka terangkanlah kepadaku, sesungguhnya aku telah berjaga
sepanjang malam tanpa mengetahui sebabnya.
Al-Baqir a.s berkata: Wahai Ibrahim,
sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui
dan qadim, Dia telah menciptakan
semua perkara bukan daripada sesuatu. Justeru sesiapa yang menyangka bahawa
Allah telah menciptakan semua perkara daripada sesuatu, maka dia menjadi kafir.
Ianya dari tanah yang baik. Kemudian Dia memancarkan padanya air yang manis,
lalu Dia membentangkan ke atasnya wilayah kami Ahlul Bait[351],
maka ia menerimanya. Kemudian Dia mengalirkan air ke atasnya selama tujuh hari
sehingga ia menjadi rata dan lembut, kemudian Dia mengambil daripadanya tanah
yang bersih, lalu menjadikannya tanah para imam (tiin al-Aimmah).
Kemudian Dia mulai membasuh tanah itu,
maka Dia menciptakan daripadanya Syiah kami, kemudian pencinta-pencinta kami.
Jika tanah kamu ditinggalkan, wahai Ibrahim, seperti tanah kami, nescaya kamu
dan kami adalah sama[352].
Maka Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya,
apakah Dia lakukan kepada tanah kita? Al-Baqir a.s berkata: Jika begitu aku
akan memberitahu anda: Sesungguhnya Allah telah menciptakan tanah, maka ia telah
menjadi buruk lagi busuk (khabiithah wa
muntinah), kemudian dipancarkan air ke atasnya, lalu dibentangkan ke
atasnya wilayah Ahlu l-Bait, tetapi ia tidak menerimanya.
Kemudian
dimasukkan air ke atasnya selama tujuh tahun. Kemudian dikeluarkan air daripadanya.
Kemudian diambil tanah itu dan dicampurkan dengan tanah kamu, lalu diciptakan tawaaghit dan pemimpin-pemimpin kafir.
Beliau a.s berkata kepada Ibrahim: Jika tanah kamu ditinggalkan dan tidak
dicampurkan dengan tanah mereka, nescaya mereka tidak mengucap dua kalimah
syahadat atau melakukan sembahyang atau berpuasa atau mengeluarkan zakat atau
mengerjakan haji atau melaksanakan amanah dan mereka tidak pula menyerupai
bentuk kamu.
Tidak ada perkara yang lebih besar ke
atas mukmin dari melihat bentuk musuhnya seperti bentuknya. Ibrahim berkata:
Wahai Maulaaya, apakah Allah telah melakukan
dengan tiinah? Imam al-Baqir a.s
berkata: Dia telah mencampurkan kedua-duanya dengan air yang pertamanya bersih
dan air keduanya masin, lalu menggaulkan kedua-duanya.
Kemudian Dia mengambil daripada
kedua-duanya satu genggam dan berfirman: Mereka akan ke syurga dan Aku tidak peduli. Kemudian Dia
mengambil satu genggam yang lain dan berfirman: Mereka akan ke neraka dan Aku
tidak peduli. Kemudian Dia mencampurkan daripada kudua-duanya pula dan meletakkan
salinan mukmin (naskh al-Mu’min) dan tiinahnya di atas salinan kafir dan tiinahnya.
Lantaran itu, apa yang dilakukan oleh
seorang Syiah kami sama ada zina, liwat, khianat, meninggalkan sembahyang,
puasa, haji atau jihad, maka ia adalah daripada salinan kafir. Dan apa yang
dilakukan oleh oleh Naasibi terhadap
kami daripada musuh-musuh kami sama ada sembahyang, puasa, haji, jihad dan
amalan-amalan kebajikan adalah daripada salinan mukmin dan tiinahnya, kerana salinan mukmin adalah sembahyang, puasa, haji,
jihad dan amalan-amalan kebajikan. Sementara salinan Naasibi terhadap Ahlu l-Bait dan para Imam adalah zina, liwat,
minuman arak, melakukan dosa dan segala kekejian.
Apabila dibentangkan amalan-amalan ini
kepada Allah, Dia berfirman: Al-Naatiq
(yang bercakap) mengetahuinya dan qadha’nya
yang terdahulu, lalu berfirman: Aku Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana dan Aku
Adil, Aku tidak zalim. Aku tidak menzalimi hak-hak dan amalan-amalan, maka ia
dikaitkan kepada bahannya yang asal, kerana ia adalah daripadanya.
Dan dikaitkan amalan yang baik kepada
salinan mukmin dan tiinahnya yang
bersih, kerana ia daripadanya. Kemudian al-Baqir membaca firman-Nya [353]
“Berkata Yusuf: “Aku mohon perlindungan
kepada Allah daripada menahan seorang, kecuali orang yang kami ketemukan harta
benda kami padanya, jika kami berbuat demikian, maka benar-benarlah kami
orang-orang yang zalim” Wahai Ibrahim, inilah, demi Tuhan, tafsirnya pada
batin ilmu kami.
Kemudian al-Baqir a.s berkata: Wahai
Ibrahim, beritahuku tentang matahari apabila cahayanya naik dilihat di seluruh
negeri, ia terang daripada bulatannya atau ia tersembunyi daripadanya? Aku
berkata: Wahai Maulaaya, adapun ketika
naiknya, maka ia terang, adapun ketika jatuhnya, maka ia bersambung dengannya.
Al-Baqir a.s berkata: Tidakkah apabila matahari jatuh, cahayanya bersambung
dengan bulatannya? Ibrahim berkata: Ya, cahayanya kembali kepadanya. Al-Baqir
a.s berkata: Begitulah setiap sesuatu kembali kepada jenisnya, salinannya dan asalnya.
Apabila tiba hari Kiamat, amalan-amalan
dibentangkan kepada Allah, maka Dia mencabut salinan Naasibi dan tiinahnya
yang bercampur dengan tiinah mukmin
dan mencabut daripada mukmin dosa-dosa dan bebanannya, lalu Dia memulangkannya
kepada Naasibi kerana keburukan tiinahnya
telah bercampur dengan tiinah mukmin.
Dia akan memberi Naasibi segala dosa dan bebenan jika
dosa dan bebanan itu daripada salinan Naasibi,
bahannya dan unsurnya.
Allah akan mencabut tiinah mukmin daripada Naasibi
berserta sembahyangnya dan kebaikannya, lalu Dia memberinya kepada mukmin
apabila amalannya daripada salinan mukmin, bahannya dan unsurnya. Kamu fikir,
wahai Ibrahim, di sini aku tidak memberitahu kepada anda secara zalim, permusuhan,
kezaliman dan pembohongan. Ibrahim berkata: Aku pohon perlindungan daripada Allah,
sesungguhnya Allah dengan hamba-hamba-Nya, amalan mereka, ilmu mereka, salinan
mereka, bahan mereka, dan sesungguhnya ini, wahai Maulaaya, adalah hukum pemutus pada hari Pembalasan. Maka al-Baqir
a.s berkata: Wahai Ibrahim, sesungguhnya hukum daripada-Nya adalah hukum
pemutus dan hukuman yang adil.
Demi Yang telah Membelah biji-bijian dan
Melepaskan jiwa, aku tidak memberitahu kepada anda melainkan dengan kebenaran,
aku tidak menceritakan kepada anda melainkan dengan ketelusan dan tidak
dipersoalkan apa yang Dia buat sedangkan mereka dipersoalkan. Tuhan kamu tidak menzalimi seorangpun
dan Tuhan tidak menzalimi hamba-hamba-Nya.
Ibrahim berkata: Wahai Maulaaya, aku telah menjadikan diriku
tebusan anda, sesungguhnya aku telah percaya dengan rahsia kamu, zahir kamu dan
batin kamu, kemudian rahsia kamu yang tersembunyi, pada zahir anda dan batin
anda, kemudian rahsia anda yang tersembunyi, demi Allah, wahai Maulaaya, sesungguhnya aku hairan
tentang apa yang telah sampai kepadaku daripada seorang di kalangan kamu, wahai
Maulaaya, al-Baqir a.s berkata:
Apakah yang menghairankan anda?
Ibrahim berkata: Wahai anak lelaki
Rasulullah, aku hairan dengan Allah, hikmat-Nya, ilmu-Nya bahawa Dia mengambil
kebaikan semua Naasibi; musuh-musuh kamu,
maka Dia memulangkannya kepada Syiah kamu. Dan Dia mengambil segala kejahatan
Syiah kamu dan memulangkannya kepada musuh-musuh kamu.
Al-Baqir a.s berkata: Ya, Demi Tuhan
Yang telah Membelah biji-bijin dan Melepaskan jiwa, Dia telah menciptakan
syurga dan menciptakan langit dan bumi, wahai Ibrahim, sesungguhnya aku tidak
memberitahu kepada anda melainkan ianya terdapat di dalam al-Qur’an semuanya.
Ibrahim berkata: Maulaaya, ini
betul-betul di dalam al-Qur’an. Al-Baqir a.s berkata: Allah telah menjadikan
kami di kalangan hamba-hamba-Nya, Amin. Ya, wahai Ibrahim, ini betul-betul ada
di dalam al-Qur’an, anda suka aku membacanya kepada anda?
Ibrahim berkata: Ya, demi Allah, wahai
anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, kemudian beliau a.s membaca firman-Nya[354]
“Dan berkatalah orang-orang kafir kepada
orang-orang yang beriman: “Ikutilah jalan kami dan nanti kami akan memikul
dosa-dosamu” dan mereka (sendiri) sedikitpun tidak (sanggup) memikul dosa-dosa
mereka. Sesungguhnya mereka benar-benar orang pendusta”
Mereka akan memikul dosa-dosa mereka di
samping dosa-dosa orang lain dan Dia akan bertanya mereka pada hari Kiamat
tentang apa yang mereka lakukan. Iaitu, wahai Ibrahim, mereka memikul dosa-dosa
mereka berserta dosa-dosa mukminin, kerana dosa-dosa itu daripada salinan
mereka, tabiat mereka, jenis mereka dan bahan mereka. Ibrahim berkata: Tambah
lagi untukku, wahai Maulaaya.
Al-Baqir a.s berkata: Allah berfirman [355]
“Mereka memikul dosa-dosa dengan
sepenuhnya pada hari Kiamat dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan
yang tidak mengetahui sedikitpun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, amat
buruklah dosa yang mereka pikul itu” Iaitu orang-orang yang menzalimi
mereka tanpa ilmu.
Wahai Ibrahim, anda tahu apa yang Dia
telah berfirman kepada pencinta-pencinta kita dan Syiah kita? Ibrahim berkata:
Tidak, wahai Maulaaya. Al-Baqir a.s
berkata: Merekalah orang-orang yang telah beriman, Allah berfirman[356]“
Allah menggantikan kejahatan mereka
dengan kebaikan. Dan Adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Sesungguhnya Allah menggantikan
kejahatan Syiah kita dengan kebaikan pada hari Kiamat[357].
Sesungguhnya aku bersumpah dengan Ibrahim, wajah Allah, kemulian Allah bahawa
sesungguhnya ini adalah daripada keadilan-Nya pada makhluk-Nya, tanpa menolak qadha’-Nya dan mengubah hikmat-Nya!
Adakah anda suka, wahai Ibrahim, aku
membaca firman Allah tentang campuran (al-Mizaaj),
dua tanah, bumi yang baik dan yang busuk? Ibrahim berkata: Ya. Al-Baqir a.s
membaca firman-Nya: [358] “(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa
besar dan perbuatan keji yang selain daripada “al-Lamama”. Sesungguhnya Tuhanmu
Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia
menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin di dalam perut ibumu;
maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui
tentang orang yang bertakwa”
Beliau a.s telah berkata: Janganlah
seorang daripada kamu berhujah dengan puasanya, sembahyangnya, hajinya dan
jihadnya kerana Allah Maha Kaya daripada semuanya.
Dia mengetahui hamba-hamba-Nya yang baik
daripada yang jahat. Seorang daripada kamu tidak akan mendapat kemenangan
dengan sembahyang dan puasanya yang banyak jika dia tidak mengetahui Allah,
para wali-Nya, musuh-musuh-Nya, imamnya dan hujjahnya
di antaranya dan Tuhannya. Beliau a.s telah berkata: Adakah aku [perlu] menambah
untuk anda, wahai Ibrahim, beliau berkata: Ya, wahai Maulaaya.
Al-Baqir a.s telah berkata: Bacalah ayat
ini: “Sebagaimana Dia telah menciptakan
kamu pada permulaan, kamu akan kembali (kepada-Nya). Sebahagian diberinya
petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya
mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung selain Allah dan mereka mengira bahawa
mereka mendapat petunjuk”[359]
Iaitu sebagaimana Dia telah mengambil kamu daripada tanah yang baik dan tanah
yang busuk, kamu kembali kepada asal kamu. Justeru sesiapa yang tanahnya baik,
nescaya dia kembali kepada ciptaan asalnya.
Dan firman-Nya: “Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung selain Allah”
Iaitu mereka menyangka sembahyang, zakat dan haji mereka yang banyak, malah
semua amalan mereka: Iaitu mereka mengira mereka mendapat petunjuk. Ambillah
kepada anda, wahai Ibn Ishaq, kepelikan hadis-hadis kami dan keitimewaan hak
kami, kamilah para imam (a.s), para wali Allah, tidak ada sesuatu yang
memutuskan ilmu-Nya kepada kami.
Tidak di bumi dan tidak juga di langit.
Kamilah tangan Allah (yadullah), dan
kamilah di sebelah-Nya (nahnu junbu-hu), kamilah wajah-Nya dan
mata-Nya (nahnu wajhu-hu wa ‘ainu-hu), di mana mukmin melihat (aina-ma nazara al-Mu’min), dia melihat kami (yaraa-naa), jika kami kehendaki, maka Allah kehendaki (in syi’naa sya’a Allah) dan janganlah
anda memberinya[360]
melainkan kepada ahlinya. Segala puji bagi Allah yang telah memilih kami
daripada tanah cahaya kekuasaan-Nya. Dia telah kurniakan kami rahsia ilmu
kehendak-Nya.
Dia telah memerintahkan kami supaya
memperkenalkan kepada Syiah kami hak hakikat makrifat dan amanah-Nya. Kami
membersihkan jiwa mereka daripada kekotoran azab dengan wilayah-Nya. Kami
menamatkan mereka di dalam hidayah dengan seruan kepada Dar al-Salam dan kebaikannya,
Berjiran dengan Yang Maha Pemurah lagi Penyayang di syurga-syurga-Nya.
Kami merendamkan roh-roh mereka pada
mata ketenangan yang cerdik lagi diredai dengan rahmat-Nya. Alangkan
beruntungnya ‘Arifiin yang faham tentang mereka sehingga niatnya yang ikhlas
hanya kepada Allah.
Selawat dan salam kepada Muhammad yang
menunjuk kepada kebenaran dengan risalahnya yang mana Allah telah menciptakannya
sebelum sesuatu (qabl al-Qabl) dan
menentukannya untuk menerangkan kebenaran yang nyata. Selawat dan salam juga
kepada keluarganya yang baik lagi suci serta zuriat daripada keturunan mereka
semua. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Tamatlah kitab yang tersembunyi AL-HAFT Al-SYARIF yang menerangkan
sebahagian kelebihan Maulaana Ja‘far
al-Sadiq a.s. Ia menceritakan tentang permulaan makhluk, asalnya dan akhirnya,
cara huraiannya, perpindahan jiwa-jiwa dari satu keadaan kepada keadaan yang
lain sempena dengan hidayah dan penghujungnya, wa s-Salam.
[1] Asad Haidar, al-Imam al-Sadiq,
iv, hlm 421, Beirut ,
1980.
[2] Ibid
[3] Surah al-Ankabuut (29): 20-21
[4] Tuanku
[5] Ibid
[6] Surah al-Furqaan (25): 45-46
[7] Subbuhun qudduusun rabbu-naa
wa rabbu l-malaikati wa r-Ruuh.
[8] Surah al-Ruum (30): 30
[9] Surah al-Syuura (42): 51
[10] Surah al-Najm (53): 15
[11] Surah al-Baqarah (2): 32
[12] Surah al-Waaqi‘ah (56): 10-11
[13] Surah al-Baqarah (2): 63
[14] Ibid
[15] Surah al-Baqarah (2): 189
[16] Surah al-Mu’minuun (23): 14
[17] Surah Ali ‘Imraan (3): 173
[18] Surah al-Anfaal (7): 40
[19] Surah al-Insan (76): 18
[20] Dia telah mengutus nabi dan rasul dari jenis manusia untuk manusia.
[21] Surah al-Baqarah (2): 138
[22] Surah al-An‘aam (6): 96
[23] Yang difahami oleh mereka secara pendidikan.
[24] 7 pusingan x 50 ribu tahun=350 ribu tahun.
[25] Surah al-Anbiyyaa’ (21) : 104
[26] Surah Huud (11): 106-108
[27] Surah al-Anbiyaa’ (21): 23
[28] Surah Huud (11): 7
[29] Menzahirkan kehadiran-Nya dengan cara yang boleh difahami oleh
mereka.
[30] Lantaran itu Allah berfirman Surah al-A‘raaf (7): 24 “Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu
menjadi musuh kepada sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman
dan kesenangan di muka bumi sampai waktu yang ditentukan”
[31] Surah al-Maaidah (5): 14
[32] Surah al-Nisaa’ (4): 66-67
[33] Surah al-Nisaa’ (4): 69-70
[34] Surah al-Nisaa’ (4): 71
[35] Dan para imam a.s
[36] Surah al-Kahfi (18): 51
[37] Namanya Dhamman kerana dia mencela Allah ketika dia tidak mahu
sujud kepada Adam.
[38] Untuk mengetahui jenis
perubahan rupa manusia, lihat Syeikh Mufid, al-Ikhtisas,
hlm 154-155
[39] Surah al-Sajdah ( 32): 21
[40] Surah al-Ahzab (33): 7-8
[41] Sumpah kepada perjanjian di semua peringkat.
[42] Ibid
[43] Surah al-Nisaa’ (4): 41
[44] Surah al-Talaaq (65): 2
[45] Surah al-Baqarah (2): 282
[46] Surah al-Baqarah (2): 140
[47] Surah al-Baqarah (2): 283
[48] Abu Abdillah a.s telah berkata: Naasibi
bukanlah orang yang menentang kami Ahlu l-Bait kerana anda tidak mendapati
seorang yang berkata: Aku membenci Muhamamd dan keluarganya, tetapi naasibi adalah orang yang menentang kamu
sedangkan dia mengetahui bahawa kamu mewalikan kami dan kamu membebaskan diri
kamu daripada musuh-musuh kami. Al-Saduq, Ma‘aani
al-Akhbaar, bab “Ma’na al-Naasibi”
hlm. 365
[49] Surah al-Zukhruf (43): 6
[50] Surah al-Hujuraat (49): 10
[51] Surah al-Saad (38): 75
[52] Surah al-A ‘raaf (7): 12
[53] Iblis dan zuriatnya menyerupai manusia pada masa tertentu.
[54] Surah Yunus (10) : 31
[55] Surah al-Hajj (22): 5
[56] Surah al-Tiin (95): 4-5
[57] Surah al-Hujuraat (49): 3
[58] Surah al-Qaaf (50: 36
[59] Surah al-Qaaf (50): 37
[60] Darjat yang lebih tinggi
[61] Surah Maryam (19): 51
[62] Surah Maryam (19): 55
[63] Ibid
[64] Surah al-Baqarah (2): 105
[65] Surah al-Qasas (28): 68
[66] Ibid
[67] Dijatuhkan
[68] Surah Ali ‘Imraan (3): 33-34
[69] Surah al-Syuura (42): 51
[70] Surah al-Zukhruf (43): 32
[71] Pada zahir sahaja dan bukan pada batin
[72] Surah al-Najm (53): 42
[73] Surah al-Maaidah (5): 93
[74] Surah al-Nuur (24); 29
[75] Surah al-Nuur (24): 61
[76] Langit
[77] Yang sudah mencapai darjat itu.
[78] Dia mempunyai tafsirannya yang tersendiri.
[79] Kepada Adam
[80] Surah al-Mu’min (40): 34
[81] Surah al-Najm (53): 57-58
[82] Surah al-Najm (53): 59-62
[83] Mereka yang sampai ke darjat yang tinggi di dalam makrifat.
[84] Surah Taahaa (20): 127
[85] Surah al-Sajdah (32):21
[86] Perkataan Taqiyyan di dalam al-Qur’an adalah nama seorang lelaki
yang warak pada zamannya dan bukanlah bermakna seorang yang bertakwa seperti
tafsiran umum. Lantaran itu, tidak hairanlah jika Al-Bukhari, Sahih, vi,
hlm. 210 menyatakan bahwa (Surah al-Lail (92):3) telah ditambah perkataan “Maa
khalaqa”, Lantaran itu, ayat asalnya “Wa al-Dhakari wa al- Unthaa”
tanpa “Maa khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Dardaa’, kemudian
ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm.565, al-Turmudhi, Sahih,
v, v, hlm. 191. Al-Suyuti, al-Itqaan, ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa
‘Aisyah menyatakan (Surah al-Ahzab33: 56) pada masa Nabi s.a.w adalah lebih
panjang, iaitu dibaca “ Wa ‘ala al-Ladhiina yusalluna al-Sufuuf al-Uwal”
selepas “ Inna llaha wa malaikata-hu yusallaana ‘Ala al-Nabiy” ‘Aisyah
berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf”
[87] Surah Maryam (19): 18. Tafsiran umum
[88] Surah Maryam (19): 18 Maksud Taqiyyan
di dalam ayat itu adalah seorang lelaki yang paling warak pada zamannya dan
bukanlah bermakna” seorang yang bertakwa. Kemudian Jibrail dengan rupa seorang
lelaki yang bernama Taqiyyan itu berkata: “Sesungguhnya
aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu untuk memberimu seorang anak lelaki
yang suci” Surah Maryam (19): 19. Kemungkinan tujuan utama Jibrail menyamar
sebagai seorang lelaki yang bernama Taqiyyan yang masyhur dengan kewarakannya
pada zamannya adalah untuk menjinakkan Maryam, supaya dia tidak takut melihat
lelaki yang dikenalinya, tetapi Maryam menolaknya “Sekalipun kamu (bernama)Taqiyyan”
[89] Selepas waktu maghrib
[90] Disembelih oleh para wali Allah untuk ibadat dan makanan mereka.
[91] Surah al-Anfaal (8): 6
[92] Surah al-Hasyr (59): 2
[93] Surah al-Qamar (54): 48
[94] Firman Allah Surah al-Maa’idah (5): 60 “Mereka yang dilaknat dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang
dijadikan kera dan khinzir”
[95] Surah al-Qamar (54): 50
[96] Surah Faatiir (35): 37
[97] Ibid
[98] Surah al-Israa’ (17): 72
[99] Surah al-An‘aam (6): 28
[100] Surah al-Baqarah (2): 18
[101] Surah al-Furqaan ( 25): 44
[102] Surah al-Ahqaaf (46): 19
[103] Abwaabu-hu
(pintu-pintu-Nya) adalah mereka yang telah mencapai makrifat yang tinggi.
[104] Surah al-Nisaa’ (4): 157
[105] Amir al-Mukminin Ali a.s dan Umar
[106] Kesesatan yang silam.
[107] Habil =Habtar=Ali
[108] Qabil = al-Adlam= Zafir=Umar
[109] Surah Yaasiin (36): 8
[110] Muhammad s.a.w dan
keluarganya
[111] Surah al-An‘aam (6): 112
[112] Salinan
[113] Perubahan rupa atau bentuk
[114] Surah al-Sajdah (32): 21
[115] Surah al-Infitaar (82): 6-9
[116] Surah al-An‘aam (6): 38
[117] Imam al-Mahdi a.s
[118] Surah, al-A‘raaf (7):40 umpamanya.
[119] Surah al-Saafaat (37): 165-166
[120] Surah al-Mutaffifin (83): 18-21
[121] Surah al-Hijr (15): 47
[122] Surah Ibrahim (14): 48
[123] Surah Huud (11): 107
[124] Al-Mufadhdhal
[125] Yang diubah rupanya
[126] Surah al-An‘aam (6): 164
[127] Kerana disembelih dan sebagainya.
[128] Surah al-Anfaal (8): 37
[129] Surah al-Anfaal (8): 38
[130] Pusingan (al-daur) akan
berterusan
[131] Surah al-Nabaa’ (78): 10
[132] Surah al-Nabaa’ (78): 11
[133] Surah Yunus (10): 1-2
[134] Surah Huud (11): 7
[135] Surah al-Furqaan (25): 48-49
[136] Surah al-Furqaan (25): 50
[137] “Nikmat pertama” Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang mencintai
kami Ahlu l-Bait (man ahabba-naa Ahla
l-Bait), maka hendaklah dia memuji Allah di atas nikmat yang pertama (fa l-yahmudillaha ta‘aalaa awwal al-Ni‘am). Ditanya: Apakah nikmat
yang pertama? Baginda s.a.w bersabda: Baik kelahirannya (taib al-Wilaadah). Justeru tidak mencintai kami kecuali mereka yang
baik kelahirannya (wa laa yuhibbu-naa
illaa man taabat wilaadatu-hu) dan tidak membencikan kami kecuali mereka
yang buruk kelahirannya” Iaitu anak zina (wa
laa yabghudhu-naa illaa man khabuthat wilaadatu-hu). Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar, bab ma‘na awwal al-Ni‘am” hlm. 160-161.
[138] Surah al-Talaaq (65):12
[139] Surah Fussilat (41): 9-12
[140] Imam Dua Belas a.s
[141] Surah al-Nahl (16): 15
[142] Menjadi tempat roh berada
[143] Hari kelahirannya.
[144] Imam a.s datang ketika bayi dilahirkan dan ketika dia mati.
[145] Surah Faathir (35):2
[146] Surah al-Balad (90): 3
[147] Surah al-Balad (90): 4
[148] Dia dikenali juga dengan Abu al-Syuruur al-Munaafiq (Bapa segala
kejahatan yang munafik). Lihat, Ma‘aani
al-Akhbaar, hlm. 110
[149] Abu Bakr dikenali dengan sebutan al-Awwal (yang pertama).
[150] Umar dikenali dengan sebutan al-Thaani (yang kedua).
[151] Surah al-Furqaan (25): 27-29
[152] Surah al-Balad (90): 4
[153] Surah al-Balad (90): 5-7
[154] Supaya menerima utusan di kalangan mereka.
[155] Surah Maryam (19): 29
[156] Surah al-Saafaat (37): 107
[157] Surah al-Nisaa’ (4): 157-158
[158] Surah al-Saafaat ( 37): 102-107
[159] Pendapat Ahlu s-Sunnah wa al-Jamaa‘ah
[160] Syeikh al-Adlam di dalam bentuk kibas.
[161] Isma‘il atau al-Husain a.s.
[162] Surah al-Saafaat ( 37):107
[163] Yang menjadi tebusan yang lebih besar iaitu al-Husain a.s pada
zahirnya.
[164] Pemuka Quriasy di dalam bentuk masukhiyyah.
[165] Yang juga Isma‘il
[166] Surah al-Saafaat ( 37):107
[167] Surah al-Anbiyaa’ (21): 23
[168] Surah Ibrahim (14): 25
[169] Surah al-Maa’idah (5):75
[170] Oleh mereka yang mengingkarinya
[171] Surah Yaasiin (36): 82
[172] Supaya tindakan segera diambil
[173] Sa‘d bin Abi Waqqas
[174] Muw‘awiyah bin Abi Sufyan. Oleh itu tidak hairanlah jika ramai
sahabat telah berubah selepas kematian Nabi s.a.w. Al-Bukhari, Sahih,
viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587,
590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas
kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah
para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui
bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya
mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan
bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah
daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah
Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab
al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana
kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas
anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat)
mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.
[175] Surah al-Syu‘araa’ (26); 201
[176] Ali bin Abi Talib a.s
[177] Umar
[178] Untuk mengetahui salasilah Umar, lihat al-Kulaini, Raudhah al-Kaafi, hadis no 372,
hlm.283-286.
[179] Umar telah menyebut Rasulullah s.a.w dengan perkataan lelaki (al-Rajulu).
[180] Umar mengakui bahawa dia telah melihat Rasulullah s.a.w dalam peristiwa
itu, hanya kepala dan janggutnya sahaja yang berubah menjadi putih, iaitu
selepas lima
tahun kematiannya.
[181] Al-Madaa’n adalah sebuah kawasan di Iraq sekarang yang mana Salman
akhirnya dilantik oleh Umar menjadi gabenor al-Madaa’in dengan persetujuan Amir
al-Mukminin Ali a.s.
[182] Ahlu s-Sunnah wa al-Jamaa‘ah, kaum Salafi (Wahabi) dan
seumpamyanya.
[183] Di kubur bapanya, beliau telah menerangkan kepadanya apa yang
berlaku.
[184] Perbuatan untuk membunuh Ali
[185] Malik bin Nuwairah
[186] Khalid telah meniduri isteri Malik bin Nuwairah selepas membunuh
suaminya Malik bin Nuwairah. Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.241, Abu
al-Fidaa’, Tarikh, I, hlm. 158,
Ibn Kathir, Tarikh, vi, hlm. 321 dan lain-lain.
[187] Abu Talib
[188] Atau semenanjung
[189] Bapa Rasulullah s.a.w
[190] Di dalam hal ini adalah hujah
[191] Ceritanya adalah hujah yang kuat.
[192] Rasulullah s.a.w
[193] Perantaraan atau perutusan
[194] Mereka beribadat kepada Allah dengan secara mereka sendiri dan
diterima oleh Allah.
[195] Surah al-Israa’ (17): 44
[196] Selepas susunan yang pertama
[197] Selepas susunan yang pertama
[198] Surah al-Zalzalah (99): 7-8
[199] Hama
[200] Pada kali kedua dan seterusnya
[201] Surah al-Dhaariyaat (51): 13
[202] Surah al-Sajdah (32): 20
[203] Surah al-Dhaariyaat (51): 15-16
[204] Surah al-Dhaariyaat (51): 13
[205] Surah al-Dukhaan (44): 41
[206] Surah al-Dhaariyaat (51): 15-16
[207] Ketua-ketua
[208] Mereka yang cerdik
[209] Penjaga-penjaga
[210] Surah al-Dhaariyaat (51): 15-16
[211] Sekalipun dia berumur 120 tahun, maka dia masih di dalam pusingan
pertama menurut kiraan tersebut. Sepatutnya dia berada di dalam pusingan
ketiga.
[212] Surah al-Baqarah (2): 281
[213] Orang zalim
[214] Surah al-Anbiyaa’ (21): 23
[215] Surah al-Jinn (72): 26-27
[216] Sedikit sahaja ilmu yang diberikan kepada kamu.
[217] Kejadiannya yang pertama
[218] Surah al-Syuura (42): 30
[219] Menjaga pintu kejahatan
[220] Maskhun atau masukhiyyah mempunyai makna yang sama
iaitu perubahan rupa atau bentuk asal.
[221] Surah Fussilat (41): 10
[222] Surah Fussilat (41): 10
[223] Surah Muhammad (47): 24-25
[224] Persetubuhan dilakukan pada tempat najis (dubur) sebagai ganti
farajnya.
[225] Pada umumnya sahaja
[226] Surah Taahaa (20): 121 “Dan
derhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia” Al-Mufadhdhal berkata: Aku
telah bertanya al-Sadiq a.s tentang firman-Nya Surah al-Baqarah (2): 124: “Dan ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan
beberapa kalimat, lalu dia menunaikannya” Apakah kalimat-kalimat tersebut?
Beliau a.s berkata: Kalimat-kalimat yang diterima oleh Adam daripada Tuhanya,
lalu Dia menerima taubatnya: Beliau (Ibrahim) berkata: Wahai Tuhan, aku memohon
kepada Engkau dengan hak Muhammad, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain melainkan
Engkau menerima taubatku”. Maka aku bertanya lagi kepadanya: Wahai anak lelaki
kepada anak perempuan Rasulullah s.a.w: Apakah Allah maksudkan dengan
firman-Nya: “Lalu dia menunaikannya”?
Beliau a.s berkata: Iaitu dia menunaikannya (atammahunna) sehingga kepada al-Qaim a.s 12 imam [kesemuanya], 9
daripada anak-anak al-Husain sehingga hari Kiamat. Al-Mufadhdhal berkata: Wahai
anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah s.a.w, beritahu kepadaku tentang
firman-Nya Surah al-Zukhruf (43): 28 : “Dan
Dia menjadikan kalimat itu kekal pada keturunannya” Beliau a.s berkata: Dia
maksudkan dengannya adalah imamah
yang mana Allah telah menjadikannya pada keturunan al-Husain sehingga hari
Kiamat. Maka aku berkata kepadanya: Wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah
s.a.w, bagaimana imamah pada
anak-anak al-Husain sahaja, tidak pada anak-anak al-Hasan sedangkan mereka
berdua adalah anak-anak lelaki Rasulullah, keduanya pemuda ahli syurga? Maka
beliau a.s berkata: Sesungguhnya Musa dan Harun adalah nabi dan rasul, mereka
berdua adalah bersaudara, tetapi Allah menjadikan kenabian (al-Nubuwwah) pada salbi Harun, tidak
salbi Musa, maka tidak ada seorang yang berkata: Kenapa Allah telah melakukan
sedemikian? Sesungguhnya imamah adalah
khilafah Allah a.w, justeru tidak ada
yang berkata: Kenapa Allah telah menjadikannya pada salbi al-Husain, tidak
salbi al-Hasan kerana Allah adalah Maha Bijaksana pada perbuatan-Nya. Dia tidak
akan ditanya apa yang dilakukan-Nya sedangkan mereka akan ditanya. Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar, bab “ma‘na al-Kalimaat” hlm. 126-127.
[227] “Tentang makna pohon atau biji-bijian yang dimakan oleh Adam dan
Hawaa’“. Daripada Abd al-Salam (Abu al-Salt) bin Salih al-Harawiy berkata: Aku
telah bertanya al-Ridha a.s : Wahai anak lelaki Rasulullah, beritahu kepadaku
tentang pohon atau biji-bijian yang dimakan oleh Adam dan Hawaa’. Manusia telah
berselisih faham padanya, ada yang menyatakan bahawa ia adalah pohon gandum (al-Hantah), ada yang menyatakan pohon
anggur (al-‘Inab) dan ada yang
menyatakan pohon hasad dengki (syajarah
al-Hasad).? Al-Ridha a.s telah berkata: Semuanya betul. Aku berkata: Apakah
penjelasan kepada perselisihan itu? Beliau a.s berkata: Wahai Abu al-Salt,
sesungguhnya pohon-pohon di syurga
bermacam-macam, ada pohon gandum, ada pohon anggur, tetapi ia bukan
seperti pohon-pohon di dunia. Sesungguhnya Adam manakala Allah memuliakannya
dengan sujud malaikat kepadanya dan memasukkannya ke syurga, maka beliau telah
berkata kepada dirinya: Adakah Allah telah menciptakan manusia yang lebih baik
daripadaku? Lalu Allah mengetahui apa
yang terlintas di hatinya, lantas menyerunya: Angkatlah kepala anda, wahai
Adam, maka lihatlah kepada tiang ‘Arasy-Ku, lalu Adam mengangkat kepalanya dan
melihat kepada tiang ‘Arasy, lalu beliau mendapatinya tertulis di atasnya:
Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah, Ali bin Abi Talib Amir
al-“Mukminin, isterinya Fatimah penghulu wanita alam semesta, al-Hasan dan
al-Husain kedua-duanya penghulu pemuda syurga”, maka Adam berkata: Wahai
Tuhanku, siapakah mereka itu? Maka Allah a.w berfirman: Wahai Adam, mereka itu
adalah zuriat anda dan mereka adalah lebih baik daripada anda dan daripada
semua makhluk-Ku. Jika mereka tidak ada (laulaa-hum),
nescaya Aku tidak menciptakan anda (ma
khalaq-tu-ka), Aku tidak menciptakan syurga, neraka, langit dan bumi,
justeru janganlah anda melihat kepada mereka dengan mata hasad, nescaya Aku
akan mengeluarkan anda dari “berjiran” dengan-Ku. Maka beliau telah melihat
kepada mereka dengan mata hasad (bi-‘ain
al-Hasad) dan berangan-angan terhadap kedudukan mereka, lalu syaitan
menguasainya sehingga beliau memakan pohon yang dilarang daripadanya. Dan
syaitan menguasai Hawaa’ kerana beliau melihat kepada Fatimah dengan mata hasad
sehingga beliau memakan daripada pohon itu sebagaimana Adam telah memakannya,
kemudian Allah mengeluarkan mereka berdua daripada syurga-Nya dan menurunkan
mereka berdua daripada berjiran dengan-Nya ke bumi . Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar, bab “Ma‘naa al-Syajarati al-Lati akala min-ha Adam
wa Hawaa’” hadis. No 1, hlm 124.
[228] Surah al-Tahriim (66): 10 “Allah
membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya
berada di bawah pengawasan dua hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami,
lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu
tidak dapat membantu mereka sedikitpun dari (seksa) Allah dan dikatakan (kepada
keduanya) “Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk neraka”.
[229] Surah Yusuf (12): 28
[230] Surah al-Nisaa’ (4): 76
[231] Surah Yusuf (12): 28
[232] Ukuran panjang yang sama dengan 3 batu atau 4.8 kilometer. Kamus Dewan (cetakan ketiga), hlm 349.
[233] Dengan 28 huruf.
[234] Bahasa kaum Yahudi
[235] Surah al-Nabaa’ (78): 23-26
[236] Surah al-Qasas (28): 88
[237] Surah Huud (11):108
[238] Surah al-Haaqqah (69): 32-33
[239] Surah al-Naazi‘aat (79): 14
[240] Surah al-Tiin (95): 5
[241] Surah al-Israa’ (17): 44
[242] Surah al-Israa’ (17): 50-51
[243] Surah al-Nahl (16): 48
[244] Surah al-Nuur (24): 41
[245] Maksud Surah Ibrahim 9 14): 27
[246] Maksud Surah al-Furqaan (25): 53
[247] Surah al-Kahf (18): 46
[248] Surah al-Taghaabun (64): 14
[249] Surah al-Taghaabun (64): 15
[250] Surah al-Sajdah (32): 21
[251] Surah Ibrahim (14): 7
[252] Surah Nuh (73): 10-12
[253] Surah al-An‘aam (6): 94
[254] Surah al-Waaqi‘ah (56): 62
[255] Surah Yaa Siin (36): 81-83
[256] Surah al-Jin (72): 11
[257] Surah al-Hijr (15): 27
[258] Surah al-Haaqqah (69): 19
[259] Surah al-An‘aam (6): 129
[260] Maksud Surah Qaaf (50): 23 “Lemparkanlah
oleh mu berdua ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala”.
Teksnya berbeza dengan teks di dalam mushaf Uthman iaitu al-Qur’an yang ada
sekarang.
[261] Wilayah Ahlu l-Bait a.s
[262] Surah al-Baqarah (2): 30
[263] Surah Huud (11): 106-108
[264] Ke tempat yang lain pula
[265] Surah Taahaa (20): 128 Dalam mashaf Uthman iaitu al-Qur’an sekarang
dengan lafaz afalam yahdi la-hum
bererti “Maka tidakkah menjadi petunjuk
bagi mereka”.
[266] Abu Bakr dan Umar
[267] Imam al-Mahdi a.s
[268] Abu Bakr dan Umar
[269] Pada pusingan ini.
[270] Selepas tulangnya reput
[271] Surah al-Waaqi‘ah (56): 60
[272] Kedatangannya
[273] Kubah mereka lebih baik daripada kubah kamu.
[274] Abu Bakr
[275] Umar
[276] Di syurga
[277] Surah al-Baqarah (2): 30
[278] Mengenai penciptaan makhluk dan tahap-tahapnya.
[279] Surah al-Qasas (28): 88
[280] Surah al-A‘raaf (7): 6-7
[281] Surah al-Qasas (28): 88
[282] Surah al-Rahmaan (55): 29
[283] Surah al-Baqarah (2): 30
[284] Al-Kulaini, Raudhat al-Kaafi,
viii, hlm 257, hadis no. 301
[285] Surah al-Baqarah (2): 30
[286] Tujuh Adam
[287] Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar,
bab “Ma’na al-Nuumah”, hlm. 166
[288] Di antara tanda kedatangan Imam Al-Mahdi a.s
[289] Bani Abbas yang telah menzalimi Ahlul Bait a.s dan
penyokong-penyokong mereka di sepanjang zaman.
[290] Imam Mahdi
[291] Penduduk-penduduk di Parsi
[292] Imam Mahdi a.s
[293] Maksud firman-Nya Surah al-Anbiyaa’ (21); 26-27 “Sebenarnya mereka (malaikat-malaikat) adalah
hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan
mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya”
[294] Surah Luqman (31): 34
[295] Surah Maryam (19) 71
[296] Surah al-Zumar (39): 74
[297] Surah Hud (11): 107-108
[298] Bukan dengan penglihatan mata. Ia adalah satu gambaran yang
istimewa buat mereka.
[299] Satu per sepuluh dari hasil pendapatan.
[300] Imam Mahdi a.s
[301] Bekas-bekas hamba
[302] Imam Mahdi a.s
[303] Al-Saduq, Ma‘aani al-Akhbaar,
“innii saqiim”, hlm. 210
[304] Bapanya al-Baqir a.s
[305] Betapa sedikitnya mereka yang mengetahui kelebihan para imam a.s.
[306] Betapa sedikitnya ilmu kami dibandingkan dengan ilmu Allah.
[307] Di abad-abad yang lalu
[308] Ahli Allah atau keluarga Allah adalah mereka yang tinggi di dalam
makrifat dan kedudukan mereka adalah lebih tinggi daripada ahli syurga (ahlu l-Jannah). Abd al-Muttalib dan
anak-anaknya Abdullah (bapa Nabi s.a.w), Abu Talib (bapa Ali a.s) adalah di
kalangan keluarga Allah yang dimaksudkan oleh bait-bait tersebut.
[309] Abd al-Muttaib mengakui ada pusingan dan pengulangan di dalam
penciptaan Allah.
[310] Keseluruhannya
[311] Beribadat secara zahir
[312] Beribadat secara zahir dan batin
[313] Ibadatnya tidak secara merdeka.
[314] Orang yang tidak dapat dilihat dengan mata biasa di dalam keadaan
tertentu kerana hijab yang digunakannya.
[315] Namnya yang sebenar adalah Abu Ali al-Kufi, tetapi al-Baqir a.s
telah memanggilnya dengan al-Duwwaal.
[316] Selepas azab neraka.
[317] Surah al-Baqarah (2): 30
[318] Talhah dan al-Zubair
[319] ‘Aisyah
[320] Pernah menjadi sahabatnya sebelum dia diubah rupa menjadi seekor
lembu jantan. Buktinya satu alat untuk menggulung benang terdapat di antara
kulit dan dagingnya.
[321] Surah Qaaf (50): 41-44
[322] Makna penderhakaan kepada dua ibu bapa, Nabi dan para iman a.s.
Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: “Aku dan anda adalah dua bapa umat
ini (ana wa anta abawaa hadhi-hi
al-Ummati), maka Allah melaknati mereka yang menderhakai kami (fa-la‘ana-llahu man ‘aqqanaa),
katakanlah: Amin, maka aku berkata: Amin. Kemudin baginda s.a.w bersabda lagi:
“Aku dan anda adalah dua tuan umat ini (ana
wa anta maulayaa ha-dhi-hi al-Ummati), maka Allah melaknati mereka yang
melarikan diri daripada kami (fa-la‘anallhu
man abiqa ‘annaa). Maka katakanlah: Amin, maka aku berkata: Amin. Kemudian
baginda s.a.w bersabda lagi: Aku dan anda adalah dua pengembala umat ini (ana wa anta raa‘iyaa hadhi-hi al-Ummati),
maka Allah melaknati mereka yang tersesat daripada kami (fa-la ‘anallahu man dhalla ‘annaa). Katakanlah: Amin, maka aku
berkata: Amin”. Al-Saduq, Ma‘aani
al-Akhbaar, bab “ma‘na ‘uquuq
al-Waalidaini” hlm 118.
[323] Surah al-Qamar (54): 7
[324] Surah al-Qamar (54): 7-8
[325] Surah al-Naml (27): 82-84
[326] Surah Taahaa (20): 112
[327] Surah al-Anbiyaa’ (21): 94
[328] Surah al-Syuuraa (42): 18
[329] Pada umumnya. Dan para imam a.s mendahului mereka.
[330] Yang tidak dipilih oleh Allah
[331] Hijab para imam a.s
[332] Surah al-Baqarah (2): 30
[333] Surah al-Rahmaan (55): 29
[334] Rujukan kepada ayat tersebut.
[335] Surah al-Baqarah (2): 30
[336] Adam umpamanya adalah hijab-Nya
yang pertama.
[337] Penentangan mereka kepada para imam a.s.
[338] Mengikut bilangan pengikut-pengikutnya yang membuat kesilapan yang
sama.
[339] Dijelmakan padanya
[340] Selepas dia enggan sujud kepada Adam
[341] Perubahan rupa
[342] Surah al-A‘raaf (7): 172
[343] Surah al-A‘raaf (7): 54
[344] Hak keluraga telah ditetapkan di dalam al-Qur’an.
[345] Hak kerabat telah galakkan di dalam al-Qur’an di atas budi bicara.
[346] Surah al-A‘raaf (7): 32
[347] Diterima taubatku
[348] Surah al-Najm (53): 32
[349] Surah al-Ghaasyiah (88): 3-4
[350] Surah al-Furqaan (25): 23
[351] Syeikh
al-Mufid, al-Ikhtisas, hlm.277.
“Wilayah Ali a.s” Imam Ja‘afar
al-Sadiq a.s berkata:
Wahai Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah
dengan tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an
yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan
dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati
Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan
wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan
dengan khudhu’ kepada Ali a.s,
kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak “melihat” Allah melainkan dengan mentaati kami.
[352] Dari segi campuran tanah, tetapi ia tidak sama kerana ia tidak
ditinggal atau dilakukan seperti tanah para imam a.s.
[353] Surah Yusuf (12): 79
[354] Surah al-Ankabut (29): 12
[355] Surah al-Nahl (16): 25
[356] Surah al-Furqaan (25): 70
[357] Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang mati kerana cintakan
keluarga Muhammad, maka dia mati syahid” “Siapa yang mati kerana cintakan
keluarga Muhammad, maka dia mati diampuni dosanya” dan “Mati sebagai seorang
yang bertaubat” Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf,
11, hlm 67.
[358] Surah al-Najm (53): 32
[359] Surah al-A‘raaf (7): 29-30
[360] Hadis-hadis kami
_________________________________________
______________________________
_________________________________________
BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1348 H.
Al-Bukhari, Sahih, Chicago, 1987
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1958.
____________,Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Hasan bin ‘Ali bin al-Husain bin Syu‘bah , Tuhaf al-‘Uqul
‘an Ali al-Rasul , al-Najaf , 1380 H.
Al-Kasyi, al-Rijal , Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abual-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo,1340 H
al-Kulaini , Usul al-Kafi , Beirut 1413 H
__________ , al-Raudhah min al-Kafi , Beirut, 1412
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1950.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1345 H.
____________,Fath al-Bari, Cairo, 1
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1412
Muslim, Sahih, Cairo, 1339H.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Baghdad,1958.
al-Nasa’i, al-Khasa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.
al-Saduq , al-Amali ,al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar ,al-Najaf , 1
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1963.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1956
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 13
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.
al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1957.______________________________
TAMMAT
Tidak ada komentar:
Posting Komentar