RENCANA

RENCANA
__________________________________________________________

Sembahyang Dhuha adalah haram?.

Fatwa ini adalah tidak sah kerana teks asalnya “Sembahyang Dhuha adalah bid‘ah”, bukan haram sebagaimana difatwakannya. Ia diubah begitu saja oleh tangan-tangan yang tidak ada amanah dari perkataan bid‘ah kepada perkataan haram tanpa tanggungjawab ilmiah. Bagimana para mufti dan Majlis Fatwa Malaysia (hormat kami kepada mereka) tidak mengkajinya dengan teliti sebelum ia difatwakan sehingga ia menjadi sebuah fatwa yang meletakkan Syiah di bawah enekmen Jenayah dan adakah ia semata-mata untuk mengenakan Syiah?.

Oleh itu sembahyang Dhuha menyalahi Sunnah Rasulullah (s.a.w) yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah, dia berkata: Sesungguhnya nabi (s.a.w) tidak pernah mengerjakan sembahyang Dhuha” (Ahmad, Musnad,vi, hlm.30). Abdullah bin Umar berkata: Sembahyang Dhuha adalah bid‘ah dari segala bid‘ah” (Ibid, 126). Justeri ia adalah bercanggah dengan Sunnah Rasulullah (s.a.w) walaupun ia menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.


Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.

(1) Ia bertepatan dengan firman-Nya  di dalam Surah al-Ma’idah (5):6 “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat, maka basuhlah wajahumu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan kedua kakimu sampai kedua mata kaki” (2) Menurut ilmu nahu Arab, huruf ‘ataf al-Wau adalah kepada ayat yang lebih dekat iaitu “sapulah kepalamu dan kakimu”. Justeru apabila kepala wajib disapu, maka kaki juga wajib disapu.(3)

Ia bukan ‘ataf (dan)kepada ayat yang lebih jauh iaitu “basuhlah wajahmu dan tanganmu” (4)Ini juga sebahagian pendapat para sahabat dan tabi‘i seperti Ibn ‘Abbas, Ikramah, Anas, Abu al-‘Aliyah dan lain-lain (Bidayah al-Mujtahid, I, hlm.6, Ahkam al-Qur’an, ii,hlm. 837). (4)Imam Ali Ridha as berkata bahawa tayammum itu dilakukan di tempat basuh iaitu muka dan tangan. Ini menunjukkan bahawa tempat yang wajib basuh adalah muka dan tangan sahaja sementara kepala dan kaki adalah tempat sapu bukan basuh.Justeru tayammumtidak dilakukan ke atas kepala dan kaki kerana kedua-duanya adalah tempat sapu (Amali al-Saduq, hlm.469) Justeru pegangan Ahli Sunnah menyalahi al-Qur'an.


Islam bukanlah syarat wajibnya haji.

Ia bertepatan dengan firman-Nya di dalam Surah Ali ‘Imran (3): 97 “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah” dan firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2):196 “Sempurnalah ibadat haji dan umrah kerana Allah”. Khitab di dalam ayat itu adalah kepada semua manusia kerana kebesaran Ka‘bah yang dijadikan kiblat. Dan ada juga pendapat yang mengatakan sembahyang dikhitabkan juga ke atas orang kafir. Justeru Fatwa no.20 (viii) tidak boleh menjadi fatwa yang sah kerana ia bercanggah dengan kehendak umum al-Qur’an walaupun ia menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.


Menambah syahadah seperti berikut:
Amir al-Mukminin haqqan
.
 

Sebenarnya Syahadah di dalam Syiah ada dua. Iaitu Allah dan Muhammad.Iaitu memadai untuk menjadi seorang Muslim dengan dua syahadah sahaja. Dengan melakukan sedemikian, darah, diri dan harta seseorang itu terpelihara. Ia ada kaitan dengan hadis Kudsi tentang kelebihan Ahlu l-Bait Rasulullah (s.a.w) antaranya: “Wasi-wasi engkau tertulis di di tepi ‘Arasy-Ku, lalu aku(Nabi s.a.w) melihat dan mendapati dua belas cahya”. Antaranya Ali as.

Nabi (s.a.w) bersabda “Aku telah menjadi nabi ketika Adam berada antara tanah dan air”. Sabdanya lagi: “Aku dan Ali adalah satu cahaya yang disebelah kanan Arasy sebelum Allah menjadikan Adam 114 ribu tahun, sebahagian kami dan sebahagian yang lain adalah Ali” (Musnad, bab kelebihan Ali,Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm.10)”. Adapun tambahan itu adalah tidak wajib. Ada lafaz yang lain disebut sebagai “Ali waliyullah dan Hujjatu llah”, tetapi ia bukan sebahagian daripada azan. Ahli Sunnah menambah perkataan al-Salatu khairun mina al-Naum dan membuang perkataan Hayya ‘Ala khairi al-‘Amal di dalam azan mereka (Umdah al-Qari, VII, 143).


Berpura-pura (al-Taqiyyah).

Perkataan taqiyyah adalah mengata atau melakukan sesuatu berlainan dari apa yang sebenarnya untuk mengilakkan kemudaratan terhadap diri, harta dan kehormatan diri. Dan jika dia tidak melakukannya akan mendatangkan madurat kepada dirinya. Rujukannya (a) firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 28 “Barangsiapa yang berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecualai kerana memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka

 (b) Firman-Nya di dalam Surah al-Nahl (16): 106 “Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman, kecuali orang yang dipaksa kafir pada hal hatinya tetap tenang dalam beriman, akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar

Sebab turun ayat ini dirujukkan kepada peristiwa yang berlaku kepada (c) ‘Ammar bin Yasir yang dipaksa oleh orang musyrikin supaya beliau mengatakan perkataan yang jahat kepada Rasulullah (s.a.w), lalu beliau melakukannya demi untuk mempertahankan dirinya. Beliau melakukannya untuk mempertahankan dirinya. Sebahagian daripada sahabat berkata: ‘Ammar telah kafir!Lalu (d)nabi (s.a.w) bersabda: “Tidak sekali-kali, sesungguhnya ‘Ammar diliputi iman dari kepala hingga ke kakinya” ‘Ammar datang kepada Rasulullah (s.aw) sambil menagis, menyesal di atas perbuatannya. Maka nabi (s.a.w) menyapu air matanya dan bersabda: Janganlah kamu menangis. Jika mereka paksa kamu melakukannya lagi, lakukanlah (al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, i, tt, 205)

(e)Ia dilakukan oleh ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah seperti Imam al-Ghazali di dalam bukunya Ahya’‘Ulum al-Din, iii, beliau menulis satu bab rakhsah melakukan pembohongan kerana menjaga diri seseorang itu adalah wajib. (f)Ia dilakukan oleh ulama Ahli Sunnah seperti Ahmad bin Hanbal apabila menghadapi peristiwa mihnah kerana beliau berpendapat bahawa al-Qur’an itu adalah qadim sementara pemerintah berpendapat al-Qur’an itu hadith. Justeru Fatwa no.20 (iii) adalah bercanggah dengan al-Qur’an, Sunnah nabi (s.a.w) dan sejarah Ahli Sunnah yang melakukan“berpura-pura” (al-Taqiyyah) di dalam hidup mereka.


Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (al-bada’)

          Fatwa ini adalah tidak sah kerana al-Bada’ semacam ini tidak dipercayai oleh Syiah sendiri. Ia datangnya dari mereka yang jahil tentang teologi Syiah. Sepatutnya ilmu manusialah yang berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepadanya dan bukan ilmu Allah. Kerana Allah adalah Yang Maha Mengetahui dan ilmu-Nya meliputi setiap sesuatu. Oleh itu bagaimana fatwa ini dikaitkan kepada Syiah?

          Perkataan al-Bada’ bererti kejelasan selepas ketersembunyian.Ia hanya berlaku kepada manusia dan bukan kepada Allah swt.Hal ini sering terjadi di dalam kehidupan manusia. Firman-Nya di dalam Surah al-Zumar (39): 48 “Dan telah jelas (bada) bagi mereka kejahatan apa yang mereka telah kerjakan dan mereka diliputi oleh apa yang dahulu mereka selalu memperolok-olokkannya

Pengertian al-bada’ sedemikian adalah untuk manusia dan ia tidak boleh dikaitkan dengan Allah swt sama sekali. Oleh itu “Ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia” seperti di dalam fatwa itu ditolak oleh Syiah kerana ia membawa kepada kekafiran. Adakah tujuan fatwa ini dibuat untuk mendedahkan kepada masyarakat Sunni di Malaysia bahawa Syiah adalah kafir dengan kepercayaan ini? Jika pengertian al-Bada’menurut Syiah tidak difahami, kenapa fatwa ini dibuat untuk menghukum mereka dan di manakah kejujuran? Justeru Ahli Sunnah tidak memahami apa yang dimaksudkan denganal-Bada’ yang digunakan oleh Syiah. Soalannya: Kenapa ia difatwakan sedemikian?

Kerana Ahli Sunnah mengguna perkataan mahwi wa ithbat (penghapusan dan penetapan) sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Ra‘d (13): 39 “Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya Ummu al-Kitab (Lauh Mahfuz)” Sementara Syiah mengguna perkataan al-Bada’. Oleh itu menuduh Syiah sebagai mengamalkan al-Bada’sehingga mengaitkan Allah dengan kejahilan adalah ditolak sama sekali sebagaimana di dalam fatwa itu. Imam Ja‘far al-Sadiq as berkata: al-Bada’ apabila dikaitkan dengan Allah maka ia bermakna al-Ibda’. Iaitu Dialah yang menjelaskan (abda) sesuatu setelah ia tersembunyi dari makhluk. Di dalam penjelasan yang lain Ahli Sunnah tidak mengguna perkataan al-bada’, tetapi mereka mengguna perkataan Qadha’ Mu‘allaq. Iaitu takdir yang boleh diubah oleh manusia dengan doa, dan ikhtiyar. Sementara Qadha’ Mubram adalahQadha’ yang mana takdirnya telah ditetapkan di Umm al-Kitab.Ia tidak boleh diubah dengan doa dan ikhtiar.

Justeru takdir Tuhan di peringkat al-bada atau Qadha’ Mu‘allaq boleh diubah dengan doa dan amal yang baik sementara takdir di Umm al-Kitab adalah takdir yang tidak boleh diubah. Sementara takdir di peringkat mahwi wa ithbat (penghapusan dan penetapan) sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Ra‘d (13): 39 “Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya Ummu al-Kitab (Lauh Mahfuz)”, maka ia masih boleh diubah dan inilah peranan al-Bada’. Iaitu perkara yang masih belum jelas (al-Bada’) kepada manusia tetapi ia sudah jelas (al-Ibda’) kepada Allah. Hanya Allah yang boleh menghapuskannya atau menetapkannya. Dan di sinilah terletaknya ikhtiar manusia dengan berbagai cara.

Contohnya(1)Surah al-Ra‘d (13):11 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” Iaitu jika manusia dapat mengubah keadaan dirinya, maka Allah akan mengubah nasibnya. Maka di dalam keadaan sedemikian manusia di dalam al-Bada’ (belum jelas), tetapi perkara itu sudah jelas (abda-ibda’) di sisi Allah. Peluang untuk memperbaiki diri masih ada kerana ia bukanlah di peringkat Umm al-Kitab.

(3)Firman-Nya Surah Ibrahim(14): 7 “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat” Begitu juga Allah mensyaratkan kesyukuran manusia kepada nikmat-Nya supaya Dia menambahkan rezeki untuknya. Oleh itu keadaan manusia di kala itu adalah di peringkat al-Bada’ (belum jelas) sehingga dia menambahkan kesyukurannya untuk penambahan rezekinya. Lantaran itu takdir tidak mendominasi kekuasaan-Nya di peringkat  lauh  mahwi wa ithbat atau al-Bada’. Tidak ada yang boleh mengubah takdir Tuhan melainkan dengan amalan yang baik sehingga Dia memasukkannya ke syurga atau dengan amalan yang jahat sehingga Dia memasukkannya ke neraka. Justeru itu Fatwa no.20 (vii) hendaklah dimansuhkan

Menziarahi kubur Saidina Husain. Ganjaran Syurga

Menzirahi kubur orang yang soleh dilakukan oleh Ahli Sunnah al-Asya ‘irah dari masa ke semasa khususnya di Alam Melayu untuk mendapatkan barkat. Ia adalah digalakan untuk mendapat pahala. Apatah lagi kubur keluarga Rasulullah (s.a.w). Tidakkah Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Aku adalah daripada Husain dan Husain adalah daripadaku?” Tidakkah Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Husain adalah ketua pemuda syurga?” Tidakkah Rasulullah (s.a.w) bersabda: Sesiapa yang menziarahi aku pada masa matiku adalah seperti dia menziarahi aku semasa hidupku”?

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar selalu menziarahi kesan-kesan sejarah Rasulullah (s.aw). Ibn al-Athir berkata: Ibn Umar banyak menjijaki kesan sejarah Rasulullah (s.a.w) beliau menziarahi rumahnya dan bersembahyang di tempat Rasulullah (sa.w) sembahyang sehingga di bawah pohon” (Usd al-Ghabah,iii, 34). Sekiranya perbuatan Ibn Umar ini tidak harus, nescaya para sahabat menegahnya. Hanya Wahabi yang anti ziarah kubur kerana ziarah kubur, bagi mereka, adalah syirik. Adakah Wahabi Melayu tidak menziarahi kubur ibu bapa mereka?

Satu fahaman yang aneh kerana tidak ada kaitan psaikologi dengan mereka yang telah meninggal. Lantaran itu Wahabi menghadapi tekanan jiwa tentang ziarah kubur. Justeru pembongkaran kubur sahabat Rasulullah (s.a.w) bernama Hujur Bin ‘Adi di Syria (Farsnews4/5/2013), pembakaran kubur sahabat Rasulullah (s.a.w) bernama Ja‘far al-Tayyar di Jordan (Farsnews 4/5/2013, memakan hati tentera Syria (al-‘Alamnews 18/5/2013) dan pemusnahan kubur nabi Ibrahim as di al-Riqqah, Syria dilakukan oleh Wahabi (al-‘Alamnews30/5/2013). Justeru Fatwa no.20 (i) adalah bercanggah dengan Sunnah Rasulullah (s.a.w) yang mahu beliau diziarahi selepas kewafatannya dan ia bercanggah dengan naluri manusia terhadap orang yang dicintainya selepas kematiannya.


8.  Menyeksa tubuh badan sempena sepuluh Muharram

Memperingati sepuluh Muharram adalah menjadi budaya orang Melayu sejak abad ke 3 Hijrah apabila kerajaan Islam Perlak yang bermazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah ditubuhkan pada 255H. Hanya cara pengamalannya yang berbeza.

Para marja‘ Syiah tidak bersetuju jika ia dilakukan secara yang menyakitkan tubuh badan. Ia hendaklah dilakukan secara sederhana. Sebab-sebab mereka melakukan sedemikian:

1.Mengenang peristiwa yang menyedihkan bahawa cucu Rasulullah Husain bin Ali  as  dan keluarganya daripada Ahlu l-Bait Rasul (s.a.w) dibunuh oleh tentera Yazid pada tahun 62 Hijrah secara zalim.

2.Husain bin Ali adalah ketua pemuda syurga. Semantara Yazid adalah pendusta dan pengkhianat.

3.Umat Islam sanggup membunuh cucu Rasulullah (s.a.w) kerana ganjaran dunia.

4. Ubaidillah bin Ziyad adalah sahabat yang sanggup membunuh keluarga Rasulullah (s.a.w) apabila dia dijanjikan dengan ganjaran yang besar oleh Yazid bin Mu‘awiyah.

5. Peristiwa Karbala’ adalah peristiwa yang membangkitkan jiwa raga Muslim untuk berjuang menentang kezaliman di mana-mana di dunia ini.

6. Peristiwa Karbala’ membuka pertalian rohani dengan Imam Husain as. Ini bererti membuka pertalian kerohanian dengan datuknya Rasulullah (s.a.w).

7. Mereka melakukan sedemikian kerana dendam kepada Ali as kerana membunuh bapa-bapa mereka di peperangan Badar dan Hunain

8. Musuh-musuh Husain as sekarang yang terdiri daripada golongan Wahabi- Takfiri- sanggup melakukan apa saja bagi menentang Syiah Imam Husian as.

          Mengenai penyeksaan tubuh badan, perkara yang sama dilakukan oleh golongan Kurdi yang bermazhab Sunni Syafi‘i pada hari kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) dengan menyeksa tubuh badan mereka untuk mendapat ganjaran syurga seperti dilakukan oleh masyarakat Hindu di bati Caves (National Geography panorama). Kami mohon penjelasn dari JAIS atau JAKIM sama ada perbuatan mereka sedemikian dikira menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah ataupun tidak kerana mereka adalah Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah. Oleh itu konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dari semua sudut di Malaysia. Lantaran itu fatwa no.20 (ii) ini wajib dimansuhkan sebagai menghormati cucu Rasulullah (s.a.w) dan ia bercanggah dengan roh jihad Imam Husain bin Ali as.


9.  Kemunculan semula imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan (al-Raj ‘ah)

Perkataan al-Raj‘ah bererti kembali. Iaitu Allah mengembalikan orang yang telah mati ke dunia di dalam bentuk mereka yang asal dan mereka terbahagi dua bahagaian: Mereka yang mempunyai keimanan yang tinggi di dalam hidupnya dan kedua orang yang mempunyai kekafiran yang tinggi di dalam hidupnya. Kemudian Allah mengasingkan mereka yang benar daripada mereka yang kafir. Orang yang dizalimi daripada orang yang zalim. Ini akan berlaku manakala datangnya Imam Mahdi as. Kemudian mereka mati. Ali as berkata bahawa al-Raj‘ah adalah ilmu khas. (al-Raj‘ah, al-Majma‘ al-‘Ilm li-Ahli l-Bait, hlm.11). Dipeturunkan ayat-ayat yang menunjukkan al-Raj‘ah seperti berikut:

1.Allah berfirman di dalam Surah al-Naml (27):83 “Dan (ingatlah) pada hari Kami mengumpulkan dari setiap umat, sekumpulan  orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, lalu mereka dibagi-bagi (dalam kelompak)”

2. Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 28 “Bagaimana kamu ingkar kepada Allah, pada hal kamu (tadinya) mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kembali. Kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan

Di dalam ayat di atas Allah menyebut dua kehidupan di dunia dan selepas kedua-duanya kembali kepada-Nya. Justeru itu ia adalah al-Raj‘ah.

3. Allah berfirman di dalam Surah al-Mukmin (40 ): 11 “Mereka menjawab, “Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali (pula) lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka?” Justeru kehidupan kedua itu adalah al-Raj‘ah. Oleh itu Fatwa no.20 (ii) itu adalah bercanggah dengan al-Qur’an walaupun ia menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.


10.  Imam adalah Maksum   

Pengertian “Maksum” menurut Kamus Dewan adalah terpelihara dari (dosa) dan tidak tercela (hlm. 848 Kuala Lumpur, 1984).Syeikh al-Mufid telah memberi definisi ‘ismah(kemaksuman) sebagai suatu kurniaan yang halus (lutfun) yang diberikan oleh Allah kepada seorang mukallaf di mana ia dapat mencegah berlakunya maksiat dan meninggalkan ketaatan walaupun dia mampu melakukannya” (al-Nakt al-‘Itiqadiyyah, oleh Syeikh al-Mufid 10: hlm.37. Al-Tusi berkata: ‘ismah adalah suatu kekuatan jiwa (al-Malakah al-Nafsiyyah) yang berlaku kepada para nabi dan para imam as.

Ia adalah sebuah kekuatan akal (al-Quwwah al-‘Aqliyyah) dan kekuatan jiwa yang berlaku pada seorang maksum sama ada dari sebab-sebab pilihannya sendiri ataupun tidak ” (Talkhis al-Syafi oleh Syeikh al-Tusi 1, hlm 71). Sayyid al-Murtadha berkata: ‘Ismah adalah suatu kurniaan yang halus (lutfun) yang diberikan oleh Allah kepada mukallaf. Justeru seorang hamba itu boleh membuat pilihan dari melakukan perbuatan yang buruk (al-Qabih) (al-Rasai’il oleh Sayyid al-Murtadha,iii, hlm 325). Sementara Syeikh al-Muzaffar berkata:‘Ismah adalah suatu pembersihan dari dosa-dosa dan maksiat kecil dan besarnya dan dari kesalahan dan kelalaian.(‘Aqaid al-Imamiyyah oleh Syeikh al-Muzaffar,hlm 45, Najaf 1988).

          Syiah Imamiah Ja‘fariyyah mempercayai bahawa kemaksuman (‘Ismah) adalah perkara yang mesti bagi para nabi dan para imam as.Iaitu maksum dari dosa dan bersih dari kesalahan dan kelalaian yang tidak ditutupi oleh kejahilan dan kelalaian. Dia adalah manusia yang sempurna (insan kamil) yang dapat menguasai kecenderungan jiwa semenjak ia dilahirkan sehingga kewafatannya. Justeru dia adalah maksum pada ‘itiqadnya (keprcayaannya), perbuatan agamanya dan di dalam penyampaian hukum-hukum syarak dan betul (mustaqim) pada tabi’atnya. Kerana jawatan (mansabImamah tidak dapat dicapai oleh mereka yang zalim. FirmanNya di dalam Surah al-Baqarah (2):124 “Janji-Ku tidak akan berlaku bagi mereka mereka yang zalim” Justeru jawatan imamah adalah pilihan Allah swt melalui nabiNya.

Keperluan kemaksuman (‘Ismah) di dalam Imamah Kerana Keperluan ImamahSelepas Kenabian.

i.Kemaksuman para imam 12 Syiah adalah kemaksuman Ahlu l-Bait nabi saw itu sendiri. Kerana mereka sebelum dinaskan sebagai Imam, maka mereka adalah Ahlu l-Bait nabi saw yang disucikan di dalam Surah al-Ahzab (33):33.

2.Justeru sebarang penentangan kepada kemaksuman mereka adalah penentangan kepada al-Qur’an dan Sunnah nabi saw itu sendiri.


Dalil-dalil dari Al-Qur’an tentang kemaksuman para nabi AS:

(1). Allah swt telah berfirman bahawa mereka yang tidak akan disesatkan oleh syaitan dengan perkataan Mukhlasin. Dia berfirman di dalam Surah al-Sad (38):82-83 “(Iblis)menjawabDemi kemuliaan-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hamba-Mu yang  mukhlasin (terpilih atau yang disucikan) di antara mereka” JusteruMukhlasin adalah mutahharin atau ma‘sumin di mana syaitan akan kecewa untuk menyesatkan mereka.

(2). Firman-Nya di dalam Surah al-Sad (38): 45-46 “Dan ingatlah hamba-hamba Kami: Ibrahim, Ishak dan Ya‘kub yang mempunyai kekuatan yang besar dan imu-ilmu (yang tinggi). Sesuunguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan sebenarnya (akhlasna-hum bi-khalisatin) dan mereka selalu (mengingatkan manusia) kepada negeri akhirat” Perkataan “akhlasna bi-khalisatin bererti kemaksuman mereka.

(3).Firman-Nya di dalam Surah Maryam (19): 51 “Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Musa di dalam Kitab (al-Qur’an). Dia benar-benar orang yang disucikan (mukhlasan).Perkataan ‘Muhklasan” bererti ma‘suman atau mutahharan.

(4).Firman-Nya di dalam Surah Yusuf (12): 24 “Demikianlah, Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sesungguhnya , dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih (al-Mukhlasin)

(5). Firman-Nya di dalam Surah al-Nisa’ (4): 64 “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah” Para rasul wajib ditaati dengan izin Allah.

(6) Firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 124 “Sesungguhnya janji-Ku tidak berlaku kepada kepada mereka yang zalim”. Allah telah menentukan jawatan ketuhanan itu tidak berlaku kepada mereka yang zalim.

Adapun peristiwa yang berlaku kepada Adam as adalah di alam lain.Firman-Nya di dalam Surah Taha (20): 121 “dan telah durhakalah Adam kepada Tuhannya dan sesatlah dia” Imam Ali al-Ridha as apabila ditanya tentang ayat ini berkata: Hati-hati jangan mentafsirkan ayat menurut pendapat anda, kerana Allah swt berfirman di dalam Surah Ali ‘Imran (3): 7 “dan tidak mengetahui takwilnya melainkan Allah dan mereka yang mempunyai ilmu yang mendalam” (al-‘Ismah, Majma’ Ahl al-Bait, Tehran, 1427 H, hlm.25)

Allah swt telah menciptakan Adam as sebagai hujjah dan Khalifah-Nya di bumi. Maka “maksiat” yang dilakukan Adam as adalah di “syurga” (alam yang lain) dan bukan di bumi. Lantaran itu kemaksumannya adalah di bumi bagi menjalankan perintah Allah dan apabila dia diturunkan ke bumi, maka dia dijadikan hujjah dan Khalifah yang terpelihara (maksum) sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ali ‘Imran (3):33 “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imaran melebihi segala umat”.

Dan bukan semua perkataan taubat dan pecahannya (Taba-matab) yang ada di dalam al-Qur’an bererti membuat dosa seperti Firman-Nya Surah al-Ra‘d (13): 30 “hanya kepadaNya tempat kembali (ilai-hi matab)” dan firman-Nya Surah al-Baqarah (2): 187 “Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan diri sendiri, tetapi Dia menerima taubatmu (fa-taba‘alai-kum) dan memaafkan kamu” iaitu dari haram kepada harus.

Dalil-dalil kemaksuman para rasul as adalah juga dalil-dalil kemaksuman para Imam Syiah Imamiah (12)kerana mereka adalah Ahlu l-Bait nabi saw yang disucikan dan para wasi nabi Muhammad saw yang dinaskan yang bermula dengan Imam Ali as.

          Dalil-dalil dari al-Qur’an dan Hadis tentang kemaksuman para Imam as adalah seperti berikut:

1. Ayat al-Tathir.

Allah berfirman dalam Surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya”.

Penggunaan dhamir tazkir “kum” mengeluarkan para isterinya dari ayat tersebut. Kerana Allah swt telah mengancam mereka sebelum ayat Tathir dalam Surah al-Ahzab (33): 28-30) dan di dalam Surah al-Tahrim (66):4-5.

Sebab turunya ayat al-Tatahir (33):33

Rasulullah saw telah memanggil Hasan, Husain Fatimah dan Ali  kemudian memasukkan mereka di bawah al-Kisa’  (kain selimut al-Yamani). Kemudian membaca ayat al-Tathir (33:33)” “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya”.(Sila lihat umpamanya al-Suyuti, al-Durr al-Manthur dan lain-lain). Peristiwa ini dikenali dengan Hadis al-Kisa’. Ini bererti mereka disucikan dengan ayat tersebut.Justeru Imam Ali, Imam Hasan dan Imam Husain as adalah para Imam Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah yang disucikan daripada Ahlu l-Bait Rasulullah (s.a.w.


2. Ayat al-Mubahalah.

Allah berfirman di dalam Surah Ali Imran (3): 61)"Sesiapa yang membantahmu mengenai (kisah'Isa) sesudah datang ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."

          Semua ulama Tafsir Sunnah dan Syi'ah bersepakat bahawa ayat al-Mubahalahditurunkan kepada lima manusia suci; Muhammad, 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Di sana terdapat para sahabat lelaki tetapi beliau tidak memanggil seorang pun daripada mereka selain daripada 'Ali, Hasan dan Husain. Kemudian di sana juga terdapat Ummahat al-Mukminin dan wanita-wanita Bani Hasyim, tetapi beliau tidak memanggil seorangpun daripada mereka selain daripada anak kandungnya Fatimah al-Zahra' as.

Satu hakikat yang tidak dapat disembunyikan bahawa maksud Anfusa-na (diri kami) di sini ialah saudara Rasulullah saw yang kedudukannya di sisi Rasulullah saw samalah dengan kedudukan Harun di sisi Musa. Beliau ialah Imam Amiru l-Mukiminin 'Ali as kerana Allah menjadikannya ('Ali as) di dalam ayat ini nafs Muhammad saw (diri Muhammad itu sendiri).

Ini adalah keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah swt kepada mereka dan tidak ada orang lain selain daripada mereka dari umat ini. Ibn Hajr telah menyebutkannya di dalam al-Sawa'iq al-Muhriqah di dalam bab kesebelas riwayat daripada al-Dar al-Qutni bahawa 'Ali di majlis Syura ('Umar) telah berhujah dengan menyatakan: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian seorang yang lebih hampir kepada Rasulullah dari segi kekeluargaan selain daripadaku? Dan siapakah yang telah dijadikan dirinya oleh beliau seperti dirinya sendiri? Anak-anaknya seperti anak-anaknya dan wanita-wanitanya seperti wanita-wanitanya selain daripadaku? Mereka menjawab: Allahuma la. Wahai Tuhanku! Tidak ada seorang pun selain daripada anda sekeluarga. Seorang penyair yang memuji Imam 'Ali AS mengemukakan syairnya:

       Dia di dalam ayat al-Tabahul adalah diri Nabi sendiri
Tiada selain daripadanya ('Ali) yang dimaksudkan dengannya (al-Tabarsi, al-Ihtijaj, ii, hlm 202).
          Kemudian hadis al-Mubahalah adalah masyhur dan disebutkan oleh Ahli Tafsir, Hadis dan Sirah. Mereka menulis peristiwa itu pada tahun kesepuluh Hijrah iaitu tahun Mubahalah. Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Ghaib (iii, hlm.20) berkata: Ketahuilah, sesungguhnya riwayat ini adalah seperti disepakati kesahihannya di kalangan Ahli-ahli Tafsir, Hadis dan lain-lain.

1. Tidak seorangpun di kalangan wanita dijemput untuk melakukan Mubahalah selain daripada anak perempuannya Fatimah al-Zahra’. Dialah “penghulu wanita syurga” dan isteri Ali bin Abi Talib, Imam Syiah pertama. Dia adalah ibu dan nenek kepada sebelas para Imam Syiah imamiah (Ja‘fari) yang disucikan.

2.Para isterinya tidak dijemput. Ini menunjukkan mereka bukanlah daripada keluarganya (Ahlu l-Baitnya ) dari segi istilah. Dan mereka tidak disucikan.

3. Tidak seorangpun di kalangan “anak-anak kami” dijemput selain daripada Hasan dan Husain. Mereka berdua adalah Imam kedua dan Imam ketiga Syiah dan maksum daripada Ahlu l-Bait nabi saw. Dan kedua-duanya adalah “ketua pemuda syurga”. Ini menunjukkan kemaksuman mereka berdua.

4. Tidak seorangpun yang dijemput di kalangan” jiwa kami” selain daripada Ali as, dialah yang disabdakan oleh nabi saw “Aku daripada anda dan anda daripadaku” iaitu jiwa yang sama, setara dengan jiwa nabi saw. Tidak ada seorang sahabat pun yang mempunyai jiwa yang setara dengan jiwa nabi saw selain daripada Ali as. “Kedudukannya dengan nabi saw seperti kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku” Kedudukan Ali as di sisi nabi saw adalah setara dengan kedudukan nabi Harun as di sisi Musa as, nabi Harun adalah seorang nabi dan rasul. Maka dialah Imam Syiah yang pertama dan maksum kerana disucikan oleh Allah dan dijamin oleh Rasul-Nya.

5. Semua para sahabat nabi tidak dijemput.Ini menunjukkan mereka bukanlah daripada keluarganya dan mereka tidak disucikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kedudukan mereka adalah selepas Ahlu l-Bait nabi saw.

6. Ini menunjukkan kelebihan Ahlu l-Bait nabi saw yang disucikan ke atas para sahabat yang tidak disucikan.

7. Ahlu l-Bait nabi saw tidak boleh dibandingkan dengan sahabat nabi saw kerana mereka tidak disucikan.

8. Setiap Muslim sama ada sahabat atau bukan sahabat yang bersalawat di dalam sembahyangnya, mesti menyebut Ali Muhammad (keluarga Muhammad saw). Jika tidak hukum sembahyangnya tidak sah.

Justeru kemaksuman Iman 12 adalah akidah al-Qur’an dan akidah Sunnah nabi saw itu sendiri.Biarpun ia tidak menjadi akidah Ahli Sunnah wal-Jama‘ah.


3. Ayat al-Imamah (2:124)

Surah al-Baqarah (2): 124 “Dan (ingatlah) ketika Ibrahim diuji Tuhan-Nya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim berkata: “(Dan saya mohon juga) dari keturunanku” Allah berfirman: Janji-Ku ini tidak mengenai mereka yang zalim”.

Ayat ini mempunyai dua istinbat. Pertama: Memberi isyarat bahawa imamah adalah melalui nas. Kedua: Kemaksuman (‘ismah) adalah menjadi syarat pada seorang Imam sebagai wasi(pengganti)nabi saw kerana seorang wasi adalah untuk meneruskan tugasan kenabian sekalipun dia bukanlah nabi.

1. Imamah tidak berlaku melainkan dengan nas kerana imamah adalah janji (‘ahdun) daripada Allah sebagaimana di dalam ayat tersebut. Janji ini tidak diberikan melainkan dari pihak Allah mengikut kehendak-Nya. Justeru tidak ada seorang yang boleh menuntutnya untuk mencapainya kerana ia bukanlah melalui kuasa manusia dan pilihannya.

Justeru ia adalah jawatan ketuhanan (mansab ilahi) khusus bagiNya. Tidak ada seorangpun yang berkongsi untuk menentukannya. Lantaran itu nama-nama yang diciptakan oleh manusia seperti syura, pilihan, baiah, janji atau warisan tidak boleh menepati jawatanimamah yang dikehendaki oleh Allah swt sebagaimana dijelaskan di dalam ayat tersebut.Nabi (s.a.w) telah melantik Ali as di Ghadir Khom “Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya”. Dihadapan 100 ribu para sahabatnya. Dan 110 para sahabat telah memberi pengakuan ini.

2. Allah telah menjelaskan bahawa jawatan imamah hanya kepada maksum. Syarat ini telah ditetapkan oleh Allah iaitu Dia tidak akan memilih orang yang zalim untuk jawatan imamah. Justeru jika seorang mendakwa imamah dan merancang untuk dirinya dalam bentuk yang baru dan melampaui nas tersebut, maka dia pasti adalah seorang yang zalim.

Al-Allamah al-Tabataba’i berkata: Imam wajib maksum dari kesesatan dan maksiat. Jika tidak, dia bukanlah seorang Imam yang boleh memberi petunjuk. Dia berhujah dengan firmanNya dalam Surah al-Anbiya’ (21): 73” Dan Kami menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin (a’immatan) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami (bi-Amri-na) dan Kami wahyukan kepada mereka supaya membuat kebaikan, melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami mereka menyembah” 

Ayat ini juga menunjukkan kemaksuman Imam kerana Imam yang tidak maksum tidak boleh memberi petunjuk kepada kebenaran (al-Haq). Kemudian beliau berkata: Manusia dari segi pembahagian akal kepada empat bahagian:

Bahagian1.Orang yang zalim sepanjang hidupnya
Bahagian 2. Orang yang tidak zalim sepanjang hidupnya.
Bahagian 3.Orang yang zalim pada awal hidupnya
Bahagian 4.Orang yang zalim pada akhir hidupnya.

Nabi Ibrahim as tidak meminta bahagian pertama dan bahagian terakhir daripada zuriatnya untuk menjadi Imam. Maka tinggal dua bahagian di mana Allah telah menolak salah satu daripadanya; orang yang zalim pada awal hidupnya. Justeru orang yang tidak zalim sepanjang hidupnya menjadi pilihan.(Tafsir al-Mizan,i, hlm.276,Tehran 1397).


4. Hadis Al-Thaqalaini.

Nabi (s.a.w) bersabda: “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka aku akan menyahutinya, dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-thaqalaini (dua perkara yang berharga-penyelamat); Kitab Allah merupakan tali Allah (hablu llah) daripada langit ke bumi dan keluargaku Ahli Baiti (‘itrati ahli baiti). Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak telah berfirman kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah (lan yaftariqaa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di kolamku (haudhi). Justeru kalian perhatikanlah bagaimana kalian menggantikan aku (mentaati aku) pada kedua-duanya” (Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, iii,17, 26, 96). Hadis ini menunjukkan Imamah Dan Kemaksuman Ahlu l-Bait Nabi saw:

Nabi (s.a.w) telah memerintahkan umat Islam selepasnya supaya berpegang kepada al-Qur’an dan Ahlu l-Baitnya kerana berpegang kepada kedua-duanya akan mewarisi kejayaan dan mencegah umat dari kesesatan dan mendorong umat manusia ke pada hidayah. Ini disokong oleh hadis nabi saw: “maka janganlah kalian mendahului kedua-duanya (al-Qur’an dan Ahlu l-Bait nabi saw), nescaya kalian akan binasa sebagaimana juga dengan hadis “Janganlah kalian mengabaikannya, maka kalian akan binasa”. Lantaran itu:

i. Perintah nabi saw adalah supaya berpegang kepada kedua-duanya sekali. Kerana al-Qur’an menjaga sesiapa yang berpegang kepadanya.

ii. Nabi (s.a.w) telah mengiringi Ahlu l-Baitnya dengan al-Qur’an dan telah menjadikan kedua-duanya di landasan yang sama.

iii. Kejayaan mestilah bersama kedua-duanya.

IV. Justeru berpegang kepada al-Qur’an sahaja adalah tidak cukup sebagaimana berpegang kepada Ahlu l-Baitnya sahaja tidak cukup. 

V. Lantaran itu al-Qur’an adalah maksum dan para Imam as (Imam 12) adalah maksum.

VI. Jika terdapat di dalam al-Qur’an kesamaran, nescaya Allah tidak meminta umat manusia berpegang kepadanya. Begitu juga Ahlu l-Baitnya adalah maksum. Ini bererti berpegang kepada kedua-duanya dan mentaati kedua-duanya secara mutlak. Kerana kedua-duanya adalah maksum dan wajib ditaati secara langsung.

vii. Jika Imam melakukan kesalahan atau dosa, nescaya nabi saw telah memerintahkan supaya  mengikuti kesalahan dan dosa. Dan ini adalah mustahil ke atas nabi saw kerana nabi (s.a.w) tidak bercakap dengan hawa nafsu, malah apa yang diucapkan itu adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

viii. Sabda nabi saw bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah (lan yaftariqaa) bererti kemaksuman kedua-duanya adalah berterusan. Lantaran itu setiap zaman tidak sunyi daripada Imam maksum, maka kedua-duanya tidak akan berpisah.Justeru bumi tidak sunyi daripada Hujjah (Imam) kerana kami percaya bahawa al-Qur’an adalah kekal dan berterusan hingga hari Kiamat.

ix.Nabi saw telah menyifatkan Ahlu l-Baitnya sebagai thiqal (berharga) menunjukkan kebesaran mereka dan kemaksuman mereka bukan sekadar menyebutkan mereka sahaja. Berpegang dengan al-Qur’an adalah mengambil pengajaran dan hukum-hukum darinya bukan menyalahinya dan berpegang dengan Ahlu l-Bait as adalah mengambil hukum-hukum daripada mereka dan penjelasan tentang al-Qur’an al-Karim bukan menyesatkan mereka dan para pengikut mereka pula.

Justeru Fatwa no.20(i) Imam maksum adalah bertepatan dengan al-Qur’an dan Sunnah nabi (s.a.w) walaupun ia menyeleweng daripada pegangan/fahaman Ahli Sunnah wal-Jama‘ah yang menolak Imam dari Ahlu l-Bait Rasulullah sebagai Imam yang maksum atau disucikan (Surah (33):33 dan Hadis Thaqalaini.
                     

11.  Nama-nama Imam 12 menurut Hadis Nabi Saw.

Di dalam Yanabi' al-Mawaddah bab 76 (hlm.441-444) daripada Jabir al-Ansari berkata: Jundal bin Janadah berjumpa Rasulullah dan bertanya kepada beliau beberapa masalah. Kemudian dia berkata: Beritahukan kepadaku wahai Rasulullah tentang wasi-wasi anda selepas anda supaya aku berpegang kepada mereka. Beliau menjawab: Wasi-wasiku dua belas orang.

Lalu Jundal berkata: Begitulah kami dapati di dalam Taurat. Kemudian dia berkata: Namakan mereka kepadaku wahai Rasulullah. Maka beliau menjawab:"Pertamanya penghulu dan bapa kepada wasi-wasi adalah 'Ali. Kemudian dua anak lelakinya Hasan dan Husain. Justeru itu berpeganglah kepada mereka dan janganlah kejahilan orang-orang yang jahil itu memperdayakan anda. Kemudian 'Ali bin Husain Zaina l-Abidin Allah akan mematikan anda ('Ali bin Husain) dan menjadikan air susu sebagai bekalan terakhir di dunia ini."

Jundal berkata: Kami telah mendapatinya di dalam Taurat dan di dalam buku-buku para Nabi as seperti Iliya, Syibra dan Syabir. Maka ini adalah nama 'Ali, Hasan dan Husain, maka imam selepasnya dipanggil Zaina l-Abidin selepasnya anak lelakinya Muhammad, dipanggil al-Baqir. Selepasnya anak lelakinya Ja'far dipanggil al-Sadiq. Selepasnya anak lelakinya Musa dipanggil al-Kazim. Selepasnya anak lelakinya 'Ali dipanggil al-Ridha. Selepasnya anak lelakinya 'Ali dipanggil al-Naqiyy al-Hadi. Selepasnya anak lelakinya Hasan dipanggil al-Askari. Selepasnya anak lelakinya Muhammad dipanggil al-Mahdi al-Qa'im dan al-Hujjah.

Beliau ghaib dan akan keluar memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana ianya dipenuhi dengan kefasadan dan kezaliman. Alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bersabar semasa ghaibnya. Dan alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang bertakwa terhadap Hujjah mereka. Dan mereka itulah orang yang disifatkan oleh Allah di dalam firmanNya (Surah al-Baqarah(2): 2-3"Petunjuk bagi mereka yang bertakwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib."

Kemudian beliau membaca (Surah al-Mai'dah(5):56)"Sesungguhnya parti Allahlah yang pasti menang." Ini adalah jawapan kepada Fatwa no.20 (viii) Muhammad  Bin Hassan Al-Askari ialah Imam Mahdi Al-Muntazar, Fatwa no.20 (ii) Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk untuk memberi keadilan, Fatwa no.20 (vii) Imamah dan Khalifah daripada Rukun Islam dan ia melalui Nas dan Fatwa no.20 (vi) Kahlifah diwasiatkan secara nas. Hadis-hadis tersebut adalah bertepatan dengan Fatwa-Fatwa tersebut walaupun ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.         


12.  Kelebihan Imam Dua Belas AS.

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah telah melebihkan kedudukan para nabi daripada malaikat-Nya al-Muqarrabin dan melebihi aku di atas sekalian para nabi dan rasul. Dan kelebihan selepasku untuk kamu wahai Ali dan para imam selepas kamu kerana malaikat adalah khadam kita dan khadam mereka yang mencintai kita.” Sehingga baginda bersabda: “Bagaimana kita telah melebihi malaikat kerana kita melebihi mereka mengenali Tuhan kita, bertasbih dan bertahlil kepadanya” sehingga baginda bersabda: Kemudian sesungguhnya Allah telah menjadikan Adam, maka Allah telah meletakkan kita di hujung salbinya dan Dia memerintah sujud kepadanya kerana menghormatiNya. Dan sujud mereka itu adalah ibadat. Dan sujud mereka kepada Adam adalah untuk kemuliaan dan ketaatan kerana kita berada di salbinya. (Yanabi’ al-Mawaddah, bab 39).

Justeru Ahli Sunnah nabi (s.a.w) yang sebenar adalah dari darah dan daging Rasulullah. Mereka adalah para Imam Dua Belas dari Ahlu l-Bait Rasulullah (s.aw); Ali, Hasan, Husain, Ali Zainal ‘Abidin, Muhammad al-Baqir, Ja‘far al-Sadiq, Musa al-Kazim, Ali al-Ridha, Muhammad al-Jawad, Ali al-Hadi, Hasan al-Askar dan Muhammad al-Mahdi as. Kemudian para pengikut mereka (Syiah) yang mempertahankan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi (s.a.w) walaupun mereka menghadapi berbagai-bagai tekanan dan rintangan daripada pihak yang memusuhi mereka di sepanjang zaman. Kasih sayang Rasulullah (s.a.w) adalah umum kepada umatnya, tetapi kasih sayang beliau terhadap keluarganya adalah secara khusus. Justeru beliau bersabda: “Aku adalah daripada Ali dan Ali adalah daripadaku”. “Hasan dan al-Husain adalah daripadaku” “Fatimah adalah sebahagian daripadaku, maka sesiapa yang menyakitinya, dia menyakitiku” [Al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.196; Ibn Qutaibah,al-Imamah Wa al-Siyasah, I, hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh, I, hlm.159; al-Tabari, Tarikh, III, hlm.159].


Imam Menurut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah

Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah: Imam adalah tidak maksum:

i.  Ini bererti Imam adalah kebal di sisi hukum Allah dan Sunnah RasulNya. Dia boleh melakukan kesalahan yang bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah nabi saw. Kemudian ia menjadi ikutan Ahli Sunnah Wal-Jamaa‘ah bagi mendekati diri mereka kepada Allah swt.

ii. Imam wajib ditaati sekalipun bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah nabi saw.Sesiapa yang tidak mentaati hukumnya atau fatwanya yang bercanggah dengan al-Qur’an dan Sunnah nabi saw dikira sesat dan menyeleweng dari pegangan Ahli al-Sunnah Wal-Jama‘ah.Lalu dikenakan enekmen Jenayah.

iii. Jawatan imamah tidak ada kaitan dengan agama. Ia adalah jawatan politik. Sesiapa yang cepat dia dapat menjadi Imam.Justeru Ia menjadi barang rebutan kepada siapa yang berminat. Sesiapapun boleh merebut jawatan imamah sama ada dia seorang yang zalim pada awal hidupnya atau dia seorang yang zalim pada akhir hidupnya atau dia seorang yang zalim sepanjang hidupnya.Ia boleh dilakukan dengan rampasan kuasa secara halus (soft), dengan pemberontakan, tipu muslihat dan lain-lain. (Al-Ahkam al-Sultaniyah oleh al-Farra’, ii, hlm. 22-23)

iv. Ia bukan dari rukun Islam dan rukun Iman, tetapi ia mengatasi segala-galanya (al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah, hlm.10, al-Irsyad, hlm186,al-Iqtisad fi al ‘itiqad, hlm. 198, al-Tamhid, hlm. 186).

          Justeru akidah Imam selepas Rasulullah saw itu tidak maksum adalah  bercanggah dengan beberapa ayat al-Qur’an seperti berikut:

1. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah (2): 124 “Sesungguhnya aku menjadikan engkau Imam bagi manusia. Dia (Ibrahim) berkata: Semua zuriyatku? Dia berfirman: Janjiku tidak termasuk orang-orang yang zalim”.

2. Firman Allah dalam Surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya”.

3. Firman Allah  di dalam Surah Ali Imran (3): 61)"Sesiapa yang membantahmu mengenai (kisah'Isa) sesudah datang ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."

 Dan ia juga bercanggah dengan Sunnah nabi saw seperti berikut:

 “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka aku akan menyahutinya, dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-thaqalaini (dua perkara yang berharga-kejayaan); Kitab Allah merupakan tali Allah (hablu llah) daripada langit ke bumi dan keluargaku Ahli Baiti (‘itrati ahli baiti). Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak telah berfirman kepadaku (akhbarani) bahawa  esungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah (lan yaftariqaa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di kolamku (haudhi). Justeru kalian perhatikanlah bagaimana kalian menggantikan aku (mentaati aku) pada kedua-duanya” (al-Musnad oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal, iii, 17, 26, 96).

          Justeru ketiga-tiga ayat al-Qur’an dan sebuah hadis di atas menunjukkan kemaksuman Ahlu l-Bait nabi saw dan mereka diperakui oleh nabi saw sendiri.Justeru itu ia adalah bercanggah dengan Fatwa no. 20 (a.i) Imam adalah Maksum sebagai satu kesalahan di bawah enekmen Jenayah negeri Selangor. Merekalah 12 Imam Syiah daripada Ahlu l-Bait Rasulullah saw. Dari sudut akal yang sejahtera bahawa Imam maksum yang tidak menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi saw itu adalah lebih baik daripada Imam yang tidak maksum yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi saw, tetapi Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah memilih Imam yang tidak maksum sebagai panduan dan ikutan mereka.

____________________________________________


13. Khalifah diwasiatkan secara Nas Dan Imamah dan Khilafah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui Nas.

        
DIALOG AMIR AL-MUKMININ ALI BIN ABI TALIB DENGAN AHLI SYURA


Pengenalan

Tujuan rencana ini adalah untuk mendedahkan secara langsung dialog atau muNasyadahAmir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib dengan lima orang Ahli majlis Syura mengenai haknya menduduki jawatan khilafah terutamanya selepas kewafatan khalifah yang kedua `Umar b. al-Khattab. Justeru itu ia bersifat  akademik  semata-mata. Semoga  ia dapat meluaskan wawasan berfikir di kalangan  intelek Muslim khususnya para mahasiswa dan mahasiswi Islam di Nusantara.
       Kebiasaannya, orang ramai menerima keputusan majlis syura tersebut kerana ia, menurut mereka, merupakan majlis permesyuara­tan yang berasaskan keikhlasan dan muafakat. Walaubagaimanapun kajian mendalam mendapati ianya telah dirancang  begitu  rapi supaya jawatan khalifah itu kelak dipegang oleh `Uthman. Justeru itu ia merupakan saudara kembar Saqifah di mana Khalifah `Umar menjadi perancang utama.
       Ahli majlis Syura  yang dilantik  mengandungi  `Uthman  b. `Affan, al-Zubair  b. `Awwam, Talhah b.  `Ubaidillah,  `Abd  al-Rahman  b. `Auf, Sa`d b. Abi Waqqas dan `Ali b. Abi Talib A.S  di mana pengerusinya ialah `Abd Allah b.  `Umar.  Mereka dikenali sebagai  Ahl al-Hill wa  al-‘Aqd.


Terjemahan Teks

       Di sini akan dikemukakan dialog atau munasyadah Amir al-Mukmi­nin `Ali b. Abi Talib khususnya mengenai Imamah atau Khilafah terhadap lima orang Ahli Majlis Syura tersebut berdasarkan teks al-`Alla­mah al-Tabarsi dalam bukunya al-Ihtijaj[1], Riwayat ini telah diambil daripada Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin. seorang ulama Mazhab Ja`fari  abad keenam hijrah.  Untuk mengukuhkan kesahihan  hadis-hadis  di  dalam munasyadah tersebut, kami membuat  rujukan kepada  buku-buku  karangan para ulama Ahl  al-Sunnah  kita  yang muktabar untuk kajian bersama.Dengan ini perasaan iri hati  dan prejudis dapat dikurangkan. Insya' Allah.

       "Manakala  Amir  al-Mukminin `Ali  A.S  melihat  keghairahan "mereka"  untuk memberi bai`ah kepada `Uthman, beliau terus  ber­diri di  hadapan  mereka bagi memberi  hujah-hujah penentangan beliau terhadap  mereka.  Beliau berkata: Dengarlah ucapanku, jikalaulah apa yang aku ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan jikalau ia adalah batil, maka kalian ingkarilah.  Kemudian beliau berkata:

1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah yang mengetahui kebenaran kalian jika kalian orang yang benar.  Dan Dia mengetahui  pembo­hongan  kalian jika kalian berbohong. Adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain daripadaku?
Mereka (berlima) menjawab: Tidak.[2]

2. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah; Bai`ah al-Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[3]

3. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana saudaranya dihiasi  dengan  dua sayap di syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[4]

4.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian bapa saudaranya (di  sebelah  bapa)  menjadi penghulu para syahid selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[5]

5.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian seorang di mana isterinya penghulu wanita alam sejagat selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[6]

6. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana kedua-dua anak lelakinya adalah anak-anak Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu  pemuda syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[7]

7. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengetahui nasikh dan  mansukh selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[8]

8. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian  seorang di mana Allah  menghilangkan  kekotoran dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sebenar-benarnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[9]

9. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian  seorang yang telah melihat  Jibra'il  di  dalam bentuk seorang lelaki yang tempang selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[10]

10.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[11]

11.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah menyapu kedua-dua matanya dan memberikan bendera di hari peperan­gan Khaibar selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[12]

12. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dilantik oleh  Rasulullah (s.`a.w.)  di hari Ghadir Khum dengan perintah Allah  S.W.T. dan berkata:  "Siapa  yang aku maulanya, maka `Ali  adalah  maulanya. Wahai  Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan  musuhilah orang yang memusuhinya" selain daripadaku?
Mereka  menjawab:  Tidak.[13]

13. Beliau berkata: aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang menjadi saudara Rasulullah di masa bermukim dan temannya semasa musafir selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [14]

14. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah bertarung dengan `Amru  bin `Abd Wuddin di peperangan Khandaq dan membunuhnya selain  daripa­daku?
Mereka menjawab: Tidak.[15]

15.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya:  "Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[16]

16.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dinamakan mukmin di dalam sepuluh ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[17]

17.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi segenggam tanah kepadanya kemudian dia melemparkannya  ke atas muka orang-orang kafir, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[18]

18. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana para malaikat berdiri  bersa­manya  di dalam peperangan Uhud sehingga orang lain meninggalkan tempat itu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[19]

19. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah menjelaskan hutang Rasulul­lah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[20]

20. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian  seorang yang  telah  menyaksikan  kewafatan Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[21]

21. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah memandikan jenazah Rasulul­lah (s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di liang lahad selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[22]

22. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mewarisi senjata Rasulullah (s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[23]

23.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menjadikan talaq isteri-isterinya di tangannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[24]

24. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) menang­gungnya di atas belakangnya sehingga dia memecahkan  berhala di pintu Ka`bah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[25]

25. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana namanya diseru di langit  di hari peperangan Badar: "Tidak ada pedang melainkan  Dhu  al-Fiqar dan tidak ada pemuda melainkan `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[26]
26. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah makan  bersama  Rasulullah (s.`a.w.) seekor  burung  panggang  yang  dihadiahkan  kepadanya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[27]

27. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah disabdakan oleh  Rasulullah (s.`a.w.): "Andalah pemilik  benderaku di  dunia  dan akhirat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[28]

28. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah  mengadakan perbincangan khusus dengan Rasulullah s.`a.w, kemudian  mengeluarkan sedekah (kepada orang-orang miskin) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[29]

29. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah memperbaiki kasut  Rasulul­lah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[30]

30. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Aku adalah saudara anda dan anda  adalah saudaraku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[31]

31. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik makhluk kepadaku  dan orang yang paling benar percakapannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[32]

32. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang mendapati  Rasulullah  (s.`a.w.) sedang lapar lalu dia meminta seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah  (s.`a.w.)  memberi­kannya makan, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[33]

33. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana malaikat Jibra'il, Mika'il dan Israfil memberi salam kepadanya dengan tiga ribu  para malaikat yang lain di peperangan Badar selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[34]

34. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah menutup  mata  Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[35]

35. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah mentauhidkan Allah sebelumku selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[36]

36. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang pertama memasuki bilik Rasulullah (s.`a.w.)dan  orang yang terakhir keluar  dari  sisinya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[37]

37. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang  telah  berjalan-jalan  bersama Rasullullah (s.`a.w.) kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun berkata: Alangkah cantiknya taman ini.  Maka beliau bersabda: " Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini". Sehingga dia  melalui tiga taman pada setiap taman  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman  ini" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[38]

38. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Anda  adalah orang pertama  yang  beriman denganku, membenarkanku  dan orang pertama akan dikembalikan Haud  kepadaku di hari kiamat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[39]

39. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Orang pertama yang datang kepada kalian  dari pintu ini wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu  Muslimin dan orang  yang paling utama di kalangan  manusia".Lalu  Anas berkata: Wahai Tuhanku jadikan "nya" seorang lelaki dari kalangan Ansar.  Maka dia pun datang, lalu Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada Anas: "Anda bukanlah orang pertama yang mencintai kaumnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[40]

40. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang  telah  diturunkan  mengenainya firman-Nya: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya  dan orang-orang  yang beriman, yang mendirikan solat,  memberi  zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5: 55) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[41]

41. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan padanya dan anak-anaknya, firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang  baik akan minum daripada gelas di mana campurannya mengandungi  kafur" (Surah al-Insan 76: 5) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[42]

42. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah  menurunkan  ayat mengenai  "Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada  orang-orang  yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid  al-Haram,  kamu samakan dengan  
orang-orang yang beriman kepada Allah  dan  hari kemudian  serta berjihad di jalan Allah?Mereka tidaklah sama  di sisi Allah" (Surah al-Taubah 9: 19) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[43]

43.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang yang telah  diajar  oleh  Rasulullah (s.`a.w.) seribu  kalimah  dan setiap  kalimah  berpecah  kepada seribu kalimah selain daripadaku? Mereka menjawab: Tidak.[44]

44. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah dimunajat oleh  Rasulullah (s.`a.w.)  
di hari Taif, lalu Abu Bakar dan `Umar  berkata: Wahai Rasulullah!   Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan  bukan kepada kami.  Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Aku bukanlah ingin bermu­najat untuknya tetapi Allah telah memerintahkan aku supaya  mela­kukannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[45]

45. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah disuapkan oleh  Rasulullah (s.`a.w.) dengan tepung manis selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[46]

46. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  
"Anda  adalah makhluk yang paling akrab kepadaku  di hari kiamat  akan memasuki syurga dengan  syafa`at  anda,  lebih ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[47]

47. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Ali! Sesungguhnya anda dikenakan pakaian ketika aku dike­nakan pakaian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[48]

48. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Anda dan Syi`ah anda akan mendapat kemenangan di hari kiamat?" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[49]

49. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: " Berbohonglah orang yang mengatakan bahawa dia mencintaiku  se­dangkan dia membenci `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[50]

50.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Siapa yang mencintai bahagian-bahagianku (syatrati)  ini, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku dan siapa  yang  mencintaiku, maka sesungguhnya
dia mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka?  Beliau (s.`a.w.) menjawab:`Ali, Hasan, Husain  dan Fatimah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[51]

51. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Anda adalah sebaik-baik manusia selepas  para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[52]

52. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Andalah al-Faruq yang membezakan di antara kebenaran
dan kebatilan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[53]

53. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[54]

54. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  menutup dengan pakaiannya ke atasnya, isterinya dan dua  anak lelakinya kemudian beliau bersabda: "Wahai Tuhanku aku dan  Ahlu  l-Baitku kepada anda dan bukan kepada neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[55]

55. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku  daripada ke­luargaku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[56]

56.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Anda  adalah orang yang paling awal  memeluk  Islam, paling alim dan paling perihatin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[57]

57. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia telah  membunuh  seorang panglima perang Yahudi secara berdepan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[58]

58. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Nabi (s.`a.w.)  membentangkan Islam kepadanya lalu beliau menjawab: Tunggulah sehingga aku berjumpa bapaku.   Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda  kepadanya:  "Ini adalah  satu amanah di sisi anda".  Maka dia menjawab:  Sekiranya ia adalah satu amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga selain” daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [59]

59. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia telah  mengangkat  pintu kota Khaibar di masa pembukaannya dan membawanya sejauh  seratus hasta  kemudian   empat puluh lelaki  cuba  mengangkatnya  tetapi mereka tidak mampu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[60]

60. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini diturunkan  kepadanya " Wahai  orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan  perbi­caraan  khusus dengan Rasul hendaklah kamu  mengeluarkan  sedekah (kepada orang miskin)" (Surah al-Mujadalah 50: 12).  Maka  akulah yang mengeluarkan sedekah dan adakah di kalangan kalian  seorang yang melakukannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [61]

61.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia menca­ciku dan  siapa  yang mencaciku maka  sesungguhnya  dia  mencaci Allah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[62]

62.  Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Rumahku  menghadapi  rumah anda  di  syurga" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[63]

63. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya:  "Allah memerangi orang yang memerangi anda dan  Allah memusuhi orang yang memusuhi anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[64]

64. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang yang telah tidur di atas tempat  tidur Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin berjalan ke Madinah dan mempertahankannya dengan dirinya ketika mereka hendak membunuhnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[65]

65. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  
"Anda  adalah orang yang utama dalam  umatku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[66]

66. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  
"Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan  Allah  akan memakaikan  anda  dua  
helai kain; satu berwarna  biru  dan  satu berwarna merah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[67]

67. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah  mengerjakan  solat sebelum orang ramai tujuh tahun dan beberapa bulan selain daripa­daku?
Mereka menjawab: Tidak.[68]

68. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  
"Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah (kedudukan istimewa)  kurniaan Tuhanku daripada cahaya  sedangkan anda  akan mengambil  hajzahku  dan keluargaku akan mengambil  hajzah  anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[69]

69. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan kemarahan anda adalah kemarahanku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[70]

70. Beliau berkata:  Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  
"Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu  janji  yang telah dijanjikan  oleh Allah kepadaku dan Dia  memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[71]

71. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  "Wahai Tuhanku jadikanlah beliau (`Ali) pembantu  dan penolongku" selain daripadaku?
Mereka  menjawab:  Tidak.[72]

72. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  
"Harta  adalah madu(tumpuan) orang-orang yang zalim  dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[73]

73. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku akan mengutus kepada kalian seorang lelaki  di mana Allah telah menguji hatinya untuk keimanan" selain daripada­ku?
Mereka menjawab: Tidak.[74]

74. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  memberi kepadanya  sebiji buah delima dan bersabda: "Ini  adalah buah delima daripada  syurga.   Hanya seorang nabi atau wasinya  sahaja  yang memakannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[75]

75. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang lelaki di mana  Rasulullah  (s.`a.w.) bersabda kepadanya:  "Aku tidak memohon  sesuatu  dari Tuhanku melainkan Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon sesua­tu  daripada Tuhanku melainkan aku memohon untuk  anda"  selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[76]

76. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Anda  adalah  orang yang paling  cekal  di kalangan mereka bagi menjalankan perintah Allah, paling setia di  kalangan mereka  bagi menunaikan  janji Allah, paling  arif  di  kalangan mereka  tentang  segala permasalahan, orang yang paling  adil  di dalam  pembahagian hak dan orang yang paling mulia di sisi  Allah S.W.T." selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[77]

77. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Kelebihan anda ke atas umat ini sepertilah kelebihan matahari  ke  atas bulan dan sepertilah kelebihan bulan  ke  atas bintang-bintang" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[78]

78. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Allah akan memasukkan wali anda ke syurga dan musuh anda ke neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[79]

79. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Manusia  dari pokok yang  bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[80]

80. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghu­lu Arab dan bukan Arab tanpa kemegahan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[81]

81. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Allah  telah  meridainya  di dalam dua ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[82]

82. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah  anda di Haud; apabila  semua umat merasa takut  dan  neraca-neraca  mula menjalankan tugasnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[83]

83. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Wahai  Tuhanku sesungguhnya  aku  mencintainya  maka cintailah beliau. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ucapkan  selamat tinggal kepada Engkau untuknya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[84]

84. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Andalah  yang  berhujah dengan  orang  ramai  supaya mereka  mengerjakan solat, mengeluarkan zakat,  menyuruh  perkara yang  baik dan melarang perkara yang mungkar, melaksanakan  hudud dan membahagikan hak yang sama" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[85]

85. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  memegang tangannya  di hari Badar, lalu mengangkatnya sehingga orang  ramai melihat keputihan kedua ketiaknya sambil bersabda:  "Sesungguhnya ini adalah sepupuku, wazirkuOleh itu jadikanlah beliau wazir, mintalah nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau adalah wali kalian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[86]

86. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini  turun  mengenainya: "Mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri  sekali­pun mereka dalam kesusahan" (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripa­daku?
Mereka  menjawab:  Tidak.[87]

87. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Jibrail seorang daripada  para tetamunya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[88]

88. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah memberi kepadanya kapur barus dari syurga kemudian dia membahagikannya tiga bahagian, " Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk anak perempuanku dan satu bahagian untuk anda " selain dari­padaku?
Mereka menjawab: Tidak.[89]

89. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya:  " Di mana apabila  dia  berdepan  dengan Rasulullah (s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan berseri-seri mukanya"selaindaripadaku? Mereka menjawab: Tidak.[90]

90. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah  (s.`a.w.)  telah melepaskannya dengan Surah al-Bara'ah kepada  Musyrikin  Makkah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[91]

91. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila  para nabi bermegah dengan para wasi mereka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak[92]

92. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari hasad dengki orang ramai di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak menzahirkannya  sehinggalah ketiadaanku.   Dan  apabila   mereka kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[93]

93. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Apabila Allah melaksanakan amanah anda,  Allah  akan menyempurnakan dhimmah anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[94]

94. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda kepadanya: "Andalah pembahagi neraka, andalah yang  mengeluarkan daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di  dalamnya setiap kafir" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[95]

95. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan  kalian seorang di mana dia  telah  membuka  benteng Khaibar dan menawan anak perempuan Rahib kemudian dia membawanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[96]

96. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah  adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda  dan Syi`ah  anda berseri muka-muka mereka.  Dan dibentang  ke  atasku musuh  anda  dalam keadaan dahaga dan terbelenggu  dalam  keadaan muka mereka kehitaman" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[97]

          Kemudian Amir al-Mukminin A.S berkata kepada mereka:  Adapun apabila kalian  telah memperakui kebenarannya, dan  telah  jelas sabda-sabda Nabi kalian, maka hendaklah kalian bertakwa  kepada Allah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang aku melarang kalian dari kemaraha-Nya dan janganlah kalian  mendurhakai-Nya. Kembalikanlah kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah  Nabi kalian,  kerana sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya,  maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah.  Oleh itu kembalikan­lah hak itu kepada ahlinya dan sememangnyalah ia adalah untuknya.

Beliau  berkata:  Mereka pun mengelipkan  mata  di  kalangan mereka dan bermesyuarat kemudian  berkata:  "Sesungguhnya  kami telah mengetahui kelebihannya, dan kami telah mengetahui  sesung­guhnya beliau adalah orang yang paling berhak dengannya,  tetapi beliau adalah seorang  yang tidak melebihkan  seorang  ke  atas seorang. Oleh  itu sekiranya kalian melantiknya untuk  jawatan Khalifah,  nescaya beliau akan menjadikan kalian dan orang  ramai dari segi  hak sama sahaja.  Tetapi  sekiranya  kalian melantik `Uthman beliau akan menurut apa yang kalian  hajati".   Lantaran itu mereka melantik Uthman sebagai Khalifah.

Ulasan

       Amir al-Mukminin `Ali b. Abu Talib A.S telah mengemukakan hujah-hujahnya terhadap lima orang Ahli majlis Syura yang  dilan­tik oleh Khalifah `Umar. Beliau telah mengajukan beberapa soalan munasyadah yang berasaskan hadis-hadis  Rasulullah (s.`a.w.). Kesemua  soalan-soalan tersebut diperakui oleh  kelima-lima  Ahli Syura tersebut.   Beliau yakin  bahawa jawatan  Imamah atau Khilafah adalah untuk beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah bt. Muhammad A.S. Hadis-hadis tersebut telah dicatat oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka.Tetapi sayangnya berla­kulah apa yang berlaku sehingga hari ini.

       Walau bagaimanapun, Majlis Syura yang dibentuk oleh Khalifah `Umar kelihatan aneh dan menakutkan kerana ia mesti  diselesaikan dalam  masa  tiga  hari dan dikawal oleh 50  orang tentera yang lengkap dengan  senjata.  Khalifah `Umar  melantik  enam  orang; `Uthman b. `Affan, `Ali b. Abi Talib, Sa`d b. Abi Waqqas, Talhah b. `Ubaidillah dan al-Zubair b. al-`Awwam.  Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian yang tidak melayakkan mereka menjadi  Khali­fah. 

       `Umar berkata: Demi Allah, tidak ada halangan bagiku  untuk melantik  anda  menjadi khalifah wahai Sa`d,  hanya anda  adalah seorang yang kasar (ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan, `Abd al-Rahman hanya anda adalah Fir`aun umat ini (fir`aun hadhi-hi al-ummah), al-Zubair, hanya anda adalah seorang  mukmin  pada waktu reda dan kafir pada waktu marah (kafir `and  al-ghadab), Talhah, hanya seorang yang angkuh dan Rasulullah  memarahi anda kerana kata-kata anda ketika turun ayat hijab (Surah al-Ahzab 33: 53)  (kata-kata  Talhah: Muhammad tidak boleh  membuat  apa-apa sekalipun mengenakan  hijab ke  atas  isteri-isterinya.  Apabila beliau wafat, kami akan mengahwini isteri-isteri beliau).


Justeru itu jika anda dilantik, anda akan menyarungkan cincin mohornya ke jari isteri  anda. Begitu juga `Uthman, andalah seorang yang asabiyah kepada kaum keluarga anda. Justeru itu sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ia berlaku ingatlah kata-kataku ini.  Dan anda wahai `Ali, sekiranya anda bukan orang yang sukakan kelakar, `Ali A.S telah menafikan  dirinya  sebagai  seorang  kelakar.[98] nescaya aku melantik anda dan anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan  hujah yang bersih.[99] Kemudian dia berkata kepada panglima tentera Abu Talhah al-Ansari: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima  bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan  empat  bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga  menentang  dan  tiga bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada `Abd al-Rahman b. `Auf.[100]

Oleh itu, tidak hairanlah jika sistem syura sedemikian rupa dilihat sebagai suatu perangcangan halus bagi menjauhkan `Ali  A.S daripada menjadi khalifah dan sekaligus menolak konsep keadilan semua sahabat seperti berikut:

1. Syura  ini  telah melahirkan permusuhan  terhadap  `Ali  A.S. Talhah al-Tamimi adalah dari keluarga Abu Bakar  yang  telah memindahkan  khalifah dari `Ali A.S. `Abd  al-Rahman  bin `Auf adalah  ipar  `Uthman dan dia adalah di antara  orang  yang menentang  `Ali  A.S.  Dan dia di antara orang  yang  cuba  untuk membakar  rumah `Ali  A.S kerana keengganannya memberi  bai`ah kepada Abu Bakar .  Sa`d b. Abi Waqqas adalah di antara orang yang dendam terhadap `Ali A.S kerana ramai daripada  bapa-bapa saudaranya  telah  dibunuh  oleh `Ali  kerana penyebaran  Islam. Lantaran  itu  dia  lewat memberi bai`ah kepada  `Ali A.S.Dan`Uthman ketua Bani Umayyah yang dikenali dengan permusuhan dan  penentangan terhadap Bani Hasyim.  Justeru itu syura  telah diciptakan dengan begitu rupa adalah semata-mata untuk menjauhkan `Ali daripada jawatan khalifah.

2. Syura ini juga menjauhkan `Ali dari anasir-anasir yang memban­tunya di dalam pemilihan, kerana tidak seorang pun orang  Ansar dipilih di dalam majlis syura tersebut.

3. Syura menjadikan `Abd al-Rahman b. `Auf sebagai penentu apabila tiga bersetuju dan tiga lagi menentang.  Apakah kelebihan `Abd al-Rahman  b.  `Auf sehingga dia menjadi penentu?  Tidakkah  dia (`Umar) berkata kepadanya: "Anda adalah Fir`aun umat ini?"[101]
4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan  anggo­ta-anggotanya.  Sa`d bin Abi Waqqas dan  `Abd  al-Rahman  patuh kepada `Uthman .  Dan berlakulah sebagaimana ianya berlaku.[102]

Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib nampaknya tidak  berpuas hati dengan ketiga-tiga khalifah yang terdahulu.  Beliau telah melahirkan dukacitanya di dalam khutbah al-Syiqsyiqiyyah.  Seramai dua puluh lapan orang ulama  Ahl al-Sunnah  memperakui   kesahihan khutbah al-Syiqsyiqiyyah,[103] seperti berikut:

"Demi Allah, si anu (Abu Bakar Ibn Abi Quhafah) telah memakai baju (kekhalifahan) itu, padahal ia  mengetahui dengan  yakin bahawa kedudukanku sehubungan (kekhalifahan) itu samalah  seperti kedudukan sumbu dengan roda.  Air mengalir menjauhiku dan  burung tidak  dapat  terbang  kepadaku.  Aku  memasang  tirai  (terhadap kekhalifahan itu) dan melepaskan diri daripadanya.

Aku  pun mulai berfikir, apakah aku akan  menyerangnya  atau aku harus menanggung kesengsaraan kegelapan yang membutakan  itu sehingga  orang dewasa menjadi daif, orang muda menjadi tua,  dan mukmin yang salih hidup dalam kongkongan sampai ia menemui  Allah (di  saat kematiannya).  Aku berpendapat adalah lebih  bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah.  Lalu aku menempuh jalan  kesabaran, meskipun mata rasa tertusuk-tusuk dan  kerongkongan  rasa tercekik.Aku menyaksikan perampasan terhadap warisanku  hingga yang pertama  (Abu Bakar) menemui ajalnya; namun  ia  memberikan kekhalifahan  itu  kepada Ibn Khattab. (Lalu `Ali  A.S mengutip syair `A'sya):

       Hari-hariku kini berlalu di punggung unta, Dan berlalu sudah hariku bersama Jabir, saudara Hayyan'. Aneh, semasa hidupnya ia ingin terbebas dari jabatan khalifah, tapi ia mengukuhkannya kepada `Umar setelah  kematiannya. Tidak  syak kedua orang ini hanya membahagi-bahagikan tetek  susu di  antara keduanya sahaja.  Yang satu ini  (`Umar) mengongkong kekhalifahan  itu rapat-rapat,  dengan ucapannya  congkak  dan sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak dan kerana itu maka dalihnya pun sangat banyak.Orang yang berhubung dengan kekhalifahan  itu ibarat penunggang unta liar.  Apabila ia menarik  ke­kangnya maka muncungnya akan koyak; dan apabila ia membiarkannya maka  ia  akan jatuh terlempar. Sebagai akibatnya, demi  Allah, rakyat terjerumus ke dalam kebingungan, penipuan dan  penyelewen­gan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, sampai ketika ia (`Umar) menemui ajal-nya  ia menyerah urusan (kekhalifahan) itu kepada  satu kelompok dan menganggap aku sebagai salah seorang daripadanya.

Tetapi, ya Allah! Apa urusanku dengan Abu Bakar mesyuarat  ini!  Di manakah keraguan tentang diriku dibandingkan dengan yang  pertama mereka (Abu Bakar) sehingga sekarang aku  harus dipandang sama dengan orang-orang ini? Namun aku terus merendah  sementara mereka merendah,  dan membumbung tinggi  ketika  mereka terbang tinggi.  Seorang dari mereka berpaling menentangku kerana hubun­gan kekeluargaannya, manakala yang lainnya cenderung memihak  ke jalan lain kerana hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga  dari orang-orang ini berdiri dengan dada membusung  di antara  kotoran dan makanannya.  Bersama dia anak-anak dari Bani Umayyah bangkit menelan harta Allah, bagaikan unta melalap dedau­nan musim bunga sampai talinya putus, tindak tanduknya mengakhir­inya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling.

(Pada saat itu) orang ramai datang membanjiri ke arahku dari segala penjuru seperti serbuan kumpulan rubah sehingga  Hasanain (Hasan dan Husain) terhinjak dan kedua tepi bahagian bahu kemeja­ku koyak.Mereka berkumpul di  sekelilingku  seperti  kumpulan domba dan kambing. Tatkala aku memegang  teraju  pemerintahan sebahagian memutuskan  bai`ahnya (nakatha) dan sebahagian  lagi mengingkari (maraqa)  dan yang lainnya bertindak  salah, kerana mereka tidak mendengar firman Allah S.W.T. yang berbunyi:

       "(Kebahagiaan) di negeri akhirat Kami sediakan bagi  mereka yang tiada  suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan  di bumi. Dan kesudahannya (adalah baik) bagi mereka yang  takwa." (Surah al-Qasas 28: 83).

       Tidak,  demi  Allah,  mereka  mendengarnya  dan  memahaminya tetapi dunia  terlihat kemilau di mata mereka dan  hiasan  dunia menggoda mereka. 

Lihat, demi Dia yang mengembangkan  biji-bijian dan menciptakan  makhluk hidup, bila  orang-orang  tidak  datang kepadaku dan  pendukung-pendukung tidak menegakkan  hujah  dalam bentuk penolong,  dan tidak ada perjanjian Allah  dengan  ulama bahawa mereka  tidak boleh menyerah terhadap kerakusan seorang yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan melem­parkan  tali kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku  beri  minum kepada  yang terakhir dengan piala yang aku gunakan  untuk  orang yang pertama.  Maka akan kamu lihat  bahawa  dalam  pandanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing".[104] Beliau  telah memilih " bersabar " daripada menentang  kerana  ini adalah lebih baik dan sesuai dengan keadaan pada masa itu.

Kesimpulan

       Amir al-Mukminin `Ali A.S telah mengemukakan hujah-hujah beliau di majlis Syura mengenai haknya  menjadi  khalifah bukan sahaja selepas khalifah`Umar malah selepas Rasulullah  s.`a.w secara langsung berdasarkan kepada keistimewaannya yang  disokong oleh hadis-hadis Rasulullah s.`a.w di mana ia dicatat oleh kedua-dua sumber Ahli Sunnah dan Ahlu l-Bait as.Walaupun begitu, disebabkan kepentingan dan alasan tertentu, lima orang Ahli Majlis Syura  tidak dapat menerimanya sebagai khalifah,  tetapi beliau tetap bersabar demi perpaduan umat Islam.

  
[1] Abu `Ali al-Fadil b. al-Hasan,  al-Ihtijaj,  Beirut 1403 H, I,  hlm. 132-145.

[2] Lihat umpamanya al-Suyuti,  Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakar, al-Durr al-Manthur  fi al-Tafsir bi al-Ma'thur, Beirut,1960 M., II, hlm. 304.

[3] Lihat umpamanya al-Ya`qubi,  Ahmad b. `Ali Ya`qub b. Ja`far b. Wahb b. al-Wadih,Tarikh al-Ya`qubi,  Beirut 1362 H., II, hlm. 204.

[4] Al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi` al-Mawaddah fi Syama`il  al-Nabi  waFada`il  Amir al-Mu'minin `Ali,  Iran, 1385 H., hlm. 519.

[5] Al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b. Jarir, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 84.

[6] Ibn Hajr al-Makki, Syihab al-Din Ahmad b. Muhammad b. Muhammad b. `Ali b. Muhammad,  Kitab al-Sawa`iq al-Muhriqah  fi al-Radd `Ala Ahl  al-Bida`  wa  al-Zindiqah,  Cairo 1971 M.,  hlm. 85; Muhibb al-Din al-Syafi`i al-Tabari,  Dhakha'ir al-`Uqba, Baghdad 1348 H., hlm. 29.

[7] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 164-165.

[8] Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadis,  Cairo 1969 M.,  III, hlm. 166;  al-Khatib al-Baghdadi,  Tarikh Baghdad, Baghdad 1950 M., IV, hlm. 348;  Ibn al-Athir,  `Izz al-Din Abi Hasan `Ali b. Muhammad b. `Abd al-Qasim al-Jazari,Usd al-Ghabah fi Ma`rifah al-Sahabah,  Baghdad 1349 H., IV, hlm. 22;  al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958 M., VI, hlm. 152.

[9] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,  V, hlm. 198;  Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Cairo 1352 H., III, hlm. 259;  al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., hlm. 251.

[10] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.

[11] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,  II, hlm. 293;  al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `an Haqa`iq Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil  fi Wujuh al-Ta`wil,  Cairo t.t., I, hlm. 422;  al-Syablanji,  Mu`min  b. Hasan Mu`min,  Nur al-Absar fi Manaqib  al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar (s.`a.w.),  Cairo, 1960 M.,  hlm. 105;  al-Wahidi,  Asbab al-Nuzul,  I, hlm. 422; al-Kanji al-Syafi`i,  Kifayah al-Talib,  Tehran 1404 H.,  hlm.106.

[12] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 132; `Abd al-Rauf al-Munawi, Kunuz al-Haqa'iq,  Baghdad 1368 H,hlm. 98; al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H., hlm. 65.

[13] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Iv, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul,  hlm. 150;  al-Qunduzi al-Hanafi,  Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Alusi, Syihab al-Din Mahmud b. `Abdullah, Ruh al-Ma`ani fi Tafsir al-Qur'an al-`Azim  wa al-Sab` al-Masani,  Cairo 1958 M.,  VI, hlm. 172.

[14] Al-Dhahabi,  Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad b. `Uthman, Mizan al-I`tidal fi Naqd al-Rijal,  Cairo 1348 H., I, hlm. 257;  Ibn `Abd al-Barr,  Abu `Umar Yusuf b. `Abdullah b. Muhammad, Kitab al-Isti`ab  fi Ma'rifah  al-Sahabah,  Cairo 1365 H., II,  hlm. 460.

[15] Lihat umpamanya, Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 74; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.

[16] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Nasa'i, al-Khasa'is `Ali A.S,  Baghdad 1956 M., hlm. 78;  al-Turmudhi, Abu `Isa Muhammad b. `Isa b. Sawrah,  al-Jami` al-Sahih, Tunis 1958 M., II, hlm. 301;  Ibn Majah, al-Sunan,  Baghdad 1367 H., I,  hlm.30.

[17] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 238-258.

[18] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 158.

[19] Ibid., hlm. 169.

[20] Al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306.

[21] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 43.

[22] Ibid

[23] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.

[24] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 78.

[25] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.

[26] Al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 78;  al-Baihaqi, Abu Bakar Ahmad b. al-Husayn, al-Sunan al-Kubra,  Baghdad 1959 M., III, hlm. 276;  al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 385;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.

[27] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299;  Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya' wa Tabaqat al-Asfiya', Cairo 1956 M., VI, hlm. 339; Ibn al-Athir,Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30.

[28] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 398.

[29] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[30] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 59.

[31] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 199; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 73;  al-Suyuti,  Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963 M., hlm. 144;  Ibn Hajr al-Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad,  Tahdhib al-Tahdhib,  Hyderabad 1327H., I, hlm. 337.

[32] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253; al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958 M. hlm. 133.

[33] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 99.

[34] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.

[35] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 98.

[36] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 82.

[37] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 102.

[38] Al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal,  V, hlm. 40;  Ibn  Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 109;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 272-273.

[39] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 152;  Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah,  hlm. 72;  al-Muhibb al-Tabari,  Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 58.

[40] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 103.

[41] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul,  I, hlm. 422,   al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 149; al-Qurtubi al-Andalusi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad al-Andasari, al-Jami` li Ahkam al-Qur'an, Baghdad 1959 M., VI, hlm. 221; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 106.

[42] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331;  al-Syablanji, Nur al-Absar,  hlm. 102;  al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, X, hlm. 268;  Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1345 H., VIII, hlm. 167

[43] Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar, Mafatih  al-Ghaib,  Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,  III,  hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.

[44] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 72-73 Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar,  Mafatih  al-Ghaib,  Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,  III,  hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi,Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.
[44] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 72.

[45] Al-Turmudhi, Sahih,  II, hlm. 300;  al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 27; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 328-329.

[46] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 112.

[47] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 393;  al-Muhibb al-Tabari, Riyadh al-Nadhirah, t.t., II, hlm. 103.

[48] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.

[49] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 423; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, VI, hlm. 93.

[50] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 399;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 319-320.

[51] Lihat umpamanya,  al-Kanji al-Syafi`i, Ibid., hlm. 80-83.

[52] Lihat umpamanya,  al-Qunduzi  al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 247.

[53] Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 58.

[54] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159.

[55] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul,  hlm. 251;  al-Suyuti,  al-Durr al-Manthur,  V, hlm. 198;  Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,  III, hlm.259.

[56] Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958 M., hlm. 143; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251.

[57] Al-Qunduzi al-Hanafi, ibid., hlm. 60.

[58] Ibid., hlm. 95.

[59] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 60-61.

[60] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60.

[61] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[62] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 337-338.

[63] Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 96; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 227-228.

[64] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.

[65] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 60.

[66] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253.

[67] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 70.

[68] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 62-63.

[69] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 485-486.

[70] Lihat umpamanya,  al-Kanji al-Syafi`i,  Kifayah al-Talib, hlm.114.

[71] Al-Zamakhsyari,  al-Kasysyaf,  I, hlm. 422;  al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105-106.

[72] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117.

[73] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 62;  al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 56.

[74] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 407;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 96-97.

[75] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.

[76] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.

[77] Al-Hakim, al-Mustadrak,  III, hlm. 130;  al-Munawi al-Syafi`i, Kunuz al-Haqa`iq, hlm. 19.

[78] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 121-122.

[79] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113.

[80] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 24; al-Khawarizmi, al-Manaqib   hlm. 86.

[81] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 157;  al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 124.

[82] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 232-265.

[83] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 72.

[84] Ibid., hlm. 74.

[85] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 217-219.

[86] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 25; al-Muttaqi  al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 218.

[87] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 82.

[88] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 94-95.

[89] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.

[90] Ibid.

[91] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 156;  al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 69; al-Hakim , al-Mustadrak, II, hlm. 51; al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakar, Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963 M., hlm. 66.

[92] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 75.

[93] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 408;  al-Khatib, Tarikh Baghdad,  XII, hlm. 397;  al-Kanji al-Syafi`i,  Kifayah al-Talib, hlm. 273.

[94] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 280.

[95] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 83-84.

[96] Ibid., hlm. 95-96.

[97] Ibid., hlm. 304.


[98] Lihat,  Syarif al-Radhi, Abu Hasan Muhammad b. al-Hasan al-Musawi, Nahj al-Balaghah, Baghdad 1364

[99] Lihat umpamanya, Ibn Qutaibah,  Abu Muhammad `Abdullah b. Muslim, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm 24; al-Tabari, Tarikh, V,hlm. 2778.

[100] Ibn Qutaibah, ibid., hlm. 24.

[101] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24.

[102] Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lihat: Sulaim b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim, Beirut, 1980, hlm.212, 222.

[103] Lihat al-Amini,  `Abd al-Husayn b. Ahmad al-Najafi,  al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab, Beirut 1977 M., I, hlm. 82-85.

[104] Syarif al-Radhi,  Nahj al-Balaghah, hlm. 48-50.

___________________________________________

14.  Hanya Ali menghimpun al-Qur’an dengan sempurna

Himpunan al-Qur’an oleh Ali as dan kaitannya dengan jawatan khalifah

Selepas kegagalan Ali as untuk mendapatkan jawatan khalifah yang diwasiatkan kepadanya oleh Rasulullah saw Di Ghadir Khum daripada Abu Bakar yang dilantik di Saqifah Bani Sa’idah sebagai khalifah ketika Ali as sedang sibuk memandi dan mengkapankan jenazah Rasulullah (s.a.w), maka Ali as membawa Fatimah as di atas keldai dengan dua tangannya memegang dua anaknya Hasan dan Husain mendatangi setiap rumah orang Muhajirin dan Ansar di waktu malam bagi mendapatkan sokongan mereka bagi menuntut haknya daripada Abu Bakar. Beliau mendapati 44 orang sahabat yang berjanji dengannya untuk memberi baiah kepadanya. Ali as meminta mereka datang ke rumahnya keesokan harinya di waktu pagi di dalam keadaan kepala bercukur dan membawa bersama mereka senjata tujuan memberi baiah kepadanya di atas dasar sanggup mati bersama. Keesokannya hanya 4 orang saja yang datang ke rumahnya. Mereka adalah Salman al-Farisi, al-Miqdad, Abu Dhar dan al-Zubair bin al-‘Awwam (Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 139).

Apabila beliau mengetahui bahawa mereka (para sahabat) telah menipunya, maka beliau telah bekerja keras sehingga tidak keluar dari rumahnya bagi menghimpun al-Qur’an. Kerana  al-Qur’an pada masa itu hanya ditulis di beberapa helai mushaf, di pelepah tamar dan lain-lain. Beliau as mengumpulkan kesemuanya dan menulis tanzil, takwil, nasikh dan mansukhnya. Ia dilakukan selepas beliau gagal untuk menuntut haknya sebagai Khalifah Rasulullah saw.

            Sulaim berkata: “Manakala beliau sendiri telah melihat penipuan mereka (para sahabat) dan sikap tidak mengambil berat mereka terhadapnya, beliaupun menghabiskan masa di rumahnya mengadap al-Qur’an, menyusun dan mengumpulkannya. Beliau tidak keluar dari rumahnya sehingga beliau selesai mengumpulkan al-Qur’an yang sebelum ini ditulis pada beberapa helai mushaf, pada pelepah tamar dan lain-lain. Apabila selesai mengumpulkan kesemuanya dan menulis tanzil, takwil, nasikh dan mansukhnya maka Abu Bakr menghantar perutusan kepadanya supaya keluar bagi memberi bai‘ah kepadanya.

          Lantas Ali a.s. menghantar perutusan kepadanya dengan menyatakan: Aku sibuk. Aku telah bersumpah bahawa aku tidak akan memakai pakaian yang lengkap kecuali untuk mengerjakan solat sehingga aku mengumpul al-Qur’an dan menyusunnya. Maka merekapun berdiam diri beberapa hari mengenainya.

          Beliaupun siap mengumpulkannya dalam satu kain kemudian keluar kepada orang ramai yang sedang berhimpun bersama Abu Bakr di Masjid Rasulullah Saw., maka Ali a.s. menyeru dengan suaranya yang tinggi: Wahai manusia! Aku sentiasa sibuk semenjak kewafatan Rasulullah (s.a.w), memandikannya dan seterusnya mengumpulkan al-Qur’an di dalam satu kain. Allah tidak menurunkan satu ayat ke atas Rasulullah (s.a.w) melainkan aku mengumpulkannya. Tidak ada satu ayatpun, melainkan beliau membacakannya kepadaku dan mengajarkan kepadaku takwilnya.

          Kemudian Ali a.s. berkata kepada mereka: Supaya kalian tidak akan berkata: Kami melupai perkara ini. Dan janganlah kalian berkata pada Hari Kiamat bahawa aku tidak menyeru kalian untuk membantuku dan aku tidak mengingatkan kalian tentang hakku dan tidak menyeru kalian kepada Kitab Allah daripadaFatihahnya hingga ke akhirnya.

          Maka Umar berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda berfikir bahawa kami perlu kepada apa yang anda dakwakan sedangkan kami mempunyai al-Qur’an? Kemudian Ali a.s. memasuki rumahnya. Umar berkata kepada Abu Bakr: Hantarkan perutusan kepada Ali supaya dia memberi bai‘ah, kerana kita tidak kemana-mana sehingga dia memberi bai‘ah. Sekiranya dia memberi bai‘ah, kita akan menjamin keselamatannya. Salman berkata: Manakala Ali a.s. dibawa kepada Abu Bakar, Umar memekik: Berilah bai‘ah dan tinggalkan kebatilan-kebatilan ini.

      Ali a.s berkata kepadanya: Sekiranya aku tidak melakukannya, apakah yang akan kalian lakukan kepadaku? Mereka berkata: Kami akan membunuh anda (naqtulu-ka) dengan penuh kehinaan. Beliau berkata: Jika begitu kalian membunuh seorang hamba Allah dan saudara Rasulullah? Abu Bakar menjawab: Adapun seorang hamba Allah, itu benar namun saudara Rasulullah, kami tidak mengakuinya. Ali berkata: Adakah kalian mengingkari bahawa Rasulullah (s.a.w). telah mempersaudarakanku dengannya. Abu Bakar berkata: Ya. Maka dia telah mengulangi jawapan yang sama kepadanya” (Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma‘arif, hlm. 251-2, Kitab Sulaim, hlm.33-34).

Kenyataan di atas boleh disimpulkan seperti berikut:

(i) Al-Qur’an telah ditulis pada masa Rasulullah (s.a.w).

(ii).Pengumpulan al-Qur’an secara menyeluruh oleh Ali as di dalam satu kain adalah setelah kewafatan Nabi (s.a.w) dan pelepasan jawatan khalifah daripadanya.

(iii). Setelah beliau merasa hampa bahawa para sahabat Rasulullah (s.a.w) tidak setia kepadanya. Hanya 4 orang sahaja yang setia kepadanya dan selebihnya mereka memberi baih kepada Abu Bakar di Saqifah Bani Sa‘idah.

(iv). Pengumpulan al-Qur’an diambil dari beberapa helai mushaf, pelepah tamar dan lain-lain.

(v). Ali as bersumpah tidak akan memakai pakaian yang lengkap kecuali untuk mengerjakan solat sehingga dia mengumpul al-Qur’an dan menyusunnya.

(vi). Ali menyusunnya di dalam satu kain.

(vii)Tidak ada satu ayatpun, melainkan Rasulullah (s.a.w) membacanya kepadaku dan telah mengajar kepadaku takwilnya.

(viii) Allah tidak menurunkan satu ayat ke atas Rasulullah (s.aw) melainkan aku mengumpulkannya.

(ix). Ali mengetahui al-Qur’an dan takwilnya kerana Rasulullah (s.aw) sendiri yang mengajarnya.

(x).Umar berkata: Kami tidak perlu kepada al-Qur’an anda.

(xi) Kami memiliki al-Qur’an kami. Soalannya: Bagaimana dengan teksnya? Kerana Umar juga berkata: “Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti sebahagian al-Qur'an telah hilang? (Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41).

(xii) Umar tidak menghargai pengumpulan al-Qur’an yang dilakukan oleh Ali as.

(xiii) Tidak ada perkongsian maklumat antara Umar dan Ali as tentang al-Qur’an.

(xiv) Perselisihan telah berlaku antara Abu Bakar dan Ali kerana jawatan khalifah. Ali menyatakan bahawa beliau dilantik oleh Rasulullah (s.a.w) untuk menjadi khaifah selepasnya di Ghadir Khum di mana Abu Bakar dan Umar telah memberi baiah kepadanya.

(xv) Ali as telah memberi baiah kepada Abu Bakar secara terpaksa jika tidak, beliau akan dibunuh, kerana Abu Bakar berkata: “Kami akan membunuh anda dengan penuh kehinaan”.

Dari kenyataan di atas kita dapati Ali as telah menyusun al-Qur’an yang mengandungi nasikh dan mansukh, tanzil dan takwil sebagaimana dikatakan olehnya. Umar pula mengatakan bahawa dia dan rakan-rakannya tidak perlu kepada al-Qur’an Ali kerana dia dan rakan-rakannya mempunyai al-Qur’an mereka sendiri.

Ali menyatakan himpunannya sempurna baginya kerana ia mengandungi berbagai cabang ilmu nasikh,mansukh dan lain-lain. Kemudian ia diikuti oleh Syiah. Umar mengatakan dia dan rakan-rakannya mempunyai al-Quran dan ia diikuti oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.

Ini bererti Muslimin ada dua al-Qur’an; satu dimiliki oleh Ali as dan yang kedua dimiliki oleh Umar dan rakan-rakan?

Sebenarnya Muslimin mempunyai satu al-Qur’an seperti al-Qur’an dihadapan kita sekarang. Ali as sendiri memberi jaminan bahawa al-Qur’an sekarang (mushaf Uthman) ini adalah cukup untuk seseorang mendapat kebahagian di Akhirat. Al-Qur’an yang disusun oleh Ali merupakan teks dan syarahan tentangnasikhmansukh dan lain,tetapi  dari sudut teks adalah sama dengan al-Qur’an yang ada pada kita sekarang.


Syiah mempercayai al-Qur’an yang ada sekarang

Lantaran itu Syi'ah mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang adalah benar dan mereka beramal dengannya. Tetapi ianya tidak dinafikan bahawa terdapat kitab-kitab karangan ulama Syi'ah yang telah mencatat tentang kurang atau lebihnya ayat-ayat al-Qur'an yang ada sekarang, tetapi ia merupakan kajian akademik semata-mata.

Oleh itu riwayat-riwayat tentang penambahan dan kekurangan al-Qur'an telah ditolak oleh ulama Syi'ah Imamiyah mazhab Ja'fari dahulu dan sekarang. Syaikh al-Saduq (w. 381H) menyatakan "i'tiqad kami bahawa al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad (s.aw) dan keluarganya ialah di antara dua kulit (buku) iaitu al-Qur'an yang ada pada orang ramai dan tidak lebih dari itu. Setiap orang yang mengatakan al-Qur'an lebih dari itu adalah suatu pembohongan." (I'tiqad Syaikh al-Saduq, hlm. 93).

 Syaikh al-Mufid (w. 413H) menegaskan bahawa al-Qur'an tidak kurang sekalipun satu kalimah, satu ayat ataupun satu surah (Awa'il al-Maqalat, hlm. 55). Syarif al-Murtadha (w. 436H) menyatakan al-Qur'an telah dijaga dengan rapi kerana ia adalah mu'jizat dan sumber ilmu-ilmu Syarak, bagaimana ia boleh diubah dan dikurangkan? Selanjutnya beliau meyatakan orang yang mengatakan al-Qur'an itu kurang atau lebih tidak boleh dipegang pendapat mereka (al-Tabrasi, Majma' al-Bayan, I, hlm. 15). Syaikh al-Tusi (w. 460H) menegaskan bahawa pendapat mengenai kurang atau lebihnya al-Qur'an adalah tidak layak dengan mazhab kita (al-Tibyan fi Tafsir al-Qur'an, I, hlm.3). Begitu juga pendapat al-Allamah Tabataba'i dalam Tafsir al-Mizan, Jilid 7, hlm. 90.

Demikianlah sebahagian daripada pendapat-pendapat ulama Syi'ah dahulu dan sekarang yang mengaku kesahihan al-Qur'an yang ada pada hari ini. Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata,"Apabila datang kepada kamu dua hadis yang bertentangan maka hendaklah kamu membentangkan kedua-duanya kepada Kitab Allah dan jika ianya tidak bertentangan dengan Kitab Allah, maka ambillah dan jika ianya bertentangan Kitab Allah, maka tinggalkanlah ia" (Syaikh, al-Ansari, al-Rasa'il, hlm. 446).

Kata-kata Imam Ja'far al-Sadiq itu menunjukkan al-Qur'an yang wujud sekarang ini adalah al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi (s.a.w) tanpa tambah dan kurang jika tidak, ianya tidak menjadi rujukan kepada Muslimin untuk membentangkan hadis-hadis Nabi (s.a.w) yang sampai kepada mereka. Oleh itu mazhab Syi'ah Ja'fari samalah dengan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dari segi menjaga al-Qur'an dari penyelewengan, tetapi apa yang anehnya ialah terdapat banyak riwayat di dalam buku-buku Sahih Ahli Sunnah sendiri yang mencatatkan bahawa al-Qur'an telah ditambah, dikurang dan ditukarkan, di antaranya seperti berikut:

(i). Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan (Surah al-Lail (92):3 telah ditambah perkataan "Ma Khalaqa" Justeru itu ayat yang asal ialah "Wa al-Dhakari wa al-Untha" tanpa "Ma Khalaqa". Hadith ini diriwayatkan oleh Abu al-Darda', kemudian ianya dicatat pula oleh Muslim, Sahih,I,hlm. 565; al-Turmudhi,Sahih, V, hlm. 191.

(ii). Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191 menyatakan (Surah al-Dhariyat (51):58 telah diubah dari teks asalnya "Inni Ana r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa r-Razzaq" iaitu teks sekarang.

(iii). Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 224 meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari,"Kami membaca satu surah seperti Surah al-Bara'ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah lupa, hanya aku mengingati sepotong dari ayatnya,"Sekiranya anak Adam (manusia) mempunyai dua wadi dari harta, nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan dengan tanah."

(iv). Al-Suyuti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa 'Aisyah menyatakan Surah al-Ahzab (33):56 pada masa Nabi (s.aw) adalah lebih panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata,"Iaitu sebelum Uthman mengubah mushaf-mushaf."

(v). al-Muslim, Sahih, II, hlm. 726, meriwayatkan bahawa Abu Musa al-Asy'ari membaca selepas Surah al-Saf (61):2, "Fatuktabu syahadatan fi A'naqikum..."tetapi ianya tidak dimasukkan ke dalam al-Qur'an sekarang.

(vi). Al-Suyuti, al-Itqan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama "al-Khal" dan "al-Hafd" telah ditulis dalam mushaf Ubayy bin Ka'b dan mushaf Ibn 'Abbas, sesungguhnya 'Ali AS mengajar kedua-dua Surah tersebut kepada Abdullah al-Ghafiqi, 'Umar dan Abu Musa al-Asy'ari juga membacanya.

(vii). Malik, al-Muwatta', I, hlm. 138 meriwayatkan dari 'Umru bin Nafi' bahawa Hafsah telah meng'imla' "Wa Salati al-Asr" selepas Surah al-Baqarah (2): 238 dan ianya tidak ada dalam al-Qur'an sekarang. Penambahan itu telah diriwayatkan juga oleh Muslim, Ibn, Hanbal, al-Bukhari, dan lain-lain.

(viii). Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an iaitu "La Targhabu 'an Aba'ikum" tetapi ianya tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.

(ix). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm. 180 meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa dia berkata,"Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah (s.a.w) sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa 'Uthman menulis mushaf ianya tinggal 173 ayat sahaja."

(x). Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 192 mencatatkan bahawa di sana terdapat ayat yang tertinggal selepas Surah al-Ahzab (33):25 iaitu "Bi 'Ali bin Abi Talib". Jadi ayat yang dibaca, "Kafa Llahul Mu'minin al-Qital bi 'Ali bin Abi Talib."

(xi). Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 mencatat riwayat daripada 'Aisyah RD dia berkata: ayat al-Radha'ah sebanyak  10 kali telah diturunkan oleh Allah dan ianya ditulis dalam mushaf di bawah katilku, tetapi manakala wafat Rasulullah (s.a.w) dan kami sibuk dengan kewafatannya, maka ianya hilang.

(xii). Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat daripada 'Abdullah bin 'Umar, daripada bapanya 'Umar bin al-Khattab, dia berkata,"Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti sebahagian al-Qur'an telah hilang.

Demikianlah di antara catatan para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah mengenai al-Qur'an sama ada lebih atau kurang di dalam buku-buku Sahih dan muktabar mereka. Bagi orang yang mempercayai bahawa semua yang tercatat di dalam sahih-sahih tersebut adalah betul dan wajib dipercayai, akan menghadapi dilema, kerana kepercayaan sedemikian akan membawa mereka kepada mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang tidak sempurna, sama ada berkurangan atau berlebihan. Jika mereka mempercayai al-Qur'an yang ada sekarang adalah sempurna - memang ianya sempurna - ini bererti sahih-sahih mereka tidak sempurna dan tidak sahih lagi. Bagi Syi'ah mereka tidak menghadapi dilema ini kerana mereka berpendapat bahawa bukan semua riwayat di dalam buku-buku mereka seperti al-Kafi, al-Istibsar fi al-Din dan lain-lain adalah sahih, malah terdapat juga riwayat-riwayat yang lemah.

Dengan itu Wahabi tidak lagi menganggap Syi'ah mempunyai al-Qur'an 'lebih atau kurang' isi kandungannnya kerana Syiah sendiri menolaknya. Dan ianya telah dicatat di dalam buku-buku Sahih dan muktabar Ahli Sunnah tetapi mereka juga menolaknya. Dengan demikian Syi'ah dan Ahli Sunnah adalah bersaudara di dalam Islam dan mereka wajib mempertahankan al-Qur'an. Hanya Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah tidak dapat mempertahankan kemaksuman al-Qur’an sepenuhnya 100%  dari sudut amali, kerana mereka lebih mentaati para sahabat yang menyalahi hukum al-Qur’an dan menjadikan Sunnah mereka pula sebagai pegangan mereka. (Sila lihat lampiran).

Justeru jika ada Syiah yang menyatakan hanya Ali as yang menghimpun al-Qur’an dengan sempurna kerana ia mengandungi nasikh dan mansukhnya adalah kerana (i) Ali as adalah orang yang dilantik oleh Rasulullah (s.a.w) sebagai penggantinya selepasnya (ii) Ali as sendiri telah berkata sedemikian.  (iii)) Ali  as adalah Ahlu l-Bait Rasulullah yang disucikan di dalam firman-Nya Surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu (‘an-kum) wahai Ahlul-Bait dan membersihkan kamu (kum) sebersih-bersihnya”. Ayat ini menjamin bahawa Ali as antara mereka yang disucikan oleh Allah swt

(iv) Ali as adalah termasuk di dalam Hadis Al-Thaqalaini Nabi (s.a.w) bersabda: “Sesungguhnya aku hampir dipanggil, maka aku akan menyahutinya, dan sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian al-thaqalaini (dua perkara yang berharga-penyelamat); Kitab Allah merupakan tali Allah (hablu llah) daripada langit ke bumi dan keluargaku Ahli Baiti (‘itrati ahli baiti). Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Bijak telah berfirman kepadaku bahawa sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah (lan yaftariqaa) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di kolamku (haudhi). Justeru kalian perhatikanlah bagaimana kalian menggantikan aku (mentaati aku) pada kedua-duanya” (Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, iii,17, 26, 96).

Hadis ini menjamin Ahlu l-Bait Rasulullah (s.a.w) sebagai rujukan Muslimin selepas Kitab Allah. Justeru Ali as adalah daripada mereka yang dijamin di dalam hadis itu. Adapun para sahabat kedudukan mereka adalah tidak setaraf dengan Ahlu l-Bait Rasulullah (s.a.w) kerana mereka tidak disucikan dan tidak dijamin sebagai rujukan umat menurut al-Qur’an dan Hadis Rasulullah(s.a.w).
(v) Khalifah Umar mengakui kekurangan ilmunya terutamannya jika dibandingkan dengan Ali (a.s). Pengakuan-pengakuannya telah dicatat di dalam buku-buku Ahli Sunnah. Di antaranya Umar berkata:

(i) Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."

(ii) Wahai Tuhanku! Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abu l-Hassan tidak ada."

(iii)."Wanita telah lemah melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."

(iv) "Anak lelaki al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi Talib."

(v) "Kembalikan percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."

(vi) "Aku memohon perlindungan dengan Allah dari sebarang permasalahan di mana Abu l-Hassan tidak ada."[Lihat umpamanya al-Tabari, Dhakai'r al-Uqba, hlm. 81; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288].

Oleh itu orang yang paling alim menghimpun al-Qur’an itu adalah lebih baik dan lebih dipercayai dari sudut akademiknya daripada orang yang kurang alim. Justeru Fatwa no.20 (

vi) hendaklah dimansuhkan.

____________________________________________

15.  Menghalalkan Nikah Mut‘ah dan Mengamalkan Nikah Mut‘ah (fatwa bertindih).

Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah [al-Suyuti,Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] 

Kenyataan al-Suyuti bererti:

(i) Nikah mut'ah adalah halal menurut Islam.

(ii) Khalifah Umarlah yang mengharamkan nikah mut'ah yang telah dihalalkan pada masa Rasulullah (s.a.w), Khalifah Abu Bakar dan pada masa permulaan zaman Khalifah Umar.

(iii) Umar mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau membatalkan hukum nikah mut'ah sekalipun ianya halal di sisi Allah dan Rasul-Nya. Al-Suyuti seorang Mujaddid Ahli Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah mut'ah adalah halal, kerana pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan RasulNya. Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan kata-kata Umar sendiri.

Sebenarnya para ulama Ahli Sunnah sendiri telah mencatat bahawa Umarlah yang telah mengharamkan nikah mut'ah seperti berikut:

(i) Al-Baihaqi di dalam al-Sunan, V, hlm. 206, meriwayatkan kata-kata Umar, Dua mut'ah yang dilakukan pada masa Rasulullah (s.a.w),  tetapi aku melarang kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya, iaitu mut'ah perempuan dan mut'ah haji.

(ii) Al-Raghib di dalam al-Mahadarat, II, hlm. 94 meriwayatkan bahwa Yahya bin Aktam berkata kepada seorang syeikh di Basrah: Siapakah orang yang anda ikuti tentang harusnya nikah mut'ah. Dia menjawab: Umar al-Khatab. "Dia bertanya lagi, Bagaimana sedangkan Umarlah orang yang melarangnya. Dia menjawab: Mengikut riwayat yang sahih bahawa dia menaiki mimbar masjid dan berkata:Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah menghalalkan untuk kalian dua mut'ah tetapi aku aku mengharamkan kedua-duanya (mut'ah perempuan dan mut'ah haji). Maka kami menerima kesaksiannya tetapi kami tidak menerima pengharamannya."

(iii) Daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata: "Kami telah melakukan nikah mut'ah dengan segenggam kurma dan gandum selama beberapa hari pada masa Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar melarang dan mengharamkannya dalam kes Umru bin Harith. [Muslim, Sahih, I, hlm. 395; Ibn Hajar, Fatih al-Bari, IX, hlm.41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VIII, hlm.294].

(iv) Daripada Urwah bin al-Zubair, Sesungguhnya Khaulah bt. Hakim berjumpa Umar al-Khattab dan berkata: Sesungguhnya Rabiah bin Umaiyyah telah melakukan nikah mut'ah dengan seorang perempuan, kemudian perempuan itu mengandung, maka Umar keluar dengan marah dan berkata: "Sekiranya aku telah memberitahukan kalian mengenainya awal-awal lagi nescaya aku merejamnya."Isnad hadis ini adalah thiqah, dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwatta', II, hlm. 30; al-Syafi'i, al-Umm, VII, hlm. 219; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 206]

(v) Kata-kata Ali (a.s), "Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut'ah nescaya tidak seorang pun berzina melainkan orang yang celaka."[al-Tabari, Tafsir, V, hlm. 9; Fakhruddin al-Razi,Mafatih al-Ghaib, III, hlm.200; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm.140].

Kata-kata Ali (a.s) ini menolak dakwaan orang yang mengatakan bahawa Ali telah melarang nikah mut'ah kerana beliau tidak memansuhkan ayat di dalam Surah al-Nisa' (4):24.

(vi) Daripada Ibn Juraij, daripada 'Ata' dia berkata: Aku mendengar Ibn Abbas berkata: Semoga Allah merahmati Umar, mut'ah adalah rahmat Tuhan kepada umat Muhammad dan jika ia tidak dilarang (oleh Umar) nescaya seorang itu tidak perlu berzina melainkan orang yang celaka."[al-Jassas, al-Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 179; al-Zamakhshari, al-Fa'iq, I, hlm. 331;al-Qurtubi, Tafsir, V, hlm. 130].

Riwayat Ibn Abbas tersebut menafikan dakwaan orang yang mengatakan Ibn Abbas telah menarik balik kata-katanya mengenai mut'ah. Walau bagaimanapun halalnya mut'ah tidak berpandu kepada pendapat Ibn Abbas tetapi berpandu kepada Surah al-Nisa (4): 24 yang tidak dimansuhkan.

Di sini disebutkan nama-nama sahabat dan tabi'in yang telah mengamalkan nikah mut'ah atau mempercayai ia halal seperti berikut:

(i). Umran b. al-Hasin.
(ii). Jabir b. Abdullah.
(iii). Abdullah b. Mas'ud.
(iv). Abdullah b. Umar.
(v). Muawiyah b. Abi Sufyan.
(vi). Abu Said al-Khudri.
(vii). Salman b. Umaiyyah b, Khalf
(viii). Ma'bad b. Umaiyyah.
(ix). al-Zubair bin al-Awwam yang mengahwini Asma' bt Khalifah Abu Bakar secara mut'ah selama tiga tahun dan melahirkan dua orang anak lelaki bernama Abdullah  dan Urwah.
(x). Khalid b. Muhajir.
(xi). Umru b. Harith.
(xii). Ubayy b. Ka'ab.
(xiii). Rabi'ah b. Umaiyyah.
(xiv). Said b. Jubair.
(xv). Tawwus al-Yamani.
(xvi). 'Ata' Abu Muhammad al-Madani.
(xvii). al-Sudi.
(viii). Mujahid.
(ix). Zufar b. Aus al-Madani.
(xx). Ibn Juraij.
(xxi). Ali bin Abi Talib.
(xxii). Umar b. al-Khattab sebelum dia mengharamkannya dan diakui oleh anaknya Abdullah bin Umar.

Nama-nama tersebut adalah diambil dari buku-buku Hadis Ahli Sunnah dan lain-lain di mana saya tidak memberi rujukan lengkap kerana kesempitan ruang, lihatlah umpamanya buku-buku sahih bab nikah mut'ah dan lain-lain. Di sini diperturunkan pendapat-pendapat Ahli Sunnah yang mengatakan nikah mut'ah telah dimansuhkan, kemudian, diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan kembali. 

Ia mempunyai 15 pendapat yang berbeza-beza seperti berikut:

(i). Nikah mut'ah diharuskan pada permulaan Islam, kemudian Rasulullah (s.a.w)  menegahnya di dalam Peperangan Khaibar.

(ii).Ia boleh dilakukan ketika darurat di masa-masa tertentu kemudian diharamkan pada akhir tahun Haji Wida'.

(iii). Ia diharuskan selama 3 hari sahaja.

(iv). Diharuskan pada tahun al-Autas kemudian diharamkan.

(v). Diharuskan pada Haji Wida' kemudian ditegah semula.

(vi). Diharuskan, kemudian diharamkan pada masa pembukaan Mekah.

(vii). Ia harus, kemudiannya ditegah dalam Perang Tabuk.

(viii). Diharuskan pada pembukaan Mekah dan diharamkan pada hari itu juga.

(ix). Ia dihalalkan pada Umrah al-Qadha'.

(xi). Ia tidak pernah diharuskan di dalam Islam. Pendapat ini bertentangan dengan al-Qur'an, Sunnah Nabi (s.a.w), Ahlul Baytnya dan sahabat-sahabat.

(xi).Ia diharuskan kemudian dilarang pada Perang Khaibar kemudian diizin kembali pada masa pembukaan Mekah kemudian diharamkannya selepas tiga hari.

(xii).Diharuskan pada permulaan Islam kemudian diharuskan pada Perang Khaibar kemudian diharuskan pada Perang Autas, kemudian diharamkan.

(xiii). Diharuskan pada permulaan Islam pada tahun Autas, pembukaan Mekah dan Umrah al-Qadha' dan diharamkan pada Peperangan Khaibar dan Tabuk.

(xiv).Ia telah diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan kemudian dimansuhkan.

(xv).Diharuskan 7 kali, dimansuhkan 7 kali, dimansuhkan pada Peperangan Khaibar, Hunain, 'Umra al-Qadha', tahun pembukaan Mekah, tahun Autas, Peperangan Tabuk dan semasa Haji Wida'.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 183; Muslim, Sahih, I, hlm. 394;Ibn Hajr, Fath al-Bari, IX, hlm. 138; al-Zurqani, Syarh al-Muwatta', hlm. 24].

Lihatlah bagaimana perselisihan pendapat telah berlaku tentang nikah mut'ah di mana mereka sendiri tidak yakin bilakah ia dimansuhkan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun pendapat-pendapat tersebut memberi erti bahawa hukum nikah mut'ah boleh dipermainkan-mainkan kerana ia mengandungi beberapa proses pengharusan dan pengharaman, oleh itu ianya tidak mungkin dilakukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ianya telah dilakukan oleh al-Zubair bin al-Awwam dengan Asma' bt. Khalifah Abu Bakar selama tiga tahun dan melahirkan dua orang anak mut'ah.

Sebenarnya pengharusan nikah mut'ah itu berasal daripada al-Qur'an, firman-Nya (Surah al-Nisa (4):24: "Maka isteri-isteri kamu yang kamu nikmati (mut'ah) di atas mereka, berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajipan." Menurut al-Zamakhsyari, ayat ini adalah Muhkamah, iaitu tidak dimansuhkan [al-Kasysyaf, I, hlm. 190] iaitu nikah mut'ah adalah halal.

Al-Qurtubi menyatakan, penduduk Mekah banyak melakukan nikah mut'ah [Tafsir,V, hlm. 132]. Fakhruddin al-Razi berkata:"Mereka berselisih pendapat tentang ayat ini, sama ada ia dimansuhkan ataupun tidak, tetapi sebahagian besar berpendapat ayat ini tidak dimansuhkan dan nikah mut'ah adalah harus. [Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 200] Abu Hayyan berkata: Selepas menukilkan hadis yang mengharuskan nikah mut'ah, sekumpulan daripada Ahlu l- Bait dan Tabi'in berpendapat nikah mut'ah adalah halal. Ibn Juraij (w.150H) pula berpendapat bahawa nikah mut'ah adalah harus. Imam Syafi'I menegaskan bahawa Ibn Juraij telah bernikah mut'ah dengan 72 orang perempuan, sementara al-Dhahabi pula menyatakan Ibn Juraij telah bermut'ah dengan 90 orang perempuan.[Tadhib al-Tahdhib, VI, hlm. 408].

Perhatikanlah bahawa Ibn Juraij adalah seorang daripada Tabi'in dan imam masjid Mekah, telah berkahwin secara mut'ah dengan 90 orang perempuan dan dia juga telah meriwayatkan hadis yang banyak di dalam sahih-sahih Ahli Sunnah seperti Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ini bererti kitab-kitab sahih tersebut telah dikotori (mengikut bahawa lawan) dan ia tidak menjadi sahih lagi sekiranya orang yang melakukan nikah mut'ah itu dianggap penzina.

Ayat tersebut tidak dimansuhkan oleh Surah al-Mukminun ayat 6 dan Surah al-Ma'arij: 30, kerana kedua-dua ayat tersebut adalah Makkiyyah dan ayat Makkiyyah tidak boleh memansuhkan ayat Madaniyyah, begitu juga ia tidak boleh dimansuhkan dengan ayat al-Mirath (pusaka) kerana dalam nikah biasa sekalipun mirath tidak boleh berlaku jika si isteri melakukan nusyuz terhadap suaminya atau isterinya seorang kitabiyah. Sebagaimana juga ia tidak boleh dimansuhkan dengan ayat Talaq, kerana nikah mut'ah dapat ditalak (dapat dibatalkan) dengan berakhirnya masa. Ia juga tidak boleh dimansuhkan dengan hadis mengiku jumhur ulama.

Imam Zulfar berpendapat walaupun ditetapkan, tetapi ia tidak membatalkan akad nikah. Imam Malik pula mengatakan nikah mut'ah adalah harus hingga terdapatnya dalil yang memansuhkannya. Imam Muhammad al-Syaibani mengatakan nikah mut'ah adalah makruh. [al-Sarkhasi, al-Mabsut, V, hlm. 160] Demikianlah beberapa pendapat yang menunjukkan nikah mut'ah adalah harus tetapi ia diharamkan oleh Khalifah Umar al-Khattab. 

Adapun syarat-syarat nikah mut'ah menurut Islam adalah seperti berikut:

i. Mahar.
ii. Ajal (tempoh)
iii. Akad yang mengandungi ijab dan kabul dan ianya sah dilakukan secara wakil
iv. Perceraian selepas tamatnya tempoh
v. Iddah
vi. Sabitnya nasab (keturunan)
vii. Tidak sabitnya pusaka di antara suami dan isteri jika ia tidak syaratkan.

Inilah syarat-syarat nikah mut'ah mengikut Ahli Sunnah dan Syiah dan inilah yang telah dilakukan oleh para sahabat dan tabi'in. Adapun kata-kata bahawa 'nikah mut'ah boleh dilakukan dengan isteri orang' adalah satu pembohongan yang besar dan ianya menyalahi nas. Oleh itu para Imam Ahlul Bait (a.s) dan para ulama Syiah mengharamkannya. Disebabkan ijab sebarang nikah, sama ada nikah mut'ah ataupun da'im (biasa) adalah dipihak perempuan atau wakilnya, maka perempuan tersebut atau wakilnya mestilah mengetahui bahawa 'dia' bukanlah isteri orang, jika tidak, ia tidak boleh melafazkan ijab, "aku nikahkan diriku akan dikau dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit selama tiga tahun."Umpamanya lelaki menjawab: Aku terimalah nikah.

Imam Baqir dan Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berkata bahawa pihak lelaki tidak wajib bertanya adakah si perempuan itu isteri orang atau tidak, kerana sudah pasti mengikut hukum syarak perempuan yang akan berkahwin mestilah bukan isteri orang. Jika didapati ia isteri orang maka nikah mut'ah atau nikah biasa itu adalah tidak sah. Walau bagaimanapun adalah disunatkan seorang itu bertanya keadaan perempuan itu sama ada masih isteri orang atau sebagainya.

Mengenai wali Ahli Sunnah tidak sependapat sama ada wali adalah wajib bagi perempuan yang ingin berkahwin. Abu Hanifah umpamanya menyatakan wali adalah tidak wajib bagi janda dan anak dara yang sudah akil baligh dengan syarat ia berkahwin dengan seorang yang sekufu dengannya. [Malik, al-Muwatta', I, hlm. 183]. Abu Yusuf dan al-Syaibani pula berpendapat wali adalah perlu tetapi bapa tidak ada hak untuk memaksa anak perempuannya melainkan ia di bawah umur.[Ibn Hazm, al-Muhalla, hlm. 145].

Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) berpendapat wali tidak wajib dalam nikah kecuali bagi anak dara. Tetapi ia adalah digalakkan di dalam semua keadaan bagi penentuan harta dan keturunan.[al-Tusi, Tahdbib al-Ahkam, VII, hlm. 262]

          Sebenarnya idea wali nikah menurut Imam Malik adalah dikaitkan dengan Khalifah Umar al-Khattab yang diriwayatkan oleh Sa'id bin al-Musayyab, bahawa seorang tidak dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran walinya atau keluarganya yang baik atau pemerintah [Sahnun, al-Mudawwannah al-Kubra, IV, hlm. 16].

Mengenai saksi di dalam nikah, Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) tidak mewajibkan saksi di dalam nikah mut'ah atau nikah biasa, tetapi ia disunatkan berbuat demikian bagi pengurusan harta dan penentuan nasab keturunan.[al-Tusi, al-Istibsar, III, hlm. 148]

Tidak terdapat di dalam al-Qur'an ayat yang mewajibkan wali dan saksi di dalam nikah, umpamanya firman Allah dalam Surah al-Nisa (4):3....."maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan empat." Ini bererti Allah tidak mewajibkan saksi dan wali di dalam perkahwinan kerana untuk memberi kemudahan kepada umat manusia tetapi Dia mewajibkan saksi di dalam perceraian, firman-Nya dalam Surah al-Talaq (65):2...."Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu."

              Imam Ja'far al-Sadiq (a.s) mengatakan bahawa dua saksi di dalam talak adalah wajib. Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa saksi adalah digalakkan, lantaran itu hadis "Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan dua orang saksi" adalah hadis yang lemah. Itulah nikah mut'ah yang dipercayai oleh mazhab Ja'fari dan ia adalah sama seperti yang dilakukan pada zaman Nabi (s.a.w)  dan zaman sahabatnya, dengan penjelasan ini, semoga ianya dapat dibezakan di antara pelacuran dan nikah mut'ah.

Kesimpulannya, nikah mut'ah adalah halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah al-Nisa (4):24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya Khalifah Umar sahaja yang memansuhkan nikah mut'ah pada masa pemerintahannya. Oleh itu ijtihadnya adalah menyalahi nas, dengan itu kata-kata al-Suyuti bahawa Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah adalah wajar dan menepati nas. 

Walau bagaimanapun kami sekali-kali tidak menggalakkan sesiapa pun untuk melakukannya walau di mana sekalipun , tetapi Wahabi mempunyai nikah lain yang bernama Nikah Misyar (nikah perjalanan). 

Di Malaysia dianggarkan lebih kurang 2500 anak yang dilahirkan diluar nikah setiap bulan yang mana 75% peratus daripadanya adalah orang Melayu. 

Mereka menghadapi kesulitan di dalam pendaftaran anak-anak mereka kerana tidak mempunyai bapa yang sah (Harakah). Kami kira JAIS lebih mengetahui dengan statistik ini daripada kami khususnya apabila ia dirujukkan ke Jabatan Pendaftaran Negara. 

Dan 75% peratus orang Melayu ini adalah beragama Islam yang  menganuti fahaman/pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah 

(Sila rujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara atau JAIS).

____________________________________________

16.  Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah swt.

Bahawa sesungguhnya Imam Ali as tidak disama tarafkan dengan Allah oleh Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah apabila dia berkata: “Akulah yang awal dan akhir dan akulah yang zahir dan batin” kerana dia bermaksud dialah yang paling awal menerima agama Islam, dan yang terakhir mengkafan jenazah Rasulullah (s.aw), dia mengetahui ilmu zahir dan batin kerana dia diajar seribu bab oleh Rasulullah (s.a.w) dan setiap satu bab akan berpecah kepada seribu bab yang lain pula.

            Ketinggian  ilmu  dan bahasa yang diucapkan  oleh  Amir  al-Mukminin  `Ali  b.  Abi Talib terserlah  di  dalam  ucapan-ucapan beliu[1]
di mana pada suatu hari beliau diminta  oleh  sebahagian  para  sahabatnya supaya memberitahu mereka  tentang  keilmuannya. Amir al-Mukminin menjawab: Sesungguhnya ucapanku sukar dan menyukarkan (Sa`bun wa Mustas`abun) di mana ia tidak  akan  difahami melainkan oleh  orang  yang alim  (al-`Alimun). Tetapi  mereka  mendesak  beliau  supaya memberi suatu  ucapan  kata-kata  hikmah kepada  mereka. 

            Lalu beliau menjemput mereka ke rumahnya, kemudian  beliau  berucap: Akulah yang telah tinggi (`Alautu), maka akulah yang memaksa, (Qahartu); akulah yang menghidupkan (Uhyi) dan mematikan (Umitu), akulah yang pertama (al-Awwal) dan  terakhir (al-Akhir), Zahir (al-Zahir) dan batin (al-Batin). Lantas  mereka  memarahi beliau dan  berkata:  Beliau  telah kafir  (kafara) lalu mereka berdiri untuk keluar  dari  rumahnya. `Ali  a.s  berkata kepada pintu: Wahai pintu,  peganglah  mereka.  Maka pintu itu tertutup dengan sendiri. Beliau berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada kalian bahawa ucapanku sukar dan  menyukarkan, di mana ia tidak dapat difahami melainkan oleh orang yang alim?  Datang kemari, aku akan menjelaskannya kepada kalian.

            Adapun ucapanku: Akulah yang telah tinggi  (`Alautu), maka akulah  yang  telah  memaksa (Qahartu), maka  akulah  yang  telah meninggikan (Alautu) kalian dengan pedangku ini. Maka aku memaksa (Qahartu)  kalian sehingga kalian beriman  kepada  Allah  dan Rasul-Nya. Adapun ucapanku: Akulah yang menghidupkan (Uhyi) dan mematikan  (Umitu),  maka akulah yang menghidupkan (Uhyi) Sunnah  dan mematikan (Umitu) bid`ah. Adapun ucapanku: Akulah yang pertama (al-Awwal), maka akulah orang  yang pertama (al-Awwal) beriman kepada Allah  dan  memeluk Islam.

Adapun ucapanku: Akulah orang yang terakhir (al-Akhir), maka akulah orang yang terakhir(al-Akhir) mengenakan pakaian ke  atas  Nabi (s.`a.w.) dan mengkafankannya. Adapun  ucapanku: Akulah zahir (al-Zahir)  dan  batin  (al-Batin), maka di sisi akulah ilmu zahir dan batin. Kemudian para sahabatnya mengeluh seraya berkata: Anda telah menyelamatkan kami semoga Allah menyelamatkan anda[2].

       Jikalaulah sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin `Ali a.s  sukar  untuk memahami ucapan-ucapan beliau, orang-orang di  zaman kita  ini  lebih  sukar untuk memahaminya. Justeru  itu  mereka melontarkan  kata-kata kafir kepada Syi`ah Amir al-Mukminin `Ali a.s pula dengan alasan Amir al-Mukminin `Ali tidak berkata  demikian.   Hanya Syi`ah `Ali sahaja yang mengaitkan ucapan tersebut. Perbezaannya yang pertama (sebahagian para sahabat`Ali a.s) mengkafirkan `Ali sendiri kerana ucapannya. Sementara  orang-orang  Islam tertentu di zaman ini, menafikan kata-kata  itu  dikaitkan  kepada  `Ali a.s. 

             Sebaliknya menyatakan  bahawa  ucapan tersebut  hanya  direka-reka oleh Syi`ah (`Ali).  Lantas  mereka mengkafirkan  Syi`ah. Jikalaulah mereka  benar-benar mengetahui bahawa  ucapan  tersebut datangnya daripada `Ali a.s  sendiri, kemungkinan mereka akan melakukan perkara yang sama  sebagaimana yang  telah dilakukan oleh sebahagian para sahabat `Ali  terhadap beliau sendiri kerana mereka bukanlah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu yang tinggi, malah mereka hanya  dapat  memahami sesuatu secara mendatar.  Meskipun begitu mereka adalah sahabat Amir al-Mukminin `Ali dan kemungkinan di kalangan mereka  adalah  sahabat Rasulullah (s.`a.w.)sendiri.

Hanya Wahabi sahaja yang beranggapan sedemikian kerana mereka menolak ilmu batin. Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah pula menjadikan (Sunnah) Abu Bakar, Umar dan Uthman lebih tinggi dan mulia daripada (hukum) Allah dari sudut amali. Soalannya: Siapakah yang menyeleweng menurut al-Qur’an?

  
[1] Lihat umpamanya Syarif Radi, Nahj al-Balaghah , Beirut 1973.

[2] Syaikh  al-Mufid, al-Ikhtisas,  t.t.,  hlm. 163;  al-Majlisi, Bihar al-Anwar, Tehran 1958, IX, hlm. 645; Lihat juga al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 292-293.

Penjaga al-Haramain (Makkah dan Madinah) adalah Wahabi.

----------------------------------------------------------------------
1. Penjaga al-Haramain (Makkah dan Madinah) adalah Wahabi.
2. Penjaga Bait al-Muqaddas adalah Yahudi. 
-----------------------------------------------------------------------
Ahli Sunnah Wal-Jama'ah tidak menjadi penjaga kepada ketiga-tiganya semenjak Wahabi dan Yahudi menguasai ketiga-tiganya. 

Dan Kebanyakan pemerintah sunni menyokong Wahabi dan Israel kerna kepentingan duniawi.
------------------------------------------------------------------------

 Sejenak Berfikir !
-------------------
Syria merupakan garis merah Iran. Ini bererti Iran akan terlibat dalam peperangan di Syria. Israel bercita-cita memerangi Iran dan inilah peluangnya untuk melakukan sedemikian. 

Dunia Islam Sunni-Wahabi bersama Amerika dan Yahudi. Rusia akan mengalah kepada Amerika akhirnya kerna dasar komunis barat biasanya akan tunduk kepada kepentingan diri. 
------------------
Selagi kuasa barat tidak menyerang Syiah Iran sebagaimana dilakukan di Iraq, maka Iran boleh berdiam diri (taqiyyah) kerna takut dimusnahkannya. 
------------------
Soalannya adakah ini akan berlaku?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar