Al-Ikhtisas (3)

_____________________________________________
BAHAGIAN 3 (AKHIR)

Di Sisi Mereka Kitab-kitab Para Nabi
            
       Ibrahim bin Hasyim, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus, daripada Hisyam bin al-Hakam di dalam satu hadis tentang Barihah; seorang Nasrani yang telah datang bersama Hisyam sehingga beliau bertemu dengan Abu al-Hasan a.s, maka beliau berkata: Wahai Barihah, bagaimana keilmuan anda tentang kitab anda? Beliau berkata: Aku mengetahui dengannya (an bi-hi alimun). Beliau berkata: Bagaimana kepercayaan anda dengan takwilnya? Aku tidak yakin keilmuanku tentangnya. Lalu Musa a.s mula membaca Injil, Barihah berkata:Al-Masih telah membaca sedemikian dan bacaan ini tidak dibaca melainkan oleh al-Masih a.s. Kemudian Barihah berkata: Aku telah mencarinya selama lima puluh tahun, lalu beliau menerima Islam di tangannya[1].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Abban bin Uthman al-Fazari, daripada Musa bin Akil al-Namiri, berkata: Kami telah datang di pintu Abu Ja‘far a.s, lalu kami meminta kebenarannya, tiba-tiba kami telah mendengar suara dibaca di dalam bahasa Ibrani, lantas kami menangis apabila kami mendengar suaranya, kami telah menyangka  bahawa beliau telah mengutus  kepada seorang lelaki ahlu l-Kitab untuk membaca ke atasnya. Maka kami telah masuk, tetapi kami tidak melihat seorang pun di sisinya, kami berkata: Aslaha-ka l-Lahu, kami telah mendengar di dalam bahasa Ibrani, kami telah menyangka bahawa anda telah mengutus kepada seorang lelaki di kalangan ahlu l-Kitab supaya membacanya untuk anda.
       Beliau berkata: Tidak, tetapi aku telah menyebut munajatnya, maka aku telah menangis kerananya, kami berkata: Apakah munajatnya? Beliau berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan mengazabkan aku selepas segala ibadat aku yang berpanjangan kepada Engkau (ya rabb a tura-ka  mu‘adhdhibi ba‘da tuli qiyami la-ka wa ‘ibadati iyya-ka), Engkau akan menyeksa aku selepas solatku kepada-Mu(wa mu‘adhdhibi  ba‘da salati la-ka), beliau mulai menghitung amalan-amalannya, maka Allah telah mewahyukan kepadanya bahawa Aku tidak akan mengazabkan kamu, lalu beliau berkata: Wahai Tuhanku, apakah yang menghalang Engkau berfirman: Tidak, selepas ya, sedangkan aku adalah hamba Engkau (ana ‘abdu-ka), dan di dalam genggaman Engkau. Maka Allah telah mewahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya Aku apabila Aku berfirman sesuatu, maka Aku menunaikannya (inni idha qultu qaulan wafai-tu)[2].
                      
Mereka Mengetahui Percakapan Burung
             
       Ya‘qub bin Yazid, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada mereka yang meriwayatkannya, daripada Ali bin Ismail al-Maithami, daripada Mansur bin Yunus, daripada Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah berada bersama-sama Ali bin al-Husain a.s di rumahnya. Dan di rumahnya terdapat pohon di mana di atasnya burung-burung sedang berkicau, beliau berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan mereka? Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, beliau berkata: Mereka sedang bertasbih kepada Tuhan mereka, dan sedang mencari rezeki mereka (yusabbihna rabba-hunna wa yatlubna rizqqa-hunna)[3].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Ismail bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah berada bersama-sama Ali bin al-Husain a.s. Apabila burung-burung berterbangan dan berkicauan, maka beliau berkata: Wahai Abu Hamzah, adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh mereka? Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya. Beliau berkata: Mereka sedang mentakdiskan Tuhan mereka, dan memohon kepada-Nya makanan harian mereka(quta yaumi-hinna). Kemudian beliau berkata: Wahai Abu Hamzah, kami telah diajar percakapan burung dan dikurniakan kepada kami setiap sesuatu (‘Ullamna mantiqa al-Tairi wa uti-na  min kulli syai’in)[4].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Khalid bin Muhammad al-Barqi, daripada sebahagian daripada lelakinya secara marfu‘ daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Seorang lelaki telah membaca ayat di dalam Surah al-Naml (27 : 16 “Kami diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu”. Abu Abdullah a.s berkata: Tidak ada padanya “min”, tetapi ia adalah “uti-na kulla syai’in”.
       Daripadanya, daripada Ahmad bin Yusuf, daripada Ali bin Daud al-Haddad, daripada Fudhail bin Yassar, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah berada di sisinya, tiba-tiba  aku melihat kepada sepasang burung merpati di sisinya; yang jantan telah mengeluarkan kata dengan manja dan lembut kepada yang betina (hadala al-Dhakaru  ‘ala al-Untha). Maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh merpati jantan itu? Ia berkata: Wahai sayangku, dan isteriku, Allah tidak mencipta makhluk yang paling aku cintai daripada anda melainkan maulaku Ja‘far bin Muhammad a.s[5].
       Ali bin Ismail bin Isa, daripada Muhammad bin ‘Umru bin Sa‘id al-Zayyat, daripada bapanya, daripada al-Faidh bin al-Mukhtar, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Sulaiman bin Daud a.s berkata: “kami diajar percakapan burung, dan kami dikurniakan daripada setiap sesuatu (min kulli syai’in)”. Demi Allah, kami diajar percakapan burung dan kami dikurniakan setiap sesuatu (kulla syai’in)
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Nadhar bin Syu‘aib, daripada ‘Umar bin Khalifah, daripada Syaibah, daripada al-Faidh, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami dikurniakan setiap sesuatu, sesungguhnya ini adalah kelebihan yang besar.
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada sebahagian daripada sahabatnya berkata:Abu Abdullah a.s telah dihadiahkan dengan tiga ekor burung; fakhitah, wirsyan, dan ra‘ibi, burung yang pertama berkata: Aku telah kehilangan kamu, aku telah kehilangan kamu, maka jauhilah ia sebelum ia meninggalkan kamu, Abu Ja‘far a.s telah memerintahkan supaya ia disembelih. Adapun burung yang kedua berkata: Kamu telah disucikan, kamu telah disucikan, lantas beliau telah memberikannya kepada seorang sahabatnya. Adapun burung yang ketiga, maka  ia berada di sisiku, aku menemaninya.

Mereka Mengetahui Percakapan Binatang-Binatang Yang Lain
            
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahamad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Seekor unta milik seorang lelaki Madinah, apabila ia lanjut usia, seorang daripada mereka berkata: Bagaimana jika kita menyembelihnya? Unta  itu kemudian datang kepada Rasulullah s.a.w, dan mulai mengeluarkan suaranya. Lantas Rasulullah s.a.w mengutus kepada pemiliknya. Apabila beliau datang, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Unta ini telah menyangka bahawa ia pada usia muda sehingga lanjut usianya telah bekerja keras untuk kamu, kemudian kamu mahu menyembelihnya pula, pemiliknya berkata:Ia benar, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu menyembelihnya, maka tinggalkannya dan tinggalkannya[6].
       Daripadanya, daripada al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Abu al-Qasim Abd al-Rahman bin Hammad al-Kufi, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Abu Khalid, berkata: Aku telah keluar  bersama Ali bin al-Husain a.s ke Makkah. Apabila kami telah memasuki al-Abwa’, beliau masih di atas kenderaannya dan aku terus berjalan. Beliau a.s telah terserempak dengan seekor kambing jantan, tiba-tiba seekor kambing betina telah tertinggal dari kumpulan kambing jantan, ia telah mengembek, dan berpaling, tiba-tiba seekor anak kambing betina  telah mengembek untuk mendapatinya, manakala anak kambing betina berdiri, maka kambing betina mengembek, lalu diikuti oleh anak kambing betina itu, maka Ali bin al-Husain a.s berkata: Wahai Abd al-Aziz, apakah yang telah dikatakan oleh kambing betina (al-Na‘jatu) itu? Beliau berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya Beliau berkata: Sesungguhnya ia berkata: Pergilah bersama-sama kambing jantan itu, kerana saudara betinanya pada tahun pertamanya telah tertinggal pada tempat ini, lalu ia telah dimakan oleh serigala (fa-akala-ha al-Dhi’bu)[7].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahmad bin al-Hasan bin Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir, daripada sebahagian daripada  sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Sesungguhnya beberapa ekor serigala telah datang kepada Rasulullah s.a.w kerana menuntut rezekinya (makanannya). Maka beliau s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: Jika kamu setuju maka aku akan  menyelesaikan hal ini dengan cara kamu menyempurnakan tuntutan serigala ini. Dengan itu, ia tidak akan memusnahkan harta kamu walaupun sedikit. Tetapi jika kamu enggan memenuhinya maka ia akan menggangu kamu. Oleh itu, kamu hendaklah mengawal harta kamu? Sahabat berkata: Malah kami enggan sekalipun ia akan menggangu kami sebagaimana yang ia telah lakukan. Kami akan mengawalnya menurut apa yang kami mampu[8].
       Ali bin Muhammad bin al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abu al-Jarud, daripada Ali bin Thabit, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Apabila kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba seekor unta datang berlutut di hadapannya, dan mengeluarkan suaranya, serta berlinang air matanya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Siapakah yang memiliki unta ini? Ada orang berkata: Ia adalah milik seorang Ansar, maka beliau berkata:  Ia milik aku, lalu ia diberikan kepadanya.
       Beliau s.a.w bersabda: Unta anda mengadu dan berkata sesuatu, pemiliknya berkata: Apakah yang dikatakannya? Ia berkata: Anda sentiasa menekannya supaya bekerja keras dan membuatnya lapar, beliau berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, kami akan meringankannya dari kerjanya dan akan mengenyangkannya. Ia benar, wahai Rasulullah s.a.w, kami tidak memiliki unta yang lain selain daripadanya, dan aku adalah seorang  lelaki yang banyak tanggungan. Beliau s.a.w bersabda: Ia berkata kepada anda: Perintahlah aku supaya bekerja keras, dan kenyangkanlah aku, pemiliknya berkata: Ya, wahai Rasulullah s.a.w, kami akan meringankannya dari kerjanya dan akan mengenyangkannya (nukhaffifu ‘an-hu wa nusybi‘-hu), maka unta itu pun berdiri, dan pergi.
       Dengan sanad-sanad ini, daripada Jabir bin Abdullah berkata: Pada suatu hari kami telah berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba seekor unta datang sehingga berlutut di hadapan Rasulullah s.a.w, mengeluarkan suaranya dan air matanya mengalir. Beliau bersabda: Siapakah pemilik unta ini? Mereka berkata: Milik polan. Beliau bersabda: Bawa ia datang ke sini, lalu ia datang, beliau bersabda kepadanya: Unta kamu  menyangka bahawa kamu memeliharanya pada masa kecil, kemudian pada masa besar, kamu memaksanya bekerja, kemudian kamu mahu menyembelihnya pula, maka beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya kami ada walimah, maka kami mahu menyembelihnya pada walimah tersebut. Beliau  bersabda: Tinggalkannya untuk aku, tinggalkannya untuk aku, lalu Rasulullah s.a.w melepaskannya (i‘taqa-hu). Kemudian ia digemukkan sehingga  kulitnya tidak mempunyai ruang lagi.
       Al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w pada suatu hari duduk di kalangan para sahabatnya, tiba-tiba seekor unta telah mendatanginya sehingga ia telah memukul bahagian depan tengkuknya (jirani-hi) ke bumi, dan mengeluarkan suara, maka seorang lelaki di kalangan sahabat berkata: Wahai Rasulullah, adakah unta ini sujud kepada anda? Jika ia sujud kepada anda, maka kami adalah berhak untuk melakukannya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak, malah sujudlah kepada Allah.
       Sesungguhnya unta ini telah datang kerana ia mengadu tentang pemilik-pemiliknya; mereka telah memeliharanya di masa  kecil, dan menggunakannya apabila ia besar, dan apabila umurnya meningkat, mereka mahu menyembelihnya pula, lantaran itu, ia telah mengadu perkara tersebut. Maka seorang lelaki di kalangan sahabat telah mengingkari kata-kata Rasulullah s.a.w, lalu Abu Basir berkata: Adakah lelaki itu ‘Umar? Beliau berkata: Anda yang berkata sedemikian. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Jika aku telah memerintah sesuatu  supaya ia sujud kepada sesuatu, nescaya aku telah memerintah seorang isteri supaya sujud kepada suaminya, kemudian Abu Abdullah a.s mulai berkata: Tiga binatang yang telah bercakap pada masa Rasulullah s.a.w: Unta, serigala, dan lembu betina. Adapun unta, maka percakapannya anda telah mendengarnya. Adapun serigala, maka ia telah datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu mengadu tentang kelaparannya.
       Lantaran itu, beliau telah menyeru para sahabatnya. Beliau s.a.w. telah bercakap kepada mereka mengenai keperluan serigala itu, tetapi sahabat kedekut memenuhi keperluannya(fa-syahhu). Kemudian serigala itu datang pada kali kedua. Lalu ia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w. menyeru sahabatanya. Mereka juga kedekut memenuhi keprluan serigala itu. Kemudian ia telah datang pada kali ketiga, lalu mengadu. Maka beliau s.a.w. menyeru sahabatnya. Tetapi mereka kedekut untuk memenuhi keperluannya. Kemudian Rasulullah s.a.w menyeru pemilik-pemilik kambing dan bersabda sebanyak tiga kali: Berilah sesuatu kepada serigala. Tetapi mereka juga kedekut memenuhi tuntutan itu. Maka beliau  s.a.w. bersabda kepada serigala: Ambillah. Adapun lembu betina, kerana ia telah berkata  kepada Nabi s.a.w di kebun kurma Bani Salim, maka ia berkata: Wahai ali Dhuraih, amalan yang berjaya, di dalam bahasa Arab yang fasih; tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan semesta alam, dan  Muhammad adalah Rasulullah, serta Ali adalah penghulu para wasi, selawat Allah ke atas mereka berdua.
       Ya‘qub bin Yazid, daripada Abd al-Hamid bin Salim al-‘Attar, daripada Harun bin Kharijah atau orang yang selain daripadanya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seekor unta betina telah berkata: Mereka telah mengejar Nabi s.a.w (nafaru bi-al-Nabi) pada suatu malam: Tidak, demi Allah, aku sentiasa stabil jika aku dipotong kepada beberapa keratan.
       Abdullah bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ibrahim berkata: Basyir dan Ibrahim bin Muhammad telah memberitahuku, daripada bapa mereka berdua, daripada Hamraan bin A‘yan, daripada Abu Muhammad Ali bin al-Husain a.s berkata: Beliau telah duduk bersama-sama sekumpulan para sahabatnya, tiba-tiba seekor kijang betina telah datang kepadanya, lalu ia telah menggerakkan ekornya, dan telah memukul dengan dua tangannya, maka Abu Muhammad a.s berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang betina ini? Mereka berkata: Tidak, beliau berkata: Kijang betina ini menyangka bahawa polan bin polan adalah seorang lelaki daripada Quraisy yang telah memburu anaknya yang baru berjalan pada hari ini.
       Sesungguhnya ia telah datang pada hari ini supaya aku meminta pemburu meletakkan anak kecilnya (al-Khasyfu) di hadapannya bagi menyusukannya. Kemudian Abu Muhammad berkata kepada para sahabatnya: Berdirilah bersama kami, lalu mereka berdiri. Kemudian mereka membawa pemburu itu datang, lalu berkata kepada Abu Muhammad: Bapa aku dan ibu aku menjadi tebusan anda, apakah yang telah membuat anda datang ke mari? Beliau berkata: Aku meminta dengan hak aku ke atas anda melainkan anda mengeluarkan kepada aku anak kijang yang anda telah memburunya pada hari ini, lalu beliau mengeluarkannya dan meletakkannya di hadapan ibunya, lantas ia menyusukannya.
       Ali bin al-Husain a.s berkata: Aku memohon anda supaya memberi anak kijang itu kepada kami, beliau berkata: Aku telah melakukannya, lalu beliau telah menghantar anak kijang itu bersama ibunya, kemudian kijang betina itu pergi sambil menggerakkan ekornya, Ali bin al-Husain berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang betina itu? Mereka berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Ia berkata:Allah akan kembalikan ke atas kamu setiap yang hilang daripada kamu, dan Dia mengampuni Ali bin al-Husain sebagaimana beliau telah mengembalikan kepadaku anakku[9].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada Abu Sulaiman Salim bin Mukarram al-Jamal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s bersama-sama para sahabatnya di dalam perjalanan ke Makkah, tiba-tiba seekor serigala telah melalui di hadapannya, dan para sahabatnya sedang makan, Ali bin al-Husain a.s berkata kepada mereka: Adakah kamu akan memberi janji kepada Allah bahawa kamu tidak akan mengancam serigala ini sehingga aku menyerunya datang kepada kita? Mereka telah berjanji kepadanya, maka beliau berkata: Wahai serigala, datanglah, lantas serigala itu datang berlutut di hadapannya
       Kemudian beliau mencampakkan makanan kepadanya, lalu ia berpaling untuk memakannya, lantas beliau berkata kepada mereka: Adakah kamu akan memberi kepada aku janji daripada Allah bahawa kamu tidak mengancamnya dan aku akan menyerunya supaya ia datang lagi, mereka telah memberi janji kepadanya, lalu beliau telah menyerunya, kemudian ia datang, seorang daripada para sahabatnya telah bermasam muka, lalu Ali bin al-Husain a.s berkata: Siapakah di kalangan kamu yang telah menyalahi janji aku? Maka seorang lelaki di kalangan mereka berkata: Wahai anak Rasulullah s.a.w, akulah  yang telah bermasam muka, tetapi aku tidak memahaminya aku memohon keampunan Allah, lalu beliau a.s diam[10].
       Ahmad bin al-Hasan, daripada Ahmad bin Ibrahim, daripada Abdullah bin Bakir, daripada ‘Umar bin Taubat, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Manakala Abu Abdullah al-Balkhi bersama-sama Abu Abdullah a.s, kami telah berada di sisinya, tiba-tiba seekor kijang jantan telah menggerakkan ekornya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Lakukanlah jika Allah kehendaki, kemudian datanglah kepada kami (if‘al in sya’ Allah thumma iqbal ‘alai-na) Maka Abu Abdullah a.s berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang jantan itu? Allah, Rasul-Nya dan anak lelaki Rasul-Nya yang lebih mengetahui.
       Beliau berkata: Sesungguhnya ia telah datang kepada aku dan memberitahu aku bahawa sebahagian penduduk Madinah telah mengenakan perangkap kepada kijang betinanya, lalu beliau telah mengambilnya sedangkan ia mempunyai dua ekor anak kecil yang masih tidak dapat berdiri dan tidak mampu mencari makan sendiri. Maka ia telah meminta aku supaya mereka melepaskan kedua-duanya, dan ia telah berjanji kepada aku bahawa apabila ia menyusu kedua-duanya sehingga boleh berdiri dan kuat, maka ia akan memulangkan kedua-duanya kepada mereka, beliau a.s berkata: Aku telah memintanya bersumpah di atas perkara tersebut. Maka kijang jantan itu berkata: Aku bebaskan diri aku daripada wilayah kamu Ahlu l-Bait jika aku tidak melaksanakannya (bari‘-tu min wilayati-kum in lam ufi), dan aku akan melakukannya jika Allah kehendaki (wa ana fa‘ilu dhalika in sya’ Allah). Al-Balkhi berkata kepadanya: Inilah sunnah kepada kamu seperti  sunnah Sulaiman a.s.[11]
       Al-Hasan bin Muhammad al-Qasyani, daripada Abu al-Ahwas Daud bin asad al-Misri, daripada Muhammad bin Jamil berkata: Ahmad bin Harun bin Muwaffaq maula Abu al-Hasan a.s telah memberitahu aku, berkata: Aku telah mendatangi Abu al-Hasan a.s untuk memberi salam kepadanya, maka beliau telah berkata kepada aku: Naiklah(irkab), kami berjalan-jalan mengelilingi harta-hartanya.
       Beliau berkata: Aku telah menaiki binatang tunggangan, lalu aku telah sampai ke tempat simpanan hartanya, aku telah sampai ke tempat pengaliran air  dan di sisinya tanaman yang menghijau. Aku telah duduk sehingga beliau datang dengan menaiki seekor kuda, aku pun berdiri, lalu aku mengucup pahanya dan apabila beliau turun daripada kudanya, aku telah cuba mengambil tali kudanya, tetapi beliau enggan, beliau sendiri yang telah melakukannya. Kemudian beliau telah duduk, dan bertanya kepada aku tentang kedatangan aku pada masa itu waktu maghrib, maka aku telah memberitahu kepadanya bahawa aku telah datang pada waktu asar, kemudian Abu al-Hasan a.s berkata: Tidak dikurniakan kepada Daud dan keluarganya sesuatu melainkan dikurniakan kepada Muhammad, malah keluarga Muhammad lebih banyak (lam yu‘ta Daud wa ali Daud syai’un illa wa qad u‘tia Muhammad wa ali Muhammad aktharu)[12].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ali bin Muhammad al-Hannat, daripada Muhammad bin Sakin, daripada ‘Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Manakala Ali bin al-Husain a.s bersama-sama para sahabatnya, tiba-tiba seekor kijang betina datang dari padang pasir sehingga ia berdiri dan mengeluarkan suaranya. Seorang daripada sahabatnya berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, apakah yang dikatakan oleh kijang betina ini? Beliau berkata: Seorang Quraisy telah mengambil anak kecilnya (khasyfa-ha) kelmarin, dan ia tidak menyusunya semenjak kelmarin. Ali bin al-Husain a.s telah mengutus kepada lelaki tersebut supaya menghantarkannya kepadanya, lalu lelaki itu menghantarkannya kepadanya. Apabila ia melihat anak kecilnya, ia mengeluarkan suaranya, dan memukul dengan tangannya, lalu dilepaskannya bersama-sama anak kecilnya. Mereka berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, apakah yang dikatakan olehnya? Beliau berkata: Ia telah menyeru kepada Allah untuk kamu, dan membalas kepada kamu kebaikan[13].
       Al-Sanadi bin Muhammad al-Bazzaz, daripada Abban bin ‘Uthman, daripada ‘Umru bin Sahban, daripada Abdullah bin al-Fadhl, daripada Jabir bin Abdullah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w pulang daripada peperangan Bani Tha‘labah bin Ghatafan, tiba-tiba seekor unta datang kepada Rasulullah s.a.w dari celah-celah rumah, lalu meletakkan bahagian tengkuknya ke tanah, kemudian mengeluarkan suaranya. Rasulullah s.a.w bersabda: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh unta ini? Mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, beliau bersabda: Sesungguhnya ia telah memberitahu aku bahawa pemiliknya telah menggunakannya sehingga lanjut usia. Sekarang mahu menyembelihnya, dan menjual dagingnya pula.
       Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Jabir, pergi bersama-samanya kepada pemiliknya, dan datang bersama-samanya, aku berkata: Aku tidak mengetahui pemiliknya, beliau bersabda: Ia akan menunjukkannya kepada anda, beliau berkata: Aku telah keluar bersama-samanya sehingga aku berakhir di perkampungan Bani Waqif. Lalu ia memasuki di celah-celah lorong, tiba-tiba aku dapati aku berada di dalam satu majlis, mereka berkata: Wahai Jabir, kenapakah anda telah meninggalkan Rasulullah s.a.w, dan bagaimana anda telah meninggalkan Muslimin? Aku berkata: Mereka berada di dalam keadaan baik, tetapi siapakah di kalangan kamu pemilik unta ini?              
       Seorang daripada mereka berkata: Aku, maka aku berkata: Sahutlah seruan Rasulullah s.a.w Beliau berkata: Kenapa dengan aku? Unta anda telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w, maka  aku, unta dan pemiliknya datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau bersabda kepadanya: Sesungguhnya unta anda telah memberitahu aku bahawa anda telah menggunakannya di dalam pekerjaan anda sehingga lanjut usianya, dan sekarang anda mahu menyembelihnya dan menjual dagingnya pula, lelaki itu berkata: Ia benar, wahai Rasulullah, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Juallah ia kepada aku, lelaki itu berkata: Ia adalah untuk anda wahai Rasulullah, beliau berkata: Malah juallah ia kepada aku, maka Rasulullah s.a.w telah membelinya daripadanya. Kemudian beliau telah memukul di bahagian mukanya, kemudian beliau meninggalkannya hidup di luar Madinah.
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami, daripada Hisyam bin Salim al-Jawaliqi, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berada bersama-sama Abu Ja‘far a.s di antara Makkah dan Madinah. Aku menjadi tawanan di atas keldai aku sementara beliau di atas baghal betinanya, tiba-tiba seekor serigala datang dari puncak bukit sehingga berakhir kepada Abu Ja‘far a.s, lalu beliau menghentikan baghalnya, kemudian serigala telah menghampirinya sehingga beliau telah meletakkan tangannya di atas pelana keldainya, dan memanjangkan tengkuknya kepada telinganya, lalu beliau telah mendekatkan telinganya beberapa ketika.
       Kemudian beliau berkata kepadanya: Pergilah,  aku telah melakukannya. Aku berkata kepadanya: Aku telah melihat perkara yang pelik, beliau berkata: Anda mengetahui apakah yang  dikatakan olehnya? Aku berkata: Allah, Rasul-Nya, dan anak lelaki Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau berkata: Serigala berkata: Sesungguhnya isteriku di atas bukit itu menghadapi kesukaran beranak, lantaran itu berdoalah kepada Allah supaya membebaskannya  dan janganlah Dia membiarkan keturunan aku menguasai ke atas seorang pun di kalangan syi‘ah kamu, maka aku berkata: Aku telah melakukannya[14].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s  telah memiliki unta betina di mana beliau telah menaikinya di dalam mengerjakan haji sebanyak dua puluh dua kali haji, ia tidak pernah menyerang sesiapa. Beliau berkata: Ia tidak  datang kepadaku selepas kematiannya melainkan sebahagian Mawali telah mendatangi aku. Mereka berkata: Sesungguhnya unta betina telah keluar, lalu mendatangi kubur Ali bin al-Husain a.s, kemudian ia berlutut di atasnya, dan memasukkan bahagian tengkuknya sambil mengeluarkan suaranya, aku berkata: Dapatkannya, dapatkannya, bawakan ia kepada aku sebelum  mereka   mengetahuinya atau melihatnya. Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Unta betina itu tidak pernah melihat kuburnya sebelumnya[15].
       Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Muhammad bin abu ‘Umair daripada Hafs bin al-Bukhturi  daripada mereka yang telah menyebutnya, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Ali bin al-Husan a.s telah mati, seekor unta betina miliknya telah datang dari tempat ternakannya ke kuburnya, lalu memukul kuburnya dengan bahagian tengkuknya, dan berguling di atasnya. Sesungguhnya bapa aku telah pergi haji dan umrah dengan menaikinya, dan ia tidak pernah menyerang sesiapa[16].

Jika Anda Menyebut Uthman, Maka Aku Akan Mencaci Ali

       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Kiram bin ‘Umru bin al-Khasy‘ami, daripada Abdullah bin Talhah, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang cicak (al-wazagh), beliau berkata: Ia adalah najis dan maskhun (asalnya manusia). Apabila anda membunuhnya, maka mandilah (fa-ghtasil). Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya bapa aku telah duduk di dalam bilik dan bersama-samanya seorang lelaki yang sedang bercakap dengannya, tiba-tiba seekor cicak mengeluarkan lidahnya, lalu bapa aku berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh cicak ini? Lelaki itu berkata: Aku tidak mengetahui apa yang dikatakan olehnya, beliau berkata: Ia berkata: Demi Allah, jika anda menyebut Uthman, nescaya aku akan mencaci Ali sehingga kamu berdiri dari sini (lain zakarta Uthman la-asubanna ‘aliyyan hatta taquma min ha-huna)[17].
       Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Fudhail bin al-A‘war berkata: Seorang daripada sahabat kami telah memberitahuku, berkata: Di sisi Abu Ja‘far a.s adalah seorang lelaki di kalangan sahabatnya sedang bercakap dengannya mengenai Uthman, tiba-tiba seekor cicak telah mengeluarkan suaranya di atas dinding, maka Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh cicak ini? Beliau berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Cicak berkata: Anda hendaklah berhenti dari menyebut Uthman atau aku akan mencaci Ali[18].

Mereka Mengetahui Semu Keadaan Manusia  Ketika Melihat Mereka

       Al-Sanadi  bin al-Rabi‘ al-Baghdadi, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Ali bin Gharab, daripada Abu Bakr bin Muhammad al-Hadhrami, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya tiada makhluk melainkan tertulis di antara dua matanya mukmin atau kafir (inna-hu laisa min makhluq illa baina-‘ainai-hi maktubun mu’min au kafir), ia adalah terlindung daripada kamu (mahjub ‘an-kum), tetapi tidak terlindung daripada para imam daripada ali Muhammad s.a.w, kemudian tiada seorang pun yang berjumpa dengan mereka melainkan mereka mengenalinya sama ada mukmin atau kafir. Kemudian beliau membaca ayat di dalam Surah al-Hijr (15):75 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda” Maka merekalah al-Mutawassimin.[19]

Para Imam Adalah al-Mutawassimin


       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada  ‘Umru bin Uthman al-Khazzaz, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada ‘Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Manakala kami bersama-sama Amir al-Mukminin a.s telah berada di Masjid Kufah, tiba-tiba seorang perempuan telah datang kepadanya memusuhi suaminya, lalu beliau a.s telah menetapkan hukuman ke atasnya bagi pihak suaminya,tetapi beliau memarahinya, dan berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak dapat menerima hukuman anda. Anda tidak menghukum dengan saksama, anda tidak berlaku adil terhadap rakyat, dan hukuman anda di sisi Allah tidak diredai, maka beliau telah melihat kepadanya dengan penuh perhatian, kemudian berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ti)wahai perempuan  berani melulu (jari’ah), wahai perempuan ang buruk akhlak (badhiyyah), wahai perempuan yang suka membuat bising(al-Sakhabah), wahai perempuan yang datang Haid dari duburnya (salaqlaqiyyah), wahai perempuan yang mandul.
       Beliau berkata: Perempuan itu telah berpaling di dalam keadaan lari, dan berkata: Celakalah aku, celakalah aku, celakalah aku. Anda wahai anak lelaki Abu Talib, telah mendedahkan tabir yang dirahsiakan (hatak-ta sitran kana masturan ). Beliau berkata: ‘Umru bin Huraith telah datang kepadanya, dan berkata: Wahai hamba Allah, anda telah mengemukakan ke atas  kami percakapan di mana anda telah merahsiakannya, kemudian Ali telah menyebut percakapannya kepada anda, lantaran itu, anda telah melarikan diri ke belakang? Beliau berkata: Sesungguhnya Ali, demi Allah, telah memberitahu aku  perkara yang benar yang aku telah merahsiakannya kepada suami aku semenjak berkahwin dan juga kepada ibu bapa aku. ‘Umru telah kembali kepada Amir al-Mukminin a.s memberitahunya apa yang telah dikatakan oleh perempuan itu, dan berkata kepadanya: Aku tidak mengenali anda dengan ilmu ramalan (al-Kahanah)? Ali a.s berkata kepadanya: Aduhai anda, ia bukanlah suatu ramalan daripada aku, tetapi Allah telah mencipta roh-roh sebelum Dia mencipta badan-badan selama dua ribu tahun, manakala Dia telah menyusunkan roh-roh pada badan-badannya, maka Dia telah menulis di antara mata mereka kafir dan mukmin, dan apa yang diuji ke atas mereka; amalan baik dan buruk mereka adalah sekadar ujian semata-mata, kemudian Dia telah menurunkan al-Qur’an ke atas Nabi-Nya s.a.w, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Hijr (15 ): 75 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda”.     
       Maka Rasulullah s.a.w adalah al-Mutawassim, kemudian aku selepasnya  dan para imam daripada zuriat aku, merekalah al-Mutawassimun, manakala aku memerhatikannya, aku mengetahui apa yang ada padanya melalui tanda-tandanya[20].
       Al-Hasan bin Musa al-Khasyab, daripada Ali bin al-Hassan, dan Ahmad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Ibrahim, dan al-Hasan bin al-Barra’, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah mengerjakan haji bersama-sama Abu Abdullah a.s. Sesungguhnya aku telah bersamanya di beberapa jalan, tiba-tiba beliau menaiki bukit, dan melihat kepada orang ramai, kemudian berkata: Alangkah banyaknya bising (ma akthara al-Dhajij)? Daud  bin Kathir al-Raqiy berkata kepadanya: Wahai Anak lelaki Rasulullah, adakah Allah akan menerima doa orang ramai yang aku sedang melihat kepada mereka sekarang?            
       Beliau berkata: Aduhai Abu Sulaiman, sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang yang mensyirikkan-Nya. Sesungguhnya penentang wilayah Ali adalah seperti penyembah berhala (inna al-Jahida li-wilayati Ali a.s ka-‘abidi wathanin), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadi tebusan kamu, adakah kamu mengetahui pencinta-pencinta kamu di kalangan pembenci-pembenci kamu? Beliau berkata: Aduhai Abu Sulaiman, sesungguhnya tiada seorang hamba yang dilahirkan melainkan ditulis di antara dua matanya mukmin atau kafir (inna-hu laisa min ‘abdin yuladu illa kutiba baina ‘ainai-hi mu’min au kafir). Dan seorang lelaki akan datang kepada kami mewalikan kami, dan membebaskan dirinya daripada musuh kami, maka ia dilihat tertulis di antara dua matanya mu’min (inna al-Rajula la-yadkhalu ilai-na wa yatabarra’u min ‘aduwwi-na fa-yura maktuban baina ‘ainai-hi mu’min) Allah berfirman di dalam Surah al-Hijr (15):75 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda”. Justeru itu, kami mengetahui musuh kami daripda wali kami[21].
       Ya‘qub bin Yaid, daripada Muhammad bin Abu‘Umair, daripada Asbat bin Salim Bayya’ al-Zatti berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, seorang lelaki dari Hiyati telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w di dalam Surah al-Hijr (15):75-76 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda.Dan sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus”. Beliau berkata: Kamilah al-Mutawassimun dan al-Sabil (jalan) kepada kami adalah lurus (muqim).
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Umar bin Abd al-‘Aziz, daripada seorang lelaki, dan daripada beberapa orang di kalangan sahabat kami seperti Bakkar bin Kardam, Isa bin Sulaiman, daripada Abu Abdullah a.s, mereka berkata: Kami telah mendengarnya berkata: Seorang perempuan yang kasar telah datang, dan Amir al-Mukminin a.s berada di atas mimbar.  Beliau telah membunuh saudara lelakinya dan bapanya, lalu berkata kepadanya: Ini adalah pembunuh orang-orang yang aku cintai (qatil al-Ahibbah). Maka Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepadanya, dan berkata: Wahai perempuan yang suka membuat bising, wahai perempuan yang berani melulu, wahai perempuan yang buruk akhlak, wahai perempuan yang ingkar, wahai perempuan yang tidak datang haid seperti perempuan lain. Lantas perempuan itu melarikan diri.
       Kemudian diikuti oleh ‘Umru bin Huraith-penyokong Uthman-maka beliau berkata: Wahai perempuan, kami sentiasa mendengar perkara-perkara yang pelik, kami belum  mengetahui kebenarannya atau kebatilannya. Ini adalah rumah aku, maka masuklah, aku mempunyai hamba-hamba perempuan, maka mereka akan melihat kepada perkara-perkara tersebut sama ada benar atau batil kata-katanya. Aku akan memberi kepada anda sesuatu, beliau memasuki rumahnya,lantas beliau memerintah hamba perempuannya melihat kepadanya, tiba-tiba sesuatu terlekat di lututnya, perempuan itu  berkata: Wahai celakalah baginya, Ali telah melihat sesuatu yang tidak dilihat selain daripada ibu aku dan bidan aku, beliau berkata: ‘Umru bin Huraith telah memberi sesuatu  kepadanya[22].
       Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya Sulaiman al-Dailami, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar al-Duhani, daripada Abu Abdullah a.s tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Rahman (55): 41 “ Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka”
       Beliau berkata: Wahai Mu‘awiyah, apakah pendapat mereka tentang ayat ini? Aku berkata: Mereka berkata: Sesungguhnya Allah mengenali orang-orang yang berdosa dengan tanda-tanda mereka pada hari Kiamat, lalu diperintahkan mereka diambil di ubun-ubun dan kaki mereka, kemudian mereka akan dicampak ke neraka, beliau berkata kepada aku: Bagaimana Allah Yang Maha Perkasa perlu untuk mengenali makhluk dengan tanda-tanda mereka sedangkan Dialah yang telah menciptakan mereka? Aku berkata: Apakah itu, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda? Beliau berkata: Iaitu jika Qaim kita datang, maka Allah akan kurniakan kepadanya tanda-tanda, lalu dipegang ubun-ubun, dan kaki-kaki orang kafir, kemudian beliau akan memukul mereka dengan pedang (yakhbitu bi-al-Saifi khabtan).
       Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid dan Ibrahim bin Ishaq bin Ibrahim, daripada Abdullah bin Hammad al-Ansari, daripada al-Harith bin Hasirah, daripada al-Asbagh bin Nabatah, berkata: Kami telah bersama-sama  Amir al-Mukminin a.s di Kufah, dan beliau pada masa itu sedang memberi al-‘Ata’ (pemberian) di Masjid, tiba-tiba seorang perempuan datang, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, anda telah memberi al ‘Ata’  kepada semua yang hidup selain daripada suku Murad, anda tidak memberi sesuatu kepada mereka, beliau berkata: Anda diam, wahai perempuan yang berani melulu, wahai perempuan yang buruk akhlak, wahai perempuan yang suka membuat bising, wahai perempuan yang haidnya keluar melalui duburnya.
       Beliau berkata: Perempuan itu telah melarikan diri, dan keluar dari Masjid, lalu diikuti oleh ‘Umru bin Huraith sambil berkata kepadanya: Wahai perempuan, Ali telah berkata sesuatu kepada anda, adakah benar kata-katanya? Beliau berkata: Demi Allah, beliau tidak berbohong, dan apa yang beliau telah katakan kepada aku terdapat pada diri aku. Seorang pun tidak dapat mengetahuinya melainkan Allah yang telah menciptakan aku, dan ibu aku yang telah melahirkan aku. Kemudian ‘Umru bin Huraith kembali dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah mengikuti perempuan itu, lalu aku telah bertanya kepadanya apa yang anda telah katakan kepadanya pada tubuhnya, maka beliau telah mengakui kesemuanya (aqarrat bi-dhalika kulli-hi), maka dari manakah anda telah mengetahui semuanya? Beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajarnya seribu bab halal, dan haram, dan setiap bab akan membuka seribu bab sehingga aku mengetahui ilmu al-Munaya, al-Wasaya, dan Fasl al-Khitab sehingga aku telah mengetahui perempuan-perempuan yang bersifat lelaki dan lelaki yang bersifat perempuan (hatta ‘alim-tu al-Mudhakkarat min al-Nisa’ wa al-Muannathin min al-Rijal)[23].
       Al-Husain bin Ali al-Dinuwari, daripada Muhammad bin al-Hasan berkata: Ibrahim bin Ghiyath telah memberitahuku daripada  ‘Umru bin Thabit, daripada Ibn Abu Habib, daripada al-Harith al-A‘war berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s di dalam majlis kehakiman, tiba-tiba seorang perempuan yang memusuhi suaminya telah bercakap dengan hujahnya sementara suami telah bercakap dengan hujahnya, lalu beliau mengeluarkan hukum ke atas perempuan itu, lantas beliau menjadi marah, kemudian beliau berkata: Demi Allah, wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya anda telah menghukum aku dengan zalim, apakah ini Allah telah memerintah anda (wa ma bi-hadha amara-ka Allah)?.
       Lantas beliau berkata kepadanya: Ya salfa muhayya’, ya ‘, ya qarda’, malah aku telah menghukum anda dengan kebenaran yang aku telah mengetahuinya. Apabila beliau telah mendengar kata-kata itu, lantas beliau melarikan diri, tanpa memberi apa-apa jawapan, lalu ‘Umru bin Huraith mengikutinya dan berkata: Demi Allah, wahai hamba Allah, aku telah  mendengar daripada anda perkara yang pelik dan aku telah mendengar Amir al-Mukminin berkata kepada anda perkataan yang  membuat anda lari dari sisinya tanpa anda menjawabnya, beliau berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya beliau telah memberitahuku perkara yang tidak diketahui oleh seorang pun melainkan Allah dan aku.
       Tentang sebab aku telah lari dari sisinya adalah kerana aku khuatir bahawa beliau akan memberitahu kepada aku perkara yang lebih besar daripada itu (makhafatan an yukhbiruni bi-a‘zam mimma raman-ni bi-hi). Kesabaran aku di atas satu perkara itu adalah lebih elok daripada aku bersabar di atas satu perkara selepas satu perkara yang lain pula datang. ‘Umru berkata: Beritahu aku, mudah-mudahan Allah memaafi anda-Apakah yang telah dikatakan oleh beliau kepada anda? Beliau berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku tidak akan memberitahunya kepada anda, kerana apa yang beliau telah katakan kepada aku adalah perkara yang aku benci, selain daripada itu, ia adalah buruk (qabih)jika lelaki mengetahui keaiban (‘uyub) yang terdapat pada perempuan.
       Beliau berkata kepadanya: Demi Allah, anda tidak mengetahui aku dan aku pula tidak mengetahui anda, kemungkinan anda tidak melihat aku lagi selepas ini, dan aku pula tidak melihat anda selepas hari ini. ‘Umru berkata: Manakala beliau melihat aku seakan-akan merayu kepadanya, maka beliau berkata: Tentang kata-katanya ya salfa‘,maka demi Allah, beliau tidak berbohong kepada aku, sesungguhnya aku tidak datang haid seperti perempuan biasa. Adapun kata-katanya Ya muhayya’, sesungguhnya aku, demi Allah, adalah teman kepada wanita (sahibatu al-Nisa’) dan aku bukanlah teman kepada lelaki, tentang kata-katanya ya qarda‘, kerana aku adalah perosak rumah suami aku, dan aku tidak tinggal di dalamnya, beliau berkata kepada perempuan itu: Aduhai, siapakah yang telah mengajarnya perkara ini? Adakah anda melihatnya seorang ahli sihir, seorang tukang tenung atau seorang yang mengguna khadam? Beliau telah memberitahu anda apa yang terdapat pada anda? Ini adalah ilmu yang banyak.
       Beliau berkata kepadanya: Sejahat-jahat apa yang anda telah katakan, wahai Abdullah, sesungguhnya beliau bukanlah seorang ahli sihir, bukan seorang tukang tenung, dan bukan seorang yang mengguna khadam, tetapi beliau adalah ahlu bait kenabian (ahli bait al-Nubuwwah), wasi Rasulullah s.a.w, dan pewarisnya, beliau memberitahu kepada orang ramai apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Rasulullah s.a.w, dan beliau s.a.w telah mengajarnya, kerana beliau adalah hujah Allah di atas makhluk ini selepas Nabi-Nya s.a.w. Kemudian ‘Umru bin Huraith telah datang ke majlisnya, maka Amir al-Mukminin a.s. berkata kepadanya: Wahai ‘Umru, dengan apakah anda menghalalkan kata-kata anda kepada aku? Demi Allah, perempuan itu mempunyai kata-kata yang lebih baik tentang aku daripada anda. Aku dan anda akan berdiri di hadapan Allah, kemudian anda akan melihat bagaimana  anda dapat melepaskan diri anda (tatakhallasu) daripada Allah.
       Beliau berkata: Aku bertaubat kepada Allah (ana taibun ila Allah)dan kepada anda di atas apa yang telah berlaku, maka pohonlah keampunan-Nya untuk aku, nescaya Allah akan mengampuni anda, beliau berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak akan memaafkan anda tentang dosa ini selama-lamanya (la aghfiru la-ka hadha al-Dhanbu abadan) sehingga aku dan anda berdiri di hadapan orang yang tidak akan menzalimi anda walaupun sedikit(hatta aqifu ana wa anta baina yadayya man la yazlimu-ka syai’an)[24].
       Al-Hasan bin Ali bin al-Mughirah, daripada ‘Abis bin Hisyam, daripada  Abd al-Samad bin Basyir, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang imam, adakah Allah telah menyerahkan kepadanya (a fawadha l-Lahu ilai-hi) sebagaimana Dia telah menyerahkannya kepada Sulaiman? Beliau berkata: Ya, itu berlaku apabila seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, maka beliau telah menjawabnya, dan orang lain bertanya kepadanya tentang perkara yang sama, lalu beliau menjawabnya bukan seperti jawapannya yang pertama.
       Kemudian orang lain pula telah bertanya kepadanya, lalu beliau menjawabnya tidak seperti jawapannya yang pertama dan kedua. Kemudian beliau berkata: Inilah pemberian kami, maka peganglah atau berilah tanpa hisab. Demikianlah bacaan di dalam mashaf Ali a.s, aku berkata: Aslaha-ka l-Lahu, ketika beliau menjawab kepada mereka dengan jawapan ini, imam mengetahui mereka? Beliau berkata: Maha Suci Tuhan, tidakkah anda mendengar Allah berfirman di dalam Surah al-Hijr (15):75-76 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda” Mereka adalah para imam.Dan  sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus” tidak akan terkeluar daripada mereka selama-lamanya, kemudian beliau berkata kepadaku: Ya, sesungguhnya seorang imam apabila beliau melihat kepada seorang lelaki, beliau akan mengetahuinya dan mengetahui apa yang ada padanya, beliau mengetahui warnanya dan jika beliau mendengar percakapannya  di balik dinding, nescaya beliau mengetahuinya.
       Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Rum (30 ) :22  “ Dan di antara  tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah  menciptakan langit dan bumi, dan berlain-lainan bahasa mu, dan warna kulit mu. Sesungguhnya  pada demikian itu  benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui”. Maka merekalah para ulama. Beliau tidak mendengar sesuatu daripada bahasa yang bercakap melainkan beliau telah mengetahuinya, sama ada ia seorang yang berjaya atau seorang yang binasa. Justeru itu, beliau memberi jawapan yang sesuai dengan  mereka[25].
       Al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i bin Abdullah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah di dalam Surah al-Hijr (15):75 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda”, beliau berkata: Mereka adalah para imam, Rasulullah s.a.w bersabda: Takutlah firasat mukmin, kerana beliau melihat dengan cahaya Allah.
       Ali bin Ismail bin Isa, daripada Muhammad bin ‘Umru bin Sa‘id al-Zayyat, daripada Muhammad bin Hamzah bin Abyadh, berkata: Ali bin ‘Atiyyah telah memberitahu kami, berkata: Manakala kami berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami, lalu beliau telah mengelipkan matanya kepada beberapa orang syi‘ah. Maka Abu Abdullah a.s telah menentangnya dengan mukanya, kemudian Abu Abdullah a.s telah melihatnya secara berdepan, maka lelaki itu terfikir bahawa Abu Abdullah a.s belum memahaminya, lalu beliau mengulangi percakapannya. Lantas Abu Abdullah a.s memegang janggutnya dengan tangan kirinya, kemudian beliau menggerakkannya sehingga aku menyangka bahawa ia akan terus berada di tangannya, kemudian beliau berkata: Jika aku mewalikan  lelaki, dan aku membebaskan diri aku daripada mereka menurut apa yang sampai kepada aku tentang mereka, nescaya sejahat-jahat uban, adalah uban aku ini[26].
       Al-Hasan bin Ali al-Zaituni, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Dharis al-Kinasi, berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki yang aku mengenalinya datang kepadanya, lalu beliau telah menyebut seorang lelaki daripada para sahabat kami, dan menghinanya di sisi Abu Abdullah a.s, tetapi beliau tidak menjawabnya, lelaki itu menyangka bahawa Abu Abdullah a.s tidak mendengarnya, lalu beliau mengulanginya, Abu Abdullah a.s tidak berpaling kepadanya, lelaki itu menyangka bahawa Abu Abdullah a.s tidak mendengarnya, lalu beliau mengulanginya pada kali ketiga. Lantas Abu Abdullah a.s menghulur tangannya kepada janggut lelaki itu, lalu memegangnya, kemudian beliau menggerakkannya sebanyak tiga kali sehingga aku menyangka bahawa janggutnya masih berada di dalam tangannya, kemudian beliau berkata: Jika aku tidak mengetahui lelaki melainkan menurut apa yang di disampaikan kepada aku tentang mereka, maka sejahat-jahat uban, adalah uban aku, kemudian beliau  menghembuskan sisa janggut yang terlekat di tapak tangannya.

Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah

            
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Hasan bin Ali bin al-Nu‘man, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata:Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi faedah kepada orang ramai dan kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pintu hikmah, dan pencerahan urusan  (dhiya’ al-Amr) manusia[27].
       Ya‘qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Hisyam bin ibn Salim, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Di sisi orang ramai (al-‘Ammah)  hadis-hadis Rasulullah perlu disahkan? Beliau berkata:Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami benteng ilmu (ma‘aqil al-‘ilmi) dan pemutus di antara manusia (wa faslun ma baina al-Nas)[28].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Ali bin Hammad, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami Ahlu l-Bait asas ilmu, keasliannya, cahayanya, dan tunjangnya (usul al-‘ilmi wa ‘ura-hu wa dhiyau-hu wa awakhi-hi).
       Ya‘qub bin Yazid, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami mendapati sesuatu dari hadis-hadis kami di tangan orang ramai, maka beliau berkata: Mudah-mudahan anda tidak terfikir bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai- Beliau telah memberi isyarat dengan tangannya di kanannya, kirinya, di hadapannya, dan di belakangnya- Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pencerahan urusan, dan pemutus di antara orang ramai[29].
       Ibrahim bin Hasyim, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Hisyam bin Salim, daripada al-Hasan bin Yahya, berkata:Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya kami Ahlu al-Bait di sisi kami benteng ilmu, peninggalan  kenabian, ilmu al-Kitab, dan pemutus di antara orang ramai.
       Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Abu Abdullah Zakaria bin Muhammad al-Mu’min, daripada Abdullah bin Maskan, dan Abu Khalid al-Qammat, dan Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami keaslian ilmu, pintu hikmah, benteng ilmu, pencerahan urusan, dan tunjangnya. Barangsiapa yang telah mengenali kami, maka makrifatnya akan memberi manfaat kepadanya (fa-man‘arafa-na nafa‘at-hu ma ‘rifatu-hu), dan diterima daripadanya amalannya. Barangsiapa yang tidak mengenali kami, maka  makrifatnya tidak memberi faedah kepadanya dan  amalannya tidak akan diterima[30].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abu Khalid bin al-Qammat, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah kedudukan para ulama? Beliau berkata: Sepertilah Dhu l-Qurnain, sahabat Sulaiman, dan sahabat Musa[31].
       Ya’qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Muhammad bin ‘Ammar, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s bagaimana Amir al-Mukminin a.s mengenakan hukuman ke atas peminum arak (syarib al-Khamr)? Beliau berkata: Beliau telah mengenakan hukum hudud ke atasnya. Aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau mengenakan hukum hudud, aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau akan membunuhnya. Aku berkata: Bagaimana beliau mengenakan peminum minuman yang memabukkan (al-Muskir)? Beliau berkata: Hukumannya adalah sama. Aku berkata:  Barangsiapa yang meminum minuman yang memabukkan seperti orang yang  meminum minuman khamr? Beliau berkata: Ia adalah sama. Maka aku telah  memperbesarkan perkara itu. Beliau berkata kepada aku: Wahai Fudhail, janganlah anda memperbesarkan  perkara tersebut, sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad sebagai  rahmat kepada alam semesta. Dan sesungguhnya Allah telah  mendidik Nabi-Nya, maka beliau telah memperbaiki adabnya.
       Manakala beliau telah  mempelajari  segala adab, Dia telah menyerahnya kepadanya. Lantaran itu, Allah telah mengharamkan al-Khamr, dan Rasulullah s.a.w telah mengharamkan segala yang memabukkan, maka Allah telah mengharuskannya untuknya pula.  Allah telah menjadikan Makkah sebagai tanah haram sementara Rasulullah s.a.w telah menjadikan Madinah sebagai tanah haram, maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Allah telah mewajibkan pusaka daripada keturunan salbi sementara Rasulullah s.a.w telah memberi bahagian datuk (al-Jadd), maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Kemudian beliau berkata: Wahai Fudhail, barangsiapa yang mentaati Rasul, maka beliau telah mentaati Allah[32].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Abu  ‘Umair, daripada Muhammad bin Yahya al-Khasy‘ami, daripada Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak diturunkan kitab (lam yanzil bi-hi kitab), dan sunnah, beliau mengambil bahagian (rajama) mengenainya, lalu menepati sasarannya (fa-asaba). Abu Ja‘far a.s berkata: Ia adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan(al-Mu‘dilat )[33].      
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Isa bin Imran al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-Rahim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak didatangi (lam yaji’) oleh kitab dan sunnah, beliau mengambil bahagian mengenainya, lalu menepati sasarannya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abd al-Rahim, itu adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan.
     

Penciptaan Syi‘ah Dua Ribu Tahun Sebelum Adam

            
       Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Khalaf bin Hammad, daripada Sa‘d bin Tarif al-Iskaf, daripada al-Asbagh bin Nabatah bahawa Amir al-Mukminin a.s telah menaiki mimbar, lalu beliau  memuji Allah, dan bersyukur kepada-Nya, kemudian berkata: Sesungguhnya syi‘ah kita adalah dari tanah yang tersimpan(tinah makhdhunah) sebelum Allah mencipta Adam dua ribu tahun (qabla an yakhluqa Adam bi-alfai ‘am), ia tidak dipisahkan oleh perkara yang ganjil (la yasyudhdh min-ha syadhdhun), dan tidak dimasuki padanya oleh sesuatu (wala yadkhulu fi-ha dakhilun), sesungguhnya aku mengenali mereka ketika aku melihat mereka (wa inni la-a‘rifu-hum hina anzuru ilai-him), kerana Rasulullah s.a.w telah meludahkan pada mataku ketika aku menghidapi penyakit mata (lamma tafila fi ‘aini wa kuntu armadu),  dan beliau bersabda: Wahai Tuhanku, hilangkanlah daripadanya kepanasan dan kesejukan, perlihatkanlah kepadanya sahabatnya daripada musuhnya”. Justeru itu, aku tidak lagi menghidapi penyakit mata, kepanasan, dan kesejukan. Aku mengetahui sahabat aku daripada musuh aku (a’rifu sadiqi min ‘aduwwi).
       Lantas seorang lelaki berdiri di kalangan orang ramai, kemudian berkata: Demi Allah, wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda (bi-wilayati-ka), dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta). Demi Allah, aku tidak mengetahui nama anda di kalangan nama-nama syi‘ah (fa-wallah ma a‘rifu isma-ka fi al-Asma’) dan muka anda di  kalangan muka-muka syi‘ah (wa la wajha-ka fi al-Wujuh), tanah anda bukan dari tanah syi‘ah (wa inna tinata-ka la-min ghairi tilka al-Tinati).
       Kemudian lelaki itu terus duduk, sesungguhnya Allah telah mendedahkan keburukannya dan menampakkannya kepada orang ramai, kemudian seorang lelaki yang lain berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), tanah anda adalah dari tanah tersebut, dan di atas wilayah kami diambil perjanjian anda (wa ‘ala wilayati-na ukhidha mithaqu-ka). Sesungguhnya roh anda adalah dari Roh-roh mukminin, maka ambillah pakaian untuk kefakiran (fa-itakhidh li-al-Faqri jilbaban). Demi  Yang diri aku di tangan-Nya sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kefakiran itu adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir dari puncak lembah ke bawahnya (al-Faqru asra‘u ila muhibbi-na min al-Saili  min a‘la al-Wadi ila asfali-hi)[34].
       Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Husain bin ‘Alwan al-Kalbi, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s, maka seorang lelaki telah datang kepadanya, dan terus memberi salam kepadanya, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku, demi Allah, benar-benar mencintai anda kerana Allah, aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan, dan aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada wilayah anda secara terang-terangan.
       Di tangan Amir al-Mukminin sebatang kayu (‘ud). Beliau telah menundukkan kepalanya (ta’taa ra’sa-hu), kemudian beliau menggariskan di tanah dengan kayu tersebut beberapa ketika, kemudian beliau mengangkat kepalanya kepadanya sambil berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis, dan setiap hadis seribu bab, dan sesungguhnya roh-roh mukminin bertemu di udara (taltaqi fi al-Hawa’), lalu roh-roh tadi membaui (fa-tasyammu) dan mengenali di antara satu sama lain, dan apa yang ia kenali, akan bertaut, dan apa yang ia mengingkarinya, maka ia  akan bertentangan (fa-ma ta‘arafa min-ha i’talafa wa ma tanakara min-ha ikhtalafa).
       Demi Allah, anda telah berbohong (kadhab-ta), aku tidak mengenali muka anda di kalangan muka-muka syi‘ah, dan nama anda di kalangan nama-nama syi‘ah, kemudian seorang lelaki lain telah datang kepadanya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia  sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan. Beliau berkata: Beliau telah menggaris pada tanah  kali kedua dengan sebatang kayu, kemudian beliau mengangkat kepalanya (rafa‘a ra’sa-hu) dan berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), sesungguhnya tanah kita tanah yang tersimpan (inna tinata-na tinatun makhdhunatun) di mana Allah telah mengambil perjanjiannya (mithaqa-ha ) dari salbi Adam yang tidak dipisahkan oleh sesuatu yang ganjil, dan tidak dimasuki oleh sesuatu selain daripadanya, pergilah, dan ambillah pakaian untuk kefakiran. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali bin Abu Talib, demi Allah, kefakiran adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir kepada perut lembah (butnu al-Wadi)[35].            
       ‘Ubad bin Sulaiman, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya Sulaiman al-Dailami, daripada Harun bin al-Jaham, daripada Sa‘d bin Tarif al-Khaffaf, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s pada suatu hari duduk di Masjid, dan para sahabatnya  di sekelilingnya, seorang lelaki di kalangan syi‘ahnya telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya Allah mengetahui bahawa aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai  anda secara terang-terangan, aku mewalikan anda secara rahsia sebagaimana aku mewalikan anda secara terang-terangan. Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), maka ambillah pakaian untuk kefakiran, kerana kefakiran adalah lebih cepat kepada syi‘ah kami daripada banjir kepada perut wadi.
       Beliau berkata: Lelaki itu pulang di dalam keadaan menangis gembira kerana kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Anda memang benar, beliau berkata: Di  sana seorang lelaki di kalangan khawarij, dan seorang sahabatnya yang dekat dengan Amir al-Mukminin a.s, maka salah seorang daripada mereka berdua berkata: Demi Allah, aku tidak melihat seperti hari ini bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya aku mencintai anda, maka beliau berkata: Anda memang benar (sadaq-ta).
       Sahabatnya pula berkata kepadanya: Aku tidak mengingkarinya, tetapi adakah di sana peluang apabila dikatakan kepadanya: Aku mencintai anda bahawa beliau akan berkata: Anda memang benar? Adakah anda mengetahui bahawa aku mencintainya? Beliau berkata: Tidak, beliau berkata: Aku akan berdiri, dan berkata kepadanya sebagaimana telah dikatakan oleh lelaki itu, maka beliau akan menjawab kepada aku sebagaimana beliau telah menjawab kepadanya. Beliau berkata: Ya, maka lelaki itu berdiri, maka beliau telah berkata kepadanya sebagaimana dikatakan oleh lelaki yang pertama. Beliau telah melihat kepadanya dengan penuh perhatian, kemudian beliau berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta), tidak, demi Allah,  anda tidak mencintai aku, dan aku pula tidak mencintai anda (la wallahi, ma tuhibbuni  wala uhibbu-ka) .
       Beliau berkata: Lelaki khawarij itu telah menangis, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, anda telah memalukan aku dengan perkara ini sedangkan Allah telah mengetahui sebaliknya. Lantaran itu, hulurkan tangan anda, nescaya aku memberi baiah kepada anda. Ali berkata: Di atas apa?  Beliau berkata: Di atas apa yang telah dilakukan oleh Zuraiq[36], dan Habtar [37]. Maka beliau berkata kepadanya: Aku tampar anda, Allah telah melaknati mereka berdua (la‘ana l-Lahu al-Ithnaini), demi Allah, seolah-olah aku melihat anda telah dibunuh di atas kesesatan, dan anda dipijak oleh binatang-binatang Iraq, dan kaum anda tidak akan mengenali anda, beliau berkata: Tidak lama selepas itu, ahli Nahrawan keluar bagi menentangnya, dan lelaki itu telah keluar bersama-sama mereka dan dibunuh[38].

                          

Sekiranya Ilmu Mereka Tidak Bertambah, Nescaya Mereka  telah kehabisan Ilmu

             
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sekiranya ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu (Laula anna nazdadu la-anfad-na) Aku berkata: Kamu bertambah sesuatu (ilmu) yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w? Beliau berkata: Sesungguhnya apabila berlaku sedemikian, ia dibentangkan  ke atas Rasulullah s.a.w, kemudian ke atas para imam a.s[39].
       Daripadanya, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Muhammad bin Rabi‘, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, aku berkata: Kamu bertambah sesuatu (ilmu) yang tidak ada di sisi Rasulullah s.a.w (tazdadun syai’an laisa ‘anda rasulillah)? Beliau berkata: Apabila begitu, ia telah mendatangi(ata) Rasulullah s.a.w, lalu memberitahunya, kemudian mendatangi Ali, lalu ia memberitahunya (fa-akhbara-hu), kemudian mendatangi seorang selepas seorang sehingga berakhir kepada Sahib al-Amr[40].
       Musa bin Ja‘far bin Muhammad, daripada bapanya Ja‘far bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa bin Abdullah al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami hamba Abu Abdullah a.s, daripada bapanya Sulaiman, berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah mendengar anda berkata bukan sekali: Jika ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, beliau berkata: Adapun tentang halal dan haram, maka sesungguhnya Allah telah menerangkannya kepada Nabi-Nya dengan sempurna. Justeru itu, seorang imam tidak ditambah ilmunya tentang halal, dan haram.
       Aku berkata kepadanya: Apakah tambahan itu? Beliau berkata: Semua perkara selain daripada halal dan haram, aku berkata: Kamu bertambah sesuatu yang tersembunyi ke atas Rasulullah s.a.w, dan beliau tidak mengetahuinya (tazdadun syai’an yukhfa ‘ala rasulillah s.a.w  wa la ya‘lamu-hu)? Beliau berkata: Tidak, sesungguhnya ilmu keluar dari sisi Allah, maka malaikat membawanya kepada Rasulullah s.a.w, dan berkata: Wahai Muhammad, Tuhan anda memerintah anda dengan perkara tertentu, maka beliau berkata: Pergilah  kepada Ali, lalu malaikat membawanya kepada Ali a.s, Ali a.s berkata: Pergilah kepada al-Hasan, demikianlah malaikat membawanya kepada seorang selepas seorang sehingga ia datang kepada kami. Dan mustahil imam mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w, dan imam sebelumnya (wa muhal an ya‘lama al-Imamu syaian lam ya‘lam-hu rasulullah s.aw  wa al-Imam min qabli-hi).
       Muhammad bin Isa bin Ubaid, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada sebahagian para sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Tiada sesuatu yang keluar dari sisi Allah a.w sehingga ia bermula dengan Rasulullah s.a.w, kemudian dengan Ali a.s, kemudian dengan seorang selepas seorang supaya yang akhir kami tidaklah lebih mengetahui daripada yang pertama kami (laisa syai’un yakhruju min  ‘indi l-Lahi a.w hatta yabda’u bi-rasulillah s.a.w thumma bi- ali a.s thumma bi-wahidin wahidin li-kaila yakuna akhiru-na a‘lamu min awwali-na).
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Uthman bin Isa, daripada Sama‘ah bin Mihran, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua ilmu; ilmu yang Dia telah memberitahu kepada para malaikat-Nya (‘ilman azhara ‘alai-hi malaikata-hu), para rasul-Nya, dan para nabi-Nya. Semua itu kami telah mengetahuinya (qad ‘alimna-hu), dan ilmu yang Dia tidak memberitahu kepada sesiapa (‘ilman ista’thara bi-hi), tetapi apabila terserlah bagi-Nya sesuatu daripadanya(bada la-hu fi syai’in min-hu), maka Dia memberitahu kami perkara tersebut (a‘lamana dhalika), dan Dia membentangkannya ke atas para imam sebelum kami (wa ‘arada ‘ala al-A’immati al-ladhina kanu qabli-na).            
       Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Hisyam bin Salim, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Percakapan yang aku telah mendengarnya daripada Abu al-Khattab, maka beliau berkata: Bentangkannya kepada aku, maka aku berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya kamu mengetahui halal dan haram, dan kata pemutus di antara orang ramai, maka beliau diam. Apabila aku mahu berdiri, beliau mengambil tanganku, dan berkata: Wahai Muhammad, demikianlah ilmu al-Qur’an, halal dan haram menjadi sebahagian ilmu yang berlaku pada malam dan siang (yahduthu fi al-Laili wa al-Nahar)[41].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada ‘Umar bin Abd al- ‘Aziz, daripada seorang lelaki, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Ali bin al-Husain a.s, berkata: Aku berkata kepadanya: Setiap apa yang berada di sisi Rasulullah s.a.w, maka sesungguhnya ia telah diberikan kepada Amir al-Mukminin a.s (kullu ma kana ‘anda rasulillah s.a.w fa-qad  u‘ti-hi amir al-Mu’minin a.s), kemudian al-Hasan a.s selepas Amir al-Mukminin, kemudian al-Husain a.s selepasnya.Kemudian setiap imam sehingga berlakunya Kiamat berserta pertambahan (al-Ziyadah) yang berlaku pada setiap tahun, dan pada setiap bulan? Maka beliau berkata: Ya, demi Allah, pada setiap masa[42].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin Imran al-Halab, daripada al-Harith bin al-Mughirah al-Nasri, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kamu berhati-hatilah di dalam  percakapan, kerana kami mengetahuinya[43].
       Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Abu Abdullah Zakaria bin Muhammad al-Mu’min, daripada al-Hakam bin Aiman, daripada al-Harith bin al-Mughirah, dan Abu Bakr Muhammad al-Hadhrami, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Beliau berkata: Tidak berlaku (sesuatu) sebelum kamu melainkan kami telah mengetahui mengenainya (ma yahduthu qabla-kum illa ‘alim-na bi-hi). Aku berkata: Bagaimana begitu? Beliau berkata: “Seorang penunggang” datang memberitahu kami mengenainya (ya’ti-na  bi-hi  rakibun yadhribu).
       Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far bin Wahab al-Baghdadi, daripada   Ali bin Ma‘bad, daripada Ali bin  al-Hasan bin Ribat, daripada Ali bin ‘Abd al-‘Aziz, daripada bapanya, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Abd al-Malik bin Marwan dilantik menjadi khalifah dengan aman, beliau menulis  surat kepada al-Hajjaj  dengan tulisannya. Beliau menulis padanya: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, daripada Abdullah: Abd al-Malik bin Marwan kepada al-Hajjaj bin Yusuf: Amma ba‘d.             Adapun kemudian daripada itu, cukuplah darah Bani Abd al-Muttalib, kerana aku telah melihat keluarga Abu Sufyan manakala mereka terjebak di dalamnya, mereka tidak dapat bertahan lama, wassalam.
       Beliau telah menulis surat ini secara rahsia, tidak diketahui oleh seorang pun. Beliau mengirimnya melalui pos, berita ini telah sampai kepada Ali bin al-Husain a.s pada masa itu juga, lalu beliau memberitahu kepada Abd al-Malik bahawa masa kerajaannya ditambah sedikit, kerana beliau telah menghentikan kezaliman terhadap Bani Hasyim, beliau telah memerintah supaya  ditulis kepada Abd al-Malik, dan memberitahunya bahawa Rasulullah s.a.w telah datang kepadanya di dalam tidurnya memberitahunya akan perkara tersebut, Ali bin al-Husain a.s telah menulis kepada Abd al-Malik tentang perkara tersebut[44].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Ismail bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada ‘Urwah ibn Musa al-Ja‘fi, berkata: Pada suatu hari Abu Abdullah a.s telah berkata kepada kami, dan kami sedang bercakap-cakap di sisinya: Pada hari ini mata Hisyam bin Abd al-Malik telah pecah di dalam kuburnya, kami berkata:Bilakah beliau mati? Beliau berkata: Pada hari yang ketiga, maka cukuplah bagi kami kematiannya (fa-hasbu-na mautu-hu). Kami telah meminta perkara itu, maka ia telah berlaku.

                       

Bumi Dilipatkan Untuk Mereka A.S           

            
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Yusuf bin ‘Umairah, daripada Daud bin Furqad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan kami telah mengerjakan solat ‘atamah (satu pertiga malam) di Madinah, dan beliau telah datang kepada kaum Musa di dalam satu urusan di mana mereka telah bertengkar mengenainya di kalangan mereka. Dan beliau kembali pada malamnya, lalu mengerjakan solat al-Ghadat (pagi)di Madinah (Inna rajulan minna salla al-‘Atamata bi al-Madinati wa ata qauma musa fi amrin fa-tasyajaru fi-hi fi-ma baina-hum wa ‘ada min lailati-hi fa-salla al-Ghadata bi al-Madinati )[45].
       Ali bin Ismail bin Isa daripada Muhammad bin  ‘Umru bin Sa‘id al-Zayyat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Jabir bin Yazid, berkata: Pada suatu hari aku telah duduk di sisi Abu Ja‘far a.s, lalu beliau berpaling kepadaku, dan berkata: Wahai Jabir, adakah anda mempunyai keldai untuk anda naiki, anda dapat berjalan di antara timur dan barat di dalam satu malam? Aku berkata: Tidak, maka beliau berkata: Aku benar-benar mengetahui seorang lelaki di Madinah yang mempunyai keldai yang beliau naiki, lalu beliau datang ke timur dan barat di dalam satu malam (Inni la-a‘rifu rajulan bi al-Madinati la-hu himarun yarkabu-hu fa-ya’ti al-Masyriqa wa al-Maghriba fi lailatin )[46].
       Abdullah bin ‘Amir bin Sa‘id, daripada al-Rabi‘, daripada Ja‘far bin Basyir al-‘Ajali, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada kami telah datang kepada kaum Musa di dalam suatu perkara di kalangan mereka, lalu beliau mendamaikan di antara mereka dan kembali (inna rajulan minna ata qauma musa fi syai’in kana baina-hum fa-aslaha baina-hum wa raja‘a)
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya di Madinah seorang lelaki telah datang di  tempat anak Adam, maka beliau telah melihatnya terpasung (ma‘qulan) bersama-samanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya. Pada musim panas mereka menghadapi matahari bersama-samanya, dan menyalakan api di sekelilingnya (wa yuqidun haula-hu al-Nar). Dan pada musim sejuk mereka mencurahkan air sejuk ke atasnya (fa-idha kana al-Syita’ sabbau ‘alai-hi al-Ma’ al-Barid). Setiap kali seorang lelaki daripada sepuluh itu mati, penduduk kampung akan mengeluarkan seorang lelaki bagi menggantikan tempatnya, maka beliau berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, apakah cerita anda, kenapakah anda diuji sebegini? Maka beliau berkata: Anda telah bertanya kepada aku tentang satu masalah yang tidak seorang pun bertanya kepada aku sebelum anda, sesungguhnya anda adalah seorang yang paling bodoh (la-ahmaq) atau anda seorang yang paling cerdik (la-akyasu). Maka Aku berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Adakah beliau akan diazabkan di akhirat?  Beliau berkata:  Beliau berkata:  Allah akan mengumpulkan ke atasnya azab dunia dan akhirat[47].
       Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama‘ah, dan Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim ibn al-Harith, daripada Abu Basir, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesunggunya para wasi dilipatkan bumi untuk mereka dan mereka mengetahui apa yang ada di sisi para sahabat mereka (inna al-Ausiya’  la-tutwa lahum al-Ard wa ya‘lamuna ma ‘anda ashabi-him )[48].
       Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-‘Ala bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah telah diambil dari bahagian bukit kepada golongan yang difirmankan Allah a.w di dalam kitab-Nya Surah al-A‘raf (7 ) :159 “Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan, kerana pertengkaran yang telah berlaku di antara mereka, kemudian beliau kembali[49].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abu Abdullah Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada sebahagian para sahabat kami, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada kami telah mendatangi kaum Musa di dalam suatu perkara di antara mereka, lalu beliau telah mendamaikan di antara mereka, kemudian beliau telah melalui seorang lelaki yang dipasung (bi-rajulin ma‘qul) di atasnya pakaian yang bersih bersertanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya di mana pada musim sejuk,mereka mencurahkan air sejuk ke atasnya, dan pada musim panas, mereka menyalakan api di sekelilingnya.
       Apabila seorang daripada sepuluh mati, maka penduduk kampung akan menggantikannya dengan lelaki yang lain, lantaran itu, orang ramai akan mati, dan sepuluh tidak akan berkurangan, maka beliau berkata kepadanya: Apakah urusan anda? Beliau berkata: Jika anda seorang yang alim, maka aku tidak akan memperkenalkan diri aku, al-‘Ala’ berkata: Muhammad bin Muslim berkata: Mereka berpendapat bahawa ia adalah anak lelaki Adam, dan mereka juga berpendapat bahawa ia adalah Abu Ja‘far a.s Sahib hadha al-Amr.
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal ibn Jamil, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Jabir, adakah anda memiliki keldai yang akan membawa anda dari timur ke barat di dalam masa satu hari? Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan, wahai Abu Ja‘far, bagaimanakah untuk aku semua ini? Abu Ja‘far a.s berkata: Itulah Amir al-Mukminin a.s, tidakkah anda mendengar sabda Rasulullah s.a.w  tentang Ali a.s: Demi Allah, anda akan sampai kepada sebab-sebab-nya, dan demi Allah, anda akan menaiki awan (la-tablughanna al-Asbab wa-l-Lahi la-tarkabanna al-Sahab).
       Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Abu al-Fadhl, sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada  penduduk Madinah diambil sebelum terbitnya matahari, dan sebelum tenggelamnya matahari kepada golongan yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-A‘raf (7) :159 “ Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan, kerana pertengkaran yang berlaku di antara mereka. Lalu beliau telah mendamaikan di kalangan mereka (fa-aslaha baina-hum), dan kembali tanpa duduk (wa raja‘a wa lam yaq‘ud). Lantas beliau melalui air kamu, kemudian meminumnya(fa-marra bi-nutfi-kum fa-syariba min-hu), dan terus melalui di pintu anda, lalu mengetuk lingkaran pintu anda (wa marra ‘ala babi-ka fa-daqqa ‘alaika halqata babi-ka), kemudian beliau kembali ke rumahnya tanpa duduk (thumma raja‘a ila manzili-hi wa lam yaq‘ud)[50].
       Ali bin Ismail bin Isa, daripada ‘Umru Sa‘id al-Zayyat, daripada bapanya, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah yang telah diambil dari bahagian bukit bumi kepada golongan yang difirmankan Allah a.w di dalam kitab-Nya Surah al-A‘raf (7) :159 “ Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan, kerana pertengkaran yang telah berlaku di antara mereka, kemudian beliau kembali tanpa duduk, kemudian beliau melalui air kamu, lalu meminumnya-Iaitu air Furat- Kemudian datang kepada anda, wahai Abu al-Fadhl, lalu mengetuk pintu anda, dan beliau juga telah melalui seorang lelaki yang dipasung kerana pembunuhan(ma‘qul), di atasnya kain yang bersih bersama-samanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya.       
       Pada musim panas mereka menyalakan api di sekelilingnya, dan memusingkannya menurut pergerakan matahari. Setiap seorang daripada  sepuluh itu mati, penduduk  kampung akan menggantikannya dengan seorang yang lain. Lantaran itu, orang ramai akan mati, dan sepuluh orang tidak akan berkurangan, maka seorang lelaki tertentu telah melalui di hadapannya dan berkata kepadanya: Apakah cerita anda? Lelaki yang dipasung itu berkata: Jika anda seorang yang alim, maka aku tidak akan memperkenalkan diriku, dan urusanku. Dikatakan bahawa beliaulah anak lelaki Adam yang menjadi pembunuh (inna-hu ibn adama al-qatilu). Muhammad bin Muslim berkata: Lelaki seorang lagi itu adalah Abu Ja‘far a.s (wa kana al-Rajulu aba Ja‘far a.s.)[51]
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami, daripada ‘Umar bin Abban al-Kalbi, daripda Abban bin Taghlab berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka seorang lelaki daripada ulama ahli Yaman telah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Yamani! Adakah pada kamu para ulama? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Sesungguhnya beliau berjalan pada satu malam kadar perjalanan sebulan (inna-hu yasiru fi lailatin wihidatin masirata syahrin), menahan burung terbang dan menjejaki segala kesan.
       Beliau berkata kepadanya: Orang alim di Madinah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim Madinah (‘ilmu ‘alim al-Madinah)? Beliau berkata: Beliau berjalan satu pagi kadar perjalanan setahun (inna-hu yasiru fi sabahin wahidin masirarata sanatin) seperti matahari apabila diperintah, sesungguhnya matahari pada hari ini tidak diperintah, tetapi apabila diperintah, ia akan melintasi dua belas maghrib (idha umirat taqta‘ ithna ‘asyara maghriban), dua belas masyrik, dua belas matahari, dua belas bulan, dua belas daratan, dan dua belas alam, beliau berkata:Apa yang ada lagi pada tangan orang Yaman itu, aku sendiri tidak mengerti apa yang dikatakan olehnya, lalu Abu Abdullah a.s telah menahan dirinya dari bercakap[52].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Abu Ayyub Ibrahim bin Uthman al-Khazzaz, daripada Abban bin Taghlab berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki daripada penduduk Yaman telah datang kepadanya, maka beliau berkata kepadanya: Wahai saudara Yaman, adakah di sisi kamu para ulama? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Beliau berjalan satu malam kadar perjalanan satu bulan, beliau dapat menahan burung terbang dan menjejaki segala kesan.
       Maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Orang alim Madinah adalah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim Madinah? Beliau berkata: Beliau berjalan satu jam di siang hari kadar perjalanan matahari satu tahun (yasiru fi sa‘atin min al-Nahar masirata al-Thamsyi sanatan) sehingga beliau melintasi dua belas alam seperti alam kamu ini, mereka tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah telah mencipta Adam dan Iblis, beliau berkata: Maka mereka mengetahui kamu (fa-ya‘rifuna-kum )? Beliau berkata: Ya, Allah tidak mewajibkan ke atas mereka selain daripada wilayah kami (wilayata-na) dan pembebasan daripada musuh kami (wa al-Bara’ata min ‘aduwwi-na)[53].
       Ahmad bin al-Husain berkata: Al-Hasan bin al-Barra’ , daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki daripada penduduk Yaman telah memberi salam, maka beliau telah menjawab salamnya, kemudian beliau berkata kepadanya: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Beliau dapat menahan burung terbang, dan menjejaki segala kesan di dalam satu jam kadar perjalanan satu bulan bagi penunggang yang cergas.
       Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya orang alim Madinah adalah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu?  Beliau berkata: Orang alim Madinah bukan sahaja dapat menjejaki segala kesan, dan menahan burung terbang, malah mengetahui di dalam satu detik kadar perjalanan matahari, melintasi dua belas planet, dua belas daratan, dua belas lautan, dan dua belas alam, maka orang Yaman itu berkata kepadanya: Aku jadikan diri aku tebusan anda, aku tidak fikir orang lain mengetahui perkara ini dan aku tidak mengerti apakah itu semua, lalu beliau keluar[54].
     
                                       
                            BAHAGIAN KESEBELAS

Keganjilan keadaan dan perbuatan mereka, pembunuhan Mu‘alla bin Khanis, Jangan menjadi tawanan dengan hadis kami, Haudh al-Kauthar, malakut al-Ardh, mukjizat Imam Ja‘far bersama Mu‘alla bin Khanis  dan lain-lain.

Keganjilan Keadaan Dan Perbuatan Mereka A.S

            
       Muhammad bin Abdullah al-Razi al-Jamurani, daripada Ismail bin Musa, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abd al-Samad bin Ali berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Ali bin al-Husain, maka Ali bin al-Husain berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah seorang ahli nujum yang mahir, beliau berkata: Maka beliau melihat kepadanya, kemudian berkata: Bolehkah aku menunjukkan kepada anda seorang lelaki yang telah melalui semenjak anda  datang kepada kami empat belas alam, dan setiap alam adalah lebih besar daripada dunia tiga kali tanpa bergerak daripada tempatnya (lam yataharak min makani-hi )? Beliau berkata: Siapakah lelaki itu? Beliau berkata: Aku, jika anda mahu, aku akan memberitahu anda apa yang anda telah makan dan apa yang anda telah simpan di rumah anda[55].
       Muhammad bin Hassan al-Razi telah memberitahu aku, berkata: Ali bin Khalid, seorang Zaidi- telah memberitahu aku, berkata: Aku telah berada di al-Askar, tiba-tiba berita sampai kepada aku bahawa di sana seorang lelaki yang ditahan, telah dibawa dari Syam di dalam keadaan digari(makbulan). Mereka berkata: Beliau telah membuat ramalan (tanabba’a). Ali bin Khalid berkata: Aku telah datang di pintu penjara. Aku telah melintasi beberapa penjaga pintu sehingga aku sampai kepadanya, tiba-tiba aku mendapatinya seorang lelaki yang mempunyai kefahaman (la-hu fahmun), maka beliau berkata: Aku telah berada di sisi kubur kepala  al-Husain bin Ali a.s, ketika aku di dalam ibadatku, tiba-tiba seorang lelaki datang kepada aku, dan berkata: Berdirilah dengan kami, maka akupun berdiri bersamanya.
       Manakala aku  bersama-samanya (fa-baina ana ma‘a-hu), tiba-tiba aku bersama-samanya  di Masjid Kufah (idh ana ma‘a-hu fi masjid kufah), beliau berkata: Beliau mengerjakan solat dan akupun mengerjakan  solat bersamanya (fa-salla fa-sallai-tu ma‘a-hu). Manakala aku bersamanya, tiba-tiba  kami di masjid Madinah. Beliau mengerjakan solat, maka aku mengerjakan solat bersamanya, beliau berselawat kepada Rasulullah s.a.w dan berdoa untuknya. Manakala aku bersamanya, tiba-tiba kami di Makkah, aku sentiasa bersamanya sehingga beliau menunaikan manasiknya dan aku menunaikan manasikku bersama-nya.
       Manakala aku bersamanya, tiba-tiba aku berada di tempat yang aku telah melakukan ibadat kepada Allah di Syam (fa-baina ana ma‘a-hu idh ana bi-maudi‘i al-ladhi kuntu a‘budu l-Laha fi-hi bi al-Syam), dan lelaki itupun meninggalkan tempat itu. Manakala pada tahun berikutnya, pada musim haji, tiba-tiba aku bersamanya, lalu beliau melakukan kepada aku seperti perbuatannya yang pertama, manakala kami selesai dari mengerjakan manasik kami, beliau menghantar aku (warada-ni) ke Syam, dan beliau berdukacita kerana meninggalkan aku (wa hamma bi-mufaraqati), aku berkata kepadanya: Aku bertanya kepada anda dengan hak Yang memberi kuasa kepada anda (sa’al-tu-ka bi haqqi al-Ladhi aqdara-ka) menurut apa yang aku lihat melainkan anda memberitahu aku siapakah anda?
       Beliau berkata: Beliau telah menundukkan kepalanya beberapa ketika, kemudian melihat kepada aku sambil berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin Musa. Beliau berkata: Berita ini tersebar sehingga berakhir kepada Muhammad bin Abd al-Malik al-Zayyat, maka beliau telah mengutus kepada aku, lalu mengambil aku, menggari aku (kabbala-ni) dengan besi,  membawa aku ke Iraq dan menahan aku (habasa-ni). Beliau berkata: Aku berkata kepadanya: Bawalah cerita anda ini kepada Muhammad bin Abd al-Malik?  Beliau berkata: Siapakah aku untuk mendatanginya dengan cerita ini? Beliau berkata: Maka aku membawanya pensel dan kertas, lalu beliau menulis ceritanya kepada Muhammad bin Abd al-Malik  dan menyebut di dalam ceritanya apa yang telah berlaku.
       Kemudian beliau menandakan tangan ceritanya, katalah: Kepada Yang telah mengeluarkan anda pada suatu malam dari Syam ke Kufah, dari Kufah ke Madinah, dari Madinah ke Makkah, dan telah mengembalikan anda dari Makkah kepada tempat yang anda telah berada padanya supaya mengeluarkan anda dari tahanan anda, Ali bin Khalid berkata: Urusannya telah mendukacitakan aku, aku berlembut untuknya, dan aku telah menyuruhnya supaya bersabar, kemudian pada suatu hari aku telah kembali kepadanya, tiba-tiba seorang tentera,  ketua pengawal, penjaga penjara dan orang ramai telah berhimpun, maka aku berkata: Apakah ini? Maka seorang daripada mereka berkata: Orang yang dibawa (al-Mahmul) dari Syam yang telah membuat ramalan, telah hilang kelmarin dan kami tidak mengetahui sama ada beliau ditelan oleh bumi (khusifat bi-hi al-Ardh) atau disambar oleh burung di udara (ikhtafat-hu al-Tairu)[56].

Pemberitahuan Imam Ja‘far A.S Tentang pembunuhan al-Mu‘alla/Mu‘alli Bin Khanis           

                                         
       Muhammad bin al-Husain bin Abu  al-Khattab, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Hafs al-Abyadh al-Tammar, berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah a.s pada hari pembunuhan al-Mu‘alla bin Khanis, dan sulaannya -rahima-hu l-Lahu-, beliau berkata kepadaku: Wahai Hafs, sesungguhnya aku telah memerintahkan al-Mu‘alla  bin Khanis dengan satu perintah, tetapi beliau telah menyalahi aku, kemudian beliau diuji dengan besi. Aku telah melihat kepadanya pada suatu hari berada di dalam keadaan yang mendukacitakan, aku berkata: Apakah yang telah terjadi kepada anda wahai Mu‘alla seolah-olah anda telah mengingati keluarga anda  harta anda dan tanggungan anda? Beliau berkata: Ya, maka aku berkata: Datanglah berhampiran aku, lalu beliau menghampiri  aku, lantas aku menyapu mukanya, maka aku berkata:Di manakah anda melihat anda berada?
       Beliau berkata: Aku diperlihatkan di rumah aku, ini adalah isteri aku, dan mereka adalah anak aku, lantas aku meninggalkannya bersama mereka dan aku telah bersembunyi daripada mereka sehingga beliau telah mengambil apa yang diambil oleh seorang lelaki daripada keluarganya, kemudian aku berkata kepadanya: Datanglah  berhampiran aku, maka beliau datang berhampiran aku, lantas aku menyapu mukanya (masah-tu wajha-hu). Aku berkata kepadanya:Di mana anda melihat anda sekarang? Beliau berkata: Aku melihat aku bersama anda di Madinah dan ini adalah rumah anda, aku berkata kepadanya: Wahai Mu‘alla, sesungguhnya bagi kami hadis (inna la-na hadithan), siapa yang menjaganya kerana kami, nescaya Allah menjaga ke atasnya agamanya, dan dunianya (man hafaza-hu ‘alai-na hafaza-hu l-Lahu ‘alai-hi dina-hu wa dunya-hu).
                    
Jangan Menjadi Tawanan Dengan Hadis Kami

       Wahai Mu‘alla, janganlah  kamu semua menjadi orang tawanan di tangan orang ramai dengan hadis kami (la takunu usara’ fi aidi al-Nasi bi-hadithi-na). Jika mereka mahu, nescaya mereka beriman kepada kamu (in sya’u amanu ‘alai-kum) dan jika mereka mahu, mereka  membunuh kamu (in sya’u qatalu-kum) Wahai Mu‘alla, sesungguhnya  barangsiapa yang  menyembunyikan hadis kami yang sulit (man katama al-Sa‘ba min hadithi-na), nescaya Allah menjadikannya cahaya di antara dua matanya, dan Allah memberikannya  kemuliaan pada orang ramai. Dan barangsiapa yang menyebarkan  hadis kami yang sulit (wa man adha‘a al-Sa‘ba min hadithi-na), beliau tidak akan mati sehingga senjata akan menikamnya (lam yamut hatta ya‘udhdh-hu al-Silahu) atau beliau akan mati digari (au yamutu kablan), wahai Mu‘alla, anda akan dibunuh (wa anta maqtul), maka bersedialah (fa-ista‘id ).[57]

Imam Ja‘far A.S  Dan  Haudh al-Kauthar           

            
       Al-Hasan bin Ahmad bin Salmah al-Lu’lu’, daripada al-Hasan bin Ali bin Baqqah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s tentang al-Haudh, maka beliau berkata kepadaku: Ia adalah Haudh di antara penglihatanku kepada San‘a’ (haudh ma baina basari ila San‘a’), adakah anda suka melihatnya? Aku berkata kepadanya: Ya, beliau berkata: Maka beliau telah mengambil tangan aku, dan mengeluarkan aku di luar Madinah, kemudian beliau menendang tanah dengan kakinya (fa-dharaba bi-rijli-hi), maka aku telah melihat kepada sungai yang sedang berlari di sudutnya air putih, dan susu daripada salji.
       Di tengahnya khamr (arak) yang lebih baik daripada permata nilam, aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripada khamr di antara susu dan air, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah ia keluar dan di manakah tempat berlarinya air?  Beliau berkata: Mata-mata air ini telah disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah sungai-sungai di Syurga, mata air daripada air, mata air daripada susu, mata air daripada khamr mengalir di sungai ini, dan aku telah melihat di kedua-dua tepinya pohon-pohon padanya hamba-hamba perempuan (jawar) yang berjuntai dengan kepala-kepala mereka.
       Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripadanya, di tangan-tangan mereka bejana-bejana yang aku tidak pernah melihat secantik itu, bukan daripada bejana-bejana dunia. Maka beliau telah menghampiri salah seorang daripada mereka dan memberi isyarat kepadanya dengan tangannya supaya ia memberikan air kepadanya, maka aku melihat kepadanya, lalu ia condong ke hadapan untuk mencedok air dari sungai. Maka pohon itu condong ke hadapan, lalu ia mencedok air, kemudian ia  memberikannya kepadanya  (nawalat-hu fa-nawala-ni fa-syarab-tu), kemudian beliau memberinya kepadaku, lalu aku meminumnya. Kemudian beliau mengambilnya, dan memberi isyarat kepadanya, maka pohon itu condong bersamanya (fa-malat al-Syajaratu ma‘a-ha), lantas ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (Abu Abdullah a.s) dan beliau pula memberikannya kepada aku, maka aku meminumnya.
       Aku tidak pernah melihat minuman yang lebih lembut, dan lebih lazat daripadanya. Bauannya adalah mewangikan. Aku telah melihat kepada gelasnya, maka aku mendapati tiga warna di dalam minuman itu, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, aku tidak pernah melihat  seperti hari ini, dan aku tidak pernah melihat perkara sebegini, maka beliau berkata: Ini adalah perkara yang paling sedikit yang disediakan oleh Allah kepada syi‘ah kita (hadha min aqalli ma a‘ada-hu l-Lahu li-syi‘ati-na). Sesungguhnya mukmin apabila mati, maka rohnya akan sampai ke sungai ini, berehat di taman-tamannya, meminum airnya. Sementara musuh kita apabila mati, maka rohnya akan sampai ke lembah Barhut (wa inna ‘aduwwana idha tuwaffia sarat ruhu-hu ila wadi barhut) dan dikekalkan azabnya, diberi makan zaqum, diberi minum air api neraka (hamim), maka pohonlah perlindungan dengan Allah dari dihantar ke lembah tersebut[58].           

Mukjizat  Abu Ja‘far al-Baqir A.S  Memperlihatkan  Malakut al-Ardh Kepada Jabir Bin Yazid


       Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Muthanna,daripada bapanya, daripada  ‘Uthman bin Zaid, daripada Jabir bin Zaid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-An‘am (6): 75 “ Dan demikainlah kami perlihatkan kepada Ibrahim keagungan langit dan bumi (malakutta al-Samawati wa-al-Ardh) agar Ibrahim termasuk  orang-orang yang yakin”. Beliau berkata: Aku telah menundukkan kepalaku ke tanah, lalu beliau mengangkat tangannya ke atas, kemudian berkata: Angkatkan kepala anda, maka aku mengangkat kepala aku, dan aku melihat kepada atap telah tembus sehingga mata aku dapat melihat Kepada cahaya yang terang, lantas mata aku menjadi tercengang tanpanya, kemudian beliau berkata kepada aku: Ibrahim telah melihat keagungan langit dan bumi di dalam keadaan ini.
       Kemudian beliau berkata kepada aku: Tunduk, maka aku pun tunduk, kemudian beliau berkata: Angkatkan kepala anda, lantas aku mengangkatkan kepala aku, maka aku mendapati atap masih di dalam keadaan yang terdahulu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, dan berdiri, lalu mengeluarkan aku dari rumah yang aku berada di dalamnya, dan memasukkan aku ke rumah yang lain, lalu beliau menukarkan pakaian yang dipakainya,dan memakai pakaian lain, kemudian beliau berkata kepadaku: Pejamkan mata anda, maka aku pun memejamkan mataku. Beliau berkata: Janganlah anda membuka mata anda (la taftah ‘ainai-ka), maka aku tunggu beberapa ketika, kemudian beliau berkata kepada aku: Anda mengetahui di manakah anda sekarang?
       Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Anda di dalam kegelapan yang telah dilalui oleh Dhu al-Qar’nain  (anta fi al-Zulmati al-Lati salaka-ha Dhu al-Qur’nain), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku membuka mata aku, maka aku dapat melihat anda? Beliau berkata kepada aku: Bukalah, sesungguhnya anda tidak akan melihat sesuatu, maka aku pun membuka mataku, tiba-tiba aku mendapati diri aku di dalam kegelapan, aku tidak dapat melihat tempat tapak kakiku berpijak. Kemudian beliau berjalan sedikit, lalu berdiri, maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui di manakah anda sekarang?
       Maka aku berkata: Aku tidak mengetahui, maka beliau berkata: Anda sedang berdiri di atas ‘Ain al-Hayat (mata kehidupan) yang diminum oleh Khidir a.s, kami berjalan, maka kami pun keluar daripada alam itu kepada alam lain, lalu kami berjalan padanya. Maka kami telah melihatnya seperti keadaan alam kita ini dari segi binaannya, rumah-rumahnya, dan penghuni-penghuninya, kemudian kami keluar kepada alam ketiga, maka ia adalah  seperti keadaan alam pertama, dan kedua sehingga kami sampai kepada lima alam (khamsati ‘awalim), beliau berkata: Kemudian beliau berkata kepada aku: Ini adalah malakut al-Ardh yang tidak dilihat oleh Ibrahim a.s.
       Sesungguhnya beliau telah melihat malakut al-Samawat iaitu dua belas alam, dan setiap alam adalah seperti keadaan yang anda telah melihatnya, dan setiap kali berlalunya seorang imam (kullama madha minna imammun), maka beliau tinggal di salah satu alam-alam ini sehingga yang akhir mereka adalah al-Qaim pada alam kita di mana kita menjadi penghuninya. Kemudian beliau berkata kepada aku: Pejamkan mata anda, kemudian beliau mengambil tangan aku, maka tiba-tiba kami berada di rumah yang kami telah keluar darinya. Lalu beliau telah mencabutkan pakaian yang sedang dipakainya, dan memakai pakaian sebelumnya, dan kami kembali kepada majlisnya, maka aku berkata kepadanya:Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, berapa lama waktu telah berlalu?  Maka beliau berkata: Tiga jam[59].
              
Mukjizat Imam Ja‘far A.S  Bersama Mu‘alla Bin Khanis           

       Ahmad bin al-Husain bin Sa‘id, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s di dalam sebahagian keperluannya, maka beliau berkata kepadaku: Kenapa aku melihat anda di dalam keadaan dukacita? Maka aku berkata:Berita yang telah sampai kepada aku mengenai Iraq dan penyakit di sana, maka aku telah teringat kepada keluarga aku, maka beliau berkata kepadaku: Adakah anda akan gembira melihat mereka?
       Aku berkata: Aku mahu jika boleh, demi Allah, beliau berkata: Palingkan muka anda, maka aku pun memalingkan muka aku (fa-saraf-tu waj-hi), kemudian beliau berkata: Hadapkan muka anda ke hadapan, maka tiba-tiba rumah aku tergambar di mata aku, maka beliau berkata kepada aku: Masuklah rumah anda, maka aku pun memasukinya, maka aku mendapati semua keluarga aku; kecil, dan besar berada di rumahku, lalu aku menunaikan kemahuanku (fa-qadhai-tu watri), kemudian aku keluar, beliau berkata: Palingkan muka anda, maka aku memalingkannya, kemudian aku tidak melihat sesuatu (fa-saraf-tu-hu fa-lam ara syai’an )[60].            
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Muhammad bin Hamraan, daripada al-Aswad bin Sa‘id, berkata: Abu Ja‘far a.s berkata kepada aku: Wahai Aswad bin Sa‘id, sesungguhnya di antara kami dan setiap bumi penyekat (tarran) seperti anda melihat binaan (mathala tarri al-Bana’). Apabila kami diperintah di bumi dengan sesuatu perintah, maka kami menarik penyekat tersebut (fa-jadhab-na dhalika al-Tarr), lalu bumi datang kepada kami dengan segala yang ada padanya sehingga kami melaksanakan padanya apa yang diperintahkan kepada kami daripada perintah Allah s.w.t[61].
       Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi, daripada ‘Umru bin Sa‘id al-Thaqafi, daripada Yahya bin al-Hasan bin Furat, daripada Yahya bin al-Mus.a.wir, daripada Abu al-Jarud al-Mundhir bin al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah menaiki gua (al-Ghar), maka Ali bin Abu Talib a.s telah mencarinya, kerana khuatir kaum musyrikin membunuhnya, Rasulullah s.a.w berada di gua Hira’, dan Ali berada di Thabir, maka Rasulullah s.a.w telah melihat Ali , dan berkata:Apakah dengan anda wahai Ali? Maka Ali a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, aku khuatir kaum musyrikin akan membunuh anda,  justeru itu, aku mencari anda.  Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Hulurkan tangan anda kepada aku wahai Ali, lantas bukit bergegar (fa-rajafa al-Jabalu) sehingga beliau melangkah dengan kakinya kepada bukit yang lain, kemudian bukit itu kembali kepada tempatnya yang asal (raja‘a al-Jabalu ila qarari-hi )[62].

Mukjizat Abu al-Hasan Musa Bin Ja‘far A.S            

       Al-Mu‘alla bin Muhammad al-Basri, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Salih ibn Sa‘id berkata: Aku datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, Dalam setiap perkara mereka mahu memadamkan cahaya anda, dan mengabaikan anda sehingga mereka menjatuhkan anda, ini adalah suatu pengkhianatan yang jahat dan bangsat, maka beliau berkata: Di sini anda wahai Ibn Sa‘id?! Kemudian beliau memberi isyarat dengan tangannya dan berkata: Lihatlah, maka aku pun melihat, maka tiba-tiba aku berada di taman-taman yang cantik, dan berseri, padanya perempuan-perempuan yang baik, dan kanak-kanak seolah-olah seperti mutiara yang tersembunyi, burung-burung, kijang-kijang, dan sungai-sungai yang segar mengalir, maka mata aku menjadi lemah, lalu beliau berkata kepada aku: Ini adalah disediakan untuk kami, dan kami bukanlah pengkhianat bangsat[63].
       Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ishaq al-Jallab berkata: Aku telah membeli kambing yang banyak untuk Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s, maka beliau telah menyeru aku dan memasukkan aku dari lorong rumahnya kepada tempat yang luas yang aku tidak mengetahuinya. Maka aku mulai memisahkan kambing-kambing itu kepada mereka di mana beliau telah perintahkan kepada aku. Lalu beliau telah mengutus kepada Abu Ja‘far a.s, kepada ibunya, serta kepada mereka yang beliau telah perintahkan kepada aku, kemudian aku telah meminta izin daripadanya untuk pulang ke Baghdad menemui bapa aku,iaitu pada hari pertimbangan (al-Tarwiyah)[64].
       Beliau telah menulis kepada aku: Supaya anda bermalam besok di sisi kami, kemudian anda pulang”. Beliau berkata: Maka aku telah bermalam, dan apabila datang hari ‘Arafah aku telah bermalam di sisinya. Dan aku telah bermalam pada malam  Hari Raya Korban di khemahnya, manakala di waktu sahur, beliau telah datang kepada aku, dan berkata: Wahai Ishaq, berdirilah, beliau berkata: Aku pun berdiri, dan aku membuka mataku (wa fatah-tu ‘aini), tiba-tiba aku berada di pintu (rumah)ku di Baghdad (fa-idha ana ‘ala bAbubi-Baghdad). Lantas aku memasukinya bertemu dengan bapaku, dan para sahabatku datang kepadaku, aku berkata kepada mereka: Aku telah berada di ‘Arafah di kawasan al-‘Askar dan aku telah keluar di Baghdad untuk mengerjakan solat Aidiladha.
             Ja‘far bin Muhammad bin Malik al-Kufi, daripada Muhammad bin al-Muaddib, daripada anak lelaki al-Asytar, daripada Muhammad bin ‘Ammar al-Sya‘rani, daripada bapanya, daripada Abu Basir, berkata:Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, dan di sisinya seorang lelaki daripada penduduk Khurasan sedang bercakap dengannya dengan bahasa yang aku tidak memahaminya, kemudian beliau telah kembali kepada sesuatu yang aku telah memahaminya. Maka aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Tekankan tanah itu dengan kaki anda, tiba-tiba tanah itu bertukar menjadi sungai, dan di tepi kedua-duanya panglima-panglima berkuda yang telah menyandarkan tengkuk-tengkuk mereka di atas pemegang-pemegang pelana kuda mereka, maka Abu Abdullah a.s berkata: Mereka itu adalah para sahabat al-Qaim a.s (ashab al-Qaim a.s )[65].
       Al-Hasan bin Ali al-Zaituni, dan Muhammad bin Ahmad bin Abu Qatadah, daripada Ahmad bin Hilal, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada al-Hasan bin ‘Atiyyah berkata: Abu Abdullah a.s telah berdiri di al-Safa, maka ‘Ubad al-Basri telah berkata kepadanya: Satu hadis yang diriwayatkan daripada anda, beliau berkata: Apakah ia?  Beliau berkata: Aku berkata: Kehormatan mukmin itu adalah lebih besar daripada Ka‘bah(hurmatu al-Mu’min a‘zamu min hurmati hadhi-hi al-Bunyah).Beliau berkata: Aku telah berkata sedemikian. Sesungguhnya mukmin jika beliau berkata kepada bukit ini: Datang, maka ia datang, beliau berkata: Aku telah melihat kepada bukit itu telah datang, maka beliau berkata:‘Ala rusuli-ka, sesungguhnya aku tidak akan mengembalikan anda.
       Al-Husain bin al-Hasan bin Abban berkata: Al-Husain bin Sa‘id telah memberitahu aku, dan menulisnya kepadaku dengan khatnya di hadapan Abu al-Hasan bin Abban berkata: Muhammad bin Sinan telah memberitahu aku, daripada Hammad al-Batahi, daripada sahabatnya-beliau adalah di kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s-berkata: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabatnya berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya wasi Musa telah memperlihatkan mereka alamat-alamat (kana uri-him al-‘Alamat), dan sesungguhnya wasi  Isa telah memperlihatkan mereka alamat-alamat selepas Isa, maka kenapakah anda tidak memperlihatkannya kepada  kami?
       Maka beliau berkata: Kamu tidak percaya, maka mereka telah mendesaknya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, lantas beliau telah mengambil tangan sembilan daripada mereka dan keluar dengan mereka sebelum Abyat al-Hijriyyin berhampiran al-Sibkhah, maka beliau telah bercakap dengan percakapan yang perlahan, kemudian beliau menggali dengan tangannya: Dedahkan penutupan anda, maka tiba-tiba setiap apa yang telah diceritakan Allah tentang syurga berada di depan mata mereka bersama-sama rohnya dan bunga-bunganya, lantas empat daripada mereka telah kembali, dan berkata:Sihir, sihir dan seorang daripada mereka masih cekal  masya Allah.
       Kemudian beliau telah menduduki satu majlis, kemudian dipindah daripadanya sesuatu percakapan tentang perkara tersebut. Maka mereka berpegang kepadanya, lalu mereka datang dengannya kepada Amir al-Mukminin a.s dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, bunuhlah ia, dan janganlah anda mencemarkan agama Allah, beliau berkata: Apakah yang dilakukannya?  Mereka berkata: Kami telah mendengarnya berkata: Begitu dan begini, beliau berkata: Daripada siapakah anda telah mendengar percakapan ini? Beliau berkata: Aku telah mendengarnya daripada polan bin polan, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Seorang lelaki telah mendengar daripada orang lain sesuatu, lalu beliau telah melaksanakannya, tidak ada jalan untuk diambil tindakan di atas perkara ini. Maka mereka berkata: Anda telah mencemarkan agama Allah, demi Allah, kami akan membunuhnya. Beliau berkata: Demi Allah, seorang lelaki daripada kamu tidak akan membunuhnya melainkan keluarganya dibebaskan.
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi berkata: Saudaraku Idris bin Abdullah telah memberitahu aku, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya dunia di sisi kami Ahlu l-Bait adalah seperti perkara atau benda di hujung jari.
       Muhammad bin Harun, daripada Abu Yahya Suhail bin Ziyad al-Wasiti, daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi pilihan kepada Dhu al-Qarnain dua awan (al-Sahabataini ):al-Dhalul, dan al-Sa‘ab, lalu beliau memilih al-Dhalul iaitu awan yang tidak mempunyai guruh, dan petir (huwa laisa fi-hi barqun wala ra‘dun). Sekiranya beliau memilih al-Sa‘ab, nescaya beliau tidak akan mendapatkannya, kerana Allah telah menyimpannya untuk al-Qaim a.s.
              
Mukjizat Dan Kekeramatan Amir al-Mukminin Ali A.S            

       Ibrahim bin Hasyim, daripada Uthman bin Isa, daripada Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s ketika diberi pilihan memiliki apa yang ada di atas bumi dan di bawahnya, dibentangkan kepadanya dua awan: Sa‘bah, dan Dhalul. Sa‘bah adalah memiliki apa yang ada di bawah bumi dan Dhalul adalah memiliki apa yang ada di atas bumi, lalu beliau memilih al-Sa‘bah di atas Dhalul, maka beliau menaikinya (fa-rakiba-ha), dan berpusing dengannya tujuh bumi, maka beliau telah mendapati padanya tiga yang telah rosak (thalathata kharaban) dan empat yang sedang membangun (arba‘an ‘awamir).
       Al-Mu‘alla bin Muhammad al-Basri, daripada Sulaiman bin Sama‘ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Sama‘ah bin Mihran berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka langit telah mengeluarkan petir dan guruh (fa-ar‘adat al-Sama’u wa abraqat), lalu Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya petir dan guruh ini adalah daripada perintah sahabat kamu (ma kana min hadha al-Ra‘di wa min hadha al-Barqi fa-inna-hu min amri sahibi-kum), aku berkata: Siapakah sahabat kita itu?  Beliau berkata:  Amir al-Mukminin a.s.
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada ‘Umar bin Abban al-Kalbi, daripada Adim bin al-Hurr, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Berita telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan tabaraka wa ta‘ala telah bermunajat dengan Ali a.s (naja ‘aliyyan), Maka beliau berkata: Ya, munajat telah berlaku di Taif di mana Jibrail telah turun di antara kedua (Kanat baina-huma munajat bi al-Taif nazala baina-huma Jibrail)[66].
       Ibrahim bin Hasyim, daripada Yahya bin Abu Imran, daripada Yunus, daripada Hammad bin Uthman, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sessungguhnya Salamah bin Kuhail meriwayatkan tentang Ali perkara yang banyak, beliau berkata: Apakah ia? Aku  berkata: Beliau telah memberitahu kepada aku bahawa Rasulullah s.a.w  telah mengepung ahli Taif, dan sesungguhnya beliau telah bersendirian dengan Ali pada satu hari, maka seorang lelaki daripada para sahabatnya berkata: Aneh, apa yang berlaku kepada kami mengenainya, beliau s.a.w bermunajat dengan kanak-kanak ini semenjak hari ini (yunaji hadha al-Ghulama mundh al-Yaum), maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, sesungguhnya beliau sedang bermunajat dengan Tuhannya (ma ana bi- munaji-hi inna-ma yunaji rabba-hu). Maka Abu Abdullah a.s berkata: Ya, sesungguhnya ini adalah perkara-perkara (asyya’) diketahui sebahagiannya akan sebahagian yang lain[67].
       Ali bin Muhammad bin Ali bin Sa‘d, daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisyaburi berkata: Abdullah ibn Muhammad al-Yamani telah memberitahu aku, daripada Muni‘, daripada Yunus, daripada Ali bin A‘yan, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Rafi‘ berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s pada hari Khaibar, maka beliau telah meludah pada kedua-dua matanya (fa-tafala fi ‘ainai-hi) seraya bersabda: Apabila anda membukanya, maka berdirilah di kalangan orang ramai, kerana Allah telah memerintahkan aku sedemikian, Abu Rafi‘ berkata: Maka Ali pun telah pergi dan aku bersamanya.
       Manakala beliau sampai di waktu pagi  di Khaibar, maka beliau telah membukanya (iftata-ha) dan berdiri di kalangan orang ramai, lalu beliau telah memanjangkan wuquf di sana. Maka orang ramai berkata: Sesungguhnya Ali sedang bermunajat dengan Tuhannya (inna ‘aliyyan yunaji rabba-hu). Manakala beliau tinggal selama satu jam, lalu diperintahkan supaya merampas bandar yang beliau telah membukanya. Maka aku telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Ali telah berdiri di kalangan orang ramai sebagaimana anda telah perintahkannya. Aku telah mendengar sebahagian daripada mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah bermunajat dengannya (inna Allah naja-hu), maka beliau bersabda: Sesungguhnya Allah telah bermunajat dengannya pada hari Taif, hari ‘Aqabah Tabuk, dan hari Khaibar.              

Perbezaan Antara Rasul, Nabi  Dan Muhaddath            

       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, dan al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada al-Qasim bin ‘Urwah, daripada Barid bin Mu‘awiyah al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang rasul, nabi dan muhddath, maka beliau berkata: Rasul adalah yang didatangi oleh malaikat, dan berdepan dengan mereka, serta menyampaikannya daripada Allah (al-ladhi ta’ti-hi m al-Malaikatu wa yu‘ayinu-hum wa tablughu-hu ‘ani l-Lahi). Nabi adalah yang melihat di dalam tidurnya (al-Ladhi yara fi manami-hi). Maka apa yang beliau telah melihat di dalam tidurnya adalah sebagaimana beliau melihat ketika jaga, dan al-Muhaddath adalah yang mendengar percakapan malaikat (al-Ladhi yasma‘u kalama al-Malaikati)sama ada ia membisikkannya di telinganya (yanquru fi udhunai-hi) atau menerangkannya di hatinya (yankutu fi qalbi-hi )[68].
       Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Zararah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w di dalam Surah Maryam (19): 54 “dia adalah seorang rasul, dan nabi”. Kami telah mengetahui seorang rasul dan siapakah nabi? Maka beliau berkata: Nabi adalah orang yang melihat malaikat di dalam tidurnya, mendengar suara malaikat, tetapi tidak berdepan dengannya. Adapun  rasul, maka ia berdepan dengan malaikat, dan bercakap kepadanya, aku berkata: Apakah kedudukan imam? Beliau berkata: Imam mendengar suara malaikat, tetapi tidak melihatnya, dan tidak berdepan dengannya. Kemudian beliau telah membaca ayat ini “ Aku tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang  nabi (dan tidak seorang  muhaddath )[69].
       Al-Haitham bin Abu Masruq al-Nahdi, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Ismail bin Mihran berkata: Al-Hasan bin al-‘Abbas al-Ma‘rufi telah menulis kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku apakah perbezaan di antara rasul, nabi, dan imam? Maka beliau telah menulis kepadanya: Perbezaan di antara rasul, nabi, dan imam. Rasul adalah yang diturunkan Jibrail ke atasnya, maka beliau dapat melihatnya, bercakap kepadanya, dan mendengar percakapannya, dan diturunkan ke atasnya wahyu. Kemungkinan wahyu diberikan di dalam tidurnya seperti Ibrahim. Adapun nabi, kemungkinan beliau telah mendengar percakapan malaikat, kemungkinan beliau dapat melihatnya dan tidak mendengar percakapannya. Adapun imam mendengar percakapan malaikat, tetapi tidak melihatnya.
       Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi berkata: Ismail bin Yasar telah memberitahu aku, daripada Ali bin Ja‘far al-Hadhrami, daripada Zararah bin A‘yan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang firman-Nya “kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi, (dan tidak seorang muhaddath) maka beliau berkata: Rasul adalah yang didatangi Jibrail secara berdepan, maka ia bercakap kepadanya, dan beliau pula melihatnya sebagaimana seorang lelaki melihat sahabatnya. Nabi adalah yang didatangi wahyu di dalam tidurnya seperti mimpi Ibrahim dan Muhammad s.a.w. Di kalangan mereka ada yang terkumpul kerasulan dan kenabian, maka Muhammad s.a.w  adalah di antara mereka yang terkumpul  kerasulan dan kenabian. Muhaddath  mendengar percakapan malaikat, tetapi tidak melihatnya, dan ia tidak mendatanginya di dalam tidurnya[70].
                            
Semua Para Imam Muhaddathun            

       Daripadanya, Ismail bin Yasar telah memberitahuku, berkata: Ali bin Ja‘far al-Hadhrami telah memberitahu aku, daripada Sulaim bin Qais sesungguhnya beliau telah mendengar Ali a.s berkata: Sesungguhnya aku, dan para wasi aku daripada anak-anak lelaki aku adalah para imam yang mendapat hidayat semua kami adalah muhaddathun, aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, siapakah mereka?  Beliau berkata: al-Hasan dan al-Husain, kemudian anak lelaki aku Ali bin al-Husain-beliau berkata: Ali pada masa itu masih menyusu-kemudian lapan orang selepasnya seorang selepas seorang, merekalah Allah telah bersumpah di dalam Surah al-Balad (90):3 “ dan demi bapa, dan anak-anaknya” (wa walidin wa ma walada). Adapun walid (bapa) adalah Rasulullah s.a.w, dan wa ma walada  (anak-anaknya) iaitu para wasi.
       Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah dua imam berkumpul? Maka beliau berkata: Tidak, melainkan salah satu daripadanya diam tidak bercakap sehingga berlalunya yang pertama. Sulaim berkata: Aku telah bertanya Muhammad bin Abu Bakr, maka aku berkata: Adakah Ali a.s Muhaddath? Beliau berkata: Ya, aku berkata:Malaikat bercakap kepada para imam (yuhaddithu al-Malaikatu al-Aimmata)? Maka beliau berkata: Tidakkah anda membaca  “ dan kami tidak mengutus sebelum kamu  seorang rasul, dan tidak seorang nabi, dan (tidak seorang muhaddath). Aku berkata: Adakah Amir al-Mukminin muhaddath? Maka beliau berkata: Ya, dan Fatimah adalah muhaddathah walaupun beliau bukan seorang nabi perempuan (wa lam takun nabiyyatan).                

 Urusan Keagamaan  Diserahkan Kepada Mereka              

       Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan saudaranya Abdullah bin Muhammad, daripada bapa mereka berdua Muhammad bin Isa, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Musa bin Asyim berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah a.s, maka aku telah bertanya kepadanya tentang satu masalah, maka beliau telah memberi jawapan kepadaku  mengenainya dengan satu jawapan. Maka aku duduk, tiba-tiba seorang lelaki datang, maka beliau bertanya kepadanya  masalah yang sama, maka beliau telah memberi jawapan kepadanya menyalahi dengan apa yang beliau berikan kepadaku (bi-khilafi ma ajaba-ni).Seorang lelaki yang lain datang, lalu bertanya kepadanya tentang masalah yang sama, maka beliau telah memberi jawapan kepadanya menyalahi apa yang beliau berikan kepadaku dan sahabatku.             
       Justeru itu, aku takut tentang perkara tersebut, dan ia menjadi besar kepadaku (‘azuma ‘alayya). Manakala mereka keluar, maka beliau telah melihat kepada aku, dan berkata: Wahai Ibn Asyim, seolah-olah anda takut, maka aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya Allah telah menyerahkan (fawwadha) kepada Daud urusan kerajaannya, dan berfirman di dalam Surah al-Sad (38):39 “ inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungan jawab”. Dan Dia telah menyerahkan kepada Muhammad s.a.w urusan agama-Nya, dan berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 “ Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah”. Dan sesungguhnya Allah telah menyerahkan urusan keagamaan kepada para imam daripada kami (inna l-Laha fawwadha ila al-Aimmati minna), dan kepada kamilah (kembali) apa yang Dia telah serahkan kepada Muhammad s.a.w (wa ilai-na ma fawwadha ila Muhammad s.a.w). Lantaran itu, janganlah anda berdukacita.                              
       Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Hamzah al-Thumali, dan Muhammad bin Khalid al-Tayalasi telah memberitahuku, daripada  Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Barangsiapa yang kami telah menghalalkan untuknya sesuatu di mana beliau telah mendapatinya (asaba-hu) daripada orang-orang yang zalim, maka ia adalah halal baginya (fa-huwa la-hu halalun), kerana para imam daripada kami diserahkan urusan keagamaan kepada mereka (mufawwadhun ‘alai-him). Lantaran itu, apa yang dihalalkan oleh mereka, maka ia adalah halal, dan apa yang diharamkan oleh mereka, maka ia adalah haram[71].
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran, daripada ‘Asim bin Hamid, daripada Abu Ishaq al-Nahwi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengajar Nabi-Nya di atas kecintaan kepada-Nya (inna l-Laha addaba nabiyya-hu ‘ala mahabbati-hi), maka Dia berfirman di dalam Surah al-Qalam (68):4 “ Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”, kemudian Dia telah memberi kuasa kepadanya (fawwadha ilai-hi).
       Dan berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 “Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah”. Dan Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4):80 “Barangsiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allh”, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyerahkan urusan keagamaan (fawwadh) kepada Ali a.s, dan mengamanahkannya kepadanya, maka kamu telah menerimanya   sedangkan orang ramai telah mengingkarinya. Lantaran itu, kami adalah antara kamu dan Allah. Allah tidak akan menjadikan kebaikan bagi seorang yang menyalahi perintah kami (ma ja‘ala i-Lahu li-ahadin min khairin fi khilafi amri-na, kerana urusan kami adalah urusan Allah (fa-inna amra-na amru l-Lahi).
       Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Ali bin Samit, daripada Adim bin al-Hurr berkata: Musa bin Asyim telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang ayat dari kitab Allah, dan aku hadir, maka beliau telah memberitahu ayat tersebut kepadanya. Kemudian seorang lelaki datang, lalu beliau bertanya Abu Abdullah a.s tentang ayat yang sama, maka beliau telah memberitahunya kepadanya, tetapi ia menyalahi apa yang beliau telah memberitahu Musa bin Asyim, kemudian Musa bin Asyim berkata: Maka  perasaan tidak puas hati telah timbul seolah-olah hatiku dihiris dengan pisau, dan aku berkata: Kami telah meninggalkan Abu Qatadah di Syam, beliau tidak menyalahi walaupun satu huruf. Sementara Abu Abdullah a.s telah menyalahi semua.
       Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, seorang lelaki yang lain datang kepadanya, lalu beliau bertanya kepadanya tentang ayat yang sama, lantas beliau telah memberitahu ayat tersebut kepadanya, tetapi ia menyalahi apa yang beliau telah memberitahu aku mengenainya, dan juga menyalahi apa yang beliau telah memberitahu kepada orang yang bertanya kepadanya selepas aku. Apa yang jelas kepada aku bahawa ia adalah suatu yang sengaja dilakukan olehnya (ta‘ammudan).
       Maka aku berkata kepada diri aku sesuatu, lalu Abu Abdullah a.s berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Ibn Abu Asyim, janganlah anda melakukan begitu dan begini, maka ia jelas datang daripada percakapan diriku, kemudian beliau berkata: Wahai Ibn Asyim, sesungguhnya Allah telah memberi kuasa (fawwadha) kepada Sulaiman bin Daud, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Sad (38):39 “ inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungan jawab”. Dan Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 “ Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah”.
       Apa yang Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah memberi kuasa (tafwidh ) kepada kami. Wahai Ibn Asyim, Allah berfirman di dalam Surah al-An‘am (6):125 “ Barangsiapa yang Allah kehendaki memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam. Dan barangsiapa yang Dikehendaki Allah kesesatannya Dia akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit ” Adakah anda mengetahui apakah al-Haraj (sempit)? Aku berkata: Tidak, lalu beliau telah memasukkan  anak-anak jari tangannya dengan kuat di mana sesuatu  tidak akan keluar atau memasukinya[72].
       Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan berkata:Abu Abdullah a.s berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak memberi kuasa (fawwadha) kepada seorang daripada makhluk-Nya melainkan kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada para imam, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4):105 “ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu Iaitu berlaku kepada para wasi[73].
       Muhammad bin Khalid al-Tayalasi, daripada al-Saif bin‘Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Rafid hamba Ibn Hubairah, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Apabila anda melihat al-Qaim memberi kepada seorang lelaki seribu dirham, dan beliau memberi kepada anda satu dirham, maka perkara tersebut janganlah membesar di dada anda, kerana urusan itu diberi kuasa kepadanya  (fa-inna al-Amra mufawwadhun ilai-hi).
       Muhammad bin Khalid al-Tayalasi, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Makhal bin Jamil, daripada Jabir bin yazid, berkata: Aku telah membaca ke atas Abu Ja‘far a.s  satu ayat di dalam Surah Ali Imran (3):128 “Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka ” Beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berhasrat bahawa Ali menjadi wali al-Amri selepasnya. Lantaran itu, Allah maksudkan “Tidak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka ” Maka bagaimana beliau tidak boleh campur tangan sedikit pun di dalam urusan wali al-Amr sedangkan Allah telah memberi kuasa kepadanya? Maka beliau berkata: Apa yang telah dihalalkan oleh Nabi s.a.w, maka ia adalah halal, dan apa yang telah diharamkan oleh Nabi s.a.w, maka ia adalah haram.
       Diriwayatkan bahawa Allah a.w  mempunyai beberapa hamba-Nya yang istimewa. Dia menghidupkan mereka di dalam kesenangan, Dia mematikan mereka di dalam kesenangan dan Dia memasukkan mereka syurga di dalam kesenangan.
       Di dalam satu doa: Wahai Tuhanku, Janganlah Engkau menjadikan kami orang-orang yang pertama, kemudian keluar agama, dan orang-orang yang terakhir, kemudian menjadi perosak. Dan jadilah kami di kalangan orang-orang yang sederhana.

Tentang Penciptaan Adam A.S Dan Zuriatnya Serta Perbezaan Kefakiran Dan Kekayaan            

       Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia mengeluarkan zuriat Adam a.s dari belakangnya untuk mengambil al-Mithaq (perjanjian) tentang ketuhanan-Nya, dan kenabian setiap nabi, maka orang  pertama yang mengambil al-Mithaq tentang kenabian adalah Nabi Muhammad s.a.w, kemudian Allah berfirman kepada Adam a.s: Lihatlah, (unzur) beliau berkata: Maka Adam telah melihat kepada zuriatnya di dalam keadaan dharrun (atom?) telah memenuhi langit (mala’u al-sama’). Adam berkata: Wahai Tuhanku, alangkah banyaknya zuriatku! (ma akthara dhuriyyati) Kerana urusan tertentu Engkau telah menciptakan mereka (wa li-amrin ma khalaq-ta-hum), apakah yang Engkau mahu daripada mereka dengan mengambil al-Mithaq  ke atas mereka? Allah berfirman: “Mereka akan menyembah-Ku, mereka tidak akan mensyirikkan Aku dengan sesuatu, mereka beriman dengan para rasul-Ku dan mengikuti mereka”.
       Adam berkata: Wahai Tuhanku, kenapa aku melihat sebahagian dharr lebih besar daripada sebahagian yang lain, dan sebahagian mereka mempunyai cahaya yang banyak, dan sebahagian mereka mempunyai cahaya yang sedikit, dan sebahagian mereka tidak mempunyai cahaya? Allah berfirman: “ Demikianlah Aku telah mencipta mereka bagi menguji mereka di dalam setiap keadaan (li-abluwa-hum fi kulli halati-him). Adam berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau membenarkan aku bercakap, maka aku akan bercakap? Allah berfirman kepadanya:  “ Bercakaplah, kerana roh kamu adalah daripada roh-Ku, dan tabiat kamu adalah berlainan dengan kewujudan-Ku (kainunati). Adam berkata: Wahai Tuhanku, jika Engkau telah mencipta mereka di atas perkara yang sama, umur yang sama, dan rezeki yang sama, nescaya sebahagian mereka tidak akan menzalimi sebahagian yang lain, dan tidak ada di antara mereka perasaan hasad, kebencian dan pertengkaran di dalam sesuatu perkara.
       Maka Allah berfirman: “ Wahai Adam, dengan wahyu-Ku, Aku bercakap, dan dengan kelemahan tabiat kamu, maka aku mengenakan taklif apa yang kamu tidak mengetahuinya. Akulah Allah, Pencipta Yang Maha Mengetahui. Dengan keilmuan-Ku, Aku  membezakan antara penciptaan mereka. Dengan kehendak-Ku, urusan-Ku berlalu kepada mereka, dan kepada takdir-Ku, dan tadbir-Ku mereka akan berakhir, tidak ada penukaran (la tabdila) bagi penciptaan-Ku. Sesungguhnya Aku telah menciptakan Jin dan manusia untuk menyembah-Ku. Aku telah menciptakan syurga bagi mereka yang telah menyembah-Ku, dan yang telah mentaati-Ku  daripada mereka, dan mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli (wa la ubali).
       Aku telah menciptakan neraka bagi mereka yang telah menderhaka kepada-Ku (wa khalq-tu al-Nara li-man ‘asa-ni), tidak mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli. Aku telah menciptakan  kamu, dan zuriat kamu tanpa keperluan-Ku kepada kamu, dan kepada mereka (min ghairi faqati bi ilai-ka wa ilai-him). Sesungguhnya Aku telah menciptakan kamu, dan Aku telah menciptakan mereka kerana menguji kamu, dan menguji mereka siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalan di dunia pada masa hidup kamu dan pada masa kematian kamu, demikianlah Aku telah menciptakan dunia dan akhirat, kehidupan dan kematian, ketaatan dan kemaksiatan, syurga dan neraka.
       Demikianlah Aku kehendaki di dalam takdir-Ku dan tadbir-Ku Dan dengan keilmuan-Ku yang menyeluruh pada mereka, maka aku membezakan antara bentuk-bentuk mereka, jasad-jasad mereka, umur-umur mereka, rezeki-rezeki mereka, ketaatan mereka dan kemaksiatan mereka, maka Aku telah menjadikan daripada mereka yang bahagia, dan yang celaka, yang celik dan yang buta, yang pendek dan yang panjang, yang cantik dan yang hodoh, yang alim dan yang jahil, yang kaya dan fakir, yang taat dan yang derhaka, yang sihat dan yang sakit termasuk yang lumpuh dan yang tidak ada sebab kesakitannya, Justeru itu, yang sihat melihat kepada yang berpenyakit, maka ia memuji-Ku di atas kesihatannya. Sementara yang berpenyakit melihat kepada yang sihat, maka ia menyeru-Ku, dan memohon kepada-Ku kesihatannya atau ia bersabar di atas ujian-Ku.
       Maka Aku akan memberinya ganjaran yang banyak (jazila ‘ata’i). Dan yang kaya melihat kepada yang fakir, lalu ia memuji-Ku, dan bersyukur kepada-Ku. Sementara yang fakir melihat kepada yang kaya, lalu ia menyeru-Ku dan memohon kepada-Ku rezekinya, mukmin melihat kepada kafir, maka ia memuji-Ku di atas petunjuk-Ku, lantaran itu, Aku telah menciptakan mereka untuk menguji mereka di dalam kesenangan, kesusahan, kesihatan, pemberian, dan halangan. Aku adalah Allah, Raja dan Penguasa. Aku akan meneruskan segala kekuasaan-Ku menurut pentadbiran-Ku, Aku berhak untuk mengubah segala-galanya menurut kehendak-Ku, Aku mendahulukan apa yang Aku melewatkannya, dan sebaliknya Aku melewatkan apa yang Aku telah mendahulukannya. Aku adalah Allah, Pelaku kepada apa yang Aku kehendaki, Aku tidak akan ditanya apa yang aku buat, dan Aku akan bertanya kepada makhluk-Ku daripada apa yang mereka buat[74].                                 

Tingkatan Dalam Warisan               

       Hisyam, daripada  Yazid al-Kinasi, berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Anak lelaki anda adalah lebih aula dengan anda daripada cucu lelaki anda, dan cucu lelaki anda adalah lebih aula daripada saudara lelaki anda, beliau berkata: Saudara lelaki anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada saudara lelaki anda sebapa. Beliau berkata: Saudara lelaki anda sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada saudara lelaki anda seibu (min ummu-ka). Beliau berkata: Anak saudara lelaki anda daripada bapa anda, dan ibu anda adalah lebih aula dengan anda daripada anak saudara lelaki anda daripada bapa anda.
       Beliau berkata: Anak saudara lelaki anda daripada bapa anda adalah lebih aula dengan anda daripada bapa saudara anda (‘ammi-ka). Beliau berkata: Bapa saudara anda (‘ammu-ka) daripada bapanya dan ibunya adalah lebih aula dengan anda daripada bapa saudara anda saudara bapa anda daripada bapanya. Beliau berkata: Bapa saudara anda (‘ammu-ka) saudara lelaki bapa anda daripada bapanya adalah lebih aula dengan anda daripada sepupu anda (bani ‘ammi-ka). Beliau berkata: Anak lelaki bapa saudara anda (sepupu); saudara lelaki bapa anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada anak lelaki bapa saudara (sepupu) anda; saudara lelaki bapa anda sebapa (min abi-hi). Beliau berkata: Anak lelaki bapa saudara anda (sepupu); saudara lelaki bapa anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada anak lelaki bapa saudara (sepupu)anda; saudara lelaki bapa anda seibu (li-ummi-hi )[75].

Barangsiapa Yang Mengingkari Hak Para Imam A.S  Maka Kedudukannya seperti Iblis

            
       ‘Umru bin Thabit berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s  tentang firman Allah s.w.t Surah al-Baqarah (2): 165 “ Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan (andadan) selain daripada Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah ” Beliau berkata: Maka beliau berkata:Mereka, demi Allah, adalah pemimpin-pemimpin; polan dan polan, dan polan (Abu Bakr, Umar, dan Uthman). Mereka telah mengambil mereka bertiga sebagai para imam, tetapi bukan imam yang telah dijadikan oleh Allah untuk manusia sebagai imam. Justeru itu, Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 165-167 “ Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa, bahawa kekuatan itu adalah kepunyaan Allah semuanya bahawa Allah amat berat seksa-Nya.Iaitu ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya; dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti:” Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi  mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka”.Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Mereka, demi Allah, wahai Jabir, para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka.
       Abu al-Qasim al-Sya‘rani secara marfu‘, daripada Yunus bin Zabyan, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajjaj, daripada al-Sadiq a.s berkata: Apabila al-Qaim menjalankan tugasnya, beliau akan datang ke dataran Kufah, dan memberi isyarat dengan tangannya kepada suatu tempat, kemudian berkata: Kamu gali dari sini, lalu mereka menggali, dan mengeluarkan dua belas ribu baju besi, dua belas ribu pedang, dan dua belas ribu topi besi. Setiap topi besi mempunyai dua muka. Kemudian beliau menyeru dua belas ribu lelaki daripada hamba-hamba Arab dan bukan Arab, lalu beliau memakaikan mereka pakaian seragam. Kemudian berkata: Barangsiapa yang tidak mempunyai pakaian seragam seperti kamu, maka bunuhlah ia (man lam yakun ‘alai-hi mithlu ma ‘alai-kum fa-qtulu-hu).
       Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan kami hujah-hujah-Nya di atas makhluk-Nya, dan penyimpan amanah ilmu-Nya, maka barangsiapa yang mengingkari kami, maka kedudukannya seperti kedudukan Iblis (fa-man jahada-na kana bi-manzilati Iblis) di dalam kedegilannya kepada Allah ketika Dia telah memerintahnya supaya sujud kepada Adam, dan barangsiapa yang mengenali kami, dan mengikuti kami, maka kedudukannya seperti kedudukan para malaikat (wa man ‘arafa-na wa ittaba‘a-na kana bi-manzilati al-Malaikati) yang diperintahkan oleh Allah supaya sujud kepada Adam, maka mereka telah mentaati-Nya.

Mutiara Kata Dan Nasihat

       Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu duduk di sisi setiap orang alim yang menyeru kamu melainkan orang alim yang menyeru kamu daripada lima kepada lima: Daripada syak kepada yakin, daripada sombong kepada tawaduk, daripada riyak kepada ikhlas, daripada permusuhan kepada nasihat, dan daripada keinginan hawa nafsu kepada zuhud.
       Musa bin Ja‘far a.s berkata: Bercakap dengan seorang yang alim di atas timbunan tahi binatang di kawasan ternakan (al-Mazbalah) itu  adalah lebih baik daripada bercakap dengan orang jahil di atas permaidani (al-Zarabi).
       Seorang ahli falsafah berkata: Barangsiapa yang tidak memanfaatkan hikmat yang sedikit, maka hikmat yang banyak akan merosakkannya. Sesungguhnya kedudukan orang yang mendengar dengan dua telinganya apa yang tidak disedari oleh hatinya seperti kedudukan orang yang mencampakkan api di dalam air, lantaran itu, ia tidak akan mendapat hajatnya daripadanya.
       Dan beliau berkata: Penyuburan jasad adalah makanan, dan penyuburan akal adalah kata-kata hikmat, apabila akal tidak ada penyuburnya, maka ia binasa seperti binasanya jasad ketika tidak ada makanan.
       Beliau s.a.w bersabda: Perkukuhkan harta kamu dengan zakat, ubatilah kesakitan kamu dengan sedekah, hadapilah bala dengan doa, kerana harta tidak akan rosak sama ada di darat atau di laut melainkan dengan tidak mengeluarkan zakat.
       Sebahagian para falsafah berkata: Sesungguhnya badan apabila ia sakit, maka makanan, minuman dan kerehatan tidak berguna lagi, demikian juga hati apabila cinta kepada dunia dikaitkan dengannya, maka sebarang nasihat tidak berguna lagi.
       Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud, berwaspadalah dengan hati yang terpauk dengan syahwat dunia, akalnya terlindung daripada-Ku.
       Salman r.a berkata: Sesungguhnya aku khuatir di atas kamu tiga perkara: Tergelincirnya seorang alim, perbahasan seorang munafik, dan dunia yang zalim.
       Sebahagian para falsafah berkata: Di antara akhlak ahli syurga adalah empat: Muka yang tersenyum, lidah yang lembut, hati yang pemurah dan tangan yang memberi.
         

                  
                     
                                    BAHAGIAN KEDUA BELAS



Wasiat Luqman, Salman al-Farisi, khutbah  Rasulullah s.a.w, para nabi a.s menyeru kepada wilayah Ali a.s, kata-kata al- Sadiq a.s, hadis  Abu Bakr  al-Arjani,  syurga  dan lain-lain

 

Wasiat Luqman al-Hakim Kepada Anak Lelaki-nya                                                

                                                           

                                            Bismillahi r-Rahmani r-Rahim


       Daripada al-Auza‘i bahawa Luqman al-Hakim-rahima-hu l-Lahu-apabila  keluar daripada negerinya, beliau tinggal di sebuah kampung di al-Mausil dikenali sebagai Kumlis. Beliau berkata: Manakala beliau telah berada di dalam kesusahan dan dukacita, dan tiada seorang pun yang membantunya di atas urusannya, beliau menutup pintu, dan memasukkan anak lelakinya memberi nasihat kepadanya, maka beliau berkata:
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya dunia adalah lautan yang dalam, telah binasa padanya manusia yang ramai.Bersedialah daripada amalannya, dan ambillah bahtera, pakaiannya takwa kepada Allah, kemudian naikilah gelombang bahtera, anda akan selamat dan sesungguhnya aku khuatir anda tidak akan selamat.
       Wahai anak lelakiku, bahtera adalah iman, layarnya adalah tawakal. Penghuninya adalah kesabaran, pengayuhnya adalah puasa, solat, dan zakat.
       Wahai anak lelakiku, barangsiapa yang menaiki laut tanpa bahtera, maka beliau akan tenggelam.
       Kurangkan bercakap, ingatlah kepada Allah a.w pada setiap tempat, kerana Dia telah memberi amaran, dan peringatan  kepada anda, membuat anda melihat dan mengajar anda.
       Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat orang ramai sebelum mereka mengambil nasihat anda.
       Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat dengan yang kecil sebelum yang besar mengambil nasihat anda.
       Wahai anak lelakiku, kuasailah diri anda ketika marah sehingga anda tidak menjadikan Jahanam sebagai kayu api.
       Wahai anak lelakiku, kefakiran itu adalah lebih  baik daripada anda melakukan kezaliman.
       Wahai anak lelakiku, jauhilah anda dari meminta berhutang, maka anda akan mengkhianati agama.
       Wahai anak lelakiku, jauhilah dari meminta dihina, maka anda akan dihina.
       Wahai anak lelakiku, jauhilah anda keluar dari dunia sebagai seorang fakir, anda meninggalkan urusan anda, dan harta anda di sisi orang lain untuk menilainya, kerana  anda menjadikannya sebagai tuannya (amir ).            
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya Allah telah menggadaikan manusia dengan amalan mereka, maka neraka wail untuk mereka lantaran apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka dan hati-hati mereka.
       Wahai anak lelakiku, dunia tidak menjadi aman  selama  dosa-dosa dan syaitan berada padanya.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang-orang yang baik di kalangan orang-orang yang terdahulu telah diuji, maka bagaimana orang-orang yang terakhir akan selamat daripadanya?
       Wahai anak lelakiku, jadikan dunia penjara anda, maka akhirat akan menjadi syurga anda.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda tidak dibebankan untuk mengangkat gunung, anda tidak dibebankan apa yang anda tidak mampu, janganlah anda membawa bala di atas bahu anda, dan janganlah anda membunuh diri anda dengan tangan anda.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda sebagaimana anda menanam anda akan mengetam, dan sebagaimana anda beramal anda akan dapat sesuatu.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjiran dengan raja-raja, maka mereka akan membunuh anda, dan janganlah anda mentaati mereka, maka anda akan menjadi kafir.
       Wahai anak lelakiku, berjiranlah dengan orang-orang miskin, khususnya orang-orang fakir di kalangan muslimin.
       Wahai anak lelakiku, jadilah kepada anak yatim sebagai bapa  yang penuh kasihan belas, dan bagi ibu tunggal sebagai suami yang penyayang.
       Wahai anak lelakiku, bukan setiap orang yang berkata: Wahai Tuhanku, ampunilah aku diampuni, sesungguhnya Dia tidak akan mengampuni melainkan orang yang beramal kerana mentaati Tuhannya.
       Wahai anak lelakiku, jiran dahulu kemudian rumah. Wahai anak lelakiku, teman sebelum berjalan.
       Wahai anak lelakiku, sekiranya rumah tidak didirikan dengan gopoh, nescaya seorang lelaki itu tidak akan berjiran dengan jiran yang jahat.
       Wahai anak lelakiku, berseorangan  itu lebih baik daripada sahabat yang jahat.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah lebih baik dari berseorangan.
       Wahai anak lelakiku, memindahkan batu dan besi itu adalah lebih baik daripada sahabat yang jahat.
       Wahai anak lelakiku, aku telah memindahkan batu dan besi, maka aku tidak dapati sesuatu yang lebih berat daripada sahabat yang jahat.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat tidak akan selamat. Dan barangsiapa yang memasuki tempat-tempat jahat akan dituduh.
       Wahai anak lelakiku, barangsiapa yang tidak menahan lidahnya akan menyesal.
       Wahai anak lelakiku, orang yang membuat baik akan dibalas dengan ihsannya, dan orang yang jahat akan mencukupi anda dengan keaibannya, jika anda berusaha keras untuk melakukan lebih banyak daripada apa yang dilakukannya dengan dirinya, maka anda tidak mampu melakukannya ke atasnya.
       Wahai anak lelakiku, siapakah yang menyembah Allah, maka Dia menghinanya, dan siapakah yang mencari-Nya, maka beliau tidak mendapati-Nya?
       Wahai anak lelakiku, siapakah yang telah menyebut-Nya, maka Dia tidak menyebutnya, dan siapakah yang telah bertawakal kepada Allah, maka Dia telah menyerahkannya kepada orang lain, dan siapakah yang telah merendah diri kepada-Nya, maka Dia tidak memberi rahmat-Nya?
       Wahai anak lelakiku, bermesyuaratlah dengan orang tua, dan janganlah pula terasa malu bermesyuarat dengan orang muda.
       Wahai anak lelakiku, jauhilah bersahabat dengan orang-orang yang fasiq, mereka sepertilah anjing-anjing, kerana jika mereka mendapati sesuatu di sisi anda, mereka akan memakannya jika tidak mereka akan mencela anda dan menghina anda. Sesungguhnya cinta di kalangan mereka adalah sejenak.
       Wahai anak lelakiku, bermusuhan dengan mukminin itu adalah lebih baik daripada bersahabat orang yang fasiq.
       Wahai anak lelakiku, jika anda menzalimi mukmin, maka beliau tidak akan menzalimi anda, anda menuntut ke atasnya, maka beliau meredai anda, sementara orang fasiq Allah tidak menjaganya, maka bagaimana beliau akan menjaga anda.
       Wahai anak lelakiku, jika banyak berkawan,  maka anda tidak aman daripada musuh, kerana dengki di dada mereka seperti air di bawah abu.
       Wahai anak lelakiku, mulailah salam kepada orang ramai, dan berjabat tangan sebelum bercakap.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda berebut-rebut dengan orang ramai, maka mereka akan memarahi anda, janganlah anda menguasai mereka, nescaya mereka akan menghina anda. Jangan jadi manis, maka mereka akan memakan anda dan janganlah jadi pahit, nescaya mereka akan membuang anda.
       Wahai anak lelakiku, takutkan Allah sehingga anda tidak berputus asa daripada nikmat-Nya, dan berharaplah kepada-Nya sehingga anda tidak aman daripada “helah-Nya.”
       Wahai anak lelakiku, tegahlah diri anda daripada hawa nafsu, kerana jika anda tidak menegah nafsu anda daripada hawanya, anda tidak akan memasuki syurga.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya semenjak anda turun daripada perut ibu anda, anda telah berdepan dengan akhirat, dan membelakangi dunia, kerana anda jika anda mendapati masa depannya adalah lebih baik dari membelakanginya.
       Wahai anak lelakiku, tinggallah tabiat suka memaksa, dan sombong, serta kemegahan diri, maka anda akan berjiran dengan Iblis di rumahnya.
       Wahai anak lelakiku, ketahuilah sesungguhnya barangsiapa yang berjiran dengan Iblis, akan terjatuh di rumah kehinaan, beliau tidak mati dan hidup padanya.
       Wahai anak lelakiku, celakalah bagi orang bersifat ingin berkuasa, dan sombong, bagaimana seorang yang dijadikan daripada tanah membesar diri, dan kepada tanah beliau kembali, kemudian beliau tidak mengetahui kepada syurga beliau masuk, maka beliau mendapat kemenangan atau kepada neraka beliau masuk, maka beliau telah rugi besar. Bagaimana merasa sombong orang yang datang dari lubang kencing dua kali.
       Wahai anak lelakiku, bagaimana anak Adam tidur sedangkan mati menuntutnya, bagaimana beliau lupa sedangkan beliau tidak dilupai.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang pilihan Allah, kekasih-Nya, dan para nabi-Nya a.s telah mati, dan orang yang jauh daripada mereka di kekalkan , kemudian ditinggalkan.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda bersetubuh dengan hamba perempuan anda sekalipun ia menakjubkan anda, tegahlah nafsu anda daripadanya dan bernikahlah dengannya.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda mendedahkan rahsia anda kepada isteri anda, dan janganlah anda jadikan majlis anda di pintu rumah anda.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya perempuan dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkuk. Jika anda membetulkannya, nescaya ia akan pecah, dan jika anda tinggalkannya, maka ia akan terus bengkuk. Lantaran itu, biarlah mereka tinggal di rumah. Jika mereka melakukan kebaikan, maka terimalah kebaikan mereka. Dan jika mereka melakukan kejahatan, maka bersabarlah kerana itu adalah suatu yang perlu kepada kecekalan.
       Wahai anak lelakiku, perempuan ada empat jenis:  Dua baik dan dua dilaknati. Adapun salah satu daripada yang baik itu adalah yang mulia pada kaumnya, tetapi hina pada dirinya; apabila diberi, beliau berterima kasih, dan jika diuji, maka ia bersabar, sedikit di tangannya adalah banyak, dan baik di dalam rumahnya. Kedua: Yang penyayang, dan beranak (al-Wadud al-walud), ia merujukkan kebaikan kepada suaminya. Beliau adalah seperti ibu yang penyayang, mengasihi yang besar mereka, dan penyayang kepada yang kecil mereka, mencintai anak  suaminya sekalipun mereka bukan daripadanya, kebaikan yang menyeluruh, meredai suaminya, baik pada dirinya, keluarga , harta dan anak. Beliau adalah  seperti emas merah, maka beruntunglah bagi orang yang dikurniakannya.
       Jika beliau berada bersama suaminya, beliau membantunya, dan jika suaminya tidak ada, beliau menjaganya. Adapun salah satu daripada yang dilaknati adalah yang merasa besar pada dirinya, hina pada kaumnya; apabila diberi, beliau memarahi, dan apabila ditegah, maka beliau mencaci, dan memarahi. Suaminya tidak senang dengannya sedangkan jirannya senang dengannya, maka beliau adalah seperti singa, jika anda berjiran dengannya, maka beliau akan memakan anda, dan jika anda melarikan diri daripadanya, maka beliau akan membunuh anda, dan yang kedua dilaknati adalah apabila beliau berada di sisi suaminya, beliau cenderung kepada jirannya, cepat marah, dan cepat menangis, jika berada bersama suaminya, maka beliau tidak dapat manfaatkannya. Dan jika suaminya tidak ada di rumah, maka beliau mengejinya, beliau adalah seperti tanah yang kering apabila dicucuri air, ia akan melimpah dan tenggelam, dan jika ia ditinggalkan, maka ia akan kering kembali, dan jika beliau mendapat anak, maka beliau tidak akan manfaatkannya.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda berkahwin dengan hamba perempuan anda, nanti anak anda dijual di hadapan anda sedangkan ia adalah perbuatan anda sendiri.
       Wahai anak lelakiku, sekiranya perempuan dirasai seperti arak, nescaya lelaki tidak akan mengahwini perempuan jahat selama-lamanya.
       Wahai anak lelaki ku, berbuat baik kepada orang yang telah berbuat jahat  kepada anda, dan janganlah anda mengejar dunia, kerana anda di dalam kelalaian kepadanya, sebaliknya  lihatlah ke mana anda akan pergi.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda memakan harta anak yatim, pada hari Kiamat anda akan didedahkan keburukan anda dan dibebankan supaya mengembalikannya kepadanya.
       Wahai anak lelakiku, jika seorang dapat mengelakkan dirinya daripada orang lain, nescaya anak dapat mengelakkan dirinya daripada bapanya.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya neraka meliputi alam sejagat, lantaran itu, seorang itu tidak dapat melepaskan dirinya  daripadanya melainkan orang yang dirahmati Allah, dan hampir dirinya kepada-Nya.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda terpedaya dengan lidah yang jahat, kerana ia tertulis di hatinya di mana anggota badanya akan bercakap, dan menjadi saksi terhadapnya.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda mencaci orang ramai, justeru itu anda akan mencaci kedua ibu bapa anda.
       Wahai anak lelakiku, janganlah kebaikan anda menakjubkan anda, dan janganlah anda membesar-besarkan perbuatan baik anda, nescaya anda binasa.
       Wahai anak lelakiku, dirilah solat, perintahlah keluarga anda melakukan kebaikan, melarang kemungkaran, dan bersabarlah di atas apa yang telah menimpa anda, kerana itu adalah daripada perkara yang perlu kepada kecekalan.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda melakukan syirik kepada Allah, kerana syirik adalah kezaliman yang besar.
       Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjalan di bumi dengan angkuh, kerana anda tidak dapat mencarikan bumi dan tidak dapat mengatasi bukit yang panjang.
       Wahai anak lelakiku, setiap hari anda akan didatangi hari baru. Ia akan menyaksikan anda di sisi Tuhan Yang Mulia.
       Wahai anak lelakiku, anda akan dimasukkan ke dalam kapan anda, di kubur anda dan amalan anda akan menjadi penentu anda.
       Wahai anak lelakiku, bagaimana anda menduduki rumah orang yang anda memarahinya? Atau bagaimana anda berjiran dengan orang yang anda menderhakanya?
       Wahai anak lelakiku, tinggalkan apa yang tiada kaitan dengan anda, dan teruskan apa yang ada kaitan dengan anda, kerana yang sedikit daripadanya akan mencukupi anda. Sementara yang banyak daripadanya tiada kaitan dengan anda.
       Wahai anak lelaki ku, janganlah anda  benarkan diri anda dipengaruhi oleh orang lain dan janganlah anda mewariskan harta anda kepada musuh anda.
       Wahai anak lelakiku, sesungguhnya halal yang sedikit dikira, bagaimana dengan haram yang banyak?
       Wahai anak lelaki ku, elakkan melihat kepada apa yang anda tidak memilikinya, dan panjangkan tafakur anda pada malakut langit dan malakut bumi, gunung, dan segala ciptaan Allah, maka ia adalah cukup untuk menjadi penasihat hati anda.
       Wahai anak lelaki ku, terimalah nasihat bapa yang penuh kasih sayang.
       Wahai anak lelakiku, beramallah dengan ilmu anda sebelum datang ajal anda, sebelum bukit dipaksa berjalan dan dihimpunkan matahari dan bulan.
       Wahai anak lelaki, sesungguhnya hari Kiamat adalah hari langit dan bumi dilipat, malaikat turun bersaf-saf takut kepada Tuhan, sementara anda dibebankan supaya melintasi titian, amalan anda menjadi penentu, dan diletakkan di atas timbangan dan disebarkan keputusannya.
       Wahai anak lelaki, anda telah mempelajari tujuh ribu ilmu hikmat, maka jagalah empat daripadanya, nescaya anda akan bersama aku di syurga:
       Kuasailah bahtera anda, kerana lautan adalah dalam, ringankan muatan anda, kerana rintangan adalah banyak, gandalah  bekalan, kerana perjalanan  adalah jauh, dan ikhlaslah di dalam amalan anda, kerana  pengkritik sedang memerhatikan anda[76].                              
                                  
Kelebihan Salman al-Farisi

       Berita telah sampai kepada aku bahawa Salman-r.a-telah memasuki majlis Rasulullah s.a.w pada suatu hari, lalu mereka telah menghormatinya, dan mengutamakannya kerana haknya, usianya, dan keistimewaannya dengan Rasulullah s.a.w dan keluarganya, maka Umar telah datang, dan melihat kepadanya sambil berkata: Siapakah orang asing ini yang terserlah di hadapan Arab? Maka Rasulullah s.a.w menaiki mimbar dan bersabda: Sesungguhnya manusia semenjak Adam kepada hari kita ini seperti gigi sisir (asnan al-Musyti), tiada kelebihan di antara Arab dan bukan Arab, tiada kelebihan  bagi yang merah di atas yang hitam melainkan dengan takwa, Salman adalah lautan yang tidak akan kering, simpanan yang tidak akan habis, Salman adalah di kalangan kami Ahlu l-Bait, Salman dikurniakan hikmat, dan hujah.
       Beliau berkata: Salman dan Ja‘far al-Tayyar telah disebut di hadapan Ja‘far al-Sadiq a.s ketika itu beliau sedang bertongkat. Sebahagian mereka telah melebihkan Ja‘far al-Tayyar ke atas Salman, dan Abu Basir berada di sana, sebahagian mereka berkata: Salman dahulu adalah seorang beragama majusi, kemudian memeluk Islam, maka Abu Abdullah a.s terus duduk di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Abu Basir, sesungguhnya Allah telah menjadikannya seorang ‘alawi selepas beliau pada lahirnya seorang majusi, dan Dia telah menjadikannya seorang Quraisy selepas beliau menjadi seorang farsi, maka selawat Allah ke atas Salman. Adapun Ja‘far al-Tayyar baginya keadaan tertentu di sisi Allah, beliau berterbang bersama malaikat di syurga.
       Abu Abdullah al-Barqi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ghaith al-Isfahani, dan beliau adalah di kalangan sahabat Dhirar, maka aku berkata kepadanya: Apakah hujah anda ke atas orang yang menyalahi anda? Beliau berkata: Ijmak, maka aku berkata: Beliau tidak memahami masalah, maka aku telah mengulanginya selama tiga kali, dan setiap kali beliau berkata: Ijmak, maka aku berkata kepadanya: Kenapa anda tidak faham? Beliau berkata kepadaku: Bagaimana begitu? Aku berkata: Aku telah bertanya kepada anda tentang hujah bagi orang yang menyalahi anda, aku berkata: Jika ijmak maka seorang pun tidak akan menyalahi anda, beliau berkata: Aku akan kembalikan kepada anda. Maka aku berkata: Tambah lagi, maka beliau berkata: Apakah hujah anda ke atas orang yang menyalahi anda?
       Maka aku berkata: Seorang lelaki amanah yang disucikan, seorang yang alim, tidak sesat dan menyesatkan, tidak bersalah, dan tidak jahil, orang ramai memerlukan kepadanya sedangkan beliau tidak memerlukan mereka kerana Allah telah menjadikan di sisinya ilmu, dan kelebihan. Beliau berkata: Ini tidak ada pada umat, maka aku berkata: Tidakkah jika beliau ada pada umat ini lebih baik? Beliau berkata: Ya, tetapi ia tidak ada pada umat ini. Aku berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda berkata sedemikian bahawa ia tidak ada pada umat ini, atau Allah tidak menciptakan seumpamanya untuk kebaikan makhluk-Nya sedangkan anda tidak pernah memeriksa semua makhluk. Anda tidak pernah melintasi daratan, lautan, pantai, gunung, dan anda tidak mengetahui pilihan kebaikan daripada kejahatan, maka daripada manakah hujah anda sedangkan anda jahil dengan makhluk-Nya?
       Beliau berkata: Abu al-Hasan al-Basri berkata: Kasihan manusia, tersembunyi ajalnya, menjadi tawanan kelaparan, menjadi gadaian kenyang, sesungguhnya orang yang boleh disakiti pepijat, dibusukkan oleh peluh, dan dibunuh oleh lubang, adalah lemah.
       Beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Ali bin al-Husain a.s mengadu keadaannya, maka beliau berkata: Kasihan  manusia, setiap hari menghadapi tiga musibat, jika dikira satu musibat sahaja, nescaya perkara dunia menjadi kecil, adapun musibat yang pertama: Pada setiap hari umurnya berkurangan, dan beliau berkata: Jika beliau mendapati hartanya berkurangan, maka beliau berdukacita tentangnya, dirham meninggalkannya dan umur pula ia tidak dapat mengembalikannya. Musibat kedua: Beliau menerima rezekinya, dan jika rezekinya halal, maka ia akan dihisab, dan jika ia haram, maka ia akan diseksa, beliau berkata: Musibat yang ke tiga adalah lebih besar lagi, ada orang bertanya: Apakah ia? Tiada satu hari yang berlalu melainkan ia mendekati akhirat, pengembaraan yang beliau tidak mengetahui sama ada ke syurga atau ke neraka.
       Beliau berkata: Hari yang paling besar kepada manusia adalah hari beliau dilahirkan daripada ibunya.

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W


       Beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah berkhutbah manakala beliau mahu keluar ke Tabuk dan bersabda: Selepas beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, wahai manusia sesungguhnya percakapan yang paling benar adalah kitab Allah, dan ikatan yang paling kuat adalah kalimah takwa, sebaik-baik agama adalah agama Ibrahim a.s, dan sebaik-baik sunnah adalah sunnah Muhammad. Dan percakapan yang paling mulia adalah menyebutkan Allah (dhikr Allah), dan sebaik-baik cerita adalah al-Qur’an, sebaik-baik perkara adalah yang asli (benar), dan sejahat-jahat perkara adalah yang bid‘ah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk para nabi dan sebaik-baik pembunuhan adalah pembunuhan syahadah.
       Dan yang paling buta adalah kesesatan selepas petunjuk, sebaik-baik amalan adalah apa yang manfaatkannya, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti (dan diredai Allah). Dan sejahat-jahat buta adalah buta hati. Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Apa yang sedikit dan mencukupi itu adalah lebih baik daripada perkara yang banyak, tetapi melalaikan. Sejahat-jahat keuzuran adalah ketika mati datang, sejahat-jahat penyesalan adalah pada hari Kiamat. Sebahagian manusia tidak datang Jumaat melainkan setelah diberi peringatan. Di kalangan mereka menyebut Allah sepintas lalu. Kesalahan yang paling besar adalah lidah pembohong. Sebaik kekayaan adalah kekayaan diri, sebaik-baik bekalan adalah takwa, punca hikmat adalah takutkan Allah, sebaik-baik apa yang dicampak ke hati adalah keyakinan, dan syak akan membawa kepada kekafiran.
       Ratapan yang melampau adalah daripada amalan jahiliah. Khianat adalah daripada api neraka Jahanam atau kemabukan adalah daripada api neraka, syair adalah daripada Iblis, arak adalah pengumpul segala dosa, perempuan adalah daripada kesamaran  Iblis, perasaan muda adalah cabang daripada kegilaan, sejahat-jahat pendapatan adalah pendapatan riba, sejahat-jahat  makanan adalah memakan harta anak yatim, orang yang bahagia adalah orang yang menerima nasihat orang lain, orang yang celaka adalah orang yang celaka di dalam perut ibunya, sesungguhnya seorang daripada kamu akan sampai ke tempat empat hasta, dan urusan terakhirnya.
       Pemilik amalan adalah dikira akhirnya, pembohongan adalah riba yang paling meningkat, setiap yang datang adalah dekat, celaan mukmin adalah fasiq, pembunuhan mukmin adalah kafir, memakan dagingnya adalah  maksiat, kehormatan hartanya adalah seperti kehormatan darahnya, barangsiapa yang menentang Allah, akan membohonginya, barangsiapa yang memaafinya, Allah akan memaafinya. Barangsiapa yang memendamkan kemarahan, akan diberi ganjaran oleh Allah, barangsiapa yang bersabar di atas bala, akan digantikan oleh Allah. Barangsiapa yang mencari nama, akan “didengari” Allah. Barangsiapa yang buta, maka Dia akan memperlihatkannya. Barangsiapa yang menderhaka Allah, akan diseksa oleh Allah, wahai Tuhanku, ampunilah aku dan umat aku, wahai Tuhanku, ampunilah aku dan umat aku, dan aku memohon istighfar untuk aku dan kamu.

Kata-Kata al-Sadiq A.S: Janganlah  Anda  Berkata: Ama‘a‘aah
      
       Ibn Mahbub daripada al-Fadhl bin Yunus al-Katib: Beliau berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far bin Muhammad a.s telah berkata kepadaku: Sampaikanlah  kebaikan, katalah kebaikan, dan janganlah anda menjadi ama‘a‘aah, aku berkata : Apakah itu ama‘a‘aah? Beliau berkata: Anda berkata: Aku bersama orang ramai, dan aku adalah seperti seorang daripada orang ramai sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya di sana terdapat dua perkara: Perkara yang baik dan perkara yang jahat. Apakah gerangan perkara yang jahat kamu lebih mencintai daripada perkara yang baik?

Para Nabi Menyeru Kepada  Wilayah Ali Bin Abu Talib
            
       Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah al-Khzzaz, daripada Abu Hafs al- ‘Abdi, daripada Abu Harun al-‘Abdi, daripada Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w, dan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan Dia menyerunya kepada wilayah anda sama ada secara sukarela atau paksaan (ma ba‘atha l-Lahu nabiyyan illa wa qad da‘a-hu ila wilayati-ka ta’i‘an au karihan).

Hadis  Abdullah bin Abu Bakr al-Arjani Bersama Abu Abdullah A.S
            
       Daripadanya, daripada bapanya, dan al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah berkata: Abdullah bin Abd al-Rahman bin al-Assam telah memberitahuku, daripada Abdullah bin Bakr al-Arjani berkata: Aku telah menemani Abu Abdullah a.s di perjalanan Makkah ke Madinah, maka beliau telah bermalam di di satu tempat bernama ‘Asfan, kemudian kami telah melalui di Jabl Aswad ke arah kanan yang menakutkan (wahsyun).
       Maka aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, alangkah bukit ini menakutkan! Aku tidak pernah melihat di dalam perjalanan aku sebuah bukit yang lebih menakutkan? Maka beliau berkata: Wahai Ibn Bakr, adakah anda mengetahui bukit manakah ini? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Bukit ini bernama al-Kamd iaitu terletak di atas salah satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam, di dalamnya pembunuh-pembunuh bapa aku al-Husain bin Ali a.s, berlari di bawahnya air neraka Jahanam yang panas, mereka tidak akan keluar daripada Jahanam, daripada tempatnya, daripada dosa-dosa, daripada tanah Khubal, daripada Ladha, daripada al-Hatamah, daripada Saqar, daripada Jahim, daripada al-Hawiyah, daripada Sa‘ir. Aku tidak melalui bukit ini melainkan aku melihat mereka berdua[77] sedang memohon pertolongan daripada aku, dan merendah diri kepada aku, dan sesungguhnya aku sedang melihat kepada pembunuh-pembunuh bapa aku, maka aku berkata kepada mereka berdua: Sesungguhnya mereka itu telah melakukan kepada kami apa yang mereka telah melakukannya.
       Sementara kamu berdua telah meletakkan asas tersebut tanpa kasihan belas kepada kami (assastu-ma wa lam tarhamu-na) manakala kamu memerintah, kamu telah membunuh kami, menghalang kami, merampas hak kami, kamu telah mengguna kekerasan terhadap kami. Maka Allah tidak akan memberi rahmat-Nya kepada orang yang mengasihani kamu berdua apa yang kamu telah melakukannya. Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, dan yang paling merendah diri kepada aku adalah yang kedua. Kemungkinan aku berdiri kerana ingin menyenangkan apa yang terlintas di hatiku, kemungkinan aku melipatkan bukit al-Kamd di mana mereka berdua berada  di dalamnya aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apabila anda melipatkan bukit itu apakah yang anda akan mendengarnya? Beliau berkata: Aku mendengar suara mereka sedang menyeru: Datang kepada kami, kami akan berbicara dengan anda, kami sedang bertaubat, tiba-tiba aku mendengar laungan dari bukit berkata:Janganlah anda bercakap dengan mereka, dan berkatalah kepada mereka: Diamlah padanya, dan janganlah kamu bercakap.
       Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, siapakah bersama mereka berdua? Beliau berkata: Setiap Fir‘aun yang menentang Allah sebagaimana diceritakan oleh Allah. Setiap orang yang telah mengajari hamba-hamba-Nya kekufuran, aku berkata: Siapakah mereka? Beliau berkata: Seperti Qurus  yang telah mengajar orang-orang Yahudi bahawa ‘Uzair adalah anak lelaki Tuhan, seperti Nustur yang telah mengajar orang-orang Nasrani bahawa al-Masih adalah anak lelaki Tuhan, dan berkata kepada mereka: Mereka adalah tiga, seperti Fir‘aun Musa yang berkata: Aku adalah Tuhan Yang Maha Tinggi. Seperti al-Nimrud yang berkata: Akulah yang telah memaksa penghuni bumi dan aku telah membunuh mereka yang di langit, pembunuh Amir al-Mukminin a.s, pembunuh Fatimah a.s, pembunuh al-Muhsin, pembunuh al-Hasan dan al-Husain a.s.
       Adapun Mu‘awiyah dan ‘Umru bin al ‘As mereka berdua tidak tamak untuk dibebaskan. Dan bersama mereka adalah setiap orang yang melakukan permusuhan terhadap kami (kullu man nasaba la-na  al-‘Adawata), menentang kami dengan lidahnya, dan tangannya, maka aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah penghabisan bukit ini? Beliau berkata Kepada bumi yang ke enam dan padanya Jahanam iaitu di atas satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam. Dan di atasnya para malaikat yang menjaganya di mana bilangannya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit, titisan hujan, dan bilangan air laut. Allah telah mewakilkan setiap malaikat dengan tugasnya, lalu mereka menjaganya, tanpa mengabaikannya

Kitab Sifat Syurga Dan Neraka
                                 
                          Bismillahi r- Rahmani r- Rahim

       Abu Ja‘far Ahmad bin Muhammad bin Isa telah memberitahuku, berkata: Sa‘id bin Jinah telah memberitahuku, daripada ‘Auf bin Abdullah al-Azadi, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah t.w.t  mahu mencabut roh mukmin, maka Dia berfirman: Wahai malaikat maut! Pergilah kamu dan pembantu-pembantu kamu kepada hamba-Ku, sudah lama dia telah memenatkan dirinya kerana-Ku, maka bawalah ke sini rohnya supaya ia berehat di sisi-Ku, lantas  malaikat maut mendatanginya dengan muka yang baik, pakaian yang baik, dan bauan yang wangi. Dia berdiri di pintu tanpa meminta izin penjaga pintu, tidak melintasi hijab, tidak memecahkan pintu, bersamanya lima ratus pembantu, dan bersama mereka bauan yang mewangikan seraya berkata: As Salamu alaika ya waliyya l-Lah, bergembiralah kerana Tuhan anda memberi salam kepada anda, dan sesungguhnya Dia meredai anda tanpa sebarang kemarahan, dan bergembiralah dengan roh dan raihan dan syurga Na‘im.
       Beliau berkata: Adapun roh, maka ia berehat dari dunia dan balanya, dan raihan adalah daripada segala bauan syurga, lalu diletaknya di dagunya, maka bauannya akan sampai kepada rohnya, lantaran itu, dia di dalam keadaan rehat sehingga Dia mengeluarkan dirinya, kemudian Ridhwan penjaga syurga akan mendatanginya, lalu dia memberi minuman dari syurga di mana dia tidak akan terasa dahaga di kuburnya, dan pada hari Kiamat, akan memasuki syurga di dalam keadaan gembira (rayyanan), dan dia akan berkata: Wahai malaikat maut, kembalikan rohku sehingga ia mengimbangi jasadku dan jasadku mengimbangi rohku. Beliau  berkata: Malaikat maut berkata: Setiap satu daripada kamu akan mengimbangi di antara satu sama lain, maka roh berkata: Allah memberi ganjaran kepada anda daripada jasad sebaik-baik ganjaran. Aku telah bersegera di dalam mentaati-Nya, dan melambatkan di dalam melakukan kemaksiatan kepada-Nya, maka Allah telah memberi ganjaran kepadaku daripada kebaikan jasadku sebaik-baik ganjaran, maka ke atas anda sebaik-baik salam sehingga hari Kiamat, dan jasad pula akan berkata kepada roh perkara yang sama.
       Beliau berkata: Malaikat maut akan melaung kepada roh yang baik, wahai roh ang baik, keluarlah anda dari dunia dalam keadaan beriman, dirahmati dan senang hati. Beliau berkata: Malaikat telah berlembut dengannya, segala kesusahannya diatasi, dan dipermudahkan segala-galanya untuknya, maka jadilah dia seekor  “ binatang ” yang kekal (sara la-hayawan al-Khuld). Beliau berkata: Kemudian Allah mengutus untuknya beberapa barisan  para malaikat yang tidak mengambil nyawanya, maka mereka berdiri di dalam barisan yang teratur di antara rumahnya dan kuburnya, mengucap istighfar untuknya, dan memberi syafaat untuknya. Beliau berkata: Malaikat maut menyambutnya, dan memberi khabar gembira di pihak Allah dengan penuh kehormatan, dan kebaikan sebagaimana seorang bayi bergurau dengan ibunya, kemudian dia mencucurinya dengan minyak dan bauan yang menyenangkan jiwa.
       Beliau berkata: Apabila nyawanya sampai di halkum, maka dua malaikat yang menjaganya berkata: Wahai malaikat maut, berlembutlah dengan sahabat kami, maka dia adalah sebaik-baik saudara lelaki, dan sebaik-baik orang yang duduk, dia tidak melakukan apa yang dimurkai Allah. Apabila rohnya keluar, maka ia akan keluar dengan gembira dan diikuti dengan bauan di syurga, dinaikkan ke langit dunia, beliau berkata: Pintu-pintu langit dibuka untuknya, dan penjaga-penjaga pintu berkata: Allah telah menghidupkannya dengan jasadnya, amalannya yang soleh melalui kami dan kami mendengar kemerduan suaranya dengan al-Qur’an.
       Beliau berkata: Pintu-pintu langit dan penjaga-penjaganya menangis kerana kehilangannya, dan berkata: Wahai Tuhanku, hamba Engkau ini mempunyai amalan yang soleh, kami mendengar kemerduan suaranya membaca al-Qur’an, lalu mereka berkata: Utuslah kepada kami seorang hamba mengganti tempatnya membaca al-Qur’an supaya dia memperdengarkannya kepada kami, maka Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, maka para malaikat langit akan menyambutnya, memohon syafaat, dan beristighfar untuknya, maka Allah akan berfirman: Rahmat-Ku ke atasnya melalui roh, lalu roh-roh mukminin berjumpa dengannya seperti seorang yang hilang berjumpa dengan sahabatnya. Lalu sebahagian mereka  berkata: Tinggalkan roh ini sehingga ia sedar, kerana ia telah keluar daripada dukacita yang besar, sekarang ia berehat. Mereka menyambutnya, dan bertanya kepadanya, dan berkata: Apakah yang telah dilakukan oleh polan dan polan? Jika dia telah mati, mereka menangis dan meminta supaya ia dikembalikan, dan mereka berkata: Kami daripada Allah dan kepada-Nya kami  kembali.
       Beliau berkata: Beliau berkata: Allah berfirman: Kembalikannya kepadanya, maka daripadanyalah Aku telah menciptakan mereka, dan padanyalah Aku mengembalikan mereka, dan daripadanya Aku mengeluarkan mereka pada kali yang lain pula, beliau berkata: Apabila dibawa di atas kerandanya, maka malaikat menyegarkannya kembali, dan mempertahankannya daripada syaitan yang sedang melihat kepadanya dari jauh, tetapi syaitan tiada kuasa ke atasnya. Apabila mereka membawanya ke kubur, setiap tanah perkuburan bertukar menjadi hijau untuknya, dan berkata: Wahai Tuhanku, jadilah ia di perut aku.
       Beliau berkata: Maka ia akan dibawa pada tempat di mana Allah telah menetapkannya untuknya, dan apabila ia diletakkan di lubang lahadnya, maka dijelmakan kepadanya bapanya, ibunya, isterinya, anaknya, dan saudara-saudaranya, beliau berkata: Dia akan berkata kepada isterinya: Apakah yang membuat anda menangis? Beliau berkata: Isterinya akan berkata: Kerana ketiadaan anda dan anda telah membebankan kehidupan kami.
       Beliau berkata: Dia akan didatangi gambaran yang cantik, beliau berkata: Dia akan berkata: Siapakah anda? Maka dia berkata: Akulah amalan anda yang baik. Aku adalah benteng anda, dan senjata anda dengan perintah Allah, Dia berkata: Demi Allah, jika aku telah mengetahui sesungguhnya anda pada tempat ini, nescaya aku akan melantik diri aku untuk anda dan harta aku dan anak aku tidak akan memperdayakan aku, Dia berkata: Wahai wali Allah, bergembiralah dengan kebaikan, demi Allah, sesungguhnya ia mendengar bunyi kasut mereka apabila mereka pulang, dan apabila mereka membersihkan tangan mereka dari tanah, dan apabila mereka selesai kerja mereka, maka rohnya dikembalikan kepadanya, tetapi mereka tidak mengetahuinya.
       Beliau berkata: Bumi akan berkata kepadanya: Selamat datang wahai wali Allah, sesungguhnya aku telah mencintai anda semasa anda berada di atasku, dan sekarang aku lebih mencintai anda apabila anda berada di dalam perut aku, tentang kemuliaan Tuhanku, maka aku akan melakukan sifat kejiranan yang baik terhadap anda, aku akan menyejukkan tempat tidur anda, aku akan memperluaskan tempat masuk anda. Sesungguhnya aku adalah satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka.
       Beliau berkata: kemudian Allah akan mengutus kepadanya seorang malaikat, maka ia akan memukul dengan sayapnya di kanan, di kiri, di hadapan, dan di belakangnya, lalu ia meluaskan untuknya setiap jalan empat puluh cahaya, lalu kuburnya di kelilingi cahaya.
       Beliau berkata: Kemudian Munkar dan Nakir mendatanginya iaitu dua malaikat yang hitam mencari kubur dengan taring mereka berdua, suara mereka berdua seperti petir yang memanah, mata mereka berdua seperti kilat yang terang, lalu mereka berdua menakut-nakutkannya, melaung terhadapnya sambil berkata: Siapakah Tuhan anda? Siapakah nabi anda? Apakah agama anda? Dan siapakah imam anda? Jika dia menjawab dengan betul, maka mereka berdua berkata: Anda memang benar, Allah telah memberi hidayah kepada anda, lihatlah di sisi dua kaki anda, tiba-tiba dia berada di pintu neraka, lalu dia berkata: Sesungguhnya kami daripada Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali, ini bukanlah sangkaan aku terhadap Tuhanku, Tuhan segala alam semesta.
       Beliau berkata: Mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, janganlah anda berdukacita, janganlah anda takut, bergembiralah, maka ini bukanlah untuk anda, dan anda bukanlah untuknya. Sesungguhnya Allah mahu  memperlihatkannya kepada anda dari sudut manakah Dia telah menjayakan anda, dan dari sudut manakah Dia telah merasakan anda dengan menarik balik keampunan-Nya. Sesungguhnya Dia telah menutup pintu ini daripada anda, dan anda tidak akan memasuki neraka selama-lamanya, lihatlah di sisi kepala anda, tiba-tiba dia berada di syurga bersama isteri-isterinya daripada bidadari-bidadari syurga.
       Beliau berkata: Dia melompat untuk memeluk seorang isteri bidadarinya, lalu mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, sesungguhnya anda mempunyai saudara-saudara lelaki dan perempuan yang belum datang, maka tidurlah dengan senang hati seperti seorang  kekasih di dalam keasyikannya sehingga hari Kiamat.
       Beliau berkata: Dibuka hamparan untuknya, dan dilebarkannya. Beliau berkata: Demi Allah, dia tidur lebih aman daripada seorang kanak-kanak yang tidur di hadapan ibu, dan bapanya, beliau berkata: Apabila tiba hari Kiamat, lalu dibawa kepadanya sebahagian api neraka, maka dia dapat menepiskannya jika dia sentiasa membaca Surah al-Sajdah (30), dan Surah al-Mulk (67). Surah al-Mulk (67) berdiri di sisinya sementara  Surah al-Sajdah (30) datang sambil berkata: Aku datang dengan syafaat Tuhan semesta alam.
       Beliau berkata: Kemudian sebahagian azab datang di sebelah kanannya, maka solat berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, maka anda tiada jalan sebelum aku, lalu azab datang di sebelah kirinya, maka zakat berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, anda tiada jalan sebelum aku, kemudian azab datang di sebelah kepalanya, maka al-Qur’an berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, anda tiada jalan sebelum aku, kerana dia telah menyimpan aku di hatinya, dan di lidahnya di mana dia mentauhidkan Tuhanku dengannya, lantaran itu, anda tiada jalan sebelum aku, kemudian sebahagian daripada api neraka keluar di dalam keadaan marah, maka beliau berkata: Dia bukan wali Allah, malah wali kamu berdua (dua Surah). Beliau berkata: Sabar pula berkata di satu sudut kubur: Demi Allah, tiada halangan kepada aku untuk mewalikan wali Allah pada hari ini melainkan aku melihat apa yang ada pada sisi kamu, manakala kamu dapat mengatasi azab kubur, dan rintangannya, maka aku bagi wali Allah adalah simpanan, benteng di sisi neraca, jambatan Jahanam, dan ‘Aradh di sisi Allah.
Amir al-Mukminin Ali a.s berkata: Akan dibuka untuk wali Allah dari tempat tinggalnya di syurga ke kuburnya sembilan puluh sembilan pintu. Rohnya, bauannya, kelazatannya, dan cahayanya akan memasukinya sehingga hari Kiamat, tiada suatu pun yang lebih dicintainya selain daripada berjumpa dengan Allah, beliau berkata: Dia berkata: Wahai Tuhanku, segeralah ke atas aku berlakunya Kiamat sehingga aku kembali kepada keluargaku dan hartaku. Apabila berlaku laungan Kiamat, maka dia akan keluar daripada kuburnya di dalam keadaan menuntut aurat, diberikan ketenangan dan keamanan, diberi berita gembira dengan keampunan, kesenangan, dan kebaikan yang tidak terkira banyaknya.
       Lantas dua malaikat yang pernah bersamanya di dalam kehidupan di dunia, menyambutnya, kemudian mereka berdua membersihkan tanah daripada mukanya, dan kepalanya, dan tidak akan berpisah daripadanya, menggembirakannya, dan menyelamatkannya dari setiap ketakutan pada hari Kiamat, mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, tiada ketakutan dan dukacita ke atas anda pada hari ini, kamilah yang mengurus amalan anda di dalam kehidupan anda di dunia, kamilah para wali anda hari ini di akhirat. Lihatlah kepada syurga-syurga yang kamu mewarisinya berdasarkan apa yang kamu lakukannya.
       Beliau berkata: Lalu dia berdiri di bayang ‘Arasy, kemudian Tuhan mendekatinya sehingga berlaku di antaranya dan di antara Tuhannya hijab daripada cahaya, maka malaikat berkata kepadanya: Selamat datang, di antaranya diserikan mukanya, digembirakan hatinya, dan dia menjadi panjang tujuh puluh hasta daripada kegembiraannya, mukanya seperti bulan, panjangnya seperti panjangnya Adam. Betuknya seperti bentuk Yusuf, lidahnya seperti lidah Muhammad s.a.w, hatinya seperti hati Ayyub. Setiap kali dosanya diampuni, dia sujud, maka Dia berfirman: Wahai hamba-Ku, bacalah kitab anda, dan janganlah kamu takut.
       Beliau berkata: Yang Maha Perkasa akan berfirman: Adakah kami telah menambahkan kejahatan anda, dan kami mengurangkan ke atas kamu kebaikan kamu? Beliau berkata: Dia berkata: Wahai Tuan-Ku, Engkaulah yang melakukan keadilan dan Engkaulah sebaik-baik orang yang membuat keputusan.
       Beliau berkata: Hamba-Ku, tidakkah kamu terasa malu, tanpa melakukan muraqabah kepada-Ku, dan tidak pula takut kepada-Ku? Dia berkata: Sayyidi, sesungguhnya aku telah melakukan kejahatan, tetapi Engkau tidak mendedahkan diri aku mengenainya, sesungguhnya semua makhluk sedang melihat kepada aku, beliau berkata: Yang Maha Perkasa berfirman: Demi kemuliaan-Ku, wahai pelaku kejahatan, aku tidak akan mendedahkan keburukan kamu pada hari ini.   
       Beliau berkata: Kejahatan di antaranya dan Allah  adalah tersembunyi sementara kebaikan menjadi terserlah kepada orang ramai. Beliau berkata: Setiap kali Dia mengaibkannya dengan dosa, dia berkata: Sayyidi, Engkau mengutus aku ke neraka adalah lebih baik daripada Engkau memalukan aku, beliau berkata: Lantas Yang Maha Perkasa meredainya.
       Beliau berkata: Dia berfirman: Adakah kamu teringat pada hari tertentu kamu telah memberi makan seorang yang lapar, dan kamu telah menyambungkan ikatan persaudaraan dengan saudara mukmin, kamu telah memberi pakaian pada suatu hari, kamu telah melakukan amalan haji menyeru-Ku di dalam ihram, kamu telah berjaga malam, kamu telah menunduk pandangan kamu kepada-Ku. Adapun kebaikan yang kamu lakukan, maka ia adalah disyukuri. Adapun kejahatan yang kamu lakukan, maka ia diampuni. Lantaran itu, palingkan muka kamu, apabila dia berpaling, tiba-tiba dia “melihat” kepada Yang Maha Perkasa, maka pada masa itu, mukanya berseri, hatinya bergembira, lalu diletakkan mahkota di atas kepalanya, dan di tangannya perhiasan yang bermacam-macam.
       Kemudian Dia berfirman: Wahai Jibrail, pergilah bersama hamba-Ku, perlihatkan kepadanya kemuliaan-Ku, lalu dia keluar dari sisi Tuhan dan mengambil kitabnya dengan tangan kanannya, lalu dia membentangkannya kepada mukminin, dan mukminat sambil  menyeru “Ambillah, bacalah kitabku ini. Sesungguhnya aku yakin bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku maka orang itu berada di dalam kehidupan yang diredai ” Surah al-Haqah (67 ):19 . Dan apabila sampai ke pintu syurga, dikatakan kepadanya: Ambillah pasport, dia berkata: Inilah pasport aku tertulis di dalamnya:
                                  
                                         Bismillahi r –Rahmani r -Rahim

       Ini adalah pasport laluan daripada Allah Yang Maha Mulia Lagi Bijaksana untuk polan bin polan daripada  Tuhan alam semesta,maka seorang penyeru menyeru orang ramai : Sesungguhnya polan bin polan telah bahagia dengan kebahagiaan yang tidak akan membawa kecelakaan selama-lamanya.
       Beliau berkata: Maka dia pun masuk, tiba-tiba dia berada di sebatang pokok yang mempunyai bayang yang panjang, air yang dicurahkan, buah yang tersedia diberi nama Ridhwan. Keluar daripada betisnya dua air mata yang sedang mengalir, lalu dia pergi kepada salah satu daripadanya dan setiap kali dia melaluinya, maka dia mandi dan keluar, dan di atasnya nikmat yang banyak, kemudian dia meminum daripada yang satu lagi, maka tidak terdapat sebarang kesakitan, dan penyakit pada perutnya sebagaimana firman-Nya Surah al-Insan (76 ): 21 “dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih”. Kemudian malaikat menyambutnya dan berkata kepadanya: Anda telah baik, maka masuklah bersama orang-orang yang masuk, maka dia pun masuk,  tiba-tiba dia berada di sebatang pokok di mana dahan-dahannya adalah mutiara, dan cabang-cabangnya adalah daripada perhiasan yang bermacam-macam. Dan buah seperti payudara hamba-hamba perempuan yang masih dara, malaikat menyambutnya dengan unta-unta dan segala perhiasan, mereka berkata: Wahai wali Allah, naikilah apa yang anda kehendaki, pakailah apa yang anda kehendaki.
       Beliau berkata: Lantas dia menaiki apa yang dia kehendaki, dan memakai apa yang dia ingini ketika berada di atas unta daripada cahaya, pakaiannya dan perhiasannya daripada cahaya berjalan di rumah cahaya bersamanya malaikat, budak-budak daripada cahaya, semuanya daripada cahaya sehingga malaikat terasa takut dan berkata: Ketepikan kamu semua, maka sesungguhnya rombongan Yang Maha Pengampun telah datang.
       Beliau berkata: Lalu dia melihat kepada istananya yang pertama daripada perak diserikan dengan permata yaqut, isteri-isterinya menjaganya. Mereka berkata: Selamat datang, selamat datang, bermalamlah dengan kami. Beliau berkata: Malaikat berkata: Bergembiralah, wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda, sehingga berakhir kepada istana yang dihiasi dengan permata nilam, maka malaikat berkata: Bergembiralah wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda dan orang lain juga.
       Beliau berkata: Kemudian dia mendatangi istana daripada permata nilam yang berwarna merah, maka malaikat berkata kepadanya: Bergembiralah, wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda dan orang lain.
       Beliau berkata: Dia berjalan sehingga sampai kepada seribu istana, semuanya dapat ditembusi oleh penglihatannya, dan dia dapat berjalan pada miliknya lebih cepat daripada kelipan mata, dan apabila dia sampai ke istananya yang paling jauh, dia memalingkan kepalanya, maka malaikat berkata: Apakah terjadi dengan anda, wahai wali Allah? Beliau berkata: Dia berkata: Hampir penglihatan aku hilang, mereka berkata: Wahai wali Allah, bergembiralah, kerana di syurga tiada orang yang buta, dan pekak, kemudian dia mendatangi sebuah istana, lalu dia melihat batinnya daripada zahirnya, dan melihat zahirnya daripada batinnya di mana batu batanya daripada perak, emas, permata nilam, dan mutiara yang diharumi dengan bauan dan diserikan dengan cahaya yang bersinar-sinar. Lelaki melihat mukanya di dinding dan berkata: Akhirnya adalah minuman.
       Kemudian Nabi s.a.w telah menyebut bidadari, lalu Umm Salmah berkata: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku, wahai Rasulullah, tidakkah bagi kami kelebihan ke atas mereka? Beliau berkata: Ya, dengan solat anda, puasa anda, dan ibadat anda kepada Allah seperti kedudukan yang zahir ke atas yang batin, beliau telah memberitahu bahawa bidadari telah diciptakan oleh Allah  di syurga bersama pokoknya, dan Dia telah menahan mereka untuk suami-suami mereka di dunia, setiap orang daripada mereka mempunyai tujuh puluh pakaian. Keputihan betis-betis mereka dapat dilihat dicelah-celah tujuh puluh pakaian sebagaimana anda melihat minuman merah di gelas yang putih atau seperti tali yang putih  di permata nilam yang merah. Dia menyetubuhinya (yujami‘u-ha) kadar kekuatan seratus orang lelaki muda di dalam keadaan nafsu berahi selama empat puluh tahun, mereka  adalah di dalam keadaan dara sunti. Apabila dia berkahwin, dia masih dara “Tidak disentuhi oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh Jin” Surah al-Rahman (55 ):56 dan 74 “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik” Surah al-Rahman (55):70, iaitu akhlak yang mulia, dan muka yang cantik. Surah al-Rahman (55) :58 “ Seakan-akan bidadari itu seperti yaqut dan marjan
       Beliau berkata: Sesungguhnya di syurga sebuah sungai di kedua tepinya hamba-hamba perempuan, beliau berkata: Allah mewahyukan kepada mereka: Dengarlah hamba-hamba-Ku, pujian-Ku, tasbih-Ku, maka mereka mengangkat suara-suara mereka dengan nada yang bermacam-macam di mana orang ramai tidak pernah mendengarnya sebelumnya. Dialah yang menggembirakan ahli syurga, dan seorang wali Allah diselia oleh seorang perempuan yang bukan daripada perempuan-perempuannya di sebalik tabir, mereka memenuhi istana-istananya dengan berbagai-bagai cahaya. Seorang wali Allah menyangka bahawa dia diselia oleh Allah atau malaikat-Nya, lalu dia mengangkat kepalanya, tiba-tiba dia berada di sisi isterinya yang hampir   cahaya isterinya menghilangkan cahaya dua matanya.
       Beliau berkata: Lalu bidadari menyerunya bahawa sesungguhnya  telah hampir waktu  kami, anda menjadikan giliran untuk kami, beliau berkata: Dia berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah di kalangan mereka yang telah disebutkan Allah di dalam al-Qur’an Surah Qaf (50): 35 “ Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki, dan pada sisi Kami ada tambahannya”, maka dia menyetubuhinya kadar kekuatan seratus pemuda, dan dia memeluknya  selama tujuh puluh tahun mengikut  umur orang-orang yang terdahulu.
       Dan dia tidak mengetahui sama ada dia melihat kepada mukanya atau kepada belakangnya atau kepada betisnya. Setiap kali dia melihat kepada sesuatu daripadanya, maka dia hanya melihat mukanya sendiri disebabkan cahayanya dan kebersihannya. Kemudian perempuan lain yang lebih cantik daripada yang pertama menyelianya dan berkata: Sesungguhnya telah hampir waktu  bagi kami, anda menjadikan giliran bagi kami, beliau berkata: Maka dia berkata kepadanya: Siapakah anda? Dia berkata: Aku adalah di kalangan orang yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Qur’an Surah al-Sajdah (32):17 “Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan di atas apa yang mereka kerjakan” .
       Beliau berkata: Tidak seorang pun yang akan memasuki syurga melainkan mempunyai lima ratus pasangan daripada bidadari, dan setiap bidadari itu tujuh puluh hamba lelaki, dan tujuh puluh hamba perempuan. Mereka sepertilah permata nilam dan mutiara yang belum disentuhi oleh tangan, dan dilihat oleh mata. Baginya tujuh puluh istana dan setiap istana tujuh puluh bilik.
       Dan setiap bilik tujuh puluh katil, dan setiap katil tujuh puluh tilam di atasnya seorang bidadari “yang berlari di bawahnya sungai-sungai” Surah al-Talaq (65 ):11, yang terdiri daripada air yang bersih. “Dan sungai-sungai pula adalah daripada susu yang tidak akan berubah rasanya” Surah Muhammad (47):15 “Dan sungai-sungai daripada madu yang ditapis” yang tidak keluar daripada binatang ternakan, dan yang tidak keluar daripada perut lebah “ dan sungai-sungai daripada arak, lazat bagi peminum-peminum”, tidak dipijak oleh mana-mana lelaki dengan kaki-kaki mereka. Apabila mereka inginkan makanan, maka burung-burung putih akan membawanya, mengangkat sayap-sayap mereka. Mereka makan daripada warna apa yang mereka ingini sama ada di dalam keadaan duduk atau bersandar.
       Jika mereka inginkan buah-buahan, maka  dahan-dahan pokok akan  memanjangkan kepada mereka, lalu mereka makan apa yang mereka ingini. Dia berfirman di dalam Surah al-Ra‘d (13):23-4 “ malaikat-malaikat memasuki tempat-tempat mereka dari segala pintu : Salam ke atas kamu di atas kesabaran kamu, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu”. Sementara mereka berada di dalam keadaan sedemikian, mereka mendengar suara di bawah Arasy: Wahai ahli syurga, bagaimana kamu melihat masa depan kamu? Mereka berkata : Sebaik-baik masa depan adalah masa depan kami, dan sebaik-baik  pahala adalah pahala kami. Sesungguhnya kami telah mendengar suara, tetapi kami ingin melihat kepada cahaya kebesaran Engkau iaitu sebesar-besar pahala kami, sesungguhnya Engkau telah berjanji, dan Engkau tidak akan mungkir janji.
       Lantas Allah memerintahkan hijab-hijab, maka berdirilah tujuh puluh ribu hijab, lalu mereka menaiki unta dan keldai di atas mereka segala perhiasan, lalu mereka berjalan pada bayang pokok sehingga mereka berakhir di Dar al-Salam iaitu Dar Allah, Dar al-Baha’ dan al-Nur, dan Dar  al-Karamah, maka mereka mendengar suara, lalu mereka berkata: Ya sayyidi, Kami telah mendengar kelazatan percakapan Engkau, lantaran itu, perlihatkanlah kepada kami cahaya zat Engkau, lantas Allah melakukan tajalli sehingga mereka melihat kepada cahaya zat-Nya yang tersembunyi daripada setiap orang yang melihat. Mereka tidak dapat mengimbangi diri mereka, sehingga mereka sujud, mereka berkata: Maha Suci Engkau, kami tidak menyembah Engkau dengan sewajarnya, wahai Yang Maha Besar.
       Beliau berkata: Dia berfirman wahai hamba-hamba-Ku, angkatlah muka kamu, kerana ini bukan tempat bekerja. Ini adalah tempat kemuliaan dan nikmat. Segala kepenatan telah hilang daripada kamu. Apabila mereka mengangkat kepala mereka, maka muka mereka berseri-seri daripada cahaya zat-Nya sebanyak tujuh puluh kali ganda, kemudian Allah berfirman: Wahai Para malaikat-Ku, berikan kepada mereka makan dan minum, lalu mereka membawa makanan yang bermacam-macam di mana mereka tidak pernah melihatnya sebelumnya dari segi kelazatan madu, keputihan salji, dan kelembutan keju, beliau berkata: Allah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, berikan mereka minuman, beliau berkata: Mereka membawa minuman, lalu wali Allah mengambilnya dan meminumnya.
       Beliau berkata: Allah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, berikan mereka bauan, lalu angin datang kepada mereka dengan bauan yang lebih putih daripada salji yang dapat mengubah muka-muka mereka, dan dahi-dahi mereka ia dinamakan al-Muthirah, justeru itu, ia membolehkan mereka melihat kepada cahaya zat-Nya. Mereka berkata: Ya sayyidu-na, cukuplah bagi kami menikmati kelazatan percakapan Engkau, dan melihat cahaya zat Engkau, kami tidak mahu menukarkannya lagi.
       Allah Berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui bahawa kamu mencintai isteri-isteri kamu, dan isteri-isteri kamu pula mencintai kamu, maka mereka berkata: Apakah yang Engkau paling mengetahui pada jiwa hamba-hamba Engkau? Maka Dia berfirman: Bagaimana Aku tidak mengetahui sedangkan Aku telah menciptakan kamu, dan Aku telah menetapkan roh-roh kamu pada badan-badan kamu, kemudian Aku mengembalikannya ke atas kamu selepas mati, maka Aku berkata: Sediakan kepada hamba-hamba-Ku sebaik-baik tempat tinggal, kembalilah kepada isteri-isteri kamu, beliau berkata: Mereka berkata: Wahai sayyidu-na, jadikanlah syarat bagi kami, Dia berfirman: Sesungguhnya kamu pada setiap Jumaat satu lawatan (zaurah )di antara Jumaat kepada Jumaat yang lain adalah tujuh ribu tahun menurut kiraan kamu.
       Beliau berkata: Maka mereka pun  pulang, lalu diberi setiap seorang lelaki daripada mereka sebiji delima hijau, dan pada setiap biji delima itu tujuh puluh pakaian yang tidak pernah dilihat oleh makhluk. Mereka berjalan didahului oleh kanak-kanak sehingga mereka memberitahu berita gembira kepada isteri-isteri mereka yang sedang berdiri di pintu-pintu syurga, beliau berkata: Apabila dia menghampiri isterinya, lalu dia melihat pada muka suaminya, lalu dia mengingkarinya tanpa sebarang sangkaan jahat, dia berkata: Wahai kekasih aku (habibi), anda telah keluar dari sisi aku, anda bukanlah semacam ini, beliau berkata: Dia berkata: Wahai kekasihku (habibati), anda mencela aku kerana kau menjadi begini?
       Sesungguhnya aku telah melihat kepada cahaya zat Tuhan-Ku, lalu mukaku berseri daripada cahaya zat-Nya, kemudian dibentangkan kepadanya, lalu dia melihat kepadanya satu kali lihat, maka dia berkata: Wahai kekasihku (habibati) sesungguhnya aku telah keluar dari sisi anda dan aku bukanlah begini? Maka dia berkata: Wahai kekasihku (habibi) anda mencela aku kerana aku menjadi begini sesungguhnya aku telah melihat kepada muka orang telah melihat (wajhi al-Nazir ) cahaya zat Tuhanku, lalu muka aku berseri-seri daripada muka orang yang telah melihat kepada cahaya zat Tuhanku tujuh puluh kali ganda, lalu dia berpaut kepadanya, maka Allah “ketawa” kepada mereka, maka mereka menyeru dengan suara mereka “Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita daripada kami sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun.
       Beliau berkata: Kemudian Tuhan mengizinkan kepada para nabi, lalu seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan, lalu para malaikat berbaris, dan cahaya di hadapan mereka, kemudian ahli syurga melihat kepadanya, lantas mereka memanjangkan tengkuk mereka kepadanya, mereka berkata: Siapakah ini, sesungguhnya ia begitu mulia di sisi Allah? Beliau berkata: Malaikat berkata: Makhluk ini diciptakan dengan tangan-Nya, dan ditiupkan padanya dengan roh-Nya, dan diajari dengan nama-nama, maka ini adalah Adam yang telah diizinkan oleh Allah.
       Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah al-Khalil Ibrahim yang telah diizinkan oleh Allah.
       Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah Musa bin Imran di mana Allah telah bercakap dengannya dengan satu percakapan, dan ia telah diizinkan oleh Allah.
       Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini yang telah diizinkan oleh Allah? Malaikat berkata: Ini adalah roh Allah dan kalimat-Nya, ini adalah Isa bin Maryam.
       Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini yang telah diizinkan oleh Allah? Malaikat berkata: Ini adalah seorang yang telah dipilih dengan wahyu,  yang diamanahkan ke atas risalah-Nya, penghulu anak Adam, ini adalah Nabi Muhammad s.a.w, dan ia telah diizinkan oleh Allah.
       Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah saudara lelaki Rasulullah di dunia dan di akhirat.
       Beliau berkata: Kemudian diberi keizinan kepada para nabi, para siddiqin, para syahid, lalu diletakkan ke atas para nabi mimbar-mimbar daripada cahaya, bagi para siddiqin katil-katil daripada cahaya, dan bagi para syahid kerusi daripada cahaya, kemudian Allah berfirman: Selamat datang dengan rombongan-Ku, pelawat-pelawat-Ku, dan jiran-jiran-Ku, wahai para malaikat-Ku, berikan mereka makan, lalu diberikan kepada mereka makanan yang tidak pernah dilihat oleh mereka sebelumnya perasa madu, kelembutan keju, dan keputihan salji, kemudian Dia berfirman: Wahai para malaikat-Ku berikan mereka buah-buahan yang bermacam-macam yang mereka tidak pernah melihatnya sebelumnya;  yang segar manis, keputihan salji, dan kelembutan keju.
       Beliau berkata: Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Jika satu biji daripada sebiji buah delima itu terjatuh,  maka ia akan menutupi semua muka lelaki. Kemudian Dia berfirman: Wahai para malaikat-Ku, Pakaikan mereka, beliau berkata: Lalu mereka pergi kepada pokok-pokok di syurga yang dikilatkan dengan cahaya Yang Maha Pemurah, lalu mereka tertarik kepadanya. Kemudian Dia berfirman: Berikan mereka  bauan, lalu angin di bawah Arasy  mendatangi  mereka, dan angin itu dinamakan  al-Muthirah.  Ianya lebih putih   daripada salji,  akan  mengubah muka-muka mereka, dahi-dahi mereka,  dan  lambung  mereka, kemudian  Allah s.w.t akan  melakukan  tajalli   sehingga  mereka  dapat  melihat  kepada cahaya zat-Nya yang tersembunyi daripada mata  yang melihat.
       Mereka berkata: Maha Suci Tuhan,  Kami tidak menyembah  Engkau dengan sewajarnya,  wahai Yang Maha Besar.  Kemudian Tuhan berfirman: Bagi kamu setiap Jumaat satu lawatan di antara Jumaat dan Jumaat tujuh ribu tahun menurut kiraan anda Daripadanya, daripada ‘Auf bin Abdullah, daripada Jabir bin Yazid al-Ja‘fi daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Syurga adalah ditegah atau diharamkan ke atas para nabi sehingga aku memasukinya (al-Jannatu muharramatun ‘ala al-Anbiya’ hatta adkhula-ha), dan ditegah atau diharamkan ke atas semua umat sehingga syi‘ah kami Ahlu l-Bait memasukinya (wa muharramatun ‘ala al-Umam hatta yadkhula-ha syi‘atu-na Ahl al-Bait )[78].
       Daripadanya, daripada ‘Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Tuhan berfirman: Kamu masuklah syurga dengan rahmat-Ku, selamatkan daripada neraka dengan keampunan-Ku, bahagikan syurga dengan amalan kamu, maka dengan kemuliaan-Ku, Aku akan meletakkan kamu di tempat yang kekal, dan mulia, apabila mereka memasukinya, mereka akan menjadi sepanjang Adam enam puluh hasta, dan semuda umur Isa tiga puluh tiga tahun, di atas bahasa Arab  Muhammad serta di atas bentuk Yusuf dari segi kecantikan, kemudian muka mereka disinari cahaya, dan di atas hati Ayyub dari segi keselamatan daripada kedengkian[79].
       Daripadanya, daripada ‘Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya syurga itu adalah empat sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Rahman (55 ):46 “ Dan bagi orang yang takut saat maqam Tuhannya ada dua syurga” iaitu seorang lelaki menentang syahwat dunia iaitu maksiat, lalu dia mengingati makam Tuhannya, lantas dia meninggalkan maksiatnya itu, kerana takut kepada-Nya, maka ini adalah ayatnya mengenainya. Justeru itu, dua syurga ini adalah bagi mukminin, dan orang-orang yang terdahulu.
       Adapun firman-Nya Surah al-Rahman (55): 62 “ dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi”, beliau berkata: Selain dari dua syurga itu dari segi kelebihan, bukan dari segi keakraban, kedua-duanya untuk Ashab al-Yamin iaitu syurga al-Na‘im, dan syurga al-Ma’wa. Dan pada empat syurga ini terdapat buah-buahan yang banyak seperti daun kayu, dan bintang-bintang. Di atas empat syurga ini ada dinding yang mengelilinginya, panjangnya lima ratus tahun perjalanan, batu bata daripada perak, emas, mutiara, dan yaqut dilekatkan dengan warna kuning, dan di atasnya cahaya yang bersinar-sinar, seorang lelaki dapat melihat mukanya di dinding, dan satu dinding mempunyai lapan pintu dan setiap pintu mempunyai dua daun.
       Daripadanya, daripada ‘Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Tanah syurga batu marmarnya adalah perak, debunya adalah kekuningan, bauannya adalah wangi, dan anak batunya daripada mutiara dan yaqut.
       Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Katil-katilnya daripada mutiara, dan yaqut sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Waqi‘ah (56): 15, 34 “ Mereka berada di atas katil-katil yang bersalutkan emas dan mutiara”, dan “ dan hamparan yang tebal lagi empok” , dan Surah al-Mutaffifin (83) :23 “ di atas bangku panjang yang rendah mereka melihat”        
       Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Rasulullah s.w.a bersabda: Sesungguhnya  sungai-sungai syurga berlari tanpa alur lebih putih daripada salji, lebih manis daripada madu, lebih lembut daripada keju, anak batu sungainya adalah daripada mutiara dan yaqut. Sungai-sungainya berlari di atas kehendak wali Allah, tanpa mengurangkan sesuatu jika semua penghuni dunia menikmatinya.
       Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kurma syurga, dan pelepahnya adalah daripada emas merah, buah kecilnya seperti permata jed hijau, pelepahnya daripada mutiara putih, buahnya yang segar adalah lebih segar daripada perak, lebih manis daripada madu, lebih lembut daripada keju, tandannya dua belas hasta, tiada sesuatu pun yang dapat menguranginya dan apabila dipetik, maka Allah mengembalikannya sebagaimana sebelumnya, Surah al-Waqi‘ah (56 )33 “yang tidak berhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya” 
       Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, daripada Nabi s.a.w tentang firman-Nya di dalam Surah al-Ra‘d (13):29 “ bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik”  iaitu sebaik-baik tempat kembali. Adapun Tuba adalah pokok di syurga di mana pokoknya di dalam rumah Muhammad s.a.w. Jika seekor burung terbang dari batangnya ke cabangnya, maka ia tidak akan sampai kepadanya sehingga ia mati tua, dan di atas setiap daunnya ada malaikat yang berzikir kepada Allah, tiada satu rumah pun di syurga melainkan ada dahan pokok Tuba di tepi pagar syurga, ia akan membawa untuk mereka apa yang mereka kehendaki daripada segala perhiasannya,dan buah-buahnya tanpa mengurangi sesuatu sebelumnya.
       Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Sesungguhnya ahli syurga adalah seorang yang senang, dan dihormati, seorang ahli syurga dikurniakan  kekuatan seratus orang lelaki di dalam makanan, minuman, syahwat dan jimak, kekuatan makanannya adalah kekuatan seratus lelaki, dan ia akan menikmati kelazatan  makanannya selama empat puluh tahun. Allah telah memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya, dan badan-badan mereka dengan sutera putih, perhiasan kuning, dan pakaian yang hijau. 
       Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Sesungguhnya ahli syurga terus hidup tanpa mati, sedar tidak pernah tidur, kaya tidak pernah miskin, bergembira tanpa dukacita, ketawa tanpa menangis, dihormati tanpa dihina, sentiasa gembira tanpa merana, makan tanpa lapar, minum tanpa dahaga, memakai pakaian tanpa bertelanjang, selalu ziarah, kanak-kanak memberi salam kepada mereka, di tangan-tangan mereka cerek-cerek daripada emas dan perak, berehat di atas katil-katil panjang sedang melihat sesuatu, kehormatan daripada Allah mendatangi mereka secara berterusan, kami memohon kepada Allah syurga dengan rahmat-Nya, sesungguhnya Dia adalah berkuasa di atas setiap sesuatu[80].         

Bab Sifat Neraka
      
       Sa‘id bin Junah, berkata: ‘Auf bin Abdullah al-Azadi telah memberitahuku, daripada Jabir bin Yazid al-Ja‘fi, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Allah menghendaki mengambil roh orang kafir, Dia berfirman: Wahai malaikat maut, pergilah anda, dan pembantu-pembantu anda kepada musuh-Ku, sesungguhnya Aku telah mengujinya, maka Aku telah memperbaiki ujiannya, dan Aku telah menyerunya kepada Dar al-Salam, maka dia telah enggan selain dari mencela-Ku, mengingkari-Ku, dan nikmat-Ku, dan dia telah mencela-Ku di atas Arasy-Ku, lantaran itu, maka cabutlah rohnya sehingga kamu mencampakkannya di neraka.
       Beliau berkata: Malaikat maut akan mendatanginya dengan muka yang membenci, dua matanya seperti guruh, dan suaranya seperti petir, warnanya seperti malam yang gelap, jiwanya seperti percikan api neraka, kepalanya di langit dunia, satu kaki di timur, dan satu kaki di barat, dua tapak kakinya di udara bersama-samanya besi yang banyak cabang, dan bersamanya lima ratus para malaikat yang mempunyai cambuk daripada Jahanam, kemudian malaikat Sahqata’il, penjaga Jahanam memasukinya, lalu memberinya minuman daripada neraka, tetapi dia masih dahaga sehingga dia memasuki Jahanam, apabila seorang melihat kepada malaikat maut, maka akalnya melayang (tara ‘aqlu-hu), dia berkata: Wahai malaikat maut, kembalikan aku, beliau berkata: Malaikat maut berkata: Tidak, ini adalah kalimat yang telah diperkatakannya, beliau berkata: Dia berkata: Wahai malaikat maut, kepada siapakah aku akan meninggalkan hartaku, keluargaku, anakku di dunia? Dia berkata: Tinggalkan mereka selain daripada anda, dan keluarlah anda ke neraka.
       Beliau berkata: Lalu dia memukulnya dengan cambuk besi dengan pukulan yang menepati segala urat dan ikatan tulang, kemudian dia menariknya, lalu rohnya di tarik melalui dua tapak kakinya. Dan apabila ia sampai ke dua lututnya, dia memerintahkan pembantu-pembantunya supaya memukulnya dengan cambuk, kemudian dia mengangkatnya, dan membiarkan ia merasa kesakitannya sebelum ia keluar daripada tubuhnya seolah-olah dia dipukul dengan seribu pedang, jika dia mempunyai kekuatan Jin dan manusia, nescaya dia mengadu kesakitan pukulan cambuk tersebut, demikianlah keluarnya roh orang kafir daripada segala urat, anggota, sambungan tulang, dan rambut. Apabila ia sampai di halkum, maka malaikat memukul mukanya, dan duburnya. Firman-Nya di dalam Surah al-Ahqaf (46):20 “ Dan pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kamu telah fasiq”, dan firman-Nya di dalam Surah al-Furqan (25):22 “ Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa, dan mereka berkata:Hijran mahjura”, maka mereka berkata:  Syurga diharamkan ke atas kamu.
       Beliau berkata: Rohnya keluar, lalu malaikat maut meletakkannya di antara tukul dan besi landasan, lalu tepi-tepi anak-anak jarinya dipecahkan, dan dicungkil dua matanya, kemudian bau busuknya naik ke atas di mana penghuni langit menderita daripadanya, lalu mereka berkata: Laknat Allah ke atas roh kafir yang busuk telah keluar daripada dunia, lantas Allah melaknatinya dan dilaknati oleh orang yang melaknatinya, dan apabila dibawa rohnya ke langit dunia, maka pintu-pintu langit dunia ditutup sebagaimana firman-Nya Surah al-A‘raf (7):40 “ sekali-kali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu-pintu langit, dan tidak pula mereka masuk syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat”, Allah berfirman: Kembalikannya kepadanya, maka di antaranya Aku telah menciptakan mereka, dan padanya, Aku akan kembalikan mereka, dan daripadanya Aku mengeluarkan mereka pada kali yang lain pula.
       Dan apabila katilnya dibawa, maka syaitan juga akan membawanya, dan apabila sampai ke kuburnya, maka bumi berkata: Wahai Tuhanku, janganlah menjadikannya di perut aku sehingga diletakkan pada tempat yang telah ditetapkan Allah, dan apabila diletakkan di lahadnya, maka bumi berkata: Bukan selamat datang untuk anda wahai musuh Allah, demi Allah aku telah membenci anda ketika anda berada di atasku, dan aku pada hari ini lebih membenci anda ketika anda berada di perut aku, demi kemuliaan Tuhanku, aku akan menyakiti kejiranan anda, aku akan menyempitkan tempat masuk anda, aku akan menakutkan tempat tidur anda, dan aku akan menukarkan makanan anda, sesungguhnya aku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka.
       Kemudian Mungkar dan Nakir datang kepadanya, mereka adalah dua malaikat yang berwarna hitam, dan biru, mencari kubur dengan taring mereka berdua, percakapan mereka seperti petir, dan penglihatan mereka seperti kilat, mereka berdua menakut-nakutkannya, dan melaung-laungkan kepadanya serta berkata: Siapakah Tuhan kamu, apakah agama kamu, siapakah nabi kamu, dan siapakah imam kamu? Dia berkata: Aku tidak mengerti, beliau berkata: Mereka berdua berkata: Seorang yang syak di dunia, maka dia juga syak pada hari ini, kamu tidak mengerti dan tidak dapat petunjuk.
       Beliau berkata: Mereka berdua memukulnya, dan semuanya mendengar pukulannya di timur dan di barat melainkan Jin dan manusia, beliau berkata: Kekuatan laungannya membuatkan ular berlindung di dalam tanah, dan binatang liar berlindung di hutan, tetapi kamu tidak mengetahuinya, beliau berkata: Kemudian dua ekor ular hitam dan biru mengazabkannya lima jam di siang hari, dan enam jam di waktu malam, kerana ia bersembunyi daripada orang ramai, tetapi tidak bersembunyi dengan Allah, maka jauhlah bagi mereka yang tidak beriman.
       Beliau berkata: Kemudian Allah menguasainya dengan dua malaikat yang buta, dan pekak bersama mereka berdua dua tukul besi daripada api neraka memukulnya dengan tepat, lalu dia melaung, tetapi mereka berdua tidak mendengarnya sehingga hari Kiamat.
       Apabila laungan hari Kiamat, maka kuburnya menyala, Dia berkata: Neraka bagi aku, apabila kubur aku menyalakan api, lalu seorang penyeru berkata: Sesungguhnya neraka, dan kehinaan sudah hampir kepada anda, berdirilah daripada api kubur kepada api yang tidak akan padam, kemudian dia keluar dari kuburnya di dalam keadaan dukacita, dan dua matanya menjadi biru, hidungnya menjadi panjang, hatinya gerhana, menunduk kepalanya, lalu amalannya yang buruk datang, dan berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui anda melainkan anda melengah-lengahkan ketaatan kepada Allah, tetapi bersegera kepada kemaksiatan-Nya, anda telah menaiki aku di dunia, maka aku akan menaiki anda pada hari ini sebagaimana anda telah menaiki aku, dan aku akan memandu anda ke neraka.
       Beliau berkata: Kemudian dia menduduki di atas dua bahunya, lalu menendang tengkuknya hingga berakhir ke neraka Jahanam. Apabila dia melihat kepada malaikat telah bersedia rantai besi dan belenggu untuknya, dan  terserlah kemarahan mereka, lalu dia berkata: Neraka Wail untuk aku, mudah-mudahan aku tidak diberi kitab, lalu Allah berfirman: Bawakan dia ke neraka, maka bumi di bawahnya menjadi api, dan matahari di atasnya juga menjadi api, lalu api datang mengelilingi tengkuknya, kemudian dia menangis panjang, api berkata kepadanya: Allah telah menyeksa anda kerana anda menderhaka-Nya.
       Beliau berkata: Kemudian mashaf atau kitab datang berterbangan di belakangnya, lalu terjatuh di sebelah kirinya, kemudian malaikat datang, lalu menebuk dadanya ke belakangnya, kemudian tangan kanannya diikat ke belakang.
       Kemudian dikatakan kepadanya: Bacalah kitab anda, beliau berkata: Dia berkata: Wahai malaikat, bagaimana aku akan membacanya sedangkan Jahanam di hadapan aku? Beliau berkata: Allah berfirman: Ketukkan tengkuknya, pecahkan kepalanya sehingga kepada dua kakinya, kemudian Dia berfirman: Ambillah dia, dan seksalah dia, beliau berkata: Tujuh puluh ribu malaikat yang ganas segera datang untuk menghormati firman-Nya. Di kalangan mereka ada yang menarik janggutnya, dan ada yang memecahkan tulang-tulangnya.
       Beliau berkata: Dia berkata: Kenapa kamu semua tidak kasihanilah aku? Beliau berkata: Mereka berkata: Wahai si celaka (syaqiyyun), bagaimana kami mengasihani anda sedangkan anda tidak dikasihi oleh Yang Paling Mengasihani, adakah ini menyakitkan anda? Beliau berkata: Dia berkata: Ia sangat menyakitkan aku, beliau berkata: Mereka berkata: Wahai si celaka, bagaimana jika kami mencampakkan anda ke neraka? Beliau berkata: Lantas malaikat menolaknya di dadanya, maka dia jatuh ke neraka (yahwi) selama tujuh puluh ribu tahun, beliau berkata: Mereka berkata: Sepatutnya kami telah mentaati Allah dan Rasul-Nya, beliau berkata: Maka kekal bersamanya batu di kanannya dan syaitan di kirinya, batu daripada api neraka, membakar mukanya, Allah menciptakan untuknya tujuh puluh kulit, dan setiap kulit tebalnya  empat puluh hasta mengikut hasta malaikat yang mengazabkannya, dan di antara satu kulit kepada kulit yang lain adalah empat puluh hasta.
       Dan di antara kulit ke kulit yang lain pula ular-ular, cengking-cengking daripada neraka, dan ulat-ulat daripada neraka di mana kepalanya seperti bukit besarnya, dua pahanya seperti bukit Warqan iaitu bukit di Madinah, belalainya  adalah lebih panjang daripada belalai gajah yang dapat menariknya dengan kuat, dua telinganya merupakan telaga yang dalam, dan di antaranya api yang menyala,api menyelar dari duburnya kepada hatinya, diikat dengan tujuh puluh rantai, dan setiap rantai itu tujuh puluh hasta, jika diletakkan satu rantai kecil ke atas bumi, nescaya ia menjadi cair.
       Beliau berkata: Di atasnya tujuh puluh pakaian daripada neraka menutupi muka-muka mereka dengan api neraka, di atasnya songkok daripada api neraka, tidak ada pada tubuhnya tempat kosong melainkan terkena api neraka, di  atas kepalanya mahkota enam puluh hasta daripada api neraka. Kepalanya ditebok sebayak  tiga ratus enam puluh lubang, dan setiap lubang akan mengeluarkan asap pada setiap penjuru, otaknya cair sehingga mengalir ke arah dua bahunya, dan seterusnya akan mengalirkan tiga ratus enam puluh sungai daripada nanah, tempat tinggalnya sempit seperti anak panah pada lubangnya.Ini membuatkan muka-muka mereka menjadi hitam. Badan mereka menjadi besar,kuku-kuku mereka tumbuh seperti kuku kucing, dan helang yang memakan dagingnya, menyakiti tulangnya, meminum darahnya di mana ia tiada makanan dan minuman selain daripadanya.
       Kemudian dia menolak d dadanya dengan satu kali tolak, lalu dia terjatuh menjunam ke neraka al-Hatamah selama tujuh puluh tahun, dan apabila ia jatuh, lalu diketuk ke atasnya dan syaitannya, kemudian syaitannya menariknya dengan rantai besi, setiap kali ia terjatuh, dia melihat kepada mukanya yang buruk, beliau berkata’ dia berkata: Mudah-mudahan di antara aku dan anda sejauh dua masyrik, maka anda adakah sejahat-jahat sahabat, aduhai anda! Anda telah menggoda aku sehingga aku menanggung azab Allah, lalu dia berkata: Wahai si celaka, bagaimana aku membuatkan anda menanggung azab Allah sedang aku dan anda pada hari ini bersyarikat di dalam azab Allah.
       Kemudian dia memukul di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh tahun sehingga ke neraka ‘Ain dipanggil Aniyah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ghasyiah (88):5 “diberi minum dari sumber air yang sangat panas (aniyah )” Iaitu sumber air yang paling panas semenjak Allah menciptakan Jahanam, setiap lembah neraka tidur, tetapi mata Air itu tidak pernah tidur dari kepanasannya, malaikat berkata: Wahai golongan yang celaka, dekatilah, dan minumlah daripadanya, dan apabila mereka menentangnya, maka malaikat memukul mereka dengan tukul besi, dan dikatakan kepada mereka Rasailah azab yang membakar disebabkan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan kamu dan sesungguhnya Allah tidaklah zalim kepada hamba-hamba-Nya.
       Beliau berkata: Kemudian mereka dibawa datang dengan gelas daripada besi yang mengandungi minuman dari mata Air Aniyah, dan apabila ia didekatkan kepada mereka, lantas mulut-mulut mereka hangus, dan bertaburan daging muka mereka, dan apabila mereka meminumnya pula, maka perut dan kulit mereka terseksa.
       Kemudian dia memukul di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh ribu tahun sehingga sampai ke neraka al-Sa‘ir. Dan apabila ia sampai ke neraka al-Sa‘ir, maka ia menyelar muka-muka mereka dan ketika itu mata mereka menjadi buta
       Kemudian dia memukulnya di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh tahun sehingga berakhir ke pokok al-Zaqum iaitu pokok yang keluar dari neraka Jahim seperti kepala syaitan, di atasnya seribu dahan daripada api neraka, dan setiap dahan mempunyai tujuh puluh ribu buah daripada api, dan setiap buah seperti kepala syaitan dari segi keburukan, dan kebusukannya, terjuntai di atas batu yang licin seperti cermin, di antara tunjang batu dan pokok al-Zaqum adalah tujuh puluh tahun, dahan-dahannya meminum air daripada api, buah-buahnya daripada api dan cabang-cabangnya daripada api, lalu dikatakan kepadanya: Wahai si celaka, naiklah, dan setiap kali dia menaikinya, dia tergelincir, dan setiap kali dia tergelincir, dia menaikinya pula, maka keadaannya sedemikian selama tujuh puluh ribu tahun di dalam azab.
       Dan apabila dia memakan buahnya, dia mendapatinya lebih pahit daripada kesabaran, lebih busuk daripada bangkai, lebih keras daripada besi, dan apabila jatuh ke dalam perutnya, maka ia akan menggelegak di dalam perutnya seperti menggelegaknya  neraka Hamim, mereka mengingati makanan yang baik yang mereka telah makan di dunia, di dalam keadaan sedemikian, malaikat menarik mereka, lalu mereka berada di dalam kegelapan. Apabila mereka menetap di neraka, lalu diperdengarkan kepada mereka jeritan ikan di dalam kuali.
       Kemudian dia mencampakkan dirinya dari pokok ke lembah api cair yang lebih panas, lalu mencampakkannya di pantainya, ia mempunyai pantai-pantai seperti pantai-pantai kamu ini, kemudian dibawa kepada mereka jenis binatang-binatang seperti ular, jengking, dan baghal hitam, setiap jengking  mempunyai enam puluh sengatan, dan setiap sengatan mempunyai racun. Ada pun ular, maka ia berwarna hitam dan biru, tujuh puluh ribu ular, dan tujuh puluh ribu jengking bergantungan  kepada seorang lelaki, kemudian dicampak ke neraka selama tujuh puluh ribu tahun, tidak membakarnya, kerana ia memadai dengan racunnya, kemudian tujuh puluh ribu lelaki bergantungan di dahan-dahan pokok al-Zaqum, tanpa cenderung ke bawah dan tidak pula pecah Badan-badan mereka dijilat api ke hati, lalu kulit menjadi masak dan daging menjadi cair.
       Yang Maha Perkasa, dan Maha Hidup memarahi dan berfirman: Wahai Malik, katakan kepada mereka: Kamu rasailah, kami tidak menambah selain daripada azab, wahai Malik, seksa mereka, seksa mereka, kemarahan-Ku bertambah ke atas orang yang telah mencela-Ku di atas Arasy-Ku, dan meringan-ringankan tentang hak-Ku, Aku adalah Raja Yang Perkasa, lalu Malik menyeru: Wahai orang yang sesat, angkuh, menentang nikmat di dunia, bagaimana kamu dapati sentuhan Saqar?
       Beliau berkata: Mereka berkata:  Hati-hati kami telah masak, dan daging-daging kami telah dimakan, dan tulang-tulang kami telah dipecahkan, maka tiada bagi kami orang yang kami boleh meminta pertolongan, dan membantu kami, beliau berkata: Malik berkata: Demi kemuliaan Tuhan-Ku, aku tidak akan menambahkan kamu selain daripada azab, lalu mereka berkata: Jika Tuhan kami mengazabkan kami, maka Dia tidak menzalimi kami sedikit pun, beliau berkata: Malik berkata:“Mereka mengakui dengan dosa-dosa mereka,maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala” Surah al-Mulk (67):11. 
       Kemudian Yang Maha Perkasa marah dan berfirman: Wahai Malik, seksalah, seksalah, lalu Malik mengutus ke atas mereka awan hitam yang meneduhi penghuni-penghuni neraka, kemudian menyeru mereka, lalu yang pertama mereka, yang akhir mereka, yang lebih baik mereka dan yang lebih buruk mereka mendengarnya, Malik berkata: Apakah yang kamu mahu jika aku menurunkan hujan ke atas kamu? Mereka berkata: Air sejuk, alangkah dahaganya! Alangkah lamanya kehinaan! Kemudian dia menurunkan hujan batu, besi ke atas mereka.
       Lantas muka, dan dahi mereka menjadi masak, dan mata mereka buta serta tulang-tulang mereka pecah, mereka menyeru pada masa itu, celakalah kami! Apabila tulang-tulang tercerai daripada daging, Allah bertambah marah, dan berfirman: Wahai Malik, tambahkan kepanasan ke atas mereka seperti kayu api di neraka, kemudian pukulkan gelombang roh-roh mereka selama tujuh puluh musim panas di neraka, kemudian ditutup ke atas mereka beberapa pintu, dari pintu ke pintu jaraknya lima ratus tahun perjalanan,tebalnya pintu adalah lima ratus tahun perjalanan, kemudian setiap lelaki daripada mereka adalah di dalam tiga tabut (kotak besi) daripada besi neraka.
       Mereka tidak mendengar sebarang percakapan selama-lamanya selain daripada tepikan baghal, jeritan keldai, dan salakan  anjing, pekak, bisu, tiada percakapan bagi mereka selain daripada suara penderitaan, kemudian ditutup ke atas mereka beberapa pintu di mana roh tidak dapat memasuki mereka, dan penderitaan tidak akan keluar daripada mereka selama-lamanya, tiada bagi mereka malaikat yang memberi syafaat kepada mereka, dan juga mereka tidak mempunyai sahabat yang setia. Allah melupai mereka, dan memadamkan ingatan mereka daripada hati hamba-hamba-Nya, dan mereka tidak mengingati mereka selama-lamanya, maka kami memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Pengampun, dan Maha Pemurah daripada neraka dan apa yang ada di dalamnya, dan daripada amalan yang mendekati diri ke neraka, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Pemurah.
       Apa pendapat anda tentang seorang lelaki yang telah memerdekakan seorang hambanya di waktu isyak di  ‘Arafah? Beliau berkata: Memadai bagi hamba tersebut haji Islam, dan diberikan kepada tuannya dua pahala: Pahala kemerdekaannya dan pahala haji.

Pahala Cinta Kerana Allah
            
       Diriwayatkan daripada al-Barra’ bin ‘Azib berkata: Aku telah berada bersama Rasulullah s.a.w pada suatu hari, maka beliau bersabda: Adakah kamu mengetahui manakah iman yang lebih kukuh? Kami berkata: Solat, beliau bersabda: Sesungguhnya solat adalah kebaikan, tetapi ia bukanlah solat, kami berkata: Zakat, maka beliau bersabda: Zakat adalah kebaikan, tetapi ia bukan zakat, lalu kami telah menyebutkan semua syariah Islam, maka beliau s.a.w bersabda: Iman yang paling kukuh adalah bahawa anda mencintai seorang lelaki kerana Allah dan memarahinya kerana Allah[81].  
       Diriwayatkan daripada sebahagian mereka dengan sanad-sanad yang dikaitkan kepadanya, berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di syurga beberapa tiang daripada emas di atasnya beberapa bandar daripada jed hijau yang menyinari penghuni-penghuni syurga seperti planet menyinari di ufuk langit, kami berkata: Bagi siapakah ini wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Bagi orang-orang yang bercinta kerana Allah (al-Mutahabbin fi l-Lahi).
       Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Lidah kebenaran itu lebih baik bagi seseorang itu daripada harta yang beliau makan,dan mewariskannya. Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w bersabda: Periksalah manusia, kerana seorang lelaki akan tertarik kepada orang  yang dikaguminya,  seorang ahli syair berkata:
            
    Ikhlaskan kasih sayang anda yang mulia sesungguhnya
    Setiap yang mulia akan menjaga ihsannya
    Bersaudaralah dengan lelaki yang mempunyai maruah
    Kematian adalah lebih baik daripada saudara yang hina.
_______________________________________
Abu al-Fida’, Tarikh, Cairo, 1364
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________,Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Hasan bin  ‘Ali bin al-Husain bin Syu‘bah,  Tuhaf al-‘Uqul 
‘an Ali al-Rasul,  al-Najaf , 1380 H.
Al-Kasyi, al-Rijal,  Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abual-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Kulaini,  Usul al-Kafi, Beirut 1413 H
­­__________ ,  al-Raudhah min al-Kafi,  Beirut, 1412
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.
Ibn al-Nadim,  al-Fihris , Baghdad, 1391H.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________,Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________,Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1412 H
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz  al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa’i, al-Khasa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.
al-Saduq , al-Amali ,al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar, al-Najaf , 1391 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 H.
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.
al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1957.
_________________________________

TAMMAT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar