Raudhat Al-Kaafi (1)

          ___________________________________
RAUDHAT  AL-KAAFI 
(TAMAN YANG MENCUKUPI)
THIQAT AL-ISLAM ABU JA‘FAR MUHAMMAD BIN YA‘QUB AL-KULAINI
Wafat 328/ 329 Hijrah
__________________________________
Diterjemahkan dari buku aslinya Raudhat al-Kaafi
Karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini
Tahqiq oleh Ali Akbar al-Ghifari
Cetakan Bahasa Arab: Dar al-Adhwaa’, Beirut, 1985
_______________________________________________________________
Hak terjemahan dilindungi undang-undang.
Copyrights. All rights reserved
_______________________________________________________________
                                  Cetakan Ketiga: November, 1994
                                          Edisi Bahasa Arab
                    Raudhat al-Kaafi/Furuu‘ al-Kaafi, jilid viii, Beirut, 1985
___________________________________
Edisi Bahasa Melayu
 Copyrights@AB-Perlak. All rights reserved. 
___________________________________

_______________________________________
BAHAGIAN 1

PRAKATA DAN KOMENTAR

Bismillahir Rahmanir Rahim

       Segala pujian adalah untuk Allah s.w.t, selawat dan salam kepada Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci a.s serta para sahabat mereka yang terpilih r.h.      
       Amma Ba‘du, Adapun kemudian daripada itu, bahawa buku ini berjodol Raudhat al-Kaafi adalah karya Thiqat al-Islam Abu Ja‘far Muhammad bin Ya‘qub bin Ishaq al-Kulaini al-Razi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Kulain atau al-Kulin di Iran. Beliau adalah di kalangan ulama yang masyhur di Ray, Iran. Kemudian beliau berpindah ke Baghdad kerana menjadi ketua ulama kepada pengikut Syi‘ah Imam Dua Belas di sana semasa pemerintahan al-Muqtadir. Beliau hidup di zaman sufaraa’ (wakil-wakil Imam al-Mahdi a.s) dan mati di Kufah pada tahun 328/329 hijrah bersamaan 939/940 masihi. 
       Beliau telah menulis beberapa buah buku di antaranya al-Kaafi (yang mencukupi), Kitab al-Rijaal, al-Radd ‘ala al-Qaramitah dan lain-lain. Buku beliau yang paling masyhor adalah al-Kaafi.  Beliau  telah menulis buku ini selama dua puluh tahun. Buku al-Kaafi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama al-Kaafi membincangkan mengenai Usuul yang mengandungi lapan bab (kutub) seperti kitab akal dan kejahilan, kitab kelebihan ilmu, kitab tauhid, kitab hujjah, kitab iman dan lain-lain, dinamakan al-Usuul min al-Kaafi. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh World Organization for Islamic Services (WOFIS) P.O. Box No.11365-1545, Tehran, Iran 1984 bersama teks Arab. Bahagian kedua al-Kaafi/Furuu‘ membincangkan mengenai  Furuu‘ yang mengandungi dua puluh enam (26) bab (kutub) seperti kitab kebersihan, kitab sembahyang, kitab haid, kitab jenazah, kitab puasa, kitab haji dan lain-lain,  maka ia dinamakan al-Furuu‘ min al-Kaafi. Bahagian ketiga al-Kaafi/Raudhat membincangkan mengenai Furuu’, Usuul secara ringkas, alam semesta, rawatan penyakit dan lain-lain mengandungi lima ratus sembilan puluh tujuh (597) hadis, maka ia dinamakan al-Raudhat min al-Kaafi atau Raudhat al-Kaafi.      
       Penterjemahan buku ini adalah berdasarkan  kepada Tahqiq   Hujjat al-Islam ‘Ali Akbar Al-Ghifari, cetakan ketiga Dar al-Adhwaa’, Beirut, 1405 hijrah bersamaan 1985 masihi.
       Keistimewaan buku Raudhat al-Kaafi karangan Thiqat al-Islam al-Kulaini terletak kepada sanad dan matannya yang masih tidak terputus  dengan para Imam Ahlu l-Bait a.s meskipun terdapat beberapa hadis yang diriwayatkannya secara marfuu’.      
       Terjemahan buku Raudhat al-Kaafi yang bererti  “Taman Yang Mencukupi” ini adalah khusus untuk pengikut-pengikut mazhab Ahlu l-Bait a.s atau mazhab Ja‘fari atau mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas SAHAJA.      
       Semoga ia akan dapat memanfaatkan mereka mengenai hadis dan aatahar Ahlu l-Bait a.s di tamannya yang aman dan indah. Ilaahi aamiin.


Penterjemah Dan Komentar:  
24 hb. November, 1994.
_____________________________________________
KANDUNGAN                                            

PRAKATA DAN KOMENTAR  

BAHAGIAN PERTAMA  

Risalah Abu Abdullah A.S Kepada Para Sahabatnya, Mashaf Ali Bin Al-Husain Bin Ali Mengenai Zuhud, Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Takwa Dan Khutbah Al-Wasilah.

1. Risalah Abu Abdullah a.s kepada para sahabatnya   
2. Mashaf Ali bin al-Husain Mengenai Zuhud   
3. Wasiat Amir al-Mukminin a.s mengenai takwa   
4. Khutbah al-Wasilah Amir al-Mukminin a.s  

BAHAGIAN KEDUA   

Khutbah Al-Talutiyyah, Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka, Hadis Abu Abdullah A.S Dengan Al-Mansur, Hadis Musa A.S Dan Lain-Lain.

5. Khutbah Amir al-Mukminin a.s yang dikenali dengan khutbah al- 
Talutiyyah   
6. Kedudukan Syi‘ah dan kelebihan mereka  
7. Hadis Abu Abdullah a.s dengan al-Mansur    
8. Hadis Musa a.s.   
9. Wasiat dan nasihat Abu Abdullah a.s    
10. Allah telah memilih tujuh orang daripada Bani Hasyim    
11. Pengertian firman Allah Surah al-Jaasyiah (45): 29 “Inilah Kitab Kami yang menutur kepada  kamu dengan benar”   
12. Pengertian firman Allah Surah Asysyu‘araa’ (91): 1 “Demi Matahari dan cahayanya di pagi   hari”   
13. Takwil firman Allah Surah al-Ghaasyiah (88):1 “Sudah datangkah kepadamu berita (mengenai) hari pembalasan?”   
14. Takwil firman Allah Surah al-Nahl (16): 38 “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya sesungguhnya”   
15. Takwil firman Allah Surah al-Anbiyaa’ (21): 12 “Maka tatkala mereka merasakan azab kami,    tiba-tiba mereka melarikan diri”   
16. Risalah pertama Abu Abdullah a.s kepada Sa‘d al-Khair  
17. Risalah kedua Abu Abdullah a.s kepada Sa‘d al-Khair   
18. Amir al-Mukminin a.s menyerupai Isa bin Maryam   
19. Takwil firman Allah Surah al-Ruum (30): 41 “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut”   
20. Tafsir firman Allah Surah al-A‘raaf (7): 56 “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah Allah memperbaikinya”  

BAHAGIAN KETIGA   

Khutbah Amir al-Mukminin A.S Mengenai Celaan Mengikut Hawa Nafsu, Bid‘ah; Pengubahan Sunnah Rasulullah S.A.W Oleh Tiga Khalifah Sebelumnya, Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Dukacitanya Di Atas Apa Yang  Berlaku Dan Lain-Lain.

21. Khutbah Amir al-Mukminin mengenai celaan mengikut hawa nafsu, bid‘ah; pengubahan sunnah Rasulullah s.a.w dengan sengaja oleh tiga khalifah sebelumnya   
22. Khutbah Amir al-Mukminin a.s mengenai dukacitanya di atas apa yang berlaku selepas Rasulullah s.a.w   
23. Khutbah Amir al-Mukminin a.s mengenai kezaliman   
24. Hadis Ali bin al-Husain a.s   
25. Alamat akhir zaman   
26. Pembahagian harta dengan saksama   
27. Hadis Nabi s.a.w ketika dibentangkan kuda kepadanya   
28. Nasihat Amir al-Mukminin a.s kepada maulanya yang lari kepada Mu‘awiyah  
29. Percakapan Ali bin al-Husain a.s dan nasihatnya kepada orang ramai pada setiap hari jumaat   
30. Hadis syeikh bersama Abu Ja‘far a.s   
31. Kisah penjual minyak bersama Rasulullah s.a.w      
32. Kami di sisi mereka lebih jahat daripada Yahudi, Nasara, Majusi dan musyrikin   
33. Wasiat Nabi s.a.w kepada Amir al-Mukminin a.s 
34. Nilai seseorang adalah agamanya   
35. Agama adalah cinta dan anda bersama orang yang anda cintai   
36. Kelebihan Ahlu l-Bait a.s dan Syi‘ah mereka   
37. Menghidupkan urusan mereka   
38. Kelebihan Syi‘ah dan tafsir firman Allah Surah al-Ra‘d (13): 38 “Sesungguhnya Kami telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu”   
39. Orang yang celaka dan orang yang bahagia   
40. Tafsir firman Allah Surah al-Baqarah (2): 213 “ Manusia adalah umat yang satu”   
41. Hadis mengenai laut dengan matahari   
42. Setiap Ahlu l-Bait mempunyai hujah pada hari Kiamat   
43. Allah akan berhujah pada hari Kiamat ke atas jirannya   
44. Tafsir firman Allah Surah al-Fail (105): 3 “Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung-burung yang berbondung-bondung”  
45. Janganlah kamu mencampuri dalam urusan keluarga kami   
46. Doa untuk mengusir jin   
47. Hadis nabi s.a.w mengenai hakikat kehidupan   
48. Dakwaan lelaki Hamadan mengenai baghal betina Musa a.s   
49. Layanan al-Mansur terhadap Abu Abdullah a.s   
50. Layanan Abu Abdullah a.s terhadap budaknya   
51. Tidak ada kebaikan pada menyalahi Ahlu l-Bait a.s   
52. Hadis mengenai tabib dan sebab ia dinamakan tabib   
53. Tiada suatu penyakitpun melainkan ia menyerap ke badan   
54. Cara mengubati penyakit dan bacaan doa   
55. Hadis mengenai ikan paus   
56. Penciptaan bumi dan penghantaran air yang masin serta asal asul kejadian   
57. Hadis mengenai mimpi-mimpi dan hujah di atas ahli zaman itu   
58. Mimpi mukmin pada akhir zaman   
59. Soalan Nabi s.a.w “ Adakah mimpi yang mengembirakan?   
60. Tafsir firman Allah Surah Yunus (10): 64 “Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia”   
61. Mimpi ada tiga jenis   
62. Mimpi yang benar dan mimpi yang bohong keluar dari
satu tempat   
63. Hadis mengenai angin pada empat bahagian, utara, selatan, barat dan timur   

BAHAGIAN KEEMPAT   

Angin Rahmat Dan Angin Azab, Syukur Kepada Allah, Doa Untuk Murah Rezeki, Makna Kerabat Rasulullah S.A.W, Hadis Mengenai Seorang Syam (al-Syami) Bersama Abu Ja‘far A.S Dan Lain-Lain.

64. Angin rahmat dan angin azab   
65. Syukur kepada Allah dan doa murah rezeki   
66. Makna kerabat Rasulullah s.a.w   
67. Hadis mengenai seorang lelaki Syam bersama Abu Ja‘far a.s  
68. Setiap sesuatu adalah air dan ‘Arasy-Nya adalah di atas air   
69. Hadis mengenai syurga dan unta betina   
70. Percakapan Para Imam a.s di atas tujuh puluh bahasa dan bagi mereka  jalan keluar   
71. Hadis Abu Basir bersama seorang perempuan   
72. Nasibi terhadap Ahlu l-Bait a.s adalah lebih jahat daripada orang yang meninggalkan sembahyang   
73. Janganlah meringan-ringankan mukmin   
74. Kami mewalikan kamu dan melepaskan diri kami daripada musuh kamu   
75. Roh kudus bersama anda selama anda mencintai kami  
76. Kata-kata Umar kepada Ali a.s mengenai Bani Umayyah   
77. Mengenai firman Allah Surah Ibrahim (14): 28 “Golongan yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran”   
78. Mengenai firman Allah Surah al-Dhaariyaat (51):54 “Maka berpalinglah kamu dari mereka dan kamu sekali-kali tidak tercela”   
79. Keadaan manusia pada hari Kiamat  
80. Sesiapa yang mencintai Ahlul Bait a.s akan bersama mereka pada hari Kiamat   131
81. Penolakan kepada orang yang menyangka bahawa kesempurnaan terletak kepada penjagaan perut dan kemaluan   
82. Allah mempunyai lima perkara yang suci   
83. Apabila mukmin meningkat umur  empat puluh tahun   
84. Ambillah tindakan keras ke atas hamba-Ku  
85. Boleh lari daripada wabak penyakit  
86. Tiga perkara seorang nabi dan bukan nabi tidak akan berjaya  
87. Rawatan penyakit   
88. Tangkal demam panas   
89. Bacaan bagi mengelakkan penyakit   
90. Sesungguhnya Ali daripadaku dan aku daripada Ali   
91. Peperangan Uhud dan peranan Amir al-Mukminin a.s   
92. Hadis Adam a.s bersama pokok   
93. Hadis Abu Ja‘far a.s bersama Nafi‘  

BAHAGIAN KELIMA   

Hadis Mengenai Seorang Nasrani Bersama Al-Baqir A.S, Hadis Abu Al-Hasan Musa A.S, Hadis Yang Pelik Mengenai Abu Dhar Bersama Rasulullah S.A.W, Anda Lebih Baik Daripadaku Dan lain-Lain.

94. Hadis mengenai Nasrani Syam bersama Abu Ja‘far a.s   
95. Hadis Abu al-Hasan Musa a.s   
96. Hadis yang pelik mengenai Abu Dhar bersama Rasulullah s.a.w   
97. Anda adalah lebih baik daripadaku   
98. Allah tidak menerima amalan melainkan dengan wilayah Ahlu l-Bait a.s   
99. Sentiasa lapar lagi takutkan Allah   
100. Rasulullah s.a.w tidak pernah makan bersila    
101. Rasulullah s.a.w  makan dan duduk seperti seorang hamba kerana tawaduk kepada Allah  102. Aku telah dibentangkan seluruh Makkah dengan emas   
103. Hadis Isa a.s   
104. Mengenai firman Allah Surah Saad (38): 62-3 “Kenapa kamu tidak melihat orang yang dahulu kami anggap sebagai orang jahat…”   
105. Hadis mengenai Iblis   
106. Berpindah dari tempat tidur jika mimpi buruk berlaku  
107. Rasulullah s.a.w mengajar doa kepada Fatimah a.s  
108. Hadis mengenai muhasabah diri   
109. Musafir pada hari Sabtu   
110. Keadaan manusia pada hari Kiamat   
111. Hadis Hafs dan sujud Abu Abdullah a.s   
112. Mengenai celaan terhadap dunia   
113. Celaan pengaduan mukmin akan  hajatnya kepada seorang kafir   
114. Dalil kematian Sulaiman keluarnya pohon al-Kharnubah   
115. Keadaan musyrikin apabila berjumpa dengan Rasulullah s.a.w   
116. Allah menciptakan syurga sebelum neraka   
117. Mengenai firman Allah Surah Surah Hud (11):7 “Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi di dalam enam masa”   
118. Pujian kepada Zararah bin A‘yan dan para sahabatnya   
119. Sesungguhnya kamu adalah di atas kebenaran   
120. Sesiapa yang mati mencintai Ahlu l-Bait a.s, maka dia mati syahid   
121. Amalkan sifat warak dan ijtihad   
122. Orang yang mati di kalangan kamu adalah mati syahid seperti penghunus pedang pada jalan Allah   
123. Sesiapa yang mati tiada baginya imam, nescaya dia mati seperti seorang jahiliyah   
124. Pergi dan pulang melalui jalan yang berlainan   
125. Membohongi orang yang mengumpat dan menyangka baik kepada mukmin   
126. Hadis mengenai orang yang dilahirkan di dalam Islam   
127. Nikmat dunia   
128. Allah telah memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya dengan firman dan dalil-dalil   
129. Allah tidak menciptakan sesuatu melainkan Dia menciptakan sesuatu yang akan mengalahkannya   
130. Wasiat Rasulullah s.a.w kepada seorang lelaki yang meminta wasiat daripadanya  
131. Perintah Nabi s.a.w  supaya mengasihi tiga orang   
132. Kelebihan adab   
133. Allah telah mengasihani kamu, lalu Dia menjadikan untuk kamu mut‘ah sebagai gantian kepada minuman keras   
134. Syarat al-Ridha a.s kepada al-Makmun   
135. Hak ke atas seorang muslim   
136. Kesihatan dan masa lapang   
137. Dilarang pendedahan diri kepada tohmah   
138. Sebatang sungai di syurga bernama Ja‘far   
139. Dua golongan ahli kebatilan tidak akan bertemu   
140. Hati tertarik kepada orang yang memberi manfaat kepadanya   
141. Buatlah kebaikan kepada orang yang memintanya   
142. Setiap sesuatu asalnya air dan ‘Arasy-Nya di atas air   
143. Hadis mengenai Zainab al-‘Attaarah   
144. Hadis mengenai orang yang telah menerima Rasulullah s.a.w sebagai tetamu di Taif, pengumpulan tulang Nabi Yusuf a.s dan berita seorang perempuan tua Bani Israel   
145. Umar berkata: Keluarga Rasulullah s.a.w tidak ada hak lagi ke atas anda dan ke atas kami 146. Takwil firrman Allah Surah Ali Imran(3): 170 “Dan mereka bergirang hati terhadap golongan yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran  terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”   184
147. Tafsir firman Allah Surah al-Rahman (55): 70 ““(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah”   

BAHAGIAN KEENAM   186

Bagi Matahari Tiga Ratus Enam Puluh Menara, Larangan Abu Ja‘far A.S Terhadap Jabir al-Ja‘fi, Aku Akan Mengambil Kira Orang Yang Tidak Berdosa Di Kalangan Kamu Dan Lain-Lain.

148. Bagi matahari tiga ratus enam puluh menara   186
149. Larangan Abu Ja‘far a.s akan Jabir al-Ja‘fi dari mendedahkan tujuh puluh hadis yang diajarkan kepadanya   186
150. Aku akan mengambil orang yang tidak berdosa di kalangan kamu dengan dosa orang yang sakit   187
151. Mengenai firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 165 “Maka manakala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang yang melarang diri dari perbuatan jahat”   187
152. Nasihat Abu Abdullah a.s kepada Syi‘ah   188
153. Kerajaan Adam dan kerajaan Iblis   188
154. Hadis mengenai manusia pada hari Kiamat   188
155. Pergaulan dengan orang ramai   189
156. Berhati-hatilah ketika menyebut nama Ali dan Fatimah a.s   189
157. Jika Allah menghendaki melenyapkan  mana-mana kerajaan   189
158. Hadis Sulaiman bin Khalid bersama Abu Abdullah a.s Mengenai Zaidiah   189
159. Bersabar ketika musibat   189
160. Pengambilan darah di kepala   190
161.Kenapakah mukmin dinamakan mukmin?   190
162. Aku tidak mengambil berat mengenai nasibi sama ada dia mengerjakan solat atau dia berzina   190
163. Sesiapa yang tidak mewalikan Ali a.s   190
164. Pujian terhadap Zaid bin Ali bin al-Husain a.s   191
165. Kebinasaan Bani Umayyah   191
166. Sahabat setia   191
167. Kepada kami makhluk ini akan kembali dan hisab mereka di atas kami   191
168. Rasulullah s.a.w mempersaudarakan  Salman dan Abu Dhar   192
169. Wajib menjauhi orang yang melakukan kemungkaran   192
170. Diazab enam dengan enam   192
171. Perkara yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w   193
172. Kezuhudan Ali bin Abu Talib dan al-Husain bin Ali a.s   193
173. Sirah Ali a.s dan kezuhudannya serta walinya tidak makan perkara yang haram   193
174. Makruh memakan makanan yang panas   194
175. Akhlak Rasulullah s.aw   194
176. Sirah Ali dan Fatimah a.s   195
177. Ujian getir kepada setiap nabi   196
178. Kata-kata unta betina Rasulullah ketika diserbu   196
179. Perlu kepada pembantu   196
180. Niat yang diredai Allah adalah suatu kesucian   196
181. Penjelasan mengenai firman Allah Surah Fussilat (41): 53 “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segenap penjuru”   196
182. Ketaatan kepada Ali a.s dan menderhakainya   197
183. Arab dan A‘raab   197
184. Arab dan keturunan Rom   197
185. Kedatangan al-Qaim a.s  satu kebenaran   197
186. Hikmat adalah barang mukmin yang hilang   198
187. Al-Asy‘ath bin Qais, anak perempuannya dan anak lelakinya laknatullah   198
188. Kelembutan hati dan menangis mendengar bacaan al-Qur’an   198
189. Wasiat Abu Abdullah a.s kepada  ‘Umru bin Sa‘id  bin Hilal   199
190. Wasiat Rasulullah s.aw kepada sahabatnya   199
191. Angan-angan tiga jenis manusia   200
192. Dilarang membuat pengaduan kepada Ahli Khilaf   201
193. Khutbah Amir al-Muikminin a.s mengenai nasihat   201
194. Khutbah Amir al-Mukminin supaya bertakwa kepada Allah pada hari Jumaat   203
195. Setiap mukmin ada penjaga dan penggirang   206
196. Pergaulan yang baik   206
197. Orang ramai adalah seperti galian emas dan perak   206
198. Hadis mengenai al-Zauraa’ dan pembunuhan   206
199. Tafsir mengenai firman Allah Surah al-Furqaan (25): 73 “Dan golongan yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai golongan yang tuli dan buta”   207
200. Tafsir firman Allah Surah al-Mursalaat (77):36 “Dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur sehingga mereka (dapat) minta uzur”   207
201. Takwil rirman Allah Surah al-Talaaq (65):2-3 “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka”   207
202. Takwil firman Allah Surah al-Mujaadalah (58):7 “Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya…”   208
203. Umar menghina Salman al-Farisi mengenai keturunannya   210
204. Pembahagian sama rata oleh Amir Al-Mukminin a.s   211
205. Nasihat Rasulullah s.a.w kepada Bani ‘Abd Al-Muttalib   211
206. Mimpi Abu Abdullah a.s   211
207. Para malaikat memandikan Abu Ja‘far a.s di al-Baqi‘   212
208. Mengenai firman Allah Surah Ali Imran (3): 103 “Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya…”   212
209. Mengenai firman Allah Surah Ali Imran (3):92 “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian…”   212
210. Penjelasan mengenai firman Allah Surah al-Nisaa’ (4): 66 “Dan sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah dirimu (terimalah  Imam) atau keluarlah kamu dari kampungmu (reda kepadanya)”   213
211. Penjelasan mengenai firman Allah Surah al-Nisaa’ (4): 63 “Mereka itu adalah golongan yang Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka”   213
212. Taat kepada Allah, Rasul dan Uli al-Amri   213
213. Hadis mengenai kaum Salih a.s   214
214. Kaum Thamud dan unta Nabi Salih A.S   216
215. Hadis Farwat daripada Abu Ja‘far a.s   218
216. Di manakah kekuatan Bani Hasyim dan bilangan mereka yang ramai?   218

BAHAGIAN KETUJUH   220

Cara Rawatan Beberapa Penyakit, Peranan Hati, Jantung Dan Paru-Paru, Rawatan Penyakit Limpa, Rawatan Tali Perut, Rawatan Sakit Sendi, Rawatan Sakit Belakang Dan lain-Lain.

217. Cara mengubati beberapa penyakit   220
218. Peranan hati, jantung dan paru-paru   220
219. Rawatan penyakit limpa   220
220. Rawatan tali perut   221
221. Rawatan sakit sendi   221
222. Rawatan sakit belakang   221
223. Membekam   221
224. Membekam pada hari Selasa   222
225. Membekam Pada Hari Jumaat   222
226. Penawar   222
227. Rawatan batuk   222
228. Kelembapan tubuh   223
229. Rawatan luka dengan api   223
230. Meminum ubat dan memotong uratnya yang sakit   223
231. Rawatan gusi dan mulut   223
232. Penawar sakit gusi   224
233. Pandangan mengenai ilmu bintang-bintang   224
234. Tiada jangkitan, tiada padah (tairah), tiada kesusahan dan tiada jahat sangka   225
235. Padah terletak pada anda   226
236. Penutupan padah adalah tawakal   226
237. Kisah mereka yang keluar daripada rumah mereka kerana takut mati   226
238. Adakah Ya‘qub A.S mengetahui bahawa Yusuf masih hidup?   227
239. Takwil firman Allah Surah al-Maa’idah (5):71 “Mereka menjadi buta dan pekak”   228
240. Makna firman Allah Surah Al-Maa’idah (5): 78 “Telah dilaknat golongan kafir dari Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam”   228
241. Bacaan firman Allah Surah al-An‘aam (6): 33 “Kerana mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, tetapi golongan yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah”   228
242. Kisah Ibn Abi Sarah, suratnya dan penghalalan darahnya   229
243. Takwil firman Allah Surah al-Baqarah (2) 193 “Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah”   229   
244. Al-‘Abbas dan ‘Aqil pada hari Badr   229
245. Mengenai firman Allah Surah al-Taubah (9): 19 “Apakah (golongan) yang memberi minuman kepada golongan yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam…?”   231
246. Mengenai firman Allah Surah al-Zumar (39): 8 “Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya”   231
247. Mengenai firman Allah Surah Al-Talaaq (65):2 “Dhawaa ‘adlin min-kum”   232
248. Mengenai firman Allah Surah Al-Maa’idah (5):101 “la tas’aluu ‘an asyyaa’ (lam tubda la-kum) in tubda la-kum tasu’-kum)   232
249. Mengenai firman Allah Surah al-An‘aam (6):115 “wa tammat kalimatu rabbi-ka”   232
250. Takwil firman Allah Surah al-Israa’ (17): 4 “Dan telah kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab ini: Sesungguhnya bahawa kamu akan membuat kerosakan di bumi ini dua kali”   233
251. Pengusiran Abu Dhar ke Rabdhah oleh Uthman   233
252. Laungan kebenaran dan laungan kebatilan   235
253. Dua orang yang menyeru, salah seorang di awal pagi dan yang lain di akhir siang   236
254. Akibat perselisihan   236
255. Hadis mengenai jeritan   236
256. Kisah Abu al-Dawaaniq dan raja Bani al-‘Abbas   237
257. Tinggalkan perselisihan faham   238
258. Gerhana matahari dan gerhana bulan   238
259. Kelebihan Syi‘ah   239
260. Hampirnya Syi‘ah dengan ‘Arasy   240
261. Pengaduan Abu Ja‘far a.s kepada Allah   241
262. Al-Kumait membaca syair kepada Abu Abdullah a.s   241
263. Hadis mengenai Farwat daripada Abu Ja‘far a.s   242
264. Peristiwa di al-Khandaq   242
265. Angin al-Azib   242
266. Doa minta hujan   243
267. Peranan kilat   243
268. Di manakah awan berada?   243
269. Kebenaran lidah   244
270. Peranan mata, lidah dan kemaluan   244
271. Tiga orang tidak boleh diharapkan kebaikannya   244
272. Pengertian al-Syarif, al-Hasib dan al-Karam   245
273. Kesedihan wanita, perpisahan maut dan kefakiran   245
274. Hadis mengenai Ya’juj  dan Ma’juj   245
275. Manusia terbahagi kepada tiga golongan   245
276. Pengertian orang ramai menentang mereka   246
277. Rezeki,  akal dan bala   246
278. Apa yang Allah telah berikan kepadaku itu adalah lebih baik daripada apa yang Dia telah mengambilnya daripadaku   246
279. Tiga perkara yang dibenci oleh manusia   247
280. Aku melihat Bani Umayyah menaiki mimbar-mimbar [masjid] dan turun darinya   247
28i. Mengenai firman Allah Surah al-Nuur (24): 63 “Maka hendaklah golongan yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih”   248
282. Penyelesaian kepada perselisihan   248
283. Penjelasan firman Allah Surah al-Zumar (39): 29 “Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang lelaki (budak) yang dimiliki oleh beberapa orang…”   249
284. Pemerintahan batil itu panjang masanya   250
285. Kejayaan Syi‘ah   250
286. Allah melaknati Abu al-Khattab   251
287. Manusia ada tiga jenis   251
288. Apa yang akan dilakukan oleh al-Qaim  a.s kepada nawasib   252
289. Alangkah banyaknya percakapan dan alangkah sedikitnya amalan   252
290. Syi‘ah Ali adalah orang yang membenarkan kata-katanya dengan amalannya   253
291. Kisah  kecekalan Maryam, Yusuf dan Ayyub a.s   253  
292. Duduk di tempat tertentu dan bercakap   254
293. Allah memberi rahmat kepada orang yang membuatkan kami dicintai oleh orang ramai   254
294. Penjelasan mengenai firman Allah Surah al-Mu’minuun (23): 60 “Dan golongan yang memberikan apa yang mereka berikan, dengan hati yang takut”   254
295. Orang yang sesat ada pengikutnya   254
296. Layanan yang sama   255
297. Tabiat jisim   255
298. Pengertian jazaaka llahu khairan   255
299. Satu sungai dua tebingnya adalah bidadari-bidadari   256
300. Hadis mengenai kubah-kubah (bumbung)   256
301. Kubah Adam a.s   256
302. Pelepasan diri dari takbur   256
303. Pelepasan diri dari  kata-kata sahabat Abu Al-Khattab oleh Abu Abdullah a.s   257
304. Pembantu Iblis bernama Tamrih   257
305. Mengenai cicak dan pertukaran bentuk   257
306. Muhammad (s.a.w) sebagai rahmat dan al-Qaim a.s sebagai membalas dendam   258
307. Al-Hasan dan al-Husain a.s menyurai Musa bin Imran a.s   258
308. Ukuran Adam a.s   258
309. Mengenai seorang lelaki yang mana bapanya ditawan pada masa jahiliyah   259
310. Tiga sifat untuk mukmin   259
311. Tiga kemegahan mukmin   259
312. Tiada kemuliaan bagi Quraisy dan Arab   260
313. Hadis mengenai Yazid bin Mu‘awiyah laknatullah dan Ali bin Al-Husain a.s   260
314. Naisibi dan Zaidi adalah sama   261

BAHAGIAN KELAPAN   262

Sesiapa Yang Menghadiri Majlis Seorang Imam  Dicela, Ibadat Tidak Diterima Melainkan Mengakui Wilayah Mereka A.S, Allah Tidak Menerima Ibadat Haji Melainkan Daripada Kamu Dan Lain-lain

315. Sesiapa yang menghadiri majlis seorang Imam  dicela   262
316. Ibadat tidak diterima melainkan mengakui wilayah mereka a.s.   262
317. Riwayat yang sama   263
318. Allah tidak menerima ibadat haji melainkan daripada kamu   263
319. Hadis mengenai Ummu Khalid, Abu Basir dan Kathir al-Nuwa   264
320. Hadis mengenai Fatimah a.s sewaktu Ali a.s dipaksa keluar dari rumahnya   264
321. Kekeramatan Fatimah a.s   265
322. Kedudukan anak zina terhenti di atas amalannya   265
323. Marwan dan bapanya dipanggil dengan cicak (al-Wazagh)   265
324. Hadis ‘Aisyah bersama Rasulullah s.aw mengenai Marwan   265
325. Bani Umayyah lebih rapat perhubungan kekeluargaan daripada anda   265
326. Air yang hampir kepada ‘Arasy   266
327.  Janganlah memperbesarkan dukacita anda   267
328 . Kelebihan Syi‘ah dan Nasihat Abu Abdullah a.s   267
329. Apabila al-Qaim a.s datang tiada perantaraan di antaranya dan Syi‘ahnya   267
330. Istikharah dengan penuh keredaan   268
331. Pertanyaan mengenai kemuliaan, maruah dan akal   268
332. Mengenai suhu kepanasan matahari dan bulan   268
333. Sesiapa mempunyai hakikat yang tetap, tidak akan berdiri di atas subhat   269
334. Kebenaran akan mengalahkan kebatilan   269
335. Setiap sebab, nasab, kerabat, teman setia, bid‘ah dan syubahat akan terputus melainkan apa yang ditetapkan oleh al-Qur’an   269
336. Kami adalah punca segala kebaikan   269
337. Memadailah apa yang dikurniakan Allah kepada anda   270
338. Memadai apa yang ada   270
339. Pengertian al-Naas, asybaah al-Naas dan al-Nisnaas   271
340. Soalan Sudair kepada Abu Ja‘far a.s mengenai Abu Bakr dan Umar   271
341. Manusia selepas Nabi s.a.w telah murtad melainkan tiga   272
342. Sabda Rasulullah s.a.w pada pembukaan Makkah   273
343. Mengenai taubat anak-anak Ya‘qub dan mereka bukan semuanya nabi   273
344. Hadis mengenai semut dan nabi Sulaiman a.s   273
345. Allah mempunyai hamba-hamba yang dirahmati   274
346. Bersabar di dalam negara yang batil   274
347. Kelebihan makrifatullah   274
348. Mengenai kelebihan nyamuk   275
349. Mengenai firman Allah Surah Al-Anfaal (8): 24 “Wahai golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul”   275
350. Hormatilah diri anda dan jauhilah dari pelaku bid‘ah   276
351. Kamu tidak mampu melakukan keadilan   276
352. Penyerahan tugas umat kepada para imam a.s   277
353. Perang terhadap Rasulullah s.a.w  lebih jahat atau perang tehadap Ali a.s lebih jahat?   277
354. Mengenai firman Allah Surah al-Anbiyaa’ (21): 84 “Dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya dan Kami lipat gandakan bilangan mereka”   278
355. Mengenai firman Allah Surah Yunus (10): 27 “Seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita”   278
356. Semua manusia binasa melainkan tiga   278
357. Hakikat keimanan   279
358. Jika anda menyalahiku di dalam amalanmu, maka besok janganlah kamu bermalam bersamaku di rumahku   280
359. Hanya kami dan Syi‘ah kami  yang beragama dengan agama Ibrahim a.s   280
360. Allah lebih mulia dari membuatkan hamba-Nya bersusah hati   280
361. Amalan umat dibentangkan kepada Rasulullah s.a.w   280
362. Orang yang menuntut bukan haknya adalah pembohong   281
363. Kedatangan Ali bin al-Husain untuk menziarah al-Husain a.s   281
364. Turunnya firman Allah Surah al-Israa’ (17): 33 “Dan sesiapa dibunuh secara zalim”   281
365. Kisah ikan paus   282
366. Gegaran bumi   282
367. Sesiapa mencintai kamu sebagai penganut Syi‘ah akan masuk syurga   282
368. Khutbah Amir Al-Mukminin  a.s selepas peperangan Jamal   283
369. Kesederhanaan Amir al-Mukminin a.s   284
370. Takbir mimpi Ali al-Ridha a.s   284
371. Sekiranya Harun mengambil satu urat rambutku dari kepalaku, maka aku bukan seorang imam   284
372. Kisah hamba prempuan al-Zubair; salasilah Umar dan kisah lelaki al-‘Aqili   285
373. Golongan kanan adalah Syi‘ah Ali a.s   288
374. Ali memberi baiah kepada Rasulullah (s.a.w) di atas    kesusahan  dan kesenangan   288
375. Hadis mengenai Kaum Dharih   289
376. Hadis mengenai Israk dan pemberitahuan Rasulullah s.a.w mengenai Syam kepada mereka   289
377. Hadis mengenai Hijrah dan kisah Abu Bakr bersama Rasulullah s.a.w di Gua   290
378. Hadis mengenai  Suraaqah bin Malik dan niat jahatnya kepada Rasulullah s.a.w   291
379. Kedatangan al-Mahdi a.s adalah satu kepastian   291
380. Biri-biri yang lesu   291
381. Pujian kepada Zaid bin Ali bin al-Husain a.s   292
382. Keluar bersama al-Qaim a.s   292
383. Berada di rumah sebelum keluarnya al-Sufyaani   293
384. Rawatan demam   293
385. Rawatan sakit badan   293
386. Rawatan demam panas   293
387. Kelebihan Bismillah   294
388. Dengan Rasulullah mereka terselamat   294
389. Mengenai firman Allah Surah Ali Imraan (3): 26 “Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki”   295
390. Mengenai firman Allah Surah al-Hadid (57):17 “Ketahuilah olehmu bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya”   295
391. Mengenai Pedang Dhu al-Fiqar   295
392. Hadis mengenai Nuh a.s pada hari Kiamat, penyaksian Ja‘far bin Abu Talib dan Hamzah kepada para nabi a.s   295
393. Rasulullah s.a.w membahagikan masanya dengan saksama   296
394. Rasulullah s.a.w tidak pernah bercakap kepada orang ramai melebihi akal mereka   296
395. Anda berpegang kepada agama Allah dengan mentaati kami   296
396. Syi‘ah kami adalah hawaari kami. Sekiranya anda memukul batang hidung pencita-pencinta kami dengan pedang, nescaya mereka tidak memarahi kami   297
397. Mengenai firman Allah Surah al-Ruum (30):2-5 “Telah dikalahkan bangsa rumawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang”   297

BAHAGIAN KESEMBILAN   300

Penolakan Terhadap Sangkaan Umum Bahawa Khilafah Abu Bakr Berlaku Secara Ijmak, Sujud Abu Abdullah A.S, Keadilan Memanjangkan Umur Dan Lain-Lain.

398. Penolakan terhadap sangkaan umum bahawa khilafah Abu Bakr berlaku secara ijmak   300
399. Sujud Abu Abdullah a.s   301
400. Keadilan memanjangkan umur   302
401. Dari manakah angin bertiup?   302
402. Tiada makhluk yang lebih ramai daripada malaikat   303
403. Malaikat ada tiga jenis   303
404. Di dalam syurga terdapat satu sungai di mana Jibrail a.s  menyelam padanya setiap pagi   303
405. Lima ratus tahun perjalanan burung   303
406. Ayam jantan   303
407. Pengambilan darah   304
408. Pengambilan darah, bacaan ayat Kursi dan bersedekah   304
409. Ubat yang menggoncangkan penyakit   304
410. Demam keluar pada tiga perkara   304
411. Debu adalah ke atas orang yang meniupkannya   304
412. Surat Abu Muslim al-Maruzi kepada Abu Abdullah a.s    305
413. Iblis bukan daripada malaikat   305
414. Jadikanlah setiap solatku untuk anda   306
415. Aku hairan dengan orang yang berjaya bagaimana dia berjaya   306 
416. Sesiapa musafir atau bernikah   307
417. Wahai Tuhanku, laknatilah al-Murjiah   307
418. Hadis mengenai Abu Lahab dan hasrat musyrikin membunuh Rasulullah s.a.w   308
419. Hadis mengenai Iblis pada hari Badr   309
420. Peperangan al-Ahzab   309
421. Tempat masjid Kufah yang pertama, rumah Nabi Nuh a.s, bahteranya, dakwahnya kepada kaumnya, kelebihan masjid Kufah dan sembahyang padanya   311
422. Berita Nuh a.s dan bahteranya   312
423. Isteri Nuh a.s telah datang ketika beliau a.s sedang membuat bahteranya   313
424. Syariat Nuh a.s   313
425. Kaum Nuh a.s mentertawakannya   314
426. Saiz bahtera Nuh a.s   314
427. Muatan di dalam bahtera Nuh a.s   314
428. Air naik di atas setiap gunung [ setinggi] lima belas hasta   315
429. Umur Nuh a.s dan malaikat maut   315
430. Nuh a.s dan wasinya   316
431. Tiga saham untuk Ahlu l-Bait a.s, anak-anak perempuan sundal-menahan diri daripada mereka (Al-Mukhalifiin) adalah lebih baik   316 
432. Takwil ayat-ayat mengenai keluarnya al-Qaim   318
433. Syaitan tidak menguasai agama mukmin   3 19
434. Abu Ja‘far a.s menyamakan amalan tawaf mereka dengan amalan Jahiliyah dan takwil beberapa ayat serta pentafsirannya   319
435. Mengenai firman Allah  Surah al-Baqarah (2): 205 “Dan apabila ia berpaling, ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak”   320
436. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 257 “Dan golongan yang kafir, maka para wali mereka adalah al-Tawaaghiit”   320
437. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 255 “Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi [Dan di antara keduanya dan apa yang tersembunyi di bawahnya”   320
438. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2):255 “Dan mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya”   321
439. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 214 “Wa zalzaluu [ thumma zalzaluu] sehingga yaquulu al-Rasuul”   321
440. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2) 102 “Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan” Dan firman Allah Surah al-Baqarah (2): 211 “Tanyalah kepada Bani Israel: “Berapa banyaknya tanda-tanda yang nyata yang telah kami berikan kepada mereka”   321
441. Menahan dari memakan kurma semasa sakit   322
442. Pengawalan makanan   322
443. Perjalanan bagi pesakit   322
444. Perjalanan bagi pesakit adalah suatu pembalikan   322
445. Takbir mimpi   323
446. Biji-bijian melimpah dengan banyak   323
447. Ilmu Abu Hanifah mengenai takbir mimpi dan kesalahannya   323
448. Bilakah pembukaan dan kejayaan?   325
449. Kamu adalah tiang-tiang bumi dan penjaga-penjaganya   326
450. Bergembiralah dengan kesenangan   326
451. Ramalan Ali a.s mengenai peristiwa yang akan berlaku   327
452. Bendera al-Qaim a.s   327
453. Pembunuhan akan berlaku pada Ahlu l-Bait a.s   327
454. Sebab Ali a.s merahsiakan urusannya dan kemurtadan orang ramai selepas Rasulullah s.a.w   327
455. Kemurtadan orang ramai selepas Rasulullah s.a.w   328
456. Perubahan orang ramai selepas Rasulullah s.a.w seperti pengikut Harun a.s dan pengikut lembu jantan   329
457. Mengenai islamnya Abu Dhar a.s   329
458. Hadis mengenai keislaman Thamaamah bin Athaal   332
459. Kelahiran Nabi s.a.w, berakhirnya kenabian Bani Israel dan kisah Yahudi   332
460. Hadis mengenai kelahiran Nabi s.a.w dan kelahiran wasinya   333
461. Mengenai firman Allah Surah al-Hadid (57): 11 “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik”   334
462. Allah di sisi sangkaan hamba-Nya   334
463. Bilangan sahabat dalam musafir   334
464. Sahabat yang dicintai Allah adalah empat   335
465. Musafir seorang diri   335
466. Kelengkapan musafir   335
467. Bekalan musafir yang mencukupi   335
468. Persediaan makanan yang baik   336

BAHAGIAN KESEPULUH   337

Allah Menguasai Di Dunia Musuh-Nya Ke Atas Wali-Nya, Sesungguhnya Bagi Allah Malaikat Yang Meluruhkan Dosa-Dosa Daripada Belakang-Belakang Syi‘ah Kami Dan Lain-Lain.

469. Allah menguasai di dunia musuh-Nya ke atas wali-Nya   337
470. Sesungguhnya bagi Allah malaikat yang meluruhkan dosa-dosa daripada belakang-belakang Syi‘ah kami   337
471. Mengenai firman Allah di dalam Surah al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat”   338
472. Taubat Adam a.s   338
473. Ibrahim a.s melihat kerajaan langit dan bumi   338
474. Sebab panas dan sejuk   340
475. Sesiapa yang mencintai Ali a.s   340
476. Akan datang kepada umatku zaman dalaman mereka buruk dan luaran mereka adalah baik   340
477. Hadis mengenai fakih dan ulama   341
478. Rintihan Abu Dhar   341
479. Akan datang kepada manusia satu zaman di mana al-Qur’an hanya tulisan sahaja   341
480. Kami Ahlu l-Bait mewarisi kemaafan daripada keluarga Ya‘qub dan kesyukuran daripada keluarga Daud   342
481. Tafsir firman Allah Surah al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir”   343
482. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir”   344
483. Lima alamat sebelum datangnya al-Qaim a.s   344
484. Di antara alamat al-Qaim a.s   345
485. Dialog Abu Ja‘far a.s dengan Qatadah al-Da‘aamah dan tafsir firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14): 37 “Dan jadilah sebahagaian manusia cenderung kepada mereka”   345
486. Sifat neraka jahanam   346
487. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 148 “Maka berlumba-lumbalah kamu (di dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian”   347
488. Perjalanan untuk kebaikan   347
489. Bumi dilipat pada waktu malam   347
490. Dilipatkan bumi sebagaimana dilipatkan kain   348
491. Dilipatkan bumi pada akhir malam   348
492. Kematian Nabi s.a.w pada hari Isnin   348
493. Lima ramalan jahat bagi orang musafir   348
494. Akhlak dan keilmuan   349
495. Orang  yang mencintai kamu akan masuk syurga, orang yang membenci kamu akan masuk neraka dan buku  catatan amal kamu dipenuhi pahala tanpa amal   349
496. Galakan ziarah dan membuat perjanjian   350
497. Hanya orang yang mempunyai kemulian dan galian baik mencintai kami   350
498. Khabar tabut Bani Isreil   350
499. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 248  “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu”   351
500. Mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2):248 “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu”   351
501. Al-Hasan dan al-Husain kedua-duanya adalah anak lelaki Rasulullah s.a.w   351
502. Peperangan Uhud dan kisah golongan yang lari   352
503. Perjanjian al Hudaibiyyah   355
504. Mengenai firman Allah Surah al-Nisaa’ (4):90 “Atau golongan yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu dan memerangi kaumnya”   358
505. Hadis mengenai tetamu Ibrahim   358
506. Apa yang dilakukan oleh al-Hasan bin Ali a.s adalah untuk kebaikan umat ini   361
507. Soalan Mu‘alla bin Khanis mengenai bintang-bintang      361
508. Kepakaran ilmu bintang   362
509. Pembunuhan al-Sufyaani adalah di antara alamat al-Qaim a.s   362
510. Mengenai firman Allah Surah al-Nuur (24): 36 “Di rumah-rumah yang diperintahkan untuk dimuliakan”   362
511. Baju besi Rasulullah s.a.w   363
512. Tali hijau dari langit   363
513. Aku telah kembali kepada Tuhanku yang pertama   363
514. Di atasku agama anda semuanya   363
515. Pengaduan unta betina Rasulullah s.a.w   364
516. Maryam  telah mengandungkan Isa a.s selama sembilan jam   364
517. Hari ini adalah bagi malam yang lalu   364
518. Syi‘ah adalah mereka yang istimewa dan ikhlas kepada kami Ahlu l-Bait   364
519. Kamu telah bermusuhan dengan keluarga kamu kerana kami   365
520. Ali manusia yang paling aula  selepas Rasulullah (s.a.w)   365
521. Kelebihan keluarga Muhammad s.a.w   366
522. Janganlah kamu membebankan Syi‘ah kami   366
523. Mengenai firman Allah Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami”   366
524. Mengenai firman Allah Surah Fussilat (41): 29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami”   366
525. Mengenai firman Allah Surah al-Nisaa’ (4):108 “Ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda”   367
526. Mengenai firman Allah Surah al-Nisaa’ (4): 63 “Mereka itu adalah golongan yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka”   367
527. Mimpi mengikut takwil   368
528. Takbir mimpi kepada kebaikan   368
529. Takbir mimpi   368
530. Mimpi boleh diceritakan kepada mukmin   369
531. Hadis mengenai Dhi Al-Namirah   369
532. Hadis mengenai orang yang dihidupkan oleh Isa a.s   370
533. Mengenai firman Allah Surah al-Hajj (22): 25 “Dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim”   370
534. Mengenai firman Allah Surah al-Hajj (22): 40 “Golongan yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata:“ Tuhan kami hanyalah Allah”   371
535. Mengenai firman Allah Surah al-Maidah (5): 109 “Hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya: “Apa jawapan kaummu terhadapmu?   371
536. Hadis mengenai Islamnya Ali a.s   371
537. Menahan lidah kamu daripada mereka   374
538. Aku tidak akan bersahabat dengan mereka   374
539. Anak-anak al-Mirdaas   374
540. Khalid Bin Sinan a.s, anak perempuannya dan keingkaran kaumnya   374
541. Orang yang pertama memberi baiah kepada Abu Bakr   375

BAHAGIAN KESEBELAS   378

Hadis Mengenai Iblis Pada Hari Al-Ghadir, Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) Dan Bani Umayyah Sedang Menaiki Mimbarku Ini, Jikalaulah Tidak Kerana Kata-Kata Orang ramai  Dan Lain-Lain.

542. Hadis Iblis pada hari al-Ghadir   378
543. Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) dan Bani Umayyah sedang menaiki mimbarku ini, mereka menolak orang ramai daripada Islam ke belakang   379
544. Jikalaulah tidak kerana kata-kata orang ramai, nescaya Nabi s.a.w memenggalkan kepala kebanyakan sahabatnya   379
545. Orang yang meninggalkan rawatan orang yang terluka adalah sekutu kepada orang yang melukakannya   380
546. Reda, kesyukuran dan sangkaan baik terhadap Allah   380
547. Nasihat Luqman kepada anaknya   381
548. Dialog Abu Ja‘far a.s dengan Abdullah bin Nafi‘   383
549. Pendapat Abu Abdullah a.s mengenai ilmu bintang-bintang   384
550. Khutbah Amir al-Mukmin a.s mengenai hak wali   380
551. Khutbah Amir al-Mukminin a.s mengenai hukum Islam   390
552. Hadis mengenai  anak lelaki seorang alim bersama jirannya dan pembahagian zaman kepada tiga   391
553. Aku telah mewarisi mashaf Ibrahim, Musa dan Isa daripada bapa-bapaku a.s   394
554. Mengenai firman Allah Surah Yunus (10): 2 “Dan gembiralah golongan yang beriman bahawa mereka mempunyai [seorang yang] kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka”   394
555. Khabar mengenai mikraj dan Israk   395
556. Pujian terhadap Syi‘ah   396
557. Apa yang mengagumkan Ja‘far bin Abu Talib di Habsyah   397
558. Khabar mengenai Aazar, Namrud dan Kelahiran Ibrahim a.s   397
559. Dialog Ibrahim a.s dengan Namrud dan berita mengenai api yang  mereka menyalakannya untuk Ibrahim a.s   399
560. Ibrahim a.s dilahirkan di Kutha Riba, pengusiran Ibrahim a.s dari negaranya, berita Ibrahim a.s dengan Namrud dan kisah Saarah   400
561. Mengenai Hajr bin Za’idah, ‘Aamir bin Jadha‘ah dan al-Mufadhdhal bin ‘Umar   404
562. Aku bukanlah Imam melainkan bagi  orang yang telah mentaati aku   404
563. Syair-syair Talib bin Abu Talib   405

BAHAGIAN KEDUA BELAS   406

Khutbah Fatimah A.S, Khabar Rasulullah S.A.W Mengenai Pembunuhan Ja‘far R.A, Bilangan Mereka Yang Dibunuh Ali A.S Di Hunain, Bentuk Buraq Dan Lain-Lain.

564. Khutbah Fatimah a.s   406
565. Khabar Rasulullah s.a.w mengenai pembunuhan Ja‘far r.a   406
566. Bilangan orang yang dibunuh Ali a.s di Hunain   406
567. Bentuk Buraq yang dinaiki Oleh Rasulullah s.a.w   407
568. Penjelasan mengenai bacaan firman Allah Surah al-Taubah (9): 118 “ Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan”   407
569. Penjelasan mengenai firman Allah Surah al-Taubah (9):112 “Taa’ibuun al- ‘Aabiduun”   407
570. Penjelasan mengenai firman Allah Surah al-Taubah (9):128 “Sesungguhnya telah datang kepada [kami] seorang rasul dari kaum [kami] sendiri”   408
571. Penjelasan mengenai firman Allah Surah al-Taubah (9): 40 “Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada [Rasul-Nya] dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya”   408
572. Penjelasan mengenai firman Allah Surah Hud (11): 12 “Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya dadamu”   408
573. Penjelasan mengenai firman Allah Surah Hud (9): 118-19 “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia…”      409
574. Penjelasan mengenai firman Allah Surah Hud (9): 118-19 “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat …”   410
575. Penjelasan mengenai firman Allah Surah Fussilat (41): 53 “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri”   413
576. Ribaat mereka a.s adalah sepanjang masa   413
577. Rasulullah (s.a.w) tidak mengubati selesema (zukaam)   414
578. Selesema adalah tentera Allah   414
579. Anak Adam mempunyai dua urat   415
580. Tiga ramuan untuk rawatan mata   415
581. Rawatan mata   415
582. Kisah Abu Abdullah a.s dengan Abu Ja‘far al-Dawaaniq dan kisah Nabi Bani Israel   415
583. Celak Abu Ja‘far a.s   416
584. Hadis mengenai seorang ‘abid   416
585. Hadis mengenai seorang ‘Abid, isterinya dan peminta sedekah   418
586. Khutbah Amir al-Mukmin di Dhi Waqqar   419
587. Fasiq, faajir dan pendosa   423
588. Apabila Ibrahim a.s melihat janggutnya   423
589. Hadis mengenai malaikat maut dan khabar gembira untuk Ibrahim a.s   424
590. Hadis mengenai malaikat maut dan Ibrahim a.s   424
591. Hadis mengenai Ibrahim a.s dan seorang ‘abid   425
592. Kata-kata Ali bin al-Husain a.s   426
593.Tidak seorang keluar menentang Hisyam melainkan dia membunuhnya   426
594. Khabar Muhammad bin Abdullah bin al-Hasan bin Ali a.s   427
595. Apakah pengertian al-Fataa?   427
596. Tafsir firman Allah Surah Sabaa’ (34): 19 “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami”   428
597. Sifat-sifat Ahlu l-Bait a.s   428

BIBLIOGRAFI   429
_____________________________________________
BAHAGIAN PERTAMA     

Risalah Abu Abdullah A.S kepada Para Sahabatnya, Mashaf Ali Bin Al-Husain Bin Ali A.S Mengenai Zuhud, Wasiat Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Takwa Dan Khutbah Al-Wasilah.

Risalah Abu Abdullah A.S Kepada Para Sahabatnya.                                       
Bismillahir Rahmanir Rahim  
       1. Muhammad bin Ya‘qub al-Kulaini berkata: Ali bin Ibrahim telah memberitahu aku daripada bapanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Hafs al-Mu’adhdhin, daripada Abu Abdullah a.s, dan daripada Muhammad bin Ismail bin Badhi‘, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau telah menulis risalah ini kepada para sahabatnya dan memerintahkan mereka supaya mengkajinya, membuat perjanjian dengannya serta beramal dengannya. Mereka meletakkannya di musala rumah mereka, dan apabila  selesai solat, mereka membacanya.
       Beliau berkata: Al-Hasan bin Muhammad telah memberitahu aku, daripada Ja‘far bin Muhammad bin Malik al-Kufi, daripada al-Qasim bin Rabi‘ al-Sahaf, daripada Ismail bin Mukhallad al-Sarraj, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Risalah ini adalah daripada Abu Abdullah a.s kepada para sahabatnya:

                                             Bismillahir Rahmanir Rahim

        Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, maka pohonlah afiat daripada Tuhan kamu, bertenang, bersifat malu dan bersihkan diri kamu daripada kekejian (tanazzuh) sebagaimana telah dilakukan oleh golongan yang soleh sebelum kamu.
       Layanilah ahli kebatilan (ahlu al-Batil) dengan budi bahasa, bersabarlah dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Jauhilah kamu dari memarahi mereka (mumazata-hum). Jagalah peradaban  apabila kamu bergaul dan berbincang dengan mereka, kerana kamu tidak dapat mengelakkan diri dari bergaul dan berbincang dengan mereka walaupun secara taqiyyah sebagaimana telah diperintahkan oleh Allah di antara kamu dan mereka.
       Dan apabila kamu diuji oleh mereka, maka mereka akan menyakiti kamu, dan kamu  dapat mengetahui penentangan di muka-muka mereka. Jikalaulah  Allah tidak menolak mereka daripada kamu, nescaya mereka akan memusnahkan kamu, kerana permusuhan dan kemarahan yang terdapat di dada-dada mereka adalah lebih besar dari apa yang mereka zahirkan terhadap kamu. Majlis kamu dan majlis mereka adalah satu, tetapi roh-roh kamu, dan roh-roh mereka adalah berbeza, dan  tidak akan bersatu; kamu tidak akan mencintai mereka selama-lamanya, dan mereka juga tidak akan mencintai kamu, tetapi Allah telah memuliakan kamu dengan kebenaran dan memperlihatkannya  kepada kamu.
       Sebaliknya Allah tidak menjadikan mereka daripada ahli kebenaran. Justeru layanilah mereka dengan budi bahasa (tujamiluuna-hum) sekalipun mereka tidak mempunyai budi bahasa dan kesabaran di atas sesuatu. [Hati-hatilah] Kelicikan dan kewaswasan di kalangan mereka, kerana musuh-musuh Allah, jika mereka mampu, nescaya mereka menghalang kamu dari kebenaran. Maka Allah menjaga kamu daripada demikian itu. Bertakwalah kepada Allah dan tahanlah lidah kamu melainkan untuk kebaikan.
       Jauhilah lidah kamu dari tergelincir dengan kata-kata pembohongan, dosa dan permusuhan, kerana jika kamu menahan lidah kamu dari apa yang dilarang oleh Allah, adalah lebih baik bagi kamu di sisi Tuhan kamu. Kerana tergelincirnya lidah pada apa yang dilarang oleh Allah akan membawa kepada kemurkaan-Nya terhadap hamba-Nya. Allah akan menjadikannya pekak, buta dan bisu pada hari Kiamat sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2):18 “ Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka kembali ” Iaitu mereka tidak akan bercakap dan firman-Nya di dalam Surah al-Mursalaat(77): 35-36 “Ini adalah hari yang mereka tidak dapat berbicara, dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur sehingga mereka minta uzur
       Janganlah kamu melakukan apa yang ditegah oleh Allah. Kamu hendaklah berdiam diri melainkan apa yang Allah memanfaatkan kamu daripada urusan akhirat dan Dia akan memberi pahala kepada kamu mengenainya.
       Perbanyakkan tahlil, takdis, tasbih, pujian kepada Allah, ibadat kepada-Nya, dan mencintai kebaikan di sisi-Nya yang tidak dapat dicapai hakikatnya oleh seseorang melainkan dengan keredaan-Nya. Justeru sibukkan lidah kamu dengan perkara-perkara tersebut. Dan jauhilah dari percakapan batil yang membuatkan pelakunya kekal di neraka jika dia mati tanpa taubat.
       Hendaklah kamu sentiasa berdoa kerana muslimin tidak akan mencapai kejayaan hajat mereka di sisi Tuhan yang  lebih baik dari berdoa kepada-Nya. Justeru sahutilah seruan Allah, nescaya kamu mendapat kejayaan dan selamat daripada azab Allah.
       Jauhilah dari membiarkan diri kamu tamak kepada apa yang telah diharamkan oleh Allah ke atas kamu, kerana sesiapa melanggari apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya di dunia, maka Allah akan menghalangnya syurga, nikmat, kelazatan dan kemuliaan yang abadi.
       Ketahuilah bahawa sesungguhnya sejahat-jahat habuan yang merbahaya bagi orang yang menentang Allah adalah meninggalkan ketaatan kepada Allah dan melakukan maksiat. Justeru dia memilih untuk melanggari apa yang dilarang oleh Allah di dalam kelazatan dunia yang akan hilang daripada nikmat syurga yang berkekalan.
       Celaka bagi mereka, alangkah ruginya habuan mereka dan alangkah jahatnya keadaan mereka di sisi Tuhan mereka pada hari Kiamat. Pohonlah perlindungan daripada Allah supaya Dia melindungi kamu dari melakukan perbuatan sebagaimana mereka lakukan atau menguji kamu sebagaimana Dia menguji mereka. Tiada kekuatan bagi kami dan kamu melainkan dengan-Nya.
       Wahai golongan yang berjaya, sekiranya Allah menyempurnakan untuk  kamu sebagaimana Dia lakukan kepada para salihin sebelum kamu, nescaya kamu akan diuji pada diri kamu dan harta kamu sehingga kamu mendengar daripada musuh Allah perkara- perkara yang menyakitkan hati kamu. Lantaran itu, kamu hendaklah bersabar sekalipun mereka menghina kamu, memarahi kamu sehingga kamu menanggung kezaliman mereka kerana inginkan keredaan Allah dan negeri akhirat.
       Kamu hendaklah memendamkan kemarahan kamu di atas keburukan yang dilakukan kepada kamu kerana Allah[1], sekalipun mereka membohongi  kebenaran dan memusuhi kamu mengenainya dan memarahi kamu kerananya.
       Justeru bersabarlah di atas semua itu daripada mereka sebagai membenarkan Kitab Allah  yang telah diturunkan oleh Jibrail ke atas Nabi kamu s.a.w. Kamu telah mendengar firman Allah kepada Nabi-Nya di dalam Surah al-Ahqaaf (46):35 “Maka bersabarlah kamu seperti golongan yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta supaya disegerakan (azab) bagi mereka
       Kemudian Dia berfirman di dalam Surah al-Faatir (35): 24 “Dan jika mereka mendustakan kamu, maka golongan sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul" Dan  firman-Nya di dalam Surah al-An‘aam (6) : 34 “Mereka bersabar terhadap pendustaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka
       Sesungguhnya para nabi dan para rasul sebelum kamu telah dibohongi dan disakiti, kerana rahsia kamu adalah urusan Allah pada mereka. Dia telah menciptakan mereka untuk kekafiran  pada asal kejadian mereka pada ilmu-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qasas (28): 41“Dan kami jadikan mereka pemimpin-peminpin yang menyeru kepada neraka
       Lantaran itu, renunglah, fikirlah dan janganlah kamu mengabaikannya kerana orang yang mengabaikannya dan seumpamanya, maka dia akan meninggalkan agama Allah dan melakukan maksiat. Lantaran itu, dia berhak mendapat kemurkaan Allah dan dimasukkan ke neraka.
       Dia berkata: Wahai golongan yang bahagia dan dirahmati, sesungguhnya  Allah  telah menyempurnakan kebaikan kepada kamu. Sesungguhnya  ia  bukanlah daripada ilmu Allah dan urusan-Nya jika seorang daripada makhluk-Nya mengambil agamanya dengan hawa nafsu, pendapat dan kias,  kerana Allah telah menurunkan al-Qur’an yang menerangkan  setiap sesuatu sebagaimanan Dia tidak membenarkan pakar di dalam ilmu al-Qur’an menggunakan hawa nafsu, pendapat dan kias.
       Sedangkan mereka adalah Ahli al-Zikr yang Allah telah perintahkan umat ini supaya bertanyakan kepada mereka. Mereka pula akan menunjukkan  umat  dan mengajar mereka ilmu al-Qur’an. Melainkan mereka, pada ilmu Allah pada azali, di kalangan mereka yang celaka pada asal kejadian di alam bayangan (azillah).
       Mereka itulah yang tidak ingin bertanya kepada ahli al-Zikr  yang dikurniakan oleh Allah ilmu al-Qur’an, menjadikan mereka pakar mengenainya dan memerintahkan supaya bertanyakan kepada mereka, tetapi mereka itu mengambil hawa nafsu, pendapat, dan kias sehingga syaitan menguasai mereka. Mereka menjadikan ahli iman (ahl al-Iman) di dalam ilmu al-Qur’an di sisi Allah sebagai kafir dan sebaliknya mereka menjadikan ahli kesesatan (ahl al-Dhalalah) di dalam ilmu al-Qur’an dan di sisi Allah sebagai mukminin sehingga mereka menjadikan sebahagian yang dihalalkan oleh Allah sebagai haram dan mereka menjadilan sebahagian  yang diharamkan oleh Allah sebagai halal[2].
       Ini adalah punca  hawa nafsu mereka (thamaratu ahwa’i-him). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah  membuat perjanjian dengan mereka sebelum kematianya, tetapi mereka berkata: Kami selepas Allah mematikan Rasul-Nya, boleh memilih pendapat yang dipersetujui oleh orang ramai (ra’yu al-Nas)[3]. Ini adalah menyalahi Allah dan Rasul-Nya, kerana tiada seorangpun berani ke atas Allah dan tiada yang lebih terang kesesatan daripada mereka yang berkata sedemikian.
       Mereka menyangka perkara sedemikian boleh dilakukan oleh mereka. Demi Allah, sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas makhluk-Nya supaya mentaati-Nya dan mematuhi perintah-Nya pada masa hidup Muhammad s.a.w dan selepas kematiannya. Adakah musuh-musuh Allah menyangka bahawa setiap orang yang telah memeluk Islam bersama Muhammad s.a.w bebas mengambil kata-katanya sendiri, pendapatnya dan kiasnya sendiri?
       Sekiranya dia berkata: Ya, maka sesungguhnya dia telah membohongi Allah  dan menjadi sesat dan sekiranya dia berkata: Tidak, maka tiada seorangpun bebas menuruti kata-katanya sendiri,  pendapatnya dan kiasnya, maka dia telah mengakui hujah ke atas dirinya sendiri dan termasuk orang yang berpendapat bahawa Allah ditaati dan dipatuhi perintah-Nya selepas kematian Rasulullah s.a.w sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3) : 144 “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang? Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi pembalasan kepada orang ang bersyukur
       Justeru kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah ditaati dan perintah-Nya dipatuhi pada masa hidup Muhammad s.a.w dan selepas kematiannya sebagaimana tiada seorangpun bersama Muhammad s.a.w bebas menuruti pendapatnya sendiri, hawa nafsunya dan kiasnya menyalahi perintah Muhammad s.a.w (khilafan li-amri Muhammad) sebagaimana tiada seorangpun selepas Muhammad bebas menuruti hawa nafsunya,  pendapatnya dan kiasnya.
       Beliau a.s berkata: Janganlah kamu mengangkat tangan kamu di dalam solat melainkan satu kali angkat ketika memulakannya, kerana kamu telah tersohor oleh orang ramai dengan perkara tersebut[4], Allah adalah penolong dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah.
       Beliau a.s berkata: Perbanyakkanlah doa kepada Allah, kerana Allah suka hamba-hamba-Nya yang mukminin berdoa kepada-Nya. Dia telah berjanji kepada mereka untuk memperkenankannya. Kepada Allah tempat berakhirnya doa mukminin pada hari Kiamat  sebagai amalan yang menambahkan pahala mereka.
       Lantaran itu, perbanyakkanlah zikir pada kadar kemampuan kamu setiap waktu; malam dan siang, kerana Allah telah memerintahkan supaya memperbanyakkan zikir kepada-Nya. Allah mengingati mukmin yang berzikir kepda-Nya dengan baik. Justeru berilah kesungguhan di dalam ketaatan kepada-Nya, kerana segala kebaikan di sisi-Nya tidak boleh didapati melainkan dengan ketaatan kepada-Nya, menjauhi segala larangan-Nya zahir dan batin, kerana Allah berfirman di dalam Surah al-An‘aam (6):120 “Dan tinggallah dosa yang nampak dan tersembunyi” Ketahuilah bahawa apa yang diperintahkan oleh Allah supaya kamu menjauhinya, maka sesungguhnya Dia telah mengharamkannya. Justeru ikutilah sunnah Rasulullah s.a.w dan beramallah dengannya[5].
       Janganlah kamu menurut hawa nafsu kamu dan pendapat kamu, nescaya kamu akan sesat, kerana orang yang paling sesat di sisi Allah adalah orang yang menuruti hawa nafsunya dan pendapatnya tanpa petunjuk daripada Allah. Berbuat baiklah kepada diri kamu pada kadar kemampuan kamu. Jika kamu melakukan sedemikian, maka kamu telah melakukannya untuk kebaikan diri kamu sendiri. Sebaliknya jika kamu melakukan kejahatan, maka ia akan mengenakan diri kamu sendiri.
       Bergaullah dengan orang ramai dan janganlah kamu membuatkan mereka mengawasi kamu (‘ala riqabi-kum)[6]. Justeru kamu  dapat meneruskan ketaatan kepada Tuhan kamu.
       Jauhilah kamu dari mencela (sabb a‘daa’i l-Lah) musuh-musuh Allah ketika mereka mendengar kamu, lantaran itu, mereka akan mencela Allah secara bermusuhan tanpa ilmu. Malah kamu harus mengetahui apakah dia had celaan mereka kepada Allah? Sesungguhnya sesiapa yang mencela para wali Allah, sesungguhnya dia telah mencela Allah. Siapakah yang lebih zalim di sisi Allah daripada orang yang membuatkan Allah dan para wali-Nya dicela? Lantaran itu, patuhilah perintah Allah kerana tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah.
       Beliau a.s berkata: Wahai golongan yang dijagai Allah akan urusan mereka, hendaklah kamu mematuhi  aathar dan sunnah Rasulullah s.a.w serta aathar para imam daripada Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w selepasnya, kerana sesiapa yang melakukan sedemikian, maka dia mendapat petunjuk dan sebaliknya sesiapa yang meninggalkannya serta membencinya, maka dia menjadi sesat. Kerana merekalah orang yang diperintahkan oleh Allah supaya mentaati mereka dan mewalikan mereka. Bapa kami (abuu-naa) Rasulullah s. a.w telah bersabda:                             Hendaklah kamu sentiasa beramal dengan aathar dan sunnah sekalipun sedikit kerana ia adalah lebih diredai oleh Allah dan lebih bermanfaat dari melakukan ijtihad di dalam perkara bid‘ah dan mematuhi hawa nafsu.
       Ketahuilah bahawa  mematuhi hawa nafsu dan mematuhi bid‘ah tanpa petunjuk daripada Allah adalah suatu kesesatan. Setiap kesesatan adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah di neraka. Sesuatu kebaikan tidak akan dicapai melainkan dengan mentaati-Nya. Kesabaran dan keredaan adalah daripada ketaatan kepada Allah.
       Ketahuilah kamu semua bahawa sesungguhnya seorang hamba tidak akan beriman (lan yu’mina) sehingga dia meredai apa yang dilakukan Allah terhadapnya. Dia  melakukan apa yang Dia mahu dan apa yang Dia benci. Allah tidak akan melakukan sesuatu terhadap orang yang bersabar dan reda kepada-Nya melainkan orang yang layak; iaitu apa yang lebih baik untuknya.
       Kamu hendaklah menjaga solat dan solat al-Wusta dan berdirilah kepada Allah di dalam keadaan rendah diri sebagaimana Allah perintahkan mukminin dengannya di dalam Kitab-Nya sebelum kamu dan kepada kamu. Hendaklah kamu mencintai golongan miskin muslimin, kerana sesiapa yang menghina mereka dan angkuh terhadap mereka, maka dia telah tergelincir daripada agama Allah dan Allah pula menghinanya serta memarahinya.
       Bapaku  Rasulullah s.a.w bersabda: Allah telah memerintahkan aku supaya mencintai golongan Islam yang miskin. Ketahuilah bahawa sesiapa yang menghina seorang daripada mereka, Allah akan mencampakkan kemurkaan dan kehinaan  ke atasnya, sementara orang ramai akan memarahinya pula. Lantaran itu, bertakwalah kepada Allah mengenai saudara-saudara Islam kamu yang miskin, kerana mereka mempunyai hak ke atas kamu supaya kamu mencintai mereka. Allah telah memerintahkan Rasul-Nya supaya mencintai mereka. Justeru  sesiapa yang tidak mencintai perintah Allah dengan mencintai mereka, maka sesungguhnya dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, kemudian dia mati dalam keadaan sedemikian, maka mati-nya dalam keadaan kesesatan.
       Janganlah kamu merasa angkuh dan takbur kerana takbur itu adalah pakaian Allah a.w. Sesiapa yang menentang Allah akan pakaian-Nya, maka Dia akan menentangnya dan menghinanya pada hari Kiamat. Janganlah kamu melakukan kezaliman ke atas orang lain, kerana ia bukanlah daripada sifat golongan yang soleh. Lagipun kezaliman itu akan kembali kepada diri sendiri. Pertolongan Allah adalah untuk mereka yang dizalimi. Sesiapa yang ditolong oleh Allah akan menang dan kemenangan itu adalah daripada Allah.
       Jauhilah perasaan hasad di kalangan kamu kerana kekufuran asalnya daripada hasad. Jauhilah kamu dari membantu [seorang] melakukan kezaliman terhadap seorang muslim yang dizalimi, lantas dia berdoa kepada Allah ke atas kamu dan diterima doanya terhadap kamu. Bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya doa seorang muslim yang dizalimi itu diterima (mustajabah). Sebahagian kamu hendaklah membantu sebahagian yang lain kerana bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya menolong muslim itu adalah lebih baik dan lebih besar pahalanya daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di Masjid Haram.
       Jauhilah kamu dari menyusahkan seorangpun di kalangan saudara-saudara mukminin kamu. Sekiranya kamu menyusahkannya dengan sesuatu perkara, maka ia akan berlaku kepada kamu selepasnya kerana bapa kami Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang muslim tidak boleh menyusahkan saudara muslimnya. Dan sesiapa yang menyusahkannya, maka Allah akan menyeksanya pada hari Kiamat.
       Jauhilah,  wahai golongan yang dihormati dan dimuliakan, dari menahan hak-hak  Allah [7]di sisi kamu hari demi hari, masa demi masa, kerana orang yang menyegerakan hak-hak Allah di sisinya, maka Allah lebih mampu menyegerakan kepadanya kebaikan yang berganda secara  cepat atau lambat. Sesiapa yang memperlambatkan hak-hak Allah di sisinya, maka Allah lebih mampu untuk memperlambatkan rezekinya. Dan sesiapa yang Allah menahan rezekinya, maka dia tidak mampu untuk mendapatkan rezekinya. Justeru tunailah kepada Allah akan hak yang dikurniakan kepada kamu dengan kebaikan Allah terhadap kamu, nescaya Dia akan melaksanakan janji-Nya terhadap kamu dengan berlipat ganda, tanpa diketahui bilangannya melainkan Allah, Tuhan alam semesta.
       Beliau a.s berkata: Bertakwalah kepada Allah, wahai golongan yang mulia mengikut kemampuan kamu, janganlah ada di kalangan kamu orang yang meresah atau menyusahkan imam (muhrij li-l-Imam),  kerana orang yang meresah atau menyusahkan imam adalah orang yang berada bersama mereka yang melakukan kebaikan di kalangan pengikut imam yang mengakui kelebihannya, bersabar di dalam menunaikan haknya, mengetahui kehormatannya.
       Ketahuilah kamu sekalian bahawa orang yang melakukan sedemikian adalah orang yang menyusahkan imam. Apabila dia melakukan sedemikian rupa di sisi imam, maka imam turut melaknati orang yang baik di kalangan pengikutnya yang mengakui kelebihannya; bersabar di dalam menunaikan haknya, mengetahui kehormatannya. Apabila imam melaknati mereka bagi menyusahkan musuh Allah, maka laknatnya menjadi rahmat daripada Allah ke atas mereka[8] sehingga laknat daripada Allah, para malaikat dan para rasul-Nya ke atas “mereka”[9].
       Ketahuilah kamu, wahai golongan yang dihormati, bahawa sesungguhnya sunnah Allah telah berlaku kepada golongan yang soleh terdahulu. Beliau a.s berkata: Sesiapa yang ingin berjumpa dengan Allah di dalam keadaan mukmin yang sebenar, maka hendaklah dia mewalikan Allah, para rasul-Nya dan golongan yang beriman.  Hendaklah dia membebaskan dirinya (li-Yabra’u) kepada Allah daripada musuh-musuh mereka, menerima kelebihan Ahlu l-Bait a.s kerana kelebihan mereka tidak boleh dicapai oleh malaikat yang terdekat (muqarrab) dan nabi yang diutuskan (mursal) (Selain daripada nabi Muhammad s.a.w).
       Tidakkah kamu mendengar kelebihan pengikut-pengikut para imam yang mendapat petunjuk dan mereka itu adalah mukminun sebagaimana disebutkan oleh Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 69 “Mereka itu akan bersama-sama golongan yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqin, golongan yang mati syahid dan golongan soleh. Dan mereka itulah teman sebaik-baiknya”. Ini adalah sebahagian daripada kelebihan pengikut-pengikut para imam dan bagaimana dengan para imam sendiri dan kelebihan mereka.
       Sesiapa yang Allah mahu menyempurnakan iman untuknya sehingga menjadi seorang mukmin yang sebenar, maka hendaklah dia menyempurnakan syarat-syarat yang dikenakan ke atas mukminin, kerana Dia telah mensyaratkan bersama-sama wilayah-Nya, wilayah rasul-Nya dan wilayah para imam, mendirikan solat, menunaikan zakat, membuat kebaikan, menjauhi perkara mungkar zahir dan batin. Justeru tiada lagi yang tertinggal apa yang dijelaskan mengenai apa yang diharamkan oleh Allah melainkan termasuk di dalam sabdanya: Sesiapa yang melaksanaan syarat-syarat tersebut secara ikhlas tanpa meninggalkan sesuatupun, maka dia di sisi Allah adalah tergolong di dalam parti-Nya yang menang dan dia adalah mukmin yang sebenarnya.
       Jauhilah kamu semua dari terus melakukan apa yang diharamkan oleh Allah pada zahir al-Qur’an dan batinnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 135 “Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan  mereka mengetahui” (setakat ini riwayat al-Qasim bin Rabi‘), iaitu golongan sebelum kamu apabila mereka melupai sesuatu perkara yang disyaratkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya, mereka mengetahui bahawa mereka telah menderhakai Allah kerana meninggalkan perkara tersebut, lantas mereka melakukan istighfar dan tidak mengulanginya lagi. Itulah pengertian firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 135 “Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedangkan  mereka mengetahui ”.
       Ketahuilah kamu semua bahawa sesungguhnya Dia telah memerintah dan melarang supaya ditaati perkara yang diperintahkan oleh-Nya dan dihentikan apa yang dilarangkan oleh-Nya. Justeru  sesiapa yang mematuhi suruhan-Nya,  maka dia mentaati-Nya dan mendapati segala kebaikan di sisi-Nya. Sesiapa yang tidak menghentikan perkara yang dilarang oleh-Nya, maka dia menderhakai-Nya. Sekiranya dia mati di dalam maksiat terhadap-Nya, Allah akan mencampakkannya ke neraka.
       Ketahuilah kamu semua bahawa tiada di antara Allah dan seorangpun makhluk-Nya sama ada malaikat yang hampir kepada-Nya atau nabi yang diutuskan atau makhluk lain; semuanya mentaatiNya. Justeru bersungguh-sungguhlah kamu pada mentaati Allah kerana tujuan kamu adalah untuk menjadi mukminin yang sebenar,  tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Dan beliau berkata: Hendaklah kamu mentaati Tuhan kamu menurut keupayaan kamu, kerana Allah adalah Tuhan kamu.
       Ketahuilah bahawa sesungguhnya Islam adalah suatu penyerahan (al-Taslim) dan penyerahan (al-Taslim) adalah Islam. Justeru sesiapa yang telah menyerahkan dirinya (salima), maka dia telah menerima Islam (aslama). Sesiapa yang belum menyerahkan dirinya (lam yaslimu), maka tiada Islam (penyerahan) baginya. Lantaran itu, sesiapa yang ingin meningkatkan ihsan di dalam dirinya, maka hendaklah dia mentaati Allah. Sesiapa yang mentaati Allah, maka dia telah meningkatkan ihsan pada dirinya.
       Tinggalkan kemaksiatan kepada Allah kerana sesiapa yang melakukannya, dia telah melakukan kejahatan pada dirinya sendiri sedangkan tiada kedudukan (manzilah) di antara kebaikan (ihsan) dan kejahatan (isa’at). Bagi mereka yang melakukan kebaikan di sisi Tuhan mereka adalah syurga dan bagi mereka yang melakukan kejahatan di sisi Tuhan mereka adalah neraka. Justeru beramallah dengan mentaati Allah dan jauhilah kemaksiatan kepada-Nya.
       Ketahuilah bahawa tiada seorangpun makhluk-Nya sama ada malaikat yang hampir kepada-Nya atau nabi yang diutuskan dan lain-lain yang dapat melepaskan diri mereka daripada-Nya. Lantaran itu, sesiapa yang ingin disyafaatkan di sisi Allah, maka hendaklah dia memohon kepada Allah supaya meredainya. Dan ketahuilah bahawa seseorang makhluk Allah tidak akan mendapat keredaan Allah melainkan dengan mentaatiNya, mentaati rasul-Nya dan mentaati para imam ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w, kerana kemaksiatan terhadap mereka adalah kemaksiatan terhadap Allah dan kelebihan mereka tidak boleh diingkari sama ada sedikit ataupun banyak.
       Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka yang mengingkari[ kelebihan mereka] adalah pembohong dan pembohong adalah munafik. Sesungguhnya Allah berfirman kepada munafikin di dalam Surah al-Nisa’ (4):145 “Sesungguhnya golongan munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka”. Tidak seorangpun daripada kamu dapat memisahkan dirinya daripada seseorang apabila Allah menjadikan hatinya taat dan takut kepada-Nya, sebagaimana tidak seorangpun daripada kamu dapat memisahkan dirinya daripada seseorang apabila Allah mengeluarkannya daripada sifat kebenaran (sifat al-Haq). Sesiapa yang Allah tidak menjadikan sifat kebenaran untuk mereka, maka mereka adalah syaitan-syaitan manusia dan jin.
       Sesungguhnya syaitan-syaitan manusia mempunyai helah dan kelicikan kerana mereka mahu, jika mereka mampu, mengembalikan ahli kebenaran kepada kedudukan yang sama dengan musuh Allah dari segi syak, ingkar dan pembohongan. Lantaran itu, mereka menjadi sama sebagaimana difirmankan oleh Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 89 “Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka)”. Kemudian Allah melarang ahli kemenangan dengan kebenaran supaya mereka tidak mengambil musuh-musuh Allah sebagai wali dan pembantu (waliyyan wa la nasiran).
       Justeru dia tidak akan menolak kamu daripada kemenangan dengan kebenaran yang Allah tentukan untuk kamu di dalam menghadapi tipu-daya syaitan-syaitan manusia dan kelicikan mereka terhadap urusan-urusan kamu. Kamu hendaklah menolak kejahatan (al-Sayyi’ah) dengan cara yang lebih baik di antara kamu dan mereka, kerana mencari keredaan Allah dengan mentaatiNya sedangkan mereka tiada kebaikan di sisi mereka.
       Janganlah kamu menzahirkan kepada mereka Usuluddin Allah[10], kerana jika mereka mendengar sesuatu daripada kamu mengenainya, nescaya mereka akan memusuhi kamu (‘aadua-kum) dan menentang kamu serta bekerja keras untuk membinasakan kamu. Mereka akan melakukan apa saja  yang kamu benci, kerana  kamu tidak mempunyai simpati daripada mereka di dalam pemerintahan yang jahat (al-Fujjar)[11]. Lantaran itu, ketahuilah kedudukan kamu apabila menghadapi ahli kebatilan, kerana ahli kebenaran hendaklah meletakkan diri mereka di atas kedudukan ahli kebatilan[12] (an yanazziluu anfusa-hum manzilata ahli al-Baatil), kerana Allah tidak menjadikan ahli kebenaran di sisi-Nya setaraf dengan ahli kebatilan. Tidakkah mereka mengetahui firman Allah di dalam Kitab-Nya; Surah al-Saad (38): 28 “Patutkah kami menganggap golongan yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh sama dengan golongan yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah kami menganggap golongan yang bertakwa sama dengan golongan yang berbuat maksiat?”
       Justeru hormatilah diri kamu apabila berhadapan dengan ahli kebatilan dan janganlah menjadikan Allah, imam kamu dan agama kamu sebagai alasan kepada ahli kebatilan, nescaya kamu akan memarahi Allah, maka kamu akan binasa. Bersabarlah, wahai ahli kebaikan, janganlah kamu meninggalkan urusan Allah dan urusan kamu dengan mentaati ahli kebatilan, nescaya Allah akan mengubah nikmat kamu.
       Cintailah kerana Allah akan mereka yang sealiran dengan kamu dan marahilah kerana Allah akan mereka yang menyalahi kamu. Korbanlah kasih-sayang kamu dan nasihat kamu untuk mereka yang sealiran dengan kamu[13]. Janganlah kamu menghabiskan masa kamu untuk mereka yang tidak sealiran dengan kamu dan memusuhi kamu mengenainya. Ini adalah adab kami, adab Allah. Lantaran itu, beramallah dengannya dan fahamilah betul-betul. Janganlah kamu meninggalkannya begitu sahaja.
       Apa yang serasi dengan hidayat kamu, maka ambillah dan apa yang serasi dengan hawa nafsu kamu, maka tinggalkanlah. Jauhilah kamu dari melakukan paksaan (tajabbur) terhadap Allah[14]. Ketahuilah bahawa seseorang itu tidak diuji dengan melakukan paksaan terhadap Allah  tetapi dia diuji dengan melakukan  paksaan terhadap agama Allah. Lantaran itu teruslah sifat istiqamah kepada Allah dan janganlah kamu berpaling ke belakang (la tartaddu), kelak kamu akan rugi. Allah akan melindungi kita dari melakukan paksaan terhadap Allah dan tiada kekuatan bagi kami dan kamu melainkan dengan Allah.
       Beliau a.s berkata: Sesunggunya seorang hamba apabila Allah telah menciptakannya pada asalnya sebagai mukmin, maka dia tidak akan mati sehingga Allah menjauhkan daripadanya kejahatan.  Sesiapa Allah membenci kejahatan kepadanya dan menjauhinya daripadanya, maka Allah menyelamatkannya daripada takbur menguasainya, akhlaknya menjadi lembut dan baik serta berseri mukanya penuh ketenangan, menjauhi daripada perkara yang haram dan menjauhi kemarahan-Nya. Allah kurniakan kepadanya kasih sayang orang ramai terhadapnya tanpa sebarang pertengkaran.
       Sesungguhnya seorang hamba apabila Allah menciptakannya pada asalnya sebagai seorang kafir, maka dia tidak akan mati sehingga Dia membuatnya mencintai kejahatan dan mendekatinya. Dan apabila dia mencintai kejahatan dan mendekatinya, maka dia diuji  dengan takbur  lalu hatinya menjadi keras dan akhlaknya juga menjadi keras, mukanya muram, kejahatannya terserlah dan kurang malu. Allah mendedahkan rahsianya, lalu dia melakukan perkara yang haram tanpa meninggalkannya. Dia terus mengerjakan maksiat kepada Allah, membenci ketaatan-Nya dan ahlinya. Inilah perbezaan antara keadaan seorang mukmin dan seorang kafir.
       Pohonlah kepada Allah afiat, kerana tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah. Bersabarlah dalam menghadapi bala di dunia, kerana menghadapi bala di dunia di dalam keadaan mentaati Allah, mewalikanNya dan mewalikan mereka yang diperintahkan oleh-Nya adalah lebih baik akibatnya di sisi Allah di akhirat daripada memiliki dunia sekalipun panjang nikmatnya dan kemewahan hidupnya di dalam kemaksiatan kepada Allah, mewali dan mentaati mereka yang dilarang oleh Allah. Ini kerana Allah telah memerintahkan supaya mewalikan para imam yang dinamakan oleh-Nya di dalam Kitab-Nya Surah al-Anbiyaa’ (21) : 73 “Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami”. Maka mereka itulah yang diperintahkan oleh Allah supaya dijadikan wali dan ditaati.
       Adapun mereka yang dilarang oleh Allah dari diwalikan dan ditaati, maka mereka itulah para imam  sesat yang ditentukan oleh Allah bahawa mereka mempunyai pemerintahan di dunia ke atas para wali Allah yang terdiri daripada para imam Ahlul Bait Muhammad s.a.w. Mereka melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w di dalam pemerintahan mereka bagi melayakkan mereka menerima azab sedangkan kamu dipilih untuk bersama Nabi Allah Muhammad s.a.w dan para rasul sebelumnya.
       Justeru renunglah terhadap apa yang diceritakan oleh Allah kepada kamu di dalam Kitab-Nya mengenai ujian-ujian yang dihadapi oleh para nabi-Nya dan pengikut-pengikut mereka yang mukminin. Kemudian pohonlah kepada Allah supaya Dia mengurniakan kesabaran kepada kamu di dalam menghadapi bala di masa senang dan di masa susah sebagaimana Dia telah kurniakan kepada mereka.
       Jauhilah dari memarahi ahli kebatilan dan berpeganglah kepada petunjuk para salihin, ketenangan mereka, lemah lembut mereka, kewarakan mereka daripada perkara yang haram, kebenaran mereka, kesetiaan mereka dan ijtihad mereka kerana Allah dengan melakukan ketaatan kepada-Nya. Jika kamu tidak melakukan sedemikian, maka kamu tidak akan mencapai kedudukan para salihin sebelum kamu.
       Ketahuilah jika Allah menghendaki hamba-Nya kebaikan, nescaya Dia melapangkan dadanya dengan Islam. Apabila Dia kurniakan Islam kepadanya, maka lidahnya bercakap kebenaran, hatinya menyimpulkannya, lalu beramal dengannya. Apabila Allah mengumpulkan semuanya, maka sempurnalah Islamnya. Apabila dia mati di dalam keadaan tersebut, maka dia di sisi Allah adalah seorang mukmin yang sebenar.
       Apabila Allah tidak mengehendaki hamba-Nya kebaikan, maka Dia menyerahkannya kepada dirinya, lalu dadanya menjadi sempit dan susah. Jika berlaku kebenaran di lidahnya, maka hatinya tidak menyimpulkannya. Apabila hatinya tidak menyimpulkannya, maka Allah tidak kurniakan kepadanya untuk mengamalkannya.
       Apabila terjadi sedemikian ke atasnya sehingga dia mati, maka dia di sisi Allah daripada golongan munafik. Lantaran itu kebenaran yang berlalu di lidahnya, hatinya yang tidak menyimpulkannya dan amalan yang tidak dikurniakan Allah untuk dilakukannya adalah menjadi hujah ke atasnya.
       Justeru bertakwalah kepada Allah dan pohonlah kepada-Nya supaya Dia melapangkan dada kamu kepada Islam dan menjadikan lidah kamu bercakap dengan kebenaran sehingga Dia mematikan kamu dalam keadaan sedemikian. Pohonlah supaya Dia menjadikan kamu seperti para salihin sebelum kamu, tiada kekuatan melainkan dengan Allah dan segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.
       Sesiapa yang ingin mengetahui bahawa Allah mencintainya, maka hendaklah dia beramal dengan mentaatiNya dan mengikut kami, tidakkah dia mendengar firman Allah a.w kepada Nabi-Nya s.a.w di dalam Surah Ali Imran (3): 31 “Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa  kamu”. Demi Allah, seorang hamba tidak akan mentaati Allah selama-lamanya melainkan Allah menjadikannya di kalangan  pengikut-pengikut kami. Demi Allah, seorang hamba tidak mengikut (la yatbi‘u-na) kami selama-lamanya melainkan Allah mengasihinya (ahabba-hu). Demi Allah, seorang tidak akan mengetepikan seorang daripada pengikut-pengikut kami selama-lamanya melainkan dia memarahi kami (abghadha-na). Demi Allah, seorang tidak akan memarahi kami selama-lamanya melainkan dia menderhakai Allah (‘asa l-LLah). Sesiapa yang mati di dalam keadaan derhaka kepada Allah, maka Allah menghinanya dan mencampaknya ke neraka. Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta.

Mashaf Ali Bin Al-Husain A.S Mengenai Zuhud

       2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin  ‘Isa, dan Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Abu Hamzah berkata: Aku tidak pernah mendengar seorang yang lebih zuhud daripada Ali bin al-Husain a.s selain Ali bin Abu Talib a.s, Abu Hamzah berkata: Imam Ali bin al-Husain a.s apabila beliau bercakap mengenai zuhud dan memberi nasihat, orang ramai di hadapannya menangis. Abu Hamzah berkata: Aku telah membaca mashaf mengenai kezuhudan Ali bin al-Husain a.s, lalu aku menulisnya kemudian aku mendatangi Ali bin al-Husain a.s. Aku telah membentangkannya kepadanya, lalu beliau a.s memperakuinya dan membetulkannya, antaranya seperti berikut:
                                           Bismillahir Rahmanir Rahim

       Allah telah mencukupi kami dan kamu mengenai tipu muslihat golongan yang zalim, kezaliman para pendengki dan keganasan penguasa-penguasa. Wahai mukminun, janganlah kamu difitnahkan oleh golongan taghut, pengikut-pengikut mereka yang mencintai dunia ini, terpesona dengannya dan mengejar habuannya yang sementara. Berhati-hatilah dengannya sebagaimana telah diberi peringatan oleh Allah, bersifat zuhudlah sebagaimana telah diterangkan oleh Allah. Janganlah kamu cenderung kepada dunia sebagaimana mereka yang mengambilnya sebagai tempat tinggal yang kekal.
       Demi Allah, sesungguhnya bagi kamu bukti dan peringatan mengenai berlalu hari-harinya, perubahannya dan permainannya dengan penghuninya. Sesungguhnya dunia mengangkat yang hina, menjatuhkan yang mulia dan mengheret beberapa golongan ke neraka kelak. Ini semua adalah sebagai teladan, ujian dan ancaman bagi orang yang sedar.
       Setiap perkara yang mendatangi kamu malam dan siang sama ada fitnah, bid‘ah, sunnah yang zalim, takut kepada penguasa dan waswas syaitan adalah natijah daripada kelalaian hati, lunturnya daripada petunjuk dan tidak mengetahui ahli kebenaran melainkan sedikit sahaja yang dipelihara oleh Allah. Tidak diketahui perjalanan hari-harinya, perubahannya dan bahaya fitnahnya melainkan mereka yang dipelihara oleh Allah, lalu memilih jalan petunjuk dan lurus. Kemudian diikuti dengan zuhud, berfikiran sedemikian, memberi nasihat mengenai kesabaran, lalu dia beramal dengannya. Zuhud daripada kebahagian dunia yang cepat hilang dan menjauhi diri daripada kelazatannya kerana cintakan nikmat akhirat yang berterusan dan beramal untuk mendapatkannya. Dia menunggu kematian dan membenci kehidupan bersama golongan yang zalim.
       Dia melihat kepada dunia dengan matanya yang tajam; dia melihat peristiwa fitnah, kesesatan  bid‘ah dan kezaliman penguasa-penguasa. Sesungguhnya kamu telah membelakangi perkara-perkara yang telah berlalu di hari-hari yang sunyi daripada fitnah dengan alasan menjauhi ahli bid‘ah, kezaliman dan kerosakan di bumi tanpa kebenaran. Justeru pohonlah pertolongan dengan Allah, kembalilah kepada ketaatan Allah dan ketaatan mereka yang lebih berhak (aula) ditaati yang terdiri daripada mereka yang diikuti, lalu ditaati.
       Berhati-hatilah daripada penyesalan dan berhadapan dengan Allah di kemudian hari. Demi Allah, seorang kaum yang melakukan kemaksiatan kepada Allah akan berakhir kepada azab-Nya. Begitu juga seorang kaum yang mencintai dunia berbanding akhirat akan menerima padahnya. Justeru pengetahuan mengenai Allah dan beramal dengannya merupakan dua perkara yang bertaut. Sesiapa yang mengenali Allah, nescaya dia akan takut kepada-Nya dan ketakutannya akan mendorongnya beramal mentaati Allah.
       Sesungguhnya mereka yang mempunyai ilmu dan pengikut-pengikut yang mengenali Allah, beramal untuk-Nya dan mencintaiNya. Allah berfirman di dalam Surah Faatir (35):28 “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hambaNya adalah ulama”. Lantaran itu, janganlah kamu menuntut sesuatu di dunia ini dengan kemaksiatan kepada Allah. Bekerjalah di dunia ini dengan mentaati Allah, ambillah peluang ini dan berusahalah untuk kejayaan kamu di hari esok daripada azab Allah, kerana ia adalah lebih hampir kepada kejayaan. Justeru laksanakanlah perintah Allah dan taatilah mereka yang diwajibkan oleh Allah.
       Janganlah kamu melaksanakan perkara-perkara yang ditujukan terhadap kamu untuk mentaati taghut kerana inginkan habuan dunia dari mentaatiNya dan uli l-Amr di kalangan kamu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu adalah hamba-hamba Allah, kami bersama-sama kamu. Dia menghukum ke atas kami dan kamu pada hari Kiamat. Lantaran itu, bersedialah segala jawapan dan pembentangan sebelum wukuf di hadapan Tuhan semesta alam, seorang tidak boleh bercakap melainkan dengan izin-Nya.
       Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan membenarkan di hari itu pembohong dan tidak akan membohongi orang yang benar. Dia tidak akan menolak keuzuran orang yang berhak, Dia tidak memaafkan selain daripada orang yang uzur. Bagi-Nya hujah ke atas makhluk-Nya melalui para rasul dan para wasi selepas para rasul. Justeru bertakwalah kepada Allah, wahai hamba-hamba Allah, bersedialah untuk memperbaiki diri kamu (islahi anfusi-kum), mentaati Allah dan mentaati orang yang kamu mewalikannya dalam ketaatan kamu kepada Allah.
       Mudah-mudahan orang yang telah menyesal di atas apa yang dilakukannya kelmarin dan mengabaikan hak-hak Allah, lalu memohon keampunan-Nya dan bertaubat kepada-Nya, maka Dia menerima taubatnya dan memaafkan kejahatannya. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan.
       Jauhilah dari bersahabat dengan pelaku-pelaku  maksiat, menolong golongan yang zalim dan berjiran dengan golongan yang fasiq. Berhati-hatilah mengenai fitnah mereka dan hindarilah dari halaman mereka. Ketahuilah bahawa sesiapa menyalahi para wali Allah, beragama selain daripada agama Allah dan berpegang dengan perintah selain daripada perintah wali Allah, nesaya dia akan berada di neraka yang akan memakan badan-badan mereka dan akan menambah lagi kecelakaannya. Mereka itu bagaikan orang mati yang tidak merasai kepanasan api.
       Sekiranya mereka orang yang hidup, nescaya mereka merasai kepanasan api neraka. Justeru ambillah teladan, wahai golongan yang mempunyai mata hati. Pujilah Allah kerana hidayah-Nya kepada kamu. Ketahuilah bahawa kamu tidak terkeluar daripada kekuasaan Allah kepada kekuasaan selain daripada-Nya. Allah dan rasul-Nya akan melihat amalan-amalan kamu. Kemudian kepada-Nya kamu akan dihimpunkan. Lantaran itu, manfaatkanlah nasihat ini dan beradablah dengan adab-adab para salihin.

Wasiat Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Takwa

       3. Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Kufi, daripada Abd al-Wahid bin al-Sawwaf, daripada Muhammad  bin Ismail al-Hamdani daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s pernah berwasiat kepada para sahabatnya dan berkata: Aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia merupakan suatu kegembiraan bagi penuntut yang berharap dan suatu kepercayaan bagi orang yang lari dan mengharap perlindungan. Justeru jadilah takwa sebagai slogan kebatinan, ingatlah kepada Allah dengan ingatan yang ikhlas, nescaya kamu akan hidup dengan penghidupan yang lebih baik dan berjalan di atas landasan yang betul.
       Lihatlah kepada dunia dengan penglihatan seorang zuhud yang akan berpisah daripadanya, kerana ia akan menghilangkan penghuni yang mendiaminya, mendukacitakan orang yang mewah, kerana dia sendiri tidak mengetahui apa yang sedang datang kepadanya untuk dia menunggunya.
       Hadapilah bala dengan ketenangan, kerana dunia akan binasa. Kegembiraan  bercampur dengan dukacita, tinggal lama di dunia membawa kepada kelemahan. Ia sepertilah taman yang kelihatan indah, mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Tetapi apabila angin kencang tiba, ia merosakkan taman tersebut sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Kahfi (18) :45 “Kemudian tumbuh-tumbuhan menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala suatu”. Justeru lihatlah kepada dunia betapa banyaknya perkara yang mengagumkan kamu dan betapa sedikitnya perkara yang memanfaatkan kamu.

Khutbah Al-Wasilah Amir al-Mukminin A.S

       4. Muhammad bin Ali bin Mu‘ammar, daripada Muhammad bin Ali bin  ‘Ikayah al-Tamimi, daripada al-Husain bin al-Nadhar al-Fihri, daripada Abu ‘Umru al-Auzaa‘i daripada ‘Umru bin Syamar, daripada Jabir bin Yazid berkata: Aku telah datang berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, maka aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, perselisihan Syi‘ah di dalam mazhab-mazhab mereka telah mendukacitakan aku, maka beliau a.s berkata: Wahai Jabir, tidakkah aku telah menerangkan kepada kamu mengenai pengertian ikhtilaf (perselisihan), dari manakah mereka berselisih faham dan dari manakah mereka berpecah (tafarraquu)?
       Aku berkata: Ya, wahai anak lelaki Rasulullah, beliau a.s berkata: Janganlah kamu berselisih faham apabila mereka berselisih faham (ikhtalafuu) wahai Jabir, sesungguhnya orang yang ingkar (al-Jaahid) Imam zaman sepertilah orang yang mengingkari Rasulullah s.a.w pada hari-harinya, wahai Jabir, dengarlah dan perhatikanlah, maka aku berkata: Teruskanlah, maka beliau a.s berkata: Dengarlah dan perhatikanlah serta sampaikanlah apabila kenderaan anda berhenti. Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah kepada orang ramai di Madinah selepas tujuh hari kematian Rasulullah s.a.w; apabila beliau a.s selesai mengumpul al-Qur’an dan berkata:
       Segala puji bagi Allah yang telah menahan segala waham dicapai melainkan dengan kewujudan-Nya dan Dia telah menutupi akal dari memikirkan mengenai zat-Nya, kerana ingin menghalangnya dari kesamaran. Dia tidak berbeza dengan zat-Nya, Dia tidak boleh dibahagikan dengan bilangan mengenai kesempurnaan-Nya. Dia berjauhan dengan perkara-perkara (al-Asyiya’) bukan berlainan tempat,  Dia berada padanya bukan secara percampuran, tetapi kerana ilmu-Nya tanpa peralatan. Tiada di antara-Nya dan apa yang diketahuiNya (ma ‘lum) suatu ilmu selain daripadanya. Jika dikaitkan kepadanya: Perkara yang telah berlaku (kaana) adalah di atas takwil kewujudan-Nya pada azali. Begitu juga jika dikaitkan kepada-Nya: Sentiasa (lam yazal), maka ia adalah di atas takwil penapian ketiadaan-Nya (al-‘Adam). Maha Suci Tuhan dari apa  yang dikatakan oleh seorang hamba selain daripada-Nya dan mengambil tuhan selain daripada-Nya.
       Kami memujiNya dengan segala pujian yang diredaiNya daripada makhluk-Nya dan Dia mewajibkan penerimaannya ke atas diri-Nya. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah pesuruh-Nya dan hamba-Nya. Dua syahadah yang mengangkat kalimah dan menggandakan amalan. Timbangan (miizaan) menjadi ringan tanpanya. Ia menjadi berat dengannya. Dengan kedua-duanyalah kemenangan di syurga, kejayaan  daripada neraka, dan melepasi titian. Dengan syahadahlah kamu akan memasuki syurga. Dengan solat kamu akan mendapat rahmat. Justeru perbanyakkanlah selawat ke atas nabi kamu sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33):56 “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas nabi wahai golongan yang beriman, berselawatlah ke atasnya dan ucaplah salam ke atasnya
       Wahai manusia, tiada kemulian yang lebih tinggi daripada Islam, tiada karam (penghormatan) yang lebih mulia daripada takwa, tiada akal yang lebih berperisai daripada warak. Tiada ada orang yang memberi syafaat yang lebih berjaya daripada taubat. Tiada pakaian yang lebih cantik daripada kesihatan. Tiada penjagaan yang lebih baik daripada pengawalannya.
       Tiada harta yang dapat menghilangkan kepapaan selain daripada keredaan dan qanaa‘ah (memadai apa yang ada). Tiada barang simpanan yang lebih kaya daripada sifat qanaa‘ah, sesiapa yang memadai apa yang ada, maka dia akan mendapat kerehatan. Keinginan kepada sesuatu itu adalah punca kepenatan. Pemonopolian itu adalah kesinambungan kepenatan. Hasad adalah bala agama.
       Mementingkan diri adalah punca peningkatan dosa dan kezaliman akan membawa kepada kecelakaan. Ketamakan adalah meliputi segala keaiban. Kemungkinan ketamakan yang hampa dan angan-angan yang palsu akan membawa kepada pencegahan dari melakukan kebaikan dan suatu perniagaan yang akan membawa kepada kerugian.
       Sesungguhnya orang yang melibatkan diri di dalam sesuatu perkara tanpa melihat kepada kesan-kesannya, maka sesungguhnya dia mendedahkan dirinya kepada keburukan dan seburuk-buruk  kalung adalah kalung dosa bagi seorang mukmin.
       Wahai manusia, tiada simpanan yang lebih bermanfaat daripada ilmu dan tiada kemuliaan yang lebih tinggi daripada budi pekerti. Tiada keturunan yang lebih baik daripada adab. Tiada kepenatan yang lebih rendah daripada kemarahan. Tiada kecantikan yang lebih berseri daripada akal. Tiada keburukan yang lebih buruk daripada pembohongan. Tiada penjagaan yang lebih baik daripada diam. Tiada kehilangan (ghaib) yang lebih hampir daripada kematian.
        Wahai manusia, sesiapa melihat kepada keaiban dirinya, maka tiada masa baginya melihat keaiban orang lain. Sesiapa yang reda dengan rezeki Allah kepadanya, dia tidak  berdukacita dengan apa yang ada pada tangan orang lain. Sesiapa yang menghunus pedang kezaliman akan dibunuh dengannya. Sesiapa yang menggali  perigi untuk saudaranya, maka dia akan terjatuh ke dalamnya.
       Sesiapa yang mendedahkan hijab orang lain, maka aurat rumahnya akan didedahkan. Sesiapa yang terlupa kesilapannya, maka dia akan membesar-besarkan kesilapan orang lain. Sesiapa yang kagum dengan pendapatnya akan tersesat. Sesiapa yang berpegang kepada pendapatnya sahaja akan tergelincir. Sesiapa yang takbur terhadap orang ramai akan terhina. Sesiapa yang membodohi orang ramai akan dicaci. Sesiapa yang bercampur dengan orang bawahan akan dihina. Sesiapa yang menanggung perkara yang dia tidak mampu, akan menjadi lemah.
       Wahai manusia, tiada harta yang lebih berharga daripada akal. Tiada kefakiran yang lebih parah daripada kejahilan. Tiada penasihat yang lebih daripada nasihat. Tiada akal yang menyamai akal pentadbiran. Tiada ibadat seperti tafakur. Tiada demonstrasi yang lebih dipercayai daripada mesyuarat. Tiada  kengerian yang lebih dahsyat daripada takjub kepada diri sendiri. Tiada kewarakan yang lebih baik dari menahan perkara yang diharamkan. Tiada budi pekerti yang lebih baik daripada kesabaran dan diam.
       Wahai manusia, Sesungguhnya manusia mempunyai sepuluh sifat yang dizahirkan oleh lidahnya: Yang zahir menceritakan yang batin,  yang bijak terserlah di dalam ucapannya, yang bercakap dituntut menjawab, yang memberi pertolongan mengetahui hajat seseorang, yang mencerita sesuatu mengetahui perkara tersebut, yang memerintah memerintah dengan baik, yang memberi nasihat melarang perkara yang buruk, yang mulia dapat menenangkan segala dukacita, yang hadir dapat mendedahkan kezaliman dan yang menghibur dapat melazatkan telinga.
       Wahai manusia, tiada kebaikan jika berdiam diri dari menceritakan kebenaran sebagaimana tiada kebaikan jika berkata sesuatu yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, wahai manusia, sesungguhnya orang yang tidak memiliki lidahnya akan menyesal, sesiapa yang tidak mengetahui, dia adalah seorang yang jahil. Sesiapa yang tidak mempunyai budi pekerti tidak akan dilayani. Sesiapa yang tidak mempunyai tindak balas, maka dia tidak mempunyai akal. Sesiapa yang tidak mempunyai akal dihina. Sesiapa yang dihina, tidak akan tenang. Sesiapa yang tidak tenang akan diburuk-burukkan.
       Sesiapa yang mendapatkan harta bukan haknya, maka dia membelanjakannya tanpa mendapat pahala. Sesiapa yang ditinggalkan di dalam keadaan dia dipuji, dia akan ditinggalkan di dalam keadaan dia dikeji. Sesiapa yang tidak memberi kepada orang yang duduk, maka dia akan menghalang orang yang berdiri. Sesiapa yang menuntut kemuliaan yang bukan haknya, akan dihina. Sesiapa yang menang dengan kezaliman akan dikalahkan. Sesiapa menentang kebenaran akan diikuti kelemahan.
       Sesiapa mendalami sesuatu, dia akan merasa tenang. Sesiapa merasa takbur, maka dia akan hina. Sesiapa yang tidak baik di dalam sesuatu perkara, maka dia tidak akan dipuji.
       Wahai manusia, sesungguhnya kematian sebelum kehinaan, mempertahankan diri sebelum dibodohi, hisab sebelum balasan kubur adalah lebih baik daripada kefakiran. Merendahkan penglihatan adalah lebih baik dari banyak melihat, masa adalah satu hari untuk kamu dan satu hari ke atas kamu dan apabila ia adalah hari kamu, maka janganlah kamu bergembira. Apabila ia ke atas kamu, maka bersabarlah, dengan kedua-duanya kamu diuji.
       Wahai manusia, perkara yang paling pelik pada diri manusia adalah hatinya. Ia mempunyai perkara-perkara yang bersifat hikmat dan perlawanannya. Justeru jika ia diberi harapan, maka tamak akan menghinanya. Jika tamak menguasainya, maka sifat kepentingan diri akan membinasakannya. Jika perasaan putus asa menguasainya, maka dukacita akan membunuhnya. Jika kemarahan dibentangkan kepadanya, maka ia bertambah marah. Jika ia bergembira dengan penuh keredaan, dia akan terlupa menjaga dirinya.
       Jika ketakutan menguasainya, ia akan berhati-hati. Jika keamanan menguasainya, maka kemuliaan diri akan merampasnya. Jika ia menguasai harta, maka kekayaannya akan menzaliminya. Jika kefakiran menguasainya, maka bala akan menimpanya. Jika kelaparan menguasainya, maka ia akan menjadi lemah. Jika ia terlalu kenyang, maka ia akan dikuasai perutnya. Lantaran itu, setiap kecuaian akan mendatangkan kemudaratan dan setiap yang melampaui batas akan merosakkan [sesuatu].
       Wahai manusia, Sesiapa yang lari akan dihina. Sesiapa yang pemurah akan menjadi ketua. Sesiapa yang memiliki harta yang banyak akan menjadi ketua. Sesiapa yang mempunyai budi pekerti akan menjadi mulia. Sesiapa yang memikir mengenai zat Allah akan menjadi kafir zindiq. Sesiapa yang memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenali dengannya. Sesiapa banyak bersenda gurau, maka dia akan dipandang remeh. Sesiapa yang banyak ketawa, maka kehebatannya akan hilang.
       Orang yang tidak mempunyai budi pekerti akan merosakkan maruah agamanya. Sesungguhnya perbuatan yang baik adalah menjaga kehormatan dengan harta. Bukanlah orang yang bergaul dengan orang jahil itu sama dengan orang yang mempunyai akal. Lantaran itu, sesiapa yang bergaul dengan orang jahil, maka hendaklah dia bersedia mengenai apa yang akan dikatakan kepadanya. Orang yang kaya dengan hartanya tidak akan terlepas daripada kematian. Begitu juga dengan orang yang fakir dengan kefakirannya.
       Wahai manusia, sekiranya kematian dapat dibeli, nescaya ia akan dibeli daripada ahli dunia oleh orang kaya dan pencaci yang hina. Wahai manusia, sesungguhnya hati mempunyai tanda-tanda untuk mengetahui seorang pelampau atau seorang yang bijak dan berwaspada daripada bahaya. Hati juga terdedah kepada hawa nafsu, tetapi akal melarang dan menegah. Bagi pengalaman, ilmu yang tersendiri. Teladan membawa kepada petunjuk. Memadailah dengan budi pekerti untuk diri anda laksanakanlah sekalipun anda tidak menyukainya untuk orang lain. Hak anda ke atas saudara mukmin anda sebagaimana haknya ke atas anda. Sesungguhnya berbahayalah orang yang berpegang kepada pendapatnya sahaja.
       Fikirlah sebelum melakukan sesuatu, kerana ia menyelamatkan kamu daripada penyesalan. Sesiapa yang mengalu-ngalukan berbagai pendapat, maka dia mengetahui punca kesalahan. Sesiapa yang menahan dirinya daripada percakapan yang tidak bermanfaat, maka akalnya akan memperbetulkan pendapatnya.
       Sesiapa yang menjaga syahwatnya, maka dia menjaga kemampuannya. Sesiapa yang menjaga lidahnya, nescaya kaumnya terselamat daripadanya dan dia akan mendapat hajatnya. Dengan perubahan keadaan, akan diketahui hakikat seseorang dan hari-hari akan menerangkan kepada anda rahsia-rahsia yang tersembunyi. Tiada orang  bersedap-sedapan ketika petir di malam yang gelap. Sesiapa yang mengetahui hikmat, maka matanya kelihatan tenang dan hebat. Kekayaan yang paling mulia adalah meninggalkan angan-angan.
       Kesabaran adalah perisai daripada kefakiran. Tamak adalah alamat kefakiran. Kebakhilan adalah baju kemiskinan. Kasih sayang adalah kerabat yang berguna. Fakir yang peramah itu adalah lebih baik daripada orang kaya yang bersikap dingin. Nasihat adalah gua bagi mereka yang menjaganya. Sesiapa yang melakukan apa sahaja yang dikehendakinya akan banyak penyesalannya. Masa akan membuatnya bersyukur di atas apa yang menimpanya. Katakanlah apa yang di sedari oleh lidah anda ketika menyebar keburukan atau kebaikan. Sesiapa yang akhlaknya menyusahkan [orang lain] akan dijemukan oleh keluarganya.
       Sesiapa yang mendapati sesuatu, dia akan melengah-lengahkan masanya. Katakanlah apa yang dibenarkan oleh angan-angan anda. Tawaduk akan membawa kepada kehebatan. Akhlak yang baik adalah gedung rezeki. Berapa ramai orang yang masih di dalam dosanya pada akhir umurnya!. Sesiapa yang menjadikan malu sebagai pakaian, maka keaibannya akan tersembunyi kepada orang ramai. Tumpukan kata-kata anda, kerana orang yang tepat di dalam kata-katanya, bebannya akan ringan. Kecerdikan anda adalah di dalam menyalahi hawa nafsu anda.
       Sesiapa mengetahui hari-hari, maka dia tidak akan lupa membuat persediaan. Sesungguhnya setiap minuman dan makanan ada perkiraannya. Sesuatu nikmat tidak akan dicapai melainkan dengan hilangnya nikmat yang lain. Setiap pengisian perut itu adalah makanan (qut). Setiap biji-bijian ada orang yang memakannya dan anda adalah makanan maut (wa anta qut al-Maut). Ketahuilah, wahai manusia, sesungguhnya orang yang berjalan di atas muka bumi akan sampai ke penghujungnya, malam dan siang bersegera untuk menghabiskan umur [manusia]. Wahai manusia, kufur nikmat adalah dicela, persahabatan dengan orang yang jahil dikeji. Di antara sifat mulia itu adalah bercakap dengan sopan dan memberi salam.
       Jauhi dari tipu daya, kerana ia adalah daripada akhlak yang dikeji. Bukan semua orang yang mencari akan mendapat apa yang dicarinya dan bukan semua orang yang hilang ditemui. Janganlah anda membenci orang yang berjauhan dengan anda. Kemungkinan orang yang jauh lebih hampir daripada kerabat sendiri. Carilah kawan sebelum berjalan, berjiran sebelum berumah. Sesungguhnya orang yang cepat di dalam perjalanannya, orang akan bercakap mengenainya. Tutupi aurat saudara lelaki anda sebagaimana anda mengetahuinya pada anda.
       Maafilah kesalahan sahabat anda, suatu hari musuh anda akan menentang anda kerana memarahi orang yang dia tidak mampu memudaratkannya dahulu. Sesiapa takut kepada Tuhannya, maka dia akan menahan kezalimannya. Sesiapa yang tidak ragu-ragu di dalam percakapannya, maka dia akan menzahirkan kemegahannya. Sesiapa yang tidak mengetahui kebaikan daripada kejahatan, maka dia seperti binatang. Di antara kerosakan itu adalah menghilangkan bekalan. Alangkah kecilnya musibat jika dibandingkan dengan kefakiran esok. Keingkaran kamu adalah disebabkan dosa yang ada pada kamu. Alangkah hampirnya kerehatan daripada kepenatan dan keburukan daripada nikmat.
       Tidak dihitung kejahatan [jika] selepasnya syurga (wa maa syarrun bi-syarrin ba‘da-hu al-Jannatu) dan tidak dihitung kebaikan [jika] selepasnya neraka (wa maa khairun bi-khairin ba‘da-hu al-Naaru). Setiap nikmat selain daripada syurga adalah dihina (mahquur) dan setiap bala selain daripada neraka adalah afiat. Ketika memperbetulkan hati, akan terserlah dosa-dosa besar. Pembersihan amal adalah lebih sukar daripada amalan. Membersihkan niat daripada kerosakan adalah lebih sukar ke atas pelaku-pelakunya sepanjang jihad. Sekiranya tiada takwa, nescaya aku adalah Arab yang paling licik.
       Wahai manusia, sesungguhnya Allah t.a telah menjanjikan Nabi-Nya Muhammad s.a.w al-Wasilah[15] dan menjanjikan kepadanya kebenaran. Allah tidak akan mungkir janji-Nya. Sesungguhnya al-Wasilah adalah tangga ke syurga dan kemuncak yang dekat serta kesudahan matlamat cita-cita. Ia mempunyai seribu tangga dan perjalanan kuda dari satu tangga ke tangga yang lain mengambil masa seratus tahun. Di antara tangga ke tangga yang lain terdapat berbagai-bagai hiasan permata, berlian, jed, mutiara, zamrud, yaqut, delima, emas dan cahaya yang meliputi semua syurga.
       Rasulullah s.a.w pada masa itu duduk di atasnya berpakaian dengan dua lapisan pakaian. Satu lapisan daripada rahmat Allah dan satu lapisan lagi daripada cahaya Allah. Di atasnya mahkota kenabian dan kerasulan yang menyinari semua tempat dan aku pada hari itu mempunyai kedudukan yang tinggi di bawah darjatnya memakai dua lapisan pakaian. Satu lapisan daripada cahaya dan satu lapisan daripada kapur barus. Sementara para nabi dan para rasul berdiri di atas tangga. Begitu juga dengan pemuka-pemuka sepanjang zaman dan hujah-hujah sepanjang masa mengenai keimanan kami. Mereka semua diserikan dengan kelipan cahaya dan penghormatan.
       Para malaikat yang hampir dan para nabi yang diutuskan bergembira dengan cahaya-cahaya kami dan kebesaran kami. Di kanan al-Wasilah  dan di kanan Rasulullah s.a.w  awan berkumpul dan suara datang dari arahnya:
       Wahai ahli al-Mauqif, berbahagialah orang yang mencintai wasi dan beriman dengan Nabi al-Ummiyyi berbangsa Arab. Sesiapa yang kafir, maka neraka adalah tempatnya. Di kiri al-Wasilah dan di kiri Rasul s.a.w terdapat bayang dan suara datang dari arahnya:
       Wahai ahli al-Mauqif, berbahagialah orang yang mencintai wasi dan beriman dengan Nabi al-Umiyyi dan baginya para malaikat yang tinggi. Tiada seorangpun yang berjaya mendapat roh dan syurga melainkan dia  ikhlas kepada mereka berdua dan mengikuti bintang-bintang mereka berdua. Lantaran itu, percayalah, wahai ahli wilayah Allah dengan keputihan muka-muka kamu, kemuliaan tempat duduk kamu, kemuliaan tempat rujukan kamu dan dengan kemenangan kamu pada hari ini di atas katil-katil yang berhadapan.
       Wahai ahli penyelewengan (al-Inhiraaf) dan ahli penentangan kepada  Allah (al-sadud), Rasul-Nya, sirat-Nya dan pemuka-pemuka-Nya sepanjang zaman, percayalah dengan kehitaman muka-muka kamu dan kemurkaan Tuhan kamu sebagai balasan di atas apa yang kamu lakukan. Tiada seorang nabi atau rasul yang terdahulu melainkan dia memberitahu kepada umatnya mengenai rasul selepasnya dan memberitahu berita gembira mengenai Rasulullah s.a.w, berwasiat kepada kaumnya supaya mengikutinya, menjelaskannya di sisi kaumnya supaya mereka mengenalinya dengan sifatnya, mengikutinya di atas syariahnya agar mereka tidak sesat selepasnya.
       Justeru orang yang binasa atau sesat adalah selepas diberi peringatan mengenai keterangan dan penentuan hujah. Umat-umat mengharapkan kedatangan para rasul dan para nabi kepada mereka. Jika tiada nabi selepas nabi berlaku, maka ia merupakan suatu musibah yang besar kepada mereka. Lantaran itu, tiada musibah yang lebih besar berlaku seperti musibah Rasulullah s.a.w, kerana Allah telah menamatkan peringatan dengannya, memutuskan hujah di antara-Nya dan  makhluk-Nya. Dia telah menjadikannya sebagai pintu-Nya di antara-Nya dan hamba-hamba-Nya serta penguasanya di mana Dia tidak akan menerima apa jua ibadat dan pengorbanan kepada-Nya melainkan dengan ketaatan kepadanya. Dia berfirman di dalam Kitab-Nya Surah al-Nisa’(4): 80 “Sesiapa yang mentaati rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka
       Maka Dia telah mengiringi ketaatan kepada-Nya dengan ketaatan kepada Rasul-Nya, kemaksiatan kepada-Nya dan kemaksiatan kepada Rasul-Nya sebagai bukti penyerahan-Nya kepadanya. Justeru Rasul-Nya sebagai saksi dari pihak-Nya ke atas mereka yang mengikutinya atau menderhakainya di dalam beberapa ayat di dalam al-Qur’an, mendorong pengikut-pengikutnya supaya menerima seruannya. Antaranya di dalam Surah Ali Imran (3):31“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu”.
       Justeru mengikutinya s.a.w adalah mencintai Allah (mahabbatu l-Lah), keredaan-Nya adalah pengampunan dosa-dosa, kemenangan yang sempurna dan berhak syurga. Sedangkan berpaling daripadanya dan menentangnya adalah menentang Allah, menghadapi kemurkaan-Nya, dan jauh daripada-Nya. Lantaran itu, ia berhak neraka sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Hud (11):17 “Dan sesiapa di antara mereka (golongan Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir dengan al-Qur’an, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya” Iaitu keingkaran dan penderhakaan kepada-Nya. Sesungguhnya Allah t.w  menguji hamba-hamba-Nya denganku (imtahana bi ‘ibada-hu), dibunuh musuh-musuh-Nya di tanganku dan dimusnahkan penentang-penentang-Nya dengan pedangku.
       Dia telah menjadi aku hampir kepada para mukminin, ancaman kematian kepada penguasa-penguasa yang zalim. Dia telah memperkuatkan aku untuk menolong Rasul-Nya dan memuliakan aku dengan pertolongan-Nya. Dia telah memuliakan aku dengan ilmunya dan mencintai aku dengan hukum-hukum-nya. Dia telah menentukan aku dengan wasiatnya dan memilih aku mengganti tempatnya pada umatnya. Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan Muhajirin dan Ansar berhimpun di sekelilingnya sehingga majlis dipenuhi oleh orang ramai.
       Wahai manusia, sesungguhnya Ali adalah daripadaku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa melainkan tiada nabi selepasku”. Justeru mukminun mengetahui bahawa percakapan Rasul itu adalah daripada Allah, kerana mereka mengetahui bahawa aku bukanlah saudara lelakinya sama ada di sebelah bapanya  atau di sebelah ibunya sebagaimana Harun adalah saudara Musa di sebelah bapanya dan ibunya dan aku pula bukan seorang nabi (wa la kuntu nabiyyan) sehingga aku menjadi seorang nabi, tetapi itu semua adalah kerana beliau s.a.w melantik aku sebagai penggantinya sebagaimana Musa telah melantik Harun sebagai penggantinya sebagaimana Musa a.s berkata kepada saudaranya Harun di dalam Surah al-A ‘raf (7): 142 “Gantilah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikuti jalan golongan yang mengikuti kerosakan” Dan sabdanya s.a.w ketika satu golongan berkata: Kami adalah mewalikan Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w keluar untuk mengerjakan haji Wida’, kemudian pergi ke Ghadir Khum.
       Beliau s.a.w  memerintahkan supaya dibuat mimbar, kemudian beliau s.a.w menaikinya. Lalu beliau s.a.w  memegang lenganku sehingga dapat dilihat keputihan dua ketiaknya di dalam keadaan meninggikan suaranya sambil bersabda di hadapan orang ramai: Sesiapa yang menjadikan aku walinya, maka Ali adalah walinya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang menjadikannya wali dan musuhilah orang yang memusuhinya” (man kuntu maula-hu fa-‘Aliyyu maula-hu Allahumma wali man walaa-hu wa  ‘aadi-man  ‘aada-h). Justeru wilayahku adalah wilayah Allah dan permusuhan terhadapku adalah permusuhan terhadap Allah (kaanat ‘ala wilayatii wilayatu l-Lahi wa ‘ala adawatii  ‘adawatu l-Lahi).
       Kemudian Allah telah menurunkan pada hari itu firman-Nya di dalam Surah al-Ma’idah (5): 3 “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama-Ku dan telah Kucukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu menjadi agama kamu”. Wilayah aku adalah kesempurnaan  agama dan keredaan Tuhan (fa-kaanat wilayatii kamala al-Din wa ridha al-Rabb). Allah telah menurunkan ayat tersebut khusus mengenaiku, menghormatiku selayaknya dan suatu kelebihan daripada Rasulullah s.a.w mengenaiku. Dan firman-Nya di dalam Surah al- An‘am(6): 62 “Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah, Penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa segala hukum (pada hari itu) kepunyaan-Nya. Dan Dialah pembuat perhitungan yang paling cepat”
       Sekiranya aku menyebut kelebihan-kelebihanku, nescaya orang ramai mempebesar-besarkannya dan akan mengambil masa yang panjang. Sekiranya dua orang yang celaka [16](al-Asyqiyaani) merampas jawatan khalifah daripadaku dan menentangku, maka mereka berdua tidak mempunyai hak dan mereka melakukannya kerana kesesatan mereka (rakabaa-ha dhalalatan) serta kepercayaan mereka yang jahil. Lantaran itu, ia adalah sejahat-jahat perkara yang mereka kerjakan untuk diri mereka sendiri.
       Kemudian mereka berdua pula saling melaknati di antara satu sama lain berhubung dengan peranan masing-masing (yatala‘anaani fi dauri-hima). Mereka membersihkan diri masing-masing dengan berkata kepada sahabatnya apabila berjumpa: Mudah-mudahan di antara aku dan anda sejauh timur dan barat, maka dia adalah sejahat-jahat sahabat[17]. Maka yang paling celaka pula menjawab: Mudah-mudahan aku tidak pernah mengambil kamu sebagai seorang teman yang akrab. Sesungguhnya kamu telah menyesatkan aku daripada al-Dhikr (peringatan) selepas ia mendatangi aku. Dan sesungguhnya syaitan tidak mahu menolong manusia[18]. Maka akulah al-Dhikr (peringatan) yang mereka abaikan dan al-Sabil (jalan) yang mereka berdua menyimpang daripadanya. Akulah iman yang diingkari, al-Qur’an yang ditinggalkan (hujira), al-Din (agama) yang dibohongi dan sirat al-Mustaqim yang tidak mahu dilalui.
       Sekiranya mereka berdua berlumba-lumba bagi mendapatkan  habuan dunia dan kilauannya yang sementara, maka mereka berdua akan berada di neraka sejahat-jahat habuan, serugi-rugi delegasi, selaknat-laknat tempat kesudahan. Mereka berdua melaung-laung laknat (yatasarakhaani bi-l-La‘nati) dan penyesalan yang tidak berkesudahan. Tiada kerehatan bagi mereka berdua daripada azab mereka berdua.
       Sesungguhnya mereka (al-Qaum) masih menyembah dan memuja berhala-berhala (inna al-Qaum lan yazaluu ‘ubbada al-Authan). Mereka mengerjakan manasik, melakukan korban kepada berhala-berhala dengan berbagai-bagai cara sebagai penghubung dan mengundi nasib dengan panah menentang Allah dengan sengaja. Mereka jauh daripada petunjuk dan dikuasai syaitan serta ditutupi oleh kehitaman jahiliyah. Mereka membesar di atas kejahilan dan berakhir dengan kesesatan. Maka Allah telah mengeluarkan kami kepada mereka sebagai rahmat dan kami melayani mereka dengan kasihan belas.
       Dengan kamilah Dia menzahirkan cahaya daripada hijab-hijab kepada mereka yang memanfaatkannya, menjadi suatu kelebihan bagi orang yang mengikutinya, sebagai sokongan bagi orang yang membenarkannya. Justeru dapatkan kemulian selepas kehinaan, banyak selepas sedikit. Hati dan penglihatan mereka menjadi gerun. Penguasa-penguasa yang kejam dan pengikut-pengikut mereka akan menunduk serta bertukar menjadi ahli nikmat tersebut.
       Kekeramatan yang senang, keamanan selepas ketakutan dan persatuan selepas pertengkaran. Dengan kamilah bersinarnya kemegahan Mu‘ad bin ‘Adnan, kami membentangkan kepada mereka pintu petunjuk, kami memasukkan mereka Dar al-Salam. Kami pakaikan mereka dengan pakaian keimanan, lalu mereka berjaya kerana kami di alam semesta. Terserlah kesan-kesan kesalihan mereka pada masa Rasulullah s.a.w sebagai mujahid, pelaku solat dan iktikaf yang zuhud.
       Mereka menzahirkan sifat amanah dan mengejar pahala sehingga apabila Allah menyeru Nabi-Nya s.a.w dan mengangkatnya kepada-Nya, maka dengan sekelip mata sahaja mereka kembali ke belakang (kafir). Lantas mereka menimbulkan ketegangan, menzahirkan beberapa kumpulan penentang, merosakkan pintu dan meninggalkan rumah-rumah. Kemudian mereka mengubah sunah-sunah Rasulullah s.a.w (ghayyaruu aathar Rasulullah), membenci hukum-hukum-Nya. Mereka telah jauh daripada cahaya-cahaya-Nya. Lalu mereka menukar penggantinya.
       Mereka adalah golongan yang zalim. Mereka menyangka bahawa golongan yang memilih keluarga Abu Qahafah itu adalah lebih baik maqam mereka daripada maqam Rasulullah s.a.w dan daripada orang yang telah dipilih oleh Rasulullah s.a.w  sendiri ke maqamnya. Bagi mereka seorang Muhajir daripada keluarga Abu Qahafah itu adalah lebih baik daripada seorang Muhajir Ansar rabbani yang cerdik; Hasyim bin ‘Abd Manaf.
       Sesungguhnya pembohongan penyaksian pertama (awwal syahadah al-Zaur) telah berlaku di dalam Islam adalah penyaksian mereka bahawa sahabat mereka adalah pengganti Rasulullah s.a.w. Mengenai urusan Sa‘d bin ‘Ubadah, mereka tidakpun merujuk kepadanya, malah mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah pergi dan beliau s.a.w tidak melantik penggantinya (lam yastakhlif). Lantaran itu, Rasulullah s.a.w yang baik dan sumber berkat itu dijadikan bahan pembohongan pertama di dalam Islam. Hanya sedikit sahaja yang memahami akibat apa yang diasaskan oleh golongan yang terdahulu.
       Sekiranya mereka mempunyai pilihan daripada kecuaian, dipanjangkan umur, dilapangkan dari berpaling ke belakang, dapat mengurangkan tipu daya, berada di dalam keadaan yang tenang, mencapai angan-angan, maka sudah tentu Allah telah menangguhkan Syidad bin ‘Ad, Thamud bin ‘Abud dan Bal‘am bin Ba‘ur dengan mencucuri ke atas mereka nikmat zahir dan batin, kurniakan kepada mereka harta dan pembangunan yang banyak.
       Bumi akan mengeluarkan keberkatannya supaya mereka mengingati nikmat Allah, mengenali kehebatan-Nya, dan bertaubat kepada-Nya. Lantaran itu hendaklah mereka berhenti daripada keangkuhan. Apabila masa mereka tiba, Allah akan mengambil mereka dengan berbagai-bagai cara. Di kalangan mereka ada yang mati secara  tertimbus, suara teriakan, terbakar oleh bayang, gegaran dan ditelan bumi sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ankabut (29):40 “Dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri
       Sesungguhnya setiap ajal ditulis, apabila sampai masanya, jika didedahkan kepada kamu apa yang akan berlaku kepada golongan yang zalim dan kepada golongan yang paling rugi, nescaya kamu lari kepada Allah a.w daripada perbuatan mereka. Sesungguhnya aku pada kamu, wahai manusia, seperti Harun pada keluarga Fir‘aun, seperti pintu taubat pada Bani Israel, seperti bahtera Nuh pada kaum Nuh. Sesungguhnya akulah al-Naba’ al-‘Azim (berita yang besar), al-Siddiq al-Akbar (orang yang paling benar) Sedikit sahaja daripada kamu yang akan mengetahui apa yang dijanjikan. Ia merupakan sesuap makanan yang dimakan (lu‘qati al-Aakil), seteguk air yang diminum dan satu pukulan yang memeningkan. Kemudian mereka diikuti dengan kehinaan di dunia dan pada hari akhirat akan diazab. Allah tidak pernah lupa apa yang kamu perbuat.
       Justeru apakah balasan orang yang menentang hujah-Nya, menyalahi petunjuk-Nya, berpaling daripada cahaya-Nya, terlibat di dalam kezaliman terhadapnya, menukarkan air dengan kilauan, nikmat dengan azab, kemenangan dengan kecelakaan, kesenangan dengan kesusahan, kelapangan dada dengan kesempitan. Semuanya sebagai balasan kepada kejahatan perbuatan mereka. Justeru hendaklah mereka yakin dengan janji yang sebenar sebagaimana dijanjikan. Firman-Nya di dalam Surah Qaaf (50):42 “(Iaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya, itulah hari keluar (dari kubur). Sesungguhnya kami menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada kamilah tempat kembali. .(Iaitu) pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi kami

















                                   




                                

                             
                               





                                 BAHAGIAN KEDUA



Khutbah Al-Talutiyyah Amir Al-Mukminin A.S, Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka, Hadis Abu Abdullah A.S Bersama Al-Mansur, Hadis Musa A.S, Wasiat Abu Abdullah A.S, Tujuh Orang Bani Hasyim Dan Lain-Lain.

Khutbah Al-Talutiyyah Amir Al-Mukminin A.S.

       5. Muhammad bin Ali bin Mu‘ammar, daripada Muhammad bin Ali berkata: Abdullah bin Ayyub al-Asy‘ari telah memberitahu kami daripada ‘Umru al-Auzaa‘i daripada ‘Umar bin Syamar, daripada Salmah bin Kuhail daripada Abu al-Haitham al-Tihan bahawa Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah di Madinah, berkata:
       Segala puji bagi Allah Yang tiada tuhan melainkan Dia. Dia telah hidup tanpa kaif (bagaimana?), tiada bagi-Nya kaana (telah berlalu) yang memberi implikasi kaifa, aiana (di mana?),  fi syai’in (pada sesuatu) dan ‘ala syai’in (di atas sesuatu) yang memberi implikasi tempat. Dia bukanlah Qawiyyu (Yang Kuat) selepas Dia menjadikan sesuatu. Dia bukanlah lemah (dha‘iifan) sebelum Dia menjadikan sesuatu. Dia bukanlah merasa takut sebelum Dia menciptakan sesuatu. Dia tidak menyerupai sesuatu. Dia bukanlah sunyi daripada kerajaan sebelum menjadi sesuatu. Dia tidak sunyi daripada sesuatu selepas kehilangannya. Dia adalah Tuhan Yang Hidup tanpa hayat. Dia adalah Raja sebelum kewujudan rakyat dan Raja selepas ketiadaan rakyat.
       Tiada bagi Allah kaifa, aina dan had yang boleh diketahui. Tiada sesuatu yang menyerupaiNya. Dia tidak menjadi tua kerana kekekalan-Nya. Dia tidak menjadi lemah kerana ketakutan. Dia tidak takut sebagaimana takutnya makhluk-Nya kepada sesuatu, tetapi Dia  mendengar tanpa pendengaran (sam‘), melihat tanpa penglihatan (basar), kuat tanpa kekuatan daripada makhluk-Nya. Penglihatan dan pendengaran  tiada mencapaiNya. Apabila Dia kehendaki sesuatu Dia tidak perlu mesyuarat, demonstrasi dan pengalaman. Dia tidak bertanya kepada seseorang mengenai sesuatu daripada makhluk-Nya apa yang Dia kehendaki.
       Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan tetapi Dia mencapai penglihatan. Dia adalah halus dan pakar. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah sahaja dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Dia telah mengutusnya dengan petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya ke atas segala agama sekalipun dibenci oleh musyrikun. Maka beliau s.a.w telah menyampaikan risalah dengan dalil yang terang.
       Wahai umat yang telah ditipu (khudi‘at), lalu tertipu (fa-inkhda‘at), dan mengetahui penipuan orang yang menipunya (‘arafat khadi‘ata man khada‘a-ha), lantas berkeras di atas apa yang diketahuinya dan mengikut hawa nafsunya dengan angkuh. Kebenaran terserlah kepadanya, tetapi ia menentangnya. Jalan yang terang diselewengkannya. Demi Yang memecahkan biji-bijian dan menghidupkan jiwa,  sekiranya kamu mengambil ilmu daripada galiannya, meminum air daripada kemanisannya, menyimpan kebaikan pada tempatnya, mengambil jalan yang terang dan benar, nescaya kamu berjaya dan mendapat cahaya Islam.
       Lantaran itu, kamu dapat makan dengan mewah tanpa bebanan, dan tiada seorang muslim pun akan menzalimi kamu, begitu juga orang yang membuat perjanjian dengan kamu. Tetapi kamu telah memilih jalan kegelapan, lalu dunia menggelapkan kamu, menutup ke atas kamu pintu-pintu ilmu. Justeru kamu bercakap menurut hawa nafsu dan berselisih faham mengenai agama kamu. Lalu kamu memberi fatwa mengenai agama Allah tanpa ilmu. Kamu telah mengikuti golongan yang sesat, lalu mereka menyesatkan kamu.
       Kamu telah meninggalkan  para imam, lalu mereka meninggalkan kamu (tarak-tum al-A’immah fa-tarakuu-kum). Kemudian kamu mulai menghukum dengan hawa nafsu kamu. Apabila disebut sesuatu perkara, maka kamu bertanya ahli al-Dhikr. Dan apabila mereka memberi fatwa kepada kamu, maka kamu berkata itulah ilmu yang sebenar. Bagaimana kamu telah meninggalkannya dan menyalahinya pula? ! Betapa sedikit apa yang kamu dapat daripada semua tanaman kamu dan kamu akan mendapatinya tidak menepati sasaran (wakhim) apa yang kamu lakukan.
       Demi Yang memecahkan biji-bijian dan menghidupkan jiwa, sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa akulah sahabat kamu (khalifah) yang diperintahkan ke atas kamu. Sesungguhnya akulah orang yang alim kamu dan dengan ilmunya (ilmuku) akan membawa  kejayaan kepada kamu. Akulah wasi nabi kamu dan orang pilihan Tuhan kamu. Lisan cahaya kamu dan orang yang alim mengenai kepentingan kamu.
       Sedikit demi sedikit akan turun ke atas kamu apa yang dijanjikan dan apa yang telah diturunkan ke atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu. Allah akan bertanya kepada kamu mengenai para imam kamu, bersama-sama mereka kamu akan dihimpunkan dan kepada Allah nanti kamu akan pergi. Demi Allah sekiranya aku mempunyai bilangan para sahabat Talut atau bilangan ahli Badr, mereka seramai bilangan kamu, nescaya aku akan memukul kamu dengan pedang sehingga kamu cenderung kepada kebenaran dan menyahutinya. Itu adalah lebih baik, wahai Tuhanku, hukumlah di antara kami dengan kebenaran dan Engkau adalah sebaik-baik hakim.
       Kemudian beliau a.s keluar daripada masjid dan melihat tiga puluh ekor biri-biri, lalu beliau berkata: Demi Allah sekiranya aku mempunyai lelaki yang ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya seramai bilangan biri-biri ini, nescaya aku memecat anak lelaki [19]kepada perempuan[20] pemakan lalat daripada kekuasaannya. (la-azal-tu ibna aakilati al-Dhubaan ‘an mulki-hi).
       Beliau berkata: Apabila tiba waktu petang, tiga ratus enam puluh lelaki telah memberi baiah kepadanya di atas dasar kematian (‘ala al-Maut). Amir al-Mukminin a.s berkata : Mereka tidak menepati janji mereka supaya bercukur kepala (muhalliqan ) melainkan Abu Dhar, al-Miqdad, Huzaifah bin al-Yaman dan ‘Ammar bin Yasir. Salman adalah yang paling akhir datang di kalangan mereka.
       Kemudian beliau a.s mengangkat tangannya ke langit dan berkata: Sesungguhnya mereka telah menentang aku sebagaimana Bani Israel menentang Harun. Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyi dan apa yang kami luahkan, tiada sesuatupun di bumi dan di langit tersembunyi daripada Engkau. Matikanlah aku sebagai seorang muslim dan kaitkanlah aku dengan orang-rang yang soleh.
       Beliau a.s berkata: Sekiranya tiada perjanjian yang dijanjikan oleh Nabi al-Ummiyyi kepadaku, nescaya aku menyerang golongan yang menentang aku. Aku akan kirimkan kepada mereka petir maut, tetapi sedikit sahaja yang mengetahui.

Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka.
      
       6. Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Sahal bin Ziad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya berkata: Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Abu Basir datang. Beliau kelihatan resah dengan nafas yang tinggi. Apabila beliau duduk, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, apakah keresahan ini? Maka beliau berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, wahai anak lelaki Rasulullah, umurku telah tua, tulangku menjadi reput dan ajalku semakin hampir, tetapi aku masih tidak mengetahui mengenai apa yang akan berlaku kepadaku di akhirat kelak.
       Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, anda yang berkata sedemikian? Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kenapa aku tidak boleh berkata sedemikian? Maka beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa Allah memuliakan pemuda-pemuda (al-Syabaab) daripada kamu dan malu kepada golongan tua (al-Kuhul)? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bagaimana Dia memuliakan pemuda-pemuda di kalangan kita dan Dia malu kepada golongan tua?
       Beliau a.s. berkata: Dia memuliakan pemuda-pemuda daripada kamu supaya Dia tidak menyeksa mereka dan Dia malu kepada golongan tua daripada kamu supaya Dia tidak menghisabkan mereka. Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, adakah ini khusus untuk kita atau untuk semua ahli tauhid? Beliau a.s berkata: Tidak, demi Tuhan ia khusus untuk kamu dan bukan untuk orang lain. Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kami telah melakukan perkara yang buruk, belakang kami telah pecah, hati kami telah mati, penguasa-penguasa telah menghalalkan darah kami di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh para ulama mereka[21].
Beliau a.s. berkata: al-Rafidhah?  Abu Basir berkata: Ya. Beliau a.s. berkata: Bukan mereka yang telah menamakan kamu dengannya, malah Allah yang telah menamakan kamu dengan nama tersebut. Tidakkah kamu mengetahui, wahai Abu Muhammad, bahawa bersama Fir‘aun adalah tujuh puluh lelaki daripada Bani Israel yang beragama dengan agamanya. Ketika ternyata bagi mereka kesesatan Fir‘aun dan hidayat Musa, maka mereka Rafadhuu (menolak) Fir‘aun.
Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam kem Musa dan dikenali sebagai  orang yang kuat beribadat dan berijtihad. Mereka telah menolak Fir‘aun. Maka Allah telah mewahyukan kepada Musa supaya menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat. Sesungguhnya aku telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama ini sehingga Dia  menamakan kamu dengannya. Wahai Abu Muhammad, mereka telah menolak kebaikan dan kamu menolak kejahatan. Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan Syi‘ah, tetapi kamu telah menjadi Syi‘ah Ahlu l-Bait Nabi kamu. Maka kamu telah berpegang kepada apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah dipilihkan oleh Allah. Maka bergembiralah dan berikan khabar gembira ini kepada mereka.
Kamu, demi Tuhan, dirahmati, diterima kebaikan kamu, diampuni kejahatan kamu. Siapa yang tidak berjumpa dengan Allah seperti kamu, maka Allah tidak akan menerima amalan baiknya  dan tidak memaafkan kejahatannya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad,   sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya meluruhkan dosa-dosa daripada belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pohon pada masa luruhnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syura (42):5 “Para malaikat bertasbih  dan memuji Tuhan mereka dan memohon ampun bagi golongan yang ada di bumi” Istighfaruu-hum. Permohonan ampun oleh para malaikat adalah untuk kamu bukan untuk alam ini. Adakah aku telah menggembirakan kamu, wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Ahzab (33):23 “Di antara golongan mukmin itu ada golongan yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur,dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu,dan mereka sedikit pun tidak mengubah(janjinya)
Demi Allah, sesungguhnya Dia tidak maksudkan selain daripada kamu, kerana kamu telah menyempurnakan perjanjian kamu (mithaqa-kum) mengenai wilayah kami dan kamu tidak menukarkan kami dengan orang selain daripada kami. Jika kamu tidak berbuat sedemikian, nescaya Allah akan menghina kamu sebagaimana Dia telah menghina orang lain selain daripada kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-A‘raaf (7):102 “Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji, sesungguhnya kami mendapati kebanyakan mereka golongan yang fasiq”. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Zukhruf (43): 67 “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali golongan yang bertakwa” Makhluk, demi Tuhan, besok menjadi musuh selain daripada kami dan Syi‘ah kami. Allah tidak maksudkan dengan al-Muttaqiin selain daripada kami dan selain daripada Syi‘ah kami. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beliau a.s berkata: Allah telah mengumpulkan kami, wali kami dan musuh kami di dalam satu ayat di dalam Kitab-Nya Surah al-Zumar (39):9 “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
       Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, demi Tuhan, Dia tidak mengecualikan seorang di kalangan para wasi dan pengikut mereka selain daripada Amir al-Mukminin a.s, dan Syi‘ahnya.  Allah berfirman di dalam Surah al-Dukhaan  (44) :41-2 “Iaitu hari seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikit pun dan mereka tidak akan dapat pertolongan, kecuali golongan yang diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” 
       Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan dengan “rahmat”  selain daripada Amir al-Mukminin a.s dan Syi‘ahnya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
       Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya, maka Dia telah mewajibkan keampunan untuk kamu. Dia berfirman dalam Surah al-Zumar (39):53 “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya” Demi Tuhan, Dia tidak maksudkannya selain daripada kamu. Adakah aku telah mengembirakan kamu, wahai Abu Muhammad?
       Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut dan melindungi  kamu daripada syaitan yang dilaknati di dalam Kitab-Nya Surah al-Hijr (15): 42 dan Surah al-Israa’(17): 65 “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka”
       Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kita dan selain daripada Syi‘ah kita (ma‘anna ghaira-na wa ghaira syi‘ati-na). Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
       Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Nisa’ (4): 69 “Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama  dengan golongan yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqin, golongan yang mati syahid dan golongan soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”
Muhammad s.a.w adalah al-Nabiyyin, kami adalah al-Siddiqin dan al-Syuhada’, dan kamu adalah al-Salihun. Kamu dinamakan dengan al-Salihin sebagaimana Allah telah menamakan kamu. Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Sad (38):62 “Dan (golongan derhaka) berkata: Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan jahat” Kamu yang akan dicari di neraka berada di syurga, demi Tuhan, kamu dihormati. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, tiada satu ayatpun yang membawa kepada syurga dan menyebut ahlinya dengan kebaikan melainkan ia adalah untuk kita dan Syi‘ah kita. Tiada satu ayatpun yang menyebut ahlinya dengan kejahatan dan membawanya ke neraka melainkan ia adalah untuk musuh kita (hiya fi ‘aduwwi-na) dan orang yang menyalahi kita (man khaalafa-na). Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?
       Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, bukan di atas millah (agama) Ibrahim selain daripada kita dan Syi‘ah kita, sementara orang lain terlepas daripadanya. Wahai Abu Muhammad, adakah aku telah menggembirakan anda? Di dalam riwayat yang lain, Abu Basir berkata: Cukuplah.

Hadis Abu Abdullah A.S Bersama Al-Mansur Sewaktu Pembarisannya.

       7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada sebahagian sahabatnya dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Hamraan berkata: Abu Abdullah a.s berkata bahawa mereka telah menyebut di sisinya mengenai kejahatan Syi‘ah di sisi mereka, lalu beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku telah berjalan bersama-sama Abu Ja‘far al-Mansur[22] yang berada di atas kuda di dalam pembarisannya. Di hadapan dan di belakangnya beberapa ekor kuda sedangkan aku berada di atas seekor keldai di sampingnya.
       Al-Mansur berkata kepadaku: Wahai Abu Abdullah, sepatutnya anda bergembira dengan kekuatan yang dikurniakan Allah kepada kita dan memberikan kita kemuliaan, tetapi janganlah anda memberitahu orang ramai bahawa anda dan keluarga anda (ahli baiti-ka) adalah lebih berhak daripada kami, nanti anda menentang kami melalui mereka. Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mengangkat perkara ini kepada anda daripadaku, maka dia berbohong. Al-Mansur berkata kepadaku : Adakah anda mahu bersumpah apa yang anda katakan?
       Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah sahirah[23]; mereka suka merosakkan hati anda terhadapku. Kami lebih berhajat kepada anda daripada anda berhajat kepada kami, lalu beliau berkata kepadaku: Adakah anda teringat pada suatu hari aku telah bertanya kepada anda adakah kita mempunyai raja? Anda berkata: Ya, perkara itu sudah lama, ia adalah panjang dan lebar. Kamu sentiasa menangguhkan urusan kamu dan kelapangan dunia kamu sehingga kamu mengenakan darah haram daripada kami pada bulan Ramadhan di negeri Haram. Justeru aku mengetahui bahawa beliau telah menghafaz hadis, maka aku berkata: Mudah-mudahan Allah a.w mencukupkan anda dan aku bukan menentukan anda dengan perkara ini. Sesungguhnya ia adalah hadis yang anda riwayatkan.
       Mudah-mudahan orang lain daripada keluarga anda akan melaksanakannya. Lantas beliau terdiam. Apabila aku pulang ke rumahku, beberapa pengikut aku datang kepadaku, berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, demi Allah, aku telah melihat anda sewaktu pembarisan Al-Mansur. Anda berada di atas keldai dan beliau berada di atas kuda. Beliau telah memuliakan anda dengan bercakap-cakap dengan anda seolah-olah anda di bawahnya. Aku berkata: Di antara aku dan diri aku, ini adalah hujah Allah di atas makhluk-Nya dan sihib al-Amr (imam) yang diikuti. Dan yang seorang lagi, pelaku kezaliman, membunuh anak-anak nabi, mengalirkan darah di bumi dengan cara yang dibenci oleh Allah sedangkan beliau di dalam pembarisannya.
       Ketika  anda berada di atas seekor keldai, aku didatangi oleh perasaan syak sehingga aku takut di atas agamaku dan diriku. Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya anda melihat para malaikat di sekeliling aku, di hadapan, di belakang, di kanan dan di kiriku, nescaya anda memperkecilkan al-Mansur dan memperkecilkan kudanya. Maka beliau berkata: Sekarang hatiku menjadi tenang (sakana qalbi).
       Beliau a.s berkata: Bilakah mereka akan berhenti rehat? Aku berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa setiap sesuatu ada masanya. Beliau a.s berkata: Ya, maka aku berkata: Adakah ilmu anda memanfaatkan anda bahawa perkara ini apabila ia datang, maka ia adalah lebih cepat daripada kelipan mata? Sesungguhnya jika anda mengetahui keadaan mereka di sisi Allah, maka anda akan lebih memarahi mereka. Sekiranya anda bekerja keras atau seluruh ahli bumi bekerja keras untuk memasukkan mereka (ke neraka) sejajar dengan dosa mereka, nescaya mereka tidak mampu. Lantaran itu, syaitan tidak akan menggoda anda kerana kemuliaan adalah untuk Allah, Rasul-Nya dan mukminin, tetapi munafikin tidak mengetahui.
       Tidakkah anda mengetahui bahawa sesiapa yang menanti urusan kita,  bersabar di atas kesakitan dan ketakutan, maka dia nantinya di dalam kumpulan kita (fi zumrati-naa). Apabila anda melihat kebenaran telah mati, ahlinya tiada lagi dan anda melihat kezaliman meliputi seluruh negara, anda melihat al-Qur’an telah diselewengkan, berlakulah apa yang sepatutnya tidak berlaku mengikut hawa nafsu. Anda melihat agama tidak berfungsi lagi, anda melihat ahli kebatilan menguasai ahli kebenaran, anda melihat kejahatan secara terang-terangan tanpa larangan dan pelakunya dimaafkan.
       Anda melihat kefasiqan terserlah; lelaki memadai dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan, anda melihat mukmin berdiam diri, kata-katanya tidak diterima, anda melihat orang yang fasiq tidak dimengenai pembohongannya, anda melihat orang muda memperkecilkan orang tua, anda melihat pertalian silaturahim terputus, anda melihat orang yang dipuji kerana kefasiqannya, tetapi kata-katanya tidak ditolak, anda melihat hamba lelaki (ghulam) melakukan apa yang dilakukan oleh perempuan.
       Anda melihat perempuan mengahwini perempuan, anda melihat pujian menjadi banyak, anda melihat lelaki membelanjakan hartanya bukan kerana ketaatan kepada Allah, tidak dilarang, anda melihat pemerhati (al-Nazir) berlindung dengan Allah apabila dia melihat kesungguhan mukmin menentang perkara tersebut. Anda melihat jiran menyakiti jirannya, tanpa penentangan, anda melihat orang kafir bergembira apabila dia melihat apa yang berlaku ke atas mukmin, berpesta apabila dia melihat kerosakan di bumi. Anda melihat khamr diminum secara terang-terangan dan ia dapat mengumpulkan golongan yang tidak takutkan Allah a.w.
       Anda melihat perkara yang baik (ma‘ruf) menjadi hina, anda melihat orang fasiq melakukan apa yang tidak dicintai Allah dan dipuji. Anda melihat Ashaab al-Aayaat (para imam a.s) dihina dan golongan yang mencintai mereka juga dihina. Anda melihat jalan kebaikan terputus, dan jalan kejahatan dilalui. Anda melihat Baitullah diperintahkan supaya ditinggalkan.  Anda melihat lelaki berkata apa yang dia tidak melakukannya. Anda melihat lelaki menggemukkan diri mereka untuk lelaki dan perempuan pula untuk perempuan.
       Anda melihat hasil pendapatan lelaki daripada duburnya dan pendapatan perempuan daripada farajnya. Anda melihat perempuan menghadiri majlis sebagaimana dihadiri oleh lelaki. Anda melihat sifat kewanitaan pada anak-anak lelaki Abbas terserlah. Mereka menzahirkan inai dan menyikat rambut sebagaimana seorang isteri melakukannya kepada suaminya. Mereka memberi harta kepada lelaki kerana faraj mereka.
       Orang yang mempunyai harta adalah lebih mulia daripada mukmin. Riba adalah terserlah tanpa malu lagi. Zina adalah menjadi kemegahan wanita. Isteri menggalakkan suaminya supaya mengahwini lelaki. Anda melihat kebanyakan orang ramai dan sebaik-baik perkara adalah orang yang menolong perempuan kerana kefasiqan mereka. Anda melihat mukmin dukacita, hina dan diperkecil-kecilkan. Anda melihat bid‘ah dan zina terserlah. Anda melihat orang ramai berpegang kepada penyaksian palsu. Anda melihat perkara yang haram dihalalkan dan perkara yang halal diharamkan.
       Anda melihat agama dengan pendapat (al-Ra’yi). Kitab dan hukumnya ditangguhkan. Anda melihat di waktu malam tanpa sembunyi melakukan kemaksiatan kepada Allah. Anda melihat seorang mukmin tidak mampu menentangnya melainkan dengan hatinya. Anda melihat betapa banyaknya harta dibelanjakan di dalam kemurkaan Allah a.w. Anda melihat penguasa-penguasa mendekatkan diri mereka dengan golongan kafir dan menjauhi golongan yang baik.
       Anda melihat penguasa-penguasa menerima rasuah di dalam pemerintahan, dan anda melihat wilayah boleh ditambahkan. Memadai dinikahkan perempuan-perempuan yang mempunyai pertalian kerabat sahaja. Anda melihat seorang lelaki dibunuh semata-mata kerana tuduhan dan sangkaan. Anda melihat lelaki malu untuk menyetubuhi perempuan dan anda melihat lelaki memakan hasil pelacuran isterinya. Anda melihat isteri memaksa suaminya dan melakukan apa yang suaminya tidak gemari dan membelanjakan harta suaminya.
       Anda melihat lelaki menjadikan isteri dan hamba perempuannya sebagai buruh dan meredai dengan makanan dan minuman yang sedikit. Anda melihat iman kepada Allah adalah banyak, tetapi ia dilakukan secara pembohongan. Anda melihat perjudian terserlah.
       Anda melihat khamr dijual secara terang-terangan tanpa halangan. Anda melihat wanita mengorbankan diri mereka kepada golongan kafir. Anda melihat tempat-tempat hiburan terserlah, tiada seorang pun berani melarang orang lain dari mendekatinya. Anda melihat orang yang mulia dihina oleh orang yang takutkan penguasa. Anda melihat orang yang paling hampir dengan penguasa-penguasa adalah orang yang dipuji kerana mencaci kami Ahlu l-Bait (man yumtadahu bi-syamti-na ahli l-Bait).
       Anda melihat orang yang mencintai kami dibohongi (yuzawwar) dan tidak diterima penyaksiannya. Anda melihat pembohongan ditingkatkan bagi menentangnya. Anda melihat al-Qur’an telah menjadi keberatan kepada orang ramai mendengarnya, orang ramai lebih senang mendengar kebatilan. Anda melihat jiran menghormati jirannya kerana takutkan lidahnya. Anda melihat hukum hudud ditangguhkan dan dilakukan mengikut hawa nafsu. Anda melihat masjid dihiasi.
       Anda melihat orang yang paling benar di sisi orang ramai adalah pembohong yang licik. Anda melihat kejahatan terserlah dan cacian dilakukan. Anda melihat kezaliman tersebar. Anda melihat umpatan digalakkan. Anda melihat amalan haji dan jihad bukan kerana Allah. Anda melihat kuasa mukmin dihina oleh orang kafir. Anda melihat kerosakan digantikan dengan pembangunan. Anda melihat pendapatan lelaki daripada penipuan timbangan. Anda melihat pengaliran darah dipandang ringan. Anda melihat lelaki mengejar pangkat kerana dunia dan memasyhurkan dirinya dengan kejahatan lidahnya bagi menjaga dirinya.
       Anda melihat solat dipandang ringan. Anda melihat lelaki di sisinya harta yang banyak, tetapi tidak pernah mengeluarkan zakat hartanya. Anda melihat mayat dicuri dari kuburnya dan dijual kain kapannya. Anda melihat hasutan semakin banyak. Anda melihat lelaki menjadi mabuk tanpa mempedulikan orang ramai. Anda melihat binatang-binatang ternakan disetubuhi. Anda melihat lelaki keluar surau dan kembali tanpa pakaian di atasnya.
       Anda melihat hati manusia telah menjadi keras dan mata mereka menjadi keras, dan sukar menasihati mereka. Anda melihat riba terserlah dan berlumba-lumba dengannya. Anda melihat orang yang mengerjakan solat supaya dia dilihat oleh orang ramai. Anda melihat seorang fakih berkhidmat bukan kerana agama, mengejar dunia dan pangkat. Anda melihat orang ramai bersama orang yang menang. Anda melihat orang yang mencari rezeki yang halal dihina dan orang yang mencari rezeki yang haram dipuji dan diperbesar-besarkan.
       Anda melihat al-Haramain dilakukan pada kedua-duanya  perkara yang dibenci oleh Allah, tiada yang menghalangnya daripada amalan yang buruk. Anda melihat piano secara terang-terangan di al-Haramain. Anda melihat lelaki bercakap sesuatu kebenaran, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, lalu seorang akan menasihatinya pada dirinya dan berkata: Ini adalah perkara yang tidak benar.
       Anda melihat orang ramai melihat di antara satu sama lain, lalu mengikut ahli kejahatan. Anda melihat jalan kebaikan sunyi tanpa dilalui orang. Anda melihat mayat digerakkan, tetapi seorang pun tidak merasa takut dengannya. Anda melihat setiap tahun meningkatnya kejahatan dan bid‘ah. Anda melihat orang ramai hanya mengikut golongan kaya. Anda melihat orang yang berhajat diberi sesuatu kepadanya dengan ketawa dan dilakukan bukan kerana Allah.
       Anda melihat ayat-ayat di langit[24] tidak ditakuti oleh seorang pun. Anda melihat orang ramai bersekedudukan sebagaimana binatang-binatang. Tiada yang melarangnya kerana takut. Anda melihat lelaki membelanjakan banyak harta pada bukan ketaatan kepada Allah dan menghalang harta yang sedikit kerana ketaatan kepada Allah. Anda melihat penderhakaan kepada kedua-dua ibu bapa terserlah, tidak melayani ibu bapa sehingga kedua-duanya menjadi orang yang paling buruk di sisi anaknya. Malah anaknya bergembira jika berbohong kepada mereka berdua.
       Anda melihat wanita-wanita menguasai semua perkara menurut hawa nafsu mereka. Anda melihat anak lelaki menipu bapanya,  menentangnya dan bergembira dengan kematian ibu bapanya. Anda melihat lelaki apabila berlalu hari tanpa melakukan dosa besar; pengurangan timbangan, meminum minuman yang memabukkan, dia akan berdukacita di atas kehilangan hari tersebut. Anda melihat penguasa memonopoli makanan, anda melihat khamr digunakan di dalam perubatan. Anda melihat orang ramai sama sahaja di dalam meninggalkan makruf dan melarang kemungkaran..
       Anda melihat pengaruh munafikin terserlah dan pengaruh ahli kebenaran menurun. Anda melihat azan dibayar dan solat dibayar. Anda melihat masjid-masjid dipinggirkan, hanya didatangi oleh mereka yang tidak takutkan Allah bagi tujuan mengumpat dan memakan daging-daging ahli kebenaran. Mereka bercakap-cakap mengenai minuman yang memabukkan. Anda melihat orang yang mabuk mengerjakan solat bersama orang ramai. Apabila dia mabuk, maka dia dihormati dan dilayani, tanpa diberi balasan kerana kemabukannya.
       Anda melihat orang yang memakan harta anak yatim dipuji kerana kebaikannya. Anda melihat para kadi memberi hukuman menyalahi hukum Allah. Anda melihat penguasa-penguasa mempercayai pengkhianat kerana ketamakan. Anda melihat harta pusaka diperuntukkan oleh penguasa-penguasa untuk ahli fasiq dan orang berani menentang Allah. Mereka mengambil apa yang mereka mahu dan meninggalkan apa yang mereka tidak mahu. Anda melihat mimbar-mimbar masjid diperintahkan supaya bertakwa, tetapi orang yang berkata tidak beramal dengan apa yang dikatakannya.
       Anda melihat solat dipandang ringan. Anda melihat sedekah diberikan bukan kerana Allah. Ia diberikan di atas permintaan. Anda melihat orang ramai mementingkan perut dan kemaluan, mereka tidak peduli apa yang mereka makan dan apa yang mereka kahwini. Anda melihat dunia mendatangi mereka dan anda melihat bendera-bendera kebenaran diturunkan. Justeru berhati-hatilah dan pohonlah kejayaan kepada Allah.
       Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia di dalam kemurkaan Allah, tetapi Dia menangguhkannya [azab] kerana sebab-sebab tertentu. Lantaran itu, berwaspadalah supaya Allah melihat anda menyalahi perbuatan mereka jika Dia menurunkan azab kepada mereka. Jika anda berada di kalangan mereka, maka anda bersegera kepada rahmat Tuhan. Jika anda terlewat, mereka diuji. Sedangkan anda telah keluar daripada keadaan mereka yang berani menentang Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala mereka yang melakukan kebaikan dan sesungguhnya rahmat Allah adalah hampir kepada mereka yang membuat baik.

Hadis Musa A.S.

       8. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada ‘Umru bin ‘Uthman, daripada Ali bin Isa secara marfuu’ berkata: Sesungguhnya Musa a.s telah dimunajatkan oleh Allah t.w, lalu Dia berfirman kepadanya: Wahai Musa, janganlah kamu berangan-angan  panjang umur di dunia, maka ia akan mengeraskan hati kamu dan orang keras hatinya adalah jauh daripada-Ku.
       Wahai Musa, jadilah kegembiraan kamu pada-Ku, kerana kegembiraan-Ku adalah ketika Aku ditaati, maka Aku tidak akan diderhakai. Matikan  hati kamu dengan ketakutan. Sembunyikan pakaian kamu yang sederhana dengan hati yang baru daripada penghuni bumi, meskipun kamu dikenali oleh penghuni langit. Hiasilah rumah-rumah dengan lampu-lampu malam dan berdoalah kepada Aku sebagai doa golongan yang sabar. Meraunglah kepada Aku kerana dosa kamu yang banyak seperti raungan orang berdosa yang lari daripada musuhnya. Pohonlah pertolongan kepada Aku, kerana Aku adalah sebaik-baik penolong. 
       Wahai Musa, sesungguhnya Aku adalah Tuhan kepada hamba-hamba-Ku, hamba-hamba-Ku adalah di bawah-Ku dan kepada-Ku mereka kembali. Janganlah kamu memberi amanah kepada anak lelaki kamu melainkan ia seperti kamu mencintai para salihin.
       Wahai Musa, basuh dan mandilah serta hampirilah para salihin. Wahai Musa, jadilah kamu imam mereka di dalam solat dan imam di dalam pertengkaran mereka. Hukumlah di antara mereka menurut apa yang Aku telah turunkan kepada kamu. Sesungguhnya Aku telah menurunkan kepada kamu hukum yang terang, hujah yang pemutus dan cahaya yang bercakap pada mereka yang terdahulu dan terkemudian.
       Aku berwasiat kepada kamu, wahai Musa, dengan wasiat yang penuh kasihan belas dan dengan Isa bin Maryam, pemilik keldai betina, pemilik jubah, minyak zaitun, mihrab dan selepasnya pemilik unta betina merah, baik dan bersih. Umpamanya di dalam Kitab kamu seperti mukmin yang menguasai Kitab kesemuanya, rukuk, sujud, pengasih, dan warak. Saudara-saudaranya adalah golongan miskin dan penolong-penolongnya adalah kaum yang lain. Pada zamannya akan berlaku gempa bumi dan pembunuhan, harta yang sedikit, namanya Ahmad, Muhammad al-Amin daripada golongan awal yang sedikit.
       Dia beriman dengan semua kitab, membenar semua para rasul dan para nabi. Umatnya dirahmati dan mendapat berkat selama mereka berada di dalam agama yang sebenar. Mereka mempunyai  waktu tertentu untuk mengerjakan solat sebagai tugasan seorang hamba kepada Tuhannya. Justeru kamu ikutilah dia, kerana dia adalah saudara kamu. 
       Wahai Musa, sesungguhnya dia adalah seorang ummiyyu                  hamba yang benar dan diberkati sebagaimana ia di dalam ilmu-Ku dan demikianlah Aku telah menciptakannya. Dengannya Aku membuka hari Kiamat dan dengan umatnya Aku menamatkan segala anak kunci dunia. Lantaran itu, hadapilah kezaliman Bani Israel supaya mereka tidak memadamkan namanya dan menghinanya, tetapi mereka akan melakukannya. Cinta-Ku kepadanya adalah suatu kebaikan. Lantaran itu, Aku bersamanya dan Aku daripada partinya. Dia adalah daripada parti Aku dan parti mereka akan menang.
       Maka sempurnalah sudah kalimat-Ku bahawa Aku akan menzahirkan agamanya di atas segala agama. Aku akan disembah pada setiap tempat. Aku akan menurunkan kepadanya al-Qur’an (al-Furqan) sebagai penyembuh kepada apa yang ada di dada daripada kekotoran syaitan. Justeru berselawatlah ke atasnya, kerana Aku sendiri berselawat ke atasnya begitu juga para malaikat-Ku.
       Wahai Musa, engkau adalah hamba-Ku dan Aku adalah Tuhan engkau. Janganlah engkau menghina orang yang hina dan miskin. Janganlah engkau menggembirakan orang yang kaya dengan suatu pemberian yang menyenangkan. Jadilah engkau seorang yang khusyuk ketika mengingati Aku dan ketika membaca Taurat sebagai seorang yang tamak kepada nikmat-Ku. Bacalah kepada Aku kelazatan Taurat dengan suara yang khusyuk dan dukacita. Ketenangan ketika mengingatiKu. Sembahlah Aku dan janganlah melakukan syirik kepada-Ku, sesungguhnya Aku adalah Tuan Yang Besar (al-sayyid al-Kabir).
       Sesungguhnya Aku telah menjadikan engkau daripada air mani yang hina, daripada campuran tanah yang hina. Kemudian ia menjadi seorang manusia. Maka Akulah yang membuatnya (saani‘u-hu). Maha Suci zat-Ku dan Maha Suci pembuatan-Ku. Tiada sesuatu yang menyerupai-Ku dan Aku sentiasa hidup tanpa kematian.
       Wahai Musa, jadilah engkau jika berdoa kepada-Ku, seorang yang takut dan lemah, tutuplah muka engkau untuk-Ku dengan tanah (‘affir wajha-ka) dan sujudlah kepada-Ku dengan kemuliaan badan engkau. Berdoalah kepada-Ku di dalam keadaan berdiri. Bermunajatlah kepada-Ku dengan perasaan takut daripada hati yang lemah. Amallah Taurat-Ku pada masa hidup engkau, memberitahu kepada golongan yang jahil yang memuji-Ku dan memberi ingat kepada mereka mengenai nikmat-Ku. Katakan kepada mereka supaya mereka tidak melampaui batas kerana azab-Ku adalah pedih.
       Wahai Musa, apabila tali anda terputus daripada-Ku, maka ia tidak akan bersambung dengan tali lain selain daripada-Ku. Justeru sembahlah Aku dan berdirilah di hadapan-Ku sebagai seorang hamba yang hina dan miskin. Cacilah diri engkau, kerana ia adalah lebih layak dengan celaan dan janganlah engkau memanjangkan Kitab-Ku kepada Bani Israel. Lantaran itu, cukuplah dengan ini sebagai penasihat dan pencerahan kepada hati engkau. Ia adalah firman Tuhan alam semesta.
       Wahai Musa, apabila engkau menyeru kepada-Ku dan mengharapkan Aku, maka Aku akan mengampuni engkau di atas apa yang berlaku daripada engkau. Langit bertasbih kepada-Ku dengan rendah diri dan para malaikat kerana takutkan Aku mereka berkhidmat. Bumi bertasbih kepada-Ku kerana tamak. Malah semua makhluk bertasbih kepada-Ku. Kemudian hendaklah engkau mengerjakan solat, kerana solat adalah daripada-Ku dan ia mengandungi janji-Ku. Di antara janji-Ku adalah zakat, korban daripada harta yang baik, kerana Aku tidak akan menerimanya melainkan yang baik dan semata-mata kerana-Ku.
       Sertailah bersamanya [solat) akan silaturahim, kerana Aku adalah Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku telah menciptakannya daripada rahmat-Ku supaya hamba-hamba-Ku berkasih sayang. Bagi-Ku kuasa mengenainya di akhirat. Aku memutus sesiapa yang memutus silaturahim dan menyambung sesiapa yang menyambungkannya. Demikianlah Aku lakukan kepada orang yang mensia-siakan urusan-Ku.
       Wahai Musa, hormatilah peminta sedekah apabila dia mendatangi engkau dengan penolakan yang baik atau pemberian yang sedikit, kerana engkau akan didatangi oleh orang yang bukan jin dan bukan manusia. Malaikat Tuhan yang menguji engkau bagaimana engkau menangani apa yang sewajarnya atau bagaimana pengorbanan engkau?
       Justeru khusyuklah kepada-Ku dengan membaca al-Kitab dan ketahuilah bahawa Aku menyeru engkau dengan seruan Pemilik akan hamba-Nya dengan tujuan menyampaikan kemuliaan kedudukannya. Itu adalah antara kelebihan Aku kepada engkau dan bapa-bapa engkau yang terdahulu.
       Wahai Musa, janganlah engkau melupai Aku pada setiap masa. Janganlah engkau bergembira dengan harta yang banyak, kerana melupai Aku akan mengeraskan hati dan memiliki harta yang banyak akan membanyakkan dosa. Bumi mentaati-Ku, langit mentaati-Ku dan laut mentaati-Ku. Lantaran itu, derhaka kepada-Ku adalah kecelakaan daripada jin dan manusia. Aku Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Pemurah pada setiap zaman, Aku mendatangi kesusahan selepas kesenangan dan kesenangan selepas kesusahan, raja-raja selepas raja-raja. Kerajaan-Ku adalah selama-lamanya tanpa hilang. Tiada suatu pun yang terlindung daripada-Ku baik di bumi mahupun di langit. Bagaimana ia tersembunyi daripada-Ku sedangkan Akulah yang melakukannya dan bagaimana hemah atau cita-cita engkau selain daripada apa yang ada di sisi-Ku dan kepada Aku engkau pasti akan kembali.
       Wahai Musa, jadilah Aku sebagai pelindung engkau. Letakkanlah simpanan engkau yang baik. Takutlah kepada-Ku dan janganlah engkau takutkan kepada selain daripada-Ku dan kepada-Ku engkau kembali. Wahai Musa, kasihanilah orang yang lebih rendah daripada engkau dan janganlah engkau hasad kepada orang yang melebihi engkau, kerana hasad akan memakan kebaikan seumpama api memakan kayu.
       Wahai Musa, sesungguhnya dua orang anak lelaki Adam telah melakukan tawaduk di dalam satu kedudukan bagi mencapai kelebihan-Ku dan rahmat-Ku, lalu kedua-duanya telah melakukan pengorbanan, maka Aku tidak menerimanya melainkan daripada golongan yang bertakwa. Maka keadaan mereka berdua Aku telah mengetahuinya, maka bagaimana engkau percaya kepada sahabat selepas saudara lelaki dan wazir (pembantu) anda (Harun)?
       Wahai Musa, tinggalkan kemegahan dan keangkuhan. Ingatlah bahawa engkau adalah penghuni kubur. Justeru ia akan menghalang engkau daripada syahwat. Wahai Musa, bersegeralah bertaubat dan akhirilah dosa. Berwaspadalah di hadapan-Ku di dalam solat dan janganlah engkau mengharapkan selain daripada-Ku. Ambillah Aku sebagai perisai di dalam kesusahan dan benteng di dalam segala perkara.
       Wahai Musa, bagaimana makhluk akan khusyuk kepada-Ku sedangkan ia tidak mengetahui kelebihan-Ku. Bagaimana ia mengetahui kelebihan-Ku ke atasnya sedangkan ia tidak melihat kepada-nya, malah ia tidak beriman kepada-nya. Bagaimana ia beriman kepada-Nya sedangkan ia tidak mengharapkan kepada pahala-Nya. Bagaimana ia tidak mengharapkan pahala-Nya sedangkan ia mencukupi dengan dunia, lalu mengambilnya sebagai tempat tinggal dan cenderung kepadanya sebagaimana cenderungnya golongan yang zalim.
       Wahai Musa, berlumba-lumbalah dengan ahli kebaikan, kerana kebaikan adalah seperti namanya dan tinggallah kejahatan dengan segala fitnahnya. Wahai Musa, jadilah lidah engkau di sebalik hati engkau, nescaya engkau akan terselamat. Berzikirlah kepada-Ku dengan banyak di waktu malam dan siang, nescaya engkau akan mendapat ganjaran yang banyak. Dan janganlah engkau mengikut kesalahan, nescaya engkau akan menyesal, kerana kesalahan tempatnya adalah neraka.
       Wahai Musa, tuntutlah percakapan daripada orang yang meninggalkannya kerana dosa. Duduklah bersama mereka dan ambillah mereka sebagai saudara. Bersahabatlah dengan mereka, nescaya mereka akan bersahabat dengan engkau. Wahai Musa, bahawa sesungguhnya kematian akan mendatangi engkau, tiada mustahil lagi. Lantaran itu, berbekallah dengan bekalan orang yang akan memanfaatkan bekalannya. Wahai Musa,  apa yang dikehendaki kerana Aku, maka banyaknya adalah sedikit. Dan apa yang dikehendaki selain daripada-Ku, maka sedikitnya adalah banyak.
       Perbaikilah hari-hari depan engkau dan renunglah pada hari apakah ia. Bersedialah untuk menjawabnya, kerana engkau bertanggungjawab, ambillah nasihat engkau daripada masa, kerana masa panjangnya adalah pendek dan pendeknya adalah panjang. Setiap sesuatu akan binasa. Justeru beramallah seolah-olah engkau melihat pahala amalan engkau. Dengan demikian, engkau lebih tamak untuk melakukan amalan akhirat. Kerana apa yang “kekal” di dunia, maka ia telah berlalu. Setiap pelaku hendaklah melakukannya dengan sedar.
       Justeru bermuhasabahlah diri engkau, mudah-mudahan engkau akan berbahagia besok; hari pertanyaan dan di sana akan rugilah mereka yang rugi. Wahai Musa, campaklah dua tangan engkau di hadapan-Ku dengan rendah diri seperti perbuatan seorang hamba yang meraung kepada tuannya. Jika engkau melakukan sedemikian, maka engkau akan dirahmati dan Aku adalah semulia-mulia kuasa yang berkuasa.
       Wahai Musa, pohonlah kelebihan-Ku dan rahmat-Ku, kerana kedua-duanya di tangan-Ku, tidak dimiliki oleh seorangpun selain daripada-Ku. Lihatlah ketika engkau memohon kepada-Ku, bagaimana Aku menyukai engkau apa yang ada di sisi-Ku. Setiap orang yang melakukannya ada ganjaran baginya. Kekufuran dibalas menurut perbuatannya.
       Wahai Musa, jagalah diri engkau daripada dunia, kerana ia bukanlah untuk engkau dan Aku bukanlah juga pemiliknya. Ia adalah negeri bagi golongan yang zalim melainkan pelaku kebaikan di dunia, maka baginya sebaik-baik tempat. Wahai Musa, apa yang Aku perintahkan engkau melakukannya, maka dengarlah dan lakukanlah. Ambillah hakikat Taurat kepada dada engkau dan bangkitlah kerananya pada waktu-waktu malam dan siang. Jangan biarkan golongan yang mencintai dunia menguasai dada engkau, lalu mereka menjadikannya sarang burung.
       Wahai Musa, golongan yang mencintai dunia dan ahlinya saling memfitnah di kalangan mereka bagi mendapat perhatian. Mukmin adalah orang yang dihiasi akhirat, lalu dia melihat kepadanya apa yang baik. Nafsunya telah menghalang di antaranya dan kelazatan hidup. Seperti penunggang yang sampai kepada matlamatnya sentiasa berdukacita. Alangkah baik baginya jika didedahkan perkara yang sebenar bagi menepati kegembiraannya.
       Wahai Musa, dunia adalah air mani, tiada pahala bagi seorang mukmin dan tiada dendam bagi seorang yang jahat. Kecelakaan yang berpanjangan bagi orang yang menjual pahala akhiratnya dengan sesuap [makanan]atau seteguk [air] yang tidak lama. Justeru jadilah engkau sebagaimana Aku memerintahkan engkau dan setiap urusan-Ku ada penunjuk.
       Wahai Musa, apabila engkau melihat orang yang kaya datang, maka katakan kepadanya: Dosa yang engkau segerakan untuk-ku akan menerima balasannya. Apabila engkau melihat orang yang fakir datang, maka katakan kepadanya: Selamat datang dengan lambang golongan yang soleh. Janganlah engkau menjadi seorang penguasa yang zalim dan janganlah engkau menjadi sahabat kepada golongan yang zalim.
       Wahai Musa, umur meskipun panjang dicela juga akhirnya. Tiada kemudaratan apa yang dijauhkan daripada engkau apabila engkau memuji ketika ketiadaannya. Wahai Musa, Kitab telah menerangkan kepada engkau mengenai apa yang akan terjadi kepada engkau. Bagaimana engkau dapat tidur dengan tenang atau bagaimana mereka akan merasai kelazatan hidup jika mereka tidak melampaui kelalaian, mengikut hawa nafsu? Dan ia mendukacitakan golongan yang benar.
       Wahai Musa, suruhlah hamba-hamba-Ku supaya menyeru-Ku selepas mereka mengakui bahawa Aku adalah Maha Pemurah, menyahuti seruan golongan yang terpaksa, Aku adalah Fakir Yang Maha Kaya, Aku sentiasa Mulia dan Perkasa.
       Lantaran itu, sesiapa yang berlindung kepada engkau di kalangan mereka yang bersalah, maka katakan kepada mereka: Selamat datang dengan sepenuhnya, pohonlah keampunan untuk mereka, jadilah engkau seperti salah seorang daripada mereka, janganlah engkau melambat-lambatkan kelebihan yang Aku kurniakan kepada engkau dan beritahu mereka supaya memohon kepada-Ku akan kelebihan-Ku dan rahmat-Ku, kerana ia tidak dimiliki oleh seorang pun selain daripada-Ku dan Aku mempunyai kelebihan yang besar.
       Alangkah beruntungnya engkau, wahai Musa, menjadi gua kepada mereka yang bersalah, teman kepada mereka yang terpaksa, dan pemohon keampunan untuk mereka yang berdosa. Sesungguhnya engkau mendapat keredaan-Ku. Justeru serulah Aku dengan hati yang bersih (al-Qalb al-Naqiyy) dan lidah yang benar. Jadilah engkau sebagaimana Aku perintahkan engkau. Taatilah perintah-Ku. Janganlah engkau berucap suatu perkara yang engkau sendiri tidak melakukannya.
       Hampirilah Aku, kerana Aku adalah hampir. Aku tidak meminta engkau supaya melakukan apa yang tidak dapat ditanggung oleh engkau, sesungguhnya Aku telah meminta engkau supaya menyeru-Ku, lantaran itu Aku menyahuti seruan engkau. Engkau memohon kepada-Ku, maka Aku akan kurniakannya kepada engkau, engkau menghampiri-Ku, maka Akulah yang membuat keputusan dan kepada-Ku sempurnanya wahyu (tamaam tanziili-hi).
       Wahai Musa, Lihatlah kepada bumi, kerana ia adalah hampir kepada kubur engkau dan renunglah dengan dua mata engkau ke langit, kerana padanya para malaikat yang besar. Tangisilah selama engkau di dunia, takutilah kebinasaan (al-Mahalik) dan janganlah terpedaya oleh perhiasan dunia. Janganlah engkau meredai kezaliman dan janganlah engkau menjadi orang zalim, kerana Aku menunggu orang yang zalim sehingga Aku memberi hak kepada orang yang dizalimi.
       Wahai Musa, sesungguhnya kebaikan (al-Hasanah) mempunyai sepuluh kali ganda pahala dan daripada satu kesalahan saja akan membawa kepada kebinasaan. Janganlah engkau melakukan syirik kepada-Ku, kerana ia tidak halal bagi engkau untuk melakukannya terhadap-Ku. Hampirilah Aku, berdoalah kepada-Ku dengan doa seorang yang tamak kepada apa yang ada di sisi-Ku dan menyesal apa yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya. Kerana kehitaman malam akan dihilangkan oleh siang hari. Begitulah kejahatan akan dihilangkan oleh kebaikan. Kegelapan malam mendatangi cahaya siang, begitulah kejahatan mendatangi kebaikan, lalu menguasainya.

Wasist Dan Nasihat Abu Abdullah A.S

       9. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain dan Humaid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Mithami, daripada seorang lelaki daripada para sahabatnya, berkata: Aku telah membaca jawapan daripada Abu Abdullah a.s kepada seorang daripada sahabatnya, Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana Allah telah memberi jaminan kepada orang yang bertakwa kepada-Nya bahawa Dia akan memalingkannya daripada apa yang dibencinya kepada apa yang dicintainya dan memberi rezeki kepadanya dengan banyak. Justeru janganlah kamu di antara orang yang takutkan dosa hamba-hamba-Nya, lalu melepaskan balasan daripada dosanya. Kerana Allah tidak akan ditipu mengenai syurga-Nya dan tidak akan dicapai apa yang ada di sisi-Nya melainkan dengan mentaatiNya- insya’ Allah.

Allah Telah Memilih Tujuh Orang Bani Hasyim

       10. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada  Aisyam bin Asyim daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Nabi s.a.w telah keluar pada suatu hari di dalam keadaan gembira, maka orang ramai berkata kepadanya: Semoga Allah menggembirakan anda, wahai Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya tiada satu hari dan satu malam berlalu melainkan bagiku pada kedua-duanya hadiah daripada Allah (fi-hi-ma tuhfatun min Allah). Sesungguhnya Tuhanku telah memberi hadiah yang paling istimewa kepadaku pada hari ini. Sesungguhnya Jibrail telah datang kepadaku, lalu dia memberi salam kepadaku daripada Tuhanku dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah memilih daripada Bani Hasyim tujuh orang. Allah tidak pernah menjadikan orang terdahulu dan terkemudian seperti mereka. Anda, wahai Rasulullah s.a.w, Ali bin Abu Talib, wasi anda, penghulu para wali. Al-Hasan, al-Husain, Hamzah, bapa saudara anda di sebelah bapa sebagai penghulu para syahid, Ja‘far sepupu anda, dia akan berterbang di syurga bersama para malaikat di mana dia kehendaki dan di kalangan kalian adalah al-Qaim di mana Isa bin Maryam akan melakukan solat di belakangnya apabila Allah menurunkannya ke bumi daripada zuriat Ali dan Fatimah daripada anak lelaki al-Husain a.s.

Pengertian Firman Allah Surah Al Jaasyiah (45) : 29 “Inilah kitab Kami yang menuturkan terhadap kamu dengan benar     

        11. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami al-Misri, daripada bapanya, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku berkata kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-Jaathiah (45) 29 “ Inilah kitab Kami yang menuturkan terhadap kamu dengan benar” Maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Kitab tidak pernah atau tak akan menuturkan kebenaran, tetapi Rasulullah s.a.w yang menuturkan dengan Kitab (al-Natiq bi al-Kitab). Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami tidak membacanya sedemikian (la naqra’u-ha hakadha), maka Abu Abdullah as. berkata: Demikianlah, demi Allah, Jibrail telah menurunkannya ke atas Muhammad s.a.w, tetapi ia merupakan sebahagian daripada  tahrif pada kitab Allah[25].

Pengertian Firman Allah Surah Al-Syams (91) : 1“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari
      
       12. Sekumpulan daripada sahabat kami, daripada Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya (daripada Abu Muhammad), daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah a.s di dalam Surah Asy-Syams (91):1“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari”, maka beliau a.s berkata: Asy- Syams (matahari) adalah Rasulullah s.a.w. Dengannyalah Allah telah menerangkan kepada manusia akan agama mereka. Aku berkata: Wa l-Qamari idha ma talaa-ha (dan bulan apabila mengiringinya?) Maka beliau a.s berkata: Al-Qamar (bulan) itu adalah Amir al-Mukminin a.s di mana Rasulullah s.a.w telah mengurniakan kepadanya ilmu.
       Aku berkata: Wa l-Laili idha yaghyaa-ha (dan malam apabila menutupinya”? Maka beliau a.s berkata: Al-Lail (malam) adalah para imam yang zalim selain daripada keluarga Rasulullah s.a.w. mereka menduduki tempat di mana keluarga Rasulullah s.a.w lebih layak dengannya. Justeru mereka menutup agama Allah dengan kezaliman, lalu Allah menceritakan perbuatan mereka di dalam firman-Nya “Dan malam apabila menutupinya”. Aku berkata: Wa n-Nahari idha jallaa-ha (dan siang apabila menampakkannya?) Beliau a.s berkata: Itulah imam daripada zuriat Fatimah a.s. yang akan ditanya mengenai agama Rasulullah s.a.w, lalu ia menjelaskannya  kepada siapa yang bertanya kepadanya. Lantaran itu, Allah a.w menceritakan firman-Nya “Dan siang apabila menampakkannya

Takwil Firman Allah “ Sudah datangkah kepadamu berita (mengenai) hari pembalasan?” Surah Al-Ghaasyiah(88):1

       13. Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Abdullah a.s , berkata: Aku berkata: “ Sudah datangkah kepadamu berita (mengenai) hari pembalasan?” Surah al-Ghaasyiah(88):1. Beliau a.s berkata: Al-Qaim akan membalas mereka dengan pedang. Aku berkata: “Banyak muka pada hari itu tunduk terhina”? Beliau a.s berkata: Tunduk tanpa penentangan. Aku berkata: ‘amilatun [bekerja keras] beliau a.s berkata: Ia bekerja keras tanpa menurut hukum Allah (‘amilat bi-ghai ma anzala l-Lah). Aku berkata: Nasibatun (penuh dengan penentangan?) Beliau a.s berkata: Menentang para imam (nasabat ghaira wulaat al-Amr). Aku berkata: Taslaa naaran hamiyatan (memasuki api yang sangat panas), beliau a.s berkata: Memasuki api peperangan di dunia pada masa al-Qaim dan pada hari akhirat api neraka.

Takwil Firman Allah “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh Surah Al-Nahl (16):38

       14. Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Basir, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s mengenai firman-Nya Surah al-Nahl (16):38 “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh: “Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati “(Tidak demikian) bahkan Allah akan membangkitkannya), sebagai suatu janji yang benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”? Beliau a.s berkata kepadaku : Wahai Abu Basir, apa pendapat anda mengenai ayat ini?
       Aku berkata: Sesungguhnya musyrikin menyangka dan bersumpah kepada Rasulullah s.a.w bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati. Maka beliau a.s berkata: Binasalah orang yang berkata sedemikian, dan bertanyalah kepada mereka, adakah musyrikin bersumpah dengan Allah atau dengan al-Lata dan al-‘Uzza? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, maka teranglah kepadaku. Maka beliau a.s berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, sekiranya al-Qaim kita datang, maka Allah akan membangkitkan satu kaum di kalangan Syi‘ah kita dengan sarung-sarung pedang mereka berada di atas bahu-bahu mereka, lalu al-Qaim menyampaikannya kepada  satu kaum di kalangan Syi‘ah kita yang belum mati dan mereka berkata: Polan telah dibangkitkan, begitu juga polan dan polan telah dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka dan mereka bersama al-Qaim.
       Kemudian al-Qaim menyampaikan perkara tersebut kepada satu kumpulan di kalangan musuh kita, lalu mereka berkata: Wahai kumpulan Syi‘ah, alangkah dustanya kamu, ini adalah kerajaan kamu, tetapi kamu bercakap bohong, demi Allah, mereka tidak pernah hidup dan mereka tidak akan hidup sehingga hari Kiamat. Maka Allah menceritakan percakapan mereka di dalam firman-Nya “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh:“Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati

Takwil Firman Allah “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri Surah Al-Anbiyaa’ (21): 12

       15. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Badr bin al-Khalil al-Asadi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 12 “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu(yang baik), supaya kamu ditanya”, maka beliau a.s berkata: Apabila al-Qaim datang dan diutus kepada Bani Umayyah di Syam, lalu mereka lari ke Rom.
       Maka golongan Rom berkata kepada mereka: Kami tidak akan membenarkan kamu masuk sehingga kamu menjadi kristian (tatanassaru). Lantas mereka menggantungkan salib di tengkuk-tengkuk mereka. Kemudian mereka dibenarkan masuk. Apabila para sahabat al-Qaim datang kepada mereka, mereka menuntut keamanan dan perdamaian. Lantas para sahabat al-Qaim berkata: Kami tidak akan melakukannya sehingga kamu memulangkan kepada kami golongan kami di pihak kamu. Kemudian mereka memulangkan mereka semua kepada para sahabat al-Qaim.
       Justeru Allah berfirman “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu(yang baik), supaya kamu ditanya” Al-Qaim akan bertanya mereka mengenai barang simpanan sedangkan beliau a.s lebih mengetahui mengenainya. Justeru mereka berkata di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21):14-15 “Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami adalah golongan yang zalim” “ Maka tetaplah demikian keluhan kami, sehingga kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi” dengan pedang.

Risalah Pertama Abu Ja‘far A.S Kepada Sa‘d Al-Khair

       16. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘ dan al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Yazid bin Abdullah, daripada orang yang telah memberitahunya, berkata: Abu Ja‘far a.s telah menulis surat kepada Sa‘d al-Khair:
             
                                     Bismillahir Rahmanir Rahim

       Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, bahawa aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia akan mendatangkan keselamatan daripada kerosakan dan harta rampasan daripada kehancuran. Sesungguhnya Allah akan mempertahankan hamba-Nya dengan takwa selama dia menggunakan akalnya. Lalu Dia menampakkannya dengan takwa. Dengan takwa telah berjaya Nuh dan mereka bersamanya di dalam bahteranya. Dengan takwa Salih dan mereka bersamanya terselamat daripada petir.
       Dengan takwa telah berjaya golongan yang sabar daripada kebinasaan dan bagi mereka saudara-saudara yang mengikut jalan tersebut mencari kelebihan. Mereka telah meninggalkan kezaliman dan syahwat apabila contoh-contoh yang baik telah sampai kepada mereka daripada al-Kitab. Mereka memuji Tuhan di atas rezeki yang dikurniakan kepada mereka dan merekalah ahli kepujian. Mereka mencela diri mereka kerana keterlanjuran dan merekalah ahli celaan.
       Mereka mengetahui bahawa kemurkaan Allah yang Maha Mengetahui adalah kepada orang yang tidak menerima keredaan-Nya. Sesungguhnya Dia menghalang orang yang tidak menerima pemberian-Nya. Sesungguhnya sesatlah orang yang tidak menerima hidayat-Nya. Kemudian Dia membolehkan orang yang melakukan kejahatan bertaubat dengan melakukan kebaikan. Dia telah menyeru hamba-hamba-Nya di dalam al-Kitab dengan suara yang lembut, tidak terputus dan Dia tidak menghalang doa hamba-hamba-Nya.
       Justeru Allah melaknati mereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan oleh-Nya dan menetapkan ke atas diri-Nya rahmat, lalu rahmat-Nya mendahului kemurkaan-Nya. Lantaran itu, ia akan berkesudahan dengan kebenaran dan keadilan. Ia tidak memulakan kemurkaan kepada hamba-Nya sebelum mereka memarahi-Nya. Itu adalah daripada ilmu yakin dan ilmu takwa. Setiap umat Allah mengangkat ilmu Kitab (ilmu agama) daripada mereka ketika mereka meninggalkannya (kitab) dan mewalikan musuh mereka ketika mereka melantiknya (tawalluu-hu). Contoh-contoh mereka meninggalkan Kitab, mereka mengadakan huruf-hurufnya dan menukarkan had-hadnya (aqaamuu hurufa-hu waharrafu hududa-hu). Justeru mereka meriwayatkannya, tetapi tidak menjaganya. Golongan jahil kagum dengan penghafazan mereka mengenai riwayat. Sementara para ulama pula meninggalkan al-Ri‘aayah (kefahaman). Di antara contoh-contoh peninggalan mereka akan Kitab Allah bahawa mereka melantik golongan yang tidak mengetahui, lantas mereka dikuasai oleh hawa nafsu dan membawa mereka kepada keburukan. Justeru mereka mengubah agama. Kemudian mereka mewariskannya kepada golongan yang bodoh dan kanak-kanak. Justeru umat mengeluarkan perintah manusia selepas perintah Allah, lalu menentang perintah-Nya.
       Sejahat-jahat pelaku kezaliman yang menukarkan wilayah Allah dengan wilayah manusia, ganjaran manusia selepas ganjaran Allah. Keredaan manusia selepas keredaan Allah. Demikianlah ia berlaku kepada umat dan para mujtahid mereka menjadi kagum mengenai ibadat berdasarkan kepada kesesatan tersebut. Justeru ibadat mereka menjadi fitnah kepada mereka dan pengikut-pengikut mereka. Pada para rasul menjadi ikutan kepada ahli ibadat bahawa seorang nabi di kalangan para nabi sudah sempurna ketaatannya, kemudian ia menderhakai Allah, lalu ia dikeluarkan daripada syurga dan ditinggalkan di dalam perut ikan paus. Kemudian ia tidak dapat diselamatkan melainkan dengan pengakuan kesalahannya dan bertaubat.
       Kemudian ketahuilah mereka seumpamanya seperti pendeta-pendeta Yahudi dan paderi-paderi Kristian yang bekerja untuk menyembunyikan al-Kitab (kitmaan al-Kitab) dan mengubahnya (tahriif), maka perniagaan mereka tidak menguntungkan dan mereka tidak pula mendapat hidayat. Kemudian ketahuilah bahawa golongan seperti mereka di kalangan umat ini  telah mengadakan huruf-huruf al-Qur’an dan menukarkan had-hadnya, maka mereka adalah bersama pembesar-pembesar [negara].
       Apabila berlaku perpecahan di kalangan pemimpin-pemimpin hawa nafsu, maka mereka pula bersama pemimpin-pemimpin yang memiliki dunia yang banyak dan itulah pengetahuan mereka yang sentiasa di dalam ketamakan. Suara Iblis sentiasa didengari di lidah-lidah mereka dengan penuh kebatilan. Para ulama sabar di atas kejahatan mereka dan mereka pula menghina para ulama dengan bebanan. Para ulama pada hakikatnya, juga pengkhianat, jika mereka menyembunyikan nasihat (katamuu al-Nasihat) ketika mereka melihat seorang yang sesat, maka mereka tidak menunjukkannya atau seorang mati, maka mereka tidak menyempurnakannya. Maka sejahat-jahat apa yang mereka buat kerana Allah telah membuat perjanjian ke atas mereka di dalam al-Kitab supaya mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kejahatan. Menolong di atas kebaikan dan takwa dan tidak menolong di atas dosa dan permusuhan.
       Justeru para ulama jahil sentiasa gigih [di dalam perjuangan mereka] dan jika anda menasihati mereka, maka mereka akan berkata: Anda telah melampau (tughta). Dan jika mereka mengetahui kebenaran yang mereka tinggalkan, maka mereka akan berkata: Anda telah menyalahi [kami]. Jika mereka ditinggalkan, maka mereka akan berkata: Anda telah meninggalkan [kami]. Jika mereka berkata: Kemukakan bukti kamu di atas apa yang kamu katakan? Maka mereka akan berkata: Anda telah melakukan nifaq (naafaq-ta). Jika mereka ditaati, maka mereka akan berkata: Anda menderhakai Allah a.w. Justeru golongan jahil akan binasa di atas apa yang mereka tidak mengetahui, tidak memahami apa yang mereka baca. Mereka membenarkan al-Kitab ketika diperkenalkannya (al-Ta‘rif) dan membohonginya ketika diceritakan mengenai tahriifnya.      
        Mereka sepertilah pendeta-pendeta Yahudi dan paderi-paderi Kristian sebagai pemimpin-pemimpin hawa nafsu, ketua-ketua kepada keburukan. Sementara yang lain pula duduk di antara kesesatan dan petunjuk tidak mengetahui di antara dua golongan tersebut. Mereka berkata: Orang ramai tidak mengetahui perkara ini, lalu mereka membenarkan bahawa Rasulullah s.a.w telah meninggalkan mereka di dalam keadaan malamnya lebih cerah daripada siangnya. Bid‘ah tidak zahir pada mereka dan sunnah tidak ditukar pada masa mereka serta tidak ada khilaf di kalangan mereka.
       Tetapi apabila manusia menutupi kegelapan kesalahan mereka, maka terjadilah dua imam (imamaini). Seorang imam menyeru kepada Allah t.w dan seorang imam menyeru kepada neraka. Maka ketika itu syaitan bertutur dengan suaranya yang tinggi di atas lisan para walinya. Kemudian syaitan bersyarikat di dalam harta dan anak dengan orang yang bersyarikat dengannya. Lalu dia melakukan bid‘ah, meninggalkan Kitab dan Sunnah.
       Kemudian para wali Allah bercakap dengan hujah, mereka mengambil al-Kitab dan hikmah. Lantaran itu, pada hari itu, terpisahlah ahli kebenaran dan ahli kebatilan, lalu ahli kebatilan menjadi hina, lantas mengadakan gencatan senjata dengan ahli hidayah, tetapi  membantu ahli kesesatan seperti golongan bersama polan dan seumpamanya. Lantaran itu, kenalilah golongan ini. Adapun golongan yang lain, maka perhatikan mereka betul-betul, mereka adalah golongan yang cerdik (al-Nujabaa’), sentiasalah bersama mereka, nescaya ia akan menggembirakan keluarga anda. Kerana mereka yang rugi adalah mereka yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka pada hari Kiamat. Itu adalah kerugian yang besar.
       Setakat ini sahaja riwayat al-Husain dan di dalam riwayat Muhammad bin Yahya ada sedikit tambahan seperti berikut:
       Mereka mempunyai keilmuan mengenai jalan yang benar. Jika mereka menempuhi bala, maka janganlah anda melihat kepada mereka, kerana ia akan berakhir.  Kemudian ia akan bertukar menjadi senang. Ketahuilah bahawa saudara-saudara yang boleh dipercayai merupakan barang simpanan kepada orang lain. Sekiranya sangkaan anda akan hilang daripadaku, nescaya aku akan mendedahkan kepada anda beberapa perkara benar yang aku sembunyikan, tetapi aku tetap ingin menjaga anda. Kerana seorang itu tidak dikatakan al-Haliim (lemah lembut) jika dia tidak menjaga seseorang pada tempat takwa. Lemah lembut itu adalah pakaian orang yang alim. Justeru janganlah anda menanggalkannya. Wa al-Salam.

Risalah Kedua Abu Ja‘far A.S Kepada Sa‘d Al-Khair

       17. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Hamzah bin Bazi‘ berkata: Abu Ja‘far a.s telah menulis surat kepada Abu Sa‘d al-Khair seperti berlkut:
                                       
                                         Bismillahir Rahmanir Rahim

       Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya surat anda telah sampai kepadaku bahawa anda menyebut padanya mengenai makrifat yang tidak wajar ia ditinggalkan (ma la yanbaghi tarku-hu) dan ketaatan orang yang  Allah meredai akan keredaannya, maka anda telah menerimanya untuk diri anda selama diri anda tergadai. Sekiranya anda meninggalkannya, nescaya anda takjubkan diri anda sendiri. Sesungguhnya keredaan Allah, ketaatan kepada-Nya dan nasihat-Nya tidak diterima, tidak didapati dan dikenali melainkan pada hamba-hamba yang pelik (ghurabaa’).
       Sunyi daripada manusia di mana orang ramai mengambilnya sebagai bahan ketawa, kerana mereka lontarkan kepada mereka dengan perkara-perkara yang mungkar. Beliau a.s berkata: Mukmin tidak benar-benar mukmin sehingga ia menjadi orang yang paling dimarahi oleh orang ramai daripada bangkai keldai (al-Mu’min la yakuna mu’minan hatta yakuuna abghadha ila l-Naasi min jifati l-Himaar). Sekiranya anda tidak ditimpa bala sebagaimana ia telah menimpa kami, maka anda akan menjadikan fitnah orang ramai itu seperti azab Allah-Aku melindungi anda dan kami dengan Allah daripada perkara tersebut- nescaya kedudukan anda yang jauh menjadi dekat kepadaku. Ketahuilah, semoga Allah mencucuri rahmat kepada anda bahawa sesungguhnya kecintaan kepada Allah tidak dapat dicapai melainkan dengan kemarahan kebanyakan orang ramai. Begitu juga wilayah-Nya tidak dapat dicapai melainkan dengan memusuhi mereka. Hanya golongan yang sedikit sahaja yang dapat mencapainya. Ia daripada Allah bagi mereka yang mengetahui.
       Wahai saudaraku sesungguhnya Allah a.w telah menjadikan bersama setiap rasul segelintir ahli ilmu menyeru mereka yang sesat kepada petunjuk dan mereka pula bersabar menanggung segala kesusahan. Mereka menyahuti orang yang menyeru kepada Allah dan mereka menyeru kepada Allah, maka Allah memberi mereka petunjuk. Lantaran itu, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi. Jika musibat berlaku kepada mereka, maka mereka menghidupkan orang mati dengan Kitab Allah, mereka memperlihatkan orang buta dengan cahaya Allah. Berapa ramai orang yang menjadi mangsa kepada pembunuhan Iblis, maka mereka menghidupkannya. Berapa ramai orang yang sesat mereka telah menunjukkan jalan. Mereka mengorbankan darah mereka tanpa membinasakan orang ramai. Alangkah baiknya kesan mereka ke atas orang ramai dan alangkah jahatnya kesan orang ramai ke atas mereka.

Amir Al-Mukminin Menyerupai Isa bin Maryam A.S

       18. Daripada beberapa sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya, daripada Abu Basir berkata: Manakala Rasulullah s.a.w duduk pada suatu hari, tiba-tiba Amir al-Mukminin a.s datang, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya anda menyerupai Isa bin Maryam. Jikalaulah beberapa golongan daripada umatku tidak akan berkata kepada anda sebagaimana golongan Nasrani telah berkata kepada Isa bin Maryam, nescaya aku berkata kepada anda perkataan di mana jika anda melalui di hadapan orang ramai, nescaya mereka akan mengambil tanah di bawah kedua-dua tapak kaki anda bagi mendapatkan berkat[26].
       Lantas dua orang Badwi, al-Mughirah bin Syu‘bah dan beberapa orang Quraisy bersama-sama mereka menjadi marah, mereka berkata: Allah tidak meredainya (Rasulullah s.a.w) kerana membuat perumpamaan sepupunya dengan Isa bin Maryam. Maka Allah menurunkan firman-Nya ke atas Nabi-Nya di dalam Surah al-Zukhruf (43):57-60 “Dan tatkala putera (Isa) Maryam dijadikan perumpamaan tiba-tiba kaumnya (Quraisy) bersorak kerananya. Dan mereka berkata: Manakah yang lebih baik tuhan-tuhan kami atau dia (Isa)? Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah sahaja, sebenarnya mereka kaum yang suka bertengkar. Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami berikan kepadanya nikmat(kenabian) dan kami jadikannya sebagai tanda bukti (Kekuasaan Allah) untuk Bani Israel. Dan jika kami kehendaki, kami jadikan  daripadamu (iaitu daripada Bani Hasyim) sebagai gantimu di muka bumi malaikat-malaikat yang turun-temurun”. Lalu al-Haris bin ‘Umru al-Fihri menjadi marah dan berkata: Wahai Tuhanku, jika inilah kebenaran di sisi Engkau bahawa Bani Hasyim akan mewarisi seorang selepas seorang, maka hujanilah kami dengan batu daripada langit atau bawalah kepada kami azab yang pedih.
       Maka Allah menurunkan firman-Nya menyahuti seruan  al-Harith di dalam Surah al-Anfaal (8): 33 “ Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedangkan kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka sedangkan mereka minta ampun”. Kemudian beliau s.a.w bersabda kepadanya: Wahai ‘Umru, sama ada anda bertaubat atau anda meninggalkan tempat ini? Maka ‘Umru berkata: Wahai Muhammad, malah anda menjadikan sesuatu di tangan anda ke atas semua Quraisy sedangkan Bani Hasyim telah mendapat penghormatan Arab dan bukan Arab?
       Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Itu bukanlah urusanku, itu adalah urusan Allah, maka  ‘Umru berkata: Hatiku tidak mahu bertaubat, tetapi aku akan pergi jauh daripada anda, lalu dia pergi menaiki kenderaannya. Apabila dia sampai di luar Madinah, maka serpihan batu terkenanya, lalu memusnahkannya.  Kemudian wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w di dalam Surah al-Ma‘aarij (70):1-3 “Seorang peminta telah meminta kedatangan azab yang bakal terjadi. Untuk golongan kafir(dengan wilayah Ali), yang tidak seorang pun dapat menolaknya, (yang datang) dari Allah, Yang mempunyai tempat-tempat naik
       Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami tidak membacanya sedemikian (la naqra’u-ha ha-kadhaa), maka beliau a.s berkata: Demikianlah, demi Tuhan, Jibrail telah menurunkannya kepada Muhammad s.a.w. Demikianlah ia, demi Tuhan, terdapat di dalam mashaf Fatimah a.s. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada munafikin di sekelilingnya: Pergilah kepada sahabat kamu. Sesungguhnya telah datang kepadanya apa yang dia pohonkan. Allah berfirman di dalam Surah Ibrahim (14): 15 “Dan mereka memohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala

Takwil Firman Allah Surah Al-Ruum (30) : 41 “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut”      

       19. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Ibn Maskan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman-Nya di dalam Surah al-Rum(30): 41 “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan mereka sebahagian (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali(ke jalan yang benar)” Beliau a.s berkata: Itu, demi Tuhan, ketika kaum Ansar berkata: Seorang amir daripada kami dan seorang amir daripada kamu”.

Tasfsir Firman Allah Surah Al-A‘raaf (7) : 56 “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya
      
       20. Daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Maskan, daripada Maisar, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku bertanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 56 “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”, maka beliau a.s berkata: Wahai Maisar, sesungguhnya bumi adalah rosak, maka Allah memperbaikinya dengan nabi-Nya s.a.w, oleh itu Dia berfirman di dalam Surah al-A‘raaf (7): 56 “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”.








                                     



















                                
                                 BAHAGIAN KETIGA



Khutbah Amir al-Mukminin A.S Mengenai Celaan Mengikut Hawa Nafsu, Bid‘ah; Pengubahan Sunnah Rasulullah S.A.W Oleh Tiga Khalifah Sebelumnya, Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Dukacitanya Di Atas Apa Yang  Berlaku Dan Lain-Lain.

Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Celaan Hawa Nafsu Dan Bid‘ah.

       21. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin ‘Uthman, daripada Sulaim bin Qais al-Hilali, berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah, lalu beliau a.s memuji Allah, kemudian berselawat ke atasnya s.a.w dan berkata:
       Sesungguhnya dua perkara yang aku paling takut ke atas kamu: Mengikut hawa nafsu (itba‘ al-Hawa) dan panjang angan-angan (tul al-Amal). Adapun mengikut hawa nafsu, maka ia akan menentang kebenaran. Adapun panjang angan-angan, maka ia akan melupakan akhirat. Sesungguhnya dunia undur ke belakang dan akhirat mara ke depan. Setiap satu mempunyai pengikutnya, maka jadilah kamu pengikut akhirat (abnaa’ al-Akhirat) dan janganlah kamu menjadi pengikut dunia (abnaa’ al-Dunya), kerana hari ini amal tanpa hisab dan  esok hisab tanpa amal.
       Sesungguhnya punca berlakunya fitnah adalah kerana mengikuti hawa nafsu dan hukum-hukum yang dicipta menyalahi hukum Allah. Justeru golongan tertentu menguasai orang ramai. Sesungguhnya kebenaran semata-mata tidak akan ada perselisihan, begitu juga dengan kebatilan semata-mata tidak akan tersembunyi kepada orang yang mempunyai akal, tetapi ia diambil daripada bahagian ini sedikit dan bahagian itu sedikit, lalu kedua-duanya bercampur aduk dan terserlah, maka di sinilah syaitan menguasai di atas para walinya dan berjayalah orang tertentu yang mendapat petunjuk daripada Allah.
       Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bagaimana kamu apabila fitnah menguasai kamu di mana yang kecil membesar dan yang besar menjadi tua, orang ramai biasa dengan perkara tersebut dan mengambilnya sebagai sunnah. Apabila suatu perkara diubah daripadanya, maka orang ramai akan berkata: Sunnah telah diubah (qad ghuyyirat al-Sunnah), lalu orang ramai menentangnya. Kemudian perkara ini terus berlaku sehingga fitnah meresapi pemikiran mereka seperti api di dalam sekam dan kisaran dengan hampasnya. Mereka belajar bukan kerana Allah dan bukan pula untuk diamalkan. Mereka mencari dunia dengan amalan akhirat (yalubuun al-Dunya bi-a‘maal al-Akhirat). Kemudian beliau a.s berdepan dengan keluarganya dan Syi‘ahnya seraya berkata:    

       "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w  dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.
       Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt).
       Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, iaitu Rasulullah s.a.w  telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.    
       Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan golongan supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar).
       Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 “ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.”. Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan  kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 “Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya” bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.
       Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak  memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa.

Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Dukacitanya Di Atas Apa Yang  Berlaku.

       22. Ahmad bin Muhammad al-Kufi, daripada Ja‘far bin Abdullah al-Muhammadi, daripada Abu Ruh Faraj bin Qurrah, daripada Ja‘far bin Abdullah, daripada Mas‘adah bin Sadaqah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah di Madinah, beliau a.s telah memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi serta keluarganya. Kemudian beliau a.s berkata:
       Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, bahawa sesungguhnya Allah tidak memusnahkan penguasa-penguasa semasa melainkan selepas penangguhan dan kesenangan. Dia tidak memaksa untuk memecahkan kekuatan umat melainkan selepas kehinaan dan bala. Wahai manusia, kamu tidak menerimaku dengan baik. Kamu membelakangi khutbahku. Bukan semua yang mempunyai hati dapat membuka mata hatinya.Bukan semua yang mempunyai pendengaran dapat mendengar. Bukan semua yang mempunyai mata dapat melihat dengan tepat.
       Wahai hamba-hamba  Allah! Perbaikkanlah penglihatan kamu padanya. Kemudian lihatlah kepada pengaruh mereka. Mereka adalah di atas sunnah keluarga Fir‘aun menikmati segala-galanya. Kemudian lihatlah bagaimana Allah menamatkan  kehidupan mereka yang mewah. Sesiapa yang bersabar di kalangan kamu, akhirnya ke syurga, kekal di dalamnya selama-lama. Alangkah aneh! Kenapa aku tidak terasa aneh mengenai kesalahan berbagai-bagai puak yang berlainan hujah di dalam agama mereka.
       Mereka tidak mematuhi sunnah nabi dan tidak mengikuti amalan wasi. Mereka tidak beriman dengan perkara ghaib, mereka tidak memaafkan keaiban. Perkara yang baik pada mereka adalah apa yang mereka tahu dan perkara mungkar di sisi mereka adalah apa yang mereka ingkar. Setiap orang daripada mereka  adalah imam untuk dirinya, melakukan apa dia fikir baik. Justeru mereka sentiasa melakukan kezaliman dan menambahkan kesalahan. Mereka tidak dapat mendekati diri (taqarruban) kepada Allah, malah mereka semakin jauh.
       Mereka bersahabat dan saling mempercayai di kalangan mereka sahaja. Semuanya menjadi satu kejutan terhadap apa yang diwarisi nabi s.a.w. Malah mereka bertambah liar kepada berita Pencipta langit dan bumi. Mereka adalah orang yang rugi, gua kesamaran, ahli kesesatan dan parasangka. Sesiapa yang telah diwakilkan Allah untuk dirinya dan pendapatnya, maka dia adalah terjamin di sisi orang yang tidak mengetahuinya, terlepas daripada tuduhan di sisi orang yang tidak mengetahuinya.
       Mereka sepertilah binatang ternakan yang telah hilang penjaganya, berdukacita di atas perbuatan Syi ‘ahku selepas kasih sayang mereka pada hari ini. Bagaimana sebahagian akan menghina akan sebahagian yang lain selepasku dan bagaimana mereka melakukan pembunuhan ke atas sebahagian yang lain. Perpecahan besok adalah daripada tunjang ke cabangnya, mengharap kejayaan tanpa rancangan.
       Setiap golongan berpegang kepada satu dahan. Apabila dahan itu condong, maka dia condong bersamanya. Sedangkan Allah-Segala pujian untuk-Nya- akan mengumpulkan mereka pada suatu hari yang malang bagi Bani Umayyah sebagaimana Dia mengumpulkan kesejukan musim sejuk- Allah akan menjinakkan di kalangan mereka. Kemudian Dia menjadikan mereka timbunan seperti timbunan awan. Kemudian Dia membuka untuk mereka beberapa pintu untuk mereka melaluinya seperti dua kebun di dalam kebanjiran.
       Kemudian Dia mengutus pelarian yang tidak mematuhi sunnah-Nya, lalu Dia mencampakkan mereka di perut lembah dan mengeluarkan mata air serta mengambil hak sesuatu golongan di tempat mereka dengan sewajarnya. Ini adalah kerana mengusir Bani Umayyah dan mereka tidak akan menjadi perampas lagi. Allah akan meletakkan mereka di suatu sudut khusus bagi menentang perbuatan mereka yang jahat.
       Demi Yang telah memecah biji-bijian dan menyuburkan jiwa bahawa ia akan berlaku sedemikian. Seolah-olah aku sedang mendengar suara kuda dan percakapan tentera mereka. Demi Allah, apa yang berada di tangan mereka akan cair dan hilang selepas ketinggian dan kekuasaan mereka di dalam negara. Umpama cairnya besi di atas api. Sesiapa yang mati di kalangan mereka, maka dia mati di dalam sesat. Dan kepada Allah a.w melaksanakan hukuman-Nya ke atas mereka yang melakukannya. Allah akan menerima taubat daripada mereka yang bertaubat.
       Mudah-mudahan Allah menghimpunkan Syi‘ahku selepas perselisihan bagi menghadapi hari yang paling dukacita bagi Bani Umayyah. Tiada pilihan bagi sesiapapun, malah pilihan dan urusan adalah bagi Allah.
       Wahai manusia, sesungguhnya mereka yang menuntut Imamah yang bukan di kalangan ahlinya adalah ramai jika kamu tidak benar-benar mengetahui kebenaran dan jika kamu tidak dapat menolak kebatilan. Orang seperti kamu tidak akan berani melakukannya apatah lagi bagi melenyapkan ketaatan dan menjauhkannya daripada ahlinya. Tetapi kamu akan menghadapi keadaan yang sama dengan  Bani Israel yang telah sesat pada masa Musa Bin Imran a.s. Kesesatan kamu akan bertambah selepasku berlipat ganda. Sekiranya kamu dapat hidup selepasku masa pemerintahan Bani Umayyah, maka sesungguhnya kamu akan berhadapan dengan kuasa yang menyeru kepada kesesatan. Dan Kamu menghidupkan kebatilan.
       Kamu membelakangi kebenaran, memutuskan perhubungan yang rapat dengan ahli Badr. Sementara itu kamu menghubungi mereka yang jauh di kalangan anak-anak mereka yang memerangi Rasulullah s.a.w. Aku bercita-cita jika kuasa yang berada di tangan mereka itu hilang, maka bagi kami perkiraannya bagi menghukum mereka dengan sewajarnya. Apabila berakhirnya hari mereka, maka bintang akan terserlah di timur dan bulan yang bersinar akan terserlah kepada kamu.
       Apabila ia berlaku sedemikian, maka bersegeralah bertaubat. Dan ketahuilah jika kamu mengikuti sinar timur, nescaya kamu mengikuti jejak Rasulullah s.a.w. Kamu dapat mengobati daripada buta, pekak dan bisu. Kamu memadai apa yang ada dan meninggalkan beban tanggungan di tengkuk kamu. Allah tidak menjauhi melainkan mereka yang enggan (abaa) dan zalim serta mengambil sesuatu yang bukan haknya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syu ‘ara’ (26): 227 “Dan orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali

Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Kezaliman dan Penindasan
      
       23. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ali bin Ri’ab dan Ya‘qub al-Sarraj, daripada Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s apabila dilantik selepas pembunuhan Uthman, maka beliau a.s menaiki mimbar dan berkata: Segala puji bagi Allah Yang Maha Tinggi. Dia Maha dekat dan Maha Tinggi di atas sesuatu penglihatan.
       Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa. Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, penutup segala nabi, hujah Allah ke atas alam sejagat,  membenarkan segala para rasul yang terdahulu. Dia bersifat kasihan belas kepada mukminin. Maka selawat Allah dan para malaikat-Nya ke atasnya dan keluarganya.
       Adapun kemudian daripada itu. Amma ba‘du, wahai manusia, sesungguhnya kezaliman membawa pelakunya kepada neraka. Sesungguhnya orang pertama yang telah melakukan kezaliman (bagha) ke atas Allah adalah  ‘Unaq binti Adam dan ia merupakan orang yang pertama dibunuh oleh Allah di suatu tempat di bumi bernama Jarib. Dia mempunyai dua puluh anak jari tangan dan setiap anak jari mempunyai dua kuku yang panjang. Lantas Allah menguasainya dengan seekor singa seperti gajah dan seekor serigala seperti unta serta seekor helang seperti baghal, lalu mereka membunuhnya. Sesungguhnya Allah telah membunuh mereka yang perkasa dan zalim (al-Jababirah) mengikut keadaan mereka yang selayaknya. Dia telah mematikan Haman, membinasakan Fir‘aun dan membunuh Uthman.
       Sesungguhnya bala kamu telah kembali sebagaimana keadaannya pada hari Allah mengutus Nabi-Nya s.a.w. Demi Yang telah mengutusnya dengan kebenaran bahawa kamu akan menyayi seperti burung murai, bergembira seperti burung gagak dan anda akan mengangkat  “tongkat kadar” sehingga yang di bawah kamu kembali ke atas dan yang tinggi kamu akan kembali ke bawah. Orang yang terdahulu hendaklah di dahulukan, tetapi mereka telah mengabaikannya.
       Demi Allah aku bukanlah menyembunyikan penentanganku dan aku tidak sedikit pun berbohong. Sesungguhnya aku telah meramalkan keadaan ini. Pada hari ini kesalahan adalah seperti kuda liar yang ditunggang oleh ahlinya dan dicabut tali mulutnya, kemudian ia membawanya ke nereka. Sesungguhnya takwa merupakan binatang tunggangan  yang baik, ditunggang oleh ahlinya, dibukakan kepadanya pintu-pintu syurga dan mendapati bauannya yang harum. Dikatakan kepadanya: “Dan masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi  aman”   (Surah akl-Hijr(15):46)
       Sesungguhnya ramalan ini telah didahului oleh orang yang terdahulu daripadaku. Sesungguhnya tiada nabi selepas nabi Muhammad s.a.w yang dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka Jahanam. Kebenaran dan kebatilan ada penyokongnya. Aku hanya bekerja keras, tetapi aku khuatir kamu akan menjadi jemu denganku kerana tidak sependapat denganku. Jika aku mahu aku berkata: Allah memaafkan apa yang telah berlaku. Dua orang lelaki telah mendahuluinya (Uthman), lalu datang yang ketiga seperti burung gagak yang mementingkan perutnya.
       Celaka baginya, jika dikerat dua sayapnya dan dipotong kepalanya adalah lebih baik baginya. Jauh dari syurga  dan neraka di hadapannya. Tiga, dua dan lima, tiada bagi mereka yang ke enam: Malaikat berterbang dengan dua sayapnya, seorang nabi yang Allah memegang di kedua ketiaknya. Seorang mujtahid yang gigih, penuntut yang mengharapkan, dan orang yang cuai adalah di neraka. Kanan dan kiri adalah menyesatkan. Jalan tengah adalah jalan yang didatangi kitab dan athaar kenabian. Binasalah orang yang menuntut bukan haknya. Rugilah orang yang menipu. Sesungguhnya Allah telah mengajar umat ini dengan pedang dan cemeti yang mana seorang Imam tidak menahan diri daripada kedua-duanya. Justeru bersembunyilah di rumah-rumah kamu dan perbaikilah silaturahim di antara kamu serta taubat daripada kamu. Sesiapa yang menzahirkan penentangannya  kepada kebenaran akan binasa

Hadis Ali Bin Al-Husain A.S

       24. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada Hilal bin ‘Atiyyah daripada Abu Hamzah, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling baik amalannya. Sesungguhnya orang yang paling besar amalannya di sisi Allah adalah orang yang  paling besar cintanya kepada Allah.
       Orang yang paling berjaya dari azab Allah adalah orang yang paling takut kepada-Nya. Orang yang paling hampir kepada Allah adalah orang yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling diredai Allah adalah orang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Dan orang yang paling mulia  di sisi Allah adalah orang yang paling takwa kepada-Nya.

Alamat-Alamat Akhir Zaman
      
       25. Daripada para sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin Umar al-Saiqal, daripada Abu Syu‘azib al-Muhamili, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Akan tiba suatu zaman, orang yang jahat (faajir) dihormati, pelawak atau pelakon didekati dan orang yang insaf diperkecilkan.
       Abu Abdullah a.s berkata: Ada orang berkata kepadanya: Bilakah perkara itu akan berlaku, wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s berkata: Apabila amanah diambil sebagai harta rampasan, zakat sebagai hutang, ibadat sebagai perkara yang boleh ditangguhkan dan silaturahim diputuskan.
       Abu Abdullah a.s berkata: Ada orang bertanya: Bilakah perkara itu akan berlaku, wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s berkata: Apabila perempuan memegang kuasa, lalu mereka menggunakan para hamba dan remaja.

Pembahagian Harta Dengan Saksama

       26. Daripada beberapa para sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Ja‘far al-‘Uqba secara marfuu’ berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah, lalu beliau a.s memuji Allah, kemudian berkata: Sesungguhnya Adam tidak melahirkan seorang hamba lelaki dan seorang hamba perempuan (lam yalid ‘abdan wa la amatan). Sesungguhnya manusia semuanya merdeka, tetapi Allah melebihkan sebahagian kamu ke atas sebahagian yang lain.
       Sesiapa yang menghadapi bala, maka hendaklah dia bersabar tanpa memarahi Allah. Kadang-kadang berlaku sesuatu sedangkan kami adalah sama di antara yang hitam dan yang merah. Marwan berkata kepada Talhah dan al-Zubair: Beliau (Ali a.s) tidak menghendaki perkara ini selain daripada kamu berdua. Marwan berkata: Beliau (Ali a.s) telah memberi setiap orang tiga dinar. Beliau a.s telah memberi seorang lelaki Ansar sebanyak tiga dinar. Kemudian datang budak hitam, lalu beliau a.s memberi tiga dinar. Lantas lelaki Ansar berkata: Wahai Amir al-Mukminin, budak ini aku telah memerdekakannya kelmarin, tetapi anda menjadikan aku dan dia  sama? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku telah melihat pada Kitab Allah, maka aku tidak dapati kelebihan anak-anak Ismail ke atas anak-anak Ishaq.

Hadis Nabi S.A.W  Ketika Dibentangkan Kuda Kepadanya

       27. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Salim, daripada Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Abu al-Qasim, daripada al-Husain bin Abu Qatadah, daripada ‘Umru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah keluar ketika pembentangan kuda, kemudian  beliau s.a.w melalui kubur Abu Uhaihah, maka Abu Bakr berkata: Allah melaknati tuan kubur ini, demi Allah, jika dia menentang jalan Allah dan membohongi Rasulullah s.a.w.
       Kemudian anak lelaki si mati bernama Khalid berkata: Allah melaknati Abu Qahafah, kerana dia tidak menghormati tetamu dan tidak memerangi musuh. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Qahafah: Jika kamu berhadapan dengan musyrikin, maka jadikan ungkapan kamu secara umum bukan secara khusus. Lantas Khalid menjadi marah, kemudian berdiri, lalu kuda ditunjukkan kepadanya. Kemudian seekor kuda melaluinya, “Uyainah bin Hasn berkata: Kuda ini begini dan begini, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Datanglah kepada kami, kerana aku lebih mengetahui mengenai kuda daripada anda, maka ‘Uyainah berkata: Aku lebih mengetahui mengenai al-Rijal (lelaki) daripada anda.
       Lantas Rasulullah s.aw memarahinya sehingga kelihatan mukanya merah sambil bersabda kepadanya: Manakah lelaki yang lebih baik? ‘Uyainah bin Hasn berkata: Lelaki yang paling baik adalah di Najd. Mereka meletakkan pedang-pedang mereka di atas bahu-bahu mereka sementara anak panah di dalam kotak kuda mereka. Kemudian mereka melontarkannya ke hadapan.
       Rasulullah s.a.w bersabda: Anda telah berbohong. Ini adalah kerana lelaki Yaman adalah lebih baik mengenai keimanan dan hikmah. Sekiranya tiada hijrah, nescaya aku seorang daripada ahli Yaman. Dingin dan keras hati adalah kaum Badwi. Rabi‘ah dan Mudhar adalah yang paling ramai memasuki syurga. Hadhramaut adalah lebih baik daripada Amir bin Sa‘sa‘ah. Menurut riwayat yang lain adalah lebih baik daripada al-Harith bin Mu‘awiyah. Bajilah adalah lebih baik daripada Ra‘al dan Zakwan. Jika Lahayan binasa, aku tidak peduli. Kemudian baginda bersabda: Allah melaknati empat raja: Jamdan, Makhusan, Musyrihan dan Abdha‘ah serta adik perempuan mereka bernama al-‘Umradah. Allah melaknati al-Muhallil dan al-Muhallalah. Dan sesiapa yang mewalikan orang yang bukan walinya. Sesiapa yang mendakwa keturunan yang tidak dikenali. Orang yang menyerupai kaum lelaki dan perempuan. Perempuan yang menyerupai lelaki. Sesiapa yang melakukan bid‘ah di dalam Islam atau melindungi orang yang melakukan bid‘ah.
       Sesiapa yang membunuh bukan pembunuhnya atau memukul bukan orang yang memukulnya dan orang yang melaknati kedua ibu bapanya. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, adakah ada lelaki yang melaknati kedua ibu bapanya? Baginda bersabda: Dia melaknati bapa-bapa dan ibu-ibu orang lain, lalu mereka melaknati dua ibu bapanya. Allah melaknati Ra‘ian, Zakwan, ‘Adhlan, Lahayan dan al-Mujzamin di kalangan  Asad, Ghatafan,  Abu Sufyan bin Harb,  Syahbala, dua anak lelaki kepada Malikah bin Jazim, Marwan, Huwazah dan Huwanah.

Nasihat Amir Al-Mukminin A.S Kepada Maulanya Yang Telah Lari Kepada Mu‘awiyah.

       28. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada sebahagian daripada sahabatnya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang maula kepada Amir al-Mukminin a.s telah meminta harta daripada Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s berkata: Akan dikeluarkan pemberianku (‘ata’i), maka aku akan membahagikannya kepada anda, lalu dia berkata: Aku tidak berpuas hati, lalu dia keluar kepada Mu‘awiyah. Lalu dia diterima oleh Mu‘awiyah.
       Lelaki itu menulis surat kepada Amir al-Mukminin a.s memberitahunya mengenai harta yang dia perolehi daripada Mu‘awiyah. Maka Amir al-Mukminin a.s menulis surat kepadanya: Adapun kemudian daripada itu, amma ba‘d, sesungguhnya harta yang ada di tangan anda itu ada pemiliknya sebelum anda dan ia menjadi milik ahlinya selepas anda. Sesungguhnya milik anda adalah apa yang aku peruntukkan untuk diri anda (ma mahhadtu li-nafsi-ka). Justeru cintailah diri anda demi kebaikan anak lelaki anda.
       Ini adalah kerana anda mencukupi syarat salah seorang daripada dua lelaki: Seorang lelaki yang beramal kerana mentaati Allah, lalu dia menjadi bahagia dengan apa yang anda alami atau dia seorang lelaki yang melakukan sesuatu kerana maksiat kepada Allah, lalu dia menderita kerana anda memberi bukan haknya kepadanya. Tiada seorangpun di dalam kedua-dua keadaan ini layak untuk memberi sesuatu kepada anda. Lantaran itu, letaklah harapan bagi orang yang telah mati sebagai mengharapkan  rahmat Allah. Dan percayalah bagi orang yang masih hidup dengan rezeki Allah.

Percakapan Ali Bin Al-Husain A.S

       29. Muhammad bin Yahya telah memberitahuku, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abdullah bin Ghalib al-Asadi daripada bapanya, daripada Sa‘id bin al-Musayyab berkata: Ali bin al-Husain a.s telah memberi nasihat kepada orang ramai di masjid Rasulullah s.a.w  pada setiap jumaat supaya zuhud di dunia dan beramal dengan amalan akhirat. Beliau a.s berkata:
       Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu kepada-Nyalah akan dikembalikan. Maka setiap jiwa akan mendapati apa yang dilakukannya di dunia ini sama ada baik dan buruk di hadapannya kelak. Ia mahu jika di antara dunia dan dirinya masa yang panjang dan Allah memperingatkan kamu mengenai diri-Nya. Aduhai anak Adam yang pelupa sedangkan ia tidak dilupai.
       Wahai anak Adam, sesungguhnya ajal kamu adalah lebih cepat kepada kamu. Ia telah mendatangi kamu dan hampir mendapati kamu. Seolah-olah ajal kamu telah sampai dan malaikat telah mengambil roh kamu dan kamu berada di dalam kubur kamu seorang diri. Lalu dikembalikan roh kamu. Dua malaikat Mungkar dan Nakir bergegas kepada kamu kerana mahu bertanya kamu dan menguji kamu.
       Sesungguhnya perkara yang pertama mereka berdua akan bertanya kepada kamu adalah mengenai Tuhan yang kamu sembah, mengenai nabi kamu yang diutus kepada kamu, mengenai  agama  yang kamu anuti, mengenai Kitab yang kamu membacanya dan mengenai Imam yang kamu mewalikannya. Kemudian mengenai umur yang kamu habiskan.
       Harta dari manakah kamu mendapatinya dan kepada siapa kamu membelanjakannya. Berwaspadalah dan renunglah diri kamu. Sedialah jawapan sebelum ujian. Sekiranya kamu seorang mukmin mengetahui dengan agama kamu mengikuti golongan yang benar, mewalikan para wali Allah, nescaya Allah menerima hujah kamu, lidah kamu bercakap dengan benar dapat menjawab dengan baik, lalu kamu diberi khabar gembira dengan syurga dan keredaan-Nya. Para malaikat mengalu-ngalukan kamu dengan gembira.
       Sekiranya kamu tidak sedemikian, lidah kamu tidak dapat bertutur, hujah kamu dapat ditumpaskan dan kamu tidak dapat menjawab. Lantas kamu diberi khabar sedih dengan neraka. Lalu malaikat azab mengalu-ngalukan kamu dengan neraka jahim. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa sesungguhnya azab yang paling digeruni adalah pada hari berlakunya Kiamat yang mana Allah mengumpulkan golongan yang terdahulu dan terkemudian. Hari ditiupkan di dalam pelbagai bentuk manusia dan dikeluarkan mereka di dalam kubur. Iaitu hari yang tidak diambil fidyah, tidak diterima kemaafan dan taubat. Hanya apa yang ada sebagai balasan kebaikan dan balasan kejahatan. Sesiapa di kalangan mukminin mengerjakan amalan baik di dunia meskipun sebesar biji sawi, maka dia  akan mendapatinya di akhirat. Sebaliknya sesiapa di kalangan mukminin mengerjakan amalan jahat di dunia ini  meskipun sebesar biji sawi, maka dia akan mendapatinya di akhirat.
       Justeru berwaspadalah, wahai manusia, daripada dosa dan maksiat yang dilarang oleh Allah di dalam Kitab-Nya. Kamu tidak terlepas daripada balasan Allah, peringatan dan ugutan-Nya ketika syaitan yang terkutuk menyeru kamu kepada kelazatan syahwat di dunia ini. Sesungguhnya Allah  a.w berfirman di dalam Surah al-A‘raaf (97): 201 “ Sesungguhnya golongan yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya
       Lantaran itu, biasakanlah hati kamu supaya takutkan Allah dan ingatlah apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu ketika kamu kembali kepada-Nya dengan pahala-Nya sebagaimana Dia telah menakutkan kamu dengan balasan-Nya. Justeru sesiapa yang takutkan sesuatu, maka dia akan berwaspada mengenainya. Sesiapa yang berwaspada mengenai sesuatu, dia akan menjauhinya. Lantaran itu, janganlah kamu lalai kepada kecantikan dunia yang penuh dengan kelicikan. Allah berfirman di dalam Surah al-Nahl (16): 45-6 “Maka apakah golongan yang membuat makar yang jahat itu, merasa aman (dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau datangnya azab kepada mereka dari tempat yang mereka tidak sedari. atau Allah mengazab mereka ketika mereka di dalam perjalanan, maka sekali-kali mereka tidak dapat menolak (azab itu)”
       Justeru berwaspadalah mengenai apa yang telah diterangkan oleh Allah dan renunglah apa yang telah dilakukan-Nya terhadap golongan yang zalim di dalam Kitab-Nya dan kamu tidak dapat mengelakkan diri kamu sebagaimana berlaku kepada mereka. Sesungguhnya orang yang bahagia adalah orang yang menerima nasihat orang lain. Sesungguhnya Allah telah menerangkan kepada kamu apa yang dilakukan kepada golongan yang zalim sebelum kamu sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 11-15 “Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang zalim yang telah kami binasakan”.   
       Apa yang dimaksudkan dengan negeri (qaryah) adalah penduduknya sebagaimana firman-Nya di dalam ayat yang sama “Dan kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain (sebagai penggantinya)” Dan firman-Nya di dalam ayat yang sama “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka lari tergesa-gesa daripadanya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang kamu telah rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu (yang baik) supaya kamu ditanya. Mereka berkata: Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami adalah golongan yang zalim. Maka tetaplah demikian keluhan mereka, sehingga kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi
       Demi Allah, inilah  nasihat untuk kamu bagi menakutkan kamu. Jika kamu menerima nasihat dan takut, maka firman Allah itu dikembalikan kepada pelaku dosa dan maksiat. Allah berfirman di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21) : 46 “Dan sesungguhnya jika mereka ditimpa sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, pastilah mereka akan berkata: Aduhai, celakalah kami, bahawasanya kamilah orang yang menzalimi diri sendiri
       Jika kamu berkata: Wahai manusia, sesungguhnya Allah maksudkan ayat ini untuk ahli syirik, maka jawapannya bagaimana Dia berfirman di dalam Surah yang sama ayat 47 “Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah kami menjadi golongan yang membuat perhitungan
       Ketahuilah wahai hamba Allah bahawa ahli syirik tidak diadakan timbangan dan dewan untuk mereka. Sesungguhnya mereka dikumpulkan terus ke neraka jahanam secara berkelompak. Sesungguhnya timbangan dan dewan diadakan untuk golongan Islam. Justeru bertakwalah kepada Allah, wahai hamba-hamba Allah, ketahuilah bahawa Allah tidak suka kepada perhiasan dunia dan mempercepatkannya kepada salah seorang para walinya.
       Sesungguhnya Dia telah menciptakan dunia dan menciptakan ahlinya bagi menguji mereka mengenai siapakah di kalangan mereka yang baik amalannya untuk akhiratnya. Demi Allah, Dia telah memberi contoh yang banyak kepada kamu dan memaparkan ayat-ayat kepada mereka supaya mereka berfikir. Tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Justeru amalkan zuhud di dunia sebagaimana diperintahkan oleh Allah. Dia berfirman di dalam Surah Yunus (10): 24 “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab-azab kami di waktu malam atau siang, lalu kami jadikan (tanam-tanaman) laksana tanam-tanaman yang telah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (kami) kepada golongan yang berfikir
       Justeru jadilah kamu hamba-hamba Allah yang berfikir dan janganlah cenderung kepada dunia, kerana Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w di dalam Surah Hud (11): 113 “Dan janganlah kamu cenderung kepada golongan yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api nereka”. Lantaran itu, janganlah kamu cenderung kepada perhiasan dunia seperti orang yang mengambilnya sebagai tempat tinggal yang kekal (daar qaraar)  atau sebagai rumah  syaitan ( manzil syaitan), kerana dunia adalah tempat beramal.
       Justeru berbekallah dengan amal yang soleh di dunia sebelum berlalunya hari-harinya sebelum kerosakannya. Ia akan dirosakkan oleh Yang membinanya. Aku memohon pertolongan dari Allah untuk kami dan kamu supaya ditambahkan takwa dan zuhud di dunia. Dia menjadikan kami dan kamu di kalangan golongan yang zuhud di dunia ini, kerana inginkan pahala di akhirat. Selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya.

Hadis Syeikh Bersama Al-Baqir A.S

       30. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Seorang lelaki daripada sahabat kami, daripada al-Hakam bin ‘Utaibah berkata: Manakala aku bersama  Abu Ja‘far a.s, rumahnya adalah penuh dengan keluarganya. Tiba-tiba seorang syeikh datang bertongkat dengan kambingnya sehingga dia sampai ke pintu rumah.
       Beliau berkata: Salam ke atas anda, wahai anak lelaki Rasulullah, rahmat dan berkat-Nya. Kemudian beliau diam, lalu Abu Ja‘far a.s berkata: Salam kembali ke atas anda. Kemudian syeikh berhadapan dengan keluarganya a.s  dan berkata: Salam ke atas kamu semua, kemudian beliau diam sehingga mereka menjawab salamnya. Kemudian beliau berhadapan dengan Abu Ja‘far a.s dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, dekatilah aku, Allah jadikan aku tebusan anda. Demi Allah, sesungguhnya aku mencintai kamu (inni la-uhibbu-kum) dan aku mencintai orang yang mencintai kamu.
       Demi Allah, aku tidak mencintai kamu dan aku tidak mencintai orang yang mencintai kamu kerana tamak kepada dunia. Demi Allah, aku memarahi musuh kamu dan melepaskan diriku daripadanya ( inni la-abghadhu ‘aduwwa-kum wa abra’u min-hu). Demi Allah, aku tidak memarahinya dan melepaskan diriku daripadanya kerana ketegangan di antara aku dan dia. Demi Allah, aku akan menghalalkan halal kamu dan mengharamkan haram kamu dan aku menunggu urusan kamu, adakah anda mengharapkan aku? Allah jadikan aku tebusan anda? Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Kepadaku, kepadaku sehingga beliau a.s memintanya duduk di sisinya, kemudian berkata: Wahai syeikh, sesungguhnya bapaku Ali bin al-Husain a.s telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah bertanya kepadanya sebagaimana anda bertanya kepadaku, maka bapaku berkata keadanya: Sekiranya anda mati, anda akan dikembalikan kepada Rasulullah s.a.w, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Ali bin al-Husain. Hati anda akan gembira, dada anda menjadi lapang, mata anda akan menjadi tenang dan anda akan disambut dengan meriah bersama malaikat al-Kiram al-Katibin jika nyawa anda sampai di halkum. Sekiranya anda hidup, anda akan melihat ketenangan yang dikurniakan oleh Allah kepada anda dan anda akan bersama kami di tempat yang tinggi.
       Syeikh berkata: Bagaimana anda berkata sedemikian,  wahai Abu Ja‘far? Maka beliau a.s mengulangi kembali kata-katanya. Syeikh berkata: Allah Akbar, wahai Abu Ja‘far, jika aku mati (in ana muttu) aku akan dikembalikan kepada Rasulullah s.a.w, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Ali bin al-Husain a.s, mataku menjadi tenang, hatiku bergembira, dadaku menjadi lapang dan aku akan disambut dengan meriah bersama malaikat al-Kiram al-Katibin sehingga nyawaku sampai ke halkum. Sekiranya aku hidup, aku akan melihat ketenangan yang dikurniakan oleh Allah kepadaku dan aku akan bersama kamu di tempat yang tinggi?!!
       Kemudian syeikh mulai menangis tersedu-sedu sehingga beliau melekat pipinya di bumi. Ahlu l-Bait  menangis tersedu-sedu manakala mereka melihat keadaan syeikh. Abu Ja‘far a.s datang, lalu menyapu linangan air mata syeikh dengan  anak jarinya. Kemudian syeikh mengangkat kepalanya sambil berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, hulurkan tangan anda kepadaku, Allah jadikan aku tebusan anda, lalu beliau memegang tangannya, terus mengucupnya dan meletakkannya di atas dua matanya dan pipinya.
       Kemudian beliau meletakkannya di atas perutnya dan dadanya sambil berkata: Salam ke atas kamu, maka Abu Ja‘far a.s melihat di belakang kepalanya. Kemudian beliau a.s berhadapan dengan orang ramai, lalu berkata: Sesiapa yang ingin melihat kepada seorang lelaki daripada ahli syurga (man ahabba an yanzura ila rajulin min ahli al-Jannah), maka hendaklah dia melihat kepada lelaki ini (fa-l yanzur ila haadhaa). Al-Hakam bin ‘Utaibah berkata: Aku tidak pernah melihat satu majlis ratapan seperti ini.

Kisah Penjual Minyak (sahib al-Zait)
       31. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada sebahagian daripada sahabat kami daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seorang lelaki penjual minyak amat mencintai Rasulullah s.a.w. Apabila beliau mahu pergi untuk mendapatkan keperluannya, beliau tidak akan pergi sehingga beliau melihat kepada Rasulullah s.a.w dan baginda s.a.w mengetahui perkara ini daripadanya. Apabila lelaki itu datang, baginda s.a.w memberi peluang kepadanya sehingga beliau dapat melihat kepadanya.
       Pada suatu hari, beliau datang berjumpa Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w melayaninya sehingga beliau dapat melihatnya, kemudian beliau pergi untuk mendapat keperluannya (madha fi hajati-hi). Belum sempat beliau pulang, baginda s.a.w melihatnya, lalu baginda s.a.w memberi isyarat kepadanya dengan tangannya supaya lelaki itu duduk, maka baginda s.a.w pun duduk  sambil bersabda: Apakah yang anda




[1] Jika kamu tidak mampu bertindak dengan bijak.
[2] Meskipun sedemikian, mereka masih mengatakan bahawa merekalah di atas kebenaran.
[3] Menggunakan demokrasi untuk menolak nas, kemudian mereka mengikut hawa nafsu mereka.
[4] Ia mengikut keadaan semasa.
[5] Mana-mana sunnah sahabat yang menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w hendaklah ditolak.
[6] Wajib mengambil kira keselamatan diri dan rakan-rakan.
[7] Termasuk pembayaran khums.
[8] Pengikut para Imam a.s.
[9] Penentang para Imam a.s
[10] Umpamanya mengenai kelebihan para imam a.s dan lain-lain.
[11] Kezaliman terhadap Syi‘ah tidak mendapat simpati daripada kaum Wahabi dan mereka seumpamanya.
[12] Secara taqiyyah.
[13] Marja’ Taqlid bukanlah untuk berselisih faham.
[14] Jangan sekali-kali memaksa seseorang berpegang kepada ajaran Ahlul Bait a.s melainkan dengan kerelaan hatinya.
[15] Darjat ketinggian, mercu ketinggian, jalan dan tangga bagi mendapatkan keredaan Allah.
[16] Abu Bakr dan Umar.
[17] Abu Bakr.
[18] Umar.
[19] Abu Bakr.
[20] Ibu Abu Bakr gemar memakan lalat.
[21] Penguasa menindas kami, mengusir kami, memenjarakan kami dan membunuh kami dengan pertolongan ulama mereka yang jahat.
[22] Khalifah al-Mansur al-Dawaniq.
[23] Tukang sihir.
[24] Gerhana bulan dan matahari.
[25] Al-Suyuti, al-Itqaan, iii, hlm. 82, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 180 meriwayatkan daripada ‘Aisyah bahawa dia berkata: Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah s.a.w sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa Uthman menulis mashaf ia tinggal hanya 73 ayat sahaja.
[26] Di antara kelebihan Imam Ali a.s.
___________________________
telah melakukan sesuatu pada hari ini dan tidak melakukannya sebelum ini?
       Beliau berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, demi Yang mengutus anda dengan kebenaran sebagai seorang nabi (wa lladhi ba‘atha-ka nabiyyan), hatiku begitu merindukan anda sehingga aku tidak mampu menunaikan keperluanku sehingga aku pulang kepada anda. Lalu baginda s.a.w berdoa untuknya dengan kebaikan. Kemudian Rasulullah s.a.w tidak melihatnya beberapa hari.
       Lalu baginda s.a.w bertanya mengenainya. Ada orang berkata kepada baginda s.a.w: Wahai Rasulullah, kami tidak melihatnya beberapa hari. Lantas Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya datang ke kedai minyak (sauq al-Zait) yang mana tiada seorangpun di kedai itu, lalu baginda s.a.w bertanya jiran-jiran nya. Mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, lelaki itu telah mati. Beliau di sisi kami adalah seorang yang amanah lagi benar, tetapi beliau mempunyai satu sifat, baginda s.a.w bertanya: Apakah ia? Mereka berkata: Beliau mengikut perempuan (yatba‘ al-Nisa’), lantas Rasulullah s.a.w bersabda: Allah memberi rahmat kepadanya, demi Allah, beliau telah mencintai aku (kana yuhibbu-ni hubban), jika beliau seorang pengembala binatang ternakan sekalipun, nescaya Allah  mengampunkannya.

Kami Di Sisi Mereka Adalah Lebih Jahat Daripada Yahudi, Nasara, Majusi Dan Musyrikin.

       32. Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Abu Abdullah, daripada  ‘Uthman bin Isa daripada Maisar berkata: Aku telah berjumpa Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana dengan para sahabat anda? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami di sisi mereka adalah lebih jahat (Laa-nahnu ‘inda-hum asyarru min al-Yahud) daripada Yahudi, Nasara, Majusi dan Musyrikin, lantas beliau a.s terus duduk, kemudian berkata: Bagaimana anda berkata? Demi Allah, kami di sisi mereka[1] adalah lebih jahat daripada Yahudi, Nasara, Majusi, dan Musyrikin.
       Beliau a.s berkata: Demi Allah, kamu berdua tidak akan memasuki neraka, demi Allah, sesungguhnya kamulah orang yang difirmankan oleh Allah di Surah Sad (38): 62-4 “Dan (golongan durhaka) berkata: “Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di-dunia) kami anggap sebagai golongan yang jahat (hina). Apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka? Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka”.
       Kemudian beliau a.s berkata: Mereka mencari kamu, demi Allah, di neraka, tetapi mereka tidak mendapati seorangpun daripada kamu (fa-ma wajaduu min-kum ahadan)

Wasiat Nabi S.A.W  Kepada Amir Al-Mukminin A.S

       33. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Nu‘man daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Di antara wasiat Nabi s.a.w kepada Ali a.s baginda  s.a.w bersabda: Wahai Ali, aku wasiatkan pada diri anda beberapa sifat, justeru hafazlah daripadaku: Kebenaran: Janganlah anda mengeluarkan dari mulut anda sebarang pembohongan.
       Kedua: Warak, janganlah anda berani melakukan pengkhianatan selama-lamanya.
       Ketiga: Takut kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya.
       Keempat: Banyakkan menangis kerana takutkan Allah, Dia akan membina untuk anda bagi setiap titisan air mata seribu rumah di syurga.
       Kelima: Pengorbanan anda akan harta anda dan darah anda kerana  agama anda.
       Keenam: Mengambil Sunnahku di dalam solatku, puasaku dan sedekahku. Adapun solat adalah lima puluh rakaat. Puasa adalah tiga hari di dalam sebulan. Awal Khamis, hari Rabu pertengahan dan Khamis akhir. Adapun sedekah, hendaklah anda bekerja keras untuk melakukannya sehingga dikatakan bahawa anda telah boros, tetapi anda tidak boros.
       Hendaklah anda mengerjakan solat malam (salat al-Lail), solat gelincir (salat al-Zawal), solat gelincir dan solat gelincir[2]. Hendaklah anda membaca al-Qur’an. Angkatlah dua tangan anda di dalam solat anda dan memutarkan kedua-duanya. Bersugi pada setiap wuduk. Berakhlak dengan akhlak yang baik. Jauhilah akhlak yang buruk. Jika anda tidak melakukannya, maka janganlah anda mencela melainkan diri anda sendiri.

Nilai Seseorang Adalah Agamanya

       34. Beberapa orang sahabat kami. Daripada Sahl bin Ziyad, daripada Bakr bin Salih, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Abdullah bin al-Mughirah berkata: Ja‘far bin Ibrahim telah memberitahuku (Ibn Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Ja‘far al-Tayyar), daripada Abu Abdullah, daripada bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Nilai (keturunan) seseorang adalah agamanya, maruahnya, akalnya, kemuliannya, dan kecantikannya. Kemuliannya adalah takwanya.

Agama Adalah Cinta Dan Anda Adalah Bersama Orang yang Anda cintai

       35. Daripada mereka daripada Sahl bin Ziyad daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah, Tha‘labah bin Maimun,  Ghalib bin ‘Uthman dan Harun bin Muslim daripada Yazid bin Mu‘awiyah berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far a.s  di sebuah khemahnya di Mina, lantas beliau a.s melihat kepada Ziyad al-Aswad yang terseliuh kakinya, maka beliau a.s bersimpati dengannya sambil berkata: Kenapa kaki anda jadi begini?
       Beliau berkata: Aku telah datang dengan pakaianku yang koyak, lalu aku berjalan di atas jalan umum [kemudian aku terseliuh].        Beliau a.s bersedih untuknya, kemudian Ziyad berkata kepadanya: Sesungguhnya aku menderita kerana dosa [ku] sehingga aku menyangka bahawa aku telah binasa. Akupun mengingati cinta kamu (zakar-tu hubba-kum), lalu aku mengharapkan kejayaan, maka ia terserlah untukku.
       Abu Ja‘far a.s berkata: Tidakkah agama itu sebuah cinta? Allah berfirman di dalam Surah al-Hujarat (49): 7 “Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam hatimu”. Firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 31 “Katakanlah: “ Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu”. Dan firman-Nya di dalam Surah al-Hasyr (59): 9 “Mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka
       Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, aku mencintai orang yang mengerjakan solat (uhibbu al-Musalliin), tetapi aku tidak melakukannya (wa-laa usalli) dan aku mencintai orang yang berpuasa, tetapi aku tidak berpuasa (uhibbu al-Sawwaamin wa la asuumu)? Maka baginda s.a.w bersabda kepadanya: Anda adalah bersama orang yang anda cintai dan bagi anda apa yang  anda usahakannya (anta ma‘a man ahabbab-ta wa la-ka maa k-tasab-ta). Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Apakah yang kamu semua tuntut dan apakah yang kamu semua mahu sekiranya perkara yang menakutkan dari langit [turun], nescaya setiap kaum yang ketakutan akan [berlindung] di tempat selamat  mereka, tetapi kami ketika ketakutan [belindung] kepada Nabi kami dan kamu pula [berlindung] kepada kami (faza‘na ila nabiyyi-na wa faza‘-tum ilai-na).

Kelebihan Ahlu l-Bait A.S Dan Syi‘ah Mereka.

       36. Sahl, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah dan Abdullah bin Bakir daripada Sa‘id bin Yassar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Al-Hamdulillah, terjadinya golongan Murjiah, golongan Haruriyyah (Khawarij), Qadariyyah (Mu‘tazilah) dan kamu dinamakan al-Turabiyyah[3] dan Syi‘ah Ali. Demi Allah tiada tuhan yang lain melainkan Dia Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, Rasul-Nya s.a.w, keluarga Rasulullah s.a.w (ali rasulullah s.a.w) dan Syi‘ah ali Rasulullah s.a.w. Mereka sahaja yang dimaksudkan dengan manusia (al-Naas). Ali adalah orang yang paling layak dan aula selepas Rasulullah s.a.w. Beliau a.s mengulanginya sebanyak tiga kali.

Menghidupkan Urusan Mereka Dan Menunggu Kejayaan Mereka.

       37. Daripadanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada  Umar bin Abban al-Kalbi, daripada Abd al-Hamid al-Wasiti, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu, sesungguhnya kami telah meninggalkan kedai-kedai kami (aswaaqa-na) kerana menunggu urusan ini (li-hadha al-Amr) sehingga hampir lelaki di kalangan kami ditanya apa yang ada ditangannya?
       Beliau a.s berkata: Wahai Abu Abd al-Hamid, adakah anda berpendapat sesiapa yang menahan dirinya (habisa nafsa-hu) kerana Allah, Dia tidak menjadikan baginya jalan keluar? Tentu sekali, Allah akan menjadikan dirinya jalan keluar (makhrajan). Allah memberi rahmat kepada hamba-Nya yang menghidupkan urusan kami (amra-na).
       Aku berkata: Aslaha-ka llahu, sesungguhnya Murjiah berkata bahawa tidaklah wajib ke atas kami percaya kepada orang yang kami percaya sekarang sehingga beliau datang; kamu berkata bahawa kami dan kamu adalah sama. Beliau a.s berkata: Wahai Abd al-Hamid, benar kata-kata mereka bahawa sesiapa yang bertaubat, Allah menerima taubatnya. Tetapi sesiapa yang menyembunyikan nifak, maka Allah tidak memaksanya melainkan ke atas dirinya.
       Sesiapa yang menentang urusan kami, Allah akan mensia-siakan darahnya. Allah akan menyembelih mereka di atas Islam sebagaimana tukang sembelih menyembelih kambingnya[4]. Aku berkata: Kami dan orang lain pada hari itu sama saja? Beliau a.s berkata: Tidak, kamu, pada hari itu, pada tempat yang tinggi di bumi dan pemerintahnya. Ia akan berlaku sedemikian di dalam agama kita. Aku berkata: Jika aku mati sebelum mendapati al-Qaim a.s? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya orang yang berkata di kalangan kamu: Apabila aku mendapati al-Qaim daripada keluarga Muhammad s.a.w, nescaya aku menolongnya (in adrak-tu qaim ali Muhammad nasar-tu-hu), maka beliau adalah seperti orang yang menghunus pedangnya bersama-samanya (ka l-Muqari‘ ma‘a-hu bi-saifi-hi) dan orang yang mati syahid di dalam peperangan bersamanya mendapat pahala dua syahid.

Kelebihan Syi‘ah Dan Tafsir Firman Allah Surah Al-Ra‘d (13) :38“ “Sesungguhnya kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu”

       38. Daripadanya, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Abdullah bin al-Walid al-Kindi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s pada zaman Marwan, maka beliau a.s berkata: Siapakah kamu? Kami berkata: Daripada ahli Kufah, beliau a.s berkata: Dari negeri  di mana penduduknya yang paling ramai mencintai kami, apatah lagi golongan ini. Sesungguhnya Allah telah menunjukkan kamu kepada suatu perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai (jahila-hu al-Naasu): Kamu mencintai kami sementara orang ramai memarahi kami (ahabbab-tumuu-naa wa abghadha-naa al-Naaus), kamu mengikut kami sedangkan orang ramai menentang kami (wa ttaba‘tumuu-naa wa khalafa-naa al-Naas) dan kamu membenarkan kami sedangkan orang ramai membohongi kami (saddaqtumuu-naa wa khazzaba-naa al-Naasu).
       Maka Allah akan menghidupkan kamu kehidupan kami (fa-ahyakumu llahu mahyaa-naa) dan Allah akan mematikan kamu kematian kami (amaata-kum mamaata-naa). Aku naik saksi bahawa bapa aku berkata: Sebelum seorang daripada kamu dapat melihat ketenangan matanya yang dikurniakan Allah kepadanya, dia akan merasa gembira sehingga nyawanya  sampai di halkum. Allah berfirman di dalam Surah al-Ra‘d (13): 38 “Sesungguhnya kami telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan”.  Lantaran itu, kamilah keturunan Rasulullah s.a.w.

Orang Yang Celaka Dan Orang Yang Bahagia Di Dalam Perut Ibunya

       39. Daripada Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kandi, daripada Ahmad bin ‘Adis, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu al-Sabah berkata: Aku telah mendengar kata-kata yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, Ali a.s dan Ibn Mas‘ud, lalu aku membentangkannya kepada Abu Abdullah a.s, beliau a.s berkata: Ini adalah kata-kata Rasulullah s.a.w yang aku mengetahuinya dan berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang celaka (al-Syaqiyyu) adalah orang yang telah celaka di dalam perut ibunya.
       Orang yang bahagia (al-Sa‘id) adalah orang yang menerima nasihat orang lain. Orang yang paling cerdik (akyasu l-Kais) adalah orang yang bertakwa. Orang yang paling bodoh (ahmaq) adalah orang yang melakukan kejahatan (al-Fujur). Sejahat-jahat riwayat adalah riwayat pembohongan. Sejahat-jahat perkara adalah perkara bid‘ah. Buta yang paling teruk adalah buta hati. Penyesalan yang paling jahat adalah penyesalan pada hari Kiamat. Sebesar-besar kesalahan di sisi Allah adalah lidah pembohong.
       Sejahat-jahat pendapatan adalah pendapatan daripada riba. Sejahat-jahat pemakanan adalah memakan harta anak yatim. Sebaik-baik perhiasan adalah perhiasan lelaki. Petunjuk yang baik adalah bersama keimanan. Sesiapa yang mahukan reputasi, maka Allah memperdengarkan kepadanya pembohongan. Sesiapa yang memerintah dunia, maka dia akan menjadi lemah dengannya. Sesiapa yang mengetahui bala, maka dia akan bersabar mengenainya. Dan sesiapa yang tidak mengetahuinya, maka dia  akan menentangnya.
       Syak  (al-Raib) adalah suatu kekufuran. Sesiapa yang takbur, maka Allah akan menjatuhkannya. Sesiapa yang mentaati syaitan, maka dia menderhakai Allah. Sesiapa yang menderhakai Allah, maka dia akan diazabkan oleh Allah. Sesiapa yang bersyukur, maka Allah akan menambahkan lagi untuknya. Sesiapa yang bersabar di atas kesusahan,  maka Allah akan membantunya. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan membuat perkiraan dengannya.
       Janganlah kamu memarahi Allah bagi mendapatkan  keredaan seorang daripada makhluk-Nya. Janganlah kamu mendekati seorang  yang membuatkan kamu jauh daripada Allah, kerana tiada sesuatu yang dapat memberi kebaikan kepadanya atau menolak kejahatan daripadanya melainkan dengan mentaatiNya. Ketaatan kepada Allah adalah kejayaan daripada setiap kebaikan.
       Kejayaan daripada kejahatan adalah dijaga. Ini adalah kerana Allah menjaga orang yang mentaatiNya dan tidak menjaga orang yang menderhakaiNya. Orang yang lari daripada Allah tidak selamat. Sesungguhnya urusan Allah akan berlaku meskipun dibenci oleh makhluk. Setiap yang datang itu adalah dekat. Perkara yang dikehendaki oleh Allah akan berlaku dan jika Dia tidak mahu, maka ia tidak akan berlaku. Justeru tolong-menolonglah  kamu di dalam kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong di dalam dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya

Tafsir Firman Allah Surah Al-Baqarah (2) : 213 “Manusia adalah umat yang satu

       40. Dengan sanad ini, daripada Abban, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib bahawa sesungguhnya beliau telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 213 “Manusia adalah umat yang satu”, maka beliau a.s berkata: Manusia sebelum Nuh adalah umat yang sesat, lalu Allah mengutus beberapa orang rasul. Dan ia tidaklah sebagaimana yang dikatakan oleh mereka. Ia sentiasa demikian dan mereka telah berbohong. Allah akan membahagikan pada malam al-Qadar apa yang susah dan senang atau hujan menurut kadar yang Dia kehendaki.

Hadis Mengenai Laut Dan Matahari

       41. Daripada Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Ma‘ruf bin Kharbuz, daripada al-Hakam bin al-Mustaurid, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Di antara bahan makanan (al-Aqwaat) yang telah ditentukan oleh Allah dan manjadi keperluan kepada manusia adalah [ berada di] lautan (al-Bahr)  yang diciptakan oleh Allah a.w di antara langit dan bumi. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menentukan padanya perjalanan matahari, bulan, bintang dan planet berdasarkan kepada falak. Kemudian Dia mewakilkan padanya seorang malaikat bersama tujuh puluh ribu para malaikat yang lain, maka merekalah yang memutarkan falak.
       Apabila mereka memutarkannya, maka matahari, bulan, bintang dan planet berputar bersamanya menurut fungsi yang telah ditentukan oleh Allah pada malam dan siang. Apabila dosa manusia bertambah banyak dan Allah kehendaki mencela mereka dengan salah satu daripada ayat-ayat-Nya, maka Dia memerintahkan malaikat yang ditugaskan di falak supaya menggerakkan falak yang menguasai perjalanan matahari, bulan, bintang dan planet. Lantas malaikat yang ditugaskan memerintahkan tujuh puluh ribu para malaikat yang lain supaya mengubah perjalanannya.
       Beliau a.s berkata: Apabila mereka mengubah perjalanannya, maka matahari berada di lautan yang berlari di falak. Beliau a.s berkata: Lalu cahayanya terpadam dan berubah warnanya. Apabila Allah kehendaki membesar-besarkan kekuasaannya (ayat), maka matahari terpadam di laut menurut apa yang disukai oleh Allah bagi menakut-nakutkan makhluk-Nya dengan kekuasaan-Nya. Beliau a.s berkata: Itu adalah ketika berlaku gerhana matahari. Beliau a.s berkata: Begitu juga Dia melakukan perkara yang sama terhadap bulan.
       Beliau a.s berkata: Apabila Allah kehendaki menzahirkannya atau mengembalikannya kepada perjalanannya, maka Allah memerintahkan malaikat yang bertugas di falak supaya mengembalikan falak kepada tempatnya. Apabila falak dikembalikan, maka matahari kembali pada perjalanan asalnya, beliau a.s berkata: Matahari keluar dari air di dalam keadaan yang kotor (kadirah). Beliau a.s berkata: Begitulah berlaku kepada bulan. Kemudian Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya  dua peristiwa tersebut; gerhana matahari dan bulan tidak ditakuti melainkan oleh Syi‘ah kita. Apabila berlaku sedemikian, maka kembalikan ketakutan itu kepada Allah dan kepada-Nya kamu kembali.

Setiap Ahlu l-Bait Mempunyai Hujah Dikemukakan Allah Pada Hari Kiamat

       42. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada al-Fadhl bin Ismail al-Hasyimi, daripada bapanya berkata: Aku telah mengadu kepada Abu Abdullah a.s mengenai keluargaku yang tidak mengambil berat mengenai agama, maka beliau a.s berkata: Wahai Ismail, janganlah anda menentang ahli anda disebabkan perkara tersebut. Ini adalah kerana Allah telah menjadikan bagi setiap keluarga hujah yang akan dikemukan pada hari Kiamat terhadap keluarganya. Akan dikatakan kepada mereka: Tidakkah kamu melihat polan di kalangan kamu, tidakkah kamu melihat petunjuknya kepada kamu, tidakkah kamu melihat solatnya  pada kamu, tidakkah kamu melihat agamanya, kenapa kamu tidak mengikutinya mengenainya, maka ia menjadi hujah ke atas mereka pada hari Kiamat.

Allah Akan Berhujah Pada Hari Kiamat Ke Atas Jirannya (lelaki) Dengannya

       43. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Muhammad bin  ‘Athim al-Nakhas, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan kamu akan berada di suatu tempat, maka Allah akan berhujah pada hari Kiamat ke atas jirannya (lelaki) dengannya. Akan dikatakan kepada mereka: Tidakkah polan di kalangan kamu, kenapa kamu tidak mendengar kata-katanya, kenapa kamu tidak mendengar tangisannya di waktu malam, maka ia akan menjadi hujah ke atas mereka.

Tafsir Firman Allah Surah Al-Fail (105) : 3 “Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong”
       44. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Abu Maryam, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Fail (105):3 “Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melimpari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar”, beliau a.s berkata: Burung telah mendatangi mereka di sebelah laut, kepalanya seperti kepala binatang buas (ru’uus al-Siba’) dan kukunya seperti kuku burung yang buas. Setiap burung mempunyai tiga batu: Dua batu pada dua kakinya dan satu batu pada paruhnya.
       Burung-burung melontarkan batu-batu kepada mereka sehingga tubuh-tubuh mereka dijangkiti cacar, lalu membunuh mereka meskipun penyakit cacar tidak pernah berlaku kepada mereka. Mereka juga tidak pernah melihat burung sedemikian rupa sebelum hari itu dan selepasnya. Beliau a.s berkata: Orang yang terlepas di kalangan mereka pada hari itu, telah melarikan diri ke Hadhramaut; satu lembah di Yaman. Kemudian Allah mengutus banjir ke atas mereka, lalu menenggelamkan mereka semua. Beliau a.s berkata: Air sebelum hari itu tidak pernah di lihat selama lima belas tahun di lembah tersebut, beliau a.s berkata: Justeru ia dinamakan Hadhramaut ketika mereka mati padanya.

Janganlah Anda Mencampuri Dalam Hal Keluarga Kami
      
       45. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir, Tha‘labah bin Maimun, Asli bin ‘Uqbah, daripada Zararah, daripada Abd al-Malik berkata: Percakapan telah berlaku di antara Abu Ja‘far a.s dan anak lelaki al-Hasan a.s. Kemudian berita itu telah sampai kepadaku, lalu aku berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s. Maka aku mulai bercakap mengenainya, lalu beliau a.s berkata kepadaku: Janganlah anda mencampuri dalam hal keluarga kami. Umpama kami dan sepupu kami seperti seorang lelaki pada Bani Israel yang mempunyai dua orang anak perempuan. Suami kepada salah seorang daripadanya adalah peladang dan suami kepada yang satu lagi adalah seorang pembuat belanga dari tanah liat.
       Kemudian bapanya telah menziarahi mereka berdua. Beliau mulai menziarahi anak perempuannya yang suaminya seorang peladang, maka beliau berkata kepadanya: Apakah keadaan kamu? Anak perempuannya berkata: Suamiku telah menanam tanaman yang banyak. Jika Allah menurunkan hujan dari langit, nescaya keadaan kami adalah yang terbaik di kalangan Bani Israel. Kemudian beliau datang kepada anak perempuannya yang suaminya seorang pembuat belanga dari tanah liat, maka beliau berkata kepada anak perempuannya: Apakah keadaan kamu? Anak perempuannya berkata: Suamiku telah banyak membuat belanga dari tanah liat, jika Allah tidak menurunkan hujan, nescaya keadaan kami adalah yang terbaik di kalangan Bani Israel. Kemudian bapanya pulang sambil berkata: Wahai Tuhanku, Engkau berserta mereka berdua. Abu Ja‘far a.s berkata: Demikian juga kami.

Doa Untuk Mengusir Jin

       46. Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Zuraih berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s melindungi (ya‘udhu) anak lelakinya sambil berkata: Aku berazam ke atas anda, wahai Raih dan Waja’,  yang masih boleh didapati selama aku memiliki azam yang dimiliki oleh Ali bin Abu Talib, Amir al-Mukminin a.s, utusan kepada Rasulullah s.a.w ke atas Jin wadi al-Basrah, lantas mereka menjawab dan mentaatinya. Abu Abdullah a.s berkata: Kenapakah anda tidak menjawab, anda tidak taat dan anda tidak keluar daripada anak lelakiku polan, anak lelaki kepada anak perempuanku polan sekarang juga?

Hadis Nabi s.a.w  Mengenai Hakikat Kehidupan.

       47. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Sinan, daripada Ibn Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak ada sesuatu, maka dia tidak memilikinya. Sesiapa yang tidak bersabar menghadapi kesusahan semasa, maka dia akan menjadi lemah. Sesiapa yang memberi pinjaman kepada orang ramai, maka mereka pula akan memberi pinjaman kepadanya. Sesiapa yang meninggalkan mereka, maka mereka tidak akan meninggalkannya. Ada orang berkata: Apakah yang aku akan lakukan, wahai Rasulullah s.a.w? Beliau s.a.w bersabda: Berilah pinjaman kepada  orang yang memintanya, demi hari kefakiran anda.

Dakwaan Lelaki Hamdan Akan Seekor Baghal Bertina Musa Bin Ja‘far A.S

       48. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada al-Barqi, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Hammad bin Uthman berkata: Manakala Musa bin Isa di rumahnya yang terletak di al-Mas‘a, tiba-tiba beliau a.s melihat Abu al-Hasan a.s menghala dari al-Marwah di atas seekor baghal betina, lalu Ibn Hiyaj memerintahkan seorang lelaki dari Hamadan  pergi kepadanya dan bergantung di tali kekangnya dan menuntut baghal betina. Kemudian lelaki itu mendatanginya, lalu bergantung di tali kekang dan menuntut baghal betina tersebut. Lantas Abu al-Hasan a.s mengangkat kakinya, lalu turun daripadanya dan berkata kepada hamba-hambanya: Kamu ambillah pelananya (sarja-ha) dan berikan kepadanya, maka dia berkata: Pelana juga untukku? Abu al-Hasan a.s berkata: Anda telah berbohong, di sisi kami keterangan (al-Bayyinah) bahawa sesungguhnya ia adalah pelana Muhammad bin Ali. Adapun baghal betina, maka kami telah membelinya pada masa yang terdekat dan anda lebih mengetahui apa yang aku katakan.

Layanan Al-Mansur terhadap Abu Abdullah A.S
      
       49. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Marazim, daripada bapanya berkata: Kami telah keluar bersama Abu Abdullah a.s ketika beliau a.s keluar di sisi Abu Ja‘far al-Mansur dari Hirah. Lalu al-Mansur keluar beberapa ketika, kemudian membenarkannya dan ia berakhir  di al-Salihin pada awal malam. Al-Mansur berkata dengan tegas: Aku tidak membiarkan anda melintasi kawasannya, beliau a.s memohon supaya dibenarkan pergi, tetapi al-Mansur tidak membenarkannya.
       Aku dan Musadif bersama-nya, lalu Musadif berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya “anjing ini” telah menyakiti anda, aku khuatir dia akan menentang anda dan aku tidak mengetahui apa yang akan berlaku mengenai urusan Abu Ja‘far a.s. Aku dan Murazim, adakah anda membenarkan kami memenggalkan  kepalanya, kemudian kami akan mencampakkannya ke sungai. Maka beliau a.s berkata: Tahankan diri anda, wahai Musadif, dia sentiasa memohon kebenarannya sehingga berlalunya malam. Kemudian beliau a.s telah membenarkannya, lalu berkata: Wahai Murazim, ini lebih baik atau apa yang kamu berdua katakan itu lebih baik? Aku berkata: Ini aku jadikan diriku tebusan anda, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya lelaki ini keluar daripada kehinaan yang kecil kepada kehinaan yang lebih besar.

Layanan Abu Abdullah A.S Terhadap BudakNya

       50. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hijal, daripada Hafs bin Abu ‘Aisyah berkata: Abu Abdullah a.s telah mengutus seorang budaknya (ghulaaman) bagi melaksanakan hajatnya, lalu dia melambat-lambatkannya. Abu Abdullah a.s keluar mengesannya manakala dia terlewat pulang, maka beliau a.s mendapatinya tertidur. Kemudian beliau a.s duduk di sisi kepalanya sambil merehatkannya sehingga dia jaga. Apabila dia terjaga, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai polan apakah yang membuat anda tidur malam dan siang, bagi anda ia malam dan bagi kami ia adalah siang.

Tidak Ada Kebaikan Pada Menyalahi Ahlu l-Bait A.S.

       51. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Hassan daripada Abu Ali berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Janganlah kamu menyebut rahsia kami menyalahi lahiriah kami (la tazkuruu sirra-naa bi-khilafi ‘alaniyyati-naa) dan berterang-terangan kami menyalahi rahsia kami (wa la ‘alaniyyata-naa bi-khilafi sirri-naa). Memadailah kamu berkata apa yang kami katakan, kamu diam apa yang kami diam. Sesungguhnya kamu telah ketahui bahawa Allah a.w tidak akan menjadikan kebaikan kepada seseorang yang menyalahi kami[5]. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Nur (24): 63 “Maka hendaklah golongan yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa fitnah atau ditimpa azab yang pedih

Hadis Mengenai Tabib Dan Sebab Dinamakannya.

       52. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ziyad bin Abu al-Halal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Musa a.s berkata: Wahai Tuhanku, dari manakah penyakit (al-Da’). Dia berfirman: Daripada-Ku, Musa berkata: Penyembuhan (al-Syifaa’) daripada siapa? Dia berfirman: Daripada-Ku. Musa a.s berkata: Apakah hamba-hamba Engkau lakukan dengan pengamal perubatan (al-Mu‘aalij)? Dia berfirman: Pengamal perubatan  memperbaikkan diri mereka (utibu bi-anfusi-him), maka mulai hari itulah pengamal perubatan (al-Mu‘aalij) dinamakan tabib.

Tiada Suatu Penyakitpun Melainkan Ia Menyerap Ke Badan.

       53. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir, daripada Abu Ayyub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada suatu penyakitpun melainkan ia menyerap ke badan. Ia menunggu bila ia diperintahkan untuk melakukannya. Di dalam riwayat yang lain,  melainkan demam, kerana ia ditolak keluar.

Cara Mengubati Penyakit Dan Bacaan Doa.

       54. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abd al-‘Aziz bin al-Muhtadi, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Daud bin Zarbi berkata: Aku telah jatuh sakit di Madinah dengan serius, perkara ini telah sampai kepada Abu Abdullah a.s, lalu beliau a.s menulis surat kepadaku: Berita kesakitan anda telah sampai kepadaku. Justeru belilah segantang biji gandung, kemudian anda tidur melentang dan taburkanlah di atas dada anda.
       Kemudian anda bacalah: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon dengan nama Engkau yang mana apabila orang yang terpaksa (al-Mudhtarru) memohon kepada Engkau, Engkau akan meyembuhkan penyakitnya dan menenangkannya di bumi. Engkau menjadikannya (al-Mahdi) khalifah Engkau di atas makhluk Engkau. Berselawatlah kepada Muhammad dan Ahlu l-Baitnya dan sembuhkanlah aku dari penyakitku”
       Kemudian beliau a.s terus duduk. Kumpulkan biji gandung di sekeliling anda dan katalah seperti itu. Kemudian bahagikannya setiap cupak kepada orang miskin dan katalah seperti itu. Daud berkata: Maka akupun melakukannya sebagaimana yang diperintahkannya seolah-olah aku terlepas dari simpulan tali. Ia dilakukan juga oleh orang lain dan ia telah mengambil manfaat dengannya.

Hadis Mengenai Ikan Paus (al-Huut)

       55. Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai bumi di atas apakah ia? Beliau a.s berkata: Di atas ikan paus (hiya ‘ala al-Huut), aku berkata: Ikan paus di atas apa? Beliau a.s berkata: Di atas air. Aku berkata: Air di atas apa? Beliau a.s berkata: Di atas batu besar (sakhrah). Aku berkata: Batu besar itu di atas apa? Beliau a.s berkata: Di atas lembu jantan yang licin (thaurun amlas). Aku berkata: Lembu jantan yang licin di atas apa? Beliau a.s berkata: Di atas  tanah, aku berkata: Tanah di atas apa? Beliau a.s berkata: Di sinilah ilmu para pengkaji tidak dapat mencapainya[6].

Penciptaan Bumi Dan Penghantaran Air yang Masin Serta Asal Kejadian.

       56. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Jamil bin Darraj, daripada Zararah, daripada seorang daripada mereka berdua a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan bumi, kemudian Dia menghantar air yang masin selama empat puluh pagi (sabaahan) dan air yang  manis selama empat puluh pagi sehingga ia bertemu dan bercampur. Dia mengambil dengan tangan-Nya di dalam satu genggaman dan  Dia memerahnya dengan kuat. Kemudian Dia membahagikannya kepada dua bahagian. Kemudian  terkeluarlah dari setiap perahan itu seperti satu kepala benih (zuriat). Lalu diambil  sebahagiannya ke syurga dan sebahagiannya ke neraka.

Hadis Mengenai Mimpi (al-Ahlaam) Dan Hujah Ke Atas Ahli Zaman

       57. Sebahagian daripada sahabat kami, daripada Ali bin al-‘Abbas, daripada al-Hasan bin Abd al-Rahman daripada Abu al-Hasan a.s berkata: Sesungguhnya mimpi tidak berlaku pada masa yang lalu; pada masa awal kejadian. Kemudian ia berlaku, maka aku berkata: Apakah sebabnya? Sesungguhnya Allah telah mengutus seorang rasul kepada ahli zamannya, lalu beliau menyeru mereka kepada Allah dan ketaatan-Nya. Mereka berkata: Jika kami berbuat sedemikian, apakah akan terjadi kepada kami, demi Allah, anda bukanlah orang yang mempunyai harta yang lebih banyak daripada kami dan bukanlah keluarga yang lebih mulia daripada keluarga kami.
       Maka rasul itu  berkata: Sekiranya kamu mentaati aku, nescaya  Allah memasukkan kamu syurga dan sekiranya kamu menderhakai aku, nescaya Allah memasukkan kamu ke neraka. Mereka berkata: Apakah itu syurga dan neraka? Maka rasul itu menceritakan kepada mereka mengenai syurga dan neraka. Mereka berkata: Bilakah kami akan memasukinya? Rasul itu berkata: Apabila kamu mati, maka mereka berkata: Kami telah melihat golongan mati di kalangan kami dan mereka telah menjadi tulang yang reput. Mereka bertambah lagi membohonginya dan memandang rendah kepadanya. Lalu Allah menjadikan mimpi-mimpi untuk mereka. Lantaran itu, mereka mendatanginya dan menceritakan kepadanya mimpi-mimpi mereka dan mereka tidak menentangnya, maka rasul itu berkata: Sesungguhnya Allah mahu berhujah ke atas kamu dengan perkara ini. Beginilah akan terjadi kepada roh-roh kamu apabila kamu mati sekalipun badan-badan kamu reput; roh-roh kamu akan menghadapi azab sehingga badan-badan kamu dibangkitkan.

Mimpi Mukmin Pada Akhir Zaman.

       58. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Pendapat seorang mukmin dan mimpinya pada akhir zaman adalah di atas tujuh puluh bahagian daripada bahagaian-bahagian kenabian.

Soalan Nabi  S.A.W: Adakah Mimpi Yang Mengembirakan?

       59. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘ammar bin Khalad, daripada al-Ridha a.s berkata: Sesungguhnya  Rasulullah s.a.w apabila datang waktu pagi bersabda kepada para sahabatnya: Adakah ada berita gembira (hal min mubasysyiraat). Apa yang baginda s.a.w maksudkannya adalah mimpi (al-Ru’ya). 

Tafsir Firman Allah Surah Yunus (10) :64“Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia

       60. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abu Jamilah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah s.a.w mengenai firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 64 “Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia”. Beliau a.s berkata: Iaitu mimpi yang baik yang dilihat oleh mukmin, maka dia bergembira dengannya di dunianya. 

Mimpi Ada Tiga Jenis.

       61. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Sa‘d bin Abu Khalaf, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Mimpi ada tiga jenis: Sebagai berita gembira Allah kepada mukmin, sebagai galakan daripada syaitan dan sebagai mimpi-mimpi yang kosong.

Mimpi Benar Dan Mimpi Bohong Keluar Dari Satu Tempat.

       62. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Darst bin Abu Mansur, daripada Abu Basir berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, mimpi yang benar dan mimpi yang bohong kedua-duanya keluar dari satu tempat? Beliau a.s berkata: Anda memang benar, adapun mimpi yang bohong, maka seorang itu melihatnya pada awal malam di dalam kekuasaan fasik. Ia suatu yang dikhayalkan oleh seseorang. Iaitu mimpi bohong yang bercanggah, tiada kebaikan padanya. Adapun mimpi yang benar, iaitu apabila seseorang itu melihatnya pada dua pertiga malam dengan pertolongan malaikat. Itu adalah sebelum sahur, maka mimpi itu adalah benar. Janganlah anda menentangnya, insya Allah melainkan dia  di dalam junub atau tidur tanpa kebersihan diri dan tidak berzikir kepada Allah dengan sebenar. Justeru mimpi itu akan bercanggah dan tidak membantu tuannya.

Hadis Mengenai Angin (al-Riyaah)

       63. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada Ali bin Ri’ab, dan Hisyam bin Salim, daripada Abu Basir, berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai angin yang empat; utara, selatan, timur dan barat dan aku berkata: Sesungguhnya orang ramai menyebut bahawa angin utara dari syurga dan angin selatan dari neraka? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah tentera-tentera (junuudan) daripada angin yang mana Dia mengazab sesiapa yang Dia kehendaki daripada orang yang menderhakaiNya. Setiap angin ada malaikat yang diwakilinya. Apabila Allah kehendaki mengazab sesuatu kaum dengan azab tertentu, lalu Dia memberitahu malaikat yang ditugaskan dengan angin itu supaya mengazabkan mereka dengannya.
       Beliau a.s berkata: Lalu malaikat memerintahkannya, maka angin  menjadi kencang seperti singa yang bengis. Beliau a.s berkata: Setiap angin mempunyai nama yang tersendiri. Tidakkah anda mendengar firman-Nya di dalam Surah al-Qamar (54): 18-19 “Kaum ‘Aadpun telah mendustakan (pula). Maka alangkah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Sesungguhnya kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang sangat kencang (riihan sarsaran) pada hari nahas yang terus menerus
       Dia berfirman di dalam Surah al-Dhaariyaat(51): 41 “Angin yang membinasakan (al-Riih al- ‘Aqim) . Dia berfirman di dalam Surah al-Ahqaf (46): 24 “Angin yang mengandungi azab yang pedih”. “Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandungi api”. Itu adalah angin-angin yang  Allah mengazabkan  mereka yang telah menderhakaiNya. Bagi Allah angin rahmat bagi pendebungaan benih  dan lain lain seperti angin yang menggerakkan awan bagi menurunkan hujan, angin yang menahan awan di antara langit dan bumi, angin yang memutarkan awan bagi menurunkan hujan dengan izin Allah.
       Adapun angin yang empat; utara (syimaal), selatan (januub), timur (sibaa) dan barat (dabur) adalah nama-nama para malaikat yang ditugaskan. Apabila Allah mahu menggerakkan angin  ke utara, maka Dia memerintahkan malaikat yang bernama al-Syimaal, lalu dia turun di atas Bait al-Haram. Kemudian dia berdiri di sudut Syami, lalu dia memukul dengan ekornya, lantas angin utara itu berpecah menurut apa yang dikehendaki Allah di darat dan di laut.
       Apabila Allah mahu menggerakkan angin  ke selatan, maka Dia memerintahkan malaikat yang bernama al-Januub, lalu dia turun di atas Bait al-Haram. Kemudian dia berdiri di sudut Syami, lalu dia memukul dengan ekornya, lantas angin selatan itu berpecah menurut apa yang dikehendaki Allah di darat dan di laut.
       Apabila Allah mahu menggerakkan angin  ke timur, maka Dia memerintahkan malaikat yang bernama al-Sibaa, lalu dia turun di atas Bait al-Haram. Kemudian dia berdiri di sudut Syami, lalu dia memukul dengan ekornya, lantas angin timur itu berpecah menurut apa yang dikehendaki Allah di darat dan di laut.
       Apabila Allah mahu menggerakkan angin  ke barat, maka Dia memerintahkan malaikat yang bernama al-Dabur, lalu dia turun di atas Bait al-Haram. Kemudian dia berdiri di sudut Syami, lalu dia memukul dengan ekornya, lantas angin barat itu berpecah menurut apa yang dikehendaki Allah di darat dan di laut. Tidakkah anda mendengar firman-Nya di dalam hadis kudsi  “ Angin utara, angin selatan, angin timur dan angin barat”. Sesungguhnya angin-angin tersebut dikaitkan dengan para malaikat yang mewakilinya.

      






















                                              
                                                           
                                    














                             BAHAGIAN KEEMPAT



Angin Rahmat Dan Angin Azab, Syukur Kepada Allah, Doa Untuk Murah Rezeki, Makna Kerabat Rasulullah S.A.W, Hadis Mengenai Seorang Syam (al-Syami) Bersama Abu Ja‘far A.S Dan Lain-Lain.

Angin Rahmat Dan Angin Azab.

       64. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Sinan daripada Ma‘ruf bin Kharbudh, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah angin rahmat dan angin azab. Sekiranya Allah mahu menjadikan azab daripada angin rahmat, Dia boleh melakukannya. Dia tidak menukar angin rahmat kepada angin azab. Ini adalah kerana Dia tidak hanya memberi rahmat kepada kaum yang mentaatiNya sahaja melainkan jika mereka meninggalkan ketaatan mereka kepada-Nya secara menyeluruh.
       Demikianlah Dia telah melakukannya kepada kaum Yunus manakala mereka beriman dengan-Nya Dia memberi rahmat kepadaNya selepas menentukan azab kepada mereka. Dia telah menukar azab  ke atas mereka dengan rahmat apabila mereka bermunajat kepada-Nya. Adapun angin yang mandul, maka ia adalah angin azab yang tidak memberi manfaat kepada pendebungaan. Iaitu angin yang keluar dari bawah bumi yang tujuh. Angin ini hanya keluar untuk kaum ‘Aad ketika Allah memarahi mereka.
       Lalu Dia memerintahkan para malaikat yang menjaganya supaya mengeluarkan sebesar ukuran cicin daripada angin tersebut. Riwayat yang lain mengatakan ia adalah sebesar batang hidung lembu jantan kerana memarahi kaum ‘Aad. Lantas para malaikat yang menjaganya menjadi riuh dan berkata kepada Allah: Wahai Tuhan kami, kami khuatir ia akan membinasakan mereka yang tidak menderhakai Engkau dan semua pembangunan negeri Engkau. Kemudian Allah mengutus Jibrail a.s, lalu dia mengembalikan angin tersebut ke tempatnya dengan dua sayapnya dan berkata: Keluarlah anda menurut perintahku. Maka angin itu keluar sebagaimana ia diperintahkan, lalu ia membinasakan kaum  ‘Aad dan mereka yang berada bersama mereka.
Syukur Kepada Allah Dan Doa Untuk Murah Rezeki.

       65. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendapat nikmat, maka hendaklah dia memperbanyakkan berkata: Al-Hamdulillah. Sesiapa yang banyak dukacita, maka hendaklah dia melakukan istighfar. Sesiapa yang fakir, maka hendaklah dia memperbanyakkan kata-kata La haula wa-la quwwata illa bi l-Lahi l-‘Azim, nescaya ia akan menolak kefakiran.       Beliau a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah kehilangan seorang lelaki Ansar, lalu baginda s.a.w bersabda: Apakah sebab anda menghilangkan diri daripada kami (ma ghaibu-ka ‘annaa)?
       Maka lelaki itu berkata: Kefakiran dan kesakitan, wahai Rasulullah. Maka baginda s.a.w bersabda kepadanya:  Aku akan mengajar anda kata-kata apabila anda ucapkan, maka kefakiran dan kesakitan akan hilang daripada anda? Dia berkata: Ya, wahai Rasulullah, lalu baginda s.a.w bersabda: Apabila tiba waktu pagi dan petang, anda bacalah: La haula wa-la quwwata illa bi l-Lahi ‘aliyyi l-‘Azim. Tawakkal-tu ’ala l-Hayyi l-ladhi la yamuut wa l-Hamduli l-Lahi l-Ladhi lam yattakhiz waladan wa lam yakun lahu syariikun fi l-Mulki wa lam yakun lahu waliyyun mina l-Dhdhulli wa kabbir-hu takbiran. Maka lelaki itu berkata: Demi Allah, aku tidak membacanya melainkan tiga hari sehingga hilang daripadaku kefakiran dan kesakitan.

Makna Kerabat Rasulullah S.A.W

       66. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ismail bin Abd al-Khaliq berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata kepada Abu Ja‘far al-Ahwal: Aku sedang mendengar anda telah datang ke Basrah? Dia menjawab: Ya, beliau a.s berkata: Bagaimana anda melihat  keterlibatan orang ramai di dalam perkara ini? Dia berkata: Demi Allah, sesungguhnya mereka adalah sedikit.
       Sesungguhnya mereka telah melakukannya, tetapi bilangan mereka adalah sedikit. Beliau a.s berkata: Hendaklah anda mengikuti peristiwa yang berlaku, kerana mereka adalah lebih cepat kepada setiap kebaikan. Kemudian beliau a.s berkata: Apa pendapat ahli Basrah mengenai firman-Nya di dalam Surah Assyuura (42): 23 “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun melainkan kasih sayang kepada keluarga(ku)”? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, mereka berkata: Ayat itu adalah untuk kaum kerabat Rasulullah s.a.w, maka beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, sesungguhnya ia diturunkan khusus pada  kami Ahlu l-Bait; pada Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain; Ashaab al-Kisaa’ a.s.
Hadis Mengenai Seorang Syam (al-Syami) Bersama Abu Ja‘far A.S

       67. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Daud, daripada Muhammad bin ‘Atiyyah berkata: Seorang lelaki daripada Syam di kalangan para ulama mereka telah datang kepada Abu Ja‘far a.s dan berkata: Wahai Abu Ja‘far, aku telah datang untuk bertanyakan anda satu soalan yang memeningkan kepalaku. Oleh itu, jika aku mendapati seorang yang boleh mentafsirkannya kepadaku. Aku telah bertanya kepada tiga jenis manusia, tetapi setiap jenis daripada mereka memberi jawapan yang berbeza dengan yang lain. Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Apakah ia? Dia berkata: Aku bertanyakan anda mengenai makhluk pertama yang diciptakan oleh Tuhan, kerana sebahagian mereka berkata: Al-Qadar dan sebahagaian mereka berkata: Al-Qalam dan sebahagian mereka berkata:  Al-Ruh, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Mereka tidak memberi apa-apa jawapan (maa qaaluu syai’an).
       Aku akan memberitahu anda bahawa Allah t.w telah wujud sebelum wujudnya makhluk-Nya, Dia adalah Maha Perkasa, tiada seorangpun perkasa sebelum keperkasaan-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Safaat (37): “Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka perkatakan”. Dia adalah Pencipta sebelum penciptaan-Nya. Jika ciptaan-Nya yang pertama adalah sesuatu (al-Syai’) daripada sesuatu jika tidak terputus selama-lamanya, maka Allah sentiasa bersama sesuatu tersebut. Lantaran itu, Dia tidaklah mendahuluinya. Tetapi Dia telah wujud tanpa sesuatu perkara pun selain daripada-Nya. Kemudian Dia telah menciptakan sesuatu yang mana semua perkara adalah daripadanya. Iaitu air (al-Maa’) yang mana Dia telah menciptakan semua  perkara daripadanya.
       Kemudian Dia mengaitkan semua perkara kepada air, tetapi Dia tidak mengaitkan air kepada semua perkara. Dia telah menciptakan angin daripada air. Kemudian Dia telah menjadikan angin menguasai ke atas air, lalu ia membelah permukaan air sehingga air melahirkan buih-buih menurut kadar yang Dia kehendaki. Kemudian daripada buih-buih Dia menciptakan bumi yang putih dan bersih. Tiada pecahan dan lubang tiada naik dan turun dan tanpa pokok. Kemudian Dia melipatkannya (tawaa-ha) dan meletakkannya  di atas air. Kemudian Allah menciptakan api (al-Naar) daripada air, lalu api membelah permukaan air sehingga ia mengeluarkan asap (dukhaan) menurut kadar yang dikehendaki Allah. Kemudian Dia menciptakan daripada asap itu langit yang bersih tanpa  pecahan dan lubang sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nazi‘aat (79): “Dan langit dia telah membinanya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya dan Dia menjadikan malamnya gelap gelita dan menjadikan siangnya terang benderang
       Beliau a.s berkata: Tiada matahari, tiada bulan, tiada bintang-bintang, tiada awan, kemudian Dia melipatkannya dan meletakkannya di atas bumi, kemudian mengaitkan kedua-duanya, lalu Dia mengangkat langit sebelum bumi sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nazi‘aat (79): 30 “Dan bumi sesudah itu dihamparkannya” Beliau a.s berkata: Dia membentangkannya, maka lelaki Syam berkata kepada Abu Ja‘far a.s mengenai firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 30 “Dan apakah golongan kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya adalah ratqan (tidak menghasilkan sesuatu). Kemudian kami membuatkan kedua-duanya berhasil”.
       Abu Ja‘far a.s berkata: Kemungkinan anda menyangka kedua-duanya bersepadu dan melekat di antara satu sama lain, kemudian ia terpisah? Dia berkata: Ya, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Pohonlah istighfar kepada Tuhan anda, kerana firman Allah “kaanataa ratqaa" bererti bahawa langit tidak menurunkan hujan dan bumi tidak menumbuhkan biji-bijian. Tetapi apabila Allah menjadikan binatang yang melata (daabbah), maka langit menurunkan hujan dan bumi mengeluarkan tumbuhan biji-bijian, maka lelaki Syam berkata: Aku naik saksi bahawa anda adalah  daripada anak lelaki para nabi dan bahawa ilmu anda adalah ilmu mereka.

Setiap Sesuatu Adalah Air Dan Arasy-Nya Di Atas Air.

       68. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-‘Ala bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadaku: Setiap sesuatu adalah air dan Arasy-Nya adalah di atas air. Allah memerintahkan air, maka ia membakar api. Kemudian Dia memerintahkan api, lalu ia padam dan asap telah naik daripada pemadamannya. Lantaran itu, Allah telah menciptakan langit-langit daripada asap tersebut dan Dia menciptakan bumi daripada debunya. Kemudian air, api dan angin berbalah, maka air berkata: Aku adalah tentera Allah yang lebih besar. Angin berkata: Aku adalah tentera Allah yang lebih besar dan api berkata: Aku adalah tentera Allah yang lebih besar. Lantas Allah memberitahu angin bahawa anda adalah tentera-Ku yang paling besar.

Hadis Mengenai Syurga Dan Unta

       69. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin Ishaq al-Madani, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  telah ditanya mengenai firman Allah a.w di dalam Surah Maryam (19): 85 “(Ingatlah) hari (ketika) kami mengumpulkan golongan yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat”, maka baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya perutusan (wafdan) datang dengan iringan. Mereka adalah lelaki yang bertakwa kepada Allah, maka Allah mencintai mereka secara khusus dan meredai amalan mereka. Dia menamakan mereka al-Muttaqiin.
       Kemudian baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Ali, demi Yang membelah biji-bijian dan menghidupkan jiwa bahawa sesungguhnya mereka akan keluar dari kubur-kubur mereka. Para malaikat akan menyambut mereka dengan unta-unta dan kemuliaan di atasnya dihiasi dengan emas yang bersalut mutiara dan yaqut dengan bermacam-macam perhiasan sampingan, akan membawa mereka ke padang mahsyar bersama setiap lelaki daripada mereka seribu malaikat dari kakinya, di sebelah kanannya kirinya memeriahkan majlis mereka sehingga mereka sampai ke pintu syurga yang besar.
       Di atas pintu syurga terdapat pokok yang mana satu daunnya sahaja seribu lelaki dapat berteduh di bawahnya. Di sebelah kanan pokok terdapat satu mata air yang bersih. Kemudian mereka pergi kepada mata air yang lain di sebelah kiri pokok, lalu mereka mandi padanya. Iaitu air mata kehidupan (‘ain al-Hayat). Justeru mereka tidak akan mati selama-lamanya. Kemudian mereka dihentikan di hadapan Arasy. Mereka terselamat daripada halangan, penyakit, panas dan sejuk selama-lamanya.                                                                                                                                     
       Baginda s.a.w bersabda: Allah akan berfirman kepada para malaikat-Nya yang mengikuti mereka: Kumpulkan para wali-Ku ke syurga. Janganlah kamu memberhentikan mereka bersama orang ramai. Sesungguhnya reda-Ku telah mendahului mereka dan rahmat-Ku adalah pasti untuk mereka. Bagaimana Aku mahu memberhentikan mereka bersama pelaku-pelaku kebaikan dan kejahatan. Kemudian para malaikat membawa mereka ke syurga. Apabila mereka berakhir ke pintu syurga yang besar, maka malaikat memukul satu pukulan yang memperdengarkan suaranya kepada bidadari-bidadari yang disediakan oleh Allah untuk para wali-Nya di syurga.
       Maka mereka bergembira  apabila mendengar suara tersebut. Sebahagian daripada mereka berkata: Para wali Allah telah datang kepada kita, kemudian dibuka pintu kepada mereka, lalu mereka memasuki syurga dan isteri-isteri mereka daripada bidadari dan manusia melayani mereka dan berkata: Selamat datang, alangkah rindunya kami kepada kamu, maka para wali Allah berkata perkara yang sama kepada mereka.
       Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah, jelaskan kami mengenai firman Allah di dalam Surah Azzumar (39):20 “Mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat  tinggi yang lain”. Dengan apakah ia dibina, wahai Rasulullah s.a.w? Baginda s.a.w bersabda: Wahai Ali, tempat-tempat tinggi itu telah dibina oleh Allah a.w untuk para wali-Nya dengan mutiara, yaqut dan jed. Atapnya daripada emas yang bersalut perak. Setiap bilik daripadanya mempunyai seribu pintu daripada emas dan di atas setiap pintunya seorang malaikat yang menjaganya.
       Padanya hamparan yang diangkat di atas yang lain yang dibuat daripada sutera yang halus dengan berbagai-bagai warna dan ditepinya berbagai-bagai bauan yang semerbak sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Waqi‘ah (56): 34 “Dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk
       Apabila mukmin dimasukkan ke syurga mengikut pangkatnya, lalu diletakkan di atasnya mahkota dan kemuliaan, dipakaikan pakaian daripada emas, perak, yaqut dan mutiara yang diukir di bawah mahkota. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Dia diberi tujuh puluh pakaian persalinan daripada sutera dengan bermacam-macam warna dan tenunan daripada emas, perak dan yaqut merah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Hajj (22): 23 “Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara dan pakaian mereka adalah sutera
       Apabila mukmin duduk di atas katilnya, maka katilnya bergegar kerana gembira. Apabila seorang wali Allah mendapat tempatnya di syurga, maka malaikat yang menjaganya mengucap tahniah kepadanya dengan tahap kehormatan Allah kepadanya. Penjaga akan berkata kepada khadam : Bawa bertenang, kerana wali Allah telah duduk di atas bangkunya sementara isteri bidadarinya bersedia untuknya dan bersabarlah untuk wali Allah. Kemudian isteri bidadarinya keluar dari khemahnya berjalan menuju ke hadapan dan di kelilingnya pengawalnya. Bidadari mempunyai tujuh puluh pasang pakaian yang ditenun daripada yaqut, mutiara dan jed. Di atas kepalanya mahkota kemuliaan dan mempunyai dua kasut yang bersalut emas dan mutiara yang dilekatkan dengan yaqut merah.
       Apabila dia menghampiri wali Allah, maka wali Allah memahami bahawa dia akan datang kepadanya kerana keseronokan. Maka bidadari itu akan berkata kepadanya: Wahai wali Allah, ini bukanlah hari penat dan susah, lantaran itu, anda tidak perlu khuatir, aku adalah untuk anda dan anda adalah untukku. Maka baginda s.a.w bersabda: Kedua-dua mereka berpelukan selama lima ratus tahun kadar tahun dunia tanpa jemu. Apabila pelukan itu berakhir tanpa jemu, maka dia melihat kepada tengkuk bidadari di atasnya rantai dari yaqut merah di tengahnya terdapat loh kecil tertulis padanya: Anda adalah wali Allah dan aku adalah bidadari kekasih anda. Kepada anda akan berakhir diriku dan kepadaku akan berakhir diri anda.
       Kemudian Allah akan mengutus seribu malaikat yang akan memberi tahniah kepadanya dan akan mengahwinkannya dengan  bidadari-bidadari. Kemudian mereka akan berakhir kepada pintu pertama dari syurga-syurganya, maka mereka akan berkata kepada malaikat yang menjaga pintu-pintu syurga: Izinlah kami untuk berjumpa dengan wali Allah, kerana Allah telah mengutus kami kepadanya bagi mengucapkan tahniah kepadanya. Maka malaikat itu berkata kepada mereka sehingga aku memberitahu kepada penjaganya supaya memberitahu kedudukan kamu.
       Baginda s.a.w bersabda: Maka malaikat terus berjumpa penjaga, maka di antaranya dan penjaga itu jaraknya tiga syurga sehingga berakhir kepada pintu pertama, maka malaikat berkata kepada penjaga: Di pintu halaman depan seribu malaikat yang telah diutus oleh Tuhan supaya mereka memberi tahniah kepada wali Allah. Sesungguhnya mereka telah meminta aku supaya memberi izin kepada mereka, maka penjaga pintu berkata: Adalah terlalu besar bagiku untuk membenarkan seseorang datang kepada wali Allah ketika dia bersama isteri bidadarinya.
       Baginda s.a.w bersabda: Jarak di antara penjaga pintu dan wali Allah adalah dua syurga. Lalu penjaga  berjumpa dengan ketuanya dan berkata kepadanya bahawa di pintu hadapan ada seribu malikat yang diutus oleh Allah supaya mereka memberi tahniah kepada wali Allah, maka mereka akan memberitahunya mengenai kedudukan mereka. Kemudian dia membenarkan para malaikat bertemu dengan wali Allah yang berada di dalam sebuah bilik yang mempunyai seribu pintu. Pada setiap pintu ada malaikat yang menjaganya. Apabila dibenarkan malaikat berjumpa dengan wali Allah, maka setiap malaikat membuka pintunya.
       Kemudian ketua penjaga memasukkan setiap malaikat yang menjaga pintu, lalu mereka menyampaikan kepadanya risalah Yang Maha Perkasa sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ra‘d(13): “Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu”. Iaitu dari semua pintu-pintu bilik (sambil mengucap) “salamun  ‘alaikum” di atas kesabaran kamu. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu”. Demikian juga dengan firman-Nya di dalam Surah al-Insan (76): 20 “Dan apabila kamu melihat di sana (syurga), nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar” Apa yang dimaksudkan dengannya adalah wali Allah yang dilayani dengan penuh kehormatan. Meskipun para malaikat adalah utusan Allah, tetapi mereka juga perlu meminta kebenaran berjumpa dengannya. Justeru mereka tidak akan berjumpa dengannya melainkan dengan kebenarannya. Baginda s.a.w bersabda: Sungai-sungai mengalir di bawah tempat-tempat tinggal mereka sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 25 “ Sungai-sungai mengalir di bawah mereka
       Buah-buahan adalah hampir dengan mereka sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Insaan (76): 14 “Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya” Iaitu dekat dengan mereka. Mukmin mengambil buah yang dia mahu ketika dia duduk dan semua jenis buah berkata kepada wali Allah: Wahai wali Allah, makanlah aku sebelum anda memakan buah yang lain sebelumku. Setiap mukmin mempunyai syurga yang banyak  dan berbagai-bagai jenis sungai-sungai daripada arak, air, susu dan madu. Apabila wali Allah meminta makanannya, lantas dibawa kepadanya mengikut seleranya. Kemudian dia bergembira bersama saudara-saudaranya dan melawat sesama mereka. Malah mereka  bergembira di bawah bayang-bayang yang panjang dari waktu pagi hingga ke petang.
       Apa yang paling menyeronokkan adalah setiap mukmin mempunyai tujuh puluh bidadari dan empat daripada manusia. Mukmin menghabiskan masa beberapa ketika bersama bidadari-bidadari, beberapa ketika bersama wanita daripada manusia dan beberapa ketika dia menghabiskan masanya seorang diri di atas katil, melihat sesama mereka. Sesungguhnya mukmin ditutupi oleh cahaya matahari ketika di atas katilnya dan berkata kepada khadam-khadamnya: Apakah cahaya yang bersinar ini, kemungkinan Yang Maha Perkasa melihatku? Maka mereka berkata kepadanya: Quddus, quddus, jalla jalalu l-Lah, malah ini adalah bidadari perempuan anda yang anda belum mencampurinya. Dia mengawasi anda dari khemahnya kerana rindukan anda. Dia telah membentangkan dirinya kepada anda dan mahu berjumpa anda. Apabila dia melihat anda berada di atas katil, maka dia tersenyum terhadap anda kerana rindukan anda. Lantaran itu, cahaya yang anda telah lihat itu dan cahaya yang telah menutup anda adalah dari keputihan gigi hadapannya, kebersihannya dan kehalusannya.
       Baginda s.a.w bersabda: Maka wali Allah berkata: Benarkanlah dia datang kepadaku, lalu mereka mengalu-ngalukannya. Kemudian dia bermalam di sisinya. Dia mempunyai tujuh puluh jenis pakaian yang ditenun dari emas dan perak bersalut dengan mutiara, yaqut dan jed. Ia disemerbakkan dengan bauan yang bermacam-macam. Mukmin melihat betisnya di balik tujuh puluh pakaian yang panjangnya tujuh puluh hasta. Dibentangkan di antara dua bahunya sepuluh hasta. Apabila dia menghampiri wali Allah, maka khadam-khadam mengemukakan mashaf-mashaf emas dan perak yang mengandungi mutiara, yaqut dan jed, lalu mereka menaburkannya ke atasnya. Kemudian wali Allah memeluknya dan bidadari memeluknya tanpa jemu.
       Abu Ja‘far a.s berkata: Adapun syurga-syurga tersebut di dalam al-Qur’an adalah syurga Adan, syurga Firdaus, syurga Na‘iim dan syurga Ma’waa. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah ada banyak lagi syurga di samping syurga-syurga tersebut. Mukmin boleh memilih syuga yang dia mahu dengan berkata: Subhana-ka l-Lahumma. Apabila dia berkata sedemikian, maka khadam-khadam akan segera datang membawa apa yang dikehendakinya tanpa sebarang perintah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Yunus (10): 10 “Doa mereka di dalamnya ialah: “Subhanaka llahumma dan salam kehormatan mereka ialah: Salam. Iaitu khadam-khadam berkata: “Dan penutup doa mereka ialah: Al-Hamduli llahi rabbi l- ‘Alamin”.
       Iaitu ketika mereka melakukan kelazatan jimak, makanan dan minuman, maka mereka memuji Allah ketika selesai. Adapun firman-Nya di dalam Surah al-Safaat (37): 41 “Mereka itu memperoleh rezeki yang termaklum”. Beliau a.s berkata: Khadam-khadam mengetahui mengenai rezeki mereka, lalu mereka membawa datang kepada mereka sebelum mereka meminta daripada mereka. Adapun firman-nya di dalam Surah al-Safaat (37): 42 “Iaitu buah-buahan. Dan mereka adalah golongan yang dimuliakan”. Beliau a.s berkata: Mereka diperkenankan apa yang mereka ingini.

Percakapan Para Imam A.S Di Atas Tujuh Puluh Bahasa Sebagai Jalan Keluar.

       70. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Ada orang bertanya Abu Ja‘far a.s dan aku berada bersamanya. Sesungguhnya Salim bin Abu Hafsah dan para sahabatnya meriwayatkan daripada anda bahawa anda boleh bercakap dengan tujuh puluh bahasa sebagai jalan keluar? Maka beliau a.s berkata: Salim tidak mahu daripadaku, adakah dia mahu aku membawa malaikat, demi Allah, para nabipun tidak melakukannya. Ibrahim a.s berkata di dalam Surah al-Safaat (37): 89 “ Sesungguhnya aku sakit”. Dia bukanlah sakit dan dia tidak berbohong. Ibrahim a.s juga berkata di dalam Surah al-Anbiya’ (21): 63 “Sebenarnya patung yang besar itulah yang melakukannya”. Dia tidak melakukannya dan dia tidak berbohong. Yusuf a.s berkata di dalam Surah Yusuf(120:70 “Wahai kafilah, sesungguhnya kamu adalah golongan yang mencuri”. Demi Allah, mereka tidak mencuri dan beliau (Yusuf a.s) tidaklah berbohong.

Hadis Mengenai Abu Basir Dengan Seorang Perempuan.

       71. Abban, daripada Abu Basir berkata: Aku sedang duduk di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Ummu Khalid datang kepada kami yang dilintasi oleh Yusuf bin Umar, lalu Ummu Khalid meminta izin untuk berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, lalu beliau a.s berkata kepadaku: Adakah anda suka mendengar percakapannya? Aku  berkata: Ya, lantas beliau a.s memberi izin kepada Ummu Khalid. Kemudian beliau a.s telah memintaku duduk bersamanya di atas bangku. Lalu Ummu Khalid masuk dan bercakap. Tiba-tiba dia adalah seorang yang fasih bercakap. Dia telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s mengenai mereka berdua (Abu Bakr dan Umar). Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Kenapa tidak anda mewalikan mereka berdua?
       Dia berkata: Aku akan berkata kepada Tuhanku apabila aku berjumpa dengan-Nya bahawa anda telah menyuruhku supaya mewalikan mereka berdua. Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Ya, Ummu Khalid berkata: Orang yang bersama anda (Abu Basir) di atas bangku menyuruhku supaya melepaskan diriku (al-Bara’ah) daripada mereka berdua sedangkan Kathir al-Nuwa menyuruhku supaya mewalikan mereka berdua.
       Lantaran itu, manakah yang lebih baik dan lebih anda cintai? Beliau a.s berkata: Ini ( Abu Basir), demi Tuhan, lebih aku cintai daripada Kathir al-Nuwa dan para sahabatnya. Ini adalah suatu pertengkaran, maka beliau a.s merujuk kepada  Surah al-Ma’idah(5): 44,45,47 “Sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang kafir” dan firman-Nya “Sesiapa yang tidak memutus apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang zalim” dan firman-Nya “Sesiapa yang tidak memutuskan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang fasik”.

Nasibi Terhadap Ahlu l-Bait A.S Adalah Lebih Jahat Daripada Orang Yang Meninggalkan Sembahyang.

       72. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada Umar bin Abban, daripada Abd al-Hamid al-Wabisyi, daripada Abu Ja‘far a.s,  berkata: Aku telah berkata kepadanya bahawa bagi kami jiran yang mencabuli semua perkara yang haram sehingga dia meninggalkan solat lebih daripada yang lain? Maka beliau a.s berkata: Subhanallah, aku akan memberitahu kepada kamu yang lebih besar daripada itu; orang yang lebih jahat daripadanya, aku berkata: Ya, beliau a.s berkata: Orang yang menentang kami (nasibi) adalah lebih jahat daripadanya (al-Naasibu la-naa syarrun min-hu).
       Kerana tiada seorang hamba yang menyebutkan  di sisinya Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w, lalu hatinya menjadi lembut, lantas malaikat menyapukan belakangnya  dan  mengampuni segala dosa-dosanya untuknya melainkan dia melakukan dosa yang mengeluarkannya daripada iman. Sesungguhnya syafaat akan diterima, tetapi syafaat   nasibi tidak akan diterima (wa ma tuqbalu fi naasibin). Sesungguhnya seorang mukmin akan memberi syafaat kepada jirannya yang tidak mempunyai kebaikan. Dia berkata: Wahai Tuhanku, jiranku telah menahan kesakitan daripadaku, lalu dia memberi syafaat kepadanya. Maka Allah berfirman: Aku adalah Tuhan kamu dan Aku adalah lebih berhak memberi syafaat kepada orang yang mempertahankan kamu, lalu Dia memasukkannya ke syurga tanpa kebaikan yang dilakukannya. Seorang mukmin sekurang-kurangnya dapat memberi syafaat kepada tiga puluh orang, maka ketika itu ahli neraka berkata di dalam Surah al-Syu‘araa’ (26): 100-1 “Maka kami tidak mempunyai pemberi syafaat seorangpun dan tidak pula mempunyai teman yang akrab”.

Janganlah Meringan-Ringankan Hak Mukmin.

       73. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Salih bin ‘Uqbah, daripada Abu Harun, daripada Abu Abdullah a.s, berkata kepada beberapa orang di sisinya dan aku hadir bersama: Kenapakah kamu meringan-ringankan kami (tastakhiffuna bi-naa)? Lalu seorang lelaki dari Khurasan berdiri sambil berkata: Kami berlindung dengan zat Allah dari meringan-ringankan anda atau sesuatupun daripada urusan anda. Beliau a.s berkata: Ya, sesungguhnya anda adalah seorang yang meringan-ringankan [urusan]ku, lalu dia berkata: Aku minta berlindung dengan zat Allah dari meringan-ringankan [urusan] anda. Beliau a.s berkata kepadanya: Aduhai anda, tidakkah anda mendengar polan (fulaanan) pada masa kami berdekatan al-Juhfah dia berkata: Bawalah aku sekadar satu batu (ihmil-ni qadra mailin) kerana sesungguhnya, demi Allah, aku telah penat, demi Allah, anda tidak mengangkat kepala anda mengenainya. Sesungguhnya anda telah meringan-ringankannya. Sesiapa yang meringan-ringankan seorang mukmin di kalangan kita, maka dia telah meringan-ringankan kehormatan Allah a.w.

Kami Mewalikan Kamu Dan Melepaskan Diri Kami Daripada Musuh Kamu.

       74. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah berkata:  Aku telah berkata kepada Abu Abdulah a.s: Sesungguhnya Allah a.w telah mengurniakan  nikmat-Nya ke atas kami dengan memperkenalkan kepada kami tauhid-Nya, kemudian Dia telah kurniakan ke atas kami nikmat-Nya dengan ikrar kami kepada Muhammad s.a.w dengan risalah-Nya. Kemudian Dia telah mengurniakan  keistimewaan kepada kami kerana mencintai kamu Ahlu l-Bait. Kami mewalikan kamu dan melepaskan diri kami daripada musuh kamu (natawallaa-kum wa natabarra’u min ‘aduwwi-kum). Sesungguhnya kami mahu sedemikian adalah untuk menyelamatkan diri kami dari neraka. Akupun menjadi lembut hati, lalu akupun menangis.
       Abu Abdullah a.s berkata: Bertanyalah kepadaku, demi Allah, anda tidak bertanya kepada sesuatu melainkan aku memberitahu anda mengenainya. Abd al-Malik bin A‘yan berkata kepada Abd al-Rahman: Aku tidak pernah mendengar Abu Abdullah a.s  berkata sedemikian kepada orang lain selain daripada anda. Maka Aku berkata: Beritahu kepadaku mengenai dua lelaki itu (Abu Bakr dan Umar)? Beliau a.s berkata: Kedua-dua mereka telah menzalimi kami akan hak kami (zalamaa-naa haqqa-naa) di dalam Kitab Allah, mereka berdua telah menegah Fatimah a.s akan pusakanya daripada bapanya dan kezaliman itu berterusan sehingga ke hari ini, beliau a. s telah memberi isyarat ke belakangnya-Mereka berdua telah meninggalkan Kitab Allah di belakang mereka berdua (nabazaa kitaba l-Lah waraa’ zuhuuri-himaa).

Roh Kudus Sentiasa Bersama Anda Selama Anda Mencintai Kami.

       75. Dengan sanad ini daripada Abban, daripada ‘Uqbah bin Basyir al-Asadi, daripada al-Kumait bin Zaid al-Asadi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, maka beliau a.s berkata: Demi Allah, wahai Kumait, jika kami mempunyai harta, nescaya kami memberikannya kepada anda, tetapi bagi anda sebagaimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w kepada Hassan bin Thabit bahawa roh kudus akan sentiasa bersama anda selama anda mencintai kami. Aku berkata: Beritahu kepadaku mengenai dua lelaki itu (Abu bakr dan Umar), beliau a.s mengambil bantal, lalu memecahkannya di dadanya, kemudian berkata: Demi Allah, wahai Kumait, tidak disia-siakan setitik darah, tidak diambil harta tanpa halal, tidak ada hati yang ditahan melainkan kesemuanya  di atas tengkuk mereka berdua.

Kata-Kata Umar Kepada Ali A.S Mengenai Bani Umayyah.      

       76. Dengan sanad ini, daripada Abban, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah, daripada ‘Abbas al-Makki, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Umar telah berjumpa dengan  Ali a.s, maka dia berkata kepadanya: Andalah yang membaca ayat ini “Siapa di antara kamu yang gila” Surah al-Qalam (68): 6, lalu anda membentangkannya kepadaku dan sahabatku (Abu Bakr)? Maka Ali a.s berkata kepadanya: Aku akan memberitahu kepada anda ayat yang telah diturunkan kepada Bani Umayyah “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?” Surah Muhammad (47): 22, maka Umar berkata: Anda telah berbohong, Bani Umayyah adalah lebih rapat silaturrahim daripada anda, tetapi anda telah enggan melainkan bermusuhan terhadap Bani Taim, Bani ‘Adi dan Bani Umayyah[7].

Mengenai Firman Allah Surah Ibrahim (14): 28 “Golongan yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran
       77. Dengan sanad ini, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Harth al-Nasri berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14): 28 “Golongan yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran”, maka beliau a.s berkata: Apakah pendapat mereka mengenai ayat ini? Aku  berkata: Mereka adalah dua orang daripada Quraisy[8], Bani Umayyah dan Bani al-Mughirah. Kemudian beliau a.s berkata: Ia adalah Quraisy secara langsung, sesungguhnya Allah telah memberitahu Nabi-Nya s.a.w  dan berfirman: [Sesungguhnya Aku melebihkan Quraisy ke atas semua Arab, Aku memyempurnakan ke atas mereka nikmat-Ku, Aku mengutus kepada mereka rasul-Ku], lalu mereka menukarkan nikmat-Ku dengan kekufuran dan mereka memasukkan kaum mereka ke lembah kebinasaan[9].

Mengenai Firman Allah Surah Al-Dhaariyaat (51): 54 “Maka berpalinglah kamu dari mereka, dan kamu sekali-kali tidak tercela

       78. Dengan sanad ini, daripada Abban, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far dan Abu Abdullah a.s bahawa mereka berdua berkata: Sesungguhnya manusia apabila mereka telah membohongi Rasulullah s.a.w, maka Allah merancang (hamma) untuk membinasakan penduduk bumi melainkan Ali dan orang yang selain daripadanya[10] dengan firman-Nya di dalam Surah al-Dhaariyaat (51):54 “Maka berpalinglah kamu dari mereka, dan kamu sekali-kali tidak tercela”. Kemudian telah berlaku al-Bada’, lalu Dia memberi rahmat kepada mukminin. Kemudian Dia berfirman kepada Nabi-Nya di dalam Surah al-Dhaariyaat (51): 55 “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi golongan yang beriman

Keadaan Manusia Pada Hari Kiamat.

       79. Beberapa sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Mahbub daripada Ali bin Ri’ab, daripada Abu ‘Ubaidah al-Haza’, daripada Thuwair bin Abu Fakhitah berkata: Aku telah mendengar Ali bin al-Husain a.s sedang bercakap di dalam masjid Rasulullah s.a.w, berkata: Bapaku telah memberitahuku bahawa beliau a.s telah mendengar bapanya Ali bin Abu Talib a.s sedang bercakap-cakap kepada orang ramai: Apabila tiba hari Kiamat, Allah akan mengutus orang ramai dari kubur-kubur mereka di atas  satu pentas. Mereka dipandu oleh cahaya dan dikumpulkan oleh kegelapan sehingga mereka berhenti di padang mahsyar. Mereka berada di dalam kesesakan, mereka dihalang dari bergerak. Nafas mereka menjadi sesak, banyak mengeluarkan peluh  dan mereka meninggikan suara.
       Beliau a.s berkata: Ia merupakan ketakutan yang pertama pada hari Kiamat. Allah mengawasi mereka dari ‘Arasy-Nya di dalam bayangan malaikat. Dia memerintahkan malaikat, lalu dia menyeru mereka: Wahai orang ramai, diamlah kamu semua dan dengarlah seruan Yang Maha Perkasa. Beliau a.s berkata: Yang akhir mereka mendengar sebagaimana yang awal mereka. Suara mereka berpecah ketika itu, hati mereka takut dan mereka mengangkat kepala-kepala mereka ke arah suara di dalam keadaan rendah diri kepada penyeru.
       Pada ketika itu golongan kafir berkata: Ini adalah hari yang sukar, lalu Yang Maha Perkasa menjalankan hukuman yang adil ke atas mereka sambil berfirman: Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, pada hari ini adalah hukuman yang adil. Aku menghukum ke atas  kamu dengan adil. Tiada seorangpun yang akan menzalimi kamu. Hari ini Aku mengambil yang lemah daripada yang kuat dengan haknya. Bagi pelaku kezaliman dengan kezalimannya dengan hukum kisas daripada kebaikan dan kejahatan. Pada hari ini tiada seorang zalim yang dapat terlepas dari sisi-Ku. Justeru wahai orang ramai, tuntutlah kezaliman yang dilakukan kepada kamu di dunia dan Aku sebagai saksi untuk kamu ke atas mereka dan cukuplah bagi Allah sebagai saksi.
       Beliau a.s berkata: Mereka  kenal-mengenal di antara satu sama lain dan bergaul sehingga mereka menuntut hak mereka dengan sewajarnya. Mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian sehingga dikendaki Allah. Keadaan mereka bertambah parah dan banyak mengeluarkan peluh. Dukacita mereka makin meningkat dan suara mereka semakin tinggi. Mereka bercita-cita supaya mereka dapat melepaskan diri daripadanya. Lalu seorang yang menyeru berkata: Wahai orang ramai, diamlah, kerana Allah akan berfirman kepada kamu: Akulah Penghebah (pemaaf) jika kamu suka pengebahan.
       Jika tidak, Aku akan mengambil tindakan terhadap kezaliman kamu. Lalu mereka bergembira dengan firman itu, kerana  kepenatan dan kesesakan yang mereka alami. Mereka mengebahkan (memaafkan) kezaliman yang dilakukan kepada mereka bagi melepaskan diri mereka dari balasan yang akan dikenakan terhadap mereka. Mereka berkata Wahai Tuhan kami, kezaliman kami adalah lebih besar dari apa yang kami hebahkan (maafkan). Kemudian mereka dikurniakan kota dari perak. Kemudian penyeru dari sisi Allah berkata: Wahai orang ramai, angkatlah kepala-kepala kamu, lihatlah kepada kota ini. Lalu mereka mengangkat kepala-kepala mereka dan semuanya bercita-cita untuk mendapatkannya.
       Penyeru di sisi Allah berkata:  Wahai orang ramai, Ini adalah bagi orang yang memaafkan mukmin. Lalu mereka dimaafkan melainkan sedikit. Allah berfirman: Orang yang zalim tidak boleh melintasi ke syurga-Ku dan orang zalim tidak akan melintasi neraka-Ku sehingga  Aku melakukan hisab. Wahai orang ramai, bersedialah untuk hisab. Kemudian Dia memberi jalan kepada mereka sehingga mereka sampai di Aqabah. Mereka terus kejar-mengejar sehingga mereka berakhir di dataran dan Yang Maha Perkasa di atas Arasy. Lalu timbangan disediakan, para nabi dan para syahid iaitu para Imam hadir bersama. Setiap Imam menyaksikan di atas ahli zamannya bahawa beliau a.s telah berada di sisi mereka kerana menjalankan perintah Allah dan menyeru mereka kepada jalan Allah.
       Beliau a.s berkata: Seorang lelaki daripada Quraisy berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, apabila seorang lelaki mukmin dizalimi oleh  lelaki kafir, maka di atas alasan apakah ia diambil daripada lelaki kafir sedang dia daripada ahli neraka? Ali bin al-Husain a.s berkata kepadanya: Dibuang daripada muslim kejahatannya menurut kadar kejahatan lelaki kafir terhadapnya, lalu lelaki kafir itu diazab dengan nya bersama azab kekafirannya menurut kadar kezalimannya terhadap muslim. Maka lelaki Quraisy itu berkata kepadanya: Apabila kezaliman itu dilakukan oleh muslim terhadap muslim, bagaimana kezaliman itu dituntut daripada muslim? Beliau a.s berkata: Diambil kebaikan orang yang melakukan kezaliman untuk orang yang dizalimi menurut kadar kezalimannya, kemudian ia ditambahkan kepada kebaikan orang yang dizalimi.
       Lelaki Quraisy itu berkata lagi: Jika orang yang melakukan kezaliman itu tidak mempunyai apa-apa kebaikan? Beliau a.s berkata: Jika orang yang melakukan kezaliman tidak mempunyai apa-apa kebaikan, tetapi orang yang dizalimi mempunyai kejahatan, maka diambil kejahatan orang yang dizalimi itu, kemudian ditambahkan kepada kejahatan orang yang zalim.

Sesiapa Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Akan Bersama Mereka Pada Hari Kiamat.

       80. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abu Umayyah Yusuf bin Thabit bin Abu Sa‘idah, daripada Abu Abdullah a.s bahawa mereka berkata ketika mereka berjumpa dengannya: Sesungguhnya kami telah mencintai kamu kerana kamu adalah kerabat Rasulullah s.a.w (ahbabnaa-kum li-qaraabati-kum min rasulillah) manakala Allah mewajibkah hak kamu. Kami bukanlah mencintai kamu kerana dunia, ganjarannya daripada kamu melainkan kerana Allah dan negeri akhirat serta bagi memperbaiki urusan agama kami. Maka Abu Abdullah a.s berkata: Kamu memang benar, kamu memang benar. Kemudian beliau a.s berkata: Sesiapa yang mencintai kami, maka dia adalah bersama kami atau dia akan datang bersama kami pada hari Kiamat. Kemudian beliau a.s telah mengumpulkan dua jari telunjuknya.
       Kemudian berkata: Demi Allah, sekiranya seorang lelaki telah berpuasa di siang hari dan beribadat di waktu malam (saama al-Nahaar wa qaama al-Lail), kemudian dia berjumpa dengan Allah a.w tanpa mewalikan kami Ahlu l-Bait (bi-ghairi wilayati-naa ahli l-Bait), nescaya dia berjumpa dengan-Nya di dalam keadaan di mana Dia tidak meredainya atau memarahinya (wa huwa ‘an-hu ghaira radhin au sakhitun ‘alai-hi). Kemudian beliau a.s berkata: Itu adalah sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Taubah (9): 54 “Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkah melainkan kerana mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan”.
       Kemudian beliau a.s berkata: Begitu juga iman tidak akan merosakkan bersamanya amal. Demikianlah kekufuran tidak akan memanfaatkan bersamanya amal. Kemudian beliau a.s berkata: Jadilah kamu orang yang mentauhidkan Tuhan. Rasulullah s.a.w adalah orang yang mentauhidkan Tuhan menyeru orang ramai, tetapi mereka tidak menyahut seruannya. Ali a.s adalah orang pertama yang menyahuti seruannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kedudukan anda  di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa melainkan tiada nabi selepasku.

Penolakan Kepada Orang Yang Menyangka Bahawa Kesempurnaan Terletak Kepada Penjagaan Perut Dan Kemaluan.

       81. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Yunus berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada ‘Ubbad bin Kathir al-Basri al-Sufi: Aduhai ‘Ubbad, anda terpedaya jika perut dan kemaluan anda tidak menerima apa yang sepatutnya  sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Ahzab (33): 70-1 “Wahai golongan yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katalah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu”. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menerima sesuatupun daripada anda sehingga anda berkata perkataan yang benar.

Allah Mempunyai Lima Perkara Yang Suci.

       82. Yunus, daripada Ali bin Syajarah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Allah mempunyai lima perkara yang suci (haram) di bumi . Haram Rasulullah s.a.w, haram keluarga Rasulullah s.a.w (ali rasulillah), haram kitab Allah, haram Ka‘bah dan haram mukmin.

Apabila Mukmin Meningkat Umur Empat Puluh Tahun…

       83. Beberapa sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abu Najran, daripada Muhammad bin al-Qasim, daripada Ali bin al-Mughirah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Apabila mukmin meningkat umur empat puluh tahun, maka Allah selamatkannya dari tiga penyakit: Kanser, penyakit kusta dan gila. Apabila dia meningkat umur lima puluh tahun, maka Allah akan menringankan hisabnya. Apbila dia meningkat umur enam puluh tahun, maka Allah akan kurniakan kepadanya taubat. Apabila dia meningkat umur tujuh puluh tahun, maka dia dicintai oleh ahli langit. Apabila dia meningkat umur lapan puluh tahun, maka Allah memerintahkan supaya ditetapkan kebaikannya dan dibuangkan kejahatannya. Apabila dia meningkat umur sembilan puluh tahun, maka Allah akan mengampuni dosanya yang dahulu dan sekarang serta ditulis sebagai tawanan Allah di bumi-Nya. Di dalam riwayat yang lain, apabila dia meningkat umur seratus tahun, maka itulah umur yang paling lanjut (ardhali l-‘umari).

Ambillah Tindakan Keras Ke Atas Hamba-Ku.

       84. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam daripada Daud daripada Saif, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang hamba berada di dalam kerehatan urusannya sebelum umurnya empat puluh tahun. Apabila dia meningkat empat puluh tahun, maka Allah akan memberitahu dua malaikat-Nya:  Aku telah memanjangkan umur hamba-Ku ini. Lantaran itu, ambil tindakan yang keras ke atasnya dan tuliskan  ke atasnya  perkara yang sedikit ataupun banyak, kecil ataupun besar.

Dibenarkan Lari Daripada Wabak Penyakit.

       85. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Halabi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah mengenai wabak penyakit di bahagian Mesir, lalu seorang itu berpindah ke tempat yang lain atau ia berlaku di Mesir, kemudian dia berpindah ke tempat yang lain? Maka beliau a.s berkata: Tidak mengapa, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang mengenainya pada tempat yang berhadapan dengan musuh, lalu berlakulah wabak penyakit pada mereka. Kemudian mereka telah melarikan diri daripadanya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang lari daripadanya adalah seperti orang yang lari daripada  peperangan, kerana benci markaz-markaz mereka akan ditinggalkan.

Tiga Perkara Seorang Nabi Atau Bukan Nabi Tidak Akan Berjaya.

       86. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Abu Malik al-Hadhrami, daripada Hamzah bin Hamran, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiga perkara yang mana seorang nabi atau bukan nabi tidak akan berjaya: Berfikiran  waswas mengenai kejadian (al-Khalq),  ramalan yang tidak baik (tiirah) dan hasad melainkan mukmin yang tidak melakukan hasadnya.

Rawatan Penyakit.

       87. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Ibrahim a.s berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku bahawa sesungguhnya aku tidak sihat selama tujuh bulan dan anak lelakiku tidak sihat selama dua belas bulan, maka ia membebankan kami. Aku rasa ia tidak berlaku kepada seluruh badan, hanya bahagian atas badan sahaja, tidakpun di bawahnya. Kemungkinan ia berlaku di bawah badan dan tidak berlaku di atas seluruh badan?
       Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, jika anda izinkan aku, nescaya aku menceritakan kepada anda sebuah hadis daripada Abu Basir, daripada datuk anda bahawa apabila beliau a.s tidak sihat, beliau a.s telah menggunakan air sejuk. Beliau a.s mempunyai dua kain satu kain di letakkan di dalam air sejuk dan satu kain di atas badannya, lalu beliau a.s memutarkannya di antara keduanya. Kemudian beliau a.s berdoa sehingga didengari suaranya di balik pintu, wahai Fatimah binti Muhammad, maka beliau a.s berkata: Anda memang benar.
       Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kamu tidak mempunyai ubat untuk mengubati demam selesema? Maka beliau a.s berkata: Kami tidak mendapati ubat untuknya di sisi kami selain berdoa dan air sejuk. Sesungguhnya aku telah mengadu, lalu Muhammad bin Ibrahim mengutus kepadaku seorang tabib, lalu dia membawa ubat cair kepadaku, tetapi aku telah enggan meminumnya, kerana apabila aku muntah, maka sendiku menjadi lemah.




Tangkal Demam Panas.

       88. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Ishaq al-Asy‘ari, daripada Bakr bin Muhammad al-Azadi berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah demam panas, lalu Jibrail a.s telah mendatanginya, dan memberi tangkal demam, lalu berkata: Bismillah aku mengangkat anda, wahai Muhammad dan Bismillah aku menyembuhkan anda dan Bismillah daripada setiap penyakit yang membuatkan anda tidak sihat, Bismillah, Allah menyembuhkan anda, Bismillah ambillah, ia akan meninggalkan anda, Bismillahir Ramanir Rahim, aku bersumpah dengan bintang-bintang bahawa anda akan sembuh dengan izin Allah. Bakr berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai tangkal demam, lalu beliau a.s memberitahuku dengan tangkal ini.

Bacaan Bagi Mengelakkan Penyakit.

       89. Abu ‘Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Salim, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada ‘Umru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berkata: “Bismillahir Rahmanir Rahim.. La haula wa la quwwata illa bi llahi l-‘Aliyyi l-‘azim’” sebanyak tiga kali. Allah akan mencukupinya sembilan puluh sembilan jenis penyakit dan yang paling senang adalah sesak nafas.

Sesungguhnya Ali  Daripadaku Dan Aku  Daripada Ali.

       90. Hamid bin Ziyad, daripada  al-Hasan bin Muhammad al-Kandi, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Nu‘man al-Razi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Orang ramai telah lari pada hari Uhud dari Rasulullah s.a.w, lalu baginda s.a.w telah memarahi mereka. Beliau a.s berkata: Apabila baginda s.a.w marah, peluh seperti mutiara keluar dari dahinya.
       Beliau a.s berkata: Lalu baginda s.a.w melihat di [kelilingnya], tiba-tiba Ali a.s berada di sampingnya, maka Baginda s.a.w bersabda kepadanya: Pergilah dengan anak lelaki bapa anda bersama orang yang telah lari dari Rasulullah s.a.w. Maka Ali a.s berkata: Wahai Rasulullah, bagiku anda adalah sebaik-baik ikutan. Baginda s.a.w bersabda: Aku adalah mencukupi bagi mereka, lalu baginda s.a.w memukul orang pertama yang berhadapan dengannya di kalangan mereka. Jibrail a.s berkata:  Ini adalah satu dugaan, wahai Muhammad, maka baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya. Jibrail a.s berkata: Aku adalah daripada kamu berdua, wahai Muhammad. Abu Abdullah a.s berkata: Maka Rasulullah s.a.w telah melihat Jibrail a.s sedang duduk di atas kerusi dari emas di antara langit dan bumi seraya berkata: Tiada pedang melainkan Dhu l-Fiqar dan tiada pemuda melainkan Ali (la saifa illa dhu l-Fiqar wala fatan illa  ‘Ali).
Peperangan Uhud Dan Peranan Ali A.S.

       91. Hamid bin Ziyad, daripada ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Dahqan, daripada Ali bin al-Hasan al-Tatari, daripada Muhammad bin Ziyad bin Isa Biya’ al-Sabiri, daripada Abban bin Uthman berkata: Fudhail al-Barjami telah memberitahuku berkata: Aku telah berada di Makkah dan Khalid bin Abdullah adalah seorang amir. Dia berada di masjid di sisi Zamzam, maka dia berkata: Panggillah Qatadah untukku, lalu seorang tua yang mempunyai rambut dan janggut merah datang, lalu aku menghampirinya supaya aku dapat mendengar. Maka Khalid berkata: Wahai Qatadah, beritahuku peperangan yang paling mulia dan perkasa kepada Arab dan peperangan yang paling hina kepada Arab, maka dia berkata: Aslaha-ka l-Lahu al-Amir, aku akan memberitahu kepada anda peperangan yang paling mulia kepada Arab, peperangan yang paling perkasa kepada Arab dan peperangan yang paling hina kepada Arab adalah satu sahaja. Khalid berkata: Aduhai anda, satu sahaja!
       Dia berkata: Ya, aslaha l-Lahu l-Amir, maka dia berkata: Beritahuku? Dia berkata: Badr, dia berkata: Bagaimana begitu? Dia berkata: Sesungguhnya Badr adalah peperangan yang paling mulia kepada Arab yang mana Allah telah memuliakannya dan ahlinya. Ia adalah peperangan yang paling mulia kepada Arab. Dengannya Allah memperkuatkan Islam dan ahlinya dan ia adalah peperangan yang paling hina kepada Arab manakala Quraisy dibunuh pada hari itu, maka Arab telah menjadi hina. Maka Khalid berkata kepadanya: Anda telah berbohong, demi Allah, sekalipun dikalangan Arab pada hari itu ada orang yang lebih mulia daripada mereka, celaka anda, wahai Qatadah, beritahu kepadaku mengenai tanda-tanda mereka? Dia berkata: Abu Jahal telah keluar pada hari itu dan dia telah diberitahu supaya melihat kedudukannya memakai serban merah dan di tangannya perisai sambil berkata:
                    Peperangan tidak berdendamkan matahari daripadaku
                    Dua tahun yang paling hina berusia muda
                    Seumpama ini semenjak ibuku melahirkan aku.

       Maka Khalid berkata: Anda telah berbohong, wahai musuh Allah, sekalipun sepupuku lebih keperwiraannya daripadanya. Iaitu Khalid bin Walid dan ibunya Qusyairiyyah. Celaka anda, wahai Qatadah, siapakah yang berkata: “Orang yang paling tegas melaksanakan janjiku dan lebih menjaga maruah?” Maka dia berkata: Aslaha llahu l-Amir, ini bukanlah hari itu, ini adalah hari Uhud yang mana Talhah bin Abu Talhah telah keluar sambil menyeru siapa yang akan bertarung, maka tiada seorangpun keluar kepadanya.
       Khalid berkata: Kamu menyangka kamu menyediakan kami dengan pedang-pedang kamu ke neraka sedangkan kami menyediakan kamu dengan pedang-pedang kami ke syurga. Justeru seorang lelaki hendaklah dia bertarung denganku menyediakan aku dengan pedangnya ke neraka dan aku menyediakannya dengan pedangku ke syurga. Lalu Ali bin Abu Talib a.s keluar sambil berkata:
            
                   Akulah anak lelaki yang memiliki dua kolam Abdu l-Muttalib
                     Hasyim yang memberi makan pada tahun kesusahan
                    Orang yang melaksanakan janjiku dan menjaga maruahku

       Maka Khalid la‘ana-hu llahu berkata: Demi Allah, Abu Turab telah berbohong, kerana ia bukanlah begitu. Qatadah berkata: Wahai Amir, izinkan aku pulang. Lalu dia keluar di celah-celah  orang ramai sambil berkata: Dia (Khalid) adalah seorang zindiq, wahai Tuhan Ka‘bah, zindiq, wahai Tuhan Ka‘bah.

Hadis Adam A.S Bersama Pokok

       92. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad Ibn al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah berjanji kepada Adam a.s supaya beliau a.s tidak menghampiri pokok ini (hadhi-hi al-Syajarat), tetapi manakala tiba waktu pada ilmu Allah bahawa Adam a.s akan memakan [sesuatu] daripadanya,  beliau a.s terlupa lalu memakan sesuatu daripadanya iaitu sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Taha (20): 115 “Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah) dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat[
       Manakala beliau a.s memakan [sesuatu] daripada pokok itu, maka beliau a.s diturunkan ke bumi. Maka Allah kurniakan kepadanya seorang anak lelaki bernama Habil dan seorang anak perempuan yang menjadi kembarnya. Dia juga kurniakan kepadanya seorang anak lelaki bernama Qabil dan seorang anak perempuannya yang menjadi kembarnya. Kemudian Adam memerintahkan Habil dan Qabil supaya melakukan korban. Habil adalah pemilik kambing sementara Qabil pemilik ladang. Lalu Habil mengorbankan kambingnya yang terbaik. Sementara Qabil mengorbankan sebahagian daripada hasil tanamannya yang belum dibersihkan[11].
       Justeru Allah telah menerima korban Habil dan tidak menerima korban Qabil sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Maidah (5): 27 “Ceritalah kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil) “Aku pasti membunuhmu!” Berkata Habil “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari golongan yang bertakwa”.
       Korbannya dimakan api, lalu Qabil cenderung kepada api. Kemudian dia membina sebuah rumah api. Iaitu rumah api pertama dibina dan berkata: Aku akan menyembah api ini sehingga Engkau menerima korbanku. Kemudian Iblis la‘natullah telah mendatanginya secepat perjalanan darah manusia dan berkata: Wahai Qabil, sesungguhnya Dia telah menerima korban Habil dan tidak menerima korban anda. Sesungguhnya jika anda meninggalkannya sedemikian, maka keturunannya akan bermegah dengan keturunan anda, lalu dia membunuhnya.
       Manakala Qabil kembali kepada Adam a.s, maka Adam a.s berkata kepadanya: Wahai Qabil, di manakah Habil? Qabil berkata: Aku sedang mencarinya selepas kami melakukan korban. Adam a.s mencarinya, maka beliau a.s mendapatinya terbunuh (qatilan). Maka Adam a.s berkata kepada Qabil: Kamu dilaknat di bumi ini sebagaimana kamu menerima darah Habil. Lalu Adam a.s telah menangis  ke atas Habil selama empat puluh malam. Adam a.s telah memohon kepada Tuhannya supaya dikurniakan kepadanya seorang anak lelaki. Kemudian Dia telah kurniakan kepadanya seorang anak lelaki bernama Hibatullah dan seorang anak perempuan yang menjadi kembarnya.
       Manakala kenabian Adam a.s tamat dan beliau a.s telah menyempurnakan hari-harinya, maka Allah telah mewahyukan kepadanya: Wahai Adam, sesungguhnya kenabian anda telah tamat dan anda telah menyempurnakan hari-hari anda, maka jadilah ilmu yang di sisi anda, iman, nama yang akbar, warisan ilmu dan aathaar ilmu kenabian daripada keturunan anda pada Hibatullah. Sesungguhnya Aku tidak akan memotong ilmu, iman, nama yang akbar dan aathaar kenabian daripada keturunan anda sehingga hari Kiamat. Aku tidak akan meninggalkan bumi ini melainkan padanya seorang alim yang mana dengannya diketahui agamaku, di ketahui dengannya ketaatan kepada-Ku dan kejayaan adalah kepada mereka yang dilahirkan di antara anda dan Nuh a.s.
       Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus seorang nabi bernama Nuh. Sesungguhnya beliau a.s telah menyeru kepada Allah, tetapi kaumnya telah membohonginya. Lalu Allah telah membinasakan mereka dengan taufan. Di antara Adam dan Nuh a.s adalah sepuluh bapa para nabi dan para wasi. Adam a.s telah berwasiat kepada Hibatullah bahawa sesiapa yang mendapatinya (Nuh) di kalangan kamu, maka hendaklah dia beriman dengannya, mengikutinya dan membenarkannya, kerana ia akan menyelamatkannya dari tenggelam. Kemudian Adam a.s telah jatuh sakit yang membawa kepada kematiannya. Beliau a.s telah mengutus Hibatullah dan berkata kepadanya: Jika anda berjumpa dengan Jibrail atau malaikat yang lain, maka ucaplah salamku kepadanya dan katakanlah kepadanya: Wahai Jibrail, sesungguhnya bapaku akan memberi kepada anda buah dari syurga.   
       Maka Jibrail berkata kepadanya: Wahai Hibatullah, sesungguhnya bapa anda telah mati dan sesungguhnya kami turun untuk melakukan solat ke atasnya. Lantaran itu, kembalilah, lalu beliau  kembali. Beliau mendapati Adam a.s telah mati. Jibrail memperlihatkan kepadanya cara memandikannya, lalu beliau memandikannya sehingga beliau melakukan solat ke atasnya. Hibatullah berkata: Wahai Jibrail, datang kehadapan, dan lakulah solat ke atas Adam, maka Jibrail berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kami supaya kami sujud kepada bapa anda Adam ketika beliau di syurga, maka tidak boleh bagi kami menjadi imam kepada anak-anaknya.
       Justeru Hibatullah datang kehadapan, lalu melakukan solat ke atas bapanya. Jibrail di belakangnya, kemudian tentera para malaikat. Mereka melakukan takbir ke atasnya sebanyak tiga puluh kali. Kemudian Jibrail a.s telah memerintahkannya supaya melakukan takbir sebanyak dua puluh lima takbir- Dan sunnah pada kami pada hari ini adalah lima takbir. Ahli Badr ditakbirkan tujuh kali dan ada yang ditakbirkan sembilan kali.
       Kemudian apabila Hibatullah telah mengapankan bapanya, lalu Qabil datang kepadanya dan berkata: Wahai Hibatullah, sesungguhnya aku telah melihat bapaku Adam telah memberi kepada anda ilmu secara khusus yang beliau tidak memberikannya kepadaku, iaitu ilmu yang  saudara anda Habil telah berdoa dengannya, lalu korbannya diterima. Sesungguhnya aku telah membunuhnya supaya keturunannya tidak akan bermegah dengan keturunanku sehingga mereka berkata: Kami adalah anak-anak lelaki yang mana korban bapanya diterima dan kamu adalah anak-anak lelaki yang mana korban bapanya ditolak.
       Jika anda memperlihatkan ilmu yang diberikan khusus oleh bapa anda, nescaya aku akan membunuh anda sebagaimana aku telah membunuh saudara anda Habil. Justeru Hibatullah dan keturunannya tinggal di dalam keadaan menyembunyikan ilmu, iman, nama yang akbar, warisan kenabian dan aathaar ilmu kenabian di sisi mereka sehingga Allah mengutus Nuh a.s. Lantaran itu, wasiat Hibatullah terserlah apabila mereka melihat kepada wasiat Adam a.s., maka mereka mendapati Nuh a.s adalah seorang nabi yang telah diberikan khabar gembira oleh Adam a.s. Lantas mereka beriman kepadanya (amanuubi-hi), mengikutinya dan membenarkannya (saddaquu-hu). Adam a.s telah berwasiat kepada Hibatullah supaya memperbaharui wasiat ini pada setiap awal tahun sebagai hari perayaan mereka.
       Justeru mereka melakukan janji setia kepada Nuh dan setiap nabi selepasnya sehingga Allah mengutus Muhammad s.a.w. Sesungguhnya mereka mengetahui Nuh dengan ilmu yang mereka miliki sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Mu’minun (23):23 “Sesungguhnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tiada tuhan bagimu selain Dia. Maka kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)”. Para nabi di antara Adam dan Nuh a.s tidak didedahkan identiti mereka (mustakhiffin). Lantaran itu, identiti mereka tidak disebut di dalam al-Qur’an sebagaimana para nabi yang lain. Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’(164): “Dan (kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah kami kisahkan mengenai mereka kepadamu dahulu dan rasul-rasul yang tidak kami kisahkan mengenai mereka kepadamu”.
       Iaitu Aku tidak menamakan mereka yang dirahsiakan sebagaimana Aku telah menamakan mereka yang Aku telah dedahkan identiti mereka di kalangan para nabi a.s.
       Maka Nuh a.s telah tinggal bersama kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Tiada nabi yang lain semasa  kenabiannya. Tetapi beliau a.s telah menghadapi kaumnya yang membohongi para nabi a.s di antaranya dan Adam a.s sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syu‘araa’(26):105 “Kaum Nuh telah mendustakan para rasul”. Iaitu orang yang di antaranya dan Adam a.s sehingga kepada firman-Nya di dalam Surah al-Syu‘araa’ (26): 104 “Dan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”.
       Kemudian Nuh a.s apabila tamat kenabiannya dan menyempurnakan hari-harinya, maka Allah memberitahu kepadanya: Wahai Nuh, kenabian anda telah tamat dan anda telah menyempurnakan hari-hari anda, maka jadilah ilmu di sisi anda, iman, nama yang akbar, warisan ilmu dan aathaar ilmu kenabian selepas anda adalah untuk keturunan anda. Aku tidak akan memotongnya sebagaimana Aku tidak memotongnya daripada para nabi a.s di antara anda dan Adam a.s. Aku tidak meninggalkan bumi melainkan padanya seorang alim yang dikenali dengannya agamaku dan dikenali dengannya ketaatan mereka kepada-Ku. Kejayaan adalah kepada mereka yang dilahirkan di antara kematian nabi sehingga datangnya nabi yang lain.
       Nuh a.s telah memberi khabar gembira kepada Sam  dengan [kedatangan] Hud a.s. Sam a.s adalah di antara Nuh dan Hud a.s. Nuh berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus seorang nabi bernama Hud yang akan menyeru kaumnya kepada Allah, tetapi kaumnya akan membohonginya dan Allah akan membinasakan mereka dengan angin. Sesiapa yang mendapatinya di kalangan kamu, maka hendaklah dia mempercayainya dan mengikutinya, kerana Allah akan menyelamatkannya daripada azab angin. Justeru Nuh a.s telah membuat perjanjian mengenai wasiat ini dengan anak lelakinya Sam pada setiap awal tahun sebagai hari perayaan mereka. Lalu mereka mematuhi perjanjian tersebut.
       Kemudian mereka mendapati Hud sebagai seorang nabi a.s yang telah diberi khabar gembira oleh bapa mereka Nuh a.s. Lantas mereka beriman kepadanya, mengikutinya dan membenarkannya. Lantaran itu, mereka terselamat daripada azab angin sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-A‘raaf (6): 65 “Dan (kami telah mengutus) kepada kaum  ‘Aad saudara mereka Hud”. Firman-Nya di dalam Surah al-Syu‘araa’(26): 123-4 “Kaum ‘Aad telah mendustakan para rasul ketika saudara mereka Hud berkata kepada mereka: Mengapa kamu tidak bertakwa?”
       Firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 132 “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya‘qub”. Firman-Nya di dalam Surah al-An‘aam (6): 84 “Dan kami telah menganugerahkan Ishaq dan Ya‘qub kepadanya. Kepada kedua-duanya masing-masing telah kami beri petunjuk (pada Ahli Baitnya); dan Nuh sebelum itu juga kami telah beri petunjuk”, supaya kami menjadikannya pada Ahli Baitnya dan selepasnya daripada keturunan para nabi a.s sebelum Ibrahim adalah untuk Ibrahim a.s. Begitu juga di antara Ibrahim dan Hud a.s daripada para nabi a.s. Iaitu sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Hud (11): 89 “Sedang kaum Lut tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu”. Firman-Nya di dalam Surah al-‘Ankabuut (29): 26 “Maka Lut membenarkannya. Dan berkatalah Ibrahim: Sesungguhnya aku akan berpindah kepada Tuhanku”.
       Dan firman-Nya di dalam Surah al-‘Ankabuut (29): 16 “Dan (ingatlah) Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: Sembahlah olehmu akan Allah dan bertakwalah kepada-Nya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui”. Dan telah berlaku di antara dua  nabi; Ibrahim dan Lut  itu sepuluh para nabi. Dan telah berlaku kepada setiap nabi apa yang berlaku kepada Nuh a.s, Adam, Hud, Salih, Syu‘aib dan Ibrahim a.s sehingga sampai kepada Yusuf bin Ya‘qub a.s. Kemudian kenabian selepas Yusuf adalah kepada suku (asbaat) saudara-saudaranya sehingga berakhir kepada Musa a.s. Di antara Yusuf dan Musa terdapat beberapa nabi.
       Maka Allah telah mengutus Musa dan Harun a.s kepada Fir‘aun, Haman dan Qarun. Kemudian Dia telah mengutus beberapa rasul sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Mu’minuun (23): 44 “Setiap rasul datang kepada umatnya, umat itu mendustakannya, maka kami perikutkan sebahagian mereka dengan  sebahagian yang lain. Dan kami jadikan mereka buah tutur (manusia)”. Bani Israel telah membunuh pada satu hari tujuh puluh para nabi. Apabila Taurat diturunkan ke atas Musa a.s, maka ia memberi khabar gembira mengenai Muhammad s.a.w. Di antara Yusuf dan Musa a.s ada beberapa nabi a.s.
       Wasi Musa adalah Yusyu‘ bin Nun a.s iaitu pemudanya yang disebutkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya. Para nabi a.s sentiasa memberi khabar gembira mengenai Muhammad s.a.w sehingga Allah mengutus al-Masih Isa bin Maryam, lalu beliau a.s telah memberi khabar gembira mengenai Muhammad s.a.w sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-A‘raaf (7): 157 “Mereka mendapatinya (iaitu Yahudi dan Nasara) tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka (iaitu sifat Muhammad) menyuruh mereka melakukan perkara yang baik dan melarang mereka melakukan perkara yang mungkar
       Firman Allah yang menceritakan mengenai Isa di dalam Surah al-Saaf (61): 6 “Memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku yang namanya Ahmad”. Justeru Musa dan Isa a.s telah memberi khabar gembira dengan kedatangan Muhammad s.a.w sebagaimana para nabi a.s telah dilakukan oleh para nabi terdahulu sehingga sampai kepada Muhammad s.a.w. Manakala Muhammad s.a.w  melaksanakan  kenabiannya dan hari-harinya telah disempurnakannya, maka Allah telah memberitahu kepadanya: Wahai Muhammad s.a.w,  Sesungguhnya anda telah melaksanakan kenabian anda dan menyempurnakan hari-harinya, maka jadilah ilmu yang di sisi anda, iman, nama yang akbar, warisan kenabian dan aathaar ilmu kenabian pada Ahlu l-Bait anda di sisi Ali bin Talib a.s.
       Sesungguhnya Aku tidak memotong ilmu, iman, nama yang akbar,  warisan ilmu dan aathaar ilmu kenabian selepas anda daripada keturunan anda sebagaimana Aku tidak memotongnya daripada Ahlu l-Bait para nabi a.s yang terdahulu. Iaitu di antara anda dan bapa anda Adam a.s sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 33-4 “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing). (Iaitu) satu keturunan yang sebahagiannya (turunan) dari yang lain. Dan Allah maha Mendengar lagi Maha mengetahui”.
       Sesungguhnya Allah tidak menjadikan keilmuan sebagai suatu kejahilan tanpa mewakilkannya kepada malaikat muqarrab dan nabi mursal,  malah Dia mengutus utusan daripada para malaikat-Nya dan berfirman: Katakan begitu dan begini, lalu dia memerintahkan mereka melakukan apa yang Dia cintai dan melarang mereka apa yang Dia benci. Lantaran itu, Dia  menyerahkan urusan makhluk-Nya kepada mereka dengan ilmu. Dia telah mengajarkannya kepada para nabi-Nya, golongan pilihan-Nya di kalangan para nabi, saudara-saudara dan zuriat selepasnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 54 “Sesungguhnya kami telah memberi kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim dan kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang  besar
       Adapun al-Kitab adalah kenabian. Adapun al-Hikmah, maka mereka adalah para nabi. Adapun mulk ‘azim, maka mereka adalah para Imam yang terpilih yang menjadi wulaat al-Amr  kepada Allah.       Justeru sesiapa yang berpegang kepada kelebihan mereka dan berakhir dengan keilmuan mereka, akan berjaya. Sesiapa yang menghina mereka, maka dia telah menyalahi perintah Allah.
       Dia telah menjadikan golongan yang jahil sebagai wulaat al-Amr kepada Allah dengan menyangka mereka sebagai ahli ijtihad tentag ilmu Allah. Lantaran itu, mereka telah berbohong terhadap Allah, Rasul-Nya dan membenci wasinya serta ketaatan kepadanya. Mereka tidak meletakkan kelebihan Allah sebagaimana Dia meletakkannya. Justeru mereka sesat dan menyesatkan pengikut-pengikut mereka. Mereka tidak memiliki hujah (imam) pada hari Kiamat, kerana hujah adalah pada keluarga Ibrahim a.s sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 54 “Sesungguhnya kami telah memberi kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim dan kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang  besar
       Justeru hujah adalah para nabi a.s dan Ahlu l-Bait mereka sehingga berlakunya Kiamat, kerana Kitab Allah bertutur sedemikian. Wasiat Allah mengenai sebahagian mereka akan sebahagaian sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Nuur (24) 36: “Di rumah-rumah yang diizinkan oleh Allah untuk disebut nama-Nya”. Iaitu di rumah-rumah para nabi a.s, rasul dan para Imam. Ini menunjukkan ketinggian iman yang mana orang yang berjaya telah berjaya dengannya sebelum kamu. Dengannyalah akan berjaya orang yang mengikut para Imam dan Allah berfirman di dalam Surah al-An‘aam (6): 84-9 “Dan kepada Nuh sebelum itu juga telah kami beri petunjuk dan kepada sebahagian daripada keturunannya (Nuh) iaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada golongan yang berbuat baik dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk golongan yang soleh.
       Dan Ismail, al-Yasa‘, Yunus dan Lut. Masing-masing kami lebihkan darjatnya di atas umat (semasanya). Dan kami lebihkan (pula) darjat sebahagian dari bapa-bapa mereka, keturunan mereka dan saudara-saudara mereka. Dan kami telah memilih mereka dan kami menunjuki mereka ke jalan yang lurus. Itulah petunjuk Allah yang dengannya  Dia memberi petunjuk  kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya. Seandainya mereka mempersekutukan  Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang mereka telah kerjakan. Mereka itulah golongan yang telah kami berikan kepada mereka kitab, hikmat dan kenabian. Jika golongan (Quraisy) itu mengingkarinya (yang tiga macam itu), maka kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sekali-kali tidak akan mengingkarinya”.
       Sesungguhnya Dia telah mewakilkan kelebihan itu adalah untuk Ahlu l-Bait Nabi-Nya, saudara-saudaranya dan zuriat mereka sebagaimana di dalam kitab-Nya. Sesungguhnya Allah telah membersihkan Ahlu l-Bait Nabinya a.s dan telah meminta daripada orang ramai pahala kasih sayang, melakukan ke atas mereka wilayah, menjadikan mereka  para wasinya dan orang yang dikasihinya adalah tetap selepasnya pada umatnya. Justeru ambillah iktibar wahai manusia, apa yang aku telah perkatakan, kerana Allah telah meletakkan wilayah-Nya, ketaatan kepada-Nya dan kasih sayang-Nya, pengambilan ilmu-Nya dan hujah-Nya kepada Ahlu l-Bait a.s. Wilayah Allah tidak dapat dicapai melainkan dengan mereka. Justeru sesiapa yang melakukan sedemikian, maka berhak ke atas Allah memuliakannya dan tidak mengazabkannya. Sesiapa yang mendatangi Allah tanpa mentaati perintah-Nya, maka berhak ke atas Allah menghinanya dan mengazabkannya.

Hadis Abu Ja‘far A.S Bersama Nafi‘.

       93. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada Abu Hamzah Thabit bin Dinar al-Thumali dan Abu Mansur, daripada Abu al-Rabi‘ berkata: Kami telah mengerjakan haji bersama Abu Ja‘far a.s pada tahun Hisyam bin Abdu l-Malik mengerjakan haji bersama Nafi‘ maula Umar bin al-Khattab. Lantas Nafi‘ telah melihat Abu Ja‘far a.s  di sudut Ka‘bah di mana orang ramai telah berkumpul, maka Nafi‘ berkata: Wahai Amir al-Mukminin, siapakah lelaki ini yang didatangi orang ramai? Maka dia berkata: Ini adalah nabi ahli Kufah, ini adalah Muhammad bin Ali. Maka dia berkata: Aku naik saksi bahawa aku akan bertanya kepadanya mengenai beberapa masalah yang tidak boleh dijawab melainkan dia seorang nabi atau anak lelaki nabi atau wasi nabi. Lalu Hisyam berkata: Pergilah, dan bertanyalah kepadanya mudah-mudahan anda dapat memalukannya.
       Kemudian Nafi‘ datang di celah-celah orang ramai, lalu menghampiri Abu Ja‘far a.s seraya berkata: Wahai Muhammad bin Ali, sesungguhnya aku telah membaca Taurat, Injil, Zabur dan Furqan, aku telah mengetahui halalnya dan haramnya. Aku datang untuk bertanya kepada anda beberapa masalah yang tidak akan dijawab melainkan oleh seorang nabi atau anak lelaki nabi atau wasi nabi. Lalu Abu Ja‘far a.s mengangkatkan kepalanya dan berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati anda. Maka Nafi‘ berkata: Beritahuku berapa tahunkan di antara Isa dan Muhammad? Abu Ja‘far a.s berkata: Aku akan memberitahu kepada anda pendapat aku atau pendapat anda? Dia berkata: Beritahu kepadaku kedua-dua pendapat. Abu Ja‘far a.s berkata: Adapun pendapat aku adalah lima ratus tahun dan pendapat anda adalah enam ratus tahun.
       Nafi‘ berkata: Beritahuku mengenai firman Allah kepada Nabi-Nya di dalam Surah   al-Zukhruf (43):45 “Dan tanyakanlah kepada rasul-rasul kami yang telah kami utus sebelum kamu: “Adakah kami menentukan tuhan-tuhan untuk disembah selain Allah Yang Maha Pemurah” Siapakah yang telah bertanya kepada Muhammad s.a.w sedangkan di antaranya dan Isa adalah lima ratus tahun? Lalu Abu Ja‘far a.s membaca firman Allah di dalam Surah al-Israa’ (17): 1 “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidi al-Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami
       Di antara tanda-tanda yang telah diperlihatkan oleh Allah kepada Muhammad s.a.w apabila beliau s.a.w diperjalankan ke Bait al-Maqdis bahawa Allah telah mengumpulkan golongan yang terdahulu dan terkemudian di kalangan para nabi dan para rasul. Kemudian Dia memerintahkan Jibrail melakukan azan dua dua (syafa‘an) dan iqamat dua-dua dan berkata di dalam azannya: Hayya ‘ala khairi l-‘Amal[12], kemudian Muhammad datang, lalu mengerjakan solat bersama mereka. Apabila selesai, beliau s.a.w bersabda: Di atas apakah kamu bersyahadah dan apakah kamu sembah? Mereka berkata: Kami naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa tanpa syirik bagi-Nya dan sesungguhnya engkau adalah Rasulullah. Kemudian janji-janji kami berdasarkan kepada penyaksian tersebut.
       Nafi‘ berkata: Anda memang benar, wahai Abu Ja‘far, maka beritahuku mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 30 “Dan apakah golongan yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu ratqan, kemudian kami pisahkan di antara keduanya (fa-fataqnaa-humaa)”? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia menurunkan Adam a.s ke bumi, maka langit tidak menurunkan hujan (ratqan). Begitu bumi juga ratqan, kerana tidak mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.
       Apabila Allah menerima taubat Adam a.s, maka Dia memerintahkan langit supaya menurunkan hujan. Kemudian Dia memerintahkan bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Inilah pengertian ratqan bagi langit dan bumi. Nafi‘ berkata: Anda memang benar, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w. Lantaran itu beritahuku mengenai firman Allah di dalam Surah Ibrahim(14): 48 “(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit” Iaitu bumi manakah yang digantikan pada hari itu? Abu Ja‘far a.s berkata: Bumi yang mengeluarkan roti sementara mereka memakannya sehingga Allah menyelesaikan hisab. Maka Nafi‘ berkata: Mereka sibuk dengan makan? Abu Ja‘far a.s berkata: Adakah mereka pada hari itu lebih sibuk ketika mereka di neraka? Nafi‘ berkata: Ya, mereka di neraka adalah lebih sibuk. Abu Ja‘far a.s: Demi Allah, mereka tidak sibuk apabila mereka meminta makanan, lalu mereka memakan Zaqum. Dan apabila mereka meminta minuman, maka mereka diberi minuman panas (hamim).
       Nafi‘ berkata: Anda memang benar, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w. Tinggal hanya satu soalan sahaja lagi. Abu Ja‘far a.s a.s berkata: Apakah ia? Nafi‘ berkata: Beritahuku mengenai Allah, bilakah Dia telah wujud? Abu Ja‘far a.s berkata: Celaka anda, perkataan “bilakah” tidak berlaku sehingga aku memberitahu kepada anda apa yang telah berlaku. Maha Suci Dia Yang sentiasa Satu, menjadi tempat tumpuan, tidak mengambil teman wanita dan anak. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Nafi‘, beritahuku mengenai perkara yang aku akan bertanya kepada anda. Nafi‘ berkata: Apakah dia? Beliau a.s berkata: Apakah pendapat anda mengenai  Ashab Nahrawan (Khawarij), jika anda berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin telah membunuh mereka dengan hak, maka sesungguhnya anda telah murtad dan jika anda berkata bahawa beliau a.s telah membunuh mereka secara batil, maka sesungguhnya anda telah kafir?
       Maka beliau a.s berkata: Dia berpaling kepada orang yang di sisinya sambil berkata: Anda, demi Allah, adalah orang yang paling alim dengan sebenarnya. Lalu dia mendatangi Hisyam, lantas Hisyam  berkata kepadanya: Apakah yang anda lakukan? Nafi‘ berkata: Tinggalkan saja apa yang anda katakan kepadaku, ini, demi Allah, adalah orang yang paling alim dengan sebenarnya. Beliau adalah anak lelaki Rasulullah s.a.w yang sebenar. Justeru para sahabatnya  berhak mengambilnya sebagai nabi.








                                           








                                      
                                 
                             
                                BAHAGIAN KELIMA



Hadis Mengenai Seorang Nasrani Bersama Al-Baqir A.S, Hadis Abu Al-Hasan Musa A.S, Hadis Yang Pelik Mengenai Abu Dhar Bersama Rasulullah S.A.W, Anda Lebih Baik Daripadaku Dan lain-Lain.

Hadis Mengenai Seorang Nasrani Bersama Al-Baqir A.S

       94. Daripadanya, daripada Ismail bin Abban, daripada Umar bin Abdullah al-Thaqafi berkata: Hisyam bin Abd al-Malik telah mengeluarkan Abu Ja‘far a.s dari Madinah ke Syam, lalu beliau a.s tinggal di sana beberapa malam. Beliau a.s telah duduk bersama orang ramai di dalam satu majlis dan orang ramai telah bertanya kepadanya. Tiba-tiba beliau a.s terpandang kepada golongan Nasrani sedang memasuki sebuah gunung di sana. Maka beliau a.s berkata: Apakah gerangan mereka? Adakah bagi mereka perayaan pada hari ini?
       Mereka berkata: Tidak, wahai anak lelaki Rasulullah, tetapi mereka mendatangi seorang  alim di kalangan mereka di gunung ini pada setiap tahun pada hari ini. Mereka mengeluarkannya, lalu mereka bertanya kepadanya apa yang akan berlaku kepada mereka di dalam setahun. Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Adakah dia mempunyai ilmu? Mereka berkata: Dia adalah orang yang paling alim. Dia telah dapat bertemu dengan  para sahabat al-Hawariyyin di kalangan para sahabat Isa a.s. Beliau a.s berkata: Adakah kita akan pergi kepadanya? Mereka berkata: Itu adalah terserah kepada anda, wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w.
       Umar bin Abdullah al-Thaqafi berkata: Abu Ja‘far a.s telah menutup kepalanya dengan kainnya, lalu beliau a.s dan para sahabatnya pergi dan bercampur dengan orang ramai sehingga mereka menaiki gunung. Maka Abu Ja‘far a.s dan para sahabatnya telah duduk di tengah golongan Nasrani. Golongan Nasrani mengeluarkan hamparan dan meletakkan beberapa bantal di atasnya. Kemudian mereka terus masuk dan mengeluarkan seorang alim mereka. Kemudian mereka mengikat kedua-dua matanya, lalu kedua-dua matanya bertukar seperti dua mata ular. Kemudian dia datang kepada Abu Ja‘far a.s sambil berkata: Wahai syeikh, adakah anda di kalangan kami atau di kalangan umat yang dirahmati? Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Malah di kalangan umat yang dirahmati. Nasrani berkata: Adakah anda di kalangan ulama mereka atau di kalangan golongan jahil mereka?
       Abu Ja‘far a.s berkata: Aku bukanlah di kalangan golongan jahil mereka. Nasrani berkata: Adakah aku bertanya kepada anda atau anda bertanya kepadaku? Abu Ja‘far a.s berkata: Tanyalah aku, maka Nasrani berkata: Wahai golongan Nasrani, seorang lelaki daripada umat Muhammad berkata: Tanyalah aku, ini bererti dia penuh dengan ilmu. Kemudian dia berkata: Wahai hamba Allah, beritahuku mengenai masa (sa‘atin) yang bukan pagi dan bukan pula siang; masa apakah dia?
       Abu Ja‘far a.s berkata: Iaitu di antara naik fajar sehingga naik matahari. Nasrani berkata: Jika ia bukan masa malam dan bukan pula masa  siang, maka masa apakah dia? Abu Ja‘far a.s berkata: Masa syurga dan di sanalah keredaan kami akan terserlah. Nasrani berkata: Aku bertanya anda atau anda bertanya aku? Abu Ja‘far a.s berkata: Anda tanyalah aku, maka Nasrani berkata: Wahai golongan Nasrani, lelaki ini adalah penuh dengan ilmu. Beritahuku mengenai ahli syurga bagaimana mereka jadi, mereka makan tanpa berak, berikan contoh mereka di dunia? Abu Ja‘far a.s berkata: Janin di dalam perut ibunya memakan apa yang dimakan oleh ibunya tanpa berak. Nasrani berkata: Tidakkah anda berkata: Aku bukanlah di kalangan ulama mereka? Abu Ja‘far a.s berkata: Apa yang aku telah katakan kepada anda: Aku bukanlah di kalangan golongan jahil mereka.
       Nasrani berkata: Aku bertanya anda atau anda bertanya aku? Abu Ja‘far a.s berkata: Tanyalah aku, maka Nasrani berkata: Wahai golongan Nasrani, demi Allah, aku akan bertanya kepadanya satu masalah yang akan menjatuhkan [air mukanya] sebagaimana terjatuhnya unta ke dalam lumpur. Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Tanyalah, maka Nasrani berkata: Beritahuku mengenai seorang lelaki yang telah mendekati perempuannya, lalu dia telah mengandung (hamil) dua janin pada satu masa, kemudian dia telah melahirkan kedua-duanya pada satu masa, lalu kedua-duanya mati pada masa yang sama dan ditanam pada satu kubur. Salah seorang daripada mereka hidup selama seratus lima puluh tahun dan seorang lagi hidup selama lima puluh tahun, maka siapakah mereka berdua?
       Abu Ja‘far a.s berkata: ‘Uzair dan ‘Azarah. Kedua-duanya telah dikandung (hamil) dan dilahirkan oleh ibu mereka berdua sebagaimana dikatakan oleh anda. Kemudian Allah mematikan ‘Uzair ketika usianya seratus tahun. Kemudian Dia membangkitnya kembali, lalu dia hidup bersama ‘Azarah selama lima puluh tahun dan kedua-duanya mati pada satu masa. Nasrani berkata: Wahai golongan Nasrani, aku tidak pernah melihat dengan mataku seorang yang lebih alim daripada lelaki ini. Justeru janganlah kamu bertanya kepadaku meskipun satu huruf ketika lelaki ini berada di Syam, bawalah aku pulang. Lalu mereka menghantarnya kembali ke guanya dan golongan Nasara kembali bersama Abu Ja‘far a.s.

Hadis Abu Al-Hasan Musa A.S

       95. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziad, daripada Ismail bin Mihran daripada Muhammad bin Mansur al-Khaza‘i, daripada Ali bin Suwaid, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail bin Yazba‘, daripada Hamzah bin Bazi‘ daripada Ali bin Suwaid dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Nahdi, daripada Ismail bin Mihran daripada Muhammad bin Mansur daripada Ali bin Suwaid berkata: Aku telah menulis sepucuk surat kepada Abu al-Hasan Musa a.s ketika beliau a.s di dalam tahanan bertanyakan kepadanya mengenai keadaannya dan pelbagai masalah yang banyak. Tetapi beliau a.s tidak menjawab suratku selama beberapa bulan. Kemudian beliau a.s telah menjawabnya seperti berikut:

       Bismillahir Rahmanir Rahim, segala puji bagi Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Dengan kebesaran-Nya dan cahaya-Nya Dia mencerahkan hati mukminin. Dengan kebesaran-Nya dan cahaya-Nya Dia telah dimusuhi oleh golongan yang jahil. Dengan kebesaran-Nya dan cahaya-Nya golongan di langit dan di bumi menuntut kedudukan yang tinggi di sisi-Nya dengan amalan yang bermacam-macam dan agama-agama yang berlawanan. Ada yang betul dan ada yang tersalah, ada yang sesat dan ada yang mendapat petunjuk. Ada yang mendengar, dan ada yang pekak. Ada yang melihat dan ada yang buta lagi tercengang. Maka segala puji bagi Allah yang telah memperkenalkan agama-Nya Muhammad s.a.w.
       Amma ba‘d. Adapun kemudian daripada itu, maka anda adalah seorang yang telah dikurniakan oleh Allah daripada keluarga Muhammad dengan kurniaan khusus, menjaga kasih sayang yang dituntut oleh agama-Nya. Dia telah kurniakan kepada anda kecerdikan dan pencerahan di dalam urusan agama anda kerana anda melebihkan mereka dan menyerahkan segala urusan anda kepada mereka. Anda telah menulis surat bertanya kepadaku mengenai beberapa perkara sedangkan aku mengenainya masih di dalam taqiyyah dan masih merahsiakannya. Apabila berakhirnya penguasa yang zalim dan datang penguasa yang adil dengan meninggalkan dunia yang keji kepada ahlinya yang menderhakai Pencipta mereka, maka aku fikir aku akan menghuraikan kepada anda apa yang anda telah bertanya kepadaku kerana khuatir kebingungan (al-Hiirah) akan menguasai Syi‘ah yang lemah di samping kejahilan mereka.
       Justeru bertakwalah kepada Allah, tinggalkan perkara itu kepada ahlinya secara khusus. Berwaspadalah supaya anda tidak menjadi penyebab berlakunya bala ke atas para wasi dan mencemaskan mereka dengan mendedahkan apa yang aku telah meminta anda merahsiakannya dan anda tidak akan melakukannya insya’ Allah.
       Pertama yang aku akan memberitahu anda adalah betapa dukacitanya diriku terhadap anda pada malam-malam sebegini, tanpa menyesal, tanpa syak kepada apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Justeru berpeganglah kepada ikatan agama keluarga Muhammad, ikatan teguh wasi selepas wasi, penyerahan diri kepada mereka dan reda apa yang mereka katakan (al-Ridha ma qaaluu).
       Janganlah anda mengambil agama selain daripada Syi‘ah anda (la taltamis dina man laisa bi-syi‘ati-ka), kerana mereka[13] adalah pengkhianat-pengkhianat yang telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya. Mereka telah mengkhianati amanah-amanah mereka, anda mengetahui apakah yang mereka telah mengkhianati amanah-amanah mereka? Mereka telah diamanahkan supaya berpegang kepada kitab Allah, tetapi mereka mengubahnya (fa-harrafuu-hu), menukarkannya (baddaluu-hu)[14] dan melantik  penguasa-penguasa (wulaat al-Amr) di kalangan mereka. Kemudian mereka meninggalkan mereka pula (wulaat al-Amr). Justeru Allah merasakan mereka pakaian kelaparan dan ketakutan di atas apa yang mereka kerjakan.
       Anda telah bertanyaku mengenai dua orang lelaki yang telah merampas harta seorang lelaki yang membelanjakannya kepada fakir miskin, orang musafir dan pada jalan Allah. Apabila kedua-dua orang tadi merampasnya, lalu mereka berdua memaksanya ke rumah mereka berdua. Dan apabila mereka berdua menahannya, lantas mereka berdua mengendalikan infaknya, adakah perbuatan kedua-duanya mencapai kekufuran? Bagiku mereka berdua telah menjadi nifak. Sebelum itu, mereka berdua telah menolak firman Allah, mereka berdua telah mempersendakan (hazza’aa) Rasulullah s.a.w. Mereka berdua adalah kafir, laknat Allah, laknat para malaikat dan laknat semua manusia ke atas mereka berdua[15].
       Demi Allah, iman tidak memasuki hati seorangpun daripada mereka semenjak ia keluar dari hati mereka berdua. Malah syaknya semakin bertambah. Mereka berdua adalah penipu (khadda‘aini) yang syak, dan munafik sehingga malaikat azab mematikan mereka berdua dan membawanya ke tempat yang hina. Anda telah bertanyaku mengenai orang yang menghadiri majlis lelaki yang merampas hartanya, kemudian ia diletakkan di bawah jagaannya, terdapat di kalangan mereka orang yang arif dan yang menentang, maka mereka itu adalah ahli riddah yang pertama di kalangan umat ini, maka di atas mereka laknat Allah, laknat malaikat dan laknat semua manusia[16].
       Anda telah bertanyaku mengenai peringkat ilmu kami; iaitu di atas tiga cara. Ilmu yang telah berlaku (maadhin), ilmu di masa lalu sehingga sekarang (ghaabir) dan ilmu yang akan berlaku (haadith). Adapun mengenai ilmu yang telah berlaku, maka ia adalah sebagai pentafsir. Ilmu yang sedang berlaku, maka ia seperti pemerhati? Adapun ilmu yang akan berlaku, maka ia dicampakkan di hati, diukir di telinga. Iaitu ilmu kami yang paling baik dan tiada nabi selepas nabi kami Muhammad s.a.w.
       Anda telah bertanyaku mengenai ummahaat aulaadi-him (hamba-hamba perempuan mereka yang telah melahirkan anak), nikah  dan talak mereka. Adapun mengenai ummahaat aulaadi-him, maka mereka adalah pelacur-pelacur (‘awaahir) sehingga hari Kiamat, nikah tanpa wali dan talak tanpa iddah. Adapun orang yang telah memasuki di dalam dakwah kami, maka imannya telah merosakkan kesesatannya dan keyakinannya akan syaknya.
       Anda telah bertanyaku  mengenai zakat pada mereka, maka setiap zakat kamulah yang lebih berhak dengannya, kerana kami telah menghalalkannya kepada kamu, siapa di kalangan kamu dan di mana dia. Anda telah bertanyaku mengenai golongan yang lemah (al-Dhu‘afaa’). Adapun orang yang lemah adalah orang yang tidak dibentangkan hujah kepadanya dan dia tidak mengetahui perselisihan. Apabila dia mengetahui mengenai perselisihan, maka dia bukanlah orang yang lemah.
       Anda telah bertanyaku mengenai syahadah-syahadah (syahadaat) untuk mereka, maka dirilah syahadah untuk Allah sekalipun di atas diri anda, dua ibu bapa anda dan kaum kerabat anda di antara anda dan mereka. Jika anda takut kezaliman ke atas saudara lelaki anda, maka janganlah anda melakukannya. Serulah kepada syarat-syarat Allah dengan mengenali kami terhadap orang yang anda mengharapkan penerimaannya. Janganlah anda  berlindung di balik benteng riyak dan wala’ kepada keluarga Muhammad. Janganlah anda memberitahu kepada orang ramai apa yang telah sampai kepada anda mengenai kami. Apatah lagi mengaitkan kami dengan perkara-perkara yang batil sekalipun anda mengetahui daripada kami sebaliknya. Apatah lagi jika anda tidak mengetahui apa yang kami katakannya dan menceritakannya [kepada orang lain].
       Justeru berimanlah dengan apa yang aku akan memberitahu anda dan janganlah anda mendedahkan apa yang kami minta anda merahsiakannya daripada berita anda. Tetapi ia menjadi hak yang wajib bagi saudara lelaki anda jika anda memberitahunya, maka ia akan memanfaatkannya di dalam urusan dunianya dan akhiratnya. Janganlah anda merasa dendam terhadapnya meskipun ia melakukan kejahatan kepada anda. Terimalah jemputannya apabila dia menjemput anda, janganlah anda memberi ruang di antaranya dan musuhnya di kalangan orang ramai sekalipun ia adalah lebih akrab kepadanya daripada anda.
       Ziarahlah dia ketika sakit. Penipuan, siksaan, khianat, takbur,  bahasa kotor, kemungkaran dan dorongan untuk melakukannya adalah bukan daripada akhlak mukmin. Apabila anda melihat seorang Badwi di dalam kesamaran dengan tentera yang ramai, maka tunggulah kemenangan anda (faraja-ka) dan Syi‘ah anda. Dan apabila berlaku gerhana matahari, maka angkatlah mata anda ke langit dan renunglah apa yang dilakukan oleh Allah terhadap golongan yang zalim. Maka sesungguhnya aku telah menerangkan kepada anda secara ringkas, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya yang terpilih.

Hadis Yang Pelik Mengenai Abu Dhar Bersama Rasulullah S.A.W.

       96. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad bin Sama‘ah, daripada Muhammad bin Ayyub, dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Dhar telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, aku akan menziarahi Madinah adakah anda membenarkan aku keluar bersama sepupuku ke Mazinah, kami akan berada di sana? Beliau s.a.w berkata: Sesungguhnya aku khuatir penunggang kuda Arab akan menyerang anda, lalu ia membunuh sepupu anda, lantas anda  akan mendatangiku di dalam kesedihan. Anda akan berdiri di hadapanku memegang tongkat anda dan anda akan berkata: Sepupuku telah dibunuh dan binatangnya telah diambil, lalu Abu Dhar  berkata: Wahai Rasulullah, ia tidak akan berlaku sedemikian, insya’ Allah. Kemudian Rasulullah s.a.w telah memberi izin kepadanya.
       Lalu Abu Dhar, sepupunya dan isterinya keluar. Tidak lama selepas itu penunggang-penunggang  kuda Bani Fazarah yang mana ‘Uyainah bin Hasan di kalangan mereka telah menyerangnya, lalu membunuh sepupunya dan mencederakan isterinya dari Bani Ghaffar. Abu Dhar yang juga terkena tikaman  telah datang dan berdiri di hadapan Rasulullah s.a.w berpegang kepada tongkatnya sambil berkata:  Allah dan Rasul-Nya memang benar. Binatang telah diambil, sepupuku telah dibunuh dan aku berdiri di hadapan anda berpegang di atas tongkatku. Maka Rasulullah s.a.w telah memanggil muslimin, lalu mereka keluar untuk mendapatkannya, lalu mereka mengembalikan binatang, dan membunuh beberapa orang musyrikin.

Anda Lebih Baik Daripadaku (anta khairun min-nii).

       97. Abban, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bermalam di dalam peperangan Dhat al-Riqaa‘ di bawah pokok berhampiran dengan sebuah wadi. Kemudian banjir  melimpah, lalu memisahkan di antara beliau s.a.w dan para sahabatnya. Tiba-tiba seorang daripada musyrikin telah melihat kepadanya sedangkan muslimun masih berdiri berhampiran wadi menunggu bilakah banjir akan berhenti. Maka seorang lelaki daripada musyrikin berkata kepada kaumnya: Aku akan membunuh Muhammad, lalu dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan pedang, kemudian berkata: Siapakah yang akan menyelamatkan anda daripadaku, wahai Muhammad?
        Baginda s.a.w bersabda: Tuhanku dan Tuhan anda. Lantas Jibrail menolaknya dari kudanya, lalu dia terjatuh di atas belakangnya. Maka Baginda s.a.w berdiri dan mengambil pedang dan duduk di atas dadanya sambil bersabda: Siapakah yang dapat menyelamatkan anda, wahai Ghaurath? Maka dia berkata: Kemurahan dan kekeramatan anda, wahai Muhammad, lalu baginda s.a.w meninggalkannya. Lantas dia berdiri sambil berkata: Demi Allah, bahawa anda adalah lebih baik daripadaku (anta khairun min-nii).

Allah Tidak Menerima Amalan Melainkan Dengan Mewalikan Ahlu l-Bait A.S.     

       98. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad daripada Sulaiman bin Daud al-Munqari, daripada Hafs bin Ghiyath, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Jika anda mampu tidak mengenali sesiapa, maka lakukanlah. Tidak mengapa jika orang ramai tidak memuji anda. Tidak mengapa jika anda dicela (mazmuuman) di sisi orang ramai sekiranya anda dipuji (mahmuudan) di sisi Allah, sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s berkata: Tiada kebaikan di dunia ini melainkan pada salah seorang daripada dua lelaki: Seorang lelaki yang bertambah ihsannya pada setiap hari dan seorang lelaki yang mencapai angan-angannya dengan taubat. Demi Allah, sekiranya dia sujud sehingga terputus tengkuknya, nescaya Allah tidak menerima amalannya melainkan dengan wilayah kami Ahlu l-Bait (fa wallahi lau sajada hatta yanqati‘u ‘unqu-hu ma qabila l-Lahu a.w ‘an-hu ‘amalan illa bi-wilayati-na ahl l-Bait)[17].
       Sesungguhnya sesiapa yang mengetahui hak kami atau mengharapkan pahala dengan kami, meredai makanannya (quti-hi) sebanyak setengah cupak pada setiap hari, meredai pakaian yang menutupi auratnya, meredai tempat letak kepalanya, takut kepada Allah dan  itulah yang dia mahukan habuannya di dunia sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Mu’minuun (23): 60  “Dan golongan yang memberikan apa yang mereka telah berikan dengan hati yang takut” Apa yang diberikan kepada mereka, demi Allah, adalah dengan ketaatan,  kasih sayang dan wilayah Ahlu l-Bait a.s. Mereka di dalam keadaan sedemikian masih takut bahawa Allah tidak menerima amalan mereka. Ketakutan mereka, demi Allah, bukanlah ketakutan syak pada agama yang mereka lakukan, tetapi mereka takut bahawa mereka termasuk di kalangan golongan yang mengabaikan kasih sayang dan ketaatan kepada kami.
       Kemudian beliau a.s berkata: Sekiranya anda mampu tidak keluar dari rumah anda, maka lakukanlah. Sekiranya anda keluar, maka janganlah anda mengumpat, berbohong, hasad, memuji diri anda sendiri, berpura-pura dan menipu. Kemudian beliau a.s berkata: Sebaik baik biara (sauma‘ah) seorang muslim adalah rumahnya. Dia dapat menegah matanya, lidahnya dan kemaluannya di rumahnya. Sesiapa yang mengetahui nikmat Allah dengan hatinya, maka dia berhak tambahan daripada Allah a.w sebelum dia menzahirkan kesyukurannya di lidahnya.
       Sesiapa yang memperlihatkan kelebihannya ke atas orang lain, maka dia adalah daripada golongan yang sombong. Aku berkata: Jika dia memperlihatkan kesihatannya melebihi orang lain khususnya apabila dia melihatnya (orang lain) melakukan maksiat? Beliau a.s berkata: Kemungkinan Allah telah mengampuni dosanya sedangkan anda akan dihisab. Tidakkah anda membaca kisah tukang-tukang sihir Musa a.s, kemudian beliau a.s berkata: Berapa ramai orang yang terpedaya dengan nikmat-Nya ke atasnya, berapa ramai orang yang diuji (mustadrij) dengan penutupan Allah ke atasnya dan berapa ramai orang yang diuji dengan pujian orang ramai terhadapnya.
       Kemudian Beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku mengharap kejayaan bagi orang yang mengetahui hak kami daripada umat ini melainkan salah satu daripada tiga: Pemerintah yang zalim, orang yang mengikut hawa nafsu dan orang fasik secara terang-terangan.       Kemudian beliau a.s membaca Surah Ali Imran ( 3): 31 “Katakanlah  “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihimu”. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Hafs, cinta itu (al-Hubb) adalah lebih baik daripada takut (al-Khauf), kemudian beliau a.s berkata: Demi Allah, Allah tidak mencintai orang yang mencintai dunia dan mewalikan selain daripada kami. Sesiapa yang mengetahui hak kami (man ‘arafa haqqa-na) dan mencintai kami (ahabba-na), sesungguhnya dia mencintai Allah. Lantas lelaki itu menangis dan berkata: Adakah anda menangis jika semua ahli langit dan bumi berkumpul, lalu berdoa kepada Allah supaya Dia menyelamatkan anda dari neraka dan memasukkan anda syurga, tidak memberi syafaat kepada anda (sekiranya anda mempunyai hati yang hidup, nescaya anda adalah orang yang paling takut kepada Allah pada masa itu).
       Kemudian beliau a.s berkata kepadanya: Wahai Hafs, jadilah anda orang yang bertaubat daripada dosa anda. Wahai Hafs, Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang takutkan Allah sepenuh lidahnya. Kemudian beliau a.s berkata: Manakala Musa bin Imran a.s menasihati para sahabatnya, tiba-tiba seorang lelaki berdiri dan  mengoyakkan bajunya, lalu Allah memberitahu Musa, wahai Musa, katakanlah kepadanya: Janganlah anda mengoyakkan baju anda, tetapi lapanglah dada anda untuk-Ku. Kemudian beliau a.s berkata: Musa a.s telah melalui seorang lelaki daripada para sahabatnya yang sedang sujud, kemudian  Musa a.s pulang dari melakukan hajatnya mendapati lelaki itu masih sujud di dalam keadaan sebelumnya, lalu Musa a.s berkata kepadanya: Sekiranya hajat anda ditanganku, nescaya aku menunaikannya untuk anda. Kemudian Allah memberitahu Musa: Wahai Musa, sekiranya dia sujud sehingga terputus tengkuknya, nescaya Aku tidak menerimanya sehingga dia berubah dari apa yang Aku benci kepada apa yang Aku cintai.

Sentiasa Lapar Lagi Takutkan Allah.

       99. Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim dan lain-lain, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada perkara yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w dan keluarganya selain daripada sentiasa lapar lagi takutkan Allah.

Rasulullah S.AW Tidak Pernah Makan Bersila.

       100. Beberapa sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad dan Abu ‘Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada Sa‘id ibn ‘Umru al-Ja‘fi, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s pada suatu hari beliau a.s sedang makan di dalam keadaan bersila.
       Muhammad bin Muslim berkata: Berita yang telah sampai kepada kami bahawa perkara tersebut adalah yang dibencinya. Justeru aku mulai melihat kepadanya, lalu beliau a.s menyeruku kepada makanannya. Apabila Abu Ja‘far a.s  selesai makan, beliau a.s berkata: Wahai Muhammad, kemungkinan anda terfikir bahawa Rasulullah s.a.w telah dilihat oleh mata bahawa beliau s.a.w makan di dalam keadaan bersila semenjak baginda s.a.w diutus sehingga baginda s.a.w mati. Kemudian Abu Ja‘fat a.s menafikan bahawa ia berlaku kepada dirinya seraya berkata: Tidak! Mata tidak pernah melihatnya makan di dalam keadaan bersila semenjak beliau s.a.w diutus sehinggalah beliau s.a.w mati.
       Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Muhammad, kemungkinan anda terfikir bahawa baginda s.a.w telah kenyang daripada roti gandum selama tiga hari berturut-turut semenjak baginda s.a.w diutus sehingga baginda s.a.w mati. Kemudian beliau a.s telah menafinya sendiri sambil berkata: Tidak, demi Allah, baginda s.a.w tidak pernah kenyang daripada roti gandum selama tiga hari berturut-turut semenjak Allah mengutusnya sehingga Dia mematikannya.
       Tetapi aku tidak berkata bahawa baginda s.a.w tidak mendapatinya (roti gandum). Sesungguhnya baginda s.a.w telah memberi hadiah kepada seorang lelaki sahaja sebanyak seratus ekor unta. Jika baginda s.a.w mahu makan, nescaya baginda s.a.w boleh makan. Sesungguhnya Jibrail a.s telah mendatanginya dengan anak kunci khazanah bumi sebanyak tiga kali memberi pilihan kepadanya tanpa mengurangkan sedikitpun apa yang disediakan oleh Allah untuknya pada hari Kiamat, tetapi baginda s.a.w telah memilih tawaduk kepada Tuhan-Nya. Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Tidak, sekalipun baginda s.a.w diberi sesuatu untuknya, baginda s.a.w tidak pernah meminta sesuatu melainkan baginda s.a.w menyerahkannya kepada-Nya.
       Meskipun diberi syurga kepadanya, maka baginda s.a.w menyerahkannya kepada Allah. Kemudian Abu Ja‘far a.s memegang tanganku sambil berkata: Sekalipun sahabat kamu (Amir al-Mukminin Ali a.s) duduk seperti duduknya seorang hamba, makan makanan hamba, memberi makan kepada orang ramai roti gandum dan daging,  Amir al-Mukminin a.s kembali kepada ahlinya, lalu memakan roti dan minyak (zait). Sekiranya Amir al-Mukminin a.s membeli baju, maka beliau a.s memberi pilihan kepada hambanya yang lebih baik. Kemudian beliau a.s memakai apa yang ada.
       Apabila ia melebihi anak jarinya, maka beliau a.s memotongnya. Apabila ia melebihi pergelangan kakinya, maka beliau a.s membuangnya. Dua perkara yang telah menjadi perhatiannya: Kedua-duanya adalah untuk keredaan Allah. Justeru beliau a.s telah memilih perkara yang paling susah untuk dirinya. Beliau a.s telah memerintahkan orang ramai selama lima tahun tanpa mengambil sebarang bayaran melainkan tujuh ratus dirham. Itupun  sebagai lebihan dari pemberiannya [kepada orang ramai] yang beliau a.s mahu membeli  dengannya seorang hamba untuk ahlinya.

Rasulullah S.A.W  Makan Dan duduk Seperti Seorang Hamba Kerana Tawaduk Kepada Allah.

       101. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Hamaad bin Uthman berkata: Ibn al-Mughirah telah memberitahuku berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah mendatangi Rasulullah s.a.w, maka dia telah memberi pilihan kepadanya dan memberi isyarat kepadanya supaya bertawaduk, Jibrail a.s adalah penasihatnya. Rasulullah s.a.w makan dan duduk seperti seorang hamba kerana tawaduk kepada Allah. Kemudian dia telah mendatanginya ketika mati dengan anak-kunci khazanah dunia, maka Jibrail a.s berkata: Ini adalah anak kunci khazanah dunia di mana Tuhan anda telah mengutus kepada anda untuk menjadi milik anda tanpa mengurangkan sesuatupun hak anda. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Kepada Tuhan Yang Maha Tinggi.

Aku Dibentangkan Seluruh Makkah Dengan Emas.

       102. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada ‘Abd al-Mukmin al-Ansari, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w berkata: Aku telah dibentangkan seluruh Makkah sebagai emas, maka aku bersabda: Wahai Tuhanku, aku memohon agar aku kenyang satu hari, aku lapar satu hari (asyba‘ yauman wa aju‘ yauman). Apabila aku kenyang, maka aku memuji Engkau dan apabila aku lapar, maka aku menyeru Engkau dan mengingati Engkau.

Hadis Isa A.S

       103. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Asbat daripada mereka a.s berkata: Di antara nasihat-nasihat Allah a.w kepada Isa a.s:

       Wahai Isa, Aku adalah Tuhan anda dan Tuhan bapa-bapa anda, nama-Ku adalah Satu Yang Tunggal, Yang Menciptakan setiap sesuatu. Setiap sesuatu adalah perbuatan-Ku dan semuanya kembali kepada-Ku.
       Wahai Isa, anda adalah al-Masih dengan perintah-Ku. Anda diciptakan daripada tanah seperti keadaan burung dengan izin-Ku. Anda boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan percakapan-Ku. Justeru jadilah anda orang yang mencintaiKu, orang yang takut kepada-Ku dan anda tidak akan mendapat tempat berlindung selain daripada-Ku.
       Wahai Isa, Aku menasihati anda dengan wasiat yang dipenuhi kasih sayang dan rahmat sehingga anda berhak wilayah daripada-Ku dengan melakukan perkara yang menggembirakan Aku. Anda diberkati semasa besar dan diberkati pada masa kecil. Aku naik saksi bahawa anda adalah hamba-Ku, anak lelaki kepada hamba perempuan-Ku, rendahlah diri anda daripada-Ku. Jadilah peringatan kepada-Ku untuk hari akhirat anda. Hampirilah Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang sunat (al-Nawaafil). Bertawakallah kepada-Ku, nescaya Aku akan menjaga anda dan janganlah anda bertawakal kepada yang lain daripada-Ku, nescaya Aku akan mengazab anda.
       Wahai Isa, bersabarlah menghadapi bala, redailah dengan qada’, jadilah anda orang yang memegang rahsia-Ku pada anda, kerana orang yang sedemikian jika ditaati, maka dia tidak akan diderhakai.
       Wahai Isa, hidupkanlah zikir-Ku dengan lidah anda agar kasih sayang-Ku akan berada di hati anda.
       Wahai Isa, bangunlah pada masa kelalaian dan buatlah keputusan untuk-Ku dengan hikmat.
       Wahai Isa, jadilah anda orang yang mencintaiKu dan orang yang takutkan kepada-Ku.
       Wahai Isa, berjagalah pada waktu malam bagi mendapatkan rahsia-Ku dan berdahagalah pada siang hari untuk hari anda berhajat di sisi-Ku.
       Wahai Isa, berlumba-lumbalah dengan tenaga anda untuk kebaikan, nescaya anda akan mengetahui kebaikan apabila anda menghadapinya.
       Wahai Isa, hukumlah pada hamba-hamba-Ku dengan nasihat-Ku dan laksanakan keadilan pada mereka. Maka sesungguhnya Aku telah menurunkan kepada anda penyembuh kepada penyakit syaitan yang terdapat di dada manusia.
       Wahai Isa, janganlah anda menjadi pemerhati kepada setiap fitnah.
       Wahai Isa, memang benar firman-Ku: Makhluk-Ku  tidak beriman kepada-Ku melainkan ia tunduk kepada-Ku. Dan ia tidak tunduk kepada-Ku melainkan ia mengharapkan pahala-Ku. Justeru Aku naik saksi bahawa ia terselamat dari azab-Ku selama ia tidak mengganti atau mengubah sunnah-Ku.
       Wahai Isa, anak lelaki kepada dara sunti, tangisilah di atas diri anda dengan tangisan orang yang mengucapkan selamat tinggal kepada ahlinya dan meninggalkan dunia kepada ahlinya sehingga cintanya pada apa yang ada  di sisi-Nya.
       Wahai Isa, selain daripada itu, perlembutkanlah percakapan anda dan ucaplah salam. Bangun beribadat apabila mata-mata orang baik tertidur, berwaspadalah mengenai hari akhirat yang mana ahli, anak dan harta tidak ada guna lagi.
       Wahai Isa,  celakkan mata anda dengan celakan dukacita apabila  golongan yang jahat ketawakan anda.
       Wahai Isa, jadilah anda seorang yang rendah diri lagi sabar. Oleh itu, berbahagialah anda jika anda mencapai apa yang dijanjikan oleh golongan yang sabar.
       Wahai Isa, pergilah dari dunia ini hari demi hari dan rasailah kepahitannya manakala ia hilang madunya. Dengan benar Aku berfirman: Anda hanya mempunyai beberapa ketika dan beberapa hari. Gembira sebentar di dunia, sesungguhnya Aku telah melihat apa yang akan terjadi kepada anda. Tertulis apa yang anda telah mengambilnya dan bagaimana anda merosakkannya.
       Wahai Isa, sesungguhnya anda adalah seorang yang bertanggungjawab, lantaran itu, kasihanilah orang yang lemah sebagaimana rahmat-Ku terhadap anda dan janganlah anda memaksa anak yatim.
       Wahai Isa, tangisilah di atas diri anda di dalam kesunyian, pindahlah dua kaki anda kepada waktu solat dan perdengarlah kepada-Ku kelazatan percakapan anda dengan berzikir kepada-Ku, kerana perbuatan-Ku kepada anda adalah baik.
       Wahai Isa, berapa banyak di kalangan umat ini Aku telah membinasakannya kerana dosa-dosa yang mana Aku telah menjaga anda daripadanya.
       Wahai Isa, berlembutlah dengan orang yang lemah. Angkatlah penglihatan anda ke langit dan serulah Aku, kerana Aku adalah dekat dengan anda. Justeru janganlah anda menyeruKu melainkan dengan tawaduk. Sesungguhnya jika anda menyeruKu sedemikian, nescaya Aku menyahuti seruan anda.
       Wahai Isa, sesungguhnya Aku tidak reda dengan dunia sebagai pahala bagi orang sebelum anda sebagaimana Aku tidak reda dengan dunia sebagai balasan bagi orang yang Aku murka kepadanya.
       Wahai Isa, anda akan binasa dan Aku kekal. Daripada-Ku rezeki anda, di sisi-Ku waktu ajal anda, kepada Aku anda kembali. Di atas-Ku hisab anda. Justeru tanyalah Aku dan jangan bertanya kepada selain daripada-Ku. Bacalah doa anda dengan baik dan di atas Akulah penerimaannya.
       Wahai Isa, alangkah ramainya manusia dan alangkah sedikitnya bilangan orang yang bersabar! Pokok-pokok adalah banyak sedangkan kebaikannya adalah sedikit. Justeru janganlah anda terpedaya dengan pokok yang baik sehingga anda merasai buahnya.
       Wahai Isa, janganlah anda terpedaya dengan orang yang menderhakaiKu, dia memakan rezeki-Ku, tetapi menyembah selain daripada-Ku. Kemudian dia menyeruKu ketika dukacita, maka Aku menyahuti seruannya, kemudian dia kembali kepada asalnya; menderhakaiKu atau dia menghadapi kemarahan-Ku. Maka dengan-Ku, Aku bersumpah akan mengambil tindakan ke atasnya sehingga tiada tempat yang selamat untuknya dan tempat berlindung selain daripada-Ku. Di manakah dia akan lari dari langit-Ku dan bumi-Ku?.
       Wahai Isa, katakanlah kepada golongan yang zalim  di kalangan Bani Israel, janganlah kamu menyeru-Ku sedangkan kamu memiliki harta-harta haram dan berhala-berhala berada di rumah-rumah kamu. Justeru Aku tidak mahu menyahuti orang yang menyeruKu. Dan sebaliknya Aku menjadikan jawapan-Ku kepada mereka dengan laknat ke atas mereka sehingga mereka berpisah.
       Wahai Isa, semenjak berapa lama Aku menunggu sedangkan mereka di dalam kelalaian tanpa kembali. Kalimat terkeluar dari mulutmulut mereka tanpa disedari oleh hati mereka. Mereka terdedah kepada kemarahan-Ku. Mereka menampakkan kasih sayang kepada mukminin kerana berdekatan dengan-Ku.
       Wahai Isa, hendaklah lidah anda mengenai perkara rahsia dan lahiriah adalah satu. Begitulah hendaknya hati anda dan penglihatan anda. Cegahlah hati anda dan lidah anda daripada perkara yang haram. Cegahlah penglihatan anda daripada perkara yang tiada kebaikan. Berapa banyak penglihatan yang tertanam di hatinya perasaan berahi yang membawa kepada kebinasaan.
       Wahai Isa,  jadilah seorang yang pemurah dan mengasihani. Jadilah apa yang anda mahu asalkan hamba-hamba (Ku) untuk anda. Perbanyakkanlah mengingati mati dan perpisahan keluarga. Janganlah anda  lalai, kerana kelalaian akan merosakkan tuannya. Dan orang yang lalai adalah jauh daripada-Ku. Sebutlah Aku dengan melakukan amalan-amalan yang baik sehingga Aku mengingati anda.
       Wahai Isa, bertaubatlah kepada-Ku selepas dosa, sebutlah bersama-Ku golongan yang baik dan berimanlah kepada-Ku dan hampirilah Aku kepada mukminin. Perintahlah mereka supaya menyeru kepada-Ku bersama anda. Hati-hatilah anda mengenai dakwah orang yang dizalimi. Sesungguhnya Aku akan membuka satu pintu daripada langit untuk menerima permintaannya meskipun selepas beberapa ketika.
       Wahai Isa, ketahuilah bahawa sesungguhnya sahabat yang jahat akan memusuhi [anda] dan memburukkan nama anda. Justeru pilihlah dengan siapakah anda bersahabat. Dan pilihlah untuk diri anda saudara-saudara di kalangan mukminin.
       Wahai Isa, bertaubatlah kepada-Ku, dosa sebesar manapun Aku akan mengampuninya dan Aku adalah Yang Maha Pengampun. Beramallah sebelum datang ajal anda. Sembahlah Aku satu hari seperti seribu bulan yang anda perhitungkan. Padanya Aku akan menggandakan kebaikan berkali ganda. Sesungguhnya kejahatan akan membinasakan pelakunya. Justeru bersedialah diri anda seketika dan berlumba-lumbalah untuk melakukan amalan yang baik. Berapa banyak majlis yang mana ahlinya bangkit di dalam keadaan mereka ditarik ke neraka.
       Wahai Isa, hiduplah secara zuhud di dunia yang sementara dan jejakilah rumah-rumah orang sebelum anda. Serulah mereka dan selamatkanlah mereka. Adakah anda merasai bahawa anda seorang daripada mereka? Ambillah nasihat daripada mereka. Dan ketahuilah bahawa anda akan bersama mereka kelak.
       Wahai Isa, katakanlah kepada orang yang menderhakaiKu bahawa dia akan menunggu azab-Ku. Dan Aku akan membinasakannya. Alangkah beruntungnya anda, wahai anak lelaki Maryam. Kemudian alangkah beruntungnya anda jika anda mengambil adab Tuhan anda yang mengasihani anda, memberi nikmat kepada anda sebagai suatu penghormatan-Nya. Janganlah anda menderhakaiNya ketika di dalam kesusahan, wahai Isa, kerana ia tidak halal bagi anda menderhakaiNya sebagaimana Aku telah menjanjikan anda dan golongan sebelum anda. Aku adalah di kalangan saksi-saksi di atas perkara tersebut.
       Wahai Isa, Aku tidak pernah menghormati makhluk-Ku seperti agama-Ku dan Aku tidak pernah memberi nikmat ke atas makhluk-Ku seperti rahmat-Ku.
       Wahai Isa, basuhilah dengan air  apa yang zahir dan ubatilah dengan kebaikan apa yang batin, kerana kepada-Ku anda kembali.
       Wahai Isa, Aku telah kurniakan ke atas anda kurniaan yang banyak (faidhan) tanpa sebarang kekotoran. Justeru Aku telah meminta daripada anda sebagai hutang untuk diri anda sendiri, tetapi anda telah menjadi bakhil ke atasnya supaya anda termasuk di kalangan golongan yang binasa.
       Wahai Isa, hiasilah diri anda dengan agama, kasihilah golongan miskin, berjalanlah di bumi dengan rendah diri dan kerjakan solat di mana tempat di bumi kerana ia semuanya bersih.
       Wahai Isa, beramallah, kerana setiap yang datang itu adalah dekat, bacalah kitab-Ku ketika anda bersih dan perdengarlah kepada-Ku suara anda yang dukacita.
       Wahai Isa, tiada kebaikan pada kelazatan yang tidak kekal dan kehidupan daripada tuannya yang akan pergi. Wahai anak lelaki Maryam, Jika mata anda melihat apa yang Aku telah menyediakan kepada para wali-Ku yang soleh, nescaya hati anda merinduinya dan jiwa anda mencintainya. Tiada negeri yang sama dengan negeri akhirat yang mana golongan yang baik mendiaminya sementara para malaikat yang hampir dengan Tuhan memasukinya. Mereka percaya apa yang akan berlaku di hari Kiamat. Negeri yang tidak berubah nikmatnya dan tidak akan hilang dari penghuninya. Wahai anak lelaki Maryam, berlumba-lumbalah pada dunia ini untuk kebaikan, kerana ia adalah angan-angan bagi golongan yang berangan-angan.
       Alangkah beruntungnya anda, wahai anak lelaki Maryam, jika anda di kalangan orang yang beramal di dunia bersama bapa-bapa anda Adam dan Ibrahim di syurga yang penuh nikmat yang tidak berubah. Demikianlah Aku lakukan kepada golongan yang bertakwa.
       Wahai Isa, larilah bersama orang yang lari dari neraka yang mempunyai berbagai-bagai azab; seperti malam gelap yang mana sesiapa yang berjaya darinya akan menang dan tidak akan berjaya darinya golongan yang binasa. Ia adalah tempat tinggal golongan yang perkasa dan zalim.
       Wahai Isa, sejahat-jahat negeri bagi orang yang cenderung kepadanya dan sejahat-jahat tempat adalah tempat tinggal golongan yang zalim. Sesungguhnya Aku memberi peringatan kepada anda, maka hendaklah anda bersama-Ku mengetahuinya.
       Wahai Isa, jadilah anda sebagai pemerhati untuk-Ku. Persaksikanlah bahawa Aku telah menciptakan anda dan anda adalah hamba-Ku. Sesungguhnya Aku telah memberi bentuk kepada anda dan Aku menurunkan anda ke bumi.
       Wahai Isa, dua lidah tidak layak untuk satu mulut. Begitu juga dua hati tidak layak untuk satu dada begitu juga dengan pemikiran.
       Wahai Isa, janganlah anda bangkit di dalam keadaan menderhakaiKu, janganlah anda melantik orang yang lalai, cegahkan diri anda daripada syahwat yang membinasakan. Setiap syahwat menjauhkan anda daripada-Ku. Justeru tinggallah ia. Ketahuilah bahawa anda di sisi-Ku adalah seorang rasul yang dipercayai. Lantaran itu, hati-hatilah mengenai Aku. Ketahuilah bahawa dunia anda akan membawa anda kepada-Ku. Sesungguhnya Aku akan mengambil anda dengan ilmu-Ku. Oleh itu, rendahlah diri anda ketika menyebutKu. Khusyuklah hati anda ketika berzikir kepada-Ku, bangkit ketika tidurnya golongan yang lalai.
       Wahai Isa, ini adalah nasihat-Ku kepada anda. Lantaran itu, ambillah ia daripada-Ku dan sesungguhnya Aku adalah Tuhan Alam semesta.
       Wahai Isa, apabila hamba-Ku bersabar di sisi-Ku, maka pahala amalannya adalah di atas-Ku. Aku di sisinya ketika dia menyeruKu. Cukuplah bagi-Ku membalas dendam terhadap orang yang menderhakaiKu. Di manakan golongan yang zalim akan melarikan diri daripada-Ku?
       Wahai Isa, bertuturlah dengan perkataan yang baik, jadilah anda seorang alim yang sentiasa belajar.
       Wahai Isa, lakulah segala kebaikan kepada-Ku sehingga anda menyebutnya di sisi-Ku. Berpeganglah dengan wasiat-Ku, kerana ia adalah penawar kepada hati.
       Wahai Isa, anda tidak terlepas dari perencanaan-Ku dan janganlah anda terlupa menyebutKu ketika bersendirian.
       Wahai Isa, hitunglah diri anda untuk kembali kepada-Ku sehingga terlaksana pahala-pahala yang dilakukan oleh mereka dan Aku adalah sebaik-baik orang yang memberi.
       Wahai Isa, anda adalah makhluk dengan firman-Ku. Maryam telah melahirkan anda dengan perintah-Ku melalui roh-Ku Jibrail al-Amin sehingga anda berdiri di bumi, hidup dan berjalan. Semuanya adalah menurut keilmuan-Ku yang terdahulu.
       Wahai Isa, kedudukan Zakaria adalah seperti bapa anda, dia adalah penjaga ibu anda. Manakala dia memasuki Mihrab, maka dia mendapati di sisinya rezeki. Yahya adalah daripada makhluk-Ku dan ia adalah setanding dengan anda. Aku telah memberinya kepada ibunya selepas usianya yang lanjut, tanpa kekuatan lagi untuk melahirkan anak. Aku melakukan sedemikian adalah untuk menzahirkan kekuasaan-Ku dan menzahirkan kepada anda kekuatan-Ku. Orang yang paling Aku cintai adalah orang yang paling taat kepada-Ku dan orang yang paling takut kepada-Ku.
       Wahai Isa, bangkitlah, janganlah anda berputus asa daripada roh-Ku, Bertasbihlah kepada-Ku bersama orang yang bertasbih kepada-Ku, maka dengan percakapan yang baik dia mengkuduskan Aku.
       Wahai Isa, bagaimana hamba-hamba-Ku mengingkariKu sedangkan mereka tidak terlepas dari genggaman-Ku dan berkeliaran di bumi-Ku, jahil dengan nikmat-Ku. Mereka melantik musuh-Ku. Demikianlah binasanya golongan kafir.
       Wahai Isa, dunia adalah penjara yang busuk dan kebaikan yang anda lihat adalah menjadi punca pembunuhan yang dilakukan oleh penguasa-penguasa zalim. Berwaspadalah dengan dunia, kerana nikmatnya akan hilang, malah nikmatnya adalah sedikit.
       Wahai Isa, dapatkan Aku ketika di bantal anda ( tidur)[18], nescaya anda akan mendapatiKu. Serulah Aku di dalam keadaan anda mencintaiKu. Aku adalah orang yang mendengar, Aku menyahuti mana mana orang yang menyeruKu.
       Wahai Isa, takutlah kepada-Ku dan takutkan hamba-hamba-Ku kepada-Ku, kerana golongan yang berdosa jika mereka tidak melakukan dosa, maka mereka tidak akan binasa melainkan mereka mengetahui.
       Wahai Isa, takutlah kepada-Ku, nescaya Aku akan membuatkan binatang-binatang buas takut kepada anda dan kematian yang anda akan menghadapinya. Semuanya Akulah yang menciptakannya. Justeru takutlah kepada-Ku.
       Wahai Isa, sesungguhnya kerajaan adalah untuk-Ku dan di tangan-Ku dan Akulah Raja. Jika anda mentaatiKu, maka Aku akan memasukkan anda syurga-Ku berjiran dengan  golongan yang soleh.
       Wahai Isa, sesungguhnya apabila Aku memarahi anda, maka reda orang lain tidak akan memanfaatkan anda lagi. Jika Aku reda mengenai anda, maka kemarahan orang lain tidak akan memusnahkan anda.
       Wahai Isa, sebutlah Aku di dalam diri  anda, nescaya Aku akan menyebut anda di dalam diri-Ku. Sebutlah Aku pada kumpulan anda, nescaya Aku menyebut anda pada kumpulan yang lebih baik daripada manusia.
       Wahai Isa, berdoalah kepada-Ku seperti doa orang lemas yang dukacita yang mana tiada pembantu baginya.
       Wahai Isa, janganlah anda bersumpah kepada-Ku sebagai pembohong, lantas Arasy-Ku bergegar kerana kemarahan [Ku]. Dunia  umurnya pendek, tetapi panjang angan-angan. Dan bagi-Ku tempat yang paling baik.
       Wahai Isa, bagaimana kamu akan lakukan jika Aku mengeluarkan kepada kamu kitab yang bercakap dengan kebenaran dan kamu menyaksi rahsia-rahsia yang kamu sembunyikannya dan amalan-amalan yang kamu lakukan.
       Wahai Isa, katakanlah kepada golongan yang zalim daripada Bani Israel: Kamu membasuhi muka-muka kamu dan mengotori hati-hati kamu. Adakah kamu terpedaya dengannya atau kepada-Ku kamu berani menentang? Kamu berbuat baik dengan kebaikan untuk ahli dunia sedangkan batin kamu adalah di sisi-Ku seperti kedudukan bangkai yang busuk, maka kamu adalah seperti kaum yang mati.
       Wahai Isa, katakanlah kepada mereka: Keratlah kuku-kuku kamu daripada pendapatan haram. Pekakkanlah telinga-telinga kamu dari mendengar bahasa yang kotor. Justeru datanglah kepada-Ku dengan hati kamu, kerana Aku tidak mahu rupa bentuk kamu.
       Wahai Isa, bergembiralah dengan kebaikan, kerana Aku reda dengannya. Tangisilah di atas keburukan, kerana ia adalah celaan. Apa yang anda tidak mahu dilakukan kepada anda, maka janganlah anda melakukannya kepada orang lain. Sekiranya dia menamparkan pipi anda yang kanan, maka berilah pipi anda yang kiri. Dekatlah kepada-Ku dengan kasih sayang dan mengenailah golongan yang jahil.
       Wahai Isa, rendahlah dirimu kepada ahli kebaikan dan bersyarikatlah dengan mereka mengenainya. Jadilah anda sebagai saksi ke atas mereka. Katakanlah kepada golongan yang zalim daripada Bani Israel: Wahai kawan-kawan yang jahat, sekiranya kamu tidak berhenti, nescaya Aku akan menukarkan kamu kepada kera dan babi.
       Wahai Isa, katakanlah kepada golongan yang zalim daripada Bani Israel: Hikmat menangis, kerana berpisah dari-Ku sedangkan kamu ketawa, kerana berpisah. Adakah pelepasan daripada-Ku mendatangi kamu atau di sisi kamu aman dari azab-Ku atau kamu terdedah kepada balasan-Ku? Dengan-Ku, Aku bersumpah bahawa Aku akan meninggalkan kamu sebagai contoh bagi golongan yang melakukannya.
       Kemudian Aku berwasiat kepada anda, wahai anak lelaki Maryam, dengan penghulu para rasul dan kekasih-Ku Ahmad; tuan kepada unta yang merah dan mukanya seperti bulan purnama, bersinar seperti cahaya, bersih hati, hidup derita, tetapi mulia. Dia merupakan rahmat kepada alam semesta dan menjadi penghulu anak Adam pada hari dia berjumpa dengan-Ku. Orang yang paling mulia di kalangan golongan yang terdahulu dan rasul yang paling hampir kepada-Ku, berbangsa Arab dan dipercayai, penjaga agama-Ku, sabar mengenai zat-Ku, penentang musyrikin dengan tangannya kerana-Ku. Kamu hendaklah memberitahu Bani Israel mengenainya dan memerintahkan mereka supaya membenarkannya, beriman dengannya, mengikutinya dan menolongnya.
       Isa a.s berkata: Wahai Tuhanku, siapakah dia sehingga aku meredainya dan Engkau pula meredainya? Dia berfirman: Dia adalah Muhammad Rasulullah kepada semua manusia, paling hampir kepada-Ku dan orang yang paling banyak memberi syafaat. Alangkah beruntung baginya dan alangkah beruntung bagi umatnya jika mereka mengikuti jalannya. Dia dipuji oleh ahli bumi dan diucap istighfar untuknya oleh ahli langit, aman dan nyaman sebaik-baik orang di sisi-Ku. Dia akan keluar pada akhir zaman dengan langit menghormatinya dan bumi mengeluarkan bunganya sehingga mereka melihat keberkatannya dan Aku memberkati untuk mereka pada setiap tempat yang dia meletakkan tangannya. Ramai isterinya, sedikit anaknya, tinggal di Makkah di tempat Ibrahim.
       Wahai Isa, agamanya al-Hanifiyyah, diterima oleh orang Yaman. Alangkah beruntung baginya. Kemudian alangkah beruntung baginya. Baginya kolam Kauthar dan makam yang tinggi di syurga Adan, hidup yang paling mulia dan dia akan mati syahid. Baginya kolam lebih besar dari Makkah ke arah naiknya matahari. Padanya bijana seperti bintang-bintang dan cawan-cawan dari tanah. Setiap minuman padanya adalah manis, dapat mengecapi semua buahan di dalam syurga. Sesiapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya. Ini adalah sebahagian daripada pembahagian-Ku untuknya dan nikmat-Ku kepadanya beberapa ketika di antara anda dan dia.
       Rahsianya menepati nyatanya dan perbuatannya menepati kata-katanya. Dia tidak menyuruh orang ramai melakukan sesuatu melainkan dia memulakannya terlebih dahulu. Agamanya adalah jihad di dalam kesukaran dan kesenangan. Negara mematuhinya dan raja Rom menghormatinya. Dia adalah di atas agama Ibrahim, dia menyebut Bismillah ketika makan, memberi salam, mengerjakan solat ketika orang ramai tidur. Baginya lima solat yang berturut-turut, menyeru kepada solat seperti seruan tentera dengan syiar-syiar (lambang), memulai dengan takbir dan mengakhiri dengan salam, dua kakinya berada di dalam saf sebagaimana saf para malaikat.
       Hati dan kepalanya khusyuk kepada-Ku, cahaya di dadanya, kebenaran di atas lidahnya dan dia adalah di atas kebenaran. Asalnya seorang anak yatim, dua matanya tidur, tetapi hatinya tidak pernah tidur. Baginya syafaat ke atas umatnya di hari Kiamat. Tangan-Ku adalah di atas tangan mereka. Justeru sesiapa yang menentang, maka penentangan itu adalah di atas dirinya. Sesiapa yang menunaikan apa yang dijanjikan ke atasnya, maka Aku akan memberikannya syurga. Lantaran itu, perintahlah golongan yang zalim daripada Bani Israel supaya mereka mengkaji kitab-kitab mereka, janganlah mereka mengubah sunnahnya, supaya mereka memberi salam kepadanya, kerana dia mempunyai kedudukan yang tinggi.
       Wahai Isa, setiap kali dia menghampiri anda kerana-Ku, maka Aku menunjukkan anda ke atasnya dan setiap kali dia menjauhkan anda kerana-Ku, maka sesungguhnya Aku melarang anda daripadanya, justeru kembalilah anda kepada diri anda sendiri.
       Wahai Isa, dunia adalah manis. Sesungguhnya Aku telah menggunakan anda padanya, lantaran itu, jauhlah diri anda dari apa yang Aku telah memperingatkan anda. Ambillah daripadanya apa yang Aku telah memberikannya kepada anda secara kemaafan.
       Wahai Isa, lihatlah pada amalan anda sebagai seorang hamba yang berdosa lagi bersalah. Janganlah anda melihat kepada amalan orang lain sebagai Tuhan. Hiduplah di dunia sebagai seorang yang zuhud dan janganlah anda mencintainya, nescaya anda akan menyesal.
       Wahai Isa, fikirlah dan lihatlah pada seluruh pelusuk bumi bagimanakah akibat golongan yang zalim.
       Wahai Isa, setiap gambaran yang Aku berikan kepada anda adalah nasihat. Setiap firman-Ku adalah benar. Akulah kebenaran yang nyata. Memang benar apabila Aku berfirman: Jika anda menderhakai Aku selepas Aku memberitahukan anda, maka anda tidak lagi mempunyai wali dan penolong.
       Wahai Isa, rendahkan diri anda dengan ketakutan (al-Khasyyah). Lihatlah kepada orang yang di bawah anda, janganlah anda melihat kepada orang yang di atas anda. Ketahuilah bahawa punca segala kesalahan adalah cinta kepada dunia. Justeru janganlah anda mencintainya, sesungguhnya Aku tidak mencintainya.
       Wahai Isa, perbaikkanlah hati anda kepada-Ku, perbanyakkanlah zikir kepada-Ku ketika keseorangan dan ketahuilah bahawa kegembiraan-Ku adalah apabila anda datang kepada-Ku sepenuh hati. Justeru beramallah anda sebagai seorang yang hidup dan bukan seorang yang mati.
       Wahai Isa, janganlah anda melakukan syirik kepada-Ku, berwaspadalah dengan-Ku. Janganlah anda terpedaya dengan kesihatan, lantas anda bergembira dengan diri anda, kerana dunia akan hilang. Berlumba-lumbalah di dalam melakukan perkara-perkara yang baik. Jadilah anda bersama kebenaran di mana saja anda berada sekalipun anda dipotong atau dibakar dengan api (quti‘-ta au uhriq-ta bi al-Nar). Janganlah anda mengingkariKu selepas mengenaliKu. Janganlah anda tergolong daripada golongan yang jahil.
       Wahai Isa, cucurilah kepada-Ku air matamu dan khusyuklah kepada-Ku.
       Wahai Isa, pohonlah pertolongan-Ku ketika di dalam kesusahan, kerana Aku menolong golongan yang di dalam kesusahan. Aku menyahuti seruan golongan yang dipaksa dan Aku adalah Yang Maha Penyayang.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Saad (38) : 62-3“Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan yang jahat (hina)

       104. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mansur bin Yunus, daripada  ‘Anbasah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila ahli neraka menetap di neraka, maka mereka terasa ketiadaan kamu. Mereka tidak melihat seorangpun daripada kamu. Lalu mereka berkata di dalam Surah al-Saad (38): 62-3 “Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan yang jahat (hina). Apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka? ” Beliau a.s berkata: Demikian juga firman-Nya di dalam Surah yang sama ayat 4 “Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka”. Beliau a.s berkata: Mereka bertengkar apa yang mereka perkatakan mengenai kamu di dunia.

Hadis Mengenai Iblis

       105. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Siapakah orang yang paling teruk kepada kamu? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda semuanya, beliau a.s berkata: Adakah anda mengetahui perkara itu wahai Ya‘qub? Aku berkata: Aku tidak mengetahui, aku jadikan diriku tebusan anda, beliau a.s berkata: Sesungguhnya Iblis telah menyeru mereka, maka mereka menyahuti seruannya (inna iblisa da‘aa-hum fa-ajabuu-hu), dia menyuruh mereka, maka mereka mentaatinya, dia menyeru kamu, tetapi kamu tidak menyahutinya, dia menyuruh kamu, tetapi kamu tidak mentaatinya. Justeru orang ramai menggoda kamu (amara-hum fa-ataa‘uu-hu fa-ughriya bi-kum al-Naas).

Berpindah Dari Tempat Tidur .

       106. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang lelaki melihat apa yang dia benci di dalam tidurnya, maka hendaklah dia berpindah dari tempat tidurnya dan berkata:  “Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, supaya golongan yang beriman itu berdukacita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka kecuali dengan izin Allah ( Surah al-Mujadalah (58):10). Kemudian hendaklah dia membaca: Aku berlindung sebagaimana berlindungnya para malaikat muqarrabun, para nabi-Nya dan hamba-hamba-Nya yang soleh daripada kejahatan yang aku telah melihatnya dan daripada kejahatan syaitan yang direjam.

Rasulullah S.A.W Mengajar Doa Kepada Fatimah A.S.

       107. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Harun bin Mansur al-‘Abdi, daripada Abu al-Ward, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Fatimah a.s mengenai mimpinya: Katakan: Aku minta berlindung sebagaimana berlindungnya para malaikat muqarrabun, para nabi-Nya dan hamba-hamba-Nya yang soleh daripada kejahatan yang aku telah melihatnya pada malamku ini supaya sesuatu yang jahat atau yang aku benci tidak akan menimpaku. Kemudian palingkan dari sebelah kanan anda selama tiga kali.

Hadis Mengenai Muhasabah Diri

       108. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Ali bin Muhammad, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Sulaiman bin Daud al-Munqari, daripada Hafs bin Ghiyath berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang daripada kamu mahu Allah memberinya apa yang dimintanya, maka hendaklah dia berputus asa daripada semua manusia dan tiada baginya harapan melainkan dari sisi Allah. Apabila Allah mengetahui demikian itu dari pihaknya, maka dia tidak meminta sesuatu melainkan Allah memberikannya kepadanya. Lantaran itu, hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, kerana Kiamat mempunyai lima puluh tempat berhenti (mauqif). Setiap tempat berhenti kadarnya seribu tahun. Kemudian beliau a.s membaca Surah al-Sajdah (32): 5 “Dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu”.
Musafir Pada Hari sabtu.

       109. Dengan sanad-sanad ini, daripada Hafs, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang ingin musafir, maka hendaklah dia musafir pada hari sabtu. Sekiranya satu batu tergelincir dari sebuah gunung pada hari sabtu, nescaya Allah menolaknya ke tempatnya. Sesiapa ingin memohon hajatnya, maka hendaklah dia memohonnya pada hari selasa. Kerana pada hari ini Allah melembutkan besi untuk Daud a.s.

Keadaan Manusia Pada Hari Kiamat.

       110. Dengan sanad-sanad ini, daripada Hafs, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Umpama manusia pada hari Kiamat apabila mereka berdiri di hadapan  Tuhan semesta alam umpama anak panah di dalam kotaknya, tiada baginya ruang di bumi melainkan untuk kakinya seperti anak panah di dalam kotaknya tidak mampu bergerak ke mana-mana.

Hadis Hafs Dan Sujud Abu Abdullah A.S.
 
       111. Dengan sanad-sanad ini, daripada Hafs berkata: Aku telah melihat Abu Abdullah a.s berjalan di celah-celah dua kebun di Kufah dan berakhir dengan kebun kurma, lalu beliau a.s mengambil wuduk di sisinya. Kemudian beliau a.s rukuk dan sujud. Aku telah menghitung di dalam sujudnya lima ratus tasbih. Kemudian beliau a.s telah menyandar di pohon kurma, lalu berdoa dengan beberapa doa, kemudian berkata: Wahai Abu Hafs, demi Allah, sesungguhnya  kurma ini adalah kurma yang difirmankan oleh Allah kepada Maryam a.s di dalam Surah  Maryam (19): 25 “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu

Celaan Kepada Dunia.

       112. Hafs, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Isa a.s berkata: Urusan dunia dan urusan akhirat adalah berlainan. Adapun urusan dunia, maka sesungguhnya anda tidak menghulur tangan anda kepada sesuatu daripadanya melainkan anda mendapati orang yang jahat telah mendahului anda kepadanya (faajiran qad sabaqa-ka ilai-ha). Adapun urusan akhirat, maka sesungguhnya anda tidak mendapati pembantu-pembantu yang akan membantu anda mengenainya (la tajid a‘waana yu ‘iinuu-ka ‘alai-ha).

Celaan Pengaduan Mukmin Akan Hajatnya Kepada Orang Kafir.

       113. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Yunus bin ‘Ammar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Mukmin yang telah mengadu hajatnya dan kemudaratannya kepada seorang kafir atau kepada orang yang menyalahi agamanya, maka seolah-olah dia mengadu akan Allah  kepada salah seorang daripada musuh-musuh-Nya. Mukmin mengadu hajatnya dan kemudaratannya kepada mukmin seumpamanya, maka aduannya adalah kepada Allah.

Dalil Kematian Sulaiman Keluarnya Pohon Al-Kharnubah.

       114. Ibn Mahbub, daripada Jamil bin salih, daripada al-Walid bin Sabih, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyu kepada Sulaiman bin Daud a.s bahawa sesungguhnya dalil kematian anda adalah pohon akan keluar dari Bait al-Maqdis dikenali dengan al-Kharnubah. Pada suatu hari Sulaiman telah melihat kepada pohon al-Kharnubah telah menjalar  dari Bait al-Maqdis, maka Sulaiman a.s berkata kepadanya: Apakah nama anda? Dia berkata: Al-Kharnubah.
       Lantas Sulaiman a.s pulang ke mihrabnya, lalu berdiri padanya di dalam keadaan memegang tongkatnya. Kemudian dia mati pada ketika itu juga. Jin dan manusia berkhidmat kepadanya, menjalankan tugasannya seperti sebelum kematiannya, kerana mereka menyangka bahawa beliau a.s masih hidup tidak mati. Mereka datang dan pergi sedangkan Sulaiman a.s berdiri memegang tongkatnya sehingga rayap yang memakan tongkatnya, lalu ia pecah dan Sulaiman a.s tersungkur ke tanah. Tidakkah anda mendengar firman-Nya di dalam Surah Saba’ (34): 14 “Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan

Keadaan Musyrikin Apabila Berjumpa Rasulullah S.A.W.

       115. Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Sudir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Jabir bin Abdullah telah memberitahuku bahawa musyrikin apabila mereka melalui Rasulullah s.a.w sekitar rumahnya, salah seorang daripada mereka menggerakkan belakang dan kepalanya begini…, menutup kepalanya dengan kainnya supaya Rasulullah s.a.w tidak melihatnya. Maka Allah menurunkan Surah Hud (11): 5 “Ingatlah sesungguhnya mereka memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad). Ingatlah di waktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan

Allah Menciptakan Syurga Sebelum Neraka.
      
       116. Ibn Mahbub, daripada Abu Ja‘far al-Ahwal, daripada Salam bin al-Mustanir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan syurga sebelum Dia menciptakan neraka. Dia telah menciptakan ketaatan sebelum Dia menciptakan kemaksiatan. Dia telah menciptakan rahmat sebelum Dia menciptakan kemarahan, Dia menciptakan kebaikan sebelum kejahatan, menciptakan bumi sebelum Dia menciptakan langit, menciptakan kehidupan sebelum kematian, mencipatakan matahari sebelum bulan dan menciptakan cahaya sebelum kegelapan.

Mengenai Firman Allah Surah Hud (11) :7 “Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi di dalam enam masa

       117. Daripadanya, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan kebaikan pada hari Ahad. Dia tidak menciptakan kejahatan sebelum kebaikan. Pada hari Ahad dan Isnin Dia telah menciptakan bumi. Dia telah menciptakan makanannya (aqwaata-ha) pada hari selasa. Dia telah menciptakan langit-langit pada hari Rabu dan hari Khamis. Dia menciptakan makanannya pada hari Jumaat sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Hud (11): 7 “Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi di dalam enam masa”.

Pujian Kepada Zararah Dan Para Sahabatnya.

       118. Ibn Mahbub, daripada Hannan dan Ali bin Ri’ab, daripada Zararah berkata: Aku berkata kepadanya: Firman Allah di dalam Surah  al-A‘raaf (7): 16 “Aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dan dari kanan dan dari kiri merekla. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur”. Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Zararah, sesungguhnya syaitan tidak dapat melakukan sedemikian kepada anda dan para sahabat anda. Adapun orang lain, maka dia telah selesai melakukannya kepada mereka.

Sesungguhnya Kamu Adalah Di Atas Kebenaran.

       119. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin Imran al-Halabi, daripada Abdullah bin Miskan, daripada Badr bin al-Walid al-Khasy‘ami, berkata: Yahya bin Sabur telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s untuk mengucapkan  selamat jalan kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah di atas kebenaran (inna-kum la-‘ala al-Haq) dan sesungguhnya orang yang menyalahi kamu  bukan di atas kebenaran (man khaalafa-kum la-‘ala ghairi al-Haq). Demi Allah, aku bukan mengesyaki kamu akan ke syurga, tetapi aku mengharapkan  Allah supaya menenangkan mata kamu sedikit masa lagi.

Sesiapa Yang Mati Mencintai Ahlu l-Bait A.S, Maka Dia Mati Syahid.

       120. Yahya bin al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abu Basir, berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, adakah anda berpendapat bahawa orang yang menentang perkara ini (al-Raad ‘ala hadha al-Amr) seperti orang yang menentang kamu? Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesiapa yang menentang anda mengenai perkara ini (imamah), maka dia adalah seperti menentang Rasulullah s.a.w dan Allah t.w, wahai Abu Muhammad, sesungguhnya  orang yang mati daripada kamu di atas perkara ini adalah mati syahid. Abu Basir berkata: Sekalipun dia mati di atas hamparannya? Beliau a.s berkata: Ya, demi Allah, sekalipun dia mati di atas hamparannya, dia mati syahid, hidup dan diberi rezeki.

Amalkan Sifat Warak Dan Ijtihad.

       121. Yahya al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Habib berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Demi Allah, tiada seorangpun manusia yang aku paling mencintainya selain daripada kamu. Sesungguhnya manusia telah memilih jalan yang bermacam-macam. Di antara mereka ada yang memilih pendapatnya sendiri, ada yang menurut hawa nafsunya dan ada yang menurut riwayat (tanpa kajian). Tetapi kamu telah memilih perkara yang ada asalnya. Justeru hendaklah kamu bersifat warak dan ijtihad. Hadirilah jenazah, ziarahilah pesakit dan hadirilah bersama kaum kamu pada masjid-masjid mereka untuk solat. Tidakkah seorang daripada kamu terasa malu apabila jirannya mengetahui haknya sedangkan dia tidak mengetahui hak jirannya.

Orang Yang Mati Di Kalangan Kamu Adalah Mati Syahid Seperti Penghunus Pedang Pada Jalan Allah.

       122. Daripadanya, daripada Ibn Maskan, daripada Malik al-Jahani berkata: Abu Abdullah berkata kepadaku: Wahai Malik, adakah kamu reda mengerjakan solat, memberi zakat, menahan nafsu kamu dan memasuki syurga? Wahai Malik, tiada satu kaumpun yang telah mengimamkan seorang imam di dunia melainkan dia (imam) datang pada hari kaimat melaknati mereka dan mereka pula melaknatinya selain daripada kamu dan golongan seperti kamu. Wahai Malik, sesungguhnya orang yang mati daripada kamu di atas perkara ini  adalah syahid sepertilah orang yang menghunus pedangnya pada jalan Allah.

Sesiapa Yang Mati Dan Tiada Baginya Imam, Nescaya Dia Mati Seperti Seorang Jahiliyah.

       123. Yahya al-Halabi, daripada Basyir al-Kinasi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu telah menghubungi silaturahim sedangkan orang lain memutuskannya, kamu mencintai kami sedangkan orang lain memarahi kami, kamu mengenali kami sedangkan orang lain mengingkari kami, ini adalah satu kebenaran. Sesungguhnya Allah telah mengambil Muhammad s.a.w sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang hamba yang memberi nasihat kerana Allah. Dia telah mejalankan khidmat nasihatnya dan mencintai Allah, justeru Allah mencintainya. Sesungguhnya hak kami pada kitab Allah adalah jelas. Untuk kami harta yang bersih dan untuk kami harta rampasan.
       Sesungguhnya kami adalah kaum yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami. Sesungguhnya kamu di amanahkan supaya tidak menolak kami. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mati dan tiada baginya Imam, nescaya dia mati seperti seorang jahiliyah (man maata wa-laisa la-hu imam maata maitatan jahiliyyatan), hendaklah kamu melakukan ketaatan seperti kamu telah melihat para sahabat Ali a.s, Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda ketika sakitnya: Panggilah khaliilku, maka kamipun mengutus keduas-dua bapa mereka (Aisyah dan Hafsah), tetapi apabila kedua-dua datang[19], Rasulullah s.a.w memalingkan mukanya, kemudian bersabda: Panggillah untukku  khaliilku, maka mereka berdua berkata: Baginda s.a.w telah melihat kami, jika baginda s.a.w menghendaki kami, nescaya baginda s.a.w telah  bercakap dengan kami.
       Lalu Aisyah dan Hafsah mengutus kepada Ali a.s. Manakala Ali a.s datang, baginda s.a.w menatapi wajahnya, bercakap dengannya  dan Ali a.s pula bercakap dengannya sehingga apabila baginda s.a.w selesai, kedua-duanya datang dan berkata kepada Ali a.s: Apakah yang baginda s.a.w bersabda kepada anda? Maka Ali a.s berkata: Baginda s.a.w telah memberitahuku seribu bab daripada ilmu dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain pula.

Pergi Dan Pulang Melalui Jalan Yang Berlainan.

       124. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada al-Haitham bin Abu Masruq al-Nahdi, daripada Musa bin Umar bin Bazi‘ berkata: Aku berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya orang ramai meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w apabila baginda s.a.w telah mengambil satu jalan pergi, lalu baginda s.a.w kembali melalui jalan yang lain pula, adakah ini dilakukan oleh baginda s.a.w? Beliau a.s berkata: Ya, aku sendiri melakukan sedemikian beberapa kali, maka lakukanlah. Kemudian beliau a.s berkata kepadaku: Jika ia lebih menyenangkan anda[20].

Membohongi Orang Yang Mengumpat Dan Menyangka Baik Kepada Mukmin.

       125. Sahl bin Ziyad, daripada Yahya bin al-Mubarak, daripada Abdullah bin  Jabalah, daripada Muhammad bin Fudhail, daripada Abu al-Hasan yang pertama, berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, seorang lelaki daripada saudara-saudaraku menyampaikan kepadaku perkara yang aku tidak menyukainya, lalu aku bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut, tetapi dia mengingkarinya. Sesungguhnya orang yang boleh dipercayai telah memberitahuku dan berkata: Wahai Muhammad, pendengaran dan penglihatan anda  mengenai saudara anda telah berbohong sekalipun di sisi anda lima puluh saksi yang bersumpah. Apabila dia berkata sesuatu, maka percayalah kepadanya dan bohongilah mereka. Janganlah anda menyebarkan sesuatu yang menghinannya, merosakkan maruahnya. Justeru anda termasuk di kalangan orang yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Nuur (24): 19 “Sesungguhnya golongan yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan golongan yang beriman, maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat

Hadis Mengenai Golongan Yang Dilahirkan Di dalam Islam

       126. Sahl bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada ‘Abd Rabbi-hi bin Rafi‘ daripada al-Habab bin Musa, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesiapa yang telah dilahirkan di dalam Islam sebagai seorang yang merdeka, maka dia adalah seorang Arab. Sesiapa yang mempunyai janji dan menjaganya, maka dia adalah maula bagi Rasulullah s.a.w . Sesiapa yang memeluk Islam secara sukarela, maka dia adalah seorang Muhajir[21].

Nikmat Dunia.

       127. Ali bin Ibrahim, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin Sadqah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang selamat pada waktu pagi dan petang dan di sisinya tiga perkara, maka nikmat dunia telah sempurna untuknya. Iaitu orang yang selamat pada waktu pagi dan petang di dalam keadaan sihat badannya, aman di rumahnya dan di sisinya makanan hariannya. Jika dia mempunyai yang ke empat; Islam[22], maka nikmat dunia dan akhirat telah sempurna untuknya.

Allah Memperkenalkan Diri-Nya Kepada Makhluk-Nya Dengan Firman Dan Dalil-Dalil.

       128. Daripadanya, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah, daripada Abu Abdullah a.s (daripada bapanya a.s) bahawa beliau a.s telah berkata kepada seorang lelaki yang mana beliau a.s telah berkata kepadanya dengan percakapan yang banyak, maka beliau a.s berkata: Wahai lelaki, anda menghina percakapan dan memperkecilkannya pula, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak mengutus para rasul-Nya dengan emas dan perak, tetapi Dia mengutusnya dengan percakapan. Sesungguhnya Allah memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya dengan percakapan (al-Kalam), dalil-dalil dan pemberitahuan-pemberitahuan.

Allah Tidak Menciptakan Sesuatu Melainkan Dia Menciptakan Sesuatu Yang Mengalahkannya.




[1] Nasibi seperti Khawarij, kaum Wahabi dan golongan seumpama mereka.
[2] Baginda s.a.w telah menyebutnya sebanyak tiga kali.
[3] Dinisbahkan kepada Abu Turab iaitu pengikut-pengikut Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s dikenali dengan Abu Turab.
[4] Allah mengazabkan mereka dengan berbagai-bagai cara.
[5] Orang yang menyalahi para Imam Ahlu l-Bait a.s tidak selamat daripada azab Allah.
[6] Hadis dhaif.
[7] Sikap ini diwarisi oleh Ahlus Sunnah wa l-Jama‘ah dan kaum Wahabi..
[8] Abu Bakr dan Umar.
[9] Sebahagian firman ini terdapat di dalam Surah Ibrahim (14): 28.
[10] Rasulullah s.a.w secara mafhumnya adalah aula diselamatkan tanpa menyebutnya.
[11] Kurang baik.
[12] Al Halabi, al-Sirah, ii, hlm. 110  menyatakan bahawa Umar telah membuang  Hayya ‘ala khairi al- ‘Amal di dalam azan dan iqamah, lalu pengikut-pengikunya mentaatinya sehingga sekarang ini.
[13] Musuh-musuh Ahlu l-Bait a.s.
[14] Al-Suyuti, al-Itqaan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama al- Khal ‘ dan al-Hafd telah ditulis di dalam mashaf Ubayy bin Ka‘ab dan mashaf Ibn ‘Abbas. Sesungguhnya Ali a.s telah mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdullah al-Ghaafiqii. Umar dan Abu Musa al-Asy‘ari juga telah membacanya, tetapi ia tidak ada di mashaf Uthman sekarang.
[15] Abu Bakr dan Umar.
[16] Mana-mana penyokong kepada kezaliman.
[17] Seorang itu tidak terselamat melainkan dia berpegang kepada Ahlu l-Bait a.s.
[18] Beribadat kepada-Nya pada waktu malam.
[19] Abu Bakr dan Umar.
[20] Ia bukanlah wajib.
[21] Orang berhijrah.
[22] Mencintai Ahlu l-Bait a.s.
________________________________________
bersambung Bahagian 2

Tidak ada komentar:

Posting Komentar