BAHAGIAN 2
Pembentangan
Wilayah Ahlu l-Bait Ke Atas Semua
Perkara
Kelebihan Mengenali Wilayah Ahlu l-Bait
A.S
Balasan Mereka Yang Menegah Mukmin Dari
Hajatnya
Bilangan
Para Nabi A.S
Para
Imam Di Sudut Perintah Dan Larangan Adalah Sama
Balaghah Nabi S.A.W
Diriwayatkan oleh sebahagian Bani Hasyim tentang sebuah hadis yang
dikaitkan kepada Rasulullah s.a.w secara marfu‘
bahawa seorang lelaki Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata:
Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah boleh seorang lelaki menangguhkan mahar
isterinya? Beliau bersabda: Ya, apabila ia seorang fakir, kemudian beliau
bertanya : Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengajar anda?
Beliau bersabda: Allah yang
telah mengajar aku, dan aku adalah seorang Arab yang paling fasih walaupun aku daripada Quraisy, dan dididik di
rumah Hawazin Bani Sa‘d bin Bakr. Aku telah membesar bagaikan awan, mereka
berkata: Inilah awan yang telah meneduhkan kami. Maka beliau bersabda: Bagaimana
kamu melihat bawahannya yang meliputi
ufuk langit? Mereka berkata: Alangkah cantik dan kukuh kedudukannya! Beliau
bersabda: Bagaimana kamu melihat keseluruhannya? Mereka berkata: Alangkah
cantiknya ia di dalam bentuk bulatnya. Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat sinaran dan keputihannya atau jaluran
cabangnya yang panjang? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya telah
datang hujan kepada kamu? Mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Kami tidak
dapati orang yang lebih fasih daripada anda. Beliau bersabda: Apakah yang
menghalang aku, sedangkan aku adalah seorang Arab yang paling fasih. Allah
telah menurunkan al-Qur’an dengan bahasa aku, sebaik-baik bahasa sekalipun aku
dibesarkan di kalangan Bani
Sa‘d[1].
Mutiara Kata Amir al-Mukminin A.S
Diriwayatkan daripada Amir
al-Mukminin a.s bahawa beliau berkata: Orang yang bermegah dengan dirinya
sendiri adalah lebih mulia daripada orang yang bermegah dengan bapanya, kerana
aku adalah lebih mulia daripada bapa aku, dan Nabi s.a.w adalah lebih mulia
daripada bapanya, Ibrahim adalah lebih mulia daripada Tarikh.
Ada orang bertanya kepadanya:
Dengan apakah kemegahan itu? Beliau berkata: Dengan salah satu daripada tiga
perkara:Harta lahir, adab yang baik, dan pertukangan di mana seorang tidak malu
dengannya.
Ada orang bertanya Amir
al-Mukminin a.s: Bagaimana anda menyambut waktu pagi wahai Amir al-Mukminin?
Beliau berkata:Aku menyambut waktu pagi aku dengan memakan rezeki aku, dan
menunggu ajal aku, ada orang bertanya kepadanya: Apa pendapat anda tentang
dunia? Beliau berkata: Apa aku akan berkata kepada dunia pada awalnya dukacita,
dan akhirnya kematian, barangsiapa yang menjadi kaya padanya, hakikatnya ia
adalah seorang fakir, dan barangsiapa yang menjadi fakir padanya, maka ia
berdukacita, halalnya dihisab, dan haramnya ke neraka.
Ada orang bertanya kepadanya:
Siapakah orang yang paling bergembira? Beliau berkata: Orang yang selamat dari
balasan,dan mengharap pahala ketika jasad di bawah tanah.
Beliau berkata: Barangsiapa
yang telah mengunjungi saudaranya muslim kerana Allah, maka Allah akan
menyerunya:Wahai pengunjung! Anda telah melakukan perkara yang baik,dan syurga pun
baik kepada anda.
Beliau berkata: Apabila seorang
muslim menunaikan hajat seorang muslim, maka Allah akan menyerunya: Di atasKu
pahala anda, dan aku tidak reda kepada anda tanpa syurga.
Beliau berkata: Tiga orang
yang akan diketawakan Allah kepada mereka pada hari Kiamat: Seorang lelaki
berada di atas hamparannya
bersama-samanya isterinya yang dicintai, lalu ia mengambil wuduk,
memasuki masjid, mengerjakan solat dan bermunajat kepada Tuhannya, seorang
lelaki yang berjunub, kemudian tiada air, lantas ia pergi kepada salji dan
memecahkannya, kemudian ia memasukinya dan mandi junub, dan seorang lelaki
bertembung musuhnya bersama-sama para sahabatnya, tiba-tiba mereka diserang,
maka ia ikut berperang sehingga ia terbunuh.
Beliau berkata: Ucapan takziah
akan mewarisi syurga, beliau berkata: Apabila anda membawa keranda mayat,
nescaya anda keluar daripada dosa sebagaimana anda dilahirkan ibu anda.
Beliau berkata: Siapa yang
telah membeli daging kepada keluarganya dengan satu dirham seolah-olah beliau
telah memerdekakan hamba daripada anak Ismail.
Beliau berkata: Siapa yang
telah meminum lebihan minuman saudaranya
kerana mengambil keberkatannya, nescaya Allah menjadikan di antara mereka berdua malaikat yang akan
memohon ampun untuk mereka berdua sehingga berlakunya Kiamat. Beliau berkata: Lebihan makanan atau minuman
mukmin adalah penyembuhan kepada tujuh puluh penyakit[2].
Dialog Abu Hanifah Dengan Abu Abdullah
Muhammad bin ‘Ubaid daripada Hammad daripada Muhammad bin muslim berkata:
Abu Hanifah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s dan berkata: Aku telah
melihat anak lelaki anda Musa sedang mengerjakan solat, dan orang ramai melalui
di hadapannya, tetapi beliau tidak melarang mereka, dan itulah apa yang telah
berlaku, Abu Abdullah a.s berkata: Panggilkan Musa untukku, manakala beliau
datang kepadanya, beliau berkata kepadanya: Wahai anak lelaki aku, sesungguhnya
Abu Hanifah menyebut bahawa anda sedang mengerjakan solat, dan orang ramai
melalui di hadapan anda, tetapi anda tidak melarang mereka, beliau berkata: Ya,
wahai bapaku, sesungguhnya yang aku mengerjakan solat kepada-Nya adalah lebih
hampir kepadaku daripada mereka, Allah berfirman di dalam Surah al-Qaf (50):16
“Kami lebih hampir kepadanya daripada
urat lehernya”. Lantas Abu Abdullah mendakapnya dan berkata: Dengan nama
bapa aku, anda dan ibu aku, wahai Yang menyimpan segala rahsia![3]
Abu Abdullah berkata: Wahai
Abu Hanifah, adakah pembunuhan di sisi kamu lebih berat daripada zina? Beliau
berkata: Pembunuhan lebih berat daripada zina, beliau berkata: Bagaimana Allah
telah memerintah di dalam pembunuhan dua saksi sementara di dalam zina empat
saksi? Bagaimana ini boleh didapati dengan kias? Wahai Abu Hanifah, adakah
meninggalkan solat lebih berat atau meninggalkan puasa? Beliau berkata: Meninggalkan
puasa lebih berat, beliau berkata: Bagaimana seorang perempuan menggantikan
puasanya, dan tidak menggantikan solatnya; bagaimana ini boleh didapati dengan
kias?
Aduhai anda wahai Abu Hanifah,
adakah perempuan lebih lemah di dalam pendapatnya atau lelaki? Beliau berkata:
Malah perempuan, beliau berkata: Bagaimana Allah telah menjadikan satu saham
untuk perempuan dan dua saham untuk lelaki? Bagaimana perkara ini dapat
dilakukan kias? Wahai Abu Hanifah, berak lebih kotor atau air mani? Beliau
berkata: Malah berak lebih kotor, bagaimana boleh dilakukan istinja’ daripada berak dan dimandikan
junub daripada air mani? Bagaimanakah perkara ini dapat dilakukan dengan kias?
Aduhai anda wahai Abu Hanifah, anda berkata aku berkata: Aku akan turun sebagaimana
Allah turun? Beliau berkata: Aku minta pertolongan Tuhan dari mengatakannya,
beliau a.s berkata: Ya, anda dan para sahabat anda berkata sedemikian tanpa
mengetahuinya.
Abu Hanifah berkata: Aku
jadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku sebuah hadis yang kami akan
memberitahu kepada orang ramai tentang anda? Beliau a.s berkata: Abu Muhammad
bin Ali telah memberitahu aku daripada bapanya Ali bin al-Husain a.s daripada
bapanya al-Husain bin Ali a.s daripada bapanya Ali in Abu Talib a.s berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) Ahlu l-Bait daripada
setinggi-tinggi tanah ‘illiyyin, dan Dia telah mengambil tanah
syi‘ah kita daripada kami. Jika seluruh penduduk langit dan penduduk bumi
bekerja keras untuk mengubah sesuatu daripadanya, nescaya mereka tidak mampu
melakukannya. Beliau berkata: Abu Hanifah telah menangis, begitu juga para
sahabatnya. Kemudian Abu Hanifah keluar, kemudian diikuti oleh para sahabatnya[4].
Hadis Tentang Baghal Betina Abu
Hanifah
Daripadanya, daripada Sama‘ah berkata:
Seorang lelaki telah bertanya kepada Abu Hanifah tentang (al-Syai’) sesuatu tertentu dan tentang la syai’ (tanpa sesuatu), lalu beliau
memberitahunya tentang al-syai’ dan
tidak dapat menjawab kepadanya tentang la
syai’, lantaran itu beliau berkata kepada lelaki tersebut: Pergilah dengan
baghal betina ini kepada imam orang al-Rafidhah (Abu Abdullah), dan juallah
kepadanya bi-la syai’, dan terimalah
harganya, kemudian lelaki tersebut telah datang bersama baghal tersebut menemui
Abu Abdullah a.s, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Aku telah meminta Abu Hanifah supaya menjual baghal betina ini.
Beliau berkata: Beliaulah yang telah memerintahkan aku supaya menjualkannya.
Beliau a.s berkata: Berapakah harganya? Beliau berkata: Bi-la syai’, beliau berkata kepadanya: Apakah yang anda katakan?
Beliau berkata: Kebenaran yang aku katakan, maka beliau a.s berkata:
Sesunguhnya aku telah membelinya daripada anda bi-la syai’.
Beliau berkata: Abu Abdullah
telah menyuruh hambanya memasukkan
baghal betina tersebut di dalam kandangnya.
Beliau berkata: Muhammad bin
al-Hasan telah menunggu bayaran selama
satu jam, manakala beliau a.s melambatkan pembayarannya, Muhammad bin al-Hasan
berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda tentang bayaran? Beliau
berkata: Perjanjian adalah pada keesokannya, lantas beliau kembali kepada Abu
Hanifah, maka beliau telah memberitahunya tentang perkara tersebut dan meredainya,
pada keesokannya, Abu Hanaifah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata
kepadanya: Anda telah datang untuk menerima bayaran baghal betina la syai’?
Beliau berkata: Ya, dan la syai’ adalah bayarannya? Beliau
berkata: Ya, maka Abu Abdullah menaiki baghal tersebut sementara Abu Hanifah
menaiki binatang lain melintasi padang pasir, apabila hari siang, Abu Abdullah
telah melihat kepada maya sedang meninggi seolah-olah seperti air yang sedang
mengalir, Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, apakah di lurahnya
seolah-olah ia sedang mengalir? Beliau berkata: Itulah air wahai anak lelaki
Rasulullah s.a.w, manakala mereka berdua sampai ke tempat tersebut,maka ianya
semakin jauh, lantas Abu Abdullah berkata: Terimalah bayaran baghal betina itu,
Allah berfirman Surah al-Nur ( 24) :39 “laksana
maya di tanah datar, yang di sangka air oleh orang yang dahaga, tetapi apabila
didatanginya air itu, maka dia tidak mendapatinya sesuatupun”
Beliau berkata: Abu Hanifah keluar kepada para sahabatnya di dalam keadaan
dukacita, lalu mereka bertanya kepadanya: Apakah gerangan anda wahai Abu
Hanifah? Beliau menjawab: Baghal betina
aku telah pergi tanpa bayaran sedangkan harga baghal betina itu adalah sepuluh
ribu dirham.
Hadis Qasidah Al-Farazdaq Untuk Ali Bin al-Husain A.S
Ja‘far bin al-Husain al-Mu’min - rahimahu
llahu- telah memberitahu kami daripada Haidar bin Muhammad bin Nu‘aim yang
dikenali dengan Abu Ahmad al-Samarqandi, murid Abu al-Nadhar Muhammad bin
Mas‘ud daripada Muhammad bin Mas‘ud berkata: Muhammad bin Ja‘far telah
memberitahu kami berkata: Abu al-Fadhl Muhammad bin Ahmad bin Mujahid telah
memberitahu kami, berkata: Al-‘Alaa’ bin Muhammad bin Zakaria di Basrah telah
memberitahu kami berkata: ‘Ubaidillah bin Muhammad bin ‘Aisyah[5]
telah memberitahu kami, lalu berkata: Bapa aku telah memberitahu aku bahawa
Hisyam bin Abd al-Malik telah menunaikan fardu haji pada masa pemerintahan Abd
al-Malik dan al-Walid, beliau telah melakukan tawaf di Ka‘bah, dan mahu
mengucup Hajr al-Aswad, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kesesakan, maka
disediakan untuknya mimbar, lalu beliau duduk di atasnya.
Penduduk Syam telah melakukan
tawaf bersama-samanya, tiba-tiba Ali bin al-Husain datang memakai pakaian
ihram, mempunyai muka yang bersih, memakai bauan, dan di antara dua matanya
kesan sujud, beliau mulai melakukan tawaf di Ka‘bah. Apabila beliau sampai di
Hajr al-Aswad, orang ramai memberi ruang kepadanya sehingga beliau mengucup
Hajr al-Aswad, kerana kehebatan, dan kemuliaannya, maka Hisyam telah menjadi
marah, seorang lelaki daripada Syam berkata kepada Hisyam: Siapakah lelaki yang
dihormati oleh orang ramai sebegitu rupa sehingga mereka mengosongkan ruang
untuknya bagi mengucup Hajr al-Aswad? Hisyam berkata: Aku tidak mengenalinya,aku
harap orang-orang Syam tidak mencintainya, maka al-Farazdaq berkata bahawa
beliau telah hadir bersama, dan mengenalinya. Lelaki Syam berkata: Siapakah dia
wahai Abu Faris? Beliau menjawab:
Inilah orang yang dikenali
jejaknya oleh ahlinya
Baitullah mengenalinya dan syiarnya-syiarnya
Ini
adalah anak lelaki sebaik-baik hamba Allah
Inilah
seorang bertakwa, bersih, suci ilmunya
Ini
adalah Ali Rasulullah s.a.w bapanya
Cahaya
petunjuknya menerangi kegelapan
Apabila
Quraisy melihatnya dan berkata:
Kepada
kemuliaan lelaki ini berakhirnya kemuliaan
Meningkat
kemuncak kemuliaan yang tidak
Dicapai
oleh Arab Islam dan A‘jam
Hampir
dipegang oleh Hajr apabila beliau
mengucupnya
Diam
kerana malu diam kerana kehebatannya
Ia tidak
bercakap melainkan ketika ia senyum
Berpecah
cahaya kegelapan daripada cahaya
sinarannya
Seperti
matahari yang memecahkan cahaya
kegelapan
Di tapak
tangannya bauan harum telah melekat
Bauannya
dari tapak tangan sehingga ke hidungnya
Bertanggung jawab terhadap kaumnya di dalam
kesusahan
Lemah
lembut dan mempunyai daya tarik
menggembirakan
Inilah
anak lelaki Fatimah jika anda tidak
mengenalinya
Dengan
datuknya segala para nabi berakhir
Inilah
anak lelaki Fatimah yang dinisbahkan
Di syurga
yang kekal namanya ditulis dengan Qalam
Allah
telah memuliakannya dan menghormatinya
pada awal
lagi
Telah
berlaku sedemikian untuknya pada awal Lauh
Daripada
datuknya kelebihan para nabi terserlah
kerananya
Dan
kelebihan umat terdahulu terserlah kerana
umatnya
memecahkan
Segala
kefakiran dan kezaliman
Dua
tangannya sebagai pembantu untuk manfaat
umum
Dua tapak
tangannya adalah sama dan tidak pernah
menolak
Tingkah
lakunya amat menyenangkan tidak takut
dengan cabaran
Dihiaskan
dengan dua perkara: Akhlak yang baik dan
mulia
Melaksanakan ihsan dengan saksama, dan
Tidak
mungkir janji, baik jagaannya
Lapang
dada menghadapi kesusahan dengan cekal
hati
Mencintai
mereka adalah perintah agama,dan
membenci mereka
Kekafiran,dan mendekati mereka adalah kejayaan
dan pegangan
Menolak
kejahatan dan bala dengan mencintai
mereka
Bertambah
ihsan dengannya dan nikmat
Diutamakan selepas menyebut Allah adalah
menyebutkan mereka
Pada
permulaan kalam dan selepasnya
Jika
dikira ahli takwa kesemuanya merekalah para
imam mereka
Ditanya
sebaik-baik penduduk bumi?Jawapannya
adalah
mereka
Tidak
mampu menandingi mereka dengan
kemurahan mereka
Merekalah
bagaikan hujan memberi rahmat
Bagaikan
singa yang mengawas dan api yang
Membakar
Celaan enggan memasuki halaman
mereka
Akhlak
mulia diikuti sifat mulia yang berterusan
Kesusahan
hidup tidak mengurangkan
perkhidmatan mereka
Apatah
lagi jika mereka kaya atau tidak mempunyai
sesuatu
Mana-mana
makhluk tidak di dalam jagaan mereka
Tidak
memiliki keistimewaannya, kerana ia
adalah
nikmat
Siapa yang
mengenali Allah akan mengenali
Keistimewaan ini
Agama dari
keluarga rumah inilah dianuti oleh umat
Beliau berkata: Hisyam telah
pergi dan memerintahkan supaya Farazdaq ditahan, lalu beliau ditahan di ‘Asfan
di antara Makkah dan Madinah. Berita penahanannya telah sampai kepada Ali bin
al-Husain a.s, maka beliau mengutus kepadanya dua belas ribu dirham, dan
berkata: Kami memohon izin wahai Abu Firas, jika kami mempunyai lebih banyak
daripada ini, nescaya kami akan memberikannya kepada anda, tetapi beliau telah
menolaknya, dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, anda tidak berkata
melainkan kemarahan untuk Allah dan Rasul-Nya s.a.w, dan aku tidak bergantung
kepadanya sedikitpun, lalu beliau menolaknya kepadanya dan akhirnya beliau
telah menerimanya, al-Farazdaq telah menghina
Hisyam ketika di dalam tahanan, antaranya:
Adakah anda menahanku di antara Madinah
Di mana hati manusia cenderung
kepadanya
Menukar kepala bukan kepala
sayyid
Mata juling telah hilang
keaibannya
Ali bin al-Hasan bin Yusuf
telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja‘far al-‘Alawi daripada
al-Husain bin Muhammad bin Jumhur al-‘Ammi berkata: Far‘an, perawi al-Farazdaq,
telah memberitahuku, berkata: Aku telah mengerjakan haji bersama-sama Abd
al-Malik bin Marwan, maka beliau telah melihat kepada Ali bin al-Husain bin Ali
bin Abu Talib a.s, lalu menghinanya dengan berkata: Siapakah lelaki ini? Al-Farazdaq berkata:
Inilah anak lelaki sebaik-baik
hamba Allah
Inilah
yang takwa, bersih, suci ilmunya
Sehingga beliau menyempurnakan
qasidahnya, beliau berkata: Abd al-Malik memberi kepadanya seribu dinar setiap
tahun, tetapi beliau tidak memberinya pada tahun itu, lalu al-Farazdaq mengadu
kepada Ali bin al-Husain a.s dan memintanya supaya menghubunginya, maka beliau
a.s berkata: Aku akan memberi kepada anda harta aku sebagaimana Abd al-Malik
telah memberinya kepada anda, beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah
s.a.w, aku tidak mahu membebankan anda sedikit pun, aku mahu pahala daripada
Allah pada masa akan datang daripada pahala dunia yang cepat, lantaran itu,
beliau telah menghubungi Mu‘awiyah bin Abdullah bin Ja‘far al-Tayyar salah
seorang pemuka Bani Hasyim, beliau berkata : Wahai Abu Firas, berapa tahun lagi
anda menganggar umur anda? Beliau berkata: Dua puluh tahun, beliau berkata: Ini
dua puluh ribu dinar aku memberi kepada anda daripada harta aku, dan maafkan
wahai Abu Muhammad, semoga Allah memuliakan anda di dalam urusan anda tanpa
sebarang masalah, beliau berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Muhammad.
Beliau telah membelanjakan hartanya kepada aku, aku telah memberitahu kepadanya
bahawa aku telah mengakhirkan pahalanya di dunia kepada pahala akhirat[6].
Abdullah Bin Abu Ya‘fur
Beberapa orang syeikh kami, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada
Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada
Ibn Abu Najran daripada Muhammad bin Abu Yahya daripada Hammad bin ‘Uthman
berkata: Aku mahu keluar ke Makkah, maka aku telah mendatangi Ibn Abu Ya‘fur,
mengucap selamat tinggal kepadanya, aku berkata: Adakah anda mempunyai
hajat kepada sesuatu? Beliau berkata:
Ya, anda sampaikan salam aku kepada Abu Abdullah a.s.
Beliau berkata: Apabila aku
telah sampai ke Madinah, maka aku telah masuk berjumpa dengan Abu Abdullah a.s.
Beliau bertanya kepada aku, kemudian berkata: Apakah Ibn Ya‘fur buat sekarang?
Aku berkata: Beliau berada di dalam keadaan baik, aku telah datang mengucap
selamat tinggal kepadanya, lalu beliau telah meminta aku menyampaikan salamnya kepada anda. Beliau berkata: wa ‘alai-hi s-Salam, dan sampaikan salam
aku kembali dan katakan kepadanya: Peganglah apa yang aku telah janjikan kepada
anda[7].
Ja‘far bin al-Husain, daripada
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim
bin Hasyim daripada Ibn Abu ‘Umair berkata: Salman al-Farra’ telah
memberitahuku daripada Abdullah bin Abu Ya‘fur berkata: Para sahabat kami telah
membayar zakat kepadanya,maka beliau membahagi-bahagikannya di kalangan para
sahabatnya di dalam keadaan menangis, Salman berkata: Apakah yang membuatkan
anda menangis? Beliau berkata: Aku khuatir mereka melihat pembayaran zakat dari
pihak aku[8].
Isa Bin Abdullah al-Qummi
Ahmad bin Muhammad bin Yahya
telah memberitahuku daripada Abdullah bin Ja‘far al-Humairi daripada Muhammad
bin al-walid al-Khazzaz daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Isa bin Abdullah
al-Qummi telah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s.Apabila beliau ingin
pulang, Abu Abdullah a.s berkata kepada khadamnya: Panggil beliau supaya
datang, lalu beliau datang kembali, lantas beliau berwasiat kepadanya beberapa
perkara, kemudian beliau berkata: Wahai Isa bin Abdullah, sesungguhnya Allah
berfirman di dalam Surah Taha (20):132 “ Dan
perintahlah kepada keluarga mendirikan solat ”, dan sesungguhnya anda
adalah di kalangan kami Ahlu l-Bait. Apabila matahari dari sini jaraknya dan
dari sini pada waktu asar, maka kerjalah solat enam rakaat.
Beliau berkata: Kemudian
beliau mengucap selamat tinggal kepada Abu Abdullah a.s, lalu beliau a.s
mengucup di antara dua mata Isa dan pulang, Yunus bin Ya‘qub berkata: Aku tidak
pernah meninggalkan solat enam rakaat semenjak aku mendengar Abu Abdullah a.s
memberitahu kepada Isa bin Abdullah.
Dan para sahabat Abu Abdullah
dan Abu Ja‘far a.s yang masih tidak dapat dikesan adalah Muhammad bin Maskan,
Yusuf al-Tatari ‘Umar al-Kardi-diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal-Hisyam bin
al-Muthanna al-Razi[9].
Hamraan bin A‘yan
Daripada Ibn Abu ‘Umair daripada Hisyam bin al-Hakam daripada Hajr bin
Zaidah daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku berkata kepada Abu Ja‘far a.s:
Aku telah berjanji dengan Allah bahawa aku tidak akan keluar dari Madinah
sehingga anda memberitahu aku apa yang aku akan bertanya kepada anda
tentangnya, beliau berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada aku: Tanyalah.
Beliau berkata: Aku berkata: Adakah aku daripada syi‘ah anda? Beliau berkata:
Ya, di dunia dan di akhirat[10].
Ahmad bin Muhammad telah
memberitahu kami daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Ya‘qub bin Yazid daripada
Marwak bin Ubaid daripada Hisyam bin al-Hakam daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sebaik-baik orang yang memberi syafaat
adalah aku, dan bapa aku untuk Hamraan bin A‘yan pada hari Kiamat, kami
mengambil tangannya sehingga kami memasuki syurga, Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid
telah meriwayatkan daripada Ziad bin Marwan al-Qandi daripada Abu Abdullah a.s:
Beliau a.s berkata tentang Hamraan: Sesungguhnya beliau adalah lelaki di
kalangan ahli syurga[11].
Kelebihan Amir al-Mukminin A.S
Tamim bin Abdullah bin Tamim al-Qurasyi-radhia
l-Lahu- telah memberitahu kami berkata: Bapaku telah memberitahuku daripada
Ali bin Ahmad bin Ali al-Ansari berkata: Ali bin Mitham telah memberitahuku
daripada bapanya berkata: Manakala dibelikan untuk Hamidah ibu Musa bin Ja‘far
a.s akan ibu al-Ridha Najmah, Hamidah telah menyebut bahawa beliau telah
bermimpi melihat Rasulullah s.a.w di dalam tidurnya bersabda kepadanya: Wahai
Hamidah, berikan Najmah kepada anak lelaki anda Musa, kerana beliau akan
melahirkan daripadanya sebaik-baik anak di bumi, lantaran itu, beliau telah
memberinya kepada Musa a.s.
Najmah Ibu al-Ridha A.S
Manakala beliau melahirkan
al-Ridha a.s, beliau dinamakan al-Tahirah, di samping itu beliau mempunyai
beberapa nama, antaranya: Najmah, Arwa, Sakan, Samanah, dan Tukattum iaitu
namanya yang terakhir, Mitham berkata: Aku telah mendengar bapa aku berkata:
Najmah adalah seorang yang masih dara ketika Hamidah membelinya.
Bapaku telah memberitahu
kepada kami, berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Ahmad
bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin al-Mahbub daripada Ya‘qub bin Ishaq
daripada Abu Zakaria al-Wasiti daripada Hisyam bin Ahmar berkata: Abu al-Hasan
yang pertama a.s berkata: Adakah anda telah mengetahui bahawa seorang ahli
al-Maghrib telah datang? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Ya, datanglah
bersama-sama kami, kami telah datang bersama-samanya sehingga kami berjumpa
dengan seorang lelaki dari al-Maghrib bersama-samanya hamba-hamba, beliau
berkata kepadanya: Bentangkan kepada
kami, maka beliau pun membentangkan kepada kami sembilan hamba perempuan.
Abu al-Hasan a.s berkata: Kami
tidak perlu kepada mereka semua, kemudian beliau berkata : Bentangkan lagi kepada
kami. Beliau berkata: Tidak ada hamba perempuan lagi, beliau berkata:
Bentangkan kepada kami. Beliau berkata:
Demi Allah, kami tidak mempunyai hamba perempuan lagi selain daripada seorang
hamba perempuan yang sedang sakit. Beliau berkata: Kenapa anda tidak mahu membentangkannya
kepada kami? Lelaki itu enggan melakukannya, kemudian beliau a.s pulang, pada
keesokannya, beliau telah mengutus aku kepadanya dan berkata: Katakan
kepadanya: Berapakah harga terakhir anda mengenainya, dan apabila beliau
berkata: Sekian dan sekian, maka katakan: Aku telah mengambilnya.
Akupun mendatanginya dan
berkata: Aku tidak mahu mengurangkan harganya, aku berkata: Aku telah
mengambilnya dan ia adalah untuk anda, beliau berkata: Ia adalah untuk anda,
tetapi siapakah lelaki bersama-sama anda kelmarin? Aku berkata: Seorang lelaki
Bani Hasyim, beliau berkata: Bani Hasyim yang mana satu? Aku berkata: Daripada
ketua-ketua mereka, beliau berkata: Aku mahu lebih daripada itu, aku berkata:
Aku tidak ada lebih daripada itu, beliau berkata: Aku akan memberitahu kepada
anda tentang hamba perempuan ini, aku telah membelinya di pedalaman al-Maghrib.
Tiba-tiba seorang perempuan
ahlu l-Kitab telah berjumpa dengan aku dan berkata: Apakah hamba perempuan ini
berada bersama-sama anda? Aku berkata: Aku sendiri yang telah membelinya,
beliau berkata: Tidak patut hamba perempuan ini berada di sisi anda, sepatutnya
ia berada di sisi sebaik-baik orang di bumi, kemudian Najmah telah melahirkan seorang hamba di mana
timur dan barat terhutang budi kepadanya, beliau berkata: Aku telah mendatangi
Abu al-Hasan Musa a.s dengan Najmah, tidak lama kemudian beliau telah
melahirkan Ali al-Ridha a.s.
Empat Perkara Tabi‘i
Abu Ahmad Hani‘ bin Muhammad
bin Mahmud al-‘Abdi telah memberitahu kami-radhia
l-lahu-berkata: Bapa aku telah memberitahu aku dengan sanad-sanadnya secara
marfu‘ bahawa Musa bin Ja‘far a.s telah berjumpa
dengan al-Rasyid, dan al-Rasyid berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah
s.a.w: Beritahu kepada aku tentang empat perkara tabi‘i, Musa a.s berkata:
Adapun angin, maka malaikat yang memusingkannya. Adapun darah, maka ia adalah
hamba; kadangkala menyerang tuannya, adapun kahak, maka ia tidak dapat
dirawatnya dengan mudah. Jika ia disekat ia akan meledak. Adapun hempedu, maka
ia sepertilah bumi jika ia bergegar, maka akan bergegarlah organ-organ di
atasnya, Harun berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, anda telah
membelanjakan barang simpanan Allah dan Rasul-Nya kepada orang ramai[12].
Perkara Di Antara Dua Perkara
Seorang lelaki berkata: Disebut di sisi al-Ridha a.s tentang al-Jabr dan al-Tafwidh, maka beliau berkata: Aku akan memberi kepada kamu asas
perkara ini, kamu tidak akan bertengkar mengenainya melainkan kamu memusnahkannya,
kami bertanya: Apakah pendapat anda mengenainya? Beliau berkata: Sesungguhnya
Allah tidak ditaati dengan paksaan, dan tidak ditentang dengan kekuatan, Dia
tidak mengabaikan hamba-hamba-Nya di dalam kerajaan-Nya, Dialah Pemilik
manakala Dia memberi mereka hak milik.
Dan Dialah Penguasa manakala Dia memberi kepada mereka kuasa ke
atas sesuatu. Apabila hamba-hamba-Nya mahu melakukan ketaatan, maka Allah tidak
menjadi penghalang kepadanya (ketaatan), dan penentangnya. Jika mereka mahu melakukan
maksiat,dan jika Allah mahu menghalang mereka, maka Dia boleh melakukannya, dan
jika Dia tidak mahu (syaa), dan
mereka melakukannya, maka Dia bukanlah yang membuatkan mereka melakukannya,
kemudian beliau berkata: Barangsiapa yang memahami garis sempadan percakapan
ini, maka beliau telah menentang mereka yang menyalahinya[13].
Manaqib Amir al-Mukminin A.S
Daripada Ahmad bin Muhammad
bin Isa daripada Muhammad bin Sinan, daripada mereka yang telah memberitahunya,
daripada Abd al-Rahim bin al-Qasir berkata: Abu Ja‘far a.s telah memulakan
percakapannya dengan aku, dan berkata: Adapun Dhu l-Qurnain telah diberi
pilihan dua awan (al-sahabatain).
Maka beliau telah memilih awan yang bernama Dhdhalul, dan menyimpan kepada
sahabat kamu awan yang bernama al-Sa‘ab, aku bertanya kepadanya apakah itu
al-Sa‘ab? Beliau berkata: Awan yang mengandungi guruh, dan petir, maka sahabat
kamu menaikinya. Beliau akan menaiki awan, dan melepasi rintangan-rintangan
kepada tujuh langit dan tujuh bumi; lima yang membangun dan dua yang rosak[14].
Daripadanya, daripada
al-Husain bin Sa‘id daripada Uthman
bin ‘Uthman, daripada Sima‘ah bin
Mihran daripada Abu Basir daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s
telah memiliki apa yang ada di atas bumi dan di bawahnya, kemudian dibentangkan
kepadanya dua awan; al-Sa‘bah dan al-Dhdhalul. Adapun al-Sa‘bah adalah
pemilikan apa yang terdapat di bawah bumi dan al-Dhdhalul adalah pemilikan
di atas bumi,lalu beliau telah memilih
al Sa‘bah di atas al-Dhadhalul, maka ia telah berpusing dengan Ali a.s sebanyak
tujuh bumi, beliau mendapati tiga bumi
telah rosak dan empat masih membangun.
Daripadanya, daripada Muhammad
bin Sinan daripada Abu Khalid al-Qamat, dan Abu Salam al-Hanat daripada Surat bin Kulaib daripada Abu Ja‘far a.s
berkata: Adapun Dhu l-Qurnain telah diberi pilih dua awan, maka beliau telah
memilih al-Dhdhalul, dan telah menyimpan al-Sa‘ab kepada sahabat kamu, aku
berkata: Apakah itu al-Sa‘ab? Beliau
berkata: Awan yang mengandungi guruh, dan petir, maka sahabat kamu menaikinya.
Beliau akan menaiki awan, dan melepasi rintangan-rintangan kepada tujuh langit
dan tujuh bumi; lima yang membangun dan dua yang rosak[15].
Ahmad bin Muhammad bin Isa
daripada al-Husain bin Sa‘id daripada Safwan bin Yahya daripada Mu‘awiyah Ibn
‘Ammar daripada Abu al-Zubair daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah
s.a.w bersabda: Di dalam peperangan Taif beliau telah menyeru Ali a.s, maka Ali
a.s bermunajat dengannya, Abu Bakr dan ‘Umar serta orang ramai berkata: Beliau
telah bermunajat dengan Ali a.s, tidak
dengan kami, Nabi s.a.w berdiri di hadapan orang ramai memberi khutbah, memuji
Allah kemudian bersabda: Wahai manusia, kamu berkata: Aku telah bermunajat
dengan Ali a.s, sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak bermunajat dengannya,
tetapi Allah telah bermunajat dengannya. Mu‘awiyah berkata: Aku telah
membentangkannya kepada Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Itulah apa yang
dikatakannya.
Ali bin Muhammad bin Sa‘d,
daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi berkata: Abdullah bin Muhammad
al-Yamani telah memberitahu aku daripada
Mani‘ daripada Yunus daripada Ali bin
A‘yan daripada bapanya daripada datuknya daripada Abu Rafi‘ berkata: Manakala Rasulullah s.a.w
mengutus Surah al-Bara’ah kepada Abu Bakr, maka Allah telah menurunkan ke
atasnya supaya mengambil Surah al-Bara’ah daripada Abu Bakr, lalu Abu Bakr
memberinya kepada Ali a.s.,Ali a.s berkata kepada Rasulullah s.a.w: Berilah
wasiat kepada aku, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Allah akan memberi wasiat kepada anda dan
bermunajat dengan anda. Justeru itu, Dia telah bermunajat dengan Ali a.s di
hari al-Bara’ah sebelum solat pertama sehingga solat Asar.
Dan diriwayatkan dengan
sanad-sanad ini daripada Abu Rafi‘ sesungguhnya Allah telah bermunajat dengan
Ali a.s pada hari Rasulullah s.a.w dikapankan.
Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid
daripada al-Qasim bin ‘Urwah daripada
‘Asim bin Hamid daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar daripada Abu al-Zubair
daripada Jabir bin Abdullah, berkata: Pada hari Taif Rasulullah s.a.w telah
bermunajat dengan Ali a.s. Abu Bakr dan ‘Umar berkata: Anda telah bermunajat
dengannya, tanpa kami, beliau bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, malah
Allah telah bermunajat dengannya.
Muhammad bin al-Husain bin Abu
al-Khattab daripada Ja‘far bin al-Basyir, dan al-Hasan Ibn Ali bin Fadhdhal
daripada al-Muthanna Ibn al-Walid al-Hannat daripada al-Mansur bin Hazim
daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah
bermunajat dengan Ali a.s pada hari Taif, maka para sahabatnya berkata: Wahai
Rasulullah, anda telah bermunajat dengan Ali a.s sedangkan beliau yang termuda
di kalangan kami, beliau bersabda:Aku bukan bermunajat dengannya, malah Allah
bermunajat dengannya.
Daripadanya, dengan sanad-sanad
ini, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepada ahli
Taif: Wahai ahli Taif! Aku akan mengutus kepada kamu seorang lelaki seperti
diri aku sendiri (rajulan ka-nafsi) Allah akan membuka dengannya kebaikan
pedangnya dan cemetinya, lantaran itu orang ramai akan menghormatinya. Apabila
tiba waktu pagi, beliau telah menyeru Ali a.s, dan bersabda: Pergilah anda ke
Taif, kemudian Allah telah memerintahkan Nabi-Nya s.a.w supaya datang kepadanya
selepas kedatangan Ali a.s. Apabila beliau s.a.w tiba, Ali a.s telah sampai di
kemuncak bukit, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Cekalkan pendirian anda, maka
Ali menjadi cekal, kami telah mendengar suara seperti suara guruh[16].
Maka beliau bertanya: Apakah ini wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Sesungguhnya
Allah a.w sedang bermunajat dengan Ali
a.s[17].
Tentang Muhammad Bin Muslim

Beliau berasal daripada Taif,
al-Thaqafi, menetap di Kufah berbangsa Arab, mati pada tahun seratus lima puluh
hijrah.
Ja‘far bin al-Husain telah
memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin a-Hasan
al-Saffar daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Yasin al-Dharir
al-Basri, daripada Huraiz daripada Muhammad bin Muslim berkata: Tidak
bertelagah di hatiku oleh sesuatu pun melainkan aku telah bertanya Abu Ja‘far
a.s sehingga aku telah bertanya kepadanya tiga puluh ribu hadis, dan aku telah
bertanya kepada Abu Abdullah a.s enam belas ribu hadis[18].
Ja‘far bin al-Husain daripada
Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ali
bin Hassan daripada Ali bin ‘Atiyyah al-Zayyat yang digelar dengan al-Bawwab,
daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s:
Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku tentang pembekuan
matahari dari fungsinya (rukud)?
Beliau berkata: Aduhai anda wahai Muhammad, alangkah kecilnya bangkai anda dan
sukarnya masalah anda! Kemudian beliau telah diam selama tiga hari tanpa
bercakap dengan aku. Apabila masuk hari keempat, beliau berkata kepada aku:
Anda layak untuk menjawabnya.
Muhammad bin al-Hasan telah
memberitahu aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, dan Sa‘d bin
Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abdullah bin Muhammad
al-Hijjal, daripada al-‘Ala’ bin Razin daripada Abdullah bin Abu Ya‘fur
berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya aku bukan setiap
masa dapat bertemu anda, aku tidak dapat datang dan seorang lelaki di kalangan
sahabat kami datang, lalu bertanya aku,tetapi beliau tidak ada di sisiku setiap
kali beliau bertanya aku tentangnya, berkata: Apakah yang menghalang anda
daripada Muhammad bin Muslim al-Thaqafi kerana beliau telah mendengar daripada
bapa aku, dan beliau di sisinya diredai dan dihormati[19].
Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah
memberitahu kami daripada Abdullah bin Ja‘far al-Humairi daripada Ahmad bin
Hilal al- ‘Abdi daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Abdullah bin
Bakir daripada Zararah berkata: Abu Karibah al-Azadi,dan Muhammad bin Muslim
telah menjadi saksi di sisi Syarik dengan satu penyaksian di mana beliau
sebagai kadi, maka beliau telah melihat pada muka mereka berdua sejenak,
kemudian berkata: Dua orang ja‘fari dan fatimi, lantas mereka berdua menangis.
Beliau berkata kepada mereka
berdua: Apakah yang membuatkan kamu berdua menangis? Mereka berkata: Anda telah
mengaitkan kami dengan kaum yang tidak meredai orang seperti kami untuk menjadi
saudara-saudara mereka manakala mereka melihat kewarakan kami yang sedikit, dan
anda telah mengaitkan kami kepada seorang lelaki yang tidak meredai orang
seperti kami menjadi syi‘ahnya, jika beliau menerima kami, kami menerima, maka
baginya sebagai kurniaan ke atas kami, Syarik tersenyum, kemudian beliau
berkata: Jika mahu menjadi lelaki, maka jadilah lelaki seperti kamu berdua,
wahai Walid, lepaskan mereka berdua pada kali ini, dan jangan mereka berdua
mengulanginya pada kali kedua, beliau berkata: Kami telah mengerjakan haji,
maka kami telah memberitahu Abu Abdullah a.s tentang kisah tersebut, beliau
berkata: Allah akan memakaikan Syarik pada hari Kiamat dua kasut dari api
neraka[20].
Ahmad bin Harun dan Ja‘far bin
al-Husain telah memberitahu kami
daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, dan
Sa‘d bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin
Fadhdhal daripada Ali bin ‘Aqabah daripada Abu Kahmasy berkata: Aku telah
bertemu dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata kepada aku:Muhammad bin
Muslim telah memberi penyaksian di sisi
Ibn Abu Laila, tetapi beliau telah menolak penyaksiannya? Aku berkata: Ya,
beliau berkata: Apabila anda pulang ke Kufah nanti, maka berjumpalah dengan Ibn Abu Laila, dan katakan
kepadanya: Aku akan bertanya kepada anda tiga soalan, dan janganlah anda
memberi fatwa kepada aku dengan menggunakan kias.
Dan janganlah anda berkata:
Sahabat kami berkata, pertama: Tanyakan kepadanya tentang lelaki yang
mengesyaki pada dua rakaat pertama daripada solat fardu. Kedua: Tentang lelaki
yang terkena air kencing pada tubuhnya atau kainnya bagaimana beliau
membasuhnya. Ketiga: Tentang lelaki yang melontar dengan tujuh batu kecil, dan
satu daripadanya terjatuh bagaimana beliau akan melakukannya? Apabila tidak ada
di sisinya jawapan, maka katakan kepadanya: Ja‘far bin Muhammad berkata kepada
anda: Apakah yang telah membawa anda menolak penyaksian seorang lelaki yang
lebih arif tentang hukum Allah daripada anda, dan lebih alim tentang Sunnah
Rasulullah s.a.w daripada anda?
Abu Kahmasy berkata: Manakala aku
sampai di Kufah, aku mendatangi Ibn Abu
Laila sebelum aku sampai ke rumahku, aku berkata kepadanya:Aku akan bertanya
kepada anda tiga soalan, dan janganlah anda memberi fatwa kepada aku
mengenainya dengan menggunakan kias, dan janganlah anda berkata: Sahabat kami
berkata, maka beliau berkata: Bertanyalah, aku berkata: Apakah pendapat anda
tentang lelaki yang mengesyaki dua rakaat pertama di dalam solat fardu? Beliau diam seketika, kemudian mengangkat
kepalanya kepada ku, dan berkata: Sahabat kami berkata, maka aku berkata
kepadanya: Ini adalah syaratku kepada anda, janganlah anda berkata: Sahabat
kami berkata, maka beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya, aku berkata
kepadanya: Apakah pendapat anda tentang lelaki yang terkena air kencing pada
tubuhnya atau kainnya bagaimana beliau membasuhnya?
Beliau diam seketika, kemudian
mengangkat kepalanya dan berkata: Sahabat kami berkata, maka aku berkata:Ini
adalah syarat aku ke atas anda. Beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku
mengenainya. Aku berkata: Lelaki yang melontar dengan tujuh batu kecil, maka
satu batu terjatuh daripadanya bagaimana beliau melakukannya? Beliau telah
menggerakkan kepalanya kemudian mengangkatnya, dan berkata: Sahabat kami
berkata, aku berkata:Ini adalah syarat ku ke atas anda, beliau berkata: Aku
tidak ada jawapan di sisiku mengenainya, aku berkata: Ja‘far bin Muhammad
berkata kepada anda: Apakah yang membuatkan anda menolak penyaksian seorang
lelaki yang lebih arif tentang hukum Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w daripada
anda? Beliau berkata: Siapakah dia? Aku berkata: Muhammad bin Muslim, maka
beliau berkata: Ja‘far bin Muhammad telah berkata kepada anda sedemikian? Aku
berkata: Allah, Ja‘far bin Muhammad telah berkata kepada aku sedemikian. Beliau
berkata: Beliau telah mengutus kepada Muhammad bin Muslim, dan menyerunya, lalu
beliau memberi penyaksian di sisinya, maka beliau telah menerima penyaksiannya[21].
Ahmad bin Muhammad bin Yahya
daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Ya‘qub bin Yazid daripada Ibn Abu ‘Umair
daripada Hisyam bin Salim berkata: Muhammad bin Muslim telah tinggal di Madinah
selama empat tahun. Beliau telah berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s bertanya
tentang agama, kemudian beliau telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s
selepasnya bertanya kepadanya tentang agama. Ibn Abu ‘Umair berkata: Aku telah
mendengar Abd al-Rahman bin al-Hajjaj dan Hammad bin ‘Uthman berkata: Tiada
seorang syi‘ah yang lebih alim daripada Muhammad bin Muslim[22].
Daripadanya daripada Sa‘d bin
Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Fadhdhal daripada Abdullah
bin Bakir daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Sesungguhnya aku pada suatu
malam sedang tidur di tingkat atas,tiba-tiba seorang telah mengetuk pintu. Aku
berkata: Siapakah itu? Beliau berkata: Lihatlah dulu -rahima-ka l-Lahu-, maka aku telah melihat seorang perempuan, beliau
berkata: Aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru kahwin, mengalami
kesakitan melahirkan anak. Beliau sentiasa di dalam kesakitannya sehingga
beliau mati sedangkan anaknya sedang bergerak di dalam perutnya, maka apakah
yang aku perlu melakukannya? Aku berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, Muhammad
bin Ali bin al-Husain bin Muhammad al-Baqir a.s telah ditanya tentang perkara
yang sama, maka beliau a.s berkata: Perut si mati hendaklah dipecahkan, dan
anaknya dikeluarkan.
Wahai hamba Allah, lakukanlah
perkara tersebut. Wahai hamba Allah, aku adalah seorang lelaki di dalam
persembunyian, siapakah yang telah mengarahkan anda datang kepada aku? Beliau
berkata kepadaku: Rahima-ka l-Lahu,
aku telah datang kepada Abu Hanifah, maka beliau berkata kepada aku: Aku tidak
ada jawapan di sisiku, tetapi anda hendaklah datang kepada Muhammad bin Muslim
al-Thaqafi, kerana beliau akan memberitahu anda mengenainya, dan apa yang telah
difatwakannya kepada anda, maka anda kembali kepada aku memberitahu aku
mengenainya, maka aku berkata kepadanya:Pergilah dengan selamat, pada
keesokannya, aku telah keluar ke masjid, tiba-tiba Abu Hanifah sedang bertanya
para sahabatnya tentang perempuan tersebut, lantas perempuan itu mengeluarkan
suara perlinya, maka Abu Hanifah berkata: Wahai Tuhanku, sembunyilah aku,
tinggalkan kami, kerana kami mahu hidup[23].
Abu Ja‘far al-Ahwal Muhammad Bin al-Nu‘man Mu’min al-Taq
Muhammad bin al-Nu‘man bin Abu
Tariqah Abu Ja‘far al-Ahwal adalah hamba kepada Bajilah, beliau pernah bekerja
sebagai pengurup wang, orang ramai telah memanggilnya syaitan al-Taq, kerana
mereka telah mengesyaki pada dirham, lalu mereka membentangkannya kepadanya,
beliau berkata kepada mereka: Dirham palsu bersalut perak, mereka berkata:
Beliau adalah syaitan al-Taq,tetapi para sahabat kami memanggilnya mukmin
al-Taq, beliau adalah di kalangan para mutakallimin syi‘ah, Abu Abdullah a.s
telah memujinya tentang perkara tersebut[24].
Jabir Bin Yazid al-Ja‘fi Pengarang Tafsir
Ja‘far bin al-Husain telah
memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan
al-Saffar daripada Muhammad bin Ismail daripada Ali bin al-Hakam daripada Ziad
bin Abu al-Halal berkata: Para sahabat kami telah berselisih faham tentang
hadis-hadis Jabir al-Ja‘fi, maka aku berkata: Aku akan bertanya Abu Abdullah
a.s. Manakala aku memasuki rumahnya, beliau telah mula berkata kepadaku: Rahima l-Lahu Jabir al-Ja‘fi, kerana beliau
telah membenarkan kami. Allah melaknati al-Mughirah bin Sa‘id, kerana beliau
telah membohongi kami[25].
Ja‘far bin al-Husan telah
memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan
al-Saffar daripada Muhammad Ibn Isa daripada Yunus daripada Jamil daripada Abu
Abdullah a.s berkata: Manusia telah menjadi murtad (irtadda al-Nasu) selepas al-Husain melainkan tiga orang: Abu Khalid
al-Kabili, Yahya bin Ummu al-Tawil, dan Jubair bin Mut‘im, kemudian orang ramai
telah memasuki Islam kembali[26].
Daripadanya daripada Ahmad bin
Syazan daripada al-Fadhl bin Syazan daripada Ibn Abu Umair daripada Hisyam bin
Salim daripada Abu Abdullah a.s bahawa Jubair bin Sa‘id telah menjadi pengikut
kepada Ali bin al-Husain a.s. Ali bin al-Husain telah memujinya dan inilah
sebab beliau dibunuh oleh al-Hajjaj, beliau adalah seorang yang cekal hati.
Diriwayatkan bahawa apabila beliau dibawa di hadapan al-Hajjaj bin Yusuf, maka
beliau berkata kepadanya: Anda adalah Syaqiyyun bin Kusair? Beliau berkata: Ibu
aku adalah lebih arif dengan nama aku. Beliau telah menamakan aku dengan Sa‘id
bin Jubair.
Beliau berkata: Apakah
pendapat anda tentang Abu Bakr dan ‘Umar adakah mereka berdua di syurga atau di
neraka? Beliau berkata: Jika aku telah
memasuki neraka dan aku telah melihat kepada penghuninya, nescaya aku telah
mengetahui mereka di dalamnya.Jika aku telah memasuki syurga, dan aku telah
melihat kepada penghuninya, nescaya aku telah mengetahui mereka di dalamnya,
beliau berkata: Apakah pendapat anda tentang khalifah-khalifah? Beliau berkata:
Aku tidak menjadi wakil mereka, beliau berkata: Siapakah di kalangan mereka
yang anda paling mencintainya? Beliau berkata: Orang paling diredai oleh
Pencipta aku, siapakah di kalangan mereka yang paling diredai oleh Pencipta?
Beliau berkata: Orang yang mengetahui rahsia mereka. Beliau berkata: Anda telah
enggan membenarkan aku? Beliau berkata:
Ya, aku tidak suka membohongi anda[27].
Hammad Bin Isa al-Jahani al-Basri
Beliau adalah berasal dari Kufah, telah tinggal di Basrah, hidup selama
sembilan puluh tahun lebih, berkecimpung dengan Abu Abdullah a.s, dan mati di
Wadi Qanat di Madinah iaitu wadi yang mengalir dari Syajarah ke Madinah. Beliau
telah mati pada tahun dua ratus sembilan hijrah. Ja‘far bin al-Husain al-Mu’mi-rahima-hul-Lahu-telah memberitahu kami
daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar
daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid daripada Hammad bin Isa berkata: Kami
telah memasuki rumah Abu al-Hasan yang pertama a.s, maka aku berkata kepadanya:
Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, doakan untuk aku supaya Allah
memberi rezeki kepada aku sebuah rumah, isteri, anak, khadam, dan haji setiap
tahun, maka beliau berkata: Wahai Tuhanku, selawat ke atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, kurniakan kepadanya sebuah rumah, seorang isteri, anak,
khadam, dan haji selama lima puluh tahun.
Hammad berkata: Apabila beliau
telah mensyaratkan lima puluh tahun, maka aku telah mengetahui bahawa aku tidak
boleh mengerjakan haji lebih dari lima puluh tahun, Hammad berkata: Aku telah
mengerjakan haji sebanyak empat puluh lapan kali, ini adalah rumahku. Ini ialah
isteri aku di balik dinding sedang mendengar percakapanku. Ini adalah anak
lelakiku. Ini adalah khadam aku. Maka beliau telah mengerjakan haji selepas
percakapan ini dua kali haji, genap lima puluh kali haji, kemudian beliau telah
keluar selepas lima puluh kali haji bertemankan Abu al-Abbas al-Naufali
al-Qasir. Apabila beliau telah sampai di tempat ihram, beliau telah masuk mandi
di wadi, lalu ditenggelami air-rahmatu
l-Lahi ‘alai-hi – beliau telah mendatanginya selepas beliau mengerjakan
haji lebih daripada lima puluh kali. Beliau telah hidup sehingga di zaman
al-Ridha a.s, dan telah mati pada tahun dua ratus sembilan hijrah, beliau
adalah dari Juhainah di bahagian Kufah[28].
Huraiz Bin Abdullah Dan Ibn Maskan
Daripadanya daripada Haidar bin Muhammad bin Nu‘aim, Ja‘far bin Muhammad
bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada Ja‘far bin Muhammad bin Mas‘ud,
daripada Muhammad bin Mas‘ud al-‘Ayasyi, berkata: Ja‘far bin Ahmad bin Ayyub
telah memberitahu aku daripada al-‘Umarki berkata: Ahmad bin Syaibah telah
memberitahu aku daripada Yahya bin al-Muthanna daripada Ali bin al-Hasan bin
Ribat daripada Huraiz berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Abu Hanifah di
sisinya buku-buku yang hampir menghalang di antaranya dan aku, beliau berkata
kepada aku: Buku-buku ini semuanya tentang talak dan sumpah (al-Yamin). Beliau mulai membalikkannya
dengan dua tangannya, aku berkata: Kami membuat kesimpulan di dalam satu
perkataan. Beliau berkata: Apakah dia? Aku berkata: Firman-Nya Surah al-Talaq
(65):1 “Hai nabi, apabila kamu
menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu
mereka dapat iddahnya,dan hitunglah waktu iddah itu “
Beliau berkata kepada aku:
Anda tidak mengamalkan suatu perkara melainkan dengan riwayat? Aku berkata: Ya,
beliau berkata kepada aku: Apa pendapat anda tentang hamba mukatib dengan harga seribu dirham, tetapi beliau telah membayar
hanya sembilan ratus sembilan puluh sembilan dirham, kemudian beliau telah
melakukan perkara yang besar iaitu zina bagaimana anda melakukan had ke
atasnya? Aku berkata: Di sisiku mengenainya hadis yang telah diberitahu kepada
aku oleh Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja‘far a.s bahawa Ali a.s telah
memukul dengan tongkat, satu pertiganya, separuhnya, dan setengahnya menurut
kadar selayaknya, beliau berkata kepada aku: Sesungguhnya aku akan bertanya anda
tentang unta betina yang telah dikeluarkan dari laut? Aku berkata: Jika ia
mahu, ia boleh jadi unta betina, dan jika ia mahu, ia boleh menjadi lembu
betina, dan jika ia mempunyai sisik, kami memakannya, dan jika tidak, kami
tidak memakannya[29].
Abu al-Nadhar Muhammad bin
Mas‘ud telah menyebut bahawa Ibn Maskan tidak memasuki rumah Abu Abdullah a.s,
kerana khuatir beliau tidak dapat memberi penghormatan sepenuhnya kepada Abu
Abdullah a.s. Beliau hanya mendengar daripada para sahabatnya, dan enggan berjumpa
dengannya, kerana menghormatinya, Yunus bin Abd al-Rahman telah menyebut bahawa
Ibn Maskan seorang lelaki mukmin. Beliau telah menyambut para sahabatnya
apabila mereka datang kepadanya, dan mengambil apa (ilmu) yang ada di sisi
mereka[30].
Huraiz bin Abdullah telah
berpindah ke Sajistan dan dibunuh di sana. Dan sebab pembunuhannya, kerana
beliau mempunyai sahabat yang sependapat dengannya, kebanyakan penduduk di
Sajistan adalah Khawarij. Para sahabat Huraiz telah mendengar daripada mereka
cacian terhadap Amir al-Mukminin a.s, lalu mereka memberitahu Huraiz dan mereka
meminta beliau membunuh mereka yang mencaci Amir al-Mukminin a.s, maka beliau
telah memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukannya.
Justeru itu, Khawarij
mendapati pembunuhan selepas pembunuhan berlaku terhadap mereka. Walaupun
begitu mereka tidak mengesyaki syi‘ah melakukannya disebabkan sedikit bilangan
mereka. Mereka mencari kaum Murjiah dan memerangi mereka. Keadaan sedemikian
berterusan sehingga mereka dapat mengesan Huraiz, lalu mereka menentang syi‘ah.
Lantaran itu, para sahabat Huraiz telah berkumpul kepada Huraiz di masjid, dan
mereka telah menipu khawarij di masjid, dan menukarkan buminya-rahima-humu
l-Lahu-[31].
Pimpinan Imam Dua Belas A.S
Abu Ja‘far Muhammad bin Ahmad
al-‘Alawi berkata: Ahmad bin Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu aku
daripada bapanya daripada datuknya Ibrahim bin Hasyim daripada Hammad bin Isa
daripada bapanya daripada al-Sadiq a.s berkata: Salman al-Farisi-rahmatu l-Lahi ‘alai-hi-berkata: Aku telah melihat
al-Husain bin Ali a.s di bilik Nabi s.a.w
di dalam keadaan beliau s.a.w sedang mengucup dua matanya, dan dua bibir
mulutnya sambil bersabda: Anda adalah sayyid bin sayyid bapa kepada sayyid-sayyid, anda adalah Hujjah bin hujjah
bapa kepada hujjah-hujjah, anda adalah imam bin imam, dan bapa kepada sembilan
imam daripada keturunan anda, dan yang kesembilan mereka adalah qaim mereka (anta sayyid bin sayyid abu sadah, anta hujjah ibn hujjah abu hujajin,
anta al-Imam ibn al-Imam abu al-Aimmah al-Tis‘ah min salbi-ka, tasi ‘u-hum
qaimu-hum )[32]
Beliau berkata: Abu al-Hasan
Muhammad bin Ma‘qal al-Qarmisini telah memberitahu kami, berkata: Muhammad bin
Abdullah al-Misri telah memberitahu kami, berkata: Ibrahim bin Mahzam telah
memberitahu kami daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s daripada
bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua belas orang daripada
keluarga aku adalah mereka yang telah dikurniakan Allah kefahamanku, dan
ilmuku, mereka telah diciptakan daripada tanahku (tinat-i).
Maka neraka wail bagi mereka yang mengingkari hak mereka selepasku, mereka yang
memutuskan pada mereka perhubungan aku (silat-i), Allah tidak akan memberi
mereka syafaat aku[33].
Abu al-Hasan Muhammad bin
Ma‘qal telah memberitahu kami berkata: Muhammad bin ‘Asim telah memberitahu
kami, berkata: Ali bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin
Marzuq daripada ‘Amir al-Sarraj daripada Sufyan al-Thauri daripada Qais bin
Muslim daripada Tariq bin Syihab berkata: Aku telah mendengar Huzaifah berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika keluarnya al-Qaim seorang
penyeru dari langit menyeru: Wahai manusia, diputuskan daripada kamu masa
penguasa-penguasa zalim, dan urusan pemerintahan akan dipimpin oleh sebaik-baik
umat Muhammad s.a.w. Justeru itu, sertailah beliau di Makkah, kemudian al-Nujaba’ (orang-orang cerdik) dari
Mesir, dan al-Abdal (perkasa) dari
Syam,dan al- ‘Asaib (cekal) dari Iraq.
Di waktu malam seperti rahib, dan
di waktu siang seperti singa jantan. Hati mereka seperti besi. Maka mereka akan
memberi baiah kepadanya di antara Rukn
dan Maqam, Umar bin al-Hasin berkata:
Wahai Rasulullah s.a.w, beritahukan kami tentang lelaki ini? Beliau s.a.w
bersabda: Beliau adalah seorang lelaki daripada anak al-Husain seolah-olah
beliau di kalangan lelaki Syanwah di Yaman, memakai dua kain daripada kapas,
namanya sepertilah nama aku, dan pada masa itu, burung-burung akan menetas di
sangkar-sangkarnya, dan ikan-ikan paus di laut-lautnya, sungai-sungai akan
mengalirkan air yang banyak, mengeluarkan mata air, bumi akan menjadi subur,
pendapatan yang berganda, kemudian Jibrail akan berjalan di hadapannya, dan di
belakangnya Israfil. Bumi akan dipenuhi keadilan dan saksama sebagaimana ia
dipenuhi penindasan dan kezaliman[34].
Beliau berkata: Muhammad bin
Quluwaih telah memberitahu kami berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu
kami daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalasi daripada al-Mundhir bin Muhammad
daripada al-Nasr bin al-Sanadi daripada Abu Daud Sulaiman bin Sufyan
al-Mustariq daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Malik bin al-Jahani daripada
al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah. Sa‘d bin Abdullah
berkata: Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab al-Kufi telah memberitahu
kami, berkata: Al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal telah memberitahu kami daripada
Tha‘labah bin Maimun daripada Malik al-Jahani daripada al-Harith bin
al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah datang kepada
Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapati beliau sedang mengetukkan tanah dengan kayu (yankutu).
Aku berkata : Wahai Amir
al-Mukminin, aku melihat anda sedang berfikir mengetukkan tanah, adakah
kehendak anda sendiri melakukannya? Beliau berkata: Tidak, demi Tuhan, aku
tidak menghendakinya, mahu pun dunia ini
walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang maulud (anak kelahiran) daripada zuriat
kesebelas daripada anak lelaki aku iaitu al-Mahdi yang akan memenuhi bumi
dengan keadilan dan saksama sebagaimana
ia dipenuhi penindasan dan kezaliman, akan dipenuhi kehairanan dan ghaib, akan sesat sebahagian kaum dan
akan mendapat hidayat sebahagian yang
lain, aku berkata: Adakah ini akan terjadi? Beliau berkata: Ya, sebagaimana ia
dijadikan. Maka di manakah kedudukan anda di dalam perkara ini
wahai Asbagh? Mereka itu adalah pilihan
umat ini bersama-sama pilihan terbaik keluarga ini, aku berkata: Apakah akan
berlaku selepas itu? Beliau berkata: Allah akan melakukan apa yang Dia
kehendaki, kerana bagi Allah iradat,
permulaan dan matlamat yang banyak[35].
a
BAHAGIAN KETUJUH
Mashaf
al-Zahra’, mukjizat Amir al-Mukminin a.s, hikayat menakjubkan tentang Infak,
kejadian roh-roh syi‘ah, kemampuan para Imam a.s, himpunan kebaikan dunia dan
akhirat dan lain-lain.
Mashaf al-Zahra’ A.S
Muhammad bin Ma‘qal telah
memberitahu kami berkata: Bapa aku telah memberitahu kepada aku daripada
Abdullah bin Ja‘far al-Humairi di sisi kubur al-Husain a.s di al-Ha’ir pada tahun dua ratus sembilan
puluh lapan hijrah berkata: al-Hasan bin Zarif bin Nasih telah memberitahu kami
daripada Bakr bin Salih daripada Abd
al-Rahman bin Salim daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Bapa
aku Muhammad telah berkata kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari: Sesungguhnya
aku ada hajat dengan anda, apabila anda ada masa aku akan bersama-sama anda dan
aku akan bertanya kepada anda mengenainya? Jabir berkata kepadanya: Pada
bila-bila masa anda kehendaki wahai
sayyidi, bapa aku telah berada beberapa hari bersama-samanya. Beliau
berkata kepada Jabir: Beritahu kepada aku tentang Lauh yang anda telah melihatnya pada tangan ibu aku Fatimah a.s,
dan apa yang telah diberitahu kepada anda oleh ibu aku, dan apa yang tertulis
di Lauh ini? Jabir berkata: Aku naik
saksi dengan Allah bahawa aku telah memasuki rumah Fatimah a.s pada masa hidup
Rasulullah s.a.w, aku telah memberi tahniah kepadanya di atas kelahiran
al-Husain a.s, aku telah melihat di tangannya Lauh berwarna hijau. Aku telah menyangkanya zamrud. Aku telah
melihat padanya surat berwarna putih seperti cahaya matahari, maka aku telah
berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku apakah Lauh ini? Beliau berkata: Ini
adalah Lauh di mana Allah telah
menghadiahkannya kepada Rasulullah s.a.w.
Di dalamnya terdapat nama bapa aku, nama aku,
nama Ali, nama dua anak lelaki aku, dan nama-nama para wasi daripada anak-anak
aku. Maka bapa aku telah memberikannya kepada aku untuk menggembirakan aku
dengannya, Jabir berkata: Ibu anda telah memberikannya kepada aku, maka aku
telah membacanya, dan membuat salinannya, bapa aku a.s berkata: Adakah anda,
wahai Jabir, akan membentangkannya kepada aku? Beliau berkata: Ya. Lalu bapa
aku berjalan bersama-samanya menuju ke rumah Jabir, kemudian bapa aku
mengeluarkan dari genggamnya mashaf dari kulit nipis sambil berkata: Wahai
Jabir, lihatlah pada surat (kitab) anda supaya aku membacanya kepada anda,
lantas beliau melihat kepada suratnya,lalu bapa aku membaca kepadanya, ia tidak
menyalahi walaupun satu huruf, Jabir berkata: Aku naik saksi dengan Allah sesungguhnya aku telah melihatnya seperti di Lauh tertulis:
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Surat (kitab) ini adalah
daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui untuk Muhammad Nabi-Nya,
Duta-Nya, Hijab-Nya,Penunjuk-Nya. Diturunkan oleh al-Ruh al-Amin dari sisi Tuhan semesta alam, hormatilah, wahai
Muhammad, akan nama-nama-Ku, bersyukurlah kepada nikmat-nikmat-Ku, dan
janganlah Engkau mengingkarinya, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan
melainkan Aku, pemusnah para penguasa, pembantu mereka yang dizalimi.
Pemilik hari Kiamat,
sesungguhnya Aku adalah Allah,tiada tuhan melainkan Aku, barangsiapa yang telah
berharap selain dari kelebihan-Ku, atau beliau takut selain dari keadilan-Ku,
nescaya Aku akan menyeksanya dengan penyeksaan yang belum pernah Aku
melakukannya kepada sesiapapun di seluruh semesta. Maka kepada-Kulah engkau
sembah, dan kepada Akulah engkau
bertawakal. Aku tidak mengutus seorang
nabi melainkan aku menyempurnakan hari-harinya, dan tamat masanya melainkan Aku
menjadikan untuknya seorang wasi. Sesungguhnya Aku telah melebihkan engkau ke
atas para nabi, dan Aku telah melebihkan wasi engkau ke atas para wasi. Aku
menghormati engkau dengan dua orang anak lelaki anda selepasnya; al-Hasan dan
al-Husain, Aku telah menjadikan al-Hasan galian ilmu-Ku selepas tamat masa
bapanya. Aku telah menjadikan al-Husain penyimpan wahyu-Ku, Aku memuliakannya
dengan kesyahidan. Dan Aku menamatkannya dengan kebahagiaan. Justeru itu,
beliau adalah sebaik-baik mereka yang telah mati syahid, dan yang paling tinggi darjat di kalangan para
syahid di sisi-Ku. Aku telah menjadikan kalimat-Ku yang sempurna bersama-nya,
dan hujah aku yang kukuh di sisinya.
Dengan ‘itrahnya,
Aku memberi pahala dan menyeksa, awal mereka adalah Ali sayyid
al-‘Abidin, dan perhiasan kepada para wali-Ku yang lalu, dan anak
lelakinya seperti datuknya yang terpuji Muhammad al-Baqir kerana ilmu-Ku, dan galian
hikmah-Ku, dan akan binasa mereka yang tidak mempunyai pendirian tentang
Ja‘far; penentang kepadanya adalah seperti penentang kepada-Ku. Kata-kata yang
tepat bagi-Ku bahawa Aku akan menghormati kedudukan Ja‘far. Aku akan
menggembirakannya di kalangan penyokong-penyokong dan pembantu-pembantunya dan
para walinya.
Dan selepasnya adalah Musa.
Fitnah yang buta dan halus akan berlaku, kerana rancangan jahat tidak terputus,
dan hujah-Ku tidak juga tersembunyi. Sesungguhnya para wali-Ku akan meminum gelas
yang sempurna. Barangsiapa yang telah menentang seorang daripada mereka, maka
sesungguhnya beliau telah mengingkari nikmat-Ku, dan telah mengubah ayat
daripada kitab-Ku, dan telah berbohong ke atas-Ku, neraka wail bagi
pembohong-pembohong yang menentang selepas Musa, hamba-Ku, kekasih-Ku, dan
pilihan-Ku, kerana pembohong kepada salah seorang daripada mereka adalah
pembohong kepada semua para wali-Ku. Ali adalah wali-Ku, dan
pembantu-Ku.
Siapa yang Aku meletakkan ke
atasnya tanggungan kenabian atau Aku
mengujinya dengan kekuatan
tersebut, akan dibunuh oleh jin yang sombong, di kapankan di bandar yang telah
dibina oleh hamba yang soleh (Dhu
l-Qurnain) di sisi sejahat-jahat makhluk-Ku. Aku akan menggembirakannya dengan
Muhammad anak lelakinya, khalifahnya
selepasnya, dan pewaris ilmu-nya. Lantaran itu, beliau adalah galian
ilmu-Ku, dan tempat simpan ilmu-Ku, dan hujah-Ku di atas makhluk-Ku. Aku
telah menjadikan syurga tempat tinggalnya.
Aku telah memberi syafaat
kepadanya bagi membolehkannya menyelamatkan tujuh puluh ribu keluarganya yang layak untuk ke neraka. Aku
telah menamatkan kebahagiaan anak
lelakinya Ali, wali-Ku dan penolong-Ku, dan saksi kepada makhluk-Ku, pemegang
amanah wahyu-Ku. Aku akan mengeluarkan
daripadanya seorang
pendakwah kepada jalan-Ku dan penyimpan kepada ilmu-Ku
al-Hasan, kemudian Aku menyempurnakannya selepasnya anak lelakinya (al-Mahdi)
sebagai rahmat kepada alam semesta.
Di atasnya kesempurnaan Musa,
kehebatan Isa dan kesabaran Ayyub. Para wali-Ku akan dihina pada zamannya,
kepala-kepala mereka menunduk sebagaimana dilakukan oleh orang- orang Turki dan
Dailam, mereka akan dibunuh, dibakar, mereka menjadi takut, bumi dimerahi
dengan darah-darah mereka, penderitaan dan tangisan berlaku kepada
perempuan-perempuan mereka, mereka itu adalah para wali-Ku yang sebenar, dengan
mereka Aku menolak segala bala, dan fitnah yang buta, dengan mereka Aku menahan
gegeran, dan dengan mereka Aku menolak bencana, ke atas mereka itu adalah
selawat dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka adalah orang-orang yang
mendapat hidayat.
Abd al-Rahman bin Salim
berkata: Abu Basir berkata: Sekiranya anda tidak mendengar hadis selain
daripada hadis ini, nescaya ia memadai bagi anda, lantaran itu, jagalah hadis ini
melainkan kepada ahlinya[36].
Mukjizat Amir al-Mukminin A.S
Muhammad bin Ali telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ali bin
Ibrahim bin Hasyim daripada bapanya daripada Ibn Abu Umair daripada Abban Ahmar
berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Wahai Abban, bagaimana orang ramai mengingkari
kata-kata Amir al-Mukminin a.s manakala beliau berkata: Jika aku mahu, nescaya
aku mengangkat kaki aku ini bagi memukul dada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan di Syam, justeru itu aku membalikkannya
dari katilnya” tetapi mereka tidak mengingkari pengambilan Asif ; wasi
Sulaiman, akan singgahsana Balqis dan membawanya kepada Sulaiman sebelum
berkelip matanya, tidakkah Nabi kita sebaik-baik para nabi dan wasi kita sebaik-baik wasi?
Kenapakah mereka tidak menjadikannya (Ali a.s) seperti wasi Sulaiman? Allah
telah menghukum di antara kita dan mereka yang mengingkari hak kami, dan
mengingkari kelebihan kami[37].
Ahmad bin Abdullah daripada
Abdullah bin Muhammad al-‘Abasi
berkata:Ahmad bin Salmah telah
memberitahu aku daripada al-A‘masy daripada Ziad bin Wahab daripada Abdullah
bin Mas‘ud berkata: Aku telah mendatangi Fatimah a.s, maka aku berkata
kepadanya: Di manakah suami anda? Beliau berkata: Jibrail a.s telah naik ke
langit bersama-samanya. Aku berkata: Kenapa? Beliau berkata: Beberapa malaikat
telah berselisih faham tentang sesuatu, maka mereka telah bertanya hukum
daripada manusia, maka Allah telah mewahyukan kepada mereka supaya membuat
pilihan. Lantas mereka memilih Ali bin Abu Talib a.s[38].
Muhammad bin Ali berkata: Bapa
aku telah memberitahu aku daripada Sa‘d bin Abdullah daripada al-Hasan bin Musa
daripada Ismail bin Mihran daripada Ali bin Uthman daripada Abu al-Hasan Musa
bin Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya para nabi, anak-anak para nabi, dan
pengikut-pengikut para nabi dikhususkan dengan tiga sifat: Kesakitan di badan,
takut kepada pemerintah, dan kefakiran.
Sujud Matahari Kepada Allah
Kebaikan
BAHAGIAN KELAPAN
Para Imam selepas Nabi s.a.w, diazab enam dengan
enam, khutbah Amir al-Mukminin a.s, dosa-dosa
dan kesan-kesannya dan
lain-lain.
Diazab Enam Dengan Enam
Ali bin Abbas daripada Salih
bin Hamzah daripada Hasan bin Abdullah daripada al-Sadiq a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah
berkhutbah dan berkata: Wahai manusia, bertanyalah kepada aku sebelum kamu
ketiadaan aku, wahai manusia, akulah hati Allah yang sedar (al-Wa‘i), lidah-Nya yang bercakap (lisanu-hu al-Natiq), penjaga amanah
kepada rahsia-Nya, hujah-Nya ke atas makhluk-Nya, khalifah-Nya ke atas
hamba-hamba-Nya, mata-Nya yang melihat kepada makhluk-Nya, tangan-Nya yang terbuka
dengan kasihan belas,dan rahmat, agama-Nya di mana tidak akan membenarkan aku
melainkan keimanan semata-mata, dan tidak membohongi aku melainkan kekafiran
semata-mata[106].
Daripada al-Husain bin
al-Hasan, daripada Bakr bin Salih daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid,
daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Aku adalah penunjuk dan pemberi
petunjuk, bapa anak-anak yatim, suami kepada ibu-ibu tunggal, dan orang-orang
miskin, aku adalah tempat berlindung setiap orang yang lemah, tempat keamanan
bagi setiap yang takut, aku adalah pemimpin mukminin ke syurga.
Akulah pintu taubat.
Barangsiapa yang telah mengenali aku, dan mengetahui hak aku, maka sesungguhnya
beliau telah mengenali Tuhannya, kerana aku adalah wasi nabi-Nya di bumi-Nya,
dan hujah-Nya ke atas hamba-Nya. Tiada seorang pun yang boleh mengingkarinya
selain daripada orang yang menolak Allah dan Rasul-Nya[107].
Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan
daripada kami orang yang menghina amanah-iaitu orang yang memakannya apabila
beliau menyimpannya, dan bukanlah daripada kami orang yang telah mengkhianati
seorang muslim pada keluarganya, dan hartanya[108].
Beliau s.a.w bersabda: Barangsiapa yang
telah mentaati Allah, maka sesungguhnya beliau telah mengingati Allah sekalipun
solatnya, puasanya, dan tilawah al-Qur’annya berkurangan. Barangsiapa yang
telah menderhaka kepada Allah, maka sesungguhnya beliau telah melupai Allah
sekalipun solatnya, puasanya, tilawah al-Qur’annya bertambah banyak.
Beliau s.a.w bersabda: Barangsiapa yang
telah meninggalkan maksiat, kerana takutkan Allah, maka Allah meredainya pada
hari Kiamat.
Beliau s.a.w bersabda: Sekiranya ramalan
jahat pada sesuatu, maka ianya di lidah.
Beliau s.a.w bersabda: Barangsiapa yang
telah berusaha mencari harta tidak halal, maka tempat kembalikannya di neraka.
Beliau s.a.w bersabda:Allah berfirman:
Barangsiapa yang tidak pedulikan dari pintu manakah beliau mendapatkan dinar
dan dirham, maka Aku tidak pedulikannya pada hari Kiamat nanti dari pintu
manakah Aku akan memasukkannya ke neraka.
Pembentangan
Wilayah Ahlu l-Bait Ke Atas Semua
Perkara
Daripada Imran bin Yasar al-Yasykariy,
daripada Abu Hafs al-Madlaji daripada Syarif bin Rabi‘ah, daripada Qanbar maula
Amir al-Mukminin a.s berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin
a.s, tiba-tiba seorang lelaki masuk dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, Aku
suka buah tembikai. Qanbar berkata: Amir al-Mukminin a.s. memerintah aku supaya
membeli sebiji buah tembikai. Maka aku membayar satu dirham, lalu mereka
membawa kepada kami tiga biji buah tembikai. Aku memotong satu sebiji tembikai,
maka aku mendapatinya pahit. Aku berkata: Pahit, wahai Amir al-Mukminin a.s.
Beliau a.s berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka kepada neraka.
Qanbar berkata: Aku memotong buah tembikai
yang kedua, maka ia adalah masam. Aku berkata: Masam, wahai Amir al-Mukminin
a.s, beliau berkata: Campakkannya kerana ia dari neraka kepada neraka. beliau
berkata: Aku telah memotong buah tembikai yang ketiga. Maka aku mendapatinya
berulat. Aku berkata: Berulat, wahai Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s. berkata:
Campakkannya kerana ia dari neraka ke neraka. Kemudian aku membayarnya dengan
satu dirham yang lain, lalu mereka datang kepada kami dengan tiga biji tembikai
diletaknya di kaki aku. Lalu aku berkata: Maafkan aku, wahai Amir al-Mukminin
a.s untuk memotongnya.
Amir al-Mukminin a.s berkata kepadaku:
Silakan duduk wahai Qanbar, ini adalah perintah. Aku pun duduk dan memotong
satu biji tembikai. Aku telah mendapatinya manis, aku berkata: Manis, wahai
Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s
berkata: Makanlah dan berilah makan kepada kami. Lalu aku telah makan
sebahagian dan aku memberi makan kepadanya sebahagian. Kemudian aku memberi
makan satu bahagian kepada lelaki yang duduk di sisi aku. Aku telah berpaling
kepada Amir al-Mukminin a.s. Maka beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah telah
membentangkan wilayah kami ke atas penghuni langit dan penghuni bumi daripada
Jin, manusia, buah-buahan dan lain-lain. Barangsiapa yang telah menerima
wilayah kami, maka ia adalah baik, bersih, dan manis. Barangsiapa yang tidak
menerimanya, maka ia adalah jahat, buruk dan busuk[109].
Daripada Abban bin Taghlab al-Kindi
berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya roh iman adalah satu, keluar di
sisi Yang Satu, kemudian berpisah pada tubuh yang berlainan, maka di atas-Nya ia bertaut, dan berkasih sayang,
ia akan keluar dari bermacam-macam, dan kembali di dalam keadaan yang satu, di
sisi Yang Satu.
Kelebihan Mengenali Wilayah Ahlu l-Bait
A.S
Ibn Sinan daripada al-Mufadhdhal bin
‘Umar berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah s.w.t
adalah Satu, lalu Dia memperkenalkan kepada hamba-Nya akan diri-Nya, kemudian
Dia telah menyerahkan kepada mereka urusan-Nya, dan mengharuskan mereka
syurga-Nya. Barangsiapa Allah mahu membersihkan hati-nya(an yutahhira qalba-hu)di kalangan Jin dan manusia, maka Dia
memperkenalkan kepadanya wilayah kami (wilayati-na).
Dan barangsiapa yang Dia mahu memadamkan hatinya, maka Dia menahannya dari
mengenali kami.
Kemudian beliau berkata: Wahai
Mufadhdhal, demi Allah, sesungguhnya Adam tidak berhak diciptakan Allah dengan
tangan-Nya, (ma istaujaba Adam an
yakhluqa-hu l-Lahu bi-yadi-hi) dan dihembuskan padanya roh-Nya melainkan
dengan wilayah Ali a.s (illa bi-wilayati
Ali). Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan melainkan dengan
wilayah Ali a.s. Dan Allah tidak memperkuatkan Isa ibn Maryam sebagai bukti (ayatan) bagi alam semesta melainkan
dengan khudhu’ kepada Ali a.s,
kemudian beliau berkata: Makhluk Allah tidak layak “melihat” Allah melainkan dengan mentaati kami[110].
Balasan Mereka Yang Menegah Mukmin Dari
Hajatnya
Daripada Ali bin Ja‘far daripada
saudaranya Musa bin Ja‘far a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata:
Barangsiapa yang telah didatangi saudaranya muslim di dalam sesuatu hajat, maka
sesungguhnya ia adalah suatu rahmat
daripada Allah kepadanya. Jika
beliau menerimanya, maka sesungguhnya beliau telah menyambungkannya dengan
wilayah kami iaitu sambungan
dengan wilayah Allah Jika beliau
menolaknya dari menunaikan hajatnya
sedangkan beliau mampu melaksanakannya, maka Allah akan menguasai ke
atasnya dengan api neraka yang
membakarnya di dalam kuburnya sehingga hari Kiamat sama ada beliau
diampuni ataupun diseksa, kerana keuzurannya kepada yang berhajat adalah lebih
buruk keadaannya[111].
Abu Abdullah a.s berkata: Seorang yang
telah bercakap dengan satu percakapan
petunjuk, lalu orang lain mengamalkannya, maka beliau akan mendapat pahala
sebagaimana pelakunya. Begitu juga jika beliau bercakap dengan perkataan sesat,
maka baginya dosa sebagaimana pelakunya[112].
Daripada al-‘Alim: Barangsiapa yang telah melakukan sunnah yang
baik, maka baginya pahalanya, dan pahala orang yang melakukannya tanpa
mengurangkan pahala mereka sedikit. Barangsiapa yang melakukan sunnah yang
jahat, maka beliau akan menanggung dosanya, dan dosa pelakunya tanpa sedikit
pun mengurangi dosa mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa
yang telah mempelajari suatu ilmu bagi berhujah dengan orang-orang yang bodoh
atau menguji para ulama dan menarik orang ramai kepadanya sambil berkata:
Akulah ketua kamu, maka beliau akan menduduki tempatnya di neraka. Kemudian
beliau berkata: Sesungguhnya kepimpinan tidak layak melainkan kepada ahlinya.
Barangsiapa yang telah menyeru orang ramai kepada dirinya sedangkan di kalangan
mereka terdapat orang yang lebih alim daripadanya, maka Allah tidak akan
melihat kepadanya di hari Kiamat[113].
Daripada al-Harith bin al-Mughirah
berkata: Abu Abdullah a.s telah berjumpa dengan aku di bahagian jalan ke Madinah secara berhadapan, berkata
kepada aku: Harith! Aku berkata: Ya, maka beliau berkata: Aku akan membawa dosa
orang-orang bodoh di kalangan kamu ke atas orang-orang yang lemah lembut kamu (hulama’i-kum). Aku berkata: Aku jadikan
diri aku tebusan anda, kenapa? Beliau berkata: Apakah yang menghalang kamu dari
mendatangi lelaki yang telah menimbulkan
keaiban kepada kami di sisi orang ramai, menasihatinya dengan kata-kata
yang baik? Aku berkata: Jika beliau tidak menerima kami dan mematuhi kami?
Beliau berkata: Jika begitu, maka kamu tinggalkan dia dan jauhilah daripadanya.
Persaudaraan
Ada Dua Jenis
Daripada Yunus bin Abd al-Rahman daripada
Abu Maryam daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Seorang lelaki telah berdiri kepada
Amir al-Mukminin a.s di Basrah, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin a.s,
beritahu kepada aku tentang saudara-saudara (al-Ikhwan). Beliau berkata: Saudara-saudara ada dua jenis: Saudara
yang dipercayai (thiqah) dan saudara
ketika ketawa (mukasyarah). Adapun
saudara-saudara yang dipercayai, maka mereka sepertilah tapak tangan, sayap,
ahli, dan harta. Jika anda mempercayai saudara anda, maka berbelanjalah harta
anda, badan anda, bersahabat dengan orang yang bersahabat dengannya, bermusuhan
dengan orang yang bermusuhan dengannya. Sembunyikan rahsianya, keaibannya, dan
perlihatkan kebaikannya. Ketahuilah, wahai orang yang bertanya, bahawa mereka
adalah lebih mulia daripada permata merah. Adapun saudara-saudara ketika
ketawa, anda akan mendapat kelazatan daripada mereka, anda janganlah memutuskan
perhubungan dengan mereka, dan janganlah anda meminta lebih daripada itu.
Berbelanjalah kepadanya sebagaimana beliau membelanjakan kepada anda dengan
muka yang baik dan lidah yang manis[114].
Tingkatan
Persahabatan
Abu Abdullah a.s berkata:
Sesungguhnya mereka yang anda menganggap sebagai sahabat tetapi apabila anda
menguji mereka, maka anda akan mendapati mereka terbahagi kepada beberapa
peringkat: Pertama: Mereka adalah seperti singa pada membesar-besarkan makan.
Kedua: Mereka seperti serigala di dalam kemudaratan. Ketiga: Mereka seperti
anjing di dalam mengerak-gerakan ekornya. Keempat: Mereka seperti musang di
dalam tipu muslihat, dan pencurian. Bentuk mereka bermacam-macam, tetapi
pekerjaan mereka adalah satu. Apakah anda akan lakukan jika anda ditinggalkan
keseorangan, tanpa ahli, dan anak melainkan Tuhan semesta alam?[115]
Al-Sadiq a.s berkata: Sahabat musuh Ali
a.s adalah musuh Ali a.s.[116]
Al-Ridha a.s berkata: Apabila anda di
dalam kesusahan, maka kamu pohonlah pertolongan melalui kami kepada Allah iaitu
firman-Nya Surah al-A‘raf (7): 180 “Hanya
milik Allah asma’ al-Husna maka pohonlah kepada-Nya dengannya”[117]
Beliau berkata: Amir al-Mukminin a.s
berkata: Janganlah anda menampakkan gigi anda sedangkan keburukan telah dilakukan, anda tidak dapat mengelakkan
azab dari amalan yang jahat[118].
Simpanlah
Hadis Kami Di Benteng-Benteng yang kukuh
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Salmah
bin al-Khattab daripada Ahmad bin Musa daripada Abu Sa‘id al-Zanjani daripada
Muhammad bin Isa daripada Abu Sa‘id al-Mada’ini berkata: Abu Abdullah a.s
berkata: Sampaikan salam aku kepada mawali kita, dan beritahu kepada mereka
supaya mereka menyimpan hadis kami di dalam benteng-benteng yang kukuh (husun hasinah ), di dada-dada fakih (sudur faqihah), dan di dalam mimpi-mimpi
yang tenang, demi Yang telah membelah biji-bijian, dan Yang telah menghidupkan
jiwa, bahawa bukanlah pencaci kami (al-Syatimu
la-na ‘ardhan) yang menjadi halangan, dan bukanlah penentang kami (al-Nasibu la-na harban) yang
mengisytiharkan peperangan terhadap kami yang lebih membahayakan kami daripada
penyebar (al-mudhi‘) hadis kami
kepada orang yang tidak boleh menerimanya (man
la yahtimilu-hu)[119].
Kelebihan
Kemurahan Hati
Diriwayatkan daripada seorang yang alim
sesungguhnya beliau berkata: Kemurahan hati (al-Sakha’) adalah satu pohon di syurga, dan dahan-dahannya adalah
di dunia. Barangsiapa yang telah
bergantung di salah satu dahannya, maka ia akan membawanya ke syurga.
Kebakhilan (al-Bakhl) adalah satu
pohon di neraka, dan dahan-dahannya adalah di dunia. Barangsiapa yang telah
bergantung di salah satu dahannya, maka ia akan membawanya ke neraka.
Rasulullah s.a.w bersabda
kepada ‘Adi bin Hatim: Sesungguhnya Allah telah menolak azab yang kuat daripada
bapa anda kerana kemurahan hatinya.
Diriwayatkan bahawa sekumpulan tawanan
telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau telah memerintahkan Amir
al-Mukminin a.s supaya memenggal leher mereka, kemudian beliau telah
memerintahnya supaya mengasingkan seorang daripada mereka, dan tidak dibunuh,
lelaki itu berkata: Kenapa anda telah mengasingkan aku daripada para sahabat
aku sedangkan jenayah adalah satu, beliau s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah
telah mewahyukan kepada aku bahawa anda adalah seorang yang pemurah di kalangan
kaum anda, dan aku tidak akan membunuh anda, lantas lelaki itu berkata: Aku
naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya anda adalah pesuruh
Allah. Beliau berkata: Kemurahan hatinya telah membawanya ke syurga.
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki yang
pemurah yang melakukan dosa itu adalah lebih dicintai Allah daripada seorang
tua (syeikh) yang kuat beribadat, tetapi bakhil.
Diriwayatkan bahawa tiada suatu perkara
yang hampir kepada Allah dan lebih dicintai-Nya dari memberi makan, dan
pengaliran darah (sembelihan binatang atau syahadah).
Diriwayatkan: Kamu duduklah di hadapan
hidangan di dalam waktu yang agak lama, kerana ia adalah waktu yang tidak
dikira umur kamu.
Diriwayatkan bahawa jika seorang
membelanjakan makanan dengan harga
seratus ribu dirham, kemudian seorang mukmin sahaja memakannya, maka ia tidak
dikira seorang pemboros(musrifan).
Diriwayatkan daripada seorang yang alim
bahawa beliau berkata: Beri makanlah makanan, berilah salam, kerjalah solat
ketika orang ramai sedang tidur, maka
masuklah syurga dengan sejahtera.
Diriwayatkan: Hanya kepada kamulah
pahala, wahai pemurah hati (al-Sakhiyyu),
kerana Allah a.w menyambut dengan tangan-Nya.
Diriwayatkan bahawa Allah menyambut di
ubun-ubun bayi apabila ia terantuk.
Beliau berkata: Allah berfirman di dalam
hadis kudsi: Redailah apa yang Aku telah kurniakan kepada kamu, nescaya kamu
menjadi orang yang paling kaya.
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada
al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Ali bin
Abu Hamzah daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far berkata:
Rahsia Allah di mana Dia telah menyimpan rahsia-Nya kepada Jibrail, dan Jibrail
telah menyimpan rahsianya kepada Muhammad s.a.w, dan Muhammad telah menyimpan
rahsianya kepada Ali a.s, dan Ali a.s telah menyimpannya kepada orang yang ia kehendaki seorang
selepas seorang.
Hukum-Hukum
Diat
Al-Hasan bin Mahbub daripada Hisyam bin
Salim daripada Ziad bin Sauqah daripada al-Hakam bin Utaibah berkata: Aku telah
berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Aslaha-ka
l-Lahu, sesungguhnya sebahagian orang mempunyai tiga puluh dua gigi di
mulutnya, dan sebahagian orang mempunyai dua puluh lapan gigi, lantaran itu,
berapakah dibahagikan diat gigi? Maka beliau berkata: Asal kejadian adalah dua
puluh lapan gigi; dua belas di hadapan mulut, dan enam belas gigi di belakang,
maka di atas asas inilah dibahagikan diat gigi. Fidyah setiap gigi hadapan
apabila ia pecah dan hilang adalah lima ratus dirham. Bagi dua belas gigi, maka
fidyahnya adalah enam ribu dirham. Fidyah setiap gigi gusi sehingga ia hilang
adalah separuh fidyah gigi hadapan. Lantaran itu fidyah setiap gigi yang telah
pecah sehingga ia hilang adalah dua ratus lima puluh dirham. Oleh itu enam
belas gigi gusi, maka fidyahnya adalah empat ribu dirham. Semua diat gigi
hadapan dan belakang adalah sepuluh ribu dirham, dan gigi yang melebihi dua
puluh lapan tiada diat baginya, begitu juga gigi yang kurang, maka tiada diat
baginya. Demikianlah kami telah mendapatinya di dalam kitab Ali.
Al-Hakam berkata: Maka aku berkata
kepadanya: Sesungguhnya diat diambil sebelum hari ini dari unta dan kambing,
beliau berkata: Itu telah berlaku di perkampungan sebelum Islam. Apabila datang
Islam dan kertas (al-waraq ) telah
menjadi banyak di kalangan orang ramai, maka Amir al-Mukminin a.s telah
membahagikannya di atas wang kertas. Al-Hakam berkata: Aku telah berkata
kepadanya: Apakah pendapat anda jika ia
berlaku kepada penduduk kampung,adakah diambil daripadanya unta atau wang
kertas? Beliau berkata: Unta pada hari ini sepertilah wang kertas, tetapi ia
adalah lebih baik dari wang kertas di dalam diat. Diambil daripada mereka diat
kesalahan (al-Khata’) adalah seratus
ekor unta, setiap ekor unta dinilai sebayak seratus dirham, maka jumlah
kesemuanya adalah sepuluh ribu dirham, aku berkata kepadanya: Berapakah umur
seratus ekor unta? Beliau berkata: Apabila cukup setahun[120].
al-Hakam berkata: Aku telah bertanya
kepadanya:Apakah pendapat anda tentang sengaja (al-‘Amd), dan secara tidak sengaja (al-Khata’ ) di dalam pembunuhan dan kecederaan? Beliau berkata: Al-Khata’ (secara tidak sengaja) tidak
sama dengan sengaja (al-‘Amd).
Sengaja di dalam pembunuhan dan kecederaan adalah dikenakan kisas, sementara
pembunuhan dan kecederaan secara tersalah dikenakan diat, kemudian beliau
berkata: Wahai Hakam, apabila kesalahan daripada pembunuh atau orang yang
melakukan kecederaan itu seorang Badwi, maka fidyah yang dilakukan oleh Badwi secara tidak
sengaja itu, adalah di atas wali-wali Badwinya. Dan jika pembunuh atau orang
yang melakukan kecederaan itu terdiri daripada orang kampung, maka diat
kesalahannya adalah di atas wali-wali kampungnya[121].
Daripadanya, daripada al-Hakam berkata:
Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang anak-anak jari tangan (asabi‘ al-Yadain), dan anak-anak jari
kaki yang melebihi sepuluh jari atau yang berkurangan daripadanya, adakah
dikenakan diat? Beliau berkata: Maka beliau berkata kepada ku: Wahai Hakam,
asal kejadian adalah sepuluh anak-jari bagi dua tangan, dan sepuluh anak jari
kaki bagi dua kaki dan apa yang terlebih dan berkurangan, maka tiada diat
baginya, setiap anak jari tangan, maka diatnya adalah seribu dirham, dan diat
bagi setiap anak jari kaki adalah seribu dirham, dan setiap anak jari yang
lumpuh, maka diatnya adalah satu pertiga dari anak jari yang sihat[122].
Hisyam bin Salim daripada Ammar bin
al-Sabiti daripada Abu Ubaidah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s
tentang seorang yang buta yang telah mencungkil mata seorang lelaki yang
sempurna dengan sengaja, maka beliau berkata: Wahai Abu Ubaidah, sesungguhnya
kesengajaan seorang yang buta sepertilah seorang yang melakukannya dengan tidak
sengaja, lantaran itu, beliau wajib mengeluarkan diat dari hartanya. Jika beliau
tidak mempunyai harta, maka diatnya adalah di atas imam, dan ia tidak
membatalkan hak seorang muslim.
Alamat-Alamat
Kejayaan
‘Umru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir
al-Ja‘fi berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepada aku: Wahai Jabir,
sentiasalah berada di tanah, janganlah anda menggerakkan tangan, dan kaki
sehingga anda melihat alamat-alamat di mana aku akan menyebutnya kepada anda
jika anda mendapatinya: Perselisihan anak lelaki si polan, tetapi aku tidak
fikir anda akan mendapatinya. Ia akan berlaku selepas aku. Penyeru akan menyeru
dari langit, dan suara akan mendatangi kamu dari arah Dimasyq, akan menelan
sebuah kampung di Syam dinamakan al- Jabiyah, satu kumpulan akan terjatuh dari
Masjid Dimasyq di sebelah kanan, pemberontak akan keluar di sebelah Turki, dan
dikuti di sebelah Rom.
Dialu-alukan saudara-saudara sehingga
mereka berkumpul di al-Jazirah. Begitu juga pemberontak Rom dialu-alukan
sehingga mereka berkumpul di al-Ramlah. Pada tahun itu, wahai Jabir, terdapat
perbezaan yang banyak pada setiap tanah di sebelah al-Maghrib. Maka bumi
al-Maghrib akan merosakkan bumi Syam, kemudian mereka bertengkar di atas tiga
bendera: Bendera al-Ashab, bendera al-Abqa‘, dan bendera al-Sufyani. Kumpulan
al-Sufyani akan bertemu dengan kumpulan al-Abqa‘, lalu mereka berperang.
Al-Abqa’ dan tenteranya terbunuh begitu juga al-Ashab dibunuh.
Kemudian matlamatnya adalah mara ke
Iraq, dan tenteranya akan melalui Qirqisa di mana mereka akan membunuh seratus
ribu orang tentera yang kuat. Kemudian al-Sufyani akan menghantar tentera ke
Kufah, dan bilangan mereka adalah tujuh puluh ribu. Mereka akan membunuh
penduduk Kufah, menyula, dan menjadikan mereka hamba. Di dalam keadaan mereka
sedemikian, tiba-tiba bendera-bendera di sebelah Khurasan memenuhi rumah-rumah,
dan bersama-sama mereka adalah beberapa orang sahabat al-Qaim a.s. Seorang
daripada mawali penduduk Kufah
keluar, lalu dibunuh oleh pemerintah tentera al-Sufyani di antara al-Hirah dan
Kufah, kemudian al-Sufyani akan menghantar delegasi ke Madinah, lalu al-Mahdi
melarikan diri ke Makkah. Maka berita telah sampai kepada pemerintah tentera al-Sufyani bahawa al-Mahdi telah keluar dari
Madinah.
Lantas beliau mengutus tentera untuk
menjejakinya, tetapi tidak mendapatinya
sehingga beliau a.s memasuki Makkah di dalam keadaan takut menunggu mengikut sunnah Musa bin Imran a.s;
pemerintah tentera al-Sufyani berkumpul
di al-Baida’, lalu penyeru menyeru dari langit: Wahai Baida’, adakah di sisi
al-Baida’ kumpulan yang akan ditelan bumi di al-Baida’, dan tidak akan terlepas
daripada mereka melainkan tiga orang,
Allah akan menukar muka-muka mereka ke belakang. Dan pada merekalah Surah
al-Nisa, (4): 47 diturunkan “ wahai
orang-orang yang telah diberi al-Kitab, berimanlah kamu kepada apa yang telah
kami turunkan (al-Qur’an) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu sebelum kami merubah
muka(mu)”.
Beliau berkata: Al-Qaim a.s pada masa
itu berada di Makkah, menyandar belakangnya di Ka‘bah sambil berdoa: Wahai
manusia: Sesungguhnya kami memohon pertolongan Allah, dan siapa yang menyahuti
seruan kami di kalangan manusia, kerana kami adalah Ahlu l-Bait Nabi kamu. Kami
adalah orang yang paling aula dengan
Allah, dan Muhammad s.a.w. Barangsiapa yang berhujah dengan aku tentang Adam,
maka aku adalah orang yang paling aula
dengan Adam. Barangsiapa yang berhujah dengan aku tentang Nuh, maka aku adalah
orang yang paling aula dengan Nuh.
Barangsiapa yang berhujah dengan aku
tentang Ibrahim, maka aku adalah orang yang paling aula tentang Ibrahim. Barangsiapa yang berhujah denganku tentang
Muhammad s.a.w, maka aku adalah orang yang paling aula tentang Muhammad s.a.w. Barangsiapa yang berhujah dengan aku
tentang para nabi, maka aku adalah orang yang paling aula tentang para nabi, tidakkah Allah berfirman di dalam kitabnya
Surah Ali Imran (3) : 34 “Sesungguhnya
Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran melebihi
segala umat sebagai satu keturunan yang sebahagiannya dari yang lain. Dan Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui “.
Maka aku adalah baqiyyatun (peninggalan) daripada Adam, simpanan daripada Nuh,
tapisan daripada Ibrahim dan pilihan
daripada Muhammad s.a.w. Barangsiapa yang berhujah dengan aku tentang kitab
Allah, maka aku adalah orang yang aling aula
tentang kitab Allah. Barangsiapa yang berhujah dengan aku tentang sunnah
Rasulullah s.a.w, maka aku adalah orang yang paling aula tentang sunnah Rasulullah s.a.w dan sirahnya.
Aku menyeru Allah akan orang yang telah
mendengar percakapan ku hari ini manakala orang yang menyaksikan di kalangan
kamu telah menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, aku meminta kamu
dengan hak Allah, hak Rasul-Nya, dan hak aku, sesungguhnya bagiku di atas kamu hak kerabat dengan Rasulullah
s.a.w, kamu telah menentang kami, dan menghalang kami daripada mereka yang
menzalimi kami. Sesungguhnya kami telah diugut, dizalimi, diusir dari
rumah-rumah kami, dan anak-anak kami. Kami ditindas, dipinggirkan dari hak
kami, dan ahli batil menentang kami. Allah, Allah jika mereka telah mengambil
kami, dan telah menolong kami, Allah akan menolong kamu; maka Allah akan
mengumpulkan untuknya para sahabatnya sebanyak tiga ratus tiga belas orang
lelaki, Allah akan mengumpulkan untuknya tanpa menetapkan hari tertentu, iaitu
sebagaimana ayat, wahai Jabir, yang telah disebutkan di dalam Surah al-Baqarah
(2) : 148 “Di mana saja kamu berada pasti
Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”
Maka mereka akan memberi baiah
kepadanya di antara Ka‘bah dan Makam
Ibrahim bersama-samanya janji dari Rasulullah s.a.w yang diwarisi para nabi
daripada bapa-bapa mereka, dan al-Qaim, wahai Jabir, adalah seorang lelaki
daripada anak lelaki al-Husain bin Ali a.s. Allah akan memperbaiki urusannya
untuknya di dalam satu malam. Beliau tidak akan menyusahkan orang ramai tentang
perkara itu, wahai Jabir, dan kelahirannya
daripada Rasulullah s.a.w juga tidak akan menyusahkan keadaan, dan
pewarisannya akan para ulama seorang
selepas seorang tidak akan menimbulkan masalah ke atas mereka. Jika kemusykilan
berlaku, maka suara dari langit akan menyeru dengan namanya, nama bapanya, dan
nama ibunya[123].
Pemberitahuan Apa Yang Akan Berlaku
‘Umar bin Thabit daripada Jabir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s
berkata: Demi Allah, seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait selepas
kematiannya tiga ratus sembilan tahun, beliau berkata: Maka aku berkata:
Bilakah ia akan berlaku? Beliau berkata: Maka beliau berkata: Selepas kematian
al-Qaim. Aku telah berkata kepadanya: Berapa lama al-Qaim akan berada di dunianya sehingga
beliau mati? Beliau berkata: Maka beliau berkata: Sembilan belas tahun dari
hari pertamanya sehingga hari kematiannya, aku berkata: Adakah selepas
kematiannya akan berlaku huru-hara? Beliau berkata: Ya, selama lima puluh
tahun.
Kemudian al-Muntasir akan
keluar ke dunia menuntut darahnya, dan darah para sahabatnya, maka beliau
membunuh dan mengambil tawanan sehingga dikatakan kepadanya: Jika inilah dari
zuriat para nabi, nescaya beliau tidak
membunuh orang ramai seperti pembunuhan ini, orang ramai sama ada yang putih
atau yang hitam mereka akan berkumpul kepadanya sehingga mereka membuatnya
berlindung kepada Ka‘bah, dan apabila bala berlaku kepadanya, maka al-Muntasir
dibunuh, kemudian al-Saffah keluar kepada dunia di dalam keadaan marah, kerana
pembunuhan al-Muntasir, maka beliau akan membunuh setiap musuh kami, adakah
anda mengetahui siapakah al-Muntasir, dan al-Saffah wahai Jabir? Al-Muntasir
adalah al-Husain bin Ali, dan al-Saffah adalah Ali bin Abu Talib a.s[124]
.
‘Ala’ bin Razin daripada
Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Tiada
agama bagi orang yang telah mentaati orang menderhaka kepada Allah, tiada agama
bagi orang yang telah mempercayai kebatilan, dan tiada agama bagi orang yang
telah menentang sesuatu dari ayat-ayat Allah.
BAHAGIAN KESEMBILAN
Umpama
ilmu Ahlu l-Bait a.s, hukum mengingkari imam daripada Allah, kegembiraan kepada
mukmin, kelebihan keadilan dan beramal dengannya, bilangan para nabi a.s, Musa
dan kaumnya yang tersesat di jalan dan lain-lain.
Umpama Ilmu Ahlu l-Bait A.S
Ishaq bin ‘Ammar daripada Abu
Abdullah a.s: Sesungguhnya umpama Ali bin Abu Talib a.s, dan umpama kami
selepasnya pada umat ini sepertilah Nabi Musa, dan Nabi Khidir a.s, Nabi Musa
a.s telah memohon untuk bercakap dengan Nabi Khidir a.s, dan meminta
persahabatan dengannya, kisah mereka berdua telah diceritakan oleh Allah di
dalam Surah al-A‘raf (7) :144 “bahawa
Allah telah berkata kepada Musa wahai Musa sesungguhnya Aku telah memilih kamu
dari manusia yang lain untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung
dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku telah berikan
kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur”
Kemudian Dia berfirman di dalam Surah yang sama:145 “Dan telah kami tuliskan untuk Musa pada Lauh-lauh segala sesuatu
sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu”
Nabi Khidir a.s telah memiliki
ilmu yang tidak ditulis di lauh-lauh (alwah) Musa, tetapi Musa a.s telah menyangka
bahawa semua perkara yang beliau perlukan di dalam kenabiannya, dan semua ilmu
telah ditulis untuknya di lauh-lauh sebagaimana mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah ulama dan fuqaha’, diberi semua kefahaman, dan
ilmu di dalam agama yang diperlukan umat kepadanya.
Mereka
mengesahkan bahawa ia adalah daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka
mempelajari dan menghafaznya. Sebenarnya bukan semua ilmu Rasulullah s.a.w
mereka telah mempelajarinya, dan bukan semuanya daripada Rasulullah s.a.w,
malah mereka tidak mengetahuinya. Suatu perkara sama ada yang halal atau yang
haram ditanya kepada mereka, tetapi mereka tidak mempunyai hadis Rasulullah
s.a.w tentang perkara tersebut, dan mereka pula menjadi malu apabila kejahilan dikaitkan kepada mereka, mereka
tidak suka mereka ditanya, kerana mereka tidak dapat menjawabnya, lantas orang
ramai menuntut ilmu dari galiannya. Justeru itu, mereka telah mengguna pendapat
(al-Ra‘yu), dan kias di dalam agama Allah, dan meninggalkan hadis Rasulullah
s.a.w.
Mereka mendekati Allah dengan
berbagai bid‘ah, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap bid‘ah adalah sesat. Jika
mereka bertanya sesuatu tentang agama Allah, dan mereka tidak mengetahui hadis
Rasulullah s.a.w, maka hendaklah mereka kembalikan kepada Allah, kepada
Rasulullah s.a.w, dan kepada Uli l-Amri
daripada mereka, nescaya ali Muhammad akan memberitahu kepada mereka, tetapi
permusuhan (al-‘adawah) dan hasad
telah menghalang mereka dari menuntut ilmu daripada kami, tetapi Nabi Musa a.s
tidak pernah mempunyai perasaan hasad kepada Nabi Khidir a.s, beliau telah
mengetahui keilmuan Nabi Khidir a.s, lalu beliau telah mengakuinya, dan tidak
berhasad dengki kepadanya sebagaimana umat ini telah berhasad dengki kepada
kami selepas Rasulullah s.a.w akan keilmuan kami, dan apa yang telah kami warisi
daripada Rasulullah s.a.w. Mereka tidak gemar kepada keilmuan kami, tidak
sebagaimana Musa a.s yang telah gemar kepada Khidir a.s,lalu menjalinkan
persahabatan dengannya, mempelajari keilmuannya, manakala beliau telah bertanya
Nabi Khidir a.s, maka beliau mengetahui bahawa Musa tidak mampu untuk
meneruskan persahabatan dengannya, dan tidak boleh menanggung keilmuannya,
serta tidak boleh bersabar dengannya
pada masa itu, Nabi Khidir a.s berkata kepadanya: Sesungguhnya anda
tidak mampu bersabar bersama aku. Musa berkata kepadanya: Kenapa aku tidak
bersabar? Maka Khidir berkata: Bagaimana anda boleh bersabar di atas perkara
yang anda tidak mengetahui beritanya, Musa berkata kepadanya dengan rendah diri
supaya Khidir menerimanya: Anda akan mendapati aku seorang yang bersabar dan
aku tidak akan menderhaka anda walau sedikit.
Khidir telah mengetahui bahawa
Musa tidak bersabar di atas keilmuannya, begitulah, demi Tuhan, wahai Ishaq,
keadaan kadi-kadi mereka, fuqaha’ mereka,
dan kumpulan mereka hari ini, mereka tidak mampu menanggung, demi Tuhan,
keilmuan kami, mereka tidak boleh menerimanya, mereka tidak mampu, dan mereka
tidak akan menerimanya, mereka tidak akan bersabar sebagaimana Musa tidak
bersabar di atas keilmuan Khidir ketika beliau bersahabat dengannya, dan
melihat apa yang beliau telah melihat tentang keilmuannya. Demikianlah ia di
sisi Musa merupakan perkara yang dibencinya (makruhan), dan ia di sisi Allah adalah suatu keredaan iaitu kebenaran, begitulah keadaan ilmu kami di sisi
orang-orang jahil merupakan ilmu yang dibenci (makruhan), dan tidak diambil-kira sedangkan ia di sisi Allah adalah
kebenaran[125].
Abu Ayyub, daripada Muhammad
bin Muslim daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aurat mukmin ke atas mukmin itu
adalah haram,dan berkata: Barangsiapa yang telah mengintai mukmin di rumahnya,
maka dua matanya adalah mubah bagi
mukmin pada masa itu. Barangsiapa yang memasuki rumah mukmin tanpa izinnya,
maka darahnya adalah mubah bagi
mukmin pada masa itu. Barangsiapa yang telah mengingkari seorang nabi yang
diutus akan kenabiannya, dan membohonginya, maka darahnya adalah mubah.
Hukum Mengingkari Imam Daripada Allah
Beliau berkata: Maka aku berkata:Apa pendapat
anda bagi mereka yang telah mengingkari seorang imam daripada kamu apakah
keadaannya? Beliau berkata: Barangsiapa yang telah mengingkari seorang imam
daripada Allah, membebaskan diri daripadanya, dan daripada agamanya, maka
beliau adalah seorang kafir, terkeluar dari Islam, kerana imamah adalah daripada Allah, agamanya adalah agama Allah.
Barangsiapa yang telah bebas daripada agama Allah, maka beliau adalah seorang
yang kafir, darahnya adalah mubah
pada masa itu melainkan beliau kembali bertaubat kepada Allah dari apa yang
dikatakannya, beliau berkata: Barangsiapa yang telah memusnahkan seorang mukmin
kerana mahukan hartanya, dan dirinya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu.
Muhammad bin al-Husain daripada Ibn
Mahbub daripada Hisyam bin Salim daripada Habib al-Sajistani daripada Abu
Ja‘far a.s berkata: Allah berfirman: Aku akan mengazabkan setiap rakyat di
dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang bukan daripada Allah
sekalipun rakyat baik dan bertakwa, dan
Aku akan mengampuni setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang
imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat itu zalim dan jahat.
Memasukkan
Kegembiraan Kepada Mukminin
Al-Sayyari, daripada Muhammad bin Jumhur
berkata: Al-Najjasyi adalah seorang lelaki di kalangan peniaga, menjadi gabenor
di al-Ahwaz dan Faris, berkata: Maka sebahagian pekerja-pekerjanya berkata
kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya di dewan al-Najjasyi, kharaj untuk aku,
beliau adalah seorang yang mentaati anda, tidakkah anda fikir untuk menulis
surat kepadanya? Beliau berkata:Maka beliau telah menulis surat kepadanya: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, buatlah
saudara anda gembira, nescaya Allah akan menggembirakan anda.
Beliau berkata: Apabila beliau telah
mendapatkan surat itu, beliau memasuki majlisnya, kemudian beliau telah
menyerahkannya kepadanya, dan berkata: Ini adalah surat Abu Abdullah a.s, lalu
beliau mengucupnya dan meletakkannya di hadapannya, beliau berkata kepadanya:
Apakah hajat anda? Beliau berkata: Kharaj untuk aku di dewan anda, beliau
berkata kepadanya: Berapa dirham? Beliau
berkata: Sepuluh ribu dirham.
Beliau berkata: Lalu beliau menyeru
penulisnya,dan memerintahnya supaya menunaikannya, kemudian beliau mengeluarkan
namanya dari dewan. Kemudian beliau telah memerintahnya supaya diberikan
kepadanya sebagai penerima, kemudian beliau berkata: Adakah aku telah
menggembirakan anda? Maka beliau berkata: Ya.
Beliau berkata: Maka beliau telah
memerintah untuknya sepuluh ribu dirham lagi, beliau berkata kepadanya: Adakah
aku telah menggembirakan anda (sarartu-ka)?
Maka beliau berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau
berkata: Kemudian beliau telah memerintah untuknya seekor binatang tunggangan,
seorang hamba perempuan dan seorang hamba lelaki, kemudian beliau telah
memerintah untuknya satu bekas pakaian. Dan setiap kali beliau berkata
kepadanya: Adakah aku telah menggembirakan anda? Setiap kali beliau berkata
kepadanya: Ya, beliau menambahkan lagi untuknya sehingga selesai, kemudian
beliau berkata: Bawalah hamparan rumah ini di mana aku telah duduk di atasnya
ketika anda memberi surat maulaku
kepada aku, dan kemukakanlah kepada aku
segala hajat anda.
Beliau berkata: Beliau telah
melaksanakan kesemuanya. Kemudian lelaki itu keluar dan datang kepada Abu
Abdullah a.s. Lalu beliau menceritakan kepadanya segala-galanya. Beliau a.s
telah bergembira apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Maka lelaki itu
berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, seolah-olah beliau telah menggembirakan
anda dengan apa yang beliau telah berikan kepada aku, beliau berkata: Ya, demi
Allah, sesungguhnya beliau telah menggembirakan Allah dan Rasul-Nya(la-qad sarra l-Laha wa Rasula-hu)[126].
Ibrahim bin Ishaq daripada Abdullah bin
Hammad daripada Sudair daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata:
Sesungguhnya aku akan menggembirakan anda? Aku berkata: Ya, Allah telah
menjadikan aku tebusan anda, beliau berkata: Tiada penguasa yang zalim pada
masa dahulu, dan pada masa akan datang melainkan bersamanya seorang yang kuat
daripada Allah yang akan mempertahankan para wali-Nya dari kejahatan mereka[127].
Muhammad bin al-Husain daripada Isa bin
Hisyam daripada Abd al-Karim daripada al-Halb daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Keadilan itu adalah lebih manis daripada air yang mengenai orang yang
dahaga (al-‘Adl ahla min al-Ma’
yusibu-hu al-zam’an). Alangkah luasnya keadilan jika keadilan
dilaksanakan sekalipun sedikit.
Daripada Muhammad bin Isa daripada
saudaranya Ja‘far bin Isa daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Seorang lelaki
telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang keterlibatannya dengan kerja penguasa?
Beliau berkata: Mereka melibatkan diri
kamu atau kamu melibatkan diri kamu dengan mereka? Beliau berkata:
Tidak, mereka yang melibatkan kami, beliau berkata: Tidak mengapa[128].
Ali bin Ibrahim al-Ja‘fari daripada
Muslim maula Abu al-Hasan a.s
berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepadanya: Turki itu lebih baik atau
mereka itu? Beliau berkata: Apabila kamu datang ke Turki mereka akan memisahkan
di antara kamu dan agama kamu? Beliau berkata: Aku berkata: Ya, aku telah
menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Mereka akan memisahkan di antara kamu dan agama kamu?
Beliau berkata: Aku berkata: Tidak, malah mereka akan bekerja keras untuk
membunuh kita, beliau berkata: Jika mereka memulakan peperangan ke atas mereka,
maka perangilah mereka dengan mereka atau menolong menentang mereka.[129]
Kelebihan
Keadilan Dan Beramal Dengannya
Ibrahim bin Ishaq daripada Abdullah bin
Hammad daripada ‘Umru bin Syamr daripada Jabir daripada Abu Ja‘far a.s berkata:
Barangsiapa yang telah berjalan kepada penguasa yang zalim, lalu beliau telah
memerintahnya supaya bertakwa kepada Allah, menasihatinya, dan menakut-nakutkannya,
maka pahalanya adalah seperti pahala ibadat jin dan manusia, dan seperti amalan
mereka[130].
Daripada Ibn Mahbub daripada Mu‘awiyah bin Wahab daripada Abu
Abdullah a.s berkata: Keadilan itu adalah lebih manis dari madu (al-‘Adl ahla min al-Syhadi), lebih
lembut dari keju (al-Yanu min al-Zabadi),
dan lebih sedap baunya dari minyak wangi (atyabu
rihan min al-Miski).[131]
Ahmad daripada bapanya daripada Abdullah
bin al-Mughirah daripada Muhammad bin Sinan daripada Talhah bin Zaid daripada
Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya bapanya berkata: Barangsiapa yang telah
mendatangi seorang imam yang zalim, lalu beliau membaca al-Qur’an ke atasnya
bertujuan untuk mendapat habuan dunia, maka pembaca itu akan dilaknati (lu‘ina al-Qari’u ) setiap huruf sepuluh
laknat sementara pendengarnya pula dilaknati (lu‘ina al-Mustami‘) setiap huruf dengan satu laknat.
Abu
al-Hasan Dengan Harun al-Rasyid
Abdullah bin Muhammad al-Sa’i daripada
al-Hasan bin Musa daripada Abdullah bin Muhammad al-Nahiki daripada Muhammad
bin Sabiq bin Talhah al-Ansari berkata: Di antara apa yang telah dikatakan oleh
Harun ketika Abu al-Hasan dibawa kepadanya: Apakah rumah ini? Maka beliau
berkata: Ini adalah rumah orang-orang fasiq, beliau membaca Surah al-A‘raf (7):
146 “Aku akan memalingkan orang-orang
yang menyombongkan dirinya di muka bumi
tanpa alasan yang benar dan tanda-tanda
kekuasan-Ku .Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat
jalan yang membawa mereka kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya,
tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang
demikian itu adalah kerana mereka
mendustakan ayat-ayat kami dan mereka
selalu lalai daripadanya”
Harun berkata kepadanya: Rumah siapakah
ini? Beliau berkata: Ia adalah untuk syi‘ah kami beberapa ketika dan selain
daripada mereka adalah (rumah) fitnah, beliau berkata: Apakah gerangan tuan
rumah ini yang tidak mengambilnya (teladan)? Beliau berkata: Diambil daripadanya
di dalam keadaan membangun, dan beliau tidak mengambil daripadanya melainkan ia
telah dibangunkan, beliau berkata: Di manakah syi‘ah anda? Lalu Abu al-Hasan
a.s membaca Surah al-Bayyinah (98 ):1 “Orang-orang kafir iaitu Ahli kitab dan orang-orang musyrik tidak akan
meninggalkan agama mereka sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata”
Beliau berkata: Harun berkata
kepadanya:Jika begitu kami ini orang-orang kafir? Beliau berkata: Tidak, tetapi
sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14) :28 “ Orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan
menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan ”, lantas beliau memarahinya
ketika itu, dan mengasarinya.
Abu al-Hasan telah berhadapan dengannya
dengan kata-kata seumpama ini, dan ia tidak menakutkannya. Ini adalah
bertentangan dengan pendapat yang mengatakan bahawa beliau telah melarikan diri
daripada Harun kerana takut[132].
Agama
Dan Kuasa Adalah Dua Saudara Kembar
Sebahagian mereka meriwayatkan bahawa
beliau berkata:Agama dan kuasa adalah dua saudara kembar (ikhwani tauamani) yang tidak dapat dipisahkan, agama adalah
asas sementara kuasa (al-Sultan) adalah pengawal. Apa yang
tidak ada asas akan musnah, dan apa yang tidak ada pengawal akan hilang[133].
Kenapakah
Rasulullah S.A.W Dinamakan al-Ummiyyu
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada
al-Barqi daripada Ja‘far bin Muhammad al-Sufi berkata: Aku telah bertanya Abu
Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Ridha a.s, aku telah berkata kepadanya: Wahai
anak lelaki Rasulullah s.a.w, kenapa di namakan Rasulullah s.a w dengan
al-Ummiyyu? Beliau berkata: Apakah orang ramai berkata? Aku berkata: Aku telah
menjadikan diri aku tebusan anda, mereka berkata: Sesungguhnya beliau dinamakan
al-Ummiyyu kerana beliau tidak pernah menulis. Beliau berkata: Mereka telah
berbohong, maka laknat Allah adalah ke atas mereka.
Bagaimana ia boleh terjadi begitu
sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Jumu‘at (62):2 “Dialah yang mengutus kepada kaum Makkah seorang rasul di antara mereka yang membacakan ayat-ayatnya
kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan
hikmat”, bagaimana beliau mengajar mereka perkara yang beliau sendiri tidak
mengetahuinya, demi Allah, bahawa Rasulullah s.a.w membaca dan menulis dengan
tujuh puluh dua atau tujuh puluh tiga bahasa, beliau dinamakan al-Ummiyyu
kerana beliau adalah daripada ahli Makkah, dan Makkah adalah ibu segala kampung
(Ummu al-Qura) sebagaimana firman-Nya
di dalam Surah al-An‘am (6): 92 “agar
kamu memberi peringatan kepada penduduk Ummu al-Qura (Makkah)”[134]
Bilangan
Para Nabi A.S
Sekumpulan daripada para sahabat kami, daripada Muhammad bin
Ja‘far al-Muaddib berkata: Sebilangan para sahabat kami telah memberitahu kami
daripada Muhammad bin al-Husain daripada Abu al-Khattab daripada Ali bin Asbat
daripada al-Hasan bin Ziad daripada Safwan bin Mihran al-Jamal daripada Abu
Abdullah a.s berkata: Beliau berkata kepada aku: Wahai Safwan, adakah anda mengetahui berapakah
Allah telah mengutus nabi? Beliau
berkata: Aku berkata: Aku tidak
mengetahuinya, beliau berkata: Allah telah mengutus seratus empat puluh empat
ribu nabi, begitu juga bilangan para wasi dengan kebenaran di dalam percakapan,
menunaikan amanah, zuhud di dunia. Allah tidak mengutus seorang nabi yang lebih
baik daripada Muhammad, dan Allah tidak mengutus seorang wasi yang lebih baik
daripada wasinya[135].
Beliau berkata: Ahmad bin Muhammad bin
Yahya telah memberitahu kami daripada bapanya daripada al-Husain bin al-Hasan
bin Abban daripada Muhammad bin Urmah daripada Ali bin Muzahhar daripada
al-Hasan al-Mithami daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah a.s berkata:
Abu Dhar berkata: Wahai Rasulullah, berapa orang Allah telah mengutus nabi?
Beliau bersabda: Tiga ratus dua puluh ribu nabi, beliau berkata: Wahai
Rasulullah, berapa orang kah bilangan para rasul? Tiga ratus dan belasan orang,
beliau berkata: Berapakah kitab yang telah diturunkan Allah? Beliau bersabda:
Seratus dua puluh kitab, Dia telah menurunkan ke atas Idris lima puluh mashaf
iaitu Ukhnukh; orang pertama yang telah mengguna khat di dalam tulisan, Dia
telah menurunkan ke atas Nuh sepuluh mashaf, Dia telah menurunkan ke atas
Ibrahim sepuluh mashaf. Dia telah menurunkan Taurat ke atas Musa, Zabur ke atas
Daud, Injil ke atas Isa, dan al-Qur’an ke atas Muhammad s.a.w.[136]
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa
beliau berkata: Rasul pertama yang diutus adalah Adam a.s, dan yang paling
akhir adalah Muhammad s.a.w. Bilangan para nabi adalah seratus dua puluh empat ribu,
dan para rasul di kalangan mereka adalah tiga ratus lima orang. Lima di
kalangan mereka adalah Ulu al-‘Azm: Nuh Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w.
Lima adalah di kalangan Arab: Hud, Salih, Syu‘aib, Ismail, dan Muhammad s.a.w.
Lima di kalangan mereka adalah Hebrew: Adam, Thith, Idris, Nuh, dan Ibrahim
a.s. Nabi pertama di kalangan Bani Israel adalah Musa, dan yang akhir mereka
adalah Isa. Dan kitab yang diturunkan ke atas para nabi seratus empat kitab. Di
antaranya diturunkan ke atas Adam lima puluh mashaf, ke atas Idris tiga puluh,
ke atas Ibrahim dua puluh, ke atas Musa Taurat, ke atas Isa Injil, dan ke atas
Muhammad s.a.w adalah al-Furqan[137].
Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib,
daripada Ahmad bin Abu Abdullah daripada bapanya daripada al-Hasan bin Ali bin
Fadhdhal daripada ‘Umar bin Abban daripada sebahagian daripada mereka berkata:
Lima di kalangan para nabi adalah Siriyaniyyun: Adam, Thith, Idris, Nuh dan
Ibrahim. Lisan Adam adalah berbahasa Arab iaitu bahasa ahli syurga. Apabila
beliau menderhaka Tuhannya, lisannya berbahasa Arab Siriyaniyyah.
Beliau berkata: Lima di kalangan mereka
adalah berbangsa Hebrew: Ishaq, Ya‘qub, Musa, Daud, dan Isa. Di kalangan Arab:
Hud, Salih, Syu‘aib, Ismail, dan Muhammad s.a.w. Lima di kalangan mereka diutus
pada zaman yang sama: Ibrahim, Ishaq, Ismail, Ya‘qub, dan Lut a.s. Allah telah
mengutus Ibrahim, dan Ishaq di bumi al-Muqaddasah. Ya‘qub diutus ke Mesir,
Ismail ke bumi Jurhum yang tinggal di sekitar Ka‘bah selepas ‘Amlaq bin Ludin
bin Sam bin Nuh. Lut diutus kepada empat bandar: Sodom, ‘Amur, San‘an, dan
Daruma. Tiga di kalangan para nabi terdiri daripada raja: Yusuf, Daud, dan Sulaiman a.s. Dan raja dunia
adalah dua mukmin dan dua kafir: Adapun
dua orang mukmin adalah Dhu l-Qurnain, dan Sulaiman a.s. Adapun dua
orang kafir adalah Nimrud bin Kusy bin Kan‘an dan Bakht Nasr[138].
Musa Dan
Kaumnya Yang Tersesat Jalan
Muhammad bin al-Hasan daripada
Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr
daripada Abban daripada Abu Hamzah daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila
Musa telah sampai ke tanah al-Muqaddasah, beliau berkata kepada mereka:
Masuklah ke tanah al-Muqaddasah yang telah difardukan Allah kepada kamu,
janganlah kamu berpaling belakang, nescaya kamu akan rugi, mereka berkata:
Sesungguhnya di dalamnya terdapat kaum yang perkasa. Kami tidak akan
memasukinya sehingga mereka keluar darinya.
Jika mereka keluar darinya, maka kami
akan memasukinya. Dua orang daripada mereka
yang takut di mana Allah telah kurniakan nikmat ke atas keduanya
berkata: Masuklah kepada mereka melalui pintu, dan apabila kamu memasukinya,
maka kamulah yang menang. Mereka berkata: Pergilah kamu, dan Tuhan kamu, serta
kamu berdua berperanglah, sesungguhnya kami di sini duduk sahaja.
Beliau berkata: Wahai Tuhanku, aku tidak
memiliki selain diriku, dan saudaraku, maka pisahlah di antara kami dan kaum
yang fasiq. Manakala mereka enggan memasukinya, maka Allah mengharamkannya ke
atas mereka, lalu mereka tersesat pada empat farsakh selama empat puluh tahun
di bumi, maka janganlah kamu berputus asa ke atas kaum yang fasiq.
Abu Abdullah a.s berkata: Apabila waktu petang tiba, seorang
daripada mereka berkata: Kamu telah menyambut waktu petang untuk musafir, lalu
mereka memulai perjalanan mereka di dalam keadaan yang tidak stabil; mereka
hanya berpusing-pusing di sekitar rumah mereka sahaja, mereka berkata: Kamu
telah tersalah jalan, mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian selama empat
puluh tahun, dan diturunkan ke atas mereka Manna dan Salwa sehingga mereka
binasa melainkan dua orang lelaki: Yusyu‘ bin Nun, dan Kalib bin Yufna serta
anak-anak mereka yang telah tersesat di kawasan sekitar empat farsakh, apabila
mereka mahu memulakan perjalanan,pakaian mereka menjadi terapung-apung.
Beliau berkata: Bersama-sama mereka batu
dan apabila mereka bermalam, Musa memukulnya dengan tongkatnya, lalu terpancar
dua belas pancutan air, setiap kabilah mempunyai satu pancaran air. Apabila
mereka berjalan, air itu kembali memasuki batu itu. Dan batu itu di letakkan di
atas binatang kenderaan[139].
Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya
Allah telah memerintahkan Bani Israel supaya memasuki tanah al-Muqaddasah yang
Allah memfardukan ke atas mereka, tetapi telah ternyata bahawa anak-anak para
nabi telah memasukinya.
Al-Sadiq a.s berkata tentang firman-Nya
di dalam Surah Yunus (10): 89 “Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan
kamu berdua”. Beliau berkata: Ia telah mengambil masa selama empat puluh
tahun[140].
Daripada Abu Basir daripada Abu Ja‘far
a.s berkata: Jibrail berkata: Aku telah berkata kepada Tuhanku tentang Fir‘aun,
maka aku berkata: Wahai Tuhanku, Engkau membiarkannya sedangkan beliau berkata:
Aku adalah tuhan kamu yang paling tinggi, maka Allah berfirman: Yang berkata sedemikian adalah orang seperti kamu (innama
yaqulu hadha mithlu-ka).
Daripada Abdullah bin Jundab daripada
Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata: Apabila Musa sampai di laut, maka Fir‘aun
dan tenteranya telah mengikutinya. Beliau berkata: Kuda Fir‘aun telah takut
untuk memasuki laut, lantas Jibrail telah menjelma untuknya di atas kereta
kuda. Apabila kuda Fir‘aun telah melihat kereta kuda, lalu ia mengikutinya,
Fir‘aun dan para sahabatnya telah memasuki laut, dan mereka tenggelam[141].
Para
Imam Di Sudut Perintah Dan Larangan Adalah Sama
Daripada Muhammad bin Isa daripada
al-Hasan bin Ziad mereka berdua berkata: Adakah para imam sebahagian mereka
lebih alim daripada sebahagian yang lain? Beliau berkata: Ya, ilmu mereka
tentang halal , haram, dan tafsir al-Qur’an adalah satu (‘ilmu-hum bi l-Halali wa l-Harami wa tafsiri l-Qur’an wahidun)[142].
Daripada Muhammad bin Isa daripada Yunus
daripada beberapa lelakinya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada sesuatu
yang keluar dari sisi Allah melainkan dimulai dengan Rasulullah, kemudian
dengan Amir al-Mukminin, kemudian dengan mereka selepasnya supaya ilmu yang
akhir mereka di sisi yang pertama mereka (li-yakuna
‘ilmu akhiri-him min ‘inda awwali-him), dan yang akhir mereka tidaklah
lebih alim daripada yang pertama mereka.
Daripadanya, daripada bapanya daripada
Muhammad bin al-Husain daripada Abu Daud al-Mustariq daripada Tha‘labah
daripada sebahagian daripada para sahabatnya daripada Abu Abdullah atau Abu
Ja‘far a.s berkata: Yang pertama kami adalah bukti di atas yang akhir kami (awwalu-na dalilun ‘ala akhiru-na). Dan
yang akhir kami membenarkan yang pertama kami(wa akhiru-na musaddiqun li-awwali-na). Sunnah pada kami adalah sama
(wa al-Sunnah fi-na s.a.wa’). Kerana Allah apabila telah
menetapkan satu hukum, maka Dia
melaksanakannya.
Daripada al-Harith bin al-Mughirah
daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah
s.a.w dan kami tentang perintah, larangan, halal, dan haram kami menjalankan
perkara yang sama (najri majra wahidan).
Adapun Rasulullah, dan Ali a.s mempunyai kelebihan mereka berdua.[143]
Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada
al-Humairi daripada Muhammad bin al-Walid, dan Muhammad bin Abd al-Hamid
daripada Yunus bin Ya‘qub daripada Abd al-A‘la bin A‘yan berkata: Aku telah
mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Yang pertama kami adalah bukti ke atas yang
akhir kami, dan yang akhir kami membenarkan yang pertama kami, dan Sunnah pada
kami adalah sama, sesungguhnya Allah apabila Dia menetapkan hukuman, maka Dia
melaksanakannya.
Daripada Ali bin al-Husain daripada
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin
al-Sanadi, daripada Muhammad bin ‘Umru daripada Abu al-Sabah maula
Ali Sam, berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, aku dan Abu
al-Maghra, tiba-tiba seorang lelaki daripada keluarga kulit hitam telah masuk
dan berkata: Salam ke atas kamu wahai Amir al-Mukminin rahmat Allah dan
berkat-Nya ke atas anda, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Salam di atas anda
dan rahmat Allah ke atas anda.
Kemudian beliau telah menariknya dan
mendudukkannya di sisinya; maka aku telah berkata kepada Abu al-Maghra atau Abu
al-Maghra berkata kepadaku: Sesungguhnya aku tidak melihat seorang pun yang
memberi salam dengan perkataan Amir al-Mukminin melainkan ke atas Amir
al-Mukminin Ali a.s. Maka Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Wahai Abu
al-Sabah, sesungguhnya seorang hamba tidak akan mendapat hakikat iman sehingga
beliau mengetahui bahawa apa yang ada pada yang akhir kami adalah apa yang ada
pada yang pertama kami.[144]
Daripada Malik bin ‘Atiyyah berkata: Aku
telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Adakah para imam berbeza tentang
kelebihan mereka? Beliau berkata: Adapun tentang halal, dan haram, maka ilmu
mereka adalah sama, tetapi kelebihan
mereka berbeza selain daripada itu[145].
Daripada Ahmad bin ‘Umar berkata: Abu
Ja‘far a.s berkata: Tidak sempurna iman seorang hamba sehingga beliau
mengetahui bahawa apa yang berlaku pada yang akhir kami adalah apa yang berlaku
kepada yang pertama kami, mereka dari segi ketaatan, hujah, halal, dan haram
adalah sama, dan bagi Muhammad dan Amir al-Mukminin a.s kelebihan mereka
sendiri.
Daripada Ahmad bin ‘Umar daripada Abu
al-Hasan berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri ke
atas makhluk-Nya melainkan dengan imam hidup yang dikenali (imam hayyin yu‘rafu).
Daripada al-Ridha a.s berkata: Abu
Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri melainkan dengan imam
hidup yang dikenali (inna al-Hujjata la
taqumu li-l-Lahi ‘ala khalqi-hi illa bi-imam hayyin yu‘rafu)[146].
Barangsiapa
Yang Telah Mati Tanpa Imam, Maka Beliau Telah Mati Sebagai Seorang Jahiliah
Daripada
‘Umar bin Yazid, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku
telah mendengarnya berkata: Barangsiapa
yang telah mati tanpa imam, maka beliau telah mati sebagai seorang jahiliah; imam hidup yang
beliau mengetahuinya. Maka aku berkata: Aku tidak mendengar bapa anda
menyebutnya, iaitu imam yang hidup. Beliau berkata: Demi Allah, Rasulullah
s.a.w telah bersabda sedemikian. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang
telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai
seorang jahiliah(man mata wa-laisa la-hu
imam yasma‘u la-hu wa yuti‘u mata maitatan jahiliyyatan)[147].
Daripada Abu Jarud berkata: Aku telah
mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Barangsiapa yang telah mati, tanpa mentaati
imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah[148].
Beliau berkata: Aku berkata: Imam yang hidup, aku telah menjadikan diriku
tebusan anda? Beliau berkata: Imam yang
hidup (imam hayyun).
Daripada Daud al-Raqiy daripada hamba
yang soleh(Khidir a.s) berkata:
Sesungguhnya hujah tidak berdiri bagi Allah ke atas makhluk-Nya melainkan
dengan imam hidup yang dikenali[149].
Khazanah
Bumi Dan Anak Kuncinya Untuk Para Imam
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada
‘Umar bin Abd al-Aziz daripada seorang lelaki daripada al-Husain bin Ahmad
al-Khaibari daripada Yunus bin Zabyan, Mufadhdhal bin ‘Umar, Abu Salmah
al-Sarraj, dan al-Husain bin Thaubar bin Abu Fakhitah mereka berkata: Kami
telah berada di sisi Abu Abdullah a.s berkata: Bagi kami khazanah bumi dan
segala anak kuncinya, jika aku mahu, nescaya aku akan menendang dengan salah
satu kaki aku ke tanah supaya bumi mengeluarkan emas, kemudian beliau telah
menendang dengan salah satu kakinya, maka beliau telah menggariskannya di tanah
satu garisan (khattan), maka tanah
itu terbuka.
Kemudian beliau memukul dengan
tangannya, lalu terkeluar jongkong emas, lalu beliau telah mengambilnya. Beliau
berkata: Lihatlah padanya dengan baik sehingga kamu tidak mengesyakinya,
kemudian beliau berkata: Lihatlah ke dalam tanah, tiba-tiba jongkong emas
bertimbun-timbun banyaknya bersinar-sinar, sebahagian daripada kami berkata
kepadanya: Kamu telah dikurniakan dengan apa yang telah dikurniakan kepada kamu
sedangkan syi‘ah kamu masih berhajat? Beliau berkata: Sesungguhnya Allah akan
mengumpulkan syi‘ah kita dunia dan akhirat, dan akan memasukkan mereka
syurga-syurga-Nya (wa yudkhilu-hum
jannati al-Na‘im), dan memasukkan musuh kita neraka Jahim (wa yudkhilu ‘aduwwa-na nar al-Jahim )[150].
Ahmad bin Muhammad bin Yahya al-‘Atar
daripada bapanya daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi, berkata: Abdullah
bin Muhammad al-Yamani telah memberitahu kami daripada Muni‘, daripada Mujasyi‘
daripada al-Mu‘alla daripada Muhammad
bin al-Faidh daripada Muhammad bin Ali as. Berkata: Tongkat Musa pada asalnya
adalah milik Adam, kemudian telah jatuh kepada Syu‘aib. Kemudian kepada Musa,
dan sesungguhnya tongkat itu di sisi kami sekarang, ia berwarna hijau seperti
dahulu ketika ia dicabut dari pohonnya, ia akan bercakap, jika diminta berbuat
demikian. Ia disediakan untuk al-Qaim kita, beliau akan melakukannya
sebagaimana dilakukan oleh Musa, ia adalah menakutkan, dan akan menelan apa
saja yang diperintahkan kepadanya, ia membuka dua bibir mulutnya; salah satunya
di bumi, dan yang satu lagi ke atas
dengan jarak empat puluh hasta, ia akan mematuk mangsanya dengan lidahnya[151].
Ahmad bin Muhammad, dan Fidhalah
daripada Abu Basir, dan Zararah daripada Abu Ja‘far a.s: Asif hanya melihat di
belakang dan di hadapannya sekelip mata sahaja, kemudian beliau melihat kepada
Sulaiman, kemudian beliau menghulurkan tangannya, maka beliau mendapatinya di
hadapannya.
Ali bin Mihziyar menyebutnya daripada
Ahmad bin Muhammad daripada Hammad bin ‘Uthman daripada Zararah, berkata: Aku
telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sahabat Sulaiman tidak lebih dari
menggerakkan anak jari tangannya begini, maka beliau dapat membawa singgahsana
ratu Saba’. Hamraan berkata kepadanya: Bagaimana ini –aslaha-ka l-Lahu- Beliau berkata: Sesungguhnya bapa aku berkata:
Sesungguhnya bumi ini dilipatkan untuknya apabila beliau mahu melipatkannya (Inna al-Ardh tuwiyat lahu idha aradha
tawa-ha).
Mukjizat Ali Bin Musa al-Ridha A.S
Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada
Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim berkata: Ibrahim bin Musa telah memberitahu
kepada aku, berkata: Aku telah berkali-kali
meminta sesuatu daripada Abu
al-Hasan al-Ridha a.s dan beliau menjanjikannya kepada aku. Pada suatu hari
beliau telah keluar menyambut gabenor Madinah, dan aku telah berada
bersama-samanya.
Lalu beliau datang berdekatan kota polan, dan turun di bawah pohon-pohon, dan
aku telah turun bersama-samanya serta tiada orang yang ketiga bersama-sama
kami. Aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda di
dalam perayaan ini yang telah merahmati kita, aku tidak memiliki walaupun satu
dirham, lantas beliau memecahkan tanah dengan tongkatnya dengan kuat, kemudian
beliau memukulnya dengan tangannya, kemudian beliau telah mengambil darinya satu
jongkong emas sambil berkata: Gunalah untuk faedah anda, dan sembunyikan apa
yang anda telah melihatnya (Fa-tanawala-ha
sabikata dhahabin fa-qala:Istanfi‘ bi-ha wa- ktum ma ra’ai-ta)[152]
Mukjizat
Amir al-Mukminin A.S
‘Umru bin Ali bin ‘Umar bin Yazid
daripada Ali bin Mitham al-Tammar, daripada mereka yang telah memberitahunya
daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau bersama-sama para sahabatnya di
Masjid Kufah, maka seorang lelaki telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa
aku, anda, dan ibu aku, sesungguhnya aku hairan dengan dunia ini di tangan
mereka itu, dan tidak di tangan anda? Beliau berkata: Wahai polan, anda fikir
kami mahu dunia, tetapi kami tidak diberikannya? Kemudian beliau memegang segenggam anak batu, maka tiba-tiba
ia bertukar menjadi permata, lalu beliau berkata: Apakah ini? Aku berkata: Ini
adalah permata yang bermutu. Beliau
berkata: Jika kami menghendakinya, nescaya kami dapat, tetapi kami tidak
menghendakinya. Kemudian beliau melontarnya,
maka ia kembali menjadi anak batu[153].
Ali bin Ibrahim al-Ja‘fari telah
memberitahu kepada aku berkata:Abu al-Abbas telah memberitahu kepada aku
daripada Muhammad bin Sulaiman al-Hadha’ al-Basri daripada seorang lelaki
daripada al-Hasan bin Abu al-Hasan al-Basri berkata: Amir al-Mukminin a.s telah
datang kepada kami dan aku pada masa itu adalah seorang kanak-kanak yang sudah
baligh, maka beliau telah memasuki rumahnya-Hadis adalah panjang-Kemudian
beliau keluar dan diikuti oleh orang ramai, apabila sampai di al-Jabanah, beliau telah turun lalu
dikelilingi oleh orang ramai, kemudian beliau telah menggaris dengan tongkatnya
satu garisan, maka beliau telah mengeluarkan satu dinar.
Kemudian beliau telah menggariskan satu
garisan yang lain, lalu beliau mengeluarkan satu dinar sehingga beliau telah
mengeluarkan tiga dinar, kemudian beliau telah membalikkannya dengan tangannya
sehingga orang ramai telah melihatnya. Kemudian beliau mengembalikannya, dan
menanamnya semula dengan ibu jarinya, dan
beliau berkata: Ia akan menguji orang yang baik dan jahat selepas aku.
Kemudian beliau telah menaiki baghal betina Rasulullah s.a.w, dan kembali ke
rumahnya, lalu kami telah mengambil alamat dan kami kembali ke tempat tadi,
kami telah menggalinya sehingga kami sampai ke tempat yang keras, tetapi kami tidak mendapatinya, ada orang berkata
kepada al-Hasan: Wahai Abu Sa‘id, apakah anda melihat sedemikian daripada Amir
al-Mukminin? Beliau berkata: Adapun aku, maka aku tidak mengetahuinya bahawa
perbendaharaan bumi tersembunyi melainkan kepada orang sepertinya.
Al-Kumait
Dan Abu Ja‘far A.S
Daripadanya berkata: Al-Husain
bin Ahmad bin Muslimah al-Lu’-lu’ telah memberitahu kami daripada Muhammad
al-Muthanna daripada bapanya daripada Uthman bin Yazid daripada Jabir bin
Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s: Aku telah datang kepadanya, lalu aku telah
mengadu kepadanya hajat aku, beliau berkata: Wahai Jabir, kami tidak memiliki
walaupun satu dirham.
Beliau berkata: Aku tidak menunggu lama
sehingga al-Kumait datang kepadanya, dan berkata: Aku telah menjadikan diri aku
tebusan anda, adakah anda membenarkan aku mengemukakan qasidah untuk anda? Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau
mengemukakan qasidah untuknya, maka beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari
rumah itu sepuluh ribu dirham, dan bayarkan kepada al-Kumait, kemudian beliau
berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan ku
untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang lain pula?
Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau
mengemukakan kepadanya qasidah yang lain pula. Beliau berkata: Wahai budak,
keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada
al-Kumait, lalu budak itu telah membayarnya kepada al-Kumait. Kemudian beliau
berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan
aku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang ketiga? Beliau berkata
kepadanya: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, beliau a.s
berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan
bayarkannya kepada al-Kumait, maka al-Kumait berkata kepadanya: Demi Allah, aku
bukanlah memuji kamu kerana dunia yang aku menuntut daripada kamu. Aku tidak
kehendaki demikian itu selain mahukan perhubungan dengan Rasulullah s.a.w, dan
apa yang Allah telah mewajibkannya bagi kamu
ke atasku tentang kebenaran.
Beliau berkata: Abu Ja‘far a.s telah
menyerunya dan berkata: Wahai budak, kembalikannya kepada tempatnya. Jabir berkata:
Aku telah mendapati sesuatu pada diri aku, dan aku berkata: Beliau a.s telah
berkata kepadaku: Aku tidak memiliki walaupun satu dirham sedangkan beliau
telah memerintah untuk al-Kumait tiga puluh ribu dirham? Beliau berkata: Wahai
Jabir, berdirilah, maka masuklah rumah itu.
Beliau berkata: Aku pun berdiri dan
memasuki rumah itu, maka aku tidak mendapati di dalamnya sesuatu, lalu aku
keluar kepadanya, maka beliau berkata kepada aku: Kami tidak menyembunyikan
sesuatu daripada kamu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, lalu beliau
memasukkan aku di dalam rumah itu, kemudian beliau telah menendang dengan
kakinya, tiba-tiba emas seperti tengkuk
unta telah keluar, maka beliau berkata kepada aku: Wahai Jabir, lihatlah kepada
ini, dan janganlah anda memberitahu kepada sesiapapun melainkan kepada orang
yang anda percaya di kalangan saudara-saudara anda. Sesungguhnya Allah telah
memberikan kami kemampuan untuk melakukan apa yang kami kehendaki (Inna l-Laha qad aqdara-na ‘ala ma nuridu).
Jika kami kehendaki, nescaya kami menerajui bumi keseluruhannya[154].
Dialog
Amir al-Mukminin A.S Dengan Abu Bakr
Sa‘d berkata: ‘Ubbad bin Sulaiman telah
memberitahu kepada kami daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya
Sulaiman daripada ‘Uthaim bin Aslam daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar al-Duhni
daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Bakr telah mendatangi Ali a.s, dan
berkata kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah memberitahu
kepada kami tentang urusan anda selepas hari wilayah, aku naik saksi bahawa anda adalah maulaku mengakui wilayah anda.
Aku telah memberi salam kepada anda pada
masa Rasulullah sebagai pemimpin mukminin (bi-imrati
l-Mu’minin), dan Rasulullah s.a.w telah memberitahu kami sesungguhnya anda
adalah wasinya, pewarisnya dan khalifahnya pada ahlinya dan
perempuan-perempuannya (akhbara-na
rasulullah anna-ka wasiyyu-hu wa warisu-hu wa khalifatu-hu fi-ahli-hi wa
nisa’i-hi), tetapi beliau tidak memberitahu kami bahwa anda khalifahnya
selepasnya (wa lam yukhbir-na bi-anna-ka
khalifatu-hu min ba‘di-hi).
Justeru itu, tiada apa-apa di antara
kami dan anda, dan tiada dosa di antara kami dan Allah a.w (la dhanba baina-na wa baina l-Lahi a.w), maka Ali a.s
berkata kepadanya: Jika aku memperlihatkan Rasulullah s.a.w sehingga beliau
memberitahu anda bahawa aku adalah lebih berhak (aula) dengan jawatan khalifah (araiatu-ka
rasulallah hatta yukhbira-ka bi-anni aula) dan anda jika tidak menjauhinya,
nescaya anda kafir (wa anna-ka in lam
tanahha ‘an-hu kafar-ta) apakah pendapat anda? Beliau berkata : Jika aku
melihat Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu sebahagian daripadanya,
maka aku memadai dengannya (in raaitu
rasulallah hatta yukhbira-ni bi-ba‘dhin hadha aktafai-tu bi-hi).
Beliau berkata: Beliau telah berjanji dengan aku
selepas aku menunaikan solat maghrib, beliau berkata: Beliau telah kembali
selepas solat maghrib, lalu beliau memegang tangannya, dan mengeluarkannya ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w
sedang duduk ke arah kiblat, lantas beliau bersabda: Wahai ‘Atiq[155],
anda telah merampas hak Ali, dan anda telah menduduki majlis kenabian (wathab-ta
‘ala ‘Ali wa jalas-ta majlisa
al-Nubuwwati). Aku telah
memberitahu kepada anda perkara ini, justeru itu cabutlah pakaian yang anda
memakainya, berilah ia kepada Ali, jika tidak, maka janji anda adalah neraka (fa-khalli-hi li- ‘Ali wa illa fa-mau‘idu-ka
al-Nar)
Beliau berkata: Kemudian beliau telah
memegang tangannya, dan mengeluarkannya, kemudian Nabi s.a.w berdiri meninggalkan
mereka berdua, Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada Salman dan berkata
kepadanya: Wahai Salman, tidakkah anda telah mengetahui bahawa perkara itu
telah berlaku sedemikian? Salman berkata: Beliau akan mengisytiharkannya dan
akan mendedahkannya kepada sahabatnya, serta akan memberitahu kepadanya tentang
berita itu, lalu Amir al-Mukminin a.s tersenyum dan berkata: Sama ada beliau
akan memberitahu sahabatnya, maka ia akan melakukannya, kemudian beliau
berkata: Tidak, mereka berdua tidak akan menyebutnya sehingga hari Kiamat,
mereka berdua lebih melihat kepada diri mereka berdua tentang perkara itu.
Maka Abu Bakr telah berjumpa dengan
‘Umar, beliau berkata: Sesungguhnya Ali telah mendatangkan perkara sedemikian,
telah melakukan sedemikian dan berkata kepada Rasulullah sedemikian, maka ‘Umar berkata kepadanya:
Celaka anda, alangkah ceteknya akal anda, demi Tuhan, anda berada di sana pada
masa itu adalah sebahagian sihir Ibn
Abu Kabsyah[156]
(Waila-ka ma aqalla ‘aqla-ka fa wa-l-Lahi
ma anta fi-hi al-Sa‘at illa min ba‘dhi sihri ibni Abu kabsyah) Anda telah melupai sihir Bani Hasyim,
dan di mana boleh Muhammad kembali (qad nasai-ta sihra Bani Hasyim wa min aina
yarji‘u Muhammad wa la yarji‘u man mata), kerana orang yang telah mati tidak akan kembali
lagi. Sesungguhnya anda padanya adalah sebesar-besar sihir Bani Hasyim (inna ma anta fi-hi a‘zamu min sihri Bani
Hasyim), maka pakailah pakaian ini dan teruskanlah[157].
Muhammad bin al-Husain bin Abu
al-Khattab, daripada al-Hakam bin Miskin daripada Abu Sa‘id al-Makari daripada
Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah bertemu
dengan Abu Bakr dan berkata kepadanya: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah
memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, jika beliau
telah memerintah aku, nescaya aku telah
melakukannya, beliau berkata: Datanglah dengan kami kepada Rasulullah s.a.w,
lalu beliau datang ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang solat,
manakala beliau selesai solat, maka Ali a.s berkata kepadanya: Wahai Rasulullah,
sesungguhnya aku telah berkata kepada Abu Bakr: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah
memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, maka Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah memerintahkan anda, maka taatlah
kepadanya (qad amartu-ka fa-ati‘-hu).
Beliau berkata: Abu Bakr keluar dan
bertemu dengan ‘Umar di dalam keadaan ketakutan (dha‘run), lalu ‘Umar berdiri seraya berkata kepadanya: Apakah
gerangan anda? Beliau berkata kepadanya: Rasulullah bersabda sedemikian, ‘Umar
berkata kepadanya: Celakalah umat yang telah melantik anda untuk urusan mereka!
Tidakkah anda mengetahui sihir Bani Hasyim?[158]
Ahmad bin Muhammad bin Isa
daripada Ali bin al-Hakam daripada khalid bin Madi al-Qalanisi daripada
Muhammad bin Hammad daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalisi daripada
bapanya daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Setelah Abu Bakr dilantik menjadi khalifah, ‘Umar datang kepada Ali a.s dan berkata kepadanya:
Tidakkah anda mengetahui bahawa Abu Bakr telah dilantik khalifah? Ali a.s
berkata kepadanya: Siapakah yang telah menjadikannya khalifah? ‘Umar berkata:
Muslimun telah meredai dengan perkara tersebut.
Ali a.s berkata kepadanya:
Demi Allah, alangkah cepatnya mereka menyalahi Rasulullah s.a.w, dan
membatalkan janjinya, dan mereka telah menamakannya bukan dengan namanya. Demi
Allah, Rasulullah s.a.w tidak melantiknya. ‘Umar berkata kepadanya: Anda
sentiasa berbohong ke atas Rasulullah
pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Lantas Ali a.s berkata
kepadanya: Datang bersama kami, wahai Umar bagi mengetahui siapakah di kalangan
kita pembohong ke atas Rasulullah s.a.w pada masa hidupnya dan selepas
kematiannya. Umar telah datang bersama-samanya ke kubur, tiba-tiba tertulis
padanya “Adakah anda telah mengingkari (kafar-ta),
wahai ‘Umar, dengan Yang telah
menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian Dia telah menjadikan
anda seorang lelaki”. Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, Allah telah
mendedahkan keburukan anda pada masa hidup rasul dan selepas kematiannya[159].
Daripadanya, daripada Muhammad
bin Hammad daripada Abu Ali daripada Ahmad bin Musa daripada Ziad bin
al-Mundhir daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah bertemu
dengan Abu Bakr di sebahagian jalan di Madinah, dan berkata kepadanya: Anda
telah melakukan kezaliman (zalam-ta wa
fa‘al-ta). Abu Bakr berkata: Siapakah yang mengetahuinya? Beliau a.s. berkata: Rasulullah s.a.w
mengetahuinya. Abu Bakr berkata: Apakah hubunganku dengan rasul sehingga dia
mengetahui keadaanku sedemikian. Jika beliau s.a.w. mendatangi aku di dalam
tidurku dan memberitahuku keadaan itu, maka aku boleh mengakuinya. Beliau a.s.
berkata: Aku akan membawa anda (udkhilu-ka)
kepada Rasulullah s.a.w. Maka beliau membawanya ke dalam masjid Quba’,
tiba-tiba Rasulullah s.a.w berada di masjid Quba’, dan berkata kepadanya:
Jauhilah dari menzalimi Amir al-Mukminin.
Beliau berkata: Maka beliau
telah keluar dari sisinya, lalu ‘Umar bertemu dengannya (Abu Bakr) dan
memberitahu kepadanya perkara tersebut.
Maka ‘Umar berkata kepada Abu Bakr: Diam, tidakkah anda telah mengetahui sejak
lama dahulu tentang sihir Bani Hasyim bin Abd al-Muttalib?[160]
Ahmad bin Muhammad bin Isa
daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Rabi‘ bin Muhammad al-Musalli daripada
Abdullah bin Sulaiman daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila Ali a.s
dikeluarkan di dalam keadaan dua tangannya terikat, beliau telah berhenti di
kubur Nabi s.a.w, dan berkata: Wahai Ibn Umm, sesungguhnya kaum telah menindas
aku dan hampir mereka membunuh aku.
Beliau berkata: Satu tangan
telah keluar dari kubur Rasulullah s.a.w, mereka mengetahui bahawa itulah
tangan Rasulullah s.a.w, dan suaranya terhadap Abu Bakr: Wahai ini Adakah anda
telah kafir dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian
menjadikan anda seorang lelaki”[161]
Imlak Jibrail Ke Atas Amir al-Mukminin A.S.
Ali bin Ismail bin Isa
daripada Safwan bin Yahya daripada Rifa‘ah bin Musa daripada Abu Abdullah a.s
sesungguhnya Rasulullah s.a w telah mengimlakkan mashaf ke atas Ali a.s. Setelah sampai separuhnya, Rasulullah s.a.w
telah meletakkan kepalanya di pangkuan Ali, kemudian Ali a.s telah menulis
sehingga memenuhi mashaf (imtala’at). Apabila Rasulullah s.a.w
mengangkat kepalanya, beliau bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkannya ke
atas anda wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah, beliau bersabda:
Malah Jibrail telah mengimlakkannya ke atas anda[162].
Muhammad bin al-Husain bin Abu
al-Khattab, Ahmad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa daripada
al-Hasan bin Mahbub daripada Hanan bin Sudair daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali
a.s, dan menyeru dengan daftar, lalu beliau mengimlakkan ke atasnya di bahagian
dalamnya, kemudian beliau tertidur, lantas Jibrail mengimlakkan pada bahagian
luarnya, kemudian Rasulullah s.a.w terjaga, dan bersabda: Siapakah yang telah
mengimlakkan ini wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah s.a.w, maka
beliau berkata: Aku telah mengimlakkannya ke atas anda bahagian dalamnya
sementara Jibrail telah mengimlakkan ke atas anda bahagian luarnya[163].
Keadaan Mu‘awiyah di Barzakh
Ayyub bin Nuh dan al-Hasan bin
Ali bin Abdullah bin al-Mughirah daripada al-Abbas bin ‘Amir al-Qasbani
daripada Abban bin Uthman daripada Basyir bin al-Nabal daripada Abu Ja‘far a.s:
Aku telah berada di belakang bapa aku a.s di atas baghalnya, tiba-tiba aku
telah melihat seorang lelaki di
tengkuknya rantai besi, dan seorang lelaki sedang mengikutinya, maka beliau
berkata: Wahai Ali bin al-Husain, berilah aku air, maka lelaki yang
mengikutinya berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan
memberinya air, beliau adalah Mu‘wiyah la‘ana-hu
l-Lahu.
Ali bin Muhammad al-Hijjal
daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’ daripada Muhammad bin Sinan daripada
Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi daripada saudaranya Idris bin Abdullah
berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Manakala aku dan bapa
aku sedang menuju ke Makkah, bapa aku telah mendahului aku pada satu tempat bernama Dhajanan, tiba-tiba
seorang lelaki di tengkuknya rantai yang ditariknya, datang kepada aku dan
berkata: Berilah aku air, berilah aku air (isqini)
lalu bapa aku telah melaung kepada aku: Janganlah anda memberi air kepadanya,
tidak, Allah tidak akan memberi air kepadanya.
Beliau berkata: Di dalam
keadaan mencari air, seorang lelaki mengikutinya, menarik rantainya dengan
tarikan yang kuat, lalu menolaknya
ke neraka[164].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
al-Husain bin Sa‘id daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Abban
bin Uthman daripada Basyir al-Nabbal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Aku
telah berada bersama-sama bapa aku di ‘Asfan atau di Dhajanan, lantas baghalnya
telah melarikan diri, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan
sebahagiannya di tangannya menariknya, maka beliau berkata: Berikan aku air,
seorang lelaki berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan
memberi air kepadanya (la saqahul-Lahu). Aku telah berkata kepada bapa aku:
Siapakah ini? Beliau berkata: Ini adalah
Mu‘awiyah.
Daripadanya daripada al-Husain
bin Sa‘id daripada Ibrahim bin Abu al-Bilad daripada Ali bin al-Mughirah
berkata: Abu Ja‘far telah berada di Dhajanan, maka beliau telah berkata
sebanyak tiga kali: Allah tidak akan mengampuni anda, apabila beliau berkata:
Adakah kamu tahu kepada siapakah kamu
berkata? Atau sebahagian daripada para sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Mu‘awiyah bin
Abu Sufyan telah melalui di hadapan aku di dalam keadaan menarik rantai besinya
sehingga lidahnya terkeluar meminta aku supaya aku memohon ampun untuknya,
kemudian beliau berkata: Ia adalah satu lembah dari lembah-lembah Jahanam.
Daripadanya, daripada Ali bin
al-Hakam daripada Malik bin ‘Atiyyah
daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah menjadi tawanan bersama-sama bapa
aku di dalam perjalanan ke Makkah dan kami telah menaiki dua unta, manakala
kami sampai di lembah Dhajanan, seorang lelaki telah keluar di tengkuknya rantai
besi yang sedang ditariknya, maka beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah,
berilah aku air, maka Allah akan memberi air kepada kamu, lantas seorang lelaki
lain mengikutinya, lalu beliau menarik rantai besi, dan berkata: Wahai anak
lelaki Rasulullah, janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan
memberinya air, maka bapa aku telah berpaling kepada aku dan berkata: Wahai
Ja‘far, adakah anda telah mengenalinya? Ini adalah Mu‘awiyah la‘ana-hu l-Lahu.[165]
Dua Orang Fasiq DiKeluarkan Secara Segar, Lalu Disula
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’ daripada Abu
Saghar Ahmad bin Abd al-Rahim daripada al-Hasan bin Ali; seorang lelaki yang
bekerja sebagai pemungut zakat khalifah Makmun berkata: Aku dan seorang lelaki
daripada sahabat kami telah bertemu dengan Abu Tahir bin Isa bin Abdullah
al-‘Alawi, Abu Sakhar berkata: Aku telah menyangkanya daripada anak lelaki ‘Umar bin Ali. Beliau
telah tinggal di Dar al-Saidiyyin. Kami telah bertemu dengannya pada waktu Asar
di tangannya bekas air yang beliau menyapu dengannya, kami telah memberi salam
kepadanya, maka beliau menjawab salam kami.
Kemudian beliau telah
memulakan percakapan dengan kami, dan berkata: Adakah orang lain bersama-sama
kamu berdua? Kami berkata: Tidak. Kemudian beliau telah berpaling ke kiri dan
ke kanan adakah beliau sedang melihat kepada seseorang? Kemudian beliau
berkata: Abu Jundi telah memberitahu aku sesungguhnya beliau telah berada
bersama-sama Abu Ja‘far Muhammad bin Ali
a.s di Mina sedang melontar jamrat dan Abu Ja‘far a.s telah melontar beberapa batu kecil (al-Jamrat), lalu beliau telah
menyempurnakannya. Dan masih tertinggal di tangannya beberapa batu kecil, maka beliau telah menghitungnya
lima batu kecil. Kemudian beliau telah melontar dua biji batu kecil ke satu
sudut dan tiga biji batu kecil ke satu sudut yang lain.
Maka aku berkata kepadanya:
Beritahu aku, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apakah ini, aku telah
melihat anda telah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh seorang pun
sebelum ini (sana‘ta syai’an ma sana‘a-hu
ahadun qat). Sesungguhnya anda telah melontar dengan lima batu kecil
selepas itu, tiga di satu sudut dan dua
di satu sudut yang lain (thintaini fi
nahiyatin wa thalathata fi nahiyatin)? Beliau berkata: Ya, sesungguhnya
pada setiap musim haji dua orang yang fasiq dikeluarkan (idha kana kullu mausimin ukhrija al-Fasiqani) secara segar, lalu
disula di sini (fa-sulibaa ha-huna). Tidak
dapat melihat kepada mereka berdua melainkan oleh imam yang adil (la yara-huma illa imam ‘adil). Justeru
itu, aku telah melontar kepada yang pertama[166]
dua batu kecil dan yang akhir [167]
dengan tiga batu kecil kerana yang akhir itu lebih jahat daripada yang pertama
(li-anna al-Akhara akhbathu min al-Awwali)[168].
Mentaati Para Wasi Adalah Difardukan
Ahmad bin Muhammad bin Isa
daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada al-Qasim bin al-Jauhari daripada
al-Husain bin Abual-‘Ala’ berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s :
Adakah mentaati para wasi difardukan? Beliau berkata: Mereka itulah yang telah
difirmankan Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4):59 “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, Rasul-Nya, dan Uli
l-Amri di kalangan kamu”
Dan merekalah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Ma’idah (4):55
“sesungguhnya wali kamu adalah Allah,
Rasul-Nya, dan orang-orang yang mendirikan solat, dan memberi zakat di dalam
keadaan rukuk”
Daripadanya, daripada Mu‘ammar bin Khallad berkata: Seorang lelaki farsi
telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka beliau berkata: Mentaati kamu
satu fardu (ta‘atu-kum muftaradhah)?
Beliau berkata: Ya, maka beliau berkata: Seperti mentaati Ali bin Abu Talib
a.s? Beliau berkata: Ya[169].
Ahmad bin Ahmad bin Isa,
daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Umru bin Maimun, daripada ‘Ammar bin
Marwan, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya
kami pasti mengetahui lelaki apabila kami telah melihatnya dengan hakikat iman
dan hakikat nifak (Inna la-na‘rifu
al-Rajula bi-haqiqati al-Iman wa bi-haqiqati al-Nifaq)[170]
Muhammaad bin Hammad al-Kufi, daripada saudaranya Ahmad bin Hammad,
daripada Nasr bin Muzahim, daripada Umru bin Syamr daripada Jabir bin Yazid
daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian
(mithaq) syi‘ah kita dari salbi Adam,
lantaran itu, kami mengetahui cinta pencinta (hubba al-Muhibb) sekalipun
beliau melahirkan sebaliknya dengan lidahnya. Kami mengetahui kemarahan pemarah
(bughdha al-Mubghidh) sekalipun
beliau melahirkan kecintaan kepada kami Ahlu
l-Bait[171].
Muhammad bin al-Husain bin Abu
al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada
al-Mankhal bin Jamil, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata
tentang firman Allah a.w di dalam Surah al-Nur (24) : 35 “Allah adalah cahaya langit dan bumi umpama cahaya-Nya” adalah
Muhammad s.a.w “ di dalamnya ada pelita
besar” adalah ilmu “ pelita itu di
dalam kaca”. Kaca adalah Amir al-Mukminin a.s dan ilmu Nabi Allah adalah di
sisinya[172].
Daripadanya, daripada
al-Husain bin Sa‘id daripada Fadhalah bin Ayyub daripada ‘Umar bin Abban
al-Kalbi daripada Adam bin al-Hasan, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku
telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Telah sampai berita kepada aku bahawa
Allah a.w telah bercakap secara rahsia dengan Ali a.s (naja)? Maka beliau a.s berkata: Ya, munajat telah berlaku di antara
Allah a.w dan Ali a.s di Taif, Jibrail
telah turun dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mengajar Rasul-Nya haram,
halal, dan takwil, maka Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali semuanya[173].
Ahmad bin Muhammad bin Isa
daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin Bakir al-Hajari, daripada Abu
Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah hibatullah (pemberian Allah) kepada Muhammad s.a.w, beliau telah
mewarisi ilmu para wasi, dan ilmu para nabi dan rasul sebelum Muhammad s.a.w[174].
Muhammad bin Abd al-Hamid
al-‘Attar daripada Mansur bin Yunus, daripada ‘Umar bin Udhinah, daripada Muhammad
bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Jibrail telah
turun ke atas Muhammad s.a.w dengan dua biji buah delima (rummanataini) dari syurga, lantas Ali a.s bertemu dengannya, maka
beliau berkata: Apakah dua biji buah delima di tangan anda? Beliau berkata: Adapun ini adalah untuk
kenabian (al-Nubuwwah) di mana anda
tidak ada bahagian dan ini adalah ilmu, kemudian Rasulullah s.a.w telah
membelahnya, lalu memberi separuhnya
kepada Ali a.s, dan Rasulullah s.a.w telah mengambil separuhnya, kemudian
beliau bersabda: Anda adalah bersyarikat dengan aku (anta syariki) dan aku adalah bersyarikat dengan anda (wa ana syariku-ka fi-hi). Tiada satu
huruf yang telah diajar oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melainkan beliau
s.a.w telah mengajarnya kepada Ali a.s (illa
‘allama-hu ‘aliyyan). Kemudian ilmu itu telah berakhir kepada kami (thumma intaha al-‘ilmu ilai-na), dan
beliau telah meletakkan tangannya di atas dadanya[175].
Ahmad bin Muhammad bin Isa,
daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Muhammad bin ‘Adhafir, daripada Abu Ya‘qub al-Ahwal
berkata: Kami beberapa orang telah keluar bersama-sama Abu Basir, lalu kami
datang ke rumah Abu Abdullah a.s, maka beliau
berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya ilmu Ali bin Abu Talib a.s
adalah daripada ilmu Rasulullah s.a.w, maka beliau telah mengajarnya kepada
kami, oleh itu sembahlah Allah, kerana
dengan-Nyalah kejayaan[176].
Ahmad dan Abdullah
kedua-duanya adalah anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada Mu‘ammar bin
Khallad, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah mendengarnya
berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait akan mewarisi yang kecil kami (yatawarathu asaghiru-na)daripada yang
besar kami perkara yang sama.
Muhammad bin al-Husain bin Abu
al-khattab, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada ‘Anbasah bin Bijad
al-‘Abid, daripada al-Mughirah al-Hawari maula
Abd al-Mu’min al-Ansari, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada al-Asbagh bin
Nabatah berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata di atas mimbar: Kamu bertanyalah
kepada aku sebelum kamu ketiadaan aku (saluni
qabla an tufqiduni). Demi
Allah, tiada bumi yang subur dan yang
gersang, dan tiada kumpulan yang menyesatkan seratus atau kumpulan yang memberi
hidayat kepada seratus melainkan aku telah mengetahui pemimpinnya dan
penariknya. Aku telah memberitahunya kepada seorang lelaki daripada keluargaku
di mana yang besar mereka akan memberitahunya kepada yang kecil mereka sehingga
hari Kiamat.
Ahmad dan Abdullah,
kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin al-Husain bin
al-Khattab daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Hamzah al-Thumali,
daripada Suwaid bin Ghuflah berkata: Aku telah berada di sisi Amir al-Mukminin
a.s, tiba-tiba seorang lelaki telah mendatanginya dan berkata: Wahai Amir
al-Mukminin, aku telah datang dari Wadi al-Qura, dan Khalid bin ‘Urfatah telah
mati, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya beliau belum mati, lalu
lelaki itu telah mengulanginya. Maka beliau a.s berkata: Beliau belum mati,
beliau telah menentang dengan mukanya, lelaki itu telah mengulanginya pada kali
yang ketiga, maka beliau berkata: Subhanallah!
Aku telah memberitahu kepada anda bahawa sesungguhnya beliau telah mati dan
anda masih berkata bahawa beliau belum mati? Ali a.s berkata: Demi Yang diri
aku di tangan-Nya bahawa beliau tidak akan mati sehingga beliau mengetuai
tentera yang sesat di mana pembawa benderanya adalah Habib bin Jammaz[177].
Beliau berkata: Habib bin
Jammaz telah mendengar kata-kata tersebut, lalu beliau telah mendatangi Amir
al-Mukminin a.s, dan berkata kepadanya: Aku menyeru anda dengan nama Allah
tentang diri aku bahawa aku adalah syi‘ah anda. Anda telah menyebut aku dengan
satu perkara, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya tentang diri aku, Ali
a.s berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah Habib bin
Jammaz. Maka Ali a.s berkata kepadanya:Jika anda adalah Habib bin Jammaz, maka
andalah yang akan membawa benderanya, lantas Habib meninggalkannya. Abu Hamzah
berkata:Demi Allah, Khalid bin ‘Urfatah tidak mati sehingga ‘Umar bin Sa‘id
mengutus kepada al-Husain bin Ali a.s, dan menjadikan Khalid bin ‘Urfatah di
hadapannya dan Habib bin Jammaz pembawa benderanya (sahib rayati-hi)[178]
Hamzah bin Ya‘la, daripada
Ahmad bin al-Nadhar, daripada ‘Umru bin
Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Beliau
berkata: Wahai Jabir, Sesungguhnya kami jika kami memberitahu kepada kamu
dengan pendapat kami dan hawa nafsu kami (lau
kunna nuhaddithu-kum bi-ra’yi-na wa hawana), nescaya kami daripada mereka
yang binasa, tetapi kami memberitahu kepada kamu hadis-hadis yang kami menyimpannya daripada
Rasulullah s.a.w (nuhaddithu-kum bi
ahadith naknidhu-ha ‘an rasulillah) sebagaimana mereka itu menyimpan emas
mereka dan wang mereka (kama yaknidhu
haula’ dhahaba-hum wa waraqa-hum).
Ahmad bin Muhammadd bin Isa,
daripada al-Husain bin sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Jamil bin
Darraj daripada Fudhail bin Yasar, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa beliau
berkata: Sesungguhnya kami adalah di atas keterangan Tuhan kami (inna ‘ala bayyinatin min rabbi-na). Dia
telah menerangkannya kepada Nabi-Nya. Maka Nabi-Nya telah menerangkannya kepada
kami, jika tidak, nescaya kami sama seperti mereka saja (laula dhalika la-kunna ka-ha’ula’ al-Nas)[179].
Semua Perkara Dalam Kitab Allah Dan Sunnah-Nya
Ahmad bin Muhammad bin Isa,
daripada Muhammad bin khalid al-Barqi, daripada Ismail bin Mihran, daripada
Yusuf bin ‘Umairah, daripada Abu al-Maghra Hamid bin al-Muthanna al-‘Ajali,
daripada Sama‘ah bin Mihran, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s,
berkata:Aku telah berkata: Adakah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan
sunnah-Nya atau apakah pendapat anda mengenainya? Beliau berkata: Malah semua perkara ada di
dalam kitab Allah dan sunnah-Nya (bal
kullu syai’in fi kitab Allah wa sunnati-hi)[180].
Daripadanya, daripada Muhammad
bin Khalid al-Barqi daripada Safwan bin Yahya daripada Sa‘id bin Abdullah
al-A‘raj berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Terdapat di sisi
kami bahawa mereka yang memahami agama berkata: Perkara yang kami tidak
mengetahuinya apabila dibentangkan
kepada kami, lalu kami berkata dengan pendapat kami (bi-ra’yi-na), maka beliau a.s berkata:
Mereka telah berbohong, semua perkara ada di dalam al-Kitab, dan al-Sunnah. Daripadanya,
daripada al-Hasan bin Fadhdhal, daripada
Abu al-Maghra, daripada Sama‘ah, daripada al-‘Abd al-Salih berkata: Aku
telah berkata kepadanya: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabat kita
telah bertemu dengan bapa anda dan datuk anda, dan mereka telah mendengar hadis
daripada mereka berdua. Kemungkinan ada perkara yang menguji mereka di mana
mereka tidak mendapati sesuatu yang membolehkan mereka memberi fatwa atau
mereka mempunyai perkara yang hampir sama, adakah boleh mereka mengamalkan
kias? Beliau berkata: Tidak, sesungguhnya telah binasa mereka sebelum kamu
dengan kias, maka aku telah berkata kepadanya: Kenapa kias tidak diterima?
Beliau berkata: Kerana tiada perkara melainkan ada di dalam Kitab dan Sunnah.
Al-Sanadi bin Muhammad
al-Bazzaz, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Hakim, daripada Abu
al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya: Kami telah
mempelajari agama daripada kamu dan kami telah meriwayatkan hadis daripada
kamu, kemungkinan seorang lelaki datang kepada kami, dan beliau diuji dengan
perkara kecil di mana kami tidak mengetahui untuk memberi fatwa tentangnya,
tetapi kami mempunyai perkara seumpamanya atau menyerupainya. Adakah boleh kami
menggunakan kias akan perkara yang menyerupainya? Beliau berkata: Tidak, kenapa
kamu menggunakan kias? Dengan kiaslah
telah binasa mereka sebelum kamu, aku berkata: Adakah Rasulullah s.a.w telah
mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu? Beliau berkata: Rasulullah
s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu pada masa
hidupnya dan mereka akan memadai dengannya sehingga hari Kiamat. Aku berkata:
Adakah sesuatu telah hilang daripadanya (fa-dha‘a
min-hu syai’un)? Beliau berkata: Tidak, ia berada di sisi ahlinya (huwa ‘inda ahli-hi )[181].
Rasulullah S.A.W Telah Mengajar Ali A.S Seribu Bab
Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu‘Umair, daripada Murazim bin
Hakim al-Azadi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah
mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap satu bab akan membuka seribu bab(‘allma rasulullah s.a.w ‘aliyyan alfa bab
yaftahu kullu bab alfa bab)[182].
Ahmad bin Muhammad bin Isa,
daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada sebahagian daripada para sahabatnya,
daripada Ahmad bin ‘Umar al-Halabi,
daripada Abu Basir berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka
aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya syi‘ah bercakap-cakap bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang dapat membuka seribu bab.
Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, Rasulullah s.a.w telah mengajar
Ali a.s seribu bab, dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain, aku telah
berkata kepadanya: Adakah ini ilmu? Beliau berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu[183].
Daripadanya,dan Muhammad bin
Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Tha‘labah bin
Maimun, daripada Abdullah bin Hilal berkata: Abu Abdullah a.s berkata:
Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya
seribu bab yang lain, setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain
pula.
Daripadanya, dan Ahmad bin
al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada [184]
al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd al-Rahman
bin Abu Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka
untuknya seribu bab, dan setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain
pula[185].
Ya‘qub bin Yazid, dan Ibrahim
bin Hasyim, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair daripada Ibrahim bin Abd al-Hamid,
daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Ali telah
berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab, setiap bab
akan membuka seribu bab yang lain.
Muhammad bin Isa, dan Ibrahim
bin Ishaq, daripada Abdullah bin Hammad al-Ansari, daripada Sabah al-Mazni,
daripada al-Harith bin al-Hasirah, daripada al-Asbagh bin Nabatah, daripada
Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku
seribu bab daripada halal dan haram daripada apa yang telah berlaku, dan akan
berlaku sehingga hari Kiamat. Setiap bab daripadanya akan membuka seribu bab
yang lain. Lantaran itu, ia telah menjadi seratus ribu bab sehingga aku telah
diajar ilmu al-Munaya, al-Balaya
dan Fasl
al-Khitab (kefasihan bercakap).
Ahmad dan Abdullah
kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub,
daripada Hisyam bin Salim, daripada bapanya, daripada Hamzah al-Thumali,
daripada Abu Ishaq al-Sabi‘i berkata: Aku telah mendengar sebahagian para
sahabat Amir al-Mukminin a.s yang dipercayai berkata: Aku telah mendengar Ali
a.s berkata: Sesungguhnya di dalam
dadaku ini ilmu yang banyak di mana Rasulullah s.a.w telah mengajarnya kepadaku
(inna fi sadri hadha la- ‘ilman jamman
‘allamani-hi rasulullah s.a.w lau ijidu la-hu hafazah yar‘auna-hu haqqa
ri‘ayati-hi wa yarwauna-hu ‘anni ka-ma yasma‘una-hu ‘anni idhan la-auda‘tu-hum
ba‘dha-hu). Jika aku mendapati untuknya para penghafaz yang menjaganya
dengan baik dan meriwayatkannya kepada aku sebagaimana mereka mendengarnya
daripadaku, nescaya aku telah menyimpan sebahagiannya kepada mereka. Lantaran
itu, banyak ilmu yang diketahuinya, sesungguhnya ilmu adalah pembuka kepada
setiap bab dan setiap bab akan membuka seribu bab.
‘Umru Bin Huraith Dan Keburukannya
Al-Mu‘alla bin Muhammad
al-Basri, daripada Bustam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassan, daripada
al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Hasan al-‘Abdi, daripada Sa‘d bin
Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah
memerintah kami berjalan ke al-Mada’in dari Kufah. Lalu kami telah berjalan
pada hari Ahad, dan ‘Umru bin Huraith
serta tujuh orang yang lain tertinggal ke belakang. Lalu mereka telah keluar ke
satu tempat di al-Hirah dinamakan al-Khauranaq, mereka berkata: Kita berkelah,
dan apabila tiba hari Rabu, kita keluar dan akan bersama Ali a.s sebelum beliau
berhimpun, manakala mereka berehat, tiba-tiba seekor biawak (dhabb)keluar kepada mereka, lantas
mereka memburunya, dan ditangkap oleh ‘Umru bin Huraith sambil berkata: Kamu
Baiahlah kepada biawak ini, kerana ia adalah Amir al-Mukminin (bayi‘u hadha Amir al-Mu’minin), lalu
tujuh orang sahabatnya, dan ‘Umru bin Huraih adalah orang yang kelapan mereka,
telah memberi baiah kepadanya.
Mereka telah berjalan pada
malam Rabu, dan mereka telah sampai di al-Mada’in pada hari Jumaat di mana Amir
al-Mukminin a.s sedang berkhutbah, mereka berlapan tidak berpisah di antara
mereka sehingga mereka turun di pintu masjid, manakala memasukinya, Amir
al-Mukminin a.s telah melihat kepada mereka, dan berkata:Wahai manusia,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah merahsiakan kepada aku seribu hadis pada setiap
hadis seribu bab, dan setiap bab seribu anak kunci dan aku telah mendengar
Allah berfirman di dalam Surah Al-Isra’ (17) 71 “Hari kami menyeru setiap manusia dengan imam mereka”, sesungguhnya
aku bersumpah dengan Allah untuk kamu bahawa Dia akan membangkitkan pada hari
Kiamat lapan orang dengan imam mereka iaitu biawak dan jika aku mahu menamakan
mereka, nescaya aku boleh melakukannya.[186]
Kitab-Kitab Di Sisi Para Imam A.S
Ahmad bin Muhammad bin Isa,
daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari,
daripada Ali bin Hamzah, daripada Imran bin Ali al-Halabi, daripada Abban bin
Taghlab berkata: Abu Abdullah a.s telah memberitahu aku bahawa sesungguhnya di
hulu pedang Ali a.s terdapat mashaf di
mana Ali a.s telah menyeru al-Hasan kepadanya, lalu beliau telah mengangkatnya
kepadanya, dan memberi pisau kepadanya, kemudian berkata kepadanya: Bukalah,
maka al-Hasan tidak mampu membukanya, lalu Ali a.s telah membukakannya
untuknya.
Kemudian beliau berkata
kepadanya: Bacalah, lalu al-Hasan a.s
membaca al-Alif , al-Ba’ , al-Sin, al-Lam, dan seterusnya, kemudian beliau telah
melipatkannya, lalu memberikannya kepada saudaranya al-Husain, maka beliau
tidak mampu membukanya, lalu beliau membukakannya untuknya, kemudian beliau
berkata kepadanya: Bacalah, lalu beliau
membacanya sebagaimana telah dibaca oleh al-Hasan, kemudian beliau telah
melipatkannya, dan memberikannya kepada Muhammad bin al-Hanafiyyah, tetapi
beliau tidak mampu membukakannya, maka
Ali a.s telah membukakannya untuknya, dan berkata
kepadanya: Bacalah, maka beliau tidak dapat mengeluarkan sesuatu daripadanya,
lalu beliau telah mengambilnya dan melipatkannya. Kemudian beliau telah menggantungkannya di hulu pedangnya, maka Aku
telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah perkara yang terdapat di dalam
mashaf itu? Beliau berkata: Iaitu huruf-huruf yang dapat
membuka setiap huruf seribu huruf yang lain, Abu Basir berkata: Abu Abdullah
a.s berkata: Dua huruf pun tidak akan keluar kepada orang ramai sehingga hari
Kiamat[187].
Rasulullah S.A.W Mengajar Ali A.S
Seribu Kalimah
Daripadanya, dan Muhammad bin
Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Mansur bin
Yunus, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Abu Ja‘far a.s berkata:
Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu huruf yang dapat membuka seratus
ribu huruf dan setiap huruf daripadanya dapat membuka seribu huruf.
Daripadanya, dan Ibrahim bin
Hasyim, daripada Uthman bin Isa, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd
al-Rahman bin Abu Abdullah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w
telah mengajar Ali a.s satu huruf yang dapat membuka seribu huruf, dan setiap
huruf daripadanya dapat membuka seribu huruf (yaftahu alfa harfin)[188]
Ahmad bin Muhammad bin Isa,
dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar
daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu
Hamzah al-Thumali daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Rasulullah s.a.w
telah mengajar Ali a.s satu kalimah yang dapat membuka seratus ribu kalimah dan
setiap kalimah dapat membuka seribu kalimah.
Ali bin Muhammad al-Hijjal,
daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’i daripada Muhammad bin Sinan,
daripada Ismail bin Jabir, dan Abd al-Karim bin Abu Dailam, daripada Abu
Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Ali a.s dengan
seribu kalimah(ausa Rasulullah s.a.w ila
Ali bi-alfi kalimatin), dan setiap kalimah dapat membuka seribu kalimah (yaftahu kullu kilimatin alfa kalimatin).
Ahmad bin Muhammad bin Isa,
dan Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada
Fadhalah bin Ayyub, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami,
daripada maulanya Hamzah bin Rafi‘,
daripada Ummu Salmah; isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah s.a.w telah
bersabda ketika sakit yang telah membawa kepada kematiannya: Serukan kepadaku khalilku. Maka ‘Aisyah menghantar utusan
untuk menjemput bapanya. Apabila Abu Bakr datang maka Rasulullah s.a.w. menutup
mukanya. Maka Abu Bakr pulang.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Panggilkan kepadaku khalilku. Hafsah
menghantar utusan kepada bapanya. Justeru itu ‘Umar datang. Rasulullah s.a.w
terus menutup mukanya (ghatta rasulullah
s.a.w wajha-hu) dan bersabda: Serukan khalilku.
Maka Umarpun kembali. Setelah itu, Fatimah memanggil Ali a.s. Apabila Ali a.s datang, maka Rasulullah
s.a.w berdiri, lalu beliau a.s. masuk.
Kemudian beliau s.a.w. memuliakan Ali a.s dengan kainnya. Fatimah a.s berkata:
Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis sehingga
aku telah berpeluh dan Rasulullah s.a.w turut berpeluh (fa-haddathani bi-alfi hadith hatta
‘araqtu wa ‘araqa rasulullah s.a.w). Peluhnya telah mengalir ke
atasku, dan peluhku telah mengalir ke atasnya (fa-sala ‘alayya ‘araqu-hu wa sala
‘alai-hi ‘araqi )[189].
Keilmuan Para Imam A.S
Ahamad al-Hasan bin Ali bin
Fadhdhal, daripada ‘Umru bin Sa‘id al-Mada’ini, daripada Musaddiq bin Sadaqah al-Mada’ini, daripada ‘Ammar bin Musa al-Sabiti, daripada Abu
Abdullah a.s berkata:Aku telah berkata
kepada Abu Abdullah a.s tentang imam adakah belliau mengetahui perkara
ghaib (ya‘lamu al-Ghaib)? Beliau
berkata: Tidak, tetapi apabila beliau mahu mengetahui sesuatu, maka Allah akan
memberitahu kepadanya perkara tersebut (idha
arada an ya‘lama al-Sya’ a‘lama-hu l-Lahu dhalika)[190].
Muhammad bin al-Husain bin Abu
al-Khattab, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ahmad bin al-Hasan
al-Maithami, daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Ali bin Yaqtin berkata:
Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan Musa a.s: Ilmu alim kamu secara
pendengaran atau ilham? Beliau berkata: Kadang-kala secara pendengaran dan
kadang-kala secara ilham atau kedua-duanya sekali (qad yakunu samma‘an wa yakunu ilhaman wa yakunani ma‘an).
Ahmad bin Muhammad bin Isa
daripada Muhammad bin Abu Nasr, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Harith
bin al-Mughirah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah ilmu
alim kamu (ma ‘ilmu ‘alimu-kum),
adakah sebahagiannya dicampak dihatinya (a
jumlatun yuqdhafu fi qalbi-hi) atau diperdengarkan di telinganya (au yunkatu fi udhuni-hu)? Beliau berkata: Seperti wahyu ibu Isa.
Ya‘qub bin Yazid, daripada
Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Muhammad bin Hamraan daripada Sufyan bin
al-Samt, daripada Abdullah bin al-Najjasyi, daripada Abu Abdullah a.s berkata:
Beliau berkata: Di kalangan kami, demi Allah, ada yang dibisikkan di telinganya (fi-na, wa l-Lahi, man yunqaru fi udhuni-hi ),
dan ada yang diberitahu di hatinya (yunkatu
fi qalbi-hi), dan ada yang telah berjabat tangan dengan malaikat (tusafihu-hu al-Malaikatu). Aku berkata:
Di masa yang lalu, atau hari ini? Beliau berkata: Malah hari ini (bal al-Yaum), wahai Ibn al-Najjasyi- Beliau telah berkata sedemikian sehingga
tiga kali.
Al-Hasan bin Ali bin Abdullah
bin al-Mughirah, daripada ‘Abis bin Hisyam al-Asadi, daripada Kiram bin ‘Umru
al-Khusy‘ami, daripada Abdullah bin Abu Ya‘fur, berkata: Aku telah berkata
kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami berkata: Sesungguhnya Ali a.s
dibisikkan di telinganya (kana yunkatu fi udhuni-hi) dan
diberitahu di dadanya (wa yuqaru fi
sadri-hi), maka beliau berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang Muhaddathan (boleh bercakap dengan
malaikat). Manakala beliau telah melihat
aku bahawa kata-katanya telah menjadi berat ke atasku, maka beliau berkata:
Sesungguhnya Ali a.s pada hari Bani Quraizah, dan al-Nadhir telah diapit oleh
Jibrail di kanannya, dan Mikail di kirinya, mereka berdua sedang bercakap-cakap
dengannya (yuhaddithana-hu)[191].
Ahmad bin Muhammad bin Isa,
daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin
al-Mukhtar al-Qalanisi, daripada al-Harith bin al-Mughirah bin al-Nadhari,
daripada Hamraan berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya
Ali a.s adalah Muhaddathan, maka aku
pun telah datang kepada para sahabatku, lalu aku berkata: Aku datang kepada
kamu dengan berita yang pelik, mereka berkata: Apakah ia? Aku berkata: Aku
telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Ali adalah seorang Muhaddathan, mereka berkata: Anda jangan melakukan sesuatu
melainkan anda bertanya kepadanya siapakah yang bercakap dengannya.
Lalu aku kembali kepadanya dan
aku berkata: Sesungguhnya aku telah memberitahu para sahabatku tentang perkara
yang anda telah memberitahu aku, maka mereka berkata: Anda jangan melakukan
sesuatu melainkan anda bertanya kepadanya siapakah yang bercakap dengannya,
maka beliau berkata kepadaku: Malaikat yang bercakap dengannya (yuhaddithu-hu malakun), aku berkata: Anda
berkata bahawa beliau seorang nabi? Lantas beliau menggerakkan tangannya
begini, beliau berkata: Atau seperti sahabat Sulaiman atau seperti sahabat Musa
atau seperti Dhu al-Qarnain atau tidakkah telah sampai berita kepada kamu
bahawa beliau berkata: Di kalangan kamu ada orang seumpamanya (wa fi-kum mithlu-hu)[192].
Musa bin Ja‘far bin Wahab
al-Baghdadi, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada
Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku dan al-Mughirah bin Sa‘id sedang duduk di
Masjid, lalu al-Hakam bin ‘Utbah datang kepada kami, dan berkata: Sesungguhnya
aku telah mendengar daripada Abu Ja‘far a.s satu hadis di mana aku tidak pernah
mendengarnya sebelum ini, maka kami telah bertanya kepadanya tentangnya, tetapi
beliau telah enggan memberitahu kami mengenainya, beliau berkata: Ya, kami
telah mendapati ilmu Ali a.s di dalam satu ayat pada kitab Allah a.w; Surah
al-Hajj (22):52 “ Dan kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, dan tidak pula
seorang nabi, (dan tidak pula seorang
muhaddathin), melainkan apabila ia
mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap
keinginan itu”
Maka kami berkata: Ayatnya bukan begitu, maka beliau berkata: Ayat itu
terdapat di dalam kitab Ali, aku berkata: Bagaimana muhaddath terjadi? Beliau berkata: Dibisikkan di telinganya (yunkatu fi udhuni-hi), lalu beliau
mendengar deringan atau gema (tanin ) seperti deringan atau gema
sesuatu terjatuh di dalam mangkuk (ka-tanin
al-Tist) atau diketuk di hatinya (yuqra‘u
‘ala qalbi-hi), lalu beliau mendengar ketukan seperti ketukan rantai besi
yang terjatuh di dalam mangkuk (fa-yasma‘u
waq‘an ka waq‘i al-silsilati yaqa‘u fi al-Tist). Aku berkata: Beliau seorang nabi? Beliau berkata: Tidak, seperti
Khidir, dan Dhu al-Qarnain[193].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab,
daripada al-Nadhar bin Syu‘aib, daripada ‘Abd al-Ghaffar al-Jazi, daripada Abu
Abdullah a.s berkata: Aku bercakap tujuh puluh cara (wajhan) untukku; semuanya ada jalan keluar[194].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada
Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Abdullah
bin Maskan, daripada Abd al-A‘la bin A‘yan berkata: Aku dan Ali bin Hanzalah
telah datang kepada Abu Abdullah a.s, maka Ali bin Hanzalah telah bertanya
kepadanya tentang satu masalah, maka beliau telah menjawabnya, Ali berkata
kepadanya: Jika ia begitu, maka ia adalah begitu, maka beliau telah menjawabnya
dengan jawapan yang lain pula, beliau berkata kepadanya: Jika ia begitu, maka
ia adalah begitu, maka beliau telah menjawab dengan jawapan yang lain pula
sehingga beliau telah menjawab dengan empat jawapan.
Ali bin Hanzalah telah
berpaling kepada aku, dan berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya kami
telah menguasainya (ahkamna-ha), lantas Abu Abdullah a.s telah menegahnya, dan berkata:
Janganlah anda berkata sedemikian wahai Abu al-Hasan, kerana anda adalah
seorang lelaki yang warak, sesungguhnya di antara perkara-perkara itu ada
perkara-perkara yang sempit waktunya (dhayyiqah), maka ia tidak berlaku
melainkan di atas satu cara, di antaranya Jumaat yang hanya mempunyai satu
waktu ketika tergelincirnya matahari. Dan di antara perkara-perkara itu
terdapat perkara-perkara yang luas waktunya (muwassa‘ah) yang berlaku di atas beberapa cara dan ini adalah di
antaranya, demi Allah, di sisiku tujuh puluh cara[195].
Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid,
dan Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Muhammad bin
Hamraan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Abdullah a.s berkata:
Sesungguhnya kami bercakap dengan satu kalimah yang mempunyai tujuh puluh cara
untuk aku semuanya ada jalan keluar.
Ahmad dan Abdullah dua anak
lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin
al-Nu‘man al-Ahwal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kamu adalah orang yang
paling alim selama kamu memahami pengertian percakapan kami. Sesungguhnya
percakapan kami bertukar kepada tujuh puluh cara (yansarifu ila sab‘in wajhan)[196].
Muhammad bin al-Husain bin Abu
al-Khattab, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Abd al-Karim bin ‘Umru,
daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Aku
bercakap dengan satu kalimah yang mempunyai tujuh puluh cara, jika aku
kehendaki, aku akan melakukannya menurut caranya yang tersendiri.
Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin
al-Husain al-Khattab, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Muhammad bin
Sinan dan Ali bin al-Nu‘man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abu Basir,
daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah a.w tidak akan
meninggalkan bumi melainkan padanya seorang
alim yang mengetahui pertambahan dan kekurangan (fi-ha ‘alim ya‘lamu al-Ziyadah
wa al-Nuqsan) di bumi. Apabila orang-orang mukmin telah menambahkan
sesuatu, maka Dia kembalikannya kepada mereka, dan apabila mereka mengurangkan
sesuatu, maka Dia menyempurnakannya untuk mereka, maka beliau berkata: Kamu
ambillah ia dengan sempurna (khudhu-hu
kamilan). Jika tidak, nescaya urusan mereka akan menjadi kesamaran kepada
orang-orang mukmin, lantaran itu, mereka tidak dapat membezakan di antara
kebenaran dan kebatilan.
Al-Hasan bin Ali bin
al-Nu’man, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata:
Aku telah mendengarnya berkata: Bumi tidak akan sunyi melainkan padanya seorang
lelaki daripada kami mengetahui
kebenaran (lan takhlu al-Ardhu illa wa fi-ha rajulun minna ya‘rifu al-Haqqa).
Apabila orang ramai telah menambahkan
sesuatu padanya, beliau berkata: Sesungguhnya mereka telah
menambahkannya, dan apabila mereka
menguranginya, beliau berkata: Mereka telah menguranginya, dan apabila mereka mengakui kekurangannya, maka beliau
membenarkan mereka, jika tidak, kebenaran tidak akan dikenali daripada kebatilan.
BAHAGIANKESEPULUH
Para imam mengetahui semua lisan dan bahasa, di sisi mereka kitab-kitab
para nabi a.s, mereka mengetahui percakapan binatang, mereka mengetahui semua
keadaan manusia ketika melihat mereka, para imam a.s adalah Mutawassimin dan
lain-lain.
Para Imam Mengetahui Semua Lisan Dan Bahasa
Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid
dan Ibrahim bin Mihziyar berkata: Aku
telah menghantar hamba aku yang berbangsa Slav kepada Abu al-Hasan
ketiga a.s, maka hamba aku telah kembali kepadaku dengan pelik, aku berkata
kepadanya: Apakah dengan anda wahai anak lelakiku? Beliau berkata: Bagaimana aku tidak merasa
pelik, beliau a.s sentiasa bercakap dengan aku di dalam bahasa Slav seolah-olah
beliau adalah seorang daripada kami, aku telah menyangka bahawa beliau telah
mengguna bahasa ini supaya hamba-hamba lain tidak mendengar apa yang berlaku di
kalangan mereka.
Ahmad bin Muhammad, daripada
Abu al-Qasim Abd al-Rahman bin Hammad al-Kufi dan Abdullah bin ‘Imran, daripada
Muhammad bin Basyir, daripada seorang lelaki, daripada ‘Ammar bin Musa
al-Sabiti berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepada aku: Wahai ‘Ammar,
lalu beliau meletakkan kain ke atas aku, aku berkata: Aku tidak pernah melihat
seorang nabati yang lebih fasih daripada anda di dalam bahasa Nabatiyyah,
beliau berkata: Wahai ‘Ammar, di dalam
semua bahasa.
Ahmad bin Muhammad bin Isa,
daripada al-Husain bin Sa‘id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada
al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin ‘Imran al-Halabi, daripada saudara
Malih berkata: Abu Yazid Furqad telah memberitahu aku, berkata: Aku telah
berada di sisi Abu Abdullah a.s. Beliau telah mengutus hambanya berbangsa a‘jam [197]di
dalam satu hajat, maka hambanya telah kembali kepadanya. Lalu beliau mulai mengubah
perutusannya, tetapi ia tidak menghairankannya
sehingga aku telah menyangka bahawa beliau a. s akan memarahinya. Beliau berkata: Bercakaplah di dalam bahasa
mana yang anda kehendaki, sesungguhnya aku memahami tentang kamu. Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan
Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada
Fadhdhalah bin Ayyub, daripada seorang lelaki namanya Masma‘ bin Abd al-Malik, laqabnya adalah Kardin, daripada Abu
Abdullah a.s, maka beliau berkata: Aku telah datang kepadanya, dan di sisinya
anak lelakinya Ismail.
Kami pada masa itu akan
berimamkannya selepas bapanya, maka beliau telah menyebut kepada aku hadis yang
panjang bahawa beliau telah mendengar
Abu Abdullah a.s berkata tentangnya menyalahi apa yang kami telah menyangkanya.
Aku telah mendatangi dua lelaki daripada ahli Kufah yang berkata mengenainya.
Lalu aku telah memberitahu mereka berdua, maka seorang daripada mereka berdua
berkata:Aku telah mendengar, aku telah mentaati dan aku telah meredai.
Sementara yang lain pula berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak
mendengar, aku tidak reda, dan aku tidak mentaati sehingga aku mendengarnya
daripadanya. Kemudian beliau telah keluar menuju Abu Abdullah a.s, lalu aku
telah mengikutinya. Apabila kami berada
di pintu, maka mereka berdua telah meminta kebenaran masuk, maka beliau telah
membenarkan aku masuk sebelumnya, kemudian beliau telah membenarkannya masuk,
manakala beliau masuk, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai polan,
adakah setiap seorang daripada kamu dibawa datang dengan kitab yang
berterbangan? Sesungguhnya apa yang telah diberitahu kepada anda oleh polan itu
adalah benar.
Maka beliau berkata: Aku telah
menjadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya aku suka mendengarnya daripada
anda sendiri, lantas beliau berkata: Sesungguhnya polan itu adalah imam anda, dan sahabat anda
selepas aku, iaitu Abu al-Hasan Musa a.s-tidak akan menuntutnya di antara aku
dan beliau (Musa a.s) melainkan pembohong, maka beliau telah berpaling kepada
seorang lelaki dari Kufah yang pandai berbicara di dalam bahasa Nabatiyyah,
maka beliau berkata kepadanya: Dirqihi (percakapan?), lalu Abu Abdullah a.s
berkata kepadanya: Dirqihi di dalam
bahasa Nabatiyyah, kamu ambillah.
Muhammad bin Jazak, daripada
Yasir al-Khadim berkata: Hamba-hamba Abu
al-Hasan a.s di rumahnya terdiri daripada bangsa Slav dan Rom. Abu
al-Hasan a.s adalah rapat dengan mereka. Beliau telah mendengar mereka di waktu
malam merepek dengan bahasa Slav dan Roman, mereka berkata: Sesungguhnya kami
telah mengeluarkan darah kami di negara kami pada setiap tahun, kemudian kita
tidak melakukannya di sini. Pada keesokannya, Abu al-Hasan a.s telah bertemu
dengan seorang doktor, lalu beliau berkata kepadanya: Keluarkan darah polan.
Kemudian beliau berkata: Wahai Yasir, janganlah anda mengeluarkan darah anda.
Yasir berkata: Darah aku telah
dikeluarkan, lalu tanganku menjadi kehijauan. Maka beliau a.s berkata: Wahai Yasir, apakah telah terjadi kepada anda? Maka aku telah
memberitahunya, lalu beliau berkata: Tidakkah aku telah melarang anda dari
melakukannya, hulurkan tangan anda, lalu beliau menyapukan tangannya ke atas
tanganku, dan meludahnya (wa tafila fi-ha).
Kemudian beliau telah berwasiat kepada aku supaya aku tidak makan malam. Selepas
itu aku telah terlupa, lalu aku makan
malam, lantas beliau memukul aku[198].
Ya‘qub bin Yazid, daripada
Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada sebahagian lelakinya, daripada Abu Abdullah
a.s berkata: Al-Hasan bin Ali a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah dua bandar;
satu di timur dan satu lagi di barat, di atasnya dinding dari besi, dan di atas
setiap bandar seratus ribu daun dari emas, di dalamnya seratus ribu bahasa,
setiap bahasa bercakap berlainan dengan bahasa sahabatnya dan aku mengetahui
semua bahasa (ana a‘rifu jami‘ al-Lughat),
apa yang ada pada kedua-duanya, di antara kedua-duanya, dan hujah di atas
kedua-duanya selain daripada aku, dan saudaraku al-Husain[199].
Musa bin ‘Umar bin Yazid
al-Saiqal, daripada Ali bin Ismail al-Maithami, daripada Sama‘ah bin Mihran
daripada seorang syeikh di kalangan sahabat kita, daripada Abu Ja‘far a.s,
berkata: Kami telah datang kerana ingin bertemu dengannya. Apabila kami sampai
di Dahliz, kami telah mendengar bacaan di dalam bahasa Siryaniyyah dengan suara
yang baik, dibaca dan ditangisi sehingga sebahagian kami turut menangis.[200]
[1] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, vi , 230
[2] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvii, 125
[3] Al-Kulaini, al-Kafi,
iii, 297
[4] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi,
176
[5] Al-Isfahani, al-Aghani, xiv,
75
[6] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi, 37
[7] Ibid, 21
[8] Ibid
[9] Ibid,
209
[10] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 117
[11] Ibid
[12] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiv , 474
[13] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, iii, 6
[14] Ibid, xiii, 183
[15] Ibid
[16] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix,
380
[17] Ibid
[18] Al-Kasyi, al-Rijal,
hlm. 109, al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, ix, 14
[19] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.108
[20] Ibid
[21] Ibid
[22] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xi, 224
[23] Ibid, 230
[24] Ibid, 224
[25] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.126
[26] Ibid,
82
[27] Ibid
[28] Ibid,
hlm. 204
[29] Ibid,
hlm.244
[30] Ibid
[31] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi , 224
[32] Ibid, ix,
158
[33] Al-Saduq,
Kamal al-Din, hlm.164
[34] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiii,
179
[36] Al-Saduq, Kamal
al-Din, hlm. 178
[37] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, v, 360
[38] Ibid, ix, 379
[39] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiv,
129
[40] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi,
117
[41] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi,
224
[42] Ibid,
vii, 269
[43] Ibid,
xvi, 137
[44] Ibid,
xv, 15
[45] Ibid
[46] Al-Kulaini, al-Kafi, v, 198
[47] Al-Kulaini, al-Kafi, v, 498
[48] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, ix , 575
[49] Al-Saduq, Ma‘ani
al-Akhbar, hlm.113
[50] Ibid
[51] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, vi , 784
[52] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii, 472
[53] Ibid, 477
[54] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, ix, 161
[55] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 189
[56] Ibid, xvii, 170
[57] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvii , 125
[58] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii,
354
[59] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi , 189
[60] Ibid
[61] Ibid,
191
[62] Ibid
[63] Al-Kulaini, al-Kafi, ii ,7
[64] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii,
356
[65] Ibid, 665
[66] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 43
[67] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 168
[68] Al-Hasan bin Ali bin Syu‘bah al-Harani, Tuhaf al-‘Uqul, hlm. 49
[69] Al-Majlisi,
Buhar al-Anwar, xvi,
125
[70] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xxiii,
23
[71] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 25
[72] Ibid,
xvi, 186
[73] Ibid,
xxiv, 38
[74] Al-Saduq, al-Tauhid, hlm. 319
[75] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 448
[76] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi, 157
[77] Ibid
[78] Al-Kulaini, al-Kafi, ii,
641
[79] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 130
[80] Ibid
[81] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwarn, xvi, 148
[82] Ibid
[83] Al-Saduq, al-Amali, hlm.149
[84] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 149
[85] al-Kulaini, al-Kafi,
ii, 313
[86] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi,
164
[87] Ibid, xix,
58
[88] Ibid, xvi,
189
[89] Ibid, xxiv,
11
[90] Ibid, xvi, 49
[91] Ibid
[92] Ibid,
164
[93] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, I, 33-4
[94] Ibid
[95] Ibid
[96] Ibid,
43
[97] Ibid,
32
[98] Ibid
[99] Ibid, 64
[100] Ibid, 68
[101] Ibid, 32
[102] Ibid, xvi , 49
[103] al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi,
63
[104] Farsakh:Ukuran panjang yang sama dengan tiga batu
atau 4.8 kilometer
[105] Ibid, xvii,
248
[106] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, vii, 336
[107] Ibid,
131
[108] Ibid,
xvi, 164
[109] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vii,
419
[110] Ibid,
344
[111] Al-Kulaini, al-Kafi,
ii, 196
[112] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvii, 188
[113] Al-Kulaini,
al-Kafi, I, 47
[114] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii, 248
[115] Ibid, xvi, 49
[116] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi,
53
[117] Ibid, ix, 68
[118] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 66
[119] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, I, 89
[120] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xxiv,
50
[121] Ibid
[122] Ibid
[123] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xiii, 164
[124] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xiii, 225
[125] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, I, 134
[126] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii, 190
[127] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 220
[128] Ibid
[129] Ibid, xxi, 98
[130] Ibid,
xvi, 230
[131] Ibid, 220
[132] Ibid,
xi, 279
[133] Ibid,
xvi, 214
[134] Al-Saduq, Ma‘ani
al-Akhbar, hlm 20
[135] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, v, 16
[136] Ibid
[137] Ibid, v
, 12
[138] Ibid
[139] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, v, 264
[140] Ibid,
v, 2
[141] Ibid
[142] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vii,
267
[143] Ibid,
vii, 267
[144] Ibid
[145] Ibid
[146] Al-Kulaini, al-Kafi, I , 177
[147] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vii,
20
[148] Ibid
[149] Al-Kulaini, al-Kafi, I , 177
[150] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi, 128
[151] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vii,
328
[152] Ibid, xii, 14
[153] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix,
570
[154] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xi, 68
[155] Abu Bakr
[156] Rasulullah s.a.w
[157] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii, 81
[158] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, viii, 87
[159] Ibid,
ix, 563
[160] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii,
81
[161] Ibid, viii,
44
[162] Ibid,
ix, 379
[163] Ibid
[164] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, iii, 161
[165] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xi, 80
[166] Abu Bakr
[167] Umar
[168] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, viii , 214
[169] Ibid,
vii, 62
[170] Ibid,
vii, 306
[171] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vii, 306
[172] Ibid,
vii, 64
[173] Ibid,
ix, 474
[174] Ibid,
vii, 318
[175] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar vii, 317
[176] Ibid
[177] al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix, 578
[178] Ibid
[179] Ibid,
vii, 281
[180] Al-Kulaini, al-Kafi,
I, 62
[181] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, I, 163
[182] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, vii, 281
[183] Ibid
[184] Ibid
[185] Ibid
[186] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii,
615
[187] Ibid,
vii, 288
[188] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, vii, 282
[189] Ibid,
ix, 475
[190] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vii,
288
[191] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vii,
292
[192] Ibid
[193] Ibid
[194] Ibid
[195] Ibid
[196] Ibid
[197] Selain daripada bahasa atau bangsa Arab
[198] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, vii, 321
[199] Ibid
[200] Ibid
_____________________________________________
bersambung Bahagian 3
bersambung Bahagian 3
Tidak ada komentar:
Posting Komentar