_____________________________________________
KHULAFA’ RASYIDIN
DI
ANTARA NAS DAN IJTIHAD
____________________________________________
KHULAFA’ RASYIDIN
KHULAFA’ RASYIDIN
DI
ANTARA NAS DAN JTIHAD
_______________________________________________
Hak
karya dilindungi undang-undang.
Copyrghts. All
rights reserved.
________________________________________________
Cetakan Pertama : Julai, 1993
Edisi Bahasa Melayu
______________________________________________
Copyrights@AB-Perlak, all rights reserved.
_____________________________________________
KANDUNGAN
Umar memahami bahawa isteri Malik bin Nuwairah tidak boleh dijadikan
hamba. Oleh itu pembunuhan ke atas Malik bin Nuwairah dan kaumnya tidak patut
dilakukan kerana mereka adalah Muslim. Keengganan mereka membayar zakat kepada
Abu Bakar tidak boleh menjadi hujah kepada kemurtadan mereka. Pembunuhan ke
atas mereka disebabkan salah faham mengenai perkataan 'idfi'u, iaitu mengikut
suku Kinanah ia bererti "bunuh" dan dalam bahasa Arab biasa ia
bererti "panaskan mereka dengan pakaian" dan tidak menghalalkan
darah mereka. Sepatutnya mereka merujuk perkara itu kepada Khalid bagi
mengetahui maksudnya yang sebenar. Tetapi mereka terus membunuh kaumnya dan Malik
sendiri telah dibunuh oleh Dhirar yang bukan dari suku Kinanah. Oleh itu Dhirar
pasti memahami bahawa perkataaan idfi'u bukanlah perkataan untuk mengharuskan
pembunuhan, namun ia tetap membunuh Malik. Lantaran itu alasan kekeliruan
berlaku di dalam pembunuhan tersebut tidak boleh menjadi hujah dalam jenayah
Khalid, apatah lagi perzinaannya dengan isteri Malik bin Nuwairah selepas dia
dibunuh. Dengan itu tidak hairanlah jika Ali AS dan Umar meminta Khalifah Abu
Bakar supaya merejam Khalid, tetapi Abu Bakar enggan melakukannya.
14. Khalifah Abu Bakar tidak pernah dilantik oleh Nabi SAWA untuk
menjalankan mana-mana pekerjaan, malah beliau melantik orang lain. Hanya pada
satu masa beliau melantiknya untuk membawa Surah Bara'ah, tetapi beliau
mengambil kembali tugas itu dan kemudian meminta Ali AS untuk
melaksanakannya.[Al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba,hlm.61;al-Turmudhi,
Sahih,II,hlm.461;Ibn Hajar, al-Isabah,II,hlm.509]
21. Khalifah Abu Bakar tidak membunuh Dhu al-Thadyah sedangkan
Rasulullah SAWA telah memerintahkan Abu Bakar supaya membunuh Dhu al-Thadyah.
Abu Bakar mendapati lelaki itu sedang mengerjakan solat. Lalu dia berkata
kepada Rasulullah SAWA:"Subhanallah! Bagaimana aku membunuh lelaki yang
sedang mengerjakan solat?"

21. Khalifah Umar telah melarang mahr (mas kahwin) yang tinggi. Dia berkata:"Sesiapa yang menaikkan mahr anak perempuannya, aku akan mengambilnya dan menjadikannya milik Baitul Mal." Ijtihad Umar telah ditentang oleh seorang wanita lalu dia membaca firman Tuhan di dalam Surah al-Nisa' (4):20"Sekiranya kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambilnya kembali barang sedikitpun."Umar menjawab:"Orang ramai lebih alim daripada Umar sehingga gadis-gadis sunti di rumah-rumah."[Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib,II, hlm. 175; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,II, hlm. 133; Kata-kata Umar itu tidak boleh difahami sebagai tawadhuk, kerana ia melibatkan hukum Allah SWT.



2. Syura ini menjaukhkan Ali dari anasir-anasir yang membantunya di
dalam pemilihan, kerana tidak seorang pun orang Ansar dipilih di dalam majlis
syura tersebut. Perhatikanlah bagaimana khalifah Umar menjalankan politiknya
yang halus supaya Ali tidak terpilih di dalam syura tersebut.
3. Syura menjadikan Abdul Rahman sebagai penentu apabila tiga bersetuju dan tiga lagi menentang. Apakah kelebihan Abdul Rahman bin Auf? Tidakkah dia berkata kepadanya:"Ada adalah firaun ummat ini?"[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 24]
4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan anggota-anggotanya. Sa'ad bin Abu Waqas dan Abdul Rahman patuh kepada Uthman. Dan berlakulah sebagaimana yang berlaku.
84. Khalifah Umar menyanyi dan sahabatnya menyuruhnya menyanyi. Harith
bin Abdullah bin Abbas daripada bapanya berkata bahawa dia berjalan bersama
Umar di suatu jalan di Makkah di dalam masa pemerintahannya, bersamanya
Muhajirin dan Ansar. Umar menyanyikan satu nyanyian, lalu seorang lelaki dari
Iraq berkata kepadanya:"Teruskan nyanyian itu wahai Amirul
Mukminin."Maka Umarpun menjadi malu kemudian memecutkan untanya dengan
laju.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VII, hlm. 336; al-Baihaqi, al-Sunan,V,
hlm. 69]
105. Khalifah Umar telah memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat dirinya sendiri atau membiarkan dirinya diikat kerana dia telah menampar seorang lelaki dari Zararah yang telah memijak kainnya ketika dia sedang melakukan tawaf. Apabila tiba waktu malam, Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang keluar dari Makkah menuju Istanbul. Kemudian mengisytiharkan menganuti ugama Kristian kerana menentang tindakan Umar. Walau bagaimanpun Jabalah berdukacita di atas apa yang berlaku kerana perasaan kasih kepada Islam masih wujud di hatinya tetapi kemarahan kepada tindakan Umar tetap membara.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, I, hlm. 187] Lantaran itu tindakan Umar yang terburu-buru tanpa kebijaksanaan telah membuat Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang meninggalkan ugama Islam dan memeluk ugama Kristian.

11. Khalifah Uthman tidak melaksanakan hukum hudud ke atas al-Walid
bin Uqbah kerana meminum arak. Dia mengerjakan solat Subuh empat rakaat di
dalam keadaan mabuk dan bertanya:"Adakah aku perlu menambah lagi
rakaatnya?"Mereka menjawab:"Tidak, kami telah mengerjakan solat
kami."Mereka memberitahu khalifah Uthman mengenainya, lantas khalifah
Uthman memarahi mereka, lalu memukul saksi-saksi tersebut. Kemudian mereka
memberitahu Aisyah mengenainya. Aisyah berkata:"Uthman telah membatalkan
hudud dan memukul saksi-saksi."[Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 638; Ibn
al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 91-92; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60; Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 144]
23. Khalifah Uthman membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu
simati dengan adanya dua saudara lelakinya (simati) kerana dia memahami dua
saudara lelaki (akhwan) bukanlah saudara-saudara (ikhwah). Tindakannya
adalah bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah al-Nisa'(4): 11:"Jika
yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara (ikhwah), maka ibunya mendapat
seperenam." Apabila khalifah Uthman ditanya:"Tidakkah (akhawan) dua
saudara termasuk ikhwah (saudara-saudara)?"Dia menjawab:"Apakah aku
mampu menentang perkara yang telah berlaku?"Ini bermaksud dia tidak mampu
mengubahnya kerana dua orang khalifah sebelumnya telah menetapkan hukuman itu
walaupun ianya bertentangan dengan al-Qur'an.[al-Hakim, al-Mustadrak, IV, hlm.
335; al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 227; al-Durr al-Manthur, II, hlm. 126;Ibn
Kathir, Tafsir, I, hlm. 459]


AS, cacian Muawiyah di
atas mimbar terhadap Ali di masjid-masjid, perlantikan Yazid, seorang peminum
arak, pembunuhan Imam Husayn AS, anak-anak dan keluarganya serta sahabatnya
seramai 72 orang, pembunuhan beramai-ramai di Madinah yang diketuai oleh Muslim
bin Uqbah, panglima Yazid, 80 orang sahabat Nabi yang telah menyertai Perang
Badar dibunuh dalam Perang al-Hurrah.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I,
hlm. 216]

KANDUNGAN
- Pendahuluan
- BAB I
- BAB II
- BAB III
- BAB IV
- Kesimpulan
PENDAHULUAN
Bersyukur
kepada Allah SWT kerana dapat saya menyiapkan sebuah buku berjodol Khulafa'
Rasyidin Di antara Nas dan Ijtihad: satu kajian ilmiah yang sering dibincangkan
di antara dua aliran pemikiran Islam; Syiah dan Ahlul Sunnah.
Metode
kajian ini dilakukan berdasarkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA
kemudian catatan para ulama kita Ahlul Sunnah wal-Jamaah di dalam buku-buku
mereka mengenai hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang agak
bertentangan atau berbeza dengan nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah.
Oleh
itu sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka merekalah yang
berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT dan sekiranya catatan
mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan melemparkan tuduhan itu kepada
orang lain pula?
Buku
ini sekali-kali tidak boleh dilihat sebagai merendah atau memandang kecil jasa
baik yang dilakukan oleh mereka. Demi Tuhan saya menghormati mereka semua,
tetapi penghormatan saya kepada Allah dan RasulNya adalah mengatasi mereka
semua. Kerana Allah SWT adalah sebaik-baik hakim dan RasulNya pula sebaik-baik
rasul yang diutuskan.
Lantaran
itu perbandingan di antara nas dan ijtihad hendaklah dilihat dari perspektif
Allah SWT sebagai al-Khaliq dan Nabi Muhammad SAWA sebagai Nabi yang sempurna
al-kamil kemudian hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan Khulafa' Rasyidin yang
bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah.
Dengan
ini tuduhan mencaci sahabat tidak boleh ditimbulkan lagi sekiranya kita akur
kepada nas. Dan segala hukum dan perbuatan mereka bertentangan dengan nas pula
dianggap ijtihad. Dan ijtihad tersebut hendaklah tidak dipaksa ke atas sesiapa
pun. Dan sebarang penghinaan atau tindakan hendaklah tidak dilakukan kepada
sesiapa yang ingin mengikuti nas secara keseluruhannya. Dan bagi orang yang
mengikuti nas secara keseluruhannya tidak pula melakukan perkara yang sama
terhadap orang yang mengamalkan ijtihad tersebut.
Walau
bagaimanapun ijtihad secara umum patut diteruskan kerana apa yang telah berlaku
di zaman Khulafa' Rasyidin tidak sama dengan apa yang berlaku di zaman kita
ini. Malah Islam menggalakkan umatnya supaya berijtihad di setiap masa bagi
menyahut seruan dan keperluan umat. Lantaran buku ini bertujuan akademik
semata-mata semoga ianya akan memperluaskan wawasan berfikir di kalangan umat
Islam di rantau ini.
Saya
juga ingin menegaskan bahawa kita tidak perlu berpindah kepada mazhab lain.
Tetapi apa yang perlu ialah memperluaskan wawasan berfikir dan tidak pula
menyalahkan mereka yang mengikuti nas; al-Qur'an dan Sunnah Nabawiyyah di dalam
erti kata yang sebenar. Apatah lagi menganggap mereka sebagai sesat atau
terkeluar dari agama Islam, begitulah sebaliknya.
Kepada
saudara-saudara yang masih fanatik, saya ingin kemukakan kepada mereka
kata-kata Khalifah Ali AS:"Manusia akan menjadi musuh kepada apa yang
mereka tidak mengetahuinya," dan kata-kata Imam Baqir Sadr"Jikalau
saudara-saudara kami Ahlul Sunnah membaca apa yang ada di dalam buku-buku
mereka, nescaya mereka sependapat dengan kami, dan perselisihan tidak berlaku
di antara kami sejak awal lagi." Saya berkata,"Apa salahnya kalian
tahu sedangkan kalian bukan semestinya mengamalkan apa yang kalian tahu."
Akhir
sekali saya memohon jutaan maaf dari pembaca yang budiman jika terkasar atau
sebagainya kerana ia bukanlah yang dimaksudkannya kerana mesej yang sebenar
ialah nas dan ijtihad. Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurgaNya
bersama Khulafa' Rasyidin dengan mendapat syufaat mereka, dan saya bertawakkal
kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
_____________________________________________
BAB
I
Ijtihad
Khalifah Abu Bakar
Hukum-hukum
dan perbuatan khalifah Abu Bakar yang bertentangan dengan nas tetapi dianggap
sebagai ijtihad melebihi 32 perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama kita
Ahlul Sunnah wal-Jamaah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:
1. Khalifah Abu Bakar cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra' sekalipun Fatimah, Ali, Hasan dan Husayn AS berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka tidak melakukan bai'ah kepadanya. Fatimah AH memarahinya hingga akhir hayatnya dan berpesan kepada suaminya supaya merahsiakan pengkebumian dan makamnya daripada Abu Bakar dan Umar. Nabi SAWA bersabda:"Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu."[Al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm.153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII,hlm.219]
1. Khalifah Abu Bakar cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra' sekalipun Fatimah, Ali, Hasan dan Husayn AS berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka tidak melakukan bai'ah kepadanya. Fatimah AH memarahinya hingga akhir hayatnya dan berpesan kepada suaminya supaya merahsiakan pengkebumian dan makamnya daripada Abu Bakar dan Umar. Nabi SAWA bersabda:"Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu."[Al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm.153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII,hlm.219]
Khalifah
Abu Bakar adalah di antara orang yang dimarahi Fatimah AH. Beliau bersumpah
tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu
kepadanya. Al-Bukhari di dalam Sahihnya,IV, hlm.196 meriwayatkan daripada
Aisyah bahawa Fatimah AH tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau
meninggal dunia. Beliau hidup selepas Nabi wafat selama 6 bulan. Manakala
beliau wafat, suaminya Ali AS mengkebumikannya di waktu malam dan tidak
mengizinkan Abu Bakar dan Umar mengerjakan solat jenazah ke atasnya
[Al-Bukhari,Sahih,VI,hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah,I,hlm.14; Abu
l-Fida, Tarikh,I,hlm.159; al-Tabari,Tarikh,III,hlm.159]
2.
Khalifah Abu Bakar telah mengundurkan diri dari menyertai tentera di bawah
pimpinan Usamah bin Zaid, sedangkan Nabi SAWA bersabda:"Perlengkapkan
tentera Usamah, Allah melaknati orang yang mengundur diri dari tentera
Usamah."[Al-Syarastani, al-Milal, hlm.21; Ibn Sa'd, Tabaqat,II,hlm.249 dan
lain-lain lagi]
3.
Khalifah Abu Bakar telah mencaci Ali AS dan Fatimah AH sebagai musang dan
ekornya. Bahkan beliau mengatakan Ali AS seperti Umm al-Tihal (seorang perempuan
pelacur) kerana menimbulkan soal tanah Fadak. Kata-kata ini telah diucapkan
oleh Abu Bakar di dalam Masjid Nabi SAWA selepas berlakunya dialog dengan
Fatimah AH mengenai tanah Fadak. Ibn Abi al-Hadid telah bertanya gurunya, Yahya
Naqib Ja'far bin Yahya bin Abi Zaid al-Hasri, mengenai kata-kata
tersebut:"Kepada siapakah ianya ditujukan?"Gurunya
menjawab:"Ianya ditujukan kepada Ali AS."Kemudian ia bertanya
lagi:"Adakah ia ditujukan kepada Ali?Gurunya menjawab:"Wahai anakku
inilah ertinya pemerintahan dan pangkat duniawi tidak mengira kata-kata
tersebut."[Ibn Abi al-Hadid,Syarh Nahj al-Balaghah,IV,hlm.80]
Kata-kata
Abu Bakar adalah bertentangan dengan firmanNya:"Sesungguhnya Allah
bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu
sebersih-bersihnya."[Surah al-Ahzab (33):33] Fatimah dan Ali AS adalah
Ahlul Bayt Rasulullah SAWA yang telah disucikan oleh Allah SWT dari segala
dosa. Rasulullah SAWA bersabda:"Kami Ahlul Bayt tidak boleh seorangpun
dibandingkan dengan kami."[Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi'
al-Mawaddah,hlm.243]
4.
Khalifah Abu Bakar telah menghentikan pemberian khums kepada keluarga
Rasulullah SAWA. Ijttihadnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal
(18):41 dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang memberi khums kepada
keluarganya menurut ayat tersebut. [Lihat umpamanya al-Zamakhsyari,
al-Kasysyaf,II,hlm.127]
5.
Khalifah Abu Bakar juga mengambil kembali Fadak daripada Fatimah AH selepas
wafatnya Rasulullah SAWA. Abu Bakar memberi alasan "Kami para nabi tidak
meninggalkan pusaka, tetapi apa yang kami tinggalkan ialah sadaqah."Hujah
yang diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan Ali AS kerana
ianya bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti berikut:
a)
FirmanNya yang bermaksud 'Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian
pusaka) untuk anak-anakmu."[Surah an-Nisa (4):11] Apa yang dimaksudkan
dengan 'anak-anak' ialah termasuk anak-anak Nabi SAWA.
b)
FirmanNya yang bermaksud:"Dan Sulaiman telah mewarisi Daud."(Surah
al-Naml:16). Maksudnya Nabi Sulaiman AS mewarisi kerajaan Nabi Daud AS dan
menggantikan kenabiannya.
c)
FirmanNya yang bermaksud:"Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang
putra yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub dan
jadikanlah ia, ya Tuhanku seorang yang diredhai."(Surah Maryam:5-6)
Ketiga-tiga
ayat tadi bertentangan dengan dakwaan Abu Bakar yang berpegang dengan hadith
tersebut. Dan apabila hadith bertentangan dengan al-Qur'an, maka ianya (hadith)
mestilah diketepikan.
d)
Kalau hadith tersebut benar, ia bererti Nabi SAWA sendiri telah cuai untuk
memberitahu keluarganya mengenai Fadak dan ianya bercanggah dengan firmanNya
yang bermaksud:"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang
terdekat."(Surah al-Syua'ra:214)
e)
Hadith tersebut hanya diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ianya tidak boleh
menjadi hujah kerana Fatimah dan Ali AS menentangnya. Fatimah AH
berkata:"Adakah kamu sekarang menyangka bahawa aku tidak boleh menerima
pusaka, dan adakah kamu menuntut hukum Jahiliyyah?Tidakkah hukum Allah lebih
baik bagi orang yang yakin. Adakah kamu wahai anak Abi Qahafah mewarisi bapa
kamu sedangkan aku tidak mewarisi bapaku?Sesungguhnya kamu telah melakukan
perkara keji." Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah
al-Nisa,II,hlm.14;Umar Ridha Kahalah,A'lam al-Nisa',III,hlm.208; Ibn Abi
al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,IV, hlm.79,92.
f)
Fatimah dan Ali AS adalah di antara orang yang disucikan Tuhan di dalam Surah
al-Ahzab:33, dan dikenali juga dengan nama Ashab al-Kisa'. Dan termasuk orang
yang dimubahalahkan bagi menentang orang Nasrani di dalam ayat al-Mubahalah
atau Surah Ali Imran:61. Adakah wajar orang yang disucikan Tuhan dan
dimubahalahkan itu menjadi pembohong, penuntut harta Muslimin yang bukan
haknya?
g)
Jikalau dakwaan Abu Bakar itu betul ianya bermakna Rasulullah SAWA sendiri
tidak mempunyai perasaan kasihan belas sebagai seorang bapa terhadap anaknya.
Kerana anak-anak para nabi yang terdahulu menerima harta pusaka dari bapa-bapa
mereka.
Kajian
mendalam terhadap Sirah Nabi SAWA dengan keluarganya menunjukkan betapa
kasihnya beliau terhadap mereka khususnya, Fatimah AH sebagai ibu dan nenek
kepada sebelas Imam AS. Beliau bersabda:"Sesungguhnya Allah marah kerana
kemarahanmu (Fatimah AH) dan redha dengan keredhaanmu."[Al-Hakim,
al-Mustadrak,III, hlm.153;Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah,V,hlm.522;al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal,VI,hlm.219;Mahyu al-Din al-Syafi'i al-Tabari, Dhakhair
al-Uqba,hlm.39]
Khalifah
Abu Bakar dan Umar adalah di antara orang yang dimarahi Fatimah AH. Beliau
bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya
dan merayu kepadanya.[Ibn Qutaibah,al-Imamah wal-Siyasah,I,hlm.14]
Beliau
berwasiat supaya beliau dikebumikan di waktu malam dan tidak membenarkan
seorangpun daripada "mereka" menyembahyangkan jenazahnya. [Ibn
al-Athir, Usd al-Ghabah,V,hlm.542;al-Bukhari,Sahih,VI,hlm,177;Ibn Abd
al-Birr,al-Isti'ab,II,hlm.75]
Sebenarnya
Fatimah AH menuntut tiga perkara:
1.
Jawatan khalifah untuk suaminya Ali AS kerana dia adalah dari ahlul Bayt yang
disucikan dan perlantikannya di Ghadir Khum disaksikan oleh 120,000 orang dan
ianya diriwayatkan oleh 110 sahabat.
2.Fadak.
3.
Al-khums, saham kerabat Rasulullah SAWA tetapi kesemuanya ditolak oleh khalifah
Abu Bakar [Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,V,hlm.86]
6.
Khalifah Abu Bakar telah lari di dalam peperangan Uhud dan Hunain. Sepatutnya
dia mempunyai sifat keberanian melawan musuh. Tindakannya itu menyalahi
ayat-ayat jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA
[al-Hakim,al-Mustadrak,III,hlm.37;al-Muttaqi al-Hindi,Kanz
al-Ummal,VI,hlm.394;al-Dhahabi,al-Talkhis,III,hlm.37]
7.
Khalifah Abu Bakar telah membakar Fuja'ah al-Silmi hidup-hidup, kemudian dia
menyesali perbuatannya.[al-Tabari,Tarikh,IV,hlm.52] Dan ianya bertentangan
dengan Sunnah Nabi SAWA"Tidak boleh disiksa dengan api melainkan dari
Tuannya."[Al-Bukhari,Sahih,X,hlm.83]
8.
Khalifah Abu Bakar tidak mengenakan hukum had ke atas Khalid bin al-Walid yang
telah membunuh Malik bin Nuwairah dan kabilahnya. Umar dan Ali AS mahu supaya
Khalid dihukum rejam.[Ibn Haja,al-Isabah,III,hlm.336]
Umar
berkata kepada Khalid:"Kamu telah membunuh seorang Muslim kemudian kamu
terus bersetubuh dengan isterinya. Demi Allah aku akan merejam kamu dengan
batu."[Al-Tabari,Tarikh,IV,hlm.1928] Kata-kata Umar ini cukup membuktikan
bahawa Malik bin Nuwairah adalah seorang Muslim dan Khalid telah berzina dengan
isteri Malik sebaik sahaja ia dibunuh. Jika tidak kenapa Umar
berkata:"Demi Allah aku akan merejam kamu dengan batu."

Jika
tidak membayar zakat djadikan alasan serangan dan pembunuhan, maka Nabi SAWA
sendiri tidak memerangi sahabatnya Tha'labah yang enggan membayar zakat kepada
beliau SAWA. Allah SWT menurunkan peristiwa ini di dalam Surah al-Taubah(9):75-77.
Semua ahli tafsir Ahlul Sunnah menyatakan bahawa ayat itu diturunkan mengenai
Tha'labah yang enggan membayar zakat kerana beranggapan bahawa ianya jizyah.
Maka Allah SWT mendedahkan hakikatnya. Dan Nabi SAWA tidak memeranginya dan
tidak pula merampas hartanya sedangkan beliau SAWA mampu melakukannya. Adapun
Malik bin Nuwairah dan kaumnya bukanlah mengingkari zakat sebagai satu fardhu
agama. Tetapi apa yang mereka ingkar ialah penguasaan Abu Bakar ke atas jawatan
khalifah selepas Rasulullah SAWA dengan menggunakan kekuatan dan paksaan. Dan
mereka pula benar-benar mengetahui tentang hadith al-Ghadir. Oleh itu tidak
hairanlah jika Abu Bakar terus mempertahankan Khalid tanpa mengira jenayah yang
dilakukannya terhadap Muslimin kerana Khalid telah melakukan sesuatu untuk
kepentingan politik dan dirinya. Malah itulah perintahnya di bawah operasi
"enggan membayar zakat dan murtad" sekalipun ianya bertentangan
dengan Sunah Nabi SAWA.
9.
Khalifah Abu Bakar telah melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan
Sunnah Nabi SAWA. Dia berucap kepada orang ramai selepas kewafatan Nabi
SAWA,"Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah SAWA hadith-hadith di mana
kalian berselisih faham mengenainya. Orang ramai selepas kalian akan berselisih
faham lebih kuat lagi. Justeru itu janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun (syaian)
daripada Rasulullah SAWA. Dan sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka
katakanlah:Bainana wa bainakum kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka
hukumlah menurut hala dan haramnya."[Al-Dhahabi, Tadhkirah
al-Huffaz,I,hlm.3]
Kata-kata
Abu Bakar ini telah diucapkan beberapa hari selepas peristiwa Hari Khamis iaitu
bertepatan dengan kata-kata Umar ketika dia berkata:"Rasulullah SAWA
sedang meracau dan cukuplah bagi kita Kitab Allah (Hasbuna Kitabullah)."
Lantaran itu kata-kata Abu Bakar tadi adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi
yang dicatatkan oleh Ahlul Sunnah:"Aku tinggalkan kepada kalian dua
perkara sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya;Kitab Allah dan
Sunnahku."
Oleh
itu tidak hairanlah jika Khalifah Abu Bakar tidak pernah senang hati semenjak
dia mengumpulkan lima ratus hadith Rasulullah SAWA semasa pemerintahannya.
Kemudian dia membakarnya pula.[al-Muttaqi al-Hindi, Hanz al-Ummal,V,hlm. 237]
Dengan ini dia telah menghilangkan Sunnah Rasulullah SAWA. Oleh itu kata-kata
Abu Bakar:"Janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun daripada Rasulullah
SAWA" menunjukkan larangan umum terhadap pengriwayatan dan penulisan
hadith Rasulullah SAWA. Dan ianya tidak boleh ditakwilkan sebagai berhati-hati
atau mengambil berat atau sebagainya.
Lantaran
itu ijtihad Khalifah Abu Bakar adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah
SAWA:"Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadithku dan menjaganya,
dan menyebarkannya. Kadangkala pembawa ilmu (hadith) membawanya kepada orang
yang lebih alim darinya dan kadangkala pembawa ilmu (hadith) bukanlah seorang
yang alim."[Ahmad bin Hanbal, Musnad,I,hlm.437;al-Hakim,
al-Mustadrak,I,hlm.78] Dan sabdanya:"Siapakah yang ditanya tentang ilmu
maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api
neraka."[Ahmad bin Hanbal,Musnad,III,hlm.263]
10.
Khalifah Abu Bakar telah melantik Umar menjadi khalifah selepasnya secara
wasiat, walhal dia sendiri menolak wasiat Nabi SAWA. Beliau bersabda:"Ali
adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan khalifah selepasku" dan
sabdanya:"Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Ali adalah
maulanya."Dan penyerahan jawatan khalifah kepada Umar adalah menyalahi
prinsip syura yang diagung-agungkan oleh Ahlul Sunnah. Justeru itu Abu
Bakar adalah orang yang pertama merosakkan sistem syura dan
memansuhkannya. Pertama, dia menggunakan "syura terhad" bagi mencapai
cita-citanya untuk menjadi khalifah tanpa menjemput Bani Hasyim untuk
menyertainya. Kedua, apabila kedudukannya menjadi kuat, dia melantik Umar untuk
menjadi khalifah selepasnya tanpa syura dengan alasan bahawa Umar adalah orang
yang paling baik baginya untuk memegang jawatan khalifah selepasnya.
11.
Khalifah Abu Bakar telah meragui jawatan khalifahnya. Dia
berkata:"Sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA, adalah orang-orang Ansar
mempunyai hak yang sama di dalam jawatan khalifah?" Ini adalah keraguan
tentang kesahihan atau kebatilannya. Dialah orang yang menentang orang-orang
Ansar manakala mereka mengatakan bahawa Amir mestilah dari golongan
Quraisy." Sekiranya apa yang diriwayatkan olehnya itu benar, bagaimana dia
meragui"nya" pula. Dan jikalau tidak, dia telah menentang orang-orang
Ansar dengan "hujah palsu."[Al-Ya'qubi, Tarikh al-Ya'qubi,II,hlm.127;
Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.18,19;al-Masudi, Muruj
al-Dhahab,II,hlm.302]
12.
Khalifah Abu Bakar berkata:"Pecatlah aku kerana aku bukanlah orang yang
baik di kalangan kalian."Di dalam riwayat lain,"Ali di kalangan
kalian."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.14;al-Muttaqi
al-Hindi,Kanz al-Ummal,III,hlm.132] Jikalau kata-katanya benar, bererti dia
tidak layak untuk menjadi khalifah Rasulullah SAWA, berdasarkan pengakuannya
sendiri.
13.
Khalifah Abu Bakar menamakan dirinya "Khalifah Rasulullah".[Ibn
Qutaibah,al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.13];al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafa',hlm.78] Penamaannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah
SAWA kerana beliau tidak menamakannya dan melantiknya, malah beliau menamakan
Ali dan melantiknya. Beliau bersabda:"Siapa yang aku menjadi maulanya maka
Ali adalah maulanya."Dan hadith-hadith yang lain tentang perlantikan Ali
AS sebagai khalifah selepas Rasulullah SAWA.

15.
Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui pengertian al-Abb iaitu firmanNya di dalam
Surah 'Abasa (80):31:"Dan buah-buahan (Fakihatun) serta rumput-rumputan
(abban)."Dia berkata:"Langit mana aku akan junjung dan bumi mana aku
akan pijak, jika aku berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang aku tidak
mengetahui?"[al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-Ummal,I,hlm.274]
16.
Khalifah Abu Bakar telah mengetahui dia akan melakukan bid'ah-bid'ah selepas
Rasulullah SAWA. Malik bin Anas di dalam a-Muwatta bab "jihad syuhada fi
sabilillah' telah meriwayatkan daripada hamba Umar bin Ubaidillah bahawa dia
menyampaikannya kepadanya bahawa Rasulullah SAWA berkata kepada para syahid di
Uhud:"Aku menjadi saksi kepada mereka semua."Abu Bakar
berkata:"Tidakkah kami wahai Rasulullah SAWA saudara-saudara mereka. Kami
telah masuk Islam sebagaimana mereka masuk Islam dan kami telah berjihad di
jalan Allah sebagaimana mereka berjihad?" Rasulullah SAWA
menjawab:"Ya! Tetapi aku tidak mengetahui bid'ah mana yang kalian akan
lakukan selepasku."Abu Bakar pun menangis, dan dia terus menangis.
Bid'ah-bid'ah
yang dilakukan oleh para sahabat memang telah diakui oleh mereka sendiri, di
antaranya al-Bara' bin Azib. Al-Bukhari di dalam Sahihnya "Kitabb bad'
al-Khalq fi bab Ghuzwah al-Hudaibiyyah" telah meriwayatkan dengan sanadnya
daripada al-Ala bin al-Musayyab daripada bapanya bahawa dia berkata:"Aku
berjumpa al-Barra bin Azib maka aku berkata kepadanya: Alangkah beruntungnya
anda kerana bersahabat dengan Nabi SAWA dan anda telah membai'ah kepadanya di
bawah pokok. Maka dia menjawab: Wahai anak saudaraku. Sesungguhnya anda tidak
mengetahui apa yang kami telah lakukan (Ahdathna) selepasnya."[Al-Bukhari,
Sahih,III, hlm.32]
Anas
bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAWA bersabda kepada orang-orang
Ansar:"Sesungguhnya kalian akan menyaksikan sifat tamak yang dahsyat
selepasku. Oleh itu bersabarlah sehingga kalian bertemu Allah dan RasulNya di
Haudh."Anas berkata:"Kami tidak sabar."[Al-Bukhari, Sahih,III,
hlm.135]
Ibn
Sa'd juga telah meriwayatkan di dalam Tabaqatnya, VIII, hlm. 51, dengan
sanadnya dari Ismail bin Qais bahawa dia berkata:"Aisyah ketika wafatnya
berkata:Sesungguhnya aku telah melakukan bid'ah-bid'ah (Ahdathtu) selepas
Rasulullah SAWA, maka kebumikanlah aku bersama-sama isteri Nabi SAWA." Apa
yang dimaksudkan olehnya ialah "Jangan kalian mengkebumikan aku bersama
Rasulullah SAWA kerana aku telah melakukan bid'ah-bid'ah selepasnya.
Lantaran
itu khalifah Abu Bakar, al-Barra bin Azib, Anas bin Malik dan Aisyah telah
memberi pengakuan masing-masing bahawa mereka telah melakukan bid'ah-bid'ah
dengan mengubah Sunnah-sunnah Rasulullah SAWA.
17.
Khalifah Abu Bakar digodai syaitan. Dia berkata:"Syaitan menggodaku,
sekiranya aku betul maka bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng, maka
betulkan aku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I, hlm. 6; al-Muttaqi
al-Hindi, Kanz al-Ummal,III, hlm. 126; Ibn Hajr, al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm.
7; Nur al-Absar, hlm. 53]
18.
Khalifah Abu Bakar menyesal menjadi seorang manusia, malah dia ingin menjadi
pokok dimakan oleh binatang kemudian mengeluarkannya. Abu Bakar
berkata:"Ketika dia melihat seekor burung hingap di atas suatu pokok, di
berkata:Beruntunglah engkau wahai burung. Engkau makan buah-buahan dan hinggap
di pokok tanpa hisab dan balasan. Tetapi aku lebih suka jika aku ini sebatang
pokok yang tumbuh di tepi jalan. Kemudian datang seekor unta lalu memakanku.
Kemudian aku dikeluarkan pula dan tidak menjadi seorang
manusia."[al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah,I,hlm. 134; Ibn
Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah,III,hlm. 130]
Kata-kata
khalifah Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman Allah SWT di dalam
Surah al-Tin (95):4:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia di dalam
bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika Abu Bakar seorang wali Allah kenapa
dia harus takut kepada hari hisab?Sedangkan Allah telah memberi khabar
gembira kepada wali-walinya di dalam Surah
Yunus(10):62-64,"Ingatlah, sesungguhnya wal-wali Allah ini tidak ada
kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih iaitu orang-orang
yang beriman dan mereka selalu di dalam kehidupan di dunia dan (dalam
kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan kalimat-kalimat (janji-janji) Allah.
Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
19.
Khalifah Abu Bakar ketika sakit menyesal kerana mencerobohi rumah Fatimah AH.
Dia berkata:"Sepatutnya akut tidak mencerobohi rumah Fatimah sekalipun
beliau mengisytiharkan perang terhadapku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa
al-Siyasah,I,hlm. 18-19; al-Tabari, Tarikh,IV, hlm. 52;Ibn Abd Rabbih,Iqd
al-Farid,II,hlm.254]
20.
Khalifah Abu Bakar telah menjatuhkan air muka Rasulullah SAWA di hadapan
musyrikin yang datang berjumpa dengan Rasulullah SAWA supaya mengembalikan
hamba-hamba mereka yang lari dari mereka. Musyrikun berkata:"Hamba-hamba
kami telah datang kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama tetapi
mereka lari dari milik kami dan harta kami. Lebih-lebih lagi kami adalah jiran
anda dan orang yang membuat perjanjian damai dengan anda."Tetapi
Rasulullah tidak mahu menyerahkan kepada mereka hamba-hamba tersebut kerana
khuatir mereka akan menyiksa hamba-hamba tersebut dan beliau tidak mahu juga
mendedahkan hakikat ini kepada mereka. Rasulullah SAWA bertanya kepada Abu
Bakar dengan harapan dia menolak permintaan mereka. Sebaliknya Abu Bakar
berkata:"Benar kata-kata mereka itu. Lantas berubah muka Rasulullah SAWA
kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki Allah dan RasulNya.[al-Nasa'i,
al-Khasa'is,hlm. 11; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I,hlm. 155]
Sepatutunya
khalifah Abu Bakar dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAWA
tetapi dia tidak dapat memahaminya, malah dia memihak kepada musyrikun
berdasarkan ijtihadnya.

Sepatutnya
dia membunuh lelaki itu tanpa mengira keadaan kerana Rasulullah SAWA telah
memerintahkannya. Tetapi dia tidak membunuhnya, malah dia menggunakan
ijtihadnya bagi menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA.
22.
Khalifah Abu Bakar mengatakan bahawa saham jiddah (nenek) tidak ada di dalam
al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA. Seorang nenek bertanya kepada Abu Bakar
tentang pusakanya. Abu Bakar menjawab:"Tidak ada saham untuk anda di dalam
al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA. Oleh itu kembalilah."Lalu
al-Mughirah bin Syu''bah berkata:"Aku berada di sisi Rasulullah SAWA
bahawa beliau memberikannya (nenek) seperenam saham."Abu Bakar
berkata:"Adalah orang lain bersama anda?" Muhammad bin Muslimah
al-Ansari bangun dan berkata sebagaimana al-Mughirah. Maka Abu Bakar memberikannya
seperenam.[Malik, al-Muwatta,I,hlm. 335; Ahmad bin Hanbal,
al-Musnad,IV,hlm.224;Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid,II, hlm.334]
23.
Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui hukum had ke atas pencuri yang kudung
satu tangan dan satu kakinya. Daripada Safiyyah binti Abi Ubaid,"Seorang
lelaki kudung satu tangan dan satu kakinya telah mencuri pada masa pemerintahan
Abu Bakar. Lalu Abu Bakar mahu memotong kakinya dan bukan tangannya supaya dia
dapat bermunafaat dengan tangannya. Maka Umar berkata:"Demi yang diriku di
tanganNya, anda mesti memotong tangannya yang satu itu."Lalu Abu Bakar
memerintahkan supaya tangannya dipotong."[al-Baihaqi,
Sunan,VIII,hlm.273-4]
24.
Khalifah Abu Bakar berpendapat bahawa seorang khalifah bukan semestinya orang
yang paling alim (afdhal).[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I,hlm. 16;
al-Baqillani, al-Tamhid,hlm. 195; al-Halabi, Sirah Nabawiyyah,III, hlm.386]
Ijtihadnya adalah bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-Zumar
(39):9:"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang
dapat menerima pelajaran" dan firmanNya di dalam Surah Yunuss
(10):35:"Maka apakah orang-orang yang menunjuki jalan kepada kebenaran itu
lebih berhak diikuti ataukah orang-orang yang tidka dapat memberi petujuk?
Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimana kamu mengambil keputusan?"
25.
Khalifah Abu Bakar tidak pernah melakukan korban (penyembelihan) kerana khuatir
kaum Muslimin akan menganggapnya wajib. Tindakannya adalah bertentangan dengan
Sunnah Rasulullah SAWA yang menggalakkannya.[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra,
IX,hlm. 265; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm.189]
26.
Khalifah Abu Bakar mengatakan maksiat yang dilakukan oleh seseorang itu telah
ditakdirkan oleh Allah sejak azali lagi, kemudian Dia menyeksanya di atas
perbuatan maksiatnya. Seorang lelaki bertanya kepadanya:"Adakah anda fikir
zina juga qadarNya? Lelaki itu bertanya lagi:"Allah mentakdirkannya ke
atasku kemudian menyiksa aku?" Khalifah Abu Bakar menjawab:"Ya. Demi
Tuhan sekiranya aku dapati seseorang masih berada di sisiku, nescaya aku
menyuruhnya memukul hidung anda."[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm.65]
Oleh
itu ijtihad Abu Bakar itu adalah bertentangan dengan firman-firman Tuhan di
antaranya:
a. FirmanNya di dalam Surah al-Insan (76):3:"Sesungguhnya kami telah menunjukkinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir."
b. FirmanNya di dalam Surah al-Balad (90):10:"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan."
c. FirmanNya di dalam Surah al-Naml (27):40:"Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.
a. FirmanNya di dalam Surah al-Insan (76):3:"Sesungguhnya kami telah menunjukkinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir."
b. FirmanNya di dalam Surah al-Balad (90):10:"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan."
c. FirmanNya di dalam Surah al-Naml (27):40:"Dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.
27.
Khalifah Abu Bakar berkata:"Jika pendapatku betul, maka ianya daripada
Allah dan jika ianya salah maka ia adalah daripada aku dan daripada
syaitan."[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 223; al-Tabari, Tafsir,
VI hlm. 30; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm.260] Kata-kata Abu Bakar menunjukkan
bahawa dia sendiri tidak yakin kepada pendapatnya. Dan dia memerlukan bimbingan
orang lain untuk menentukan kesalahannya.
28,
Khalifah Abu Bakar mengetahui bahawa dia tidak terlepas dari kilauan dunia,
lantaran itu dia menangis. Al-Hakim di dalam Mustadrak, IV, hlm. 309 meriwayatkan
dengan sanadnya daripada Zaid bin Arqam, dia berkata:"Kami pada suatu masa
telah berada bersama Abu Bakar, dia meminta minuman, lalu diberikan air dan
madu. Manakala dia mendekatkannya ke mulutnya dia menangis sehingga membuatkan
sahabat-sahabatnya menangis. Akhirnya merekapun berhenti menangis, tetapi dia
terus menangis. Kemudian dia kembali dan menangis lagi sehingga mereka
menyangka bahawa mereka tidak mampu lagi menyelesaikan masalahnya. Dia
berkata:kemudian dia menyapu dua matanya. Mereka berkata:Wahai khalifah
Rasulullah! Apakah yang sedang ditolak oleh anda? Beliau menjawab:"Dunia
ini (di hadapanku) telah "memperlihatkan"nya kepadaku, maka aku
berkata kepadanya:Pergilah dariku maka ianya pergi kemudian dia kembali
lagi dan berkata:Sekiranya anda terlepas dariku, orang selepas anda tidak akan
terlepas dariku." Hadith ini diriwayatkan juga oleh ak-Khatib di dalam
Tarikh Baghdad, X,hlm. 268 dan Abu Nu'aim di dalam Hilyah al-Auliya', I,
hlm.30]
29.
Khalifah Abu Bakar tidak mempunyai kata pemutus ke atas pemerintahannya
melainkan ianya dipersetujui oleh Umar. Adalah diriwayatkan bahawa
"Uyainah bin Hasin dan al-Aqra bin Habis datang kepada Abu Bakar dan
berkata:"Wahai khalifah Rasulullah, izinkan kami menanam di sebidang tanah
yang terbiar berhampiran kami. Kami akan membajak dan menanamnya. Mudah-mudahan
Allah akan memberikan manfaat kepada kami dengannya."Lalu Abu Bakar
menulis surat tentang persetujuannya. Maka kedua-duanya berjumpa Umar untuk
mempersaksikan kandungan surat tersebut. Apabila kedua-duanya membacakan
kandungannya kepadanya, Umar merebutnya dari tangan mereka berdua dan
meludahnya. Kemudian memadamkannya. Lalu kedua-duanya mendatangi Abu Bakar dan
berkata:"Kami tidak mengetahui adakah anda khalifah atau Umar."
Kemudian mereka berdua menceritakan kepadanya. Lalu Abu Bakar
berkata:"Kami tidak melaksanakan sesuatu melainkannya dipersetujui oleh
Umar."{al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajar,
al-Isabah, I,hlm. 56]
30.
Khalifah Abu Bakar telah dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA.
Tetapi Nabi SAWA tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin
Hanbal meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah mencaci Abu Bakar dan Nabi SAWA
sedang duduk, maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,
VI, hlm.436]
31.
Khalifah Abu Bakar dan Umar telah bertengkar sehingga suara mereka di hadapan
Rasulullah SAWA. Abu Bakar berkata:"Wahai Rasulullah lantiklah al-Aqra bin
Habi bagi mengetuai kaumnya." Umar berkata:"Wahai Rasulullah
janganlah anda melantiknya sehingga mereka menengking dan meninggikan suara
mereka di hadapan Rasulullah SAWA." Lalu diturunkan ayat di dalam Surah
al-Hujurat(49):2,"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
meninggikan suaramu lebih dari Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan
suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian
yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak
menyedari." Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada
Rasulullah SAWA mengenainya.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,IV, hlm.6; al-Tahawi,
Musykil al-Athar,I,hlm. 14-42]
32.
Khalifah Abu Bakar banyak membuat pengakuan-pengakuan dimana dia sepatutnya
melakukan sesuatu, tetapi tidak melakukannya dan sebaliknya. Ibn Qutaibah
mencatatkan dalam bukunya al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19, 9
perkara yang disesali oleh Abu Bakar seperti berikut:
"Tiga perkara yang aku telah lakukan sepatutnya aku tidak melakukannya dan tiga perkara yang aku tidak lakukannya sepatutnya aku melakukannya dan tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA mengenainya. Adapun tiga perkara yang aku telah melakukannya sepatutnya aku tidak melakukannya:
"Tiga perkara yang aku telah lakukan sepatutnya aku tidak melakukannya dan tiga perkara yang aku tidak lakukannya sepatutnya aku melakukannya dan tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA mengenainya. Adapun tiga perkara yang aku telah melakukannya sepatutnya aku tidak melakukannya:
1.
Sepatutnya aku tinggalkan rumah Ali (Fatimah) sekalipun mereka mengisytiharkan
perang ke atasku.
2. Sepatutnya aku membai'ah sama Umar atau Abu Ubadah di Saqifah Bani Saidah, iaitu salah seorang mereka menjadi amir dan aku menjadi wazir.
3. Sepatutnya aku menyembelih Fuja'ah al-Silmi atau melepaskannya dari tawanan dan aku tidak membakarnya hidup-hidup.
2. Sepatutnya aku membai'ah sama Umar atau Abu Ubadah di Saqifah Bani Saidah, iaitu salah seorang mereka menjadi amir dan aku menjadi wazir.
3. Sepatutnya aku menyembelih Fuja'ah al-Silmi atau melepaskannya dari tawanan dan aku tidak membakarnya hidup-hidup.
Adapun
tiga perkara yang aku tidak melakukannya sepatutnya aku melakukannya:
1. Sepatutnya ketika al-Asy'ath bin Qais dibawa kepadaku sebagai tawanan, aku membunuhnya dan tidak memberinya peluang untuk hidup, kerana aku telah mendengar tentangnya bahawa ia bersifat sentiasa menolong segala kejahatan.
2. Sepatutnya ketika aku mengutus Khalid bin al-Walid kepada orang-orang murtad, aku mesti berada di Dhi al-Qissah, dengan itu sekiranya mereka menang, mereka boleh bergembira dan sekiranya mereka kalah aku boleh menghulurkan bantuan.
1. Sepatutnya ketika al-Asy'ath bin Qais dibawa kepadaku sebagai tawanan, aku membunuhnya dan tidak memberinya peluang untuk hidup, kerana aku telah mendengar tentangnya bahawa ia bersifat sentiasa menolong segala kejahatan.
2. Sepatutnya ketika aku mengutus Khalid bin al-Walid kepada orang-orang murtad, aku mesti berada di Dhi al-Qissah, dengan itu sekiranya mereka menang, mereka boleh bergembira dan sekiranya mereka kalah aku boleh menghulurkan bantuan.
Adapun
tiga perkara yang sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA ialah:
1. Kepada siapakan jawatan khalifah patut diberikan sesudah beliau wafat, dengan demikian tidaklah jawatan itu menjadi rebutan.
2. Sepatutnya aku bertanya kepada beliau, adakah orang Ansar mempunyai hak menjadi khalifah.
3. Sepatutnya aku bertanya beliau tentang pembahagian harta pusaka anak saudara perempuan sebelah lelaki dan ibu saudara sebelah lelaki kerana aku tida puas hati tentang hukumnya dan memerlukan penyelesaian."
1. Kepada siapakan jawatan khalifah patut diberikan sesudah beliau wafat, dengan demikian tidaklah jawatan itu menjadi rebutan.
2. Sepatutnya aku bertanya kepada beliau, adakah orang Ansar mempunyai hak menjadi khalifah.
3. Sepatutnya aku bertanya beliau tentang pembahagian harta pusaka anak saudara perempuan sebelah lelaki dan ibu saudara sebelah lelaki kerana aku tida puas hati tentang hukumnya dan memerlukan penyelesaian."
Kenyataan
di atas telah disebut juga oleh al-Tabari dalam Tarikhnya, IV, hlm. 52;Ibn Abd
Rabbih, Iqd Farid,II,hlm. 254;Abu Ubaid, al-Amwal,hlm. 131]
33.
Khalifah Abu Bakar juga tidak dapat menyelesaikan persoalan-persoalan yang dikemukakan
kepadanya oleh orang Yahudi. Anas bin Malik berkata:"Seorang Yahudi datang
selepas kewafatan Rasulullah SAWA. Maka kaum Muslimin menunjukkannya kepada Abu
Bakar. Dia berdiri di hadapan Abu Bakar dan berkata: Aku akan kemukakan
soalan-soalan yang tidak akan dijawab melainkan oleh Nabi atau wasi Nabi. Abu
Bakar berkata:"Tanyalah apa yang anda mahu. Yahudi berkata: Beritahukan
kepadaku perkara yang tidak ada pada Allah, tidak ada di sisi Allah, dan tidak
diketahui oleh Allah? Abu Bakar berkata: Ini adalah soalan-soalan orang zindiq
wahai Yahudi! Abu Bakar dan kaum Muslimin mulai marah dengan Yahudi tersebut.
Ibn Abbas berkata: Kalina tidak dapat memberikan jawapan kepada lelaki itu. Abu
Bakar berkata: Tidakkah anda mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki itu?
Ibn Abbas menjawab: Sekirannya kalian tidak dapat menjawabnya, maka kalian
pergilah bersamanya menemui Ali AS, nescaya dia akan menjawabnya kerana aku
mendengar Rasulullah SAWA bersabda kepada Ali bin Abi Talib:"Wahai
Tuhanku! Sinarilah hatinya, dan perkuatkanlah lidahnya." Dia
berkata:"Abu Bakar dan orang-orang yang hadir bersamanya datang kepada Ali
bin Abi Talib, mereka meminta izin daripadanya. Abu Bakar berkata: Wahai Abu
l-Hasan, sesungguhnya lelaki ini telah bertanya kepadaku beberapa soalan
(zindiq). Ali berkata: Apakah yang anda perkatakan wahai Yahudi? Dia menjawab:
Aku akan bertanya kepada anda perkara-perkara yang tidak diketahui melainkan
oleh Nabi atau wasi Nabi. Yahudi mengemukakan soalan-soalan kepadanya. Ali
berkata: Adapun perkara-perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata
anda bahwa Uzair adalah anak lelaki Tuhan, dan Allah tidak mengetahui bahawa
Dia mempunyai anak lelaki. Adapun kata-kata anda apa yang tidak ada di sisi
Allah, maka jawapannya perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman.
Adapun kata-kata anda: Apa yang tidak ada bagi Allah maka jawapannya tidak ada
bagi Allah syirik. Yahudi menjawab: Aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Allah
dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah dan sesungguhnya anda adalah
wasinya."[Ibn Duraid, al-Mujtana, hlm.35]
_____________________________________
BAB II
Ijtihad Khalifah Umar
Hukum-hukum
dan perbuatan khalifah Umar yang bertentangan dengan nas tetapi dianggap
sebagai ijtihad melebihi 107 perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama Ahlul
Sunnah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:
1.
Khalifah Umar melarang mengerjakan sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar,
sedangkan Nabi SAWA tidak pernah meninggalkan sembahyang dua rakaat sunat
selepas sembahyang 'Asar.'Urwah bin al-Zubair daripada bapanya, daripada
'Aisyah dia berkata:"Rasulullah SAWA tidak pernah meninggalkan dua rakaat
sembahyang sunat selepas fardhu 'Asar.[Muslim, Sahih,I, hlm.50]
2.
Khalifah Umar juga melarang dan mengharamkan seorang itu "menangis"
ke atas mayat, sedangkan ia adalah harus dan dilakukan oleh Rasulullah SAWA ke
atas Hamzah RA. Oleh itu hadith Umar yang menyatakan "mayat diazab dengan
tangisan orang yang hidup" adalah bertentangan dengan hadith Rasulullah
SAWA yang melarang Umar dari menegah wanita-wanita menangis ke atas mayat.
Rasulullah SAWA bersabda:"Wahai Umar biarkan mereka menangis, kerana jiwa
berdukacita, mata mengalirkan air mata......"[Ibn Majah, al-Sunan,I,hlm.
481; al-Hakim, al-Mustadrak, I,hlm. 381; Ibn Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 408]
Dan ianya juga bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah an-An'am (6):
164:"Dan seseorang yang membuat dosa tidak akan memikul dosa orang
lain." Lantaran itu kenapa simati disiksa kerana tangisan orang yang
hidup?
3.
Khalifah Umar mengatakan tidak wajib sembahyang bagi orang yang berjunub ketika
tidak ada air.[Ibn Majah, al-Sunan,I,hlm. 200; al-Nasai, al-Sunan,I,hlm. 59]
Oleh itu ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Maidah
(5):6...."maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah...."
4.
Khalifah Umar memberi hukuman bahawa talak tiga jatuh sekaligus. Sedangkan
talak pada masa Rasulullah SAWA dan khalifah Abu Bakar ialah tiga kali
sebagaimana terdapat di dalam al-Qur'an.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,I,hlm.
314; Muslim, Sahih,I,hlm. 574] Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah
Nabi SAWA dan firman Tuhan di dalam Surah al-Baqarah (2): 229:"Talak (yang
dapat dirujuk) dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang baik
atau menceraikan dengan cara yang baik."
5.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengenakan 'Aul di dalam ilmu
Faraidh.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Ijtihadnya adalah
bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang tidak mengenakan 'Aul.
6.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama memindahkan maqam Ibrahim dari tempat
yang diletakkan oleh Nabi SAWA iaitu dekat dengan Ka'bah, ke tempat yang ada
sekarang iaitu tempat di masa jahiliyyah.[al-Suyuti, Tarikh, al-Khulafa, hlm.
137]
7.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengurangkan takbir solat jenazah
kepada empat takbir.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, hlm. 137] Memang tidak
dinafikan bahawa terdapat riwayat yang lemah yang menyatakan Nabi SAWA
melakukan empat takbir bagi sembahyang jenazah, tetapi apa yang anehnya
khalifah Umar telah memerintahkan supaya melakukan empat takbir sahaja.
[AbuYusuf, Kitab al-Athar, hlm. 39] Ini bererti dia memansuhkan riwayat yang
mencatatkan bahwa Nabi SAWA melakukan sembahyang jenazah dengan lima takbir.
Apa yang menghairankan ialah mengapa para sahabat berselisih pendapat tentang
bilangan takbir ini. Mengikut Imam Ja'far al-Sadiq AS daripada bapa dan datuknya
bahawa Nabi SAWA melakukan sembahyang jenazah dengan lima takbir.[al-Tusi,
Tahdhib al-Ahkam, III, hlm. 3-5] Daripada Abu al-A'la, ia berkata:"Aku
telah sembahyang di belakang Zaid bin al-Arqam (sembahyang jenazah) maka ia
melakukan lima takbir, maka Abu Isa Abdul Rahman bin Abi Laila berkata
kepadanya sambil memegang tangannya: Adakah anda lupa? Dia menjawab: Tidak,
tetapi aku sembahyang di belakang Nabi SAWA dan beliau mentakbirkan lima takbir
dan aku tidak meninggalkannya selama-lamanya."[Ibn Hanbal, Musnad,I, hlm.
370]
Al-Tahawi
meriwayatkan daripada Yahya bin Abdullah al-Taimi, ia berkata:"Aku
sembahyang bersama Isa, hamba Huzaifah bin al-Yaman, maka ia melakukan takbir
lima kali, kemudian dia berpaling kepada kami dan berkata: Aku tidak keliru dan
tidak lupa tetapi aku telah mentakbirkan mengikut cara tuan aku Huzaifah
al-Yaman, dia sembahyang jenazah dengan lima takbir: Kemudian dia berpaling
kepada kami dan berkata: Aku tidak keliru dan tidak lupa tetapi aku telah
takbir lima takbir sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah
SAWA."[Umadah al-Qari,IV,hlm. 129]
Berdasarkan
hadith-hadith tersebut dan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para Imam Ahlul
Bayt, maka tetaplah bahawa Nabi SAWA melakukan lima takbir bagi
sembahyang jenazah. Oleh itu perintah Umar mengurangkan kepada empat takbir
adalah bertentangan dengan kebiasaan perbuatan Rasulullah SAWA.
8.
Khalifah Umar adalah perencana utama dalam cubaan membakar rumah Fatimah AS
kerana memaksa Ali AS supaya memberi membai'ah kepada Abu Bakar. Tindakannya
itu adalah membelakangi firman Tuhan (Surah al-Ahzab (33):33:"Sesungguhnya
Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bayt dan
membersihkan kamu sebersih-bersihnya." Fatimah adalah di kalangan Ashab
al-Kisa' yang disucikan oleh Allah SWT. Umar berkata:"Aku akan membakar
kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu
Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida, Tarikh, I, hlm. 156]
9.
Khalifah Umar mengatakan Rasulullah SAWA "sedang meracau." Oleh itu
permintaan beliau supaya dibawa pensil dan kertas supaya beliau menulis
perkara-perkara yang tidak akan menyesatkan ummatnya selama-lamanya tidak perlu
dilayani lagi.[Muslim, Sahih, III, hlm. 69; al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36]
Ijtihadnya
adalah bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah al-Najm (53):3-4:"Dan
tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya."
10.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama menambahkan hukum sebat bagi peminum
arak dari 40 sebatan kepada 80 kali sebatan.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',
hlm. 137]
11.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama menciptakan solat Tarawih pada bulan
Ramadhan. Ianya tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAWA.[al-Suyuti, Tarikh
al-Khulafa', hlm. 136]
12.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama membuangkan perkataan "Hayya 'ala
Khairul 'Amal" di dalam azan dan iqamah. Sedangkan ianya adalah sebahagian
daripada azan Rasulullah SAWA.[al-Halabi, al-Sirah, II, hlm. 110]
13.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama yang menambahkan perkataan
"al-Solah Khairun mina n-Naum." Ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah
SAWA.[al-Halabi, al-Sirah, hlm.110]
14.
Khalifah Umar telah melakukan kesalahan dalam masalah pusaka "datuk"
dengan "saudara lelaki." Umar telah bertanya Rasulullah SAWA
mengenainya, maka Rasulullah SAWA menjawab:"Aku fikir sampai matipun kamu
tidak akan memahaminya." Ubaidah al-Salmani berkata:"Aku telah
menghafal untuk Umar mengenai "datuk" lebih dari 100
masalah."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VI, hlm. 15]
15.
Khalifah Umar juga tidak dapat menyelesaikan masalah al-Kalalah yang diakuinya
sendiri, dia berkata:"Jika aku mengetahui al-Kalalah, adalah lebih baik
bagiku dari istana-istana di Syam."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
VI, hlm. 20]
16.
Khalifah Umar melarang orang ramai dari meriwayatkan dan menulis Sunnah
Rasulullah SAWA, dia berkata:"Hasbuna Kitabullah (Kitab Allah adalah cukup
bagi kita)."[Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36] Ijtihadnya adalah bertentangan
dengan hadith yang dipopularkan oleh Ahlul Sunnah:"Aku tinggalkan pada
kalian dua perkara selama kalian berpegang kepada kedua-duanya Kitab Allah dan
Sunnahku."
Ibn
Sa'd dalam Tabaqatnya, V hlm. 140 meriwayatkan bahawa apabila hadith atau
Sunnah Rasulullah SAWA banyak diriwayatkan dan dituliskan pada masa Umar bin
al-Khattab, maka dia menyeru orang ramai supaya membawa kepadanya semua
hadith-hadith yang ditulis, kemudian dia memerintahkan supaya ianya dibakar.
Oleh
itu tidaklah hairan jika khalifah Umar menahan tiga orang sahabat di Madinah
sehingga mati, kerana meriwayatkan banyak hadith Rasulullah SAWA. Mereka ialah
Ibn Mas'ud, Abu Darda' dan Abu Mas'ud al-Ansari.[al-Dhahabi, Tadhkirah
al-Huffaz, I,hlm. 8; al-Haithami, Majma al-Zawaid,I,hlm. 149; al-Hakim,
al-Mustadrak,I,hlm. 110] Khalifah Umar berkata kepada Abu Darda:"Apa
hadith daripada Rasulullah?"Abu Salmah bertanya kepada Abu
Hurairah:"Adakah anda meriwayatkan hadith semacam ini pada masa
Umar?"Abu Hurairah menjawab:"Sekiranya aku meriwayatkan hadith
(semacam ini) pada masa Umar nescaya dia memukulku dengan cemetinya>"[al-Dhahabi,
Tadhkirah al-Huffaz,I,hlm. 7]
17.
Khalifah Umar mengesyaki Nabi SAWA dan kaum Muslimin sama ada berada di dalam
kebenaran ataupun kebatilan. Ia bertanya Rasulullah SAWA:"Adakah kita
berada di dalam kebenaran dan mereka (kafir) berada dai dalam kebatilan? Adakah
orang yang terbunuh di pihak kita akan memasuki syurga? Dan orang yang terbunuh
di pihak mereka ke neraka? Rasulullah menjawab:"Ya dan akhirnya Rasulullah
SAWA menegaskan kepadanya:"Wahai Ibn al-Khattab, sesungguhnya aku ini
adalah Rasulullah dan Allah tidak akan mengabaikan aku."Umar beredar dari
Rasulullah SAWA dengan marah (muthaghayyizan), kemudian dia berjumpa Abu Bakar
lalu ia mengemukakan persoalan yang sama, lantas Abu Bakar menyakinkan dia
bahawa Muhammad itu adalah Rasulullah dan Allah tidak akan
mengabaikannya.[Muslim, Sahih,IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111]
18.
Khalifah Umar telah menyamakan bayaran jizyah. Ianya bertentangan dengan Sunnah
Nabi SAWA bahawa satu dinar adalah jizyah bagi setiap (zimmi) yang akil baligh
sahaja.[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, II,hlm. 460;Ibn Abil Hadid, Syarh, Nahj
al-Balaghah,III,hlm. 178]
19.
Khalifah Umar telah memberikan harta dari Baitul Mal melebihi apa yang
sepatutnya. Dia telah memberikan 'Aisyah dan Hafsah sepuluh ribu dirham setiap
tahun.[Ibn al-Athir, al-Kamil, II, hlm. 35] Sedang dia menahan khums Ahlul Bayt
AS [al-Jassas, Ahkam al-Qur'an,III, hlm. 61] Dia juga telah menarik balik Fadak
dari Fatimah AS yang telah diberikan kepadanya oleh ayahandanya Rasulullah
SAWA.
20.
Khalifah Umar telah mengingkari kematian Nabi SAWA. Dia tidak mengetahui bahawa
kematian adalah harus bagi Nabi SAWA. Dia berkata:"Siapa yang mengatakan
bahawa Nabi telah mati, aku akan membunuhnya dengan pedangku." Abu Bakar
datang dan berkata kepadanya:"Tidakkah anda mendengar firman Allah SWT (di
dalam Surah al-Zumar (39):30,"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya
mereka akan mati (pula)" dan firmanNya (di dalam Surah Ali Imran
(3):144),"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah
berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh
kamu berbalik ke belakang (murtad)?" Maka Umar pun berkata:"Aku yakin
dengan kematiannya seolah-olah aku tidak mendengar ayat-ayat
tersebut."[al-Syarastani, al-Milal,I,hlm. 23; al-Bukhari, Sahih,VII,
hlm.17]
Bagaimana
khalifah Umar berkata:"Kitab Allah adalah cukup bagi kita" ketika dia
menegah Nabi SAWA dari menulis wasiatnya di mana ummat tidak akan sesat
selama-lamanya, sedangkan dia tidak mengetahui ayat-ayat tersebut sehingga Abu
Bakar datang dan membacakan kepadanya? Dan tindakan Umar yang tidak mempercayai
kewafatan Nabi SAWA tidak boleh difahami sebagai kasihnya yang teramat sangat
kepada Nabi SAWA. Kerana dia telah berkata bahawa Nabi SAWA sedang meracau dan
Kitab Allah adalah cukup bagi kita. Lalu dia menegah Nabi SAWA dari
melaksanakan apa yang dikehendakinya.[al-Bukhari, Sahih,I, hlm. 36; Muslim,
Sahih, II, hlm. 69]
Dan
kata-kata Abu Bakar pula menyokong pendapat Umar. Dia berkata:"Siapa yang
menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati." Ini bererti wahai orang
yang bermegah ke atas kami dengan Muhammad, habislah mereka kerana peranannya
sudah selesai. Kitab Allah adalah cukup bagi kita kerana ianya hidup. Persoalan
yang timbul "Adakah kaum Muslimin pada masa itu menyembah Muhammad?"
Tidak. Mungkin ini adalah satu sindiran kepada Bani Hashim secara umum dan Ali
bin Abi Talib secara khusus. Kerana mereka bermegah dengan Muhammad. Rasulullah
SAWA, dari kalangan mereka. Dan merekalah keluarganya, dan orang yang paling
berhak daripada orang lain, kerana mereka lebih mengetahui kedudukan Nabi SAWA.
Atau
adakah tindakan Umar yang ingin membunuh siapa sahaja yang berkata Muhammad
telah mati itu merupakan tindakan politik sehingga dia dapat melambat-lambatkan
kepercayaan kaum Muslimin bahawa Nabi SAWA telah mati. Dan dengan ini
perancanaannya dapat dilaksanakan sehingga segala-galanya diatur dengan baik.
Sejurus kemudian dia diberitahu secara sulit bahawa perdebatan di Saqifah
sedang berlaku. Lantas dia, Abu Bakar dan Abu Ubaidah meninggalkan jenazah Nabi
SAWA menuju Saqifah tanpa diketahui oleh Bani Hasyim.

21. Khalifah Umar telah melarang mahr (mas kahwin) yang tinggi. Dia berkata:"Sesiapa yang menaikkan mahr anak perempuannya, aku akan mengambilnya dan menjadikannya milik Baitul Mal." Ijtihad Umar telah ditentang oleh seorang wanita lalu dia membaca firman Tuhan di dalam Surah al-Nisa' (4):20"Sekiranya kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambilnya kembali barang sedikitpun."Umar menjawab:"Orang ramai lebih alim daripada Umar sehingga gadis-gadis sunti di rumah-rumah."[Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib,II, hlm. 175; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,II, hlm. 133; Kata-kata Umar itu tidak boleh difahami sebagai tawadhuk, kerana ia melibatkan hukum Allah SWT.
22.
Khalifah Umar telah mengharamkan haji tamattu'. Ianya bertentangan dengan Sunnah
Nabi SAWA yang tidak pernah mengharamkannya [Ibn Kathir, Tafsir,I,hlm. 233;
al-Bukhari, Sahih, VII, hlm. 33]
23.
Khalifah Umar tidak melaksanakan hukum had ke atas Mughirah bin Syu'bah yang
dituduh berzina dengan Umm Jamil isteri kepada Hajaj bin Atiq bin al-Harith bin
Wahab al-Jusyami dengan berkata:"Aku sedang melihat muka seorang lelaki di
mana Allah tidak akan mencemarkan lelaki Muslim dengannya." Maka saksi
tersebut tidak memberikan penyaksiannya yang tepat kerana mengikut kehendak
Umar.
Di
dalam riwayat yang lain Umar memberi isyarat kepada saksi yang keempat supaya
tidak memberika keterangan yang tepat. Keempat orang saksi tersebut telah
memberi penyaksian yang tepat semasa mereka di Basrah. Tetapi Umar mengadakan
pengadilan yang kedua di Madinah. Apabila saja saksi yang keempat tidak
memberikan penyaksian yang tepat sebagaimana diberikannya di Basrah, maka Umar
pun melakukan had ke atas tiga saksi tersebut. Seorang saksi bernama Abu Bakar
berkata:"Demi Allah, Mughirah telah melakukannya. Umar ingin mengenakan
had ke atasnya kali kedua."Ali AS berkata:"Jika anda melakukannya
maka rejamlah al-Mughirah bin Syu'bah tetapi dia enggan
melakukannya."[Al-Hakim, Mustadrak, III, hlm. 448; Ibn Hajr, al-Isabah,
III, hlm. 452; Ibn Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 407; al-Muttaqi al-Hindi,
Kanz al-Ummal, III, hlm. 88]
24.
Khalifah Umar mengintai satu kumpulan rumah mereka di waktu malam dengan
memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam. Kelakuannya itu adalah
menyalahi firmanNya di dalam Surah al-Hujurat (49):12:"Dan janganlah kamu
mengintai-intai atau mencari-cari kesalahan orang lain."Dan firmanNya di
dalam Surah al-Baqarah (2):189:"Dan masukilah rumah-rumah itu melalui
pintu-pintunya." Dan firmanNya di dalam Surah al-Nur (24):27:"Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu
sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya." Lantaran itu
tindakannya adalah bertentangan dengan ayat-ayat tersebut.[al-Suyuti, al-Durr
al-Manthur,VI, hlm.93; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm. 334]
25.
Khalifah Umar telah memerintahkan supaya di rejam seorang wanita gila (yang
berzina). Maka Ali AS memperingatkannya dan berkata:"Qalam diangkat
daripada orang gila sehingga dia sembuh."Umar pun berkata:"Sekiranya
tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar."[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, III,
hlm. 39; al-Tabari, Dhakhair al-Uqba, hlm. 80]
26.
Khalifah Umar tidak membenarkan orang Islam yang bukan Arab mewarisi pusaka
keluarga mereka melainkan mereka dilahirkan di negeri Arab.[Malik, al-Muwatta,II,
hlm.12] Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah
Nabi SAWA yang tidak membezakan seseorang melainkan dengan taqwa dan
ianya juga mengandungi sifat asabiyah sebagaimana firmanNya di dalam Surah
al-Hujurat (49):10:"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah
bersaudara." Dan Nabi SAWA bersabda:"Tidak ada kelebihan orang Arab
ke atas bukan Arab melainkan dengan taqwa."[Al-Haithami, Majma'
al-Zawa'id, III, hlm. 226]
27.
Khalifah Umar tidak pernah mengadakan korban (penyembelihan) kerana khuatir
kaum Muslimin akan menganggapnya wajib.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra,IX, hlm.
265; Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 189] Tindakannya adalah bertentangan dengan
al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA yang menggalakkan amalan tersebut. Dan
kaum Muslimin sehingga hari ini mengetahui ianya adalah sunat.
28.
Khalifah Umar mengakui bahawa dia tidak mengetahui tentang al-Qur'an, hukum
halal-haram dan masalah pusaka. Dia berkata:"Siapa yang ingin bertanya
tentang al-Qur'an, maka hendaklah dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab. Sesiapa
yang ingin mengetahui halal dan haram, maka hendakah dia bertanya kepada Muadh
bin Jabal. Sesiapa yang ingin mengetahui tentang ilmu faraidh, hendaklah dia
bertanya kepada Zaid bin Thabit. Dan siapa yang ingin meminta harta maka hendaklah
dia datang kepadaku kerana akulah penjaganya.[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.
271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223; al-Baihaqi, al-Sunan, VI, hlm. 210]
Ketiga-tiga ilmu tersebut dikuasai oleh orang lain. Dia hanya penjaga harta.
29.
Khalifah Umar melarang kaum Muslimin memakan daging dua hari berturut-turut.
Dan dia telah memukul seorang lelaki yang melakukannya dengan cemeti.
[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V, hlm. 161; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar,
hlm. 68] Tindakan khalifah Umar adalah bertentangan dengan firman Tuhan di
dalam Surah al-A'raf (7):32;"Katakanlah:Siapakah yang mengharamkan
perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan
(siapakah pula yang mengharamkan) rezeki yang baik?"
30.
Khalifah Umar menakut-nakutkan dan menggertak seorang wanita supaya membuat
pengakuan tentang perzinaannya. Lalu wanita tersebut membuat pengakuannya. Maka
khalifah Umar memerintahkan supaya ia direjam. Lalu Ali AS bertanya
kepadanya:"Tidakkah anda mendengar Rasulullah SAWA bersabda:"Tidak
dikenakan hukum had ke atas orang yang membuat pengakuan selepas ujian (bala')
sama ada ia diikat, ditahan atau diugut? Oleh itu lepaskanlah dia."Maka
Umar berkata:"Wanita-wanita tidak terdaya untuk melahirkan seorang seperti
Ali. Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah Umar."[Fakhruddin al-Razi,
al-Araba'ain, hlm. 466; al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya, hlm. 48; al-Tabari
Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 80]
31.
Khalifah Umar tidak mengetahui tempat untuk memulakan umrah. Kemudian dia
berkata:"Tanyalah Ali."[al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-Uqba, hlm.
89; al-Muhibb al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 195]
32.
Khalifah Umar telah memerintahkan supaya perpustakaan-perpustakaan di Iran dan
Iskandariah dibakar atau dicampakkan buku-bukunya ke laut. Ditanya kenapa dia
memerintahkannya. Dia menjawab:"Allah telah memberikan kepada kita hidayah
yang lebih baik daripada itu."
Perpustakaan-perpustakaan
tersebut mengandungi banyak buku-buku ilmiah di dalam berbagai-bagai bidang
ilmu pengetahuan seperti ilmu hisab, falak, hikmah, kedoktoran, dan lain-lain.
Tetapi khalifah Umar tidak menghargainya.[Ibn al-Nadim, al-Fihrist, hlm. 334;
Ibn Khaldun, Tarikh, I, hlm. 32; Ibn al-Jauzi, Sirah al-Umar, hlm. 107]
33.
Khalifah Umar memerintahkan supaya dipotong pokok bai'ah Ridhwan, kerana kaum
Muslimin mengerjakan solat di bawah pokok tersebut bagi mengambil berkat.
Apabila berita ini sampai kepada Umar dia memerintahkan supaya ianya
dipotong.[Ibn Sa'd, Tabaqat al-Kubra, hlm.608; Ibn Jauzi, Sirah Umar, hlm.
107]Sepatutnya khalifah Umar menjaga pokok tersebut dengan baik sebagai satu
peninggalan sejarah yang berharga.
34.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengenakan zakat kuda. Ijtihadnya
adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA : "Aku memaafkan kalian
zakat kuda dan hamba." [al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf,V,hlm.26;
al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal; al-Musnad, I, hlm. 62;
al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa', I, hlm. 137]
35.
Khalifah Umar tidak mengetahui hukum orang yang syak tentang rakaat solatnya
bagaimana hendak dilakukannya. Dia bertanya kepada seorang budak: "Apabila
seorang itu syak bilangan solatnya, apakah ia harus lakukan?" Sepatutnya
dia telah bertanya kepada Rasulullah SAWA mengenainya. [Ahmad bin Hanbal,
al-Musnad, I, hlm. 190; al-Baihaqi, Sunan, II, hlm. 332]
36.
Khalifah Umar mengharamkan memakai bauan (perfume) bagi orang yang mengerjakan
haji sehingga mereka melakukan tawaf ifadhah. Ijtihadnya adalah menyalahi
Sunnah Rasulullah SAWA di mana Aisyah berkata: "Aku meletakkan bauan ke
atas Rasulullah SAWA sebelum beliau mengerjakan tawaf ifadhah". [Malik,
al-Muwatta', I, hlm. 285; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 173; al-Bukhari, Sahih,
III, hlm. 58; Muslim, Sahih, I, hlm. 330]
37.
Khalifah Umar tidak mengetahui faedah Hajr al-Aswad. Dia berkata: "Hajr
al-Aswad tidak memberi sebarang faedah dan kemudharatan." Sekiranya dia
tidak melihat Rasulullah SAWA mengucupnya, nescaya dia tidak mengucupnya.
Kata-kata Khalifah Umar tersebut adalah menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA ,
beliau bersabda: "Hajr al-Aswad diturunkan dari Syurga warnanya putih
seperti susu. Tetapi ianya bertukar menjadi hitam disebabkan dosa
manusia." Dan sabdanya lagi: "Demi Allah. Dia akan membangkitkannya
di Hari Kiamat, ianya mempunyai dua mata dan satu lidah yang akan bercakap dan
memberi penyaksian kepada orang yang telah mengucupnya". [al-Turmudhi,
Sahih, I, hlm. 180; al-Nasa'i, Sahih, II, hlm. 37; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,
II, hlm. 3]

38. Khalifah Umar tidak memberi khums kepada kerabat Rasulullah SAWA .
Ijtihad beliau adalah menyalahi firmanNya dalam Surah al-Anfal 18:4 dan
berlawanan dengan Sunnah Rasulullah SAWA. [al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II,
hlm. 127; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 248]
39.
Khalifah Umar berkata bahawa memukul isteri tidak akan dikenakan dosa. Dia
mengaitkan kata-kata ini dengan Rasulullah SAWA. [Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,
I, hlm. 20], sebenarnya ianya bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah
an-Nahl 16:90: "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan
berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari
perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan".
40.
Khalifah Umar melarang hadis "khabar gembira" bahawa setiap
orang yang mengucapkan dua kalimah syahadat dengan yakin, akan masuk
syurga. Kerana dia khuatir kaum Muslim hanya mengucap dua kalimah syahadat
kemudian meninggalkan amalan lain. Dia berkata kepada Rasulullah SAWA ,
"Adakah anda mengutuskan Abu Hurairah dengan khabar tersebut?"
Rasulullah menjawab:"Ya". Umar berkata kepada Rasulullah SAWA:
"Janganlah anda melakukannya". [Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 38;
Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 108]. Sepatutnya dia tidak
melarang Rasulullah SAWA untuk melakukannya.
41.
Khalifah Umar tidak mengetahui apakah bacaan Rasulullah SAWA di dalam solat
Hari Raya. [Muslim, Sahih, I, hlm, 242; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 180; Malik,
al-Muwatta', I, hlm. 147; Ibn Majah, Sunan, I, hlm. 388; al-Turmudhi, Sahih, I,
hlm. 106; al-Nisa'i, Sahih, III, hlm. 184]. Sepatutnya dia mengetahui
surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah SAWA di dalam solat Hari Raya.
42.
Khalifah Umar melarang kaum Muslimin berpuasa pada bulan Rajab. Dia berkata:
"Apa itu bulan Rajab? Bulan Rajab hanya bulan yang dimuliakan oleh
orang-orang Jahiliyah. Dan apabila datang agama Islam, ianya ditinggalkan.
Sebenarnya Khalifah Umar tidak mengetahui kelebihan bulan Rajab. Ijtihadnya itu
adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulllah SAWA yang menggalakkan setiap
Muslim supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, termasuk bulan Rajab.
[al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 215; Muslim, Sahih, I, hlm. 318; Ahmad bin
Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 326; Abu Daud, Sunan, I, hlm. 381]
43.
Khalifah Umar tidak membunuh Dzu al-Thadyah (ketua Khawarij) sedangkan
Rasulullah SAWA telah memerintahkannya supaya membunuhnya. Dia
berkata:"Bagaimana aku membunuh lelaki yang sedang sujud?" Kemudian
Rasulullah SAWA bertanya lagi:"Siapa lagi yang akan membunuhnya?"Ali
menjawab:"Aku."Rasulullah SAWA bersabda:"Sekiranya anda
mendapatinya."Ali pun pergi tetapi tidak mendapatinya. Rasulullah SAWA
bersabda:"Sekiranya lelaki itu dibunuh, tidak akan ada dua lelaki yang
berselisih faham."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad,III, hlm. 15]Sepatutnya
Khalifah Umar membunuhnya tanpa mengambil kira keadaannya kerana Rasulullah
SAWA telah memerintahkannya. Tetapi dia menggunakan ijtihadnya bagi menyalahi
Sunnah Rasulullah SAWA.
44.
Khalifah Umar tidak boleh memahami ungkapan-ungkapan yang tinggi. Dia bertanya
kepada seorang lelaki:"Bagaimana keadaan anda?"Lelaki itu
menjawab:"Aku adalah di kalangan orang yang mencintai fitnah, membenci
al-Haqq dan memberi penyaksian kepada orang yang tidak dilihat."Lalu dia
memerintahkan supaya lelaki itu ditahan. Maka Ali AS menyuruh supaya ianya
dilepaskan seraya berkata:"Apa yang diucapkan oleh lelaki itu adalah
benar."Umar berkata:"Bagaimana anda dapat mengatakan ianya
benar?"Ali AS menjawab:"Dia mencintai harta dan anak sebagaimana
firmanNya di dalam Surah al-Anfal(8):28:"Dan ketahuilah, bahawa hartamu
dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai fitnah."Dan dia membenci kematian
maka ia adalah al-haqq. Dan dia memberi penyaksian bahawa Muhammad adalah
Rasulullah sekalipun dia tidak melihatnya."Kemudian Umar memerintahkan
supaya ia dilepaskan.[Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, hlm. 46]
45.
Khalifah Umar telah menjatuhkan airmuka Rasulullah SAWA di hadapan Musyrikin
yang datang berjumpa Rasulullah SAWA supaya mengembalikan hamba-hamba mereka
yang lari dari mereka. Musyrikin berkata:"Hamba-hamba kami telah datang
kepada anda bukanlah kerana mereka cinta kepada agama, tetapi mereka lari dari
menjadi milik kami dan harta kami. Justeru itu kembalilah mereka kepada kami.
Lebih-lebih lagi kami adalah jiran anda dan orang yang membuat perjanjian damai
dengan anda."Walau bagaimanapun Rasulullah SAWA tidak mahu menyerahkan
hamba-hamba tersebut kepada mereka kerana khuatir mereka akan menyiksa
hamba-hamba tersebut. Tetapi beliau tidak mahu mendedahkan hakikat ini kepada
mereka. Lalu Rasulullah SAWA bertanya kepada Umar.Maka Umar
menjawab:"Benar kata-kata mereka itu wahai Rasulullah. Mereka itu adalah
jiran kita dan mereka telah membuat perjanjian damai dengan kita."Maka
muka Rasulullah SAWA berubah kerana jawapannya menyalahi apa yang dikehendaki
oleh Rasulullah SAWA.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 155;al-Nasa'i,
al-Khasa'is, hlm. 11]
46.
Khalifah Umar menjadikan mahr wanita berkahwin sebelum tamat iddahnya untuk
Baitul Mal. Kemudian dia memisahkan pasangan tersebut dan
berkata""Nikah adalah haram, mahr adalah haram dan kedua-duanya tidak
boleh berkahwin lagi."Ali berkata:"Sekiranya lelaki itu tidak
mengetahuinya, wanita tersebut berhak mengambil mahrnya dan dipisahkan pasangan
tersebut. Dan apabila tamat iddahnya dia menjadi peminangnya. Didalam ertikata
yang lain dia hendaklah menyempurnakan iddahnya yang pertama kemudian
menyempurnakan pula iddahnya yang kedua."Lalu Umar
berkata:"Kembalikan" "kejahilan" kepada
Sunnah.[Al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 441; al-Tabari, Dhakha'ir
al-'Uqba, hlm. 81] Persoalan yang timbul ialah kenapakah dia menjadikan mahr
hal Baitul Mal dan bukan hak wanita tersebut dan kenapakah dia mengharamkan
wanita tersebut ke atas lelaki tersebut? Manakah ayat atau Sunnah yang
membolehkan khalifah Umar melakukan sedemikian? Oleh itu ijtihadnya adalah
menyalahi al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA.
47.
Khalifah Umar mempelajari Surah al-Baqarah selama dua belas tahun. Dan apabila
dia selesai mempelajarinya (khatam), dia menyembelih beberapa ekor
unta.[al-Qurtubi, Ahkam al-Qur'an, I, hlm. 34; al-Durr al-Manthur, I, hlm. 21]
Oleh itu untuk mempelajari kesemua al-Qur'an dia memerlukan kepada masa yang
lebih lama. Ini sebelum khalifah Umar menjadi seorang yang pelupa, kadangkala
dia melupai bilangan raka'at sembahyang, lalu dia menyuruh seorang lelaki
berdiri di hadapannya bagi memberikan isyarat kepadanya supaya dia berdiri
ataupun rukuk, kemudian dia melakukannya.[Ibn Jauzi, Sirah Umar b. Khattab,
hlm. 135; Ibn Abi l-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 110]
48.
Khalifah Umar telah menjadikan "enam jengkal" sebagai ukuran baligh.
Dia berkata:"Sekiranya kalian mendapati budak lelaki yang mencuri itu
setinggi enam jengkal (sittah asyar) genap, maka kalian potonglah tangannnya.
Jika tidak tinggallah dia."
Di
riwayatkan daripada Sulaiman bin Yasar,"Sesungguhnya Umar mendatangi
seorang budak lelaki yang telah mencuri, lalu dia mengukur budak tersebut,
tetapi ianya tidak mencukupi enam jengkal tepat lalu ditinggalkannya."[al-Muttaqi
al-Hindi,Kanz al-Ummal,I, hlm. 116]
Oleh
itu ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang
menetapkan baligh melalui ihtilam (mimpi) dan tumbuh bulu di
kemaluan.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, V, hlm. 54-55]
49.
Khalifah Umar menyesali menjadi seorang manusia. Dia berkata:"Alangkah
beruntungnya jika aku menjadi seekor kambing keluargaku. Mereka menggemukkan
aku seperti yang mereka suka. Kemudian aku menjadi makanan kepada orang yang
menyukainya. Mereka menghiris sebahagian dariku dan memanggang sebahagian yang
lain. Kemudian mereka memakan aku dan mereka mengeluarkan aku sebagai najis dan
aku tidak menjadi manusia lagi."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI,
hlm. 345; Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, III, hlm. 131; Abu Nu'im, Hilyah
al-Auliya', I, hlm. 52]
Sepatutnya
khalifah Umar tidak mengeluarkan kata-kata tersebut kerana ianya bertentangan
dengan Surah al-Tin (95):4:"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
dalam bentuk yang sebaik-baiknya."Dan jika dia benar seorang wali Allah
kenapa dia menyesal menjadi manusia, sedangkan Allah telah memberi jaminan di
dalam Surah Yunus (10):62:"Ingatlah, sesungguhnya walil-wali Allah itu
tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."
50.
Khalifah Umar telah menhentikan pemberian zakat kepada muallaf.[al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa, hlm. 137 dan lain-lain] Tindakan ini adalah bertentangan
dengan al-Qur'an Surah al-Taubah (4):60,"Sesungguhnya zakat-zakat itu
hanyalah untuk orang-orang faqir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat,
para muallaf yang dibujuk hatinya...."
51.
Khalifah Umar memohon keizinan 'Aisyah supaya ianya disemadikan di sisi
Rasulullah SAWA, lalu 'Aisyah menyetujui permohonannya.[al-Bukhari, Sahih, V,
hlm. 266] Persoalannya kenapakah dia memohon izin daripada 'Aisyah? Adakah
'Aisyah menerima pusaka Rasulullah SAWA? Dimana kata-kata "Kami para Nabi
tidak meninggalkan pusaka?" Jika beliau meninggalkan pusakanya tidakkah
pewaris-pewaris anak perempuannya lebih berhak daripada 'Aisyah kerana saham
'Aisyah hanya sepersembilan daripada seperlapan? Nampaknya khalifah Umar sudah
tidak mempercayai kata-kata"Kami para Nabi tidak meninggalkan
pusaka." Lantas dia memohon izin daripada 'Aisyah. Sepatutnya dia memohon
izin dari pewaris-pewaris Fatimah AS yang mempunyai hak yang lebih banyak
daripadanya.
52.
Khalifah Umar mengakui kegelisahan dan ketakutannya bagi menghadapi Allah SWT.
Ibn Abbas berkata kepadanya selepas dia ditikam"Wahai Amirul Mukminin
tidakkah anda telah bersahabat dengan RAsulullah dan persahabatan anda
dengannya adalah baik. Kemudian beliau meninggalkan anda di dalam keadaan redha
terhadap anda. Kemudian anda bersabahat pula dengan Abu Bakar, maka
persahabatan anda dengannya adalah baik, dia meninggalkan anda di dalam keadaan
redha terhadap anda. Kemudian anda bersahabat dengan sahabat-sahabat mereka,
maka persahabatan anda adalah baik dan sekiranya anda meninggalkan mereka, maka
mereka meredhai anda."Umar menjawab:"Adapun apa yang anda sebutkan
tadi tentang persahabatan dengan Rasulullah dan keredhaannya, ianya merupakan
satu kurniaan daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku. Adapun apa yang
anda sebutkan tentang persahabatan dengan Abu Bakar dan keredhaannya, maka
ianya juga satu kurniaan daripada Allah SWT yang dilimpahkan kepadaku. Tetapi
apa yang anda lihat tentang kegelisahan dan ketakutanku adalah kerana anda dan
para sahabat anda.Demi Allah sekiranya aku mempunyai segunung emas, nescaya aku
menebus diriku dengannya dari azab Allah sebelum aku menemuiNya."
[al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 201] Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam Surah Yunus (10):54:"Dan kalau setiap diri yang zalim itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu..."
[al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 201] Sikap sedemikian telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam Surah Yunus (10):54:"Dan kalau setiap diri yang zalim itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu..."
Dan
sekiranya dia seorang wali Allah, dia tidak perlu khuatir dengan azab Allah
SWT. Kerana Dia berfirman di dalam Surah Yunus (10):62:"Ingatlah,
sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan
tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan selalu
bertaqwa bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat Allah yang demikian itu adalah
kemenangan yang besar."
Pengakuan
sedemikian telah dilakukan juga oleh khalifah Abu Bakar, al-Barra bin 'Azib,
'Aisyah dan Anas bin Malik. Al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 74 meriwayatkan bahawa
Anas bin Malik berkata:'Tidak ada suatupun yang aku ketahui di zaman Nabi SAWA
lebih baik dari sembahyang (solat). Dia berkata:"Tidakkah kalian telah menghilangkan
sesuatu padanya?"Dan al-Zuhri berkata:"Aku berjumpa Anas bin Malik di
Damsyik ketika itu dia sedang menangis. Abu bertanya kepadanya:Apakah yang
menyebabkan anda menangis?Dia menjawab:Aku tidak mengetahui sesuatupun selain
dari sembahyang (solat) itupun telah dihilangkan."
Al-Bukhari,
Sahih, II, hlm. 154 dan Muslim, Sahih, I, hlm. 260, meriwayatkan bahawa
khalifah Uthman dan 'Aisyah telah mengubah Sunnah Rasulullah SAWA mengenai
sembahyang. Kerana mereka mengerjakan sembahyang empat rakaat (itmam) di Mina
sedangkan Rasulullah SAWA mengerjakan sembahyang dua rakaat (qasr) di Mina.
Al-Bukhari
juga di dalam Sahihnya, I, hlm. 122 meriwayatkan daripada Abi Sa'id
al-Khudri,dia berkata:"Rasulullah SAWA keluar sembahyang di hari
'Aid al-Fitr dan 'Aid al-Adha ke masjid, kemudian beliau berjumpa dengan
orang-orang di barisan depan. Kemudian beliau mulai berkhutbah menasihati
mereka, menyuruh mereka atau menyelesaikan isu-isu semasa. Dan selepas
itu beliaupun pergi."Abu Sa'id berkata:"Cara demikian
berterusan sehingga pada suatu hari aku keluar bersama Marwan gabenor Madinah
pada masa itu, ke masjid yang mempunyai mimbar yang dibina oleh Kathir bin
al-Salt. Marwan terus menuju ke mimbar tersebut sebelum bersembahyang. Kemudian
aku menarik kainnya. Tetapi dia menolakku dan terus ke mimbar dan memberi
khutbah kepada orang ramai sebelum dia bersembahyang. Maka akupun berkata
kepadanya:Demi Allah, kalian telah mengubah Sunnah Rasulullah.Dia
menjawab:Wahai Abu Sa'id, apa yang anda ketahui telah hilang begitu sahaja.Aku
menjawab:Apa yang aku ketahui adalah lebih baik, demi Allah, daripada apa yang
aku tidak mengetahuinya.Marwan berkata:Orang ramai tidak akan duduk mendengar
khutbah kita selepas sembahyang. Justeru itu aku jadikannya (khutbah) sebelum
sembahyang."
Oleh
itu pengakuan-pengakuan tersebut membuktikan bahawa sahabat bukan semuanya
adil. Malah ada yang mengubah Sunnah Rasulullah SAWA.Dan mungkin inilah yang
membuatkan mereka merasa khuatir terhadap azab Allah SWT.Dan mereka mengakui
bahawa tidak ada keistimewaan menjadi sahabat Rasulullah SAWA jika mereka
mengubah Sunnahnya pula.

53. Khalifah Umar berhasrat untuk melantik Salim hamba Abu Huzaifah
menjadi khalifah sekiranya ia masih hidup. Oleh itu kata-katanya adalah
bertentangan dengan kata-katanya yang menyokong Abu Bakar di Saqifah. Para imam
mestilah daripada Quraisy kerana Salim adalah seorang hamba dan dia bukanlah
daripada Quraisy.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 19]
54.
Khalifah Umar menghukum rejam ke atas wanita yang mengandung selama enam bulan
kemudian melahirkan anak.Lalu Ali AS membantahnya dan membacakan firman Allah
SWT di dalam Surah al-Ahqaf (46):15:"Ibunya mengandungkannya sampai
menyusunya adalah tiga puluh bulan" dan firmanNya di dalam Surah Luqman
(31):14:"Penyusuannya selama dua tahun."
Oleh
itu "mengandung" sekurang-kurangnya ialah enam bulan dan penyusuannya
ialah selama dua tahun.Kemudian Umar menarik balik hukumannya dan
berkata:"Sekiranya tidak ada Ali, nescaya binasalah Umar."[al-Suyuti,
al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm.
96;al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 82, dan lain-lain]
55.
Khalifah Umar telah mengenakan hukum had ke atas Ja'dah dari Bani Sulaim tanpa
saksi yang mencukupi. Dia memadai dengan sepucuk surat yang mengandungi syair
mengenai perzinaannya yang dihantar oleh Buraid.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm.
205]Lantaran itu ijtihadnya adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan Sunnah
Rasulullah SAWA yang memerlukan empat orang saksi atau pengakuan secara
sukarela.
56.
Khalifah Umar telah lari di dalam peperangan Uhud, Hunain, dan
Khaibar.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 46; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.37;
al-Dhahabi, al-Talkhis, III, hlm. 37 dan lain-lain]
57.
Khalifah Umar telah mengambil separuh dari harta kekayaan gabenor-gabenornya
kerana dia mengesyaki mereka melakukan pecah amanah terhadap Baitul Mal.
Persoalan yang timbul, sekiranya harta tersebut adalah hasil dari kecurian dari
Baitul Mal, maka ianya wajib dikembalikan kesemuanya, dan bukan dengan cara
membahagi dua. Dan mereka pula wajib dipecat daripada jawatan tersebut kerana
mereka telah melakukan pecah amanah. Tetapi khalifah Umar tidak memecat kesemua
mereka. Dan sekiranya harta tersebut diusahakan oleh mereka melalui jalan yang
halal seperti perniagaan atau seumpamanya, maka dia tidak harus mengambil
daripada mereka. Kerana tidak halal mengambil harta seorang Muslim melainkan
dengan keredhaannya. Malah dia telah mengambilnya daripada mereka secara
paksaan.[Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 163]
58.
Khalifah Umar telah memaafkan gabenornya Muawiyah di Syam dari membahagi dua
hartanya. Sedangkan Muawiyah dikenali sebagai seorang yang mengambil harta
Baitul Mal Muslimin. Tetapi sebaliknya mempertahankan kedudukannya dengan
mengatakan bahawa dia adalah kisra Arab. Sedangkan Nabi SAWA telah memarahinya
dan bapanya. Sepatutnya dia tidak melantiknya sebagai gabenor di Syam kerana
orang lain lebih layak daripadanya.[al-Tabari, Tarikh, XI, hlm. 357]
59.
Khalifah Umar telah memerintahkan rejam wantia yang sedang hamil kerana
melakukan zina. Ali AS membantahnya dan berkata:"Sekiranya anda mempunyai
kuasa ke atasnya tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas
janinnya."Kemudian Umar berkata:"Setiap orang adalah lebih alim
daripadaku."[al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba, hlm. 81]
60.
Khalifah Umar telah menjalankan hukum had ke atas Abdul Rahman pada kali kedua
kerana meminum arak. Sebenarnya Umru bin al-'As telah menjalankan hukum had
keatasnya di Mesir dan disaksikan oleh anaknya, Abdullah bin Umar. Tetapi
khalifah Umar tidak mengindahkannya. Kemudian dia memukulnya pada kali
kedua:"Abdul Rahman melaung meminta tolong sambil berkata:"Aku sedang
sakit, demi Tuhan, anda (Umar) adalah pembunuhku." Dan selepas dia
menjalankan had keatasnya dia menahannya pula selama sebulan, kemudian dia
meninggal dunia. Sepatutnya dia tidak mengenakan had keatasnya pada kali kedua
dan menunggu sehingga dia sembuh dari sakitnya serta tidak menahannya pula.[Ibn
Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, III, hlm. 470; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VI, hlm.
450; Ibn Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, III, hlm. 127]
61.
Khalifah Umar kurang mengetahui ilmu faraidh. Dia berkata:"Sesiapa yang
ingin bertanya tentang ilmu faraidh, maka hendaklah dia bertanya kepada Zaid
bin Tsabit. Dan sesiapa yang ingin harta, hendaklah dia memohon kepadaku kerana
aku adalah penjaganya."[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.
271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223]
271; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 223]
62.
Khalifah Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah.[al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Kenyataan al-Suyuti bererti:
a) Nikah mut'ah adalah halal menurut Islam.
b) Khalifah Umarlah yang mengharamkan nikah mut'ah yang telah dihalalkan pada masa Rasulullah SAWA, khalifah Abu Bakar dan pada masa permulaan zaman khalifah Umar.
c) Umar mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau membatalkan hukum nikah mut'ah sekalipun ianya halal di sisi Allah dan RasulNya. Al-Suyuti seorang Mujaddid Ahlil Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah mut'ah adalah halal, kerana pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan RasulNya.Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan kata-kata Umar sendiri.
a) Nikah mut'ah adalah halal menurut Islam.
b) Khalifah Umarlah yang mengharamkan nikah mut'ah yang telah dihalalkan pada masa Rasulullah SAWA, khalifah Abu Bakar dan pada masa permulaan zaman khalifah Umar.
c) Umar mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau membatalkan hukum nikah mut'ah sekalipun ianya halal di sisi Allah dan RasulNya. Al-Suyuti seorang Mujaddid Ahlil Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah mut'ah adalah halal, kerana pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan RasulNya.Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan kata-kata Umar sendiri.
Sebenarnya
para ulama Ahlul Sunnah sendiri telah mencatat bahawa Umarlah yang telah
mengharamkan nikah mut'ah seperti berikut:
a) Al-Baihaqi di dalam al-Sunan, V, hlm. 206, meriwayatkan kata-kata Umar,"Dua mut'ah yang dilakukan pada masa Rasulullah SAWA tetapi aku melarang kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya, iaitu mut'ah perempuan dan mut'ah haji.
b) Al-Raghib di dalam al-Mahadarat, II, hlm. 94 meriwayatkan bahwa Yahya bin Aktam berkata kepada seorang syaikh di Basrah:"Siapakah orang yang anda ikuti tentang harusnya nikah mut'ah."Dia menjawab:"Umar al-Khatab."Dia bertanya lagi,"Bagaimana sedangkan Umarlah orang yang melarangnya."Dia menjawab:"Mengikut riwayat yang sahih bahawa dia menaiki mimbar masjid dan berkata:Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah menghalalkan untuk kalian dua mut'ah tetapi aku aku mengharamkan kedua-duanya (mut'ah perempuan dan mut'ah haji). Maka kami menerima kesaksiannya tetapi kami tidak menerima pengharamannya."
c) Daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata:"Kami telah melakukan nikah mut'ah dengan segenggam kurma dan gandum selama beberapa hari pada masa Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar melarang dan mengharamkannya dalam kes Umru bin Harith.[Muslim, Sahih, I, hlm. 395; Ibn Hajar, Fatih al-Bari, IX, hlm.41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VIII, hlm. 294]
d) Daripada Urwah bin al-Zubair,"Sesungguhnya Khaulah bt. Hakim berjumpa Umar al-Khattab dan berkata:"Sesungguhnya Rabiah bin Umaiyyah telah melakukan nikah mut'ah dengan seorang perempuan, kemudian perempuan itu mengandung, maka Umar keluar dengan marah dan berkata:"Sekiranya aku telah memberitahukan kalian mengenainya awal-awal lagi nescaya aku merejamnya."Isnad hadith ini adalah tsiqah, dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwatta', II, hlm. 30;al-Syafi'i, al-Umm, VII, hlm. 219;al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 206]
e) Kata-kata Ali AS,"Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut'ah nescaya tidak seorang pun berzina melainkan orang yang celaka."[al-Tabari, Tafsir, V, hlm. 9; Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm.200; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 140]
a) Al-Baihaqi di dalam al-Sunan, V, hlm. 206, meriwayatkan kata-kata Umar,"Dua mut'ah yang dilakukan pada masa Rasulullah SAWA tetapi aku melarang kedua-duanya dan aku akan mengenakan hukuman ke atasnya, iaitu mut'ah perempuan dan mut'ah haji.
b) Al-Raghib di dalam al-Mahadarat, II, hlm. 94 meriwayatkan bahwa Yahya bin Aktam berkata kepada seorang syaikh di Basrah:"Siapakah orang yang anda ikuti tentang harusnya nikah mut'ah."Dia menjawab:"Umar al-Khatab."Dia bertanya lagi,"Bagaimana sedangkan Umarlah orang yang melarangnya."Dia menjawab:"Mengikut riwayat yang sahih bahawa dia menaiki mimbar masjid dan berkata:Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah menghalalkan untuk kalian dua mut'ah tetapi aku aku mengharamkan kedua-duanya (mut'ah perempuan dan mut'ah haji). Maka kami menerima kesaksiannya tetapi kami tidak menerima pengharamannya."
c) Daripada Jabir bin Abdullah, dia berkata:"Kami telah melakukan nikah mut'ah dengan segenggam kurma dan gandum selama beberapa hari pada masa Rasulullah dan Abu Bakar sehingga Umar melarang dan mengharamkannya dalam kes Umru bin Harith.[Muslim, Sahih, I, hlm. 395; Ibn Hajar, Fatih al-Bari, IX, hlm.41; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VIII, hlm. 294]
d) Daripada Urwah bin al-Zubair,"Sesungguhnya Khaulah bt. Hakim berjumpa Umar al-Khattab dan berkata:"Sesungguhnya Rabiah bin Umaiyyah telah melakukan nikah mut'ah dengan seorang perempuan, kemudian perempuan itu mengandung, maka Umar keluar dengan marah dan berkata:"Sekiranya aku telah memberitahukan kalian mengenainya awal-awal lagi nescaya aku merejamnya."Isnad hadith ini adalah tsiqah, dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwatta', II, hlm. 30;al-Syafi'i, al-Umm, VII, hlm. 219;al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 206]
e) Kata-kata Ali AS,"Sekiranya Umar tidak melarang nikah mut'ah nescaya tidak seorang pun berzina melainkan orang yang celaka."[al-Tabari, Tafsir, V, hlm. 9; Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm.200; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 140]
Kata-kata
Ali AS ini menolak dakwaan orang yang mengatakan bahawa Ali telah melarang
nikah mut'ah kerana beliau tidak memansuhkan ayat di dalam Surah al-Nisa'
(4):24.
f) Daripada Ibn Juraij, daripada 'Ata' dia berkata:"Aku mendengar Ibn Abbas berkata:Semoga Allah merahmati Umar, mut'ah adalah rahmat Tuhan kepada umat Muhammad dan jika ia tidak dilarang (oleh Umar) nescaya seorang itu tidak perlu berzina melainkan orang yang celaka."[al-Jassas, al-Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 179; al-Zamakhshari, al-Fa'iq, I, hlm. 331;al-Qurtubi, Tafsir, V, hlm. 130]
f) Daripada Ibn Juraij, daripada 'Ata' dia berkata:"Aku mendengar Ibn Abbas berkata:Semoga Allah merahmati Umar, mut'ah adalah rahmat Tuhan kepada umat Muhammad dan jika ia tidak dilarang (oleh Umar) nescaya seorang itu tidak perlu berzina melainkan orang yang celaka."[al-Jassas, al-Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 179; al-Zamakhshari, al-Fa'iq, I, hlm. 331;al-Qurtubi, Tafsir, V, hlm. 130]
Riwayat
Ibn Abbas tersebut menafikan dakwaan orang yang mengatakan Ibn Abbas telah
menarik balik kata-katanya mengenai mut'ah. Walau bagaimanapun halalnya mut'ah
tidak berpandu kepada pendapat Ibn Abbas tetapi berpandu kepada Surah al-Nisa
(4): 24 yang tidak dimansuhkan.
Di
sini disebutkan nama-nama sahabat dan tabi'in yang telah mengamalkan nikah
mut'ah atau mempercayai ia halal seperti berikut:
1.Umran b.al-Hasin.
2. Jabir b. Abdullah.
3. Abdullah b. Mas'ud.
4. Abdullah b. Umar.
5. Muawiyah b. Abi Sufyan.
6. Abu Said al-Khudri.
7. Salman b. Umaiyyah b, Khalf
8. Ma'bad b. Umaiyyah.
9. al-Zubair bin al-Awwam yang mengahwini Asma' bt khalifah Abu Bakar secara mut'ah selama tiga tahun dan melahirkan dua orang anak lelaki bernama Abdullah da Urwah.
10. Khalid b. Muhajir.
11. Umru b. Harith.
12. Ubayy b. Ka'ab.
13. Rabi'ah b. Umaiyyah.
14. Said b. Jubair.
15. Tawwus al-Yamani.
16. 'Ata' Abu Muhammad al-Madani.
17. al-Sudi.
18. Mujahid.
19. Zufar b. Aus al-Madani.
20. Ibn Juraij.
21. Ali bin Abi Talib.
22. Umar b. al-Khattab sebelum dia mengharamkannya dan diakui oleh anaknya Abdullah bin Umar.
1.Umran b.al-Hasin.
2. Jabir b. Abdullah.
3. Abdullah b. Mas'ud.
4. Abdullah b. Umar.
5. Muawiyah b. Abi Sufyan.
6. Abu Said al-Khudri.
7. Salman b. Umaiyyah b, Khalf
8. Ma'bad b. Umaiyyah.
9. al-Zubair bin al-Awwam yang mengahwini Asma' bt khalifah Abu Bakar secara mut'ah selama tiga tahun dan melahirkan dua orang anak lelaki bernama Abdullah da Urwah.
10. Khalid b. Muhajir.
11. Umru b. Harith.
12. Ubayy b. Ka'ab.
13. Rabi'ah b. Umaiyyah.
14. Said b. Jubair.
15. Tawwus al-Yamani.
16. 'Ata' Abu Muhammad al-Madani.
17. al-Sudi.
18. Mujahid.
19. Zufar b. Aus al-Madani.
20. Ibn Juraij.
21. Ali bin Abi Talib.
22. Umar b. al-Khattab sebelum dia mengharamkannya dan diakui oleh anaknya Abdullah bin Umar.
Nama-nama
tersebut adalah diambil dari buku-buku Hadith Ahlul Sunnah dan lain-lain di
mana saya tidak memberi rujukan lengkap kerana kesempitan ruang, lihatlah
umpamanya buku-buku sahih bab nikah mut'ah dan lain-lain.

Di sini diperturunkan pendapat-pendapat Ahlul Sunnah yang mengatakan
nikah mut'ah telah dimansuhkan, kemudian, diharuskan, kemudian dimansuhkan,
kemudian diharuskan kembali. Ia mempunyai 15 pendapat yang berbeza-beza seperti
berikut:
1. Nikah mut'ah diharuskan pada permulaan Islam, kemudian Rasulullah SAWA menegahnya di dalam Peperangan Khaibar.
2. Ia boleh dilakukan ketika darurat di masa-masa tertentu kemudian diharamkan pada akhir tahun Haji Wida'.
3. Ia diharuskan selama 3 harisahaja.
4. Diharuskan pada tahun al-Autas kemudian diharamkan.
5. Diharuskan pada Haji Wida' kemudian ditegah semula.
6. Diharuskan, kemudian diharamkan pada masa pembukaan Mekah.
7. Ia harus, kemudiannya ditegah dalam Perang Tabuk.
8. Diharuskan pada pembukaan Mekah dan diharamkan pada hari itu juga.
9. Ia dihalalkan pada Umrah al-Qadha'.
10. Ia tidak pernah diharuskan di dalam Islam. Pendapat ini bertentangan dengan al-Qur'an, Sunnah Nabi SAWA, Ahlul Baytnya dan sahabat-sahabat.
11. Ia diharuskan kemudian dilarang pada Perang Khaibar kemudian diizin kembali pada masa pembukaan Mekah kemudian diharamkannya selepas tiga hari.
12. Diharuskan pada permulaan Islam kemudian diharuskan pada Perang Khaibar kemudian diharuskan pada Perang Autas, kemudian diharamkan.
13. Diharuskan pada permulaan Islam pada tahun Autas, pembukaan Mekah dan Umrah al-Qadha' dan diharamkan pada Peperangan Khaibar dan Tabuk.
14. Ia telah diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan kemudian dimansuhkan.
15. Diharuskan 7 kali, dimansuhkan 7 kali, dimansuhkan pada Peperangan Khaibar, Hunain, 'Umra al-Qadha', tahun pembukaan Mekah, tahun Autas, Peperangan Tabuk dan semasa Haji Wida'.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 183; Muslim, Sahih, I, hlm. 394;Ibn Hajar, Fath al-Bari, IX, hlm. 138; al-Zurqani, Syarh al-Muwatta', hlm. 24]
1. Nikah mut'ah diharuskan pada permulaan Islam, kemudian Rasulullah SAWA menegahnya di dalam Peperangan Khaibar.
2. Ia boleh dilakukan ketika darurat di masa-masa tertentu kemudian diharamkan pada akhir tahun Haji Wida'.
3. Ia diharuskan selama 3 harisahaja.
4. Diharuskan pada tahun al-Autas kemudian diharamkan.
5. Diharuskan pada Haji Wida' kemudian ditegah semula.
6. Diharuskan, kemudian diharamkan pada masa pembukaan Mekah.
7. Ia harus, kemudiannya ditegah dalam Perang Tabuk.
8. Diharuskan pada pembukaan Mekah dan diharamkan pada hari itu juga.
9. Ia dihalalkan pada Umrah al-Qadha'.
10. Ia tidak pernah diharuskan di dalam Islam. Pendapat ini bertentangan dengan al-Qur'an, Sunnah Nabi SAWA, Ahlul Baytnya dan sahabat-sahabat.
11. Ia diharuskan kemudian dilarang pada Perang Khaibar kemudian diizin kembali pada masa pembukaan Mekah kemudian diharamkannya selepas tiga hari.
12. Diharuskan pada permulaan Islam kemudian diharuskan pada Perang Khaibar kemudian diharuskan pada Perang Autas, kemudian diharamkan.
13. Diharuskan pada permulaan Islam pada tahun Autas, pembukaan Mekah dan Umrah al-Qadha' dan diharamkan pada Peperangan Khaibar dan Tabuk.
14. Ia telah diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan, kemudian dimansuhkan, kemudian diharuskan kemudian dimansuhkan.
15. Diharuskan 7 kali, dimansuhkan 7 kali, dimansuhkan pada Peperangan Khaibar, Hunain, 'Umra al-Qadha', tahun pembukaan Mekah, tahun Autas, Peperangan Tabuk dan semasa Haji Wida'.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 183; Muslim, Sahih, I, hlm. 394;Ibn Hajar, Fath al-Bari, IX, hlm. 138; al-Zurqani, Syarh al-Muwatta', hlm. 24]
Lihatlah
bagaimana perselisihan pendapat telah berlaku tentang nikah mut'ah di mana
mereka sendiri tidak yakin bilakah ia dimansuhkan atau sebaliknya. Walau
bagaimanapun pendapat-pendapat tersebut memberi erti bahawa hukum nikah mut'ah
boleh dipermainkan-mainkan kerana ia mengandungi beberapa proses pengharusan
dan pengharaman, oleh itu ianya tidak mungkin dilakukan oleh Allah dan
RasulNya.
Ianya
telah dilakukan oleh al-Zubair bin al-Awwam dengan Asma' bt. khalifah Abu Bakar
selama tiga tahun dan melahirkan dua orang anak mut'ah.
Sebenarnya
pengharusan nikah mut'ah itu berasal daripada al-Qur'an, firmanNya (Surah
al-Nisa (4):24:"Maka isteri-isteri kamu yang kamu nikmati (mut'ah) di atas
mereka, berikanlah kepada mereka maharnya sebagai suatu kewajipan."
Menurut al-Zamakhsyari, ayat ini adalah Muhkamah, iaitu tidak dimansuhkan
[al-Kasysyaf,I hlm. 190] iaitu nikah mut'ah adalah halal.
Al-Qurtubi
menyatakan, penduduk Mekah banyak melakukan nikah mut'ah[Tafsir,V, hlm. 132].
Fakhruddin al-Razi berkata:"Mereka berselisih pendapat tentang ayat ini,
sama ada ia dimansuhkan ataupun tidak, tetapi sebahagian besar berpendapat ayat
ini tidak dimansuhkan dan nikah mut'ah adalah harus."[Mafatih al-Ghaib,
III, hlm. 200] Abu Hayyan berkata:"Selepas menukilkan hadith yang
mengharuskan nikah mut'ah, sekumpulan daripada Ahlul Bayt dan Tabi'in
berpendapat nikah mut'ah adalah halal."Ibn Juraij (w.150H)pula berpendapat
bahawa nikah mut'ah adalah harus. Imam Syafi'i menegaskan bahawa Ibn Juraij
telah bernikah mut'ah dengan 72 orang perempuan, sementara al-Dhahabi pula
menyatakan Ibn Juraij telah bermut'ah dengan 90 orang perempuan.[Tadhib
al-Tahdhib, VI, hlm. 408]
Perhatikanlah
bahawa Ibn Juraij adalah seorang daripada Tabi'in dan imam masjid Mekah, telah
berkahwin secara mut'ah dengan 90 orang perempuan dan dia juga telah
meriwayatkan hadith yang banyak di dalam sahih-sahih Ahlul Sunnah seperti
Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ini bererti kitab-kitab sahih tersebut telah
dikotori (mengikut bahawa lawan) dan ia tidak menjadi sahih lagi sekiranya
orang yang melakukan nikah mut'ah itu dianggap penzina.
Ayat
tersebut tidak dimansuhkan oleh Surah al-Mukminun ayat 6 dan Surah al-Ma'arij
ayat 30, kerana kedua-dua ayat tersebut adalah Makkiyyah dan ayat Makkiyyah
tidak boleh memansuhkan ayat Madaniyyah, begitu juga ia tidak boleh dimansuhkan
dengan ayat al-Mirath (pusaka) kerana dalam nikah biasa sekalipun mirath tidak
boleh berlaku jika si isteri melakukan nusyuz terhadap suaminya atau isterinya
seorang kitabiyah. Sebagaimana juga ia tidak boleh dimansuhkan dengan ayat
Talaq, kerana nikah mut'ah dapat ditalak (dapat dibatalkan) dengan berakhirnya
masa. Ia juga tidak boleh dimansuhkan dengan hadith mengiku jumhur ulama.
Imam
Zulfar berpendapat walaupun ditetapkan, tetapi ia tidak membatalkan akad nikah.
Imam Malik pula mengatakan nikah mut'ah adalah harus hingga terdapatnya dalil
yang memansuhkannya. Imam Muhammad al-Syaibani mengatakan nikah mut'ah adalah
makruh. [al-Sarkhasi, al-Mabsut, V, hlm. 160] Demikianlah beberapa pendapat
yang menunjukkan nikah mut'ah adalah harus tetapi ia diharamkan oleh khalifah
Umar al-Khattab. Adapun syarat-syarat nikah mut'ah menurut Islam adalah seperti
berikut:
i. Mahar.
ii. Ajal (tempoh)
iii. Akad yang mengandungi ijab dan kabul dan ianya sah dilakukan secara wakil
iv. Perceraian selepas tamatnya tempoh
v. Iddah
vi. Sabitnya nasab (keturunan)
vii. Tidak sabitnya pusaka di antara suami dan isteri jika ia tidak syaratkan.
i. Mahar.
ii. Ajal (tempoh)
iii. Akad yang mengandungi ijab dan kabul dan ianya sah dilakukan secara wakil
iv. Perceraian selepas tamatnya tempoh
v. Iddah
vi. Sabitnya nasab (keturunan)
vii. Tidak sabitnya pusaka di antara suami dan isteri jika ia tidak syaratkan.
Inilah
syarat-syarat nikah mut'ah mengikut Ahlul Sunnah dan Syiah dan inilah yang
telah dilakukan oleh para sahabat dan tabi'in. Adapun kata-kata bahawa 'nikah
mut'ah boleh dilakukan dengan isteri orang' adalah satu pembohongan yang besar
dan ianya menyalahi nas. Oleh itu para Imam Ahlul Bayt AS dan para ulama Syiah
mengharamkannya. Disebabkan ijab sebarang nikah, sama ada nikah mut'ah ataupun
da'im (biasa) adalah dipihak perempuan atau wakilnya, maka perempuan tersebut
atau wakilnya mestilah mengetahui bahawa 'dia' bukanlah isteri orang, jika
tidak, ia tidak boleh melafazkan ijab, "aku nikahkan diriku akan dikau
dengan mas kahwinnya sebanyak satu ribu ringgit selama tiga
tahun."Umpamanya lelaki menjawab:"Aku terimalah nikah."Imam
Baqir dan Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata bahawa pihak lelaki tidak wajib
bertanya adakah siperempuan itu isteri orang atau tidak, kerana sudah pasti
mengikut hukum syarak perempuan yang akan berkahwin mestilah bukan isteri
orang. Jika didapati ia isteri orang maka nikah mut'ah atau nikah biasa itu
adalah tidak sah. Walau bagaimanapun adalah disunatkan seorang itu bertanya
keadaan perempuan itu sama ada masih isteri orang atau sebagainya.
Mengenai
wali Ahlul Sunnah tidak sependapat sama ada wali adalah wajib bagi perempuan
yang ingin berkahwin. Abu Hanifah umpamanya menyatakan wali adalah tidak wajib
bagi janda dan anak dara yang sudah akil baligh dengan syarat ia berkahwin
dengan seorang yang sekufu dengannya.[Malik, al-Muwatta', I, hlm. 183] Abu
Yusuf dan al-Syaibani pula berpendapat wali adalah peru tetapi bapa tidak ada
hak untuk memaksa anak perempuannya melainkan ia di bawah umur.[Ibn Hazm,
al-Muhalla, hlm. 145] Imam Ja'far al-Sadiq AS berpendapat wali tidak wajib
dalam nikah kecuali bagi anak dara. Tetapi ia adalah digalakkan di dalam semua
keadaan bagi penentuan harta dan keturunan.[al-Tusi, Tahdbib al-Ahkam, VII,
hlm. 262] Sebenarnya idea wali nikah menurut Imam Malik adalah dikaitkan dengan
khalifah Umar al-Khattab yang diriwayatkan oleh Sa'id bin al-Musayyab, bahawa
seorang tidak dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran walinya atau keluarganya
yang baik atau pemerintah [Sahnun, al-Mudawwannah al-Kubra, IV, hlm. 16]
Mengenai
saksi di dalam nikah, Imam Ja'far al-Sadiq AS tidak mewajibkan saksi di dalam
nikah mut'ah atau nikah biasa, tetapi ia disunatkan berbuat demikian bagi
pengurusan harta dan penentuan nasab keturunan.[al-Tusi, al-Istibsar, III, hlm.
148] Sebenarnya di dalam al-Qur'an tidak terdapat ayat yang mewajibkan wali dan
saksi di dalam nikah, umpamanya firman Allah dalam Surah al-Nisa
(4):3....."maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi dua, tiga dan
empat." Ini bererti Allah tidak mewajibkan saksi dan wali di dalam perkahwinan
kerana untuk memberi kemudahan kepada umat manusia tetapi Dia mewajibkan saksi
di dalam perceraian, firmanNya dalam Surah al-Talaq (65):2...."Dan
persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu." Imam
Ja'far al-Sadiq AS mengatakan bahawa dua saksi di dalam talak adalah wajib.
Walau bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa saksi adalah digalakkan,
lantaran itu hadith "Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan dua orang
saksi" adalah hadith yang lemah. Itulah nikah mut'ah yang dipercayai oleh
mazhab Ja'fari dan ia adalah sama seperti yang dilakukan pada zaman Nabi SAWA
dan zaman sahabatnya, dengan penjelasan ini, semoga ianya dapat dibezakan di
antara pelacuran dan nikah mut'ah.
Kesimpulannya,
nikah mut'ah adalah halal sehingga Hari Kiamat berdasarkan Surah al-Nisa
(4):24. Ia adalah ayat muhkamah yang tidak dimansuhkan, hanya khalifah Umar
sahaja yang memansuhkan nikah mut'ah pada masa pemerintahannya. Oleh itu
ijtihadnya adalah menyalahi nas, dengan itu kata-kata al-Suyuti bahawa khalifah
Umar adalah orang yang pertama mengharamkan nikah mut'ah adalah wajar dan
menepati nas. Walau bagaimanapun saya sekali-kali tidak menggalakkan
sesiapa pun untuk melakukannya walau di mana sekalipun.
63.
Khalifah Umar mengenakan hada ke atas lelaki Badwi yang mabuk kerana meminum
minuman Umar. Lelaki itu berkata:"Sesungguhnya aku minum dari minuman
anda."Umar menjawab:"Aku kenakan had ke atas anda kerana mabuk dan
bukan kerana minuman(ku)." Kemudian dia menambahkan air ke dalam minuman
tersebut lalu dia meminumnya selepas mengenakan had ke atas lelaki
tersebut.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, III, hlm. 416; al-Jassas, Ahkam
al-Qur'an, II, hlm. 565; al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm. 326]
Dan
ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA:"Aku menegah kalian
meminum minuman yang sedikit apabila banyaknya memabukkan."[al-Darimi,
al-Sunan, II, hlm. 113; al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm. 301]
64.
Khalifah Umar menghalalkan minuman keras al-Tala'(jenis anggur yang diperah)
apabila ianya direbus dan dihilangkan dua pertiganya.[al-Baihaqi, al-Sunan
VIII, hlm. 300;al-Nasai, al-Sunan, VIII, hlm. 329;al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummal,III, hlm. 109;Malik, al-Muwatta',II, hlm. 180] Oleh itu ijtihadnya itu
adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA,"Setiap yang memabukkan
adalah haram."[al-Turmidhi, Sahih, I, hlm. 324; al-Nasai, al-Sunan, VIII,
hlm. 300]
65.
Khalifah Umar masih meminum minuman keras (arak) pada masa Rasulullah SAWA
sehingga turunnya ayat di dalam Surah al-Maidah (5):91,"Sesungguhnya
syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara
kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari
mengingati Allah dan sembahyang, maka berhentilah kamu (dari mengerjakan
pekerjaan itu)."
Di
dalam keseronokan mabuknya dia membaca beberapa bait syair antaranya:
Katakan kepada Allah,
adakah Dia menegahku dari minumanku?
Katakan kepada Allah,
adakah Dia akan menegahku dari makananku?
Katakan kepada Allah,
adakah Dia menegahku dari minumanku?
Katakan kepada Allah,
adakah Dia akan menegahku dari makananku?
Apabila
sampai berita ini kepada Rasulullah SAWA, beliau keluar di dalam keadaan marah
lalu memukul Umar. Dan Umar berkata:"Aku mohon dengan Allah dari
kemurkaanNya dan kemurkaan RasulNya." Kemudian turunlah ayat di dalam
Surah al-Maidah (5):91,"Umar berkata:"Kami telah menghentikannya,
kami telah menghentikannya."
Sepatutnya
dia telah menghentikan amalan tersebut apabila ayat kedua dalam Surah
al-Baqarah (2):219 tentang khamar (arak) diturunkan. Kerana ianya sudah cukup
sebagai peringatan kepadanya sekalipun ianya bukanlah pengharaman sepenuhnya.
Riwayat yang lain pula mengatakan bahawa Umar masih berada di dalam majlis
arak, tiba-tiba seorang lelaki memberitahukan kepadanya bahawa ayat pengharaman
arak secara Qat'i telah diturunkan. Lalu dia berkata:"Kami telah
menghentikannya. kami telah menghentikannya!" Sebenarnya majlis arak itu
berlaku di kelab Abu Talhah. Ibn Hajr di dalam Fath al-Bari, X, hlm. 30, telah
menyenaraikan nama-nama para sahabat yang terlibat di dalam majlis arak di
kelab Abu Talhah seperti berikut:
1. Abu Bakar bin Abi Qahafah pada masa itu berumur 58 tahun.
2. Umar bin al-Khattab pada masa itu berumur 45 tahun.
3. Abu Ubaidah al-Jarrah pada masa itu berumur 48 tahun.
4. Abu Talhah Zaid bin Sahal, tuan kelab pada masa itu berumur 44 tahun.
5. Suhail bin Baidha', wafat setahun selepas peristiwa tersebut,kerana sakit tua.
6. Ubayy bin Ka'ab.
7. Abu Dujanah Samak bin Kharsyah.
8. Abu Ayyub al-Ansari.
9. Abu Bakar bin Syaghub.
10. Anas bin Malik sebagai pelayan mereka (di saqi al-Qaum) pada masa itu berumur 18 tahun.[al-Tabari, Tafsir, II, hlm. 203; Abu Daud,al-Sunan, II, hlm. 128; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 53; al-Nasa'i, al-Sunan, VIII, hlm. 287; al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 245; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 278; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I. hlm. 252; Ibn Hajr, fath al-Bari, X, hlm.30 dan lain-lain]
1. Abu Bakar bin Abi Qahafah pada masa itu berumur 58 tahun.
2. Umar bin al-Khattab pada masa itu berumur 45 tahun.
3. Abu Ubaidah al-Jarrah pada masa itu berumur 48 tahun.
4. Abu Talhah Zaid bin Sahal, tuan kelab pada masa itu berumur 44 tahun.
5. Suhail bin Baidha', wafat setahun selepas peristiwa tersebut,kerana sakit tua.
6. Ubayy bin Ka'ab.
7. Abu Dujanah Samak bin Kharsyah.
8. Abu Ayyub al-Ansari.
9. Abu Bakar bin Syaghub.
10. Anas bin Malik sebagai pelayan mereka (di saqi al-Qaum) pada masa itu berumur 18 tahun.[al-Tabari, Tafsir, II, hlm. 203; Abu Daud,al-Sunan, II, hlm. 128; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 53; al-Nasa'i, al-Sunan, VIII, hlm. 287; al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 245; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 278; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I. hlm. 252; Ibn Hajr, fath al-Bari, X, hlm.30 dan lain-lain]
66.
Khalifah Umar telah mengenakan had tanpa menurut hukum syarak. Seorang peminum
arak dibawa kepadanya, lalu dia memerintahkan Muti' bin al-Aswad supaya
melakukan hukuman had ke atasnya. Kemudian dia melihatnya memukulnya dengan
pukulan yang kuat lalu dia berkata kepadanya:"Anda telah membunuh lelaki
itu. Berapa kalikah anda telah memukulnya?"Dia menjawab:"Enam puluh
kali."Lalu Umar berkata:"Jadikan dua puluh pukulan yang belum
dilaksanakan itu sebagai menepati pukulan anda "yang kuat," maka jumlahnya
cukup 80."Kedua-dua hukumannya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi
SAWA yang menghukum peminum arak sebanyak 40 kali sebat.[al-Baihaqi, al-Sunan
al-Kubra, VIII, hlm. 317; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]
67.
Khalifah Umar berkata:"Sesiapa berkata aku seorang yang alim, maka dia
adalah jahil dan sesiapa yang mengatakan dia mukmin maka dia adalah
kafir."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 103]
Kata-katanya
yang pertama bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah al-Zumar (39):
9:"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak
mengetahui (orang-orang jahil)?" Dan kedua, ianya bertentangan dengan
firmanNya di dalam Surah Ali Imran (3): 52:"Hawariyyun berkata: Kamilah
penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman (ammana) kepada Allah."
68.
Khalifah Umar tidak menggalakkan kaum Muslimin menziarahi Baitul Maqdis kerana
khuatir mereka akan membuat Haji seperti di Mekah. Beliau memukul dua lelaki
yang melintasi Baitul Maqdis.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm.
157] Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang
menggalakkan kaum Muslimin menziarahi atau beribadat pada tiga masjid.
Rasulullah SAWA bersabda:"Pengembaraan diharuskan pada tiga masjid, Masjid
Haram, Masjid aku ini dan Masjid al-Aqsa'.[Ahmad bin Hanbal, asl-Musnad, II,
hlm. 234; Muslim, Sahih, I, hlm. 392; al-Nasai, al-Sunan, II, hlm. 37]
69.
Khalifah Umar telah membentuk majlis syura yang aneh dan menakutkan. Dan ianya
mesti ditamatkan dalam masa tiga hari dan dikawal oleh 50 orang tentera yang
lengkap dengan senjata. Dia melantik enam orang; Sa'd bin Abu Waqas, Abdul
Rahman bun Auf, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, al-Zubair bin
al-Awwam dan Uthman bin Affan. Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian-cacian
yang tidak melayakkan mereka menjadi khalifah. Kemudian dia
berkata:"Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka
bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju maka bunuhlah
kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga tiga bersetuju maka pilihlah
pihak yang ada Abdul Rahman bin Auf.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I,
hlm. 24]
Perhatikanlah
bagaimana Khalifah Umar menghalalkan darah Muslimin di dalam keadaan tersebut?
Ini bererti jika Ali menentang, dia akan dibunuh. Oleh itu hukumannya itu
adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA. Tidak halal darah Muslim melainkan
tiga perkara: Lelaki kafir selepas Islamnya, lelaki berzina selepas Ihsannya,
membunuh tanpa hak.[Ibn Majah, al-Sunan, II, hlm. 110]
Sistem
syura yang diciptakan oleh Umar itu adalah untuk menjauhkan Ali AS daripada
menjadi khalifah seperti berikut:
1. Syura ini telah melahirkan permusuhan terhadap Ali AS. Talhah al-Tamimi adalah dari keluarga Abu Bakar yang telah memindahkan khalifah dari Ali AS. Abdul Rahman bin Auf adalah ipar Uthman, adalah di antara orang yang menentang Ali AS. Dan dia di antara orang yang cuba membakar rumah Ali AS kerana keengganannya memberi bai'ah kepada Abu Bakar.Sa'd bin Abu Waqas adalah di antara orang yang dendam terhadap Ali AS kerana ramai daripada bapa-bapa saudaranya telah dibunuh oleh Ali AS kerana penyibaran Islam. Lantaran itu dia lewat memberi bai'ah kepada Ali AS. Dan Uthman ketua Bani Umaiyyah yang dikenali dengan permusuhan dan penentangan terhadap Bani Hasyim dan keluarga Rasulnya. Justeru itu syura telah diciptakan begitu rupa adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali daripada jawatan khalifah.
1. Syura ini telah melahirkan permusuhan terhadap Ali AS. Talhah al-Tamimi adalah dari keluarga Abu Bakar yang telah memindahkan khalifah dari Ali AS. Abdul Rahman bin Auf adalah ipar Uthman, adalah di antara orang yang menentang Ali AS. Dan dia di antara orang yang cuba membakar rumah Ali AS kerana keengganannya memberi bai'ah kepada Abu Bakar.Sa'd bin Abu Waqas adalah di antara orang yang dendam terhadap Ali AS kerana ramai daripada bapa-bapa saudaranya telah dibunuh oleh Ali AS kerana penyibaran Islam. Lantaran itu dia lewat memberi bai'ah kepada Ali AS. Dan Uthman ketua Bani Umaiyyah yang dikenali dengan permusuhan dan penentangan terhadap Bani Hasyim dan keluarga Rasulnya. Justeru itu syura telah diciptakan begitu rupa adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali daripada jawatan khalifah.

3. Syura menjadikan Abdul Rahman sebagai penentu apabila tiga bersetuju dan tiga lagi menentang. Apakah kelebihan Abdul Rahman bin Auf? Tidakkah dia berkata kepadanya:"Ada adalah firaun ummat ini?"[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 24]
4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan anggota-anggotanya. Sa'ad bin Abu Waqas dan Abdul Rahman patuh kepada Uthman. Dan berlakulah sebagaimana yang berlaku.
70.
Khalifah Umar berhasrat untuk melantik Abu Ubaidah bin al-Jarrah sebagai
khalifah. Dia berkata:"Sekiranya Abu Ubaidah bin al-Jarrah masih hidup,
nescaya aku melantiknya menjadi khalifah."[Ibn Qutaibah, al-Imamah
wal-Siyasah, I, hlm. 23] Kata-kata Khalifah Umar itu adalah bertentangan dengan
hadith-hadith Rasulullah SAWA, di antaranya,"Ini Ali saudaraku,
khalifahku, pewaris ilmuku."[al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Duriyy,
hlm. 134] Perhatikanlah bagaimana khalifah Umar tidak pernah terlintas di
hatinya untuk melantik Ali AS sebagai khalifah. Malah majlis syura yang
dibentuk olehnya adalah semata-mata untuk menjauhkan Ali AS dari jawatan
tersebut dengan cara yang paling halus.
71.
Khalifah Umar telah mengubah nama kinayah "Abu Isa" (bapa Isa) yang
diberikan oleh Rasulullah SAWA kepada al-Mughirah bin Syu'bah. Dan dia
memanggilnya Abu Abdillah (bapa hamba Allah). Dia berkata:"Adakah Isa
mempunyai bapa? Cukup anda dipanggil Abu "Abdillah." Sebahagian
sahabatnya berkata:"Sesungguhnya Rasulullah SAWA telah memanggilnya Abu
Isa."Dia menjawab:"Rasulullah SAWA telah diampuni dosanya. Tetapi
kita tidak mengetahui apakah akan dilakukan kita." Umar telah memanggilnya
Abu Abdillah sehingga dia mati.[Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 413; al-Baihaqi,
al-Sunan, IX, hlm. 310; Abu Daud, al-Sunan, II, hlm. 309]
Sepatutnya
khalifah Umar tidak mengubah panggilan tersebug. Tetapi dia telah mengubahnya
kerana Isa tidak mempunyai bapa. Lantaran itu nama Abu Isa (bapa Isa) tidak
boleh dipanggil dan ianya suatu dosa sekalipun iannya dipanggil oleh Rasulullah
SAWA sendiri. Tetapi perbezaannya dosa beliau diampuni dan dosanya belum tentu
diampuni atau tidak.
72.
Khalifah Umar telah menulis surat kepada penduduk Kufah supaya tidak menamakan
anak-anak mereka dengan nama Nabi. Dan memerintahkan sebahagian penduduk Madinah
supaya mengubah nama-nama mereka yang dinamakan dengan nama Muhammad.
Ijtihadnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA yang
mengizinkannya. Di antaranya Rasulullah SAWA bersabda:"Siapa yang
mempunyai tiga orang anak lelaki dan dia tidak menamakan seorang daripada
mereka dengan nama Muhammad, maka dia adalah orang seorang
jahil."[al-Haithami, Majma' al-Zawaid, VIII, hlm. 49] Dan apabila
sebahagian sahabat memberitahukan kepadanya bahawa Rasulullah SAWA
membenarkannya, lalu dia menarik balik perintahnya.[Umdah al-Qari, VII, 143]
73.
Khalifah Umar telah mengenakan had ke atas seorang yang berpuasa yang berada di
dalam majlis minuman arak. Mereka berkata:"Dia itu berpuasa." Umar
menjawab:"Kenapa dia berada bersama mereka."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz
al-Ummar, III, hlm. 101] Sepatutnya dia menyelidik kenapa lelaki itu berada di
tempat itu. Dan kenapa dia tidak mengenakan hukum ta'zir ke atasnya?
74.
Khalifah Umar telah melarang kaum Muslimin menamakan anak-anak mereka dengan
nama-nama malaikat. Dia mendengar seorang lelaki memanggil kawanya bernama Dhu
l-Qarnain. Umar berkata:"Kalian sudah selesai menggunakan nama-nama para
Nabi maka sekarang kalian mengguna nama-nama malaikat pula?[Ibn Hajr, Fath
al-Bari, VI, hlm. 295] Persoalannya apakah yang menghalang seseorang itu
menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama malaikat seperti al-Jibra'il,
Mika'il, dan Israfil? Kerana terjemahan nama-nama tersebut di dalam bahasa Arab
ialah Abdullah, Ubaidillah dan Abdul Rahman.
75.
Khalifah tidak mengetahui tentang hukum seorang yang telah menceraikan
isterinya dengan talak dua di masa Jahiliyah dan satu talak pada masa Islam.
Dia hanya berkata:"Aku tidak menyuruh anda dan aku tidak pula melarang
anda." Tetapi Abdul Rahman menjawab:"Aku menyuruh anda bahawa talak anda
pada masa Jahiliyah tidak dikira."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, V,
hlm. 161]
76.
Khalifah Umar telah mengharamkan perkahwinan selama-lamanya ke atas seorang
perempuan yang melakukan hubungan jenis dengan hamba lelakinya kerana
penakwilannya terhadap Surah al-Mukminun (23):6,".....atau hamba-hamba
yang mereka miliki." Umar bermesyuarat dengan beberapa orang sahabatnya
mengenainya. Mereka berkata:"Ianya tidak boleh direjam kerana dia telah
menakwilkan ayat tersebut." Umar berkata:"Tidak mengapa! Demi Allah
aku mengharamkan ke atas anda perkahwinan selama-lamanya, sebagai gantian
kepada hukum had."Dan dia memerintahkan hamba lelaki tersebut supaya
"tidak menghampirinya." Oleh itu ijtihad Umar adalah bertentangan
dengan hukum Allah dan Sunnah RasulNya.[al-Tabari, Tafsir, VI, hlm. 68;
al-Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 127; Ibn Kathir, Tafsir, III, hlm.239]
77.
Khalifah Umar telah memukul seorang anak lelakinya yang memakai pakaian yang
cantik dengan cemeti sehingga dia menangis. Hafsah bertanya:"Kenapa anda
memukulnya?"Dia menjawab:"Aku melihat dia bermegah dengan pakaiannya,
lalu aku memukulnya kerana aku suka membuatkan merasa rendah diri
kepadaNya."[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 96]
Jikalau
itulah tujuan khalifah Umar kenapa dia menyalahi banyak hukum-hukum Allah dan
Sunnah-sunnah RasulNya dengan menggunakan ijtihadnya? Dan adakah penggunaan
ijtihadnya itu bagi menambahkan perasaan rendah dirinya terhadap Allah dan
RasulNya?
78.
Khalifah Umar telah memukul al-Jarud al-Amiri dengan cemeti apabila seorang
daripada sahabatnya berkata kepada al-Jarud:"Ini adalah penghulu kabilah
Rabi'ah." Al-Jarud berkata,"Kenapa anda memukulku wahai Amirul
Mukminin?"Dia menjawab:"Aku mendengar mereka berkata:Anda adalah
penghulu kabilah Rabi'ah. Aku khuatir ianya membuatkan anda merasa
megah."[Ibn al-Jauzi, Sirah al-Umar, hlm. 178; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz,
al-Ummal, hlm. 167]
79.
Khalifah Umat tidak mengambil jizyah daripada orang-orang Majusi kerana dia
tidak mengetahui bahawa mereka daripada Ahlul Kitab sehingga dia diberitahu
oleh Abdul Rahman bin Auf bahawa dia mendengar Rasulullah SAWA
bersabda:"Laksanakanlah hukum ke atas "mereka" sebagaimana hukum
Ahlul Kitab." Kemudian dia melaksanakannya setahun sebelum dia wafat.
Sepatutnya dia telah mengetahuinya dan mengambil jizyah daripada
mereka.[al-Khatib al-Tabrizi, Misykat-al-Masabih, hlm. 334; Malik, al-Muwatta',
hlm. 207; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 190; al-Baihaqi, al-Sunan, VIII,
hlm. 234; Abu Ubaid, Kitab al-Amwal, hlm. 32]
80.
Khalifah Umar tidak memahami doa seorang lelaki "Allahumma Ij'alni mina
l-Qalil (Wahai Tuhanku jadikanlah aku di kalangan orang yang sedikit)."
Umar bertanya kepada lelaki itu:"Apakah doa ini?" Lelaki itu
menjawab:"Aku mendengar Allah berfirman di dalam Surah
al-Saba'(34):12,"Dan sedikit sekali (qalilun) dari hamba-hambaku yang
berterima kasih." Maka kau berdoa agar Dia menjadikan aku di kalangan yang
sedikit itu." Umar berkata:"Semua orang lebih alim daripada
Umar."[al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 229; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf,
II, hlm. 445 dan lain-lain]
81.
Khalifah Umar berhasrat melantik Muadh bin Jabal sebagai khalifah. Dia
berkata:"Sekiranya Muadh bin Jabal masih hidup, nescaya aku melantiknya
menjadi khalifah."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 23] Kata-katanya
itu adalah bertentangan dengan ucapanya di hari Saqifah, bahawa Quraisy tidak
akan meredhai selain dari Quraisy. Muadh bin Jabal bukanlah Quraisy dan dia
adalah orang Ansar. Dan ianya bertentangan dengan 'hadith' para Imam adalah
dari Quraisy.
82.
Khalifah Umar telah meludah surat persetujuan khalifah Abu Bakar tentang
penanaman tanah terbiar oleh Uyainah bin Hasin dan al-Aqra' bin Habis kerana
tidak bersetuju dengan rancangan tersebut. Kemudian memadamkannya pula.
Akhirnya khalifah Abu Bakar mengakui bahawa kuasa yang sebenar berada di tangan
Umar.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VI, hlm. 335; Ibn Hajr, al-Isabah, V,
hlm. 56]
83.
Khalifah Umar mengatakan bahawa menjadi kerabat Rasulullah SAWA tidak ada guna
dan tidak terlepas dari Allah SWT. Lalu Rasulullah SAWA memarahinya. Ibn Abbas
meriwayatkan bahawa apabila wafatnya anak lelaki Safiyyah, ibu saudara
Rasulullah SAWA menangis dengan suara yang kuat. Maka Nabi SAWA pun datang dan
bertanya:"Wahai ibu saudaraku! Apakah yang membuatkan anda menangis? Dia
menjawab:"Anak lelakiku telah mati."Rasulullah SAWA
bersabda:"Wahai ibu saudaraku! Sesiapa yang mati walaupun seorang anak di
dalam Islam, dan dia bersabar, Allah akan membina sebuah rumah di syurga."
Kemudian dia keluar dan berjumpa Umar. Maka Umar berkata
kepadanya:"Kekerabatan anda dengan Rasulullah SAWA tidak akan terlepas
dari Allah SWT." Lalu Safiyyah menangis lagi. Dan ianya didengari oleh
Nabi SAWA. Nabi SAWA memarahinya (Umar). Kemudian Nabi SAWA memerintahkan
supaya dilakukan azan dan Nabi SAWA lalu berkhutbah:"Apakah gerangan
orang-orang yang menyangkakan bahawa kerabatku tidak ada guna?" Beliau
bersabda lagi,"Setiap nasab terputus pada hari Kiamat melainkan nasab
keturunanku kerana ianya terjalin di dunia dan di akhirat."[al-Haithami,
Majma' al-Zawa'id] Lantaran itu ijtihad Umar itu menyalahi Sunnah Rasulullah
SAWA.

85.
Khalifah Umar pada masa jahiliyyah dikenali dengan Umair,"penternak
kambing". Khalid bin Du'laj meriwayatkan daripada Qatadah bahawa dia
berkata suatu hari Umar keluar bersama al-Jarud al-Abdi dari masjid, tiba-tiba
dia terserempak dengan seorang wanita di tengah jalan. Lalu Umar memberi salam
kepadanya. Maka dia pun menjawab salamnya dan berkata:"Wahai Umar! Pada
masa dahulu anda dinamakan Umair di pasar Ukkaz menternak kambing dengan
tongkat anda. Kemudian beberapa hari sahaja berlalu anda menamakan Umar pula
kemudian beberapa hari sahaja berlalu sehingga anda menamakan Amirul Mukminin.
Lantaran itu bertaqwalah kepada Allah wahai Umar."[Ibn Abd Birr,
al-Isti'ab, II, hlm. 723; Ibn Hajr, al-Isabah, VIII (1), hlm. 69]
86.
Khalifah Umar dan Abu Bakar telah bertengkar sehingga meninggikan suara mereka
di hadapan Rasulullah SAWA. Abu Bakar berkata:"Wahai Rasulullah lantiklah
al-Aqra' bin Habis bagi mengetuai kaumnya." Umar berkata:"Wahai
Rasulullah! Janganlah anda melantiknya sehingga mereka menengking dan meninggikan
suara mereka di hadapan Rasulullah SAWA." Lalu diturunkan ayat di dalam
Surah al-Hujurat (49):2, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya
dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap
sebahagian yang lain, supaya tidak terhapus pahala amalanmu, sedangkan kamu
tidak menyedari." Sepatutnya mereka berdua bertanya dan merujuk kepada
Rasulullah SAWA mengenai.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 6; al-Tahawi,
Musykil al-Athar, I, hlm. 14-42]
87.
Khalifah Umar telah memukul dengan cemeti seorang lelaki bernama Sabigh
sehingga berdarah di belakangnya kerana dia bertanya tentang huruf-huruf
al-Qur'an (Mutasyabih al-Qur'an). Beberapa hari kemudian dia berkata kepada
khalifah Umar:"Jika anda mahu membunuhku, bunuhlah dengan baik. Dan jika
anda mahu mengubatiku, aku sekarang sudah sembuh." Kemudian Umar menulis
surat kepada Abu Musa al-Asy'ari supaya tidak membenarkan orang ramai bergaul
dengannya. Tindakan itu menyulitkan kehidupannya. Lalu Abu Musa al-Asy'ari
menulis surat kepada khalifah Umar supaya membenarkan orang ramai bergaul
dengannya kerana dia sudah bertaubat. Kemudian khalifah Umar
membenarkannya.[al-Darimi,al-Sunan, I, hlm. 54; Ibn Asakir, Tarikh, VI, hlm.
384; Ibn al-Jauzi, Sirah Umar, hlm. 109]
88.
Khalifah Umar tidak mengetahui ilmu Qira'at al-Qur'an. Diriwayatkan daripada
Ibn Mujaz dia berkata:"Ubayy meriwayatkan daripada Ibn Mujaz dia
berkata:"Ubayy membaca ayat 107 di dalam Surah al-Maidah,"Mani Iladhina
Istahaqqa 'Alaihim al-Aulayyan." Umar berkata kepada Ubayy:"Anda
telah berbohong."Ubayy menjawab:"Anda lebih banyak
berbohong."Seorang lelaki berkata kepada Ubayy:"Anda membohongi
Amirul Mukminin?"Dia menjawab:"Aku lebih memuliakan Amirul Mukminin
daripada anda. tetapi aku membohonginya kerana membenarkan Kitab Allah dan aku
tidak membenarkan Amirul Mukminin untuk membohongi Kitab Allah. Umar
menjawab:"Ya, betul."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm,
285; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 344]
89.
Khalifah Umar pernah tidak membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama.
Manakala rakaat kedua dia membaca Surah al-Fatihah dua kali. Apabila dia
selesai sembahyang dan salam dia sujud dua sujud sahwi.[Ibn Hajar, Fath
al-Bari, III, hlm. 69;al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, II,hlm. 382] Ibrahim
al-Nakh'i berkata:"Umar bin al-Khattab sembahyang Maghrib tanpa membaca
sesuatupun sehingga dia memberi salam. Apabila selesai dia bertanya:Adakah anda
tidak membaca sesuatupun? Umar menjawab:Aku menyediakan tentera ke Syam....Maka
Umarpun mengulangi sembayangnya dan orang lainpun mengulanginya."Daripada
Sya'bi bahawa Abu Musa al-Asy'ari berkata kepada Umar,"Wahai Amirul
Mukminin! Adakah anda membaca di dalam hati anda sesuatu."Dia menjawab:"Tidak."Maka
dia menyuruh diazan dan diiqamatkan, lalu Umar mengulangi sembahyang dan
merekapun mengulanginya.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, IV, hlm. 213;
al-Baihaqi,al-Sunan, II, hlm. 342]
90.
Khalifah Umar telah menyetubuhi seorang hamba (nya) pada siang hari bulan Ramadhan.
Al-Daral-Qutni di dalam Sunannya Kitab al-Siyam, bab al-Qublah Li s-Siam
(Perbahasan Mengenai Puasa dan Bab Kucupan Bagi Orang yang Berpuasa) telah
meriwayatkan dengan sanadnya daripada Sa'id bin al-Musayyab bahawa Umar
telah datang kepada para sahabatnya dan berkata:"Apakah pendapat
kalian tentang perkara yang aku telah melakukannya hari ini? Pada mulanya aku
berpuasa, tiba-tiba seorang hamba wanita melintasiku, dia mempersonakanku, maka
aku pun menyetubuhinya."Orang ramai menjadi riuh dengan kelakuannya itu
sedangkan Ali AS berdiam sahaja. Lalu Umar bertanya kepada Ali AS:"Apa
pendapat anda?" Beliau menjawab:"Anda telah melakukan perkara yang
halal tetapi pada siang hari Ramadhan."Lalu Umar berkata:"Fatwa anda
adalah lebih baik dari fatwa mereka."[Ibn Sa'd, Tabaqat, II, Bhg.II, hlm.
102]
Persoalannya:"Sekiranya
khalifah Umar mengetahui hukumnya, apakah yang mendorongnya bertanya kepada
para sahabatnya dan kemudian kepada Ali AS? Sekiranya dia tidak mengetahuinya,
apakah yang menyebabkan dia berani melakukannya sebelum dia mengetahui halalnya
dengan bertanyakan hukumnya?"
91.
Khalifah Umar ketika sembahyang bersama Nabi SAWA telah menyeru Badwi penjual
susu supaya berhenti di tempatnya. Al-Haithami di dalam Majma' al-Zawa'id, II,
hlm. 62, meriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri bahawa Rasulullah SAWA sedang
sembahyang tiba-tiba seorang Badwi datang dengan susunya. Kemudian Nabi SAWA
memberikan isyarat kepadanya, tetapi dia (Badwi) tidak memahaminya.Lalu Umar
memanggilnya:"Wahai Badwi! Berhentilah di situ." Apabila Nabi SAWA
memberi salam, beliau bertanya:"Siapakah yang bercakap tadi?" Orang
ramai menjawab:"Umar." Lalu Nabi SAWA bersabda:"Ilmu fiqh mana
yang diikutinya! (sehingga dia boleh bercakap di dalam sembahyang)."
92.
Khalifah Umar tidak mengetahui pengertian al-Abb di dalam Surah Abasa
(80):32...."dan buah-buahan serta rumput-rumputan (Abban)."
Sepatutnya dia mengetahui pengertian tersebut.[al-Hakim,al-Mustadrak, II, hlm.
514]
93.
Khalifah Umar tidak dapat memahami pengertian al-Haraj di dalam Surah al-Hajj
(22): 78,"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama
suatu kesempitan."Lalu dia bertanya kepada seorang lelaki dari Bani
Madlaj:"Apakah pengertian al-Haraj (suatu kesempitan)?Lelaki itu
menjawab:"al-Dhaiq (kesempitan)."[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,
I, hlm. 257]
94.
Khalifah Umar telah menyiram satu pokok kurma tetapi ianya tidak berbuah
sementara Nabi SAWA menyiram pokok-pokok kurma yang banyak, kesemuanya berbuah.
al-Baihaqi di dalam Sunannya,IX, hlm. 321 telah meriwayatkan sanadnya daripada
Abdullah bin Baridah daripada bapanya bahawa Salman al-Farisi
berkata:"Rasulullah SAWA menyiram pokok-pokok kurma selain satu pokok yang
disiramkan oleh Umar. Kesemua pokok yang disiramkan oleh Nabi SAWA pada tahun
itu berbuah, hanya satu pokok yang disiramkan oleh Umar yang tidak berbuah.
Maka Rasulullah SAWA bertanya:"Siapakah yang menyiramkan pokok kurma yang
tidak berbuah itu?Mereka menjawab:"Umar."Lalu Rasulullah SAWA
menyiramkan pokok tersebut dan mengeluarkan buah pada akhir tahunnya."
95.
Khalifah Umar kurang mampu memahami ungkapan seorang wanita yang merayu kepada
Umar mengenai suaminya. Dia berkata:"Sesungguhnya suamiku berpuasa di
siang hari dan beribadat di waktu malam." Umar tidak memahami ungkapan
tersebut, malah dia berkata:"Anda mempunyai suami yang baik."Lalu
seorang lelaki di majlis itu memberitahukan kepadanya maksud
ungkapannya,"Dia merayu mengenai suaminya yang tidak
menidurinya."Kemudian Umar meminta lelaki tersebut supaya memberi hukuman
di antara mereka berdua.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 96 dan lain-lain]
96.
Khalifah Umar tidak memahami pengertian "kezaliman" di dalam Surah
al-An'am (6):82,"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman
mereka dengan kezaliman."Dia bertanya kepada Ubayy bin Ka'ab tentang
pengertian tersebut. Ubayy bin Ka'ab berkata:"Maksud kezaliman di dalam
ayat tersebut ialah Syirk. Tidakkah anda pernah mendengar ucapan Luqman kepada
anak lelakinya di dalam firmanNya Surah Luqman (31):13,"Wahai anakku,
janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya Syirk itu adalah benar-benar
kezaliman yang besar."[al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 305]
97.
Khalifah Umar memukul seorang lelaki sehingga terjatuh serbannya kerana
bertanya kepadanya tentang al-Jiwar al-Kannas (Surah al-Takwir (81):16:"(Bintang)
yang beredar dan terbenam".) Sebenarnya lelaki tersebut ingin mengetahui
maksud al-Jiwar al-Kannas, tetapi khalifah Umar sendiri tidak memahaminya lalu
memukulnya sehingga terjatuh serbannya.
Sepatutnya
khalifah Umar bertanya pula kepada Ali AS nescaya dia akan memberi jawapan yang
memuaskan.[al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, I, hlm. 229]
98.
Khalifah Umar telah menjalankan pemerintahannya agak kasar dan aggresif dan
menakutkan kebanyakan rakyat biasa sehingga seorang wanita yang sedang hamil,
gugur kandungannya kerana takutkan Umar. Tetapi aneh sekali di dalam peperangan
dia merupakan seorang yang selalu melarikan diri.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm.
46; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 37] Talhah berkata kepada Abu
Bakar:"Kenapa anda melantik ke atas kami seorang yang kasar?[Ibn Qutaibah,
al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 26] Tindakannya itu telah menambahkan kemarahan
orang ramai. Lantaran itu ianya bertentangan dengan Rasulullah SAWA yang telah
menjalankan pemerintahannya dengan lembut dan berbudi pekerti yang tinggi dan
bersifat defensif.
99.
Khalifah Umar telah membantah Nabi SAWA supaya tidak melakukan sembahyang ke
atas jenazah Abdullah bin Ubayy dan menarik beliau dengan kuat. Al-Bukhari di
dalam Sahihnya, bab al-Jana'iz, bab al-Kafb\n Fi al-Qamis telah meriwayatkan
dengan sanadnya daripada Abdullah bin Umar bahawa apabila Abdullah bin Ubayy
meninggal dunia, anak lelakinya berjumpa Nabi SAWA dan meminta baju Rasulullah
SAWA untuk dikapankan bersama bapanya. Lantas Rasulullah SAWA memberikan
kepadanya. Apabila Rasulullah SAWA mahu mengerjakan sembahyang ke atasnya,
"Umarpun menariknya dengan kuat dan berkata:"Tidakkah Allah telah
melarang anda dari mengerjakan sembahyang ke atas Munafiqin?" Beliau
menjawab:"Aku diberi pilihan di antara dua perkara tersebut."Maka
Nabi SAWA meneruskan sembahyangnya.[al-Turmudhi Sahih, II, hlm. 185]
100.
Khalifah Umar telah meninggikan suaranya terhadap Rasulullah SAWA. Muslim di
dalam Sahihnya, Bab Waqt al-Isya' wa ta'khiruha meriwayatkan dengan sanadnya
daripada Ibn Syihab daripada Urwah bin al-Zubair bahawa Aisyah
berkata:"Pada suatu malam Rasulullah SAWA telah melambatkan sembahyang
'Isya'(atmah), lalu beliau tidak keluar dari rumahnya sehingga Umar
melaung:Wanita-wanita dan kanak-kanak telah tidur! Lantas Rasulullah SAWA
bersabda kepada orang-orang di masjid ketika beliau keluar.....Sehingga Ibn
Syihab memberitahukan kepadaku bahawa Rasulullah SAWA bersabda:"Janganlah
kalian mendesak Rasul supaya menyegerakan sembahyang."Ini berlaku apabila
Umar melaungkan kepada beliau supaya mengerjakan sembahyang dengan
segera."
101.
Khalifah Umar membelakangi perintah Rasulullah SAWA sebaliknya mematuhi
permintaan ketua Musyrikin, Abu Sufian. Rasulullah SAWA melarang para
sahabatnya menjawab pertanyaan Abu Sufyan di dalam Perang Uhud kerana khuatir
kaum Musyrikin mengetahui bahawa beliau masih hidup dan menyerang balas dengan
cepat. Abu Sufyan ingin mendapatkan kepastian tersebut. Lalu dia
bertanya:"Adakah Muhammad masih hidup?"Rasulullah SAWA
bersabda:"Janganlah kalian menjawab pertanyaannya."Kemudian dia
bertanya kepada Umar secara khusus:"Wahai Umar, aku merayu kepada anda
supaya anda memberitahukan kepadaku, adakah kami telah membunuh
Muhammad?"Lantas Umar menjawab:"Tidak! Beliau sedang mendengar percakapan
anda."[Ibn Jarir, Ibn al-Athir di dalam Tarikh-tarikh mereka bab
"Peperangan Uhud"]
Sepatutnya
khalifah Umar mematuhi perintah Rasulullah SAWA dengan tidak membocorkan
maklumat tersebut. Lantaran itu ijtihadnya adalah menyalahi Sunnah Rasulullah
SAWA.
102.
Khalifah Umar telah memanggil seorang wanita yang hamil kerana ingin bertanya
kepadanya sesuatu. Tetapi disebabkan ketakutannya kepada khalifah Umar
kandungannya menjadi gugur. Dia meminta fatwa para sahabat mengenainya. Mereka
berkata:"Anda tidak wajib membayar apa-apapun kepadanya."Lalu Ali
berkata:"Sekiranya mereka ingin menjaga hati anda, bererti mereka telah
menipu anda. Dan sekiranya ini adalah ijtihad mereka, maka mereka telah
bersalah. Oleh itu anda bersalah dan wajib memerdekakan seorang hamba."[Ibn
Abil Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 58]
103.
Khalifah Umar mencaci Abu Hurairah kemudian memukulnya sehingga berdarah dan
berkata:"Semasa aku melantik anda ke Bahrain anda tidak mempunyai
apa-apapun, meskipun sepasang kasut. Kini anda mempunyai ternakan kuda dan
dinar yang banyak."Umar berkata lagi,"Wahai musuh Allah dan musuh
kitabNya! Anda telah mencuri harta Allah! [Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Fariq, I,
hlm. 26] Khalifah Umar memandang Abu Hurairah sebagai seorang yang tidak boleh
diharapkan, dan tidak mempunyai amanah lalu memukulnya sehingga berdarah.
Perhatikanlah
bagaimana sikap khalifah Umar terhadap Abu Hurairah. Kenapa kita Ahlul Sunnah
memarahi Syi'ah kerana menolak Abu Hurairah? Sepatutnya kita lebih memarahi
khalifah Umar kerana sikap dan perbuatannya terhadap Abu Hurairah.
104.
Khalifah Umar mengkritik (lamiza) Nabi SAWA dan cara beliau membahagi-bahagikan
harta sadaqah. Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 20 meriwayatkan
daripada Salman bin Rabi'ah, dia berkata:"Aku mendengar Umar berkata:Rasulullah
SAWA membahagi-bahagikan sesuatu, maka aku berkata:Wahai Rasulullah, Ahlul
s-Suffah adalah lebih berhak daripada mereka. Dia berkata:Rasulullah SAWA
bersabda:"Anda bertanya kepadaku tentang perkara-perkara yang keji dan
anda menyangka aku seorang yang bakhil sedangkan aku bukanlah seorang yang
bakhil."Aku berkata:Beliau meneruskan pembahagian tersebut menurut apa
yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya."Diriwayatkan daripada Abu Musa
bahawa Umar telah bertanya kepada Rasulullah perkara-perkara yang dibenci oleh
Rasulullah, lantas beliau marah sehingga Umar melihat mukanya berubah.
Al-Bukhari juga telah meriwayatkannya di dalam Sahihnya, I, hlm. 19, bab
al-'Ilm, dan bab al-Ghadhab fi al-Mau'izah wa al-Ta'lim idha Ra'a ma yakrahu.


105. Khalifah Umar telah memaksa Jabalah bin al-Aiham supaya mengikat dirinya sendiri atau membiarkan dirinya diikat kerana dia telah menampar seorang lelaki dari Zararah yang telah memijak kainnya ketika dia sedang melakukan tawaf. Apabila tiba waktu malam, Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang keluar dari Makkah menuju Istanbul. Kemudian mengisytiharkan menganuti ugama Kristian kerana menentang tindakan Umar. Walau bagaimanpun Jabalah berdukacita di atas apa yang berlaku kerana perasaan kasih kepada Islam masih wujud di hatinya tetapi kemarahan kepada tindakan Umar tetap membara.[Ibn Abd Rabbih, al-Aqd al-Farid, I, hlm. 187] Lantaran itu tindakan Umar yang terburu-buru tanpa kebijaksanaan telah membuat Jabalah dan kaumnya seramai lima ratus orang meninggalkan ugama Islam dan memeluk ugama Kristian.
106.Khalifah
Umar mengakui kekurangan ilmunya terutamannya jika dibandingkan dengan Ali AS.
Pengakuan-pengakuannya telah dicatat di dalam buku-buku Ahlul Sunnah. Di
antaranya Umar berkata:
a)"Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
b)"Wahai Tuhanku! Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abu l-Hassan tidak ada."
c)"Wanita telah lemah melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
d)"Anak lelaki al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi Talib."
e)"Kembalikan percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
f)"Aku memohon perlindungan dengan Allah dari sebarang permasalahan di mana Abu l-Hassan tidak ada."[Lihat umpamanya al-Tabari, Dhakai'r al-Uqba, hlm. 81; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288]
a)"Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
b)"Wahai Tuhanku! Jangan tinggalkan aku di dalam permasalahan di mana Abu l-Hassan tidak ada."
c)"Wanita telah lemah melahirkan orang seperti Ali bin Abi Talib dan sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
d)"Anak lelaki al-Khattab binasa sekiranya tidak ada Ali bin Abi Talib."
e)"Kembalikan percakapan Umar kepada Ali. Sekiranya tidak ada Ali nescaya binasalah Umar."
f)"Aku memohon perlindungan dengan Allah dari sebarang permasalahan di mana Abu l-Hassan tidak ada."[Lihat umpamanya al-Tabari, Dhakai'r al-Uqba, hlm. 81; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 288]
Pengakuan-pengakuan
Umar di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Ali adalah lebih alim dan lebih
mulia daripada Umar. Dan pengakuannya tidak boleh difahami sebagai tawadhuknya.
Kerana pengakuan tersebut dilakukan selepas permasalahan hukum tidak dapat
diselesaikan olehnya. Malah Umar juga mengakui bahawa orang ramai lebih alim
daripadanya:
a)"Setiap orang itu lebih alim daripada Umar."
b)"Orang ramai lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar ."
c)"Setiap orang lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di khemah-khemah."
d)"Setiap orang lebih mengetahui daripada anda wahai Umar."
e)"Setiap orang lebih mengetahui daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di rumah-rumah."
a)"Setiap orang itu lebih alim daripada Umar."
b)"Orang ramai lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar ."
c)"Setiap orang lebih mengetahui ilmu Fiqh daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di khemah-khemah."
d)"Setiap orang lebih mengetahui daripada anda wahai Umar."
e)"Setiap orang lebih mengetahui daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di rumah-rumah."
107.
Khalifah Umar tidak dapat menjawab soalan-solana yang dikemukakan kepadanya
oleh Raja Rome. Kemudian dia meminta Ali AS supaya menjawabnya. Ibn Musayyab
berkata:"Raja Rome menulis surat kepada khalifah Umar supaya memberikan
jawapan kepada beberapa soalan yang dikemukakannya. Amma Ba'd.Sesungguhnya aku
bertanya kepada anda beberapa soalan, oleh itu beritahukan kepadaku jawapannya:
1. Apakah perkara yang tidak dijadikan Allah?
2. Apakah perkara yang tidak diketahui Allah?
3. Apakah perkara yang tidak ada di sisi Allah?
4. Apakah perkara yang semuanya mulut?
5. Apakah perkara yang semuanya kaki?
6. Apakah perkara yang semuanya mata?
7. Apakah perkara yang semuanya sayap?
8. Siapakah lelaki yang tida ada keluarga?
9. Apakah perkara yang tidak dikandung oleh rahim?
10. Apakah perkara yang bernafas tetapi tidak ada roh?
11. Apakah yang dikatakan oleh suara loceng gereja?
12. Apakah perkara yang terangkat sekali sahaja?
13. Apakah pokok di mana orang yang berjalan dibayangannya selama seratus tahun belum dapat melintasinya dan apakah seumpamannya di dunia ini?
14. Apakah tempat yang tidak pernah terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja?
15. Apakah pokok yang tumbuh tanpa air?
16. Beritahukan kepadaku tentang Ahli Syurga; mereka makan, minum tanpa kencing dan berak dan apakah seumpama mereka di dunia ini?
17. Di antara hiasan di syurga ialah mangkuk-mangkuk yang cantik dan setiap mangkuk mempunyai berbagai-bagai warna yang tidak bercampur di antara satu sama lain, apakah seumpamannya di dunia ini?
18. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita yang keluar dari buah epal di syurga tanpa sebarang kekurangan?
19. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita di dunia untuk dua orang lelaki dan di akhirat hanya untuk seorang lelaki sahaja?
20. Beritahukan kepadaku tentang anak-anak kunci syurga apakah ia?
1. Apakah perkara yang tidak dijadikan Allah?
2. Apakah perkara yang tidak diketahui Allah?
3. Apakah perkara yang tidak ada di sisi Allah?
4. Apakah perkara yang semuanya mulut?
5. Apakah perkara yang semuanya kaki?
6. Apakah perkara yang semuanya mata?
7. Apakah perkara yang semuanya sayap?
8. Siapakah lelaki yang tida ada keluarga?
9. Apakah perkara yang tidak dikandung oleh rahim?
10. Apakah perkara yang bernafas tetapi tidak ada roh?
11. Apakah yang dikatakan oleh suara loceng gereja?
12. Apakah perkara yang terangkat sekali sahaja?
13. Apakah pokok di mana orang yang berjalan dibayangannya selama seratus tahun belum dapat melintasinya dan apakah seumpamannya di dunia ini?
14. Apakah tempat yang tidak pernah terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja?
15. Apakah pokok yang tumbuh tanpa air?
16. Beritahukan kepadaku tentang Ahli Syurga; mereka makan, minum tanpa kencing dan berak dan apakah seumpama mereka di dunia ini?
17. Di antara hiasan di syurga ialah mangkuk-mangkuk yang cantik dan setiap mangkuk mempunyai berbagai-bagai warna yang tidak bercampur di antara satu sama lain, apakah seumpamannya di dunia ini?
18. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita yang keluar dari buah epal di syurga tanpa sebarang kekurangan?
19. Beritahukan kepadaku tentang seorang hamba wanita di dunia untuk dua orang lelaki dan di akhirat hanya untuk seorang lelaki sahaja?
20. Beritahukan kepadaku tentang anak-anak kunci syurga apakah ia?
Ali
AS membaca surat tersebut dan menjawabnya serta merta.'Bismi llahi r-Rahman
r-Rahim. Amma ba'd. Sesungguhnya aku telah membaca surat andaa wahai Raja Rome
dan aku menyeru anda dengan pertolongan Allah, keberkatanNya dan keberkatan
Nabi kami Muhammad SAWA.
1. Adapun perkara yang tidak "dijadikan" Allah ialah al-Qur'an kerana ia adalah kalamNya dan sifatNya begitu juga kitab-kitabNya yang lain. Allah SWT adalah qadim dan "sifat-sifat"Nya juga qadim.
2. Adapun perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda,"Dia mempunyai anak lelaki, teman wanita dan rakan kongsi."Allah tidak sekali-kali mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertaNya."[Surah al-Mukminun (23):91] dan "Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan."[Surah al-Ikhlas(112):3]
3. Adapun perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hambaNya."[Surah Fussilat(41):46]
4. Adapun perkara yang semuanya mulut ialah api. Api menjilat apa yang dicampakkan kepadanya.
5. Adapun perkara yang semuanya kaki ialah air.
6. Adapun perkara yang semuanya mata ialah matahari.
7. Adapun perkara yang semuanya sayap ialah angin.
8. Adapun lelaki yang tidak ada keluarga ialah Adam AS.
9. Adapun perkara yang tidak dikandung oleh rahim ialah tongkat Musa, berbiri Ibrahim, Adam dan Hawa.
10. Adapun perkara yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh ialah "Subuh apabila fajarnya mulai menyingsing [Surah al-Takwir(81):18]
11. Adapun apa yang dikatakan oleh loceng gereja:Taqqan, taqqan, haqqan, haqqan, mahlan, mahlan, 'adlan, 'adlan, sidqan,sidqan, sesungguhnya dunia telah memperdaya dan mempesonakan kita. Dunia berlalu abad demi abad. Setiap hari yang berlalu, melemahkan kedudukan kita. Sesungguhnya kematian memberitahukan kita bahawa sesungguhnya kita sedang berada di dalam suatu perjalanan. Lantaran itu tempatkanlah kami di mana-mana.
12. Adapun perkara yang terangkat sekali sahaja ialah bukit Tursina manakala Banu Isra'il menderhaka kepada Tuhan. Jarak di antaranya dengan Baitul Maqdis adalah beberapa hari perjalanan. Allah SWT telah mencabutkan satu bahagian kecil darinya dan dijadikannya dua sayap dari cahaya. Lalu Dia mengangkatnya di atas mereka sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-'Araf (7): 171:"Dan (ingatlah) ketika kami mengangkat bukit ke atas mereka, seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka."Dan Dia berfirman kepada Bani Isra'il sekiranya mereka tidak beriman Dia akan menjatuhkannya ke atas mereka dan manakala mereka beriman, Dia kembalikannya di tempatnya yang asal.
1. Adapun perkara yang tidak "dijadikan" Allah ialah al-Qur'an kerana ia adalah kalamNya dan sifatNya begitu juga kitab-kitabNya yang lain. Allah SWT adalah qadim dan "sifat-sifat"Nya juga qadim.
2. Adapun perkara yang tidak diketahui oleh Allah ialah kata-kata anda,"Dia mempunyai anak lelaki, teman wanita dan rakan kongsi."Allah tidak sekali-kali mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertaNya."[Surah al-Mukminun (23):91] dan "Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan."[Surah al-Ikhlas(112):3]
3. Adapun perkara yang tidak ada di sisi Allah ialah kezaliman,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hambaNya."[Surah Fussilat(41):46]
4. Adapun perkara yang semuanya mulut ialah api. Api menjilat apa yang dicampakkan kepadanya.
5. Adapun perkara yang semuanya kaki ialah air.
6. Adapun perkara yang semuanya mata ialah matahari.
7. Adapun perkara yang semuanya sayap ialah angin.
8. Adapun lelaki yang tidak ada keluarga ialah Adam AS.
9. Adapun perkara yang tidak dikandung oleh rahim ialah tongkat Musa, berbiri Ibrahim, Adam dan Hawa.
10. Adapun perkara yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh ialah "Subuh apabila fajarnya mulai menyingsing [Surah al-Takwir(81):18]
11. Adapun apa yang dikatakan oleh loceng gereja:Taqqan, taqqan, haqqan, haqqan, mahlan, mahlan, 'adlan, 'adlan, sidqan,sidqan, sesungguhnya dunia telah memperdaya dan mempesonakan kita. Dunia berlalu abad demi abad. Setiap hari yang berlalu, melemahkan kedudukan kita. Sesungguhnya kematian memberitahukan kita bahawa sesungguhnya kita sedang berada di dalam suatu perjalanan. Lantaran itu tempatkanlah kami di mana-mana.
12. Adapun perkara yang terangkat sekali sahaja ialah bukit Tursina manakala Banu Isra'il menderhaka kepada Tuhan. Jarak di antaranya dengan Baitul Maqdis adalah beberapa hari perjalanan. Allah SWT telah mencabutkan satu bahagian kecil darinya dan dijadikannya dua sayap dari cahaya. Lalu Dia mengangkatnya di atas mereka sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-'Araf (7): 171:"Dan (ingatlah) ketika kami mengangkat bukit ke atas mereka, seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka."Dan Dia berfirman kepada Bani Isra'il sekiranya mereka tidak beriman Dia akan menjatuhkannya ke atas mereka dan manakala mereka beriman, Dia kembalikannya di tempatnya yang asal.
13.
Adapun pokok di mana orang yang berjalan di bayangannya selama seratus tahun
belum dapat melintasinya ialah Pokok Tuba iaitu di Sidrah al-Muntaha di langit
yang ketujuh. Di situlah berakhirnya amalan manusia, ianya dari pokok-pokok
syurga. Tidak ada istana atau rumah di syurga melainkan ianya ditutupi oleh
dahan-dahannya, seumpamanya di dunia ini ialah matahari, puncanya satu dan
cahayanya di setiap tempat.
14.
Adapun tempat yang tidak terkena cahaya matahari melainkan sekali sahaja ialah
tanah laut di mana Allah membelahkan laut untuk Nabi Musa AS. Lalu air
melambung tinggi seperti bukit dan tanah itu menjadi kering kerana terkena
cahaya matahari ke atasnya kemudian air laut kembali ke tempatnya.
15.
Adapun pokok yang tumbuh tanpa air ialah Pokok Yunus. Ianya merupakan satu
mukjizat baginya sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-Saffat (37):
146:"Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pokok dari jenis labu."
16.
Adapun makanan ahli syurga seumpama mereka di dunia ini ialah janin di perut
ibunya, menghisap makanan dari pusat ibunya, tanpa kencing dan berak.
17.
Adapun warna-warna yang bermacam-macam di satu mangkuk seumpamanya di dunia ini
ialah sebiji telur yang mempunyai dua warna; putih dan kuning dan kedua-duanya
tidak akan bercampur.
18.
Adapun hamba wanita yang keluar dari epal seumpamanya di dunia ini ialah ulat
yang keluar dari epal dan tidak berubah.
19.
Adapun hamba wanita yang dimiliki oleh dua lelaki ialah seperti satu pokok
kurma yang dimiliki di dunia ini oleh Mukmin sepertiku dan oleh orang kafir
seperti anda. Dan ianya menjadi milikku sahaja di akhirat kerana ia berada di
syurga sedangkan anda tidak memasukinya.
20.
Adapun anak-anak kunci syurga ialah Lailaha illa llah Muhammadan Rasulullah.
Ibn
al-Musayyab berkata:"Apabila raja Rome membacanya dia
berkata:"Percakapan seperti ini tidak dapat diucapkan melainkan oleh
seorang yang datang dari "rumah kenabian."[al-Hafiz al-'Asimi di
dalam Zain al-Fata, di dalam penerangannya mengenai Surah Hal Ata, Sibt Ibn
al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Khawwas, hlm. 87]

_____________________________________
BAB III
Ijtihad Khalifah Uthman
Hukum-hukum
dan perbuatna-perbuatan khalifah Uthman yang bertentangan dengan nas tetapi di
anggap sebagai ijtihad melebihi 41 perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama
kita Ahlul Sunnah Wal-Jama'ah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:
1.
Khalifah Uthman adalah orang yang pertama memerintahkan azan (pertama)
dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah
Rasulullah SAWA.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136]
2.
Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mendahulukan khutbah Hari Raya di
dalam solat Hari Raya. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah
SAWA.[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137]
3.
Khalifah Uthman tidak menjalankan hukum Qisas ke atas Ubaidullah bin Umar
al-Khattab kerana membunuh Hurmuzan dan Jufainah. Sebaliknya membawanya ke
Kufah dan membenarkannya menetap di sana. Kaum Muslimin menentang
Sunnahnya.[Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm. 619; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 8-10]
Oleh
itu pembekuan khalifah Uthman terhadap hukum bunuh Ubaidullah bin Umar yang
telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah satu perbuatan yang menyalahi nas
seperti berikut:
a). Pembunuhan yang dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang kepada kata-kata Abdur Rahman bin Abu Bakar yang berkata:"Aku lalu di hadapan Abu Lu'luah petang semalam bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini bererti Abdur Rahman bin Abu Bakar tidak benar-benar menyaksikan peristiwa itu, dan ini bererti dia bukanlah seorang saksi yang melihat peristiwa tersebut, sedangkan pembunuhan memerlukan dua saksi.
b) Khalifah Uthman berkata:"Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh itu walinya ialah orang-orang Islam, aku adalah khalifah kamu dan aku telah mengampunkannya."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10]
c) Ali berkata:"Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Muslim tanpa kesalahan," lalu dia berkata kepada Ubaidullah,"Wahai si fasiq, jika aku menang dengan kamu pada suatu hari, aku mesti membunuh kamu kerana kamu telah membunuh Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan beliau mempercayai bahawa Ubaidullah telah melakukan pembunuhan yang tidak patut dilakukan terhadap Hurmuzan dan Jufainah (Ibid).
d) Mengemukakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan adalah bertentangan dengan kenyataan khalifah Uthman sendiri bahawa Hurmuzan tidak mempunyai wali dan beliau sendiri mengakui bahawa beliaulah yang mengampunkan Ubaidullah dan bukan Qamazaban. Oleh itu riwayat yang mengatakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan dan mengampunkan Ubaidullah adalah riwayat maudhuk (palsu), kerana ia telah diriwayatkan oleh al-Surriy yang meriwayatkan daripada Syu'aib daripada Saif bin Umar daripada Abi al-Mansur. Saif bin Umar adalah "seorang khayalan" yang menciptakan seorang khayalan lain bernama Abdullah bin Saba' di mana kedua-dua orang tersebut tidak pernah wujud dan ianya ditulis oleh penulis yang tidak diketahui bagi membenarkan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat tertentu seperti Uthman dan lain-lain, lantaran itu riwayat tersebut mesti ditolak.
e) Hurmuzan dan Jufainah keduanya adalah Muslim, berasal dari Farsi. Ali sendiri menyatakan bahawa Hurmuzan adalah seorang Muslim,"Bunuhlah fasiq itu (Ubaidullah) kerana ia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Islam tanpa dosa."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10] Dengan itu alasan bahawa Hurmuzan dan Jufainah adalah kafir adalah bertentangan dengan kata-kata Ali AS dan pembunuh mereka mestilah dibunuh balas.
f) Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam:"Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, buatlah penelitian apabila aku mati dan dapatkan saksi yang menyatakan Hurmuzan adalah pembunuhku, jika ada saksi, maka darahnya adalah menepati darahku dan sekiranya tidak ada saksi maka bunuhlah Ubaidullah kerana dia telah membunuh Hurmuzan sdan Jufainah." Oleh itu saksi dalam kes pembunuhan tersebut adalah tidak jelas dan tidak mencukupi dua orang saksi lantaran itu tidak hairanlah apabila Ali AS menjadi khalifah ia menuntut Ubaidullah supaya ia dibalas bunuh, lalu Ubaidullah berlindung di bawah jagaan Muawiyah di Syam dan akhirnya ia terbunuh di Siffin. Oleh itu pembekuan hukum qisas oleh khalifah Uthman terhadap Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah menyalahi nas.
a). Pembunuhan yang dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang kepada kata-kata Abdur Rahman bin Abu Bakar yang berkata:"Aku lalu di hadapan Abu Lu'luah petang semalam bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini bererti Abdur Rahman bin Abu Bakar tidak benar-benar menyaksikan peristiwa itu, dan ini bererti dia bukanlah seorang saksi yang melihat peristiwa tersebut, sedangkan pembunuhan memerlukan dua saksi.
b) Khalifah Uthman berkata:"Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh itu walinya ialah orang-orang Islam, aku adalah khalifah kamu dan aku telah mengampunkannya."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10]
c) Ali berkata:"Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Muslim tanpa kesalahan," lalu dia berkata kepada Ubaidullah,"Wahai si fasiq, jika aku menang dengan kamu pada suatu hari, aku mesti membunuh kamu kerana kamu telah membunuh Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan beliau mempercayai bahawa Ubaidullah telah melakukan pembunuhan yang tidak patut dilakukan terhadap Hurmuzan dan Jufainah (Ibid).
d) Mengemukakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan adalah bertentangan dengan kenyataan khalifah Uthman sendiri bahawa Hurmuzan tidak mempunyai wali dan beliau sendiri mengakui bahawa beliaulah yang mengampunkan Ubaidullah dan bukan Qamazaban. Oleh itu riwayat yang mengatakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan dan mengampunkan Ubaidullah adalah riwayat maudhuk (palsu), kerana ia telah diriwayatkan oleh al-Surriy yang meriwayatkan daripada Syu'aib daripada Saif bin Umar daripada Abi al-Mansur. Saif bin Umar adalah "seorang khayalan" yang menciptakan seorang khayalan lain bernama Abdullah bin Saba' di mana kedua-dua orang tersebut tidak pernah wujud dan ianya ditulis oleh penulis yang tidak diketahui bagi membenarkan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat tertentu seperti Uthman dan lain-lain, lantaran itu riwayat tersebut mesti ditolak.
e) Hurmuzan dan Jufainah keduanya adalah Muslim, berasal dari Farsi. Ali sendiri menyatakan bahawa Hurmuzan adalah seorang Muslim,"Bunuhlah fasiq itu (Ubaidullah) kerana ia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Islam tanpa dosa."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10] Dengan itu alasan bahawa Hurmuzan dan Jufainah adalah kafir adalah bertentangan dengan kata-kata Ali AS dan pembunuh mereka mestilah dibunuh balas.
f) Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam:"Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, buatlah penelitian apabila aku mati dan dapatkan saksi yang menyatakan Hurmuzan adalah pembunuhku, jika ada saksi, maka darahnya adalah menepati darahku dan sekiranya tidak ada saksi maka bunuhlah Ubaidullah kerana dia telah membunuh Hurmuzan sdan Jufainah." Oleh itu saksi dalam kes pembunuhan tersebut adalah tidak jelas dan tidak mencukupi dua orang saksi lantaran itu tidak hairanlah apabila Ali AS menjadi khalifah ia menuntut Ubaidullah supaya ia dibalas bunuh, lalu Ubaidullah berlindung di bawah jagaan Muawiyah di Syam dan akhirnya ia terbunuh di Siffin. Oleh itu pembekuan hukum qisas oleh khalifah Uthman terhadap Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah menyalahi nas.
4.
Khalifah Uthman telah memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam
kemudian Marwan membelanjakannya untuk membina istana. Justeru itu perbuatannya
adalah bertentangan dengan nas.[Surah al-Anfal (18): 41] sebagaimana juga ia
telah dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih:"Di antara kebencian orang ramai
terhadap Uthman ialah memberi fadak kepada Marwan, dan apabila dia membuka
Afrika Utara ia mengambil khums dan memberikannya kepada Marwan."[Ibn Abd
Rabbih, al-Iqd al-Farid, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I,
hlm. 32] Oleh itu terbukti bahawa ijtihad Uthman memberi fadak dan khums Afrika
kepada Marwan adalah bertentangan dengan nas.
5.
Khalifah Uthman mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Ali AS
menentang ijtihadnya itu kerana ia menyalahi nas.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm.
69; Muslim, Sahih, I, hlm. 349]
6.
Khalifah Uthman memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang
mengandung 6 bulan. Apabila Ali AS mengetahuinya, beliau menentang hukum
tersebut kerana ia bertentangan dengan Surah al-Ahqaf (46): 15 dan Surah
al-Baqarah (2): 233. Kedua-dua ayat tersebut bererti masa penyusuan ialah 24 bulan
dan masa mengandung yang paling kurang ialah 6 bulan. Sepatutnya khalifah
Uthman menangguhkan hukuman tersebut dan menyelamatkan kandungan yang tidak
berdosa itu.[Malik, al-Muwatta', II, hlm. 176; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra,
VII, hlm. 42]
7.
Khalifah Uthman melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah SAWA
melakukan solat di Mina 2 rakaat. Daripada Abdullah bin Umar
berkata:"Rasulullah SAWA melakukan solat dengan kami di Mina 2 rakaat
begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman di masa awal pemerintahannya. Kemudian
Uthman sembahyang 4 rakaat."Abdullah bin Umar apabila melakukan solat
bersama khalifah Uthman di Mina beliau melakukan solat 4 rakaat, tetapi apabila
melakukan solat seorang diri, dia melakukan 2rakaat. [al-Bukhari, Sahih, II,
hlm. 154; Muslim, Sahih, II, hlm. 260] Sepatutnya khalifah Uthman mengikut
Sunnah Nabi SAWA yang melakukan 2 rakaat Qasar Zuhr, Asar dan Isyak di Mina.
8.
Khalifah Uthman telah lari di dalam Perang Uhud kemudian kembali ke rumahnya
selepas tiga hari. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan prinsip jihad di
dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA.[Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 190]
9.
Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah.
Tindakannya itu ialah disebabkan Abu Dhar mengkritiknya kerana menggunakan
harta Baitul Mal untuk keluarganya.[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, I, hlm. 114;
al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 162; al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm. 26] Abu
Dhar berkata:Sesungguhnya anda telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam
Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Demi Tuhan, aku melihat kebenaran
dipadamkan,kebatilan dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan tanpa
ketakwaan.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 16]
10.
Khalifah Uthman memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, sedangkan
al-Hakam adalah seorang yang dilaknati dan diusir oleh Rasulullah SAWA. Oleh
itu tindakannya itu adalah bertentangan dengan nas.[al-Tabari, Tarikh, V, hlm.
60]

12.
Khalifah Uthman berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang
menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani.[Muslim, Sahih, I, hlm. 142. Ijtihadnya
itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA,"Apabila bertemu dua
khatan, maka wajiblah mandi janabah."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI,
hlm. 47; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 16]
13.
Khalifah Uthman mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah SAWA tidak
mewajibkannya. Rasulullah SAWA bersabda,"Aku memaafkan kalian zakat kuda
dan hamba."[al-Buladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih,
III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 62; al-Syafi'i, al-Umm, II,
hlm. 22; Muslim, Sahih, I, hlm. 136]
14.
Khalifah Uthman mengenakan hukuman kepada gabenor-gabenor supaya tidak
mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau
kehadiran musuh.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 312; al-Baihaqi, Sunan,
III, hlm. 137; Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 163] Tindakannya itu
adalah bertentangan dengan firmanNya di dalam Surah al-Nisa' (4):10:"Dan
apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan
solat(mu)." Sebagaimana ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA yang
mutlak.
15.
Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin Mas'ud sehingga patah tulang
rusuknya. Abdullah bin Mas'ud memberitahu kepada Ammar supaya Uthman tidak
melakukan solat jenazah ke atasnya nanti. Uthman meminta maaf, tetapi Abdullah
bin Mas'ud berkata:"Aku memohon kepada Allah supaya mengambil hak aku ke
atas anda."[Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, III, hlm. 259; Ibn Kathir,
Tarikh, VII, hlm. 163; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 157]
16.
Khalifah Uthman tidak melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan
urusan pemerintahannya, dan tidak bermesyuarat dengan mereka pula. Malah melantik
kerabat-kerabatnya dari Banu Umaiyyah.[al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32],
sedangkan mereka terdiri daripada orang-orang yang layak untuk memegang jawatan
penting seperti gabenor-gabenor dan lain-lain. Tetapi Uthman melantik
keluarganya al-Walid bin Uqbah sebagai gabenor di Basrah yang terkenal dengan
pemabuk.[al-Tabari, Tarikh, V, hm. 60]
17.
Khalifah Uthman telah mengambil tempat khas (hima) untuknya dan
kerabat-kerabatnya. Dia melarang kaum Muslimin menggunakan tempat-tempat
tersebut yang mengandungi rumput-rumput dan lain-lain, sedangkan Rasulullah
SAWA menjadikan tempat-tempat tersebut milik bebas kaum Muslimin iaitu mereka
bebas memiliki air, rumput, dan api secara saksama. Rasulullah SAWA
bersabda:"Kaum Muslimin berkongsi di dalam tiga perkara, rumput-rumputan,
air dan api."[al-Halabi, Sirah Nabawiyyah, II, hlm. 78; Ibn Qutaibah,
al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32]
18.
Khalifah Uthman telah membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan
anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitul Mal.Oleh itu
perbuatannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA, dan tidak
hairanlah jika kaum Muslimin mengkritiknya.[Ibn Qutaibah, al-Imamah
wal-Siyasah, I, hlm. 32]
19.
Khalifah Uthman telah memberikan pungutan zakat Qadha'ah (di Yaman) kepada
al-Hakam bin al-As sebanyak 300,000 Dirham.[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V,
hlm. 28]. Sedangkan al-Hakam adalah orang yang telah diusir dan dilaknati oleh
Rasulullah SAWA.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 145]
20.
Khalifah Uthman telah memberikan wang Baitul Mal kepada Sa'id bin al-As bin
Umaiyyah sebanyak 100,000 Dirham. Lantaran itu Ali, al-Zubair, Talhah, dan
Abdur Rahman bin Auf menentangnya.[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28]
21.
Khalifah Uthman mengambil hukum Allah daripada Ubayy bin Ka'ab. Dia bertanya
Ubayy tentang seorang lelaki mencerai isterinya kemudian merujukkan isterinya
di dalam haidh ketiga. Ubayy berkata:"Aku berpendapat dia lebih berhak ke
atas isterinya selama isterinya belum "mandi" daripada haidh
ketiga." Lalu khalifah Uthman mengambil pendapatnya.[al-Baihaqi, al-Sunan
al-Kubra, VII, hlm. 417] Riwayat ini menunjukkan bahawa khalifah Uthman tidak
mengetahui hukum tersebut sehingga dia belajar daripada Ubayy dan mengambil
fatwanya. Dan tidak syak lagi bahawa orang yang mengajarnya adalah lebih baik
daripadanya.
22.
Khalifah Uthman menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara
untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan dengan firman Tuhan Surah
al-Nisa' (4): 23,"Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu
yang perempuan....dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara."Ali AS
mengatakan pengumpulan dua perempuan yang bersaudara sama ada di dalam
perkahwinan atau perhambaan adalah haram. Kerana di dalam Surah al-Mukminun
(23):6,"Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba (perempuan)
yang mereka miliki" tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan
"pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara" untuk disetubuhi
kerana pengharaman mereka berdua di dalam perkahwinan dan perhambaan adalah
sama. Oleh itu semua imam-imam mazhab empat mengharamkannya.[Fakhruddin
al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 193; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm.
359; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 72; al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil,
I, hlm. 269; Muslim, Sahih, I, hlm. 416]

24.
Khalifah Uthman telah memberikan kepada Abdullah bin Khalid bin Usyad bin Abi
l-As sebanyak 300,000 Dirham dan setiap orang dari kaumnya sebanyak 1,000
Dirham daripada harta Baitul Mal kaum Muslimin.[Ibn Abd Rabbih, Iqd al-Fariq,
II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma'arif, hlm. 84; Ibn Abi l-Hadid, Syarh
Nahj al-Balaghah, I, hlm. 66] Dia memberikan kepada Abdullah 400,000 Dirham.
Persoalan yang timbul: Kenapakah khalifah Uthman tidak memberikan wang Baitul
Mal kepada orang-orang seperti Abdullah bin Mas'ud, Abu Dhar, Ammar dan
lain-lain?
25.Khalifah
Uthman mengambil Sunnah daripada seorang wanita. Seorang wanita datang berjumpa
Rasulullah SAWA tentang iddahnya kerana suaminya telah mati dibunuh di dalam
misi khas. Dia bertanya Rasulullah SAWA sama ada dia kembali kepada keluarganya
Bani Khudrah walaupun suaminya tidak meninggalkan rumah untuknya? Dia
berkata:"Rasulullah SAWA bersabda:"Ya." Aku pun kembali dan
apabila aku sampai di masjid beliau memanggilku lantas aku menyahuti
panggilannya. Dia bertanya:"Bagaimana anda berkata?"Akupun
menerangkan kisah suamiku kepadanya. Maka beliaupun bersabda:"Tinggallah
di rumah anda sehingga tamat "iddah." Dia berkata:"Akupun
menangguhkan iddahku selama empat bulan sepuluh hari."Khalifah Uthman datang
kepadaku dan bertanya mengenainya. Lalu dia mengambilnya dan melaksanakan
hukuman tersebut ke atas orang ramai.[Syafi'i, al-Umm, V, hlm. 208; al-Baihaqi,
al-Sunan, VII, hlm. 434; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm. 346; Malik, al-Muwatta',
II, hlm. 86]
26.
Khalifah Uthman mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya
ialah satu haidh itupun kerana khuatir ianya hamil.[Ibn Majah, al-Sunan, I,
hlm. 634;Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 276; Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III,
hlm. 223] Tindakan khalifah Uthman itu adalah bertentangan dengan Surah
al-Baqarah (2): 228,"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri
(menunggu) tiga kali quru'. Kerana bercerai secara khal' termasuk di dalam
al-Muttalaqat (wanita-wanita yang ditalak).
27.
Khalifah Uthman melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi
SAWA dengan sepenuhnya. Dia berkata:"Tidak boleh bagi seseorang
meriwayatkan hadith yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Bakar dan
Umar."[Mutakhab al-Kanz fi Hamisy Musnad Ahmad, IV, hlm. 64; al-Darimi,
al-Sunan, I, hlm. 132; Ibn Sa'd, Tabaqat, II, hlm. 354]
Persoalannya:"Jika
Sunnah Rasulullah SAWA pada masa khalifah Abu Bakar dan Umar telah dilarang
dari diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada masa khalifah Uthman?
Malah khalifah Uthman hanya menuruti Sunnah dua khalifah yang terdahulu.
Justeru itu ketiga-tiga khalifah tersebut telah melarang atau
sekurang-kurangnya tidak memberi kebebasan kepada kaum Muslimin untuk meriwayat
atau menulis Sunnah Rasulullah SAWA mereka, yang menjadi sumber kedua pentingnya
selepas al-Qur'an.
Oleh
itu ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA,"Allah memuliakan
seseorang yang mendengar hadithku. Kemudian dia menjaganya dan menyebarkannya
pula. Kadangkala pembawa ilmu (hadith) membawanya kepada orang yang lebih alim
daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (hadith) bukanlah seorang yang
alim."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 437; al-Hakim, al-Mustadrak,
I, hlm. 78]. Dan sabdanya,"Siapa yang ditanya tentang ilmu, maka dia
menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka."[Ahmad
bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Lantaran itu tidak hairanlah jika hadith
atau Sunnah Rasulullah SAWA mulai ditulis secara resminya pada masa
pemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz."

________________________________________
BAB IV
Ijtihad Khalifah Ali AS
Para
ulama Ahlus Sunnah dan Syi'ah tidak mencatat hukum-hukum dan
perbuatan-perbuatan Khalifah Ali AS yang bertentangan dengan al-Qur'an dan
Sunnah Nabi SAWA. Ini adalah bertepatan dengan sabda Nabi SAWA:"Ali
bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama Ali."Dan di dalam hadith yang
lain,"Aku tinggalkan kepada kalian Thaqalain; Kitab Allah dan Ahlul
Baitku. Kalian tidak akan sesat selama-lamanya jika kalian berpegang kepada
kedua-duanya. Dan kedua-duanya tidak akan berpisah sampai bersama-sama
mengunjungiku di Haudh."{Muslim, Sahih, VII, hlm. 122]
Dan
ianya menunjukkan bahawa khalifah Ali adalah maksum. Jika tidak, nescaya
hukum-hukum dan perbuatan-perbuatan beliau yang menyalahi nas dicatat oleh
Ahlul Sunnah dan Syi'ah. Nampaknya khalifah Ali AS merasa kesal terhadap bid'ah-bid'ah
yang telah dilakukan mereka. Sementara kaum Muslimin pula telah biasa dengan
bid'ah-bid'ah tersebut selama 25 tahun. Khalifah Ali AS sendiri menggambarkan
keadaan yang berlaku di masa itu seperti berikut:
"Khalifah-khalifah
sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah SAWA
dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah
Sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya
dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah SAWA, nescaya
tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya
sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku
melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAWA akan tinggal bersamaku. Apa
pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah
ditempatkan oleh Rasulullah SAWA, mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris
Fatimah AS, mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman
Rasulullah SAWA, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh
Rasulullah SAWA, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan
memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke
dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh
khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah
telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab,
mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan
pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan
pada masa Rasulullah SAWA tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan orang-orang
kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah
kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardhukan Allah SWT, memulihkan Masjid
Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi SAWA, menutup pintu-pintu yang
dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas
kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum
had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji
sebagaimana pada zaman Nabi SAWA, memerintahkan takbir lima kali dalam solat
jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan
suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama
Rasulullah SAWA di dalam masjidnya, di mana Rasulullah SAWA telah
mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah SAWA
(beliau sendiri) di mana Rasulullah SAWA telah memasukkannya, memaksa kaum
Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat
menurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wudhuk basuh dan solat
kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke
tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan
bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah NabiNya.
Sekiranya
aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah
ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat jama'ah di
masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan memberitahukan kepada
mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok
tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak:"Wahai kaum
Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari
melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan." Mereka berteriak
begitu rupa sampai aku khuatir mereka akan memberontak. Sayang! Betapa
menderitanya aku berada "ditangan" orang-orang yang menentangku
sekuat tenaga dan mentaati pemimpin-pemimpin mereka yang "keliru"
yang hanya menyeru mereka ke neraka."[al-Kulaini, al-Raudhah mina l-Kafi,
VII, hadith 21, hlm. 60-63]
Khalifah
Ali AS begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin terhadap
seruannya untuk kembali kepada Sunnah Rasulullah SAWA. Malah mereka pula
memarahi beliau. Khalifah Ali AS berkata lagi,"Aneh! Hati ummat ini telah
diresapi cinta kepada pelaku-pelaku bid'ah dan menerima segala bid'ah
mereka."Kemudian beliau berkata lagi,"Aneh! Mereka melihat Sunnah
Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab.
Kemudian mereka meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi (orang
lain) bagi mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan
penentang-penentangnya. Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti pula
bid'ah-bid'ah tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ah-bid'ah tersebut sebagai
Sunnah dan ugama bagi bertaqarrub kepada Allah SWT."[Sulaim, Kitab Sulaim
bin Qais al-Amiri, hlm. 134-135]
Persoalan
yang timbul ialah apakah ucapan khalifah Ali AS itu benar berlaku kepada kita
di abad ini? Lantas itu kita masih mencintai bid'ah-bid'ah tersebut. Dan sampai
bilakah kita harus dicaci, dihina dan dilarang, kerana ingin kembali kepada
hukum Allah SWT dan Sunnah RasulNya?
Ali
AS berjuang untuk mengembalikan kaum Muslimin kepada Kitab Allah dan Sunnah
RasulNya yang sebenar. Lantaran itu beliau ditentang di setiap masa, malah Ali
AS sendiri pada hakikatnya telah disisihkan dan dipencilkan oleh kuasa politik
pada masa itu. Selama 25 tahun beliau tidak menghunuskan pedangnya. Beliau
bekerja hanya sebagai seorang petani biasa bagi menyara kehidupan keluarganya.
Tanah Fadak peninggalan Rasulullah untuk isterinya Fatimah AS pula telah
dirampas. Dan apa lagi yang tinggal untuknya selain dari tulang empat kerat
bagi menyara keluarganya.
Bandingkanlah
kemiskinan Ali AS dengan kekayaan yang ditinggalkan oleh khalifah Uthman,
al-Zubair, Talhah, Abdul r-Rahman dan Sa'ad, kelima-lima bekas Ahli Syura atau
Ahlu l-Hilli wa l-'Aqdi yang dilantik oleh khalifah Umar bagi memegang jawatan
khalifah, kalian akan mengetahui kezuhudan Ali AS malah kedudukan mereka begitu
jauh berbeza di semua segi jika dibandingkan dengan kedudukan Ali AS.
Khalifah
Uthman ketika dia dibunuh meninggalkan seratus lima puluh ribu Dinar, seribu
ekor unta, nilainya dua ratus ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 53],
seribu hamba selain daripada rumah-rumah, emas, perak dan intan.[al-Dhahabi,
Dual al-Islam, I, hlm. 12]
Al-Zubair
meninggalkan lima puluh ribu Dinar, sebelas buah rumah mewah di Madinah, dua
buah di Basrah, sebuah di Kufah, sebuah di Mesir, seribu ekor kuda, seribu
hamba lelaki dan seribu hamba perempuan.[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 21; Ibn
Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 77; al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab, I, hlm. 434]

Talhah meninggalkan dua puluh ribu Dinar, mempunyai hasil pertanian
ditaksirkan sebanyak seribu Dinar setiap hari.[Ibn Sa'ad, Tabaqat, III, hlm.
158; al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 7; al-Dhahabi, Dual al-Islam, I,
hlm. 18]
Abdul
r-Rahman bin 'Auf meninggalkan dua ratus lima puluh ribu Dinar, seribu ekor
unta, tiga ribu ekor kambing, seratus ekor kuda yang dipelihara di Baqi',
ketulan emas yang banyak dipotong dengan kapak sehingga sakit tangan
pemotong-pemotongnya dan meninggalkan empat orang isteri setiap orang mendapat
lapan puluh ribu Dinar.[Ibn Sa'd, Tabaqat, III, hlm. 96; al-Mas'udi, Muruj
al-Dhahab, I, hlm. 434; al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 146]
Sa'd
bin Abi Waqqas meninggalkan dua ratus lima puluh ribu Dirham dan sebuah istana
yang besar dan indah.[al-Mas'udi, Muruj al-Dhahab]
Justeru
itu mereka sepertilah manusia biasa berlumba-lumba merebut kekayaan dunia
dengan apa cara sekalipun. Perlakuan tersebut telah disabdakan oleh Rasulullah
SAWA,"Aku akan mendahului kalian dan sesungguhnya aku menjadi saksi kepada
kalian, demi Allah aku sedang melihat kepada haudhku sekarang aku dikurniakan
kunci kekayaan bumi dan sesungguhnya aku tidak khuatir bahawa kalian akan
mensyirikkan Allah, tetapi aku khuatir kalian akan bersaing berlumba-lumba untuk
dunia."[al-Bukhari, Sahih, V, hlm. 101]
Sebagaimana
juga terdapat sahabat yang tidak meredhai keputusan yang dibuat oleh Rasulullah
SAWA. Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri
dan bukan kerana Allah SWT. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab
al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahukan kami
bahawa dia berkata:"Aku mendengar Syaqiq berkata:"Abdullah
berkata:Suatu hari Rasulullah SAWA telah membahagikan-bahagikan sesuatu kepada
para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar
mengkritiknya seraya berkata:"Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah kerana
Allah SWT. Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahukan Nabi SAWA
mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada
bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku.
Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal
memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari itu
tetapi beliau bersabar." Perhatikanlah bagaimana sikap sahabat terhadap
Rasulullah SAWA! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAWA itu adalah
wahyu? Tidakkah keputusan Rasulullah SAWA itu harus dipatuhi?Tetapi mereka
tidak mematuhinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAWA.
Al-Bukhari
di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi
l-'Itab berkata:"Aisyah berkata:Nabi SAWA pernah melakukan sesuatu
kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian sahabat
tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi SAWA, maka beliau
memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda:"Kenapa mereka menjauhi
dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku
lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari
mereka."
Riwayat-riwayat
di atas menunjukkan bahawa kedudukan para sahabat adalah lebih tinggi dari
kedudukan Rasulullah SAWA. Kerana mereka mempercayai bahawa Nabi SAWA boleh
berbuat salah sedangkan mereka sentiasa benar.
Al-Bukhari
juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum
dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa
dia berkata:"Aku berjalan bersama Rasulullah SAWA diwaktu itu beliau
memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi
lalu menarik pakaian Rasulullah SAWA dengan kuat." Anas berkata:"Aku
melihat kulit leher Nabi SAWA menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan
oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata:Wahai Muhammad! Berikan
kepadaku sebahagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi SAWA
berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan
kepadanya."
Lantaran
itu tidak hairanlah jika Rasulullah SAWA sendiri menerangkan bahawa majoriti
sahabat akan berpaling ke belakang selepas kewafatannya. Rasulullah SAWA
bersabda:"Ketika aku sedang berdiri, tiba-tiba datang sekumpulan orang
yang aku kenali. Lalu seorang daripada kami keluar dan berkata:Marilah. Aku pun
bertanya:Kemana? Maka dia menjawab: Ke neraka. Demi Allah! Apa kesalahan
mereka. Dia menjawab: Mereka (sahabat) telah murtad selepas anda (meninggal)
dan berpaling ke belakang. Dan aku melihat bahawa tidak terlepas daripada
mereka melainkan sebilangan unta yang terpisah dari
penggembalanya."[al-Bukhari, Sahih, IV, hlm. 94-96; Muslim, Sahih, VII,
hlm. 66 (Hadith al-Haudh).
Dan
beliau bersabda lagi:"Aku mendahulu kalian di Haudh. Siapa yang melalui di
hadapanku akan meminumnya dan siapa yang telah meminumnya tidak akan dahaga
selama-lamanya. Kelak sebilangan orang yang aku kenali dan mereka pula
mengenaliku akan dikemukakan di hadapanku. Kemudian mereka (sahabat) dipisahkan
daripadaku. Di kala itu akan akan berkata: Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi)
Maka beliau menjawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang telah mereka
lakukan (ahdathu) selepas anda. Maka aku akan berkata lagi: Nyahlah mereka yang
telah mengubah (Sunnahku) selepas ketiadaanku."[al-Bukhari, Sahih, IV,
hlm. 94-99]
Kesemua
hadith-hadith tersebut adalah menepati ayat al-Inqilab firmanNya di dalam Surah
Ali Imran (3): 144:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul,
sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat
atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke
belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan
Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." Dan
bilangan yang sedikit sahaja yang "terlepas" adalah menepati firmanNya
di dalam Surah Saba' (34): 13:"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang
berterima kasih."
Ini
adalah suatu hakikat dan iannya bukanlah suatu cacian atau cercaan. Oleh itu
patut dibezakan antara "mencerca, mencaci dan menerangkan" hakikat
sesuatu perkara. Jika tidak anda akan mengatakan bahawa al-Bukhari, Muslim,
al-Tabari, Ibn Kathir, Ibn Hajr, Ibn Qutaibah adalah ejen-ejen Yahudi,
orientalis dan sebagainya kerana mencatat perbuatan-perbuatan sahabat yang
menyalahi nas. Khalifah Ali AS berkata:"Jika seseorang itu memberitahu hal
atau keadaan seseorang yang menyalahi nas al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA adalah
lebih wajar dan ia tidak boleh dikatakan pencaci."[Syarif al-Radhi,
Nahj al-Balaghah, hlm. 323] Firman Allah yang dalam Surah al-Nur (24):
7:"Dan sumpah kelima; bahawa laknat Allah atasnya jika dia termasuk orang
yang berdusta," dan firmanNya lagi dalam Surah al-Baqarah (2):
159:".....mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) orang yang dapat
melaknati."
Kedua-dua
ayat tersebut jelas menunjukkan orang yang melakukan dosa besar atau
menyembunyikan kebenaran yang berkaitan dengan hukum agama dan lain-lain adalah
dilaknati oleh Allah dan RasulNya sama ada sahabat atau tidak. Menurut ayat
tersebut orang Islam wajib melaknati orang-orang yang telah dilaknati oleh
Allah dan RasulNya.
Khalifah
Umar tidak mempercayai Abu Hurairah dan memukulnya hingga berdarah kerana
mengambil harta Muslimin di Bahrain.[Ibn Abd Rabbih, al-'Aqd al-Farid, I, hlm.
26] Dia memeluk Islam pada 7 Hijrah dan dia bersama Nabi SAWA selama dua tahun
lebih tetapi dia telah meriwayatkan hadith sebanyak 5,374 hadith sementara Ahl
Suffah yang mempunyai masa lapang dan memeluk Islam lebih awal seramai 18 orang
hanya meriwayatkan 116 hadith. Abu Bakar meriwayatkan 142 hadith, Uthman 146
hadith, Umar 537 hadith dan Ali AS 586.[Lihat Syarafuddin al-Musawi, Abu
Hurairah, hlm. 20]
Abu
Hurairah meriwayatkan sebuah hadith yang menyatakan Nabi Musa AS telah menampar
Malaikat Izrail dan mencederakan sebelah matanya? [al-Bukhari, Sahih, II, hlm.
163; Muslim, Sahih, I, hlm. 309] Tidakkah ia bertentangan dengan al-Qur'an
tentang sifat malaikat dan sifat Nabi?
Hadith
yang bermaksud,"Sebaik-baik kurun adalah kurunku dan kurun selepasku"
adalah bertentangan dengan al-Qur'an dan akal.
Firman
Allah dalam Surah Fussilat (41): 46:"Barang siapa yang mengerjakan amal
yang salih, maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat
jahat, maka (dosanya) atasnya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu
menzalimi hamba-hambaNya."
Kedua-dua
ayat tersebut tidak menetapkan pahala yang lebih kepada orang yang hidup pada
kurun pertama, kedua dan seterusnya, malah mereka diberi ganjaran atau seksaan
mengikut perbuatan mereka.
Ianya
juga bercanggah dengan akal yang sejahtera kerana terdapat peristiwa-peristiwa
yang sepatutnya tidak dilakukan oleh orang yang hidup pada abad pertama.
Antaranya cubaan untuk membakar rumah Fatimah binti Muhammad SAWA kerana
memaksanya memberi bai'ah kepada Abu Bakar, lahirnya golongan murtad dan
mengaku menjadi Nabi, Perang Jamal yang mengor__an lebih 16,000 orang, Perang
Siffin yang mengor__an lebih 70,000 orang, kebanyakannya sahabat dan tabi'in,
Perang Nahrawan menentang Ali AS, penipuan Muawiyah terhadap Imam Hasan Adapun riwayat Abu Hurairah yang bermaksud,"Janganlah kamu semua
mencaci sahabat-sahabatku" adalah bertentangan dengan hadith,"Allah
melaknati orang yang mengundurkan diri daripada menyertai tentera 'Usamah'.[Ibn
Asakir, Tarikh Dimasyq,I, hlm. 424; al-Syarastani, al-Milal wa al-Nihal, I,
hlm. 21] Nabi SAWA menentang sahabatnya yang mencaci 'Usamah (ketika itu
berumur 18 tahun) dan mengundurkan diri mereka dari tenteranya kerana tidak
mungkin bagi Nabi yang melarang supaya sahabatnya tidak dicaci, beliau sendiri
mencacinya pula dan orang yang dikhitabkan di dalam hadith tersebut adalah
orang yang berada di majlis Nabi SAWA, yang terdiri sama ada orang kafir,
munafik atau orang Islam. Ini bermakna Nabi melarang orang kafir mencaci
sahabat, sekalipun beliau sendiri dicaci oleh mereka.
Kalaulah
ia ditujukan kepada orang Islam, maka ianya mempunyai dua pengertian. Pertama,
orang Islam yang ada masa hayat Nabi SAWA ialah sahabatnya. Dengan itu khitab
Nabi SAWA bermaksud,"Janganlah kamu wahai sahabatku mencaci
sahabatku...." Ini bermakna sahabat yang dikhitabkan itu adalah sahabat
yang jahat. Dalam erti kata yang lain,"Wahai sahabatku yang jahat,
janganlah kamu mencaci sahabatku yang baik," justeru itu ada sahabat yang
baik dan ada yang jahat. Jikalaulah orang Islam itu hanya dimaksudkan kepada
orang lain daripada sahabat, bermakna orang Islam tidak boleh mencaci orang
Islam (sahabat) yang telah dicaci oleh Allah dan RasulNya. Ini bertentangan
dengan Surah al-Nur(24): 7, yang tidak membezakan antara sahabat dan bukan
sahabat.
Pujian
atau keredhaan Allah kepada seseorang itu atau sahabat tertentu adalah berkait
rapat dengan perbuatan mereka itu sendiri dan sekiranya perbuatan mereka itu
pada masa yang lain menyalahi nas, maka pujian atau keredhaanNya tidak akan
dikaitkan dengan mereka berasaskan nas, kerana pujian atau keredhaan dalam
ayat-ayat tersebut adalah daripada sifat fi'liyah yang terhenti atas perbuatan
makhluk dan ia bukan dari sifat dhatiyah yang memberi pengertian kekal tanpa
berdasarkan perbuatan mereka sama ada bercanggah dengan nas ataupun tidak.
Jadi
kalau ia memberi pengertian keredhaan yang kekal atau selama-lamanya maka semua
orang yang termasuk di dalam firmanNya: yang bermaksud "Wahai orang yang
beriman" tidak seorangpun di antara mereka akan jadi murtad, begitu juga
kemurkaanNya kepada orang kafir di dalam firmanNya:" Wahai orang
kafir" tidak seorangpun daripada mereka akan menjadi Muslim.
Khalifah
Umar telah menyebat Qadamah bin Maz'un salah seorang sahabat yang awal memeluk
Islam dan menyertai Perang Badar kerana minum arak.[Ibn Hajr, al-Isabah,III,
hlm. 228] Jika Allah telah meredhainya kenapa pula Umar mengenakan hukuman had
ke atasnya?
Di
manakah sumber hukum yang mengatakan orang yang mencaci sahabat tidak boleh
diampun? Ibn Hajr di dalam Sawaiq al-Muhriqah, hlm. 150 tidak mengkafirkan
orang yang mencaci sahabat. Begitu juga Ibn Hazm di dalam al-Fisal, III,
hlm. 257 tidak mengkafirkan orang yang mencaci sahabat, malah ia diampun jika
dia seorang yang jahil. Dan sekiranya mencaci sahabat adalah kafir, maka
sahabat mencaci sahabat adalah lebih kafir lagi dan mereka pula lebih wajar
tidak diampun!
Oleh
itu Allah SWT sendiri tidak mengakui bahawa semua sahabat itu adalah adil.
Rasulullah SAWA sendiri tidak mengakui bahawa semua sahabatnya adil. Al-Bukhari
dan Muslim sendiri tidak mengakui semua sahabat itu adil. Untuk menjelaskan
ketidakadilan semua sahabat, di sini diperturunkan beberapa soalan dan jawapan
seperti berikut:
a) Soalan: Apakah "sikap" Allah SWT terhadap sahabat yang menyalahi hukumNya? Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada istimewa, mesti dihukum dengan sewajarnya dan tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
b) Soalan: Apakah sikap Rasulullah SAWA terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah RasulNya? Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada hak istimewa, mesti dihukum dengan hukumNya dan tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
c) Soalan: Apakah sikap Syi'ah terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan RasulNya? Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada hak istimewa, mesti dihukum dengan hukumNya dan tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
d) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah RasulNya? Jawapannya: Positif, sahabat itu adil, mempunyai hak istimewa, tidak dihukum dengan hukum Allah dan RasulNya kerana Allah telah meredhai mereka dan Rasulullah SAWA pula telah memilih mereka sebagai sahabatnya. Oleh itu mereka boleh berijtihad menyalahi nas, mereka pula mendapat satu pahala sebagai ganjaran menyalahinya.
e) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap hukum Abu Bakar dan Umar yang menyalahi hukum Allah SWT? Jawapannya: Hukum Abu Bakar dan Umar harus diikuti. Kerana mereka berdua adalah adil dan boleh berijtihad melawan hukum Allah SWT. Malah mereka berdua diberikan pahala pula. Dan jika seseorang itu tidak mengikuti hukum mereka berdua yang menyalahi hukum Allah SWT maka dia adalah terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Dan mereka berkata:"Siapakah kita jika dibandingkan dengan mereka berdua?" Tetapi kita tidak pernah membandingkan mereka berdua (Abu Bakar dan Umar) dengan Allah SWT yang menjadikan mereka berdua. Lantaran itu kita Ahlus Sunnah lebih meredhai hukum mereka berdua daripada hukum Allah SWT. Sebaliknya kita menentang orang-orang yang mengkritik mereka berdua kerana menyalahi hukum Allah. Dan mempertahankan mereka berdua pula dengan apa cara sekalipun. Sepatutnya kita lebih meredhai hukum Allah SWT daripada hukum Abu Bakar dan Umar.
f) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap Sunnah khalifah Abu Bakar dan Umar yang menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA? Jawapannya: Sunnah Abu Bakar dan Umar harus diikuti kerana mereka berdua adalah adil dan ini adalah prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Dan mereka berdua pula boleh berijtihad melawan Sunnah Rasulullah SAWA malah mereka berdua diberikan pahala pula. Dengan ini kita Ahlus Sunnah lebih meredhai Sunnah mereka berdua daripada Sunnah Rasulullah SAWA. Justeru itu kita Ahlus Sunnah bukanlah orang yang menjaga Sunnah Rasulullah SAWA di dalam erti kata yang sebenar. Malah kita menggunakan nama "Ahlus Sunnah" bagi menjaga Sunnah Abu Bakar dan Umar dengan mengenepikan Sunnah Rasulullah SAWA apabila ianya bertentangan dengan Sunnah mereka berdua. Dan ini adalah suatu hakikat sama ada kita mengakuinya atau tidak.
a) Soalan: Apakah "sikap" Allah SWT terhadap sahabat yang menyalahi hukumNya? Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada istimewa, mesti dihukum dengan sewajarnya dan tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
b) Soalan: Apakah sikap Rasulullah SAWA terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah RasulNya? Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada hak istimewa, mesti dihukum dengan hukumNya dan tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
c) Soalan: Apakah sikap Syi'ah terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan RasulNya? Jawapannya: Negatif, sahabat itu tidak adil, tidak ada hak istimewa, mesti dihukum dengan hukumNya dan tidak boleh berijtihad menyalahi nas.
d) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap sahabat yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah RasulNya? Jawapannya: Positif, sahabat itu adil, mempunyai hak istimewa, tidak dihukum dengan hukum Allah dan RasulNya kerana Allah telah meredhai mereka dan Rasulullah SAWA pula telah memilih mereka sebagai sahabatnya. Oleh itu mereka boleh berijtihad menyalahi nas, mereka pula mendapat satu pahala sebagai ganjaran menyalahinya.
e) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap hukum Abu Bakar dan Umar yang menyalahi hukum Allah SWT? Jawapannya: Hukum Abu Bakar dan Umar harus diikuti. Kerana mereka berdua adalah adil dan boleh berijtihad melawan hukum Allah SWT. Malah mereka berdua diberikan pahala pula. Dan jika seseorang itu tidak mengikuti hukum mereka berdua yang menyalahi hukum Allah SWT maka dia adalah terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Dan mereka berkata:"Siapakah kita jika dibandingkan dengan mereka berdua?" Tetapi kita tidak pernah membandingkan mereka berdua (Abu Bakar dan Umar) dengan Allah SWT yang menjadikan mereka berdua. Lantaran itu kita Ahlus Sunnah lebih meredhai hukum mereka berdua daripada hukum Allah SWT. Sebaliknya kita menentang orang-orang yang mengkritik mereka berdua kerana menyalahi hukum Allah. Dan mempertahankan mereka berdua pula dengan apa cara sekalipun. Sepatutnya kita lebih meredhai hukum Allah SWT daripada hukum Abu Bakar dan Umar.
f) Soalan: Apakah sikap kita Ahlus Sunnah terhadap Sunnah khalifah Abu Bakar dan Umar yang menyalahi Sunnah Rasulullah SAWA? Jawapannya: Sunnah Abu Bakar dan Umar harus diikuti kerana mereka berdua adalah adil dan ini adalah prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Dan mereka berdua pula boleh berijtihad melawan Sunnah Rasulullah SAWA malah mereka berdua diberikan pahala pula. Dengan ini kita Ahlus Sunnah lebih meredhai Sunnah mereka berdua daripada Sunnah Rasulullah SAWA. Justeru itu kita Ahlus Sunnah bukanlah orang yang menjaga Sunnah Rasulullah SAWA di dalam erti kata yang sebenar. Malah kita menggunakan nama "Ahlus Sunnah" bagi menjaga Sunnah Abu Bakar dan Umar dengan mengenepikan Sunnah Rasulullah SAWA apabila ianya bertentangan dengan Sunnah mereka berdua. Dan ini adalah suatu hakikat sama ada kita mengakuinya atau tidak.
Dari
jawapan-jawapan tersebut kita dapati bahawa sikap Syi'ah tentang sahabat adalah
sejajar dengan "sikap" Allah dan RasulNya. Manakala sikap kita Ahlus
Sunnah agak keterlaluan tidak sejajar dengan "sikap" Allah dan
RasulNya serta akal yang rasional. Lantaran itu doktrin semua sahabat itu adil
adalah bukan daripada ajaran al-Qur'an dan Sunnah RasulNya. Malah ianya
diadakan pada abad ketiga Hijrah bermotifkan politik bagi menjaga para sahabat
yang memerintah yang menyalahi nas. Kemudian ianya dijadikan "aqidah"
oleh Abu l-Hasan al-Asy'ari di dalam bukunya al-Ibanah, hlm. 12.
Semenjak
itu ianya menular ke dalam pemikiran golongan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah sehingga
menjadi sebati di dalam pemikiran mereka tanpa disedari bahawa ianya bukanlah
dari aqidah al-Qur'an. Justeru itu mereka menjadi lebih sensitif kepada sahabat
terutamanya Abu Bakar dan Umar daripada Allah dan RasulNya. Lalu mereka
meredhai para sahabat yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah RasulNya. Dan
mengutamakan hukum dan Sunnah mereka dari hukum Allah dan Sunnah RasulNya.
Dan apabila kritikan dilakukan kepada sahabat yang menyalahi nas, kita Ahlus
Sunnah cepat menjadi emosi dan marah sama ada yang berpendidikan tinggi yang
memiliki Ijazah Doktor Falsafah atau yang berpendidikan Sijil Pelajaran
Malaysia atau Empat Thanawi. Sama ada yang berpangkat Mufti atau amil zakat
semuanya mempertahankan para sahabat yang menyalahi nas, meredhai dan mematuhi
mereka pula. Lantaran itu ianya menjadi belenggu kepada pemikiran menurut
al-Qur'an. Malah ianya merupakan suatu "penjajahan mental" yang halus
yang sukar di kikis dari pemikiran mereka.
Lantaran
itu apabila dikritik para sahabat yang melakukan kezaliman, perzinaan,
peminuman arak, pencurian, penipuan, pembunuhan, pemalsuan hadith, pengambilan
dan pemberian rasuah, pencacian terhadap Nabi SAWA, penindasan terhadap anak
cucu Nabi SAWA dan lain-lain, mereka merasai bahawa agama Islam tercemar dan
asas Islam telah diruntuhkan kerana mereka menyangka bahawa para sahabat yang
melakukan jenayah-jenayah tersebut sebagai orang-orang yang sentiasa adil, yang
mesti dihormati kerana mereka adalah asas Islam.
Sebenarnya
mempertahankan para sahabat yang melakukan jenayah-jenayah tersebut atau
menyalahi nas bukanlah asas Islam, malah mereka mencemarkan hukum Allah dan
Sunnah RasulNya. Dan hanya menjadi asas kepada mazhab Ahlus Sunnah wal-Jama'ah
sahaja. Kerana Allah dan RasulNya menentang para sahabat tyang melakukan
jenayah-jenayah tersebut dan mereka dikira sebagai tidak adil dan berhak diberi
pembalasan sewajarnya. Bagi kita Ahlus Sunnah kita lebih meredhai dan mematuhi
hukum-hukum Abu Bakar dan Umar yang menyalahi nas dari nas. Dan ini adalah
aqidah kita Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang diasaskan oleh Abu l-Hasan al-Asy'ari
pada abad ketiga Hijrah.
Bagi
mengesahkan hak istimewa para sahabat yang memerintah dan menyalahi nas, kita
popularkan pula "hadith", "Apabila seorang hakim atau pemerintah
berijtihad dan betul, dia mendapat dua pahala dan jika tersalah (kerana
menyalahi nas umpamanya) dia mendapat satu pahala." Hadih ini pada
hakikatnya bertentangan dengan firman-firmanNya di antaranya di dalam Surah
al-Ahzab (33): 36:"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak
(pula) bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan
sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan
mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia
telah sesat, sesat yang nyata." Dan firmanNya dalam Surah al-Maidah (5):
49:".....dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka mengikut apa
yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka."
Dan
firmanNya di dalam Sirah al-Maidah (5):50:"Apakah hukum jahiliyyah yang
mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah
bagi orang-orang yang yakin?" Oleh itu hadith tersebut adalah lemah kerana
ianya bertentangan secara langsung dengan ayat-ayat tersebut apatah lagi jika
mereka menggunankan ijtihad sebagai alasan bagi menyalahi nas.
Kemudian
doktrin ini pula dijadikan hak istimewa penguasa-penguasa tertentu di dalam
dunia Sunni. Oleh itu sebarang pembetulan atau penentangan terhadap hak
istimewa penguasa-penguasa tersebut ke atas hukum Allah dan RasulNya di masa
ini dan seterusnya tidak akan terlaksana sepenuhnya tanpa pembetulan atau
penghapusan terhadap "hak istimewa penguasa-penguasa yang terdiri daripada
para sahabat yang menyalahi nas" yang menjadi "aqidah" kita
Ahlus Sunnah wal-Jama'ah.
Justeru
itu sebarang perjuangan atau penentangan kita Ahlus Sunnah terhadap kezaliman
bagi menegakkan sebuah negara Islam umpamanya, adalah terhad dan tidak pula
berterusan. Ini disebabkan kita sendiri terlibat secara langsung di dalam
kancah mempertahankan "hak istimewa" para sahabat yang menyalahi nas.
Justeru itu ianya bertentangan dengan firman Tuhan di dalam Surah Hud (11):
13:"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka kamu
akan disentuh api neraka."
Apabila
Ali AS menjadi khalifah, beliau tidak memberikan hak istimewa kepada
sesiapapun. Malah beliau menyamakan kedudukan semua orang dari segi keadilan
menurut al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAWA. Tindakan beliau itu tidak
disenangi oleh sebahagian mereka dan akhirnya berlaku Perang Jamal yang ketuai
oleh 'Aisyah, al-Zubair dan Talhah. Dan dialog telah berlaku di antara Khalifah
Ali AS dan al-Zubair. Beliau berkata kepada al-Zubair:"Jika aku mengetahui
anda ahli syurga, aku tidak akan memerangi anda." Tentang kesalahan
al-Zubair dalam peperangan Jamal, lihat al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal,
I, hlm. 103, Kitab Sulaim, hlm. 211.
Lantaran
itu hadith 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga itu adalah hadith-hadith
politik yang cuba menyatukan penyokong puak-puak yang bersengketa. Dalam
ertikata yang lain, sekalipun mereka yang 10 itu berperang dan caci-mencaci
tetapi akhirnya mereka ke syurga juga. Ini berlaku apabila seorang lelaki
mencaci Ali di Masjid Kufah, maka berdirilah Said bin Zaid (w.51H) seraya
berkata:"Aku mendengar Nabi bersabda bahawa 10 orang masuk syurga; iaitu
Ali, Talhah, al-Zubair, Said bin Abi Waqas, dan Abdu r-Rahman bin
Auf."Kemudian orang bertanya:"Siapakah yang kesepuluh?" Ia
menjawab:"Aku." Dalam lafaz yang lain nama Abu Ubaidah dimasukkan dan
Nabi pula tidak dimasukkan. [al-Turmudhi, Jami', hlm. 13 dan 183] Hadith ini
melalui Abdu r-Rahman bin Hamid yang didengarinya daripada ayahnya yang
mendengar daripada Abdu r-Rahman bin 'Auf. Hadith ini dianggap palsu kerana
ayah Abdu r-Rahman bin Hamid yang bernama al-Zuhri adalah seorang tabi'in,
bukanlah sahabat, ia dilahirkan pada 31 Hijrah, sementara Abdu r-Rahman bin Auf
meninggal pada tahubn 31 atau 32 Hijrah.
Kemudian
diikuti pula Perang Siffin yang diketuai oleh Muawiyah dan akhirnya Perang
Nahrawan. Sesungguhnya benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAWA kepada
Ali AS:"Sesungguhnya anda akan memerangi al-Nakithin (di Perang Jamal),
al-Qasitin (di Perang Siffin) dan al-Mariqin (di Nahrawan)"[al-Kanji
al-Syafi'i, Kifayah al-Talib, hlm. 169]
Demikianlah
perjuangan Khalifah Ali AS bagi menegakkan Sunnah Rasulullah SAWA sekalipun
beliau ditentang oleh para sahabatnya sendiri. Tetapi sayang sekali hasrat
beliau untuk mengembalikan kaum Muslimin kepada Sunnah Rasulullah SAWA kurang
mendapat sambutan, sehingga beliau menemui kesyahidannya tanpa kekayaan yang
ditinggalkannya.

Bani
Umaiyyah mencaci Ali AS di atas mimbar masjid selama 70 tahun, bermula dari
Muawiyah, berterusan sehingga pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Cacian
dihentikan selama dua tahun lebih, kemudian diteruskan semula.[al-Suyuti,
Tarikh al-Khulafa', hlm. 243]
Di
manakah kebaikan 100 tahun pertama, selain dari kurun lahirnya Nabi SAWA dan
keluarganya? Kenapa tidak dikatakan sahaja sebaik-baik makhluk ialah Nabi
Muhammad SAWA, kemudian keluarganya.

Kesimpulan
Khalifah
Abu Bakar,Umar dan Uthman berpendapat bahawa ijtihad boleh dilakukan walaupun
wujudnya nas. Pendapat ini kemudian dipegang oleh Ahlus Sunnah wal-Jama'ah.
Sementara Khalifah Ali AS berpendapat ijtihad tidak boleh dilakukan jika
wujudnya nas. Pendapat ini kemudian dipegang oleh Syi'ah (Mazhab Ja'fari).
Daripada
pendapat-pendapat Khulafa' Rasyidin lahirlah dua golongan hingga dewasa ini.
Pertama dikenali dengan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang mendokong ijtihad
ketiga-tiga khalifah meskipun ianya bertentangan dengan nas. Mereka juga
berpendapat bahawa pintu ijtihad telah ditutup.
Kedua
dikenali dengan Syi'ah (Mazhab Ja'fari) yang mendokong Khalifah Ali AS
berpegang kepada ijtihad tidak boleh melawan nas hingga dewasa ini. Meskipun
begitu mereka berpendapat bahawa pintu ijtihad masih terbuka. Lantaran itu
mereka mempunyai ramai para mujtahid di setiap masa dan terus berijtihad di
dalam soal-soal yang tidak bertentangan dengan nas.
Oleh
itu kesemua pendapat atau ijtihad Khulafa' Rasyidin harus dihormati dan
digabungkan di dalam satu wadah perpaduan iaitu ijtihad mestilah diteruskan
bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam di masa ini.
Kerana zaman Khulafa' Rasyidin sudah berlalu. Dan ianya menjadi satu contoh dan
pengajaran kepada kita semua.
Saya
mempunyai harapan yang tinggi bahawa perasaan fanatik dan kejumudan fikiran
akan dicairkan melalui pembacaan, kajian dan merujukkannya kepada Allah SWT dan
RasulNya SAWA. Semoga Allah memberkati kita semua bersama Khulafa' Rasyidin.
Amin.
____________________________________
TAMMAT
s
Assalamualaikum wr wb
BalasHapusTerimakasih banyak atas buku-buku yang ada di dalam blog ini, Mohon berkenan mengizinkan saya untuk "copy-paste" semua buku yang ada di Blog ini. Dengan harapan dapat menambah keimanan dan ketaqwaan, serta kecintaan kepada Rasulullah sawa dan Ahlul baithnya.
wassalam
Indonesia