Kitab Sulaim (2)


BAHAGIAN 2 (Akhir)


Salman telah menyebut nama lapan puluh orang yang menerima Ali a.s. sebagai pemimpin Mukminin

       Aku berkata: Aslaha-ka llahu. Adakah kalian akan menyebut nama lapan puluh orang itu? Maka Salman menyebut nama mereka seorang demi seorang. Kemudian Ali a.s., Abu Dhar dan al-Miqdad berkata: Memang benar apa yang dikatakan oleh Salman rahmatu llahi wa maghfiratu-hu ‘alaihim. Di antara orang yang disebutkannya adalah Abu Bakr, Umar, Abu ‘Ubaidah, Mu‘adh, Salim, lima daripada Ahli al-Syura, Ammar bin Yasir, Sa‘d bin ‘Ubadah, dan sebahagian daripada Ahli al-‘Aqabah, Ubayy bin Ka‘ab, Abu Dhar, al-Miqdad, sebahagian Ahli Badr, sebahagian mereka daripada kaum Ansar. Di kalangan mereka adalah Abu al-Haitham bin al-Taihan, Khalid bin Zaid, Abu Ayyub, Asyad bin Khidir dan Basyir bin Sa‘d.
       Sulaim berkata: Aku fikir aku telah berjumpa semua mereka. Aku telah bertanya kepada mereka. Aku telah berjumpa dengan mereka seorang demi seorang.Di kalangan mereka ada yang berdiam diri, tidak memberi apa-apa jawapan kepadaku dan menyembunyikannya daripadaku. Di kalangan mereka ada yang telah memberitahuku. Kemudian beliau berkata: Fitnah telah menimpa kita, ia telah mengambil hati, pendengaran dan penglihatan kita. Ia berlaku apabila Abu Bakr mendakwa telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda selepas itu: “Sesungguhnya kami Ahl al-Bait telah dimuliakan Allah dan Dia telah memilih untuk kami Dunia ke atas Akhirat. Dan sesungguhnya Allah enggan menghimpunkan kenabian dan khilafah”. Abu Bakr telah berhujah sedemikian ke atas Ali a.s. ketika dibawa dengan lehernya terikat untuk memberi bai‘ah. Empat orang membenarkannya dan memberi penyaksian. Mereka adalah Abu ‘Ubaidah, Salim, Umar dan Mu‘adh. Kami menyangka bahawa mereka itu benar.
       Manakala Ali memberi bai‘ah, beliau telah memberitahu kami bahawa Rasulullah Saw. telah pun bersabda kepadanya mengenai apa yang dikatakan oleh Abu Bakr itu. Beliau a.s. memberitahu bahawa mereka berlima telah menulis di kalangan mereka satu kitab (surat) perjanjian dan memeterainya di sekitar Ka‘bah bahawa jika Muhammad Saw. mati atau dibunuh, mereka akan menentang Ali (a.s.), mereka akan menjauhkannya daripada khilafah. Mereka meminta empat orang menjadi saksi: Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair. Mereka memberi penyaksian setelah Abu Bakr mewajibkan bai‘ahnya yang dilaknati lagi sesat (bai ‘atu-hu l-Mal‘unah wa Dallatu) ke atas kami.
       Maka kami telah mengetahui bahawa Ali a.s. tidak sekali-kali meriwayatkannya daripada Rasulullah Saw. secara batil. Dan para sahabat Muhammad Saw. yang terpilih telah memberi penyaksian kepadanya. Maka berkatalah orang yang berkata ucapan ini: Sesungguhnya kami merenung perkara ini selepas itu, maka kami terlintas sabda Rasulullah Saw. dan kami mendengar: Sesungguhnya Allah mencintai empat orang daripada para sahabatku dan Dia telah memerintahkanku mencintai mereka. Sesungguhnya Syurga merindui mereka (inna l-Jannata tasytaqu ilai-him).
       Maka kami bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Beliau bersabda: Saudaraku, wazirku, warisku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku adalah Ali bin Abu Talib, Salman al-Farisi, Abu Dhar dan al-Miqdad bin al-Aswad.[1] (Di dalam riwayat yang lain: Sesungguhnya Ali daripada mereka. Lalu beliau diam seketika. Kemudian bersabda: Sesungguhnya Ali daripada mereka,[2] Abu Dhar, Salman dan al-Miqdad). Sesungguhnya kami memohon ampun daripada Allah di atas apa yang kami telah lakukan. Kami telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda, tetapi kami tidak mengetahui takwilnya dan maknanya melainkan kebaikan.
       Beliau bersabda: Akan ditolak di Haudh beberapa kaum yang telah bersahabat dengan ku, terdiri daripada orang yang berkedudukan tinggi di sisiku sehingga apabila mereka berdiri di atas martabat mereka, mereka ditarik selain daripadaku. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku! Sahabatku, sahabatku, maka dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan selepas anda. Mereka sentiasa dalam keadaan kafir-murtad kebelakang semenjak aku berpisah dengan mereka.[3] Sekiranya semenjak Rasulullah Saw. wafat, kami telah menyerahkan khilafah kepada Ali a.s., kami mentaatinya, kami mengikutinya dan kami memberi bai‘ah kepadanya, nescaya kami mendapat hidayah. Tetapi Allah telah melaksanakan ikhtilaf, perpecahan dan bala. Lantaran itu, pasti berlaku apa yang telah Allah ketahui dan “mentakdirkannya”.



Wasiat Abu Dhar kepada Ali a.s. dan persoalan mengapa beliau tidak berwasiat kepada Uthman

       Sulaim bin Qais berkata: Aku telah menyaksikan Abu Dhar di Rabdhah ketika diusir oleh Uthman. Beliua telah berwasiat kepada Ali a.s. mengenai keluarga dan hartanya. Ada orang berkata: Kenapa anda tidak mewasiatkan kepada Amir al-Mukminin Uthman? Beliau menjawab: Aku telahpun berwasiat kepda Amir al-Mukminin yang sebenar, Amir al-Mukmunin Ali bin Abu Talib a.s. Kami telah menerimanya untuk kepemimpinan Muslimin pada masa Rasulullah Saw. dengan perintah Rasulullah.
       Beliau telah bersabda kepada kami: Kalian berilah salam kepada saudaraku, wazirku, warisku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku untuk kepemimpinan Mukminin,[4] kerana beliau adalah Dhar al-Ardh. Jika kalian tidak mendapatinya lagi, kalian akan mengingkari Bumi dan penghuninya. Maka aku melihat ‘Ijl (anak lembu jantan) umat ini dan Samirinya merujuk kepada Rasulullah Saw. dan berkata: Hak daripada Allah dan Rasul-Nya? Maka Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Hak daripada Allah dan Rasul-Nya. Dia telah memerintahkanku sedemikian.
       Apabila mereka berdua memberi salam kepada Ali untuk jawatan khalifah, merekapun keluar daripada rumah Ali a.s. dan terus berjumpa para sahabat mereka; Mu‘adh, Salim dan Abu ‘Ubaidah lalu berkata kepada mereka: Apakah gerangan lelaki ini (Rasulullah Saw.) selalu mengangkat sepupunya (Ali a.s.) yang tidak ada guna? (ma balu hadha r-rajuli ma zala yarfa‘u khassisata ibni ‘ammi-hi). Salah seorang daripada mereka berdua pula berkata: Sesungguhnya dia memperelokkan urusan sepupunya (anna-hu la yuhsinu amra ibni ‘ammi-hi). Semua mereka berkata: Tidak ada kebaikan kepada kami di sisinya (Rasulullah Saw.), jika Ali masih hidup (ma la-na ‘inda-hu khairun ma baqiya ‘Ali).
       Aku berkata: Wahai Abu Dhar! Adakah penerimaan khilafah ini selepas Haji Wida‘ atau sebelumnya? Maka beliau menjawab: Penerimaan pertama adalah sebelum Haji Wida‘. Adapun penerimaan kedua adalah selepas Haji Wida‘. Aku bertanya lagi: Bilakah berlaku perjanjian mereka berlima? Beliau menjawab: Pada Haji Wida‘. Aku bertanya: Beritahuku, aslaha-ka llahu, tentang dua belas orang Ashab al-‘Aqabah[5] yang bertopeng (mutalaththimin) yang mana mereka telah memecut unta betina yang sedang ditunggang oleh Rasulullah Saw. (an yunfiru bi Rasulillah al-Naqata), bilakah ia berlaku? Beliau menjawab: Di Ghadir Khum, dalam perjalanan Rasulullah (Saw.) dari Haji Wida‘.          Aku berkata: Aslaha-ka llahu, adakah anda telah mengenali mereka? Beliau menjawab: Ayyi wa llah, semua mereka. Aku bertaya: Dari manakah anda mengenali mereka sedangkan Rasulullah Saw. telah merahsiakan mereka kepada Hudhaifah? Beliau berkata: Ammar bin Yasir pemandu, sementara Hudhaifah adalah penarik. Maka beliau Saw. telah memerintahkan Hudhaifah supaya merahsiakannya (al-Kitman) dan tidak memerintah Ammar sedemikian.[6] Aku berkata: Sebutkan nama-nama mereka kepadaku? Beliau berkata: Lima Ashab al-Sahifah, lima Ashab al-Syura, ‘Umru ibn al- ‘As dan Mu‘awiyah.
       Aku berkata: Aslaha-ka llahu. Bagaimanakah Ammar dan Hudhaifah menghadapi mereka selepas Rasulullah (Saw.)? (Di dalam riwayat yang lain: Bagaimanakah Ammar dan Hudhaifah bertolak-ansur dengan mereka selepas Rasulullah?). Beliau menjawab: Mereka telah melahirkan taubat dan penyesalan (al-Nadamah) selepas itu. ‘Ijl mereka telah mendakwa satu kedudukkan (manzilatan), lalu dipersaksikan oleh Samiri mereka dan tiga orang yang bersama mereka bahawa mereka mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda sedemikian. Maka mereka berkata: Mudah-mudahan perkara itu berlaku selepas pertama. Maka dia telah mengadu pada orang yang disyaki di kalangan mereka. Tetapi mereka berdua telah bertaubat.
       Sulaim bin Qais berkata: Aku telah berjumpa Ammar pada masa pemerintahan Uthman selepas kematian Abu Dhar. Aku memberitahunya apa yang dikatakan Abu Dhar. Beliau berkata: Memang benar saudaraku (Abu Dhar), sesungguhnya beliau adalah lebih baik dan lebih benar daripada apa yang diberitahukan oleh Ammar daripada apa yang beliau tidak dengar daripadanya. Maka aku berkata: Aslaha-ka llahu dengan apakah anda telah membenarkan Abu Dhar?
       Beliau berkata: Aku naik saksi sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Langit dan bumi jarang sekali mempunyai orang di mana percakapannya lebih benar dan lebih baik daripada Abu Dhar.[7] Aku berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada daripada Ahl Bait anda? Beliau bersabda: Aku maksudkan orang selain daripada mereka.[8] Kemudian aku berjumpa Hudzaifah di al-Mada’in. Aku datang kepadanya dari Kufah. Aku sebutkan kepadanya apa yang dikatakan oleh Abu Dhar. Maka dia berkata: Subhana llah! Abu Dhar adalah lebih benar dan lebih baik daripada meriwayatkan daripada Rasulullah (Saw.) apa yang tidak disabdakan olehnya.[9]

Nabi Saw. memasuki rumah Fatimah a.s. ketika beliau sedang memasak

       Abban daripada Sulaim berkata: Ali bin Abu Talib salawatu llahi alaihi, Salman, Abu Dhar, al-Miqdad telah memberitahuku dan Abu al-Juhhaf Daud bin Abi ‘Auf al-‘Uafi meriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Rasulullah (Saw.) telah memasuki (rumah) Fatimah a.s. ketika beliau sedang memasak makanan untuk keluarganya. Ali a.s. sedang tidur di sudut rumah. Sementara al-Hasan dan al-Husain sedang tidur di sebelahnya. Maka Rasulullah Saw. duduk bersama Fatimah a.s. lalu bercakap kepadanya di mana beliau a.s. sedang memasak tanpa pembantu .

Al-Hasan dan al-Husain bangun daripada tidur dan berkata: “Wahai bapaku! Berilah aku minum”

       Tiba-tiba al-Hasan a.s. bangun dan terus datang kepada Rasulullah (Saw.) dan berkata: Wahai bapaku! Berilah aku minum. (Di dalam riwayat yang lain: Wahai datukku! Berilah aku minum). Maka Rasulullah (Saw.) telah mengambilnya kemudian berdiri berhampiran unta betinanya lalu memerah susunya dengan tangan. Kemudian beliau membawa mangkuk (‘ulbah) yang penuh dengan susu untuk diminum oleh al-Hasan. Maka al-Husain a.s. pun bangun dan berkata: Wahai bapaku! Berilah aku minum. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai anak lelakiku! Saudara anda adalah lebih besar daripada anda dan beliau telah memintaku memberikan minuman kepadanya sebelum anda. Maka al-Husain a.s. berkata: Berilah aku minum sebelumnya.
       Maka Rasulullah (Saw.) mulai mengucupnya dan melembutkannya sambil meminta supaya membiarkan saudaranya minum. Tetapi al-Husain a.s. enggan, lantas Fatimah a.s. berkata: Wahai bapaku! Seolah-olah anda mencintai al-Husain lebih daripada al-Hasan? Beliau bersabda: Aku bukanlah mencintainya lebih daripada al-Hasan. Sesungguhnya mereka berdua di sisiku adalah sama[10] (inna-huma ‘indi la-sawa’). Hanya al-Hasan telah memintaku memberi minum kepadanya lebih awal. Sesungguhnya aku, anda, mereka berdua dan yang sedang tidur akan ke Syurga dalam satu darjat.[11]
       Beliau berkata: Ali a.s. sedang tidur dan beliau tidak tahu apa yang berlaku. Beliau berkata: Pada suatu hari Rasulullah (Saw.) telah melalui mereka berdua yang sedang bermain, lalu Rasulullah (Saw.) mengambil mereka berdua dan meletakkan mereka di atas bahunya. Kemudian beliau terserempak dengan seorang lelaki. (Di dalam riwayat yang lain: Beliau terserempak dengan Abu Bakr lalu berkata: Sebaik-baik pengembara adalah anda.

Sabda Rasulullah Saw. kepada Abu Bakr: “Sebaik-baik orang yang menunggang adalah mereka berdua”

       Rasulullah (Saw.) bersabda: Sebaik-baik orang yang menunggang adalah mereka berdua. Mereka berdua adalah dua cahaya mataku di dunia. Beliau berkata: Manakala beliau sampai bersama mereka berdua di rumah Fatimah, mereka mulai ‘bermain gusti’. Maka Rasulullah (Saw.) mulai bersabda: Hih ya Hasan. Maka Fatimah a.s. berkata: Adakah anda bersabda: Hih ya Hasan sedangkan beliau lebih besar daripadanya? Rasulullah (Saw.) bersabda: Ini Jibril berkata: Hih ya Husain. Maka al- Husain melawan al-Hasan.
       Beliau berkata: Pada suatu hari Rasulullah (Saw.) melihat kepada kedua-duanya dan bersabda: Dua ini, demi Tuhan! Adalah penghulu pemuda Syurga dan bapa mereka berdua adalah lebih baik daripada mereka berdua. Sesungguhnya orang yang paling baik di sisiku, paling kucintai dan kumuliakan adalah Ali bapa kalian berdua, kemudian ibu kalian berdua. Tidak ada di sisi Allah seorangpun yang lebih baik (afdal) daripadaku dan saudaraku, wazirku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku iaitu Ali bin Abu Talib (a.s.).[12]
       Apabila beliau mati, maka anak lelakiku al-Hasan selepasnya. Apabila beliau mati, maka anak lelakiku al-Husain selepasnya. Kemudian sembilan imam daripada keturunan al-Husain, pembimbing Ilahi. Mereka bersama kebenaran dan kebenaran adalah bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengannya dan kebenaran tidak akan berpisah dengan mereka sehingga Hari Kiamat.[13] Merekalah Dhar al Ard di mana Bumi “bersandar” kepada mereka.
       Mereka adalah tali Allah yang kukuh (Hablu llahi l-Matin). Mereka adalah ikatan Allah yang teguh (‘Urwatu l-Wuthqa) yang tidak akan bercerai. Mereka adalah hujah-hujah Allah di Bumi-Nya dan para saksi-Nya di atas makhluk-Nya, khazanah ilmu-Nya dan galian hikmah-Nya. Kedudukan mereka sepertilah bahtera Nuh. Sesiapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan tenggelam. Kedudukan mereka sepertilah Pintu Taubat Bani Israil (Bab Hittah). Sesiapa yang memasukinya adalah Mukmin dan sesiapa yang keluar daripadanya adalah kafir. Allah telah mewajibkan di dalam al-Qur’an mentaati mereka dan mewalikan mereka. Sesiapa yang mentaati mereka, maka dia mentaati Allah. Dan sesiapa yang menderhakai mereka, maka dia menderhakai Allah.[14]
       Dan beliau berkata: Al-Husain a.s. telah datang kepada Rasulullah (Saw.) di mana Rasulullah sedang sujud, lantas beliau melangkahi beberapa saf sehingga menghampiri Nabi (Saw.), lalu naik di atas belakangnya. Rasulullah (Saw.) berdiri dan meletakkan tangannya di atas belakang al-Husain a.s. dan tangannya yang satu lagi di atas lututnya sehingga beliau menyelesaikan solatnya.
       Pada suatu ketika al-Husain a.s. mendatangi Nabi (Saw.) yang sedang memberi khutbah di atas mimbar, lalu naik di atas bahu Nabi (Saw.) dan menghulurkan kedua kakinya kepada dada Nabi Saw. yang sedang berkhutbah. Lantas beliau memegangnya sehingga menyelesaikan khutbahnya.[15]

Ucapan ‘Umru ibn al-‘As di Syam dan kecamannya terhadap Ali a.s.

       Abban daripada Sulaim berkata: Amir al-Mukminin salawatu llahi ‘alaihi telah menyampaikan bahawa ‘Umru ibn al-‘As memberi khutbah kepada orang ramai di Syam dan berkata: Rasulullah (Saw.) telah mengutusku dalam satu misi tentera bersama Abu Bakr dan Umar. Maka aku menyangka bahawa beliau mengutusku kerana kemuliaanku di sisinya. Semasa aku datang, akupun berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling anda cintai? Beliau menjawab: ‘Aisyah. Aku berkata: Di kalangan lelaki? Beliau menjawab: Bapanya. Wahai manusia! Ini Ali mencaci Abu Bakr, Umar dan Uthman.
       Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan kedamaian di lidah Umar dan hatinya. Dan beliau bersabda kepada Uthman: Sesungguhnya Malaikat malu kepada Uthman. Diriwayatkan pada masa Umar, sesungguhnya Nabi Allah telah melihat kepada Abu Bakr dan Umar yang sedang datang maka beliau bersabda: Wahai Ali! Kedua-dua ini adalah penghulu orang tua di Syurga bagi orang terdahulu dan terkemudian selain daripada nabi-nabi mursalin. Dan janganlah anda memberitahu kepada mereka berdua sedemikian nescaya mereka berdua akan binasa.[16]

Ucapan Ali a.s. menjawab tuduhan dan pembohongan ‘Umru ibn al-‘As

       Lantas Ali a.s. berdiri dan berkata: Aneh bagi taghut ahli Syam mereka telah menerima kata-kata ‘Umru dan membenarkannya. Berapa banyak kata-katanya, pembohongannya dan kurang waraknya telah membohongi Rasulullah (Saw.). Dan sesungguhnya beliau (Saw.) telah melaknatinya lebih daripada tujuh puluh kali dan melaknati sahabatnya yang diseru olehnya beberapa kali. Ini berlaku apabila dia menghina Rasulullah (Saw.) dengan tujuh puluh bait qasidah.
       Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai Tuhanku! sesungguhnya aku tidak akan mengemukakan syair dan aku tidak pula menghalalkannya. Maka Kau laknatilah dia bersama-sama Malaikat pada setiap bait satu laknat sehingga Hari Kiamat.[17] Kemudian apabila mati Ibrahim bin Rasulullah (Saw.), dia berdiri dan berkata: Sesungguhnya Muhammad telah terputus zuriatnya (abtar). Sesungguhnya aku adalah orang yang paling benci kepadanya dan orang yang paling kuat mengatakan keburukan kepadanya.
       Maka Allah menurunkan firman-Nya di dalam Surah al-Kauthar (108): 3 kepadanya. ‘‘Sesungguhnya orang yang membencimu akan musnah”, yakni musnah daripada iman dan daripada segala kebaikan yang didapati daripada umat ini, sama ada akibat daripada pembohonganya atau kemunafikannya. Seolah-olah aku berada di hadapan pembaca-pembaca lemah yang bertungkus-lumus meriwayatkan hadisnya dan membenarkannya. Mereka berhujah ke atas kami Ahl al-Bait dengan pembohongannya bahawa kami berkata: Sebaik-baik umat ini adalah Abu Bakr dan Umar. Dan seandainya mahu, anda tambah sahaja yang ketiga. Demi Tuhan! dia tidak mahu kata-katanya tentang ‘Aisyah dan bapanya melainkan bagi mendapatkan keridhaan Mu‘awiyah. Sesungguhnya dia berusaha untuk mendapatkan keridhaannya dengan kemurkaan Allah. Adapun kata-katanya yang dia menyangka telah mendengarnya daripadaku, adalah tidak benar.
       Demi Dia yang mengembangkan bijian dan menciptakan makhluk hidup, sesungguhnya Dia mengetahui bahawa dia telah membohongiku secara yakin. Sesungguhnya Allah tidak akan mendengarkannya daripadaku secara tersembunyi maupun secara terang-terangan. Wahai Tuhanku! Laknatlah ‘Umru dan laknatlah Mu‘awiyah kerana mereka berdua menentang jalan Anda dan pembohongan mereka berdua terhadap Kitab Anda dan memandang ringan terhadap Nabi Anda serta melakukan pembohongan ke atasnya dan ke atas aku.[18]

Mu‘awiyah memerintahkan supaya diriwayatkan hadis-hadis palsu bagi menghina Ali a.s.

       Sulaim berkata: Kemudian Mu‘awiyah telah menyeru Qurra’ ahli Syam (qari/guru agama) dan kadi-kadi mereka, lalu memberi mereka harta-harta dan menggalakkan mereka di segenap pelusuk negeri supaya meriwayatkan hadis-hadis palsu (al-Riwayat al-Kadhibah), dan meletakkan asas-asas yang batil dan memberitahu mereka bahawa Ali telah membunuh Uthman dan membersihkan diri daripada Abu Bakr dan Umar. Sesungguhnya Mu‘awiyah telah menuntut darah Uthman bersama-samanya Abban bin Uthman dan anak-anak Uthman yang lain sehingga mereka dapat menguasai hati ahli Syam dan menyatukan mereka selama dua puluh tahun.[19]
       Dia telah mengemukakan kepada pembantu-pembantunya yang batil dengan makanan dan minuman serta pemberian tanah sehingga yang kecil menjadi besar dan yang besar menjadi tua. Mereka melaknati Ali, pembunuh Uthman. Keadaan itu berterusan disebabkan kejahilan orang ramai, kerana mereka mengikut para imam yang sesat dan penyeru-penyeru kepada Neraka. Allah adalah cukup bagi kita dan Dia adalah sebaik-baik wakil. Firman-Nya di dalam Surah al-An‘am (6): 35 “Sekiranya Allah mahu, nescaya Dia kumpulkan mereka di atas petunjuk”.

Surat Mu‘awiyah kepada gabenor Ziyad tentang Syi‘ah Ali a.s.

       Abban daripada Sulaim berkata: Penulis Ziyad bin Samiyyah adalah seorang Syi‘i, dan beliau adalah sahabatku. Beliau membacakan kepadaku surat yang ditulis oleh Mu‘awiyah kepada Ziyad sebagai jawapan kepada suratnya.
       Amma ba‘d (adapun kemudian daripada itu), sesungguhnya anda telah menulis kepadaku bertanyakan tentang Arab, siapakah yang paling mulia daripada mereka, siapakah yang paling hina, siapakah yang paling akrab, siapakah yang paling jauh, siapakah yang paling aman dan siapakah yang paling ditakuti?
       Aku, wahai saudaraku, adalah orang yang paling mengetahui tentang Arab. Aku melihat kepada suku daripada Yaman, maka aku memuliakan mereka pada lahirnya (‘Alaniyyati), tetapi aku menghina mereka secara senyap-senyap (fi s-Sirri). Demikianlah aku telah lakukan kepada mereka. Aku memuliakan mereka pada majlis-majlis mereka dan aku menghina mereka ketika bersendirian. Mereka adalah orang yang paling jahat di sisiku. Kelebihan anda dan kemurahan anda selain daripada mereka, adalah rahsia daripada mereka.
       Aku melihat kepada Rabi‘ah ibn Nazar, maka aku memuliakan ketua-ketua mereka dan aku menghina orang awam mereka. Kerana orang awam mereka mengikut ketua-ketua mereka. Aku melihat kepada Mudar, maka aku lakukan polisi pecah dan perintah. Kerana jika anda melakukan sedemikian, maka itu adalah cukup untuk membendung yang lain. Aku melihat kepada al-Mawali (asal hamba) dan orang yang memeluk Islam daripada orang ‘Ajam, maka lakukanlah kepada mereka dengan sunnah Umar bin al-Khattab. Kerana itu adalah satu penghinaan kepada mereka bagi mengahwini Arab dan Arab pula tidak boleh mengahwini mereka.[20] Sementara Arab boleh mewarisi mereka, dan mereka pula tidak boleh mewarisi Arab.
       Hendaklah anda memotong pemberian dan upah kepada mereka. Jika mereka dihantar ke Medan perang, tugas mereka adalah membaiki jalan dan memotong pokok-pokok. Tidak seorangpun daripada mereka dibenarkan untuk menjadi imam kepada orang Arab di dalam solat. Tidak seorangpun daripada mereka dibenarkan berada di saf pertama di dalam solat jika ia dihadiri oleh Arab melainkan bagi memenuhi saf. Janganlah anda melantik seorangpun daripada mereka ke kampung-kampung pendalaman Muslimin. Tidak seorangpun daripada mereka dibenarkan bagi melakukan hukuman ke atas Muslimin. Kerana ini adalah sunnah dan sirah Umar pada mereka.[21] Balasan-Nya daripada umat Muhammad dan Bani Umayyah secara khusus adalah sebaik-baik balasan.
       Sekiranya dia (Abu Bakr) dan sahabatnya (Umar) tidak melakukannya dengan kekuatan dan kekerasan pada agama Allah, nescaya kami dan semua umat akan menjadi Mawali kepada Bani Hasyim. Mereka mewarisi khilafah seorang demi seorang sebagaimana Kaisar dan Kisra. Tetapi Allah telah mengeluarkannya daripada Bani Hasyim dan menjadikannya untuk Bani Taim bin Murrah, kemudian keluar kepada Bani ‘Adi bin Ka‘ab. Tidak ada pada Quraisy dua suku yang lebih hina daripada kedua-duanya. Aku tidak bertolak-ansur, lalu mereka berdua memberi laluan kepada kami mengenainya. Kami lebih berhak dengannya daripada mereka berdua dan keturunan mereka berdua, kerana kami mempunyai kekayaan dan mahir di dalam peperangan. Kami adalah lebih akrab kepada Rasulullah tentang pertalian rahim daripada mereka berdua.
       Kemudian sahabat kami Uthman telah mendapatnya melalui Syura dan keridhaan umum selepas Syura selama tiga hari yang terdiri daripada enam ahli. Tetapi ada orang yang telah mendapatnya tanpa Syura sebelumnya. Manakala sahabat kami dibunuh secara zalim, maka kami telah mendapatkannya, kerana siapa yang dibunuh secara zalim maka kami jadikan kekuasaan (sultanan) bagi walinya.
       Wahai saudaraku! Jika Umar telah menjadikan diyah hamba separuh diyah al-Mawali sebagai sunnahnya, nescaya ia adalah lebih hampir kepada takwa. Jika aku dapati jalan kepadanya, aku harap orang ramai akan menerimanya nescaya aku akan melakukannya. Tetapi aku hampir dengan peperangan, maka aku takut perpecahan orang ramai dan perselisihan mereka ke atasku. Cukuplah apa yang telah disunnahkan oleh Umar pada mereka sebagai penghinaan kepada mereka.(Di dalam riwayat yang lain: Wahai saudaraku! Sesungguhnya jika Umar tidak menjadikan diyah al-Mawali separuh daripada diyah Arab sebagai sunnah, demikian itu lebih hampir kepada takwa, nescaya Arab tidak ada kelebihan ke atas orang ‘Ajam).
       Apabila sampai suratku ini, maka hinalah orang ‘Ajam dan janganlah anda meminta tolong dengan seorangpun daripada mereka dan janganlah anda menunaikan hajat mereka. Demi Tuhan! Sesungguhnya anda adalah anak lelaki Abu Sufyan. Anda telah keluar daripada sulbinya.[22] Sesungguhnya anda memberitahuku dan anda di sisiku wahai saudaraku adalah benar. Anda telah membaca surat Umar kepada al-Asy‘ari di Basrah, anda pada masa itu penulisnya sedangkan dia adalah gabenornya di Basrah.
       Anda adalah orang yang paling hina di sisinya, anda pada hari itu terasa hina diri kerana anda menyangka anda adalah maula Thaqif. Jika anda mengetahui pada hari itu secara yakin seperti keyakinan anda pada hari ini bahawa anda adalah anak lelaki Abu Sufyan, nescaya anda membesarkan diri anda dan anda menjadi sombong menjadi penulis (kerani) kepada al-Asy‘ari. Anda dan kami mengetahui secara yakin bahawa Abu Sufyan mengikut jejak langkah Umayyah bin ‘Abd Syamsin. Ibn Abi Mu‘it memberitahuku bahawa sesungguhnya anda telah membaca surat Umar kepada Abu Musa al-Asy‘ari.
       Dia telah menghantar kepadanya tali sepanjang lima jengkal (Asybar) dan berkata kepadanya: Bentangkannya kepada ahli Basrah. Sesiapa yang anda dapati daripada al-Mawali dan orang ‘Ajam yang memeluk Islam sepanjang lima jengkal, maka kemukakannya dan penggalkan kepalanya.[23] Lantaran itu, Abu Musa telah bermesyuarat dengan anda mengenainya, maka anda menentangnya dan anda memintanya supaya merujuk balik, maka dia melakukannya. Lantas anda membawa surat itu kepada Umar. Anda melakukannya kerana ta‘assub anda kepada al-Mawali. Anda pada masa itu menyangka bahawa anda adalah hamba kepada Thaqif. Anda selalu bersama Umar sehingga anda membuatnya meninggalkan pendapatnya. Dia ditakutkan oleh perpecahan orang ramai, lalu meninggalkan pendapatnya.
       Anda berkata kepadanya: Apa yang membuat anda terasa selamat sedangkan anda memusuhi Ahl Bait ini. Mereka akan datang beramai-ramai kepada Ali bagi menentang anda. Lantaran itu, dia akan menghilangkan kerajaan anda? Justeru itu, berhentilah daripada melakukannya. Aku tidak tahu wahai saudaraku bahawa anak yang lahir daripada Abu Suftan lebih menjadi ancaman ke atas mereka seperti anda menolak pendapat Umar dan anda telah menghalangnya.
       Dan dia memberitahuku bahawa apa yang membuatnya mengubah pendapatnya di dalam memerangi mereka kerana anda berkata bahawa anda telah mendengar Ali bin Abu Talib berkata: Orang A‘jam akan menentang kalian kembali kerana agama ini, sebagaimana kalian telah memukul mereka pada permulaan. Dan dia berkata: Allah akan memenuhi tangan-tangan kalian daripada orang A‘jam untuk menjadi singa yang tidak akan lari, maka mereka akan memenggal kepala kalian dan akan mengalahkan kalian daripada kumpulan kalian.[24] Dia berkata kepada anda bahawa dia telah mendengarnya daripada Rasulullah (Saw.). Maka inilah yang mendorongku untuk menulis surat ini kepada sahabat anda di dalam memerangi mereka. Aku telah berazam untuk menulis kepada semua gabenorku di seluruh negara.
       Maka aku berkata kepada Umar: Janganlah anda lakukan, wahai Amir al-Mukminin!. Aku tidak berasa aman kerana Ali akan menyeru mereka untuk membantunya. Mereka adalah ramai dan anda mengetahui tentang keberanian Ali dan Ahl Baitnya serta permusuhannya terhadap anda dan sahabat anda. Justeru itu, anda telah menolak pendapatnya. Anda memberitahuku bahawa anda menolaknya di atas dasar asabiyah dan anda tidak akan berpatah balik sebagai pengecut. Anda memberitahuku bahawa anda telah memberitahu Ali semasa pemerintahan Uthman, maka dia memberitahu anda bahawa pemegang-pemegang bendera hitam (Ashab Rayat al-Sud) yang datang dari Khurasan adalah orang A‘jam. Merekalah yang akan mengalahkan Bani Umayyah di atas kerajaan mereka dan membunuh mereka di mana-mana.
       Sekiranya anda, wahai saudaraku! Tidak menolak pendapat Umar mengenainya, nescaya sunnah telah berlaku dan Allah memusnahkan mereka dan khalifah-khalifah selepasnya akan menjadikannya sunnah sehingga tidak tinggal seorangpun daripada mereka. Mereka membahayakan agama. Alangkah banyaknya apa yang telah disunnahkan oleh Umar pada umat ini yang menyalahi Sunnah Rasulullah, tetapi orang ramai mengikutinya dan mengambilnya sebagai sunnah.
       Lantaran itu, ini adalah seperti sebahagian daripadanya. Antaranya dia telah memindahkan Maqam Ibrahim daripada tempat yang telah diletakkan oleh Rasulullah,[25] gantang Rasulullah dan cupaknya ketika dia mengubah dan menambahkannya, larangannya terhadap orang yang berjanabah daripada melakukan tayammum,[26] dan banyak lagi perkara yang bermacam-macam yang melebihi seribu bab, tetapi yang paling besar, paling kami sukai dan menyenangkan kami adalah hilangnya khilafah daripada Bani Hasyim (wa aqarru-ha li a‘yini-na za’ilatu l-khilafati min Bani Hasyim), daripada ahlinya dan tempatnya.[27]
       Kerana khilafah tidak layak selain daripada mereka dan Bumi tidak layak melainkan dengan mereka. Apabila anda membaca suratku ini, maka rahsiakan isi kandungannya dan musnahkannya Dia berkata: Manakala Ziyad membaca surat tersebut, dia menghentaknya ke tanah kemudian datang kepadaku sambil berkata: Neraka Wail bagiku, daripada apa yang telah aku keluar dan pada apa yang telah aku masuk. Aku adalah daripada Syi‘ah Ali Muhammad, lalu aku memasuki Syi‘ah Syaitan, partinya dan Syi‘ah orang yang telah menulis surat ini. Sesungguhnya perumpamaanku demi Tuhan! Seperti Iblis yang enggan sujud kepada Adam kerana takbur, kafir dan hasad.

Sabda Nabi Saw. kepada ‘Aisyah supaya tidak menyakiti hatinya berkenaan dengan Ali a.s.

       Sulaim berkata: Aku telah mendengar Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad, lalu aku bertanya kepada Ali bin Abu Talib mengenainya. Maka beliau berkata: Mereka memang benar (sadaqu). Mereka berkata: Ali a.s. telah masuk berjumpa Rasulullah Saw. dan ‘Aisyah sedang duduk di belakangnya. Rumah dipenuhi dengan ahlinya. Di kalangan mereka terdapat lima Ashab al-Shifah dan lima Ashab al-Syura, maka beliau tidak mendapati ruang duduk Maka Rasulullah (Saw.) telah memberi isyarat kepadanya di sini (ha huna) iaitu di belakangnya. ‘Aisyah sedang duduk di belakangnya dan di atasnya pakaian (kisa’). Maka Ali (a.s.) datang dan duduk di antara Rasulullah dan ‘Aisyah. Maka ‘Aisyah menjadi marah dan berkata: Rumahku tidak ada ruang lagi untuk anda.
       Lalu Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Wahai Humaira’! Janganlah anda menyakitiku pada sudaraku Ali,[28] kerana beliau adalah Amir al-Mukminin, penghulu Muslimin, yang mempunyai muka yang berseri-seri pada Hari Kiamat, Allah mendudukkannya di atas titian (Sirat). Beliau yang membahagikan Neraka. Beliau memasukkan para walinya ke Syurga dan memasukkan musuh-musuhnya ke Neraka.[29]

Surat Mu‘awiyah kepada Ali a.s. yang dihantar oleh Abu al-Darda’ dan Abu Hurairah

       Abban daripada Sulaim berkata: Abu Hurairah al-‘Abdi menyangka sesungguhnya dia telah mendengarnya daripada Umar ibn Abi Salmah bahawa Mu‘awiyah memanggil Abu Darda’ dan kami bersama Amir al-Mukminin (a.s.) di Siffin. Dan dia memanggil Abu Hurairah.
       Kemudian dia berkata kepada mereka berdua: Kalian berdua pergilah kepada Ali, maka sampaikan salamku kepadanya dan katakan kepadanya: Demi Tuhan! Sesungguhnya aku mengetahui bahawa anda adalah orang yang paling aula dengan khilafah, dan lebih berhak dengannya daripadaku. Kerana anda daripada Muhajirin yang terawal dan aku daripada Tulaqa’.[30] Aku bukan seperti anda yang terawal masuk Islam, kekerabatan anda dengan Rasulullah, keilmuan anda dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Kaum Muhajirin dan Ansar telah memberi bai‘ah kepada anda selepas mereka bermesyuarat selama tiga hari. Kemudian mereka mendatangi anda dan memberi bai‘ah kepada anda secara sukarela, tanpa paksaan.
       Dan orang pertama yang memberi bai‘ah kepada anda adalah Talhah dan al-Zubair. Kemudian mereka berdua telah menarik bai‘ah daripada anda, menzalimi anda dan menuntut apa yang mereka tidak ada hak. Telah sampai kepadaku bahawa anda menguzurkan diri daripada pembunuhan Uthman dan anda membersihkan diri daripada darahnya. Anda menyangka bahawa dia dibunuh semasa anda berada di rumah anda. Sesungguhnya anda berkata ketika dia dibunuh: Wahai Tuhanku! Aku tidak meridhainya dan cenderung kepadanya.
       Dan anda telah berkata kepadanya pada Hari Jamal[31] ketika mereka menyeru: Wahai pemberontak-pemberontak Uthman! Anda berkata: Tundukkan pembunuh-pembunuh Uthman hari ini, kerana muka-muka mereka ke Neraka. Adakah kami telah membunuhnya? Sesungguhnya dia telah dibunuh oleh mereka berdua dan isteri-isteri mereka berdua. Mereka telah memerintahkan pembunuhannya dan aku pada masa itu berada di rumahku. Aku adalah sepupu Uthman dan orang yang menuntut darahnya. Sekiranya perkara tersebut sebagaimana anda katakan, maka berilah kepada kami pembunuh-pembunuh Uthman, kami akan membunuh mereka wahai sepupu kami dan kami akan memberi bai‘ah kepada anda dan menyerahkan urusan khilafah kepada anda. Ini adalah yang pertama.
       Adapun yang kedua: Mata-mataku telah memberitahuku dan surat-surat daripada para penyokong Uthman telah sampai kepadaku dan di kalangan mereka ada yang berperang bersama anda. Kami menganggapnya sebagai orang yang sependapat dengan anda dan meridhai perintah anda. Tetapi hawa nafsunya bersama kami dan hatinya di sisi kami, namun jasadnya bersama anda dan anda melahirkan (kepatuhan) kepada wilayah Abu Bakr dan Umar serta berlembut dengan mereka berdua sedangkan anda tidak melakukan sedemikian kepada Uthman dan anda tidak melaknatinya.
       Telah sampai kepadaku bahawa anda apabila bersama kumpulan anda yang jahat dan Syi‘ah anda yang sesat lagi pembohong, anda membersihkan diri anda daripada Abu Bakr, Umar dan Uthman serta melaknati mereka. Anda mendakwa bahawa anda adalah wasi Rasulullah (Saw.) pada umatnya dan khalifahnya pada mereka. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas Muslimin mentaati anda dan memerintahkan supaya menjadikan anda sebagai wali di dalam Kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Muhammad melakukan sedemikian itu pada umatnya dan menurunkan ke atasnya firman-Nya dalam Surah al-Ma’idah (5): 67 “Hai Rasul! Sampaikan apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan sekiranya kamu tidak melakukannya, maka kamu tidak menyampaikan amanat-Nya dan Allah akan memelihara kamu daripada (gangguan) manusia”
       Maka beliau telah mengumpulkan Quraisy, Ansar dan Bani Umayyah di Ghadir Khum. Beliau telah menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada anda. Beliau memerintahkan supaya orang yang datang menyampaikannya kepada orang yang tidak datang. Beliau memberitahu mereka bahawa anda adalah aula dengan mereka daripada diri mereka sendiri dan kedudukan anda di sisinya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.[32] Dan telah sampai kepadaku bahawa anda tidak memberi khutbah melainkan anda berkata sebelum anda turun dari mimbar anda: Demi Tuhan! Sesungguhnya aku adalah orang yang paling aula dan aku masih dizalimi semenjak Rasulullah (Saw.) wafat.
       Sekiranya apa yang sampai kepadaku mengenai anda itu adalah benar, maka kezaliman Abu Bakr dan Umar terhadap anda adalah lebih besar daripada kezaliman Uthman. Kerana telah sampai kepadaku bahawa anda berkata: Rasulullah (Saw.) wafat dan kami adalah saksi-saksinya.[33] Umar telah memberi bai‘ah kepada Abu Bakr tanpa meminta anda menjadi pemimpin dan tidak pula bermesyuarat dengan anda. Dua lelaki itu telah bertengkar dengan kaum Ansar dengan hak anda, hujah anda dan kekerabatan anda dengan Rasulullah (Saw.).
       Sekiranya mereka berdua menerima anda dan memberi bai‘ah kepada anda, nescaya Uthman adalah orang yang paling cepat melakukannya kerana kekerabatan anda dengannya dan hak anda ke atasnya; dia adalah sepupu anda (dua kali). Abu Bakr menjadi khalifah, kemudian memberinya kepada Umar ketika matinya tanpa bermesyuarat dengan anda dan tidak pula meminta anda menjadi khalifah ketika dia melantiknya.
       Kemudian Umar menjadikan anda Ahli Syura di kalangan kalian berenam. Dia mengeluarkan kaum Muhajirin, Ansar dan selain daripada mereka. Maka kalian melantik Ibn ‘Auf pada hari ketiga semasa kalian melihat orang ramai berhimpun dan menghunus pedang mereka. Mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa sekiranya matahari terbenam dan kalian masih tidak memilih salah seorang daripada kalian, mereka akan memenggal kepala kalian. Mereka akan melaksanakan perintah Umar dan wasiatnya. Maka kalian melantik Ibn ‘Auf, lalu dia memberi bai‘ah kepada Uthman. Lalu kalian memberi bai‘ah kepadanya.
       Kemudian Uthman dikepong, lalu dia meminta bantuan, tetapi kalian tidak membantunya. Dia telah menyeru kalian, tetapi kalian tidak menyahut seruannya. Bai‘ahnya berada di tengkuk kalian, wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Kalian menjadi saksi, kalian membenarkan orang-orang Mesir sehingga mereka membunuhnya dan beberapa kumpulan daripada kalian telah membantu pembunuhannya.
       Orang ramai telah menghinanya, maka kalian dalam perkara ini adalah antara pembunuh, pesuruh dan pengecut. Kemudian orang ramai memberi bai‘ah kepada anda dan anda lebih berhak dengannya daripadaku. Lantaran itu, dapatkan aku pempunuh-pembunuh Uthman sehingga aku membunuh mereka semua dan aku akan menyerahkan urusan khilafah kepada anda. Aku dan semua kumpulanku daripada Ahli Syam akan memberi bai‘ah kepada anda.

Jawapan Ali a.s. kepada Mu‘awiyah melalui Abu al-Darda’ dan Abu Hurairah

       Manakala Ali membaca surat Mu‘awiyah yang disampaikan kepadanya oleh Abu Darda’ dan Abu Hurairah, Ali a.s. berkata kepada Abu Darda’ dan Abu Hurairah: Kalian berdua telah menyampaikan kepadaku apa yang diutuskan oleh Mu‘awiyah. Justeru itu, kalian berdua dengarlah daripadaku dan sampaikanlah kepadanya: Katakan kepadanya bahawa Uthman tidak lebih daripada menjadi salah satu daripada dua orang lelaki. Sama ada dia seorang imam yang dapat petunjuk, haram darahnya, wajib membantunya, tidak halal kemaksiatannya dan umat tidak boleh menghinanya. Atau seorang imam yang sesat,[34] halal darahnya, tidak halal mewalikannya dan membantunya. Lantaran itu, dia tidak terlepas daripada salah satu daripada dua sifat.
       Wajib pada hukum Allah dan hukum Islam ke atas Muslimin selepas mati imam mereka atau dia dibunuh dalam keadaan sesat atau dalam keadaan mendapat hidayah (muhtadiyan), tetapi dizalimi (mazlum) atau dia dibunuh dalam keadaan zalim, halal darahnya atau haram darahnya, janganlah mereka melakukan sesuatu perkara atau mereka mencipta perkara yang baru, janganlah mereka mengemukakan bantuan, malah janganlah mereka memulakan sesuatu sebelum mereka memilih untuk diri mereka seorang imam yang baik, alim, warak dan arif dengan Qadha’ dan Sunnah.
       Kerana dialah yang akan menumpukan kepada urusan mereka, memberi hukuman di kalangan mereka, mengambil hak orang yang dizalimi daripada orang yang zalim, menjaga keselamatan mereka. Dia memungut Fai’ mereka, mendirikan hujah mereka dan memungut zakat mereka. Kemudian mereka merujukkan hukuman mengenai imam mereka yang dibunuh kepadanya supaya dia menghukum mereka dengan kebenaran. Sekiranya imam mereka dibunuh di dalam keadaan dizalimi, dia akan menghukum untuk para walinya dengan darahnya.
       Sekiranya dia dibunuh di dalam keadaan dia sendiri seorang yang zalim, maka dalam menjatuhkan hukuman ke atasnya, beberapa perkara hendaklah diambil-kira. Inilah perkara pertama yang harus mereka lakukan iaitu mereka memilih seorang imam yang akan menumpukan urusan mereka. Dan sekiranya pemilihan itu untuk mereka, mereka mengikutinya dan mematuhinya. Dan sekiranya pemilihan itu bagi Allah dan Rasul-Nya, maka Allah telah cukup bagi mereka membuat renungan dan pemilihan mengenainya. Rasulullah (Saw.) telah meridhai untuk mereka seorang imam dan memerintahkan mereka mentaati dan mengikutinya.
       Orang ramai telah memberi bai‘ah kepadaku selepas pembunuhan Uthman. Kaum Muhajirin dan Ansar memberi bai‘ah kepadaku selepas mereka bermesyuarat denganku selama tiga hari. Mereka jugalah yang telah memberi bai‘ah kepada Abu Bakr, Umar dan Uthman serta memperkukuhkan imamah mereka. Aku adalah ahli Badr dan terawal Islam daripada Muhajirin dan Ansar. Hanya mereka telah memberi bai‘ah kepada orang sebelumku tanpa mesyuarat dengan orang ramai dan bai‘ahku adalah dengan mesyuarat daripada orang ramai.
       Sekiranya Allah SWT telah menjadikan pilihan kepada umat, maka merekalah yang memilih untuk diri mereka. Dan pilihan mereka adalah lebih baik bagi mereka daripada pilihan Allah dan Rasul-Nya untuk mereka. Maka mereka telah memilihku dan memberi bai‘ah kepadaku. Bai‘ahku adalah bai‘ah petunjuk (huda), aku adalah imam yang wajib ditaati dan dibantu.[35] Mereka telah bermesyuarat tentangku dan mereka memilihku secara ijmak. Sekiranya Allah SWT yang memilih, maka Dia telah memilihku untuk umat dan melantikku menjadi khalifah ke atas mereka. Dan Dia memerintahkan mereka supaya mentaatiku dan membantuku di dalam kitab-Nya yang diturunkan dan Sunnah Nabi-Nya Saw. Itu adalah lebih menguatkan hujahku dan mewajibkan hakku.[36]
       Sekiranya Uthman dibunuh pada masa Abu Bakr dan Umar, Mu‘awiyah wajib memerangi mereka berdua dan keluar bagi menuntut darahnya? Abu Hurairah dan Abu Darda’ berkata: Tidak. Ali a.s. berkata: Demikian juga denganku. Sekiranya Mu‘awiyah berkata: Ya. Maka kalian berdua katakan kepadanya: Jika begitu, adakah harus bagi orang yang dizalimi dengan satu kezaliman atau dibunuh oleh seorang pembunuh lalu memecahkan perpaduan Muslimin dan menyeru untuk dirinya sedangkan anak lelaki Uthman lebih aula menuntut darah bapanya daripada Mu‘awiyah?
       Beliau berkata: Abu Darda’ dan Abu Hurairah terdiam. Kemudian mereka berdua berkata: Anda telah membuat kami insaf. Ali a.s. berkata: Mudah-mudahan Mu‘awiyah dapat menginsafkan aku jika dia dapat menyempurnakan kata-katanya dan membenarkan apa yang telah dia beri kepadaku; iaitu anak-anak lelaki Uthman, mereka pula sudah matang dan bukan kanak-kanak lagi dan bukan pula hamba ke atas mereka. Hendaklah mereka datang, aku akan kumpulkan antara mereka dan pembunuh-pembunuh bapa mereka.
       Sekiranya mereka lemah daripada hujah mereka, maka hendaklah mereka mempersaksikan untuk Mu‘awiyah bahawa sesungguhnya dia adalah wali mereka, wakil mereka di dalam peperangan dan pertengkaran mereka. Hendaklah mereka duduk bersama musuh-musuh mereka di hadapanku sebagaimana duduknya orang yang bersengketa kepada imam dan wali di mana mereka mengakui hukumannya dan akan melaksanakannya.
       Aku akan melihat kepada hujah mereka dan hujah musuh mereka. Sekiranya bapa mereka dibunuh dalam keadaan di mana dia adalah seorang yang zalim,[37] maka darahnya adalah halal. Sekiranya dia dibunuh dalam keadaan dizalimi, maka darahnya adalah haram dan aku akan tebuskan mereka daripada pembunuh-pembunuh bapa mereka. Jika mereka mahu, mereka boleh membunuh pembunuh-pembunuh bapa mereka. Jika mereka mahu, mereka boleh memaafkan mereka. Dan jika mereka mahu, mereka boleh menerima diyah. Para pembunuh Uthman adalah di dalam tenteraku, mereka mengakui pembunuhannya. Mereka meridhai dengan hukumanku ke atas mereka. Justeru itu, anak-anak Uthman dan Mu‘awiyah hendaklah datang kepadaku sekiranya dia adalah wali mereka dan wakil mereka. Hendaklah mereka berdebat dengan para pembunuhnya dan menuntut penghakiman mereka sehingga aku menghukum mereka dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Saw.
       Sekiranya Mu‘awiyah bersungguh-sungguh mengadakan sebab-sebab dan kebatilan-kebatilannya maka hendaklah dia membuktikannya, Allah akan membantunya. Abu Darda’ dan Abu Hurairah berkata: Anda telah menyedarkan kami. Anda telah menambah separuh dan anda telah menghilangkan sebabnya. Dan anda telah mematahkan hujahnya. Anda membawa hujah yang kuat lagi benar tanpa kekurangan ke atasnya. Kemudian Abu Hurairah dan Abu Darda’ keluar, lalu berhadapan dengan dua puluh ribu lelaki yang berpuas hati dengan hukuman. Mereka berkata: Kami adalah pembunuh Uthman berikrar dan ridha dengan hukum Ali a.s. ke atas kami dan untuk kami.
       Lantaran itu, para wali Uthman hendaklah datang kepada kami dan membicarakan kami di hadapan Amir al-Mukminin (a.s.) untuk tuntutan darah bapa mereka. Sekiranya wajib ke atas kami dibunuh balas atau diyah, kami akan bersabar dengan hukumannya dan kami telah menyerahkan diri kami sepenuhnya. Maka mereka berdua berkata: Tidak halal bagi Ali menolak kalian atau membunuh kalian sehingga mereka membicarakan kalian di hadapannya. Maka beliau akan menghukum antara kalian dan para sahabat kalian dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Saw.
       Abu Darda’ dan Abu Hurairah meninggalkan tempat itu dan terus datang berjumpa Mu‘awiyah, memberitahunya tentang apa yang dikatakan oleh Ali a.s., pembunuh-pembunuh Uthman dan Abu al-Nu‘man bin Daman. Mu‘awiyah berkata: Apakah jawapan yang diberikannya kepada kalian berdua tentang sifat berlembutnya terhadap Abu Bakr dan Umar dan tidak terhadap Uthman, beliau membersihkan diri daripadanya secara rahsia, dakwaannya bahawa Rasulullah telah melantiknya, beliau sentiasa dizalimi semenjak Rasulullah wafat? Mereka berdua berkata: Ya.
       Beliau menunjukkan sifat berlembutnya terhadap Abu Bakr, Umar dan Uthman di sisi kami dan kami telah mendengarnya. Kemudian beliau berkata kepada kami: Sekiranya Allah telah menjadikan pilihan kepada umat, maka merekalah yang memilih dan memikir untuk diri mereka. Oleh itu pilihan mereka untuk diri mereka dan pendapat mereka mengenainya adalah lebih baik bagi mereka daripada pilihan Allah dan Rasul-Nya (Saw.). Maka mereka telah memilihku dan memberi bai‘ah kepadaku.
       Justeru itu, bai‘ahku adalah bai‘ah pertunjuk. Aku adalah imam yang wajib ke atas manusia membantuku kerana mereka telah bermesyuarat denganku dan mereka telah memilihku. Sekiranya pilihan Allah dan Rasul-Nya Saw. adalah lebih baik bagi mereka daripada pilihan mereka untuk diri mereka mengenainya, maka sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah memilihku untuk umat, melantikku menjadi khalifah ke atas mereka, memerintahkan mereka supaya membantuku dan mentaatiku di dalam kitab Allah yang yang diturunkan ke atas lidah nabi-Nya yang diutuskan. Itu adalah lebih menguatkan hujahku dan mewajibkan hakku.[38]

Ali a.s. menyebut keutamaannya dan orang ramai mengakui akan kebenarannya

       Kemudian beliau a.s. menaiki mimbar di dalam kem tenteranya, mengumpul orang ramai, termasuk Muhajirin dan Ansar menghadirinya. Kemudian beliau memuji Allah dan bersyukur kepadaNya. Kemudian berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya sifat-sifat kelebihanku (manaqib)[39] adalah tidak terkira banyaknya selepas Allah menurunkannya di dalam kitab-Nya dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah (Saw.) adalah mencukupi bagiku daripada semua kelebihanku. Adakah kalian mengetahui bahawa Allah telah melebihkan di dalam kitab-Nya yang bercakap akan orang yang awal Islam (al-Sabiq) bukan hanya satu ayat dalam kitab-Nya ke atas orang lewat Islamnya (al-Masbuq).
       Sesungguhnya tidak ada seorangpun daripada umat ini yang mendahuluiku kepada Allah dan Rasul-Nya? Mereka menjawab: Ya. Beliau berkata: Aku menyeru kalian kepada Allah bahawa Rasulullah (Saw.) ditanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-Waqi‘ah (56): 10-11 ‘‘Dan orang dahulu yang terdahulu (al-Sabiqun al-Sabiqun) mereka itulah orang yang hampir di sisi Tuhan” Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Allah telah menurunkanya kepada para nabi dan para wasi mereka. Aku adalah Nabi dan Rasul Allah yang terbaik (afdal), dan wasiku Ali adalah wasi yang terbaik. Maka berdirilah tujuh puluh orang ahli Badr kebanyakannya terdiri daripada kaum Ansar dan selebihnya daripada Muhajirin. Antara mereka ialah Abu al-Haitham bin al-Taihan, Khalid bin Zaid dan Abu Ayyub al-Ansari. Dan di kalangan Muhajirin ialah ‘Ammar bin Yasir. Mereka berkata: Kami memberi penyaksian bahawa kami telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda sedemikian.
       Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah dalam Surah al-Nisa’ (4): 59, ‘‘Hai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul dan Uli I-Amri min-kum” dan firman-Nya dalam Surah al-Mai’dah (5): 55, “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberikan zakat” Kemudian firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 16, ‘‘…dan mereka tidak mengambil selain daripada Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman untuk menjadi penyimpan rahsia”
       Maka orang ramai bertanya: Wahai Rasulullah (Saw.)! Adakah ia diperuntukkan kepada sebahagian Mukminin atau umum untuk semua Mukminin? Maka Allah SWT telah memerintahkan Rasul-Nya supaya mengajar dan mentafsirkan kepada mereka tentang wilayah sebagaimana beliau mentafsirkan kepada mereka tentang solat, puasa, zakat dan haji mereka. Maka beliau telah melantikku di Ghadir Khum. Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah mengutusku dengan satu perutusan di mana ia menyempitkan dadaku. Aku menyangka sesungguhnya orang ramai akan membohongiku. Dia berjanji kepadaku supaya aku menyampaikannya atau Dia akan menyiksaku. Berdirilah Ali, kemudian beliau menyeru: solat jami‘ah. Maka beliau mengerjakan solat zohor bersama mereka.
       Kemudian beliau bersabda: “Wahai manusia! Sesungguhnya Allah adalah maulaku dan aku adalah maula Mukminin dan lebih aula dengan mereka daripada diri mereka sendiri. Mereka yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Muliakanlah orang yang mewalikannya. Musuhilah orang yang memusuhinya. Bantulah orang yang membantunya. Hinalah orang yang menghinanya”.
       Lantas Salman al-Farisi berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah! Kepatuhan kepadanya seperti apa (wula’u-hu ka-madha)? Beliau bersabda: Kepatuhan kepadanya adalah seperti kepatuhan kepadaku (wula’u-hu ka-wilayati).[40] Sesiapa yang aku lebih aula dengannya daripada dirinya, maka Ali adalah lebih aula dengannya daripada dirinya. Dan Allah menurunkan firman-Nya di dalam Surah al-Mai’dah (5): 3, “Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku untukmu dan Aku meridhai Islam sebagai agamamu”
       Maka Salman al-Farisi berkata: Wahai Rasulullah! Adakah ayat ini diturunkan kepada Ali secara khusus? Maka beliau bersabda: Padanya dan pada para wasiku sehingga Hari Kiamat Salman berkata: Wahai Rasulullah! Terangkan tentang mereka kepada kami. Beliau bersabda: “Ali adalah saudaraku, wazirku, wasiku, warisku, khalifahku pada umatku, waliku kepada setiap Mukmin selepasku dan sebelas imam daripada keturunannya, al-Hasan dan al-Husain. Kemudian sembilan daripada anak-anak al-Husain seorang demi seorang. Al-Qur’an bersama mereka, dan mereka bersama al-Qur’an. Mereka tidak akan berpisah dengannya sehingga mereka dikembalikan kepadaku di al-Haudh”.          Lalu berdirilah dua belas orang daripada ahli Badr sambil berkata: Kami naik saksi bahawa kami telah mendengar hadis tersebut daripada Rasulullah (Saw.) sebagaimana yang anda katakan adalah sama. Anda tidak menambah atau mengurangkan meskipun satu huruf. Dan berkata tujuh puluh orang lagi: Kami telah mendengar sedemikian itu tetapi kami tidak menghafaz kesemuanya. Mereka itu (yang membuat pengakuan) adalah dua belas orang yang terpilih dan yang terbaik di kalangan kami. Beliau berkata: Kalian memang benar. Bukan semua orang menghafaznya. Sebahagian mereka adalah lebih kuat ingatan daripada yang lain.
       Maka berdirilah empat orang dari kalangan dua belas orang itu. Mereka adalah Abu al-Haitham bin Taihan, Abu Ayyub, Ammar dan Khuzaimah bin Thabit- Dhu al-Syahadataini (penyaksiannya menyamai dua orang). Mereka berkata: Kami naik saksi bahawa kami telah mendengar sabda Rasulullah Saw. dan kami menghafaznya. Beliau (Saw.) bersabda pada hari itu dalam keadaan berdiri sementara Ali a.s. berdiri di sisinya: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya melantik untuk kalian seorang imam, dan wasi Nabi kalian pada kalian. Beliau adalah khalifahku pada umatku dan pada keluargaku selepasku.[41]
       Demi Dia yang mewajibkan ke atas Mukminin dalam Kitab-Nya supaya mentaatinya, dan Dia telah memerintahkan di dalam Kitab-Nya supaya mewalikannya, maka aku merujuk kepada Tuhanku kerana takut kritikan ahli Nifak dan pembohongan mereka. Maka Dia mengancamku supaya aku menyampaikannya atau Dia menyiksaku. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah memerintahkan solat kepada kalian dalam kitab-Nya. Aku telah menerangkannya kepada kalian dan aku telah menjadikannya sebagai sunnah. Begitu juga dengan zakat, puasa dan haji, di mana aku telah menerang dan mentafsirkannya kepada kalian. Dan Dia memerintahkan wilayah dalam Kitab-Nya. Sesungguhnya aku memberi penyaksian kepada kalian, wahai manusia! Sesungguhnya ia adalah dikhususkan untuk Ali bin Abu Talib, dan para wasi daripada anak-anakku dan anak-anak saudaraku serta wasiku.
       Ali adalah yang pertama. Kemudian al-Hasan. Kemudian al-Husain. Kemudian sembilan daripada anak lelaki al-Husain. Mereka tidak akan meninggalkan al-Kitab sehingga mereka dikembalikan kepadaku di al-Haudh. Wahai manusia! Aku telah memberitahu kalian imam kalian, penunjuk kalian dan pembawa kalian kepada petunjuk. Beliau adalah saudaraku Ali bin Abu Talib. Kedudukannya pada kalian adalah seperti kedudukanku pada kalian.
       Justeru itu, kalian ikutlah beliau untuk agama kalian dan taatilah beliau dalam segala urusan kalian kerana di sisinya terdapat segala ilmu yang telah Allah ajarkan kepadaku. Allah memerintahku supaya mengajarnya segala ilmu dan aku memberitahu kalian bahawa ilmu berada di sisinya. Kalian bertanyalah kepadanya dan belajarlah daripadanya dan daripada para wasinya selepasnya. Janganlah kalian mengajar mereka dan janganlah kalian mendahului mereka. Janganlah kalian membelakangi mereka kerana mereka bersama kebenaran dan kebenaran bersama mereka, dan mereka tidak akan meninggalkannya.[42]
       Kemudian Ali a.s. berkata kepada Abu Darda’ dan Abu Hurairah serta mereka yang di sekitarnya: Wahai manusia! Adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan di dalam Kitab-Nya; Surah al-Ahzab (33): 33 “Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan segala kekotoran (dosa) daripadamu hai Ahl al-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”, maka Rasulullah (Saw.) telah mengumpulkanku, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain di dalam satu kain (al-Kisa’).
       Beliau lalu bersabda: Mereka itulah ‘Itrahku dan Ahl Baitku. Maka Dia telah menghilangkan daripada mereka kekotoran dosa, dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya. Maka Umm Salamah berkata: Dan aku? Maka beliau bersabda: Sesungguhnya anda dalam kebaikan.[43] Sesungguhnya ayat ini diturunkan padaku, pada saudaraku Ali, anak perempuanku Fatimah, anak lelakiku al-Hasan dan al-Husain salawatullahi ‘alaihim secara khusus, kerana tidak ada orang lain selain daripada kami. Dan kepada sembilan daripada anak al-Husain selepasku. Maka semua mereka berdiri lalu berkata: Kami memberi penyaksian bahawa Umm Salamah telah meriwayatkan kepada kami sedemikian. Maka kami bertanyakan Rasulullah (Saw.) mengenainya, maka beliau memberitahu kami sebagaimana Umm Salamah telah meriwayatkannya kepada kami.
       Ali a.s. berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah! Adakah anda mengetahui bahawa sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Taubah (9): 119, “Hai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan jadilah kamu bersama orang yang benar (al-Sadiqin)”. Maka Salman berkata: Wahai Rasulullah! Adakah ayat ini umum atau khusus? Maka beliau bersabda: Adapun al-Mukminun adalah umum kerana jama‘ah Mukminun diperintahkan sedemikian. Adapun al-Sadiqin adalah khusus untuk Ali bin Abu Talib dan para wasinya selepasnya sehingga Hari Kiamat[44].
       Dan aku berkata kepada Rasulullah (Saw.) semasa peperangan Tabuk. Wahai Rasulullah! Kenapakah anda melantikku? Beliau bersabda: Madinah tidak sesuai melainkan untuk aku dan anda. Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa melainkan kenabian kerana tidak ada nabi selepasku.[45] Maka berdirilah beberapa orang lelaki daripada Muhajirin dan Ansar dan berkata: Kami memberi penyaksian bahawa kami telah mendengar sedemikian daripada Rasulullah (Saw.) semasa peperangan Tabuk.
       Maka beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah! Adakah kalian mengetahui bahawa Allah telah menurunkan di dalam Surah al-Hajj (22): 77 ‘‘Hai orang yang beriman, rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhan kamu…”. Maka Salman berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang anda menjadi saksi ke atas mereka. Mereka adalah syuhada’ (saksi-saksi) yang telah dipilih oleh Allah ke atas manusia dan Dia tidak menjadikan ke atas mereka kesulitan dalam agama, millah Ibrahim? Beliau bersabda: Dimaksudkan dengan demikian itu adalah tiga belas orang manusia. Aku, saudaraku dan sebelas orang daripada anak lelakiku.[46] Maka mereka menjawab: Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah berdiri memberi khutbah dan beliau tidak lagi memberi khutbah selepas itu, dan beliau bersabda: “Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Ahl Baitku. Sesungguhnya Yang Maha Halus lagi Maha Alim telah berjanji kepadaku bahawa kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga ia dikembalikan kepadaku di al-Haudh?”[47] Mereka berkata: Ya. Sesungguhnya kami telah menyaksikan semuanya.
       Beliau berkata: Allah adalah cukup bagiku. Lalu berdirilah dua belas orang lelaki dan mereka berkata: Kami memberi penyaksian bahawa Rasulullah (Saw.) ketika berkhutbah pada hari beliau wafat, maka Umar berdiri separuh marah dan berkata: Wahai Rasulullah! Adakah semua Ahl Bait anda? Beliau bersabda: Tidak. Tetapi para wasiku, saudaraku adalah di kalangan mereka, wazirku, warisku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku. Ini adalah yang awal daripada mereka dan yang terbaik mereka. Kemudian wasiku adalah daripada anak lelakiku ini. Beliau memberi isyarat kepada al-Hasan. Kemudian wasinya ini. Beliau memberi isyarat kepada al-Husain. Kemudian wasiku adalah daripada anak lelakiku ini dan akan dinamakan oleh saudaraku.
       Kemudian wasinya akan dinamakan. Kemudian tujuh daripada anak lelakinya seorang demi seorang sehingga mereka dikembalikan kepadaku di al-Haudh. Mereka adalah syuhada’ Allah di Bumi-Nya, hujah-Nya ke atas makhluk-Nya. Sesiapa yang mentaati mereka, maka mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, maka menderhakai Allah.[48] Lalu berdirilah tujuh puluh ahli Badr sambil berkata: Kami telah memahami apa yang kami telah terlupa. Kami memberi penyaksian bahawa kami telah mendengar sedemikian daripada Rasulullah (Saw.).
       Beliau a.s. tidak meninggalkan sesuatupun melainkan menyeru mereka mengenainya sehingga beliau mengakhiri manaqibnya dan apa yang disabdakan Rasulullah (Saw.) kepadanya. Mereka telah membenarkannya dan memberi penyaksian bahawa semuanya adalah benar. Manakala Abu Darda’ dan Abu Hurairah memberitahu Mu‘awiyah kesemuanya, dia berkata: Wahai Abu Darda’! Wahai Abu Hurairah! Sekiranya apa yang kalian riwayatkan kepadaku ini adalah benar, maka binasalah Muhajirin dan Ansar selain daripadanya, Ahl Baitnya dan Syi‘ahnya.

Penjelasan Ali a.s. bahawa Nabi Saw. telah memberitahunya mengenai apa yang sedang berlaku

       Kemudian Mu‘awiyah menulis surat kepada Amir al-Mukiminin a.s. Sekiranya apa yang anda kata, dakwa dan penyaksian yang anda minta daripada para sahabat anda itu benar, maka binasalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan semua Muhajirin dan Ansar selain daripada anda, Ahl Bait anda dan Syi‘ah anda?[49] Sedangkan telah sampai kepadaku bahawa anda menunjukkan kasihan belas terhadap mereka. Sesungguhnya anda mempunyai dua wajah dan tidak ada yang ketiga. Sama ada anda bertaqiyyah jika anda membersihkan diri daripada mereka kerana khuatir bahawa tentera-tentera anda yang memerangiku akan melarikan diri daripada anda.
       Jika apa yang anda dakwakan itu adalah batil dan suatu pembohongan, maka telah datang kepadaku sebahagian daripada mereka yang anda percaya, maka anda berkata kepada Syi‘ah anda dan kumpulan anda yang jahat bahawa sesungguhnya aku telah mendengar mengenai tiga imam yang sesat, maka perjelaskan kepadaku tentang Abu Bakr, Umar dan Uthman? Apabila anda mendengarku, adakah anda berlembut terhadap salah seorang daripada para imam yang sesat? Maka itulah maksudku. Buktinya kami melihat anda dengan mata kami, maka kami tidak perlu bertanya sedemikian itu kepada orang yang selain daripada kami. Jika tidak, kenapa anda membawa perempuan anda Fatimah, anda memegang al-Hasan dan al-Husain dengan tangan anda?
       Apabila Abu Bakr diberi bai‘ah, maka anda tidak meninggalkan seorangpun daripada ahli Badr dan al-Sabiqah (orang terawal Islam) melainkan anda menyeru mereka dan meminta bantuan mereka bagi menentangnya. Tetapi anda tidak mendapat bantuan melainkan daripada empat orang: Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair. Aku berangan-angan jika anda benar, nescaya mereka akan menyahut seruan anda dan akan membantu anda, tetapi anda telah mendakwa perkara yang batil dan apa yang tidak diperakui oleh mereka.
       Telingaku telah mendengar anda berkata kepada Abu Sufyan ketika dia berkata kepada anda: Anda telah kalah wahai ibn Abu Talib untuk menguasai kerajaan sepupu anda (Rasulullah). Dan orang yang telah mengalahkan anda hanyalah suku Quraisy yang paling lemah; Taim dan ‘Adi. Dan dia telah menyeru anda untuk membantu anda. Anda berkata: Sekiranya aku mendapati pembantu-pembantu seramai empat puluh orang lelaki daripada Muhajirin, Ansar dan al-Sabiqah, nescaya aku menentang lelaki itu. Manakala anda tidak mendapati selain daripada empat orang lelaki, anda memberi bai‘ah kepadanya secara terpaksa.
       Sulaim berkata: Amir al-Mukminin Ali a.s. telah menulis surat kepada Mu‘awiyah. Amma ba‘d, aku telah membaca surat anda. Aku dapati tulisan anda pelik dan panjang. Adalah suatu bala yang besar ke atas umat ini kerana mempunyai orang seperti anda untuk menjaga urusan mereka secara umum atau khusus. Anda adalah orang yang anda ketahui dan anak lelaki kepada orang yang anda ketahui. Dan aku adalah orang yang anda telah ketahui dan anak lelaki kepada lelaki yang anda telah ketahui. Aku akan memberi jawapan kepada surat anda dengan jawapan di mana anda dan wazir anda Ibn al-Nabighah ‘Umru yang bersetuju dengan anda, tidak akan dapat memahaminya. Dialah yang telah menyuruh anda menulis surat ini dan membaikinya untuk anda, dihadiri Iblis serta para sahabatnya yang melampau.
       Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah memberitahuku bahawa beliau telah melihat di dalam mimpinya dua belas lelaki para imam sesat daripada Quraisy di atas mimbar Masjidnya. Mereka menaiki mimbar Rasulullah (Saw.) dan turun daripadanya di dalam bentuk beruk (al-Qurud) dan menolak umatnya ke belakang dari jalan yang benar.[50] Wahai Tuhanku! Dia telah memberitahuku nama-nama mereka seorang demi seorang dan berapa lama setiap orang daripada mereka memerintah.
       Sepuluh daripada mereka adalah daripada Bani Umayyah dan dua daripada mereka daripada suku yang bermacam-macam daripada Quraisy. Dan di atas mereka berdua adalah dosa semua umat sehingga Hari Kiamat, dan semua azab mereka. Tidak ada darah yang mengalir tanpa haknya, tidak ada kemaluan (farj) yang dinodai dan tidak ada hukum yang benar melainkan dosanya ke atas mereka berdua. Aku telah mendengarnya bersabda: Sesungguhnya Bani al-‘As apabila sampai tiga puluh orang lelaki, mereka menjadikan Kitab Allah sebagai pendapatan, hamba Allah sebagai khaulan (hamba sahya) dan harta Allah berpusing di kalangan mereka.[51]
       Dan beliau bersabda: Wahai saudaraku! Sesungguhnya anda bukanlah sepertiku. Sesungguhnya Allah memerintahkanku supaya berterus-terang dengan kebenaran dan Dia memberitahuku bahawa Dia menjagaku daripada manusia. Dia memerintahkanku supaya berjihad walaupun seorang diri. Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4): 84, “Berjuanglah engkau pada jalan Allah dan janganlah engkau membebankan melainkan dirimu sendiri” Dan Dia berfirman di dalam Surah al-Anfal (8): 65, ‘‘Hai Nabi!  Ajaklah orang beriman berperang”. Aku telah tinggal di Makkah beberapa lama tetapi Dia tidak memerintahkanku berperang, kemudian Dia memerintahkanku berperang kerana agama tidak diketahui melainkan denganku dan padaku. Begitu juga dengan syari‘at, sunnah, hukum-hukum, halal dan haram.
       Orang ramai selepasku diseru melakukan apa yang diperintahkan Allah dan apa yang aku perintahkan mereka pada anda iaitu menjadikan anda wali.[52] Lantaran itu, kepura-puraan mereka mencintai anda adalah menyalahi apa yang diturunkan Allah pada anda. Sekiranya anda mendapati pembantu-pembantu bagi menentang mereka, maka perangilah mereka. Sekiranya anda tidak mendapati pembantu-pembantu, maka tahanlah tangan anda dan jagalah darah anda. Dan ketahuilah sekiranya anda menyeru mereka, mereka tidak akan menyahuti seruan anda. Justeru itu, jadikan seruan anda sebagai hujah ke atas mereka.
       Sesungguhnya anda wahai saudaraku! Bukanlah sepertiku. Sesungguhnya aku telah mendirikan hujah anda dan menzahirkan kepada mereka apa yang telah Allah turunkan untuk anda. Sesungguhnya tidak diketahui bahawa aku adalah Rasulullah (Saw.). Sesungguhnya hakku dan ketaatan kepadaku adalah wajib sehingga aku menzahirkan sedemikian. Sesungguhnya aku telah menzahirkan hujah anda dan mendirikan urusan anda sekalipun anda berdiam diri daripada mereka dan anda tidaklah berdosa, hanya aku lebih suka anda menyeru mereka sekalipun mereka tidak menyahuti seruan anda dan tidak menerima anda. Kezaliman Quraisy akan berlaku kepada anda, lantaran itu aku takut jika anda menentang mereka tanpa sokongan yang kuat maka mereka akan membunuh anda.
       Taqiyyah adalah daripada agama Allah. Tidak ada agama bagi mereka yang tidak ada taqiyyah. Sesungguhnya Allah telah “menetapkan” perselisihan, dan perpecahan ke atas umat ini. Sekiranya Dia mahu, nescaya Dia menghimpunkan mereka di atas petunjuk. Dua orang tidak akan berselisih dan bertengkar di dalam satu urusan dan orang yang kurang kelebihan tidak akan mengingkari kelebihan orang melebihinya. Jika Dia mahu, nescaya Dia mempercepatkan azab ke atas mereka.
       “Perubahan” juga daripada-Nya sehingga Dia membohongi orang yang zalim dan memberitahu di mana kesudahannya akan kebenaran. Allah telah menjadikan Dunia tempat beramal dan Akhirat tempat pahala dan balasan. Dia berfirman di dalam Surah al-Najm (53): 31 ‘‘Supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang telah melakukan kejahatan dengan apa yang mereka lakukan dan memberi balasan kepada orang yang melakukan kebaikan dengan kebaikan”. Aku berkata: Bersyukur kepada Allah di atas nikmat-Nya, kesabaran di atas ujian-Nya, penyerahan dan ridha dengan Qadha’-Nya.
       Kemudian beliau (Saw.) bersabda: Wahai saudaraku! Bergembiralah kerana hidup dan mati anda adalah bersamaku. Anda adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan warisku. Anda akan memerangi di atas Sunnahku, anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.[53] Anda seperti Harun adalah ikutan yang baik ketika kaumnya menindas dan menentangnya sehingga hampir mereka membunuhnya.
       Justeru itu, bersabarlah dengan kezaliman Quraisy terhadap anda. Dendam kesumat di dada mereka, dendam Badr dan warisan Uhud. Sesungguhnya Musa telah memerintahkan Harun ketika beliau melantiknya kepada kaumnya: Sekiranya mereka sesat dan anda mendapati pembantu-pembantu, hendaklah anda menentang “mereka” dengan mereka. Dan sekiranya anda tidak mendapatkan pembantu-pembantu, hendaklah anda menahan tangan dan menjaga darah anda. Janganlah anda memecah-belahkan di antara mereka.
       Andapun lakukanlah sedemikian, jika mempunyai pembantu-pembantu maka perangilah mereka. Namun jika anda tidak mendapati pembantu-pembantu maka tahanlah tangan dan jagalah darah anda. Seandainya anda memerangi mereka nescaya mereka akan membunuh anda. Ketahuilah! Jikalau anda tidak menahan tangan anda dan menjaga darah anda apabila anda tidak mendapati pembantu-pembantu, aku khuatir orang ramai akan kembali menyembah berhala dan mengingkari bahawa aku adalah Rasulullah (Saw.).
       Justeru itu, tentangilah mereka dengan hujah dan tinggalkanlah mereka supaya orang yang menentang anda (al-Nasibun),[54] dan pemberontak-pemberontak anda (al-Baghun) akan binasa. Sementara orang awam dan khassah akan selamat. Sekiranya anda mendapati pembantu-pembantu suatu hari nanti untuk mendirikan Kitab dan Sunnah, maka perangilah mereka di atas ta’wil al-Qur’an sebagaimana anda telah memerangi mereka di atas tanzil al-Qur’an. Sesungguhnya orang yang akan binasa daripada umat ini adalah orang yang menentang anda (nasaba la-ka) dan salah seorang daripada para wasi anda, bermusuhan, menentang dan beragama menyalahi apa yang kalian di atasnya.
       Aku mahu wahai Mu‘awiyah! Jika aku berlembut terhadap anda, Talhah dan al-Zubair serta istighfarku untuk kalian, bukanlah bermaksud untuk membenarkan kebatilan, malah Allah menjadikannya sebagai laknat ke atas kalian dan suatu penyiksaan. Anda, Talhah dan al-Zubair tidak kurang juga dari segi jenayah, dosa, bid‘ah dan kesesatan[55] berbanding dengan orang yang telah memberi jalan kepada anda dan sahabat anda yang anda sedang menuntut darahnya. Mereka berdua telah mendorong kalian supaya menzalimi kami Ahl al-Bait dan mereka membuat kalian menghina kami.
       Allah berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4): 51-4, ‘‘Tidakkah engkau ketahui orang yang diberi sebahagian daripada Kitab, mereka percaya kepada Jibt dan Taghut dan mereka berkata kepada orang kafir: “Mereka ini (orang kafir) lebih baik daripada orang yang beriman ke jalan yang lurus”. Merekalah yang dilaknati Allah dan siapa yang dilaknati Allah, maka dia tidak mendapat pembantu untuk mereka. Bahkan adakah bagi mereka bahagian daripada kerajaan? Jika ada, mereka tidak mendatangkan kebajikan kepada manusia walaupun sedikit. Bahkan adakah mereka dengki kepada manusia (al-Nas) di atas apa yang dikurniakan kepada mereka daripada kelebihan-Nya?” Maka kamilah manusia (al-Nas) dan kamilah yang dihasad-dengkikan.[56]
       Allah berfirman dalam Surah al-Nisa’ (4): 54, ‘‘Sesungguhnya kami telah kurniakan kepada keluarga Ibrahim al-Kitab dan al-Hikmah, dan kami kurniakan kepada mereka kerajaan yang besar (Mulkan ‘Aziman)”. Allah telah menjadikan mereka para imam Sesiapa yang mentaati mereka, mereka mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, mereka menderhakai Allah. Mereka tidak mengakui al-Kitab, al-Hikmah dan kenabian pada keluarga Nabi Ibrahim dan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad.
       Wahai Mu‘awiyah! Jika anda, sahabat anda, mereka sebelum anda daripada taghut ahli Syam, Yaman, Badwi Rabi‘ah dan Mudar mengingkarinya. Allah berfirman dalam Surah al-An‘am (6): 89, ‘‘…maka kami telah sediakan kaum lain yang tidak mengingkarinya” Wahai Mu‘awiyah! Sesungguhnya al-Qur’an adalah kebenaran, cahaya, petunjuk, rahmat dan penawar bagi Mukminin. Firman-Nya di dalam Surah al-Sajdah (41): 44, ‘‘Dan bagi orang yang tidak beriman di telinga mereka ada penutup dan al-Qur’an itu bagi mereka adalah buta”.
       Wahai Mu‘awiyah! Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan satu jenispun daripada jenis-jenis kesesatan dan para penyeru ke Neraka melainkan Dia telah berhujah ke atas mereka di dalam al-Qur’an, Dia melarang daripada mengikuti mereka dan Dia menurunkan ke atas mereka al-Qur’an yang bercakap. Tidak ada satu ayatpun di dalam al-Qur’an melainkan ia mempunyai pengertian zahir dan batin. Dan tidak ada satu hurufpun melainkan ia mempunyai takwilnya.       Firman-Nya dalam Surah Ali ‘Imran (3): 7, ‘‘…dan tidak mengetahui takwilnya melainkan Allah dan al-Rasikhun fi ‘ilm”. al-Rasikhun adalah kami keluarga Muhammad dan Allah telah memerintahkan semua umat supaya berkata: ‘‘Kami telah beriman dengan-Nya, semuanya di sisi Tuhan kami dan tidak akan mengingati-Nya melainkan Ulu-l al-Bab” Lantaran itu, hendaklah mereka menyerahkan kepada kami. Allah berfirman dalam Surah al-Nisa’ (4): 83, “Sekiranya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Uli l-Amr daripada mereka nescaya orang yang meneliti antara mereka mengetahuinya.” Merekalah yang telah bertanya mengenainya dan menuntutnya.
       Aku mahu jika orang ramai ketika wafatnya Rasulullah (Saw), mereka menyerah kepada kami, mengikut kami dan merujuk kepada kami, (jika itu berlaku)) nescaya mereka akan dikurniakan rezeki yang banyak. Tetapi apabila anda menunjukkan ketamakan anda, wahai Mu‘awiyah! Apa yang mereka terlepas daripada kami adalah lebih banyak daripada kami terlepas daripada mereka.
       Sesungguhnya Allah telah menurunkan ayat pada aku dan pada anda dalam surah khas, tetapi umat telah menakwilnya secara zahir dan mereka tidak mengetahui pengertian batin, iaitu Surah al-Haqqah (69): 19, 25, ‘‘Adapun orang yang diberi kitabnya dengan tangan kanannya dan orang yang diberi kitabnya dengan tangan kirinya”. Ayat ini mengenai imam yang sesat dan imam petunjuk (huda). Setiap satu daripada kedua-duanya mempunyai para sahabat yang memberi bai‘ah kepadanya; aku dan anda wahai Mu‘awiyah! Anda adalah tuan rantai besi (sahib salsilah). Allah berfirman dalam Surah al-Haqqah (69): 25, 26, ‘‘Aduhai kiranya, janganlah hendaknya diberikan buku amalanku. Dan aku tidak mengetahui apakah perhitunganku” Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda sedemikian itu.
       Demikian juga setiap imam sesat sebelum anda atau selepas anda[57] akan menghadapi penghinaan dan azab yang sama daripada Allah SWT. Dia menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Isra’ (17): 60, ‘‘Kami tidak menjadikan penglihatan (mimpi) yang kami memperlihatkan kepada engkau melainkan sebagai fitnah kepada manusia dan pokok yang dilaknat di dalam al-Qur’an”. Rasulullah (Saw.) telah melihat dua belas imam sesat di atas mimbar Masjidnya yang menolak orang ramai ke belakang. Dua orang lelaki daripada Quraisy dan sepuluh orang daripada Bani Umayyah. Yang terawal daripada sepuluh adalah sahabat anda yang anda sedang menuntut darahnya. Anda, anak lelaki anda dan tujuh daripada anak lelaki al-Hakam bin Abi al-‘As. Yang terawal mereka adalah Marwan. Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah melaknat dan mengusirnya kerana mencuri dengar percakapan isteri Rasulullah (Saw).
       Wahai Mu‘awiyah! Kami Ahl al Bait, Allah telah memilih untuk kami Akhirat ke atas Dunia. Aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda mengenai anda, wazir anda dan sahabat anda: Apabila Bani Umayyah sampai tiga puluh lelaki, mereka akan mengambil Kitab Allah sebagai pendapatan, hamba Allah sebagai hamba milik dan harta Allah berpusing di kalangan mereka.[58] Wahai Mu‘awiyah! Sesungguhnya Nabi Allah Zakaria dibunuh dengan gergaji, Yahya disembelih dan dibunuh oleh kaumnya kerana mereka menyeru mereka kepada Allah SWT dan juga kerana Dunia adalah hina di sisi Allah. Para wali Syaitan memerangi para wali al-Rahman. Allah berfirman dalam Surah Ali ‘Imran (3): 21, ‘‘Sesungguhnya orang yang ingkar akan ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa kebenaran serta membunuh orang yang menyuruh manusia melakukan keadilan, maka berilah khabar gembira kepada mereka dengan azab yang pedih”.
       Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) memberitahuku bahawa Bani Umayyah akan mencelup janggutku daripada darah kepalaku dan sesungguhnya aku meminta mati syahid. Anda akan menguasai umat selepasku. Anda akan membunuh anak lelakiku al-Hasan dengan racun sebagai satu pengkhianatan. Anak lelaki anda Yazid (Laknatu Llah) akan membunuh anak lelakiku al-Husain dan akan menguasai daripadanya seorang anak lelaki kepada penzina perempuan.
       Dan umat akan dikuasai selepas anda oleh tujuh daripada anak lelaki Abi al-‘As dan anak-anak lelaki Marwan bin al-Hakam dan lima daripada anak lelakinya melengkapi dua belas imam di mana Rasulullah (Saw.) melihat mereka melompat di atas mimbar Masjidnya seperti lompatan beruk, menolak umatnya daripada agama Allah ke belakang. Akibatnya mereka akan menerima azab yang pedih pada Hari Kiamat. Allah akan mengeluarkan khilafah daripada mereka dengan bendera hitam yang akan datang dari Timur. Allah akan menghina mereka dan membunuh mereka di mana-mana.           Sesungguhnya seorang lelaki daripada anak lelaki anda yang dilaknati dan keras hati di mana Allah telah mencabut daripadanya perasaan kasihan belas, bapa-bapa saudaranya daripada anjing seolah-olah aku sedang melihat kepadanya. Jika aku mahu aku akan menyebut namanya, sifatnya dan berapa umurnya. Dia akan menghantar tentera ke Madinah, melakukan pembunuhan dan fahisyah yang dahsyat.[59] Seorang lelaki daripada anak lelakiku akan melarikan diri daripada mereka. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kediktatoran. Aku mengetahui namanya, di mana beliau pada hari itu serta alamatnya.
       Beliau adalah daripada anak lelaki kepada anak lelakiku al-Husain yang akan dibunuh oleh anak lelaki anda Yazid. Beliau adalah penuntut bela darah bapanya, maka beliau melarikan diri ke Makkah. Ketua tentera akan membunuh seorang lelaki daripada anak lelakiku di Ahjar al-Bait. Kemudian tentera tersebut berjalan menuju ke Makkah. Aku mengetahui nama pemimpin mereka dan nama-nama mereka, dan-tanda-tanda kuda mereka. Apabila mereka memasuki al-Baida’, mereka akan ditelan Bumi.[60] Allah berfirman dalam Surah al-Saba’ (34): 51, ‘‘Jika engkau melihat ketika mereka terkejut, maka tidak ada tempat lari dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat”. Beliau berkata: Di bawah telapak kaki mereka. Tidak seorangpun daripada tentera tersebut tinggal melainkan seorang lelaki di mana Allah menukarkan mukanya ke belakang.
       Allah akan mengutus beberapa kaum kepada imam al-Mahdi dengan bilangan yang ramai. Demi Tuhan! Aku mengetahui nama-nama mereka, nama pemimpin mereka dan keadaan penunggang mereka. Maka al-Mahdi akan memasuki Ka‘bah, lalu menangis dan berdoa. Allah berfirman dalam Surah al-Naml (27): 62, ‘‘Bahkan siapakah orang yang menunaikan hajat orang yang melarat apabila dia meminta dan menghilangkan kemelaratannya, dan mengangkat kamu menjadi khalifah di muka bumi ?” Ayat ini diturunkan khas kepada kami Ahl al-Bait secara khusus.
       Demi Tuhan! Wahai Mu‘awiyah, aku menulis kepada anda wahai Mu‘awiyah! Aku tahu anda tidak akan mengambil faedah daripadanya. Sesungguhnya anda bergembira apabila aku memberitahu anda bahawa anda akan menguasai khilafah dan anak lelaki anda adalah selepas anda, kerana Akhirat bukanlah menjadi perhatian anda, dan anda mengingkari Hari Kiamat. Anda akan menyesal sebagaimana menyesalnya orang yang telah mengasaskan urusan khilafah untuk anda.[61] Dan dia telah membuat anda menghina kami ketika penyesalan tiada guna lagi.
       Di antara yang mendorongku menulis surat kepada anda adalah supaya Syi‘ahku dan ketua-ketua sahabatku mengambil iktibar daripadanya. Atau ia dibaca oleh seseorang di pihak anda, maka Allah mengeluarkannya daripada kesesatan kepada petunjuk, daripada kezaliman anda, kezaliman para sahabat anda dan fitnah mereka. Lagipun aku pula suka berhujah ke atas anda. Justeru itu, aku memerintahkan penulisku supaya membuat salinan untuk Syi‘ahku dan para sahabatku.
       Mu‘awiyah telah menulis surat kepadanya mengucapkan tahniah: Tahniah kepada anda wahai Abu al-Hasan! Anda memiliki Akhirat dan tahniah juga kepada kami kerana kami memiliki Dunia.

Mu‘awiyah memasuki Madinah selepas pembunuhan Ali a.s. dan apa yang berlaku kepada penduduknya

       Abban daripada Sulaim dan Umar ibn Abi Salmah berkata: Mu'awiyah semasa pemerintahannya telah datang ke Madinah dalam perjalanannya menunaikan Haji selepas Amir al-Mukminin salawatu llahi ‘alaihi dibunuh, dan perdamaiannya dengan al-Hasan a.s. (Di dalam riwayat yang lain selepas kematian al-Hasan a.s.) Maka dia disambut oleh penduduk Madinah, kebanyakannya daripada Quraisy bukan Ansar. Lantas dia bertanya mengenainya. Ada orang menjawab: Mereka memerlukan binatang tunggangan, lantas Mu'awiyah berpaling kepada Qais bin Sa'd bin 'Ubadah dan berkata: Wahai orang Ansar! Kenapa kalian tidak menyambutku bersama saudara-saudara Quraisy kalian?
       Maka Qais sebagai ketua Ansar berkata: Kami tidak mempunyai binatang tunggangan wahai Amir al-Mukminin! Dia bertanya: Di manakah unta-unta itu? Qais berkata: Kami telah memusnahkannya pada Hari Badr, Uhud dan selepasnya di hadapan Rasulullah (Saw.), ketika kami memerangi anda dan bapa anda kerana Islam sehingga zahir urusan Allah sedangkan kalian membencinya. Mu'awiyah berkata: Wahai Tuhanku ampunilah!
       Qais berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) bersabda: Kalian akan melihat selepasku keutamaan diberi kepada orang lain. Kemudian dia berkata: Wahai Mu'awiyah! Anda menghina kami dengan unta-unta kami? Sesungguhnya kami berperang dengan anda di atasnya pada Hari Badr sedangkan kalian berperang untuk memadamkan cahaya Allah dan menjadikan kalimah Syaitan lebih tinggi. Kemudian anda dan bapa anda memeluk Islam secara terpaksa disebabkan kami telah memerangi anda kerananya.
       Maka Mu'wiyah berkata: Seolah-olah anda telah bermurah hati ke atas kami dengan memberi bantuan kepada kami? Maka bagi Allah dan Quraisy semua kelebihan itu. Tidakkah kalian telah bermurah hati kepada kami wahai kaum Ansar dengan bantuan yang kalian berikan kepada Rasulullah sedangkan beliau daripada Quraisy, beliau adalah sepupu kami dan daripada kami. Bagi kamilah kelebihan tersebut jika Allah jadikan kalian pembantu-pembantu kami dan pengikut-pengikut kami, maka Dia akan memberi hidayah kepada kalian dengan kami.
       Qais berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad Saw. sebagai rahmatan li-l ‘Alamin. Maka Dia mengutusnya kepada semua manusia. Kepada jin, manusia; merah, hitam dan putih. Dia telah memilihnya kerana kenabiannya dan mengkhususkannya dengan risalahnya. Maka orang pertama yang membenarkannya dan beriman dengannya adalah sepupunya Ali bin Abu Talib a.s. Sementara Abu Talib telah menghalang kafir Quraisy daripada menyakitinya dan memintanya supaya meneruskan risalah Tuhan-Nya. Beliau sentiasa mempertahankannya daripada disakiti sehingga bapa saudaranya Abu Talib mati. Kemudian beliau memerintahkan pula kepada anak lelakinya supaya membantunya pada setiap kesusahan dan ketakutan.
       Allah telah memilih Ali a.s. di kalangan Quraisy dan memuliakannya di kalangan Arab dan al-‘Ajam. Rasulullah Saw. mengumpulkan Bani Abd al-Muttalib, di kalangan mereka adalah Abu Talib dan Abu Lahab. Mereka pada hari itu seramai empat puluh orang lelaki. Rasulullah Saw. menjemput mereka dan Ali sebagai pembantunya. Rasulullah Saw. berada di pangkuan bapa saudaranya Abu Talib dan bersabda: Sesiapa di kalangan kalian yang diundang ingin menjadi saudaraku, wazirku, wasiku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku? Mereka terus membisu sehingga beliau mengulanginya sebanyak tiga kali.[62]
       Maka Ali a.s. berkata: Aku wahai Rasulllah salla llau ‘alaika. Maka beliau meletakkan kepalanya di pangkuannya dan meludahnya di dalam mulutnya lalu bersabda: Wahai Tuhanku! Penuhilah dirinya dengan keilmuan, kefahaman dan hikmah. Kemudian beliau bersabda kepada Abu Talib: Wahai Abu Talib! Dengarlah sekarang untuk anak lelaki anda dan patuhilah.[63] Sesungguhnya Allah telah menjadikan kedudukannya di sisi Nabinya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Rasulullah Saw. telah mempersaudarakan Ali dengan dirinya sendiri.
       Justeru itu, beliau tidak meninggalkan sesuatupun daripada kelebihannya (manaqibnya) melainkan beliau menyebutkannya dan berhujah dengannya. Beliau berkata: Di kalangan mereka adalah Ja'far bin Abu Talib al-Tayyar di Syurga dengan dua sayap di mana Allah mengkhususkannya dengan demikian itu di kalangan manusia. Di kalangan mereka adalah Hamzah Sayyidu al-Syuhada’. Di kalangan mereka adalah Fatimah penghulu wanita Syurga.
       Apabila anda mengeluarkan daripada Quraisy Rasulullah, Ahl Baitnya dan ‘Itrahnya yang baik. Maka kami, demi Tuhan! Adalah lebih baik daripada kalian wahai Quraisy, lebih mencintai Allah, Rasul-Nya dan Ahl Baitnya berbanding dengan kalian. Apabila Rasulullah (Saw.) wafat, kaum Ansar telah berkumpul kepada bapaku. Kemudian mereka berkata: Kami akan memberi bai'ah kepada Sa'd. Maka Quraisy datang, lalu mereka bertengkar dengan kami dengan hujah Ali dan Ahl Baitnya a.s. Mereka bertengkar dengan kami dengan hujahnya dan kerabatnya.[64] Justeru itu, mereka telah menzalimi al-Ansar dan mereka juga telah menzalimi keluarga Muhammad a.s. dan anak-anaknya selepasnya.
       Lantas Mu'awiyah menjadi marah dan berkata: Wahai Ibn Sa‘d! Daripada siapakah anda mengambil ini, daripada siapakah anda meriwayatkannya dan daripada siapakah anda mendengarnya. Adakah bapa anda memberitahu anda sedemikian dan anda telah mengambil daripadanya? Qais berkata: Aku telah mendengarnya dan aku mengambilnya daripada orang yang lebih baik daripada bapaku dan lebih besar hak ke atasku daripada bapaku. Dia bertanya: Siapa? Qais menjawab: Ali bin Abu Talib (a.s.) orang paling alim daripada umat ini dan Siddiqnya[65] di mana Allah telah menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Ra'd (13): 43, ''Katakanlah: Dan memadai bagi Allah sebagai saksi antara aku dan kamu dan orang yang di sisinya ‘ilm al-kitab".
       Dia tidak meninggalkan walaupun satu ayat yang turun kepada Ali melainkan menyebutnya. Mu'awiyah berkata: Siddiq umat ini adalah Abu Bakr, Faruqnya adalah Umar dan orang yang di sisinya ‘ilm al-kitab adalah Abdullah bin Salam. Qais berkata: Orang yang paling berhak dan aula dengan nama- nama ini adalah orang yang Allah menurunkan firman-Nya dalam Surah Hud (11): 17 kepadanya, ''Adakah (orang kafir itu sama dengan) orang yang telah mendapat keterangannya daripada Tuhannya dan diikuti saksi daripada Allah?”. Dan orang yang telah dilantik oleh Rasulullah (Saw.) di Ghadir Khum, maka beliau bersabda: “Sesiapa yang aku aula dengannya daripada dirinya” Dan semasa peperangan Tabuk ''Anda daripadaku sepertilah kedudukan Harun daripada Musa melainkan tidak ada Nabi selepasku.[66]










BAHAGIAN KELIMA



Ahl al-Bait dilaknati, penyiksaan terhadap Syi‘ah Ali, pembunuhan sesiapa yang mencintai Ali dan Ahl Baitnya, keilmuan dan penyaksian mereka ditolak, penciptaan hadis-hadis palsu serta perpecahan umat


Mu'awiyah memerintahkan pelaknatan terhadap Ali a.s. dan Ahl Baitnya

       Mu'awiyah pada hari itu berada di Madinah. Dia menyeru seseorang untuk menulis surat kepada gabenor-gabenornya supaya membersihkan diri (bara’ah dhimmah) daripada mereka yang meriwayatkan hadis tentang kelebihan Ali (manaqib) dan Ahl Baitnya. Lantaran itu, para khatib pada setiap tempat dan mimbar masjid melaknati Ali a.s. dan membersihkan diri daripadanya, menghina Ahl Baitnya dan melaknati dengan apa yang tidak wajar bagi mereka a.s.[67].

Dialog Mu'awiyah dengan Ibn 'Abbas tentang tafsir al-Qur'an dan Hadis menurut Ahl al-Bait a.s.

       Kemudian Mu'awiyah melalui hadapan kumpulan Quraisy. Apabila mereka melihatnya, maka semuanya berdiri melainkan Abdullah bin Abbas. Maka dia berkata kepadanya: Wahai Ibn Abbas! Apakah yang menghalang anda daripada berdiri sebagaimana berdirinya para sahabat anda melainkan wujudnya perasaan dendam kerana aku memerangi kalian pada Hari Siffin? Wahai Ibn Abbas! Sesungguhnya sepupuku Uthman telah dibunuh secara zalim (mazluman). Ibn Abbas berkata: Umar bin al-Khattab telah dibunuh secara zalim, maka dia menyerahkan urusan khilafah kepada anak lelakinya. Dia berkata: Umar dibunuh oleh seorang musyrik.
       Ibn Abbas berkata: Siapakah yang membunuh Uthman? Dia menjawab: Orang Islam telah membunuhnya. Dia berkata: Itu dapat mengalahkan hujah anda dan menghalalkan darahnya sekiranya orang Islam yang membunuhnya. Maka mereka telah menghinanya dengan kebenaran. Mua‘wiyah berkata: Kami telah menulis ke seluruh pelusuk bumi bahawa kami melarang daripada menyebut manaqib Ali dan Ahl Baitnya.[68] Justeru itu, tahanlah lidah anda wahai Ibn Abbas. Dia berkata: Adakah anda melarangku daripada takwilnya? Dia menjawab: Ya. Ibn Abbas berkata: Manakah yang wajib ke atas kami, membacanya atau beramal dengannya? Dia berkata: Beramal dengannya. Dia berkata: Bagaimana kami beramal dengannya sebelum kami mengetahui sebab-sebab Allah menurunkannya ke atas kami? Dia berkata: Bertanyalah takwilnya kepada orang yang selain daripada anda dan keluarga anda.
       Ibn Abbas berkata: Al-Qur’an telah diturunkan ke atas keluargaku, adakah aku akan bertanya tentangnya kepada keluarga Abu Sufyan, keluarga Abu Mu'id, Yahudi, Nasrani dan Majusi? Mua‘wiyah berkata: Anda telah menukarkan kami dengan mereka? Dia berkata: Aku tidak menukarkan anda dengan mereka melainkan anda menegah umat daripada menyembah Allah berdasarkan al-Qur’an; suruhan, larangan, halal, haram, nasikh, mansukh, am, khas, muhkam dan mutasyabih. Sekiranya umat tidak bertanya tentang perkara tersebut, mereka binasa, berselisih faham dan sesat.
       Mu'awiyah berkata: Bacalah al-Qur’an tetapi janganlah anda meriwayatkan sesuatu daripada apa yang Allah turunkan kepada kalian, dan apa yang disabdakan oleh Rasulullah. Tetapi riwayatkanlah selain daripada itu. Ibn Abbas berkata: Allah berfirman di dalam Surah al-Taubah (9): 32 ''Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Allah enggan melainkan menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun dibenci oleh orang kafir”. Mu'awiyah berkata: Cukuplah anda dan tahanlah lidah anda daripadaku. Sekiranya anda terpaksa melakukannya, maka lakukanlah secara rahsia (sirran) dan janganlah anda mendengarkannya kepada seseorang secara terang-terangan (‘alaniyyatan). Kemudian Mua‘wiyah kembali ke rumahnya lalu menghantar kepadanya lima puluh ribu dirham. (Di dalam riwayat yang lain seratus ribu dirham).

Penyiksaan terhadap Syi'ah Ali a.s. dan Ahl Baitnya a.s.

       Kemudian penyiksaan berlaku dengan berleluasa pada setiap tempat ke atas Syi'ah Ali dan Ahl Baitnya a.s. Orang yang paling teruk menerima penyiksaan adalah penduduk Kufah kerana majoriti penduduk Kufah adalah Syi'ah. Ziyad telah menggabungkan dengan Basrah di bawah penguasaannya. Dia memantau pergerakan Syi'ah, mengetahui, mengenali dan mendengar percakapan mereka. Lantaran itu, dia telah membunuh mereka di mana-mana, mengusir, menakut-nakutkan, memotong tangan dan kaki, menyula mereka di batang-batang kurma, mengeluarkan mata dan mengusir mereka sehingga mereka meninggalkan Iraq. Tiada seorangpun daripada mereka yang tinggal melainkan dibunuh, disula, diusir atau melarikan diri.[69]

Surat Mu'awiyah kepada para gabenor supaya tidak menerima penyaksian daripada Syi'ah Ali

       Mu'awiyah telah menulis kepada para gabenornya di seluruh negara dengan menegaskan: Bahawa janganlah kalian menerima penyaksian seorangpun daripada Syi'ah Ali, Ahl Baitnya[70] dan orang yang setia kepadanya yang melihat kelebihannya dan bercakap-cakap mengenai manaqibnya.[71]

Surat Mu'awiyah supaya memperdekatkan Syi'ah Uthman dan orang yang meriwayatkan kelebihannya

       Dia telah menulis kepada gabenor-gabenornya: Lihatlah di sisi kalian Syi'ah Uthman, pencintanya, keluarganya dan orang yang setia kepadanya yang melihat kelebihannya dan bercakap-cakap tentang manaqibnya. Maka kalian izinlah majlis-majlis mereka dan hormatilah mereka, perdekatkan dan muliakan mereka. Kalian tuliskan kepadaku apa yang diriwayatkan oleh setiap orang daripada mereka tentangnya dengan namanya, nama bapanya dan daripada siapa dia. Mereka melakukan sedemikian sehingga mereka memperbanyakkan hadis tentang Uthman.
       Dia menghantar kepada mereka pakaian dan lain-lain. Dia memperbanyakkan untuk mereka Arab dan Mawali pada setiap tempat sehingga mereka menjadi ramai, lalu mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan dan kemewahan sehingga tiada seorangpun yang mendatangi gabenor di setiap negeri dan tempat, melainkan mereka meriwayatkan kelebihan Uthman. Kemudian dituliskan namanya, didekati dan diberikan pertolongan kepadanya. Mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian sehingga dikehendaki Allah.

Surat Mu'awiyah supaya meriwayatkan kelebihan Abu Bakr dan Umar

       Kemudian Mua‘wiyah menulis kepada para gabenornya: Bahawa hadis telah menjadi banyak mengenai Uthman dan tersebar di seluruh negara. Apabila sampai suratku ini, maka serulah mereka supaya meriwayatkan kelebihan Abu Bakr dan Umar kerana kelebihan dan keterawalan mereka berdua lebihku cintai, lebih tenang mataku dan mematahkan hujah Ahl Bait ini, dan lebih kuat ke atas mereka daripada manaqib Uthman dan kelebihannya. Lantaran itu, setiap amir dan kadi telah membacakan suratnya kepada orang ramai. Maka orang ramai mengambil riwayat tentang mereka dan kelebihan mereka.[72]
       Kemudian dia menulis satu surat yang menghimpunkan riwayat-riwayat tentang kelebihan mereka dan menghantarnya kepada gabenor-gabenornya serta memerintahkan mereka membacakannya di atas mimbar-mimbar masjid. Dia memerintahkan supaya melaksanakannya melalui guru-guru tadika lalu mereka mengajar kanak-kanak sehingga mereka meriwayatkannya dan mempelajarinya sebagaimana mereka mempelajari al-Qur’an. Mereka telah mengajar anak-anak perempuan, perempuan-perempuan dan pembantu-pembantu mereka.
       Mereka tinggal sedemikian sehingga dikehendaki oleh Allah. Kemudian dia menulis satu surat dan dihantar ke seluruh negara: ''Kalian lihatlah siapa yang menjadi saksi, jika dia mencintai Ali dan Ahl Baitnya, maka padamkan namanya dari Dewan dan kalian janganlah menerima penyaksiannya".[73]

Surat Mu'awiyah supaya membunuh sesiapa yang dituduh mencintai Ali a.s. dan Ahl Baitnya

       Kemudian dia menulis surat yang lain: ''Sesiapa yang dituduh oleh kalian dan tidak ada bukti ke atasnya, maka bunuhlah dia". Justeru itu, mereka membunuh sesiapa sahaja berdasarkan tuduhan semata-mata, sangkaan dan syubhat di mana sahaja sehingga seseorang yang tersalah cakap maka kepalanya dipenggal. Penyiksaan yang paling besar dan dahsyat adalah di Iraq khususnya di Kufah. Syi'ah Ali a.s. yang terdiri daripada para sahabatnya di Madinah dan lain-lainnya, jika seorang yang dipercayai memasuki rumahnya kemudian memberitahu rahsianya kepadanya, nescaya dia menjadi takut kepada pembantunya dan hambanya.[74]
       Lantaran itu, mereka tidak memberitahu sehingga seseorang itu melakukan sumpah yang kuat. Perkara tersebut menjadi lebih tegang dan bertambah ramai musuh mereka di sisi mereka. Mereka telah mencipta hadis-hadis palsu tentang para sahabat mereka. Orang ramai dibesarkan dengan hadis-hadis tersebut dan mereka tidak belajar melainkan daripada mereka. Demikian juga ia telah berlaku kepada kadi-kadi, gabenor-gabenor dan fuqaha’ mereka. Orang yang paling dahsyat melakukan fitnah adalah al-Qurra’ (qari/guru agama) yang berpura-pura warak dan khusyuk, tetapi berbohong dan mengajar hadis-hadis palsu bagi mendapat ganjaran daripada pemerintah dengan menghadiri majlis mereka. Oleh itu, mereka mendapat harta dan pangkat.
       Hadis-hadis dan riwayat-riwayat tentang mereka (Abu Bakr dan Umar) berada di tangan orang yang menganggap bahawa hadis-hadis tersebut adalah benar. Justeru itu, mereka meriwayatkan, mempelajari, mengajar dan mencintainya, dan memarahi orang yang menolaknya. Dengan itu, hadis-hadis tersebut telah berada di tangan orang yang mempunyai agama yang tidak pernah berbohong. Mereka memarahi ahlinya kerananya. Lantaran itu, mereka telah menerimanya dan meriwayatkannya di atas alasan ia adalah benar. Sekiranya mereka mengetahui bahawa ia adalah batil, nescaya mereka tidak akan meriwayatkan dan tidak akan beragama dengannya. Justeru kebenaran pada zaman itu adalah kebatilan dan kebatilan adalah kebenaran, kebenaran adalah pembohongan dan pembohongan adalah kebenaran.
       Rasulullah Saw. bersabda: “Fitnah akan meliputi kalian sama ada yang muda ataupun yang tua”. Ia menjadi perkara biasa kepada orang ramai dan mereka mengambilnya sebagai sunnah. Jika sedikit sahaja sunnah Umar diubah, mereka akan berkata: Orang ramai telah membawa kemungkaran kerana sunnah telah diubah. Apabila al-Hasan bin Ali a.s. wafat, fitnah dan bala makin membesar. Tidak ada seorang wali Allah melainkan menjadi takut dengan darahnya, sama ada dia melarikan diri atau diusir. Sementara musuh Allah menzahirkan bid‘ah dan kesesatannya.



Ucapan al-Husain bin Ali a.s. di Mina yang dihadiri oleh lebih tujuh ratus sahabat dan tabi‘in

       Setahun sebelum kematian Mu‘awiyah, Al-Husain bin Ali salawatu Llahi ‘alaihi, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Ja‘far telah mengerjakan Haji.[75] Maka al-Husain a.s. mengumpulkan Bani Hasyim; lelaki, perempuan dan mawali serta Ansar yang dikenali oleh al-Husain dan Ahl Baitnya. Beliau menghantar perutusan supaya memanggil semua sahabat Rasulullah (Saw.) yang dikenali dengan kewarakan dan kebaikan berhimpun di Mina.
       Maka telah berhimpun di Mina lebih daripada tujuh ratus orang lelaki. Dua ratus orang lelaki adalah para sahabat Rasulullah (Saw.) sementara majoritinya adalah Tabi‘in. Lalu al-Husain berdiri di hadapan mereka dan berkhutbah: Beliau memuji Allah dan bersyukur ke hadrat-Nya, kemudian berkata: Amma ba‘d. Bahawa sesungguhnya Taghut Mu‘awiyah telah melakukan kepada kita dan Syi‘ah kita apa yang kalian telah lihat, ketahui dan menyaksikannya.[76] Sesungguhnya aku mahu bertanyakan kalian sesuatu. Jika aku benar, maka kalian benarkanlah aku. Dan jika aku berbohong, maka kalian bohongilah aku.
       Aku bertanya kepada kalian dengan hak Allah di atas kalian dan hak Rasulullah (Saw.) serta kekerabatanku dengan Nabi kalian. Kalian dengar dan tulislah ucapanku. Kemudian kembalilah ke tempat-tempat kalian dan kabilah-kabilah kalian. Lantaran itu, sesiapa yang kalian percaya daripada manusia, maka serulah mereka kepada apa yang kalian tahu daripada hak kami. Aku khuatir perkara ini berlalu dan kebenaran akan hilang. Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun dibenci oleh orang kafir.
       Beliau tidak meninggalkan meskipun satu ayat daripada al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah kepada mereka melainkan membaca dan mentafsirkannya. Dan tidak ada satu hadis yang disabdakan oleh Rasulullah (Saw.) kepada bapanya, saudaranya, ibunya, dirinya dan Ahl Baitnya melainkan beliau meriwayatkanya. Para sahabatnya berkata: Wahai Tuhanku! Ya (Allahumma Na‘am). Sesunguhnya kami telah mendengar dan kami menyaksikannya. Sementara seorang Tabi‘in pula berkata: Sesungguhnya seorang sahabat yang aku percayainya telah meriwayatkannya kepadaku.



Munasyadah al-Husain bin Ali a.s. mengenai hadis-hadis Rasulullah Saw. tentang hak mereka

       Sulaim berkata: Di antara munasyadah (dialog) al-Husain bin Ali a.s. dengan mereka adalah: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Ali bin Abu Talib adalah saudara Rasulullah (Saw.) ketika beliau mempersaudarakan para sahabatnya, maka beliau mempersaudarakan Ali dengan dirinya lalu bersabda: Anda adalah saudaraku dan aku adalah saudara anda di Dunia dan Di Akhirat? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[77]
       Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasululllah (Saw.) membeli tapak Masjidnya dan tapak-tapak rumahnya, maka beliau telah membina sepuluh rumah; sembilan rumah untuknya dan yang kesepuluhnya terletak di tengahnya adalah untuk bapaku. Kemudian beliau menutup semua pintu jalan ke Masjid selain daripada pintu Ali (a.s.). Maka ada orang yang tidak senang hati dengan perbuatannya lalu beliau bersabda: Aku bukanlah menutup pintu-pintu kalian dan membuka pintunya, tetapi Allah telah memerintahkanku supaya menutup pintu-pintu kalian dan membuka pintunya. Kemudian beliau melarang orang ramai tidur di Masjid selain daripadanya. Beliau telah berjunub di Masjid, di rumahnya dan di rumah Rasulullah (Saw.) di mana anak-anak Rasulullah dan juga anak-anaknya dilahirkan? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Umar bin al-Khattab telah menebuk lubang sebesar biji matanya pada dinding rumahnya ke arah Masjid, maka beliau (Saw.) menentangnya. Kemudian berkhutbah dan bersabda: Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku supaya membina sebuah masjid yang bersih (tahiran) di mana tidak seorangpun yang tinggal di dalamnya selain daripadaku, saudaraku dan anak-anaknya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah melantiknya di Ghadir Khum, maka beliau mengisytiharkannya sebagai wali dan bersabda: Hendaklah orang yang hadir menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.
       Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah bersabda kepadanya semasa Perang Tabuk: Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa dan anda adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku? Mereka menjawab: Ya.[78]
       Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) ketika menyeru Kristian Najran bermubahalah, beliau tidak datang melainkan dengannya, anak perempuannya dan dua anak lelakinya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[79]
       Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa beliau telah memberi kepadanya bendera pada Hari Khaibar, kemudian bersabda: Aku akan memberinya kepada seorang lelaki yang dicintai Allah dan Rasul-Nya dan beliau pula mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan tidak pernah melarikan diri dalam peperangan di mana Allah akan membukanya dengan kedua-dua tangannya? Mereka berkata: Wahai Tuhanku! Ya.[80]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah mengutusnya dengan Surah al-Bara’ah dan bersabda: Tidak akan menyampaikannya daripada pihakku melainkan aku atau seorang lelaki daripadaku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[81].
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) sentiasa mengutamakan Ali (a.s.) dalam setiap kesulitan dengan penuh keyakinan, dan beliau tidak pernah menyerunya dengan namanya melainkan bersabda: Wahai saudaraku dan kalian panggilkan saudaraku Ali? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[82]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa beliau telah menyelesaikan antaranya, Ja‘far dan Zaid lalu bersabda: Wahai Ali! Anda adalah daripadaku, aku adalah daripada anda, dan anda adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[83]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa beliau telah berada di sisi Rasulullah (Saw.) sekali pada setiap hari dan sekali pula pada malamnya. Apabila Ali a.s. bertanya, beliau (Saw.) memberi jawapan kepadanya dan apabila beliau diam, maka Rasulullah (Saw.) memulakan percakapan dengannya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah melebihkannya ke atas Ja‘far dan Hamzah ketika bersabda kepada Fatimah a.s: Suami anda adalah sebaik-baik Ahl Baitku, yang paling awal Islam, paling bersopan, paling alim? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[84]
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Aku adalah penghulu anak Adam, saudaraku Ali adalah penghulu Arab, Fatimah adalah penghulu wanita Syurga, al-Hasan dan al-Husain kedua-duanya anak lelakiku adalah penghulu pemuda Syurga? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah memerintahkannya untuk memandikan jenazahnya dan memberitahunya bahawa Jibril akan membantunya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.
       Beliau berkata: Adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (Saw.) telah bersabda pada akhir khutbahnya: Sesungguhnya aku meninggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga: Kitab Allah dan Ahl Baitku. Lantaran itu, berpeganglah kepada kedua-duanya, nescaya kalian tidak akan sesat selama-lamanya? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[85]
       Beliau tidak meninggalkan meskipun satu ayat daripada al-Qur’an yang telah diturunkan secara khusus pada Ali a.s. dan Ahl Baitnya, begitu juga dengan hadis daripada Rasulullah Saw. mengenai mereka melainkan beliau menyeru mereka bermunasyadah dengan nama Allah, maka para sahabat menjawab: Wahai Tuhanku! Ya. Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Dan seorang Tabi‘in berkata: Seorang yang aku percayai telah meriwayatkannya kepadaku daripada fulan dan fulan. Maka beliau telah bermunasyadah dengan mereka bahawa mereka mendengarnya daripada Rasulullah (Saw.).
       Dan beliau bersabda: Sesiapa yang menyangka bahawa dia mencintaiku tetapi memarahi Ali, maka sesungguhnya dia telah berbohong. Dia bukan mencintaiku sedangkan dia memarahi Ali. Ada orang bertanya: Wahai Rasulullah (Saw.)! Bagaimana begitu? Kerana beliau adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya.[86] Sesiapa yang mencintainya maka sesungguhnya dia mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku maka dia mencintai Allah. Dan sesiapa yang memarahinya maka dia memarahiku, dan sesiapa yang memarahiku maka dia memarahi Allah? Mereka menjawab: Wahai Tuhanku! Ya.[87] Kami telah mendengarnya. Kemudian mereka bersurai.

Tangisan Ibn Abbas dan penjelasannya akan peristiwa Hari Khamis

       Abban bin Abi ‘Iyasy daripada Sulaim bin Qais berkata: Sesungguhnya aku telah berada di sisi Abdullah bin Abbas di rumahnya dan di sisinya beberapa orang Syi‘ah. Mereka telah menyebut Rasulullah (Saw.), dan kematiannya.
       Maka Ibn Abbas terus menangis dan berkata: Rasulullah Saw. telah bersabda pada hari Khamis iaitu hari di mana beliau wafat.Di sampingnya Ahl Baitnya dan tiga puluh orang para sahabatnya: Kalian bawakan kepadaku kertas supaya aku menulis satu surat (kitab) untuk kalian di mana kalian tidak akan sesat selepasku selama-lamanya dan kalian tidak akan bertengkar selepasku. Maka seorang lelaki daripada mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah sedang meracau. Lantas Rasulullah Saw. memarahinya dan bersabda: Aku melihat kalian bertengkar sedangkan aku masih hidup. Bagaimanakah selepas kematianku? Lantas beliau meninggalkan kertas.[88]
       Sulaim berkata: Kemudian Ali berdepan dengan Ibn Abbas dan berkata: Sekiranya lelaki itu tidak berkata sedemikian nescaya beliau telah menuliskan untuk kita kitab di mana tiada seorangpun akan sesat dan bertengkar. Seorang lelaki daripada mereka bertanya: Siapakah lelaki itu? Beliau berkata: Aku tidak akan memberitahunya. Aku berduaan dengan Ibn Abbas selepas orang ramai pergi, dia berkata: Umarlah yang telah berkata sedemikian.
       Aku berkata: Anda memang benar. Sesungguhnya aku telah mendengar Ali a.s., Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad berkata: “Umar”. Beliau a.s. berkata: Sembunyikan melainkan kepada orang yang anda percaya daripada saudara-saudara anda. Kerana hati umat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada dua lelaki ini sebagaimana hati Bani Israil telah dimabukkan oleh cinta kepada al-‘Ijl dan al-Samiri.

Penyaksian Sulaim bin Qais akan peperangan Jamal

       Abban berkata: Aku telah mendengar Sulaim bin Qais berkata: Aku telah menyaksikan Ali (a.s.) di dalam peperangan Jamal. Kami bersama dua belas ribu orang tentera. Ahli Jamal adalah melebihi seratus dua puluh ribu. Bersama Ali adalah Muhajirin dan Ansar. Empat ribu adalah terdiri daripada mereka yang telah berperang bersama Rasulullah (Saw.) di dalam peperangan Badr, Hudaibiyyah dan peperangan lain. Kebanyakannya adalah dari Kufah selain daripada mereka yang mengikutinya dari Basrah dan Hijaz yang tidak terlibat dalam Hijrah. Mereka telah memeluk Islam selepas pembukaan Makkah.
       Empat ribu orang Ansar tidak dipaksa untuk memberi bai‘ah dan berperang. Tetapi beliau menjemput mereka. Seratus tujuh puluh orang ahli Badr menyahuti jemputannya. Tidak ada seorangpun orang Ansar yang telah menyertai peperangan Badr dan Hudaibiyyah mengundur diri daripadanya. Malah tidak seorangpun daripada Muhajirin dan Ansar melainkan mewalikannya dan menyeru kemenangan untuknya. Mereka mencintai ketrampilannya ke atas musuh-musuhnya. Beliau tidak menyusahkan mereka tetapi mereka telah memberi bai‘ah kepadanya.
       Bukan semua orang berperang pada jalan Allah. Orang yang mengkritik dan membersihkan diri daripadanya adalah sedikit dan tersembunyi. Hanya beberapa orang yang memberi bai‘ah kepadanya, kemudian mereka sangsi untuk berperang bersamanya. Lantaran itu, mereka duduk di rumah mereka. Mereka adalah Muhammad bin Salmah, Sa‘d bin Abi Waqqas, Ibn Umar dan Usamah bin Zaid. Akhirnya mereka telah menyesal dan berdoa untuk Ali a.s., membersihkan diri mereka daripada musuhnya, memberi penyaksian bahawa Ali a.s. adalah di atas kebenaran dan sesiapa yang menentangnya dilaknati serta halal darahnya.

Ucapan Ali a.s. kepada Talhah dan al-Zubair semasa berjumpa dengan ahli Basrah dalam peperangan

       Abban daripada Sulaim berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s. berjumpa ahli Basrah pada Hari Jamal, beliau menyeru al-Zubair: Wahai Abu Abdillah! Keluar kepadaku. Lantas para sahabatnya berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Anda keluar kepada al-Zubair yang mengkhianati bai‘ahnya sedangkan dia berada di atas kuda yang siap dengan senjata dan anda berada di atas keldai tanpa senjata? Ali a.s. berkata: Sesungguhnya di atasku jubah yang tebal di mana tidak seorangpun mampu melarikan diri daripadanya kerananya. Sesungguhnya aku tidak akan mati dan tidak akan dibunuh melainkan di tangan orang yang paling celaka sebagaimana unta betina Allah telah dibunuh oleh orang Thamud yang paling celaka.
       Maka al-Zubair pun keluar kepadanya. Maka beliau berkata: Di manakah Talhah (perintahkan) supaya dia keluar? Maka Talhah pun keluar. Beliau berkata: Adakah kalian berdua dan orang yang mempunyai ilmu daripada keluarga Muhammad serta Aisyah binti Abu Bakr mengetahui bahawa sesungguhnya ahli Jamal, ahli Siffin dan Nahrawan dilaknati di atas lidah Muhammad?[89] Sesungguhnya rugilah orang yang berbohong. Al-Zubair berkata: Bagaimana boleh kami dilaknati sedangkan kami daripada ahli syurga? Ali a.s. berkata: Jika aku telah mengetahui bahawa kalian daripada ahli Syurga nescaya aku tidak menghalalkan peperangan dengan kalian.
       Al-Zubair berkata: tidakkah anda telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda pada Hari Uhud: Talhah wajib memasuki Syurga. Dan sesiapa yang ingin melihat kepada syahid yang hidup berjalan di Bumi ini, maka hendaklah dia melihat kepada Talhah Atau tidakkah anda telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sepuluh daripada Quraisy akan berada di Syurga? Ali a.s. berkata: Sebutkan nama-nama mereka? Dia berkata: Fulan, fulan dan fulan sehingga dia menyebut sembilan nama. Antaranya Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah dan Sa‘id bin Zaid bin ‘Umru bin Nufail. Maka Ali a.s. berkata: Anda telah menyebut sembilan, maka siapakah yang ke sepuluh? Al-Zubair berkata: Anda.
       Maka Ali a.s. berkata: Anda telah memperakui bahawa aku adalah daripada ahli Syurga. Adapun apa yang anda mendakwa untuk diri anda dan para sahabat anda maka aku adalah daripada orang yang mengingkarinya. Demi Tuhan! Sebahagian orang yang telah anda sebutkan akan berada di dalam Tabut di bawah Neraka Jahannam di mana di atasnya ada sebuah batu besar yang menutupi satu lubang. Apabila Allah mahu memanaskan Jahannam, Dia akan mengangkat batu itu lalu ia memanaskan Jahannam. Aku telah mendengar demikian itu daripada Rasulullah (Saw.). Jika tidak, Allah akan memenangkan anda denganku dan mengalirkan darahku dengan tangan anda. Dan jika tidak, Allah akan memenangkanku dengan anda dan para sahabat anda.[90] Lantas al-Zubair kembali kepada para sahabatnya dalam keadaan menangis.
       Kemudian Ali a.s. berpaling kepada Talhah. Beliau berkata: Wahai Talhah! Bersama kalian berdua adalah isteri-isteri kalian? Talhah berkata: Tidak. Beliau berkata: Kalian berdua bergantung kepada perempuan di mana tempatnya di dalam kitab Allah adalah duduk di rumah tetapi kalian berdua telah mempamerkannya di khemah-khemah. Rasulullah (Saw.) tidak dapat menyedarkan kalian berdua. Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya perempuan bercakap di balik hijab. Beritahukan kepadaku tentang solat Ibn al-Zubair dengan kalian berdua. Adakah salah seorang daripada kalian berdua meridhai sahabatnya. Beritahukan kepadaku tentang seruan kalian berdua kepada Arab Badwi bagi memerangiku dan apakah yang telah membawa kalian berdua melakukannya?
       Maka Talhah berkata: Ini kerana kami enam orang dalam Syura. Seorang daripada kami telah mati dan seorang lagi dibunuh. Kami pada hari ini empat orang. Kami benci kepada anda. Maka Ali a.s. berkata: Itu bukan tugasku. Kami telah berada di dalam Syura tetapi urusannya bukan di tangan kami. Tetapi hari ini ia berada di tanganku. Apakah pendapat anda jika aku mahu selepas anda memberi bai‘ah kepada Uthman, mengembalikannya kepada Syura, adakah ia untukku? Dia berkata : Tidak. Kenapa anda berkata demikian? Kerana anda telah memberi bai‘ah dengan sukarela.
       Ali a.s. berkata lagi: Bagaimana begitu? Sedangkan Ansar dengan pedang-pedang mereka yang terhunus berkata: Kalian hendaklah memberi bai‘ah kepada salah seorang daripada kalian. Jika tidak, kami akan memenggal kepala kalian. Adakah seseorang telah berkata kepada anda dan sahabat anda sesuatu seperti ini pada masa kalian berdua memberi bai‘ah kepadaku? Hujahku tidak memaksa anda memberi bai‘ah adalah lebih jelas daripada hujah anda.
       Sesungguhnya anda dan sahabat anda telah memberi bai‘ah kepadaku secara sukarela, bukan paksaan. Kalian berdua adalah orang yang pertama memberi bai‘ah kepadaku. Dan tidak seorangpun berkata bahawa kalian berdua akan memberi bai‘ah kepadaku, atau kami akan membunuh kalian berdua. Maka Talhah pun beredar dari tempat itu. Dan peperangan bermula, lalu Talhah dibunuh sementara al-Zubair telah melarikan diri.

Pengakuan Ali a.s: “Rasulullah Saw. telah mengajarku seribu bab ilmu”

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar satu hadis daripada Ali a.s.. Aku tidak tahu apakah yang sebenarnya. Aku mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah memberitahu kepadaku pada masa sakitnya dan mengajar kepadaku anak kunci seribu bab ilmu. Dan dibuka setiap bab akan seribu bab yang lain.[91] Aku duduk dengan tenang di khemah Ali a.s. Beliau telah mengutus al-Hasan (a.s.) dan Ammar mengumpul orang ramai. Tiba-tiba Ali a.s. datang dan berkata: Wahai Ibn Abbas! Al-Hasan akan mendahului anda, bersamanya sebelas ribu lelaki kurang seorang atau dua orang.
       Maka aku berkata kepada diriku (tentang kata Ali kepada Ibn Abbas): Sekiranya sebagaimana beliau berkata, maka ia adalah daripada seribu bab. Manakala al-Hasan meneruskan pengendalian tentera itu, aku mengucap selamat datang kepadanya. Maka aku bertanya kepada kerani tentera yang bersama-samanya tentang nama-nama mereka: Berapa orang tentera bersama anda? Dia menjawab: Sebelas ribu lelaki kurang seorang atau dua orang.

Kata-kata Ali a.s: “Bertanyalah kepadaku sementara aku masih ada”

       Abban daripada Sulaim Berkata: Aku telah duduk di samping Ali (a.s.) di Masjid Kufah, orang ramai berada di sekitarnya maka beliau berkata: Kalian bertanyalah kepadaku sementara aku masih ada. Kalian bertanyalah aku tentang Kitab Allah. Demi Tuhan! Tidak ada satu ayat daripada kitab Allah yang telah turun melainkan Rasulullah (Saw.) telah membacakannya kepadaku dan mengajarku tentang takwilnya.
       Ibn al-Kawa’ berkata: Apakah yang diturunkan kepadanya sedangkan anda tidak ada bersamanya? Beliau berkata: Ya. Beliau (Saw.) telah membacakan kepadaku apabila aku berjauhan daripadanya. Apabila aku datang kepadanya, beliau bersabda: Wahai Ali! Allah telah menurunkan ayat selepas anda tidak ada, lalu beliau membacakannya kepadaku dan mengajarku akan takwilnya.[92]

Penjelasan Ali a.s. kepada ketua Yahudi tentang perpecahan umat dan kata-katanya: “Jika aku diberi kedudukan…”

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Ali (a.s.) berkata kepada ketua Yahudi: Berapa kumpulankah kalian telah berpecah? Dia berkata: Kumpulan sekian dan kumpulan sekian. Ali a.s. berkata: Anda telah berbohong. Kemudian beliau berdepan dengan orang ramai dan berkata: Jika aku diberi kedudukan, nescaya aku menghukum ahli Taurat dengan Taurat mereka, ahli Injil dengan Injil mereka dan ahli al-Qur’an dengan a-Qur’an mereka.
       Yahudi berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Tujuh puluh kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti Yusya’ bin Nun, wasi Musa. Nasara telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan. Tujuh puluh satu kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti Syam‘un, wasi ‘Isa. Dan umat ini berpecah kepada tujuh puluh tiga kumpulan. Tujuh puluh dua kumpulan ke Neraka dan satu kumpulan ke Syurga iaitu kumpulan yang mengikuti wasi Muhammad (Saw.). Dan beliau menepuk dadanya lalu berkata: Tiga belas daripada tujuh puluh tiga mencintaiku dan satu kumpulan daripadanya ke Syurga. Dan dua belas daripadanya ke Neraka.

Penjelasan Ibn ‘Abbas kepada Sulaim tentang perkara paling besar pernah beliau dengar daripada Ali a.s.

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku berkata kepada Ibn Abbas: Beritahukan kepadaku perkara yang paling besar telah anda dengar daripada Ali a.s.? Maka dia telah memberitahuku apa yang telah aku dengar daripada Ali a.s. Beliau a.s. berkata: Rasulullah (Saw.) telah memanggilku dan di tangannya ada kitab. Maka beliau berkata: Ambillah kitab ini. Aku berkata: Wahai Nabi Allah! Apakah kitab ini? Beliau bersabda: Kitab yang telah dituliskan Allah, mengandungi ahli bahagia dan ahli celaka daripada umatku. Allah telah memerintahkanku supaya memberikannya kepada anda.[93]

Pertanyaan Sulaim kepada Ibn Abbas mengenai Perang Siffin dan perkara yang berlaku semasa peperangan

       Abban berkata: Aku telah Mendengar Sulaim bin Qais berkata: Aku bertanya kepadanya: Adakah anda telah menyaksikan peperangan Siffin? Ibn Abbas menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah anda telah menyaksikan peperangan Nahrawan? Dia menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Berapakah umur anda ketika itu? Dia menjawab: Empat puluh tahun. Aku berkata: Beritahukan kepadaku- rahmat Allah ke atas anda- Dia menjawab: Ya. Meskipun aku telah terlupa beberapa perkara tetapi aku masih tidak melupai hadis ini. Kemudian dia menangis. Dan dia berkata: Kalian berbaris, kamipun berbaris.
       Maka Malik al-Asytar telah keluar dengan kudanya yang lengkap dengan senjata dan di tangannya lembing, mengetuk-ngetuk kepala kami sambil berkata: Betulkan barisan kalian. Setelah membetulkan barisan, beliau datang dengan kudanya sehingga berdiri antara dua barisan, kemudian memalingkan belakangnya kepada ahli Syam dan mengadapkan mukanya kepada kami. Maka beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya serta bersalawat kepada Nabi (Saw.), kemudian berkata: Amma ba‘d. Bahawa perhimpunan kita di sini pada hari ini adalah daripada Qada’ dan Qadar-Nya kerana ajal-ajal telah hampir dan urusan-urusan telah berakhir dipimpin oleh penghulu Muslimin Amir al-Mukminin, sebaik-baik wasi, sepupu Nabi kami, saudaranya dan warisnya.[94]
       Pedang-pedang kami adalah pedang-pedang Allah. Sementara ketua mereka adalah anak lelaki kepada perempuan yang telah memakan hati, gua nifaq dan sebahagian daripada Ahzab yang memandu mereka kepada kecelakaan dan Neraka. Kami berharap dengan pembunuhan mereka, pahala daripada Allah dan mereka pula sedang menunggu pembalasan. Apabila peperangan bermula dan kuda merempuh ke arah orang yang terbunuh di pihak kita dan pihak mereka, kami berharap dengan memerangi mereka, kemenangan daripada Allah, lalu aku tidak mendengar melainkan suara gempur.
       Wahai manusia! Rendahkan penglihatan kalian dan perkuatkanlah azam kalian dengan memotong kepala, kerana ia adalah lebih berkesan. Hadapilah mereka dengan muka-muka kalian. Ambillah pedang kalian dengan iman kalian. Justeru itu, pukullah pada sasarannya dan tikamlah dengan lembing ke arah perut kerana ia adalah sasaran pembunuhan. Cekalkan diri kalian menghadapi orang yang menuntut bela ke atas darah bapa-bapa dan saudara-saudara mereka.[95]
       Perkukuhkan semangat kalian untuk kematian supaya kalian tidak dihina dan dimalukan. Kemudian mereka bertembung dengan dahsyat di mana akibatnya tujuh puluh ribu Arab terbunuh. Peristiwa itu berlaku pada hari khamis sehingga satu pertiga malam, tanpa sujud kepada Allah meskipun satu sujud sehingga berlalunya waktu solat yang empat; Zuhur, ‘Asr, Maghrib dan ‘Isyak.

Kata-kata Ali a.s. semasa Peperangan Siffin

       Sulaim berkata: Kemudian Ali a.s. berdiri memberi khutbah dan berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya kalian telah melihat musuh kalian berada di tahap yang terakhir kerana semua perkara yang telah berlaku akan dikira akhirnya dengan awalnya. Mereka bersusah-payah tanpa agama sehingga mereka sampai kepada kalian. Aku akan menyerang mereka di awal pagi insya’ Allah dan menghukum mereka kepada Allah.
       Berita ini telah sampai kepada Mu‘awiyah, lalu dia, para sahabatnya dan ahli Syam menjadi takut. Lantas dia memanggil ‘Umru bin ‘As[96] dan berkata: Wahai ‘Umru! Dia akan menyerang kita pada waktu malam. Apakah pendapat anda? Dia menjawab: Tentera berkurangan. Mereka tidak berjuang dengan sepenuh tenaga. Dan anda bukan sepertinya. Kerana dia memerangi anda di atas asas yang jelas sementara anda memeranginya di atas asas yang kabur. Anda mahu hidup sementara dia mahu mati. Ahli Syam tidak takut jika Ali (a.s.) menang ke atas mereka, tetapi ahli Iraq takut jika anda menang ke atas mereka. Paksakan ke atas mereka satu perkara jika mereka menolaknya, mereka akan berpecah. Dan jika mereka menerimanya, mereka akan berpecah.
       Anda serukan mereka kepada kitab Allah dan anda angkatkan mushaf-mushaf di hujung lembing, anda akan sampai kepada hajat anda. Aku masih menyimpannya untuk anda. Maka Mu‘awiyah telah mengetahuinya dan berkata: Anda memang benar. Tetapi aku ada satu pendapat yang boleh menipu Ali iaitu tuntutanku ke atas Syam sebagai gantian. Ini adalah perkara yang pertama kali dia menolakku daripadanya. ‘Umru tersenyum dan berkata: Di manakah anda wahai Mu‘awiyah daripada tipu-helah Ali? Jika anda mahu, anda tulis.

Surat Mu‘awiyah kepada Ali a.s. di Siffin

       Sulaim berkata: Mu‘awiyah telah menulis surat kepada Ali a.s. bersama Abdullah bin ‘Uqbah. Amma ba‘d. Sesungguhnya jika anda mengetahui bahawa peperangan mendatangkan bencana kepada kami dan anda, dan malah kita mengetahuinya, maka sebahagian kita tidak akan menyerang akan sebahagian yang lain, jika kita dapat mengawal akal kita. Maka telah berlakulah apa yang telah berlaku dan kita memperbaiki apa yang tinggal.
       Aku telah meminta Syam daripada anda dengan syarat anda tidak memaksaku taat dan memberi bai‘ah kepada anda, maka anda menolaknya. Allah telah memberi kepadaku apa yang anda halang. Aku menyeru anda kepada apa yang aku telah menyeru anda kelmarin. Kerana anda tidak mengharapkan kekal melainkan apa yang aku juga mengharapkannya dan anda tidak takut kepada mati melainkan apa yang aku takut.
       Demi Tuhan! Hati menjadi lembut dan tentera telah pergi. Kami Bani ‘Abd Manaf tidak ada kelebihan sebahagian kami ke atas sebahagian yang lain di mana yang mulia tidak dapat dihina dan yang lemah tidak diperhambakan, Wassalam.



Jawapan Ali a.s. kepada surat Mu‘awiyah

       Sulaim berkata: Manakala Ali a.s. membaca surat Mu‘awiyah, beliau tersenyum dan berkata: Satu keanehan daripada Mu‘awiyah dan tipu- dayanya kepadaku. Maka beliau menyeru penulisnya ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’, dan berkata: Tulis amma ba‘d. Sesungguhnya surat anda telah sampai kepadaku, anda telah menyebut di dalamnya bahawa peperangan telah mendatangkan bencana kepada kami dan anda, maka sebahagian kita tidak akan menyerang sebahagian yang lain. Aku dan anda, wahai Mu‘awiyah! Mempunyai matlamat yang belum tercapai.
       Adapun tuntutan anda akan Syam, maka aku tidak akan memberinya kepada anda hari ini apa yang aku telah menegahnya kelmarin. Dan adapun persamaan kami dalam ketakutan dan harapan, anda tidak dapat menghilangkan syak yang menguasai anda sedangkan aku dalam keyakinan.
       Adapun kata-kata anda bahawa kami Bani ‘Abd Manaf tidak ada kelebihan sebahagian ke atas sebahagian yang lain, begitu juga kami. Tetapi Umayyah tidak sama dengan Hasyim, Harb tidak sama dengan ‘Abd al-Muttalib, Abu Sufyan tidak sama dengan Abu Talib, al-Taliq tidak sama dengan al-Muhajir, al-Munafiq tidak sama dengan Mukmin, dan pembohong tidak sama dengan orang yang bercakap benar. Di tangan kami kelebihan kenabian di mana kami menguasai Arab dan ‘Ajam, Wassalam.[97]
       Apabila sampai surat Ali a.s. sampai kepada Mu‘awiyah, dia merahsiakannya kepada ‘Umru bin ‘As. Kemudian memanggilnya dan membacakan kepadanya. Walau bagaimanapun ‘Umru telah bergembira dengan surat itu kerana pada akhirnya dia telah melarang Mu‘awiyah menulisnya. Tidak ada seorangpun daripada Quraisy yang membesar-besarkan Ali a.s. selepas hari itu selain daripada ‘Umru yang menentangnya di atas kudanya.

Sya‘ir ‘Umru bin ‘As selepas surat Ali a.s. diterima oleh Mu‘awiyah

‘Umru bin al-‘As berkata:

Bagi Allah kurniaan-Nya kepada anda wahai Ibn Hindun!
Kurniaan seorang yang mempunyai keadaan yang malang
Anda tamak kepada Ali, tiada maaf bagi anda
Dia telah memukul besi di atas besi
Anda mengharap dapat menipunya dengan syak
Anda mengharap dia menakutkan anda dalam ancaman
Segala-galanya telah terdedah
mengheret kepada peperangan
Kepala kanak-kanak akan beruban kerana ketakutannya
Sekembalinya dia akan berkata kepadanya
Nyahlah dari sini lantaran kesengsaraan mereka
Jika ia berlaku, maka awalnya kecil
Jika ia berlaku tidak ada penghujungnya
Ia tidak menjadi masalah kepada Abu al-Hasan
Tetapi ia menjadi masalah kepada anda sedikit masa lagi
Aku mengungkapkan kepadanya kata-kata yang tersusun
Lemah hati, terputus harapan
Anda menuntut Syam wahai Ibn Hindun!
Daripada kejahatan dan fikiran yang rendah
Jika dia memberikanya kepada anda
Kemuliaan anda tidak akan bertambah
Lantaran itu apakah gunanya anda meminta berlebihan?
Pendapat ini tidak akan memberi faedah
Selain daripada menceritakan apa yang telah berlalu.

       Maka Mu‘awiyah berkata: Demi Tuhan! Anda telah mengetahui bahawa aku tidak mahu sya‘ir ini. ‘Umru menjawab: Aku tidak bermaksud sedemikian. Dia berkata: Anda telah menghina pendapatku dan membesar-besarkan Ali sedangkan anda menentangnya. ‘Umru tersenyum dan berkata: Pertentangan dan maksiat anda telah berlalu. Adapun keburukkanku belum ada seorang lelaki yang berani bertarung dengan Ali. Jika anda mahu, anda boleh melakukannya. Mu‘awiyah terdiam. Dan perkara tersebut telah tersebar di kalangan ahli Syam.

Kata-kata Ali a.s. setelah diberitahu ahli Syam mencacinya

       Abban daripada Sulaim berkata: Ali a.s. telah melalui di hadapan jama‘ah ahli Syam di mana al-Walid bin ‘Uqbah bin Abi Mu‘it bersama mereka. Mereka mencacinya, maka Ali a.s. diberitahu mengenainya. Lantas beliau berhenti di samping para sahabatnya dan berkata kepada mereka: Kalian pergi kepada mereka dan bertenang dengan kedamaian Islam. Kita paling hampir kepada kejahilan dengan Allah, berani ke atas-Nya dan tertipu kepada gerakan di mana ketua mereka adalah Mu‘awiyah, Ibn al-Nabighah, Abu al-A‘war al-Silmi, Ibn Abi Mu‘it, peminum arak yang telah  dikenakan hukum had di dalam Islam, dan Marwan yang telah diusir oleh Rasulullah (Saw.).[98]
       Mereka mencaciku dan sebelum hari ini mereka tidak memerangiku, mereka hanya mencaciku sedangkan aku menyeru mereka kepada Islam dan mereka menyeruku kepada penyembahan berhala. Segala puji bagi Allah di atas apa yang diserukan kepadaku oleh orang yang fasiq. Sesungguhnya ucapan ini adalah mulia. Sesungguhnya orang fasiq lagi munafiq berada di sisi kami, mereka tidak boleh dipercayai, takut kepada Islam dan menipu separuh daripada umat ini.
       Hati mereka telah mabuk cinta kepada fitnah, hawa-nafsu mereka cenderung kepada kebatilan, mereka telah mengisytiharkan perang terhadap kami dan mereka mahu memadamkan cahaya Allah. Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun dibenci oleh orang kafir. Kemudian beliau memberi semangat kepada para sahabatnya menentang mereka dan berkata: Mereka masih dengan pendirian mereka, tanpa tikaman tepat yang menerbangkan hati, tanpa pukulan yang mencederakan hidung, dahi, dagu, dada dan tulang-tulang mereka dengan senjata. Di manakah ahli agama dan penuntut-penuntut pahala?
       Lantaran itu, seramai empat ribu orang telah menyerbu kepadanya. Beliau a.s. telah menyeru Muhammad bin al-Hanafiah dan berkata: Wahai anakku! Berjalanlah ke arah bendera ini dengan berhati-hati sehingga anda menikam pada dada mereka dengan senjata yang tajam. Tahanlah diri anda sehingga datang perintahku, maka dia mematuhinya. Manakala Muhammad menghampiri mereka, maka dia melepaskan panahnya ke dada mereka. Begitulah yang dilakukan oleh orang yang dilatih oleh Ali a.s. di dalam menghadapi musuh mereka sehingga mereka dapat menggoncangkan pendirian musuh dan membunuh kebanyakan mereka.

Pertanyaan Sulaim kepada al-Miqdad tentang kelebihan Ali a.s. dan penjelasannya

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku bertanya al-Miqdad tentang Ali a.s., beliau berkata: Kami telah bermusafir bersama Rasulullah Saw. sebelum beliau memerintahkan isteri-isterinya memakai hijab. Akulah satu-satunya khadamnya pada masa itu. Rasulullah (Saw.) mempunyai hanya satu lihaf sahaja dan bersamanya ‘Aisyah. Rasulullah (Saw.) telah tidur antara Ali a.s. dan ‘Aisyah di mana tidak ada lihaf selain daripadanya.
       Apabila Rasulullah (Saw.) bangkit daripada tidurnya pada waktu malam, beliau meletakkan lihafnya di tengahnya antara Ali a.s. dan ‘Aisyah sehingga lihaf menyentuhi hamparan di bawah mereka berdua. Rasulullah Saw. bangkit daripada tidurnya lalu mengerjakan solat sementara Ali a.s. tidak dapat tidur kerana demam. Rasulullah (Saw.) berjaga malam kerana kesakitan Ali a.s. Beliau mengerjakan solat malam, kemudian datang kepada Ali a.s. bagi melihat keadaannya. Begitulah keadaan Rasulullah (Saw.) sehingga tiba waktu pagi.
       Manakala beliau mengerjakan solat bersama-sama para sahabatnya pada pagi hari, beliau berdoa: Wahai Tuhanku! Sembuhkanlah penyakit Ali dan beliaulah yang membuatku berjaga malam. Maka Ali a.s. menjadi sembuh bagaikan terlepas daripada ikatan. Kemudian Rasulullah (Saw.) bersabda: Bergembiralah wahai saudaraku! Beliau bersabda sedemikian di hadapan para sahabat yang sedang mendengarnya. Ali a.s. berkata: Allah telah mengembirakan anda dengan kebaikan wahai Rasulullah (Saw.) dan menjadikan aku sebagai tebusan.
       Beliau bersabda lagi: Sesungguhnya aku tidak memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia memberikannya kepadaku. Aku tidak memohon sesuatu untuk diriku melainkan aku memohonnya untuk anda seumpamanya. Sesungguhnya aku telah menyeru Allah supaya mempersaudarakan antaraku dan anda, maka Dia telah melakukannya. Aku telah memohon kepada-Nya supaya Dia menjadikan anda wali kepada setiap Mukmin selepasku, maka Dia telah melakukannya. Aku memohon kepada-Nya apabila Dia memakaikan kepadaku pakaian kenabian dan kerasulan supaya memakaikan kepada anda pakaian wasi dan keberanian, maka Dia telah melakukannya.[99]
       Aku memohon kepada-Nya supaya Dia menjadikan anda wasiku, warisku dan penyimpan ilmuku, maka Dia telah melakukannya. Aku telah memohon kepada-Nya supaya menjadikan kedudukan anda di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa,[100] dan membantuku dengan anda serta melibatkan anda dalam urusanku, maka Dia telah melakukannya selain tidak ada nabi selepasku, maka aku telah meridhainya. Aku memohon kepada-Nya supaya menikahkan anda dengan anak perempuanku dan menjadikan anda bapa kepada anak-anakku, maka Dia telah melakukannya.[101]
       Maka seorang lelaki (Umar) berkata kepada sahabatnya: Apakah pendapat anda tentang apa yang beliau (Rasulullah Saw.) telah pohon? Demi Tuhan! Sekiranya beliau memohon kepada Tuhannya supaya menurunkan Malaikat ke atasnya bagi menolongnya menentang musuhnya atau mengeluarkan harta simpanan untuk beliau dan para sahabatnya berbelanja ketika perlu, adalah lebih baik untuknya daripada apa yang beliau telah pohon. Sementara sahabatnya (Abu Bakr) pula berkata: Segantang kurma adalah lebih baik daripada apa yang telah beliau pohon.

Kata-kata Abd al-Rahman al-Azadi ketika kematian Mu‘adh Bin Jabal dan ucapan: “Neraka Wail untukku”

       Abban berkata: Aku mendengar Sulaim berkata: Aku telah mendengar Abd al-Rahman bin Ghunim al-Azadi al-Thumali, menantu Mu‘adh bin Jabal, orang paling alim dalam ilmu fekah di Syam,[102] berkata: Mu‘adh bin Jabal mati disebabkan penyakit Taun. Aku telah menyaksinya pada hari kematiannya. Sementara orang ramai sibuk dengan penyakit Taun. Dia berkata: Aku telah mendengarnya ketika nazak (ihtidar), dan tidak ada orang lain selain daripadaku. Peristiwa ini berlaku pada masa pemerintahan Umar bin al-Khattab.
       Mu‘adh berkata: Neraka untukku, neraka untukku (wailun li wailun li). Aku berkata dalam diriku: Orang yang terkena penyakit Taun meracau dan berkata perkara-perkara yang pelik. Aku pun berkata: Adakah anda meracau rahima-ka-llahu? Mu‘adh berkata: Tidak. Aku berkata lagi: Kenapa anda menyeru dengan Neraka Wail? Dia berkata: Kerana aku telah mewalikan musuh Allah ke atas wali Allah. Maka aku berkata: Siapakah mereka? Dia menjawab: ‘Atiq dan Umar di atas khalifah Rasulullah dan wasinya Ali bin Abu Talib. Aku berkata: Anda memang meracau?
       Maka dia berkata: Wahai Ibn Ghunim! Demi Allah aku tidak meracau. Ini adalah Rasulullah (Saw.) dan Ali (a.s.) sedang berkata: Wahai Mu‘adh! Bergembiralah dengan Api Neraka, anda dan para sahabat anda yang berkata: Jika Rasulullah (Saw.) mati atau dibunuh kita akan menjauhkan khilafah daripada Ali dan dia tidak akan sampai kepada khilafah selama-lamanya. Anda, ‘Atiq, ‘Umru, Abu ‘Ubaidillah dan Salim. Maka aku bertanya: Wahai Mu‘adh! Bilakah ini? Dia menjawab: Pada Haji Wida‘. Kami berkata: Kami menentang Ali. Justeru itu, dia tidak akan dapat khilafah selama kami masih hidup.
       Manakala Rasulullah (Saw.) wafat, aku berkata: Aku memberi jaminan kepada kalian akan kaumku Ansar. Lantaran itu, kalian berilah jaminan kepadaku akan Quraisy. Kemudian aku telah menyeru pada masa Rasulullah (Saw.) Basyir bin Sa‘d dan Asyad bin Hudair kepada orang yang telah kami memeterai perjanjian tersebut, lalu mereka berdua telah memberi bai‘ah kepadaku mengenainya. Aku berkata: Memang anda meracau. Dia berkata: Letakkan pipiku di tanah. Dia (Mu‘adh) terus menyeru dengan Neraka Wail dan kecelakaan sehingga dia mati.
       Ibn Ghanim berkata kepadaku: Aku tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainya sebelum anda. Tidak. Demi Tuhan! Selain daripada dua lelaki. Sesungguhnya apa yang telah aku dengar daripada Mu‘adh adalah menakutkan aku. Lantaran itu, aku mengerjakan Haji dan berjumpa orang yang mengikuti kematian Abu ‘Ubaidah dan Salim maula Abu Hudhaifah, aku bertanya: Salim tidak dibunuh pada Hari al-Yamamah? Dia menjawab: Ya. Dia telah memberitahuku bahawa mereka berdua telah berkata perkara yang sama sebagaimana Mu‘adh, tidak lebih dan tidak kurang.

Penyaksian Muhammad bin Abu Bakr akan perkataan bapanya ketika mati dan sebutan “Tabut”

       Abban berkata: Sulaim berkata: Aku telah memberitahu Muhammad bin Abu Bakr tentang hadis Ibn Ghunim[103] semuanya. Dia berkata kepadaku: Rahsiakan perkara ini kerana bapaku juga ketika matinya telah berkata seperti kata-kata mereka. ‘Aisyah berkata: Sesungguhnya bapaku telah meracau. Muhammad berkata: Aku telah berjumpa Abdullah bin Umar, maka aku memberitahunya apa yang dikatakan oleh bapaku ketika kematiannya. Maka dia berkata: Rahsiakan perkara ini. Demi Tuhan! Bapaku telah berkata sebagaimana bapa anda berkata, tidak lebih dan tidak kurang. Kemudian Abdullah bin Umar khuatir aku akan memberitahu Ali a.s. mengenainya, kerana dia mengetahui akan kasihku kepadanya, lalu berkata: Sesungguhnya bapaku telah meracau.
       Maka aku telah mendatangi Amir al-Mukminin Ali a.s., lalu aku memberitahunya apa yang aku dengar daripada bapaku, dan apa yang diberitahu kepadaku oleh Abdullah bin Umar. Amir al-Mukminin Ali a.s. berkata: Orang yang lebih benar daripada anda dan Ibn Umar telah memberitahuku tentang bapanya, bapa anda, Abu ‘Ubaidah, Salim dan Mu‘adh. Aku berkata: Siapakah orangnya? Beliau berkata: Ada orang yang telah memberitahuku. Dia berkata: Aku telah mengetahui apa yang dimaksudkannya, maka aku berkata: Anda memang banar wahai Amir al-Mukminin. Aku telah menjangka ada orang yang telah memberitahu anda. Tidak ada seorangpun yang menyaksikan bapaku berkata sedemikian selain daripadaku.
       Dia berkata: Aku berkata kepada Abd al-Rahman bin Ghunim: Mu‘adh telah mati disebabkan oleh penyakit Taun sebagaimana berlaku kepada Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah. Dia berkata: Disebabkan oleh bisul. Aku berjumpa dengan Muhammad bin Abu Bakr dan berkata: Adakah mereka berdua telah menyaksikan kematian bapa anda selain daripada saudara anda Abd al-Rahman, ‘Aisyah dan Umar. Adakah mereka mendengar daripadanya apa yang anda telah mendengarnya? Dia berkata: Mereka telah mendengar daripadanya, lalu mereka menangis dan berkata: Dia sedang meracau. Aku bukan mendengar kesemuanya.
       Aku berkata: Apakah yang telah didengar oleh mereka daripadanya? Mereka berkata: Dia telah meyeru dengan Neraka Wail dan kecelakaan, maka Umar berkata kepadanya: Wahai Khalifah Rasulullah! Kenapa anda menyeru dengan Neraka Wail dan kecelakaan? Dia berkata: Ini Muhammad dan Ali sedang memberi khabar gembira kepadaku dengan Neraka. Di tangannya Sahifah di mana kami telah memeterai perjanjian ke atasnya di hadapan Ka‘bah seraya berkata: Anda telah melaksanakannya, lantas anda dan sahabat anda menentang wali Allah. Maka bergembiralah dengan Api Neraka yang terkebawah.
       Apabila Umar mendengarnya, dia terus keluar dan berkata: Sesungguhnya dia sedang meracau. Dia menjawab: Tidak. Demi Tuhan! Aku tidak meracau. Umar berkata: Anda yang kedua daripada dua orang ketika kedua-duanya di Gua? Abu Bakr berkata: Sekarang ini juga. Tidakkah aku telah memberitahu anda bahawa Muhammad berkata kepadaku semasa aku bersamanya di Gua: “Bahawa aku melihat bahtera Ja‘far dan para sahabatnya belayar di laut”.
       Aku berkata: Perlihatkanlah kepadaku? Maka beliaupun menyapu mukaku, lantas aku melihat kepadanya. Aku yakin pada masa itu bahawa beliau adalah seorang ahli sihir (Sahir). Umar berkata: Wahai mereka itu! Sesungguhnya bapa kalian sedang meracau,[104] lantaran itu rahsiakan apa yang kalian dengar daripadanya supaya Ahl al-Bait tidak mentertawakan kalian. Kemudian dia keluar. Dan saudaraku pun keluar untuk berwuduk bagi mengerjakan solat.
       Maka dia (Abu Bakr) memperdengarkan kata-katanya kepadaku yang tidak didengari oleh mereka. Aku berkata kepadanya semasa aku bersendirian dengannya: Wahai bapaku! Katalah: La ilaha illa Llah. Dia berkata: Tidak. Aku tidak akan berkata: La ilaha illa Llah selama-lamanya. Aku tidak mampu untuk berkata sedemikian sehingga aku memasuki Tabut. Manakala bapaku menyebut Tabut, aku menyangka dia sedang meracau. Aku berkata kepadanya: Tabut yang mana? Dia berkata: Tabut daripada api yang ditutupi dengan penutup daripada Api Neraka di dalamnya dua belas orang lelaki. Aku dan sahabatku ini. Aku berkata: Umar? Dia berkata: Ya. Dan sepuluh orang lagi di Neraka Jahannam yang terkebawah di mana di atasnya sebuah batu besar yang menutupi satu lubang.
       Apabila Allah mahu memanaskan Neraka Jahannam, Dia mengangkat batu tersebut. Aku berkata: Adakah anda sedang meracau? Dia berkata: Tidak. Demi Tuhan! Aku tidak meracau. Allah melaknati Ibn Sahhak kerana dialah yang telah menghalangku daripada peringatan selepas dia datang kepadaku. Justeru itu, dia adalah sejahat-jahat sahabat (Qarin), Allah melaknatinya. Lekatkan pipiku di tanah, maka aku lekatkan pipinya ke tanah.
       Dia terus menyebut Wail dan kecelakaanya sehingga aku memberi isyarat mata kepadanya. Kemudian Umar pun masuk dan berkata: Adakah dia telah berkata sesuatu selepasku? Maka aku faham apa yang dikatakan olehnya. Dia berkata: Allah merahmati Khalifah Rasulullah, lantaran itu rahsiakanlah. Dia sedang meracau.[105] Kalian sekeluarga terkenal dengan perkara tersebut ketika sakit. ‘Aisyah berkata: Anda memang benar. Mereka semuanya berkata: Janganlah ada seorangpun di kalangan kalian yang akan memberitahu kepada sesiapapun. Lantaran itu, Ibn Abu Talib dan Ahl Baitnya akan bergembira.
       Sulaim berkata: Aku berkata kepada Muhammad bin Abu Bakr: Siapakah yang telah meriwayatkan kepada Amir al-Mukminin tentang apa yang mereka berlima ucapkan? Dia berkata: Rasulullah (Saw.). Beliau telah melihatnya di dalam mimpi setiap malam. Hadisnya mengenainya di dalam tidur sepertilah hadisnya semasa jaga. Kerana Rasulullah (Saw.) bersabda: “Sesiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia telah melihatku. Kerana Syaitan tidak dapat menyerupaiku dan para wasiku sama ada di dalam tidur atau jaga sehingga Hari Kiamat”.
       Sulaim berkata: Aku berkata kepada Muhammad bin Abu Bakr: Siapakah yang telah memberitahu anda tentang perkara ini? Dia berkata: Ali a.s.. Maka dia berkata: Aku telah mendengar juga sebagaimana anda mendengarnya. Aku berkata kepada Muhammad: Mudah-mudahan Malaikat telah meriwayatkannya. Dia berkata: Begitulah. Aku berkata: Adakah Malaikat meriwayatkan kepadanya?
       Dia berkata: Tidakkah anda membaca al-Qur’an di dalam Surah al-Anbiya’ (21): 25, ‘‘Dan kami tidak mengutus sebelum anda seorang Rasul atau Nabi (atau Muhaddath)”. Aku berkata: Amir al-Mukminin Muhaddath?[106] Dia menjawab: Ya. Fatimah juga Muhaddathath sedangkan beliau bukanlah seorang Nabi perempuan. Sarah isteri Ibrahim dapat bersemuka dengan Malaikat, lantas mereka telah memberi berita gembira kepadanya dengan Ishak. Dan selepas Ishak adalah Ya‘qub sedangkan beliau bukanlah seorang Nabi perempuan.

Kata-kata Ali a.s. bahawa para wasinya adalah muhaddathun dan nama mereka

       Sulaim berkata: Apabila Muhammad bin Abu Bakr dibunuh di Mesir, maka kamipun mengucapkan takziah kepada Amir al-Mukminin a.s. Aku telah memberitahunya apa yang telah diberitahu kepadaku oleh Muhammad. Aku juga memberitahunya apa yang telah diberitahu kepadaku oleh Abd al-Rahman bin Ghunim. Beliau berkata: Muhahammad memang benar rahima-hu -Llah. Beliau adalah seorang syahid yang diberikan rezeki. Wahai Sulaim! Sesungguhnya para wasiku adalah sebelas orang lelaki daripada anak lelakiku, semuanya adalah para imam Muhaddathun.
       Aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Siapakah mereka? Beliau a.s. berkata: Anak lelakiku ini al-Hasan, kemudian anak lelakiku ini al-Husain, kemudian anak lelakiku ini. Beliau memegang tangan cucunya Ali bin al-Husain yang masih menyusu. Kemudian lapan daripada anak lelakinya seorang demi seorang.[107] Merekalah yang Allah telah bersumpah dengan mereka di dalam firman-Nya; Surah al-Balad (90): 3, “Demi bapa dan apa yang diperanakkan” . “Bapa” adalah Rasulullah (Saw.) dan aku. Sementara “apa yang diperanakkan” adalah sebelas para wasi. Aku berkata: Dua imam dalam satu masa. Beliau berkata: Ya. Seorang diam, tidak bercakap sehingga mati yang pertama.

Sabda Nabi Saw. bahawa umatnya akan berpecah kepada tiga kumpulan dan penjelasan mengenainya

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Abu Dhar, Salman dan al-Miqdad berkata: Kami duduk di sisi Rasulullah Saw. di mana tidak ada orang lain selain daripada kami. Tiba-tiba sekumpulan Muhajirin yang terdiri daripada ahli Badr sampai. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Umatku akan berpecah selepasku kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan adalah di atas kebenaran. Mereka sepertilah emas setiap kali diletak di atas api, ia akan bertambah baik dan bernilai. Imam mereka adalah salah seorang daripada tiga.
       Kumpulan ahli Batil. Mereka sepertilah besi setiap kali dimasukkan ke dalam api, ia akan bertambah buruk dan busuk. Imam mereka adalah salah satu daripada yang tiga. Dan kumpulan yang tidak ada pendirian lagi sesat, tidak berpihak kepada sesiapa. Imam mereka adalah salah satu daripada tiga. Aku telah bertanya kepada mereka tentang tiga imam. Mereka berkata: Imam kebenaran dan pertunjuk adalah Ali bin Abu Talib.[108] Imam yang tidak ada pendirian (mudhabdhabin) adalah Sa‘d bin Abi Waqqas. Dan aku mahu mereka menamakan imam yang ketiga namun mereka enggan memberitahuku tetapi memberi gambarannya sehingga aku mengetahui siapakah yang mereka maksudkan.










BAHAGIAN KEENAM



Hadis al-Ghadir, keistemewaan Ahl al-Bait, keajaiban hadis-hadis tentang Ali a.s., sifat-sifat Mukminin, penghinaan terhadap Rasulullah Saw., Fatimah a.s. dan Abu Bakr, cubaan membunuh Ali a.s. serta kewafatan Fatimah a.s.


Seruan Nabi Saw di Ghadir Khum dan Imamah Ali a.s.”

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Sesungguhnya Rasulullah (Saw.) telah menyeru orang ramai di Ghadir Khum[109] pada hari khamis sambil memegang ketiak Ali bin Abu Talib a.s., dan mengangkatnya sehingga aku melihat keputihan di ketiak Rasulullah (Saw.) dan bersabda: Sesiapa yang menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Muliakanlah orang yang menjadikannya wali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Tolonglah orang yang menolongnya. Hinalah orang yang menghinanya.[110]
       Abu Sa‘id berkata: Beliau terus berdiri sehingga turun firman-Nya dalam Surah al-Ma’idah (5): 3, “Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku, dan Aku meridhai Islam menjadi agamamu”. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Allahu Akbar kerana menyempurnakan agama, melengkapi nikmat dan keridhaan ilahi dengan risalahku, dan wilayah Ali selepasku.

Sya‘ir Hasan bin Thabit tentang Ghadir Khum

       Hasan bin Thabit berkata: Wahai Rasulullah (Saw.)! Izinkan aku untuk mengungkapkan beberapa bait sya‘ir untuk Ali (a.s.). Maka beliau bersabda: Teruskanlah di atas berkat Allah. Hasan berkata: Wahai ketua-ketua Quraisy! Dengarlah kata-kataku dengan penyaksian Rasulullah (Saw.):

Tidakkah kalian mengetahui bahawa
Nabi adalah Muhammad
Di Ghadir Khum ketika beliau berdiri sambil menyeru
Jibril mendatanginya daripada sisi Tuhannya
Sesungguhnya anda adalah maksum
bukan seorang yang cuai
Sampaikan kepada mereka apa yang diturunkan oleh Allah
Tuhan mereka
Jika anda tidak melakukannya
dan memperingati si zalim
Di atas anda apa yang telah anda
sampaikan kepada mereka risalah-Nya
Jika anda takutkan permusuhan
Beliau berdiri manakala beliau mengangkat tangannya
Dengan tangan kanannya mengisytiharkannya
dengan suara yang tinggi
Beliau bersabda: Sesiapa yang menjadikanku maulanya
Hafazlah kata-kataku supaya tidak terlupa
Maula selepasku adalah Ali
Sesungguhnya aku dengannya meridhai untuk kalian
Wahai Tuhanku! Sesiapa yang mewalikan Ali, muliakanlah
Jadilah musuh kepada orang yang memusuhi Ali
Wahai Tuhanku! Tolonglah pembantu-pembantunya
Imam petunjuk seperti bulan yang penuh purnama
Wahai Tuhanku! Hinalah orang yang menghinanya
Dan jadikanlah ganjaran kepada mereka pada Hari Hisab.

Kata-kata Ali a.s.: “Bagiku sepuluh keistimewaan daripada Rasulullah (Saw.)”

       Abban daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Ali a.s. berkata: Bagiku sepuluh keistimewaan daripada Rasulullah (Saw.). Seseorang berkata kepadanya: Jelaskan kepada kami wahai Amir al-Mukminin! Maka beliau berkata: Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai Ali! Anda adalah saudara, anda adalah khalil, anda adalah wasi, anda adalah wazir, anda adalah khalifah pada keluarga dan hartaku pada masa ketiadaanku. Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan aku di sisi Tuhanku.[111] Anda adalah khalifah pada umatku. Wali anda adalah waliku. Musuh anda adalah musuhku. Anda adalah Amir al-Mukminin, Penghulu Muslimin selepasku[112].
       Kemudian Ali a.s. berdepan dengan para sahabatnya dan berkata: Wahai para sahabatku! Demi Tuhan, aku tidak mendahului sesuatu perkara melainkan apa yang telah dijanjikan kepadaku oleh Rasulullah (Saw.). Maka berbahagialah orang yang teguh kecintaan kepada kami Ahl al-Bait di hatinya agar imannya lebih teguh di hati daripada Bukit Uhud di tempatnya. Sesiapa yang tidak ada kecintaan kepada kami di hatinya akan berkurangan iman di hatinya seperti berkurangan garam di air. Demi Tuhan! Tidak ada sebutan di dunia yang lebih dicintai oleh Rasulullah (Saw.) daripada sebutanku. Tidak ada orang yang mengerjakan solat Dua Qiblat seperti solatku. Aku telah mengerjakan solat sebelum baligh.
       Fatimah adalah sebahagian daripada Rasulullah (Saw.) adalah di bawahku. Beliau pada zamannya seperti Maryam binti ‘Imran pada zamannya.[113] Aku berkata kepada kalian perkara ketiga bahawa al-Hasan dan al-Husain (a.s.) kedua-duanya adalah anak lelaki umat ini. Mereka berdua daripada Muhammad (Saw.) sepertilah kedudukan dua mata pada kepala. Adapun aku seperti kedudukan dua tangan pada badan. Adapun Fatimah (a.s.) sepertilah kedudukan hati pada badan. Umpama kami sepertilah bahtera Nuh. Sesiapa yang menaikinya berjaya. Sesiapa yang tidak menaikinya tenggelam (binasa).[114]

Doa Nabi Saw. terhadap ‘Aisyah dan Hafsah: “Wahai Tuhanku! Tutuplah pendengaran mereka berdua”

       Abban daripada Sulaim berkata: Aku telah mendengar Ali a.s. berkata: Rasulullah Saw. berjanji kepadaku pada hari kewafatannya. Aku telah menyandarkannya di dadaku dan kepalanya di sisi telingaku. Dua perempuan itu telah mencuri dengar percakapan kami. Maka Rasulullah (Saw.) bersabda: Wahai Tuhanku! Tutuplah pendengaran mereka berdua.
       Kemudian beliau bersabda: Wahai Ali! Apakah pendapat anda tentang firman Allah dalam Surah al-Bayyinah (98): 7, “Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka itulah sebaik-baik makhluk”. Adakah anda mengetahui siapakah mereka? Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau bersabda: Sesungguhnya mereka itu adalah Syi‘ah anda dan pembantu-pembantu anda, perjanjianku dan perjanjian mereka di Haudh pada Hari Kiamat.[115] Kalian akan datang dalam keadaan wajah yang berseri-seri, kenyang dan kerehatan.
       Wahai Ali! Firman Allah dalam Surah al-Bayyinah (98): 6, “Sesungguhnya orang kafir daripada Ahli al-Kitab dan Musyrikin di Neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya dan mereka itulah sejahat-jahat makhluk”. Mereka itu adalah Yahudi dan Bani Umayyah, dan Syi‘ah mereka akan dibangkitkan pada Hari Kiamat sebagai orang yang celaka, kelaparan dan dahaga dalam keadaan wajah mereka kehitaman.[116]

Kata-kata Mu‘awiyah kepada Abdullah bin Ja‘far: “Alangkah kuatnya anda membesar-besarkan al-Hasan dan al-Husain”

       Abban daripada Sulaim berkata: Abdullah bin Ja‘far bin Abi Talib telah memberitahuku bahawa beliau berkata: Aku berada di sisi Mu‘awiyah, bersama kami ialah al-Hasan dan al-Husain dan di sisinya ialah Abdullah bin Abbas, maka Mu‘awiyah telah berpaling kepadaku dan berkata: Wahai Abdullah! Alangkah kuatnya anda membesar-besarkan al-Hasan dan al-Husain. Mereka berdua bukanlah lebih baik daripada anda dan bapa mereka berdua bukanlah lebih baik daripada bapa anda. Sekiranya Fatimah bukanlah anak perempuan Rasulullah, nescaya aku akan berkata bahawa ibu anda Asma’ binti ‘Umaisy adalah lebih baik daripadanya.
       Aku berkata: Demi Allah! Sesungguhnya anda mempunyai maklumat yang sedikit tentang mereka, bapa mereka dan ibu mereka berdua. Demi Tuhan! Mereka berdua adalah lebih baik daripadaku, bapa mereka lebih baik daripada bapaku dan ibu mereka adalah lebih baik daripada ibuku. Wahai Mu‘awiyah! Sesungguhnya anda terlupa apa yang telah aku dengar daripada Rasulullah Saw. tentang mereka, bapa dan ibu mereka berdua. Aku menghafaz, menjaga dan meriwayatkannya. Dia berkata: Berikan buktinya wahai Ibn Ja‘far! Demi Tuhan, anda bukanlah pembohong dan bukan pula dituduh berbohong.
       Aku berkata: Ia lebih besar daripada apa yang ada pada diri anda. Dia berkata: Sekalipun ia lebih besar daripada seseorang atau semua orang, maka aku tidak peduli apabila Allah membunuh sahabat anda, memecah-belahkan perpaduan mereka dan urusan khilafah menjadi milik ahlinya.[117] Lantaran itu, beritahukan kepada kami kerana kami tidak peduli apa yang anda perkatakan dan tidak akan memudaratkan kami apa yang kalian tidak ada. Aku berkata: Aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda ketika ditanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-Isra’ (17): 60, “Kami tidak menjadikan apa yang kami perlihatkan kepada engkau melainkan menjadi fitnah kepada manusia dan pokok kayu yang dilaknati di dalam al-Qur’an”.
       Beliau bersabda: Sesungguhnya aku telah melihat dua belas orang lelaki daripada para imam yang sesat menaiki mimbarku, kemudian mereka turun dan menolak umatku ke belakang. Di kalangan mereka adalah dua orang daripada suku yang berbeza; tiga daripada Bani Umayyah dan tujuh daripada anak lelaki al-Hakam bin Abi al-‘As. Dan aku mendengarnya bersabda: Sesungguhnya Bani Abi al-‘As apabila mereka sampai tiga puluh lelaki, mereka menjadikan Kitab Allah sebagai pendapatan, hamba-hamba Allah sebagai hak milik dan harta Allah berputar di kalangan mereka.[118]
       Wahai Mu‘awiyah! Aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda di atas mimbarnya dan aku, Umar bin Abi Salmah, Usamah bin Zaid, Sa‘d bin Abi Waqas, Salman al-Farisi, Abu Dhar, al-Miqdad dan al-Zubair bin al-‘Awwam berada di hadapannya, beliau bersabda: Tidakkah aku aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri? Maka kami berkata: Ya, wahai Rasulullah! Beliau bersabda: Tidakkah para isteriku adalah ibu-ibu kalian? Maka kami berkata: Ya, wahai Rasulullah!
       Beliau bersabda: Sesiapa yang aku adalah maulanya, maka Ali adalah maulanya dan aula dengannya daripada dirinya- Beliau telah menepok bahu Ali dengan dua tangannya- Wahai Tuhanku! Muliakanlah orang yang menjadikannya wali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Wahai manusia! Aku adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan mereka tidak ada urusan denganku.[119] Kemudian anak lelakiku al-Hasan adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan mereka tidak ada urusan dengannya.
       Kemudian beliau kembali dan bersabda: Wahai manusia! Apabila aku mati syahid.[120] maka Ali adalah aula dengan kalian daripada diri kalian. Apabila Ali mati syahid,[121] maka anak lelakiku al-Hasan adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri. Apabila al-Hasan mati syahid maka anak lelakiku al-Husain aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri. Apabila al-Husain mati syahid,[122] maka anak lelakiku Ali bin al-Husain adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan mereka tidak ada urusan dengannya.
       Kemudian beliau melihat kepada Ali (a.s.) dan bersabda: Wahai Ali! Sesungguhnya anda akan berjumpanya dengannya, maka sampaikanlah salamku kepadanya. Apabila beliau mati syahid maka anak lelakiku Muhammad adalah aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan wahai al-Husain! Anda akan berjumpa dengannya, maka sampaikanlah salamku kepadanya. Kemudian seorang demi seorang daripada keturunan Muhammad aula dengan Mukminin daripada diri mereka sendiri dan mereka tidak ada urusan dengannya. Semua mereka adalah pembimbing yang mendapat hidayah.
       Maka Ali a.s. terus berdiri dalam keadaan menangis dan berkata: Dengan nama bapaku, anda dan ibuku wahai Nabi Allah! Adakah anda akan dibunuh? Beliau menjawab: Ya. Aku akan mati syahid kerana diracun dan anda akan dibunuh dengan pedang. Janggut anda akan dicelupkan dengan darah kepala anda. Anakku al-Hasan akan dibunuh dengan racun. Anakku al-Husain akan dibunuh dengan pedang oleh penzalim bin penzalim.[123]
       Mu‘awiyah berkata: Sesungguhnya anda telah memperkatakan perkara yang besar. Sekiranya apa yang anda perkatakan itu adalah benar, maka sesungguhnya binasalah umat Muhammad yang terdiri daripada Muhajirin dan Ansar selain daripada kalian Ahl al-Bait, para wali kalian dan pembantu-pembantu kalian. Aku berkata: Demi Allah! Apa yang aku perkatakan itu adalah benar. Aku telah mendengarnya daripada Rasulullah (Saw.).[124]
       Mu‘awiyah berkata: Wahai al-Hasan! Wahai al-Husain! Wahai Ibn Abbas! Apakah yang diperkatakan oleh Ibn Ja‘far? Ibn Abbas berkata: Anda jangan percaya apa yang dikatakannya sehingga anda mengutuskan kepada mereka yang telah disebutkannya. Justeru itu, anda bertanyalah kepada mereka. Mu‘awiyah telah mengutuskan Umar bin Abi Salmah dan Usamah bin Zaid, lalu dia bertanya kepada mereka berdua. Lantas mereka berdua memberi penyaksian: Bahawa apa yang dikatakan oleh Ibn Ja‘far itu, telah kami dengar daripada Rasulullah (Saw.) sebagaimana beliau mendengarnya. Maka Mu‘awiyah berkata: Wahai Ibn Ja‘far! Kami telah mendengar tentang al-Hasan dan al-Husain serta bapa mereka berdua tetapi aku tidak mendengar tentang ibu mereka. Mu‘awiyah seperti mempersendakan dan mengingkarinya.
       Maka aku berkata: Aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Tidak ada di Syurga rumah yang paling mulia, afdal dan paling hampir kepada ‘Arasy Tuhanku selain daripada rumahku.[125] Bersamaku adalah tiga belas daripada Ahl Baitku; Saudaraku Ali, anak perempuanku Fatimah, dua anak lelakiku al-Hasan dan al-Husain dan sembilan daripada anak lelaki al-Husain yang telah dihilangkan kekotoran dosa oleh Allah dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya. Mereka adalah pembimbing yang mendapat hidayah. Aku adalah mubaligh daripada Allah. Sementara mereka adalah mubaligh daripadaku.
       Mereka adalah hujah-hujah Allah ke atas makhluk-Nya, saksi-saksi-Nya di Bumi-Nya, Penyimpan-penyimpan ilmu-Nya dan galian-galian hikmah-Nya. Sesiapa yang mentaati mereka, dia mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, dia menderhakai Allah. Bumi tidak akan kekal tanpa mereka dan ia tidak sesuai melainkan dengan mereka. Mereka memberitahu umat tentang agama mereka, halal dan haram mereka, menunjukkan mereka apa yang diridhai oleh Tuhan mereka serta melarang mereka daripada kemurkaan Tuhan mereka dengan satu suruhan dan satu larangan. Tidak ada perselisihan dan perpecahan.
       Yang akhir daripada mereka akan mengambil daripada yang awal mereka dengan imla’ku dan khat saudaraku Ali di mana mereka mewarisinya sehingga Hari Kiamat. Penduduk Bumi dalam keadaan kelalaian, kesesatan dan kebingungan selain daripada mereka, dan Syi‘ah mereka. Para wali mereka tidak perlu kepada seorangpun daripada umat ini dalam urusan agama mereka sedangkan umat memerlukan mereka. Merekalah yang dimaksudkan oleh Allah di dalam Kitab-Nya. Dia telah mengiringi ketaatan kepada mereka dengan ketaatan-Nya dan ketaatan Rasulullah (Saw.). Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4): 59, ‘‘Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul, dan Uli l-Amri daripada kamu”.
       Maka Mu‘awiyah berdepan dengan al-Hasan, al-Husain, Ibn Abbas, al-Fadhl bin Abbas, Umar bin Abi Salmah dan Usamah bin Zaid lalu berkata: Kalian semua sependapat dengan Ibn Ja‘far? Mereka berkata: Ya. Dia berkata: Wahai Bani ‘Abd al-Mutalib! Sesungguhnya kalian menyeru kepada perkara yang besar dan kalian berhujah dengan hujah yang kuat. Sekiranya ia adalah benar, maka sesungguhnya kalian menyembunyikan sesuatu dan merahsiakannya pula sedangkan orang ramai di dalam kelalaian yang buta. Sekiranya apa yang mereka katakan itu benar, maka sesungguhnya binasalah umat ini, murtad daripada agamanya dan meninggalkan janji Nabi kita selain daripada kalian Ahl al-Bait dan sesiapa yang sependapat dengan kalian. Maka mereka itu sedikit sahaja.
       Akupun berkata: Wahai Mu‘awiyah! Sesungguhnya Allah berfirman dalam Surah al-Saba’ (34): 131, “Dan sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yang bersyukur”, firman-Nya dalam Surah Yusuf (12): 103, “Dan kebanyakan manusia bukanlah orang yang beriman, meskipun engkau mengharapkannya”, dan firman-Nya dalam Surah Sad (38): 24, “Melainkan orang yang beriman dan beramal salih, tetapi sedikit sekali (bilangan) mereka” Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah Hud (11): 40, “Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja”.
       Wahai Mu‘awiyah! Mukminun adalah sedikit. Sesungguhnya perkara mengenai Bani Israil adalah lebih aneh di mana ahli-ahli sihir berkata kepada Fir‘aun dalam Surah Taha (20): 72, “Maka hukumlah apa yang engkau akan hukumkan. Sesungguhnya engkau hanya menghukum semasa hidup di dunia ini”. Mereka telah beriman dengan Musa (a.s.), membenarkan dan mengikutinya. Lalu beliau lari bersama mereka dan para pengikutnya daripada Bani Israil. Beliau telah membelah laut untuk mereka dan memperlihatkan mereka perkara-perkara yang aneh, lalu mereka membenarkan Musa dan Taurat. Mereka telah mengakui agamanya.
       Maka beliau berjalan bersama mereka, lalu berjumpa dengan satu kaum yang sedang menyembah berhala, lantas mereka berkata dalam Surah al-A‘raf (7): 138, “Wahai Musa, adakan bagi kami satu tuhan sebagaimana bagi mereka itu beberapa tuhan”. Kemudian mereka mengambil anak lembu jantan (al-‘Ijl), lalu menyembahnya kecuali Harun dan Ahl Baitnya. Al-Samiri berkata kepada mereka dalam Surah Taha (20): 88, “Inilah Tuhanmu dan Tuhan Musa”. Dan beliau berkata kepada mereka selepas itu dalam Surah al-Ma’idah (5): 21, “Wahai kaumku masuklah kamu ke tanah suci (Syria) yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu”. Jawapan mereka telah diceritakan oleh Allah dalam Surah al-Ma’idah (5): 22, “Wahai Musa! Sesungguhnya di dalam negeri itu ada satu kaum yang gagah perkasa, kami tidak akan masuk ke dalamnya sehingga mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, kami akan memasukinya”.
       Musa berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku tidak memiliki melainkan diriku sendiri dan saudaraku (Harun). Justeru itu, pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq itu” (Surah al-Ma’idah (5): 25. Lantaran itu umat ini menurut contoh yang sama.[126] Mereka yang mempunyai kelebihan dan terawal Islam, hidup bersama-sama Rasulullah Saw., mempunyai kedudukan yang hampir kepadanya serta mengakui agama Muhammad dan al-Qur’an. Tetapi apabila mereka ditinggalkan oleh Nabi, mereka berselisih, berpecah, hasad dan menyalahi imam mereka, dan wali mereka.[127] Mereka mengkhianati janji mereka dengan Rasulullah (Saw.) melainkan sahabat kami di mana kedudukannya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa,[128] dan segelintir daripada orang yang berjumpa dengan Allah di atas agama mereka, dan iman mereka.
       Sementara orang lain mundur ke belakang sebagaimana dilakukan oleh para sahabat Musa a.s. dengan mengambil anak lembu jantan (al-‘Ijl dan menyembahnya, kerana mereka menyangka bahawa ia adalah tuhan mereka kecuali Harun, dua orang anak lelakinya dan beberapa orang daripada Ahl Baitnya. Nabi kita Saw. telah melantik untuk umatnya orang yang paling baik di Ghadir Khum, bukan pada satu tempat dan berhujah ke atas mereka dengannnya. Beliau memerintahkan supaya mereka mentaatinya dan memberitahu mereka bahawa kedudukannya di sisinya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.[129]
       Sesungguhnya beliau adalah wali kepada setiap Mukmin selepasnya. Setiap orang yang menjadikanya wali, maka Ali adalah walinya. Sesiapa yang aula dengannya daripada dirinya, maka Ali adalah aula dengannya. Beliau adalah khalifahnya pada mereka dan wasinya. Sesiapa yang mentaatinya, maka dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakainya, maka dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang mewalikannya, maka dia telah mewalikan Allah. Sesiapa yang memusuhinya, maka dia telah memusuhi Allah.[130] Tetapi mereka mengingkarinya, berpura-pura tidak tahu, lantas melantik selain daripadanya.
       Wahai Mu‘awiyah! Tidakkah anda ketahui bahawa Rasulullah (Saw.) ketika mengutus ke Mutah, beliau telah melantik ke atas mereka Ja‘far bin Abi Talib. Kemudian bersabda: Jika Ja‘far mati, maka Zaid bin Harithah. Sekiranya Zaid mati, maka Abdullah bin Rawwahah. Beliau tidak meridhai mereka membuat pilihan untuk diri mereka.
       Adakah beliau telah meninggalkan umatnya tanpa menerangkan kepada mereka siapakah khalifahnya? Ya. Demi Tuhan! Beliau tidak meninggalkan mereka dalam keadaan buta dan syubhah. Tetapi mereka telah melakukan apa yang dilakukan oleh mereka selepas Nabi mereka. Mereka telah membohongi Rasulullah (Saw.), maka mereka binasa dan binasalah orang yang mengikuti mereka. Mereka telah sesat dan sesatlah orang yang mengikuti mereka. Maka amat jauh bagi orang yang zalim untuk berjaya.
       Maka Mu‘awiyah berkata: Wahai Ibn Abbas! Anda telah bercakap perkara yang besar. Persepakatan kami adalah lebih baik daripada perselisihan. Anda telah mengetahui bahawa umat tidak bersetuju dengan sahabat anda. Ibn Abbas berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Umat tidak akan berselisih selepas Nabi-Nya melainkan Ahli Batil menguasai Ahli Haq. Sesungguhnya umat ini telah bersepakat di atas beberapa perkara yang tidak ada khilaf, pertengkaran dan perpecahan iaitu Syahadatain, Solat yang lima, puasa bulan Ramadhan, Haji di Ka‘bah dan beberapa perkara yang mengandungi suruhan Allah, dan larangan-Nya. Umpamanya pengharaman zina, pencurian, memutuskan silaturahim, pembohongan dan khianat.
       Umat berselisih di dalam dua perkara. Salah satu daripadanya ialah umat telah melakukan pembunuhan dan perpecahan sehingga berpecah kepada beberapa kumpulan di mana sebahagian kumpulan melaknati kumpulan yang lain, dan membersihkan diri daripada sebahagian yang lain. Kedua: Tidak berlaku pembunuhan ke atasnya, tidak berpecah padanya, malah sebahagian mereka memberi ruang kepada yang lain iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Adapun yang telah berselisih, berpecah dan membersihkan diri daripada yang lain adalah kerajaan dan khilafah kerana mereka menyangka bahawa mereka lebih berhak dengan kedua-duanya daripada Ahl Bait Rasulullah (Saw.).[131]
       Justeru itu, sesiapa yang tidak mengambil apa yang bertentangan di kalangan Ahli Qiblat dan mengembalikannya kepada Allah, nescaya dia selamat dan berjaya daripada Api Neraka. Allah tidak akan bertanyakan kepadanya dua perkara yang dipertikaikannya. Sesiapa yang telah diberikan taufiq, pencerahan hati dan pengenalan kepada Uli l-Amr, maka dia adalah seorang yang bahagia.
       Nabi Allah Saw. bersabda: Allah memberi rahmat kepada seseorang hamba yang bercakap benar, maka dia akan mendapat ganjaran atau dia diam tanpa bercakap. Para imam adalah daripada Ahl Bait kenabian, galian kerasulan, tempat turunnya al-Kitab dan wahyu, dan tempat rujukan Malaikat. Justeru itu, ia tidak layak melainkan padanya, kerana Allah telah mengkhususkannya untuk mereka di dalam Kitab-Nya dan di atas lidah Nabi-Nya (Saw.).[132] Keilmuan adalah pada mereka kerana merekalah ahlinya. Al-Qur’an adalah di sisi mereka, batinnya, zahirnya, muhkamnya, mutasyabihnya, nasikhnya dan mansukhnya.
       Wahai Mu‘awiyah! Sesungguhnya Umar bin al-Khattab telah mengutusku pada masa pemerintahannya kepada Ali bin Abu Talib a.s: Sesungguhnya aku mahu menulis al-Qur’an di dalam satu Mushaf. Justeru itu, hantarkanlah kepada kami apa yang telah anda tulis daripada al-Qur’an. Maka Ali (a.s.) berkata: Demi Tuhan! Anda penggal kepalaku dahulu sebelum anda sampai kepadanya. Aku berkata: Kenapa beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah berfirman “Tidak akan disentuhinya melainkan oleh orang yang disucikan”.
       Allah SWT maksudkan bahawa al-Qur’an tidak akan dapat dicapai melainkan oleh mereka yang disucikan. Allah SWT maksudkan kepada kami di mana Allah telah menghilangkan daripada kami kekotoran dosa dan membersihkan kami dengan sebersih-bersihnya. Dan Dia berfirman “Dan kami mewariskan al-Kitab kepada hamba-hamba kami yang kami pilih”, maka kamilah hamba-hamba-Nya yang terpilih. Kamilah pilihan Allah. Kepada kamilah Dia telah memberi contoh. Di atas kamilah Dia telah menurunkan wahyu.
       Lantas Umar menjadi marah dan berkata: Sesungguhnya Ibn Abi Talib menyangka dia sahaja yang tahu. Lantaran itu, sesiapa saja yang membaca sesuatu daripada al-Qur’an, hendaklah dia mendatangi kami dengannya. Apabila seorang lelaki datang membawa al-Qur’an, dia membacanya dan bersamanya orang lain yang menulisnya. Jika tidak, dia tidak akan menulisnya.
       Wahai Mu‘awiyah! Sesiapa yang berkata bahawa sebahagian daripada al-Qur’an telah hilang, maka dia berbohong. Malah kesemuanya ada di sisi ahlinya. Kemudian Umar memerintahkan para gabenornya dan kadi-kadinya, lalu berkata: Kalian berijtihadlah dan ikutilah apa yang kalian fikirkan betul. Justeru itu, Umar dan para gabenornya sentiasa melakukan perkara-perkara yang besar. Maka Ali bin Abu Talib telah memberitahu mereka dan berhujah ke atas mereka. Para gabenornya dan kadi-kadinya telah menghukum satu perkara dengan hukum yang bermacam-macam. Sementara Umar mengharuskannya untuk mereka. Kerana Allah tidak memberinya hikmah dan kecekapan bercakap.[133]
       Meskipun begitu kebanyakan Ahli Qiblat menyangka bahawa dia adalah galian ilmu bukan orang lain. Maka dengan Allah kami mohon pertolongan ke atas orang yang telah menentang hak mereka seperti anda. Kemudian mereka berdiri dan terus keluar.

Pertanyaan Hammam mengenai sifat-sifat Mukminin dan jawapan Ali a.s.

       Daripada Abban bin Abi ‘Iyasy daripada Sulaim berkata: Telah berdirilah seorang lelaki daripada sahabat Amir al-Mukminin a.s. bernama Hammam, seorang ahli ibadah yang gigih lalu berkata: Beritahukan kepadaku sifat-sifat Mukminin seolah-olah aku sedang melihat kepada mereka. Maka Amir al-Mukminin a.s. berasa berat untuk memberikan jawapan kepadanya.
       Kemudian beliau berkata: Wahai Hammam! Bertakwalah kepada Allah dan berbuat baiklah, kerana Allah bersama orang yang bertakwa dan orang yang berbuat baik. Maka Hammam berkata kepadanya: Aku bertanyakan anda dengan Yang telah memuliakan anda, memberi keistimewaan kepada anda, mencintai anda dan memberi kelebihan kepada anda tentang sifat-sifat Mukminin. Maka Amir al-Mukminin a.s. berdiri di atas dua kakinya. Beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya serta bersalawat ke atas Nabi, dan Ahl Baitnya a.s.
       Kemudian beliau berkata: Amma ba‘d. Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk dan ketika Dia menciptakannya, ia kaya dengan ketaatan mereka serta aman daripada kemaksiatan mereka, kerana kemaksiatan mereka tidak akan memudaratkan-Nya, begitu juga ketaatan mereka tidak akan memanfaatkan-Nya. Dia telah membahagi-bahagikan di kalangan mereka kehidupan mereka dan meletakkan kedudukan mereka di Dunia. Dia menurunkan Adam ke Dunia adalah sebagai balasan kepada apa yang telah dilakukannya. Allah telah melarangnya, tetapi beliau menyalahinya. Dia telah memerintahkannya, tetapi beliau menderhakai-Nya.
       Lantaran itu, Mukminun di Dunia adalah Ahli Kelebihan. Mantiq mereka adalah kebenaran. Pakaian mereka adalah kesederhanaan. Perjalanan mereka adalah tawadhu‘. Mereka tunduk kepada Allah dengan ketaatan. Mereka pergi di dalam keadaan merendahkan pandangan mereka daripada apa yang diharamkan oleh Allah ke atas mereka dan berdiri di dalam keadaan pendengaran mereka tertumpu kepada ilmu. Jiwa mereka di dalam kesusahan seperti jiwa mereka yang di dalam kesenangan meridhai Qadha’ Allah.
       Sekiranya tidak ada ajal yang telah ditulis oleh Allah untuk mereka, nescaya roh-roh mereka tidak akan tinggal pada jasad-jasad mereka walaupun sekejap, kerana syauq kepada pahala, dan takutkan azab. Betapa besarnya Pencipta pada diri mereka dan betapa kecilnya selain daripada-Nya pada pandangan mereka. Mereka dan Syurga seperti mereka telah melihatnya. Maka mereka dikurniakan nikmat. Mereka dan Neraka sepertilah mereka telah melihatnya. Maka mereka padanya diazab.[134]
       Hati mereka bersedih. Batasan mereka adalah dijamin. Badan mereka adalah kurus. Keperluan mereka adalah sedikit. Diri mereka adalah jujur. Pertolongan mereka pada Islam adalah besar. Mereka bersabar pada hari-hari yang pendek, kemudian mereka diikuti kerehatan yang berpanjangan. Satu perniagaan yang menguntungkan dan dipermudahkannya untuk mereka oleh Tuhan Yang Maha Mulia. Dunia menghendaki mereka, tetapi mereka tidak menghendakinya. Ia menuntut mereka, tetapi mereka menolaknya.
       Adapun pada waktu malam, mereka membaca al-Qur’an dan bersedih dengannya. Mereka merujuk kepadanya untuk mengubati penyakit mereka. Tangisan dan kesedihan mereka begitu mendalam ke atas dosa-dosa yang dilakukan. Apabila mereka bertemu dengan ayat tasywiq (memberangsangkan), mereka cenderung kepadanya kerana tamakkannya. Air mata mereka berlinang di atas pipi mereka sambil mengharapkan Allah melepaskan mereka daripada Neraka. Apabila mereka bertemu dengan ayat takhwif (menakutkan), hati dan mata mereka tertumpu kepadanya. Kulit mereka menggeletar dan hati mereka menjadi lemah. Mereka menyangka suara Neraka di telinga mereka. Adapun mereka pada siang hari, adalah lemah lembut dan ulama baik yang bertakwa, seakan-akan dikuasai ketakutan.[135]
       Orang yang melihat menyangka bahawa mereka sakit, tetapi mereka bukanlah sakit. Malah mereka dicampur-aduk dengan perkara yang besar. Apabila mereka menyebut kebesaran Allah, kekuasaan-Nya, mengingati kematian dan azab Hari Kiamat, hati mereka menjadi kecut dan akal mereka menjadi lemah. Dan apabila mereka sembuh daripadanya, mereka bersegera kepada Allah dengan amalan yang baik. Mereka tidak meridhai Allah dengan sedikit. Dan mereka tidak membesar-besarkan apa yang mereka lakukan kepada-Nya. Mereka mengambil berat pada diri mereka dan daripada amalan yang dilakukan mereka mengharapkan pahala.
       Jika seseorang daripada mereka dipuji, dia menjadi takut terhadap apa yang mereka perkatakan kepadanya, lalu berkata: Aku lebih mengetahui tentang diriku daripada orang lain, dan Tuhanku lebih mengetahui tentangku selain daripadaku. Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau mengambilku dengan apa yang mereka perkatakan. Jadilah aku kebaikan ke atas apa yang mereka sangkakan. Ampunilah aku di atas apa yang mereka tidak mengetahuinya, kerana Engkau mengetahui perkara yang ghaib dan penutup segala keaiban.[136]
       Anda boleh melihat tanda mereka; pada kekuatan beragama, keimanan pada keyakinan, cintakan ilmu, pandai bersahabat, khusyuk di dalam ibadat, menanggung penderitaan, kesabaran dalam kesusahan, memberi apa yang hak, mencari rezeki yang halal, cergas di dalam petunjuk, menjauhi ketamakan, meneruskan sesuatu di dalam istiqamah, teguh melawan syahwat, tidak terpedaya akan pujian orang yang jahil. Tidak menangguhkan amalan untuk kebaikan dirinya. Matlamatnya adalah kesyukuran, sibuk dengan zikir, bermalam dengan penuh kewaspadaan, dan bergembira pada waktu pagi. Berwaspada pada tempatnya. Bergembira apabila mereka mendapat kelebihan dan rahmat sekalipun dirinya sukar menerimanya.
       Mereka mencampurkan sifat lemah-lembut dengan ilmu, dan ilmu dengan akal, anda melihatnya jauh tetapi cita-citanya dekat. Sentiasa meramalkan ajalnya. Hatinya khusyuk, memadai apa yang ada. Kuat mempertahankan agamanya, mati syahwatnya, menahan kemarahannya. Akhlaknya bersih, jirannya berasa aman dengannya, berpuas hati apa yang ditakdirkan terhadapnya. Kesabarannya kukuh, urusannya cekap, setia kepada janjinya, dan tidak menyembunyikan penyaksian musuh. Tidak melakukan sesuatu dengan riak, dan tidak meninggalkan sesuatu kerana malu. Kebaikan daripadanya adalah yang diharapkan dan kejahatan daripadanya adalah dijamin.
       Mereka memaafi orang yang telah menzaliminya. Mereka memberi kepada orang yang menegahnya. Mereka menghubungi orang yang memutuskan silaturahim dengannya. Mereka tidak mempercepatkan apa yang disyakinya. Percakapannya lembut dan benar. Perbuatannya adalah baik, menghadapi kebaikan dan membelakangi kejahatan. Mereka adalah tenang di dalam gegaran, sabar di dalam menghadapi perkara yang dibencikannya. Bersyukur ketika senang. Tidak takut orang memarahinya. Tidak berasa bersalah apa yang mereka kasihi. Tidak mendakwa bukan haknya.Begitu juga dia tidak mengingkari haknya ke atasnya.
       Mengakui kebenaran sebelum dipersaksikan ke atasnya. Tidak menghilangkan apa yang dijaganya. Tidak bermegah dengan gelaran. Tidak bersaing dengan sesiapapun. Tidak dikuasai oleh hasad, tidak memudaratkan jiran, dan tidak bergembira dengan musibah yang menimpa orang lain. Menunaikan amanah, bersegera kepada solat, lambat kepada kemungkaran. Menyuruh melakukan kebaikan, melarang kemungkaran. Tidak memasuki sesuatu perkara dengan kejahilan.[137] Tidak keluar daripada kebenaran dengan kelemahan. Jika mereka diam, diamnya berfaedah. Dan jika mereka bercakap, mereka tidak akan bercakap perkara yang salah. Jika mereka ketawa, mereka tidak meninggikan suaranya.
       Memadai apa yang ditakdirkan untuknya. Tidak menimbulkan kemarahan dan tidak dikuasai oleh hawa nafsunya. Tidak kedekut dan tidak pula tamak kepada bukan haknya. Bergaul dengan orang ramai untuk mengetahui dan diam untuk selamat. Bertanya supaya mereka memahaminya. Berniaga untuk mendapat ganjaran. Mereka tidak diam untuk kebaikan bagi meninggikan diri. Tidak bercakap untuk memaksa orang lain. Dirinya di dalam kepenatan sedangkan orang ramai di dalam kerehatan.
       Mereka memenatkan diri untuk akhiratnya dan merehatkan orang ramai daripada dirinya. Jika diserang, mereka bersabar sehingga Allah memberi kemenangan untuknya selepasnya. Sesiapa yang menjauhinya, mereka memaafkannya. Sesiapa yang mendekatinya, mereka berlembut. Jika mereka berjauhan, bukanlah kerana meninggikan diri. Dekatnya bukanlah suatu tipu-daya. Malah kerana mengikuti orang yang terdahulu daripada ahli kebaikan. Dan mereka adalah imam bagi ahli kebaikan dan di belakang mereka[138]
       Beliau berkata: Hammam telah melaung, kemudian tidak sedarkan diri. Maka Amir al-Mukminin a.s. berkata: Demi Tuhan! Aku telah menduga kekhuatiranku terhadapnya, dan beliau berkata: Begitulah kesan nasihat yang tepat kepada ahlinya. Ada orang berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Apa gerangan anda wahai Amir al-Mukminin! Beliau berkata: Setiap ajal tidak akan melepasinya. Dan setiap sebab tidak akan melewatinya. Nanti! Janganlah anda melepasinya. Sesungguhnya Syaitan telah menghembuskan nafasnya di atas lidah anda. Kemudian Hammam telah mengangkat kepalanya, kemudian terjatuh, lalu meninggal dunia[139] rahimahullah.

Ucapan Nabi Saw. apabila mendengar seseorang berkata bahawa beliau akan memberitahu tentang syurga

       Abban bin Abi ‘Iyasy daripada Sulaim bin Qais berkata: Daripada Salman, Abi Dhar dan al-Miqdad bahawa beberapa orang daripada Munafiqin telah berkumpul, lalu mereka berkata: Sesungguhnya Muhammad akan memberitahukan kita tentang Syurga dan nikmat yang disediakan oleh Allah kepada para wali-Nya, dan orang yang mentaati-Nya. Tentang Neraka, Dia telah menyediakan pelbagai azab dan kehinaan kepada musuh-musuh-Nya dan orang yang menderhakai-Nya. Sekiranya beliau memberitahu kita tentang bapa-bapa dan ibu-ibu kita, dan tempat kita di syurga atau di neraka, nescaya kita mengetahui asasnya pada masa yang dekat dan pada masa akan datang.

Penjelasan Nabi Saw. kepada orang ramai tentang bapa dan ibu mereka serta tempat mereka di syurga atau di neraka

       Berita ini telah sampai kepada Rasulullah (Saw.). Maka beliau memanggil Bilal, lalu menyeru solat berjama‘ah. Orang ramai memenuhi Masjid, maka beliau keluar di dalam keadaan marah, menyingsing dua lengannya dan dua lututnya sehingga menaiki mimbar. Beliau bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya, kemudian bersabda: Wahai manusia! Aku adalah manusia seperti kalian yang diwahyukan kepadaku oleh Tuhanku. Dia telah menentukan aku dengan risalahnya. Dia telah memilih aku dengan kenabian-Nya. Dia telah melebihkan aku ke atas seluruh anak Adam. Dia telah memperlihatkan perkara yang ghaib kepadaku jika Dia kehendaki.
       Justeru itu, bertanyalah kepadaku apa yang kalian mahu. Demi Yang di tangan-Nya, tidak ada seorang lelaki daripada kalian yang bertanyaku tentang bapanya, ibunya dan tempat duduknya sama ada di Syurga atau di Neraka[140] melainkan aku memberitahunya. Ini adalah Jibril di kananku memberitahuku daripada Tuhanku, maka kalian bertanyalah kepadaku. Lantas seorang mukmin yang mencintai Allah dan Rasul-Nya berdiri dan berkata: Wahai Nabi Allah! Siapakah aku ini? Beliau bersabda: Anda adalah Abdullah bin Ja‘far. Maka beliau telah menasabkannya kepada bapanya. Lalu dia duduk dengan tenang.
       Kemudian seorang Munafiq yang hatinya sedang sakit berdiri, lalu berkata: Wahai Rasulullah (Saw.)! Siapakah aku ini? Beliau bersabda: Anda adalah fulan bin fulan pengembala kambing daripada Bani ‘Ismah. Mereka adalah sejahat-jahat suku Bani Thaqif. Mereka telah menderhakai Allah, lalu Dia menghina mereka. Kemudian diapun (si munafik) duduk. Sesungguhnya Allah telah menghinanya dan mendedahkannya di hadapan orang ramai. Sebelum ini orang ramai tidak mengesyakinya yang dia adalah di kalangan Munafiqin.
       Kemudian berdiri pula lelaki ketiga, seorang Munafiq dan sedang sakit hati lalu berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku ke Syurga atau ke Neraka? Beliau bersabda: Ke Neraka. Maka diapun duduk. Allah telah menghinannya dan mendedahkannya di hadapan orang ramai.
       Lalu Umar berdiri dan berkata: Kami meridhai Allah sebagai Tuhan, dengan Islam sebagai agama dan dengan anda wahai Rasulullah sebagai Nabi. Kami mohon perlindungan dengan Allah daripada kemurkaan-Nya dan kemurkaan Rasul-Nya. Maafkan kami wahai Rasulullah! Nescaya Allah memaafkan anda. Tutuplah rahsia kami, nescaya Allah menutup rahsia anda. Maka Rasulullah Saw. bersabda: Selain daripada ini atau anda menuntut selain daripadanya wahai Umar? Dia berkata: Kemaafan untuk umat anda.

Penjelasan Nabi Saw. tentang keutamaan Ali a.s.

       Ali bin Abu Talib a.s. berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah! Nasabkan aku, siapakah aku? Supaya orang ramai mengetahui kekerabatanku dengan anda. Maka beliau bersabda: Wahai Ali! Aku dan anda telah diciptakan daripada dua tiang daripada satu cahaya yang tergantung di bawah ‘Arasy dan mengtaqdiskan Malaikat sebelum Dia menciptakan makhluk selama dua ribu tahun. Kemudian Dia telah menciptakan dua nutfah putih daripada dua tiang yang bertaut di antara keduanya.
       Kemudian Dia memindahkan kedua-dua nutfah tersebut pada sulbi-sulbi yang mulia kepada rahim-rahim yang cerdik lagi bersih sehingga Dia menjadikan separuhnya pada sulbi Abdullah, dan separuhnya pada sulbi Abu Talib. Maka sebahagiannya adalah aku, dan sebahagian adalah anda sebagaimana firman Allah “Dialah yang telah menciptakan manusia daripada air dan Dia telah menjadikannya keturunan dan ipar, dan adalah Tuhan kamu Maha Berkuasa”. Wahai Ali! Anda adalah daripada aku dan aku adalah daripada anda.[141] Daging anda adalah dagingku. Darah anda adalah darahku. Anda adalah sebab antara Allah dan makhluk-Nya selepasku.[142] Sesiapa yang mengingkari wilayah anda, sesungguhnya dia telah memutuskan sebab antaranya dan Allah. Dan dia berada di peringkat yang terkebawah.
       Wahai Ali! Allah tidak akan dikenali melainkan denganku, kemudian dengan anda. Sesiapa yang mengingkari wilayah anda, sesungguhnya dia telah mengingkari Allah akan rububiyyah-Nya. Wahai Ali! Anda adalah bendera Allah yang akbar selepasku di Bumi. Anda adalah tiang yang akbar pada Hari Kiamat. Sesiapa yang berteduh di bawah kumpulan anda, maka dia berjaya. Kerana hisab makhluk adalah kepada anda. Tempat rujuk mereka adalah kepada anda.
       Timbangan adalah timbangan anda. Sirat adalah Sirat anda. Tempat berhenti adalah tempat berhenti anda. Hisab adalah hisab anda. Sesiapa yang cenderung kepada anda, maka dia berjaya. Sesiapa yang menyalahi anda, maka dia binasa. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah. Kemudian beliau pun turun.

Kata-kata Quraisy: “Umpama Muhammad sepertilah pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah”

       Abban daripada Sulaim berkata: Apabila Quraisy telah berada di majlisnya, dia melihat seorang lelaki daripada Ahl al-Bait, lantas dia memotong percakapannya semasa duduk. Tiba-tiba seorang lelaki di kalangan mereka berkata: Umpama Muhammad pada Ahl al-Baitnya sepertilah pokok kurma yang tumbuh di dalam sampah. Kata-kata sedemikian telah sampai kepada Rasulullah (Saw.), lantas beliau menjadi marah. Kemudian beliau keluar, menaiki mimbar dan mendudukinya sehingga orang ramai berkumpul. Beliau berdiri memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya.
       Kemudian bersabda: Wahai manusia! Siapakah aku? Mereka berkata: Anda adalah Rasulullah (Saw.) Beliau bersabda: Aku adalah Rasulullah (Saw.) dan aku adalah Muhammad bin Abdullah bin Abd al-Muttalib bin Hasyim. Kemudian beliau terus menyebut nasabnya sehingga berakhir kepada Nizar. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya aku dan Ahl Baitku adalah cahaya yang berjalan di hadapan Allah sebelum Allah menciptakan Adam dua ribu tahun. Apabila Cahaya tersebut bertasbih, para Malaikat turut sama bertasbih kerana tasbihnya. Apabila Dia menciptakan Adam, Dia meletakkan cahaya tersebut di sulbinya. Kemudian Dia menurunkannya ke Bumi pada sulbi Adam.
       Kemudian Dia telah membawanya pada bahtera Nuh pada sulbi Nuh. Kemudian Dia mencampakkannya pada sulbi Ibrahim. Kemudian Dia sentiasa memindahkan kami pada sulbi-sulbi yang mulia sehingga Dia mengeluarkan kami daripada galian yang terbaik antara bapa-bapa dan ibu-ibu yang tidak pernah berzina.
       Sesungguhnya kami Bani Abd al-Muttalib adalah penghulu Ahli syurga. Aku, Ali, Ja‘far, Hamzah, al-Hasan, al-Husain, Fatimah dan al-Mahdi. Sesungguhnya Allah telah merenung kepada ahli Bumi satu renungan, maka Dia memilih daripada mereka dua lelaki. Salah seorang daripadanya adalah aku, lalu Dia mengutusku sebagai Rasul dan Nabi. Dan yang satu lagi adalah Ali bin Abu Talib.[143]
       Dia telah mewahyukan kepadaku supaya mengambilnya sebagai saudara, khalil, wazir, wasi dan khalifah. Sesungguhnya beliau adalah wali kepada setiap Mukmin selepasku. Sesiapa yang menjadikannya wali, maka Allah memuliakannya. Seiapa yang memusuhinya, maka dia telah memusuhi Allah. Tidak mencintainya melainkan Mukmin dan tidak membencikannya melainkan orang kafir. Beliaulah Dhar al-Ardh selepasku dan penghuninya. Beliaulah Kalimatu Llah al-Taqwa dan ‘Urwah-Nya al-Wuthqa.
       Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka. Dan Allah menyempurnakan cahayanya sekalipun dibenci oleh orang kafir.[144] Sesungguhnya Allah merenung pada kali kedua, maka Dia memilih selepas kami dua belas wasi dan Ahl Baitku. Maka Dia menjadikan mereka sebaik-baik umatku seorang demi seorang seperti bintang-bintang di langit. Setiap kali satu bintang hilang, muncul pula bintang yang lain. Mereka adalah para imam yang mendapat petunjuk. Tipu-daya tidak akan memudaratkan mereka. Tidak ada penghinaan yang boleh menghina mereka. Mereka adalah hujah-hujah Allah di Bumi-Nya, saksi-saksi-Nya ke atas makhluk-Nya.[145]
       Penyimpan-penyimpan ilmu-Nya. Penterjemah-penterjemah wahyu-Nya dan galian-galian hikmat-Nya. Sesiapa yang mentaati mereka, maka dia mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakai mereka, maka dia menderhakai Allah. Mereka bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama mereka. Mereka tidak akan berpisah dengannya sehingga mereka dikembalikan ke atasku di al-Haudh. Hendaklah orang yang hadir memberitahu akan orang tidak hadir. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah. Wahai Tuhanku! Persaksikanlah.

Pemberitahuan Abu Dhar tentang keajaiban Hadis Nabi Saw. mengenai Ali

       Abban bin Abi ‘Iyasy daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah berkata kepada Abu Dhar: Beritahukan kepadaku rahima-ka-Llahu tentang keajaiban hadis[146] yang anda dengar daripada Rasulullah (Saw.) mengenai Ali bin Abu Talib? Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya di sekeliling ‘Arasy ada sembilan puluh Malaikat yang tidak bertasbih dan tidak pula beribadah melainkan ketaatan kepada Ali bin Abu Talib, membersihkan diri ke atas musuh-musuhnya dan beristighfar kepada Syi‘ahnya.
       Aku berkata: Adakah hadis yang lain daripada ini rahima-ka-Llahu? Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Allah sentiasa berhujah dengan Ali pada setiap umat yang diutuskan-Nya Nabi dan mempersaksikan mereka bahawa mengenali Ali adalah sebesar-besar darjat di sisi Allah. Aku berkata: Adakah hadis selain daripada ini rahima-ka-Llahu? Beliau berkata: Ya. Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekiranya aku dan Ali tidak ada, nescaya Allah tidak dikenali. Sekiranya aku dan Ali tidak ada, nescaya Allah tidak disembah.[147] Sekiranya aku dan Ali tidak ada, nescaya tidak ada pahala dan siksa. Tidak ada penutup yang menutupi Ali daripada Allah dan tidak ada hijab yang menutupinya daripada Allah. Beliaulah penutup (sitrun) dan hijab di antara Allah dan makhluk-Nya.

Pemberitahuan al-Miqdad tentang keajaiban Hadis Nabi Saw. mengenai Ali

       Sulaim berkata: Kemudian aku telah bertanyakan al-Miqdad, maka aku berkata: Beritahukan aku rahima-ka-Llahu keutamaan hadis[148] yang anda dengar daripada Rasulullah (Saw.) tentang Ali bin Abu Talib? Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya Allah telah menyatukan kekuasaan-Nya lalu memperkenalkan cahaya-cahaya-Nya akan diri-Nya. Kemudian Dia memfardukan kepada mereka suruhan-Nya dan mengharuskan mereka Syurga-Nya. Sesiapa yang mahu membersihkan hatinya daripada Jin dan manusia, hendaklah dia mengenali wilayah Ali bin Abu Talib. Sesiapa yang mahu memadamkan hatinya, hendaklah dia menahan dirinya daripada mengenali (ma‘rifah) Ali bin Abu Talib.
       Demi Yang diriku di tangan-Nya! Bahawa Adam tidak boleh mewajibkan Allah untuk menciptakannya, menghembuskan padanya daripada roh-Nya, menerima taubatnya dan mengembalikannya ke Syurga-Nya melainkan dengan kenabianku dan wilayah Ali selepasku. Demi Yang diriku di tangan-Nya! Bahawa Dia tidak memperlihatkan Ibrahim keajaiban alam malakut dan tidak mengambilnya sebagai khalil melainkan dengan kenabianku dan pengakuan kepada Ali selepasku. Demi Yang diriku di tangan-Nya! Bahawa Allah tidak bercakap dengan Musa sebarang percakapan, begitu juga ‘Isa tidak mendirikan bukti (ayatan) bagi segala Alam melainkan dengan kenabianku dan mengenali Ali selepasku. Demi Yang diriku di tangan-Nya! Bahawa seseorang itu tidak menjadi Nabi melainkan dia mengetahui dan mengakui wilayah kami. Dan tidak berhak makhluk Allah “melihat” kepada-Nya melainkan dengan beribadat kepada-Nya, dan mengakui (Ali) selepasku.[149] Kemudian beliau diam.
       Maka aku berkata: Adakah hadis selain daripada ini rahima-ka-Llahu? Dia berkata: Ya. Aku mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Ali adalah orang yang paling kuat beragama pada umat ini, saksi ke atas-Nya, pengendali hisab-Nya. Beliaulah tuan kepada kedudukan yang tinggi, jalan kebenaran, jalan Allah yang lurus, beliau adalah penunjuk selepasku dari kesesatan. Dengan beliaulah seorang itu dapat melihat kebenaran. Dengan beliaulah berjayanya orang yang berjaya. Dengan beliaulah seorang itu dapat mengelakkan dirinya dari kematian yang sia-sia dan aman daripada ketakutan. Dengan beliaulah kejahatan dipadamkan, kesedihan dihilangkan dan rahmat diturunkan.
       Beliau adalah mata Allah yang melihat, telinga-Nya yang mendengar, lidah-Nya yang bercakap pada makhluk-Nya. Dialah tangan Allah yang terbentang ke atas hamba-Nya dengan rahmat, muka-Nya di Langit dan di Bumi, rusuk kanan-Nya yang zahir (janbu-hu al-Zahir al-Yamin), tali-Nya yang kuat lagi utuh. Ikatan-Nya yang kuat tanpa perpisahan. Pintu-Nya yang dikunjungi, rumah-Nya di mana sesiapa yang memasukinya adalah terselamat dan bendera-Nya di atas Sirat. Sesiapa yang mengenalinya, akan berjaya ke Syurga. Dan sesiapa yang mengingkarinya, akan masuk ke Neraka.

Kata-kata Salman al-Farisi bahawa Ali a.s. adalah pintu yang dibukakan Allah

       Abban daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku mendengar Salman al-Farisi berkata: Sesungguhnya Ali (a.s.), adalah pintu yang telah dibukakan oleh Allah.[150] Sesiapa yang memasukinya adalah Mukmin dan sesiapa yang keluar daripadanya adalah kafir.[151]



Pemberitahuan Abdullah bin Abbas tentang apa yang berlaku selepas kewafatan Nabi Saw.

       Abban daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku berada di sisi Abdullah bin Abbas di rumahnya. Bersama kami adalah sekumpulan Syi‘ah Ali a.s. Kami bercakap-cakap sehingga beliau berkata: Wahai saudara-saudaraku! Rasulullah (Saw.) telah wafat dan sejak hari kewafatannya (hingga kini), beliau masih belum diletakkan ke lubang lahadnya sehingga orang ramai bercakap perkara yang lucu. Mereka menjadi murtad dan bersetuju di atas perkara yang bertentangan (khilaf).
       Ali bin Abu Talib sibuk dengan urusan jenazah Rasulullah Saw. sehingga beliau selesai daripada memandi, mengkafan dan mengtahnitkannya. Lantas beliau meletakkan Rasulullah Saw. di lubang lahadnya. Kemudian beliau menumpukan sepenuh masa mengumpul al-Qur’an, tanpa memusatkan kepada wasiat Rasulullah (Saw.) kerana tujuannya bukanlah untuk kekuasaan (al-Mulk) dan Rasulullah (Saw.) telah memberitahunya tentang kaum yang akan belot.

Kejadian yang berlaku ke atas Ali a.s. dan Fatimah a.s. serta para mereka selepas membai‘ah Abu Bakr

       Manakala orang ramai telah menerima fitnah daripada dua lelaki itu Abu Bakr dan Umar), maka tidak tinggal melainkan Ali, Bani Hasyim, Abu Dhar, al-Miqdad dan Salman dalam bilangan yang sedikit. Umar berkata kepada Abu Bakr: Apa ini? Sesungguhnya orang ramai telah memberi bai‘ah kepada anda selain lelaki ini, Ahl Baitnya dan beberapa orang lain. Lantaran itu, utuslah kepadanya.[152]
       Maka Abu Bakr pun mengutuskan sepupu Umar bernama Qunfudh dan berkata: Pergilah kepada Ali dan katakan kepadanya: Sahutilah seruan Khalifah Rasulullah (Saw.). Maka diapun pergi dan menyampaikannya. Lalu Ali (a.s.) berkata: Alangkah cepatnya kalian berbohong terhadap Rasulullah (Saw.),[153] dan kalian telah menjadi murtad. Demi Tuhan! beliau tidak melantik selain daripadaku. Justeru itu, pulanglah wahai Qunfudh! Kerana anda adalah pesuruhnya. Ali berkata kepada anda: Demi Tuhan! Rasulullah (Saw.) tidak pernah melantik anda. Sesungguhnya anda memang mengetahui siapakah Khalifah Rasulullah (Saw.). Qunfudh pun pulang kepada Abu Bakr dan menyampaikan risalah kepadanya.
       Maka Abu Bakr berkata : Ali memang benar bahawa Rasulullah (Saw.) tidak pernah melantikku. Maka Umar menjadi marah Dia melompat dan berdiri sambil berkata: Duduklah. Kemudian dia berkata kepada Qunfudh: Pergilah kepadanya dan katakan kepadanya: Sahutilah seruan Amir al-Mukminin Abu Bakr. Maka Qunfudh pun pergi sehingga dia berjumpa Ali (a.s.), lalu menyampaikan risalah.
       Beliau a.s. berkata: Abu Bakr telah berbohong. Demi Tuhan! Kembalilah kepadanya dan katakan kepadanya: Anda telah menamakan diri anda bukan dengan nama anda. Sesungguhnya anda mengetahui bahawa Amir al-Mukminin adalah selain daripada anda. Lalu Qunfudh pun pulang dan memberitahu mereka berdua.[154] Lantas Umar melompat di dalam keadaan marah dan berkata: Demi Tuhan! Sesungguhnya aku mengetahui kecetekannya dan kelemahan pendapatnya. Sesungguhnya urusan kita tidak akan berjalan dengan baik sehingga anda membunuhnya. Lantaran itu, biarkan aku mendatangi anda dengan kepalanya.
       Maka Abu Bakr berkata: Duduklah. Namun Umar enggan. Dia bersumpah ke atasnya, lalu duduk. Kemudian dia berkata: Wahai Qunfudh! Pergilah dan katakan kepadanya: Sahutilah seruan Abu Bakr. Maka qunfudh pun pergi berjumpa Ali a.s. dan berkata: Wahai Ali! Sahutilah seruan Abu Bakr. Ali a.s menjawab: Aku terlalu sibuk. Lagipun aku tidak mahu meninggalkan wasiat khalilku dan saudaraku. Dia pergi kepada Abu Bakr dan memberitahunya. Lalu Umar melompat dalam keadaan marah.

Serangan Umar ke atas rumah Fatimah a.s. dan pukulan terhadapnya dengan cemeti

       Lantas dia memanggil Khalid bin al-Walid dan Qunfudh. Dia memerintahkan mereka berdua supaya membawa kayu (api) dan api. Kemudian dia pergi ke pintu rumah Ali dan Fatimah a.s. Fatimah a.s. pada masa itu sedang duduk di sebalik pintu. Kepala beliau naik darah dan tubuhnya kurus selepas kewafatan Rasulullah Saw. Umar pun datang lalu memukul pintu.[155] Kemudian dia memanggil: Wahai Ibn Abu Talib! Bukakan pintu. Maka Fatimah berkata: Wahai Umar! Kami tidak ada kaitan dengan anda, lantaran itu jangan campur tangan dalam urusan kami. Umar berkata: Bukakan pintu. Jika tidak, kami akan membakarnya ke atas kalian.[156] Beliau berkata: Wahai Umar! Bertakwalah kepada Tuhan, anda memasuki rumahku dan menyerang rumahku. Umar enggan berundur. Kemudian Umar menyeru dengan api, lalu dia menyalakannya di pintu rumah Fatimah a.s. dan membakar pintu kemudian menolaknya. Lantas dia berdepan dengan Fatimah a.s. Beliau melaung: Wahai bapakku! Wahai Rasulullah!. Umar mengangkat pedangnya yang masih tersarung lalu diacukan ke rusuknya. Maka beliau a.s. melaung. Lantas Umar mengangkat cemetinya, lalu memukul lengan beliau a.s.[157]

Ali a.s. memegang leher Umar dan terlintas di hati untuk membunuhnya.

       Fatimah a.s. terus menangis dan melaung: Wahai bapaku! Ali a.s. melompat dan memegang Umar. Kemudian beliau menolak, memulas, memegang hidung dan lehernya dengan kuat. Terlintas di hatinya untuk membunuhnya, lantas beliau teringat sabda Rasulullah dan wasiatnya supaya sentiasa bersabar dan taat. Maka beliau a.s. berkata: “Demi Yang telah memuliakan Muhammad dengan kenabian! Wahai Ibn Sahhak! Sekiranya tidak ada kitab daripada Allah yang terdahulu, nescaya anda mengetahui bahawa anda tidak akan memasuki rumahku”. Umar pun mengutus (seseorang) meminta pertolongan. Lalu orang ramai datang beramai-ramai sehingga memasuki rumah.

Khalid bin al-Walid menghunus pedang untuk memukul Fatimah a.s. dan reaksi Ali a.s.

       Khalid bin al-Walid menghunus pedangnya untuk memukul Fatimah a.s. Dia mengangkat pedangnya di atasnya. Dia juga bersumpah untuk menentang Ali a.s. Kemudian Al-Miqdad, Salman, Abu Dhar, Ammar dan Buraidah al-Aslami datang, kemudian mereka memasuki rumah sebagai pembantu-pembantu Ali a.s. sehingga hampir berlaku fitnah. Maka Ali a.s. dikeluarkan dari rumahnya. Kemudian orang ramai mengikutinya.[158]
       Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, Ammar dan Buraidah mengikuti Ali a.s. dan berkata: Alangkah cepatnya kalian mengkhianati Rasulullah (Saw.) dan kalian telah mengeluarkan dendam kesumat di dada kalian. Buraidah al-Aslami berkata: Wahai Umar! Anda telah menentang saudara Rasulullah, wasinya dan anak perempuannya, maka anda memukulnya. Anda memang dikenali oleh Quraisy dengan perangai anda. Lantas Khalid bin al-Walid mengangkat pedangnya yang masih tersarung untuk memukul Buraidah. Maka Umar menghalangnya daripada melakukannya.

Ali a.s. dikeluarkan dari rumah dalam keadaan leher terikat supaya membai‘ah Abu Bakr

       Maka mereka membawa Ali a.s. kepada Abu Bakr dalam keadaan lehernya terikat. Manakala Abu Bakr melihatnya, dia melaung: Kalian berilah jalan kepadanya. Ali a.s. berkata: Alangkah cepatnya kalian menerkam ke atas Ahl Bait Nabi kalian. Wahai Abu Bakr! Hak yang mana, warisan yang mana dan keutamaan yang mana anda menggesa orang ramai supaya membai‘ah anda. Tidakkah anda telah membai‘ahku kelmarin dengan perintah Rasulullah?
       Umar berkata: Tinggalkan perkara ini daripada anda wahai Ali! Demi Tuhan! Jika anda tidak memberi bai‘ah, kami akan membunuh anda. Ali a.s. berkata: Jikalaulah begitu, demi Tuhan! Aku adalah seorang hamba Allah dan saudara Rasulullah yang dibunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka ia adalah benar. Adapun saudara Rasulullah, maka jawapannya tidak.[159]
       Ali a.s. berkata: Sekiranya tidak ada Qadha’ daripada Allah yang terdahulu dan janji yang telah dijanjikan oleh khalilku, nescaya aku tidak menerimanya dan anda mengetahui siapakah daripada kita yang mempunyai pembantu yang lemah dan sedikit. Abu Bakr diam, tidak bercakap.

Kata-kata Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, ‘Ammar dan Buraidah di majlis Abu Bakr

       Maka Buraidah berdiri dan berkata: Tidakkah kalian berdua telah disabdakan oleh Rasulullah: Pergilah kepada Ali dan berilah salam kepadanya kerana menjadi pemimpin Mukminin. Dan kalian berdua berkata: Adakah ia daripada perintah Allah dan Rasul-Nya? Umar berkata: Ya. Maka Abu Bakr berkata: Memang benar. Tetapi anda ketika itu tidak ada dan kami telah menyaksikan perkara ini selepas itu. Umar berkata: Apakah kaitan anda dengan perkara ini, wahai Buraidah! Dan apakah yang membuat anda masuk campur dalam perkara ini? Buraidah berkata: Demi Tuhan! Aku tidak akan tinggal di dalam negeri di mana kalian menjadi pemerintah. Maka Umar memerintahkan supaya beliau dipukul dan dikeluarkan. Kemudian Salman berdiri dan berkata: Wahai Abu Bakr! Bertakwalah anda kepada Tuhan dan berdirilah daripada majlis ini serta tinggalkan kepada ahlinya supaya mereka  menjalankan urusannya dengan senang hati sehingga Hari Kiamat.[160] Dua pedang tidak akan bertentangan pada umat ini. Tetapi Abu Bakr tidak menjawabnya. Lantaran itu, Salman mengulanginya dengan perkataan yang sama. Lantas Umar memarahinya dan berkata: Apakah kaitan anda dengan perkara ini dan apakah yang membuat anda masuk campur di dalam perkara ini? Beliau berkata:Nanti dahulu wahai Umar! Berdirilah wahai Abu Bakr daripada majlis ini dan tinggalkan kepada ahlinya, nescaya mereka akan menjalankan urusannya dengan berwibawa sehingga Hari Kiamat. Jika kalian enggan, kalian akan memerah darah manakala Tulaqa’[161] (orang yang diusir) dan Munafiqun akan berlumba-lumba untuknya.
       Demi Tuhan! Sekiranya aku mengetahui bahawa aku dapat menolak kezaliman atau memuliakan agama Allah, nescaya aku meletakkan pedangku di atas bahuku, kemudian aku memukul dengannya secara langsung. Adakah kalian melompat ke atas wasi Rasulullah (Saw.)? Justeru itu, bergembiralah dengan bala dan berputus asalah daripada kesenangan. Kemudian Abu Dhar, al-Miqdad dan ‘Ammar berdiri dan berkata kepada Ali: Apakah perintah anda? Demi Tuhan! Sekiranya anda memerintahkan kami, nescaya kami memukulnya dengan pedang sehingga kami membunuh.
       Ali (a.s.) berkata: Tahanlah diri kalian rahima-kumu-Llahu. Ingatlah janji Rasulullah (Saw.) dan wasiatnya kepada kalian. Justeru itu, tahanlah diri kalian. Umar berkata kepada Abu Bakr yang sedang duduk di atas mimbar. Apakah yang membuat anda duduk di atas mimbar. Ini (Ali) duduk sebagai orang yang menentang, tidak berdiri untuk memberi bai‘ah kepada anda atau anda perintahkannya supaya memberi bai‘ah. Jika tidak, penggallah kepalanya.
       Al-Hasan dan al-Husain a.s. sedang berdiri di hadapan Ali a.s. Apabila mereka berdua mendengar kata-kata Umar, merekapun terus menangis lalu mengangkat suara mereka: Wahai Datuk! Wahai Rasulullah! Maka Ali memeluk mereka dan berkata: Janganlah kalian menangis. Demi Tuhan! Mereka berdua tidak berkuasa untuk membunuh bapa kalian kerana mereka lebih hina untuk melakukan sedemikian.

Kata-kata Umm Aiman (penyusu Nabi) kepada Abu Bakr

       Umm Aiman al-Nubiyyah (penyusu Nabi) dan Umm Salamah datang dan berkata: Wahai ‘Atiq! Alangkah cepatnya kalian melahirkan hasad kalian terhadap keluarga Muhammad. Maka Umar memerintahkan supaya mereka berdua dikeluarkan dari Masjid. Dia berkata: Apakah kaitan kami dengan perempuan ini?

Bai‘ah Ali a.s. kepada Abu Bakr adalah secara terpaksa

       Kemudian dia berkata: Wahai Ali! Berdirilah dan berilah bai‘ah. Ali a.s. berkata: Jika aku tidak melakukannya? Dia berkata: Jika begitu, kami akan penggal kepala anda. Ali a.s. berkata: Anda telah berbohong. Demi Tuhan! Wahai Ibn Sahhak! Anda tidak berkuasa melakukannya. Lalu Khalid bin al-Walid[162] melompat dan mencabut pedangnya lalu berkata: Demi Tuhan! Sekiranya anda tidak melakukannya, nescaya aku akan membunuh anda.
       Lantas Ali a.s. menghampiri dan memegang kainnya. Kemudian beliau menolaknya. Lalu pedangnya terjatuh dari tangannya. Umar berkata: Berdirilah wahai Ali dan berilah bai‘ah. Beliau berkata: Sekiranya aku tidak memberi bai‘ah? Beliau berkata: Jika begitu, demi Tuhan! Kami akan membunuh anda. Ali a.s. telah berhujah ke atas mereka sebanyak tiga kali. Kemudian beliau menghulurkan tangan tanpa membuka tapak tangannya. Lantas Abu Bakr memukul ke atasnya dan meridhainya. Kemudian dia pulang ke rumahnya lalu diikuti oleh orang ramai.[163]

Ucapan Fatimah a.s. di majlis Abu Bakr selepas Fadak dirampas

       Sulaim berkata: Telah sampai berita kepada Fatimah a.s. bahawa Abu Bakr telah merampas Fadak, lalu beliau a.s. keluar berjumpa wanita-wanita Bani Hasyim sehingga kemudian berjumpa Abu Bakr. Fatimah a.s. berkata: Wahai Abu Bakr! Anda mahu mengambil daripadaku tanah yang telah dijadikan untukku oleh Rasulullah dan beliau memberikan kepadaku di mana ia tidak diperolehi melalui peperangan dan kepenatan.[164] Tidakkah Rasulullah (Saw.) bersabda: Seseorang itu dijaga pada anaknya. Dan anda mengetahui bahawa beliau tidak meninggalkan kepada anaknya sesuatupun selain daripadanya?

Umar menegah Abu Bakr daripada menulis tentang Fadak untuk Fatimah

       Manakala Abu Bakr mendengar kata-katanya dan perempuan yang bersama-samanya, dia menyeru supaya dibawa kepadanya kertas untuk menulis kepada Fatimah. Maka Umar datang dan berkata: Wahai Khalifah Rasulillah! Janganlah anda menulis untuknya sehinggalah dia mengemukakan keterangan di atas apa yang didakwanya.

Fatimah a.s. mengemukakan dua saksi tetapi ditolak oleh Umar

       Fatimah a.s. berkata: Ya. Aku akan mengemukakan keterangan. Dia berkata: Siapa? Beliau berkata: Ali dan Umm Aiman. Lantas Umar berkata: Penyaksian perempuan asing yang tidak fasih tidak diterima. Adapun Ali, dia akan menyokong isterinya. Lalu Fatimah a.s. pulang dengan penuh kemarahan yang tidak terkira.[165] Beliaupun jatuh sakit. Ali a.s. mengerjakan solat lima waktu di Masjid.
       Manakala beliau selesai solat, Abu Bakr dan Umar berkata kepadanya: Bagaimanakah dengan anak perempuan Rasulullah sehingga dia jatuh sakit? Mereka berdua berkata: Adalah di antara kami dan dia sebagaimana anda ketahui. Sekiranya anda fikir bahawa anda akan membenarkan kami, maka kami akan meminta maaf kepadanya daripada dosa kami. Beliau berkata: Itu terserah kepada kalian berdua. Maka kedua-dua mereka, kemudian duduk di pintu. Ali a.s. masuk berjumpa Fatimah a.s. dan berkata kepadanya: Wahai al-Hurrah (perempuan yang merdeka)! Fulan dan fulan di pintu. Mereka berdua ingin memberi salam kepada anda. Apakah pendapat anda? Fatimah a.s. berkata: Rumah adalah rumah anda dan al-Hurrah adalah isteri anda. Lakukanlah apa yang anda mahu. Beliau berkata: Perkukuhkanlah pendirian anda. Maka Fatimah pun memperkukuhkan pendiriannya dan memalingkan mukanya ke dinding.

Abu Bakr dan Umar memohon kemaafan dan pengakuan akan kesalahan mereka

       Mereka berdua pun masuk dan memberi salam kepadanya seraya berkata: Maafkan kami, nescaya Tuhan memaafkan anda. Lalu beliau a.s. berkata: Apakah yang membawa anda kemari? Mereka berdua berkata: Kami mengakui kekasaran (isa’ah) kami. Kami berharap anda memaafkan kami dan mengeluarkan kemarahan anda. Beliau berkata: Sekiranya kalian berdua benar, beritahukan kepadaku apa yang telah aku tanyakan kepada kalian kerana aku tidak bertanyakan kalian sesuatu perkara melainkan aku mengetahui bahawa kalian mengetahuinya. Sekiranya kalian membenarkannya, nescaya aku mengetahui bahawa kalian adalah benar tentang kedatangan kalian. Mereka berdua berkata: Tanyalah apa yang anda mahu. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian berdua mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda: Fatimah adalah sebahagian daripadaku. Sesiapa yang menyakitinya, maka dia menyakitiku. Mereka berkata: Ya. Lantas beliau mengangkat tangannya ke langit dan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka berdua telah menyakitiku, maka aku mengadu kedua-duanya kepada Engkau, kepada Rasul Engkau. Tidak.[166]

Fatimah a.s. tidak meridhai Umar dan Abu Bakr

       Aku tidak meridhai kalian berdua selama-lamanya sehingga aku berjumpa bapaku Rasulullah. Dan aku akan memberitahunya apa yang telah kalian berdua lakukan. Dia akan menjadi hakim. Ibn Abbas berkata: Ketika itu Abu Bakr menyeru Neraka Wail dan kecelakaan. Dia berasa amat sedih. Lalu Umar berkata: Anda bersedih wahai Khalifah Rasulullah kerana kata-kata seorang perempuan?[167] Ibn Abbas berkata: Fatimah a.s. hidup empat puluh hari[168] selepas kewafatan bapanya.

Wasiat Fatimah kepada Ali a.s. ketika hampir wafat

       Manakala keadaannya bertambah serius, beliau memanggil Ali (a.s.) dan berkata: Wahai anak bapa saudaraku! Aku fikir aku tidak akan hidup lama lagi. Aku berwasiat kepada anda supaya mengawini anak perempuan saudaraku, Zainab. Anak-anakku menganggapnya sepertiku. Biarkanlah aku berehat sejenak kerana aku telah melihat malaikat menceritakan kematianku. Janganlah seorangpun daripada musuh-musuh Allah menyaksikan jenazahku, pengkafananku dan solat ke atasku.
       Ibn Abbas- iaitu kata-kata Amir al-Mukminin a.s.- berkata: Banyak perkara yang aku tidak dapat meninggalkannya kerana al-Qur’an yang dengannya diturunkan ke atas hati Muhammad (Saw.). Memerangi al-Nakithin, al-Qasitin dan al-Mariqin yang beliau telah berwasiat kepadaku. Khalilku Rasulullah telah berjanji kepadaku supaya aku memerangi mereka.[169] Dan Fatimah berwasiat kepadaku supaya aku mengahwini Umamah Binti Zainab.

Kewafatan Fatimah a.s. dan kegemparan Madinah dengan tangisan

       Ibn Abbas berkata: Apabila Fatimah wafat, Madinah menjadi gempar dengan tangisan daripada lelaki dan perempuan. Orang ramai terharu sebagaimana pada hari wafatnya Rasulullah (Saw.). Abu Bakr dan Umar datang memberi takziah kepada Ali (a.s.) dan berkata: Wahai Abu al-Hasan! Janganlah anda mendahului kami mengerjakan solat ke atas anak perempuan Rasulullah.
       Apabila tiba waktu malam, Ali (a.s.) memamggil al-Abbas, al Fadhl, al-Miqdad, Salman, Abu Dhar dan Ammar. Maka beliau telah mendahulukan al-Abbas, lalu beliau mengerjakan solat ke atasnya. Kemudian mereka mengebumikannya.
       Pada keesokan pagi, Abu Bakr dan Umar datang, dan orang ramai mahu mengerjakan solat ke atas Fatimah (a.s.). Maka al-Miqdad berkata: Kami telah mengebumikan Fatimah semalam.[170] Lalu Umar berpaling kepada Abu Bakr dan berkata: Tidakkah aku telah memberitahu anda bahawa mereka akan melakukannya? Al-Abbas berkata: Beliau telah berwasiat supaya kalian berdua tidak mengerjakan solat ke atasnya.
       Lantas Umar berkata: Kalian masih tidak meninggalkan wahai Bani Hasyim, hasad kalian yang lama selama-lamanya. Sesungguhnya segala hasad di dada kalian tidak akan hilang. Demi Tuhan! Aku berasa mahu menggalinya semula sehingga aku mengerjakan solat ke atasnya. Ali (a.s.) berkata: Demi Tuhan! Sekiranya anda melakukannya wahai Ibn Sahhak! Nescaya aku akan mengembalikan sumpah anda. Sekiranya aku menghunuskan pedangku, aku tidak akan menyarungkannya kembali tanpa membunuh anda.[171]
       Akhirnya Umar diam kerana dia mengetahui bahawa apabila Ali bersumpah, beliau membenarkannya. Kemudian Ali (a.s.) berkata: Wahai Umar! Tidakkah Rasulullah ingin membunuh anda, lalu beliau mengutusku. Lantas aku mengangkat pedangku, kemudian aku menuju kepada anda untuk membunuh anda. Maka Allah telah menurunkan firman-Nya di dalam Surah Maryam (19): 84, “Janganlah engkau menyegerakan siksaan untuk mereka. Sesungguhnya Kami hanya menghitung (hari) mereka dengan bilangan”. Ibn Abbas berkata: Kemudian mereka melakukan konspirasi dan berkata: Urusan kita tidak akan kukuh selama lelaki ini masih hidup.

Keinginan Abu Bakr untuk membunuh Ali, perintahnya kepada Khalid dan penyesalannya

       Abu Bakr berkata: Siapakah yang akan membunuhnya untuk kita? Umar berkata: Khalid bin al-Walid[172]. Maka mereka berdua mengutus kepadanya. Mereka berdua berkata: Wahai Khalid! Apakah pendapat anda pada perkara yang kami akan pertanggung jawabkan ke atas anda? Dia berkata: Pertanggung jawabkanlah aku di atas apa yang kalian berdua kehendaki. Demi Tuhan! Sekiranya kalian berdua mempertanggung jawabkan aku untuk membunuh Ibn Abi Talib, nescaya aku akan melakukannya. Mereka berdua berkata: Itu sahajalah yang kami mahu. Dia berkata: Aku akan melakukannya.
       Abu Bakr berkata: Apabila kami berdiri untuk mengerjakan solat Subuh, maka berdirilah di sisinya dan pedang bersama anda. Apabila aku memberi salam, maka penggallah kepalanya. Dia berkata: Ya. Mereka berazam untuk melakukannya.[173] Kemudian Abu Bakr mulai berfikir tentang perintahnya untuk membunuh Ali (a.s.). Dia mengetahui sekiranya dia melakukannya, maka akan berlaku peperangan yang besar dan bala yang berpanjangan. Maka diapun menyesal di atas perintahnya sehingga dia tidak dapat tidur pada malam itu.
       Abu Bakr datang ke Masjid pada pagi itu. Solat didirikan, dia telah mengerjakan solat dengan orang ramai dan tidak mengetahui apa yang dikatakannya. Khalid datang membawa pedangnya sehingga dia berdiri di sisi Ali. Tetapi Ali (a.s.) dapat mengagak sesuatu yang akan berlaku. Apabila Abu Bakr selesai daripada tasyahhudnya, dia melaung sebelum memberi salam: Wahai Khalid! Jangan anda lakukan apa yang aku telah perintahkan anda untuk melakukannya. Sekiranya anda melakukannya, nescaya aku akan membunuh anda. Kemudian dia memberi salam ke kanan dan ke kirinya.[174]
       Lantas Ali (a.s.) melompat dan memegang leher Khalid serta mencabut pedang di tangannya. Kemudian beliau bergumpal dengannya dan duduk di atas dada Khalid. Lalu beliau mengambil pedangnya untuk membunuhnya. Ahli Masjid berkumpul di sekelilingnya untuk membebaskan Khalid, tetapi mereka tidak mampu menguasainya.[175] Maka Abbas berkata: Kalian membuat sumpah kepadanya dengan hak kubur supaya beliau berhenti. Lantas beliau meninggalkannya, berdiri dan terus pulang ke rumahnya.
       Kemudian al-Zubair, al-Abbas, Abu Dhar, al-Miqdad dan Bani Hasyim datang. Mereka mengangkat pedang dan berkata: Demi Tuhan! Mereka tidak akan berhenti sehingga beliau bercakap dan melakukannya. Orang ramai bertengkar dan keadaan menjadi riuh-rendah. Sementara wanita-wanita Bani Hasyim telah keluar dan bertempik, seraya berkata: Alangkah cepatnya kalian melahirkan permusuhan dengan Rasulullah dan Ahl Baitnya.[176] Sudah lama kalian mahu perkara ini daripada Rasulullah tetapi kalian tidak dapat menguasainya.
       Kalian telah membunuh anak perempuannya kelmarin,[177] kemudian kalian mahu hari ini membunuh saudaranya, sepupunya, wasinya dan bapa anak-anaknya. Kalian telah berbohong demi Tuhan Ka‘bah! Kalian tidak akan dapat membunuhnya sehingga orang ramai khuatir akan berlaku fitnah yang besar.



[1] Al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 31. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 137. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 163.
[2] Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, ii, hlm. 423. al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, i, hlm. 190. Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, ii, hlm. 209.
[3] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm 379-385. Hadis no.578, 584-587.
[4] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 253. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al ‘Ummal, vi, hlm. 218.
[5] Mereka yang berkonspirasi untuk membunuh Nabi Saw. pada waktu malam di sebuah lorong kecil di ‘Aqabah selepas Haji Wida’. Al-Aqabah adalah bukit panjang dan mempunyai laluan yang sukar. Lihat Ibn Manzur, Lisan al-Arab, i, hlm. 621. Mereka telah cuba untuk menolak Nabi Saw. dari untanya. Mereka berkata: “Sekiranya kita menolaknya dari unta nescaya tengkuknya akan patah dan kita terselamat daripadanya” Abu Nu‘aim Ahmad al-Isfahani, Dala’il al-Nubuwwah, hlm. 461. Ibn Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, vi, hlm. 253. Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, v, hlm. 24-26.
[6] Ibn Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, vi, hlm. 253. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, 381. Ibn Hazm, al-Muhalla, ii, hlm. 225. Hudzaifah tidak melakukan solat jenazah ke atas mereka.
[7] Ahmad bin Hanbal, Musnad, ii, hlm. 163. Ibn Hajr, al-Isabah, iii, hlm. 622. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 342.
[8] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 253.
[9] Ibn Hajr, al-Isabah, iii, hlm. 622.
[10] Ahmad bin Hanbal, Musnad, i, hlm. 77. al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 301.
[11] Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 101. al-Tumudhi, Sahih, v, hlm. 641.
[12] Al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 117-8. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.151.
[13] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 444-5
[14] Ibid.
[15] Al-Bukhari, Sahih, v, hlm. 26 (Bab Manaqib al-Hasan wa al-Husain).
[16] Syaikh Muhammad bin Darvisy, Asna al-Matalib, hlm. 123 menyatakan bahawa hadis-hadis tersebut adalah palsu.
[17] Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, vii, hlm. 247-8. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 88-9.
[18] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, vi, hlm. 271. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, iii, hlm. 311. al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, viii, hlm. 121.
[19] Al-Tabari, Tarikh, iv, hlm. 28-9.
[20] Malik, al-Muwatta’, ii, hlm. 12. Ia bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Saw. yang tidak membezakan Arab dengan bukan Arab melainkan dengan takwa ‘‘Tidak ada kelebihan orang Arab dengan orang bukan Arab melainkan dengan takwa”, al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, iii, hlm. 266.
[21] Ibid.
[22] Al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm. 17. Rasulullah Saw. bersabda: “Apabila kalian melihat Mu‘awiyah di atas mimbarku maka bunuhlah dia”.
[23] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al ‘Ummal, iii, hlm. 116.
[24] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 448.
[25] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137.
[26] Ibn Majah, al-Sunan, i, hlm. 200. al-Nasa’i, al-Sunan, i, hlm. 59.
[27] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 448.
[28] Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 84, 95, 128. al-Khatib, Tarikh Baghdad, ii, hlm. 255. Ibn Hajr, Mizan al-I‘tidal, i, hlm. 162.
[29] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 445-7.
[30] Al-Tulaqa’ adalah orang yang tidak boleh menjadi khalifah (Mu‘awiyah dan bapanya) kerana mereka telah menjadi pemimpin dalam peperangan al-Ahzab. Lihat,Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, iii, hlm. 318.
[31] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, iv, hlm. 33.
[32] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54 (kitab al-Maghazi). Muslim, Sahih, ii, hlm. 236. Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 98, 118-9. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 109 dan lain-lain.
[33] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 445-6. Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siasah, i, hlm. 15-6.
[34] Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah. Tindakkan itu disebabkan Abu Dhar telah mengkritiknya kerana mengguna harta Baitul-Mal untuk keluarganya. Al-Ya‘qubi, Tarikh, ii, hlm. 162. Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, i, hlm. 114. Abu Dhar berkata: “Sesungguhynya anda telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Demi Tuhan! Aku melihat kebenaran dipadamkan, kebatilan dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketakwaan”. Lihat al-Ya‘qubi, Tarikh, ii, hlm. 161.
[35] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 445-6
[36] Ibid.
[37] Khalifah Uthman tidak menjalankan hukum qisas ke atas Ubaidillah bin Umar al-Khattab kerana membunuh Hurmuzan dan Jupainah. Sebaliknya dia telah membawanya ke Kufah dan membenarkannya menetap di sana. Kaum Muslimin telah menentang sunnahnya itu kerana ia bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabawiyyah yang menuntut qisas dijalankan. Ibn Hajr, al-Isabah, i, hlm. 619. Ibn Sa ‘d, Tabaqat, v, hlm. 8-10.
[38] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 445.
[39] Ibid., hlm. 121.
[40] Ibid., hlm. 114-5
[41] Ibid., hlm. 251.
[42] Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, ii, hlm. 463. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Ummal, vi, hlm. 392. Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, ii, hlm. 448. Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm. 78.
[43] Al-Tabari, Tafsir, xxii, hlm. 5. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 198.
[44] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 119.
[45] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7. Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 98, 118-9.
[46] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 441.
[47] Muslim, Sahih, ii, hlm. 238.
[48] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 441.
[49] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 379-386. Hadis. no. 578, 584-587, 590.
[50] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, vi, hlm. 271. Al-Tabari, Tafsir, xxx, hlm. 167.
[51] Al-Hakim, al-Mustadrak, iv, hlm. 479. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 39.
[52] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 117.
[53] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7.
[54] Imam Ja‘far al-Sadiq berkata: Nasibi bukanlah orang yang menentang kami Ahl al-Bait kerana kalian tidak mendapati seseorang yang berkata: Aku memarahi Muhammad dan keluarga Muhammad, tetapi Nasibi adalah orang yang menentang kalian dan mereka mengetahui bahawa kalian setia kepada kami dan kalian membersihkan diri daripada musuh kami serta kalian adalah daripada Syi‘ah kami”, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxvii, hlm.232 (hadis no. 42).
[55] Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, ix, hlm. 111.
[56] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 121.
[57] Al-Hakim, al-Mustadrak, iv, hlm. 479. al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, ii (surah Ibrahim), hlm. 127.
[58] Al-Hakim,al-Mustadrak, iv, hlm. 479. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 39.
[59] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 125 (peristiwa tahun 63H). Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Aqd al-Farid, ii, hlm. 96.
[60] Al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 495. Abu Daud, al-Sunan, ii, hlm. 208.
[61] Al-Ya‘qubi, Tarikh, ii, hlm. 127. Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siasah, i, hlm. 18-19.
[62] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 216.
[63] Ibid., hlm. 216-7. Ibn al-‘Imad, Syadharat al-Dhahab, ii, hlm. 327. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 86.
[64] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 10-12
[65] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 102-3.
[66] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7.
[67] Bani Umayyah telah mencaci Ali dan Ahl Baitnya di atas mimbar masjid selama 70 tahun, bermula daripada Mu‘awiyah dan berterusan sehingga pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Cacian dihentikan selama dua tahun lebih, kemudian diteruskan semula oleh para khalifah selepasnya. Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 243. Mu‘awiyah telah memerintahkan Sa‘d bin Abi  Waqas supaya melaknati Ali a.s. tetapi Sa‘d enggan melakukannya dan berkata: “Aku tidak akan melaknatinya selama-lamanya” Sahih Muslim bi-Syarh al-Nawawi, xv, hlm. 175.
[68] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 243.
[69] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 440.
[70] Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 243-4.
[71] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iii, hlm. 595-6.
[72] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iii, hlm. 595-6.
[73] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 439-40.
[74] Ibid.
[75] Ibid.
[76] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, ii, hlm. 164. Ibn Hanbal, Musnad, v, hlm. 347.
[77] Ibn Hanbal, Fadha’il al-Sahabah, ii, hlm. 617 (hadis no. 1055).
[78] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7.
[79] Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, iii, hlm. 20. al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, i, hlm. 482.
[80] Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, ii, hlm. 202.
[81] Al-Turmudhi, Sahih, ii, hlm. 421. Ibn Hajr, al-Isabah, ii, hlm. 509.
[82] Ibn Hanbal, Fadha’il al-Sahabah, ii, hlm. 617.
[83] Al-Bukhari, Sahih, v, hlm. 141 (Bab ‘Umrah al-Qadha’).
[84] Al-Turmudhi, Sahih, iii, hlm. 306. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 151.
[85] Muslim, Sahih, ii, hlm. 238. Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 17, 26, 59 dan jld. iv, hlm. 367.
[86] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 197. al-Nasa’i, Sahih, hlm. 87-8.
[87] Ibid.
[88] Al-Bukhari, Sahih, i, hlm. 86. Hadis. no. 114. Khalifah Umar telah menghalang Nabi Saw. daripada menulis wasiatnya dengan mengatakan bahawa Nabi Saw. sedang sakit tenat/meracau. Al-Qur’an adalah cukup untuk kita (hasbi-na kitabu llahi). Sementara Sunnah Nabi Saw. tidak perlu. Rasulullah Saw. bersabda: “Kalian bawakan kepadaku kertas (kitaban) di mana kalian tidak akan sesat selama-lamanya”. Lantas Umar berkata: “Nabi sedang sakit tenat”. (Dalam riwayat yang lain: “Nabi Saw. sedang meracau. Di sisi kita ada Kitab Allah dan ia adalah mencukupi bagi kita)”. Akhirnya Nabi Saw. bersabda: “Kalian pergilah dariku kerana tidak layak bagi kalian bertengkar di hadapanku”
[89] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154. al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, ix, hlm. 111.
[90] Ibid.
[91] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154.
[92] Abu Nu‘aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, i, hlm. 67. Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, vii, hlm. 337.
[93] Al-Sya‘rani, al-Yawaqit wa al-Jawahir, hlm. 14 menyatakan bahawa Ali a.s. berkata: “Sekiranya aku meriwayatkan kepada kalian apa yang aku dengar dari mulut Abu al-Qasim (Rasulullah Saw.) nescaya kalian akan keluar dari sisiku dan berkata: Sesungguhnya Ali adalah pembohong besar”. Ini bererti bahawa orang ramai tidak dapat menerimanya meskipun ia adalah sabda Rasulullah Saw. sendiri.
[94] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 253. al-Turmidhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriyy, hlm. 133.
[95] Lihat umpamanya Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm. 74. al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.
[96] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 88. al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, vii, hlm. 248, menyatakan bahawa Rasulullah Saw. bersabda: “Mu‘awiyah dan ‘Umru tidak akan berhimpun melainkan untuk melakukan pengkhianatan”.
[97] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 247. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 159.
[98] Al-Hakim, Al-Mustadrak, iv, hlm. 487. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 40, menyatakan bahawa Rasulullah Saw. bersabda: “Sesungguhnya Ahl Baitku akan menghadapi pembunuhan dan pengusiran daripada umatku selepasku. Manakala kaum yang paling memusuhi kami adalah Bani Umayyah dan Bani Makhzum”.
[99] Ibn Hanbal, Fadha’il al-Sahabah, ii, hlm. 617 (hadis no. 1055).
[100] Al-Bukhari, Sahih, iii, hlm. 54. Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7.
[101] Ibn Hanbal, Fadha’il al-Sahabah, ii, hlm. 214 (hadis no.1051) “Sesungguhnya Abu Bakr dan Umar telah meminang Fatimah a.s. Maka Rasulillah Saw. bersabda: Beliau masih kecil. Kemudian Ali a.s. meminangnya lalu Rasulullah Saw. menerima dan menikahkannya dengan Ali a.s.”
[102] Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, ii, hlm. 402.
[103] Ibid.
[104] Semoga Muslim yang mati dalam keadaan meracau akan diampuni Allah, insya’ Allah kerana ‘‘Qalam diangkat daripada tiga orang” Lagipun rahmat Allah adalah luas.
[105]Apabila khalifah Umar  berkata bahawa Nabi Saw. sedang meracau, tidak ramai yang membantahnya dan mengaibkannya malah mereka mempertahankan pendapat Umar daripada Nabi Saw. Muslim, Sahih, iii, hlm. 69. Kemudian dia mengatakan bahawa Khalifah Abu Bakr pula meracau dan orang yang meracau diampuni oleh Allah.
[106] Boleh bercakap dengan Malaikat dengan izin Allah.
[107] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 117-8.
[108] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 398. Abu Nu‘im al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, i, hlm. 66.
[109] Seratus sepuluh perawi yang terdiri daripada para sahabat telah meriwayatkan hadis al-Ghadir dan dicatat oleh para ulama Ahl al-Sunnah dalam buku-buku mereka. Kemudian diikuti oleh lapan puluh empat perawi daripada kalangan Tabi‘in serta tiga ratus enam puluh perawi daripada kalangan para ulama Ahl al-Sunnah telah meriwayatkan hadis al-Ghadir dalam buku-buku mereka. Justeru itu, ia telah sampai ke tahap mutawatir menurut penilaian Ahli Hadis. Lihat al-Amini, al-Ghadir, i, hlm. 14-158.
[110] Ibn Hanbal, Musnad, iv, hlm. 370 dan lain-lain.
[111] Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm. 64. Ibn Hajr al-Makki, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, hlm. 108.
[112] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘al-Mawaddah, hlm. 251-2.
[113] Al-Bukhari, Sahih, v, hlm. 29 (Bab Manaqib Fatimah).
[114] Al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm. 343. al-Tabrani, al-Ausat, hlm. 216.
[115] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, vi, hlm. 379.
[116] Ibid.
[117] Rasulullah Saw. telah memerintahkan Ali a.s. memerangi al-Qasitin iaitu Mu‘awiyah dan para sahabatnya dalam peperangan Siffin.al-Khatib, Tarikh Baghdad, xiii, hlm. 186.
[118] Al-Hakim, al-Mustadrak, iv, hlm. 479. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, vi, hlm. 39.
[119] Ibn Hanbal, Musnad, iv, hlm. 370. Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma‘arif, hlm. 250-2 dan lain-lain.
[120] Al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, i, hlm. 576.
[121] Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 60.
[122] Ibid.
[123] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 40. al-Hakim, al-Mustadrak, iv, hlm. 487.
[124] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 379-386. Hadis no. 578, 584, 587, 590. “Sesungguhnya mereka (para sahabat) telah menjadi kafir-murtad selepas anda. Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan segelintir seperti unta yang tersesat daripada pengembalanya” (Hadis no. 587). Lihat juga al-Bukhari, Sahih, v, hlm. 343 (hadis no.488) di mana Ibn al-Musayyab berkata: “Aku telah berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib r.a, maka aku berkata: Alangkah beruntungnya anda! Anda telah bersahabat dengan Nabi Saw. dan anda telah membai‘ahnya di bawah pokok. Maka beliau menjawab: Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang telah kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya”.
[125] Al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, ix, hlm.173. Ibn Hajr, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, hlm. 96.
[126] Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 84, 89.
[127] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 382-3. Hadis no. 586.
[128] Al-Tahawi, Musykil al-Athar, ii, hlm. 309. Ibn Hanbal, Musnad, vi, hlm. 178.
[129] Muslim, Sahih, ii, hlm. 236-7. Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 98, 118-9.
[130] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 115.
[131] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 117.
[132] Muslim,Sahih,ii,hlm.238.Ibn Hanbal,Musnad,iii,hlm.17,26,29.
[133] Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, hlm. 81. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, i, hlm. 288 menyatakan bahawa Khalifah Umar telah mengakui kekurangan ilmunya terutamanya jika dibandingkan dengan Ali a.s. Di antara kata-katanya:(a) Sekiranya Ali tidak ada nescaya binasalah Umar.(b) Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada sebarang permasalahan di mana Abu l-Hasan tidak ada. (c) Setiap orang lebih mengetahui daripada Umar sehingga anak-anak dara sunti di rumah-rumah.
[134] Al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 303-4.
[135] Ibid.hlm. 303-5.
[136] Ibid.
[137] Al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 305-6.
[138] Ibid.
[138] Ibid.
[139] Ibid.
[140] Ibn al-Maghazali, al-Manaqib, hlm. 242.
[141] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 197. al-Nasa’i, al-Khasa’is, hlm. 87-8.
[142] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 129-30.
[143] Ibid., hlm. 486-7.
[144] Ibid.
[145] Ibid.
[146] Haji Sayyid Hasyim Musawi Haddad, Ruh Mujarrad, hlm. 390 menyatakan bahawa Ali a.s. berkata: “Sekiranya Abu Dhar mengetahui apa yang ada di hati Salman nescaya beliau membunuhnya. Sedangkan Rasulullah Saw. telah mempersaudarakan antara mereka berdua. Apakah sangkaan kalian kepada orang ramai?” Ini bererti bahawa Salman mengetahui lebih banyak keajaiban hadis Rasulullah Saw. berbanding Abu Dhar. Manakala orang ramai kurang mengetahuinya. Dan sekiranya mereka mengetahuinya, mereka tidak akan mempercayainya pula.
[147] Ibn al-Maghazali, al-Manaqib, hlm. 70 di mana Rasulullah Saw. bersabda: “Sekiranya anda tidak ada nescaya Mukminun tidak dikenali selepasku”.
[148] Rasulullah Saw. bersabda: “Ali adalah sebaik-baik manusia. Sesiapa yang enggan maka dia menjadi kafir” Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, ix, hlm. 419. al-Khatib, Tarikh Baghdad, vii, hlm. 421. al-Muhibb al-Din al-Tabari, Dhaka‘ir al-‘Uqba, hlm. 220.

[149] Rasulullah Saw. bersabda: “Sesiapa yang tidak berkata bahawa Ali adalah sebaik-baik manusia maka dia menjadi kafir”. al-Khatib, Tarikh Baghdad, iii, hlm. 192. Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, ix, hlm. 419.
[150] Haji Sayyid Hasyim Musawi al-Haddad, Ruh Mujarrad, hlm. 391 menyatakan bahawa Ali Zain al-Abidin a.s. berkata: “Aku menyembunyikan jauhar keilmuanku supaya si jahil tidak melihat kebenarannya lantas dia memfitnahkan kami”. Ini bererti bahawa kebenaran hendaklah diberikan kepada ahlinya sahaja bagi mengelakkan fitnah. Lihat juga Ibn Hajr, al-Isabah, vii, hlm. 167 bahawa Rasulullah Saw. bersabda: Beliau (Ali a.s.) adalah pintuku…”
[151] Bandingkan al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 129.
[152] Ibn Hisham, al-Sirah al-Nabawiyyah, iv, hlm. 309. al-Tabari, Tarikh, ix, hlm. 102.
[153] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 14-17. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 139-40.
[154] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 14-17 .al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 139-40.
[155] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, ii, hlm. 325. Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, iii, hlm. 975.
[156] Al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 198. Abu al-Fida’, Tarikh, i, hlm. 156. Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 153.
[157] Ibid.
[158] Ibn ‘Abd. al-Birr, al-Isti‘ab, iii, hlm. 975.
[159] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm. 139. Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 18-20.
[160] Bandingkan Al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, hlm. 69.
[161] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, iii, hlm. 318.
[162] Khalid bin al-Walid adalah seorang yang ganas. Lantaran itu, Rasulullah Saw. telah membersihkan diri daripada perbuatannya. Lihat Ibn Hajr, al-Isabah, iii, hlm. 336-7. al-Tahawi, Musykil al-Athar, iv, hlm. 254. Ibn Hajr, Fath al-Bari, ix, hlm. 119.
[163] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 14-7 (Bagaimana Ali dibai‘ah). Al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, i, hlm. 585. al-Tabari, Tarikh, i, hlm. 18-20. al-Ya‘qubi, Tarikh, ii, hlm. 126-7.
[164] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, ii, hlm. 158. al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, vii, hlm. 49.
[165] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 14. al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 177-8.
[166] Bukhari, Sahih, vi, hlm. 177. Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 14-5. Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, v, hlm. 523-4.
[167] Fatimah a.s. adalah salah seorang Wanita al-‘Alamin dan bukan wanita biasa. Lihat Ibn al-Maghazali, al-Manaqib, hlm. 363.
[168] Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 177 menyatakan bahawa Fatimah a.s. telah hidup selepas kewafatan Nabi Saw. selama enam bulan.
[169] Al-Haithami, Majma‘ al-Zawa’id, ix, hlm. 111. Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, vi, hlm. 154.
[170] Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 177. Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab, ii, hlm. 751.
[171] Muhibb al-Din al-Tabari, al-Riyadh al-Nadhirah, ii, hlm. 190.
[172] Khalid bin al-Walid telah membunuh Malik bin Nuwairah seorang muslim, kemudian menyetubuhi isterinya yang cantik pada malam itu juga. Ali a.s. dan para sahabatnya mahu Khalid direjam kerana perbuatan zinanya tetapi Khalifah Abu Bakr tidak mahu mengenakan had ke atasnya. Lihat Ibn Hajr, al-Isabah, iii, hlm. 336. al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 502. Justeru itu, tidak hairanlah jika Khalid telah menerima perintah daripada Abu Bakr dan umar untuk membunuh Ali a.s.kerana penolakannya untuk memberi bai‘ah kepada Abu Bakr.
[173] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 155-9. Bandingkan Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iv, hlm. 190-1.
[174] Ibid.
[175] Al-Fadhl bin Syadhan, al-Idhah, hlm. 155-9. Bandingkan Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, iv, hlm. 190-1.
[176] Ibn al-Maghazali, al-Manaqib, hlm. 243 menyatakan bahawa Rasulullah Saw. bersabda: “Tanda Sahifah Mukmin adalah mencintai Ali bin Abi Talib”.
[177] Ulama tidak sepakat tentang tarikh kewafatannya. Ada yang berpendapat bahawa Fatimah a.s. wafat empat puluh hari selepas kewafatan Rasulullah Saw. dan pendapat lain mengatakan tujuh puluh lima hari. Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, i, hlm. 14. Sementara al-Bukhari berpendapat bahawa Fatimah a.s. wafat enam bulan selepas kewafatan ayahandanya. al-Bukhari, Sahih, v, hlm. 139 (Bab Ghazwah Khaibar).

BIBLIOGRAFI



Abu Daud, al-Sunan, Cairo, 1352 H.
Abu Nu‘aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’, Baghdad, 1354 H.
Abu al-Fida’, Tarikh, Cairo, 1364 H
al-Alusi, Ruh al-Ma‘ani, Tunis, 1368 H.
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Darimi, al-Sunan, Baghdad, 1346 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________,Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Atsir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________,Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________,Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-Sawa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
Ibn Manzur, Lisan al- ‘Arab, Tunis, 1401 H.
Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, Cairo, 1959.
Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, Baghdad, 1371 H.
Ibn Sa‘d, Tabaqat al-Kubra ,Cairo, 1376 H.
Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah, Baghdad, 1357 H.
al-Majlisi, Bihar al-Anwar, Beirut, 1991.
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz  al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa’i, al-Khasa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368 H.
al-Syahrastani, Milal wa al-Nihal, Cairo, 1968.
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1968.
____________,Tafsir, Cairo, 1349 H.
al-Tabrani, al-Ausat, Beirut, 1386.
al-Tahawi, Musykil al-Anwar, Hyderabad, 1372 H.
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 H.
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.
al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1957.

____________________________________ 

TAMMAT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar