BAHAGIAN 1
__________________________________
__________________________________
AL-IKHTISAS
( KEPAKARAN )
AL-SYAIKH AL-MUFID
(Wafat Pada Tahun 413 Hijrah)
___________________________
Diterjemahkan dari buku aslinya Al-Ikhtisas
Diterjemahkan dari buku aslinya Al-Ikhtisas
Karya Abu Abdullah Muhammad Bin
Muhammad
Bin al-Nu‘man
al-‘Ukbari al-Baghdadi dikenali
dengan al-Syaikh al-Mufid
Tahqiq oleh ‘Ali Akbar al-Ghaffari
Cetakan Bahasa
Arab: Jama‘ah al-Mudarrisin
Qum, tanpa tarikh
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Hak
terjemahan dilindungi undang-undang.
Copyrights. All rights reserved
___________________________________________________________
Cetakan Ketiga: April, 1995
Edisi Bahasa Arab
Al-Ikhtisas
____________________________________________________________
Edisi Bahasa Melayu
Al-Ikhtisas
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Copyrights@AB-Perlak. All rights reserved.
____________________________________________
BAHAGIAN KEEMPAT
Pendahuluan kepada al-Ikhtisas
Tentera Elit
Ulama Adalah Pewaris Para Nabi A.S
Orang Ramai Menjadi Murtad Selepas Nabi Melainkan
Tiga
Salman
al-Farisi
Kami telah memerangi kalian
semasa turunnya al-
Di Dalam Al-Qur’an Terdapat Dua Jenis
Imam
Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin
Mukmin
Diciptakan Dari Tanah Para Nabi A.S
Pahala Ziarah Mukmin Akan Saudaranya Kerana Agama
Mukmin Adalah Saudara Mukmin
Wasiat Abu Abdullah A.S Kepada Hamba-Hambanya
Mukmin Dan Hak- Hak Persaudaraan
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Hadis Daud al-Raqiy Dengan Seorang
Khawarij
BAHAGIAN KETIGA
Al-Mirzaban
bin Imran al-Qummi al-Asy‘ari
Ia adalah hadis yang panjang
diriwayatkan oleh Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid
al-Baghdadi daripada Musa bin Muhammad daripada Ali bin Musa yang telah
bertanya kepada Musa bin Muhammad di Baghdad di Dar al-Fatan Musa berkata:
Yahya bin Aktham telah menulis kepada aku bertanya aku tentang dua belas
masalah. Maka aku pun berjumpa dengan saudara ku (Ali al-Hadi a.s.) dan berkata
kepadanya: Aku jadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya Yahya bin Aktham telah
menulis kepada ku bertanyakan kepada ku beberapa masalah supaya aku memberi
fatwa mengenainya. Maka saudaraku itu ketawa.
Hadis
Hisyam bin al-Hakam dan Pembuktian
Kelebihan Ali .A.S
Peringatan
Ummu Salmah R.A Terhadap ‘Aisyah
Peranannya ke atasnya atau
ke atas kami
Apabila ia
gementar menakutkan pengecut
Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Anggur
Abu al-Hasan Ali bin Zanjawaih al-Dainuwari telah memberitahu
kami berkata: Abu Uthman Sa‘id bin Ziad telah memberitahu kami di Qaryah Ram
berkata: Abu Ziad bin Qaid telah memberitahuku daripada bapanya Qaid bin Ziad daripada
datuknya Ziad bin Abu Hindun daripada Abu Hindun al-Dari berkata: Rasulullah
s.a.w telah dihadiahkan dengan satu talam hidangan yang ditutup. Lalu baginda s.a.w.
membukanya dan bersabda: Makanlah kamu semua dengan nama Allah, sebaik-baik
makanan adalah anggur, kerana ia menguatkan saraf, menghilangkan rasa sakit,
memadamkan kemarahan, meredai Tuhan, menghilangkan kahak, menyedapkan bauan nafas dan
melicinkan kulit” [166].
Selamat wahai gharib!
Surat Tentang Ujian Amir al-Mukminin
Ali bin Abu Talib A.S
Percakapan
Jin Tentang Kenabian Nabi S.A W
Di antara bukit-bukit dan
batu-batunya
KATA-KATA PILIHAN
1.“Katakanlah:Aku tidak
meminta kepada mu sesuatu upah pun atas seruan ku kecuali kasih sayang di dalam
kekeluargaan (ku)”
(Allah ‘a.w
di dalam Surah al-Syura (42) :23)
2.“Demi Yang telah
mengutus aku dengan kebenaran, sekiranya seorang lelaki berjumpa dengan Allah
(mati) bersama amalan tujuh puluh para nabi, kemudian beliau tidak mengakui
wilayah kami Ahlu l-Bait, maka Allah tidak akan menerima amal ibadatnya itu”
(Muhammad Bin Abdullah,
Rasulullah s.a.w)
3“Urusan kami adalah
sulit dan menyulitkan, ia hanya diketahui dan diperakui oleh tiga golongan:
Malaikat Muqarrab, Nabi Mursal atau
Mukmin Cerdik yang telah diuji imannya oleh Allah”
(Imam Ali a.s.)
4.“Jika aku memberitahu
kepada kamu apa yang aku telah mendengarnya daripada lisan Abu al-Qasim s.a.w,
maka kamu akan keluar dari sisiku dan berkata: Sesungguhnya Ali adalah pendusta
yang paling besar”.
(Imam Ali a.s)
5.“Simpanlah hadis-hadis
kami pada benteng-benteng yang kukuh,
dada-dada fakih dan di dalam mimpi-mimpi yang tenang”
(Imam Ja‘far al-Sadiq)
6.“Demi Yang telah
membelah biji-bijian dan Yang telah menghidupkan jiwa, sesungguhnya bukanlah
pencaci kami yang menjadi halangan dan bukanlah penentang kami yang
mengisytiharkan perang terhadap kami yang lebih membahayakan kepada kami
berbanding dengan penyebar hadis
kami kepada orang yang tidak boleh
menerimanya”.
(Imam Ja‘far al-Sadiq)
7.“Ini adalah buku Al-Ikhtisas (kepakaran) yang telah memenatkan diriku ketika
mengumpul, menyusun dan mengarang tentang ilmu Hadis, Khabar, Athar dan Hikayat dalam bentuk
pengertiannya yang luas. Ianya mengandungi pujian kepada orang-orang tertentu, kelebihan mereka,
kemampuan para ulama, martabat
dan kefahaman mereka” ф (Al-Syaikh al-Mufid )
____________________________________________
PRAKATA DAN KOMENTAR
Bismillahi r –Rahmani r- Rahim
Al-Hamdulillahi Rabbi al-‘Alamin.Amma ba‘d. Adapun kemudian daripada itu, bahawa buku al-Ikhtisas
ini adalah karangan Muhammad bin Muhammad bin al-Nu‘man ‘Ukbari al-Baghdadi yang
dikenali dengan nama al-Syaikh al-Mufid dan Ibn al-Mu‘allim, dilahirkan pada 11 Dhu l-Qa‘idah di ‘Ukbari, Iraq pada
tahun 338 hijrah dan mati pada bulan Ramadhan tahun 413 Hijrah/1022 Masihi
dalam usia 75 tahun. Jenazahnya diimamkan oleh al-Syarif al-Murtadha dan
dihadiri oleh 80.000 orang Syi‘ah.Beliau adalah di kalangan masya’ikh Syi‘ah yang masyhur pada abad
ke 4 hijrah.Karangannya melebihi dua ratus buah buku di dalam pelbagai bidang
keagamaan. (Ibn al-Nadim , al-Fihris,
hlm 266 –8 dan lain-lain). Antara karangannya:
Al-Ikhtisas, al-Irsyad fi ma‘rifati hujaji l-Lah, al-Istibsar fi ma jama‘a
al-Syafi‘i min al-Akhbar , al-Isyraf fi Ahl al-Bait a.s,Usul al-Fiqh,al-I’lam fi ma ittafaqat ‘alai-hi al-Imammiyyah,Ikhtiyar al-Syu‘ara’ , Ahkam Ahl al-Jamal, Ahkam al- Nisa’, al-Iftikhar
, Aqsam al-Maula fi al-Lisan,al-Ifsah fi al-Imamah,al-Iqna’fi wujub al-Da‘wah,al-Amali,
Awa’il al-Maqalat, al-Idhah fi al-Imamah ,Iman Abu Talib,al-Bayan ‘an ghalad al-Qur’an, al-Bayan
fi ta‘lif al-Qur’an, Bayan wujuh al-Qur’an,al-Tawarikh al-Syar‘iyyah,Tafdhil al-A’immah ‘ala al-Malai’kat,Tafdhil Amir al-Mukminin a.s ‘ala sairi al-Sahabah, Jawab ibn Waqid al-Sunni, al-Tamhid, Jawab Abual-Fath Muhammad bin ‘Ali bin al-Nu‘man,Jawab Abu Muhammad al-Hasan bin al-Husain ,
Jawab Ahli Jurjan fi Tahrim
al-Faqqa‘,Jawab Ahli al-Riqqah , Jawab al-Kirmani , Jawab Masa’il Ikhtilaf
al-Akhbar, al-Jawabat fi Khuruj al-Mahdi, Jawabat Ibn al-Hammami,Jawabat
al-Khatib,Jawabat Abu Ja‘far al-Qummi,Jawabat Abu Ja‘far Muhammad bin al-Husain
al-Laithi,Jaswabat Abu al-Hasan al-Naisaburi, Jawabat al-Amir Abu Abdullah ,
Jawabat al-Hajib Abual-Laithi,Jawabat al-Barqa‘i, Jawabat Ibn ‘Arqal,Jawabat
al-Syarqiyyin , Jawabat ‘Ali bin Nasr, al-Radd ‘ala Ibn al-Akhsyid fi al-Imamah
, al-Radd ‘ala Ibn Rasyid fi al-Imamh , al-Radd ‘ala Ibn ‘Aun , al-Radd ‘ala
Ibn Kilab, al-Radd ‘ala Abu Abdullah al-Basri , al-Radd ‘ala al-Juba’i fi
al-Tafsir al-Radd ‘ala Ashab al-Hallaj ,
al-Radd ‘ala Tha‘lab fi Ayat al-Qur’an
, al-Radd ‘ala al-Jahiz al-‘Uthmaniyyah , al-Radd ‘ala al-Zaidiyyah,al-Radd‘ala
al-Saduq fi ‘adadai Syahri Ramadhan,al-“Uyun wa al-Mahasin, Kitab fi Imamah
Amir al-Mukminin a.s, Kitab fi al-Mut‘ah, Kitab fi al-Qiyas,Kitab fi
al-Ghaibah, al-Kalam fi al-Insan ,Masalah fi al-Ijma‘,Masalah fi al-Bulugh ,
Masalah fi al-Iradah ,Masalah fi Tahrim Dhaba’ih Ahl al-Kitab, Masalah fi
al-‘Itrah,Naqdh Fadhilah al-Muktazilah,Naqdh Marwaniyyah, Masalah fi ‘Azab
al-Qabr, Masalah fi al-Mawarith , al-Naqdh ala al-Wasiti , Manasik al-Hajj ,
al-Nusrah fi Fadhl al-Qur’an , dan lain-lain.
Penterjemahan ini adalah berdasarkan
kepada dua manuskrip utama oleh Sayyid Mahmud al-Zarandi al-Muharrami, dan
manuskrip al-Syaikh al-Hasan al-Mutafawi al-Tabrizi bertarikh 1307 hijrah yang
diedit oleh Hujjatu l-Islam Ali Akbar
al-Ghifari, keluaran Jama‘ah al-Mudarissin di Hauzah ‘Ilmiyyah di Qum
al-Muqaddasah, Tehran, tanpa tarikh. Bagi kemudahan pembaca, saya telah
mengedit kembali dan menjadikannya dua
belas bahagian, tanpa sebarang perubahan
kepada pengertian kandungan asal.
Keistimewaan al-Ikhtisas
karangan al-Syaikh al-Mufid adalah terletak kepada autoriti sanad dan matannya
yang masih tidak terputus dengan para Imam Ahlu l-Bait a.s walaupun terdapat
sanad yang diriwayatkan secara marfu‘. Al-‘Allamah
Muhammad al-Baqir al-Majlisi (m.1111 Hijrah/1691 Masihi) yang datang enam abad selepasnya, banyak membuat rujukan
kepada al-Ikhtisas di dalam bukunya Bihar al-Anwar.
Terjemahan buku Al-Ikhtisas yang bererti kepakaran ini adalah khusus untuk pengikut
mazhab Ahlu l-Bait a.s/mazhab Ja‘fari/mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas sahaja.
Semoga ia akan dapat mengikhtisaskan
mereka tentang persejarahan, hadis dan athar
Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w, amin.
Penterjemah Dan Komentar
.
17hb November, 1994
_____________________________________________
KANDUNGAN
BAHAGIAN PERTAMA
Pendahuluan
al-Ikhtisas, penghafazan empat
puluh hadis,
tentera elit,
ulama pewaris nabi a.s, orang
ramai menjadi
murtad
selepas Nabi s.a.w melainkan tiga
dan lain-lain.
- Pendahuluan al-Ikhtisas
- Barangsiapa yang menghafaz empat puluh hadis
- Tentera elit
- Ulama adalah pewaris Nabi s.a.w
- Kerana mereka bertujuh kamu diberi rezeki
- Orang ramai menjadi murtad selepas Nabi s.a.w
- Melainkan tiga
- Mereka yang terawal dan akrab dengan Amir
- al-Mukminin a.s
- Syi‘ah di dalam pemerintahan al-Qaim a.s
- Al-Miqdad bin al-Aswad
- Salman al-Farisi
- Abu Dhar al-Ghifari dan ‘Ammar bin Yasir
- ‘Umru bin al-Hamiqu al-Khaza‘I
- Tangkal demam
- Hadis al-Ghar
- Kamu lebih baik daripada para sahabat al-Qaim a.s
- Di dalam al-Qur’an terdapat dua jenis imam
- Para nabi dan rasul adalah empat peringkat
- Al-Hujjah adalah sebelum dan bersama Kejadian
- Mencari rezeki dengan berdoa
- Asal kejadian para nabi dan mukminin
- Mukmin dicipta dari tanah para nabi a.s
- Pahala ziarah mukmin akan saudaranya kerana agama
- Mukmin adalah saudara mukmin
- Hak-hak mukmin ke atas mukmin
- Wasiat Abu Abdullah a.s kepada hamba-hambanya
- Kelebihan mukmin dan ujiannya
- Perkara yang tidak keluar dari rumah ini adalah batil
- Mukmin dan hak-hak persaudaraan
- Beberapa persoalan Yahudi kepada Rasulullah s.a.w
- Dan jawapannya
- Hadis Abdullah bin al-Mubarak tentang munajat lelaki
- yang bergantung di kelambu Ka‘bah
BAHAGIAN KEDUA
Dialog Rasulullah s.a.w dengan Abdullah bin Salam,
sifat
Al-Qalam
dan Lauh Mahfuz, Muhammad bin Muslim, Daud
al-Raqiy dengan seorang Khawarij dan lain-lain.
- Dialog Rasulullah s.a.w dengan Abdullah bin Salam
- Sifat al-Qalam dan Lauh Mahfuz
- Muhammad bin Muslim al-Thaqafi dan kezuhudannya
- Hadis Daud al-Raqiy dengan seorang Khawarij
- Hadis Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far dengan Harun
- al-Rasyid
- Abu al-Hasan Musa a.s, Harun al-Rasyid, Dan Fadhl
- Abu al-Hasan Musa a.s dengan Yunus
- Hadis daripada Sadiq oleh Sadiq
- Pembantu-pembantu Ahlu l-Bait a.s
- Hadis Jabir bin Abdullah dan penyampaian salam
- Salam Rasulullah s.a.w kepada Abu Ja‘far al-Baqir a.s
- Hadis Rasulullah s.a.w bersama para sahabat selepas
- turun ayat al-Mawaddah
- Khuzaimah bin Thabit dhu al-Syahadatain
- Kemurtadan orang ramai selepas al-Husain a.s
- melainkan tiga
- Al-Asbagh bin Nabatah
- Hadis al-Asbagh bersama Amir al-Mukminin a.s tentang
- pengampunan dosa Syi‘ah
- Zararah bin A‘yan, Abu Basir, Muhammad bin Muslim,
- dan Barid bin Mu‘awiyah penjaga agama
- Isa bin A‘yan
- Imran bin Abdullah al-Qummi
- Muhammad bin Abu Bakr
- Abu Laila dan Syutair
- Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib
- Bilal bin Rabah
BAHAGIAN KETIGA
Sejarah Qanbar, Mitham bin Yahya , Rusyaid
al-Hajari,
Zaid bin
Sauhan, al-Asytar al-Nakha‘i,
Sufyan, nama
para syuhada’ Karbala’, Surat bin Kulaib dan lain-lain
- Qanbar hamba Amir al-Mukminin a.s
- Mitham bin Yahya al-Tammar
- Rusyaid al-Hajari
- Zaid bin Sauhan
- Malik bin al-Harith bin al-Asytar al-Nakha‘i
- Sufyan bin Laila al-Hamdan
- Nama-nama para syuhada’ bersama al-Husain bin Ali a.s
- di Karbala’
- Nama-nama Hamba Ali bin al-Husain dan Abu Ja‘far a.s
- Surat bin Kulaib al-Asadi
- Ibrahim bin Syu‘aib
- Abdullah bin al-Mughirah al-Khazaz al-Kufi
- Sa‘id bin Abd al-Malik al-Amawi
- Ismail bin Abd al-Rahman al-Ja‘fi
- Abu Ahmad bin ‘Umair
- Zakaria dan Abu Jarir Zakaria al-Qummiyyain
- Al-Mirzaban bin Imran al-Qummi al-Asy‘ari
- Safwan bin Yahya
- Ali bin ‘Ubaidillah bin Ali bin al-Husain a.s
- Soalan Abu Hanifah kepada Musa bin Ja‘far
- dan Jawapannya
- Barangsiapa yang ada hajat dan ingin melihat imam a.s
- Hadis Abu al Hasan al-Hadi a.s bersama saudaranya Musa
- bin Muhammad bin Ali bin Musa
- Hadis al-Hisyam bin al-Hakam dan pembuktian kelebihan
- Ali a.s
- Al-Makmun meminta nasihat Ali al-Ridha a.s
- Hadis perkahwinan anak perempuan al-Makmun dengan
- Abu Ja‘far a.s
- Pujian tentang bandar Qum
- Hadis Muhammad bin Ali bin Musa al-Ridha dan beberapa
- saudaranya Abdullah bin Musa
- Sebab disunatkan mahar lima ratus dirham
- Sebab pengharaman arak, bangkai, darah
BAHAGIAN KEEMPAT
Pujian terhadap
syi‘ah, kisah lapan keping roti,
Amir
al-Mukminin a.s
bersama Iblis, kias, dialog
mukmin
al-Taq dengan Abu Hanifah tentang talak dan lain-lain.
- Hadis tentang pujian terhadap Syi‘ah Imamiah
- Hukum ajaib Amir al-Mukminin a.s
- Hadis Amir al-Mukminin a.s bersama Iblis
- Bab Kias
- Dialog mukmin al-Taq dengan Abu Hanifah
- Riwayat sahabat kami dan orang lain
- Hadis Mubahalah
- Peringatan Ummu Salmah tentang ‘Aisyah
- Ali menghantar Sa‘sa‘ah kepada Khawarij
- Tulisan tangan Abd al-Muttalib
- Hadis Rasulullah s.a.w tentang anggur
- Surat Muhammad bin Abu Bakr kepada Mu‘awiyah
- Pengertian pakaian indah dan pakaian takwa
- dan orang-orang yang berjihad untuk kami
- Kathir al-Nuwa dan Zaid bin Ali bin al-Husain a.s
- Ali adalah lebih baik daripada mereka berdua
- Zuhair bin Mu‘awiyah dan Makhul
- Hadis Jabir al-Ja‘fi dan Abu Ja‘far a.s tentang Surah al-Jumu‘at
- Kelebihan malam Jumaat dan malamnya
- Khalifah-khalifah
- Wasiat-wasiat Nabi s.a.w kepada Ali a.s
- Hadis tentang percakapan sebahagian burung
- Penukaran bentuk manusia dan sebabnya
- Surat Mu‘awiyah kepada Ali bin Abu Talib a.s
- Perbincangan Mu‘awiyah dengan al-Tirmah
- Bacaan Abu Abdullah a.s
- Sembilan orang tidak diterima solat
- Kejadian manusia
- Mukmin adalah Hasyimi, Qurasyi, Nabati
BAHAGIAN KELIMA
Surat Ibn Di’bin tentang tujuh puluh kelebihan
Amir
al-Mukminin a.s,
deringan telinga, alamat bencana
di dalam setahun, ujian Amir al-Mukminin a.s dan
lain-lain.
- Surat Ibn Di’bin tentang tujuh puluh kelebihan Amir al-Mukminin a.s
- Barangsiapa yang berdering telinganya
- Alamat-alamat bencana di dalam setahun
- Surat tentang ujian Amir al-Mukminin a.s
- Percakapan Jin tentang Nabi s.a.w
BAHAGIAN KEENAM
Hadis tentang Fadak, Saqifah Bani Sa‘idah,
balaghah Nabi
s.a.w, qasidah al-Farazdaq untuk Ali bin al-Husain
a.s dan
lain-lain
- Hadis tentang Fadak
- Hadis tentang Saqifah Bani Sa‘idah
- Balaghah Nabi s.a.w
- Mutiara kata Amir al-Mukminin a.s
- Dialog Abu Hanifah dengan Abu Abdullah a.s
- Hadis tentang baghal betina Abu Hanifah
- Qasidah al-Farazdaq
- Abdullah bin Abu Ya‘fur
- Isa bin Abdullah al-Qummi
- Hamraan bin A‘yan
- Kelebihan Amir al-Mukminin a.s
- Najmah ibu al-Ridha a.s
- Empat perkara tabi‘i
- Perkara Antara dua perkara
- Manaqib Amir al-Mukminin a.s
- Tentang Muhammad bin Muslim
- Abu Ja‘far al-Ahwal, Mukmin al-Taq
- Jabir bin Yazid al-Ja‘fi
- Hammad bin Isa al-Jahani al-Basri
- Huraiz bin Abdullah dan Ibn Maskan
- Pimpinan Imam Dua Belas
BAHAGIAN KETUJUH
Mashaf
al-Zahra’, mukjizat Amir al-Mukminin a.s,
hikayat
menakjubkan tentang Infak, kejadian
roh-roh syi‘ah, dua jenis kesabaran dan lain-lain.
- Mashaf al-Zahra’
- Mukjizat Amir al-Mukminin a.s
- Sujud matahari kepada Allah
- Hikayat menakjubkan tentang Infak
- Kejadian roh-roh syi‘ah
- Kemampuan para imam a.s
- Himpunan kebaikan dunia dan akhirat
- Dua jenis kesabaran
- Celaan tidur keterlaluan
- Waktu-waktu makruh jimak
- Doa dapat menolak apa yang ditetapkan
- Mulailah sedekah dengan mereka
- Mukjizat Amir al-Mukminin a.s
- Sekutu syaitan
- Alamat-alamat anak zina
- Empat puluh perisai mukmin
- Ketakjuban diri dan akibatnya
- Salman, Abu Dhar, al-Miqdad, dan ‘Ammar
- Hadis tentang doa dan waktu-waktunya
- Hadis tentang para imam a.s
- Ziarah mukmin kerana Allah
- Kebaikan dunia dan akhirat
- Kelebihan akhlak yang baik
- Celaan kepada umpat-umpatan
- Celaan kepada pembohongan
- Empat perkara di dalam Taurat
- Umpatan adalah lebih berat daripada zina
- Nasihat Abu Abdullah a.s kepada Hamraan
- Sebaik-baik ibadat adalah menjaga kehormatan
- Wasiat Amir al-Mukminin a.s kepada Muhammad
- bin al-Hanafiyyah
- Enam kalimat bagi Salman
- Mukmin tidak akan menjadi pembohong
- Kelebihan berdiam diri
BAHAGIAN KELAPAN
Para Imam selepas Nabi s.a.w, diazab enam dengan
enam,
khutbah
Amir al-Mukminin a.s , dosa-dosa
dan lain-lain.
- Para Imam selepas Nabi s.a.w adalah dua belas
- Diazab enam dengan enam
- Khutbah Amir al-Mukminin a.s
- Dosa-dosa dan kesannya
- Lima orang yang tidak boleh bersahabat
- Pengertian jihad akbar dan jihad asghar
- Pohon hajat kepada hati yang pemurah
- Mengenai kebaikan
- Abu Talib seperti penghuni gua
- Mimpi yang benar
- Pelaksanaan amanah
- Ketaatan kepada Ahlu l-Bait a.s
- Hamba Allah tercinta
- Ketakjuban diri
- Pengabaian hak
- Sebab kemustajaban doa dan sebaliknya
- Sifat akal dan kejahilan
- Kesempurnaan akal pada tiga perkara
- Kejahilan pada tiga perkara
- Kelebihan ilmu
- Tiga orang yang tidak dikenali
- Akulah yang telah membatalkan sihir
- Riwayat Abu al-‘Azim tentang al-Ridha a.s
- Pendapat falsafah
- Kelebihan malu, amanah dan rahmat
- Kelebihan Amir al-Mukminin a.s
- Pembentangan wilayah Ahlu l-Bait a.s
- ke atas semua perkara
- Kelebihan mengenali wilayah Ahlu l-Bait a.s
- Balasan mereka yang menegah mukmin
- Persaudaraan ada dua jenis
- Tingkatan persahabatan
- Simpanlah hadis-hadis kami di benteng-benteng
- yang kukuh
- Kelebihan kemurahan hati
- Hukuman diat
- Alamat-alamat kejayaan
- Pemberitahuan apa yang akan berlaku
BAHAGIAN KESEMBILAN
Umpama ilmu Ahlu l-Bait a.s, hukum
mengingkari imam
daripada Allah, kelebihan keadilan dan beramal
dengannya,
bilangan para nabi a.s dan lain-lain.
- Umpama ilmu Ahlu l-Bait a.s
- Hukum mengingkari imam daripada Allah
- Memasukkan kegembiraan kepada mukmin
- Kelebihan keadilan dan beramal dengannya
- Abu al-Hasan dan Harun al-Rasyid
- Agama dan kuasa adalah dua saudara kembar
- Rasulullah s.a.w dinamakan al-Ummiyyu
- Bilangan para nabi a.s
- Musa dan kaumnya yang tersesat di jalan
- Para Imam dari sudut perintah adalah sama
- Barangsiapa yang telah mati tanpa imam
- Khazanah bumi untuk para imam a.s
- Mukjizat Ali bin Musa al-Ridha a.s.
- Mukjizat Amir al-Mukminin a.s
- Al-Kumait dan Abu Ja‘far a.s
- Dialog Amir al-Mukminin a.s dengan Abu Bakr
- Imlak Jibrail ke atas Amir al-Mukminin a.s
- Keadaan Mu‘awiyah di Barzakh
- Dua orang fasiq dikeluarkan secara segar
- Mentaati para wasi difardukan
- Semua perkara di dalam Kitab dan Sunnah Allah
- Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali seribu bab
- ‘Umru bin Huraith dan keburukannya
- Kitab-kitab adalah di sisi para imam a.s
- Rasulullah s.a.w mengajar Ali seribu kalimat
- Keilmuan para imam a.s
BAHAGIAN KESEPULUH
Para imam mengetahui semua lisan dan bahasa, di
sisi
mereka kitab para nabi a.s, mereka mengetahui
semua
keadaan manusia ketika melihat mereka dan lain-lain.
- Para imam mengetahui semua lisan dan bahasa
- Di sisi mereka kitab-kitab para nabi a.s
- Mereka mengetahui percakapan burung
- Mereka mengetahui percakapan binatang yang lain
- Jika anda menyebut ‘Uthman
- Mereka mengetahui keadaan manusia
- Para imam a.s adalah Mutawassimin
- Di sisi kami Ahlu l-Bait benteng ilmu
- Penciptaan syi‘ah dua ribu tahun sebelum Adam a.s.
- Sekiranya ilmu mereka tidak bertambah
- Bumi dilipatkan untuk mereka
BAHAGIAN KESEBELAS
Keganjilan
keadaan dan perbuatan mereka, pembunuhan
Mu‘alla bin Khanis, jangan menjadi tawanan dengan
hadis
kami, Haudh al-Kauthar, mukjizat Imam Ja‘far dan
lain-lain.
- Keganjilan keadaan dan perbuatan mereka
- Pembunuhan Mu‘alla bin Khanis
- Jangan menjadi tawanan dengan hadis kami
- Imam Ja‘far a.s dan Haudh al-Kauthar
- Mukjizat Abu Ja‘far al-Baqir a.s
- Mukjizat Imam Ja‘far bersama Mu‘alla bin Khanis
- Mukjizat Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s
- Mukjizat dan kekeramatan Amir al-Mukminin a.s
- Perbezaan antara rasul, nabi dan muhaddath
- Semua para imam a.s adalah Muhaddathun
- Urusan keagamaan diserahkan kepada mereka
- Tentang penciptaan Adam a.s dan zuriatnya
- Tingkatan dalam warisan
- Mengingkari hak para imam a.s
- Mutiara kata dan nasihat
BAHAGIAN KEDUA BELAS
Wasiat Luqman, Salman al-Farisi, khutbah terakhir Rasulullah
s.a.w, para nabi a.s menyeru kepada wilayah Ali
a.s dan lain-lain
- Wasiat Luqman
- Kelebihan Salman al-Farisi
- Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w
- Kata-kata al-Sadiq a. s tentang Ama‘a‘aah
- Semua nabi a.s menyeru kepada wilayah Ali a.s
- Hadis Abdullah bin Abu Bakr al-Arjani
- Kitab sifat syurga dan neraka
- Bab sifat neraka
- Pahala cinta kerana Allah
BIBLIOGRAFI
____________________________________________
BAHAGIAN PERTAMA
Bismillahi r- Rahmani r- Rahim
Al-Ikhtisas,
penghafazan empat puluh hadis, tentera elit, ulama pewaris nabi, kerana mereka
bertujuh kamu diberi rezeki, orang ramai menjadi murtad selepas Nabi s.a.w
melainkan tiga dan lain-lain.
Pendahuluan kepada al-Ikhtisas
Segala puji bagi Allah yang tidak boleh dicapai oleh segala
penyaksian dan penglihatan, tidak boleh ditutupi oleh segala penutupan. Tinggi
dengan segala kemuliaan, terserlah dengan segala kelebihan, tanpa menyerupai makhluk, menjalankan
keadilan kepada makhluk-Nya, menghakimi mereka dengan bijaksana, membahagi
rezeki kepada mereka dengan ihsan-Nya, tiada tuhan melainkan Dia, Satu dan
Perkasa. Tidak berakhir dengan waham
walaupun secara terbatas. Tidak boleh
dicapai oleh pemikiran secara
gambaran dan tidak boleh didapati secara kias berdasarkan akal para pemikir.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan
melainkan Allah, Satu tiada sekutu bagi-Nya suatu penyaksian yang aku tujukan
kepada-Nya dan menyimpannya di sisi-Nya, selawat dan salam ke atas rasul-Nya
Muhammad dan keluarganya yang suci.
Ini adalah buku al-Ikhtisas (kepakaran) yang aku telah memenatkan diriku ketika
mengumpul, menyusun dan mengarang tentang ilmu Hadis, Khabar, Athar dan Hikayat di dalam pengertiannya
yang luas. Ianya mengandungi pujian kepada orang-orang tertentu (rijal), kelebihan mereka, kemampuan para
ulama, martabat dan kefahaman mereka.
Muhammad bin Muhammad al-Nu‘man berkata:
Abu Ghalib Ahmad bin Muhammad al-Zarari
dan Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahuku daripada Muhammad bin
Ya‘qub daripada al-Husain bin al-Hasan daripada Muhammad bin Zakaria al-Ghalabi
daripada Ibn ‘Aisyah al-Basri secara marfu’
bahawa Amir al Mukminin a.s telah berucap di dalam beberapa khutbahnya: Wahai
manusia! Ketahuilah bahawa sesungguhnya seorang itu tidak cerdik apabila merasa
cemas dengan kata-kata pembohongan yang dilontar kepadanya dan tidak bijak
seorang yang meredai pujian dari si jahil. Manusia boleh menuntut ilmu menurut
kemampuan mereka. Justeru itu, bercakaplah tentang ilmu kerana ia akan
menyerlahkan kemampuan kamu[1].
Barangsiapa
yang menghafaz empat puluh Hadis
Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu
kami (haddathana) daripada al-Husain
bin Muhammad bin ‘Amir al-Asy‘ari daripada al-Mua‘lla bin Muhammad al-Basri
daripada Muhammad bin Jamhur al-‘Ammi daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran
daripada sebahagian sahabatnya yang diriwayatkan secara marfu‘(rafa‘a-hu) kepada
Abu Abdullah a.s. Beliau a.s. berkata: Sesiapa yang telah menghafaz empat puluh
hadis daripada hadis-hadis kami (man
hafaza min ahadithi-na arba‘ina hadithan), maka Allah akan membangkitkannya
pada hari Kiamat sebagai seorang yang alim dalam agama (ba‘atha-hu l-Lahu yauma
l-qiyamati ‘aliman faqihan)”.
Tentera Elit
Diriwayatkan secara marfu’ kepada Abu Abdullah a.s. Beliau a.s. berkata: Tentera elit (syurtah al-Khamis)[2]
Ali a.s mengandungi enam ribu orang pembantunya(kaanuu syurtata l-khamis sitta alafi rajuli Ansari-hi).
Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad
bin Ja‘far daripada Ahmad bin Abdullah berkata: Ali bin al-Hakam berkata:
Mereka adalah para sahabat Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s. berkata:
Lengkapkan diri kamu di dalam tugas ketenteraan. Aku akan menjamin kamu syurga
tetapi aku tidak menjamin emas dan perak kepada kamu(tasyarratu fa-ana usyaritu-kum ‘ala l-jannati wa lastu usyaarita-kum
‘ala dhahabin wala fidhdhatin). Nabi s.a.w bersabda kepada sebahagian
sahabatnya: Lengkapkan diri kamu di dalam tugas ketenteraan. Sesungguhnya aku
tidak menjamin kepada kamu kecuali daripada syurga” (tasyarratuu fa-inni lastu usyaritu-kum illa ‘ala l-jannah). Mereka
adalah Salman al-Farisi, al-Miqdad, Abu Dhar al-Ghifari, ‘Ammar bin Yasir, Abu
Sasan al-Ansari, Abu ‘Umru al-Ansari, Suhail Badri, Uthman bin Hanif al-Ansari
dan Jabir bin Abdullah al-Ansari.
Adapun di kalangan para sahabat Ali a.s
yang terpilih: ‘Umru bin al-Hamiqi al-Khaza‘i ‘Arabi, Mitham al-Tammar iaitu
Mitham bin Yahya Maula, Rusyaid
al-Hajari, Habib bin Muzahhar al-Asadi dan Muhammad bin Abu Bakr.
Adapun di kalangan para
gabenornya(walinya): Al-Alam al-Azadi (Malik al-Asytar), Suwaid bin Ghaflah
al-Ja‘fi, al-Harith bin Abdullah al-A‘war al-Hamdani, Abu Abdullah al-Jadali
dan Abu Yahya Hakim bin Sa‘d al-Hanafi.
Adapun di kalangan Syurtah al-Khamis: Abu Radhi Abdullah bin Yahya al-Hadhrami, Sulaim
bin Qais al-Hilali dan ‘Ubaidah al-Salmani al-Muradi ‘Arabiyyun.
Adapun di kalangan mereka yang
istimewanya (khuwasi-hi): Tamim bin
Hizim al-Naji telah mati syahid bersama Ali a.s, Qanbar hamba Ali bin Abu Talib
a.s, Abu Fakhitah Maula Bani Hasyim
dan ‘Ubaidillah bin Abu Rafi‘ yang
bertugas sebagai setiausaha Ali a.s.
Ulama Adalah Pewaris Para Nabi A.S
Daripadanya, daripada Muhammad bin
al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada al-Sanadi bin
Muhammad daripada Abu al-Buhturi daripada
Zaid al-Syahham daripada Abu Ja‘far a.s tentang maksud firman Allah
s.w.t di dalam Surah ‘Abasa (80):24 “Maka hendaklah manusia memperhatikan
makanannya” Ziad al-Syahham bertanya: Apakah maksud makanannya (ta‘ami-hi?). Beliau a.s berkata: Ilmu
yang dipelajari daripada sesiapa yang mengajarkannya[3].
Daripadanya, daripada Muhammad bin
al-Hasan bin Ahmad, daripada Muhammad bin
al-Hasan al-Saffar daripada al-Sanadi bin Muhammad daripada Abu
al-Buhturi daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya para ulama adalah
pewaris para nabi kerana mereka tidak
mewarisi dirham dan dinar tetapi mewarisi hadis-hadis. Sesiapa yang menerima
sesuatu daripada nabi, maka ia telah mengambil bahagian yang baik(wafir). Lantaran itu perhatikan ilmu
kamu, daripada siapa kamu mengambilnya kerana pada kami Ahlu l-Bait sentiasa
adil, menafikan penyelewengan, dakwaan pendusta dan takwilan si jahil ”(inna l-ulama’ warithatu l-anbiya’ wa dhalika
anna l-ulama’ lam yuwarrithuu dirhaman wa la diinaran wa inna-ma warrithu
ahadith min ahadithi-him fa-man akhadha bi-sya’in min-ha fa-qad akhadha hazzan
wafiran, fa-unzuru ‘ilma-kum hadha ‘amman ta’khudhuna-hu fa-inna fiina Ahla
l-Bait fi kulli khalafin ‘adulan yanfauna ‘an-hu tahrifa l-ghaalin wa initihala
l- Mubtilin wa ta’wila l-jahilin )[4].
Ja‘far bin al-Husain al-Mukmin daripada
Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar
daripada Ahmad bin Muhammad bin ‘Isa daripada al-Husain bin Sa‘id daripada
Safwan bin Yahya daripada Ishaq ibn ‘Ammar daripada Abu Basir daripada salah
seorang mereka berdua a.s tentang maksud
firman Allah a.w di dalam Surah al-Zumar
(39):18 “Mereka mendengarkan perkataan
lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah yang telah
diberikan Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal”
Salah seorang dari keduanya a.s berkata: Mereka (di dalam ayat di atas) ialah
orang-orang yang telah menyerahkan diri
kepada keluarga Muhammad s.a.w. Apabila mendengar sesuatu hadis, maka
mereka menyampaikannya sebagaimana mereka mendengarnya tanpa menambah atau mengurangkannya[5].
‘Ubaid bin Nadhlah al-Khaza‘i
meriwayatkan daripada Ibn al-A‘masy sesungguhnya beliau berkata kepada bapanya:
Kepada siapakah anda membaca al-Qur’an? Beliau menjawab: Kepada Yahya bin
al-Waththab dan Yahya membaca kepada Ubaid bin Nadhlah setiap hari satu ayat.
Kemudian beliau telah menamatkan al-Qur’an di dalam masa empat puluh tujuh
tahun. Yahya bin Waththab merupakan seorang yang cekal hati (mustaqiman).
Kerana
Mereka Bertujuh Kamu Diberi Rezeki
Abu Uhaihah, namanya ‘Umru bin Muhsan
yang telah mati syahid di dalam peperangan Siffin dan beliaulah yang telah
menyediakan satu ribu dirham kepada Amir al-Mukminin a.s di dalam perjalanannya
ke Siffin. Ja‘far bin al-Husain al-Mukmin telah memberitahu kami daripada
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad
bin Muhammad bin ‘Isa daripada Ibn Fadhdhal daripada Tha‘labah bin Maimun
daripada Zararah daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata:
Bumi dijadikan untuk tujuh orang. kerana
merekalah kamu diberikan rezeki, dibantu dan diturunkan hujan. Mereka adalah
Salman al-Farsi, al-Miqdad, Abu Dhar, ‘Ammar,
Huzaifah, Abu Sasan al-Ansari, dan Abu ‘Umrah. Amir al-Mukminin Ali bin
Abu Talib a.s berkata: Akulah Imam mereka dan mereka itulah yang telah
melakukan solat jenazah ke atas Fatimah a.s[6].
Orang Ramai Menjadi Murtad Selepas Nabi Melainkan
Tiga
Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada bapanya daripada Muhammad bin
al-Husain daripada al-Hasan bin Mahbub daripada al-Harith beliau berkata: Aku
telah mendengar Abd al-Malik bin A‘yan bertanya kepada Abu Abdullah a.s. Abd al-Malik bertanya kepada Abu Abdullah
a.s. sehingga dia berkata: Jika begitu, maka binasalah semua manusia? (halaka al-Nasu idhan?) Maka Abu Abdullah
a.s berkata: Ya! Demi Allah, wahai Ibn A‘yan! semua manusia binasa (halaka al-Nasu ajma‘un). Abd al-Malik
berkata: Semua penduduk Timur dan Barat? Beliau a.s menjawab: Ia telah terbuka
kepada kesesatan. Demi Allah, mereka telah binasa (halaku) melainkan tiga orang iaitu (illa thalathata nafarin): Salman al-Farisi, Abu Dhar dan al-Miqdad.
Setelah itu diikuti oleh ‘Ammar, Abu Sasan al-Ansari, Hudhaifah dan Abu Umrah.
Maka bilangan mereka bertambah menjadi tujuh orang”[7]
Beberapa orang daripada
sahabat kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan
al-Saffar daripada Ayyub bin Nuh daripada Safwan bin Yahya daripada al-Muthanna
bin al walid al-Hannat daripada Barid bin Mu‘awiyah daripada Abu Ja‘far a.s.
Beliau a.s. berkata: Manusia telah menjadi murtad selepas Nabi s.a.w melainkan
tiga orang iaitu (irtadda al-nasu ba’da
al-Nabi s.a.w illa thalathata nafarin):
Al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dhar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Setelah
itu orang lain dikenali dan dikaitkan dengan Islam selepas mereka (thumma inna al-Nasa urifu wa luhiqu ba‘du).
Daripadanya, daripada Muhammad
bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin
al-Husain daripada Musa bin Sa‘dan daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami
daripada ‘Umru bin Thabit berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s
berkata: Sesungguhnya selepas Nabi s.a.w wafat, maka orang ramai telah menjadi
murtad melainkan tiga orang: Salman, al-Miqdad dan Abu Dhar. (Inna al-Nabi s.a.w lamma qubidha irtadda
al-Nasu ‘ala a‘qabi-him kuffaran illa thalathan). Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w wafat, maka empat puluh
orang lelaki datang kepada Ali bin Abu
Talib a.s, Mereka berkata: Tidak, demi Allah! Kami tidak akan memberi ketaatan
kepada sesiapapun melainkan anda. (la
wallahi, la na‘ti ahadan ta‘atan ba‘da-ka abadan). Beliau a.s berkata:
Kenapa? Mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Rasulullah s.a.w mengenai hak anda di hari
Ghadir Khum. Beliau a.s berkata: Kamu semua akan melakukannya?. Mereka berkata:
Ya. Beliau a.s berkata: Datang kepada aku esok dalam keadaan bercukur kepala (fa’tuuni ghadan muhalliqin). ‘Umru
berkata: Tidak datang kepada Ali a.s. melainkan mereka bertiga. ‘Umru berkata:
‘Ammar bin Yasir datang kepada Ali a.s. selepas waktu Zuhur. Beliau a.s.
memukul tangan ke atas dadanya dan
berkata kepada Ammar: Kenapa anda tidak bangkit daripada tidur kelalaian?
Kembalilah kamu, kerana aku tidak memerlukan kamu yang tidak mentaati aku di
dalam pencukuran kepala. Bagaimana kamu
mentaati aku untuk memerangi bukit besi!. Justeru itu, kembalilah kamu, aku
tidak memerlukan kamu (Irji‘u fa-la
hajata li fi-kum antum lam tuti‘uni fi-halqi al-Ra’si fa-kaifa tuti‘uni fi
qitali jibali l-hadid) [8].
Mereka Yang Terawal Dan Akrab Dengan Amir Al- Mukminin A.S Di kalangan
Sahabat Dan Tabi’in
Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu
kami daripada Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib bahawa di kalangan para sahabat
adalah Salman al-Farisi, al-Miqdad, Abu Dhar
dan ‘Ammar.
Di kalangan para tabi‘in adalah: Uwais
bin Anis al-Qurani yang dapat memberi syafaat seperti Rabi’ah dan Mudhar [9],
‘Umru bin al-Himaqi al-Khuza‘I, Ja‘far bin al-Husain menyebut bahawa kedudukan
Uwais dengan Amir al-Mukminin a.s sepertilah kedudukan Salman dengan Rasulullah
s.a.w. Rusyaid al-Hajari, Mitham al-Tammar, Kumail bin Ziad al-Nakha‘i, Qanbar
hamba Amir al-Mukminin a.s, Muhammad bin Abu Bakr, Mazra‘ hamba Amir
al-Mukminin a.s, Abdullah bin Yahya yang Amir al-Mukminin a.s berkata dalam
peperangan Jamal: Bergembiralah, wahai Ibn Yahya, kerana kamu dan bapa kamu di
kalangan tentera elit(syurtah al-Khamis).
Allah telah menamakan kamu dengannya di langit. Jundub bin Zuhair al-‘Amiri,
Banu ‘Amir, Habib bin Muzahhir al-Asadi, al-Harith bin Abdullah al-A‘war
al-Hamdani, Malik bin al-Harith
al-Asytar, Abu Abdullah al-Jadali dan Juwairiyah bin Mashar al-‘Abdi[10].
Sahabat al-Hasan bin Ali a.s: Sufyan bin
Abu Laila al-Hamdani, Huzaifah bin Asyad al-Ghifari, dan Abu Razin
al-Asadi.
Sahabat al-Husain bin Ali a.s: Kesemua
mereka yang telah mati syahid bersamanya dan sebahagian daripada sahabat Amir
al-Mukminin a.s: Habib Muzahhar, Mitham al-Tammar, Rusyaid al-Hajari, Sulaim
bin Qais al-Hilali, Abu Sadiq dan Abu Sa‘id ‘Aqisa.
Sahabat Ali bin al-Husain a.s: Abu
Khalid al-Kabili Kankar, namanya dikenali sebagai Wirdan, Yahya bin Ummi
al-Tawil, al-Mut‘im, namanya Muhammad bin Jubair bin Mut‘im, Sa‘id bin
al-Musayyab al-Makhzumi dan Hakim bin Jubair.
Sahabat Muhammad bin Ali a.s: Jabir bin
Yazid al-Ja‘fi, Hamraan bin A‘yan, Zararah, ‘Amir bin Abdullah bin Juza‘ah,
Hajr bin Za’idah, Abdullah bin Syarik al-‘Amiri, Fudhail bin Yasar al-Basri,
Salam bin al-Mustanir, Barid bin
Mu‘awiyah al-‘Ajali, dan al-Hakam bin AbuNu’aim.
Sahabat Abu Abdullah a.s: Abdullah bin
Abu Ya‘fur, Bakir bin Abu A‘yan, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi al-Ta’i, dan
Muhammad bin Nu‘man.
Sahabat Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far
a.s: Ali bin Yaqtin, dan Ali bin Suwaid al-Sa’i.
Syi‘ah
Dalam Pemerintahan al-Qaim A.S Diberi Kekuatan Empat Puluh Lelaki”
Menurut satu riwayat bahawa
Abu Abdullah a.s berkata: Semasa pemerintahan al-Qaim a.s, setiap lelaki
daripada Syi‘ah mereka diberi kekuatan empat puluh lelaki”[11]
Al-Miqdad
Bin Al-Aswad
Gelarannya adalah Abu Ma‘bad. Namanya
Miqdad bin ‘Umru al-Bahrani. Al-aswad bin Abd Yaghuth al-Zuhri telah
mengambilnya sebagai anak angkat, lalu ia dinisbahkan kepadanya.
Ja‘far bin al-Husain al-Mukmin telah
memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Walid daripada
Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dikaitkan
kepada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Salman adalah pengikut setia Amir
al-Mukminin a.s sehingga gelincir matahari, maka Allah membalasnya dengan
menjadikan kesan bintik-bintik kemerahan di tengkuknya. Dan Abu Dhar adalah
daripada pengikut setianya sehingga waktu zuhur, maka Allah membalasnya
sehingga Uthman menguasainya dan membawanya di atas kuda tanpa pelana sehingga
lecek daging punggungnya kemudian mengusirnya dari sekitar (makam) Rasulullah
s.a.w ke Rabzah. Adapun orang yang tidak pernah berubah walaupun sekelip mata
selepas kewafatan Rasulullah s.a.w
sehingga meninggal dunia ialah al-Miqdad bin al-Aswad yang sentiasa bersedia
dengan pedangnya dan dua matanya menumpu dua mata Amir al-Mukminin a.s menunggu
perintahnya untuk dilaksanakannya[12].
Daripadanya, daripada Muhammad bin
al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad
bin Isa daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran daripada Safwan bin Mihran
al-Jamal daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya mencintai empat orang. Mereka
bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beliau s.a.w bersabda: Ali bin
Abu Talib. Kemudian baginda diam lalu bersabda: Sesungguhnya Allah telah
memerintahkan aku supaya mencintai empat
orang. Mereka bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Beliau s.a.w menjawab: Ali bin Abu Talib.
Kemudian baginda diam dan bersabda:
Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya mencintai empat orang. Mereka
bertanya: Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Baginda s.a.w bersabda: Ali
bin Abu Talib, al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dhar al-Ghifari dan Salman
al-Farisi.
Daripada Ali bin al-Husain bin Yusuf
daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar
daripada Muhammad bin Ismail daripada Ali bn al-Hakam daripada Saif bin Umairah
daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Manusia telah
menjadi murtad melainkan tiga orang iaitu (Irtadda
al-Nasu illa thalathata nafarin),
Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad. Al-Hadhrami berkata: Aku bertanya: Bagaimana
dengan ‘Ammar?. Beliau a.s. menjawab: Beliau (‘Ammar) telah condong tetapi
kembali (raja‘a). Beliau a.s berkata:
Jika anda ingin tahu orang yang tidak pernah syak dan tidak dimasuki sesuatu,
maka ia adalah al-Miqdad. Adapun Salman, maka hatinya telah dimasuki suatu
rintangan (‘aridhun). Sesungguhnya
Amir al-Mukminin a.s mempunyai ism
al-a‘zam. Sekiranya beliau a.s berkata sesuatu dengannya, nescaya bumi akan
mengambil mereka. Begitula yang berlaku kepada Salman sehingga beliau didatangi bintik kemerahan pada
tengkuknya.
Kemudian Amir al-Mukminin a.s berjalan
di sisi Salman dan berkata: Wahai Abu Abdullah (Salman)! Ini adalah kesan
daripada itu. Berilah baiah kepadaku. Maka Salman pun meberi baiah. Adapun Abu
Dhar, maka Amir al-Mukminin a.s memerintahnya supaya diam bagi mengelakkan dosa
tetapi beliau enggan dan terus bercakap.
Semasa ‘Uthman menjadi khalifah, maka beliau telah memaksa Abu Dhar
supaya bercakap. Kemudian orang ramai kembali semula (kepada Ali a.s.).
Antaranya ialah: Abu Sasan al-Ansari, Abu ‘Umrah dan seorang lagi (polan)
sehingga tujuh orang. Dengan demikian hanya tujuh orang sahaja yang mengakui
hak (imamah) Amir al-Mukminin a.s[13].
Daripada Ja‘far bin Husain
daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Abu Abdullah
al-Barqiy daripada bapanya daripada Muhammad bin ‘Umru daripada Kiram dan
Ismail bin Jabir daripada Mufadhdhal bin ‘Umar berkata: Abu Abdullah a.s
berkata: Apabila orang ramai memberi baiah kepada Abu Bakr maka Salman
mendatangi Amir al-Mukminin a.s yang dalam keadaan terikat dan dipaksa memberi
baiah kepada Abu Bakr. Maka Salman berkata: Adakah anda melakukan ini kerana
itu? Demi Allah, jika aku bersumpah atas nama Allah, nescaya aku akan melakukan ini ke atas itu.
Beliau a.s. berkata: Abu Dhar berkata: Al-Miqdad, demi Allah, begitulah Allah
kehendaki ianya berlaku. Abu Abdullah
a.s. berkata: Al-Miqdad adalah orang yang paling kuat imannya pada masa itu (tilka al-Sa‘ati )[14].
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu
aku daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Muhammad bin Isa daripada al-Nadhar bin
Suwaid daripada mereka yang telah memberitahunya daripada para sahabatnya daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Semua seorang telah berubah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kecuali
al-Miqdad kerana hatinya sepertilah besi
waja” (Ma baqia ahadun ba‘da ma qubidha
Rasulullah s.a.w illa wa qad jala
jaulatan illa al-Miqdad fa-inna qalba-hu mithlu zubari l-Hadid )[15].
Salman
al-Farisi
Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah
memberitahu kami daripada bapanya daripada Muhammad bin al-Husain bin Abu
al-Khattab daripada Wahib bin Hafs daripada Abu Basir berkata: Aku telah
mendengar Abu Abdullah a.s. berkata: Sesungguhnya Salman telah diajari al-Ism al-A‘zam (nama Allah yang paling mulia)[16].
Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih
daripada bapanya dan Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan
al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ibn Fadhdhal daripada
Abdullah bin Bakir daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah
a.s berkata: Salman telah mendapat ilmu pertama
dan ilmu akhir. Beliau adalah
lautan yang tidak kering dan merupakan
daripada kami Ahlu l-Bait. Keilmuan Salman terserlah ketika beliau
berjalan dan terserempak dengan seorang lelaki di dalam satu kumpulan. Beliau
berkata kepada lelaki itu: Wahai hamba Allah! bertaubatlah anda kepada Allah
dari apa yang anda telah lakukan di dalam rumah anda kelmarin dan bertakwalah
kepada Allah. Lantas lelaki tadi menjawab: Aku memohon ampun daripada Allah dan
bertaubat kepada-Nya. Beliau a.s berkata: Setelah Salman pergi, kumpulan lelaki itu berkata kepadanya:
Sesungguhnya Salman telah melontarkan kata kepada anda dengan perkara yang anda
tidak dapat mempertahankan diri anda sendiri. Lelaki itu menjawab: Salman telah
memberitahu aku perkara yang tidak diketahui oleh seorang pun melainkan Allah,
Tuhan sekalian alam dan aku[17].
Daripadanya, daripada Sa‘d bin Abdullah
daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad
bin Aslam al-Jabali daripada Ali ibn Abu Hamzah daripada Abu Basir daripada Abu
Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w berkata kepada Salman: Wahai Salman!
Sekiranya ilmu anda dibentangkan ke atas al-Miqdad, nescaya beliau
mengingkarinya. Wahai Miqdad! Sekiranya kesabaran anda dibentangkan ke atas Salman,
nescaya beliau mengingkarinya (Ya
Salman!lau ‘uridha ‘ilmu-ka ‘ala
al-Miqdad la-kafara,ya Miqdad!lau ‘uridha sabru-ka ‘ala Salman la-kafara)[18]
Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah
memberitahu kami daripada Ahmad bin Idris daripada ‘Umran bin Musa daripada
Musa ibn Ja‘far al-Baghdadi daripada
‘Umru bin Sa‘id al-Mada’ini daripada Isa bin Hamzah berkata: Aku berkata kepada
Abu Abdullah a.s: Hadis tentang empat
orang? Beliau berkata: Apakah itu? Aku berkata: Empat orang di mana syurga
merindu mereka. Beliau a.s berkata: Ya,
mereka adalah Salman, Abu Dhar, al-Miqdad dan Ammar. Aku bertanya: Siapakah di kalangan mereka
yang lebih baik? Beliau a.s menjawab: Salman, kemudian beliau berhenti sekejap
dan berkata: Salman diajar suatu ilmu
jika Abu Dhar mengetahuinya, nescaya beliau mengingkari Salman (‘ulima Salman ‘ilman lau ‘alima-hu Abu Dhar
kafara )[19].
Ja‘far bin al-Husain telah
memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan
al-Saffar daripada Ahmad ibn Isa daripada sebahagian daripada sahabat kami
daripada Abbas bin Hamzah al-Syahzuri, dikaitkan (rafa‘a-hu) kepada Abu Abdullah a.s berkata: Salman telah memasak di
dalam satu periuk. Tiba-tiba Abu Dhar datang, lantas periuk tergelincir lalu
jatuh di atas tudungnya tanpa menumpahkan isinya. Salman meletakkan semula pada tempatnya tetap ia terjatuh lagi tanpa
menumpahkan isinya. Salman meletakkan
kembali pada tempatnya. Justeru itu, Abu Dhar berjumpa dengan Amir al-Mukminin
a.s dengan segera kerana kurang senang hati
melihat apa yang berlaku. Salman mengikutinya sehingga sampai di hadapan Amir
al-Mukminin a.s. Beliau a.s melihat Salman dan berkata kepadanya: Wahai Abu
Abdullah! berlembutlah dengan saudara anda”.[20]
Daripadanya, daripada Sa‘d bin Abdullah
daripada Ayyub bin Nuh daripada Ahmad bin Ismail al-Farra’ daripada seorang
lelaki berkata: Aku bertanya Abu Abdullah a.s tentang Abu Dhar mengenai sabda
Rasulullah s.a.w: Alangkah sedikitnya orang di bumi yang lebih benar daripada
Abu Dhar?. Beliau a.s menjawab: Ya. Aku berkata: (kalau begiutu) Bagaimana
kedudukan Rasulullah, Amir al-Mukminin, al-Hasan dan al-Husain a.s?. Abu Abdullah a.s. bertanya kepadaku: Berapa
bulan di dalam setahun?. Aku menjawab: Dua belas bulan. Beliau a.s. bertanya
lagi: Berapakah bulan Haram? Aku
menjawab: Empat bulan. Beliau a.s. bertanya: Bulan Ramadhan termasuk bulan
Haram? Aku menjawab: Tidak. Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam.
Beribadat pada malam itu adalah lebih baik daripada satu ribu bulan.
Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait tidak seorang pun boleh dibandingkan dengan
kami”.[21]
Abu Dhar
al-Ghifari Dan Ammar Bin Yasir
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu
kami daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Muhammad bin Ismail bin Isa daripada
Ibn Abu Najran daripada Mufadhdhal bin Salih daripada Muhammad bin Marwan
daripada seorang lelaki daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada aku supaya aku mencintai
empat orang iaitu: Ali, Abu Dhar, Salman dan al-Miqdad (Inna l-Laha auhaa ilayya an uhibba arba‘atan)[22].
Daripadanya, daripada Muhammad bin
al-Hasan daripada Muhammad bin Abu al-Qasim daripada Muhammad bin Ali daripada
Nasr bin Ahmad daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya daripada Muhammad bin Ishaq
daripada Salih bin Ibrahim daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf beliau berkata:
Seorang syeikh yang telah menyaksikan
peperangan Siffin bersama mereka berkata: Demi Allah, sesungguhnya orang ramai
berada di khemah-khemah mereka, kami hanya mendengar suara Ammar bin Yasir
ketika matahari condong atau hampir condong. Ammar berkata: Wahai manusia!
Siapakah yang akan pergi ke Syurga seperti orang dahaga pergi kepada airnya? (man ra’ih ila al-jannah ka-zama’aan yurwi al-Ma’)
Syurga hanya di bawah hujung lembing (ma l-Jannatu illa tahta atraafi l-‘Awali). Hari ini aku akan
bertemu dengan kekasih aku Muhammad dan partinya (al-Yauma alqi al-Ahibbata Muhammadan wa hizba-hu). Wahai kaum
muslimin! Percayalah Allah tentang (kebatilan) pihak musuh. Demi Allah
sesungguhnya anak-anak golongan Ahzab
menerima agama Islam secara terpaksa
takutkan pedang. Mereka keluar
daripada Islam dengan sukarela apabila mereka mendapat peluang. Pada masa itu
Ammar berumur sembilan puluh tahun.
Ammar berkata: Demi Allah! Perkara ini mestilah dengan kuda dan kelengkapannya.
‘Ammar berkata ketika melihat bendera
‘Umru bin al-‘As: Sesungguhnya bendera ini telah memerangi kami sebanyak
tiga kali. Kali ini adalah yang paling kuat. Kemudian Ammar berkata lagi:
Kami telah memerangi kalian
semasa turunnya al-
Qur’an
Hari ini kami memerangi kalian di atas takwilnya.
Peperangan yang menghilangkan kepenatan dari
tidurnya
menjauhkan sahabat daripada sahabatnya
Atau kebenaran kembali ke jalannya
Wahai Tuhanku! Aku percaya dengan firman-Mu
Kemudian ‘Ammar meminta air kerana
terlalu dahaga. Beliau didatangi seorang perempuan yang mempunyai dua tangan
agak panjang. Tidak diketahui sama ada
madu atau ubat bersamanya. Namun,
dalamnya terdapat sedikit susu. ‘Ammar berkata: Syurga adalah di bawah
lembing, hari ini aku bertemu dengan kekasih aku Muhammad dan partinya. Demi
Allah sekiranya mereka dapat mengalahkan kita sehingga mereka dapat
menyampaikan kepada kita pelepah kurma yang jauh. Nescaya kita mengetahui
bahawa sesungguhnya kita adalah di atas kebenaran sebaliknya mereka di atas
kebatilan. Ammar ditikam dan dibunuh
oleh Ibn Juwain al-Saksaki dan Abu
al-‘Adiyah atau al-Ghadiyah-Fazari. Abu al-‘Adiyah telah menikam Ammar
manakala Ibn Juwain memotong kepalanya.
Laknat Allah ke atas mereka berdua.
‘Umru
Bin Al-Hamiqu al-Khaza‘i
Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu
kami daripada Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu Abdullah
al-Barqi daripada bapanya secara marfu’
berkata: ‘Umru bin al-Hamiqu al-Khaza‘i berkata kepada Amir al-Mukminin a.s:
Demi Allah, aku tidak datang kepada anda kerana harta dunia yang anda akan
memberikannya kepada aku dan bukan kerana mencari pangkat yang dapat
meningkatkan ingatan aku tetapi kerana anda adalah sepupu Rasulullah s.a.w, orang yang lebih istimewa (aula) daripada orang lain, suami
Fatimah, penghulu wanita semesta alam
a.s, bapa zuriat yang masih kekal bagi Rasulullah s.a.w dan yang paling besar
saham kepada Islam daripada muhajirin dan ansar.
Demi Allah! Jika anda memerintahkan aku untuk memindahkan bukit
yang tinggi dan melintasi laut yang dalam sehingga datang hariku dan pada
tanganku pedangku maka aku akan menggoncang musuh anda dengannya. Aku akan
menguatkan kewalian anda, Allah akan meningkatkan kemuliaan anda dan akan menguatkan hujah anda. Aku fikir aku belum
lagi melaksanakan hak anda ke atas aku dengan sebenarnya. Amir al-Mukminin a.s
berkata: Wahai Tuhanku! Sinarlah hatinya dengan cahaya keyakinan dan tunjuklah kepadanya jalan yang
benar. Alangkah baiknya jika terdapat seratus orang seumpama anda pada syi‘ahku[23].
Ahmad bin Harun dan Ja‘far bin Muhammad
bin Quluwaih serta jema‘ahnya telah memberitahu kami daripada Ali bin al-Husain
daripada Abdullah bin Ja‘far al-Humairi daripada Muhammad bin al-Hasan daripada
Ahmad bin al-Nadhar daripada Sabah daripada al-Harith Ibn al-Husairah
daripada Sakhar bin al-Hakam al-Fazari
daripada mereka yang telah memberitahunya bahawa beliau telah mendengar ‘Umru bin al-Hamiqu memberitahu bahawa beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda
di Masjid Haram atau Masjid Madinah: Wahai
‘Umru! Adakah anda mahu aku memperlihatkan kepada anda lambang syurga (ayat al-Jannah) yang memakan makanan (ya’kulu al-Ta‘am), meminum minuman (yasyrabu al-Syarab), berjalan-jalan di
pasar (yamsyi fi al-Aswaq), dan
lambang neraka (ayat al-Nar) yang
memakan makanan, meminum minuman dan
berjalan-jalan di pasar?.
Maka ‘Umru berkata: Ya, dengan nama
bapaku, anda dan ibu aku, maka perlihatkanlah kepadaku mereka berdua (arinii-huma). Tiba-tiba Ali a.s. datang
berjalan-jalan sehingga beliau memberi salam dan terus duduk. Rasulullah s.a.w
bersabda : Wahai ‘Umru! Inilah dia dan kaumnya adalah lambang syurga. Kemudian
Mu‘awiyah datang dan memberi salam, kemudian duduk. Rasulullah s.a.w bersabda:
Wahai ‘Umru! Inilah dia dan kaumnya adalah lambang neraka.
Disebut tentang permulaan Islamnya,
beliau adalah seorang penternak unta bagi keluarganya yang telah membuat
perjanjian kesetiaan dengan Rasulullah s.a.w .
Sebahagian daripada sahabat Rasulullah
s.a.w yang diutus kepada keluarga ‘Umru berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak
mempunyai bekalan makanan dan kami tidak pula mengetahui jalan (bagaimana kami
ke sana?). Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kamu akan bertemu
dengan seorang lelaki yang berseri mukanya. Dia akan memberi kamu makanan dan
minuman serta menunjukkan jalan kepada kamu.
Beliau adalah di kalangan ahli syurga”.
‘Umru berkata: Mereka datang sehingga
sampai kepadaku pada petang hari. Aku
menyuruh pemuda-pemuda aku supaya menyembelih beberapa unta dan memerah susu
(lembu) untuk mereka, kemudian mereka bermalam dengan memakan daging dan
meminum susu sehingga pagi.
‘Umru berkata: Kamu tidak boleh pulang
sehingga kamu makan atau membawa makanan, lantas seorang daripada mereka
berkata sambil ketawa kepada sahabatnya. ‘Umru bertanya: Kenapa anda
ketawa?. Dia menjawab: Bergembiralah
dengan berita gembira Allah dan Rasul-Nya. ‘Umru berkata: Apakah berita gembira
itu?. Maka dia menjawab: Rasulullah s.a.w telah mengutus kami ke tempat yang
jauh ini. Baginda s.a.w telah memberitahu kami mengenai jamuan ini. Pada waktu
itu kami tidak mempunyai bekalan makanan dan tidak ada petunjuk jalan untuk ke
tempat ini. Baginda s.a.w. bersabda:
Kamu akan bertemu dengan seorang lelaki yang akan memberi makan dan minum kepada kamu serta akan menunjukkan
jalan kepada kamu, maka dia adalah di kalangan ahli syurga”. Lantaran itu kami
tidak bertemu dengan orang yang telah
disifatkan oleh Rasulullah s.a.w selain daripadamu.
‘Umru berkata: Aku menaiki (kuda)
bersama mereka dan aku menunjukkan jalan kepada mereka, kemudian aku kembali
kepada pemuda-pemudaku dan menasihati mereka tentang unta. Setelah itu, aku
berjalan menuju Rasulullah s.a.w sehingga aku memberi baiah kepadanya dan
memeluk agama Islam. Aku dan kaum aku mendapat keamanan daripada Rasulullah
s.a.w. bahawa diri kami, harta kami, darah kami selamat apabila kami mengucap “
Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah”.
Kami mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan “saham Allah” dan
“saham Rasul-Nya”. Beliau s.a.w bersabda: Diri kamu, darah kamu dan harta
kamu selamat apabila kamu menunaikan
semuanya. Maka dengan dhimmah Allah
dan Rasul-Nya, harta dan darah kamu tidak akan dicerobohi.
Maka aku tinggal (bermukim) bersama
Rasulullah s.a.w dan kami berperang bersamanya di dalam beberapa peperangan
sehingga Rasulullah s.a.w meninggal dunia[24].
Bapa al-Barqi berkata: ‘Umru
bin al-Hamiqu al-Khaza‘i adalah syi‘ah Ali a.s. Setelah jawatan khalifah
berpindah kepada Mu‘awiyah, maka ‘Umru
berpindah ke Syahr Zaur di Mausul. Mu‘awiyah mengutus surat kepadanya:
Amma
ba‘d, sesungguhnya Allah telah memadamkan api, memadamkan fitnah, memberi
kemenangan kepada mereka yang bertakwa. Aku bukanlah sahabat anda yang jauh
cita-citanya dan bukanlah yang paling jahat perbuatannya. Semua mereka telah mentaati ku dengan
gembira, malah mereka bersegera terlibat di dalam urusanku. Biar pun anda agak
terlewat, masuklah sebagaimana orang ramai memasukinya, nescaya dosa-dosa anda
terdahulu dimaafkan dan kebaikan anda didedahkan, mudah-mudahan aku tidak akan
melayan anda sebagaimana orang yang terdahulu jika anda masih seperti dahulu.
Lantaran itu, datanglah kepada aku dengan aman pada dhimmah Allah dan Rasul-Nya, terpelihara daripada perasaan hasad
dengki dan mencukupilah Allah sebagai saksi.
Belum sempat ‘Umru bin al-Hamiqu
al-Khaza‘i menjawabnya, Mu‘awiyah telah mengutus seorang untuk membunuh ‘Umru.
Muawiyah menghantar kepala ‘Umru kepada isterinya dan meletakkan pada
pangkuannya (hujri-ha). Maka isteri
‘Umru berkata: Kamu telah menyembunyikan ‘Umru
daripadaku dalam masa yang lama, kemudian menghadiahkannya kepadaku setelah dia
dibunuh. Maka selamat datang (ahlan wa
sahlan) daripada hadiah yang tidak diduga. Sampaikanlah, wahai utusan,
daripada aku untuk Mu‘awiyah apa yang aku akan ucapkan: Allah menuntut darahnya
dan akan mempercepatkan bala daripada dendam-Nya. Beliau telah melakukan
perkara yang durjana, membunuh seorang yang baik dan bertakwa. Maka sampaikanlah kepada Mu‘awiyah apa yang aku telah ucapkan.
Maka utusan tersebut telah menyampaikan
apa yang diucapkan oleh isteri ‘Umru kepada Mu‘awiyah, lalu Muawiyah datang
kepadanya dan berkata: Andalah yang
berkata sedemikian? Beliau menjawab: Ya, tanpa menyesal dan memohon maaf.
Mu‘awiyah berkata: Keluarlah dari negeri ku ini, maka isteri ‘Umru berkata:
Lakukanlah, demi Allah, ia bukan tanah air ku, aku tidak mencintainya, lama
sudah aku berjaga malam menitiskan air mata ku, hutang aku semakin banyak,
hidup aku tanpa ketenangan. Abdullah bin Sarah, setiausahanya berkata: Wahai
Amir al-Mukminin! Sesungguhnya beliau adalah seorang wanita munafik, maka
bunuhlah ia seperti suaminya.
Maka Isteri ‘Umru melihat kepada
Abdullah bin Sarah lalu berkata: Wahai orang antara dua janggutnya seperti
tubuh katak! Kenapa anda tidak bertanya siapakah yang memberikan anda makanan
dan siapakah yang memberikan anda pakaian? Sesungguhnya seorang lelaki munafik
adalah seorang yang tidak bercakap benar dan mengambil hamba-hamba Allah
seperti Tuhan. Lantaran itu, Dia telah menerangkan keingkaran-Nya di dalam
al-Qur’an, kemudian Mu‘awiyah memberi isyarat kepada penjaga pintu supaya
mengeluarkannya. Maka isteri Umru
berkata: Aneh anak lelaki Hindun memberi isyarat kepada aku dengan jari
tangannya tanpa bercakap, demi Allah! Aku akan berhujah dengannya dengan hujah
yang kuat seperti besi atau aku tidak aman seperti wanita buruan.
Abu Abdullah a.s berkata: Seorang wanita
yang hilang (ghaib) suaminya hendaklah
menunggu (kepulangan) suaminya selama empat tahun, jika suaminya tidak juga
pulang, beliau boleh bernikah (tazawwajat).
Jika suaminya pulang, isterinya boleh membuat pilihan. Jika beliau memilih
suaminya yang pertama, maka beliau perlu menghabiskan idahnya dengan suami yang
kedua (fa-in ikhtarat al-awwal I’taddat
min al-Thani), kemudian kembali kepada suami yang pertama, dan jika beliau
memilih suami yang kedua, maka beliau adalah suaminya (wa in ikhtarat al-Thani fa-huwa zauju-ha) [25]
Daripada Ali bin al-Suwaid
al-Sa’i daripada Abu al-Hasan al-Awwal a.s berkata: Allah tidak menciptakan
makhluk yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w dan Dia tidak menciptakan
makhluk selepas Muhammad yang lebih baik daripada Ali a.s[26].
Muhammad bin Fudhail berkata: Aku telah
mendengar Abu al-Hasan a.s berkata: Wilayah Ali a.s termaktub di dalam semua
mashaf para nabi a.s”.
Daripada Jabir bin Yazid daripada Abu
Ja‘far a.s menjelaskan maksud firman Allah s.w.t Surah al-Isra’(18) 79 “Mudah-mudahan Tuhan kamu mengangkat kamu ke
tempat yang terpuji” Beliau a.s. berkata: Dia mendudukkannya di atas ‘Arasy bersama-Nya[27].
Tangkal
Demam
Al-Hasan bin Ali al-Wasya’ berkata: Abu
al-Hasan al-Ridha a.s berkata kepadaku: Aku melihat anda kekuningan (musfarran)? Aku berkata: Demam menyerang
aku. Beliau a.s. berkata: Bawakan kepada aku pensel dan kertas. Beliau a.s. menulis: Bismillahi r-Rahmaani r-Rahim, Abjad
Hawwaz daripada polan bin polanah. Kemudian beliau a.s. meminta benang,
lalu diberi benang basah. Beliau a.s. berkata: Berikan kepada aku benang yang
belum disentuhi air. Benang kering diberi kepadanya, lalu beliau a.s.
mengikatkannya di tengah surat dan menyimpulkannya di sebelah kanan dengan
empat simpul manakala di sebelah kiri tiga simpul. Kemudian dibaca pada setiap
simpul al-Hamdu, al-Mu‘awwadhatain dan ayat
al-Kursi. Sesudah itu, beliau a.s. memberikannya kepadaku sambil berkata:
Ikatlah ia di lengan kanan anda. Jangan mengikatkannya di lengan kiri[28].
Daripada Abdullah bin Sinan berkata: Abu
Abdullah a.s berkata: Sisa atau lebihan makanan atau minuman seorang mukmin menjadi penyembuh kepada tujuh
puluh jenis penyakit (su’ru l-Mu’min
syifa’un min sab’in daa’ )[29].
Hadis al-Ghar ( Gua)
Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid daripada Ali
bin Asbat daripada Hakam bin Marwan daripada Yunus bin Suhaib daripada Abu
Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah melihat kepada Abu Bakr yang berada bersamanya di gua al-Hira. Baginda
s.a.w. berkata: Kenapakah anda (kelihatan cemas), tidakkah Allah bersama kita?
Anda mahu aku memperlihatkan kepada anda para sahabatku dari kalangan Ansar di
dalam majlis mereka sedang berlansung. Aku juga ingin memperlihatkan kepada
anda Ja‘far bin Abu Talib dan para sahabatnya di dalam bahtera sedang
mengharungi ombak? Abu Bakr berkata: Ya, perlihatkan mereka kepada aku (na’am arini-him). Maka Rasulullah s.a.w
menyapu muka Abu Bakr dan dua matanya, lantas Abu Bakr melihat apa yang
dinyatakan, tetapi dia menyembunyikan tanggapan di dalam hatinya bahawa
sesungguhnya baginda s.a.w adalah seorang tukang sihir (fa-masaha rasulullah s.a.w wajha-hu wa ‘ainai-hi fa-nazara ilai-him
fa-adhmara fi nafsi-hi anna-hu sahirun)[30].
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada
Sahal bin Ziad daripada Abu Yahya al-Wasiti berkata: Ali bin Bilal telah
memberitahunya. Beliau berkata: Muhammad bin al-Wasiti telah memberitahu
kepadaku dengan katanya: Aku berada di Baghdad bersama Muhammad bin Sama’ah
Kadi dan bersamanya juga seorang lelaki. Beliau berkata kepadanya: Sesungguhnya
aku telah memasuki Masjid Kufah, kemudian aku telah menyandar di sebahagian
tiangnya (asaatini-hi) kerana ingin
mengerjakan solat dua rakaat. Tiba-tiba
seorang wanita Arab Badwi yang berselimut berada di belakang aku. Dia menyeru dengan kata-katanya: Wahai yang
masyhur di dunia dan masyhur di akhirat.
Wahai yang masyhur di langit dan masyhur
di bumi!. Orang-orang yang kuat (al-Jababirah)
telah berusaha untuk memadamkan cahaya anda dan melenyapkan sebutan nama anda,
tetapi Allah mahu cahaya anda bersinar
dan sebutan nama anda menjadi tinggi sekalipun dibenci oleh kaum Musyrikin.
Maka aku berkata: Wahai hamba Allah! Siapakah orang yang anda banggakan ini?
Wanita itu menjawab: Itulah Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s.
Sesungguhnya seorang itu tidak boleh mencapai ketauhidan (yajuzu al-Tauhid) melainkan dengannya dan dengan wilayahnya. Beliau
berkata lagi: Aku telah berpaling kepadanya, maka aku tidak melihat seorang pun
berada di tempat itu lagi (fa-lam araa
ahadan )[31]
Kamu
Adalah Lebih Baik Daripada Para Sahabat
al-Qaim A.S
Daripadanya, daripada Muhammad bin
al-Hasan bin Ahmad daripada Ahmad bin Hilal daripada Umayyah bin Ali daripada
seorang lelaki berkata: Aku bertanya Abu Abdullah a.s: Siapakah yang lebih baik
(afdhal) kami atau para sahabat
al-Qaim a.s? Beliau a.s. berkata kepada aku: Kamu adalah lebih baik daripada para sahabat al-Qaim a.s
(antum afdhal min ashab al-Qaim),
kerana kamu sentiasa takut ke atas Imam kamu dan diri kamu daripada para Imam
yang zalim (aimmati al-Jaur).
Sekiranya kamu mengerjakan solat, maka solat kamu adalah di dalam keadaan taqiyyah (in sallai-tum fa-salatu-kum
fi taqiyyatin). Sekiranya kamu
berpuasa, maka puasa kamu adalah di dalam keadaan taqiyyah. Sekiranya kamu mengerjakan ibadah haji, maka haji kamu
adalah di dalam keadaan taqiyyah.
Sekiranya kamu memberi penyaksian, maka penyaksian kamu tidak diterima. Beliau
a.s. telah menyebut banyak perkara seperti ini. Maka aku berkata: Apa faedah
kita bercita-cita kepada al-Qaim jika keadaannya sedemikian? Maka beliau a.s.
berkata kepada aku: Subhanallah!
Tidakkah anda suka keadilan terserlah, keamanan dapat ditegakkan dan mereka
yang dizalimi mendapat pembelaan? [32]
Di Dalam Al-Qur’an Terdapat Dua Jenis
Imam
Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad
bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad
bin Sinan, daripada Talhah bin Zaid, daripada Ja‘far daripada bapanya a.s
berkata: Di dalam al-Qur’an terdapat dua jenis imam. Allah s.w.a berfirman
Surah al-Anbiya’ (21): 73: “Dan kami
telah menjadikan mereka itu pemimpin-pemimpin (aimmatan) yang memberi
petunjuk dengan perintah kami”
bukan dengan perintah manusia, mereka mengemukakan perintah Allah sebelum
perintah manusia, hukum Allah sebelum hukum mereka. Allah berfirman Suran
al-Qasas(28): “Dan kami telah menjadikan
mereka pemimpin-pemimpin (aimmatan) yang menyeru (manusia) ke Neraka”.
Mereka mengemukakan perintah mereka sebelum perintah Allah, hukum mereka
sebelum hukum Allah dan mereka mengutamakan hawa nafsu mereka menyalahi apa
yang ada di dalam al-Qur’an[33].
Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad
bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad
bin Sinan daripada Mufadhdhal bin ‘Umar berkata: Aku telah mendengar Abu
Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukmin a.s adalah pintu Allah (bab Allah) yang tidak boleh dimasukki
melainkan melaluinya. Ianya adalah jalan-Nya (sabilu-hu). Sesiapa yang berjalan selain daripada jalannya akan
binasa (halaka). Demikianlah
berlalunya kepada para imam yang memberi petunjuk (al-Hudaat) seorang selepas seorang, Allah telah menjadikan mereka
tiang-tiang bumi (arkaan al-Ardh)
supaya ia tidak bergoyang dengan penghuninya dan hujah-Nya yang kuat ke atas
mereka di bumi dan di bawah bintang.
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad
bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad daripada Muhammad bin Abd
al-Hamid daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr daripada Abu al-Hasan al-Ridha
a.s berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Tidak sempurna iman seorang hamba
melainkan dia mengetahui bahawa apa yang berlalu pada (Imam) akhir mereka juga
telah berlalu pada (Imam) awal mereka
iaitu tentang hujah, ketaatan, halal dan haram adalah sama. Muhammad s.a.w dan
Amir al-Mukminin a.s mempunyai kelebihan mereka berdua[34].
Dengan sanad-sanad ini juga beliau a.s. berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kami
semua melaksanakan ketaatan dan perintah yang satu dan sebahagian kami adalah
lebih mengetahui daripada sebahagian yang lain (kullu-na najri fi al-ta‘ati wa al-Amri majra wahid wa ba‘dhu-na a’lamu
min ba‘dh)
Daripada Abu al-Husain al-Asadi daripada
Abu al-Husain Salih bin Hammad al-Razi yang diriwayatkan secara marfu’ berkata: Aku telah mendengar Abu
Abdullah al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim
sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi dan Dia
mengambil Ibrahim a.s. sebagai nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang
rasul. Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia
mengambilnya sebagai seorang khalil (sahabat).
Dan sesungguhnya Allah telah mengambilnya
sebagai khalil sebelum Dia
mengambilnya sebagai imam. Apabila Dia telah mengumpulkan perkara-perkara
tersebut untuk Ibrahim a.s., maka Dia berfirman di dalam Surah al-Baqarah
(2):124 “Sesungguhnya Aku menjadikanmu
sebagai imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim a.s berkata “dari keturunanku?”. Dia berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2):124 “Janjiku ini tidak mengenai orang-orang yang
zalim”. Abu Abdullah a.s berkata: Orang yang bodoh tidak boleh menjadi imam
yang bertakwa[35].
Para
Nabi Dan Para Rasul Adalah Empat Peringkat.
Abu Muhammad bin al-Hasan bin Hamzah
al-Husaini daripada Muhammad bin Ya‘qub dan daripada sebilangan para sahabatnya
daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abu Yahya al-Wasiti daripada
Husyam bin Salim dan Darst bin Abu Mansur berkata: Sesungguhnya para nabi dan
para rasul mempunyai empat peringkat[36].
Pertama: Seorang nabi yang menjadi nabi
untuk dirinya sahaja bukan untuk orang lain.
Kedua: Nabi yang dapat melihat malaikat
di dalam tidurnya, dapat mendengar suara malaikat tetapi tidak melihatnya
semasa jaga. Dia tidak diutus kepada sesiapapun bahkan mempunyai seorang imam
semasanya seperti Lut a.s.
(berimamahkan) kepada Ibrahim a.s.
Ketiga: Nabi yang dapat melihat malaikat
di dalam tidurnya, dapat mendengar suaranya dan serta dapat melihat malaikat
ketika jaga. Dia diutus kepada bilangan kecil atau ramai sebagaimana Allah
telah berfirman kepada Yunus a.s di dalam Surah al-Safat (37):147 “Kami telah mengutusnya kepada seratus ribu
orang atau lebih”. Beliau a.s. berkata: Perkataan “atau lebih” adalah tiga puluh ribu orang dan seorang imam bersama
mereka.
Keempat: Nabi yang melihat malaikat di
dalam tidurnya, mendengar suaranya dan dapat juga melihat malaikat semasa jaga.
Dia merupakan seorang imam seperti Uli
l-‘Azm. Justeru itu, Ibrahim a.s. adalah seorang nabi tetapi bukan seorang
imam sehinggalah Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah(2): “Sesungguhnya Aku menjadikanmu sebagai imam
bagi seluruh manusia ”. Ibrahim a.s berkata: dari keturunanku? “ Dia berfirman: Janjiku ini tidak mengenai orang-orang yang zalim”. Siapa yang
telah menyembah patung atau berhala atau seumpamanya maka tidak layak menjadi
imam (man ‘abada sanaman au wathanan au
mithalan la yakunu imaman) [37]
Daripada Jabir berkata: aku mendengar
Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya
Allah telah mengambil Ibrahim a.s. sebagai seorang hamba sebelum Dia
mengambilnya sebagai seorang nabi dan sesungguhnya Dia mengambilnya sebagai
seorang nabi sebelum Dia mengambilnya
sebagai seorang rasul. Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai seorang
rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil (sahabat). Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai khalil
sebelum Dia mengambilnya sebagai imam. Apabila Allah s.w.t. telah
mengumpulkan perkara-perkara tersebut untuk Ibrahim a.s., maka Dia berfirman di
dalam Surah al-Baqarah(2):124 “Sesungguhnya
Aku menjadikanmu sebagai imam bagi seluruh manusia”. Ibrahim a.s berkata “dari keturunanku?” Dia berfirman: “Janji-Ku ini tidak mengenai orang-orang yang
zalim” (Surah al-Baqarah(2):124)
Al-Hujjah
Adalah Sebelum Kejadian dan Bersama Kejadian
Aban bin Taghlab berkata: Abu
Abdullah a.s berkata: Al-Hujjah (Imam)adalah sebelum kejadian dan bersama
kejadian” [38]
Daripadanya, daripada Ruba‘i
daripada Barid al-‘Ajali berkata: Ada orang berkata kepada Abu Ja‘far al-Baqir
a.s: Sesungguhnya para sahabat kita di Kufah adalah ramai, jika anda menyuruh
mereka, nescaya mereka mematuhi anda dan mengikuti anda? Maka beliau a.s.
bertanya: Adakah boleh seseorang daripada mereka datang kepada dompet
saudaranya, lalu beliau mengambil keperluannya dari dompet saudaranya itu?
Dijawab kepadanya: Tidak. Beliau a.s. berkata: (Jika demikian) Mereka dengan
darah mereka adalah lebih bakhil. Kemudian beliau a.s. berkata: Sesungguhnya
semasa gencatan senjata (hudnah) maka
manusia boleh bernikah sesama mereka, waris mewarisi, melaksanakan hukum hudud
ke atas mereka dan menunaikan amanah mereka sehingga datangnya al-Qaim a.s.
Maka pada ketika itu, berlakulah perceraian.
Pada masa itu juga seseorang lelaki diizinkan untuk mendapatkan dompet
saudaranya untuk mengambil keperluan tanpa halangan dari saudaranya itu[39].
Mencari
Rezeki Dengan Berdoa
Daripadanya, daripada al-Qasim bin Barid
al-‘Ajali daripada bapanya berkata: Aku berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka
aku berkata kepadanya: Aku jadikan diriku sebagai tebusan anda, sesungguhnya
keadaan menjadi baik dan hari ini banyak perkara telah berubah. Beliau a.s.
berkata: Apabila anda datang ke Kufah, maka mintalah sepuluh dirham. Jika anda tidak memperolehinya, maka
juallah satu bantal daripada bantal-bantal
anda dengan harga sepuluh dirham. Kemudian anda perlu jemput sepuluh
orang daripada sahabat anda. Sediakan makanan untuk mereka. Setelah mereka
makan, maka mintalah mereka berdoa kepada
Allah untuk anda.
Bapa al-Anjali berkata: Aku pun datang
ke Kufah tetapi aku tidak mampu mendapatkan sepuluh dirham sehinggalah aku
telah menjual satu bantalku dengan harga sepuluh dirham sebagaimana beliau a.s
telah katakan kepadaku. Aku juga telah menyediakan makanan untuk sepuluh orang
sahabatku dan telah menjemput mereka. Setelah mereka makan maka aku meminta
mereka supaya berdoa kepada Allah untuk aku. Maka tidak lama kemudian, dunia
cenderung kepadaku (maalat ‘alayya
al-Dunya).
Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin
Daripadanya, daripada Ruba‘i daripada seorang
lelaki daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah
menciptakan para nabi dari tanah
‘Illiyyiin. (syurga). Hati dan badan mereka (quluubu-hum wa abdaanu-hum) adalah daripada tanah tersebut. Dia
telah menciptakan hati orang-orang
mukmin daripada tanah itu tetapi tidak
menciptakan badan mereka darinya.
Allah menciptakan orang-orang kafir,
hati dan badan mereka daripada tanah Sijjin
(neraka). Kemudian Allah s.w.t.
mencampurkan kedua-dua tanah tersebut (fa-khalata al-tinatain). Maka keadaan
inilah menyebabkan seorang mukmin melahirkan seorang kafir (yalidu al-Mu’min al-Kafir),dan seorang kafir melahirkan seorang
mukmin (al-Kafir yalidu al-Mukmin).
Keadaan ini jugalah menyebabkan seorang mukmin (boleh) ditimpa keburukan (al-Sayyiah)
dan seorang kafir (boleh) mendapat kebaikan (al-Hasanah). Justeru itu hati orang-orang mukmin cenderung kepada
asal ciptaan mereka manakala hati
orang-orang kafir juga cenderung kepada asal ciptaan mereka.
Daripada Huraiz daripada Abu Abdullah a.s menjelaskan tentang
firman Allah Surah Fussilat (41): 34 “Dan tidaklah sama kebaikan (al-Hasanatu) dan kejahatan (al-Sayyi’atu)”. Beliau berkata: al-Hasanatu
adalah al-Taqiyyatu dan al-Sayyia’atu adalah al-Idhaa’atu (penyebaran) “Tolaklah
(kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik. (Keadaan ini
membolehkan) orang yang bermusuhan terhadapmu akan bertukar menjadi
(seolah-olah) seorang sahabat yang baik.
Daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s.
daripada bapa, datuk dan moyangnya daripada Amir al-Mukminin a.s daripada
Rasulullah s.a.w daripada Allah Azzawajalla berfirman: Urusan kamu adalah
dengan warak, ijtihad, menunaikan amanah, benar di dalam perkataan, lama sujud,
rukuk, tahajud di waktu malam, memberi makan dan memberi salam.
Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang
bersumpah (halifa) dengan (nama)
Allah dalam keadaan berbohong (kadhiban),
maka dia akan menjadi kafir (kafara).
Sesiapa yang bersumpah dengan (nama) Allah dalam keadaan benar (sadiqan), maka dia berdosa (athima) kerana Allah berfirman dalam
Surah al-Baqarah(2):24 “ Dan janganlah
kamu menjadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang
untuk berbuat kebajikan ”.
Al-Baqir a.s berkata: Tidak ada seorang lelaki
yang memberi penyaksian palsu ke atas seorang lelaki muslim bagi melucutkan haknya melainkan Allah
menulis tempatnya di dalam catatan ke
neraka. Beliau a.s. berkata: Perkukuhkan harta kamu (hassinuu amwala-kum) dengan mengeluarkan zakat dan ubatilah
penyakit kamu (daawuu mardhaa-kum)
dengan memberi sedekah[40].
Al-Sadiq a.s berkata: Tidak ada seekor
burung yang diburu melainkan ia meninggalkan tasbih dan tidak ada harta yang
ditimpa bencana melainkan ia tidak dikeluarkan zakat[41].
Mukmin
Diciptakan Dari Tanah Para Nabi A.S
Daripada Muhammad bin Hamraan: Aku telah
bertanya kepada al-Sadiq a.s. Dari apakah Allah telah menciptakan tanah mukmin?
Beliau a.s. menjawab: Dari tanah ‘Illiyyin.
Aku bertanya lagi: Dari apakah diciptakan seorang mukmin? Beliau menjawab: Dari
tanah para nabi, lantaran itu mereka tidak boleh dikotori oleh sesuatu (fa-lan yunajjisa-hu sya’un) [42].
Pahala Ziarah Mukmin Akan Saudaranya Kerana Agama
Al-Sadiq a.s berkata: Menunaikan hajat
seorang mukmin adalah lebih baik (qadha’u
hajati al-Mu’min khairun) dari membawa
seribu ekor kuda pada jalan Allah dan memerdekakan seribu orang hamba[43]. Beliau a.s. berkata: Tidak ada seorang mukmin
yang memandikan (jenazah) seorang mukmin
dalam keadaan membalikkannya (wa-huwa
yuqallibu-hu) dan berkata: Tuhanku! keampunan-Mu dipinta” (Rabb ‘afwa-ka) melainkan Allah mengampunkan orang yang memandikan jenzah itu (al-Ghaasil )[44]
Jabir daripada Abu Ja‘far daripada Ali bin
al-Husain daripada al-Husain bin Ali a.s daripada nabi s.a.w bersabda: Jibra’il
telah memberitahuku sesungguhnya Allah Azzawajalla telah menurunkan malaikat ke
bumi. Malaikat itu mula berjalan sehingga sampai ke pintu rumah seorang lelaki.
Tiba-tiba datang seorang lelaki meminta izin di pintu rumah itu. Malaikat
bertanya kepadanya: Apakah hajat anda kepada tuan rumah ini? Dia menjawab: Dia
adalah audara seagama denganku. Aku menziarahinya kerana Allah. Malaikat berkata:
Demi Allah! Itu sahaja yang telah membuatkan anda datang kepadanya? Lalaki itu
menjawab: Itu sahaja yang membuatkan aku datang kepadanya. Malaikat itu
berkata: Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada anda. Allah s.w.t.
memberi salam kepada anda dan berfirman: Anda wajib memasuki syurga (wajabat laka al-Jannah). Malaikat
berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman: Seseorang muslim yang menziarahi
seseorang muslim bukanlah beliau menziarahinya, tetapi beliau menziarahi-Ku dan
pahalanya (ke atas-Ku) adalah syurga[45].
Al-Sadiq a.s berkata: Seorang muslim yang berjalan untuk memenuhi hajat
(keperluan) seseorang mukmin adalah lebih baik daripada tawaf tujuh puluh kali
di sekeliling al-Bait al-Haram[46].
Dia berkata: Abu Ja‘far a.s berkata:
Perasaan takut terhadap musuh kami di campak ke hati syi‘ah (ulqia al-Ra‘bu fi qulubi syi‘ati-na min ‘aduwwi-na). Tetapi apabila berlaku
perintah kami dan keluar Mahdi kami maka seseorang daripada mereka lebih berani
dari seekor singa jantan, lebih tajam dari mata tombak, menendang musuh kami
dengan dua kakinya dan membunuh mereka dengan dua tapak tangannya[47].
Daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata:
Bukan daripada kami mereka yang tidak melakukan muhasabah diri pada setiap
hari. Jika dia melakukan kebaikan maka dia memohon kepada Allah supaya
menambahkannya dan memuji Allah di atasnya. Jika dia melakukan perkara yang
tidak baik maka dia memohon keampunan Allah dan bertaubat kepada-Nya[48].
Mukmin Adalah Saudara Mukmin
Al-Sadiq a.s berkata: Mukmin itu adalah
saudara mukmin, bagaikan matanya dan petunjuknya. Dia tidak mengkhianati
saudaranya dan tidak pula menghinanya. Beliau a.s. berkata: Mukmin mendatangkan
berkat kepada mukmin. Beliau a.s. berkata: Mukmin yang mejemput dua orang
mukmin ke rumahnya, lalu memberi makan kepada mereka berdua sehingga kenyang
adalah lebih baik daripada memerdekakan seorang hamba. Seorang mukmin yang
memberi pinjaman kepada seorang mukmin kerana Allah, maka Allah akan
menghitungkan pahala untuknya seperti pahala bersedekah. Seseorang mukmin yang
berjalan kerana keperluan saudaranya maka Allah menulis kebaikan pada setiap
langkahnya serta menghapuskan kejahatan pada setiap langkahnya, lalu diangkat
untuknya beberapa darjat dan ditambahkan kepadanya sepuluh kebaikan, kemudian
diberi syafaat pada sepuluh keperluan (hajat).
Mukmin yang berdoa kepada saudaranya supaya zahirnya perkara ghaib, maka Allah
akan mewakilkannya seorang malaikat yang akan berkata: Anda adalah sepertinya.
Seseorang mukmin yang menyelamatkan saudaranya daripada kesusahan, maka Allah
akan menyelamatkannya daripada kesusahan di akhirat. Seseorang mukmin yang
membantu mukmin yang dizalimi (mu’minan
mazluman) adalah lebih baik daripada berpuasa sebulan dan beriktikaf di
Masjid Haram. Seseorang mukmin yang membantu mukmin mengikut kemampuannya, maka
Allah akan membantunya di dunia dan akhirat. Beliau a.s. berkata: Mukmin yang
menghina saudaranya sedangkan beliau mampu membantunya, maka Allah akan menghinanya
di dunia dan di akhirat[49].
Beliau a.s. berkata: Muslim adalah
saudara muslim dan hak muslim ke atas saudaranya ialah janganlah dia merasa
kenyang sedangkan saudaranya lapar. Janganlah dia minum sepuas-puasnya
sedangkan saudaranya dahaga. Janganlah dia memiliki pakaian berlebihan
sedangkan saudaranya bertelanjang. Alangkah besarnya hak muslim ke atas saudara
yang muslim.
Beliau a.s. berkata: Cintailah saudara
muslim sebagaimana anda mencintai diri anda sendiri. Apabila anda perlu, maka
mintalah daripadanya. Apabila dia meminta daripada anda, maka berilah
kepadanya. Jangan anda merasa jemu untuk melakukan kebaikan kepadanya begitulah
sebaliknya. Jadilah anda seorang yang baik terhadapnya, jika dia tidak ada
(ghaib), maka jagalah dia semasa ketiadaannya. Apabila dia pulang, maka
ziarahilah dia dengan penuh penghormatan, kerana dia adalah daripada anda dan
anda daripadanya. Jika anda mencelanya, maka janganlah anda berpisah
daripadanya sehingga anda memohon maaf. Jika dia mendapat kebaikan, maka anda
bersyukurlah kepada Allah. Jika dia ditimpa bencana, maka bantulah dia. Apabila
seorang mukmin berkata kepada saudaranya uffin,
maka terputuslah wilayah antara mereka berdua. Apabila berkata seseorang
lelaki: Anda adalah musuh aku, maka salah seorang daripada mereka berdua
menjadi kafir, jika dia menuduh saudaranya dengan sesuatu tuduhan, maka imannya
mengecil sebagaimana mengecilnya garam apabila terkena air.
Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya mukmin
akan terpancar cahayanya kepada penghuni langit sebagaimana terpancarnya
bintang-bintang di langit kepada penghuni bumi. Beliau a.s. berkata:
Sesungguhnya mukmin adalah wali Allah. Dia membantu dan menolong saudaranya.
Dia tidak berkata kepada saudaranya melainkan kebenaran dan dia tidak takut selain daripada-Nya[50].
Daripada Hamzah al-Thumali berkata:
Barangsiapa yang memberi makan[51]
seorang mukmin yang kelaparan, nescaya Allah akan memberi makan buah-buahan di
syurga kepadanya. Barangsiapa yang memberi minum seorang mukmin yang dahaga,
maka Allah akan memberi minuman yang istimewa kepadanya. Sesiapa yang memberi
pakaian kepada seorang mukmin, maka Allah akan memakaikannya dengan pakaian
yang hijau. Di dalam hadis yang lain menyebutkan dia sentiasa di dalam jaminan
Allah selama beliau melakukan sedemikian[52].
Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya
apabila dua orang mukmin bertemu dan
berjabat tangan, maka Allah berdepan
dengan mereka berdua dengan muka-Nya (zat-Nya). Dosa hilang dari muka mereka
berdua sehingga mereka berdua berpisah. Beliau a.s. juga berkata: Demi Allah!
Allah tidak disembah dengan sesuatu yang lebih baik dari menunaikan hak mukmin.
Beliau a.s. berkata: Demi Allah! Sesungguhnya
hak seseorang mukmin lebih besar
daripada Ka‘bah (Wa l-Lahi inna
l-mu’min la-a‘zamu haqqan mina l-ka‘bah). Beliau a.s. berkata: Doa
seseorang mukmin untuk mukmin dapat menghindari bala dan mendatangkan rezeki[53].
Hak-Hak
Mukmin Ke Atas Mukmin
Daripada Abd al-A‘la daripada al-Mu‘alla
bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s. Aku berkata: Apakah hak mukmin ke atas mukmin?
Beliau a.s. menjawab: Aku kasihankan anda. Aku khuatir anda mengetahui, tetapi anda tidak beramal
dengannya. Anda menghilangkannya kerana
anda tidak menjaganya. Al-Mu‘alla berkata: Aku berkata: La haula wala quwwata illa bi-lLah. Beliau a.s. berkata: Bagi
seseorang mukmin ke atas mukmin ada tujuh hak dan kewajipan. Sekiranya dia
menghilangkan satu sahaja daripadanya, maka terkeluarlah dia daripada wilayah
Allah (kharaja min wilayati l-lLah)
dan meninggalkan ketaatan kepada-Nya serta tidak ada haknya di hari
Kiamat.
Pertama: Anda mencintai untuknya
sebagaimana anda mencintai untuk diri anda sendiri.
Kedua: Anda menolongnya dengan diri
anda, harta anda, lidah anda, tangan anda dan kaki anda.
Ketiga: Anda menuruti keredaannya,
menjauhi kemarahannya dan mentaati suruhannya.
Keempat: Anda menjadi matanya,
penunjuknya dan cerminnya.
Kelima: Janganlah anda kenyang sedangkan
dia lapar. Anda puas meminum air sedangkan dia dahaga. Anda berpakaian
sedangkan dia bertelanjang.
Keenam: Sekiranya anda mempunyai khadam
sama ada lelaki atau wanita yang berkhidmat kepada anda sedangkan beliau tidak
mempunyai khadam maka hendaklah anda mengutus khadam anda membersihkan
pakaiannya, memasak makanannya dan menyediakan hamparannya.
Ketujuh: Anda menerimanya,
menyahut seruannya, menziarahi kesakitannya dan menghadiri jenazahnya.
Sekiranya dia mempunyai hajat, maka bersegeralah melaksanakannya. Janganlah
anda membebankannya sehingga dia memintanya daripada anda. Apabila anda telah
melakukan kesemuanya, maka wilayah anda bersambung dengan wilayahnya[54].
Wasiat Abu Abdullah A.S Kepada Hamba-Hambanya
Daripada Ibrahim bin ‘Umar al-Yamani
daripada Abd al-A‘la maula Ali Sam
mendengar Abu Abdullah al-Sadiq a.s berkata kepada Khuthaimah: Wahai
Khuthaimah! Sampaikan salam kami kepada hamba-hamba kami, nasihatkan mereka
supaya bertakwa kepada Allah Yang Maha Besar. Orang kaya dari mereka menziarahi yang miskin. Orang yang kuat dari mereka menziarahi yang lemah.
Mereka perlu menyaksikan jenazah dan perjumpaamn di rumah-rumah kerana
perjumpaan sedemikian merupakan penghidupan kepada urusan kami (hayatun li-amri-na). Kemudian beliau
a.s. mengangkat tangannya dan berkata:
Allah menghormati mereka yang menghidupkan urusan kami (Rahima l-Lahu man ahya amra-na)[55].
Daripadanya, daripada Ibrahim bin ‘Umar
al-Yamani daripada Abd al-Malik berkata: Abu Abdullah a.s ditanya tentang
seorang lelaki yang takutkan pencuri dan binatang buas. Bagaimana dia melakukan
solat apabila bimbangkan luput waktu?. Beliau a.s. berkata: Hendaklah dia
melakukan isyarat dengan kepalanya dan menghadap kiblat serta menghalakan binatang
kenderaannya menurut arah
tujunya.
Kelebihan
Mukmin dan Ujiannya
Daripada Ruba‘i daripada ‘Umar bin Yazid
berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Allah tidak akan
mengazab satu kampung apabila tujuh orang mukmin berada di dalamnya[56].
Daripada sanad ini Umar bin Yazid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s
berkata: Setiap sesuatu ada perkara yang membuatkannya berehat. Mukmin berehat
dengan saudara mukminnya sebagaimana burung berehat dengan kumpulannya.
Tidakkah anda melihatnya?[57]
Daripada Ruba‘i daripada al-Fadhl
berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya bilangan
syaitan di atas orang-orang mukmin lebih banyak daripada bilangan tebuan di
atas daging. Kemudian beliau a.s. menunjuk ke langit dan berkata: Melainkan
Allah sahaja yang dapat mempertahankannya[60].
Daripada Ruba‘i daripada Abu Abdullah
a.s berkata: Barangsiapa yang memberi makan kepada saudaranya kerana Allah,
maka baginya pahala seperti orang yang memberi makan kepada orang ramai (fi’aam min al-Nas) Ruba’i berkata: Aku
telah menjadikan diri aku sebagai tebusan anda, apakah fiaam min al-Nas (bilangan yang ramai itu)? Beliau a.s. berkata:
Seratus ribu orang[61].
Abu Abdullah a.s berkata: Enam perkara
diangkat daripada umat ini: Kesalahan dan kelalaian, apa yang dipaksakan ke
atasnya, apa yang mereka tidak tahu, apa yang mereka tidak mampu dan apa yang
mereka terpaksa melakukannya.
Setiap
Perkara Yang Tidak Keluar Dari Rumah Ini, Maka Ia Adalah Batil
Abu Ja‘far al-Baqir a.s berkata:
Setiap perkara yang tidak keluar dari rumah ini, maka ia adalah batil (kullu syai’in lam yakhruj min hadha
al-Bait fa-huwa wabaalun). Beliau
a.s. berkata: Wahai Fudhail! Bagi agama ini ada batasannya (had) seperti batas
rumah aku ini[62].
Al-Sadiq a. s berkata: Di antara cinta lelaki kepada agamanya adalah cintanya
kepada saudaranya[63].
Amir al-Mukminin a.s. ditanya: Apakah keutuhan iman? Beliau a.s. menjawab:
Warak. Beliau a.s. ditanya lagi: Apakah yang menghilangkan keimanan? Amir
al-Mukminin a.s. menjawab: Tamak[64]. Beliau a.s. berkata: Wilayah kami tidak akan
dicapai melainkan dengan kewarakan[65].
Al-Sadiq a.s berkata: Barangsiapa yang tidak mempedulikan keperluan saudara
yang mukmin, maka dia sentiasa di dalam laknat Allah sehingga dia menemui
ajalnya[66].
Al-Baqir a.s berkata: Sesungguhnya
seorang hamba yang memohon keperluan duniawi, maka ia menjadi hak Allah untuk
menerimanya samada cepat ataupun lambat. Jika
mukmin tersebut melakukan dosa, maka Allah berkata kepada malaikat yang
diwakilkan untuk memberi keperluannya: Janganlah anda laksanakan keperluannya
dan tegahlah dia daripadanya,
kerana dia terdedah kepada kemarahan-Ku dan dia berhak
dilarang daripada-Ku[67].
Al-Sadiq a.s berkata: Barangsiapa yang
telah berjumpa dengan mukminin dengan satu wajah (bi-wajhin) dan ketika ketiadaan mereka (ghaba-hum) dengan wajah yang lain, maka apabila tiba hari Kiamat,
dia akan mempunyai dua lidah daripada api neraka[68].
Abu al-Hasan a.s berkata: Berkatalah
benar sekalipun membinasakan diri anda kerana itu adalah kejayaan anda,
tinggalkan kebatilan sekalipun ia kejayaan anda kerana ia pada hakikatnya
adalah kebinasaan anda.
Al-Sadiq a.s berkata: Bukan di kalangan
kami bagi mereka yang menyebarkan hadis kami (laisa minna man adha‘a haditha-na), kerana pada hakikatnya dia
telah membunuh kami dengan sengaja (qatala-na
qatla ‘amadin)[69] . Beliau a.s. berkata: Sesiapa yang
mengambil tahu atau mengintip tentang dosa atau kesalahan mukmin, kemudian
mendedahkannya dan tidak menyembunyikannya, kemudian dia juga tidak memohon
istighfar kepada Allah untuknya, maka dia di sisi Allah adalah seperti
pelakunya (ka-‘aamilu-ha) dengan
menanggung apa yang telah didedahkannya. Sementara pelakunya pula diampunkan
dosa. Dia mendapat ganjaran tentang apa yang didedahkan terhadapnya di dunia
dan dosanya terlindung di akhirat (mastur
‘alai-hi). Kemudian dia tidak mendapati kecuali Allah lebih mulia dari
mengenakan balasan ke atasnya di akhirat[70].
Mukmin Dan Hak- Hak Persaudaraan
Al-Sadiq a.s berkata: Mukmin adalah
saudara mukmin seperti satu tubuh. Jika dia mengadu sesuatu, maka dia mendapati
kesakitan di seluruh badannya kerana roh kedua-duanya (rauha-huma) adalah daripada roh Allah. Sesungguhnya roh mukmin
adalah lebih rapat hubungannya (la-asyaddu
it-tisaalan) dengan roh Allah daripada rapatnya hubungan cahaya matahari
dengan matahari (syi’asy al-Thams bi-ha)[71].
Al-Sadiq a.s berkata: Barangsiapa yang
meriwayatkan sesuatu tentang mukmin bertujuan menghinanya atau merosakkan
maruahnya supaya dipandang rendah oleh orang ramai, maka Allah akan
mengeluarkan wilayahnya kepada wilayah syaitan (akhraja l-Lahu wilayata-hu ila wilayat
al-Syaitan), dan ketika itu syaitan pula tidak akan menerimanya[72].
Beliau a.s. berkata: Mukmin yang telah menjalin hubungan (ausala) dengan saudara mukminnya dengan baik (ma‘rufan ), maka sesungguhnya dia telah menjalin hubungan dengan
Rasulullah s.a.w[73].
Beberapa
Persoalan Yahudi Kepada Rasulullah
S.A.W Dan Jawapannya
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Beliau (al-Mufid) berkata: Abd
al-Rahman bin Ibrahim telah memberitahu kami, al-Husain bin Mihran telah
memberitahu kami, al-Husain bin Abdullah telah memberitahuku daripada bapanya
daripada datuknya daripada Ja‘far bin Muhammad a.s daripada bapanya daripada
datuknya al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s berkata: Seorang lelaki Yahudi
datang kepada nabi s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad! Andalah yang menyangka
bahawa anda seorang Rasulullah dan diwahyukan kepada anda sebagaimana
diwahyukan kepada Musa bin Imran? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, akulah
penghulu manusia (ana sayyid walad Adam )
tanpa meninggikan diri, aku adalah penutup para nabi, imam para muttaqin dan Rasul Tuhan semesta alam.
Yahudi berkata: Wahai Muhammad ! Adakah
anda kepada kaum Arab atau kepada bukan Arab atau kepada kami?
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah
Rasulullah kepada semua manusia.
Yahudi berkata: Sesungguhnya aku akan
bertanya anda tentang sepuluh kalimah yang telah dikurniakan Allah kepada Musa
di tempat yang diberkati ketika dia bermunajat dengan-Nya. Tidak mengetahuinya melainkan seorang nabi
yang diutus atau malaikat muqarrab.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda:
Kemukakan soalan yang terlintas di hati anda.
Yahudi berkata: Wahai Muhammad !
Beritahukan kepadaku tentang kalimah yang telah dipilih oleh Allah untuk
Ibrahim a.s ketika beliau membina rumah ini (Ka‘bah)?
Rasulullah s.a.w bersabda: Subhana l-Lah wal-Hamdu li-Lah wa la ilaha
illa llah wal-Lahu akbar.
Yahudi berkata: Wahai Muhammad!
Kenapakah Ibrahim a.s. telah membina Ka‘bah empat persegi?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kerana
kalimah adalah empat.
Yahudi berkata: Kenapakah Ka‘bah
dinamakan Ka‘bah?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kerana ia
berada di tengah dunia.
Yahudi berkata: Beritahu aku tentang
tafsir “Subhana l-Lah wa l-Hamdu li l-Lah
wa la ilaha illa lla wal-Lahu akbar?
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah telah
mengetahui bahawa manusia dan jin akan berbohong terhadap Allah s.w.t, maka Dia berfirman: Subhana l-Lah” iaitu Dia bersih dari apa
yang mereka katakan terhadap-Nya, adapun firman-Nya “wa l-Hamdu li-Lah” Allah telah mengetahui bahawa hamba-hamba-Nya
tidak berterima kasih kepada nikmat-Nya, lantaran itu Dia telah memuji diri-Nya
sebelum makhluk memuji-Nya, ia adalah ucapan pembukaan, jika tidak, Allah tidak
mengurniakan nikmat-Nya ke atas makhluk-Nya, adapun firman-Nya “la ilaha illa-Lah” iaitu keesaan-Nya di
mana Allah tidak akan menerima amalan melainkan dengannya, tiada seorang pun
yang akan memasuki syurga melainkan dengannya, ia adalah Kalimah Taqwa, ia dinamakan kalimah
Taqwa kerana ia memberatkan timbangan (al-Mizan)
di hari Kiamat, adapun “Allahu akbar”
adalah kalimah yang tertinggi dan paling dicintai Allah iaitu tidak ada yang lebih besar
daripada-Nya kerana dengannya solat dimulai dan dihormati Allah. Ia adalah
salah satu daripada nama-nama Allah yang besar.
Yahudi berkata: Benar kata-kata anda,
apakah ganjaran mereka yang mengucap dengannya?
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila
seorang hamba berkata: Subhana l-Lah,
semua perkara selain daripada ‘Arasy bertasbih bersamanya. Maka Dia memberi
sepuluh kali ganda pahala kepadanya. Apabila beliau berkata: Al-Hamdulillah”, maka Allah memberi
nikmat dunia kepadanya sebelum dia diberi nikmat akhirat, ia adalah kalimah
yang diucapkan oleh penghuni syurga apabila mereka memasukinya. Percakapan
terputus di dunia selain daripada al-Hamdu.
Demikianlah firman-Nya di dalam Surah Yunus (10):10 “Salam penghormatan mereka ialah salam.. Dan penutup doa mereka adalah
al-Hamdulillahi Rabbi l-Alamin. Adapun pahala La ilaha illa l-Lah adalah syurga sebagaimana firman-Nya di dalam
Surah al-Rahman (55): 6 “Tidak ada
balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula). Ia adalah darjat yang paling
tinggi di syurga dan yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah.
Yahudi berkata: Memang benar
wahai Muhammad! Anda telah menunaikan satu
soalan. Adakah anda mengizinkan aku untuk bertanya anda soalan kedua?
Rasulullah s.a.w bersabda: Bertanyalah kepadaku apa yang anda mahu. Jibrail di kanan Rasulullah s.a.w dan Mikail
di kirinya memberitahu.
Yahudi berkata: Kenapakah anda
dinamakan Muhammad, Ahmad, Abu l-Qasim, Basyir, Nadhir dan Da‘i?
Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun
Muhammad kerana aku dipuji di langit,
adapun Ahmad kerana aku dipuji di bumi,
adapun Abu al-Qasim kerana Allah s.w.t membahagi-bahagikan neraka untuk mereka
yang mengingkari aku (kafara bi) atau
membohongi aku (yukadhibbuni)
daripada mereka yang terdahulu dan terkemudian. Adapun Basyir kerana aku
memberi berita gembira tentang syurga kepada mereka yang mentaati aku, adapun
Nadhir kerana aku memberi amaran tentang neraka kepada mereka yang menderhaka
kepadaku, adapun Da‘i kerana aku menyeru manusia kepada agama Tuhanku; Islam.
Yahudi berkata: Memang benar wahai
Muhammad! Beritahu aku tentang yang ketiga: Kenapakah Allah menetapkan masa
solat yang lima kepada lima waktu kepada umat anda pada masa malam dan
siang
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya
matahari ketika gelincir (al-zawal),
satu bulatan memasukinya, semuanya bertasbih kepada Tuhanku selain daripada
‘Arasy, maka pada masa itulah doa dilakukan kepada Tuhanku. Lantaran itu, Allah
mewajibkan ke atas aku dan umat aku solat pada waktunya. Justeru itu, Dia
berfirman dalam Surah al-Isra’ (17):78 “Dirikanlah
solat dari sesudah matahari gelincir”.
Iaitu waktu neraka Jahanam didatangi pada hari Kiamat. Justeru itu, seseorang
mukmin yang mengerjakan solat pada waktu tersebut maka Allah akan mengharamkan
jasadnya daripada neraka. Solat Asar adalah
waktu di mana Adam a.s telah memakan bahagian pokok dan dikeluarkannya
dari syurga.
Justeru itu, Allah telah memerintahkan
zuriatnya mengerjakan solat ini sehingga hari Kiamat, Dia telah memilihnya dan
mewajibkannya ke atas zuriatnya, ia merupakan solat yang paling dicintai Allah
s.w.t. Oleh itu, Alah s.w.t. telah berwasiat kepadaku supaya memeliharanya, Dia
berfirman dalam Surah al-Baqarah (2):238 “ Peliharalah
segala solatmu dan (peliharalah) solat wusta ” iaitu solat Asar. Solat
Isyak adalah waktu Allah s.w.t telah
menerima taubat Adam a.s. Jarak masa
antara dia memakan buah dari pokok dan masa diterima taubatnya adalah
tiga ratus tahun hari dunia dan satu
hari akhirat adalah menyamai seribu
tahun menurut hitungan kamu. Oleh sebab
itu Adam a.s mengerjakan solat tiga rakaat, satu rakaat kerana kesalahannya.
Satu rakaat kerana kesalahan Hawa’ dan
satu rakaat adalah kerana taubatnya. Allah telah menerima taubatnya dan
memfardukan ke atas umat aku tiga rakaat ini, iaitu waktu yang paling mustajab
untuk memohon doa. Tuhanku telah berjanji kepadaku bahawa Dia tidak akan
menghampakan siapa yang memohon kepada-Nya. Dia berfirman dalam Surah al-Rum
(30):17 “Maka bertasbihlah kamu kepada
Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh”
Adapun solat al-‘Atamah, kerana
kegelapan kubur dan kegelapan hari Kiamat. Lantaran itu, Allah telah memerintah
aku dan umat aku supaya mengerjakan solat ini, tidak ada kaki yang berjalan
kepada solat al-‘Atamah melainkan
Allah mengharamkan neraka ke atasnya,
Allah akan menyinari kuburnya pada hari Kiamat dan akan memberinya cahaya yang
membolehkannya melintasi titian (al-Sirat).
Ia adalah solat yang Dia telah pilih untuk para rasul sebelumku. Adapun
solat Subuh kerana ketika matahari naik
maka ia naik dari tanduk syaitan (qarn
al-Syaitan). Allah telah memerintahkan aku supaya mengerjakan solat Subuh
sebelum naik matahari sebelum orang-orang kafir sujud kepadanya, maka umat aku
sujud kepada Allah, lebih awal dilakukannya adalah lebih dicintai Allah, ia
adalah solat yang disaksikan oleh malaikat malam dan siang.
Yahudi berkata: Anda memang benar. Wahai
Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang perkara ke empat; Kenapakah Allah memerintahkan empat anggota dibasuh sedangkan
ia adalah tempat yang paling bersih pada anggota badan?
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika
syaitan mendatangkan waswasnya, maka
Adam a.s. menghampiri pokok tersebut, lantas melihat kepadanya dan hilang
perasaan malu. Dia berdiri dan kaki pertama yang berjalan kepada kesalahan (al-Khati’ah). Dia mengambilnya,
membelahnya dan memakannya. Apabila dia memakannya, maka terlerailah ikatan
cahaya dari tubuhnya, kemudian Adam telah meletakkan tangan di atas kepala dan
menangis.
Setelah Allah menerima taubat Adam, maka
Allah memfardukan ke atasnya dan zuriatnya membasuh empat anggota tersebut.
Allah memerintahkan supaya membasuh muka
kerana Adam melihat kepada pokok
tersebut. Allah memerintahkan supaya
membasuh lengan sehingga ke siku kerana dia telah menghulurkan kedua tangannya
kepada kesalahan. Allah memerintahkan supaya disapukan kepala kerana dia telah meletakkannya di atas ubun-ubunnya
(ummu ra’si-hi). Allah memerintahkan
supaya menyapu kaki kerana dia berjalan
kepada kesalahan. Kemudian disunatkan ke atas umat aku berkumur (al-Madhmadhah) dan menghisap air ke
dalam hidung (al-Istinsyaq). Berkumur
membersihkan hati daripada perkara yang haram dan menghisap air ke hidung
menegah bauan neraka.
Yahudi berkata: Anda memang benar wahai
Muhammad, apakah balasan bagi mereka melakukan wuduk sebagaimana diperintahkan?
Rasulullah s.a.w bersabda: Pertama kali
seseorang menyentuh air, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila dia berkumur,
maka Allah akan menyinari lidah dan hatinya dengan hikmat. Apabila dia
menghisap air ke dalam hidung, maka Allah menyelamatkannya daripada seksa kubur
dan azab neraka. Apabila dia membasuh mukanya, maka Allah menyerikan mukanya di
hari muka-muka menjadi hitam. Apabila dia membasuh dua lengannya, maka Allah
mengharamkan ke atasnya ledakan neraka. Apabila dia menyapukan kepalanya, maka
Allah menyapukan segala kesalahannya. Apabila dia menyapukan dua kakinya, maka
Allah membolehkannya melintasi titian (al-Sirat)
pada hari tergelincirnya kaki-kaki.
Yahudi berkata: Anda memang benar wahai
Muhammad. Beritahukan kepada aku tentang yang kelima; Kenapakah Allah
memerintahkan mandi junub (al-Ightisal)
setelah keluar air mani (al-Nutfah),
tetapi Dia tidak memerintahkan “mandi” setelah kencing dan berak sedangkan air
mani lebih bersih daripada kencing dan
berak?
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Adam
a.s. memakan (buah) pokok tersebut, maka ia berpindah kepada peluhnya,
rambutnya dan kulitnya. Apabila seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan
isterinya, maka air maninya keluar juga melalui setiap peluh dan rambutnya (kharajat al-Nutfah min kulli ‘arqin wa sya
‘rin). Lantaran itu, Allah mewajibkan ke atas zuriat Adam sehingga hari
Kiamat supaya mandi junub. Kencing dan berak hanya mengeluarkan sisa makanan dan minuman manusia, maka ia
memadai dengan wuduk.
Yahudi berkata: Apakah balasan bagi
mereka yang telah mandi (ightisal)
daripada yang halal?
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah membina
untuknya setiap titik air ialah sebuah istana baginya di syurga iaitu perkara
di antara Allah dan hamba-Nya daripada
junub.
Yahudi berkata: Wahai Muhammad, beritahu
aku soalan yang ke enam tentang lapan
perkara yang tertulis di dalam Taurat bahawa Allah telah memerintahkan
Bani Israel supaya menyembah-Nya selepas
Musa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku menyeru
anda kepada Allah, jika aku memberitahu anda akan mengakuinya?
Yahudi berkata: Ya, wahai
Muhammad.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya perkara pertama tertulis di Taurat ialah Muhammad Rasulullah,
kemudian baginda s.a.w. membaca Surah al-A‘raf(7):157 “mereka dapatinya tertulis di
dalam Taurat dan Injil” dan Surah al-Saf
(61): 6 “memberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang
sesudahku yang namanya Ahmad”. Adapun tentang perkara kedua, ketiga dan ke
empat, maka Ali, Fatimah; Puteri wanita syurga dan dua anak lelaki mereka
berdua. Di dalam Taurat disebut sebagai Ilya, Syabra, Syubaira dan Haliyun,
iaitu Fatimah,al-Hasan, al-Husain dan
Ali a.s.
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad, beritahu aku tentang kelebihan anda ke atas para nabi dan
kelebihan keluarga anda ke atas manusia
Rasulullah s.a.w bersabda: Adapun
kelebihan aku di atas segala para nabi kerana aku telah memilih dakwah aku
sebagai syafaat aku kepada umat aku pada hari Kiamat sementara para nabi selain
daripada aku melakukan sebaliknya jika dakwah mereka diingkari. Adapun
kelebihan keluarga aku; Ahlu l-Bait aku dan zuriat aku seperti kelebihan air ke
atas setiap sesuatu, dengan airlah sesuatu itu hidup sebagaimana firman Allah
s.w.t dalam Surah al-Anbiya’ (21):30 “ Dan
dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada
juga beriman?”. Justeru itu mencintai Ahlu l-Bait aku, keluarga aku dan zuriat aku melengkapkan agama (yastakmilu d-Din).
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad. Beritahu kepada aku tentang perkara yang ketujuh; apakah
kelebihan lelaki ke atas wanita?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Seperti kelebihan langit ke atas bumi, seperti kelebihan air ke atas bumi.
Dengan air semua dapat hidup, begitulah dengan lelaki hiduplah wanita, tanpa
lelaki Allah tidak akan menciptakan wanita. Wanita tidak akan memasuki syurga
melainkan dengan kelebihan lelaki. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Nisa’
(4):34 “Kaum lelaki itu adalah pemimpin
kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita)”.
Yahudi berkata: Wahai
Muhammad! Kenapakah ia menjadi begitu?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Adam a.s diciptakan dari tanah, dari salbinya dan dirinya diciptakan wanita,
orang yang pertama mentaati wanita adalah Adam a.s. Maka Allah telah menurunkannya dari syurga.
Sesungguhnya Allah telah melebihkan kaum lelaki daripada kaum wanita di dunia,
tidakkah anda terfikir bahawa wanita mengalami masa haid? Justeru itu, mereka
tidak boleh beribadat kerana kekotoran tersebut, sementara kaum lelaki tidak
mengalami perkara tersebut.
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad, beritahu aku tentang perkara yang kelapan; kenapakah
Allah telah mewajibkan puasa ke atas umat anda tiga puluh hari sedangkan Dia
telah mewajibkan ke atas umat yang lain lebih banyak?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Adam a.s manakala beliau memakan bahagian pokok, maka ia tinggal
di dalam perutnya selama tiga puluh hari. Oleh itu Allah s.w.t. memfardukan ke
atas zuriatnya tiga puluh hari lapar dan dahaga. Adapun mereka dapat makan di
waktu malam adalah suatu kurniaan Allah
ke atas makhluk-Nya. Demikian juga ke atas Adam a.s adalah tiga puluh hari
sebagaimana ke atas umat aku. Kemudian baginda s.a.w. membaca Surah al-Baqarah
(2):183 “ Diwajibkan ke atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka sebelum kami agar kamu bertakwa”
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad, apakah balasan mereka yang berpuasa selama tiga puluh
hari?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak seorang pun mukmin berpuasa satu hari daripada bulan Ramadhan dengan
penuh muhasabah melainkan Allah
mewajibkan baginya tujuh sifat. Pertama: Perkara yang haram menjadi cair (yadhubu) dari jasadnya. Kedua: Ia
menghampiri dirinya kepada rahmat Allah.
Ketiga: Ia dapat menghapuskan kesalahannya, tidakkah anda mengetahui bahawa
kafarah di dalam puasa itu dapat
menghapuskan dosa? Keempat: Ia menyenangkan kematian. Kelima: Allah
menyelamatkannya daripada lapar dan dahaga di hari Kiamat. Keenam: Pelepasan
dirinya daripada neraka. Ketujuh: Allah akan memberinya makanan syurga.
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad, beritahu aku perkara yang ke sembilan; kenapakah Allah
telah memerintahkan wuquf di ‘Arafat selepas Asar?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Kerana selepas Asarlah waktu Adam a.s menderhaka kepada Tuhannya. Justeru itu
Allah memfardukan ke atas umat aku wuquf, ibadat dan doa di tempat yang paling
dicintai Allah iaitu di ‘Arafat. Allah s.w.t. menjamin untuk menerima doa
mereka dan waktu sekembalinya dari ‘Arafat itulah waktu Adam menerima kalimat
(wahyu) daripada Tuhan serta menerima taubatnya. Sesungguhnya Dia Penerima
taubat lagi Penyayang.
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad, apakah pahala bagi mereka yang melakukannya?
Rasulullah s.a.w bersabda: Dia
yang telah mengutus aku dengan kebenaran sebagai pembawa berita gembira (basyiran) dan pemberi amaran (nadhiran). Sesungguhnya Allah s.w.t
mempunyai tujuh pintu di langit: Pintu al-Taubat, pintu al-Rahmat, pintu al-Tafadhdhul,
pintu al-Ihsan, pintu al-Jud, pintu al-Karam dan pintu al-‘Afwu. Seseorang itu
tidak berkumpul di ‘Arafat melainkan dia layak memasuki pintu-pintu tersebut.
Sesungguhnya Allah mempunyai seratus ribu malaikat. Setiap malaikat mempunyai
seratus dua puluh ribu malaikat yang lain pula. Allah mempunyai seratus rahmat
yang diturunkan kepada penghuni ‘Arafat. Ketika mereka pulang, Allah
mempersaksikan malaikat tersebut dengan memerdekakan penghuni ‘Arafat dan
apabila mereka pulang, maka Allah mempersaksikan malaikat bahawa Dia telah
mewajibkan ke atas mereka syurga. Ada suara yang menyeru: Kembalilah kamu semua
dalam keadaan diampuni, sesungguhnya
kamu telah meredai-Ku dan Aku telah meredai kamu.
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad. Beritahu aku perkara yang ke sepuluh tentang sembilan
sifat yang telah dikurniakan Allah kepada anda berbanding dengan para nabi yang
lain dan kepada umat anda berbanding dengan umat-umat yang lain?
Rasulullah s.a.w bersabda: Fatihah, azan, iqamah, berjemaah di Masjid-masjid, hari Jumaat, pembacaan secara
nyaring (ijhar) di dalam tiga solat,
rukhsah kepada umatku ketika sakit dan
musafir, solat jenazah dan syafaat kepada pelaku-pelaku dosa besar dari umatku.
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad, apakah pahala mereka yang membaca al-Fatihah?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membaca al-Fatihah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala
bilangan kitab yang diturunkan dari
langit termasuk pahala pembacaanya. Adapun azan, maka muazin dari umatku akan
dihimpunkan bersama para nabi, para siddiqin
dan para syuhada’. Adapun solat berjemaah kerana saf-saf umatku seperti saf-saf
para malaikat di langit yang ke empat. Satu rakaat di dalam berjemaah ialah dua
puluh empat rakaat. Setiap rakaat itu lebih dicintai Allah dari beribadat
selama empat puluh tahun. Adapun hari Jumaat merupakan hari yang Allah
mengumpulkan mereka yang terdahulu dan terkemudian pada hari Hisab. Tidak ada
mukmin yang berjalan dengan dua kakinya untuk mengerjakan solat Jumaat
melainkan Allah meringankan kesengsaraan di hari Kiamat.
Selepas imam memberi khutbah
merupakan waktu Allah merahmati mukminin dan mukminat. Adapun pembacaan secara
nyaring (ijhar), maka tidak ada
mukmin yang memandikan jenazah melainkan api neraka menjauhinya, meluaskan
Titian (al-Sirat) untuknya menurut
kadar kenyaringan suaranya dan memberi cahaya kepadanya sehingga memasuki
syurga. Adapun rukhsah, maka Allah akan meringankan kesengsaraan hari Kiamat ke atas umatku yang melakukan rukhsah sebagaimana Allah
membenarkannya di dalam al-Qur’an. Adapun solat jenazah, maka tidak ada mukmin
yang mengerjakan solat jenazah melainkan dia boleh memberi syafaat atau diberi
syafaat. Adapun syafaat aku adalah untuk pelaku-pelaku dosa besar daripada
umatku selain daripada syirik dan kezaliman.
Yahudi berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad, aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang
Satu, tiada sekutu baginya. Sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan
pesuruh-Nya, sesungguhnya anda adalah penutup para nabi, imam para muttaqin dan Rasul Tuhan semesta alam.
Kemudian Yahudi itu
mengeluarkan kertas putih dari tapak tangannya tertulis di atasnya semua
jawapan Nabi s.a.w adalah benar, maka beliau berkata: Wahai Rasulullah! Demi
Yang Mengutus anda dengan kebenaran sebagai seorang nabi bahawa aku tidak
menyalinnya melainkan dari alwah
(loh-loh) yang telah ditulis oleh
Allah kepada Musa bin Imran. Sesungguhnya aku telah membaca di dalam Taurat
seratus ribu ayat. Maka tidak ada satu ayat yang aku telah membacanya melainkan
aku dapati tertulis padanya. Sesungguhnya aku telah membaca di dalam Taurat
kelebihan anda sehingga aku mengesyaki nya. Wahai Muhammad! Aku telah
memadamkan nama anda di dalam Taurat selama empat puluh tahun, setiap kali aku
memadamkannya, aku dapati nama anda tertulis padanya. Sesungguhnya aku telah
membaca di dalam Taurat masalah ini. Ia tidak boleh dijawab selain daripada
anda. Pada masa anda menjawabnya Jibrail di kanan anda dan Mikail di kiri anda,
Rasulullah s.a.w bersabda: Jibrail di kanan aku dan Mikail di kiri aku, selawat
dan salam kepada Muhammad dan keluarganya.
Hadis Abdullah Bin al-Mubarak Tentang Munajat Lelaki Yang
Bergantung di Kelambu Ka’bah
Beliau berkata: Abdullah bin
al-Mubarak berkata: Aku telah melihat seorang lelaki sedang bergantung di
kelambu Ka‘bah seraya berkata: Sayyidi!
Sekiranya Engkau menuntut aku dengan dosa-dosa aku, nescaya aku akan menuntut
kepada Engkau dengan kemuliaan Engkau, sekiranya Engkau berbincang dengan aku
tentang hari Hisab, nescaya aku akan menuntut kepada Engkau keampunan Engkau, sekiranya Engkau menahan
aku di neraka, nescaya aku memberitahu penghuni neraka tentang cinta aku
kepadaMu. Kemudian aku berjumpa dengan Fudhail bin ‘Iyadh, lalu aku memberitahu
kepadanya perkara tersebut. Fudhail berkata kepadaku: Wahai Aba Abd al-Rahman
anda telah mengetahui lelaki itu? Aku
menjawab: Tidak. Fudhail berkata: lelaki itu adalah di kalangan mereka yang
berkhidmat kepada Allah, lalu mereka
merendah diri. ____________________________________________
BAHAGIAN KEDUA
Dialog
Rasulullah s.a.w dengan Abdullah bin
Salam, sifat al-Qalam dan Lauh Mahfuz, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, hadis
Daud al-Raqiy dengan seorang Khawarij
dan lain-lain.
Dialog Rasulullah S.A.W Dengan Abdullah Bin Salam
Daripada Ibn Abbas bahawa sesungguhnya
apabila Allah mengutus Muhammad s.a.w, maka Dia telah memerintahnya supaya
menyeru makhluk kepada syahadah tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada
sekutu bagi-Nya. Orang ramai segera menyahut seruannya, lantas baginda s.a.w.
memberi peringatan kepada mereka. Jibrail menyuruh baginda s.a.w. supaya menulis surat kepada Ahlu l-Kitab
iaitu Yahudi dan Nasrani. Jibrail melakukan imlak ke atas suratnya. Penulisnya pada masa itu ialah Sa‘d
bin Abu Waqqas, maka baginda s.a.w.
telah mengutus surat kepada Yahudi Khaibar:
Bismillahi r-Rahmani-r-Rahim daripada Muhammad bin Abdullah al-Ummiyyu, Rasulullah kepada Yahudi
Khaibar.
Amma
ba‘d Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya bumi adalah milik Allah.
Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Balasan
yang baik bagi mereka yang bertakwa.
Tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Besar. Beliau menghantar surat itu kepada Yahudi Khaibar. Setelah suratnya
sampai kepada mereka, maka surat itu dibawa kepada ketua mereka bernama
Abdullah bin Salam: Ini adalah surat Muhammad kepada kita, anda bacalah kepada
kami, lalu Abdullah membacanya dan berkata kepada mereka: Apakah yang kamu
dapati di dalam surat ini? Mereka berkata: Kami dapati bukti (alamat)nya di
dalam Taurat. Jika inilah Muhammad yang diberitahu oleh Musa, Daud dan Isa a.s,
maka dia akan membekukan Taurat, menghalalkan kepada kita apa yang telah
diharamkan ke atas kita sebelumnya, sekiranya kita tetap di atas agama kita
adalah lebih baik bagi kita. Abdullah bin Salam berkata: Wahai kaum! Kamu telah
memilih dunia ke atas akhirat dan azab ke atas rahmat?
Mereka menjawab: Tidak. Abdullah
berkata: Kenapa kamu tidak mengikuti pendakwah Allah? Mereka berkata: Wahai Ibn
Salam! Kami tidak mengetahui bahawa Muhammad itu benar tentang apa yang
dikatakannya. Abdullah berkata: Jika begitu, kita akan bertanya kepadanya
tentang Pencipta dan makhluk-Nya, nasikh
dan mansuh. Sekiranya dia seorang nabi, maka dia akan menerangkan kepada kita
sebagaimana dilakukan oleh para nabi sebelumnya.
Mereka berkata: Wahai Ibn Salam!
Pergilah anda kepada Muhammad sehingga anda menentang percakapannya dan anda
lihat bagaimana dia memberi jawapan kepada anda. Abdullah berkata: Kamu adalah
kaum yang jahil. Sekiranya inilah Muhammad yang telah diberitahu kepada kita
oleh Musa, Daud dan Isa ibn Maryam, maka dia adalah penutup para nab. Jika
manusia dan jin berkumpul untuk memberi jawapan walaupun satu kalimat atau satu
ayat kepada Muhammad, nescaya mereka tidak mampu dengan izin Allah. Mereka
berkata: Anda memang benar wahai Ibn Salam, lantaran itu apakah muslihatnya?
Abdullah berkata: Aku akan mengguna Taurat, aku akan membawa Taurat kepadanya,
aku akan menyalin seribu empat masalah daripadanya. Setelah itu Abdullah bin
Salam berjumpa dengan Nabi s.a.w pada hari Isnin selepas solat subuh. Abdullah
berkata: Salam ke atas anda wahai Muhammad!.
Nabi s.a.w bersabda: Ke atas
mereka yang mengikut pertunjuk, rahmat Allah dan berkat-Nya. Siapakah anda?
Abdullah menjawab: Aku ialah Abdullah bin Salam daripada ketua-ketua Bani
Israel di kalangan mereka yang telah membaca Taurat dan aku adalah wakil kaum
Yahudi kepada anda. Bersamaku beberapa ayat daripada Taurat supaya anda
menerangkan kepada kami dan kami melihat anda daripada mereka yang baik-baik.
Nabi s.a.w bersabda: Segala puji bagi
Allah di atas nikmat-Nya wahai Ibn salam! Adakah anda datang kepada kami
sebagai seorang yang bertanya atau
sebagai seorang yang degil? Abdullah
menjawab: Sebagai seorang yang bertanya wahai Muhammad!. Baginda s.a.w.
bersabda: Adakah di atas kesesatan atau di atas pertunjuk? Abdullah menjawab:
Malah di atas pertunjuk wahai Muhammad!. Maka Nabi s.a.w bersabda: Bertanyalah
apa yang anda kehendaki. Abdullah berkata: Aku sedar wahai Muhammad! Beritahu
kepada aku tentang anda, adakah anda seorang nabi atau seorang rasul? Baginda s.a.w. bersabda: Aku adalah nabi dan
rasul sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Mukmin(40):78 “Di antara mereka ada yang kami ceritakan kepada mu dan di antara
mereka (pula)
ada yang kami tidak ceritakan kepada mu”.
Abdullah berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad! Beritahu kepadaku: adakah Allah telah bercakap kepada
anda sebelumnya? Baginda s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah
bercakap kepadanya melainkan secara wahyu atau di sebalik tabir. Abdullah
berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: adakah anda menyeru
kepada agama anda atau kepada agama Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Malah tidak
ada agama bagi aku selain daripada agama Allah.
Abdullah berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad! Beritahu aku: kepada siapakah anda dakwahkan? Baginda
s.a.w. bersabda: Kepada Islam dan Iman kepada Allah. Abdullah berkata: Apakah
Islam? Baginda s.a.w. bersabda: Syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang
Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan
rasul-Nya, sesungguhnya Kiamat akan berlaku tanpa syak. Sesungguhnya Allah akan
membangkitkan mereka yang berada di dalam kubur. Abdullah berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad!: Beritahu aku berapakah agama bagi Allah Tuhan semesta
alam? Baginda s.a.w. bersabda: Satu agama, Allah adalah satu, tiada sekutu
bagi-Nya. Abdullah berkata: Apakah agama Allah? Baginda s.a.w. bersabda: Islam.
Abdullah berkata: Adakah para nabi sebelum anda beragama dengannya? Baginda
s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Bagaimana dengan syariat-syariat?
Baginda s.a.w. bersabda: Syariat adalah bermacam-macam sebagaimana telah
berlalu kepada mereka yang terdahulu. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai
Muhammad!: Beritahu aku tentang syurga adakah mereka memasukinya dengan Islam
atau Iman atau amal?
Baginda s.a.w. bersabda: Di
antara mereka ada yang memasukinya dengan ketiga-tiganya iaitu bagi seorang
muslim, mukmin dan beramal. maka dia memasuki syurga dengan tiga amalan atau
dia seorang Nasrani atau seorang Yahudi, maka dia menjadi muslim beriman dengan
Allah, membuang kekafiran daripada hatinya, lalu dia meninggal dunia di
tempatnya tanpa meninggal mana-mana amalan, maka dia adalah daripada penghuni
syurga itu adalah iman tanpa amalan. Bagi seseorang Yahudi atau Nasrani yang
bersedekah atau melakukan infak kepada selain daripada zat Allah, maka dia
adalah di atas kekafiran dan kesesatan, menjadi penyembah makhluk bukan khalik.
Jika dia meninggal dunia di
atas agamanya, maka dia adalah di atas amalannya di neraka pada hari
Kiamat, kerana Allah tidak akan menerima
melainkan daripada mereka yang bertakwa. Abdulah berkata: Anda memang benar
wahai Muhammad! Beritahu aku adakah kitab diturunkan ke atas anda? Baginda
s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah berkata: Kitab yang mana satu? Baginda s.a.w.
bersabda: Furqan. Abdullah berkata: Kenapa Tuhan anda menamakannya dengan
Furqan? Baginda s.a.w. bersabda: Kerana ia mempunyai ayat-ayat dan surah-surah
yang berasingan diturunkan bukan secara alwah
(loh-loh) dan mashaf berbanding dengan Taurat, Injil dan Zabur yang
diturunkan sebahagiannya di alwah dan
kertas-kertas. Abdullah berkata: Anda
memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku: manakah permulaan al-Qur’an? Baginda
s.a.w. bersabda: Permulaan al-Qur’an adalah Bismillahi
r-Rahmani r-Rahim.
Abdullah berkata: Apakah
tafsir huruf Abjad Hawwaz? Baginda
s.a.w. bersabda: Al-Alif adalah aalaa’ Allah (nikmat Allah). Al-Ba’ adalah bahaa’ Allah (cahaya Allah). Al-Jim
adalah jamalu l-Lah (kecantikan
Allah). Al-Daal adalah dinu l-Lah (agama Allah). Al-Haa’ adalah al-Hawiyah (neraka). Al-Wau
adalah wailun li-ahli al-Nar
(celakalah bagi penghuni neraka). Adapun al-Zai
adalah zawiyah fi al-Nar (sudut neraka).
Abdullah berkata: Beritahu aku tentang empat
perkara yang Allah telah menjadikan mereka dengan tangannya? Baginda s.a.w.
bersabda: Allah telah menjadikan syurga Adan dengan tangan-Nya, menanam pokok
Tuba di syurga dengan tangan-Nya, menjadikan Adam a.s dengan tangan-Nya dan
menulis Taurat dengan tangan-Nya.
Abdullah berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad! Siapakah yang telah memberitahu anda semua ini? Baginda
s.a.w. bersabda: Jibrail. Abdullah berkata: Jibrail daripada siapa? Baginda
s.a.w. bersabda: Daripada Mikail.
Abdullah berkata: Mikail daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda:
Daripada Israfil. Abdullah berkata: Israfil daripada siapa? Baginda s.a.w.
bersabda: Daripada Lauh Mahfuz. Abdullah berkata: Lauh daripada siapa? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada al-Qalam. Abdullah berkata: Al-Qalam daripada siapa? Baginda s.a.w.
bersabda: Daripada Tuhan semesta alam. Abdullah berkata: Anda memang benar
wahai Muhammad.
Abdullah berkata:
Beritahu aku tentang Jibrail: adakah ia daripada jenis wanita atau lelaki. Baginda s.a.w. bersabda:
Daripada jenis lelaki, bukan daripada jenis wanita. Abdullah berkata: Apakah
makanan dan minumannya? Baginda s.a.w. bersabda: Makanannya adalah tasbih dan
minumannya adalah tahlil. Abdullah berkata: Anda memang benar. Abdullah
berkata: Beritahu aku berapakah panjangnya? Baginda s.a.w. bersabda: Ia seperti
malaikat lain. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ia mempunyai
lapan puluh perwatakan. Kisah Ja‘dah dan Hilal adalah di depannya, bersinar
cahayanya di kalangan malaikat seperti sinaran cahaya di malam yang gelap. Ia
mempunyai dua puluh empat sayap kehijauan yang disaluti permata delima dan dihiasi pula dengan mutiara serta di atasnya
kalung. Lapisannya adalah rahmat, butang bajunya adalah kekeramatan, belakangnya
adalah ketenangan, bulunya adalah kekuningan, dahi yang terang berhidung
mancung, berjanggut, berpendirian segak,
tidak makan dan minum, tidak jemu dan lupa. Dia melaksanakan perintah Allah
sehingga hari Kiamat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!
Abdullah berkata: Apakah satu,
apakah dua, apakah tiga, apakah empat,
apakah lima, apakah enam, apakah tujuh,
apakah lapan, apakah sembilan, apakah sepuluh, apakah sebelas, apakah dua belas, apakah tiga belas, apakah empat
belas, apakah lima belas, apakah enam belas,
apakah tujuh belas, apakah lapan belas, apakah sembilan belas,
apakah dua puluh, apakah dua puluh satu,
apakah dua puluh dua, apakah dua puluh tiga, apakah dua puluh empat, apakah dua
puluh lima, apakah dua puluh enam, apakah dua puluh tujuh, apakah dua puluh
lapan, apakah dua puluh sembilan, apakah tiga puluh, apakah empat puluh, apakah
lima puluh, apakah enam puluh, apakah tujuh puluh, apakah lapan puluh, apakah
sembilan puluh sembilan, dan apakah seratus?
Baginda s.a.w. bersabda: Ya, wahai Ibn
Salam! Adapun satu, maka ia adalah Allah Yang Satu, Perkasa, tiada sekutu
bagi-Nya, tiada teman wanita dan tiada mempunyai anak, menghidupkan dan
mematikan. Pada tangan-Nya kebaikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
Adapun dua, maka ia adalah Adam dan
Hawa, sepasang suami isteri di syurga iaitu sebelum mereka berdua dikeluarkan
daripadanya. Adapun tiga, maka ia adalah Jibrail, Mikail dan Israfil. Mereka
adalah ketua-ketua malaikat dan mereka di bawah perintah Tuhan semesta alam.
Adapun empat, maka ia adalah Taurat, Injil, Zabur dan Furqan. Adapun lima, maka
ia telah diturunkan ke atas aku dan umat aku lima solat yang tidak diturunkan
kepada mereka sebelum aku dan tidak difardukan ke atas umat selepas aku kerana
tiada nabi selepas aku. Adapun enam,
adalah Allah telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari. Adapun
tujuh, tujuh langit yang kukuh seperti firman-Nya Surah al-Naba’ (78):12 “Dan kami bangun di atas kamu tujuh langit
yang kukuh”. Adapun lapan ialah firman-Nya Surah al-Haqah (69):17 “Dan pada hari itu lapan malaikat membawa
Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka”.
Adapun sembilan firman-Nya di dalam
Surah al-Isra’ (11):101 “Sesungguhnya
kami telah memberi kepada Musa sembilan ayat (mukjizat) yang nyata”.
Adapun sepuluh ialah firman-Nya di dalam
Surah al-Baqarah (2):196)“Itulah sepuluh
(hari) yang sempurna”. Adapun sebelas adalah kata-kata Yusuf kepada bapanya
sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Yusuf ((12):4 “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai bapaku
sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang”.
Adapun dua belas, setiap tahun adalah
dua belas bulan, iaitu juga kata-kata Yusuf dalam Surah Yusuf (12):4 “matahari dan bulan ku lihat semuanya sujud kepadaku”
Adapun tiga belas, maka ia
adalah saudara-saudara Yusuf. Matahari dan bulan adalah ibu dan bapa. Empat
belas adalah empat belas lampu daripada cahaya yang tergantung di antara ‘Arasy
dan Kerusi, panjang setiap lampu sama dengan perjalanan seratus tahun. Lima
belas adalah al-Furqan yang diturunkan dalam masa lima belas hari secara mufassalat selain pada bulan Ramadhan yang diturunkan al-Qur’an
sebagai pertunjuk kepada manusia.
Enam belas adalah enam belas saf
malaikat berlingkar di sekeliling ‘Arasy sebagaimana firman-Nya di dalam Surah
al-Zumar(39): 79 “berlingkar di
sekeliling Arasy”
Tujuh belas adalah tujuh belas ialah nama-nama Allah yang
tertulis di antara syurga dan neraka. Tanpanya, maka neraka membakar mereka yang
berada di langit dan di bumi. Lapan belas adalah lapan belas hijab daripada
cahaya yang tergantung di antara Kerusi dan hijab-hijab. Tanpanya bukit-bukit
yang tinggi akan menjadi cair, manusia dan Jin akan terbakar akibat cahaya
Allah.
Abdullah berkata: Anda memang benar,
wahai Muhammad!. Baginda s.a.w. bersabda: Sembilan belas adalah Saqar
sebagaimana firman-Nya Surah al-Muddathir (74):28-30 “Saqar itu tidak meninggal dan tidak membiarkan. Pembakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga)”
Dua puluh adalah kerana Zabur diturunkan
kepada Daud dalam masa dua puluh hari selain daripada bulan Ramadhan[74].
Firman-Nya di dalam Surah al-Isra’ (17): 55
“Dan kami berikan Zabur kepada
Daud”
Dua puluh satu adalah hari kelahiran
Sulaiman bin Daud. Bukit-bukit bertasbih bersamanya. Dua puluh dua adalah hari pengampunan kepada Daud, dan hari Allah
melembutkan besi untuknya bagi membuat baju besi. Dua puluh tiga adalah hari
kelahiran Isa bin Maryam dan hari turunnya hidangan dari langit[75].
Dua puluh empat adalah hari Allah bercakap-cakap dengan Musa. Dua puluh lima
adalah hari Allah membelah laut untuk Musa dan Bani Israel. Dua puluh enam
Allah menurunkan Taurat kepada Musa. Dua puluh tujuh adalah hari ikan paus
memuntahkan Yunus dari perutnya. Dua puluh lapan Allah mengembalikan
penglihatan Ya‘qub. Dua puluh sembilan Allah mengangkat Idris ke tempat yang
tinggi. Tiga puluh adalah firman-Nya di dalam Surah al-A‘raf (7):142 “dan telah kami janjikan kepada Musa tiga
puluh malam dan kami sempurnakan jumlah itu dengan sepuluh,maka
sempurnalah waktu yang telah ditentukan
Tuhannya empat puluh malam”
Lima puluh adalah lima puluh hari
bersamaan lima puluh ribu tahun. Enam puluh adalah kerana bumi mempunyai enam
puluh jenis. Tujuh puluh adalah kerana Musa telah memilih tujuh puluh orang
lelaki. Lapan puluh adalah kerana peminum arak disebat lapan puluh kali selepas
ia diharamkan. Sembilan puluh sembilan adalah firman-Nya Surah al-Sad (38):23 “Sesungguhnya saudaraku ini mempunyai sembilan
puluh sembilan ekor kambing”
Seratus adalah firman-Nya Surah
al-Nur(24): 2 “Perempuan yang berzina dan
lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari kedua-duanya seratus
sebatan”
Abdullah berkata: Anda memang
benar, wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Adam: bagaimana dia diciptakan dan
daripada apakah diciptakannya?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya,
sesungguhnya Allah s.w.t dengan segala pujian terhadap-Nya, Maha Suci
nama-nama-Nya dan tiada tuhan selain daripada-Nya yang telah menciptakan Adam
daripada tanah. Tanah yang berasasl daripada buih dan buih dari ombak. Manakala
ombak berasal dari laut dan laut dari kegelapan. Kegelapan daripada cahaya dan
cahaya daripada huruf dan huruf daripada ayat. Ayat daripada bentuk dan bentuk
daripada delima dan delima dari kun
dan kun dari tiada sesuatu (la syai’).
Abdullah berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapakah malaikat bagi seorang hamba Allah?
Baginda s.a.w. bersabda: Setiap orang hamba mempunyai dua malaikat. Satu
malaikat di kanannya dan satu malaikat di kirinya. Pada kanannya menulis
kebaikan sementara pada kirinya menulis kejahatan. Abdullah berkata: Di manakah
tempat duduk dua malaikat, apakah al-Qalam
mereka berdua, bekas dakwat mereka berdua dan lauh mereka berdua?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Tempat duduk
mereka berdua adalah di atas kedua bahunya, al-Qalam
mereka berdua adalah lidahnya, bekas dakwat mereka berdua adalah kerongkongnya.
Dakwat mereka berdua adalah air liurnya. Lauh
mereka berdua adalah hatinya. Mereka menulis amalan-amalan seseorang hamba
sehingga kematiannya. Allah berfirman Surah al-Isra’ (17):14 “Bacalah kitabmu dan cukuplah dirimu pada waktu itu sebagai
penghisab terhadapmu”.
Sifat Al-Qalam
dan Lauh Mahfuz
Abdullah berkata: Anda memang benar
wahai Muhammad! Beritahu kepada aku apakah Allah menjadikan selepas itu?
Baginda s.a.w. bersabda: Al-Nun dan al-Qalam[76]. Abdullah berkata: Apakah tafsir al-Nun dan al-Qalam? Baginda s.a.w. bersabda: Al-Nun adalah Lauh Mahfuz dan al-Qalam
adalah cahaya yang terang sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qalam
(68):1“Al- Nun, demi al-Qalam dan apa
yang mereka tulis”. Abdullah
berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku berapakah panjangnya,
lebarnya, apakah dakwatnya dan tempat mengalirnya?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Panjang al-Qalam adalah lima ratus tahun
perjalanan dan lebarnya pula lapan puluh tahun perjalanan, ia mempunyai lapan
puluh mata. Dakwat keluar di celah-celahnya pada Lauh Mahfuz dengan perintah
Allah dan kekuasaan-Nya. Abdullah
berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Lauh Mahfuz
apakah ia? Baginda s.a.w. bersabda: Dari Zamrud hijau, di tepinya dilekatkan
mutiara dan batangnya adalah rahmat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu
aku berapa detik bagi Tuhan semesta alam di Lauh Mahfuz setiap hari dan malam?
Baginda s.a.w. bersabda: Tiga ratus enam puluh detik[77].
Abdullah berkata: Anda memang benar
wahai Muhammad! Beritahu aku apakah sifat biji (habbatan) yang diturunkan
bersama Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Sebesar telur ayam yang besar.
Abdullah berkata: Apakah Adam buat dengan biji bersamanya? Baginda s.a.w.
bersabda: Ia telah diturunkan bersama Adam dari syurga dan dipotong kepada enam
ratus potongan, maka Adama a.s. telah menanamkan biji itu. Setelah itu
tumbuhlah gandum dan biji-bijian yang lain. Abdullah berkata: Di manakah Adam
diturunkan? Rasulullah s.a.w. bersabda:
Di India. Abdullah berkata: (Dimanakah) Hawa’ (diturunkan)? Baginda s.a.w.
bersabda: Di Jeddah. Abdullah berkata: Iblis?. Baginda s.a.w. bersabda: Di
Isfahan. Abdullah berkata: Ular? Baginda
s.a.w. bersabda: Di Saqtariy.
Abdullah berkata: Apakah pakaian Adam
ketika diturunkan dari syurga? Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga helai daun dari
daun syurga, satu dijadikan sarung, satu diletak di tubuhnya dan satu lagi
dililit di kepalanya. Abdulah berkata: Apakah pakaian Hawa’? Baginda s.a.w.
bersabda: Rambutnya sehingga sampai ke tanah. Abdullah berkata: Di manakah
mereka berdua bertemu? Rasulullah s.a.w. bersabda: Di ‘Arafat. Abdullah
berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang rumah pertama
dibina oleh Allah di bumi? Baginda s.a.w. bersabda: Rumah di Makkah sebagaimana
firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3):96 “Sesungguhnya
rumah yang pertama dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah
di Makkah yang diberkati dan menjadi petunjuk kepada semua manusia”. Abdullah berkata: Anda memang
benar wahai Muhammad! Beritahu aku: adakah Adam diciptakan daripada Hawa’ atau
hawa’ diciptakan daripada Adam?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Hawa’
diciptakan daripada Adam, jika Adam diciptakan daripada Hawa’, nescaya talak
berada di tangan wanita bukan di tangan lelaki. Abdullah berkata:
Keseluruhannya atau sebahagiannya? Beliau bersabda: Sebahagiannya, jika Hawa’
diciptakan keseluruhannya (berasal dari
Adam a.s.), nescaya kuasa hukuman (al-Qadha’)
dibolehkan kepada wanita sebagaimana lelaki. Abdullah berkata: Adakah daripada
zahirnya atau daripada batinnya? Baginda s.a.w. bersabda: Malah daripada
batinnya. Jika ia diciptakan daripada zahirnya, nescaya wanita boleh
mendedahkan (sebahagian badan) sebagaimana lelaki, justeru itu wanita perlu menutup
auratnya.
Abdullah berkata: Adakah dari kanan Adam
atau dari kirinya? Baginda s.a.w. bersabda: Malah dari kirinya, jika Hawa
diciptakan dari kanan Adam a.s., nescaya bahagian (warisan) lelaki dan wanita
adalah sama. Dalam perkara ini, lelaki
berhak dua bahagian dan bagi wanita satu bahagian. Dua orang wanita menyamai
seorang lelaki. Abdullah berkata: Di tempat manakah Hawa’ diciptakan daripada
Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Daripada tulang rusuk kirinya.
Abdullah berkata: Siapakah yang menduduki
bumi sebelum Adam? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jin. Abdullah berkata: Sebelum
Jin? Baginda s.a.w. bersabda: Malaikat. Abdullah berkata: Sebelum malaikat?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Adam[78].
Abdullah berkata: Berapakah masa di
antara Jin dan malaikat? Baginda s.a.w. bersabda: Tujuh ribu tahun. Abdullah
berkata: Di antara malaikat dan Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Dua juta tahun.
Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad! Beritahu aku tentang Adam:
adakah dia telah mengerjakan haji? Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya. Abdullah
berkata: Siapakah yang telah mencukur kepala Adam? Baginda s.a.w. bersabda:
Jibrail. Abdullah berkata: Siapakah yang telah mengkhatankan Adam? Baginda
s.a.w. bersabda: Berkhatan dengan sendirinya. Abdullah berkata: Siapakah yang
berkhatan selepas Adam? Baginda s.a.w. bersabda: Ibrahim al-Khalil. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!.
Abdulah berkata: Beritahu aku tentang
satu tempat yang telah disinari cahaya matahari sekali sahaja dan ia tidak akan
menyinarinya lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Ketika Musa memukul laut dengan tongkatnya, maka laut
terbelah kepada dua belas potongan. Matahari
menyinari tempatnya (tanahnya). Allah menenggelamkan Fir‘aun dan bala
tenteranya, laut bercantum semula. Matahari tidak menyinari lagi tempat itu
sehingga hari Kiamat. Abdullah berkata: Anda memang benar wahai Muhammad!
Abdullah berkata: Beritahu aku
tentang rumah yang mempunyai dua belas pintu yang darinya dikeluarkan dua belas
rezeki untuk dua belas orang lelaki? Baginda s.a.w. bersabda: Setelah Musa
a.s. memasuki laut, dia menemui satu
batu besar berwarna putih. Bentuknya empat persegi seperti rumah. Pada saat
itu, Bani Israil dalam keadaan dahaga. Mereka membangkitkan keadaan itu kepada
Musa a.s. Musa a.s. memukul batu itu dengan tongkatnya. Maka keluarlah
daripadanya dua belas pancutan mata air daripada dua belas pintu.
Muhammad
Bin Muslim al-Thaqafi, Hadisnya dan
Kezuhudannya
Ja‘far
bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu aku daripada Ja‘far bin Muhammad
bin Mas‘ud daripada bapanya Muhammad bin Mas‘ud al-‘Iyasyi berkata: Aku telah
bertanya kepada Abdullah bin Muhammad bin Khalid daripada Muhammad bin Muslim,
berkata: Muhammad bin Muslim al-Thaqafi adalah seorang lelaki yang mulia. Abu
Ja‘far a.s berkata kepadanya: Anda bertawaduklah wahai Muhammad!. Ketika
Muhammad pulang ke Kufah, dia mengambil satu karung buah kurma bersama
penimbang, lalu duduk di pintu Masjid Jamik di Kufah.
Dia memanggil orang ramai kepadanya.
Mereka datang kepadanya seraya berkata: Anda telah menggemparkan kami. Muhammad
berkata: Sesungguhnya maulaku telah
memerintah aku melakukan sesuatu. Maka aku tidak akan menyalahinya, aku tidak
akan berhenti sehingga aku selesai menjual apa yang ada di dalam karung ini.
Orang ramai berkata kepadanya: Jika anda ingin meneruskan kerja niaga, maka
duduklah bersama tukang-tukang kisar angin. Anda sediakan kisaran dan unta.
Muhammadpun melakukan kerja mengisar.
Abu Muhammad bin Abdullah bin Khalid al-Barqi
menyebutkan bahawa Muhammad bin Muslim al-Thaqafi adalah seorang yang
terkenal dengan amal ibadat pada zamannya[79].
Ja‘far bin Muhammad telah memberitahuku
daripada Ahmad bin Syadhan bin Na‘im daripada Fadhl bin Syadhan, berkata: Bapa
aku telah memberitahuku daripada sebilangan sahabat kita, Harun bin Musa telah
memberitahu aku daripada Ali bin Muhammad bin Ya‘qub daripada Ali bin al-Hasan
bin Ali bin Fadhdhal daripada Ja‘far Muhammad bin Hakim daripada bapanya
Muhammad bin Hakim yang menjadi sahabatnya. Abu Muhammad berkata: Namanya telah
dipadamkan dari buku bapa aku. Mereka berdua berkata: Kami telah melihat Syarik berdiri di dinding polan, salah seorang daripada kami
berkata kepada sahabatnya: Adakah anda menjauhkan diri daripada Syarik?
Maka kami datang kepada Syarik dan
memberi salam kepadanya. Syarik membalas salam kami. Kami berkata: Wahai Abu
Abdullah (Syarik), kami ada pertanyaan. Syarik berkata: Tentang apa? Kami
berkata: Tentang solat. Syarik berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati
kamu. Kami berkata: Kami tidak mahu anda
berkata: Seseorang berkata begini dan seseorang lain berkata begitu. Apa yang
kami mahu ialah anda sandarkannya kepada Nabi s.a.w. Maka Syarik berkata:
Tidakkah ia tentang solat? Kami berkata: Ya. Syarik berkata: Tanyalah. Kami
berkata: Berapakah jarak wajib memendekkan (qasr)
solat? Syarik berkata: Ibn Mas‘ud berkata: Janganlah kamu tertipu dengan orang
ramai kita ini. Syarik berkata: Seseorang berkata (begini). Maka kami berkata:
Kami telah mengecualikan anda supaya tidak bercakap melainkan jawapan itu
datang daripada Nabi s.a.w.
Syarik berkata: Demi Allah, sesungguhnya
ia adalah suatu keburukan seorang syeikh bertanya tentang persoalan tentang
solat daripada Nabi s.a.w sedangkan dia tidak ada sesuatu di sisinya, lebih
buruk lagi jika dia berbohong ke atas Rasulullah s.a.w. Kami berkata: Persoalan
lain? Syarik berkata: Tidakkah ia tentang solat? Kami berkata: Ya. Syarik
berkata: Tanyalah. Kami berkata: Di atas siapakah wajibnya Jumaat? Syarik
berkata: Persoalan telah berulang kerana aku tidak ada sesuatu (jawapan yang
bersandarkan) daripada Rasulullah s.a.w. Maka kami pun mahu pulang. Syarik
berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan bertanya soalan seperti ini melainkan di
sisi kamu seorang yang berilmu.
Kami menjawab: Ya, Muhammad
bin Muslim al-Thaqafi telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ali daripada
bapanya daripada datuknya daripada Nabi s.a.w. Lalu Syarik berkata: Al-Thaqafi
yang berjanggut panjang? Kami berkata: Ya. Syarik berkata: Dia adalah seorang
yang beramanah tentang hadis, tetapi mereka berkata: Dia juga adalah keras
orangnya. Syarik berkata: Apakah mereka telah meriwayatkan? Kami berkata:
Mereka telah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa sesungguhnya taqsir solat boleh dilakukan apabila
cukup dua Barid [80].
Apabila cukup lima orang, maka seorang daripada mereka menjadi imam solat dan
mereka hendaklah menjamakkannya[81].
Beberapa orang sahabat kita telah
memberitahu aku daripada Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu
Abdullah daripada sebahagian daripada sahabat daripada Abdullah bin Abd
al-Rahman al-Assam daripada Madlaj daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku
telah keluar ke Madinah dalam keadaan sakit tenat. Ada orang berkata: Muhammad
bin Muslim sakit tenat. Maka Abu Ja‘far a.s. mengutus kepada aku minuman yang
ditutupi dengan kain sapu tangan berserta seorang hamba lelakinya. Hamba itu
telah memberikannya kepada aku.
Hamba itu berkata: Minumlah kerana aku
dierintahkan supaya aku tidak pulang
sehingga anda meminumnya. Aku pun mengambilnya, maka aku dapati bauan
harum daripadanya. Minuman yang sedap dan sejuk. Apabila aku meminumnya, hamba
itu berkata kepada ku: Abu Ja‘far a.s berkata kepada aku apabila anda telah
meminumnya, maka datanglah kepada aku. Aku memikir apa yang Abu Ja‘far a.s.
katakan kepadaku kerana aku masih tidak mampu berdiri. Apabila minuman berada
di dalam perutku, aku seolah-olah terlepas daripada ikatan, maka aku pun sampai
di pintu Abu Ja‘far. Aku memohon izin daripadanya. Abu Ja‘far a.s. berkata:
Masuklah, masuklah. Aku masuk sambil menangis. Aku memberi salam serta mencium
tangan dan kepalanya. Abu Ja‘far a.s. berkata kepadaku: Apakah yang membuatkan
anda menangis wahai Muhammad?
Aku berkata: Aku jadikan diri aku
sebagai tebusan anda. Aku menangis kerana aku berjauhan dari negeri aku (Ightirabi), menghadapi kesusahan hidup dan kurang mampu berdamping
dengan maqam di sisi anda dan melihat anda. Abu Ja‘far a.s. berkata kepadaku: Mengenai kurang mampunya anda
(qillatu l-Maqdirah), adalah kerana Allah telah menjadikan para wali-Nya dan mereka yang
mencintai kami sedemikian. Dia telah menjadikan bala kepada mereka lebih cepat
(sari’an). Adapun berjauhan dari
negeri anda, maka bagi anda kepada Abu Abdullah a.s menjadi ikutan kerana
beliau berada di negeri yang jauh daripada kita iaitu di Furat (Iraq). Mengenai
kesusahan hidup yang anda sebutkan itu, adalah kerana mukmin di dunia ini
sebagai gharib (perantau). Makhluk
ini menjadi terbalik sehingga dia keluar dari dunia ini kepada rahmat Allah.
Mengenai cinta anda berdamping dengan kami dan melihat kami, sesungguhnya anda tidak mampu
melakukannya kerana Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam hati anda.
Allah akan memberi ganjaran yang sewajarnya kepada anda mengenainya[82].
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu
aku daripada Muhammad bin a-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim
daripada Ibn Abu Umair sesungguhnya Hisyam bin Salim telah berkata kepadanya:
Aku dan Zararah tidak pernah berselisih faham melainkan kami mendatangi
Muhammad bin Muslim. Kami bertanya kepadanya tentang sesuatu sehingga beliau
berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata tentangnya sedemikian dan Abu Abdullah
a.s telah berkata tentangnya sedemikian[83].
Abu Abdullah a.s. di dalam hadisnya yang
panjang bahawa al-Mansur telah berkata kepadanya: Beritahu aku sebuah hadis
tentang kelebihan datuk anda yang tidak pernah diberitahu oleh orang ramai? Abu
Abdullah a.s berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada bapanya daripada
datuknya berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku dinaikkan ke langit
pada waktu malam yang kadar perjalanannya satu hari, maka penglihatan aku
dipertingkatkan seperti penunggang melihat sesuatu menerusi lubang jarum.
Tuhanku telah berjanji (‘ahida) kepadaku dengan beberapa kalimat
tentang Ali a.s. Allah berfirman di dalam hadis kudsi: Wahai Muhammad !. Maka
aku bersabda: Labbai-ka ya Rabb! Dia
berfirman: Sesungguhnya Ali adalah Amir al-Mukminin, Imam para muttaqin, Pemimpin kepada muka-muka yang berseri, Ya‘sub (ketua) kepada mukminin. Harta
adalah ya‘sub bagi orang yang zalim
iaitu kalimat yang aku mewajibkannya ke atas para muttaqin tentang Ali kerana mereka lebih berhak dengannya dan
mereka adalah ahlinya. Justeru itu, berilah berita gembira ini kepadanya
(Ali). Abu Abdullah a.s berkata:
Kemudian Nabi s.a.w menyampaikan berita itu kepada Ali a.s, lantas Ali a.s
berkata: Wahai Rasulullah! Aku disebut juga di sana? Baginda s.a.w bersabda:
Ya. Sesungguhnya anda disebut di tempat yang tinggi. Al-Mansur berkata:
Demikianlah itu kelebihan Allah, Dia memberi kepada siapa yang Dia kehendaki.
Hadis Daud al-Raqiy Dengan Seorang
Khawarij
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad
bin al-Hasan al-Saffar dan al-Hasan bin Mattil daripada Ibrahim bin Hasyim
daripada Ibrahim bin Muhammad al-Hamdani daripada al-Salami daripada Daud
al-Raqiy berkata: Seorang lelaki Khawarij telah bertanya kepada aku tentang
firman Allah s.w.t Surah al-An‘am(6):143-4 “Sepasang
dari biri-biri dan sepasang dari kambing” sehingga firman-Nya “ sepasang dari unta dan sepasang dari lembu”.
Apakah yang telah dihalalkan Allah
daripadanya? Dan apakah yang telah diharamkan Allah daripadanya? Al-Raqiy berkata: Aku tidak
mempunyai pengetahuan mengenainya. Ketika aku mengerjakan haji dan bertemu
dengan Abu Abdullah a.s. Aku berkata: Aku jadikan diri aku sebagai tebusan
anda, sesungguhnya seorang lelaki Khawarij telah bertanya kepadaku tentang
“perkara tersebut”. Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t telah
menghalalkan di Mina bagi biri-biri dan kambing ternakan (al-Ahliyyah) untuk dijadikan binatang korban. Allah mengharamkan
biri-biri dan kambing jenis liar (al-Jabaliyyah)
sebagaimana firman-Nya “sepasang dari
biri-biri dan sepasang dari kambing”. Dan sesungguhnya Allah s.w.t telah
menghalalkan di Mina unta jenis al-‘Arab untuk dijadikan binatang korban dan
Allah mengharamkan padanya jenis al-Bakhati.
Allah menghalalkan lembu ternakan (al-Ahliyyah),
dan mengharamkan lembu liar (al-Jabaliyyah)
sebagaimana firman-Nya “sepasang dari
unta dan sepasang dari lembu”. Al-Raqiy berkata: Maka aku pun kembali
kepada sahabatku yang bertanya. Aku memberitahunya dengan jawapan tersebut. Dia
berkata: Ini adalah perkara yang ditanggung oleh unta di Hijaz[84].
Hadis
Abu al-Hasan Musa Bin Ja’far A.S Dengan Harun al-Rasyid
Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada
Ahmad bin Idris daripada Ahmad bin Idris daripada Muhammad bin Ahmad bin
Muhammad bin Ismail al-‘Alawi berkata: Muhammad bin Zaburkhan al-Damighani syeikh telah memberitahu aku bahawa dia
berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s berkata: Harun al-Rasyid telah
memerintahkan mereka supaya membawaku kepadanya. Maka aku berjumpa dengannya
dan memberi salam kepadanya, tetapi al-Rasyid tidak menjawab salam aku.
Aku melihatnya begitu marah. Al-Rasyid
mencampakkan scroll kepadaku dan
berkata: Bacalah. Maka aku dapati padanya mengenai firman Allah s.w.t yang
menyangkut pelepasan aku (bara’ati)
daripadanya sebagaimana berikut:
Sesungguhnya Musa bin Ja‘far telah
memungut Kharaj di seluruh negara daripada pelampau-pelampau syi‘ah yang
percayakan kepimpinannya sebagai kepercayaan agama. Mereka menyangka bahawa
Musa a.s. telah mewajibkannya ke atas mereka sehingga Allah mewariskan bumi ini
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Mereka menyangka bahawa jika seseorang
tidak menyerahkan zakat kepada para Imam, mengerjakan solat tanpa mengakui
imamahnya. Mengerjakan haji bukan dengan izin imam, tidak berjihad dengan
perintah imam, tidak menyerahkan harta rampasan kepada imam, bahkan tidak
mengutamakan para imam di atas semua makhluk dan mewajibkan ketaatan kepada
mereka seperti ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada rasul-Nya, maka dia
adalah kafir. Halal darahnya. Dalam surat itu juga mengandungi perkara-perkara
yang tidak sedap didengar seperti Mut‘ah tanpa saksi dan penghalalan kemaluan (furuj) dengan perintahnya sekalipun
dengan satu dirham, pelepasan diri daripada Salaf, melaknat mereka di dalam
solat, mereka menyangka bahawa siapa
yang melepaskan dirinya daripada mereka, maka tercerailah isterinya
daripadanya.
Dan siapa yang melengah-lengahkan solat
sehingga akhir waktunya, maka tidak ada solat baginya kerana firman Allah s.w.t
Surah Maryam(19): 59 “mereka
mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui
kesesatan”. Mereka menyangka bahawa terdapat satu lembah di neraka
Jahanam...Surat itu adalah panjang, aku berdiri membacanya sedangkan beliau
(Harun) diam. Kemudian Al-Rasyid mengangkat kepalanya dan berkata: Anda telah
selesai membacanya. Berilah pendapat anda mengenainya. Maka aku berkata: Wahai
Amir al-Mukminin, demi Yang telah mengutus Muhammad s.a.w dengan kenabian
sesungguhnya tiada seorang pun yang telah membawa kepada aku walaupun satu
dirham atau satu dinar sebagai Kharaj.
Tetapi kami daripada keluarga Abu Talib
menerima hadiah yang telah dihalalkan Allah
s.w.t kepada Nabi-Nya s.a.w sebagaimana dalam sabdanya: Jika aku
dihadiahkan dengan betis binatang (kura’),
nescaya aku menerimanya …” Amir al-Mukminin telah mengetahui tentang kesempitan kami
mengenainya, betapa ramainya musuh kami, penahanan khums kami oleh Salaf yang
telah disebutkan di dalam al-Qur’an tentang hak kami. Perkara ini telah menyempitkan
keadaan kami, sedangkan sedekah diharamkan ke atas kami. Justeru itu, Allah
s.w.t. telah menggantikan sedekah dengan khums kepada kami. Lantaran itu, kami
terpaksa menerima hadiah. Semuanya itu telah diketahui oleh Amir al-Mukminin.
Setelah hujah aku selesai, dia terdiam. Kemudian aku berkata: Jika aku fikir
Amir al-Mukminin membenarkan sepupunya (ibn
‘amm-hi) mengemukakan hadis
daripada bapa-bapanya daripada Nabi s.a.w seolah-olah dia telah mendapat harta
rampasan perang, maka dia akan melakukannya.
Al-Rasyid berkata: Anda dibenarkan dan
silakan. Aku berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada datuk aku secara marfu’ kepada Nabi s.a.w bahawa
sesungguhnya rahim apabila tersentuh rahim, maka ia bergerak dan gementar.
Sekiranya anda izin supaya aku memegang tangan anda. Maka Al-Rasyid memberi
isyarat dengan tangannya kepada aku. Dia berkata: Tampil ke sini!. Maka aku
menghampirinya. Lalu beliau berjabat tangan denganku dan menarik aku kepadanya
seketika. Kemudian dia berpisah
daripadaku dengan dua matanya yang berlinang. Dia berkata kepada aku: Duduklah, Musa anda
tidak ada apa-apa bahawa anda memang benar dan memang benar datuk anda dan
memang benar Nabi s.a.w .
Sesungguhnya darah aku bergerak dan urat
saraf aku gementar dan ketahuilah bahawa sesungguhnya anda adalah daging aku dan darah aku. Sesungguhnya apa
yang anda telah memberitahu kami adalah benar. Aku ingin bertanyakan anda satu
soalan. Jika anda memberi jawapan kepadaku. Aku mengetahui bahawa anda telah
membenarkan kata-kataku dan aku melepaskan anda. Aku akan menghubungi anda. Aku
tidak akan percaya lagi apa yang dikatakan orang ramai tentang anda. Aku
berkata: Apa yang aku tahu aku akan memberi jawapan kepada anda.
Beliau berkata: Kenapa anda tidak
melarang syi‘ah anda daripada kata-kata mereka kepada anda:Ya Ibn Rasulillah! (Wahai anak lelaki Rasulillah) sedangkan anda
adalah anak lelaki Ali dan Fatimah. Sesungguhnya Fatimah adalah ibu. Anak
(ldinisbahkan kepada bapa dan bukan
kepada ibunya?
Aku berkata: Jika Amir al-Mukminin izin
dan akan memaafkan aku bagi jawapan ini,
maka aku akan menjawabnya.
Al-Rasyid berkata: Aku tidak akan
melakukannya atau menyahuti jawapan itu. Aku berkata: Aku di dalam keamanan
anda supaya anda tidak mengenakan sebarang tindakan kekuasaan ke atasku?.
Al-Rasyid berkata: Keamanan buat anda. Aku berkata: Aku mohon perlindungan
daripada Syaitan yang direjam, dengan nama Allah Yang amat Pemurah lagi
Pengasih. Firman-Nya di dalam Surah al-An‘am(6):84-5 “Dan kami telah menganugrahkan Ishak dan Ya‘qub kepadanya.Kepada keduanya
masing-masing kami telah memberi petunjuk, dan kepada Nuh sebelum itu juga kami
telah memberi petunjuk dan kepada sebahagian daripada keturunannya (Nuh)
iatu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah kami memberi
balasan kepada orang yang berbuat baik, dan Zakaria,Yahya,Isa dan Ilyas.
Semuanya termasuk orang-orang yang soleh”.
Siapakah bapa Isa? Al-Rasyid berkata: Ia
tidak mempunyai bapa kerana ia dijadikan daripada kalam Allah s.w.t dan Roh
Kudus. Aku berkata: Sesungguhnya Isa dikaitkan dengan zuriat para nabi a.s di
pihak Maryam maka kami dikaitkan dengan zuriat para nabi di pihak Fatimah
a.s bukan daripada pihak Ali a.s.
Al-Rasyid berkata: Bagus wahai Musa,
beritahu aku lagi perkara seumpamanya? Aku berkata: Umat sama ada yang
baiknya dan yang jahatnya telah
bersepakat bahawa hadis Najrani ketika Nabi s.aw menyerunya untuk bermubahalah.
Pada ketika itu, tidak masuk di dalam al-Kisa’ (kain) selain daripada Nabi
s.a.w, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s, Allah s.w.t berfirman di dalam
Surah Ali Imran (3): 61 “Siapa yang
membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu “Mari kita memanggil anak
anak kami(abna-ana), wanita-wanita kami (nisaana)dan wanita-wanita kamu (nisaa-kum),diri kami (anfusa-na) dan diri kamu (anfusa-kum)”. Pengertian abnaa-na adalah al-Hasan dan al-Husain, nisaa-na adalah Fatimah dan anfusa-na adalah Ali bin Abu Talib a.s.
Al-Rasyid berkata: Bagus wahai Musa.
Beritahuku tentang kata-kata anda: Paman atau bapa saudara sebelah bapa (al-‘Ammu) tidak menerima pusaka jika ia
bersama anak lelaki sebenar( walad al-Sulbi) si mati.
Aku berkata: Aku pohon dengan hak Allah
dan hak rasul-Nya supaya anda memaafkan
aku dari takwilan ayat ini dan mendedahkannya
kerana ia tersembunyi di sisi para ulama.
Al-Rasyid berkata: Sesungguhnya anda
telah memberi jaminan kepada aku untuk menjawab soalan aku dan aku tidak akan
memaafkan anda.
Aku berkata: Jamin keamanan untuk
aku? Al-Rasyid berkata: Aku menjamin
keamanan anda.
Aku berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w
tidak mewariskan harta kepada mereka yang mampu berhijrah tetapi mereka tidak
berhijrah. Bapa saudara aku (‘ammi)
al-Abbas telah mampu berhijrah tetapi dia tidak berhijrah. Sesungguhnya dia
adalah di kalangan orang tawanan di sisi Nabi s.a.w. Dia juga telah mengingkari
pembayaran wang tebusan (al-Fida’)
untuk dirinya. Justeru itu, Allah telah berfirman kepada Nabi s.a.w
memberitahunya tentang penyimpanan emas yang dilakukan oleh al-Abbas. Baginda s.a.w telah mengutus Ali a.s, lalu
dia mengeluarkannya di sisi Ummi
al-Fadhl. Baginda s.a.w. telah memberitahu al-Abbas tentang apa yang telah
diberitahu Jibrail daripada Allah s.w.t.
Lantaran itu, Baginda s.a.w. telah
membenarkan Ali a.s dan memberitahunya tentang tempat yang ditanamnya. Al-Abbas
berkata kepada Nabi s.a.w ketika itu: Wahai anak saudaraku! Supaya aku tidak hilang lebih banyak lagi
daripada anda, maka aku naik saksi bahawa anda adalah Rasulullah, Tuhan seluruh
alam semesta. Ali a.s membawa emas
tersebut. Al-Abbas berkata: Tidakkah
anda telah membuatkan aku menjadi fakir wahai anak saudaraku? Maka Allah
berfirman di dalam Surah al-Anfal (8):70 “Jika
Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan
kepadamu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil daripadamu dan Dia
akan mengampuni kamu” Dan firman-Nya di dalam Surah al-Anfal (8):72 “dan orang-orang yang beriman,tetapi belum
berhijrah,maka tidak berkewajiban sedikitpun ke atasmu melindungi mereka sebelum mereka berhijrah”.
Kemudian Dia berfirman “Jika mereka meminta pertolongan kepadamu
dalam urusan agama, maka kamu wajib memberi pertolongan”, maka aku telah
melihatnya berpuas hati mengenainya.
Kemudian Al-Rasyid berkata: Beritahu aku
dari manakah anda berkata: Sesungguhnya manusia akan dimasuki kerosakan (yadkhulu-hu al-Fasad) dari pihak wanita jika khums tidak dibayar kepada mereka yang berhaknya?
Aku berkata: Aku akan memberitahu anda,
wahai Amir al-Mukminin, dengan syarat anda tidak mendedahkan perkara ini kepada
sesiapapun selama aku masih hidup sekalipun kepada orang yang terdekat. Allah telah membezakan di antara kami dan
mereka yang telah menzalimi kami, perkara ini tidak pernah disoal oleh seorang
pun di kalangan pemerintah selain daripada Amir al-Mukminin.
Aku berkata: Aku tidak pernah ditanya
dan begitu juga dengan Abu Abdullah Ja‘far bin Muhammad tidak pernah ditanya
mengenainya.
Al-Rasyid berkata: Allah. Aku pun berkata:
Allah.
Al-Rasyid berkata: Jika sampai kepadaku
pendedahan ini sama ada daripada anda atau daripada seorang daripada keluarga
anda, maka aku akan menarik balik jaminan keamanan yang aku telah berikan kepada
anda.
Aku berkata: Anda boleh melakukannya
kepada aku.
Maka Al-Rasyid berkata kepadaku: Aku
suka jika anda menulis untuk aku kata-kata ringkas, mengandungi usul dan furu’, difahami tafsirnya yang anda
telah mendengarnya daripada Abu Abdullah a.s?
Aku berkata: Ya! Di atas tanggung jawab
aku, wahai Amir al-Mukminin. Al-Rasyid
berkata: Apabila anda selesai melakukannya, maka beritahu kami keperluan anda.
Musa a.s. berkata: Al-Rasyid telah
mewakilkan kepadaku seorang lelaki yang menjaga aku dan menghantar kepada aku
satu hidangan makanan pada setiap hari, maka aku menulis seperti berikut:
Bismillahi
r-Rahmani r-Rahim. Semua urusan dunia terbahagi kepada dua. Pertama:
Perkara yang tidak ada khilaf tentangnya, iaitu ijmak umat secara darurat. Mereka terpaksa melakukannya. Setiap syubhah
dan setiap peristiwa yang berlaku hendaklah dibentangkan kepada hadis-hadis
yang disepakati dan diistinbatkan daripadanya. Kedua: Perkara yang mengandungi syak dan
ingkar. Caranya ialah meminta keterangan daripada pakar mengenainya. Apa yang
telah tetap (thabata) bagi
pengikut-pengikutnya daripada kitab yang disepakati takwilnya atau daripada
Sunnah Nabi s.a.w yang tidak ada khilaf
padanya, maka mereka boleh beramal dengannya. Adapun kias di mana akal mengetahui
penyelewengannya, hendaklah mereka
menolaknya.
Adapun
perkara yang belum tetap (lam
yathbut) bagi pengikut-pengikutnya sebagai hujah daripada kitab yang
disepakati takwilnya atau daripada Sunnah Nabi s.a.w yang
tidak ada khilaf mengenainya atau kias di mana akal mengetahui
penyelewengannya, maka mereka wajib
menolaknya kerana ia akan meluaskan
perasaan syak dan ingkar ke atas umat secara umum dan khusus. Demikianlah dua
perkara ini yang merupakan sebahagian daripada urusan Tauhid, maka apa yang
selain daripadanya, buangkanlah. Adapun perkara yang telah tetap buktinya
kepada anda, maka anda ambillah. Dan apa yang kabur cahayanya kepada anda, maka
anda buangkanlah, La Quwwata illa bi
l-Lah wa Hasbu-na l-Lah wa Ni’ma l-Wakil.
Kemudian aku telah memberitahu wakil tersebut
bahawa aku telah melaksanakan keperluannya. Lantas dia memberitahu kepada Harun
al-Rasyid. Maka dia berjumpa denganku. Aku membentangkan kepadanya. Dia
berkata: Ahsan-ta! Anda telah
melakukan perkara yang baik, ia adalah kata-kata yang ringkas dan menyeluruh,
maka beritahu keperluan anda kepada kami wahai Musa. Aku berkata: Wahai Amir
al-Mukminin! Keperluan aku yang pertama kepada anda adalah supaya anda
membenarkan aku pulang kepada keluargaku kerana aku telah meninggalkan mereka
dalam keadaan menangis berputus asa untuk melihat aku. Al-Rasyid berkata: Anda
dibenarkan. Al-Rasyid berkata: Tambahkan lagi kata-kata anda. Aku berkata:
Allah memanjangkan umur Amir al-Mukminin untuk kami semua. Maka Al-Rasyid
berkata: Tambahkan lagi. Aku berkata: Aku mempunyai keluarga yang besar, mata
kami sentiasa melihat kepada kelebihan Amir al-Mukminin. Maka dia telah
memerintahkan supaya aku diberi seribu dirham dan pakaian serta membawa aku
kepada keluarga aku secara hormat[87].
Abu al-Hasan Musa A.S, Harun
al-Rasyid dan al-Fadhl Bin Rabi’
Hamdan bin al-Husain al-Nahawandi berkata:
Ibrahim bin Ishaq al-Nahawandi telah memberitahu kami berkata: Ahmad bin Ismail Abu ‘Umar telah memberitahu aku berkata: Abdullah
bin Salih telah memberitahu aku berkata: Al-Fadhl bin al-Rabi‘ telah
memberitahuku berkata: Aku telah berada di atas hamparanku. Aku telah
berkhalwat bersama hamba perempuan aku. Tiba-tiba aku mendengar suara tapak
kaki. Aku berkata: Siapakah itu? Hamba perempuan aku berkata: Angin, aku pun
bergerak kepadanya, tiba-tiba seorang lelaki berbadan besar berkata: Beri
jawapan kepada Amir al-Mukminin[88].
Maka aku keluar kepadanya
dalam keadaan takut. Dia berkata kepada aku: Wahai Fadhl! Bebaskan Musa bin
Ja‘far sekarang juga dan berikan kepadanya lapan puluh ribu dirham, lima helai
pakaian dan bawanya keluar pada waktu zuhur. Aku berkata: Wahai Amir
al-Mukminin! Musa bin Ja‘far? Dia
berkata: Ya! Celaka anda, adakah anda mahu aku membatalkan janji aku? Aku
berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Apakah janji itu? Dia berkata: Ketika aku
berada di tempat tidur aku, tiba-tiba
seorang yang berbadan besar,
berkulit hitam tetapi aku tidak pernah
melihat orang sebesar itu. Dia telah melompat ke atas dada aku dan memegang
tengkukku sambil berkata: Adakah anda telah menahan Musa bin Ja‘far secara
zalim? Aku berkata: Aku akan membebaskannya sekarang juga. Dia membuat
perjanjian dengan nama Allah supaya aku membebaskannya.
Dia bangun dari dada aku.
Nyawa aku hampir keluar. Al-Fadhl berkata: Maka aku keluar di sisinya dan aku
mendapati Musa bin Ja‘far di Musalanya, aku telah menyampaikan kepadanya salam
Amir al-Mukminin. Aku telah memberitahu kepada Musa bin Ja‘far apa yang
diperintahkan kepadaku mengenainya. Musa a.s. berkata: Tidak perlu kepada
harta, pakaian dan bekalan jika ianya daripada hak umat. Aku berkata: Aku
menyeru dengan nama Allah supaya anda tidak menolaknya kerana Amir al-Mukminin
akan memarahi anda. Musa a.s. berkata: Buatlah apa yang anda mahu. Maka aku pun
memegang tangannya dan mengeluarkannya dari penjara. Aku berkata kepadanya:
Wahai putera Rasulullah ! Hak aku adalah wajib di atas anda kerana aku
bersyarikat dengan anda. Allah
melakukannya melalui tanganku. Beliau a.s. berkata: Aku telah melihat Rasulullah
di dalam tidurku pada malam Rabu.
Baginda s.a.w. bersabda kepada aku: Wahai Musa anda ditahan dan dizalimi?.
Aku berkata: Ya! Wahai Rasulullah, aku ditahan
dan dizalimi. Baginda s.a.w telah mengulanginya kepadaku selama tiga kali.
Kemudian Baginda s.a.w. bersabda lagi: Mudah-mudahan ia adalah fitnah kepada
mereka dan berseronok hanya buat seketika sahaja, berpuasalah esok hari dan ikutilah dengan puasa hari Khamis
dan Jumaat. Apabila masuk waktu berbuka, maka kerjalah solat dua belas rakaat.
Anda perlu membaca di dalam setiap rakaat “al-Hamdu”
dan “Qul Huwa l-Lahu Ahad” dua belas
kali. Demikian juga bacaannya pada rakaat yang kedua. Apabila anda selesai
daripada solat anda, maka katakanlah: Wahai Tuhanku! Wahai Penutup segala
keaiban dan Pendengar segala suara (Allahumma
Ya Saatira l-‘Uyaub Ya Saami‘a Kulli
Sautin)[89]
Abu al-Hasan Musa A.S Dengan Yunus
bin Abd al-Rahman
Pada suatu hari Yunus bin Abd al-Rahman telah
berkata kepada Musa bin Ja‘far a.s: Di manakah Tuhan anda sebelum adanya langit
dan sebelum ada hamparan bumi? Musa a.s. berkata: Dia adalah cahaya pada cahaya
(kana nuran fi nurin) dan cahaya di atas cahaya (nuran ‘ala nurin). Dijadikan daripada cahaya tersebut air yang
keruh. Dan dijadikan daripada air tersebut kegelapan (zulmah). Maka ‘Arasy-Nya
ialah di atas kegelapan tersebut. Yunus berkata: Sesungguhnya aku bertanya anda tentang tempat (al-Makan). Musa a.s. berkata: Setiap
kali anda bertanya: Di mana (aina),
maka di mana (aina) mempersoalkan tempat. Yunus berkata: Aku bertanya kepada anda
tentang tempat tertentu? Musa a.s.
berkata: Dia berada pada ilmu-Nya kerana
keilmuan-Nya. Maka ilmu para ulama menjadi terhad di sisi ilmu-Nya. Yunus
berkata lagi: Sesungguhnya aku bertanya
anda tentang tempat. Musa a.s. berkata: Wahai si bodoh! Tidakkah aku telah
memberi jawapan kepada anda bahawa Dia berada pada ilmu-Nya kerana ilmu-Nya,
maka ilmu para ulama menjadi terhad di sisi ilmu-Nya.
Hadis Sadiq Daripada Sadiq
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahuku
daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Abd al-Hamid
daripada Abd al- Salam bin Salim daripada Muyassar bin Abd al-Aziz berkata: Abu
Abdullah a.s berkata: Hadis yang diambil oleh Sadiq daripada Sadiq adalah lebih
baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya.
Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan
al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada sebahagian daripada
sahabat kami, daripada Abdullah bin Abdullah berkata: Musa bin Ibrahim
al-Maruziy telah memberitahu aku daripada Abu al-Hasan al-Awwal a.s berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa daripada umat aku menghafaz empat puluh
hadis yang mereka perlu kepadanya tentang urusan agama mereka, maka Allah akan
membangkitnya pada hari Kiamat sebagai seorang fakih dan alim.
Pembantu-Pembantu Ahlu l-Bait A.S
Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Qalid,
daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin Sulaiman bin Daud
al-Razi telah memberitahu aku; Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu
kami berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu aku daripada Ali bin Sulaiman
daripada Ali bin Asbat bin Salim daripada bapanya Asbat bin Salim berkata: Abu
al-Hasan Musa bin Ja‘far berkata: Apabila tiba hari Kiamat, penyeru akan
berkata: Di manakah pembantu (hawariy)
Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w
yang tidak membatalkan janjinya? Maka Salman, al-Miqdad dan Abu Dhar pun
berdiri.
Musa a.s. berkata: Kemudian ada seruan lagi:
Di manakah pembantu Ali bin Abu Talib a.s, wasi Muhammad bin Abdullah,
Rasulullah s.a.w ? ‘Umru bin al-Humqu
al-Khaza‘i, Muhammad bin Abu Bakr, Mitham bin Yahya al-Tammar, hamba Bani Asad
dan Uwais al-Qurani pun berdiri.
Musa a.s. berkata: Kemudian penyeru berkata:
Di manakah pembantu al-Hasan bin Ali putera Fatimah binti Muhammad, Rasulullah
s.a.w ? Sufyan bin Abu Laila al-Hamdani dan Huzaifah bin Usyad al-Ghifari pun
berdiri.
Musa a.s. berkata: Kemudian penyeru berkata:
Di manakah pembantu al-Husain bin Ali? Maka berdirilah setiap mereka yang telah
mati syahid bersamanya tanpa tertinggal seorang pun.
Musa a.s. berkata: Kemudian
penyeru berkata: Di manakah pembantu Ali bin al-Husain? Maka berdirilah Jubair bin Mut‘im, Yahya bin
Ummu al-Tawil, Abu Khalid al-Kabili dan Sa‘id bin al-Musayyab.
Kemudian penyeru berkata: Di
manakah pembantu Muhammad bin Ali dan pembantu Ja‘far bin Muhammad? Maka
berdirilah Abdullah bin Syarik al-‘Amiri, Zararah bin A‘yan, Barid bin
Mu‘awiyah al-‘Ajali, Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, Laith bin al-Bukhturi
al-Muradi, Abdullah bin AbuYa‘fur, Amir bin Abdullah bin Juza‘ah, Hajr bin
Za’idah dan Hamraan bin A‘yan. Kemudian
seruan kepada semua syi‘ah bersama para imam mereka a.s pada hari Kiamat.
Mereka adalah syi‘ah pertama yang memasuki Firdaus dan golongan terawal,
golongan yang paling akrab dan berpengalaman di kalangan para tabi‘in[90].
Hadis Jabir Bin Abdullah dan Penyampaian Salam Rasulullah S.A.W Kepada Abu Ja‘far al-Baqir
Muhammad bin al-Hasan telah
memberitahu aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin
Isa daripada Basir daripada Hisyam bin Salim berkata: Abu Abdullah a.s telah
berkata kepada aku: Bapa aku memiliki satu manaqib
(kelebihan), tidak seorang pun di kalangan bapa-bapa aku memilikinya kerana
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Jabir bin Abdullah: Sesungguhnya anda
akan sempat menemui Muhammad; anak lelaki aku. Maka sampaikan salam aku
kepadanya. Jabir telah mendatangi Ali bin al-Husain a.s yang sedang mencarinya.
Ali bin al-Husain berkata: Anda akan diutus kepadanya (Muhammad al-Baqir a.s.).
Anda akan dibawa kepadanya. Beliau a.s. berkata: Pergilah kepadanya. Maka Jabir
pun datang menemui Muhammad al-Baqir a.s.
Jabir menyampaikan salam Rasulullah s.a.w. kepadanya. Muhammad al-Baqir
a.s. mengucup kepala Jabir dan memeluknya lalu berkata: Salam ke atas datuk aku
dan ke atas anda wahai Jabir!. Abu Abdullah a.s. berkata: Jabir memohon kepada
Muhammad al-Baqir supaya menjamin syafaat untuknya pada hari Kiamat. Muhammad
al-Baqir a.s. berkata: Lakukanlah wahai Jabir[91].
Muhammad bin al-Hasan daripada
Muhammad bin al-Hasan al-Saffar secara marfu‘
daripada Huraiz daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdullah a..s berkata:
Sesungguhnya Jabir bin Abdullah adalah sahabat Rasulullah s.a.w yang terakhir.
Dia menumpu sepenuh masa kepada kami Ahlu l-Bait a.s. Pada suatu hari Jabir
duduk di Masjid Rasulullah s.a.w. Dia memakai serban hitam sambil menyeru:
Wahai Baqir! Wahai Baqir! Sehingga penduduk Madinah berkata: Jabir sedang
meracau (yahjuru). Jabir berkata: Tidak! Demi Allah, aku tidak meracau,
tetapi aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya anda akan
mendapati seorang lelaki (Inna-ka
satudriku rajulan) namanya
seperti nama aku (ismu-hu ismi)
sifat-sifatnya seperti sifat-sifat aku dan mempunyai keilmuan yang mantap.
Inilah yang membuatkan aku berkata sedemikian.
Abu Abdullah a.s. berkata:
Ketika Jabir berjalan ke sana dan ke sini di beberapa jalan di Madinah, maka
dia terserempak dengan Muhammad (al-Baqir) bin Ali bin al-Husain a.s. Ketika
Jabir melihat kepadanya, maka Jabir berkata: Wahai budak! datang ke sini. Maka
Muhammad al-Baqir datang kepadanya. Jabir berkata kepadanya: Pusing ke
belakang. Maka Muhammad al-Baqir berpusing ke belakang. Jabir berkata: Inilah
sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w.
Demi diri Jabir di tangan-Nya,
wahai budak! Apakah nama anda? Muhammad al-Baqir menjawab: Nama aku ialah
Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib. Jabir mengucup di
kepalanya sambil berkata: Demi bapa aku, anda dan ibu aku: bahawa bapa anda
adalah Rasulullah s.a.w telah
mengirimkan salam kepada anda. Muhammad bin Ali a.s kembali kepada bapanya Ali
bin al-Husain a.s dalam ketakutan. Dia a.s. memberitahu bapanya tentang berita
tersebut. Maka Ali a.s. berkata: Wahai puteraku! Tinggal saja di rumah. Jabir
datang kepadanya di waktu petang. Penduduk Madinah berkata: Aneh! Jabir telah
mendatangi budak ini di waktu petang sedangkan dia adalah sahabat Rasulullah
s.a.w yang terakhir.
Tidak lama selepas itu,
datanglah Ali bin al-Husain a.s dan Muhammad bin Ali a.s kepadanya dengan
hormat kerana dia telah bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. Abu Abdullah a.s.
berkata: Maka duduklah Muhammad bin Ali a.s memberitahu mereka tentang Allah.
Penduduk Madinah berkata: Kami tidak pernah melihat seorang pun yang lebih
berani daripada lelaki ini. Abu Abdullah s.a. berkata: Apabila Muhammad
al-Baqir melihat penduduk Madinah sedang bercakap-cakap, maka dia a.s.
memberitahu mereka tentang Rasulullah s.a.w. Penduduk Madinah berkata: Kami
belum pernah melihat seorang yang paling berdusta daripada lelaki ini kerana
dia bercakap tentang mereka yang dia tidak pernah melihatnya. Setelah Muhammad
al-Baqir tahu tentang apa yang penduduk Madinah katakan, maka dia a.s.
memberitahu mereka tentang Jabir bin Abdullah daripada Rasulullah s.a.w, maka
penduduk membenarkannya. Jabir datang kepada Muhammad al-Baqir dan mempelajari
ilmu daripadanya[92].
Hadis Rasulullah S.A.W Bersama Para Sahabat Selepas Turun Ayat
al-Mawaddah
Ja‘far bin al-Husain bin
Muhammad bin Abdullah bin Ja‘far al-Humairi telah memberitahuku daripada
bapanya daripada Harun bin Muslim daripada Abu Hasan al-Laithi daripada Ja‘far
bin Muhammad daripada bapa-bapanya sesungguhnya beliau berkata: Ketika turun
ayat ini ke atas Rasulullah s.a.w di dalam Surah al-Syura (42):23 “ Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu
sesuatu upah pun selain mencintai dalam kekeluargaan (ku)” Rasulullah s.a.w
berdiri dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memfardukan untuk
aku ke atas kamu satu fardu: adakah kamu akan melaksanakannya?
Ja‘far berkata: Tidak seorang
pun yang menjawabnya. Maka baginda s.a.w pun kembali. Pada hari keesokannya
baginda s.a.w. berdiri di kalangan mereka dan bersabda sedemikian tetapi tidak
seorang pun yang menjawab. Apabila sampai hari ketiga, baginda s.a.w. berdiri
di kalangan mereka dan berkata: Wahai manusia! Ia bukan emas dan perak, bukan
makanan dan minuman. Mereka berkata: Beritahu kami mengenainya. Baginda s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya Allah telah menurunkan ke atasku Surah al-Syura (42)23 “Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu
sesuatu upah pun selain mencintai dalam kekeluargaan(ku)”. Mereka berkata:
Adapun yang ini ya. Abu Abdullah a.s berkata: Demi Tuhan! Hanya tujuh orang
sahaja yang melaksanakannya: Salman, Abu Dhar, Ammar, al-Miqdad, Jabir bin
Abdullah, seorang hamba Rasulullah s.a.w
yang dikenali sebagai Syabib dan Zaid bin al-Arqam[93].
Khuzaimah bin Thabit Dhu Al-Syahadatain
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan
al-Saffar daripada al-Hasan bin Musa al-Khathab daripada Ghias bin Kalub
daripada Ishaq bin Ammar daripada Ja‘far bin Muhammad a.s bahawa sesungguhnya
Rasulullah s.a.w telah membeli seekor kuda daripada seorang lelaki Badwi.
Baginda s.a.w. amat menyayanginya. Orang-orang munafik menyimpan perasaan hasad
dengki terhadap Rasulullah s.a.w. dan apa yang telah dibelikan oleh Baginda
s.a.w.
Lantas mereka berkata kepada
orang Badwi itu: Sekiranya anda membawa kuda itu ke pasar, nescaya anda dapat
menjualnya dengan harga berlipat kali ganda. Lantaran itu, lelaki Badwi merasa
tamak dan berkata: Bolehkah aku menarik balik penjualan daripadanya?. Mereka berkata:
Tidak, tetapi ia adalah seorang lelaki yang soleh. Apabila dia datang dengan wang anda, maka katakanlah
kepadanya: Aku tidak bermaksud menjual kepada anda dengan harga sebanyak ini.
Maka dia akan mengembalikan kuda kepada anda. Ketika Nabi s.a.w datang, Baginda
s.a.w. mengeluarkan wang untuk membayar harga kuda kepada lelaki Badwi. Namun
lelaki Badwi itu berkata: Aku tidak menjual kuda dengan harga ini.
Nabi s.a.w bersabda: Demi Yang
telah mengutus aku dengan kebenaran sesungguhnya anda telah menjualnya kepada
aku dengan harga ini. Khuzaimah bin Thabit berdiri dan berkata: Wahai lelaki
Badwi! Aku naik saksi bahawa anda telah menjual kuda kepada Rasulullah s.a.w
dengan harga ini. Lelaki Badwi berkata: Sesungguhnya aku telah menjualnya, tetapi
tiada seorang pun bersama kami ketika itu. Rasulullah s.a.w bersabda kepada
Khuzaimah: Bagaimana anda telah naik saksi dengannya (kaifa syahadta bi-hadha)? Khuzaimah
berkata: Wahai Rasulullah s.a.w ! Demi bapa aku, anda dan ibu aku, anda
memberitahu kepada kami tentang Allah dan berita-berita langit, maka kami membenarkan anda dan
bagaimana kami tidak membenarkan anda tentang harga ini? Rasulullah s.a.w telah
menjadikan penyaksiannya sama dengan penyaksian dua saksi lelaki. Justeru itu,
beliau dinamakan Dhu al-Syahadatain.
Kemurtadan Orang Ramai Selepas al-Husain Melainkan Tiga Orang
Ja‘far bin al-Husain telah
memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin
Isa daripada Yunus daripada Jamil daripada Abu Abdullah a.s berkata: Orang
ramai telah menjadi murtad selepas al-Husain melainkan tiga orang (irtadda al-Nasu ba‘da al-Husain illa
thalathah) iaitu: Abu Khalid al-Kabili, Yahya bin Ummi al-Tawil dan Jubir
bin Mut‘am. Kemudian orang ramai menyertai
mereka bertiga (lahiqu wa katharu)
dan menjadi ramai selepas itu. Yahya bin Ummi al-Tawil memasuki Masjid
Rasulullah s.a.w dan berkata: Kami telah mengingkari kamu (kafarna bi-kum) dan telah nyata di antara kami dan kamu permusuhan
dan kemarahan”[94]
Daripadanya, daripada
Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib berkata: Muhammad bin Abdullah bin Umran telah
memberitahu kami daripada Abdullah bin Yazid al-Ghassani secara marfu‘ berkata: Beberapa delegasi Iraq
datang berjumpa dengan Mu‘awiyah. ‘Adi bin Hatim al-Ta’i mewakili penduduk
Kufah, al-Ahnaf bin Qais dan Sa‘sa‘ah bin Susan mewakili penduduk Basrah.
‘Umru bin al-‘As berkata
kepada Mu‘awiyah: Mereka adalah lelaki dunia (rijal al-Dunya) dan mereka adalah syi‘ah Ali yang telah memerangi bersamanya pada hari
Jamal dan hari al-Siffin. Hati-hatilah anda terhadap mereka. Maka Mu‘awiyah
telah memerintahkan setiap orang daripada mereka diadakan majlis rahsia dengan
layanan istimewa. apabila rombongan itu berjumpa dengan Mu‘awiyah, meka dia
berkata: Selamat datang, kamu telah datang di bumi yang disucikan(ardh al-Muqaddasah), bumi para rasul dan
para nabi, bumi tempat bangkit dan berkumpul, Sa‘sa‘ah berkata: Wahai
Mu‘awiyah! Adapun kata-kata anda “bumi yang disucikan” sesungguhnya bumi tidak
menyucikan penduduknya, tetapi yang menyucikan mereka ialah amalan-amalan baik
mereka
Adapun kata-kata anda
“bumi para nabi dan para rasul” maka orang-orang munafik, syirik, Fir‘aun dan orang-orang yang zalim adalah lebih ramai daripada nabi dan
para rasul. Adapun kata-kata anda “bumi tempat bangkit dan berkumpul” kerana
jauhnya tempat berkumpul tidak akan merosakkan mukmin dan munafik tidak akan
mengambil faedah dengan berdekatannya. Mu‘awiyah berkata: Jika semua manusia
dilahirkan oleh Abu Sufyan, nescaya tidak ada pada mereka melainkan yang
cerdik. Sa‘sa‘ah berkata: Manusia yang telah melahirkan mereka adalah lebih
baik daripada Abu Sufyan, maka Adam bapa manusia telah melahirkan si bodoh,
munafik, fasiq, tolol dan gila. Mu‘awiyah menjadi malu[95].
Al-Asbagh bin Nabatah
Dia adalah anggota Syurtah al-Khamis (tentera elit ) dan seorang yang
terhormat. Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin
Ja‘far al-Muaddib daripada Ahmad bin Abu
Abdullah al-Barqi daripada Abual-Husain Salih bin Abu Hammad daripada Muhammad
bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu
al-Jarud daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah berkata kepada
al-Asbagh: Apakah kedudukan lelaki ini (Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib) pada anda? Al-Asbagh
berkata: Aku tidak mengerti apakah yang anda perkatakan selain daripada
pedang-pedang kami adalah di atas bahu-bahu kami dan siapa yang memberi isyarat
kepadanya, kami memukulnya[96].
Ja‘far bin Muhammad bin
Quluwaih daripada Ja‘far bin Muhammad bin Mas‘ud daripada bapanya berkata: Ali
bin al-Husain telah memberitahu aku daripada Muruk bin ‘Ubaid berkata: Ibrahim
bin Abu Milad telah memberitahu aku daripada seorang lelaki daripada al-Asbagh
berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bagaimana anda menamakan Syurtah al-Khamis wahai Asbagh? Asbagh berkata: Kami telah menjamin baginya
penyembelihan dan ia telah menjamin
pembukaan untuk kami (inna
dhamin-naa la-hu al-Dhabha wa dhamina-lana al-Fath)[97].
Hadis al-Asbagh Bersama Amir al-Mukminin Tentang Pengampunan Dosa Syi‘h
Muhammad bin al-Hasan
al-Syahhadh daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Muhammad bin Ahmad daripada
Muhammad bin Ismail daripada Ja‘far bin al-Haitham al-Hadhrami daripada Ali bin
al-Husain al-Fazari daripada Adam al-Tammar al-Hadhrami daripada Sa‘d bin Tarif
daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendatangi Amir al-Mukminin
untuk memberi salam kepadanya. Aku mulai
menunggunya, maka beliau a.s. telah keluar kepadaku, lalu aku pun
berdiri di hadapannya. Aku telah memberi salam kepada Amir al-Mukminin, lantas
beliau a.s. memukul tapak tanganku. Kemudian beliau a.s. memasukkan anak-anak
jarinya ke dalam anak-anak jariku. Beliau a.s. berkata kepadaku: Wahai Asbagh
bin Nabatah!. Aku berkata: Labbai-ka wa
sa‘dai-ka, wahai Amir al-Mukminin.
Maka beliau a.s. berkata:
Sesungguhnya wali kami adalah wali Allah, apabila mati wali Allah, maka beliau
berada di makam yang tinggi di sisi Allah dan Dia memberinya minuman daripada
sungai yang lebih sejuk daripada salji, lebih manis daripada madu dan lebih
lembut daripada keju. Asbagh berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku
sekalipun ia berdosa (wa inkana mudhniban)?
Beliau a.s. berkata: Ya, sekalipun ia berdosa, tidakkah anda membaca al-Qur’an
Surah al-Furqan (25):70 “ maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan (ulaika yubaddilu l-Allahu sayyiaati-him hasanaat). Dan adalah Allah Maha Pengampun dan
Penyayang”. Wahai Asbagh! Sesungguhnya wali kita jika beliau berjumpa dengan
Allah sedangkan dosanya seperti buih laut, atau seperti bilangan pasir, nescaya
Allah mengampuninya untuknya insya Allah[98].
Zararah bin A‘yan, Abu Basir, Muhammad bin Muslim dan Barid bin Mu‘awiyah
Penjaga Agama
Muhammad bin al-Hasan telah
memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ya‘qub bin
Yazid daripada Muhammad bin Abu Umair daripada Hisyam bin Salim daripada
Sulaiman bin khalid al-Aqta‘ berkata: Aku mendengar Abu Abdullah a.s berkata:
Aku tidak dapati seorang yang telah menghidupkan peringatan mengenai kami (dhikra-na) dan hadis-hadis bapaku selain
daripada Zararah, Abu Basir al-Muradi, Muhammad bin Muslim dan Barid bin
Mu‘awiyah. Jika mereka tidak ada, nescaya tidak seorang pun mendapat petunjuk.
Merekalah penjaga-penjaga agama, pemegang-pemegang amanah bapa aku a.s tentang
perkara halal Allah dan haram-Nya. Mereka adalah yang terawal kepada kami di
dunia dan di akhirat[99].
Daripada Muhammad bin al-Hasan
daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim daripada
Ibn Abu ‘Umair daripada Ibrahim bin Abd al-Hamid berkata: Abu Abdullah a.s
berkata: Allah merahmati Zararah bin A‘yan. Jika tidak ada Zararah, nescaya
terhapuslah Athar al-Nubuwwah dan
hadis-hadis bapaku a.s[100].
Muhammad bin al-Hasan daripada
Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa daripada Ismail bin
Mihran daripada Abu Jamilah al-Mufadhdhal bin Salih daripada Jabir bin Yazid
al-Ja‘fi berkata: Abu Ja‘far a.s memberitahu aku bahawa tujuh puluh ribu hadis
aku tidak memberitahu seorang pun mengenainya dan aku tidak akan memberitahu
seorang pun mengenainya selama-lamanya. Jabir berkata: Aku berkata kepada Abu
Ja‘far a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda. Sesungguhnya anda telah
memberi aku penghormatan yang besar kerana anda telah memberitahu aku rahsia
anda. Aku tidak akan memberitahu seorang pun mengenainya. Kadangkala ia
bergelora di dadaku sehingga membuatkan aku seperti gila. Beliau a.s. berkata: Wahai
Jabir! Jika berlaku kepada anda sedemikian, maka keluarlah ke al-Jabban,
galilah satu parit dan masukkan kepala anda di dalamnya, kemudian berkatalah: Muhammad bin Ali telah
memberitahu aku begini dan begitu[101].
Muhammad bin al-Hasan daripada
Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada
al-Barqi daripada Ahmad bin al-Nadh al-Khazaz daripada al-Nu‘man bin Basyir
berkata: Aku telah menemani Jabir bin Yazid al-Ja‘fi bagi mengerjakan haji.
Ketika kami keluar ke Madinah, Jabir datang menemui Abu Ja‘far al-Baqir a.s.
Jabir mengucap selamat tinggal kepadanya. Kami keluar sehingga kami bermalam di
al-Ukhirijah[102].
Kami mengerjakan solat pertama dan memulakan perjalanan, tiba-tiba seorang
lelaki berbadan tinggi, hitam manis membawa
surat daripada Muhammad bin Ali al-Baqir a.s kepada Jabir bin Yazid
al-Ja‘fi. Jabir telah mengambilnya dan
mengucupnya.
Jabir berkata: Bilakah temu
janji anda dengan tuanku. Sebelum solat atau selepas solat? Utusan berkata:
Selepas solat. Al-Ni‘man berkata: Maka Jabir membuka surat itu dengan mukanya
yang berseri, tetapi dia tidak ketawa tidak tersenyum dan tidak bercakap
sebagaimana sebelumnya sehinggalah kami sampai di Kufah. Jabir memasuki rumah
terlambat satu jam. Kemudian Jabir keluar kepada kami sambil menggantungkan
surat tadi di tengkuknya dan berpusing-pusing di lorong-lorong Kufah sambil
berkata: Mansur bin Jamhur ialah Amir yang tidak diperintah”. Kata-kata lain
juga dikatakan olehnya. Dia telah mengelilingi lorong-lorong di Kufah. Orang
ramai berkata: Jabir telah gila. Jabir
telah gila.
Selepas tiga hari, Hisyam
telah menghantar surat kepada Yusuf bin Uthman supaya dia mendapatkan seorang
lelaki dari Ja‘fi yang mengenali Jabir bin Yazid untuk dipenggal lehernya dan menghantarkan kepalanya kepada
Hisyam. Yusuf bin ‘Uthman membaca surat tersebut. Dia berpaling kepada mereka
di sekelilingnya dan berkata: Siapakah Jabir bin Yazid? Sesungguhnya surat ini
telah dihantar oleh Amir al-Mukminin kepada aku memerintah aku supaya memenggal lehernya dan menghantarkan kepala kepadanya?
Mereka berkata: Aslaha l-Lahu al-Amir!
Lelaki ini adalah pakar bahagian hadis, warak dan zuhud tetapi dia telah
menjadi gila, fikirannya telah bercampur-aduk. Dia berada di halaman dan sedang
bermain-main dengan kanak-kanak. Yusuf menulis surat kepada Hisyam bin Abd
al-Malik: Sesungguhnya anda telah menulis kepada aku tentang lelaki al-Ja‘fi.
Sesungguhnya dia adalah seorang gila. Hisyam menjawabnya: Tinggalkan dia.
Beberapa hari selepas itu, Mansur bin Jamhur datang, lalu dia membunuh Yusuf
bin Uthman dan melakukan apa yang telah dilakukannya[103].
Isa bin A‘yan
Beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku, berkata: Sa‘d
bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Isa daripada Muhammad
bin Abu ‘Umair daripada sebahagian daripada sahabatnya berkata: Isa bin A‘yan
apabila mengerjakan haji, maka dia akan pergi ke al-Mauqif berdoa kepada
saudara-saudaranya sehingga datang orang ramai. Ada orang berkata kepadanya:
Anda membelanjakan harta anda,
memenatkan badan anda sehingga anda berada di tempat ini memohon hajat
kepada Allah s.w.t. Anda berdoa untuk saudara-saudara anda dan meninggalkan
berdoa untuk diri anda sendiri? Isa
berkata: Aku yakin tentang doa malaikat untukku, tetapi aku syak doa ku untuk diri ku sendiri[104].
Daripadanya daripada Sa‘d bin
Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad daripada Musa bin Talhah daripada Abu
Muhammad saudara lelaki Yunus bin Ya‘qub daripadanya berkata: Ketika aku berada
di Madinah, maka Ja‘far bin Muhammad a.s telah menyambut kedatangan aku di
sebuah lorong di Madinah. Beliau a.s. berkata: Wahai Yunus! Di pintu itu
seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait. Yunus berkata: Aku telah pergi ke
pintu tersebut, tiba-tiba Isa bin Abdullah al-Qummi sedang duduk di pintu.
Isa berkata: Aku berkata
kepadanya: Siapakah anda? Dia berkata: Aku adalah seorang lelaki daripada ahli
Qum. Yunus berkata: Tiba-tiba Abu Abdullah a.s sampai dengan menaiki keldai dan
memasuki rumahnya. Beliau a.s. berpaling kepada kami sambil berkata: Kamu
berdua masuklah. Kemudian beliau berkata: Wahai Yunus! Aku kira anda mengingkari kata-kata aku kepada anda bahawa
Isa bin Abdullah daripada kami Ahlu l-Bait?
Yunus berkata: Aku berkata: Ya, demi Tuhan, aku telah menjadikan diri
aku tebusan anda kerana Isa bin Abdullah ialah lelaki daripada Qum. Beliau a.s.
berkata: Wahai Yunus bin Ya‘qub! Isa bin
Abdullah ialah daripada kami semasa hidup dan dia ialah daripada kami semasa
mati[105].
‘Imran bin Abdullah al-Qummi
Muhammad bin al-Hasan telah
memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin
Muhammad bin Isa daripada Musa bin Talhah daripada sebahagian penduduk Kufah
berkata: Aku telah berada di Mina dan bersamanya beberapa khemah untuk lelaki
dan wanita. Lalu didirikan di tempat perkhemahan Abu Abdullah a.s. Tiba-tiba
Abu Abdullah a.s datang bersama beberapa wanitanya dan berkata: Apakah ini?
Musa berkata: Aku telah jadikan diri aku tebusan anda, ini adalah khemah-khemah
yang telah didirikan untuk anda oleh ‘Imran bin Abdullah al-Qummi. Musa
berkata: Maka beliau a.s telah bermalam di dalamnya.
Kemudian beliau a.s. berkata:
Wahai Ghulam Imran bin Abdullah? Maka
Ghulam Imran pun datang dan berkata: Aku telah jadikan diri aku tebusan anda,
ini adalah khemah-khemah yang anda telah memerintah aku membuatkannya untuk
anda. Beliau a.s. berkata: Berapakah tingginya? Ghulam Imran berkata kepada Abu
Abdullah a.s.: Aku jadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya rangka adalah
daripada ciptaan aku dan aku telah
membuatkannya untuk anda, aku suka, aku jadikan diri aku tebusan anda, supaya
anda menerimanya daripada aku sebagai hadiah, aku telah mengembalikan harta
yang anda telah memberinya kepada aku. Musa berkata: Abu Abdullah telah
memegang tangan Ghulam Imran sambil berkata: Aku memohon kepada Allah s.w.t
supaya berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya serta melindungi anda di
hari tiada bayang selain daripada bayang-Nya[106].
Ja‘far bin Muhammad bin
Quluwaih telah memberitahu kami daripada Ja‘far bin Muhammad bin Mas‘ud
daripada bapanya berkata: Ali bin Muhammad telah memberitahu aku daripada
al-Husain bin Abdullah daripada Abdullah Ali daripada Ahmad bin Hamzah bin
Imran al-Qummi daripada Himad al-Nab berkata: Kami dan jemaah telah berada
bersama Abu Abdullah a.s di Mina. Pada masa itu Imran bin Abdullah al-Qummi
datang berjumpa dengan Abu Abdulah a.s. Lantas Abu Abdullah a.s bertanya
kepadanya dengan ceria. Selepas Imran meninggalkan tempat itu, aku telah
bertanya kepada Abu Abdullah a.s: Siapakah lelaki yang anda telah melayaninya
dengan baik? Beliau a.s. berkata: Ini adalah daripada Ahlu l-Bait al-Nujaba’.
Allah akan membinasakan mana-mana penguasa yang ingin membinasakannya[107].
Daripadanya, dengan sanad ini
daripada Ahmad bin Hamzah daripada al-Mirzaban bin Imran daripada Abban bin
Uthman berkata: Imran bin Abdullah al-Qummi
telah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s telah
mendekatinya dan berkata: Bagaimana keadaan anda, anak lelaki anda, keluarga
anda, sepupu-sepupu anda dan keluarga anda? Kemudian dia bercakap dengan Abu
Abdullah a.s. seketika. Apabila dia
keluar, maka orang bertanya kepada Abu Abdullah a.s: Siapakah lelaki itu? Beliau a.s. menjawab: Seorang yang cerdik (najib) daripada kaum yang cerdik. Allah
akan membinasakan mana-mana penguasa yang ingin membinasakannya[108].
Muhammad bin Abu Bakr Rahima-hu l-Lah
Ibn al-Tayyar berkata: Disebut
Muhammad bin Abu Bakr di sisi Abu Abdullah a.s, maka Abu Abdullah a.s berkata:
Rahmat Allah ke atasnya, pada suatu hari Muhammad berkata kepada Amir al-Mukminin a.s: Hulurkan
tangan anda supaya aku memberi baiah kepada anda. Maka beliau a.s berkata: Anda
akan melakukannya? Muhammad menjawab: Ya. Beliau a.s. menghulurkan tangannya.
Muhammad berkata: Aku naik saksi bahawa anda adalah imam. Ketaatan kepada anda difardukan dan sesungguhnya bapa aku
berada di neraka (asyhadu anna-ka imam muftaradhun ta‘atu-ka wa anna Abi fi al-Nar).
Abu Abdullah a.s berkata: Kecerdikannya (al-Najabah)
adalah di pihak ibunya Asma‘ binti ‘Umais,
bukan di pihak bapanya[109].
Ahmad bin Harun al-Fami-rahima-hu l-Lah- telah memberitahu kami
daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar
daripada Ya‘qub bin Yazid daripada Ibn Abu Umair daripada Umair bin Abu Udhinah
daripada Zararah bin A‘yan daripada Abu
Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Muhammad
bin Abu Bakr telah memberi baiah kepada Ali di atas pelepasan diri
daripada bapanya (al-bara’ati min abi-hi)[110] .
Ja‘far bin Muhammad bin
Quluwaih daripada bapanya daripada Sa‘d bin Abdullah daripada al-Hasan bin Musa
al-Khasysyab dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid daripada Ali bin Asbat daripada
Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Lima
orang Quraisy yang telah bersama Amir al-Mukminin a.s. dan tiga belas kabilah
bersama Mu‘awiyah.
Adapun yang lima,
pertama: Muhammad bin Abu Bakr. Kecerdikan (al-Najabah)
adalah di pihak ibunya Asma‘ binti ‘Umais. Kedua: Hisyam bin AbuWaqqas
al-Mirqal. Ketiga: Ja‘dah bin Hubairah al-Makhzumi. Amir al-Mukminin a.s adalah
bapa saudara Ja‘dah di sebelah ibunya. ‘Atbah bin Abu Sufyan telah berkata
kepada Ja‘dah: Sesungguhnya kekuatan di dalam peperangan adalah di pihak bapa
saudara anda sebelah ibu anda. Ja‘dah berkata: Jika anda mempunyai bapa saudara
sebelah ibu anda seperti bapa saudara aku di sebelah ibu nescaya anda telah
melupai bapa anda. Keempat: Muhammad bin Abu Huzaifah ibn ‘Atabah bin Rabi‘ah.
Kelima: Ibn Abu al-‘As bin Rabi‘ah[111].
Ibn Laila dan Syutair
Ja‘far bin al-Hasan al-Mu’min
dan Ahmad bin Harun al-Fami serta sekumpulan syeikh kami telah memberitahu kami
daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin bin Isa daripada
Hammad bin Isa daripada al-Husain bin Mukhtar al-Qalanisi daripada al-Harith bin
al-Mughirah al-Nadhari berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepadaku: Apakah
yang kamu katakan? Al-Harith berkata:
Kami berkata: Semua orang binasa melainkan tiga (halaka al-Nasu illa thalathad).
Abu Abdullah a.s berkata: Di manakah Laila dan Syutair? Maka aku pun bertanya
Hammad bin Isa tentang mereka berdua. Hammad berkata: Mereka berdua adalah
hamba berkulit hitam kepunyaan Ali bin Abu Talib a.s[112].
Abdullah bin Abbas bin Abd a l-Muttalib
Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu
kami daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhamad bin al-Husain
daripada Safwan bin Yahya daripada Dhuraih bin Muhammad al-Muharibi daripada
Abu Abdullah a.s daripada Ibn Juraih dan lain-lain daripada Thaqif bahawa Ibn
Abbas ketika dia mati, maka dikeluarkan seekor burung berwarna putih di bawah
kain kapannya. Mereka melihat burung itu terbang ke langit sehingga hilang daripada pandangan mereka.
Abu Abdullah a.s berkata: Bapa aku telah mencintainya dengan kuat sekali.
Ketika bapa aku masih kecil maka ibunya memakaika pakaian, lalu dia a.s. telah
bermain-main dengan kanak-kanak daripada Bani Abd al-Muttalib. Ibn Abbas telah
mendatangi bapaku dan berkata: Siapakah anda? Selepas ia menjadi buta. Maka
beliau a.s berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali. Ibn
Abbas berkata: Hasbu-ka, sesiapa yang
sebelumnya tidak mengenali anda, maka dia tidak mengenali anda[113].
Daripadanya, daripada Muhammad
bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin Ismail daripada
Hammad bin Isa daripada Ibrahim bin ‘Umar al-Yamani daripada al-Fudhail bin
Yasar daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan
bapa aku a.s. Lelaki itu berkata: Sesungguhnya ada seorang lelaki iaitu
Abdullah bin Abbas menyangka dirinya mengetahui setiap ayat yang diturunkan di
dalam al-Qur’an, hari ia diturunkan dan kepada siapa ia diturunkan. Maka beliau
a.s berkata kepada lelaki itu: Tanyakan kepada Ibn. Abbas: Kepada siapakah
diturunkan ayat di dalam Surah al-Isra’
(17):72 “ Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini,nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta dan lebih
tersesat dari jalan (yang benar).
Dan kepada siapakah diturunkan ayat
di dalam Surah Hud (11):34 “Dan tidaklah
bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu”
Dan kepada siapakah diturunkan ayat di dalam Surah Ali Imran (3):200 “ Wahai orang-orang yang beriman bersabarlah
kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan tetaplah bersiap sedia”? Lelaki itu
datang kepada Ibn Abbas dan mengemukakan tiga soalan tersebut kepadanya. Ibn
Abbas memarahinya dan berkata: Aku mahu orang yang telah memerintah anda
mengemukakan soalan ini supaya berdepan dengan aku. Dengan
itu, aku akan bertanya kepadanya.
Walau bagaimanapun bertanyalah
kepadanya: Daripada apakah ‘Arasy ?
Bilakah ia dijadikan? Dan bagaimanakah ia? Lelaki tadi kembali kepada bapa aku
a.s dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Ibn Abbas. Beliau a.s berkata:
Adakah Ibn Abbas telah memberi jawapan kepada anda tentang ayat-ayat
tersebut? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Beliau a.s. berkata: Aku memberi jawapan kepada anda mengenainya dengan cahaya
dan ilmu bukan sebagai dakwaan semata-mata dan bukan pula sebagai penganutnya.
Adapun dua ayat yang pertama telah diturunkan kepada bapanya (Abbas). Adapun
ayat yang akhir, maka ia telah diturunkan kepada bapa aku dan kepada kami. Ribat (ikatan) yang kami diperintah
dengannya belum lagi terlaksana, daripada keturunan kamilah akan wujudnya al-Murabit dan daripada keturunannyalah
juga akan wujudnya al-Murabit.
Adapun apa yang telah
ditanyakan oleh beliau tentang ‘Arasy, maka sesungguhnya Allah telah
menjadikannya empat persegi. Allah s.w.t. tidak menjadikan sebelumnya selain
tiga perkara: Udara, al-Qalam dan
cahaya. Kemudian Allah s.w.t. menjadikannya beberapa cahaya daripada
warna-warna yang bermacam-macam.
Daripada salah satu cahaya tersebut terpancar cahaya hijau lagi menghijaukan,
cahaya kuning telah menjadikan suasana sekitarnya kekuningan, cahaya merah
memerahkan suasana di sekitarnya dan cahaya putih merupakan cahaya segala
cahaya (Nur al-Anwar). Daripada
cahaya puih itu terpancarnya cahaya siang. Kemudian Alah s.w.t. menjadikannya tujuh puluh ribu lapisan yang
tebal.
Dan setiap lapisan
seperti ‘Arasy pertama sehingga ke
lapisan yang terkebawah. Tidak ada satu lapis pun melainkan bertasbih dengan
memuji dan menguduskan-Nya dengan suara yang bermacam-macam dan bahasa yang
tidak sama. Jika satu suara daripadanya didengari oleh lapisan di bawahnya
nescaya semua bukit, bandar dan benteng akan musnah. Lautan akan ditelan bumi
dan binasa semuanya. Ia (‘Arasy) mempunyai lapan tiang (arkan). Setiap tiang membawa malaikat yang tidak terhitung
banyaknya melainkan Allah. Mereka bertasbih siang dan malam tanpa
berhenti-henti. Jika satu malaikat merasai sesuatu di atas lapisannya, maka ia
tidak dapat berdiri sekalipun sekejap di antaranya dan rasa keperkasaan (Jabarut), kemegahan (kibriya’), kebesaran, (al-‘azamah)
kekudusan dan rahmat yang tidak terungkap oleh lidah, dituntut oleh setiap yang rakus tanpa menerusi jalan yang
sewajarnya.
Adapun di salbi Abbas
mempunyai simpanan zuriat (wadi‘ah).
Maka ia telah disediakan untuk neraka Jahanam, kerana keturunannya mengeluarkan
orang ramai daripada agama Allah sebagaimana mereka telah memasukinya. Bumi
akan dipenuhi dengan darah generasi muda daripada keluarga Muhammad a.s yang
meneruskan perjuangan mereka sepenuh masa
bagi memperkuatkan ikatan (yurabitun)
di kalangan mereka yang beriman dengan penuh kesabaran sehingga Allah memberi
keputusan dan Allah adalah sebaik-baik hakim.
Bilal bin Rabah
Bilal adalah muazin Rasulullah
s.a.w. Selepas Rasulullah s.a.w meninggal dunia, maka Bilal hanya tinggal di
rumahnya. Dia tidak menjadi muazin kepada mana-mana Khalifah. Abu Abdullah
Ja‘far bin Muhammad a.s berkata
mengenainya: Semoga Allah memberi rahmat kepada Bilal, kerana dia mencintai
Ahlu l-Bait, sebaliknya Allah melaknati Suhaib (La‘ana l-Lahu Suhaiban) kerana dia memusuhi kami (fa-inna-hu kaana yu‘aadii-na). Di dalam riwayat yang lain: Suhaib
pernah menangis kerana mencintai ‘Umar[114].
____________________________________________
BAHAGIAN KETIGA
Sejarah Qanbar, Mitham bin Yahya, Rusyaid
al-Hajari, Zaid bin Sauhan, al-Asytar al-Nakha‘i, Sufyan bin Laila, nama-nama
para syuhada’ Karbala’, Surat bin Kulaib,
Ibrahim bin Syu‘aib dan lain-lain
Qanbar Hamba Amir al-Mukminin
Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada Abdullah bin
Ja‘far al-Humairi daripada Harun bin Muslim daripada Mas‘dah bin Sadaqah
daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya sesungguhnya Ali a.s berkata:
Apabila anda melihat perkara mungkar
Nyalakan api dan panggillah Qanbar[115]
Di dalam riwayat umum: Qanbar telah ditanya:
Siapakah anda? Beliau menjawab: Aku adalah hamba kepada orang yang telah
memukul dengan dua pedang, telah menikam dengan dua lembing, telah mengerjakan
solat ke arah Dua Kiblat, memberi baiah kepada dua baiah, telah berhijrah dua
kali dan tidak pernah kafir dengan Allah walaupun sekelip mata.
Aku adalah hamba kepada mukmin yang paling
soleh, pewaris para nabi, sebaik-baik wasi, muslim yang lebih besar
(kerohaniannya) Ya‘sub (ketua)
mukminin, cahaya mujahidin, ketua kepada penangis-penangis, perhiasan kepada
para abid, lampu kepada mereka yang terdahulu, cahaya kepada mereka yang
melakukan ibadah, sebaik-baik mereka yang merendah diri, lidah Rasul Tuhan alam
semesta, wasi yang pertama daripada keluarga Yasin (Muhammad s.a.w),
diperkuatkan dengan Jibrail, dibantu dengan Mikail yang kuat, dipuji oleh semua
penghuni langit, pemelihara Haram
muslimin.
Pejuang menentang musuhnya yang menentang (Nasibiin), pemadam kepada api yang
dinyalakan, yang paling “megah” di kalangan Quraisy, yang pertama mengendalikan
peperangan secara bijak, Amir al-Mukminin dan wasi Nabinya di alam semesta,
yang dipercayai oleh seluruh makhluk, khalifah kepada mereka yang diutus
kepadanya, penghulu muslimin dan mereka
yang terdahulu, memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, pemusnah musyrikin, anak
panah kepada munafikin, lisan kalimah
Allah dan pembantu-Nya di bumi, tempat simpan ilmu-Nya, gua agama-Nya,
Imam kepada mereka yang baik diredai di sisi Yang Maha Tinggi dan Perkasa,
pemaaf, pemurah, pemalu, ketawa, berjaga malam, disucikan, sempurna di dalam
pengalamannya, memiliki pemerintahan, penyabar, berpuasa, penunjuk, maju ke
depan, pemecah al-Ahzab, dan penguasanya, berpegang teguh kepada syariah, tabah
hati, peribadi yang kuat, cekal, berani,
keras, singa, sempurna akalnya, pandai berkhutbah, pandai berdialog, keturunan
yang mulia, cekap di dalam memberi keputusan, mulia di dalam kabilah, keturunan
yang bersih, cerdas, pelaksana amanah daripada Bani Hasyim, sepupu Nabi s.a.w,
Imam penunjuk, penentang kerosakan, pemurah dan wira kepada semua sayyid[116].
Mitham bin Yahya al-Tammar
Mitham berkata: Demi Tuhan! Aku bukan menangis
kerana kata-kata Amir al-Mukminin dan bukan kerana perbuatannya kepada aku,
tetapi sesungguhnya aku telah menangis kerana perasaan syak yang telah memasuki
aku pada hari di mana tuanku Ali bin Abu Talib a.s memberitahuku. Seorang bertanya kepada Mitham: Apakah yang beliau
a.s. katakan kepada anda? Mitham berkata: Aku datang ke pintu, tiba-tiba
seorang berkata kepada aku: Anda sedang tidur? Kemudian dia berkata: Wahai
orang yang sedang tidur! Janggut anda akan dimerahi darah dari kepala anda.
Beliau a.s. berkata: Anda benar, demi Allah ia akan memotong kedua-dua tangan dan kaki anda serta lidah
anda. Anda juga akan disula. Aku berkata: Siapakah yang akan melakukannya wahai
Amir al-Mukminin? Beliau a.s. berkata: Seorang anak lelaki kepada hamba
perempuan; penzina bernama ‘Ubaidillah
bin Ziad. Dialah yang akan melakukannya. Perawi berkata: Mitham menjadi marah.
Di dalam riwayat yang lain Mitham berkata
kepada ‘Ubaidillah bin Ziad: Akulah
al-Sadiq dan hamba al-Sadiq sebaliknya dia (Ibn Ziad) adalah pendusta yang
paling jahat. Lalu Ibn Ziad berkata: Aku akan membunuh anda dengan satu
pembunuhan yang tidak pernah dilakukan kepada seorang pun dalam Islam. Mitham
berkata: Aku berkata: Sesungguhnya tuanku telah memberitahuku bahawa aku akan
dibunuh oleh seorang anak zina. Ia akan memotong dua tangan aku dan dua kaki
aku serta lidah aku. Kemudian ia akan menyula aku.
Ibn Ziad berkata: Apakah al-‘Atal al-Zanim aku
mendapatinya di dalam al-Qur’an? Mitham
berkata: Tuanku telah memberitahuku bahawa ia adalah anak lelaki kepada
perempuan penzina. Ibn Ziad berkata:
Demi Allah, aku akan membohongi
anda dan aku akan membohongi tuan anda. Ibn Ziad berkata kepada pengawalnya:
Keluarkan Mitham, potong dua tangannya, dua kakinya dan tinggalkan dua lidahnya
sehingga dia mengetahui bahawa dia adalah pembohong kepada tuanya yang juga
merupakan pembohong.
Mitham berkata: Maka pengawal Ibn Ziad telah
mengeluarkan aku dan melakukan perintahnya. Salih berkata: Aku datang kepada
bapa aku yang sedang berlumuran darah. Kemudian dia duduk lalu beliau menyeru
kepada orang ramai dengan suaranya yang tinggi: Siapa yang menghendaki hadis
yang tersembunyi tentang Ali bin Abu Talib Amir al-Mukminin a.s, maka hendaklah
dia mendengar. Orang ramai berkumpul beramai-ramai ramai di hadapannya. Dia
(Mitham) mulai memberitahu mereka tentang keajaiban Ali a.s.
Salih berkata: Seorang yang paling celaka
telah turut mengikuti situasi perkembangan tersebut. Setelah dia melihat orang
ramai menulis di sekeliling Mitham, maka dia terus datang kepada Ibn Ziad dan
berkata: Allah memperbaiki Amir. Anda
telah meninggalkan perkara yang paling buruk padanya. Ibn Ziad berkata:
Apakah itu? Dia menjawab: Lidah Mitham. Sesungguhnya Mitham telah menyebarkan
perkara yang ajaib. Ibn Ziad berkata: Bersegeralah kepada Mitham dan potonglah
lidahnya.
Salih berkata: Pengawal Ibn Ziad bergegas
kepada Mitham dan berkata: Keluarkan lidah anda. Mitham berkata: Tidakkah Ibn
Ziad menyangka bahawa dia membohongi aku dan membohongi tuanku akan
dibinasakan? Kemudian Mitham mengeluarkan lidahnya, lalu lidahnya itu dipotong.
Salih bin Mitham berkata: Bapa aku dihantar ke
pokok kurma, dan disula di atasnya. Ali
a.s telah memberitahunya di tempat mana Mitham akan disula. Salih bin Mitham
berkata: Bapa aku telah mengambil kayu dan menulis nama di atasnya. Mitham
telah meletakannya pada tempat yang telah diberitahu oleh Ali a.s. tanpa
pengetahuan tukang kayu. Apabila Mitham
dibawa kepada kayu tersebut, maka aku telah melihat paku di bawah tapak kakinya
di atasnya tertulis: Allah memberi rahmat ke atas Mitham.
Rusyaid al-Hajari
Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami
daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Abu al-Qasim daripada
Muhammad bin Ali al-Sairafi daripada Ali bin Muhammad bin Abdullah al-Khayyat
daripada Wahib bin Hafs al-Hariri daripada
Abu al-Hasan al-‘Ajali
bertanyakan Qanwa binti Rusyaid al-Hajari. Al-Anjali berkata: Aku telah
bertanya kepada Qanwa: Beritahu aku apakah yang anda telah mendengar daripada
bapa anda? Qanwa berkata: Aku telah mendengar bapa aku berkata: Amir
al-Mukminin a.s telah memberitahu aku dengan katanya: Wahai Rusyaid! Bagaimana
keadaan kesabaran anda apabila seorang anak zina daripada Bani Umayyah diutus
kepada anda, lalu dia memotong dua tangan anda, dua kaki anda dan lidah anda?
Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin akhirnya ke syurga? Beliau a.s. menjawab: Ya, wahai Rusyaid! Anda
bersama aku di dunia dan di akhirat. Qanwa berkata: Demi Allah! Hari telah
berlalu sehingga diutus kepadanya seorang anak zina bernama ‘Ubaidillah bin
Ziad. Dia telah menyeru supaya bapaku melepaskan dirinya (al-Bara’ah) daripada Amir
al-Mukminin a.s, tetapi bapaku enggan melepaskan diri daripadanya.
Maka anak zina itu berkata kepada bapaku:
Apakah jenis kematian yang dia telah memberitahu anda bagaimana anda akan mati?
Bapaku berkata: Sahabat aku telah memberitahu aku bahawa anda akan menyeruku
supaya melepaskan diriku (al-Bara’ah)
daripadanya tetapi aku tidak akan melepaskan diriku daripadanya. Dengan itu,
anda mendatangiku, memotong dua tanganku, kakiku dan lidahku. ‘Ubaidillah
berkata: Demi Allah, aku akan membohongi kata-katanya tentang anda. Mereka
memotong dua tangan dan dua kaki bapaku. Mereka telah meninggalkan lidahnya.
Setelah itu dihimpunkan dua tangan dan kaki yang telah dipotong. Maka aku
berkata kepadanya: Wahai bapaku! Bagaimana anda mendapati kesakitan yang
menimpa anda?
Bapaku menjawab: Tidak, wahai anak perempuanku!
Ia sepertilah suatu kesesakan di kalangan orang ramai. Kami membawanya keluar dari istana. Orang ramai berkumpul di
sekelilingnya. Bapaku berkata: Bawakan kepadaku kertas dan pensel supaya aku
imlakkan kepada kamu apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat kerana
sebahagian mereka belum mengambilnya daripada aku. Orang ramai membawa kertas
dan pensel. Lalu bapaku mengimlakkannya
kepada mereka:
Bismillahi
r-Rahmani r-Rahim. Apabila orang yang dilaknati itu pergi, maka bapaku
mengimlakkan kepada orang ramai apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat[117].
Kemudian diutus seorang lelaki kepadanya, lalu dia memotong lidah bapaku.
Beliau mati pada malam itu juga, Amir al-Mukminin a.s menamakannya Rusyaid al-Balaya, kerana dikurniakan kepadanya
ilmu al-Balaya[118]
dan al-Manaya[119].
Apabila bapaku bertemu dengan seseorang, dia akan berkata: Wahai polan! Anda
akan mati begitu dan begini, anda akan dibunuh wahai polan dengan pembunuhan
begitu dan begini. Peristiwa itu akan berlaku sebagaimana dikatakan oleh
Rusyaid. Lantaran itu, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Anda adalah
Rusyaid al-Balaya dan anda akan
dibunuh dengan pembunuhan ini. Maka ia telah berlaku sebagaimana dikatakan oleh
Amir al-Mukminin a.s[120].
Daripadanya daripada Muhammad bin al-Hasan
daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa
daripada ‘Uthman bin Isa daripada Abu Jarud berkata: Aku telah mendengar
al-Qanwa binti Rusyaid al-Hajari berkata: Bapa aku telah berkata kepadaku:
Wahai anak perempuanku! Matikan hadis dengan menyembunyikannya dan jadikan hati
sebagai tempat amanah[121].
Di dalam riwayat yang lain daripada al-Qanwa
binti Rusyaid berkata: Aku telah berkata kepada bapa aku: Apakah ijtihad anda
yang paling penting? Bapaku berkata: Wahai anak perempuanku! Akan datang kaum
selepas kita yang mempunyai kecerdikan di dalam agama adalah lebih baik
daripada ijtihad kita[122].
Ja‘far bin al-Hasan daripada Muhammad bin
al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin al-Husain ibn Abu al-Khattab daripada
al-Hasan Mahbub daripada Abd al-Karim secara marfu‘ kepada Rusyaid al-Hajari berkata: Ziad Abu ‘Ubaidillah
mencari Rusyaid al-Hajari. Maka Rusyaid telah
menyembunyikan diri. Pada suatu hari Rusyaid datang kepada Abu Arakat
yang sedang duduk di pintunya bersama beberapa orang sahabatnya. Rusyaid telah
masuk ke rumah Abu Arakat menyebabkan Abu Arakat menjadi takut. Dia memasuki
rumahnya dan berkata kepada Rusyaid: Celaka anda! Anda telah membunuhku,
menjadikan anak aku yatim dan anda telah membinasakan mereka? Rusyaid berkata: Apakah itu? Abu Arakat menjawab: Anda sedang diburu. Anda
memasuki rumahku. Orang-orang di sisiku telah melihat anda. Rusyaid menjawab:
Tidak seorangpun daripada mereka telah melihat aku.
Abu Arakat berkata: Anda akan
menghadapinya. Lalu dia memasukkannya ke dalam rumah dan menutup pintunya.
Kemudian Abu Arakat keluar daripada rumah dan berkata kepada para sahabatnya:
Aku terkhayal ada seorang lelaki tua baru sahaja memasuki rumahku. Mereka
berkata: Kami tidak melihat sesiapapun.
Abu Arakat menyatakan perkara yang sama tetapi sahabatnya tetap berkata: Kami
tidak melihat sesiapapun. Dia terdiam kerana takut orang lain telah melihatnya.
Abu Arakat telah menghadiri majlis Ziad bagi meninjau maklumat mereka tentang
Rusyaid. Jika mereka masih menyebutnya, maka dia akan memberitahu mereka bahawa
Rusyaid berada di rumahnya dan akan menyerahkan Rusyaid kepada mereka. Abu
Arakat berkata: Dia memberi salam kepada Ziad dan duduk di sisinya. Antara
mereka berdua terdapat seorang lelaki bernama Latif.
Abd Karim berkata: Tiba-tiba
Rusyaid datang dengan menaiki keldai Abu
Arakat menghala ke majlis Ziad. Abd Karim berkata: Ketika Abu Arakat melihat
keadaan itu, maka wajahnya berubah dan
barang di tangannya terjatuh kerana menyangka akan kebinasaannya. Rusyaid turun
dari keldainya menuju kepada Ziad dan memberi salam kepadanya. Ziad berdiri
memeluk dan mengucup Rusyaid. Kemudian Ziad mulai bertanya kepada Rusyaid:
Bagaimana anda datang? Bagaimana ahli keluarga yang anda tinggalkan? Bagaimana
anda di dalam perjalanan? Rusyaid
memegang janggutnya, kemudian dia berdiri sekejap dan pergi. Abu Arakat berkata
kepada Ziad: Aslaha l-Lahu al-Amir!
Siapakah orang tua ini? Ziad berkata: Saudara daripada saudara kami daripada
penduduk Syam. Dia datang menziarahi kami. Abu Arakat pulang ke rumahnya.
Rusyaid ada di rumah sebagaimana beliau telah meninggalkannya, Abu Arakat
berkata kepadanya: Jika anda mempunyai keilmuan semacam ini, maka lakukan apa
yang anda fikir wajar dan datanglah kepada kami apabila anda mahu[123].
Zaid bin Sauhan
Ja‘far bin al-Husain al-Mu’min dan sekumpulan syeikh kami telah memberitahu
kami daripada Muhammad bin Abdullah bin Ja‘far al-Humairi daripada bapanya
daripada Musa bin Ja‘far al-Baghdadi daripada Ali bin Ma‘bad daripada
Ubaidillah bin Abdullah al-Dahaqan daripada Wasil bin Sulaiman daripada
Abdullah bin Sinan daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ketika Zaid bin Sauhan
berjuang pada Hari Jamal maka Amir al-Mukminin a.s datang kepadanya dan duduk di sisi kepala
Ziad bin Sauhan sambil berkata: Semoga Allah memberi rahmat kepada anda wahai
Zaid. Anda makan sedikit tetapi
pertolongan anda adalah besar.
Beliau a.s. berkata: Zaid
mengangkat kepalanya dan berkata: Dan anda, wahai Amir al-Mukminin. Allah akan
memberi ganjaran kepada anda. Aku tidak mengetahui anda bagi Allah melaikan
sebagai seorang yang alim dan pada Ummi al-Kitab melaikan sebagai seorang yang
tinggi dan bijaksana. Sesungguhnya Allah di dalam dada anda adalah besar. Demi
Allah! Aku tidak berperang bersama anda di atas kejahilan, tetapi aku telah
mendengar Ummu Salamah; isteri Rasulullah s.a.w berkata bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku tuannya, maka Ali juga
tuannya. wahai Tuhanku! Berilah penghormatan kepada mereka yang mewalikan Ali.
Musuhilah mereka yang bermusuhan dengannya. Tolonglah mereka yang menolongnya.
Hinalah mereka yang menghinanya”. Demi Tuhan, sesungguhnya Aku benci menghina anda kerana
Allah akan menghina aku[124].
Malik bin al-Harith al-Asytar al-Nakha‘i
Abu Abdullah al-Husain bin Ahmad al-‘Alawi
al-Muhammadi, dan Ahmad bin Ali bin al-Husain bin Zanjawaih telah memberitahu
kami, mereka berdua berkata: Abu al-Qasim Hamzah bin al-Qasim al-‘Alawi telah
memberitahu kami berkata: Bakr bin Abdullah ibn Habib telah memberitahu kami
daripada Samurah bin Ali daripada Abu Mu‘awiyah al-Dharir daripada Mujalid
daripada Sya‘bi berkata: Abdullah bin Ja‘far yang mempunyai dua sayap telah
memberitahu kami berkata: Apabila berita pembunuhan Muhammad bin Abu Bakr oleh
Mu‘awiyah bin Khadij al-Sukuni di Mesir sampai kepada Ali bin Abu Talib a.s,
maka beliau a.s. begitu sedih dan berkata: Aku tidak akan membiarkan Mesir
begitu saja. Aku mahu jika aku dapati seorang yang sesuai untuknya, aku akan
menghantarnya ke sana.
Abdullah berkata: Adakah anda mendapati orang
yang sesuai? Beliau a.s berkata:
Siapakah orangnya? Aku berkata: Al-Asytar. Beliau a.s. berkata: Panggilkan
Malik kepada aku. Maka aku memanggilnya. Maka beliau a.s. menulis perjanjian untuk Malik:
Bismillahi
r-Rahmani r-Rahim. Daripada Ali bin Abu Talib kepada sebahagian muslimin
yang memarahi kerana Allah ketika maksiat dilakukan di bumi dan kezaliman
berleluasa sama ada di darat atau di
laut sehingga tidak ada tempat untuk berehat kerana kemungkaran masih tidak
berakhir. Salam ‘alaikum. Amma ba‘d, sesungguhnya aku telah
kemukakan kepada kamu seorang hamba daripada hamba-hamba Allah di mana beliau
tidak tidur pada hari-hari ketakutan, cekal menghadapi musuh, lebih keras ke
atas mereka yang jahat (al-Fujjar)dari
api yang membakar. Dia adalah Malik bin al-Harith al-Asytar, saudara lelaki
Madhhij. Justeru itu, dengarlah kamu kepadanya dan patuhilah dia kerana dia
adalah pedang daripada pedang-pedang Allah. Jika dia memerintah kamu supaya
menyerang, maka seranglah, jika dia memerintah kami tinggal di satu tempat,
maka lakukanlah, jika dia memerintah kamu supaya berbekam, maka lakukanlah
kerana dia tidak melakukannya melainkan dengan perintah aku.
Sesungguhnya aku telah mengutamakannya untuk
kamu di atas diri aku sendiri supaya
menasihati kamu, apatah lagi ketegasannya terhadap musuh kamu. Tuhan kamu akan
memelihara kamu dengan hidayat-Nya, dan menjadikan kamu cekal dengan keyakinan.
Beliau a.s berkata: Jangan memandang remeh, kerana aku takut bencana ke atas
anda akibat dari tindakan Mu‘awiyah dan para sahabatnya. Oleh itu, ikutlah
jalan yang lebih tinggi di darat sehingga anda keluar ke Ilah, Kemudian anda
lalui pantai sehingga anda sampai kepadanya. Apabila sampai di Ilah, maka
keluarlah Nafi‘. Dia adalah hamba kepada ‘Uthman bin ‘Affan. Nafi’ melayan dan
berlembut dengan Malik sehingga mendatangkan kepercayaan Malik kepadanya. Malik
bertanya kepadanya: Daripada siapakah anda?
Nafi’ berkata: Aku daripada penduduk Madinah.
Daripada suku manakah anda? Nafi’ menjawab: Aku bekas hamba ‘Umar bin
al-Khattab. Malik berkata: Kemanakah anda mahu pergi? Nafi’ menjawab: Mesir.
Malik bertanya: Apakah hajat anda ke sana?
Nafi’ menjawab: Aku mahu kenyang dengan roti kerana kami tidak kenyang
di Madinah. Malik berkata kepadanya: Ikutlah aku. Aku akan memberi kamu roti
yang mengenyangkan kamu. Maka Nafi’ mengikutinya sehingga sampai di al-Qalzam,
iaitu tempat berhampiran Mesir yang jaraknya satu malam. Seorang perempuan dari
suku Juhainah kepada Malik dan berkata: Apakah makanan yang paling enak di Iraq
supaya aku masakkan untuk anda? Beliau
berkata: Dua ekor ikan segar. Dia
memasak untuknya. Lalu dia makan. Pada kebiasaannya Malik berpuasa pada
hari panas namun dia telah memperbanyakkan minuman air sehingga tidak terasa
dahaga dan perutnya menjadi buncit kerana banyak meminum air. Nafi‘ berkata
kepadanya: Sesungguhnya makanan yang anda makan tidak akan dimasukki racunnya
selain daripada madu lebah.
Maka Malik meminta supaya madu lebah diambil
dari simpanannya tetapi ia tidak ada pada tempatnya. Lantas Nafi‘ berkata
kepadanya: Ia ada di sisiku, bolehkah aku memberinya untuk anda? Malik berkata:
Ya, bawalah kepada aku. Kemudian Nafi’ memberikan madu yang dicampurkan dengan
racun yang sedia ada bersamanya yang memang disediakan untuk Malik. Malik
meminumnya kemudian beliau meninggal dunia pada masa itu juga. Nafi‘ sempat
melarikan diri di dalam kegelapan malam. Sebelum mati, Malik memerintah supaya Nafi‘ dicari. Dia
telah dicari tetapi tidak ditemui.
Abdullah bin Ja‘far berkata: Mu‘awiyah
mempunyai pengintipnya di Mesir, yang bernama Mas‘ud bin Jurjah. Dia menulis
surat kepada Mu‘awiyah tentang kematian Malik. Justeru itu, Mu‘awiyah memberi
khutbah kepada para sahabatnya secara berdiri dan berkata: Sesungguhnya Ali mempunyai dua orang kanannya. Salah seorang
telah dibunuh di Siffin iaitu Ammar dan seorang lagi di bunuh pada hari ini.
Sesungguhnya Malik al-Asytar telah melalui Ilah di dalam perjalanannya ke
Mesir. Nafi‘ hamba ‘Uthman telah bersahabat dengannya, berkhidmat kepadanya dan
berlembut dengannya sehingga dapat menawan hatinya. Dia (al-Asytar) pula merasa
senang dengannya. Apabila dia bermalam di al-Qalzam, maka Nafi‘ membawa kepadanya minuman daripada madu yang
dicampurkan dengan racun. Dia telah meminumnya, lalu meninggal dunia.
Sesungguhnya bagi Allah bala tenteranya daripada madu[125].
Ahmad bin Ali telah memberitahu kami dengan
katanya: Abu al-Qasim Hamzah bin al-Qasim al-‘Alawi telah memberitahu kami
daripada Bakr bin Abdullah bin Habib daripada Samurah bin Ali berkata:
Al-Minwal bin Jubair al-Humairi telah memberitahu kami berkata: ‘Awanah telah
memberitahu kami berkata: Setelah sampai berita kematian Malik al-Asytar kepada
Ali bin Abu Talib a.s, maka beliau a.s. terus menaiki mimbar memberi khutbah
kepada orang ramai dan berkata: Sesungguhnya Malik bin al-Harith telah
meninggal dunia, menunaikan janjinya dan
berjumpa dengan Tuhannya. Semoga Allah memberi rahmat kepada Malik. Jika ia
sebuah bukit, nescaya ia kuat, jika ia
sebuah batu, nescaya ia pejal[126].
Bagi Allah penghargaan kepada Malik. Apakah Malik? Adakah kaum wanita dapat melahirkan seorang
seperti Malik? Masih wujudkah orang seperti Malik?
‘Awanah berkata: Setelah
beliau a.s selesai memberi khutbah,
beliau memasuki kediamannya. Beberapa orang Quraisy menyambutnya dan berkata:
Sebanyak mana anda berdukacita ke atas kematian Malik ? Beliau a.s. berkata: Demi Allah! Kematiannya
telah memuliakan penduduk Maghrib dan menghina penduduk Masyrik.
‘Awanah berkata: Amir
al-Mukminin Ali a.s telah menangis dan berdukacita ke atas Malik selama
beberapa hari. Beliau a.s berkata: Aku tidak akan dapati orang sepertinya
selepas ini buat selama-lamanya (La ara
mithla-hu ba‘da-hu abadan).
Ahmad bin Harun al-Fami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad
bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad ibn Isa daripada Abu
Abdullah Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Ahmad bin al-Nadhar al-Khazzaz
daripada ‘Umru bin Syamr daripada Jabir
al-Ja‘fi daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Tiga orang daripada tabi‘in
yang berperang bersama Ali bin Abu Talib telah mati syahid di Siffin dan
dijamin syurga oleh Rasulullah
s.a.w tanpa melihat mereka. Mereka itu
adalah Uwais al-Qarani, Zaid bin Sauhan
al-‘Abdi dan Jundub al-Khair al-Azadi, rahmatu l-Lahi ‘laihim[127]..
Sufyan bin Laila al-Hamdani
Ja‘far bin al-Husain al-Mu’min
dan sebahagian daripada syeikh kami
telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada
Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada
Ali bin al-Nu‘man daripada Abdullah bin Maskan daripada Abu Hamzah al-Thumali
daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Seorang lelaki daripada sahabat Abu al-Hasan
a.s datang kepadanya. Dia dikenali
dengan nama Sufyan bin Laila. Dalam perjalanan ke rumahnya, dia berjumpa dengan
al-Hasan a.s. Pada ketika itu beliau a.s. sedang berselimut di halaman
rumahnya. Sufyan bin Laila berkata kepadanya: As-Salamu ‘alai-ka ya mudhilla l-Muslimin (Wahai orang menghina
muslimin)!Maka Abu al-Hasan a.s. berkata kepadanya: Turun dahulu, janganlah anda gopoh.
Lantas Sufyan turun dan
mengikat binatang tunggangannya di rumah al-Hasan a.s. Kemudian dia berjalan
kepadanya. Al-Hasan a.s berkata: Apakah
yang anda telah katakan? Sufyan berkata: Aku berkata: Wahai orang yang menghina
muslimin. Beliau a.s berkata: Apakah anda tahu mengenainya? Sufyan berkata:
Anda telah berpegang kepada urusan umat tetapi anda telah menyelesaikannya dari
tengkuk anda dan anda telah menyerahkannya kepada orang yang zalim ini membuat
keputusan tanpa menurut hukum Allah. Abu Ja‘far a.s. berkata: Al-Hasan a.s
berkata: Aku akan memberitahu anda kenapa aku telah berbuat demikian. Aku telah
mendengar bapa aku berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: Tidak akan berlalu malam dan siang sehingga umat ini
diperintah oleh seorang lelaki yang mempunyai saluran makanan yang besar dan
luas dadanya. Dia makan tetapi tidak merasa kenyang iaitu Mu‘awiyah. Justeru
itu, aku telah melakukan sedemikian. Sufyan berkata: Kecintaan kepada anda?
Beliau a.s. berkata: Allah. Beliau a.s. berkata: Allah.
Al-Hasan a.s berkata: Demi Allah! Seorang
hamba tidak mencintai kami
selama-lamanya sekalipun ia menjadi orang tawanan di Dailam melainkan Allah
memberi pahala kepadanya kerana mencintai kami. Sesungguhnya cinta kepada kami
dapat menjatuhkan dosa-dosa daripada manusia sebagaimana angin dapat
menjatuhkan daun dari pokok ( kama
yusaqitu r-Rihu al-Waraq min al-Syajari )[128]
Nama-Nama Para Syuhada’ Bersama al- Husain bin Ali A.S di Karbala’,
Al-Abbas bin Ali bin Abu Talib iaitu pembawa
air yang telah dibunuh oleh Hakam bin Tufail, ibu kepada al-Abbas dikenali
dengan nama Umm al-Banin binti Hizam bin Khalid bin Rabi‘ah bin al-Wahid bin
‘Amir, Ja‘far bin Ali, Abdullah bin Ali bin Abu Talib a.s, ibu mereka berdua
adalah Umm al-Banin, Muhammad bin Ali
dan ibunya sebagai Umm al-Walad, Abu Bakr bin Ali, ibunya Laila binti Mas‘ud,
Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib, ibunya Laila binti Abu Murrah bin
‘Urwah bin Mas‘ud, Abdullah bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib, ibunya
al-Ribab binti Amru al-Qais bin ‘Adi,
‘Aun bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib, Muhammad bin Abdullah bin Ja‘far
bin Abu Talib, Abdullah bin Muslim bin Aqil bin Abu Talib, Muhammad bin
Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib, Muhammad bin Abu Sa‘id bin Aqil bin Abu
Talib, Abdullah bin Yaqtur; saudara sesusu al-Husain bin Ali bin Abu Talib,
Sulaiman hamba al-Husain, Munjih hamba al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s.
Kesemua mereka yang telah mati syahid bersama Abu Abdullah al-Husain bin Ali bin
Abu Talib a.s di Karbala, adalah daripada anak-anak Ali, Ja‘far, Aqil dan
anak-anak al-Husain serta hamba-hamba mereka.
Nama-Nama Hamba Ali bin al-Husain dan Abu Ja‘far A.S
Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib telah meriwayatkan
bahawa sesungguhnya Abu Ishaq namanya adalah ‘Umru bin Abdullah al-Sabi‘.
Beliau telah mengerjakan solat malam selama empat puluh tahun dengan wuduk ‘Atamah. Beliau berkhatam al-Qur’an
pada setiap malam, tidak ada seorang pun pada zamannya yang lebih kuat
beribadat selain daripadanya. Tidak ada seorang pun yang lebih thiqah di dalam hadis di sisi khas dan
am selain daripadanya. Beliau adalah di kalangan mereka yang dipercayai
oleh Ali bin al-Husain a.s. Beliau
dilahirkan pada malam Amir al-Mukminin a.s dibunuh dan mati ketika berusia
sembilan puluh tahun. Beliau berasal dari Hamadan. Namanya ‘Umru bin Abdullah bin Ali bin Dhi Humair bin
al-Sabi‘ bin Yablu‘ al-Hamdani, ia dinisbahkan kepada al-Sabi‘ kerana tinggal di rumahnya[129].
Ziad bin al-Mundhir al-A‘ma iaitu Abu
al-Jarud, Ziad bin AbuRaja’ iaitu Abu Ubaidah al-Hiza’, Ziyad bin Sauqah, Ziad
hamba Abu Ja‘far a.s, Ziad bin Abu Ziad al-Munqari, Ziad al-Ahlam daripada
sahabat Abu Ja‘far a.s. di kalangan para sahabatnya adalah Abu Basir Laith bin al-Bukhturi
al-Muradi, Abu Basir Yahya Ibn Abu al-Qasim, Makfuf hamba Bani Asad. Nama Abu
al-Qasim adalah Ishaq dan Abu Basir dipanggil Abu Muhammad.
Surat bin Kulaib al-Asadi
Daripada al-Husain bin Sa‘id berkata: Ahmad
bin Muhammad telah memberitahu aku daripada Muhammad bin Ali daripada Ali bin
Muhammad daripada Sundal daripada Surat bin Kulaib berkata: Abu Abdullah a.s
telah berkata kepada aku: Wahai Surat! Bagaimana anda mengerjakan haji pada
tahun ini?
Aku menjawab: Aku telah meminta hutang bagi
haji aku. Demi Allah! Sesungguhnya aku
mengetahui bahawa Allah akan melaksanakannya untuk aku, haji ku tidak menjadi
lebih besar selepas keampunan selain cinta kepada anda dan kepada hadis anda. Beliau a.s
berkata: Adapun haji anda, maka Allah telah melaksanakannya dari sisi ku,
kemudian beliau a.s. mengangkat musalanya, lalu beliau a.s. mengeluarkan dua
puluh dinar. Beliau a.s berkata: Inilah haji anda sebanyak dua puluh dinar.
Beliau a.s. seterusnya berkata: Inilah bantuan untuk anda semasa hidup anda
sampai anda mati. Surat berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagai tebusan
anda, beritahu kepada aku tentang ajal aku adakah ia telah hampir? Beliau a.s.
berkata: Wahai Surat! Tidakkah anda
meredai bahawa anda akan berada bersama kami dan saudara-saudara anda polan dan
polan? Surat berkata: Ya. Sundal berkata: Sembilan bulan selepas itu beliau
mati[130].
Ibrahim bin Syu‘aib
Abu al-Abbas Ahmad bin
Muhammad bin al-Qasim al-Kufi al-Muharibi berkata: Ali bin Muhammad bin Ya‘qub
al-Kufi telah memberitahu aku dengan katanya: Ali bin al-Hasan bin Ali
al-Fadhdhal telah memberitahu kepada aku daripada Ali bin Asbat daripada
Ibrahim bin Abu al-Bilad-atau Abdullah bin Jundub berkata: Aku telah berada di
al-Mauqif. Ketika aku melakukan Ifadhah,
aku berjumpa dengan Ibrahim bin Syu‘aib, lalu aku memberi salam kepadanya.
Salah satu matanya dijangkiti kemerahan seolah-olah seketul darah.
Aku berkata kepadanya: Anda telah ditimpa
kesakitan pada salah satu mata anda. Aku bersimpati dengan anda. Anda
sepatutnya mengurangkan tangisan anda. Ibrahim berkata: Tidak, wahai Abu
Muhammad! Pada hari ini aku tidak berdoa untuk diri aku sendiri. Abdullah
bertanya: Kepada siapakah anda telah berdoa? Ibrahim berkata: Aku telah berdoa
untuk saudara-saudara aku kerana aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata:
Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya maka Allah
akan mewakilkan kepadanya malaikat yang akan berkata: Dan untuk anda
seumpamanya. Lantaran itu, aku mahu berdoa untuk saudara-saudaraku sementara
malaikat berdoa untuk aku kerana aku di dalam keadaan syak tentang doa aku
untuk diri aku dan aku tidak syak tentang doa malaikat untuk aku[131].
Abdullah bin al-Mughirah al-Khazaz al-Kufi
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kepada aku
daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad daripada
al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, berkata: Abdullah bin al-Mughirah berkata: Aku
adalah seorang yang berpegang kepada fahaman al-Waqifi. Aku telah mengerjakan
haji di dalam keadaan tersebut, apabila aku sampai di Makkah, satu perkara
telah membuatkan aku gelisah. Maka aku pun bergantung di al-Multazam. Kemudian aku berkata: Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengetahui tuntutanku dan kemahuanku. Maka
tunjuklah kepada aku sebaik-baik agama (Khair
al-Adyan).
Maka terlintas di hatiku untuk menemui al-Ridha
a.s. Maka aku pun datang ke Madinah, lantas aku berdiri di pintunya dan aku
berkata kepada hamba lelakinya: Katakan kepada tuan anda: Seorang lelaki
daripada Iraq di pintu. Maka aku mendengar seruannya: Masuklah Abdullah bin
al-Mughirah. Aku pun masuk. Setelah beliau a.s. melihat kepada ku beliau a.s.
berkata: Sesungguhnya Allah telah menyahuti doa anda dan telah menunjukkan anda
kepada agama anda. Aku berkata: Aku naik saksi
bahawa sesungguhnya anda adalah hujah Allah di bumi dan pemegang
amanah-Nya di atas makhluk-Nya[132].
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami
dengan katanya: Dibawa kepada Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil sekeping
kertas daripada Abu al-Hasan al-Asadi berkata: Sahal bin Ziad al-Adami telah
memberitahu aku bahawa ketika Abdullah bin al-Mughirah mengarang kitabnya, beliau telah berjanji
kepada para sahabatnya bahawa beliau akan membacanya kepada mereka di salah
satu sudut Masjid. Abdullah mempunyai seorang saudara yang berlainan pemikiran
dengannya (mukhalif). Ketika beliau
hadir untuk memperdengarkan kitabnya maka saudaranya juga datang dan terus
duduk.
Sahal berkata: Abdullah berkata kepada orang
ramai: Pulanglah hari ini. Saudaranya berkata: Kemanakah mereka pergi?
Sesungguhnya aku datang kerana mereka datang.
Saudaranya berkata: Kenapa mereka telah
datang? Abdullah menjawab: Wahai saudaraku! Aku melihat sebagaimana orang yang
tidur melihat malaikat sedang turun dari langit. Sahal bertanya: Kenapakah
mereka (Malaikat) turun? Seseorang daripada hadirin menjawab: Mereka turun
kerana ingin mendengar kitab yang dibacakan Abdullah bin al-Mughirah.
Saudaranya berkata: Aku juga datang kerana kitab ini. Sekarang aku bertaubat kepada
Allah. Sahal berkata: Abdullah bin al-Mughirah telah mentafsirkan sedemikian[133].
Sa‘d bin Abd al-Malik al-Amawi
Abu Abdullah Muhammad bin
Ahmad al-Kufi al-Khazzaz telah memberitahu aku dengan katanya: Ahmad bin Muhammad
bin Sa‘id al-Kufi telah memberitahu aku
daripada Ibn Fadhdhal daripada Ismail
bin Mihran daripada Abu Masruq al-Nah di daripada Malik bin ‘Atiyyah daripada
Abu Hamzah berkata: Sa‘d bin Abd al-Malik
datang berjumpa dengan Abu Ja‘far
a.s dalam keadaan menangis sebagaimana menangisnya perempuan. Abu Ja‘far a.s
menamakannya Sa‘d al-Khair. Beliau
adalah daripada anak Abd al-Aziz bin
Marwan.
Sa‘d berkata: Abu Ja‘far berkata kepadanya:
Apakah yang membuatkan anda menangis wahai Sa‘d? Dia menjawab: Bagaimana aku tidak menangis.
Aku adalah daripada pokok yang dilaknat di dalam al-Qur’an. Maka beliau a.s
berkata kepadanya: Anda bukanlah daripada mereka. Anda adalah amawiyyun daripada kami Ahlu l-Bait[134].
Tidakkah anda telah mendengar firman Allah s.w.t yang menceritakan tentang
Ibrahim di dalam Surah Ibrahim (14):36 “Maka
barangsiapa yang mengikuti ku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan
ku”.
Ismail bin Abd al-Rahman al-Ja‘fi
Abu Ghalib Ahmad bin Muhammad
al-Zarari berkata: Muhammad bin Sa‘id al-Kufi telah memberitahu aku, berkata:
Muhammad ibn Fadhl bin Ibrahim
telah memberitahu aku daripada bapanya
daripada al-Nu‘man bin ‘Umru al-Ja‘fi berkata: Muhammad bin Ismail bin Abd
al-Rahman al-Ja‘fi berkata: Aku dan bapa saudaraku sebelah bapa bernama al-Hasin bin Abd
al-Rahman telah datang kepada Abu Abdullah a.s. Maka beliau a.s. pun berkata:
Anak lelaki siapakah bersama anda ini?
Dia menjawab: Anak lelaki saudaraku Ismail.
Maka beliau a.s berkata: Semoga Allah memberi rahmat kepada Ismail kerana telah
melebihi amalan jahatnya. Bagaimana kamu meninggalkannya? Beliau berkata:
Dengan sebaik-baik apa yang telah dikurniakan Allah kepada kami kerana
mencintai kamu. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Hasin! Janganlah kamu
mengecil-ngecilkan kecintaan kepada kami, kerana ia adalah daripada peninggalan
yang baik (al-Baqiyat al-Salihat). Beliau berkata: Wahai anak lelaki
Rasulullah! Aku bukanlah mengecil-ngecilkannya, tetapi aku memuji Allah di atas dasar kecintaan kepada Ahlu l-Bait
a.s[135].
Abu Ahmad Muhammad bin Abu ‘Umair
Beliau berkata: Muhammad bin al-Muhsia al-Sajjad telah memberitahu kami
dengan katanya: Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu kami daripada
bapanya berkata: Ibn Abu ‘Umair telah ditahan selama tujuh belas tahun. Maka
wangnya sudah tidak ada lagi. Beliau juga telah memberi pinjaman kepada seorang
lelaki sebanyak sepuluh ribu dirham.
Beliau berkata: Lelaki itu
telah menjual rumahnya dan membayar hutangnya kepada Ibn Abu Umair. Sehubungan
dengan itu, Ibn Umair bertanya kepada lelaki itu: Di manakah anda mendapati
harta ini; adakah anda telah menemui barang simpanan atau anda telah
mewarisinya daripada seseorang? Anda mesti memberitahu aku.
Lelaki itu berkata: Aku telah menjual rumah aku dan berkata: Dhuraih
al-Muharibi telah memberitahu aku daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seorang
lelaki tidak boleh keluar dari tempat lahirnya sedangkan dia berhutang. Aku
memerlukan wang tetapi ia bukanlah milik aku[136].
Nama Abu ‘Umair adalah Ziad
hamba kepada al-Azadi, orang yang paling dipercayai di kalangan syi‘ah dan
umum, paling warak, paling banyak beribadat pada zamannya. Beliau sempat
bertemu Musa bin Ja‘far a.s, tetapi tidak meriwayatkan sesuatu daripadanya.
Namun demikian dia telah meriwayatkan hadis daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s[137].
Zakaria dan Abu Jarir Zakaria
al-Qummiyyain.
Ahmad
bin Muhammad telah memberitahu kami daripada bapanya dan Sa‘d bin Abdullah
daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Yas‘
daripada Zakaria bin Adam berkata: Aku datang menemui al-Ridha a.s pada awal
malam di Hadathan. Pada masa itu Abu Jarir telah mati. Beliau a.s. bertanya
kepada aku mengenai Abu Jarir dan bersimpati ke atasnya. Beliau a.s sentiasa
bercakap dengan aku dan aku bercakap dengannya sehingga naik fajar. Kemudian
beliau a.s. berdiri dan mengerjakan solat Subuh[138].
Daripadanya daripada bapanya dan Sa‘d daripada Ahmad bin Muhammad bin
Isa daripada Muhammad bin Hamzah daripada Zakaria bin Adam berkata: Aku berkata
kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya aku ingin keluar daripada keluarga aku kerana
ramai mereka yang bodoh.
Beliau a.s berkata: Jangan anda melakukannya kerana penduduk Qum
mempertahankan mereka kerana anda sebagaimana dipertahankan penduduk Baghdad kerana Abu al-Hasan a.s[139].
Daripada
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ahmad bin al-Walid daripada Ali bin
al-Musayyab berkata: Aku berkata kepada al-Ridha a.s: Rumah aku sangat jauh.
Aku tidak boleh datang kepada anda pada setiap masa. Justeru itu, daripada
siapakah aku akan mengambil ajaran agama aku? Beliau a.s berkata: Daripada
Zakaria bin Adam al-Qummi bersifat amanah terhadap agama dan dunia. Ibn
al-Musayyab berkata: Apabila aku pulang, aku datang kepada Zakaria dan aku
telah bertanya beliau apa yang aku perlu kepadanya[140].
Ahmad bin
Muhammad bin Isa al-Qummi berkata: Abu Ja‘far a.s telah mengutus hamba
lelakinya kepada aku bersamanya surat. Beliau a.s. memerintahkan aku supaya
datang kepadanya. Aku datang ke Madinah untuk berjumpa dengannya. Abu Ja‘far
a.s tinggal di Dar Khan Bazi‘. Aku masuk dan memberi salam kepadanya. Beliau
a.s. telah menyebut Safwan, Muhammad bin Sinan kepada aku dan nama orang lain.
Aku telah berkata kepada diri aku: Aku akan meminta kasihan belasnya ke atas
Zakaria bin Adam dengan harapan beliau a.s menerima apa yang dikatakannya
tentang Zakaria. Kemudian aku menarik balik niatku dan berkata kepada diri ku:
Siapakah aku untuk membentangkan perkara ini atau seumpamanya kepada tuanku
sedangkan beliau a.s. lebih mengetahui apa yang dilakukannya.
Beliau a.s
berkata kepada aku: Wahai Abu Ali! Ia bukan seperti Abu Yahya ingin cepat. Dia
pernah berkhidmat kepada bapa aku (Al-Baqir a.s.) dan mempunyai kedudukan di
sisinya dan di sisiku selepasnya. Bukanlah aku perlu kepada harta (al-Mal) yang ada di sisinya. Muhammad
berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagi tebusan anda bahawa Zakaria akan
menghantar wang kepada anda. Dia berpesan dengan katanya: Jika aku sampai
kepada Abu Ja‘far a.s. maka beritahukan kepadanya bahawa apa yang telah
menghalang aku dari menghantar harta itu ialah perselisihan Maimun dan Musafir.
Beliau a.s berkata: Bawalah surat aku kepadanya dan perintahkannya menghantar
harta kepada aku. Maka aku telah membawa surat itu kepada Zakaria bin Adam,
lantas dia mengirim harta tersebut kepada Abu Ja ‘far a.s.[141].
Ja‘far bin
Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada al-Hasan bin al-Bannan
daripada Muhammad bin Isa daripada bapanya daripada Ali bin Mahziar daripada sebahagian
orang-orang Qum daripada Muhammad bin Ishaq dan al-Hasan bin Muhammad, mereka
berdua berkata: Kami telah keluar selepas
kematian Zakaria bin Adam untuk mengerjakan haji. Maka kami terjumpa
surat (Abu Ja‘far) a.s di sebahagian jalan. Dan apa yang berlaku adalah
daripada Qadha’ Allah tentang seorang lelaki yang mati dengan rahmat Allah pada
hari beliau dilahirkan, hari beliau dimatikan dan hari beliau akan
dibangkitkan.
Zakaria
hidup sebagai orang yang arif dengan
kebenaran, bersabar, dan berkira untuk kebenaran, melaksanakan apa yang
dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Beliau mati tanpa belot dan berubah. Allah
akan memberi pahala di atas niatnya dan kerjanya. Aku telah menyebut lelaki
yang telah diwasiatkan kepadanya tetapi aku tidak menemuinya. Kami mempunyai
maklumat mengenainya lebih banyak
daripada apa yang kami sebutkan. Iaitu al-Hasan bin Muhammad bin ‘Imran[142].
Al-Mirzaban
bin Imran al-Qummi al-Asy‘ari
Ahmad bin
Muhammad telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ahmad bin Idris daripada
Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad ibn Isa daripada
al-Hasan bin Ali daripada al-Mirzaban bin Imran al-Qummi al-Asy‘ari berkata:
Aku berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku sedang bertanya anda tentang
perkara yang paling penting kepada aku: Adakah aku daripada syi‘ah anda? Beliau
a.s berkata: Ya. Al-Mirzaban berkata: Aku bertanya kepada Abu al-Hasan al-Ridha
a.s: Adakah nama aku tertulis di sisi anda? Beliau berkata: Ya[143].
Safwan bin Yahya
Muhammad
bin Ja‘far al-Muaddib telah menyebutkan bahawa Safwan bin Yahya dipanggil Abu
Muhammad adalah hamba kepada Bajilah, Bayya‘ al-Sabiri, orang yang paling
dipercayai dan warak pada zamannya di sisi ulama Hadis. Safwan mengerjakan solat
sebanyak seratus lima puluh rakaat sehari. Beliau berpuasa selama tiga bulan
setahun, mengeluarkan zakat hartanya sebanyak tiga kali setahun. Dia dan
Abdullah bin Jundub serta Ali bin Uthman telah membuat perjanjian di Baitu
l-Lah al-Haram bahawa jika seorang daripada mereka mati, maka yang hidup akan
mengerjakan solatnya, puasanya, hajinya dan zakatnya selama ia masih hidup. Dua sahabatnya itu telah mati
dan tinggallah Safwan selepas mereka berdua. Maka Safwan melaksanakan apa yang
dia janjikan kepada mereka berdua. Sebahagian jirannya daripada penduduk Kufah
di Makkah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad! Bawalah untuk aku ke rumah dua
dinar? Dia berkata kepada mereka: Unta aku sedang mengambil upah sehingga aku
menyuruh unta aku melakukannya[144].
Ali bin ‘Ubaidillah bin Ali bin al-Husain A.S
Ahmad bin Muhammad telah
memberitahu aku daripada bapanya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada
Ali bin al-Hakam daripada Sulaiman bin Ja‘far berkata: Ali bin ‘Ubaidillah bin
al-Husain bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s telah berkata kepada
aku: Aku ingin berjumpa dengan Abu al-Hasan al-Ridha a.s bagi memberi salam
kepadanya.
Sulaiman berkata: Apakah yang
telah menghalang anda dari melakukannya? Ali berkata: Kemuliaan dan kehibatannya.
Sulaiman berkata: Abu al-Hasan a.s. telah menghidap penyakit yang ringan. Orang
ramai menziarahinya termasuk diriku. Aku terserempak dengan Ali bin ‘Ubaidillah lalu aku berkata: Apa yang anda
kehendaki itu tepat pada masanya. Abu al-Hasan a.s. sedang sakit ringan. Orang
ramai menziarahinya. Jika anda mahu berjumpa dengannya, maka inilah harinya.
Sulaiman berkata: Ali bin
Abdullah telah menziarahi Abu al-Hasan a.s. Beliau a.s telah menyambutnya
dengan penuh kemuliaan. Ali bin Abaidullah begitu gembira dengan sambutan
tersebut. Apabila Ali bin Ubaidillah pula jatuh sakit maka Abu al-Hasan a.s
menziarahinya pula. Pada ketika itu aku telah berada bersama Ali. Dia duduk
bersama Abu al-Hasan a.s sehingga tetamu yang berada di dalam rumahnya keluar[145].
Al-Hasan bin Mahbub daripada
Ali bin Hamzah berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s berkata kepada aku
tanpa aku memulakannya: Besok seorang lelaki bernama Ya‘qub dari Maghrib akan
berjumpa dengan anda. Dia akan bertanya anda tentang aku. Maka katakan
kepadanya: Beliau a.s. adalah imam yang telah diberitahu kepada kami oleh Abu
Abdullah a.s. apabila lelaki itu bertanya anda tentang halal dan haram, maka
beritahulah kepadanya tentang aku.
Ali bin Hamzah berkata: Aku
telah menjadikan diri aku sebagai tebusan anda. Apakah tanda (bentuk
fizikalnya)nya? Beliau a.s berkata: Tubuhnya panjang. Jika dia datang,
janganlah anda menunjukkannya kepada aku tetapi jika beliau mahu anda
menunjukkannya kepada aku, maka lakukanlah.
Ali bin Hamzah berkata: Demi
Allah! Ketika aku mengerjakan tawaf, tiba-tiba seorang lelaki panjang tubuhnya
datang kepada aku, dan berkata kepada aku: Aku mahu bertanya anda tentang
sahabat anda? Aku berkata: Sahabat yang mana? Lelaki itu berkata: Tentang polan
dan polan. Ali bin Hamzah berkata: Apakah nama anda? Lelaki itu berkata:
Ya‘qub. Ali berkata: Dari manakah anda? Dia berkata: Daripada penduduk Maghrib.
Ali berkata: Dari manakah anda telah mengenali aku? Dia berkata: Seorang lelaki
datang kepada aku di dalam mimpiku, maka beliau berkata kepada aku: Berjumpalah
dengan Ali bin Hamzah dan bertanyalah kepadanya apa yang anda perlu kepadanya.
Maka akupun telah bertanya tentang anda dan ditunjukkan kepada aku.
Ali berkata kepadanya:
Duduklah di tempat ini sehingga aku menamatkan tawaf aku dan aku akan datang
kepada anda insya’ Allah. Aku mengerjakan tawaf, kemudian aku datang kepadanya.
Sesungguhnya aku telah bercakap dengan seorang lelaki yang cerdik. Kemudian dia
telah meminta aku supaya aku membawanya kepada Abu al-Hasan a.s. Ali memegang tangan lelaki itu dan membawa
masuk berjumpa dengan Abu al-Hasan a.s.
Ketika beliau a.s melihatnya,
beliau a.s. berkata: Wahai Ya‘qub! Dia menjawab: Labbai-ka. Beliau a.s berkata: Anda telah datang kelmarin dan telah
berlaku di antara anda dan saudara lelaki anda perkara yang tidak baik (syarrun) pada suatu tempat. Setelah itu
berlaku caci-mencaci antara kamu berdua; ini bukan daripada agama aku dan ini
bukan daripada agama bapa-bapa aku. Tiada seorang pun yang memerintah supaya ia
dilakukannya. Kamu berdua bertakwalah kepada Allah sahaja tiada sekutu
bagi-Nya.
Kamu berdua akan berpisah
dengan kematian. Adapun saudara lelaki anda akan mati di dalam perjalanannya
sebelum sampai kepada keluarganya. Anda akan menyesal di atas apa yang telah
berlaku. Anda telah memutuskan pertalian kerabat. Maka umur kamu berdua
dipendekkan. Lelaki tersebut bertanya: Bilakah ajal aku? Beliau a.s. berkata:
Ajal anda akan sampai sehingga ibu saudara sebelah bapa anda sampai ke tempatnya. Allah telah memendekkan ajal anda selama dua
puluh tahun. Ali berkata: Lelaki itu (Ya‘qub) telah diberitahu bahawa saudara
lelakinya mati sebelum sempat sampai di rumahnya. Dia disemadikan di perjalanan[146].
Soalan Abu Hanifah kepada Musa bin Ja‘far dan jawapannya
Beliau berkata: Pada suatu
hari Abu Hanifah bertanya kepada Musa
bin Ja‘far a.s: Beritahu aku apakah perkara yang lebih dicintai oleh bapa anda
gambus atau gitar? Beliau a.s menjawab: Gambus. Beliau a.s. ditanya lagi
tentang perkara tersebut. Beliau a.s. menjawab: Beliau (Ja‘far) sukakan gambus
dan membenci gitar[147].
Siapa Yang Ada Hajat Kepada Allah dan Ingin Melihat Imam A.S
Abu al-Faraj, daripada Abu Sa‘id Sahl bin Ziad
daripada seorang lelaki daripada Abdullah bin Jabalah daripada Abu al-Maghra’
mendengar Musa bin Ja‘far a.s berkata: Sesiapa yang ada hajat kepada Allah mahu
melihat kami dan mahu mengetahui tempatnya daripada Allah, maka hendaklah ia
mandi tiga malam bermunajat dengan kami. Maka sesungguhnya dia akan melihat
kami di dalam tidurnya. Allah akan mengampuninya melalui kami dan tempatnya
akan didedahkan kepadanya.
Sayyidi! Aku berkata: Jika
seorang lelaki telah melihat anda di dalam tidurnya sedangkan beliau meminum
arak? Beliau a.s berkata: Nabidh
(arak) bukanlah merosakkan agamanya, sesungguhnya apa yang merosakkan agamanya
adalah kerana beliau telah meninggalkan kami Ahlu l-Bait a.s, dan sesungguhnya
orang yang paling celaka di kalangan kamu adalah orang yang membohongi kami
pada batin dan membenarkan kami pada zahir. Kami adalah anak-anak Nabi Allah,
anak-anak Rasulullah s.a.w, anak-anak
Amir al-Mukminin a.s dan kekasih Tuhan semesta alam.
Kami adalah anak kunci Kitab,
maka dengan kamilah para ulama bercakap, jika tidak, mereka menjadi bisu.
Kamilah yang telah mengangkat mercu ketinggian dan kamilah yang telah
memperkenalkan kiblat, kamilah Hajr
al-Bait (batu Baitu l-Lah). Dengan kamilah Adam diampunkan (bina ghufira li-Adam). Dengan kamilah
Ayyub diuji. Dengan kamilah Ya‘qub diuji kehilangan anak-anaknya. Dengan
kamilah Yusuf ditahan. Dengan kamilah ditolak bala, dengan kamilah bersinarnya
matahari. Kami tertulis di ‘Arasy Tuhan kami: Muhammad adalah sebaik para nabi.
Ali adalah penghulu segala wasi, Fatimah adalah penghulu puteri syurga[148]. Aku adalah penamat para wasi. Aku adalah
penjaga al-Bab (pintu). Aku adalah sahabat al-Siffin, aku adalah pendendam
daripada penduduk Basrah, aku adalah sahabat Karbala’, siapa yang telah
mencintai kami dan melepaskan diri daripada musuh kami, maka dia adalah bersama
kami, daripada mereka yang dapat berteduh di bayangan yang panjang dan meminum
air yang banyak. Hadis ini sangat panjang. Pada akhir riwayatnya dinyatakan: Sesungguhnya Allah
telah menyatukan di antara para nabi dan para wasi pada keilmuan dan ketaatan.
Dalam hadis riwayat yang lain menyebutkan: Sesungguhnya Dia telah menjadikan
kami dua ribu tahun sebelum makhluk lain. Kami telah bertasbih, maka para
malaikat ikut bertasbih dengan tasbih kami.
Hadis Abu al-Hasan al-Hadi A.S Bersama Saudaranya Musa bin Muhammad bin Ali bin Musa
Ia adalah hadis yang panjang
diriwayatkan oleh Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid
al-Baghdadi daripada Musa bin Muhammad daripada Ali bin Musa yang telah
bertanya kepada Musa bin Muhammad di Baghdad di Dar al-Fatan Musa berkata:
Yahya bin Aktham telah menulis kepada aku bertanya aku tentang dua belas
masalah. Maka aku pun berjumpa dengan saudara ku (Ali al-Hadi a.s.) dan berkata
kepadanya: Aku jadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya Yahya bin Aktham telah
menulis kepada ku bertanyakan kepada ku beberapa masalah supaya aku memberi
fatwa mengenainya. Maka saudaraku itu ketawa.
Kemudian dia berkata: Adakah
anda telah memberi fatwa kepada Yahya?
Musa menjawab: Tidak. Saudaranya berkata: Kenapa? Musa menjawab: Aku
tidak mengetahuinya. Dia berkata: Apakah ia? Musa berkata: Yahya telah menulis kepada ku sebagaimana
berikut:
Pertama: Beritahu aku tentang
firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Naml (27):40 “Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu di dalam al-Kitab: Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu
berkelip”. Adakah seorang nabi Allah perlu kepada ilmu Asif?
Kedua: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah
Yusuf (12):100 “Dan ia menaikkan kedua
ibu bapanya ke atas singgahsana dan mereka merebahkan diri seraya sujud
kepadanya” Adakah Ya‘qub dan anak-anaknya telah sujud kepada Yusuf
sedangkan mereka adalah para
nabi?
Ketiga: Beritahu aku tentang
firman Allah s.w.t di dalam Surah Yunus (10) :94 “Maka jika kamu (Muhammad) berada di dalam keraguan tentang apa yang
kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab
sebelum kamu”. Siapakah orang yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut?
Sekiranya orang yang dimaksudkan itu adalah Rasulullah s.a.w, tidakkah beliau
telah mengesyaki apa yang telah diturunkan kepadanya? Dan sekiranya orang yang
dimaksudkan itu bukan Rasulullah s.a.w, maka ke atas orang lainkah ayat itu
diturunkan?
Keempat: Beritahu aku tentang
firman Allah s.w.t di dalam Surah Luqman (31) : 27 “Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak habis-habisnya kalimat Allah”. Apakah laut-laut
ini? Dan di manakah ia?
Kelima: Beritahu aku tentang
firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Zukhruf (43) :71 “ Di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan sedap
dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya ”. Nafsu Adam telah inginkan biji
gandum, justeru itu beliau telah memakan dan merasainya, tetapi bagaimana
beliau dan isterinya diberi balasan
tentangnya sedangkan ia termasuk di dalam apa yang diingini oleh hati?
Keenam: Beritahu aku tentang
firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Syura (42) :50 “atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan”. Adakah Allah telah
menganugerahkan kepada hamba-hamba-Nya dengan lelaki sedangkan Allah memberi
balasan kepada kaum yang telah melakukannya?
Ketujuh: Beritahu aku tentang
keharusan penyaksian seorang perempuan sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Talaq(65):2 “Dan saksikanlah dengan dua lelaki yang
adil daripada kamu”.
Kelapan: Beritahu aku tentang
papak (al-Khuntha ) dan kata-kata Ali
mengenainya “Papak diwarisi dari kencingnya” Siapakah yang akan melihat kepada
papak apabila dia kencing? Penyaksian jiran terhadap dirinya tidak boleh
diterima. Kemungkinan seorang papak itu adalah seorang lelaki sedangkan
perempuan melihat kepadanya. Ini adalah perkara yang tidak dihalalkannya. Maka
bagaimana ini pula?
Kesembilan: Beritahu aku tentang
seorang lelaki yang telah datang kepada sekumpulan kambing, maka dia
terlihat seorang penternak melakukan hubungan seks ke atas seekor kambing
betina. Apabila pemilik terlihat kepada kejadian itu, maka penternak itu
melepaskan kambing itu pergi ke mana-mana bersama-sama kambing-kambing
tersebut. Penternak tadi tidak dapat mengenali kambing betina tersebut dan
pemiliknya juga tidak mengenali yang mana satu patut disembelihnya?
Kesepuluh: Beritahu aku
tentang kata-kata Ali kepada Ibn Jurmuz: “Berilah berita gembira kepada pembunuh Ibn Safiyyah dengan api” Kenapakah
beliau a.s. tidak membunuhnya sedangkan beliau a.s. adalah seorang Imam.
Sesiapa yang telah meninggalkan satu daripada hudud Allah s.w.t, maka dia telah
menjadi kafir melainkan dengan sebab?
Kesebelas: Beritahu aku
kenapakah Ahli Siffin dibunuh sama ada
yang berhadapan atau yang lari. Sebaliknya di dalam peperangan Jamal mereka
yang terluka, mereka yang memasuki mana-mana rumah dan mereka yang telah
mencampakkan pedang mereka tidak dibunuh. Mereka juga telah diberi keamanan
malah tidak diperintah supaya dilakukan sedemikian. Kenapakah beliau a.s telah
melakukan sedemikain? Jika yang pertama betul maka yang kedua adalah salah?
Kedua belas: Beritahu aku tentang solat
subuh, kenapa dinyaringkan bacaannya sedang ia daripada solat siang.
Sesungguhnya bacaan nyaring adalah di dalam solat malam?
Maka Ali al-Hadi a.s berkata:
Tuliskan. aku berkata: Apakah aku akan tulis?
Beliau berkata: Tuliskan:
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Anda telah diilhamkan Allah
kecerdikan dan surat anda telah sampai kepada aku. Anda telah menguji kami
dengannya, ditambah kedegilan anda untuk
mencari jalan bagi mengkritik kami. Walau bagaimanapun Allah akan memberi
balasan di atas niat anda dan kami telah menerangkan beberapa masalah yang anda
kemukakan kepada kami. Maka tumpulah pendengaran anda kepadanya dan
rendahkan fahaman anda untuknya serta
tumpukan hati anda sepenuhnya kepadanya. Sesungguhnya aku telah melengkapkan
hujah aku wassalam.
Pertama: Anda telah bertanya
tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Naml (27):40 “Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu di dalam al-Kitab: Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu
berkelip”. Jawapannya: Dia adalah Asif bin Barkhia. Dalam hal ini, Sulaiman
tidak lemah untuk mengetahui apa yang diketahui oleh Asif, tetapi beliau mahu
memperkenalkan kepada umatnya yang terdiri daripada Jin. Sulaiman a.s. juga mahu manusia tahu bahawa
Asif adalah hujah selepasnya. Apa yang
berlaku itu adalah di dalam keilmuan Sulaiman dan beliau telah memberinya
kepada Asif dengan perintah Allah. Maka Allah telah memahamkannya tentang
perkara tersebut supaya imamahnya
tidak dipertikaikan oleh umat sebagaimana Dia telah memahamkan Sulaiman kepada
umatnya pada masa hidup Daud bagi membentangkan imamahnya dan kenabiannya
selepas Daud bagi menguatkan hujah ke atas makhluk.
Kedua: Mengenai sujud Ya‘qub
dan anak-anaknya kepada Yusuf. Jawapannya: Sujud bukanlah untuk Yusuf
sebagaimana sujud malaikat kepada Adam yang bukan untuk Adam, malah sujud
mereka adalah kerana taat kepada Allah dan menghormati Adam. Lantaran itu,
Ya‘qub dan anak-anaknya telah melakukan sujud kerana bersyukur kepada Allah kerana
terkumpulnya keluarga mereka. Tidakkah beliau telah berkata di dalam
kesyukurannya pada masa itu di dalam Surah Yusuf (12):101“Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku
sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takbir mimpi”
Ketiga: Adapun firman Allah
s.w.t di dalam Surah Yunus (10) :94 “ Maka
jika kamu (Muhammad) berada di dalam
keraguan tentang apa yang kami turunkan kepada mu,maka bertanyalah kepada
orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu”. Jawapannya: Orang yang
dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah Rasulullah s.a.w. tetapi baginda
s.a.w. tidak syak apa yang diturunkan kepadanya. Namun mereka yang jahil
berkata: Kenapakah Allah tidak mengutus seorang nabi daripada malaikat atau
bagaimana Dia tidak membezakan di antaranya dan makhluk-Nya tanpa makan, minum
dan berjalan-jalan ke pasar-pasar? Maka Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya
s.a.w “maka bertanyalah kepada
orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu” sebagai renungan secara
langsung kepada orang-orang jahil. Allah tidak mengutus seorang rasul sebelummu
melainkan mereka juga makan dan minum, serta berjalan-jalan di pasar-pasar.
Anda menjadi ikutan kepada mereka.
Sesungguhnya Dia berfirman: “jika kamu berada di dalam keraguan”
bukan untuk pembahagian kepada syak dan tidak syak sebagaimana firman-Nya di
dalam Surah Ali Imran(3):61“Katakanlah (kepadanya)” Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu
wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah
kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan
kepada orang-orang yang dusta” . Jika beliau berkata: Marilah kita
bermubahalah dan kami jadikan laknat Allah di atas kamu, maka ianya tidak akan
berlaku mubahalah. Sesungguhnya Allah
telah mengetahui bahawa Nabi-Nya adalah pelaksana risalah-Nya dan baginda
s.a.w. bukanlah daripada golongan pendusta. Demikian juga Nabi s.a.w telah
mengetahui bahawa beliau adalah benar apa yang beliau katakan, tetapi beliau
mahu menyedarkan mereka dengan dirinya.
Keempat: Mengenai firman
firman Allah s.w.t di dalam Surah Luqman (31) : 27 “ Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak habis-habisnya kalimat Allah”. Jawapannya:
Demikianlah jika pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta),
ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sehingga bumi memancarkan mata air,
maka tenggelamlah Ashab Taufan, nescaya laut-laut menjadi kering sebelum
keringnya kalimat Allah s.w.t.
Iaitu mata air al-Kabrit, mata
air al-Yaman, mata air Barhut, mata air al-Tabariyyah, Hammatu Masbadha
dipanggil al-Maniyyat, Hammatu Ifriqiyyah dipanggil Baslan, mata air Bahruan
dan Bahrun Bahrun; Kamilah kalimaat
yang tidak dapat dicapai dan dihitung kelebihan kami (Nahnu
al-Kalimaat al-Lati la tudraku Fadha’ilu-na wa la Tustaqsa ).
Kelima: Mengenai syurga yang
mengandungi makanan, minuman, tempat bermain dan pakaian yang diingini oleh
hati dan dipandang sedap oleh mata, Jawapannya: Allah telah mengharuskan
semuanya untuk Adam. Pohon yang dilarang oleh Allah kepada Adam dan isterinya
ialah pohon hasad (Syajarat al-Hasad).
Dia telah berjanji kepada mereka berdua supaya tidak melihat kepada makhluk-Nya
dengan mata hasad tetapi Adam telah terlupa, lalu melihat kepada mereka dengan
mata hasad tanpa azam yang mencukupi.
Keenam: Mengenai firman Allah
s.w.t di dalam Surah al-Syura (42) :50 “atau
Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan ”, Jawapannya: Allah s.w.t akan menganugerahkan kepada
lelaki yang taat ialah perempuan bidadari. Jauh sekali Allah maksudkannya
seperti yang terdapat di dalam fikiran anda bagi melakukan dosa. Firman-Nya di
dalam Surah al-Furqan(25): 68-9 “Barangsiapa
yang melakukan sedemikian itu, nescaya dia mendapat pembalasan dosanya, akan
dilipatgandakan azab untuknya pada Hari Kiamat dan dia akan kekal di dalam azab
itu dalam keadaan terhina”, sekiranya dia tidak bertaubat.
Ketujuh: Mengenai harusnya
penyaksian seorang perempuan sahaja sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Talaq(65):2 “Dan saksikanlah dengan dua lelaki yang
adil daripada kamu”, jawapannya:
Ianya harus (jaiz) dengan
persetujuan. Jika ia tidak disertai persetujuan, maka ia tidak boleh kurang
daripada dua orang bagi menyamai seorang lelaki dalam keadaan darurat. Kerana lelaki juga tidak boleh mengambil
tempat perempuan. Jika hanya penyaksian seorang perempuan sahaja, maka
penyaksiannya diterima bersama sumpahnya (yamini-ha).
Kelapan: Tentang papak (al-Khuntha) dan kata-kata Ali
mengenainya “Papak diwarisi dari kencingnya”, jawapannya: Iaitu sebagaimana
kata Ali a.s. Kaum yang adil akan melihat kepadanya. Setiap orang daripada
mereka akan mengambil cermin dan seorang papak berdiri di belakang mereka dalam
keadaan bertelanjang. Kemudian mereka melihatnya di dalam cermin. Mereka akan
melihat bayang atau sesuatu yang menyerupainya. Justeru itu, mereka boleh
membuat keputusan ke atasnya.
Kesembilan: Adapun seorang
lelaki yang telah melihat seorang penternak melakukan hubungan seks ke atas
seekor kambing betina. Jawapannya: Jika beliau mengenali kambing itu, maka
hendaklah beliau menyembelihnya serta membakarkannya. Jika tidak mengenalinya,
maka hendaklah bahagikan kumpulan kambing itu kepada dua bahagian. Jika
pengundian itu terjatuh ke atas salah satu bahagian. Maka yang lain itu
terselamat. Kemudian hendaklah dipisahkan bahagian yang terkena undian dengan undian yang lain. Bahagian yang lain
terselamat. Begitulah seterusnya sehingga tinggal dua ekor kambing betina.
Kemudian dibuat undian (Yuqra‘) ke atas
salah satu daripada dua ekor kambing betina tersebut. Kambing betina
yang terkena undian perlu disembelih dan dibakar. Dengan ini kambing-kambing
betina yang lain terselamat.
Kesepuluh: Tentang kata-kata Ali kepada
Ibn Jurmuz: “Berilah berita gembira kepada pembunuh Ibn Safiyyah dengan api”.
Jawapannya: Ini adalah sabda Rasulullah s.a.w sendiri, bukan hanya kata-kata
Ali a.s . Ibn Jurmuz adalah di kalangan
mereka yang telah terlibat di dalam peperangan di Nahrawan tetapi Amir
al-Mukminin a.s tidak membunuhnya di Basrah, kerana beliau a.s. telah
mengetahui bahawa Ibn Jurmuz akan dibunuh di Nahrawan.
Kesebelas: Mengenai soalan
anda: kenapakah Ahli Siffin dibunuh sama
ada yang berhadapan atau yang lari, sementara di dalam peperangan Jamal mereka
yang terluka, mereka yang memasuki mana-mana rumah dan mereka yang telah
mencampakkan pedang mereka tidak dibunuh tetapi diberi keamanan, malah tidak
diperintah supaya dilakukan sedemikian.
Jawapannya: Kerana Ahli Jamal adalah ketua mereka telah dibunuh. Justeru
itu, mereka tidak mempunyai puak untuk dirujukkan. Semua orang telah kembali ke
rumah-rumah mereka, tanpa semangat ingin berperang, meninggalkan pengintipan
dan tidak menunjukkan penentangan, malah mereka telah meredai penentangan
terhadap mereka dihentikan. Lantaran itu, hukumnya adalah hukum menyerah kalah.
Mengenai Ahli Siffin, mereka
telah merujuk kepada puak yang sentiasa bersedia dan ketua mereka yang
menyediakan kepada mereka berbagai senjata seperti baju besi, lembing dan
pedang. Ketua mereka juga menyediakan pemberian dan gaji tertentu, mereka yang
terluka dilarikan dan dirawat, kemudian mereka kembali memerangi Ali a.s dan
tenteranya. Justeru itu, dua puak; Ahli Jamal dan Ahli Siffin adalah tidak sama
di dalam hukum. Jika tidak ada Ali a.s dan hukumannya ke atas Ahli Siffin dan
Ahli Jamal nescaya hukuman ke atas penderhaka-penderhaka di kalangan Ahli
Tauhid tidak diketahui, tetapi beliau a.s telah
menerangkan kesemuanya kepada mereka. Lantaran itu, siapa yang
menentangnya, maka pedang dibentangkan ke atasnya atau ia bertaubat daripada
perbuatannya.
Kedua belas: Mengenai solat subuh dan kenyaringan bacaan di
dalamnya. Jawapannya: Adalah kerana Nabi s.a.w telah mengerjakannya pada akhir
kegelapan malam. Lantaran itu, bacaan padanya dikira bacaan pada solat malam.
Sesungguhnya aku telah memberitahu anda ke semua soalan anda. Ketahuilah bahawa
Allah akan sentiasa menjaga anda dan
segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam[149].
Hadis
Hisyam bin al-Hakam dan Pembuktian
Kelebihan Ali .A.S
Ahmad bin al-Hasan berkata: Abd al-‘Azim bin Abdullah telah
memberitahu kami berkata: Harun
al-Rasyid telah berkata kepada Ja‘far bin Yahya al-Barmaki: Sesungguhnya aku
ingin mendengar percakapan para
mutakallimin tanpa pengetahuan mereka tentang kehadiran aku. Mereka boleh
berhujah tentang apa yang mereka mahu. Ja‘far telah memerintah para
mutakallimin. Lalu mereka menghadiri majlis di rumahnya. Harun berada di dalam
majlis tersebut, mendengar percakapan mereka di balik tabir. Para mutakallimin dan pengerusi majlis serta
ahlinya berkumpul menunggu Hisyam bin al-Hakam yang belum datang. Kemudian
Hisyam pun datang memakai baju sampai ke lutut dan seluar panjang ke separuh
betis. Beliau memberi salam kepada semua secara umum tanpa sesuatu yang khusus
kepada Ja‘far.
Seorang lelaki daripada mereka
berkata: Kenapa anda mengutamakan Ali ke atas Abu Bakr sedangkan Allah
berfirman dalam Surah al-Taubat (9):40 “Sedang
dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada di dalam gua di waktu
dia berkata kepada temannya:Janganlah kamu berdukacita (la tahzan) kerana Allah berserta kita”? Hisyam berkata: Beritahu aku tentang
dukacitanya Abu Bakr (huznu-hu) pada
waktu itu, adakah Abu Bakr telah meredai Allah atau pun tidak? Lelaki yang
bertanya tadi terdiam.
Hisyam berkata: Jika anda
menyangka bahawa Abu Bakr telah meredai
Allah di waktu itu, kenapakah Rasulullah s.a.w
telah melarangnya. Baginda s.a.w. berkata kepada Abu Bakr: “Janganlah kamu berdukacita (la tahzan)”. Dalam hal ini, adakah baginda a.s telah melarang Abu Bakr dari
mentaati Allah dan meredai-Nya? Jika
anda menyangka bahawa Abu Bakr tidak meredai
Allah, kenapa anda bermegah dengan sesuatu yang Allah tidak meredainya?
Sesungguhnya anda telah mengetahui apa
yang telah difirmankan Allah s.w.t ketika
Dia berfirman dalam Surah al-Fath(48) : 26 “Lalu Allah menurunkan ketenangan
(sakinata-hu) kepada rasul-Nya dan kepada orang-orang mukmin”.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Syurga telah
merindu kepada empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, al-Miqdad bin al-Aswad,
Ammar bin Yasir dan Abu Dhar al-Ghifari. Aku berpendapat sahabat kami (Ali a.s)
telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan (fadhilah) sedangkan sahabat kamu (Abu Bakr) tidak termasuk di dalam
hadis tersebut. Justeru itu kami telah
melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dalam kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Mereka yang cekal
di dalam Islam adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, al-Zubair bin al-
‘Awwam, Abu Dujanah al-Ansari dan Salman al-Farisi. Aku berpendapat sahabat
kami telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan ini sedangkan
sahabat anda tidak termasuk. Justeru itu kami melebihkan sahabat kami ke atas
sahabat kamu dengan kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Para pembaca (al-Qurra’) adalah empat orang: Ali bin Abu
Talib, Abdullah bin Mas‘ud, Ubai bin Ka‘ab dan Zaid bin Thabit. Aku berpendapat
sahabat kami telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan ini
sedangkan sahabat anda tidak termasuk di dalamnya. Justeru itu kami melebihkan
sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya mereka
yang disucikan daripada langit adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s,
Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku berpendapat sahabat kami telah
termasuk di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya.
Justeru itu, kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dengan kelebihan
ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya mereka
yang baik adalah empat orang: Ali bin
Abu Talib a.s, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku berpendapat sahabat
kami telah termasuk berserta mereka di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat
kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru itu, kami melebihkan sahabat kami ke
atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya para
syuhada’ adalah empat orang: Ali bin Abu Talib, Ja‘far, Hamzah bin Abu Talib
dan Ubaidah bin al-Harith bin Abd al-Muttalib. Aku berpendapat sahabat kami
telah termasuk berserta mereka di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu
tidak termasuk di dalamnya. Justeru itu, kami melebihkan sahabat kami ke atas
sahabat kamu di dalam kelebihan ini.
Abd al-‘Azim berkata: Harun
telah menggerakkan tabir. Ja‘far
memerintah orang ramai supaya keluar, lantas mereka keluar di dalam keadaan
ketakutan. Harun telah keluar daripada majlis seraya berkata: Siapakah lelaki
ini, demi Tuhan! Aku telah berniat membunuhnya dan membakarnya dengan api[150].
Al-Makmun Meminta Nasihat Ali al-Ridha A.S
Beliau berkata: Al-Makmun
telah menulis surat kepada al-Ridha a.s berkata: Berilah nasihat kepada aku,
maka beliau a.s telah menulis kepadanya seperti berikut:
Sesungguhnya anda di dunia
mempunyai masa
Diterima padanya amalan
pelakunya
Tidakkah anda melihat
kematian di sekelilingnya
Dirampas daripadanya harapan
mereka yang mengharap
Mempercepatkan dosa dengan
apa yang anda ingini
Anda mengharap taubat
diterima
Kematian mendatangi ahlinya
secara mengejut
Apakah amalan seorang yang cekal dan berakal?[151]
Hadis Perkahwinan Anak Perempuan al-Makmun Dengan Abu Ja‘far A.S
Ali bin Ibrahim bin Hasyim secara marfu‘ berkata: Al-Makmun mahu
menikahkan Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin Musa a.s akan anak perempuannya Umm
al-Fadhl, Ahli keluarganya yang terdekat
berkumpul di sekeliling al-Makmun dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin!
Kami menyeru anda dengan nama Allah supaya anda mengeluarkan perintah yang kami
telah memilikinya dan mencabut daripada kami kemuliaan yang kami telah
memakaikannya. Sesungguhnya anda telah mengetahui perkara di antara kami dan
keluarga Ali semenjak dulu dan sekarang. Al-Makmun berkata: Diamlah kamu semua.
Demi Tuhan! Aku tidak menerima pendapat seseorang daripada kamu dalam urusan
ini. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Adakah anda akan menikahkan cahaya
mata anda kepada seorang budak (sabiyyyan)
yang tidak memahami agama Allah, tidak mengetahui fardu daripada sunat, tidak
dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Abu Ja‘far pada masa itu
berumur sepuluh atau sebelas tahun. Jika anda bersabar dengannya sehingga
beliau belajar peradaban, membaca al-Qur’an, mengetahui yang mana fardu dan
yang mana sunat.
Al-Makmun berkata kepada
mereka: Demi Allah! Sesungguhnya beliau adalah lebih mendalami agama daripada kamu, lebih alim
tentang Allah dan Rasul-Nya, sunatnya dan fardunya, halalnya dan haramnya
berbanding kamu. Beliau adalah lebih mengetahui tentang kitab Allah, lebih
mengetahui muhkam dan mutasyabihnya, nasikh dan mansuhnya, zahir dan batinnya, khas dan am, takwil dan tanzilnya berbanding kamu. Bertanyalah
kepadanya jika perkara itu sebagaimana anda katakan, nescaya aku telah menerima
pandangan kamu tentang urusan ini. Namun jika perkara sebagaimana aku katakan,
anda mengetahui bahawa lelaki itu adalah
lebih baik daripada kamu. Ahli keluarga al-Makmun pun keluar di sisinya dan
mengutus kepada Yahya bin Aktham, kadi besar. Mereka menerangkan hajat mereka kepadanya dan berjanji akan memberi
hadiah kepadanya jika Yahya bin Akhtam dapat bertanyakan
Abu Ja‘far tentang perkara
yang beliau a.s tidak tahu untuk
menjawabnya di sisi al-Makmun, apabila mereka berkumpul bagi upacara
perkahwinannya.
Apabila mereka semua hadir
maka Abu Ja‘far a.s juga hadir. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Ini
adalah Yahya bin Aktham sekiranya anda mengizinkannya, maka beliau akan
bertanyakan Abu Ja‘far. al-Makmun berkata: Wahai Yahya! Bertanyalah kepada Abu
Ja‘far tentang masalah di dalam ilmu fikah supaya kita melihat bagaimanakah
kefahamannya.
Yahya berkata: Wahai Abu
Ja‘far! Aslaha-ka l-lahu, apakah
pendapat anda tentang seorang lelaki di dalam ihram telah membunuh binatang
buruan?
Abu Ja‘far
a.s berkata: Adakah lelaki itu membunuhnya di dalam ihram atau di luar ihram?
Adakah dia seorang yang alim atau seorang yang jahil? Sengaja atau tidak?
Seorang hamba atau seorang merdeka? Kecil atau besar? Pertama kali atau
mengulang? Daripada jenis burung atau selain daripadanya? Daripada binatang buruan yang kecil atau yang
besar? Berterusan ke atasnya atau menyesal? Di waktu malam di sangkarnya atau
di siang hari bebas? Di dalam ihram umrah atau haji?
Yahya bin Aktham terpinga-pinga kehairanan dan
orang ramai mulai kagum dengan
jawapannya, sementara al-Makmun pula
lebih bersemangat.
Abu Ja‘far berkata: Wahai Amir
al-Mukminin!. Kemudian beliau a.s berkata: Segala puji bagi Allah kerana
mengakui akan nikmat-Nya. Tiada tuhan melainkan Allah kerana ikhlas kepada kebesaran-Nya, selawat ke atas
Muhammad ketika mengingatinya, adalah
kelebihan Allah ke atas manusia yang telah menjadikan mereka kaya dengan perkara yang halal daripada yang
haram. Allah berfirman di dalam Surah al-Nur (24) :32 “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan
orang-orang yang layak dari hamba-hamba sahyamu lelaki dan perempuan.Jika
mereka miskin maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah
Maha Luas dan Maha Mengetahui”.
Kemudian
Muhammad bin Ali meminang Umm al-Fadhl binti Abdullah dan membayar sebanyak
lima ratus dirham sebagai mas kahwin (al-Sadaq).
Al-Makmun berkata: Aku telah menikahkan anak perempuan aku kepada anda, adakah
anda menerimanya? Abu Ja‘far a.s berkata: Aku menerima perkahwinan ini dengan
mas kahwin sebanyak yang tersebut.
Kemudian
al-Makmun merayakan majlis tersebut. Orang ramai di semua peringkat
menghadirinya, Tiba-tiba kami telah mendengar percakapan seperti ahli pelayaran
di dalam soal jawab mereka, sementara pekerja-pekerja sedang menarik bahtera
yang dibuat dari perak dengan talinya dari tenungan sutera yang mahal. Mereka
merayakan orang-orang kenamaan dengannya, kemudian mereka menolaknya ke tempat
umum, orang ramai memuji mereka.
Apabila mereka
bersurai, al-Makmun berkata: Wahai Abu Ja‘far? Bolehkah anda menerangkan kepada
kami tentang pembunuhan binatang
buruan setiap jenis yang anda telah
sebutkannya ?
Abu Ja‘far
a.s berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya seorang
lelaki yang telah membunuh
binatang buruan selepas
selesai melakukan kerja ihram dan
jika binatang itu dari jenis burung yang besar, maka wajib di atasnya menyembelih seekor kambing betina. Jika
beliau melakukannya di dalam ihram, maka
dendanya berganda. Jika belum menyempurnakan kerja ihram-maka wajib ke atasnya
unta. Dan jika beliau membunuh keldai liar
(wahsyi) atau burung unta, maka
wajib ke atasnya menyembelih unta. Sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau
perlu memberi makan enam puluh orang
miskin, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau berpuasa lapan belas hari, sekiranya beliau membunuh
lembu, maka wajib ke atasnya lembu, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau
memberi makan tiga puluh orang miskin, sekiranya beliau tidak mampu, maka
beliau berpuasa sembilan hari.
Sekiranya
beliau membunuh kijang, maka wajib ke atasnya seekor kambing betina, sekiranya
beliau tidak mampu, maka beliau memberi makan sepuluh orang miskin, sekiranya
beliau tidak mampu, maka beliau berpuasa tiga hari, sekiranya beliau
melakukannya didalam ihram, maka dendanya berganda dan beliau wajib melakukan
penyembelihan pada musim haji di Mina sebagai mana orang ramai melakukannya.
Sekiranya beliau di dalam umrah, maka beliau melakukan penyembelihan di Makkah
dan bersedekah menurut harga binatang yang dibunuhnya sehingga berganda.
Begitu juga
sekiranya beliau membunuh arnab, maka wajib ke atasnya bersedekah seekor
kambing betina, sekiranya beliau membunuh burung merpati, maka beliau
bersedekah dengan satu dirham atau beliau membeli makanan untuk merpati di
Makkah, untuk seekor anak ayam adalah satu dirham dan telur adalah satu
perempat dirham, adapun perkara selain daripada buruan binatang yang dilakukan
dengan kejahilan atau tersalah tidak dikenakan sebarang denda ke atasnya.
Setiap apa yang dilakukan oleh seorang hamba, maka kafarahnya dibayar oleh
pemiliknya, kerana ia seperti dilakukan oleh pemiliknya. Setiap apa yang
dilakukan oleh kanak-kanak yang belum
baligh maka tidak dikenakan apa-apa fidyah ke atasnya sekalipun dengan
sengaja tetapi Allah akan membalasnya di akhirat.
Jika
seorang itu telah membantu atau menunjuk kepada binatang buruan sedangkan
beliau masih di dalam ihram, maka ia wajib memberi fidyah dan jika beliau masih
berdegil melakukannya selepas membayar fidyah maka ia akan menghadapi balasan
di akhirat dan penyesalannya tidak dikira. Jika beliau memburu burung di waktu
malam di sarangnya secara tidak sengaja, tidak dikenakan apa-apa fidyah ke
atasnya melainkan beliau melakukannya dengan sengaja. Jika beliau memburu
binatang di waktu malam atau siang hari, maka wajib ke atasnya fidyah di Mina
seperti orang ramai melakukan penyembelihan mereka dan jika beliau di dalam
ihram umrah, maka ia melakukan
penyembelihannya di Makkah.
Al-Makmun telah memerintahkan supaya dituliskan
penerangan tersebut. Kemudian beliau menyeru keluarganya, lalu membacanya
kepada mereka dan berkata: Adakah ada di kalangan kamu seorang yang dapat memberi jawapan seperti jawapan ini?
Mereka menjawab: Tidak. Demi Tuhan, Kadi pun tidak dapat menjawabnya. Mereka
berkata lagi: Wahai Amir al-Mukminin! Anda memang benar dan anda lebih
mengetahui mengenainya daripada kami.
Aduhai kamu, wahai keluarga aku! Buangkan perangai ini.
Tidakkah kamu mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi baiah kepada al-Hasan dan al-Husain sedangkan
mereka masih kanak-kanak yang belum
baligh, baginda s.a.w. tidak pernah memberi baiah kepada kanak-kanak selain
daripada mereka berdua? Atau tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Ali
telah beriman kepada Nabi s.a.w ketika umur sepuluh tahun? Allah dan Rasul-Nya
telah menerima imannya dan tidak menerima iman kanak-kanak yang lain selain
daripadanya. Nabi s.a.w tidak pernah menyeru kepada kanak-kanak kepada iman selain daripadanya? Atau tidakkah
kamu mengetahui sesungguhnya ia adalah zuriat yang menuruti zuriat awal mereka?
Beliau berkata: Kemudian al-Makmun memerintahkan
supaya dihidangkan tiga talam di hadapan Abu Ja‘far, pertama mengandungi
kunyit, bauan halus dengan air mawar di bawahnya pula lapisan yang dipenuhi
dengan wang kertas. Kedua; satu bekas
berisi suapan makanan bagi mereka yang ingin mengambilnya. Ketiga; satu bekas
berisi dirham dan dinar. Setelah itu al-Makmun memerintahkan supaya talam yang berisi
dengan wang kertas itu dibahagi-bahagikan kepada Bani Hasyim secara khusus dan
bekas yang berisi suapan makanan kepada wazir-wazirnya dan bekas yang berisi
dengan dirham dan dinar kepada ketua-ketua tenteranya. Al-Makmun sentiasa memuliakan Abu Ja‘far
semasa hidupnya sehingga melebihi anak-anaknya sendiri[152].
Pujian Tentang Bandar Qum
Diriwayatkan daripada Ali bin Muhammad al-Askari
daripada bapanya daripada datuknya daripada Amir Al-Mukminin a.s berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku diangkat
di waktu malam ke langit yang ke empat, aku melihat kepada kubah daripada mutiara yang
mempunyai empat tiang dan empat pintu. Semuanya daripada baldu hijau. Aku
berkata: Wahai Jibrail! Apakah kubah ini kerana aku tidak melihatnya di langit
ke tempat lebih baik daripadanya? Jibrail berkata: Wahai kekasih aku Muhammad!
Inilah gambaran bandar yang dinamakan Qum. Hamba-hamba Allah yang beriman akan
menunggu Muhammad dan syafaatnya pada hari Kiamat dan hari Hisab. Dukacita dan
kesusahan serta perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku ke atas
mereka.
Beliau berkata: Aku telah bertanya Ali bin
Muhammad al-Askari a.s bilakah mereka menunggu kemenangan (al-faraj)? Beliau a.s. berkata: Apabila keluar air di atas bumi[153].
Hadis Muhammad bin Ali bin Musa al-Ridha A.S dan
Bapa Saudaranya Abdullah bin Musa
Ali bin Ibrahim bin Hasyim berkata: Bapa aku telah
memberitahu aku berkata: Selepas Abu al-Hasan al-Ridha a.s mati, kami mengerjakan haji, kami datang menemui Abu
Ja‘far a.s. Syi‘ah dari setiap negeri
sedang menunggu untuk berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, maka bapa
saudaranya (‘Ammu-hu) Abdullah bin
Musa datang berjumpa dengannya. Beliau adalah seorang syeikh yang agak tua lagi
cerdik, sedang memakai kain yang kasar. Di antara dua matanya terdapat kesan
sujud. Beliau duduk.
Kemudian Abu Ja‘far keluar dari biliknya memakai
pakaian sederhana, berkasut baru warna putih. Abdullah berdiri menyambutnya dan
mengucup di antara dua matanya. Semua syi‘ah turut berdiri. Abu Ja‘far a.s duduk di atas kerusi, orang ramai melihat di
antara satu sama lain, mereka menjadi tercengang kerana usianya yang masih
muda. Seorang lelaki di kalangan mereka segera bertanya bapa saudaranya : Aslaha-ka l-Lahu ! Apakah pendapat anda
tentang seorang lelaki yang telah melakukan perkara sumbang kepada binatang (ata bahimatan)? Abdullah menjawab: Anda
potong kanannya serta dilakukan hukum
had ke atasnya. Jawapan itu menyebabkan Abu Ja‘far a.s memarahinya dan berkata:
Wahai bapa saudaraku ! Bertakwalah kepada Allah, bertakwalah kepada Allah,
kerana ia adalah perkara yang besar. Bagaimana anda akan berdiri di hadapan
Allah s.w.t, dan Dia akan berkata kepada anda: Bagaimana anda memberi fatwa
kepada orang ramai apa yang anda tidak
mengetahuinya? Bapa saudaranya berkata: Astaghfiru
l-Laha, tidakkah bapa anda telah berkata sedemikian mengenainya?
Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya bapa aku
ditanya tentang seorang lelaki yang telah menyelongkar kubur seorang perempuan
dan mencuri kainnya (nabasya),
kemudian dia menyetubuhi mayat itu. Maka bapa aku berkata: Dipotong (jari)
kanannya kerana al-Nabasy dan
dikenakan had zina, kerana kehormatan mayat sepertilah kehormatan seorang yang
hidup. Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai sayyidi dan aku mohon taubat kepada Allah, orang ramai terpegun,
lalu berkata: Wahai Sayyidana !
Adakah anda membenarkan kami bertanyakan anda?
Beliau a.s. berkata: Ya. Lalu mereka bertanya kepadanya beratus soalan di dalam majlis itu. Beliau a.s.
memberi jawapannya di dalam majlis tersebut kepada mereka, sedangkan
umurnya ketika itu adalah sembilan
tahun.
Sebab DiSunatkan Mahar Lima Ratus Dirham
Muhammd bin al-Hasan daripada Ali bin Ibrahim bin
Hasyim daripada bapanya daripada Umru bin Uthman al-Khazzaz daripada al-Husain
bin Khalid berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s tentang
mahar. Bagaimana ia disunatkan menjadi lima ratus dirham? Beliau a.s. berkata:
Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas diri-Nya bahawa jika seorang mukmin
bertakbir seratus kali, bertasbih seratus kali,
bertahmid seratus kali, bertahlil seratus kali, dan berselawat ke atas
Muhammad dan keluarganya seratus kali, kemudian dia berkata: Wahai Tuhanku!
Kahwinlah aku dengan bidadari, maka Allah akan mengahwinkannya dengan bidadari.
Lalu Dia menjadikannya (lima ratus) sebagai maharnya. Allah telah mewahyukan
kepada Nabi-Nya supaya menjadikan mahar mukminat (sanna mahra al-Mukminat) adalah lima ratus dirham. Rasulullah s.a.w
telah melakukannya[154].
Sebab Pengharaman Arak, Bangkai, Darah dan Daging
Khinzir
Muhammad bin Abdullah daripada sebahagian
sahabatnya berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Kenapakah Allah mengharamkan arak (al-Khamr), bangkai, darah dan daging khinzir?
Beliau a.s.
berkata: Sesungguhnya Allah tidak mengharamkan demikian itu ke atas
hamba-hamba-Nya dan menghalalkan mereka selain daripadanya kerana menyukai apa
yang diharamkan ke atas mereka dan tidak kerana menakutkan mereka mengenai apa
yang Dia menghalalkan kepada mereka, tetapi Allah telah menjadikan makhluk.
Allah mengetahui susunan badan mereka. Justeru itu, apa yang mendatangkan kebaikan kepada mereka, maka Allah
menghalalkannya sebagai kurniaan-Nya
kepada mereka kerana kepentingan mereka. Allah juga mengetahui apa yang akan
memudaratkan mereka, lalu Dia melarang
mereka darinya dan mengharamkannya. Namun begitu, Allah mengharuskannya bagi
orang yang terpaksa (al Mudhttarri), dan menghalalkannya waktu
badan mreka tidak boleh berdiri melainkan dengan benda haram itu.
Lantaran
itu, Allah memerintahkan supaya mereka mengambil sekadar yang memadai dan tidak
boleh lebih daripada itu. Kemudian beliau a.s. berkata: Adapun bangkai, tidak
seorang pun akan mendekatinya dan tidak seorang pun yang akan memakannya
melainkan tubuhnya menjadi lemah dan badannya menjadi kurus serta hilang
kekuatannya. Orang yang memakan bangkai akan menyebabkan terputus keturunan dan
akan mati secara mengejut. Adapun darah, maka ia akan mewarisi penyakit kuning,
mulut menjadi panas, angin menjadi busuk, memburukkan akhlak, mengidap penyakit
anjing gila, keras hati, kurang kasihan belas dan rahmat sehingga beliau
mungkin membunuh anak lelakinya dan kedua-dua ibu bapanya.
Beliau juga
boleh melakukannya terhadap saudara
terdekatnya atau sahabatnya. Adapun
daging khinzir, kerana Allah telah mengubah satu kaum di dalam bentuk
khinzir, kera, dan beruang. Lantaran itu, Dia melarang memakan binatang seumpamanya supaya mereka
tidak mengambil faedah daripadanya dan meringan-ringankan pembalasannya. Adapun
arak, sesungguhnya Allah mengharamkannya
kerana perbuatan dan keburukan peminum.
Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya penagih arak adalah seperti penyembah
berhala. Ia akan membuatkannya gementar, hilang kekuatannya dan rosakan maruah.
Ia juga akan menyebabkan perbuatan perkara haram seperti menumpahkan darah,
melakukan perzinaan terutaman
ketika mabuk, akan melakukan perkara
yang haram.
____________________________________________
BAHAGIAN KEEMPAT
Pujian
terhadap Syi‘ah, kisah lapan keping roti, Amir al-Mukminin a.s bersama Iblis,
Kias, dialog Mukmin al-Taq dengan Abu Hanifah tentang talak, riwayat sahabat
kami dan orang lain, Hadis Mubahalah dan lain-lain.
Hadis Abu Basir Daripada Abu Abdullah A.S Tentang
Pujian Terhadap Syi‘ah Imamiah
Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Walid
daripada al-Hasan bin Mattil daripada Ibrahim bin Ishaq al-Nahawandiy daripada
Muhammad bin Sulaiman al-Dailami daripada Abu Sulaim al-Dailami daripada Abu
Basir berkata: Aku datang kepada Abu Abdullah a.s selepas aku menjadi tua.
Beliau a.s. bertanya kepadaku tentang al-Nafs
al-‘Ali (keluhan hati)? Beliau a.s. berkata:
Wahai Abu Muhammad! Apakah itu al-Nafs al
‘Ali ? Aku berkata kepadanya: Umur aku telah tua, tulang aku telah reput,
dan ajal aku telah hampir sedangkan aku tidak mengetahui apakah aku akan jadi
pada akhirat.
Beliau a.s. berkata: Wahai Abu Muhammad! Anda
mengucapkan kata-kata seperti ini? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda bagaimana aku tidak berkata sedemikian? Beliau a.s. berakta: Tidakkah anda
mengetahui bahawa Allah memuliakan pemuda-pemuda (al-Syabab) daripada kamu dan malu kepada orang-orang tua (al-Kuhul)?
Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bagaimana Dia memuliakan
pemuda-pemuda di kalangan kita dan Dia malu kepada orang-orang tua? Beliau a.s.
berkata: Dia memuliakan pemuda-pemuda daripada kamu supaya Dia tidak menyeksa
mereka dan Dia malu kepada orang-orang tua daripada kamu supaya Dia tidak
menghisabkan mereka. Adakah aku telah menggembirakan anda? Aku berkata: Aku
jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, kerana kami telah
melakukan perkara yang buruk, belakang kami telah pecah, hati kami telah mati,
penguasa-penguasa telah menghalalkan darah kami di dalam hadis yang telah
diriwayatkan oleh para ulama mereka.
Beliau a.s. berkata: al-Rafidhah? Aku berkata: Ya. Beliau a.s. berkata: Bukan
mereka yang telah menamakan kamu dengannya, malah Allah yang telah menamakan
kamu dengan nama tersebut. Tidakkah kamu mengetahui bahawa bersama Fir‘aun
adalah tujuh puluh lelaki daripada Bani Israel yang beragama dengan agamanya.
Ketika ternyata bagi mereka kesesatan Fir‘aun dan hidayat Musa, maka mereka Rafadhu (menolak) Fir‘aun.
Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam
kem Musa dan dikenali sebagai yang kuat
beribadat dan berijtihad. Mereka telah menolak Fir‘aun. Maka Allah telah
mewahyukan kepada Musa supaya menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat.
Sesungguhnya aku telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama
ini sehingga Dia menamakan kamu
dengannya, kerana kamu telah menolak (Rafadhattum)
Fir‘aun, Haman dan tentera-tentera mereka berdua. Kamu telah mengikut Muhammad
dan keluarga Muhammad, wahai Abu Muhammad! Adakah aku telah menggembirakan
anda?
Abu Basir berkata:
Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s
berkata: Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan syi‘ah, tetapi
kamu telah menjadi syi‘ah Ahlu l-Bait Nabimu. Maka kamu telah berpegang kepada
apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah
dipilihkan oleh Allah.
Kamu mencintai mereka yang telah dicintai oleh
Allah, kamu telah kehendaki mereka yang telah dikehendaki oleh Allah, maka
terimalah berita gembira ini. Demi Tuhan, sesungguhnya kamu dirahmati Allah (al-Marhumun),
Dia menerima amalan baik kamu dan menolak amalan jahat kamu. Siapa yang tidak
berjumpa dengan Allah seperti kamu, maka Allah tidak akan menerima amalan
baiknya dan tidak memaafkan
kejahatannya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya meluruhkan dosa-dosa daripada belakang syi‘ah kami sebagaimana
angin meluruhkan daun daripada pohon pada masa luruhnya sebagaimana firman-Nya
di dalam Surah al-Syura (42):5 “para
malaikat bertasbih dan memuji Tuhan
mereka dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi” Istighfaru-hum (permohonan ampun) para
malaikat adalah untuk kamu bukan untuk alam ini. Adakah aku telah
menggembirakan kamu wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di
dalam kitab-Nya Surah al-Ahzab (33):23 “Di
antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka
janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur,dan di antara
mereka ada yang menunggu-nunggu,dan mereka sedikit pun tidak mengubah(janjinya)”
Demi Allah, sesungguhnya Dia tidak maksudkan
selain daripada kamu, kerana kamu telah menyempurnakan perjanjian kamu (mithaqa-kum) tentang wilayah kami dan kamu tidak menukarkan kami dengan
orang selain daripada kami. Jika kamu berbuat sedemikian, nescaya Allah akan
menghina kamu sebagaimana Dia telah menghina orang lain selain daripada kamu di
dalam kitab-Nya Surah al-A‘raf (7):102 “Dan
kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji, sesungguhnya kami
mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang fasiq” Adakah aku telah
menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di
dalam kitab-Nya Surah al-Zukhruf (43): 67 “Teman-teman
akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain
kecuali orang-orang yang bertakwa” Makhluk, demi Tuhan, besok menjadi musuh
selain daripada kami dan syi‘ah kami. Allah tidak maksudkan dengan al-Muttaqin selain daripada kami dan
selain daripada syi‘ah kami. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu
Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah
menyebut kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Nisa’ (4):69 “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan
bersama dengan orang-orang yang
dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi , para siddiqin,orang-orang yang
mati syahid dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”
Muhammad s.a.w adalah al-Nabiyyin, kami adalah al-Siddiqin
dan al-Syuhada’, dan kamu adalah al-Salihun. Kamu dinamakan dengan al-Salihin sebagaimana Allah telah
menamakan kamu. Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kamu. Adakah
aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda.
Beliau a.s berkata: Allah telah mengumpulkan kami, wali kami dan musuh kami di
dalam satu ayat di dalam kitab-Nya Surah al-Zumar (39):9 “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Adakah
aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda,
tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut
kamu di dalam kitab-Nya Surah al-Sad
(38):62 “Dan (orang-orang derhaka) berkata:
Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu(di dunia) kami anggap sebagai
orang-orang jahat” Kamu yang akan dicari di neraka manakala di syurga, demi
Tuhan, kamu dihormati. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda,
tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut
dan melindungi kamu daripada syaitan
yang dilaknati di dalam kitab-Nya Surah al-Hijr (15): 42 dan Surah
al-Isra’(17):65 “Sesungguhnya
hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka”
Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada
kita dan selain daripada syi‘ah kita (ma‘anna
ghaira-na wa ghaira syi‘ati-na). Adakah aku telah menggembirakan anda wahai
Abu Muhammad?
Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda,
tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut
kamu di dalam kitab-Nya, maka Dia telah mewajibkan keampunan untuk kamu. Dia
berfirman dalam Surah al-Zumar (39):53 “
Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya”
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, bukan begitu yang kita membacanya, sesungguhnya kita membacanya Wahai
hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya”
Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad! Jika Allah
mengampuni dosa-dosa semuanya, maka siapakah yang diseksanya? Demi Tuhan, Dia
tidak maksudkannya selain daripada kita dan selain daripada syi‘ah kita. Ianya
secara khusus untuk kami dan kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai
Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Demi Tuhan, Dia tidak
mengecualikan seorang di kalangan para wasi dan pengikut mereka selain daripada
Amir al-Mukminin a.s, dan syi‘ahnya.
Allah berfirman di dalam Surah al-Dukhan
(44) :41-2 “Iaitu hari seorang
karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikit pun dan mereka tidak
akan dapat pertolongan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Allah.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”
Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan dengan “rahmat” selain daripada Amir al-Mukminin a.s dan
syi‘ahnya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?
Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan
anda,tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s
berkata: Tidak di atas fitrah Islam selain daripada kita dan selain daripada
syi‘ah kita. Sementara orang lain adalah terlepas daripadanya (fitrah Islam).
Adakah aku telah meyakinkan anda wahai Abu Muhammad?[155]
Hukuman Ajaib Amir al-Mukminin A.S Tentang Lapan
Keping Roti
Abu Ahmad daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah atau Abu Ja‘far a.s
berkata: Dua orang lelaki berkumpul untuk
makan. Salah seorangnya mempunyai tiga keping roti sementara seorang
lagi mempunyai lima keping roti.
Beliau a.s. berkata: Seorang lelaki datang dan
memberi salam kepda mereka berdua. Mereka berdua berkata: Wa alaika al-Salam,
dijemput makan bersama. Lalu lelaki itu duduk dan makan bersama mereka berdua.
Apabila selesai makan, dia berdiri dan memberi lapan dirham kepada mereka
berdua sambil berkata: Ini adalah
sebagai ganti kepada kamu berdua terhadap apa yang aku telah makan daripada makanan kamu berdua.
Beliau a.s. berkata: Mereka berdua bertengkar mengenai bayaran itu. Lelaki yang
mempunyai tiga keping roti berkata: Separuh adalah untuk aku dan separuh adalah
untuk anda. Lelaki yang mempunyai lima keping roti pula berkata: Untuk aku lima
dirham dengan kadar lima keping roti aku dan untuk anda tiga dirham dengan
kadar tiga keping roti anda. Masalah mereka tidak selesai dan terus bertengkar
sehingga mereka berjumpa dengan Amir al-Mukminin a.s dan memberitahunya
mengenainya. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya perkara yang kamu berdua
bertengkar ini adalah sedikit nilainya, justeru itu, kamu berdua tidak patut
membawanya ke pengadilan.
Kemudian
Ali a.s berjumpa dengan lelaki yang mempunyai tiga keping roti sambil berkata:
Aku fikir sahabat anda telah
mencadangkan untuk memberi kepada anda tiga dirham, kerana rotinya adalah lebih
banyak daripada roti anda, maka redailah cadangannya. Dia berkata: Tidak, demi
Tuhan, wahai Amir al-Mukminin, aku tidak reda melainkan dengan berlalunya
pengadilan. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya jika pengadilan dilakukan, maka
anda berhak satu dirham. Lantaran itu, ambillah satu dirham dan berilah
kepadanya tujuh dirham. Dia berkata: Subhana
l-Lah! Wahai Amir al-Mukminin! dia telah mencadangkan kepada aku tiga
dirham, maka aku enggan. Bagaimana aku akan mengambil satu dirham sahaja?
Beliau a.s berkata: Beliau telah mencadangkan kepada anda tiga dirham adalah
untuk perdamaian, tetapi anda telah bersumpah bahawa anda tidak reda melainkan
dilakukan pengadilan.
Jika pengadilan dilakukan, anda berhak satu
dirham. Dia berkata: Berikan penjelasan
kepada aku? Beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa tiga yang anda
miliki itu adalah sama dengan sembilan dibahagikan dengan tiga. Dia berkata:
Ya. Beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa limanya itu adalah
menyamai lima belas dibahagikan dengan tiga? Dia berkata: Ya. Jadi semuanya
adalah dua puluh empat dibahagikan dengan tiga. Engkau telah memakan lapan,
tetamu telah memakan lapan dan sahabat anda telah memakan lapan. Maka
tinggallah daripada sembilan anda itu satu dan telah dimakan oleh tetamu. Dan
tinggal daripada lima belasnya adalah
tujuh, maka ia telah dimakan oleh tetamu, lantaran itu, dengan tujuhnya, ia mendapat tujuh dan anda dengan satu anda
yang telah dimakan oleh tetamu maka anda mendapat satu[156].
Hadis Amir al-Mukminin A.S Bersama Iblis
Al-Qasim bin Muhammad al-Hamdani berkata: Abu
Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim al-Kufi telah memberitahu aku berkata:
Abu al-Husain Yahya bin Muhammad al-Farisi telah memberitahu kami daripada
bapanya daripada Abu Abdullah daripada bapanya
a.s daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Pada suatu hari aku keluar ke
luar Kufah dan di hadapan ku adalah Qanbar. Aku berkata kepadanya: Wahai
Qanbar! Adakah anda melihat apa yang aku
lihat? Beliau berkata: Allah telah memberi cahaya kepada anda wahai Amir al-Mukminin sementara mata aku
tidak dapat melihatnya. Beliau a.s. berkata: Wahai sahabat kami, adakah kamu
melihat apa yang aku lihat? Mereka berkata: Tidak, sesungguhnya Allah telah
memberi cahaya kepada anda wahai Amir al-Mukminin sementara mata kami tidak
dapat melihatnya. Beliau a.s. berkata: Demi Yang telah membelah biji-bijian dan
melepaskan jiwa, kamu akan melihatnya sebagaimana aku melihatnya dan kamu akan
mendengar suaranya sebagaimana aku mendengarnya.
Kami telah menunggu beberapa ketika, kemudian
seorang tua berpendirian tegap, mempunyai dua mata yang agak panjang ternampak
di hadapan kami. Dia berkata: Salam ke atas anda wahai Amir al-Mukminin dan
rahmat Allah dan berkat-Nya. Beliau a.s.
berkata: Dari manakah anda datang wahai yang terkutuk? Dia berkata: Daripada manusia.
Beliau a.s. berkata: Dan ke manakah anda tuju? Dia berkata: Manusia. Beliau a.s. berkata: Sejahat-jahat orang tua
adalah anda. Dia berkata: Kenapakah anda berkata sedemikian wahai Amir
al-Mukminin? Demi Tuhan, aku akan memberitahu anda satu hadis mengenai aku
daripada Tuhan, tidak ada di antara kita orang yang ketiga. Beliau a.s.
berkata: Wahai yang dilaknati tentang anda daripada Tuhan, tidak ada di antara
anda berdua orang yang ketiga?
Dia berkata: Ya, sesungguhnya aku turun disebabkan kesalahan aku di langit ke empat.
Aku telah menyeru Tuhanku: Aku tidak menjangka Engkau telah menciptakan makhluk
yang lebih celaka daripada aku? Maka Allah telah berkata: Ya, sesungguhnya Aku
telah menciptakan makhluk yang lebih celaka daripada anda, maka pergilah kepada
Malik, ia akan memperlihatkannya kepada anda, aku datang kepada Malik dan
berkata: Salam ke atas anda dan berkata: Anda perlihatkan kepada aku orang yang
paling celaka. Malik bersama aku pergi ke neraka, maka Malik telah mengangkat
tingkat pertama. Maka api berwarna hitam keluar.
Aku menyangka ia telah memakan aku dan memakan
Malik tetapi Malik berkata kepadanya: Bertenanglah, maka ia menjadi tenang.
Kemudian beliau pergi bersama aku ke tingkat kedua, maka api yang lebih hitam dan panas keluar daripadanya.
Malik berkata kepadanya: Padam, maka ia
padam sehingga Malik pergi bersama-sama aku ke tingkat tujuh. Setiap api yang
keluar daripada tingkat-tingkat tersebut adalah lebih panas daripada yang
pertama. Api keluar, maka aku menyangka sesungguhnya ia telah memakan aku dan
memakan Malik, serta semua makhluk Allah. Aku telah meletakkan tangan aku ke
atas mata aku sambil berkata: Perintahkan ia supaya padam, maka ia berkata:
Sesungguhnya anda tidak akan dipadamkan sehingga waktu yang ditetapkan.
Malik memerintahnya, maka ia padam. Aku melihat
dua orang lelaki. Di atas tengkuk mereka berdua terdapat rantai daripada api (fa-raiatu rajulaini fi a‘naqi-hima salasila
al-Niran mua‘aliqaini bi-ha ila fauq) tergantung dengannya ke atas dan di
atas kepala mereka berdua. Satu kumpulan yang mempunyai tukul daripada api
bersama mereka berdua (maqami‘ al-Niran).
Kumpulan itu memukul mereka berdua dengan tukul itu. Aku berkata kepada Malik:
Siapakah dua lelaki ini? Malik berkata:
Tidakkah anda telah membaca di tiang ‘Arasy dan anda sebelum ini telah membacanya;
sebelum Allah menciptakan dunia dua ribu tahun “tiada tuhan melainkan Allah dan
Muhammad adalah Rasulullah, aku telah memperkuatkannya dan menolongnya dengan
Ali”. Malik berkata: Dua lelaki ini
adalah daripada musuh-musuh mereka atau orang-orang yang menzalimi mereka (Hadha
ni min a‘da’i ulaika au zalimi-him)[157].
Bab Kias
Mu‘alla bin Muhammad bin Ja‘far daripada
sebahagian sahabat kita telah meriwayatkannya secara marfu‘ kepada Abu Abdullah
a.s berkata: Sesungguhnya orang yang pertama
menggunakan kias adalah Iblis. Dia berkata: Engkau telah menciptakan aku
daripada api dan Engkau telah menciptanya daripada tanah. Jika Iblis mengetahui
ciptaan Allah pada Adam, nescaya dia tidak akan bermegah ke atasnya. Kemudian
beliau berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah mencipta malaikat daripada cahaya,
Jin daripada api, sebahagia Jin daripada angin dan sebahagiannya daripada air.
Dia telah mencipta Adam daripada tanah.
Kemudian Dia telah mengadunkan pada Adam cahaya (al-Nur), api, angin dan air. Maka dengan
cahaya Adam dapat melihat, memikir dan memahami. Dengan api Adam dapat makan
dan minum jika tidak ada api di tali perut, maka ia tidak akan melumatkan
makanan. Jika tidak ada angin di dalam perut manusia yang menyalakan api di dalam tali perut, nescaya
ia tidak menyala. Jika tidak ada air di dalam perut manusia memadamkan
kepanasan tali perut, nescaya api akan membakar perut manusia. Justeru itu, Allah telah menghimpunkan pada
Adam lima sifat (termasuk tanah). Sementara Iblis memiliki satu sifat sahaja.
Dengannya dia telah bermegah ke atas Adam[158].
Dialog Mukmin al-Taq Bersama Abu Hanifah Tentang
Talak
Ya‘qub bin Yazid al-Baghdadi daripada Muhammad bin Abu Umair berkata: Abu Hanifah telah berkata
kepada Abu Ja‘far Mukmin al-Taq: Apakah pendapat anda tentang talak tiga?
Mukmin al-Taq berkata: Adakah di atas dasar menyalahi kita dan sunnah? Abu Hanifah berkata: Ya. Mukmin al-Taq
berkata: Ianya tidak boleh (la yajuzu).
Abu Hanifah berkata: Kenapa tidak boleh? Mukmin al-Taq berkata: Kerana
pernikahan adalah akad yang dilakukan berdasar ketaatan. Justeru itu, ia tidak
dibolehkan dengan maksiat. Jika tidak boleh pernikahan dilakukan di pihak
maksiat. Maka talak juga tidak boleh dilakukan di pihak maksiat. Jika membolehkan
ianya berlaku dengan maksiat, bererti menghina Allah a.w tentang apa yang
diperintahkannya dan menghina Rasul-Nya tentang apa yang telah disunatkannya,
kerana melakukan perkara yang menyalahi kedua-duanya, tidak ada erti bagi
kedua-duanya, kerana ternyata di dalam
kata-kata kami: Siapa yang menyalahi kedua-duanya, maka ia dikembalikan kepada
kedua-duanya di dalam keadaan hina (man
syazza ‘an-huma rudda ilai-hima wa huwa
saghirun) .
Abu Hanifah berkata: Para ulama telah mengharuskannya. Mukmin al-Taq berkata:
Sejahat-jahat ulama adalah ulama yang telah membolehkan bagi hamba beramal
dengan maksiat dan mengamalkan sunnah
syaitan di dalam agama Allah. Tidak ada yang lebih alim daripada kitab dan
sunnah, kenapa kamu membolehkan bagi hamba Allah menghimpunkan apa yang telah
dipisahkan Allah tentang talak tiga pada satu masa sedangkan kamu tidak
membolehkan baginya menghimpunkan apa yang telah dipisahkan oleh Allah tentang
solat yang lima? Pada membolehkan sedemikian, adalah suatu pembekuan terhadap kitab
Allah dan merosakkan sunnah. Allah telah berfirman di dalam Surah al-Talaq
(65):1 “Barangsiapa yang melanggar
hukum-hukum Allah, maka dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri”
Justeru itu, orang yang melanggar hukum-hukum
Allah adalah dengan memisahkannya.
Apakah pendapat anda, wahai Abu Hanifah, tentang
seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya menurut sunnah syaitan? Adakah
harus baginya talak tersebut?
Abu Hanifah berkata: Dia telah menyalahi sunnah
dan isterinya tercerai secara ba’in, dan
dia telah menderhaka Tuhannya.
Mukmin al-Taq berkata: Ia sebagaimana kami telah
katakan bahawa apabila dia telah menyalahi sunnah Allah, maka dia telah beramal
dengan sunnah syaitan, siapa yang berjalan di atas sunnahnya (syaitan), maka
dia adalah di atas agamanya dan tidak ada bahagiannya lagi di dalam agama
Allah.
Abu Hanifah berkata: Ini ‘Umar bin al-Khattab. Dia
adalah imam muslimin yang terbaik berkata: Sesungguhnya Allah s.w.t telah
menjadikan bagi kamu talak berperingkat-peringkat, tetapi kamu telah meminta ia
dipercepatkannya, maka kami telah membolehkannya untuk kamu menurut apa yang
kamu kehendaki[159].
Mukmin al-Taq berkata: Sesungguhnya ‘Umar tidak mengetahui hukum-hukum agama. Abu
Hanifah berkata: Bagaimana begitu? Mukmin al-Taq berkata: Apa yang aku katakan
mengenainya, janganlah anda mengingkarinya. Adapun pertamanya ‘Umar berkata:
Seorang lelaki di dalam junub tidak boleh mengerjakan solat sehingga dia
mendapati air sekalipun setahun. Sedangkan umat menyalahi pendapatnya.
Abu Kaif al ‘Aidi datang kepadanya dan berkata:
Wahai Amir al-Mukminin! Aku telah menghilangkan diri, kemudian aku telah
kembali, tetapi aku dapati isteri aku telah berkahwin? Umar berkata: Jika dia
(suaminya) telah melakukan persetubuhan dengannya, maka dia lebih berhak
dengannya. Dan jika dia belum melakukan persetubuhan dengannya, maka anda
adalah lebih berhak dengannya. Ini adalah hukum yang dia tidak ketahui
sedangkan umat menyalahinya.
Umar juga memberi hukuman tentang seorang lelaki
yang telah menghilang diri daripada keluarganya (ghaba) selama empat tahun. Dalam hal ini dia mengatakan isterinya
itu boleh berkahwin jika dia mahu, sedangkan umat menyalahinya dan berpegang
bahawa isterinya itu tidak boleh berkahwin selama-lamanya sehingga terbukti
suaminya telah mati atau telah menjadi kafir atau telah menceraikannya.
Umar juga telah membunuh tujuh orang daripada
penduduk Yaman dengan seorang lelaki dan berkata: Jika penduduk San‘a’ tidak
diambil kira, nescaya aku membunuh mereka semua dengannya sedangkan umat menyalahinya.
Dibawa kepada ‘Umar seorang perempuan yang hamil.
Pembawa telah memberi penyaksian bahawa perempuan itu telah melakukan zina.
Umar memerintahkan supaya ia direjam. Ali a.s berkata: Jika anda ada jalan ke
atasnya, maka apakah jalan anda ke atas kandungannya? Umar berkata: Jika tidak
ada Ali, nescaya binasalah ‘Umar.
Seorang perempuan gila telah berzina dan dibawa kepada Umar. Dia
memerintahkan supaya perempuan gila itu direjam. Ali a.s berkata: Tidakkah anda
mengetahui bahawa al-Qalam (taklif)
diangkat daripadanya sehingga ia sembuh. Maka ‘Umar berkata: Jika tidak ada
Ali, nescaya binasalah ‘Umar.
Umar tidak mengetahui al-Kalalah, maka dia bertanya Nabi s.a.w tentangnya. Baginda s.a.w.
telah memberitahunya, tetapi ‘Umar tidak
memahaminya. Selepas itu Umar memerintah anak perempuannya bertanya Nabi
s.a.w mengenai al-Kalalah. Lalu anaknya bertanyakan kepada Rasulullah
s.a.w. Baginda s.a.w. berkata: Bapa
anda telah memerintah anda supaya bertanya aku? Dia menjawab: Ya. Baginda
s.a.w. berkata: Bapa anda tidak akan memahaminya sehingga dia mati. Justeru
itu, siapa yang tidak mengetahui al-Kalalah,
maka bagaimana dia mengetahui hukum-hukum agama? [160]
Riwayat Sahabat Kami dan Orang Lain
Diriwayatkan daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang pun Ahlu l-Bait memasuki
syurga melainkan mereka semua memasukinya. Ditanya: Bagaimana boleh terjadi
begitu? Baginda s.a.w. bersabda: Beliau akan memberi syafaat kepada mereka, dan
mereka pula boleh memberi syafaat kepada orang lain sehingga tinggal seorang
khadam. Maka baginda s.a.w. berkata: Wahai Tuhanku! Khadimahku, dia telah melindungi aku daripada kepanasan dan
kesejukan, lalu baginda s.a.w. memberi syafaat kepadanya[161].
Diriwayatkan daripada al-Sadiq a.s berkata:
Tidak ada Ahlu l-Bait melainkan terdapat pada mereka seorang yang cerdik (najib) dan yang paling cerdik adalah
daripada Ahlu Bait Nabi s.a.w.
Diriwayatkan bahawa bagi orang-orang munafik
mereka mempunyai empat alamat: Keras hati, keras mata, berterusan di atas dosa
dan tamak kepada dunia[162].
Sahal bin
Ziad al-Adami telah memberitahu aku
berkata: Urwah bin Yahya telah memberitahu aku daripada Abu Sa‘id al-Madai’ni
berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah pengertian firman Allah
a.w di dalam Surah al-Qasas (28):46 “Dan
tiadalah kamu berada berhampiran gunung Tur, ketika kami menyeru(musa)”
? Beliau a.s berkata: Kitab untuk kami, Allah telah menulisnya wahai Abu
Sa‘id, pada satu daun (kertas) sebelum Dia mencipta makhluk dua ribu tahun ada
bersamanya di Arasy atau di bawah Arasy-Nya tertulis di dalamnya: Wahai syi‘ah
Ali Muhammad! Aku telah memberi kepada kamu sebelum kamu memohon kepada-Ku (Ya syi‘ata Ali Muhammad, a‘taitu-kum qabla an tas’aluni). Aku telah mengampuni
untuk kamu sebelum kamu memohon ampun daripada-Ku (wa ghafartu la-kum qabla an tastaghfiruni). Siapa yang telah mendatangi-Ku di
kalangan kamu dengan wilayah ali Muhammad, maka Aku akan menempatkannya di
syurga-Ku dengan rahmat-Ku (man atani
min-kum bi-wilayati ali Muhammad askantu-hu jannati bi-rahmati)”[163]
Muhammad bin Ja‘far bin Abu Syakir telah memberitahuku daripada mereka yang
telah memberitahunya daripada beberapa lelaki daripada Abu Abdullah a.s
berkata: Allah akan membalas kebaikan (al-Ma‘ruf)
seseorang apabila dia tidak memulakannya dengan masalah, tetapi apabila saudara
anda datang kepada anda kerana satu
hajat, hampir dia melihat darahnya pada mukanya dalam keadaan bahaya, sedangkan
dia masih ragu untuk memenuhi atau enggan. Maka demi Tuhan, demi Tuhan, jika
dia keluarkan kesemua yang dia miliki untuk saudaranya itu selepas
berlalu keperluannya, nescaya dia tidak dapat membalas (keaiban)nya[164].
Hadis Mubahalah
Bismillaahi
r-Rahmani r-Rahim
Abu Bakr
bin Muhammad bin Ibrahim al-‘Allaf al-Hamdani di Hamadan telah memberitahu aku
berkata: Abdullah bin Ja‘far bin Muhammad bin Ja‘far bin Musa bin Syazan
al-Bazzaz telah memberitahu kami dengan katanya: Abu Abdullah al-Husain bin
Muhammad bin Sa‘id al-Bazzaz yang dikenali dengan Ibn al-Matbaqi, dan Ja‘far
al-Daqqaq telah memberitahu kami, mereka berdua berkata: Abu al-Hasan Muhammad
bin al-Faidh bin Fayyadh al-Dimasyqi di Dimsyiq telah memberitahu kami dengan
katanya: Ibrahim bin Abdullah anak saudara lelaki Abd al-Razzaq telah
memberitahu kami, berkata: Abd al-Razzaq bin Hammam al-San‘ani telah
memberitahu kami, berkata: Mu‘ammar bin Rasyid telah memberitahu kami, berkata:
Muhammad bin al-Munkadir telah memberitahu kami daripada bapanya daripada
datuknya berkata: Al-Sayyid dan al-‘Aqib
adalah dua orang paderi Najran berserta
rombongannya yang terdiri tujuh puluh orang telah datang mengunjungi Nabi s.a.w. Aku telah berada bersama mereka dan di
kalangan kami diadakan pengajaran Injil secara ringkas, iaitu pengajaran Injil
oleh pengeluar dana mereka. Tiba-tiba seekor baghal betina terjatuh, maka
paderi itu berkata: Terjatuhlah orang yang kami mendatanginya dari jauh
(Rasulullah s.a.w). Lantas sahabatnya bernama al-‘Aqib berkata: Andalah yang
terjatuh dan terbalik. Paderi itu berkata: Kenapakah begitu?
Al-‘Aqib
berkata: Kerana anda telah menjatuhkan Nabi al-Ummiy Ahmad. Paderi berkata:
Bagaimana anda mengetahuinya? Al-‘Aqib
berkata: Tidakkah anda membaca daripada al-Miftah al-Rabi‘ daripada wahyu
kepada al-Masih: Katakanlah kepada
Bani Israel: Alangkah jahilnya kamu!. Kamu melahirkan diri kami dengan hiasan
dunia di sisi ahlinya dan ahli kamu. Sedangkan di dalam hati kamu di sisi aku
seperti bangkai yang busuk. Wahai Bani Israel! Berimanlah dengan Rasul-Ku
al-Ummiy, ia akan lahir pada akhir zaman. Mukanya seperti bulan penuh purnama,
mempunyai seekor unta betina merah
dihiasi dengan cahaya, mempunyai maruah yang baik dan pakaian yang kasar. Dia
adalah penghulu kepada orang-orang terdahulu di sisi-Ku, orang terakhir yang
paling mulia, akan menurut sunnah-Ku, akan memasuki syurga-Ku, pejuang dan di
tangannya kaum musyrikin kerana-Ku, bergembiralah dengan berita tersebut. Wahai
Bani Israel! Perintahlah Bani Israel supaya menolong dan membantunya.
Isa
berkata: Quddus, quddus. Siapakah hamba yang soleh ini? Hati aku telah mencintainya
sekalipun mata aku tidak pernah melihatnya? Dia berkata: Beliau adalah daripada
anda dan anda adalah daripadanya, beliau adalah ipar anda daripada ibu anda,
sedikit anak, berkahwin ramai, tinggal di Makkah iaitu tempat asas yang telah
diletakkan Ibrahim. Keturunannya daripada zuriat yang diberkati (Mubarakah) iaitu madu ibu anda di
syurga. Beliau mempunyai beberapa keadaan; matanya tidur, tetapi hatinya jaga.
Beliau memakan hadiah, tetapi tidak memakan sedekah. Beliau mempunyai kolam
(haudh) di pinggir Zamzam sehingga ke tempat jatuhnya matahari.
Padanya dua
minuman daripada jenis Rahiq dan Tasnim. Padanya piala-piala yang banyak seperti bilangan bintang di langit. Siapa yang meminumnya maka
dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Itu adalah kerana Aku telah melebihkannya
ke atas semua rasul. Perbuatannya menepati perkataannya secara rahsia atau
terang-terangan. Alangkah bagusnya untuk dirinya. Alangkah bagusnya untuk
umatnya yang menghidupkan agamanya dan
mati di atas sunnahnya dan bersama-sama Ahlu l-Baitnya. Mereka cenderung dalam
keadaan beriman, tenang dan diberkati. Pada musim kemarau dan kesusahan beliau
menyeru-Ku, maka langit menurunkan hujan dengan lebat sehingga dilihat kesan keberkatannya. Aku akan
memberkati apa yang dilakukannya. Beliau berkata: Ilahi, namakannya. Dia
berkata: Ya. Namanya Ahmad iaitu Muhammad rasul-Ku kepada semua makhluk, yang paling hampir
kedudukannya dengan-Ku, yang paling banyak mendapat syafaat-Ku. Beliau tidak
memerintah melainkan apa yang Aku suka dan beliau melarang apa yang Aku benci.
Sahabat
al-‘Aqib berkata kepadanya: Kenapa anda mengemukakan kepada kami orang yang
sebegini sifatnya? Al-‘Aqib berkata:
Kita akan menyaksikan keadaannya, kita melihat akan bukti-buktinya. Jika
ia benar sebagaimana yang dikatakan (yakun huwa huwa), kita akan menolongnya
dengan perdamaian. Kita meneguhnya
dengan harta-harta kita daripada penganut-penganut agama kita di dalam keadaan
beliau tidak menyedari rancangan kita. Jika beliau seorang pendusta, maka pendustaannya ke atas
Allah sudah cukup bagi kita. Paderi berkata: Kenapa apabila anda melihat
tanda-tandanya anda tidak mengikutinya?
Beliau berkata: Tidakkah anda lihat bagaimana mereka
menghormati kita, melayani kita dan membenarkan
kita membina gereja-gereja serta meninggikan suara kita di dalamnya dan
bagaimana jiwa boleh menerima agama yang menyamakan yang mulia dengan yang
hina. Apabila mereka datang ke Madinah, para sahabat Rasulullah s.a.w melihat
mereka dan berkata: Kami belum pernah melihat rombongan Arab yang lebih cantik
daripada mereka, yang mempunyai perasaan, dan pakaian di atas mereka.
Rasulullah s.a.w pada masa itu telah berada jauh dari Masjid, maka aku telah
menghadiri solat rombongan itu. Mereka
berdiri dan mengerjakan solat di Masjid Rasulullah s.a.w ke arah timur.
Beberapa lelaki di kalangan sahabat Rasulullah
s.a.w memahamkan mereka dengan
menghalang mereka. Rasulullah s.a.w datang sambil bersabda: Tinggalkan mereka
dan apabila mereka menyelesaikan solat, mereka duduk di sisi Rasululah s.a.w.
dan mengadakan dialog dengannya.
Mereka
berkata: Wahai Abu al-Qasim! Berhujahlah dengan kami tentang Isa? Baginda s.a.w
bersabda: Isa adalah seorang hamba Allah dan Rasul-Nya serta kalimat-Nya yang
telah dicampakkan kepada Maryam dan roh daripada-Nya. Seorang daripada mereka
berkata: Isa adalah anak lelaki-Nya dan orang yang kedua daripada dua.
Sementara yang lain pula berkata: Isa adalah yang ketiga daripada tiga: Bapa, ibu
dan roh al-Qudus. Kami telah
mendengarnya di dalam al-Qur’an yang telah diturunkan kepada anda iaitu ayat:
Kami telah melakukannya, kami telah menjadikannya dan kami telah
menciptakannya.
Jika Ia
adalah Satu, nescaya Dia akan berkata: Aku telah mencipta (khalaq-tu), aku telah menjadikannya (ja‘al-tu) dan aku telah melakukannya (fa‘al-tu). Pada saat itu Nabi s.a.w telahpun menerima wahyu yang
diturunkan kepadanya pada permulaan Surah Ali Imran sehingga enam puluh ayat.
Di antaranya Surah Ali Imran (3):61“Siapa
yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu, maka katakanlah (kepadanya) Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak-kamu,wanita kami
dan wanita kamu, diri kami dan diri kamu,kemudian marilah kita bermubahalah
kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang
yang dusta”
Rasulullah
s.a.w telah menceritakan kepada mereka tentang kisah ini dan membaca ke atas
mereka al-Qur’an, sebahagian mereka berkata kepada yang lain: Demi Tuhan, ia
telah datang kepada kamu dengan lebih jelas daripada cerita sahabat kamu.
Rasulullah
s.a.w berkata kepada mereka: Sesungguhnya Allah a.w telah memerintahkan aku supaya bermubahalah dengan kamu. Mereka
berkata: Jika begitu, besok kami bermubahalah dengan kamu. Mereka berkata:
Sehingga kita menunggu dengan apakah beliau bermubahalah besok. Adakah dengan
pengikut-pengikutnya yang biasa atau dengan keluarganya daripada ahli Safwah dan Taharah? Kerana mereka adalah
tunjang para nabi dan rujukan mereka. Setelah tiba keesokan harinya, Nabi s.a.w
berjalan di waktu pagi di kanannya Ali, di kirinya al-Hasan dan al-Husain, dan
di belakang mereka adalah Fatimah a.s. Di atas mereka kain Najran sementara di
atas bahu Rasulullah s.a.w kain kasar yang sederhana tebal.
Maka
baginda s.a.w. memerintah supaya
berhenti di antara dua pohon, kemudian baginda s.a.w. membersihkan tempat di antara keduanya. Baginda s.a.w.
meletakkan kain (al-Kisa’) di atas kedua-dua pohon tersebut dan
memasukkan ahli keluarganya di bawah kain tersebut. Kemudian baginda s.a.w.
memasukkan bahunya di sebelah kiri bersama-sama mereka di bawah kain berpegang kepada panahnya,
mengangkat tangan kanannya ke langit untuk bermubahalah. Orang ramai melihat
dengan tekun. Warna al-Sayyid dan al-‘Aqib berubah menjadi kuning, fikiran
mereka berdua hampir terbantut. Seorang daripada mereka berdua berkata kepada
sahabatnya: Adakah kita akan bermubahalah dengannya?
Beliau
berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa tidak ada satu kaum pun yang
bermubahalah dengan seorang nabi kecuali yang muda mereka akan membesar dan
yang tua mereka akan tinggal. Aku fikir anda tidak akan mampu menghadapi
bahayanya. Justeru itu, berilah kepadanya harta dan senjata yang beliau
kehendaki, kerana beliau adalah seorang ahli peperangan. Katakan kepadanya:
Adakah dengan mereka itu anda bermubahalah dengan kami supaya beliau (Nabi
s.a.w) tidak terfikir bahawa kami telah mengetahui kelebihannya dan kelebihan
Ahlu l-Baitnya pada awal-awal lagi.
Apabila
Nabi s.a.w mengangkat tangannya ke langit untuk bermubahalah, seorang daripada
mereka berdua berkata: Rahbaniyyah yang mana satu ini?! Jika lelaki itu membuka
mulutnya untuk bermubahalah, nescaya kami tidak akan kembali kepada
kelurga dan harta kami. Mereka berdua
berkata: Wahai Abu al-Qasim! Adakah dengan mereka itu anda akan
bermubahalah kami? Baginda s.a.w.
berkata: Ya, mereka itu adalah orang yang paling terkemuka di atas muka bumi
ini selepas aku di sisi Allah s.w.t, dan yang paling hampir kepada-Nya.
Kedua-dua paderi itu menjadi cemas dan berkata kepadanya: Wahai Abu al-Qasim!
Kami akan memberi kepada anda seribu pedang, seribu baju besi dan seribu
perisai daripada kulit. Seribu dinar
setiap tahun dengan syarat baju besi, pedang dan perisai di sisi anda diberi
pinjam sehingga kaum kami datang selepas kami, maka kami akan memberitahu
mereka tentang pendapat kami sama ada menerima Islam, jizyah atau memberi
barang-barang yang dijanjikan (al-Muqata‘ah)
setiap tahun.
Nabi s.a.w
berkata: Aku telah menerima perkara tersebut daripada kamu berdua. Demi Yang
telah mengutus aku dengan kekeramatan, jika kamu bermubahalah dengan aku dan
dengan mereka di bawah kain, nescaya Allah akan membakar kamu dengan api dan
mereka di sekelilingnya lebih cepat dari kelipan mata. Maka Jibrail turun ke
atasnya dan berkata: Wahai Muhammad, Allah memberi salam kepadamu dan
berfirman: Demi kekuatan-Ku, Kemuliaan-Ku dan ketinggian tempat-Ku, jika
penghuni langit dan penghuni bumi bermubahalah dengan mereka di bawah kain (al-Kisa’), nescaya langit akan runtuh
dan bumi akan terputus-putus. Tidak ada sesuatu pun yang dapat berdiri di
atasnya lagi. Maka Nabi s.a.w. mengangkat tangannya sehingga dapat dilihat
keputihan ketiaknya. Baginda s.a.w. bersabda: Bagi mereka yang telah menzalimi
kamu akan hak kamu dan tidak mengambil berat tentang upah yang telah
difardukannya oleh Allah pada kamu, maka laknat Allah mengikuti mereka sehingga
hari Kiamat.
Peringatan
Ummu Salmah R.A Terhadap ‘Aisyah
Muhammad bin Ali bin Syazan
telah memberitahu aku dan berkata: Ahmad bin Yahya al-Nahwi Abu al-Abbas
Tha‘lab memberitahu kami berkata: Ahmad bin Sahal Abu Abd al-Rahman memberitahu
kami berkata: Yahya bin Muhammad bin Ishaq bin Musa memberitahu kami berkata:
Ahmad bin Qutaibah Abu Bakr telah memberitahu kami daripada Abd al-Hakim
al-Qutaibi daripada Abu Kisah dan Yazid bin Ruman mereka berdua berkata: Ketika ‘Aisyah berkumpul untuk keluar ke
Basrah, maka Ummu Salmah r.a datang
kepadanya dari Makkah. ‘Aisyah berkata kepadanya: Wahai Anak perempuan Abu
Umayyah! Anda adalah Ummahat al-Mukminat yang tertua. Rasulullah s.a.w telah
makan dan minum di rumah anda. Baginda s.a.w. telah memberi bahagian kami di
rumah anda, wahyu telah turun di rumah anda.
Ummu Salmah r.a berkata: Wahai anak
perempuan Abu Bakr! Adakah dengan darah Uthman anda tuntut? Sedangkan anda
adalah orang yang paling kuat menentangnya dan telah melepaskan diri anda
daripadanya atau pemerintahan Ali bin Abu Talib yang anda tentang sedangkan
orang-orang muhajirin dan ansar telah mengikutinya? Sesungguhnya anda adalah
penyandar atau pintu di antara
Rasulullah s.a.w dan umatnya, dinding contoh di atas kehormatannya. Al-Qur’an
dikumpulkan ekoran anda. Justeru itu, janganlah bermegah dengannya. Bawa
bertenang kedudukan anda. Janganlah mensia-siakannya. Allah adalah di belakang
umat ini. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengetahui kedudukan anda jika baginda s.a.w. mahu
membuat perjanjian dengan anda, nescaya baginda s.a.w. telah melakukannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melarang anda dari merayau-rayau di seluruh
negeri. Sesungguhnya tiang Islam tidak boleh dibaiki oleh wanita jika ia pecah. Kepujian seorang wanita
adalah apabila dia tidak banyak bercakap dan merendahkan penglihatannya. Aku
bukanlah orang yang berkata jika
Rasulullah s.a.w membentangkan kepada anda sebahagian padang pasir, anda akan
segera menjelajah dari kawasan berpaya ke kawasan yang lain. Sesungguhnya Allah
melihat perjalanan dan pergerakan anda.
Dan kepada Rasulullah s.a.w anda akan datang pada hari Kiamat.
Sesungguhnya anda telah menghadapi kegelapannya dan anda telah meninggalkan
janjinya. Aku bersumpah dengan nama Allah, jika aku berjalan dengan perjalanan
anda ini, kemudian ada orang berkata kepada aku: Masuklah syurga Firdaus,
nescaya aku menjadi malu berjumpa dengan Muhammad s.a.w dalam keadaan
mengoyakkan hijab yang dilakukan Ali.
Jadikan rumah anda sebagai benteng, kubur anda dirahsiakan sehingga anda
menemuinya, kerana itu adalah baik.
Kemudian Ummu Salmah berkata: Jika aku
mengingatkan anda lima perkara tentang
kelebihan Ali a.s daripada Rasulullah s.a.w, nescaya anda akan mematuk aku
seperti seekor ular yang bisa. Adakah anda masih ingat ketika Rasulullah s.a.w
membuat undian di antara isteri-isterinya (yaqra‘
baina nisa’i-hi) apabila baginda
s.a.w. ingin musafir, maka bahagian aku dan bahagian anda telah keluar di kala
itu kita bersamanya. Baginda s.a.w. pada masa itu sedang turun dari Qudaid dan
bersamanya Ali a.s bercakap-cakap dengannya. Lantas anda telah pergi untuk
menyerangnya.
Aku berkata kepada anda: Rasulullah s.a.w
bersama sepupunya. Kemungkinan baginda s.a.w. memerlukannya tetapi anda menderhaka aku dan kembali dalam keadaan
menangis. Maka aku pun bertanya kepada anda, lalu anda berkata: Anda telah
menyerangnya (Ali a.s) dan anda berkata kepadanya: Wahai Ali! Aku berhak
bersama Rasulullah s.a.w satu hari daripada sembilan hari. Sesungguhnya anda
telah menyibukkannya daripada aku. Anda juga telah memberitahu aku bahawa
Rasulullah s.a.w telah berkata kepada
anda: Anda memarahinya (Ali). Tiada seorang pun daripada keluarga aku dan umat
aku yang memarahi Ali melainkan terkeluar imannya? Aisyah menjawab: Ya.
Pada hari Rasulullah s.a.w mahu musafir,
aku telah menyediakan makanan untuknya, maka baginda s.a.w. bersabda kepada
aku: Seorang di kalangan isteri-isteri aku akan menjadi pemilik unta betina dan
akan disalak oleh anjing-anjing di Hau’ab. Maka aku mengangkat tangan aku dari
menyediakan makanannya dan aku berkata: Aku memohon perlindungan Allah supaya
ia tidak berlaku kepada aku. Maka baginda s.a.w. bersabda: Demi Tuhan, salah
seorang daripada kamu berdua akan melakukannya, bertakwalah kepada Allah wahai
Humaira’ supaya anda tidak melakukannya. Adakah anda masih mengingatinya wahai
‘Aisyah? Aisyah menjawab: Ya.
Pada hari kita bersiar-siar di hadapan Rasulullah s.a.w, anda telah memakai pakaian
aku dan aku telah memakai pakaian anda. Maka Rasulullah s.a.w datang, lalu
duduk di sisi anda dan bersabda: Adakah anda menyangka wahai Humaira’ bahawa
aku tidak mengenali anda? Sesungguhnya umat aku akan menghadapi anda pada suatu
hari yang pahit atau pada hari yang
berdarah. Adakah anda masih mengingatinya wahai ‘Aisyah?
Pada hari aku dan anda berserta
Rasulullah s.a.w, tiba-tiba datang bapa anda dan sahabatnya meminta izin. Maka
aku pun memasuki bilik aku. Kemudian mereka berdua berkata: Wahai Rasulullah!
Kami tidak mengetahui kadar kedudukan anda tentang kami, adalah lebih baik,jika
anda jadikan untuk kami seorang yang boleh kami mendatanginya selepas anda (fa-lau ja‘al-ta lana insanan na’ti-hi
ba‘da-ka). Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku mengenali kedudukannya
dan aku mengetahui tempatnya, jika aku memberitahu kamu mengenainya, nescaya
kamu akan berpecah sebagaimana berpecahnya Bani Israel daripada Isa bin Maryam
(Lau akhbartu-kum bi-hi
la-tafarraqt-um ‘an-hu ka-ma tafarraqat
Bani Israel). Apabila mereka berdua keluar, maka aku dan anda keluar
kepadanya dan anda berdukacita ke atasnya sambil berkata: Siapakah yang anda
akan melantiknya untuk mereka? Baginda s.a.w. bersabda: Tukang kasut(khasif al-Na‘al). Ali bin Abu Talib membaiki kasut Rasulullah s.a.w apabila ia
rosak, membasuh kainnya apabila ia kotor. Maka aku berkata: Aku tidak melihat
melainkan Ali, maka baginda s.a.w bersabda: Beliaulah orangnya, adakah anda
masih mengingatinya wahai ‘Aisyah?
Aisyah menjawab: Ya.
Pada hari Rasulullah s.a.w mengumpulkan
kita di rumah Maimunah dan bersabda: Wahai isteri-isteri aku! Bertakwalah
kepada Allah dan janganlah seorang pun daripada kamu musafir. Adakah anda masih
mengingatinya wahai ‘Aisyah? Aisyah
menjawab: Ya.
Kemudian aku pun keluar dan utusannya
juga keluar dan menyeru kepada orang ramai: Siapa yang ingin keluar, maka
hendaklah dia keluar kerana Umm al-Mukminin akan keluar. Lantas Abdullah bin
al-Zubair memasukinya dan membisikkan pada telinganya dan hatinya yang belum membuat keputusan.
Utusannya keluar dan menyeru: Siapa yang ingin berjalan, maka hendaklah beliau
berjalan, kerana Ummu al-Mukminin akan keluar. Apabila ‘Aisyah menyesal, maka
Ummu Salmah mengeluarkan bait-bait syair berikut:
Jika seorang yang berpegang masih tergelincir
Maka ‘Aisyah adalah seorang daripada mereka
Berapa tahun sahaja dia meninggalkan Rasulullah
Membaca ayat-ayat al-Qur’an dan
mengkajinya
Kadang-kadang Allah mencabut akal manusia
Sehingga dengannya ia menghukum ke atas manusia
Allah merahmati Ummu al-Mukminin sesungguhnya
Dia telah bertukar dari
keriuhan kepada ketenangan
Ali A.S Menghantar Sa‘sa‘ah bin Sauhan Kepada Khawarij
Muhammad bin Ali telah memberitahu kami berkata:
Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami berkata: Al-‘Akliy al-Hirmari
telah memberitahu aku daripada Salih bin Aswad bin San‘an al-Ghanawi berkata:
Masma‘ bin Abdullah al-Basri telah memberitahu aku daripada seorang lelaki
berkata: Ali bin Abu Talib a.s mengutus Sa‘sa‘ah bin Sauhan kepada Khawarij.
Mereka berkata kepadanya: Bagaimana pendapat anda sekiranya Ali bersama kami di
tempat kami. Adakah anda akan bersamanya?
Sa‘sa‘ah menjawab: Ya. Mereka berkata: Jika begitu keadaannya, maka anda
bertaklid kepada Ali sebagai agama anda? Kembalilah anda, kerana anda tidak ada
agama. Sa‘sa‘ah berkata kepada mereka:
Celakalah anda! Tidakkah aku bertaklid kepada orang yang bertaklid kepada
Allah, Ali sentiasa benar di dalam menjalankan urusan Allah.
Tidakkah Rasulullah s.a.w
telah mengemukakannya di dalam peperangan sehingga beliau dapat mengalahkan
musuh, memadamkan api peperangan dengan tegas dan berjuang kerana zat Allah
s.w.t. Itulah gambaran Rasulullah s.a.w dan muslimin terhadapnya. Di manakah
kamu akan pergi? Siapakah yang kamu mahu? Dari bulan yang terang, lampu yang
cerah, jalan Allah yang lurus? Allah akan membunuh kamu di mana kamu berada.
Adakah pada al-Siddiq al-Akbar dan al-Gharadh al-Aqsa (Ali a.s) kamu lontarkan?
Akal kamu telah pudar ingatannya, muka
kamu manjadi hudoh, kamu telah menaiki bukit yang kecil dan menjauhkan tempat yang mengandungi air. Adakah kamu
menyasarkan Amir al-Mukminin dan wasi Rasulullah s.a.w? Kamu akan mendapat
kerugian yang besar dan ia lebih jauh lagi bagi orang-orang kafir yang zalim. Syaitanlah yang telah
memesongkan kamu daripada petunjuk. Penentangan kamu telah membutakan kamu daripada hujah yang terang.
Abdullah bin Wahab al-Rasibi berkata
kepadanya: Kamu telah bercakap wahai anak lelaki Sauhan seperti suara seekor
unta yang tersesak nafasnya. Beritahukan sahabat anda bahawa kami akan
memeranginya di atas dasar hukum Allah dan al-Qur’an. Kemudian Abdullah bin
Wahab telah mengeluarkan beberapa bait
syair. Al-‘Akli al-Hirmariy berkata: Aku tidak mengetahui sama ada bait-bait
itu kepunyaannya atau pun tidak:
Kami memerangi kamu bagi
melaksanakan kebenaran
Kami menentang kamu demi mencapai kemenangan
Jika kamu mencari hukum Allah,kami berpihak kepada
kamu
Apabila kami mendapati kebenaran,
keamanan dan
keamanan
Jika tidak, al-Masyrafiyyah
akan berada
Di tangan lelaki yang
beragama dan berilmu
Sa‘sa‘ah berkata: Wahai saudara Rasib!
Seolah-olah aku sedang melihat kepada anda berlumuran dengan darah anda dan
burung akan singgah di atas anggota anda. Seruan anda tidak dijawab kerana Imam
yang mendapat hidayah menguasai anda.
Al-Rasibi berkata:
Singa akan diketahui apabila kita bertarung
Peranannya ke atasnya atau
ke atas kami
Beritahu sahabat anda bahawa
kami tidak mengundur diri daripadanya atau dia mengakui kekafirannya kepada
Allah atau Dia mengampunkan daripada dosanya. Sesungguhnya Allah menerima
taubat, kuat balasan-Nya, mengampuni taubat. Apabila dia melakukan semua ini
maka kami akan mempertimbangkannya.
Sa‘sa‘ah berkata: “ Di waktu pagi mereka
memuji berjalan di waktu malam”. Kemudian Sa‘sa‘ah kembali kepada Ali a.s dan
memberitahunya apa yang telah berlaku di antaranya dengan goongan
Khawarij. Ali a.s berkata:
Dua utusan aku mahu berhenti Kemudian
Mereka memegang
tangan dengan tangan bersama
mengambil bahagian untuk aku
Kecelakaan bagi mereka wahai Ibn Sauhan!
Sesungguhnya aku telah dijanjikan untuk mereka dan akulah sahabat mereka. Aku
tidak berbohong dan tidak dibohongi. Sesungguhnya hari peperangan akan berlaku di antara
mukminin dan penderhaka. Alangkah jauhnya mereka daripada Roh Allah! Kemudian
beliau a.s berkata:
Apabila kuda berjalan pada
pemuda dan terdedah
Kebengisan dia tidak meminta selain dari
tikaman
Pemuda hanya bertemu lawannya
berdepan
Apabila ia
gementar menakutkan pengecut
Kemudian beliau a.s. mengangkat
kepalanya dan dua tangannya ke langit dan berkata: Wahai Tuhanku, saksikanlah
(beliau a.s. ulangi sebanyak tiga kali) Sesungguhnya keuzuran telah diberikan
kepada mereka yang telah diberi peringatan. Dengan Engkau aku pohon
pertolongan, kepada Engkau aku merayu, di atas Engkau aku bertawakal. Kepada
Engkau kami menolak pembunuhan mereka, mereka terus angkuh di dalam kebatilan,
Allah hanya menerima kebenaran. Kemudian beliau a.s. memberi isyarat kepada
para sahabatnya dan berkata: Bersiaplah untuk menghadapi musuh kamu.
Sesungguhnya kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah. Kemudian beliau
a.s. membaca akhir Surah Ali Imran.
Tulisan
Tangan Abd al-Muttalib
Muhammad bin Ali telah memberitahu kami
berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami berkata: Abd al-Rahman
anak saudara lelaki al-Asma‘i telah memberitahu kami daripada bapa saudaranya (‘ammu-hu) berkata: Sebahagian sahabat
kami telah memberitahuku daripada Abd al-Rahman bin al-Khalid bin Abu al-Hasan
Jumhur, hamba al-Mansur berkata: Sebahagian daripada anak lelaki Sulaiman bin
Ali telah mengeluarkan kepada aku satu surat dengan khat Abd al-Muttalib iaitu
seakan-akan khat perempuan: Dengan nama Engkau, wahai Tuhanku (ini) adalah
peringatan tentang hak Abd al-Muttalib bin Hasyim daripada ahli Makkah ke atas
polan bin polan al-Humairi daripada ahli Zul San‘a’. Di atasnya seribu dirham
perak yang baik mengikut timbangan yang baru. Apabila beliau berdoa dengannya,
maka Allah akan menerima doanya. Allah telah menyaksikannya dan dua
malaikat-Nya[165].
Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Anggur
Abu al-Hasan Ali bin Zanjawaih al-Dainuwari telah memberitahu
kami berkata: Abu Uthman Sa‘id bin Ziad telah memberitahu kami di Qaryah Ram
berkata: Abu Ziad bin Qaid telah memberitahuku daripada bapanya Qaid bin Ziad daripada
datuknya Ziad bin Abu Hindun daripada Abu Hindun al-Dari berkata: Rasulullah
s.a.w telah dihadiahkan dengan satu talam hidangan yang ditutup. Lalu baginda s.a.w.
membukanya dan bersabda: Makanlah kamu semua dengan nama Allah, sebaik-baik
makanan adalah anggur, kerana ia menguatkan saraf, menghilangkan rasa sakit,
memadamkan kemarahan, meredai Tuhan, menghilangkan kahak, menyedapkan bauan nafas dan
melicinkan kulit” [166].
Ali bin Zanjawaih telah memberitahu kami
berkata: Salmah bin Musayyab telah memberitahu kami berkata: Abd al-Razak telah
memberitahu kami daripada Mu‘ammar daripada Ibn Tawus daripada bapanya daripada
Abu Hurairah bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Siapa yang bersumpah (halafa) dan berkata: Insya’ Allah, maka
dia telah mengecualikannya (istathna).
Dan bersabda:
Wahai gharib yang berjalan di antara bukit-bukit
Wahai bukit-bukit temanlah al-Gharib
Wahai gharib daripada ahlinya dan malam-malam
Allah akan mengembalikan anda dalam keadaan
Selamat wahai gharib!
Surat
Muhammad bin Abu Bakr Kepada Mu‘awiyah
Daripada Muhammad bin
Abu Bakr r.a. kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan: Salam ke atas ahli taat kepada
Allah daripada ahli wilayat Allah.
Amma
ba‘du. Adapun kemudian daripada
itu bahawa sesungguhnya Allah dengan segala ketinggian, kebesaran dan
kekuasaan-Nya telah mencipta makhluk-Nya tanpa sia-sia, tanpa kelemahan kepada
kekuatan-Nya, tanpa memerlukannya tetapi Dia telah menciptakan mereka sebagai
hamba. Kemudian Dia telah mencipta di kalangan mereka yang bodoh terdapat yang
cerdik dan yang celaka terdapat yang bahagia. Kemudian Dia memilih Muhammad s.a.w sebagai Rasul di atas
keilmuan-Nya. Orang yang pertama yang menyahuti seruan Muhammad s.a.w. serta
membenarkannya, beriman dan menerima
Islam adalah saudaranya yang juga sepupunya iaitu Ali bin Abu Talib. Ali telah
membenarkannya dalam keghaiban yang masih tersembunyi. Baginda s.a.w telah mencintai
Ali dberbanding dengan semua sahabat yang lain, menjaganya, menyamakan dirinya
dengannya dalam setiap ketakutan.
Memerangi mereka yang memeranginya,
berdamai dengan mereka yang berdamai dengannya (Ali). Beliau s.a.w sentiasa menjaga dirinya di masa ketakutan,
kelaparan dan kesusahan sehingga Allah memenangkan hujahnya. Sesungguhnya aku
melihat anda, wahai orang yang sesat, menjemukannya (Ali). Anda adalah tetap
anda dan beliau adalah tetap beliau.
Orang yang terkemuka pada setiap masa, orang yang pertama Islam, paling benar
niatnya, orang yang paling mulia zuriatnya, orang yang paling baik isterinya,
orang yang paling baik persaudaraannya, sepupunya, wasinya, pilihannya,
saudaranya yang menggadaikan dirinya di dalam peperangan Mu’tah. Bapa
saudaranya (‘ammu-hu) penghulu para
syahid dalam peperangan Uhud dan bapanya seakan-akan muka Rasulullah s.a.w.
Anda adalah al-La‘in (terkutuk) anak
lelaki al-La‘in. Anda dan bapa anda
sentiasa menzalimi Rasulullah s.a.w,
berusaha memadamkan cahaya-nya, berkumpul menentangnya secara umum, menghasut
kabilah-kabilah menentangnya, membelanjakan harta bagi menentangnya. Bapa anda telah mati di dalam keadaan
sedemikain dan anda mengikutinya di
dalam penentangan. Perkara yang menjadi saksi
ke atas anda adalah perbuatan anda sendiri di mana saki baki golongan
al-Ahzab, kepala-kepala munafik, ahli perpecahan dan penentangan terhadap
Rasulullah s.a.w dan Ahlu l-Baitnya berlindung kepada anda. Mereka yang menjadi
saksi kepada Ali bin Abu Talib a.s adalah penolong-penolongnya yang
bersama-samanya. Kelebihan mereka telah disebut di dalam al-Qur’an. Allah telah
memuji ke atas mereka yang terdiri di kalangan muhajirin dan ansar, maka mereka
adalah bersama-samanya dengan beberapa pasukan tentera di sekelilingnya
mengangkat pedang-pedang mereka, mengalirkan darah mereka tanpanya, mereka
melihat kebenaran di dalam mengikutinya dan kecelakaan di dalam menyalahinya.
Bagaimana anda, neraka untuk anda. Bgaimana anda menyamai diri anda dengan Ali.
Sedangkan Ali adalah saudara Rasulullah,
wasinya, bapa kepada anak-anaknya. Orang yang pertama menjadi
pengikutnya, orang paling terakhir membuat perjanjian dengannya, beliau
s.a.w telah memberitahu kepadanya rahsianya dan berkongsi di dalam urusannya
sedangkan anda adalah musuhnya dan anak
lelaki musuhnya. Oleh itu, bergembiralah sekejap-apa yang anda mampu- dengan
kebatilan anda, dan ‘Umru bin al-‘As
membantu anda di dalam kesesatan anda. Ajal anda seolah-olah telah berakhir,
dan penipuan anda telah lemah. Kemudian anda meminta penjelasan daripada orang
yang akan mendapat kedudukan yang tinggi. Dan ketahuilah bahawa anda sedang
menipu Tuhan anda(tukayidu rabba-ka),
anda telah menyelamatkan ‘“tipudaya-Nya” pada diri anda, anda telah berputus
asa daripada roh-Nya, Dia sedang menunggu anda, anda di dalam kesangsian
daripada-Nya, Allah, Rasul-Nya, dan keluarganya tidak memerlukan anda. Salam
kepada mereka yang mengikut petunjuk.
Muhammad bin Abu Bakr telah menulis
beberapa bait syair kepada Mu‘awiyah seperti berikut:
Mu‘awi nafsu ku tidak akan membawa ku
Kepada anda,aku tidak menyembunyikan
Perkara yang aku
tidak iklankan
Dan aku juga tidak terbawa kepada anda apabila
Aku menyaksikan pecahan anak panah dan tidak takut
Di dalam peperangan
Anda menyelesaikan peperangan secara pengecut
Sebagai angan-angan pengecut dan anak pengecut
Aku kira anda salah satu daripada tiga anda telah
Melihatnya dengan mata anda atau perkara yang
anda tidak melihatnya
Anda menunggang peperangan selepas keamanan
Dengan angkuh
Sesungguhnya kuku bintang telah
berdarah dan
Hujung pedang terpatah
Api yang terkeluar daripada dua tapak tangan
Menyembunyikan nyala api
Kejahilan dikemukakan kepada anda oleh tukang
Tenung
Sentuhan anda kepada kunci kuda liar membawa
anda kepada sarang burung merpati
Anda menentang kerana maruah akan ahlinya
Di dada anda terdapat penyakit yang tersembunyi
Apabila Mu‘awiyah membaca
surat Muhammad, maka beliau terus menjawabnya:
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, daripada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan kepada
Muhammad bin Abu Bakr yang menghina bapanya. Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya surat anda
telah sampai kepada aku. Anda telah menyebut tentang kekuasaan Allah dan
pemilihan Rasul-Nya serta percakapan yang anda ciptakannya. Pendapat anda
adalah lemah dan mengenai bapa anda
adalah keras. Anda telah menyebut kelebihan Ali bin Abu Talib, pemeluk agama
Islam yang terawal, kerabat Rasulullah s.a.w yang terdekat, pertolongannya
untuknya dan temannya pada setiap ketakutan.
Hujah anda ke atasku dan
penghinaan anda terhadap ku adalah dengan kelebihan orang lain bukan kelebihan
anda sendiri. Justeru itu aku memuji Allah kerana memalingkan kelebihan
tersebut daripada anda dan telah menjadikannya untuk orang lain. Sesungguhnya
kami dan bapa anda telah bersama kami pada masa hidup Nabi s.a.w. Kami melihat
hak Ali bin Abu Talib adalah untuk kami dan kelebihannya adalah terserlah ke atas kami sehingga Allah memilih
Nabi-Nya dan menyempurnakan janji-Nya.
Kemudian Allah mematikan
Nabi-Nya. Orang pertama yang menentang
Ali adalah bapa anda dan faruqnya (‘Umar). Mereka berdua telah menentang Ali di
dalam urusannya. Lantaran itu mereka berdua bersatu, kemudian mereka
berdua memaksa Ali supaya memberi baiah
kepadanya. Tetapi Ali sengaja melambat-lambatkannya dan memberi sebab
kelambatannya kepada mereka berdua. Mereka berdua memahami kesedihannya. Kemudian dia memberi baiah kepada mereka berdua dan
memberi salam. Mereka berdua tidak berkongsi dengannya di dalam urusan mereka
berdua. Tidak juga memberitahu rahsia mereka berdua kepada Ali sehinggalah
mereka berdua mati. Kemudian datang orang ketiga selepas mereka berdua ‘Uthman bin
‘Affan yang mengikut jejak langkah mereka berdua. Namun anda dan sahabat
anda telah menghina Uthman sehingga ahli maksiat tamak kepadanya. Kemudian kamu
berdua telah melahirkan permusuhan ke atasnya sehingga kamu berdua mencapai
tujuannya.
Berwaspadalah wahai Anak
lelaki Abu Bakr. Kiaslah jengkal anda dengan telunjuk anda. Bagaimana anda
menentang mereka yang mempunyai cita-cita sebesar gunung tetapi tidak sepenat
bapa anda yang telah menyediakan tempat untuknya. Jika kami benar di dalam
perkara ini, maka bapa anda adalah orang pertamanya, kami hanya pengikutnya.
Jika ianya zalim, maka bapa anda adalah orang yang pertama yang mengasaskan
binaannya. Kami hanya telah mengikutinya. Jika bapa anda tidak melakukannya
pada awal lagi, nescaya kami tidak menentang Ali dan kami telah
menyerahkan diri kami kepadanya. Walau
bagaimanapun hinalah bapa anda sebanyak mana yang anda mahu atau membiarkannya
sahaja. Salam kepada mereka yang telah bertaubat dan kembali daripada
kesesatannya.
Pengertian Pakaian Indah, Pakaian Takwa dan Orang-Orang Yang berjihad Untuk
Kami
Diriwayatkan daripada Zaid bin
Ali bahawa beliau berkata tentang firman-Nya Surah al-A‘raf (6):26 “Pakaian indah dan pakaian takwa” Pedang (al-Saif).
Diriwayatkan daripada Abu
Ja‘far Muhammad bin Ali a.s tentang firman-Nya
di dalam Surah al-Ankabut (29):69 “Dan
orang-orang yang berjihad (jahadu fi-na) untuk kami, nescaya kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.
Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang berbuat baik” Beliau a.s
berkata: Ayat ini diturunkan pada kami Ahlu l-Bait.
Kathir al-Nuwa dan Zaid bin Ali bin al-Husain A.S
Diriwayatkan daripada Abu Mu‘ammar berkata: Kathir bin al-Nuwa datang, lalu
beliau memberi baiah kepada Zaid bin Ali, kemudian beliau menarik balik
baiahnya dan berkata:
Bagi peperangan kaum yang
dijadikan untuk mereka
Bagi perniagaan dan sultan ada beberapa
kaum[167]
Ali A.S Lebih Baik Daripada Mereka Berdua
Diriwayatkan daripada Hakam bin Jubair berkata: Aku telah berkata kepada
Abu Ja‘far bin Muhammad bin Ali a.s: Sesungguhnya Sya‘bi meriwayatkan di sisi
kami di Kufah bahwa Ali berkata: Sebaik umat ini selepas Nabi-Nya ialah Abu
Bakr dan ‘Umar. Maka beliau berkata: Lelaki tersebut melebihkan ke atas dirinya
orang yang tidak sepertinya kerana mencintainya dan memuliakannya. Kemudian aku
datang berjumpa dengan Ali bin al-Husain a.s memberitahunya tentang perkara
tersebut. Beliau a.s. telah memukul paha aku dan berkata: Beliau a.s. (Ali)
adalah lebih baik daripada mereka berdua.
Zuhair bin Mu‘awiyah dan Makhul
Diriwayatkan daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abdullah bin
Muhammad bin ‘Umar bin Ali bin Abu Talib a.s berkata: Aku telah berkata kepada
Abu Nu‘aim al-Fadhl bin al-Dakin: Zuhair bin Mu‘awiyah bin Khadij bin al-Rahil
telah menjaga pos kawalan Zaid bin Ali?
Beliau berkata: Ya, beliau adalah lebih jahat daripada itu, datuknya
yang bernama al-Rahil adalah di kalangan mereka yang telah membunuh al-Husain
a.s[168].
Diriwayatkan daripada Sa‘id bin Abd al-‘Aziz berkata: Biasanya Makhul
apabila disebut Ali, beliau tidak mahu menamakannya dengan nama Ali, beliau
hanya berkata: Abu Zainab. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas berkata:
Sesungguhnya Bani Umayyah telah memijak lubang telinga agama Islam dan mereka
menyembelihnya dengan pisau besar dan panjang.
Diriwayatkan daripada Ibn Kudainah al-Audi berkata: Seorang lelaki
berdiri di hadapan Amir al-Mukminin a.s dan bertanya kepadanya tentang
firman-Nya Surah al-Hujarat (49):1 “Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya”
kepada siapakah ayat ini di turunkan? Beliau a.s. menjawab: Pada dua orang
lelaki Quraisy[169].
Hadis Jabir al-Ja‘fi dan Abu Ja‘far A.S Tentang
Surah al-Jumu‘at
Diriwayatkan daripada Jabir
al-Ja‘fi berkata: Pada suatu malam aku berada di sisi Abu Ja‘far a.s. Aku membaca
ayat dalam Surah al-Jumu‘at (62) :9-10 “Wahai orang-orang yang beriman,apabila diseru untuk menunaikan solat
pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu (fa-s‘au) kepada mengingati
Allah (zikri l-Lahi)”.
Beliau a.s. berkata: Bagaimana anda membacanya wahai Jabir? Aku berkata:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila
diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu (fa-s‘au) kepada mengingati Allah. Beliau a.s berkata: Ini adalah tahrif [170]
wahai Jabir.
Aku berkata: Bagaimana aku
membacanya-Allah telah menjadikan diri aku tebusan anda-? Beliau a.s berkata: fa mdhau ila zikri l-Lahi, bukan fa-s‘au
ila zikri l-Lahi, begitulah ia diturunkan. Jika ia adalah Sa‘yan seperti di dalam ayat, maka ia
bererti ‘adwan (berlari dengan cepat)
sedangkan Rasulullah s.a.w tidak menyukainya. Baginda s.a.w. membenci lelaki
yang berlari dengan cepat bagi menunaikan solat.
Wahai Jabir! Kenapakah hari
Jumaat dinamakan Jumaat? Aku berkata: Anda beritahu aku, Allah telah menjadikan
diri aku tebusan anda. Beliau a.s. berkata: Wahai Jabir, Allah menamakan hari
Jumaat sebagai Jumaat kerana pada hari
itu dikumpulkan mereka yang terdahulu (al-Awwalin),
mereka yang terkemudian (al-Akhirin).
Kesemua makhluk Allah yang terdiri daripada Jin, manusia dan segala yang telah
dijadikan oleh Tuhan kita terdiri daripada langit, bumi, laut, syurga, neraka.
Segala yang dijadikan Allah di dalam al-Mithaq.
Dia telah mengambil al-Mithaq daripada mereka untuk-Nya dengan
ketuhanan-Nya (al-Rububiyyah). Untuk
Muhammad s.a.w dengan kenabiannya (al-Nubuwwah).
Untuk Ali a.s dengan kewaliannya (al-Wilayah).
Pada hari itu Allah berfirman
kepada langit dan bumi dalam Surah Fussilat (41 ) :11 “Datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan suka hati atau
terpaksa. Mereka berdua menjawab: Kami datang dengan suka hati ” Justeru
itu Allah menamakannya Jumaat kerana Dia telah mengumpulkan pada hari tersebut
mereka yang terdahulu dan mereka yang terkemudian. Kemudian Dia berfirman: Wahai
orang-orang yang beriman,apabila diseru untuk menunaikan solat (al-Salat) pada hari Jumaat” iaitu
hari Dia telah mengumpulkan kamu padanya. Al-Salat
adalah Amir al-Mukminin a.s. Yang dimaksudkan dengan al-Salat ialah al-Wilayah
iaitu al-Wilayah al-Kubra. Pada hari
itu para nabi, para rasul dan para malaikat, malah setiap suatu yang dijadikan
Tuhan; manusia dan Jin, langit, bumi dan mukminun mengucap talbiah kepada Allah a.w (fa
mdhau ila zikri l-Lahi).
Zikri l-Lahi adalah Amir al-Mukminin a.s wa
dharu l-Bai‘a (tinggalkanlah jual beli). Apa yang dimaksudkan dengan al-Bai‘a adalah yang pertama (Abu
Bakr). Dhali-kum (yang demikian itu)
iaitu baiah Amir al-Mukminin a.s dan wilayahnya. Khairun la-kum (lebih baik bagi kamu) dari baiah yang pertama (Abu
Bakr) dan wilayahnya sekiranya kamu mengetahui (in kuntum ta‘lamun). Fa-idha
qudiati s-Salatu (apabila selesai
menunaikan solat) iaitu baiah Amir al-Mukminin a.s, fa ntasyiru fi l-Ardh
(bertebaranlah kamu di bumi). Apa yang dimaksudkan dengan al-Ardh (bumi) adalah para wasi (al-Ausiya’). Allah memerintahkan supaya mentaati mereka dan
mewalikan mereka sebagaimana Dia telah memerintahkan supaya mentaati Rasul dan
mentaati Amir al-Mukminin a.s. Allah menggantikan nama mereka dengan nama al-Ardh sebagai kinayah. Wa- btaghu fadhla l-Lahi. Maka Jabir
berkata: wa- btaghu min fdhli l-Lahi.
Abu Ja‘far a.s berkata: Ini juga tahrif, tidak sebagaimana ia diturunkan
iaitu carilah kelebihan Allah ke atas para wasi “Dan ingatlah Allah
banyak-banyak supaya kamu beruntung”
Kemudian Allah a.w berfirman: Wahai Muhammad, idha raau (apabila mereka yang syak atau
menentang melihat) tijaratan (perniagaan)
iaitu yang pertama (Abu Bakr) atau lahwan
(permainan) iaitu yang kedua (‘Umar) mereka kembali kepadanya (insarafu ilai-ha). Aku berkata: Infadhdhu ilai-ha. Beliau a.s berkata:
Ini juga tahrif .Apa yang diturunkan ialah insarafu
ilaiha di tempat infadhdhu ilai-ha.
Wa taraku-ka (mereka telah
meninggalkan kamu) bersama Ali sedang berdiri. Katakanlah wahai Muhammad ma inda-l-Lahi (apa yang ada di sisi
Allah) iaitu wilayah Ali dan para wasi yang lain khairun mina l-Lahwi wa t-Tijarati
(lebih baik daripada perniagaan dan permainan) iaitu lebih baik daripada baiah
kepada yang pertama dan yang kedua bagi mereka yang bertakwa. Allah adalah
sebaik baik pemberi rezeki.
Kelebihan Hari Jumaat dan Malamnya
Diriwayatkan daripada Jabir
bin Yazid daripada Abu Ja‘far a.s bahawa
beliau a.s. ditanya tentang hari Jumaat dan malamnya. Beliau a.s. berkata:
Malamnya bercahaya, harinya berseri, tiada satu hari di bumi di mana matahari
condong lebih bebas daripada neraka selain pada hari Jumaat. Sesiapa mati pada
hari Jumaat di dalam keadaan mengetahui hak Ahlu l-Bait a.s akan ditulis
untuknya terlepas (bara’ah), daripada neraka dan terlepas daripada
azab kubur. Sesiapa yang mati pada malam Jumaat, dia akan dibebaskan (‘utiqa)daripada neraka[171].
Ali bin Mihziyar meriwayatkan
secara marfu‘ kepada Abu Abdullah a.s
berkata: Sesiapa mati pada malam Jumaat di dalam keadaan mengetahui hak kami,
dia dibebaskan daripada neraka dan ditulis untuknya terlepas daripada azab
kubur.[172]
Khalifah-khalifah
Israfil telah berada (qarana) bersama Rasulullah s.a.w selama tiga tahun. Baginda s.a.w mendengar
suaranya, tetapi tidak melihatnya. Kemudian Jibrail a.s berada bersamanya
selama dua puluh tahun menyampaikan wahyu kepadanya. Bgainda s.a.w. berada di
Makkah selama sepuluh tahun. Kemudian
berhijrah ke Madinah dan menetap di sana selama sepuluh tahun. Baginda
s.a.w mati pada usia enam puluh tiga tahun[173].
Abu Bakr mati ketika usia enam
puluh tiga tahun dan memerintah selama dua tahun enam bulan[174].
‘Umar dibunuh ketika usia enam
puluh tiga tahun dan memerintah selama sepuluh tahun enam bulan.
‘Uthman dibunuh ketika usia
lapan puluh satu tahun dan memerintah selama dua belas tahun[175].
Amir al-Mukminin a.s dibunuh
ketika usia enam puluh tiga tahun, tetapi orang ramai menyangka umurnya ketika
itu lima puluh tujuh tahun. Beliau a.s telah memerintah selama lima tahun[176].
Mu‘awiyah bin Abu Sufyan la‘ana-hu l-Lahu mati ketika usia tujuh
puluh lapan tahun dan memerintah selama dua puluh tahun[177].
Anaknya Yazid la‘anahu l-Lahu mati ketika usia tiga
puluh tiga tahun dan memerintah selama empat tahun.
Mu‘awiyah bin Yazid mati
ketika usianya dua puluh satu tahun dan memerintah selama empat puluh malam[178].
Marwan bin al-Hakam, Abd
al-Malik bin Marwan, al-Walid bin Abd al-Malik, Sulaiman bin Abd al-Malik,
‘Umar bin Abd al-Aziz bin Marwan, Yazid bin Abd al-Malik, al-Walid bin Yazid
bin Abd al-Malik, Yazid bin al-Walid bin Abd al-Malik, Ibrahim bin al-Walid bin
Abd al-Malik, dan Marwan bin Muhammad al-Hammar.
Wasiat-Wasiat Nabi S.A.W Kepada Ali
A.S
Bismillahi r-Rahmanir
Rahim
Ahmad berkata: ‘Umru bin Hafs
dan Abu Nasr telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Haitham daripada
Ishaq bin Najih daripada Husaib daripada Mujahid daripada al-Khudri berkata:
Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada
Ali a.s dan bersabda: Wahai Ali, apabila pengantin perempuan memasuki rumah anda, maka cabutlah
kasutnya ketika beliau duduk dan basuhlah dua kakinya. Curahkan air dari pintu
rumah anda ke pintu yang paling jauh, kerana apabila anda melakukannya, Allah
akan mengeluarkan dari rumah anda tujuh puluh bahagian kefakiran dan memasukkan
tujuh puluh bahagian keberkatan dan menurunkan ke atas anda tujuh puluh rahmat
dibentangkan ke atas pengantin perempuan sehingga dia mendapati keberkatannya
di setiap penjuru rumah anda. Ia juga aman daripada penyakit gila, penyakit
kusta dan balar selama berada di rumah tersebut. Tegahlah pengantin perempuan
di dalam minggu pertamanya daripada empat perkara: Susu, cuka, ketumbar dan
buah epal yang masam.
Ali a.s berkata: Wahai
Rasulullah! Apakah sebab utama empat perkara tersebut ditegah? Baginda s.a.w
bersabda: Kerana rahim menjadi mandul dan sejuk daripada anak dengan
perkara-perkara tersebut. Tikar di sudut
rumah itu adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak beranak.
Ali a.s berkata: Wahai
Rasulullah! kenapakah cuka ditegah? Baginda s.a.w bersabda: Apabila perempuan
datang haid selepas memakan cuka, maka haidnya tidak akan bersih dengan
sempurna. Ketumbar akan membinasakan haid di perutnya dan menyukarkannya
bersalin. Epal yang masam pula akan memutuskan haidnya dan akan menimbulkan
penyakit kepadanya.
Kemudian Baginda s.a.w
bersabda: Wahai Ali, janganlah anda bersetubuh dengan isteri (la tujami‘ imra’ata-ka ) pada awal
bulan, pada pertengahan bulan dan pada akhir bulan kerana akan menyebabkan
gila, kusta dan balar cepat menghidapinya dan anaknya
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda selepas zuhur, kerana jika kamu berdua mendapat
anak kelak, maka matanya akan menjadi juling (ahwalu). Syaitan akan bergembira dengan orang yang bermata juling.
Wahai Ali, janganlah anda
bercakap-cakap ketika bersetubuh, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak,
ia akan menjadi bisu, dan janganlah anda melihat kepada kemaluan perempuan
anda, pejamkan mata anda ketika bersetubuh, kerana ia akan mewarisi buta kepada
anak anda.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda dengan syahwat perempuan, kerana jika kamu berdua
mendapat anak kelak, ia akan menjadi khunsa yang hina.
Wahai Ali, jika anda di dalam
keadaan berjunub di atas tempat tidur anda, maka janganlah anda membaca
al-Qur’an, kerana aku takut api akan turun dari langit dan membakar kamu
berdua.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda melainkan anda mempunyai kain (khirqah) dan isteri anda mempunyai kain
yang lain, janganlah kamu berdua menyapunya dengan satu kain. Apabila syahwat
akan bertemu syahwat maka ia akan membawa kepada perpisahan dan perceraian.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda di dalam keadaan berdiri, kerana itu adalah
perbuatan keldai, jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan kencing di atas
tilam seperti keldai yang kencing di
setiap tempat.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda pada malam raya puasa, kerana jika kamu berdua
mendapat anak kelak, ia akan mungkir
janji dan dia kelak akan mendapat anak pada usia yang tua.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda pada malam Raya Korban, kerana jika kamu berdua
mendapat anak kelak, aku takut ia akan mempunyai enam atau empat jari.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda di tengah
kepanasan matahari melainkan anda membentangkan tabir, kerana jika kamu berdua
mendapat anak kelak, maka ia akan berada di dalam kesengsaraan dan kefakiran
sepanjang hidup.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda di bawah
pokok yang berbuah, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan
menjadi keras kepala dan pembunuh.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda di antara
azan dan iqamah, kerana jika kamu
berdua mendapat anak kelak, ia akan mengalirkan darah.
Wahai Ali, jika isteri anda
hamil, maka janganlah anda bersetubuh dengannya melainkan anda berwuduk, kerana
jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi buta hati dan tidak mahu
memberi pertolongan kepada orang lain.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda pada
pertengahan bulan Sya‘ban (nisf
al-Sya‘ban), kerana jika kamu berdua
mendapat anak kelak, ia akan menjadi lebam di mukanya.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda pada akhir
bulan (iaitu dua hari dipenghujung bulan) kerana jika kamu berdua mendapat anak
kelak, ia akan menjadi papa kedana.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda dengan
syahwat saudara perempuan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat anak
kelak, ia akan menjadi perompak, penolong kepada orang yang zalim atau pembinasa
manusia yang ramai.
Wahai Ali, apabila anda
bersetubuh dengan isteri anda, maka bacalah: Wahai Tuhanku! Jauhilah aku
daripada syaitan dan jauhilah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada
aku” jika kamu berdua mendapat anak kelak, syaitan tidak dapat memudaratkannya.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda di bawah
bumbung binaan (bukan rumah), kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia
akan menjadi munafik, mahu menunjuk-nunjuk dan melakukan bid‘ah.
Wahai Ali, jika anda keluar
musafir, janganlah anda bersetubuh dengan isteri anda pada malam itu, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan
membelanjakan hartanya tidak pada tempatnya. Rasulullah s.a.w membaca Surah
al-Isra’ (17):27 “ Sesungguhnya
pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara
syaitan.”
Wahai Ali, jika anda keluar musafir tiga hari dan tiga malam, janganlah
anda bersetubuh dengan isteri anda, kerana jika kamu berdua mendapat anak
kelak, ia kan membantu kepada orang yang zalim.
Wahai Ali, bersetubuhlah
dengan isteri anda pada malam Isnin, kerana jika kamu berdua mendapat
anak kelak, ia akan menjaga kitab Allah dan reda dengan rezeki yang dikurniakan
Allah kepadanya.
Wahai Ali, jika anda
bersetubuh dengan isteri anda pada malam Selasa dan kamu berdua mendapat anak,
ia akan mati syahid selepas syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan
Muhammad adalah Pesuruh-Nya. Dia tidak akan diseksa oleh Allah bersama-sama
musyrikin. Bau mulutnya menjadi harum bersih lidahnya daripada mengumpat dan
pembohongan.
Wahai Ali, jika anda
bersetubuh dengan isteri anda pada malam Khamis dan jika kamu berdua mendapat
anak, ia akan menjadi bijak atau alim dan jika anda bersetubuh dengan isteri
anda ketika matahari condong dan mendapat anak, syaitan tidak akan mendekatinya
sehingga dia beruban. Dia akan menjadi seorang fakih. Allah akan mengurniakan
kepadanya keselamatan dunia dan akhirat.
Jika anda bersetubuh dengannya
pada malam Jumaat dan mendapat anak, ia akan menjadi seorang khatib dan pandai
berbicara. Jika anda bersetubuh dengannya
pada hari Jumaat selepas asar dan kamu berdua mendapat anak, ia akan
menjadi seorang yang terkenal dan alim. Jika anda bersetubuh dengannya pada
malam Jumaat selepas Isya’ akhir, adalah diharapkan anak anda kelak menjadi
salah seorang abdal [179]Insya’
Allah.
Wahai Ali, janganlah anda
bersetubuh dengan isteri anda pada awal
jam malam, kerana jika kamu berdua mendapat anak kelak, ia akan menjadi tukang
tenung dan tukang sihir, cinta kepada dunia daripada akhirat. Wahai Ali,
hafazlah wasiat aku ini sebagaimana aku telah menghafaznya daripada Jibrail
a.s.
Hadis Tentang Percakapan Sebahagian Binatang
Beliau berkata: Ibn Abbas
berkata: Kami telah menyaksikan satu majlis Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s bersama-sama kami
beberapa orang asing, mereka memberi salam kepadanya dan berkata: Kami datang
kepada anda kerana mahu bertanya enam perkara, jika anda dapat memberitahu
kami, kami akan beriman dan kami membenarkannya. Jika tidak, kami akan
membohongi dan mengingkari anda.
Ali a.s berkata: Kemukakan
soalan-soalan kamu kerana ingin tahu dan bukan kerana kedegilan kamu. Mereka
berkata: Beritahu kami apakah yang dikatakan oleh kuda, keldai, landak, burung
jambul, ayam jantan dan katak-katak ketika
mengeluarkan suara atau bunyi mereka?
Ali a.s berkata: Apabila
bertembung dua kumpulan dan lelaki berjalan kepada lelaki dengan pedang, maka
kuda akan mengangkat kepalanya dan berkata: Subhana
l-Maliki l-Quddusi (Maha suci Raja yang Kudus) Keldai berkata: Allahumma il‘an al-‘asysyarin (wahai
Tuhanku, laknatilah mereka yang zalim). Ayam jantan berkata di waktu sahur: Uzkuru l-Laha ya Ghafilin (Ingatlah
kepada Tuhan wahai orang-orang yang lalai). Katak-katak berkata: Subhana l-Ma‘bud fi lujaji l-Bihar (Maha
Suci Yang disembah di lautan yang dalam). Landak berkata: Al-Rahmanu ‘ala l-‘Arsy I-stawa (Yang Maha Pemurah menduduki singgahsana). Burung jambul pula berkata: Allahumma
il‘an mubghidhi ali Muhammad
(wahai Tuhanku, laknatilah orang yang memusuhi ali Muhammad).
Ibn Abbas menyatakan: Mereka
berkata: Kami telah percaya dan kami telah membenarkannya. Tidak ada sesiapapun
di atas muka bumi ini yang lebih alim
daripada anda. Ali a.s berkata: Tidakkah aku memberi faedah kepada kamu? Mereka
berkata: Ya. Wahai Amir al-Mukminin. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya kuda
setiap hari mempunyai tiga doa yang mustajab, ia berkata pada awal
siangnya: Allahumma wassi‘ ‘ala sayyidi al-Rizqa (Wahai Tuhanku,
kurnialah ke atas tuanku rezekinya) Ia berkata di pertengahan harinya: Allahumma j‘alni ahabba ila sayyidi min
ahli-hi wa mali-hi (Wahai Tuhanku, jadikan diri aku lebih dikasihi oleh
tuanku daripada keluarganya dan hartanya, ia berkata pada akhir siangnya: Allahumma r- zuq sayyidi ‘ala zahri al-Syahadah (Wahai Tuhanku, kurniakanlah
tuanku di atas belakang aku kesyahidan[180].
Penukaran Bentuk Manusia dan
Sebabnya
Bismillahi r Rahmanir Rahim
Muhammad bin Abu ‘Atikah
al-Dimasqi berkata: Al-Walid bin Salmah al-Azadi telah memberitahu aku daripada
Abd al-Rahman al-Qurasyi daripada Huzaifah bin al-Yaman berkata: Kami berada
bersama-sama Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya
Allah s.w.t telah menukar (masakha)
bentuk manusia kepada dua belas bahagian, Dia telah menukar sebahagian mereka
kepada bentuk kera (al-Qirdat),
khinzir, Suhail, Zuhrah, kala jengking (al-‘Aqrab),
gajah (al-Fail), belut (al-Jaryu) iaitu jenis ikan yang tidak
boleh dimakan, ulat-ulat jentik dan seumpamanya (al-Du‘mus), beruang(al-Dubb),
labah-labah (al- ‘Ankabut ) dan
landak (al-Qunfudh)[181].
Huzaifah berkata: Dengan nama
bapa aku, anda dan ibu aku wahai Rasulullah s.a.w, perjelaskan kepada kami
bagaimana mereka telah ditukarkan bentuk mereka (kaifa musikhu)? Baginda s.a.w bersabda: Ya. Adapun bentuk kera,
kerana mereka telah memburu ikan paus pada hari sabtu pada masa Nabi Daud a.s. Mengenai bentuk khinzir,
kerana mereka telah mengingkari hidangan yang turun dari langit kepada Isa bin
Maryam a.s. Mengenai Suhail, kerana dia adalah seorang yang zalim. Pada suatu
ketika seorang lelaki ahli ibadat
pada zamannya melalui di hadapannya, lalu dia berkata:
Tunjukkan kepada aku nama Allah yang
membolehkan aku berjalan di atas air dan menaiki langit. Maka ahli
ibadat itu menunjukkannya. Kemudian beliau berkata: Sepatutnya orang yang mengetahui nama ini tidak tinggal di bumi,
malah dia naik ke langit. Kemudian Allah
telah menukarkan bentuknya (masakha)
dan menaikkannya ke langit. Allah telah
menjadikannya bukti kepada alam
semesta.
Adapun Zuhra asalnya seorang
perempuan yang telah memfitnahkan
dua malaikat bernama Harut dan Marut.
Adapun bentuk kala jengking telah ditukarkan
daripada bentuk manusia, kerana dia
asalnya seorang lelaki pengumpat yang berjalan di kalangan orang ramai
dan menggalakkan permusuhan di kalangan mereka. Mengenai gajah pada asalnya
seorang lelaki yang kacak, kemudian
ditukarkan (musikha)kepada gajah, kerana
bersetubuh dengan binatang ternakan seperti lembu dan kambing. Dia tidak
mempunyai syahwat terhadap perempuan.
Mengenai belut (al-Jaryu) asalnya seorang peniaga yang
telah ditukar bentuknya (musikha )
kerana telah mengurangkan timbangan di dalam perniagaannya[182].
Adapun ulat-ulat jentik (al-Du‘mus)
asalnya seorang lelaki yang telah ditukarkan bentuknya (musikha), kerana apabila
melakukan persetubuhan dengan isterinya tanpa mandi junub, lalu
meninggalkan solat. Justeru itu, Allah menjadikan tempatnya di air sehingga
hari Kiamat, kerana dia takutkan
kesejukan.
Mengenai beruang (al-Dubb) asalnya seorang lelaki yang
telah ditukarkan bentuknya (musikha),
kerana melakukan rompakan di jalan. Dia tidak mengira mangsanya sama ada kaya
atau miskin semuanya dirompaknya.
Mengenai biawak (al-Dabb) asalnya seorang lelaki Badwi
yang telah ditukar bentuknya, kerana tidak memberi arah perjalanan yang betul.
Dia mendirikan khemahnya di tengah jalan, apabila kafilah melalui di hadapannya
dia telah memberi jawapan yang bertentangan dengan yang sebenar. Jika mereka
mahu pergi ke timur maka dia akan menunjukkan mereka arah ke barat sehingga
mereka menjadi sesat. Dia beliau tidak menunjukkan mereka ke jalan yang baik.
Mengenai labah-labah (al-‘Ankabut)asalnya seorang perempuan
yang telah ditukar bentuknya (musikhat),
kerana mengkhianati suaminya; menyerah kemaluannya kepada orang lain. Adapun
landak (al-Qunfudh) asalnya seorang
lelaki Arab yang berani, kemudian ia
ditukarkan bentuknya (musikha),
kerana apabila tetamu bermalam di rumahnya, dia menutup pintu di hadapannya dan
berkata kepada hamba perempuannya: Keluarlah anda menemui tetamu dan katakan
kepadanya: Sesungguhnya tuanku tidak ada di rumah, lantaran itu, tetamu tadi
bermalam di pintu rumah di dalam keadaan lapar sedangkan isi rumah bermalam di
dalam keadaan kenyang[183].
Surat Mu‘awiyah Kepada Ali Bin Abu Talib A.S dan Jawapan Ali A.S Melalui
al-Tirmah[184]
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Amma
ba‘du. Adapun kemudian daripada itu. Wahai Ali, aku akan memukul anda
dengan cahaya api yang menjadi pemutus.
Tidak dapat dikurangkan oleh angin dan tidak dapat dipadamkan oleh air. Apabila ia digegarkan
akan mengenakan sasarannya dengan tepat, wassalam.
Apabila Ali a.s membacanya.
Beliau a.s. menyeru supaya dibawakan pensel dan kertas. Kemudian beliau a.s.
menulis:
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Amma
ba‘du adapun kemudian daripada itu. Wahai Mu‘awiyah, sesungguhnya anda
telah berbohong, aku adalah Ali bin Abu Talib dan aku adalah bapa kepada
al-Hasan dan al-Husain, pembunuh datuk anda, bapa saudara anda (‘ammu-ka), bapa saudara anda (khalu-ka) dan bapa anda. Akulah yang
telah memusnahkan kaum anda di Hari Badr, Hari Pembukaan dan Hari Uhud. Pedang
itu berada di tangan aku sekarang dibawa oleh lengan aku dengan keberanian hati
aku seperti ia ditinggalkan oleh Nabi s.a.w di tapak tangan wasinya. Aku tidak akan meminta tukarkan Allah sebagai Tuhan,
Muhammad sebagai seorang nabi, pedang sebagai ganti, dan salam bagi mereka yang
mengikut petunjuk.
Kemudian beliau a.s.
melipatkan surat dan menyeru al-Tirmah bin
‘Adi. Dia adalah seorang lelaki yang pandai bercakap. Beliau a.s.
berkata kepadanya: Ambillah surat aku ini dan pergi kepada Mu‘awiyah dan
kembalikan jawapannya. Al-Tirmah mengambil surat tersebut dan menyeru
supaya diberikan kain (‘amamah), lalu dia memakainya di atas
songkoknya. Kemudian beliau menunggang unta dengan laju di udara. Dia berjalan
sehingga sampai di bandar Dimasyq, lalu
bertanya pengawal-pengawal Mu‘awiyah. Seorang daripada mereka bertanya:
Siapakah yang anda mahu berjumpa?
Al-Tirmah menjawab: Seorang yang berhati
keras, berbadan besar, bermuka bulat, mempunyai dada yang lebar dan bersifat
kedekut Abu al-Munaya, Abu al-Hatuf, Abu al-A‘war al-Silmi, ‘Umru bin al-‘As,
Syamar bin Dhi al-Jausyan, dan al-Huda bin Muhammad bin al-Asy‘ath al-Kindi.
Seorang pengawal berkata: Mereka
sedang berkumpul di Bab al-Khadhra’. Al-Tirmah turun dari untanya dan
menambatnya. Beliau menunggu sehingga mereka selesai bermesyuarat, kemudian
menuju kepada mereka. Apabila terserempak dengannya, mereka berdiri dan
menghina al-Tirmah. Salah seorang daripada mereka berkata: Wahai Badwi! Adakah
anda mempunyai berita dari langit? Al-Tirmah menjawab: Ya. Jibrail di langit,
malaikat maut di udara dan Ali di dalam pemerintahan. Mereka bertanya: Wahai
Badwi, dari manakah anda datang? Beliau
menjawab: Daripada seorang yang bertakwa dan
bersih kepada seorang munafik yang kotor. Mereka berkata kepadanya:
Wahai Badwi, kenapa anda tidak mendekati kami
sehingga kami berbincang dengan anda? Beliau menjawab: Demi Tuhan, tidak
ada keberkatan berbincang dengan kamu dan orang seperti aku tidak akan
berbincang dengan orang seperti kamu. Mereka berkata: Wahai Badwi, kami akan
menulis kepada Yazid tentang berita anda, pada masa itu Yazid adalah bakal
pemimpin mereka, lalu mereka menulis kepadanya:
Amma ba‘du, wahai Yazid, seorang Badwi datang di pihak Ali bin Abu
Talib, mempunyai lidah yang bercakap apa yang ia mahu wa ssalam.
Apabila Yazid membaca surat
tersebut, beliau memerintahkan supaya pengawalnya membuat halangan di pintu. Di
tangan mereka tiang daripada besi. Ketika al-Tirmah berhadapan dengan mereka,
dia berkata: Siapakah mereka itu seolah-olah mereka adalah malaikat Zabaniah
berada di tempat yang sempit? Mereka berkata: Diam, mereka itu sedang membuat
persediaan untuk Yazid. Selepas itu Yazid pun keluar. Apabila dia melihat
kepada al-Tirmah, lalu Yazid berkata: Salam ke atas anda wahai Badwi. Al-Tirmah
menjawab: Allah al-Salam al-Mu’min al-Muhaimin ke atas anak Amir al-Mukminin.
Yazid berkata: Amir al-Mukminin memberi salam kepada anda, beliau berkata:
Salamnya bersama aku di Kufah, Yazid berkata: Sesungguhnya beliau
membentangkan ke atas anda beberapa
hajat. Al-Tirmah berkata: Hajat aku yang
pertama adalah mencabut rohnya di hadapannya dan kedua ia
meninggalkan kedudukannya sehingga orang yang lebih berhak dan aula menduduki tempatnya. Yazid berkata
kepadanya: Wahai Badwi, kami akan menguasainya. Maka tidak ada helah dan
peluang bagimu.
Berbincangan Mu‘awiyah Dengan al-Tirmah
Al-Tirmah berkata: Salam ke
atas anda, wahai al-malik (raja).
Mu‘awiyah berkata: Apakah yang menghalang anda berkata: Amir al-Mukminin?
Al-Tirmah menjawab: Kami adalah mukminum. Siapakah yang melantik anda menjadi
amir ke atas kami? Mu‘awiyah berkata: Berikan surat anda kepada aku. Al-Tirmah
menjawab: Aku tidak suka mencemarkan hamparan anda, Mu‘awiyah berkata: Wazir
aku akan mengambilnya. Al-Tirmah berkata: Wazir adalah pengkhianat dan amir
adalah seorang yang zalim. Mu‘awiyah berkata: Hamba aku akan mengambilnya. Al-Tirmah
berkata: Hamba yang jahat telah dibeli oleh tuannya dengan wang yang tidak
halal dan menggunakannya bukan untuk mentaati Allah.
Mu‘awiyah berkata: Apakah
helah anda lagi wahai Badwi? Tidak ada helah bagi seorang mukmin seperti aku
dengan seorang munafik seperti anda. Berdirilah dengan rendah diri dan ambillah
surat ini. Kemudian Mu‘awiyah berdiri dengan rendah diri, lalu mengambilnya,
membukanya dan membacanya sambil
berkata: Wahai Badwi! Bagaimanakah keadaan Ali ketika anda
meninggalkannya? Beliau berkata: Ketika aku meninggalkannya, demi Tuhan, di
dalam keadaan keras, merdeka, cekal,
mulia, berani, pemurah, beliau tidak bertemu seorang tentera melainkan beliau
mengalahkannya, begitu juga dengan istana melainkan beliau memusnahkannya. Mu‘awiyah berkata: Bagaimana keadaan al-Hasan
dan al-Husain? Al-Tirmah berkata: Mereka berdua di dalam keadaan sihat, fasih,
mulia, berani, pemurah, muda, pendamai
untuk dunia dan akhirat.
Mu‘awiyah berkata: Bagaimana
keadaan para sahabat Ali? Al-Tirmah berkata:
Mereka dan Ali bersama-sama mereka seperti bulan dan mereka seperti
bintang-bintang, jika Ali a.s. memerintah, mereka memulakannya, dan jika beliau
melarang, mereka akan berhenti. Mu‘awiyah
berkata kepada Badwi: Aku tidak fikir ada orang yang lebih alim daripada
anda mengenai Ali. Al-Tirmah berkata: Celaka anda! Pohonlah istighfar daripada Tuhan anda, berpuasa
setahun sebagai kafarah kepada apa yang anda katakan, bagaimana jika anda
dapati mereka yang fasih di dalam percakapan mereka (udaba’), anda akan terjatuh di dalam lautan ilmu mereka dan akan
tenggelam, wahai orang yang celaka!. Mu‘awiyah berkata: Celaka ibu anda!.
Al-Tirmah berkata: Malah bagus
bagi ibu aku kerana melahirkan seorang mukmin menentang seorang munafik seperti
anda. Mu‘awiyah berkata kepadanya: Wahai Badwi! Adakah anda fikir bahawa anda
akan mendapat hadiah daripada aku? Al-Tirmah berkata: Aku berfikir untuk
mengurangkan umur anda dan aku tidak berfikir untuk mengurangkan harta anda.
Mu‘awiyah memerintah supaya diberikan kepadanya seribu dirham. Kemudian dia
berkata: Adakah aku akan menambahnya lagi wahai Badwi? Berikan nikmat, anda
menjadi tuan selama-lamanya, Mu‘awiyah memerintah supaya diberikan kepadanya
seratus ribu dirham lagi. Al-Tirmah berkata: Jadikannya satu pertiga, kerana
Allah adalah tunggal. Kemudian beliau memberinya satu pertiga dan berkata:
Sekarang apa anda akan kata selepas ini. Al-Tirmah berkata: Aku memuji Allah
dan mencela anda. Mu‘awiyah berkata: Kenapa anda wahai celaka? Al-Tirmah
menjawab: Kerana tidak ada bagi anda dan bapa anda pusaka. Sesungguhnya ia
adalah daripada Baitulmal muslimin, anda telah memberikannya kepada aku.
Kemudian Mu‘awiyah berpaling
kepada penulisnya dan berkata: Tuliskan jawapan kepada Badwi, kita tidak
terdaya berbicara dengannya. Maka beliau menulis:
Amma ba‘du Adapun kemudian daripada itu, wahai Ali, aku akan
kemukakan kepada anda empat puluh
pasukan tentera (khardal), setiap
pasukan (khardalah) mempunyai seribu
pejuang. Mereka akan minum Dajlah dan mereka akan mengambil air dari al-Furat.
Ketika al-Tirmah melihat apa yang ditulis penulis tersebut, dia terus berjumpa
dengan Mu‘awiyah dan berkata: Jika penulis menulis bukan dari perintah anda,
maka dia telah melemahkan anda di dalam kekuasaan anda dan jika penulis
menulisnya dengan perintah anda, maka aku menjadi malu kepada anda kerana
pembohongannya. Dari yang mana satu anda memohon keuzuran atau dari mana satu
yang anda mengambil teladan?
Adapun Ali a.s mempunyai ayam
jantan bernama Asytar dari keturunan yang baik. Dia akan memungut khardal (biji sawi) untuk tentera Ali
a.s. dan tentera-tenteranya. Dia akan mengumpulkannya di dalam dompet
kulitnya. Mu‘awiyah bertanya: Siapakah
itu wahai Badwi? Al-Tirmah menjawab: Beliau
adalah Malik bin al-Harith al-Asytar. Kemudian al-Tirmah mengambil surat dan
hadiah, lalu pulang kepada Ali bin Abu
Talib a.s. Setelah itu Mu‘awiyah berhadapan dengan para sahabatnya dan berkata:
Kami berpendapat jika aku kemukakan kamu semua sebagaimana dikemukakan oleh
sahabatnya, nescaya kamu tidak akan melaksanakannya untuk aku sekalipun satu
per sepuluh[185].
Bacaan Abu Abdullah A.S Selepas Membaca al-Qur’an
Diriwayatkan daripada Abu Abdullah a.s sesungguhnya apabila beliau a.s. membaca al-Qur’an, beliau a.s.
berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
telah membaca apa yang Engkau telah
laksanakan untuk aku daripada kitab Engkau yang Engkau telah
menurunkannya ke atas Nabi Engkau
yang benar, maka bagi Engkau segala kepujian wahai Tuhan kami. Wahai Tuhanku, jadilah aku daripada mereka yang telah menghalalkan halalnya,
mengharamkan haramnya dan mempercayai muhkamnya dan mutasyabihnya.
Jadikan al-Qur’an untuk aku
sebagai teman di dalam kubur aku, teman di dalam kebangkitan aku. Jadilah aku
daripada mereka yang meningkat darjatnya
bagi setiap ayat yang aku membacanya
setinggi-tinggi makam ‘illiyyin amin ya Rabb al- ‘Alamin.
Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya. Bismillah wahai Tuhanku, sesungguhnya aku naik saksi sesungguhnya ini
adalah kitab Engkau yang diturunkan dari sisi Engkau ke atas Rasul Engkau Muhammad yang mengandungi di dalamnya hukumnya dan syariat
agama Engkau yang Engkau telah menurunkannya ke atas Nabi Engkau. Engkau
menjadikannya sebagai perjanjian daripada Engkau kepada makhluk Engkau, sebagai
tali penghubung di antara Engkau dan hamba-hamba Engkau; wahai Tuhanku, aku
telah menyebarkan janji (‘ahda-ka)
Engkau dan kitab Engkau: Wahai Tuhanku! Jadilah penglihatan aku kepadanya sebagai ibadat, bacaan aku padanya sebagai
bahan pemikiran dan pemikiran aku sebagai teladan (Allahumma fa-j‘al nazari fi-hi
‘ibadatan wa qiraati fi-hi fikran wa fikri i‘tibaran).
Dan jadilah aku daripada
mereka yang mengambil nasihat daripada penerangan nasihat Engkau tentangnya dan
menjauhi kemaksiatan Engkau. Janganlah Engkau “melekatkan” ketika bacaan aku
akan kitab Engkau ke atas hati aku dan
pendengaran aku dan janganlah Engkau menjadikan penutup ke atas
penglihatan aku. Janganlah Engkau menjadikan bacaan aku bacaan yang tidak dapat
direnungkannya, malah jadilah aku seorang yang berfikir akan ayat-ayat-nya dan
hukum-hukumnya, melaksanakan syariat agama Engkau. Janganlah Engkau jadikan
pandangan aku mengenainya di dalam kelalaian dan bacaan aku daripadanya sia-sia. Sesungguhnya Engkau Maha
Penyayang dan Maha Pengasih[186].
Sembilan Orang Allah Tidak Menerima Solat Mereka
Sembilan orang Allah tidak menerima solat mereka: Pemimpin yang zalim (al-Imam al-Ja’ir). Imam yang mengerjakan
solat dengan kaumnya, tetapi mereka membencinya. Orang yang tidak mengeluarkan
zakat (mani‘ al-zakat). Orang yang
meninggalkan wuduk (tarik al wadhu’).
Orang yang menahan kencing dan berak (al-zabin).
Perempuan yang bermalam dan suaminya memarahinya (wa zauju-ha ‘alai-ha sakhitun) dan perempuan yang merdeka (al-Hurrat) mengerjakan solat tanpa qana‘ah.
Diriwayatkan daripada al-‘Alim
a.s (Khidir a.s) sesungguhnya beliau
a.s. berkata: Orang yang merahsiakan
kebaikan yang dilakukannya
baginya pahala tujuh puluh kali ganda
dan orang yang menceritakannya mendapat satu pahala. Orang yang merahsiakan
kejahatan yang dilakukannya akan diampunkan dosanya dan orang yang
menceritakannya akan dihina. Orang yang mengakui dengan dosanya adalah seperti
orang tiada dosa baginya. Apabila seorang lelaki pada pertengahan malam di
dalam solatnya mengakui kepada Allah tentang dosa-dosanya dan memohon taubat
dan di dalam hatinya dia tidak akan mengulanginya lagi, maka Allah akan
mengampuni untuknya.
Beliau berkata: Seorang lelaki
telah mengemukakan surat (yang mengandungi fitnah) kepada Amir al-Mukminin Ali
bin Abu Talib a.s. kemudian Amir al-Mukminin melihat kepadanya dan berkata:
Jika anda benar, kami lepaskan anda. Jika anda pembohong, kami akan mengenakan
tindakkan ke atas anda. Jika anda sukakan pembatalannya, maka kami akan
membatalkannya. lelaki itu berkata: Anda batalkannya untuk aku.
Dan firman-Nya di dalam Surah
Ali Imran (3): 200 “Wahai orang-orang
yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran mu dan tetaplah ikatan mu
dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”
Iaitu bersabarlah di atas
musibat yang menimpa kamu dan bersabarlah di atas agama kamu, dan tetaplah
ikatan untuk imam kamu.
Kejadian Manusia
Al-‘Alim a.s berkata: Allah
mencipta dua alam yang saling berhubungan di antara satu sama lain; alam tinggi
(‘alawiyyun) dan alam bawahan (safaliyyun) Kemudian Dia menyusun dua
alam kesemuanya pada manusia, dan menciptakannya seperti benda bulat yang
berpusing. Allah menciptakan kepala manusia seperti kubah planet, rambutnya
seperti bintang-bintang, dua matanya seperti matahari dan bulan, dua lubang
hidungnya seperti utara dan selatan, dua
telinganya seperti timur dan barat. Allah s.w.t. menjadikan kelipan matanya
seperti kilat, percakapannya seperti guruh, perjalanannya seperti perjalanan
planet, duduknya sepertilah rehatnya, tidurnya sepertilah penurunannya, matinya
sepertilah kebakarannya.
Alah s.w.t. telah menciptakan
pada belakangnya dua puluh empat rangkaian tulang belakang seperti bilangan jam malam dan siang. Dia
telah menciptakan untuk manusia tiga puluh tali perut seperti bilangan bulan
tiga puluh hari. Allah s.w.t. mencipta bagi manusia dua belas anggota iaitu kadar masa janin tinggal
di dalam perut ibunya. Allah s.w.t. melumatkannya daripada empat air. Dia menciptakan kemasinan pada dua matanya,
justeru itu kedua-duanya tidak menjadi cair pada masa panas dan tidak pula beku
pada masa sejuk. Allah s.w.t. menciptakan kepahitan pada dua telinganya supaya
ia tidak didekati binatang-binatang yang merayap. Allah s.w.t. menciptakan air mani di belakang manusia supaya ia tidak
dilanda kerosakan.
Allah s.w.t. menciptakan kemanisan di lidahnya, lantaran itu Adam
telah naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dia telah menciptakannya
dengan nafsu, jasad dan roh. Maka rohnya tidak akan terpisah dengan Adam
melainkan dengan terpisahnya dari dunia. Dengan nafsunya dia melihat
angan-angan dan makam-makam. Sementara jasadnya akan reput dan kembali kepada
tanah[187].
Mukmin Adalah Hasyimi, Qurasyi,
Nabati…
Diriwayatkan daripada al-Sadiq
a.s bahawa beliau a.s. berkata: Mukmin adalah seorang hasyimi kerana dia memusnahkan kesesatan (hasyama al-dhalal), kekafiran dan kemunafikan. Mukmin adalah
seorang qurasyi kerana dia mengakui
dirinya untuk sesuatu (aqarra li-al-sya’) dan kamilah sesuatu itu. Dia
juga mengingkari bukan sesuatu(alla sya’) yang munafik serta
pengikut-pengikutnya. Mukmin adalah nabati
kerana dia membuat kesimpulan (istanbata) di dalam sesuatu perkara, lalu dia dapat mengetahui perkara yang
buruk daripada perkara yang baik.
Mukmin adalah seorang ‘Arabi, kerana dia menjelaskan (a‘raba ‘anna)tentang kami Ahlu l-Bait. Mukmin adalah seorang a‘jami kerana dia menentang kemunafikan
dan tidak menyebutnya sebagai baik. Mukmin adalah seorang farisi kerana dia menjadi wira di dalam keimanan (yafrusu fi al-Iman). Sekiranya iman
berada di bintang Surayya, nescaya akan dicapai oleh anak-anak farisi iaitu dari sudut keperwiraannya,
lalu dia memilih dan berpegang apa yang terbaik daripadanya. Rasulullah s.a.w
bersabda: Berhati-hatilah dengan firasat mukmin kerana dia melihat dengan
cahaya Allah[188].
____________________________________________ BAHAGIAN
KELIMA
Surat
Ibn Di’bin tentang tujuh puluh kelebihan Amir al-Mukminin a.s, deringan
telinga, alamat bencana di dalam setahun, ujian Amir al-Mukminin a.s, kisah
keislaman Jin dan lain-lain.
Surat Ibn Di’bin Tentang Tujuh Puluh Kelebihan Amir al-Mukminin A.S
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Abdullah-Rahimahu
l-Lah- telah memberitahu kami, berkata: Ahmad bin Ali bin al-Hasan bin
Syazan telah memberitahu kami, berkata:
Abu al-Husain Muhammad bin Ali bin al-Fadhl bin ‘Amir al-Kufi telah
meriwayatkan kepada kami, berkata: Abu Abdullah al-Husain bin al-Farazdaq
al-Fazari al-Bazzaz telah memberitahu kami, berkata: Abu Isa Muhammad bin Ali bin ‘Umaraih al-Tahan iaitu
al-Qarraq telah memberitahu kami, berkata: Abu Muhammad al-Hasan bin Musa
telah memberitahu kami, berkata: Ali bin Asbat telah memberitahu kami
daripada beberapa orang sahabat daripada Ibn Di’bin[189] berkata: Aku telah berjumpa dengan orang ramai
sedang bercakap-cakap tentang sifat-sifat keistimewaan Arab.
Mereka berkata: Jika Allah
mengutus kepada kita seorang nabi, nescaya sebahagian para sahabatnya mempunyai
tujuh puluh sifat terpuji, dunia dan akhirat. Maka mereka memikir dan
mencari-cari adakah akan terkumpul sepuluh sifat yang terpuji pada seorang lelaki, apatah lagi tujuh puluh
sifat. Mereka tidak dapat mencari sifat-sifat yang terkumpul untuk
dunia dan akhirat. Mereka hanya dapat
mencari sepuluh sifat yang terkumpul untuk dunia sahaja dan bukan untuk akhirat.
Mereka telah mendapati Zuhair bin Hubab al-Kalbi, mereka mendapatinya sebagai
penyair, doktor di dalam perubatan, pahlawan, ahli nujum, seorang yang
dihormati (syarif), perkasa, tukang
tilik, orang yang arif tentang nasab, tukang tenung nasib dengan menggunakan
burung dan penghalang (zajir). Mereka telah menyebut bahawa
Zuhair telah hidup selama tiga ratus tahun.
Ibn Di’bin berkata: Kemudian
mereka telah memikir dan mencari-cari di kalangan orang Arab yang mengetahui ilmu pemikiran (ahli al-Nazar), maka sifat-sifat tersebut
tidak juga terkumpul pada seorang untuk agama dan dunia melainkan pada Ali bin
Abu Talib a.s sama ada mereka suka ataupun tidak. Lantaran itu, mereka dengki
kepada Ali a.s. sehingga merosakkan hati dan amalan mereka. Ali a.s. adalah
orang yang lebih berhak dan lebih aula
daripada mereka, kerana Allah a.w. memusnahkan rumah-rumah musyrikin dengan
tangan Ali a.s. menolong Rasul s.a.w. Agama telah menjadi kuat dengan
pembunuhan ke atas musyrikin oleh Ali a.s. di dalam peperangan bersama Nabi
s.a.w.
Ibn Di’bin berkata: Kami
bertanya kepada mereka: Apakah sifat-sifat
tersebut (al-Khisal )? Mereka
menjawab: keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya (al-Mu’asat li-al-Rasul), mengorbankan diri
kerananya, menjaga kehormatannya (al-Hafizah), menolak kesusahan
daripadanya, membenarkan Rasul s.a.w dengan janji, zuhud dan
meninggalkan angan-angan, pemalu, murah hati, kefasihan bercakap, kepimpinan,
lemah lembut, keilmuan, keputusan yang tepat, keberanian, meninggalkan
kegembiraan ketika menang, tidak melahirkan kesukaan, meninggalkan penipuan dan
kelicikan. Tidak mengudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah) sedangkan dia mampu melakukannya. Kecintaan yang ikhlas
kepada Allah s.w.t, memberi makan kepada orang miskin kerana mencintai-Nya.
Memandang rendah kemenangan yang dicapai di dunia, tidak melebihkan dirinya dan
anak-anaknya di atas seorang pun
rakyatnya.
Makanannya adalah yang paling
rendah yang dimakan oleh rakyatnya, pakaiannya adalah yang paling murah yang
dipakai oleh seorang Islam, pembahagiannya
adalah saksama, keadilannya pada semua rakyat, maju di dalam
peperangannya, orang ramai pernah menghinanya, tetapi dia menganggap hinaan itu
sebagai ujian bagi mentaati Allah, mempunyai kekuatan menghafaz. orang Arab
menamakannya sebagai akal sehingga
dinamakan dengan telinga yang jaga (uzunun
wa‘iyah), bersifat pemaaf,
menyebarkan hikmat, mengeluarkan
kalimat, menyampaikan nasihat, keperluan orang ramai apabila dia berada di hadapan mereka.
Percakapannya diambil,
menjelaskan kesamaran kepada orang ramai, mempertahankan mereka yang dizalimi,
menolong mereka di dalam kecemasan, mempunyai maruah, menjaga kehormatan perut
dan kemaluan, menjaga hartanya dengan baik supaya dia tidak mengguna harta
orang lain, tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah), tidak mengadu
kesakitan kerana luka-luka yang dialaminya, menyembunyikan kelukaannya dari
kepala hingga ke kakinya hampir seribu luka pada jalan Allah, menyuruh
melakukan kebaikan.
Melarang melakukan keburukan,
melaksanakan hukuman sekalipun ke atas dirinya sendiri, tidak menyembunyikan
keredaan Allah ke atas anak-anaknya, memberi pengakuan kepada orang ramai
tentang kelebihannya yang diturunkan di dalam al-Qur’an dan manaqibnya yang diceritakan oleh orang
ramai mengenainya daripada Rasulullah s.a.w. Dia tidak pernah membantah
Rasulullah s.a.w walaupun satu perkataan, tidak pernah meninggalkan sebarang
fardu, penyaksian orang ramai bahawa dia melaksanakan tugasnya untuk mereka dan
menahan dirinya daripada dunia mereka.
Dia tidak menerima rasuah di dalam penghukuman, mempunyai hati yang cerdik,
cekal menghadapi tentangan Khawarij ke atasnya. Dia tinggal seorang diri di
atas mimbar masjid sedangkan orang ramai
melarikan diri.
Orang ramai bercakap-cakap
bahawa burung telah menangis kerana Ali a.s. Riwayat Ibn Syihab al-Zuhri
mengatakan bahawa batu Bait al-Maqdis bertukar tempat ketika pembunuhan Ali
a.s. dan mendapati darah di bawahnya. Perkara ini adalah besar
sehingga paderi-paderi bercakap-cakap
mengenainya, penyeruannya kepada orang ramai supaya bertanya kepadanya tentang fitnah yang
menyesatkan seratus orang dan
memberi hidayat kepada seratus orang.
Riwayat orang ramai tentang keajaibannya menceritakan tentang Khawarij dan pembunuhan mereka, tidak melahirkan kemampuannya yang luar biasa,
malah melahirkan tangisan, menunjukkan
kelemahan diri kepada Allah s.w.t sehingga Rasulullah s.a.w bersabda:
Apakah tangisan ini wahai Ali? Beliau a.s. menjawab: Aku menangis kerana
keredaan Rasulullah terhadap aku.
Maka Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan Rasul-Nya telah meredai
anda. Beliau a.s. tidak merasai
kesejukan pada hari sejuk, tidak merasai kepanasan pada hari panas,
tidak merasai panas dan sejuk, menghunus
pedang pada jalan Allah, memberi penerangan kepada orang ramai tentang hukum Allah ke
atas makhluk-Nya, mempunyai bonggol seperti lembu jantan yang jauh dari dua
bahunya, mempunyai dua lengannya
yang kuat. Tidak seorang pun dapat
menghadapi Ali a.s. melainkan beliau a.s. menahannya atau membunuhnya.
Ibn Di’bin berkata: Kami
berkata: Apakah pengertian al-Mu’asat li-al-Rasul
(keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya)? Mereka berkata: Rasulullah
s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Quraisy telah bersepakat untuk membunuh
aku, maka anda tidurlah di atas hamparan aku, Ali a.s berkata: dengan nama bapa
aku, anda dan ibu aku, aku mendengar dan mentaati Allah dan Rasul-Nya. Lalu
beliau a.s tidur di atas hamparan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w.
meninggalkan tempatnya dengan perlahan-lahan. Ali a.s tidur di atas hamparannya
dan Quraisy mengawalnya.
Kemudian mereka menangkapnya
dan berkata: Andalah yang telah menipu kami sejak awal malam; mereka memotong
sebatang kayu, lalu memukulnya hampir membinasakannya. Kemudian beliau
a.s. melepaskan dirinya daripada tangan
mereka dan Rasulullah s.a.w mengutus
kepadanya ketika berada di dalam gua supaya beliau a.s. menghantarkan kepadanya
tiga ekor unta: “Seekor untuk aku, seekor untuk Abu Bakr dan seekor untuk
pemandu jalan. Anda bawalah anak-anak
perempuan aku sehingga anda datang kepada aku”.
Maka Ali a.s telah melaksanakan apa yang diperintahkannya.
Ibn Di‘bin berkata: Apakah maksud menjaga
kehormatan(al-Hafizah)? Mereka berkata: Beliau a.s berjalan kaki dan membawa
anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w di atas belakangnya. Ali a.s. menyembunyikan dirinya pada siang hari dan
berjalan kaki dengan mereka sehingga sampai ke tempat Rasulullah s.a.w. Dua
kakinya berdarah beberapa ketika, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda mengetahui
apakah yang telah diturunkan kepada anda?
Maka baginda s.a.w memberitahu kepada Ali a.s. tentang apa yang tidak
boleh ditukar ganti sekiranya beliau a.s. kekal di dunia, tetapi dunia tidaklah
kekal.
Baginda s.a.w. bersabda: Telah
turun kepada anda Surah Ali Imran (3):195 “Maka
Tuhan mereka memperkenankan permohonannya: Sesungguhnya aku tidak akan menghilangkan
amal di antara kamu, baik lelaki (min zakarin) atau perempuan (untha) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian
lain. Maka orang-orang yang berhijrah dari kampung halamannya dan diseksa pada
jalanKu yang berperang dan dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan
kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah
aku akan memasukkan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sebagai pahala di sisi Allah.
Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik”
Zakarin
(lelaki) di dalam ayat
tersebut adalah anda sendiri dan untha (perempuan) adalah anak-anak perempuan Rasulullah
s.a.w. Ibn Di‘bin berkata:
Apakah maksud menolak kesusahan daripadanya (daf‘ al-Dhaim)? Mereka berkata: Apabila Rasulullah s.a.w dikepong
di lorong bukit, maka Abu Talib membelanjakan hartanya dan menghalangnya
daripada beberapa kabilah Quraisy. Abu Talib berkata sedemikian kepada Ali yang
berada bersama-sama Rasulullah s.a.w di dalam urusannya, khidmatnya,
membantunya dan menjaganya.
Ibn Di‘bin berkata: Apakah maksud
“membenarkannya dengan janjinya” (al-Tasdiq
bi l-Wa‘di) Mereka berkata: Rasulullah s.a.w. sendiri berkata kepada Ali
a.s sedemikian. Baginda s.a.w. memberitahu kepada Ali a.s. tentang pahala yang
banyak bagi mereka yang berjihad dengan
baik dengan harta, diri dan niat yang baik. Maka beliau a.s. tidak cepat
untuk mendapatkan sesuatu daripada pahala dunia sebagai ganti kepada
pahala di akhirat. Beliau a.s. tidak melebihkan dirinya ke atas seseorang di
sisinya. Beliau a.s. meninggalkan pahalanya di dunia bagi mengambil sepenuhnya
di akhirat. Beliau a.s. berjanji kepada Allah bahawa beliau tidak akan
mendapati dunia melainkan kadar yang paling minimum. Beliau a.s. tidak
melebihkan dirinya di atas kepenatan badannya dan keringatnya melainkan beliau
a.s. kemukakannya untuk Allah. Maka Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah
(2) : 110 “Dan kebaikan apa saja yang
kamu lakukan, kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah “
Ibn Di‘bin berkata: Ada orang
telah bertanya kepada mereka: Apakah maksud zuhud di dunia (al-Zuhdu fi al-Dunia)? Mereka berkata:
Beliau a.s memakai kain daripada kapas dan memotong lengan baju yang melebihi
anak jarinya. Beliau a.s. memendekkan lengan baju yang panjang dan menyempitkan
behagian bawahnya. Panjang lengan baju ialah tiga jengkal. Panjang bahagian
bawah pula ialah dua belas dua belas jengkal. Panjang bahagian badan ialah enam
jengkal. Ibn Bi‘din berkata: Kami bertnya: Apakah maksud “meninggalkan
angan-angan” (tark al-Amal )?
Mereka menjawab: Ada orang
bertanya kepada Ali a.s.: (Tangan baju)
ini engkau telah memetong lebih singkat daripada jarimu. Kenapakah engkau tidak
melipat lengan bajumu?. Beliau a.s. berkata: Perkara ini (potong) lebih cepat
daripada itu (melipatnya). Bani Hasyim berkumpul dan meminta kepadanya. Mereka
mendesak supaya beliau a.s. memberi pakaiannya kepada mereka. Beliau a.s.
memakai pakaian orang ramai. Maka berpindahlah miliknya dengan sebab tuntutan
itu. Meka beliau a.s. pun memberikan reaksi sedih dan hiba kepada mereka.
Beliau a.s. berkata: Dengan nama bapa aku dan ibu aku, sesiapapun tidak akan kenyang dengan roti gandum
sehingga dia berjumpa dengan Allah. Beliau a.s. berkata: Ini adalah pakaian
sederhana yang memuaskan orang miskin dan orang mukmin pula boleh menutup
dengannya.
Ibn Di‘bin berkata: Apakah
yang di maksudkan dengan pemalu (al-Haya’)?
Mereka berkata: Beliau a.s. tidak pernah menyerang sesiapapun yang mahu
membunuhnya dalam keadaan mendedahkan auratnya melainkan beliau a.s
meninggalkan penyerang itu kerana malu.
Ibn Di‘bin berkata: Apakah
maksud al-Karam (kemuliaan) ? Mereka
berkata: Sa‘d bin Abu Waqqas berkata kepada Ali a.s ketika dia bermalam bersamanya di al-‘Azzab
pada permulaan hijrah: Apakah yang telah menghalang anda untuk meminang anak
perempuan Rasulullah s.a.w? Beliau a.s berkata: Aku berani untuk meminang anak
perempuan Rasulullah s.a.w? Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w mempunyai hamba
perempuan pun aku tidak berani. Sa‘d
menceritakan kata-kata Ali kepada Rasulullah s.a.w. Maka Baginda s.a.w
berkata kepadanya: Katakan kepada Ali a.s. bahawa beliau a.s. akan
melakukannya. Sesungguhnya aku akan melakukannya. Apabila Sa‘d memberitahunya,
beliau a.s. menangis. Kemudian beliau berkata: Aku bergembira kerana Allah
telah mengumpulkan menantunya bersama
kerabatnya.
Justeru itu, al-karam
adalah orang yang merendahkan dirinya dan meninggalkan kemuliaan ke atas orang
lain. Kemuliaan Abu Talib telah diketahui umum, Ali a.s adalah sepupu Rasulullah s.a.w di sebelah
bapanya dan sebelah ibunya. Bapanya
adalah Abu Talib bin Abd al-Muttalib bin Hasyim dan ibunya adalah
Fatimah binti Asad bin Hasyim yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w pada liang
kuburnya. Baginda s.a.w telah mengapankan Fatimah binti Asad dengan bajunya dan
membalut dengan kainnya. Baginda s.a.w. memohon kepada Tuhan supaya tidak
luntur kapannya dan tidak mendedahkan auratnya. Malaikat kubur tidak
menyiksanya. Baginda s.a.w. memujinya ketika kematiannya, menyebut kebaikannya
dan pendidikannya untuknya iaitu di sisi bapa saudaranya Abu Talib dan bersabda:
Seorang pun tidak boleh memberi manfaat kepada aku selain daripadanya.
Kemudian tentang kefasihan
bercakap (al-Balaghah). Orang ramai
datang kepada Ali a.s. ketika beliau a.s. turun daripada mimbar dan berkata:
Kami tidak pernah mendengar seorang pun wahai Amir al-Mukminin, yang lebih
fasih daripada anda. Maka beliau a.s. tersenyum dan berkata: Apa yang
menghalang aku? Aku adalah kelahiran Makkah, dan beliau tidak menambahkan
mereka selain dua perkataan tersebut.
Kemudian tentang khutbahnya,
tidak terdapat daripada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian yang
pernah mendengar khutbah dan percakapannya seumpamanya. Sebahagian ahli dewan
menyangka bahawa jika tidak ada
percakapan Ali bin Abu Talib a.s dan khutbahnya, serta balaghahnya, nescaya
seorang pun tidak dapat menulis surat kepada panglima tentera atau kepada rakyat dengan baik.
Kemudian tentang kepimpinan (al-Ri’asah ), maka semua mereka yang
telah memerangi dan menentangnya adalah
di atas kejahilan dan kesesatan. Mereka berkata: Kami menuntut darah Uthman.
Tidak ada pada diri mereka keupayaan
untuk menuntut kepimpinannya menentangnya. Beliau a.s berkata: Aku menyeru kamu
kepada Allah, kepada Rasul-Nya supaya melaksanakan ikrar kamu dengan Allah dan
Rasul-Nya yang mewajibkan ketaatan dan menyahuti Rasulullah s.a.w kepada ikrar dengan kitab dan Sunnah.
Kemudian tentang lemah lembut
(al-Hilmu). Safiyyah binti Abdullah
bin Khalaf al-Khaza‘i pernah berkata kepada Ali a.s.: Semoga Allah menjadikan
perempuan-perempuan anda yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan
perempuan-perempuan kami yatim. Semoga Allah menjadikan anak-anak lelaki anda
yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan anak-anak lelaki kami yatim
daripada bapa-bapa mereka. Maka orang ramai datang kepadanya dengan cepat. Ali a.s berkata: Tahankan diri kamu daripada
perempuan itu, lalu mereka menahan diri mereka daripadanya. Lantas perempuan
itu berkata kepada keluarganya: Celakalah kamu yang telah berkata sedemikian;
mereka telah mendengar percakapan Ali a.s dengan kagum kerana lemah lembutnya (hilmu-hu) terhadapnya.
Kemudian tentang ilmu (al-‘Ilm). Berapa banyak perkataan yang
telah dikatakan ‘Umar kepadanya: Jika tidak ada Ali, nescaya binasalah ‘Umar (Laula ‘Ali la-halaka ‘Umar).
Kemudian tentang mesyuarat (al-Musywarah) pada setiap perkara yang
telah berlaku di antara mereka sehingga beliau a.s. menunjukkan jalan keluar kepada mereka.
Kemudian tentang penghakiman (al-Qadha’). Beliau a.s. tidak pernah berkata
kepada seorang pun yang datang kepadanya: Datanglah besok atau menolaknya.
Sesungguhnya beliau a.s. akan menyelesaikan
penghakiman pada tempat itu juga. Kemudian apabila lelaki itu datang
kembali, maka beliaulah yang memulakannya.
Kemudian tentang keberanian (al-Syaja‘ah). Tidak terdapat orang-orang
terdahulu atau orang-orang yang terkemudian yang mempunyai keberanian seperti
Ali a.s. Beliau a.s. tidak pernah berpaling belakang kepada musuhnya, membunuh
sesiapa yang bertarung (yabruzu ilai-hi)
dengannya, tidak pernah menjadi pengecut kepada sesiapa yang mencabarnya (da‘a-hu ila mubarazati-hi). Beliau a.s.
tidak memukul atau menikam seseorang secara panjang, malah beliau a.s.
mengeratnya (qudda-hu). Beliau a.s.
tidak memukul atau menikam seseorang secara melintang melainkan beliau a.s.
memotongnya kepada dua bahagian (qata‘a-hu
bi-nisfaini). Mereka telah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah
membawanya di atas kuda. Maka beliau a.s. berkata: Demi bapa aku, anda dan ibu
aku, apakah perlu aku kepada kuda, aku tidak mengikut sesiapapun. Aku tidak
lari daripada seseorang pun (wa-la afirru). Apabila aku menghunus
pedang, aku tidak akan meletakkannya
melainkan (wa idha artadai-tu saifi lam
adha‘-hu illa li l-Ladhi artadi la-hu)kepada orang yang aku hunus untuknya.
Kemudian beliau a.s.
meninggalkan kegembiraan (tark al-Farah)
dan meninggalkan kesukaannya (tark
al-Marah) ketika sampai berita gembira kepada Rasulullah s.a.w tentang
pembunuhan mereka yang terbunuh di Uhud daripada tentera musuh tetapi beliau
a.s tidak bergembira dan bermegah dengannya. Sebaliknya Abu Dujanah bermegah dan berjalan di antara dua saf
dalam keadaan bermegah diri. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya:
Sesungguhnya perjalanan anda sedemikian dimurkai Allah melainkan pada tempat
ini.
Kemudian apabila beliau a.s.
melakukan di Khaibar apa yang telah dilakukan sebelumnya. Maka larilah mereka
yang pernah lari dalam peperangan sebelumnya. Rasulullah s.a w bersabda: Aku
akan memberi bendera kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya (la a‘tiyanna
al-Rayata rajulan yuhibbu l-Laha wa rasula-hu). Sementara Allah dan Rasul-Nya mencintainya pula dan bukan lari (wa yuhibbu-hu l-Lahu wa rassulu-hu laisa
bi-farrar) di dalam peperangan.
Sabdanya bahawa ‘beliau tidak
lari” adalah sebagai satu sindiran kepada mereka yang telah lari di dalam
peperangan sebelumnya. Beliau a.s. membukanya dan membunuh musuhnya, membawa
pintu kota Khaibar seorang diri. Ianya tidak mampu dibawa oleh empat puluh
orang lelaki. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka baginda s.a.w.
bangun di dalam keadaan gembira. Apabila sampai berita kepada Ali a.s bahawa
Rasulullah s.a.w datang kepadanya, beliau a.s pergi kepadanya. Rasulullah s.a.w
berkata kepadanya: Telah sampai kepada aku ujian anda, maka aku meredai anda.
Lantas Ali a.s menangis pada masa itu
juga.
Rasulullah s.a.w bersabda
kepadanya: Tahankan diri anda, apakah yang membuatkan anda menangis? Beliau
a.s. berkata: Kenapa aku tidak menangis sedangkan Rasulullah s.a.w meredai aku?
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan Rasul-Nya
meredai anda. Baginda s.a.w. bersabda lagi: Jika aku tidak takut sebahagian
umat aku akan berkata sebagaimana telah berkata orang-orang Kristian tentang
Isa bin Maryam, nescaya aku akan berkata kepada anda pada hari ini mengenai
perkataan yang orang-orang Islam sama ada sedikit ataupun ramai, akan mengambil
tanah di bawah dua tapak kaki anda kerana mendapatkan berkat.
Kemudian beliau a.s. meninggalkan penipuan, tipu helah
dan kelicikan. Orang ramai berkumpul, lalu mereka berkata kepadanya: Tuliskan,
wahai Amir al-Mukminin, kepada orang yang menyalahi anda tentang wilayahnya,
kemudian pecatlah dia. Lantas beliau a.s. berkata: Penipuan, tipu helah dan
kelicikan adalah di neraka.
Kemudian beliau a.s.
meninggalkan perbuatan mengkudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah). Beliau
a.s. berkata kepada anak lelakinya al-Hasan a.s: Wahai anak lelakiku, bunuhlah
pembunuh aku, dan jauhilah dari mengkudungkan anggota badannya kerana
Rasulullah s.a.w membencinya sekalipun
terhadap anjing yang ganas.
Kemudian cinta mendekatkan
diri kepada Allah dengan bersedekah. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Apakah anda telah
lakukan pada malam anda? Beliau a.s. berkata: Kenapa wahai Rasulullah s.a.w?
Baginda s.a.w. bersabda: Telah diturunkan kepada anda empat ayat. Beliau a.s
berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, bahawa bersama aku empat
dirham, aku telah bersedekah satu dirham pada waktu malam, satu dirham pada
siang hari, satu dirham secara rahsia dan satu dirham secara terang-terangan.
Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya
Allah telah menurunkan kepada anda Surah al-Baqarah (2):274 “Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada
waktu malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka
mendapat pahala di sisi Tuhan mereka.Tidak ada ketakutan kepada mereka dan
mereka tidak (pula) bersedih”
Kemudian baginda s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda telah melakukan
sesuatu selain daripada ini? Sesungguhnya Allah telah menurunkan ke atas anda
tujuh belas ayat; Surah al-Insan (76) :5-22 “ Sesungguhnya orang-orang yang membuat kebaikan minum dari gelas yang
campurannya adalah air kafur” sehingga firman-Nya “ Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu,dan usahamu adalah disyukuri
” Dan firman-Nya “Dan mereka memberi
makanan yang disukainya kepada orang miskin anak yatim dan orang yang ditawan”
Al-‘Alim berkata: Walaupun Ali tidak menyebut “kerana Allah” di dalam ayat
di atas, tetapi di dalam ayat berikutnya perkataan “ kerana Allah” di sebut. “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu
hanyalah untuk mengharap Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu
dan tidak (pula) terima kasih” kerana Allah telah mengetahui di hati Ali a.s bahawa beliau a.s telah memberi makanan
kerana Allah. Lantaran itu, Dia telah memberitahunya apa yang Dia mengetahui
daripada hatinya tanpa memperkatakannya.
Kemudian tentang hinanya
habuan dunia yang didapatinya. Beliau a.s. mengumpul harta kemudian memasukinya
dan berkata:
Inilah jenayah ku dan
pilihannya padanya
Kerana setiap buah,tangannya ke mulut jua
Beliau berkata: Aku adalah ketua mukminin, harta adalah ketua orang-orang
yang zalim. Beliau a.s. tidak menunjukkan kelebihan dirinya (taraka al-Tafdhil), dan anak-anaknya ke
atas seorang pun ahli Islam. Adik perempuannya bernama Ummu Hani’ bin Abu Talib
datang kepadanya, lalu beliau a.s memberi kepadanya dua puluh dirham. Ummu
Hani’ bertanya hamba perempuannya yang
bukan Arab berkata: Berapakah Amir al-Mukminin a.s memberi kepada anda? Dia
berakta: Dua puluh dirham. Maka Ummi Hani’ kembali ke rumah di dalam keadaan
marah. Beliau a.s berkata kepadanya: Pulanglah anda, semoga dirahmati Allah,
kami tidak dapati di dalam kitab Allah kelebihan Ismail ke atas Ishaq.
Diutus kepadanya anak-anak
perempuan Kaisar. Beliau a.s. berkata kepada mereka: Aku akan mengahwini kamu?
Mereka berkata kepadanya: Kami tidak berhajat untuk berkahwin dengan anda,
kerana tiada kufu bagi kami melainkan anak-anak lelaki anda jika anda
mengahwinkan kami dengan mereka, maka kami reda.
Beliau a.s tidak suka
mengutamakan anak-anaknya daripada orang
lain. Diutus kepadanya dari Basrah hadiah dari kapal karam yang tidak diketahui
nilainya, anak perempuannya Umm Kalthum berkata kepadanya: Wahai Amir
al-Mukminin! Bolehkah aku memakainya? Ia akan berada di leher aku? Beliau a.s
berkata: Wahai Abu Rafi‘, Masukkannya ke dalam Baitulmal.
Setelah dilantik (sebagai
khalifah), beliau a.s. berdiri memberi khutbah di Madinah: Wahai kaum muhajirin
dan ansar! Wahai kaum Quraisy! Ketahuilah, demi Tuhan, aku tidak membezakan di
kalangan kamu selama aku ada kaitan di Yathrib. Adakah kamu melihat aku menegah
dengan diriku dan anak-anak aku dan memberi kepada kamu. Aku akan menyamakan di
antara si hitam dan si merah? ‘Aqil bin Abu Talib berdiri dan berkata: Anda
akan menjadikan aku dan si hitam di bandar Sudan itu sama? Beliau a.s berkata
kepadanya: Duduklah anda, semoga dirahmati Allah, adakah orang lain akan
bercakap? Tidak ada kelebihan anda ke atas mereka melainkan orang pertama
memeluk Islam (sabiqah) atau takwa.
Kemudian tentang pakaian (al-Libas) Ziad bin Siddad al-Harithi
sahabat Rasulullah s.a.w. meminta tolong ke atas saudaranya Ubaidillah bin
Siddad dan berkata: Wahai Amir al-Muminin! Saudaraku telah pergi beribadat. Dia
enggan tinggal bersama aku di rumahku. Dia memakai pakaian yang paling murah.
Ubaidillah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah menghiaskan diri aku
dengan hiasan anda dan aku telah memakai
pakaian anda. Amir al-Mukminin a.s berkata: Anda janganlah berbuat
demikian, kerana imam muslimin apabila
mengendalikan urusan mereka, memakai pakaian yang paling murah yang
pernah dipakai oleh orang-orang fakir mereka supaya orang fakir tidak
memberontak dengan kefakirannya, lalu membunuhnya. Justeru itu, aku memberitahu
anda bahawa anda pakailah pakaian kaum anda yang paling baik. Surah al-Dhuha
(93):11“Dan terhadap nikmat Tuhanmu,maka
hendaklah kamu menyebut-nyebutnya” Beramal dengan nikmat adalah lebih aku
sukai dari bercakap mengenainya.
Kemudian tentang pembahagian
sama rata (al-Qasm) dan keadilan
kepada rakyat. Beliau a.s. melantik Ammar bin Yasir dan Abu al-Haitham
al-Taihan menjaga Baitulmal. Beliau a.s. menulis: Arab, Quraisy, Ansar dan bukan Arab, malah setiap orang Islam yang
terdiri daripada kabilah Arab atau bukan Arab adalah sama di dalam pembahagian.
Sahal bin Hanif dan hambanya yang berkulit hitam datang kepada Ali a.s. dan
bertanya: Berapakah anda akan memberi kepada hamba ini? Amir al-Mukminin a.s
berkata kepadanya: Berapakah anda akan mengambilnya untuk anda? Sahal berkata: Tiga dinar, orang ramai telah mengambil tiga
dinar.
Beliau berkata: Mereka telah
memberi kepada hambanya jumlah yang telah diambil olehnya iaitu sebanyak tiga
dinar. Apabila orang ramai mengetahui bahawa tidak ada kelebihan sesama mereka
melainkan dengan takwa kepada Allah, maka Talhah dan al-Zubair mendatangi Ammar bin Yasir dan Abu al-Haitham
bin al-Taihan. Lalu mereka berdua berkata: Wahai Abu Yaqzan, benarkan kami
berjumpa dengan sahabat anda. Beliau berkata: Sahabat aku telah membenarkannya.
Beliau a.s mengambil bakulnya dan peralatannya, lalu pergi bekerja di kebun
kurma di Bi’r al-Malik untuk menanam pokok kurma. Ini sebahagian keadilannya
terhadap rakyat dan pembahagiannya yang sama rata.
Ibn Di’bin berkata: Kami
bertanya: Apakah makanan rakyat yang paling rendah? Beliau berkata: Orang ramai
bercakap-cakap bahawa makanannya adalah roti dan daging. beliau memakan gandum
dan minyak zaitun. Beliau cepat menamatkan makanannya supaya tidak ditambah
pada makanannya. Suatu ketika beliau a.s. mendengar kuali di rumahnya, lantas
beliau a.s. bangun sambil berkata: Pada zimmah
Ali bin Abu Talib kuali yang menggerodak. Orang memberitahunya tentang keadaan
itu lalu keluarganya menjadi takut.
Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin!
Sesungguhnya beliau adalah isteri anda telah
menyembelih unta di kampungnya,
lalu diambil sebahagian daripadanya untuknya. Keluarganya telah
menghadiahkannya kepadanya. Beliau a.s
berkata: Makanlah dengan baik.
Ada orang berkata: Amir
al-Mukminin a.s tidak pernah mengadu kesakitannya melainkan ketika saat
kematiannya. Beliau a.s. takut menerima
hadiah daripada rakyat kerana penerimaan hadiah oleh pemerintah adalah suatu pengkhianatan kepada kaum muslimin.
Ada orang berkata: Apakah
ketahanan (al-Saramah)? Dia menjawab:
Beliau a.s telah pulang daripada peperangannya. Maka beliau a.s. berkhemah di kebun kurma, orang ramai kembali
ke rumah mereka dan meminta kebenarannya. Mereka berkata: Pedang-pedang kami
telah menjadi tumpul dan mata lembing kami telah hilang kesannya, lantaran itu,
izinlah kami pulang. Kami akan kembali lagi dengan semangat baru, tetapi beliau
tetap di kemnya di kebun kurma dan berkata: Sesungguhnya panglima perang
berjaga malam, dahaga air pada siangnya, tidak bersama-sama
perempuan-perempuannya dan anak-anaknya, beliau bukanlah pulang ke rumah dan
kembali kepadanya.
Beliau bukanlah orang yang
bermukim, kemudian tinggal di kemnya, apabila beliau melihat semuanya ini,
beliau memasuki Kufah dan menaiki mimbar, lantas berkata: Kamu adalah singa
yang garang ketika kelaparan dan serigala yang pantas, tetapi kamu bukanlah
menentang musuh dengan kekuatan kamu. Wahai mereka yang mempunyai badan yang
satu, tetapi nafsu yang berbeza, tiada kekuatan dakwah mereka bagi menyeru
kamu, tiada rehat bagi hati mereka yang menentang kamu bersama mana-mana imam
selepas aku. Di negeri manakah selepas ini kamu mengelak dari berperang? Beliau a.s pada peperangannya yang terakhir
amat berdukacita dan marah sehingga orang ramai menghinanya.
Ibn Bi‘din berkata: Apakah itu
penghafazan (al-Hifz)? Dia berkata:
Orang Arab menamakannya al-‘Aql, apa
yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepadanya beliau a.s. menghafaznya.
Beliau a.s. menyedari apa yang diturunkan kepada Nabi-Nya, tidak sesuatu yang
pelik turun dari langit melainkan beliau a.s. bertanya kepada nabi tentang ayat
itu sehingga turun ayat dalam Surah al-Haqah (69):12 “agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar” Beliau a.s.
merupakan telinga yang mendengar. Pada suatu hari beliau a.s datang ke pintu
Rasulullah s.a.w. Para malaikat memberi
salam kepada rasul. Beliau a.s. berdiri sehingga mereka selesai memberi salam kepadanya. Kemudian beliau a.s.
memasuki rumah Rasulullah s.a.w dan berkata
kepadanya: Wahai Rasulullah! Lebih empat ratus malaikat telah memberi salam kepada anda, beliau s.a.w
bersabda: Apakah yang membuatkan anda mengetahuinya? Ali a.s berkata: Aku
telah menghafaz bahasa-bahasa mereka (hafaztu lughaata-hum). Setiap Malaikat telah memberi salam kepada rasul
dengan bahasa yang berbeza daripada yang
lain.
Al-Sayyid Ismail al-Humairi
berkata:
Beliau
terus memasukkan dua tapak tangannya mendengar
Seolah-olah beliau menghitungnya dari ahli kampung kami
Membawa
kepadanya barang berharga
Bahtera
India membawa nakhoda di kalangan kami
Ibn Di’bin berkata: Ahli
kampung kami adalah orang dari negeri Syam. Ahlinya adalah sebaik-baik kaum.
Ibn Di’bin berkata: Aku mendapati orang ramai memandang rendah
mana-mana percakapan yang tidak dapat menyerupai percakapannya. Mereka berkata:
Ali a.s berdiri dan bercakap dari gelincir matahari sehingga jatuh matahari.
Mereka mendengarnya dan berkata: Demi Tuhan, aku tidak datang kepada kamu
secara sukarela, tetapi aku telah mendatangi kamu kerana cintakan kamu….
Kemudian tentang hikmat, dan
pengeluaran kalimat dengan bijaksana. Mereka tidak pernah mendengarnya daripada
orang lain seumpamanya. Beliau a.s berkata kepada seorang lelaki: Kamu
dilarang, tetapi tidak berhenti, menyuruh manusia apa yang tidak memberi
faedah, menuntut lebihan apa yang ada dan menghilangkan apa yang diberikan,
kamu mencintai orang-orang yang soleh, tetapi tidak beramal dengan amalan
mereka, kamu memarahi orang-orang yang jahat, tetapi kamu adalah seorang
daripada mereka, menyegerakan perkara dunia yang binasa, meninggalkan perkara
akhirat yang kekal, membenci kematian kerana dosa-dosanya dan tidak
meninggalkan dosa-dosanya di dalam hidupnya.
Kemudian orang lain berhajat
kepadanya sedangkan beliau a.s. tidak berhajat kepada mereka. Beliau a.s.
sentiasa mempunyai tempat di kalangan manusia seperti kedatangan Yahudi
bertanyakan kepadanya secara degil, kemudian beliau a.s. memberitahu mereka apa
yang ada di Taurat tentang mereka. Ramai
orang Yahudi memeluk Islam kerananya!. Adapun tidak berhajatnya beliau a.s. kepada
orang ramai, kerana beliau a.s. tidak pernah berada di pintu seorang daripada
mereka bertanyakan kepadanya walaupun satu kalimat dan beliau a.s. tidak
mengambil faedah sekalipun satu huruf daripadanya.
Kemudian mempertahankan orang
yang dizalimi dan menolong orang di dalam kesusahan. Orang-orang Kufah
mengatakan bahawa pada suatu hari Sa‘id bin al-Qais al-Hamdani melihatnya dalam
keadaan cuaca panas terik di suatu kawasan. Lalu Sa‘id berkata: Wahai Amir
al-Mukminin, di saat ini anda berada di sini? Beliau a.s berkata: Aku keluar kerana ingin menolong orang yang
dizalimi atau menolong orang di dalam kesusahan. Tiba-tiba seorang perempuan
datang kepadanya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Suami aku telah menzalimi
aku dengan menyerang aku. Dia bersumpah untuk memukul aku. Datanglah kepadanya
bersama-sama aku. Beliau a.s menundukkan kepalanya, kemudian mengangkatnya
sambil berkata: Tidak, demi Tuhan, sehingga diambil daripada orang yang
dizalimi akan haknya tanpa teragak-agak lagi. Di manakah rumah anda?
Perempuan itu berkata: Di
tempat itu dan itu. Beliau a.s. menuju bersama-samanya sehingga sampai di
rumahnya. Perempuan itu berkata: Inilah rumah aku. Beliau a.s memberi salam. Kemudian seorang
pemuda keluar dengan memakai kain yang
berwarna-warni. Beliau a.s berkata: Bertakwalah anda kepada Allah. Sesungguhnya
anda telah menakut-nakutkan isteri anda. Pemuda itu menjawab: Apakah kaitan
anda di dalam perkara ini? Demi Tuhan,
aku akan membakarnya dengan api
kerana kata-kata anda. Beliau a.s
berkata: Aku memerintahkan anda perkara yang baik dan melarang anda perkara
yang mungkar. Sekarang anda menolak
perkara yang baik, maka bertaubatlah anda. Jika tidak, aku akan membunuh anda.
Orang ramai datang untuk bertanya Amir al-Mukminin a.s tentang apa yang
berlaku. Kemudian pemuda itu menyesal di atas perbuatannya dan berkata: Wahai
Amir al-Mukminin, maafkan kami, semoga Allah memaafkan anda.
Demi Tuhan, aku akan
menjadikan bumi tempat anda berpijak sebagai ingatan, lantas beliau menyuruh
isterinya masuk ke dalam rumah. Beliau membaca “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali
bisikan daripada orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat makruf atau
mengadakan perdamaian di antara manusia ” Segala puji bagi Allah yang telah
membaiki aku dan isteri aku, Allah berfirman Surah al-Nisa’ (4):114 “Tidak ada kebaikan pada kebanyaakan
bisik-bisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh memberi
sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia.Dan
barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keridhaan Allah, maka kelak
kami memberi kepadanya pahala yang besar”
Kemudian tentang maruah,
menjaga perut, kemaluan dan pembaikan harta. Adakah kamu melihat seorang yang
memukul bukit dengan tukul. Kemudian keluar darinya longgokan emas seperti tengkuk unta yang disembelih. Setiap kali ia
keluar, beliau a.s. berkata: Beritahu berita gembira kepada pewaris. Kemudian
beliau a.s. menjadikan ketulan itu sebagai sedekah sehingga Allah mewariskan
bumi ini kepada siapa di atasnya bagi memalingkan neraka dari mukanya dan
memalingkan mukanya dari neraka.
Ibn Di’bin berkata: Beliau a.s
telah membawa karung yang mengandungi tiga ratus ribu biji kurma. Ada orang
bertanya beliau mengenainya, beliau telah menanam semua biji tersebut dan
kesemuanya telah tumbuh.
Kemudian beliau tidak
menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah). Beliau a.s. kembali dari peperangan Uhud
dengan lapan puluh luka-luka. Beliau
memasukkan pembalut di satu tempat dan mengeluarkannya dari tempat yang
lain. Maka Rasulullah s.a.w. datang melawatnya. Beliau a.s pada masa itu
sepertilah seketul daging di atas hamparan. Apabila Rasulullah s.a.w
melihatnya, baginda s.a.w terus menangis dan bersabda: Sesungguhnya seorang
lelaki yang ditimpa begini kerana Allah, maka berhak bagi Allah melakukan
sesuatu untuknya dan beliau juga melakukan sesuatu untuk Allah.
Maka Ali a.s berkata
kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, segala puji bagi Allah yang
tidak melihat aku lari daripada anda dan aku tidak melarikan diri aku. Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku
kenapakah aku telah dihalang untuk menjadi syahid? Baginda s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya ia akan berlaku kepada anda Insya’ Allah. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abu Sufyan
menghantar perjanjian di antara kita dan kamu “singa merah”. Beliau a.s
berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, demi Allah, jika aku dibawa
oleh beberapa orang lelaki berhadapan musuh, nescaya aku tidak akan lari daripada
anda.
Kemudian turun ayat di dalam
Surah Ali Imran (3):146 “ Dan berapa
banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar pengikutnya
yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana menimpa mereka di
jalan Allah, tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Allah menyukai
orang-orang yang sabar ” dan turun ayat sebelumnya kepadanya a.s
Surah Ali Imran (3) : 145 “Sesuatu
yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan
yang telah ditentukan waktunya .Barangsiapa yang menghendaki pahala dunia,
nescaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa yang
menghendaki pahala akhirat, maka kami berikan kepadanya pahala akhirat.Dan kami
akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”
Kemudian beliau a.s. tidak
mengadu (al-Syikayah) tentang
kesakitan lukanya. Dua orang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w
mengenai kesakitan lukanya dan berkata:
Wahai Rasulullah s.a.w ! Kami khuatir tentang bahaya lukanya dan kesakitan yang
dialaminya. Kesan lukanya ketika beliau a.s. mati adalah seribu luka dari
kepala sehingga kepada kakinya.
Kemudian tentang menyuruh
melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Beliau a.s berkhutbah:
Wahai manusia! Perintahkan manusia supaya melakukan kebaikan dan melarang
kemungkaran, kerana kedua-duanya tidak akan mendekatkan ajal dan tidak
melewatkan rezeki.
Mereka menyebutkan bahawa beliau a.s mengambil wuduk bersama-sama orang
ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghimpitkannya. Lalu beliau memukulnya dengan
cemeti sambil berkata: Ini bukan caranya
anda melakukan kepada aku. Jika orang
yang lebih lemah daripada aku datang dan anda melakukan kepadanya perkara yang
sama, maka anda bertanggung jawab. Pada suatu hari beliau a.s. berteduh di sebuah kedai daripada hujan. Lalu beliau a.s. diusir
oleh tuan kedai tersebut yang tidak mengenalinya. Kemudian beliau a.s. menjalankan hudud sekalipun ke
atas dirinya dan anak-anaknya. Sementara orang ramai tidak menjalankannya ke
atas orang-orang kenamaan. Adakah seseorang pernah mendengar bahawa seorang
kenamaan telah dijalankan had ke atasnya oleh seseorang selain daripadanya? Di
antaranya adalah ‘Ubaidillah bin ‘Umar bin al-Khattab, Qudamah bin Maz‘un dan
al-Walid bin ‘Uqbah bin Abu Mu‘it telah meminum arak. Orang ramai menahan diri
mereka dari menjalankan had ke atas mereka dan terus pulang ke rumah mereka.
Tetapi beliau a.s memukul mereka dengan tangannya, kerana khuatir hukum hudud
dibekukan.
Beliau a.s. tidak menyembunyikan
apa yang telah berlaku terhadap anak perempuannya Ummi Kalthum. Ketika seorang
gabenor menghadiahkan minyak wangi
kepadanya. Beliau a.s menaiki mimbar dan berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya
Ummi Kalthum binti Ali telah mengkhianati kamu dengan minyak wangi. Demi Tuhan,
jika beliau mencurinya, nescaya aku akan memotong tangannya sebagaimana aku
memotong tangan perempuan-perempuan kamu.
Kemudian tentang ayat-ayat
al-Qur’an yang diturunkan tentang kelebihannya adalah tidak terkira banyaknya. Kemudian
mereka bersepakat bahawa beliau a.s tidak pernah membantah Rasulullah s.a w
sekalipun satu kalimah. Tidak pernah berganjak dari tempat yang diutusnya.
Beliau a.s. memberi khidmat kepada Rasulullah s.a.w pada masa musafirnya,
memenuhi bekas airnya, mengupas kulit gandum, mengawal di hadapannya dengan
pedang sehingga baginda s.a.w
memerintahnya supaya duduk atau pulang.
Beliau a.s. diutus beberapa
kali untuk mendapat air dari Juhfah. Orang lain tidak membawa air pulang kerana
kesukaran mendapatkannya. Kemudian beliau a.s. datang dan membawa air pulang
dengan banyak sehingga dialu-alukan oleh para malaikat. Rasulullah s.a.w.
memberitahunya tentang perkara tersebut
dan bersabda: Itulah Jibrail dengan seribu malaikat, Mikail dengan seribu
malaikat, dan Israfil dengan seribu malaikat.
Sayyid Ismail al-Humairi berkata:
Itulah
dia orang yang telah diberi salam pada suatu malam
Ke
atasnya Mikail,dan Jibrail
Mikail
dengan seribu dan Jibrail dengan
Seribu
kemudian diikuti Israfil
Orang ramai memasuki rumahnya
satu hari sebelum kesyahidannya. Mereka memberi penyaksian sesungguhnya beliau
a.s. telah melaksanakan tugasnya terhadap mereka dengan saksama. Tidak menerima
rasuah di dalam penghakiman mereka,
tidak mengambil harta dari Baitulmal walaupun seberat tali unta. Beliau a.s. tidak makan melainkan
sekadar mencukupi dirinya. Mereka juga memberi penyaksian bahawa sesungguhnya
mereka yang paling jauh kedudukannya adalah mereka yang paling hampir kepadanya[190].
Barangsiapa Yang Berdering Telinganya, Maka Hendaklah Dia Berselawat Kepadaku
Al-Fazari berkata: Abu Isa telah
memberitahu kami, berkata: Abu Muhammad al-Hasan bin Musa telah memberitahu
kamu, berkata: Muhammad bin ‘Umar al-Ansari telah memberitahu kami daripada
Mu‘ammar daripada bapanya daripada datuknya berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang berdering telinganya (tannat udhunu-hu), maka hendaklah beliau
berselawat kepada aku. Sesiapa yang menyebut namaku dengan baik, maka Allah
akan menyebutnya dengan baik. Dengan sanad yang sama beliau berkata: Apabila
Rasulullah s.a.w mengambil wuduk untuk mengerjakan solat, baginda s.a.w. menggerakkan cincinnya
sebanyak tiga kali.
Alamat-Alamat
Bencana Di Dalam Setahun
Ketahuilah apabila bintang Zuhrah seiring dengan bintang Marikh pada satu
buruj, maka binasalah raja Rom atau bencana yang besar menimpa negara Rom.
Apabila Zuhrah seiring dengan Zuhal,
maka pada tahun itu akan berlaku kesusahan dan kesempitan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan
al-Musytari, maka orang ramai akan mendapat kesenangan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan ‘Atarid,
maka akan berlaku pertumpahan darah dan pembukaan yang besar.
Apabila Bahram seiring Zuhal pada satu
buruj, maka raja yang buminya bertepatan dengan buruj akan binasa.
Apabila Bahram dan al-Musytari berhimpun
pada satu buruj, seorang raja yang besar akan binasa.
Apabila Zuhal dan ‘Atarid berhimpun,
akan berlaku ketakutan dan kesusahan kepada pedagang-pedagang. Demikian juga
akan berlaku kepada ahli sastera.
Apabila berhimpun Zuhal dan al-Musytari
pada satu buruj, dunia akan berubah di dalam semua keadaan dan urusan manusia
juga akan mengalami perkara yang sama.
Khawarij akan keluar di segenap penjuru terutamanya di Jilan dan dari Dailam
akan keluar kaum Kurdi. Mereka akan membunuh orang ramai dengan kejam,
melahirkan ketakutan dan kesusahan,
tabiat orang ramai akan berubah; akan hilang sifat malu dan sifat kemanusiaan daripada mereka.
Sifat tamak menguasai mereka. Akan bertambah kerosakan, terutamanya pada
perempuan sehingga mereka menggugurkan
anak-anak mereka, melahirkan anak-anak haram, menumpahkan darah, pembunuhan dan
kelaparan.
Apabila berhimpun al-Musytari dan ‘Atarid,
dunia akan ditimpa penyakit taun dan berlaku permusuhan di kalangan manusia.
Apabila bulan menaiki di atas Zuhal,
raja segala raja akan mati.
Apabila berhimpun Bahram dan ‘Atarid
pada Scorpio, maka itu adalah bukti pembunuhan raja Babylon.
Apabila al-Musytari dan Zuhrah berhimpun
pada Scorpio, itu adalah bukti ketakutan dan penyakit di Babylon.
Apabila berhimpun matahari ke arah
Scorpio, itu adalah bukti perpecahan Rom dan pembunuhan raja mereka.
Apabila berhimpun Marikh dan ‘Atarid ke
arah Scorpio, itu adalah bukti kemusnahan istana raja Babylon dan Farsi.
Apabila berhimpun matahari dan bulan ke
arah Scorpio dan Bahram pada Saratan, maka jika anda mampu untuk memasuki
mana-mana lubang di bumi, maka anda boleh melakukannya.
Apabila Zuhrah dan al-Musytari
berhimpun, maka perempuan-perempuan menjadi takut kepada suami-suami mereka
secara permusuhan.
Apabila turunnya Kiyawan al-Tarfah, maka
akan berlakulah taun di Iraq dan orang ramai akan mati.
Apabila turunnya al-Tarfah ke atas yang
lain, maka akan berlaku di bumi Iraq pembunuhan dan fitnah.
Apabila turunnya al-Nathbarah, akan
bertukar propensi di Iraq dan orang
ramai akan menghadapi bala yang besar.
Apabila turunnya Kiyawan al-Ghafar, maka
akan berlaku di Iraq peperangan dan fitnah dan apabila turunnya Kiyawan Jubhah,
akan berlaku kematian kepada lembu, binatang buas dan ganas.
Apabila turunnya Kiyawan dan
al-Musytari ke arah al-Iklil dan al-Qalb,
akan berlaku di timur dan barat taun yang kuat. Ramai orang akan mati, akan
berlaku kerosakan dan bencana di bumi dan kebanyakannya berlaku kepada manusia.
Raja-raja dan para ulama dibunuh sebaliknya orang bawahan akan memerintah.
Ketahuilah bahawa bersama-sama matahari
planet-planet yang lain yang mempunyai pengikut-pengikutnya. Apabila planet timbul pada satu buruj, maka
bumi yang terkena buruj tersebut akan berlaku bala, kejahatan dan fitnah.
Apabila anda melihat planet merah di
mana anda tidak dapat mengenalinya, dan ia tidak berjalan menurut perjalanan
bintang-bintang, berpindah dari satu tempat kepada tempat yang lain bentuknya
seperti tiang, maka itu adalah bukti peperangan, bala, pembunuhan
pembesar-pembesar, banyak kejahatan dan kesusahan pada manusia[191].
Surat Tentang Ujian Amir al-Mukminin
Ali bin Abu Talib A.S
Bismillahi
r-Rahmani r-Rahim. Diriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s sedang duduk di masjid
dan di sisinya sekumpulan orang ramai. Mereka berkata kepadanya: Beritahukan
kami sesuatu, wahai Amir al-Mukminin. Maka beliau a.s. berkata: Aduhai kamu,
sesungguhnya percakapan aku sulit dan menyulitkan (inna kalami sa‘bun wa mustas‘abun), tidak dapat difahami melainkan oleh mereka yang alim. Mereka
berkata: Anda mesti memberitahu kami sesuatu. Beliau a.s. berkata: Datanglah
bersama kami, lantas beliau memasuki rumah dan berkata: Akulah yang telah
tinggi dan perkasa(‘alau-tu fa-qahar-tu).
Akulah yang menghidupkan dan mematikan (uhyi wa umitu). Akulah yang pertama dan
yang akhir, yang zahir dan batin. Lantas mereka memarahinya dan berkata: Beliau
a.s. telah menjadi kafir (kafara) dan
mereka terus berdiri. Maka Ali a.s berkata kepada pintu: wahai pintu, tutup dan
berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada kamu: Sesungguhnya percakapan aku
sulit dan menyulitkan, tidak boleh difahami melainkan oleh mereka yang alim?
Datang, aku akan menerangkannya kepada kamu.
Adapun kata-kata aku: Akulah yang telah
tinggi dan perkasa, maka akulah yang telah meninggikan kamu dengan pedang ini,
maka aku telah menguasai kamu sehingga kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Adapun kata-kata aku, aku menghidupkan dan mematikan, maka akulah yang
menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan akulah yang mematikan bid‘ah. Adapun
kata-kata aku: Akulah yang pertama, maka akulah yang pertama beriman dengan
Allah dan menerima Islam. Adapun kata-kata aku, akulah yang akhir, maka akulah
yang terakhir meletakkan kain ke atas Nabi s.a.w dan mengapankannya. Adapun kata-kata
aku, akulah yang zahir dan yang batin, maka di sisi aku ilmu zahir dan batin.
Mereka berkata: Anda telah menyelamatkan kami dan Allah telah menyelamatkan
anda[192].
Ja‘far bin Ahmad bin Isa bin Muhammad
bin Ali bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib daripada Ya‘qub al-Kufi berkata:
Musa bin Ubaid telah memberitahu kami daripada Umru bin Abu al-Miqdam daripada
Abu Ishaq daripada al-Harith daripada Jabir daripada Abu Ja‘far daripada
Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Ketua Yahudi datang kepada Ali bin Abu
Talib a.s selepas beliau a.s. kembali daripada peperangan Nahrawan. Beliau
sedang duduk di masjid Kufah, berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya aku
ingin bertanyakan anda tentang perkara-perkara yang tidak diketahui akannya melainkan oleh seorang nabi atau wasi nabi.
Beliau a.s berkata: Tanyalah apa yang
terlintas di hati anda, wahai saudara Yahudi. Yahudi berkata: Sesungguhnya kami
dapati di dalam kitab bahawa sesungguhnya Allah a.w apabila mengutus seorang
nabi, Dia memerintahkan supaya nabi itu mengambil daripada ahli baitnya orang
yang akan melaksanakan perintah Tuhannya pada umatnya selepasnya serta membuat
perjanjian kepadanya tentang mereka supaya beliau mematuhinya dan beramal
dengannya pada umatnya selepasnya. Sesungguhnya Allah s.w.t menguji para wasi
pada masa hidup para nabi dan menguji mereka selepas kematian para nabi.
Beritahu kepada aku berapa kali Allah menguji para wasi pada masa hidup para
nabi? Berapa kali Dia menguji mereka selepas
kematian para nabi? Dan apakah kesudahan perintah para wasi apabila Allah
meredai ujian mereka?
Ali a.s berkata kepadanya: Demi Yang
telah membelah laut untuk Bani Israel, dan Yang telah menurunkan Taurat ke atas
Musa. Jika aku memberitahu anda dengan benar apa yang anda akan kemukakannya adakah anda akan
memperakuinya? Ketua Yahudi berkata: Ya.
Beliau a.s berkata: Demi Yang tiada tuhan selain daripada-Nya, jika aku
membenarkan anda, adakah anda akan menerima
Islam? Ketua Yahudi berkata: Ya. Ali a.s berkata: Sesungguhnya Allah menguji
para wasi pada masa hidup para nabi pada
tujuh tempat bagi menguji ketaatan mereka.
Apabila Allah telah meredai mereka
dengan ujian itu, maka Dia memerintahkan para nabi supaya mengambil mereka
sebagai para wali pada masa hidup mereka dan para wasi selepas kematian mereka.
Justeru itu, Allah menjadikan ketaatan kepada para wasi di tengkuk umat sebagai
sambungan kepada ketaatan kepada para
nabi a.s. Kemudian Allah menguji para wasi selepas kematian para nabi pada
tujuh tempat bagi menguji kesabaran mereka. Apabila Allah telah meredai mereka dengan ujian itu,
maka Dia akan mengakhiri mereka dengan kesyahidan bagi menghubungi mereka
dengan para nabi. Justeru itu, Allah telah
menyempurnakan kebahagiaan untuk mereka.
Ketua Yahudi berkata kepadanya: Anda
memang benar wahai Amir al-Mukminin. Beritahu kepada kami berapa kali Allah a.w
telah menguji anda pada masa hidup Muhammad s.a.w? Dan berapa kali Dia telah
menguji anda selepas kematiannya? Dan bagaimanakah kesudahan perintah anda?
Lantas Ali a.s memegang tangannya dan berkata: Bangun bersama kami, aku akan
memberitahu anda mengenainya wahai saudara Yahudi. Sebahagian daripada para sahabatnya berdiri
dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahu kepada kami mengenainya
bersamanya. Beliau a.s berkata: Aku khuatir
hati kamu tidak boleh menanggungnya. Mereka berkata: Kenapa begitu,
wahai Amir al-Mukminin?
Beliau a.s. berkata: Kerana beberapa
perkara yang telah jelas kepada aku tentang beberapa orang daripada kamu.
Al-Asytar terus berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahulah kepada
kami perkara tersebut, demi Allah, sesungguhnya kami mengetahui bahawa
sesungguhnya tiada di atas bumi ini seorang wasi nabi selain daripada anda dan
kami mengetahui bahawa Allah tidak akan mengutus seorang nabi selepas nabi
kita, dan sesungguhnya ketaatan kepada anda adalah di atas tengkuk kami
bersambung dengan ketaatan kepada nabi kita. Maka Ali a.s pun duduk berhadapan
ketua Yahudi dan berkata: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah a.w telah mengujiku
pada masa hidup Nabi kami s.a.w pada tujuh tempat. Maka Dia telah mendapati aku
mengenainya -tanpa membersihkan diri aku dengan nikmat Allah- mentaati-Nya (muti‘an la-hu).
Ketua Yahudi berkata: Tentang apa,
tentang apa wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s berkata: Pertamanya Allah s.w.t
telah mewahyukan kepada Nabi kami tentang kenabian, kemudian kerasulan. Aku
adalah yang termuda di dalam keluarga aku. Aku telah memberi perkhidmatan aku
kepadanya di rumahnya dan aku melaksanakan suruhannya di hadapannya. Maka
baginda s.a.w menyeru yang muda dan yang tua mereka kepada syahadah “tiada
tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya beliau adalah pesuruh-Nya”. Lantas
mereka menentangnya, menjauhinya dan
menyisihkannya, kerana semua orang menentangnya.
Mereka membesar-besarkan apa yang telah
dibentangkan kepada mereka kerana hati mereka tidak dapat menanggungnya dan
akal mereka tidak dapat memahaminya. Aku telah menyahut seruan Rasulullah s.a.w
seorang diri di dalam keadaan segera, taat dan yakin, tanpa menimbulkan sesuatu
di hati aku. Kami tinggal di dalam keadaan sedemikian selama tiga musim, pada
masa itu tidak ada makhluk di muka bumi mengerjakan solat dan memperakui apa
yang dikurniakan Allah kepada Rasul-Nya selain daripada aku dan anak perempuan
Khuwailid-rahima-ha l-Lah- Kemudian
baliau s.a. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ianya
begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Kedua: Wahai saudara Yahudi,
sesungguhnya Quraisy sentiasa berfikir dan bekerja keras untuk membunuh Nabi
s.a.w sehingga ke akhir hari mereka berkumpul bersama-sama Iblis laknatu l-Lah yang telah hadir di dalam
majlis tersebut di dalam bentuk seorang lelaki Thaqif yang buta sebelah matanya. Iblis telah
berusaha keras sehingga mereka bersepakat untuk melantik seorang lelaki dari
setiap kabilah. Kemudian setiap lelaki daripada mereka mengambil pedangnya.
Kemudian mereka akan mendatangi Nabi s.a.w yang sedang tidur di atas
hamparannya, lalu mereka membunuhnya dengan pedang-pedang mereka semua dengan
satu pukulan seorang lelaki. Lantaran itu, mereka membunuhnya dan apabila
mereka membunuhnya, Quraisy tidak akan menyerahkan lelaki mereka untuk diadili.
Justeru itu, darahnya akan menjadi sia-sia, maka Jibrail a.s telah turun ke
atas Nabi s.a.w, lalu memberitahu kepadanya mengenai hal itu dan menceritakan
malam yang mereka akan berkumpul untuk
membunuh nabi s.a.w. dan waktu mereka akan mendatangi rumahnya.
Lalu Jibrail memerintah nabi s.a.w.
supaya keluar untuk ke gua Hira’. Rasulullah s.a.w memberitahu aku tentang
berita tersebut dan memerintahkan aku supaya aku tidur di tempat tidurnya
bagi mempertahankan dirinya dengan diri
aku. Aku telah mempercepatkan diri aku kerana mentaatinya dan bergembira dengannya
dan diri aku. Aku tidur di atas hamparannya. Beberapa orang lelaki Quraisy di
dalam diri mereka untuk pembunuhan Nabi s.a.w. Apabila mereka memasuki rumah
yang aku tidur di dalamnya maka aku bangkit dengan pedangku, lalu aku
mempertahankan diri aku daripada mereka sebagaimana telah diketahui oleh orang
ramai. Kemudian beliau a.s. berhadapan dengan para sahabatnya dan berkata:
Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketiga: Wahai saudara Yahudi,
sesungguhnya dua anak lelaki Rabi‘ah dan anak lelaki ‘Utabah adalah pahlawan Quraisy telah menyeru untuk
bertarung di hari Badr. Tidak ada
makhluk yang telah menyahuti cabarannya. Rasulullah s.a.w telah membangkitkan
semangat aku bagi menentang mereka sedangkan
aku adalah sahabat yang paling
muda dan kurang pengalaman di dalam peperangan. Maka Allah telah membunuh Walid
dan Syaibah dengan tangan aku di samping orang-orang kenamaan Quraisy yang aku
telah membunuh mereka pada hari itu. Ini tidak termasuk mereka yang
telah dijadikan sebagai tawanan aku, sepupu aku telah mati syahid pada
hari itu-rahimahu l-Lah-Kemudian
beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu?
Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keempat: Wahai saudara Yahudi,
Quraisy dan Arab telah berkumpul dan mengadakan perjanjian di kalangan mereka
bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang sehingga mereka membunuh
Rasulullah s.a.w, dan membunuh kami bersamanya Bani ‘Abd al-Muttalib.
Mereka melengkapkan diri mereka dengan
peralatan perang sehingga mereka bertapak di Madinah di dalam keadaan masih
percaya kepada perancangan mereka. Maka Jibrail telah turun ke atas Rasulullah s.a.w memberitahu
kepadanya tentang perkara tersebut. Rasulullah s.a.w telah mempersiapkan dirinya
bersama-sama Muhajirin dan Ansar. Quraisy datang dan berkhemah di al-Khandaq
(parit), menyangka bahawa mereka kuat sedangkan kami lemah. Rasulullah s.a.w.
menyeru mereka dengan kekerabatan dan silaturahim, tetapi mereka menolaknya. Malah mereka lebih sombong lagi.
Pahlawan mereka pada masa itu adalah ‘Umru bin ‘Abd Wuddin menjerit seperti
unta ganas menyeru untuk bertarung memegang lembingnya pada satu masa dan
memegang pedangnya pada masa yang lain pula.
Tiada seorang pun berani
tampil menentangnya. Rasulullah s.a.w telah membangkitkan semangat aku dan
memakaikan aku kainnya dengan tangannya, serta memberikan kepada aku pedangnya
Dhu l-Fiqar. Maka aku keluar menuju kepadanya sementara perempuan-perempuan
Madinah menangis kerana kasihan kepada aku bagi menentang Ibn ‘Abd Wuddin al-‘Amiri,
maka Allah telah membunuhnya dengan tangan aku. Arab tidak mengakui orang lain
sebagai pahlawan selain daripadanya. Al-‘Amiri memukul aku dengan pukulan ini
–Beliau a.s. telah memberi isyarat kepada tubuhnya. Allah telah mengalahkan
Quraisy dan Arab dengan pukulan aku terhadap mereka. Kemudian beliau a.s.
berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Kelima: Wahai saudara Yahudi,
sesungguhnya penduduk Makkah datang kepada kami semenjak awal lagi telah
mengumpul kabilah-kabilah Arab dan Quraisy bagi menuntut bela di atas kematian
kaum musyrikin Quraisy pada hari Badr dan al-Khandaq. Maka Jibrail a.s turun ke
atas Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya tentang perkara tersebut. Lantas
Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya membuat persiapan di Uhud. Musyrikin
menentang kami secara serentak. Beberapa kaum muslimin mati syahid dan yang
lain menerima kekalahan.
Semoga Allah memaafkan mereka.
Aku telah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w
sementara Muhajirin dan Ansar pulang ke rumah mereka di Madinah. Semua
berkata: Nabi s.a.w telah dibunuh dan para sahabatnya juga telah dibunuh. Allah
telah menghina kaum musyrikin, aku telah mengalami luka di hadapan Nabi s.a.w
melebihi tujuh puluh luka di antaranya di sini dan di antaranya di sini.
Kemudian beliau a.s. telah menunjukkannya dengan tangannya. Semoga Allah
memberi pahala-Nya kepada aku pada hari itu, Insya’ Allah. Kemudian beliau a.s.
berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka
berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keenam: Wahai saudara Yahudi,
kami telah datang bersama Rasulullah s.a.w.
di bandar sahabat anda Khaibar yang dikawal oleh lelaki Yahudi dan
pahlawan-pahlawan daripada Quraisy. Kami
bertembung dengan mereka seperti bukit yang terdiri daripada kuda,
senjata, dan tentera yang ramai. Semuanya menyeru untuk bertarung dan memulakan
peperangan tiada seorang pun di kalangan sahabat kami bertarung melainkan
mereka membunuhnya sehingga aku diseru untuk bertarung. Setiap orang telah
mementingkan dirinya, sebahagian daripada sahabat aku berkata kepada yang lain:
Hentam mereka, wahai Abu al-Hasan, bangun. Maka Rasulullah s.a.w telah
mendorong aku bagi menentang mereka.
Maka tidak seorang pun daripada
mereka bertarung dengan aku melainkan
aku telah membunuhnya. Tidak berdiri seorang panglima berkuda di hadapan aku
melainkan aku menikamnya, aku telah menerkam kepada mereka seperti terkaman
seekor singa jantan kepada mangsanya sehingga aku telah memasuki bandar mereka seorang diri. Aku
telah membunuh siapa saja daripada lelaki mereka padanya dan aku telah
menawan perempuan-perempuan mereka
sehingga aku telah membuka Khaibar seorang diri, tiada seorang pun yang telah
menolong aku selain daripada Allah. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para
sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka berkata: Ya, wahai Amir
al-Mukminin.
Ketujuh: Wahi saudara Yahudi,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila mengarahkan bagi pembukaan Makkah, baginda
s.a.w. suka memaafkan mereka dan menyeru mereka kepada Allah a.w pada kali
terakhir sebagaimana baginda s.a.w. menyeru mereka kepada-Nya pada
permulaannya. Baginda s.a.w. menulis kepada mereka memberi peringatan kepada
mereka tentang azab Tuhan mereka, mengharap mereka mendapat pengampunan
daripada Tuhan mereka dan baginda s.a.w. membentangkan kepada mereka akhir
Surah al-Bara’ah. Semua para sahabatnya menjadi keberatan untuk membawa Surah
al-Bara’ah kepada penduduk Makkah.
Apabila baginda s.a.w. melihat
keadaan sedemikian, maka baginda s.a.w. melantik seorang lelaki[193]
untuk membawanya kepada penduduk Mekah. Maka Jibrail datang kepadanya dan
berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya tidak boleh menunaikan tugasan daripada
anda melainkan seorang lelaki daripada keluarga anda. Lantas Rasulullah s.a.w.
memberitahu perkara tersebut kepada aku dan mengarah aku supaya membawanya kepada penduduk Makkah. Lantaran
itu, aku mendatangi Makkah dan penduduknya sebagaimana kamu telah mengetahui
sikap mereka terhadap aku. Maka aku menyampaikan perutusan Nabi s.a.w dan aku
telah membaca suratnya kepada mereka. Semuanya telah menemui aku dengan ugutan
dan kecaman, melahirkan kemarahan dan kebencian daripada lelaki dan perempuan
mereka. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata:
Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Beliau a.s. berkata: Wahai
saudara Yahudi, ini tujuh tempat di mana aku berserta Rasulullah s.a.w telah
diuji oleh Allah. Maka Dia telah mendapati aku mengenainya, dengan
kurniaan-Nya, taat kepada-Nya, tiada seorang pun yang menghadapi ujian seperti
aku. Jika aku berkata sedemikian, nescaya kata-kata aku akan menggemparkan
mereka, kerana Allah telah melarang mengangkat diri sendiri. Mereka berkata: Anda
memang benar wahai Amir al-Mukminin. Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah
memberi kelebihan kepada anda dengan kekerabatan anda dengan Nabi kita s.a.w,
dan Dia telah membahagiakan anda dengan menjadikan anda sebagai saudaranya (akha-hu), kedudukan anda dengannya
sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.
Dia telah melebihkan anda di
beberapa tempat di mana anda telah menyertainya, saat-saat kesusahan yang anda
telah mengalaminya, simpanan pengalaman anda yang anda sebutkan dan lebih
banyak daripada itu anda tidak menyebutnya di mana tiada seorang muslim
setanding dengan anda, orang yang berkata sedemikian adalah orang yang telah
menyaksikan anda di kalangan kami bersama Rasulullah s.a.w dan orang yang telah
menyaksikan anda di kalangan kami selepasnya.
Lantaran itu, beritahu kepada
kami, wahai Amir al-Mukminin, tentang ujian Allah terhadap anda selepas Nabi
kita s.a.w di mana anda telah
menghadapinya dan anda telah bersabar ke atasnya. Jika kami mahu, kami boleh
memberitahu anda perkara yang kami mengetahuinya, tetapi kami suka mendengar
daripada anda perkara tersebut sebagaimana
kami telah mendengarnya daripada anda tentang ujian Allah terhadap anda
pada masa hidupnya, maka anda telah mentaati-Nya mengenainya.
Beliau a.s. berkata: Wahai
saudara Yahudi, sesungguhnya Allah telah menguji aku selepas kematian
Nabi-Nya pada tujuh tempat. Maka Dia
telah mendapati aku padanya, tanpa meninggi diri aku, dengan kurniaan-Nya dan
nikmat-Nya, seorang yang sabar.
Pertama: Tiada terdapat untuk
aku secara khusus dan bagi muslimin secara umum seorang yang aku telah
menemaninya. Aku berpegang kepadanya, aku meminta tidur kepadanya secara
pura-pura. Aku mendekati diri kepada Allah dengan mentaatinya, aku bergembira
ketika senang, berehat ketika susah selain daripada Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w. yang telah
mendidik aku ketika kecil, menolong aku, ketika besar, memaksa aku daripada
keyatiman, dan membebaskan aku dari meminta-minta, menjaga aku dari pencarian
aku, menanggung diri aku, keluarga aku dan anak-anak. Ini adalah pengurusan
dunia. Baginda s.a.w. telah mengkhususkan aku dengan darjat-darjat yang membawa
aku kepada tempat yang tinggi di sisi Allah. Telah berlaku kepada aku dengan
kematian Rasulullah s.a.w perkara yang aku tidak pernah menduganya bahawa jika
bukit dibawa secara paksa, nescaya ia akan berlaku. Aku melihat orang ramai di
kalangan keluarga aku di antara kesedihan dan tidak dapat mengawal diri serta
tidak tahan menanggung kesusahan. Aku telah membawa diri aku bersabar selepas
kematiannya.
Aku terus berdiam diri dan
melakukan perkara yang telah diperintahkan Allah kepada aku; menyempurnakan
jenazah dan mengerjakan solat ke atasnya, meletaknya di liang kubur,
menghimpunkan amanah Allah, kitab-Nya, janji-Nya yang kami telah menanggungnya
untuk makhluk-Nya. Kami telah meletaknya kepada mereka. Air mata, kecaman
nafas, penderitaan dan musibat yang besar tidak melalaikan aku dari melakukan
hak yang wajib bagi Allah dan Rasul-Nya ke atas aku. Aku telah menunaikan apa
yang diperintahkan kepada aku. Maka aku telah menghadapinya dengan penuh
kesabaran dan perhitungan. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para
sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir
al-Mukminin.
Kedua: Wahai saudara Yahudi,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melantik aku menjadi amir pada masa
hidupnya ke atas semua umatnya (ammara-ni
fi hayati-hi ‘ala jami‘i ummati-hi) dan telah mengambil baiah daripada
mereka yang telah menghadirinya di kalangan mereka dengan ketaatan kepada
perintah aku. Baginda s.a.w. telah memerintahkan penyaksi (al-Syahid) menyampaikannya kepada yang ghaib (al-Ghaib) tentang perkara tersebut. Maka akulah penyampai perintah
Rasulullah s.a.w kepada mereka apabila aku telah menghadirinya dan aku menjadi
Amir ke atas mereka yang telah berada bersama-sama aku di kalangan mereka
apabila aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Tiada sebarang pertengkaran
daripada seorang makhluk yang meresahkan
jiwa aku di dalam suatu perkara pada masa hidup Nabi s.a.w dan selepas
kematiannya.
Kemudian Allah telah
memerintahkan Rasul-Nya supaya mengarahkan tentera yang dipimpin oleh Usamah
bin Zaid bergerak ke sasarannya pada saat baginda s.a.w. sakit yang membawa
kepada kewafatannya. Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan seorang pun daripada
kabilah-kabilah Arab, Quraisy, Aus, Khazraj dan orang lain yang baginda s.a.w.
khuatir akan menentang aku.
Begitu juga baginda s.a.w.
tidak meninggalkan seorang pun di kalangan mereka yang melihat aku dengan mata
kemarahan (‘Ain al-Baghdha’) yang
terdiri daripada mereka yang aku terpaksa membunuh bapa, saudara atau kerabat
mereka melainkan baginda s.a.w telah mengarahkan mereka supaya berada di dalam
tentera tersebut. Begitu juga beliau tidak meninggalkan Muhajirin, Ansar,
muslimin dan orang lain yang terdiri daripada mualaf dan munafikin supaya
menyertai tenteranya bagi membersihkan hati mereka yang tinggal bersama-sama
aku di Madinah dengan kehadirannya s.a.w. Dan supaya tiada seorang pun yang akan berkata sesuatu yang aku tidak suka
di sisi Rasulullah s.a.w. Dan tiada seorang pun yang menentang al-Wilayah dan pelaksanaan urusan rakyat
selepasnya. Kemudian perintah akhirnya mengenai urusan umatnya adalah penerusan tentera Usamah; supaya tidak
seorang pun daripada mereka tersebut meninggalkannya.
Aku tidak menyedari selepas
kematian Rasulullah s.a.w melainkan beberapa lelaki[194]
yang telah diutus bersama-sama Usamah dan tenteranya telah meninggalkan pusat
tentera mereka. Kumpulan itu telah
menuju ke tempat lain dan menyalahi perintah Rasulullah s.a.w. Mereka
bersegera untuk membatalkan perjanjian
yang telah di meterai oleh Allah kepada aku dan Rasul-Nya di tengkuk mereka.
Maka mereka telah membatalkannya, sebaliknya mereka telah menjadikan perjanjian
untuk mereka dengan suara yang bising, tanpa berbicara dengan seorang pun
daripada kami Bani ‘Abd al-Muttalib.
Atau meneruskan istiqamah baiah aku di tengkuk mereka.
Mereka telah melakukan semua ini ketika aku sibuk dengan urusan
penyempurnaan jenazah Rasulullah s.a.w,
kerana ia adalah yang terpenting dan lebih berhak untuk dimulai dengannya.
Semuanya wahai saudara Yahudi,
menjadikan hati aku berat dan bencana menimpa aku adalah besar. Maka aku telah
bersabar ke atasnya, kerana ia (khilafah)
berlaku sebaik saja peristiwa kematian rasul. Kemudian beliau a.s. berpaling
kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya,
wahai Amir al-Mukminin.
Ketiga: Wahai saudara Yahudi,
al-Qaim selepas Nabi s.a.w. pernah berjumpa dengan aku memohon maaf pada setiap
hari pemerintahannya. Beliau juga berjumpa dengan orang lain mengenai apa yang
telah dilakukannya tentang hak aku dan penolakan baiah aku. Beliau telah
meminta penyelesaian aku, maka aku berkata: Hari-harinya akan berlalu, hak aku
akan kembali kepada aku di mana Allah telah menjadikannya untuk aku sebagai
perkara yang mudah tanpa aku melakukan sesuatu pada Islam seperti apa yang
dilakukan olehnya. Kerana hampir masanya dengan jahiliah di dalam tuntutan hak
aku secara pertelingkahan, kemungkinan ada orang berkata mengenainya: Ya dan
ada pula orang berkata: Tidak. Maka ia
bertukar daripada kata-kata kepada perbuatan, sebahagian daripada para
sahabat Rasulullah s.a.w yang istimewa,
yang lebih terkenal dengan nasihat kerana Allah, Rasul-Nya s.a.w, kitab-Nya dan
agama-Nya Islam telah datang kepada aku baik secara rahsia atau terang-terangan
menyeru aku supaya mengambil balik hak aku. Mereka akan mengorbankan diri
mereka untuk menolong aku agar mereka dapat mengembalikan hak baiah aku di
tengkuk mereka. Maka aku berkata: Sabar sedikit, mudah-mudahan Allah
mengembalikan perkara tersebut dengan mudah, tanpa pertengkaran dan penumpahan
darah.
Orang ramai menjadi tidak
menentu selepas kematian Rasulullah s.a.w. Orang-orang yang tidak layak telah
berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan khalifah selepas kematiannya.
Sebahagian mereka berkata: Amir hendaklah daripada golongan kami, orang yang
berkata sedemikian adalah mereka yang mahu
jawatan khalifah diambil oleh orang lain selain daripada aku. Manakala hampir kematian al-Qaim (Abu Bakr) dan telah
berlalu hari-harinya, jawatan khalifah telah berpindah kepada sahabatnya (‘Umar) selepasnya. Perkara ini
merupakan saudara kembar kepada perkara yang lalu dan kedudukan aku adalah sama sahaja.
Beberapa orang sahabat
Rasulullah s.a.w. berkumpul dan berkata
kepada aku sebagaimana mereka telah berkata kepada aku pada kali pertama. Kata-kata aku
yang kedua dan pertama adalah sama; aku terus bersabar, yakin dan kasihanbelas
terhadap kumpulan yang telah dijinakkan oleh Rasulullah s.a.w dengan kelembutan
dan kekuatan, dengan pengorbanan dan pedang sehingga mereka dapat tinggal
dengan aman, kenyang, gembira, pakaian, tempat tinggal dan kain selimut sedangkan kami Ahlu Bait Muhammad s.a.w tidak
mempunyai rumah yang beratap.
Tidak berpintu dan tidak pula
berpagar selain daripada pelepah kurma dan seumpamanya dan tidak mempunyai
halaman dan kain selimut. Kebanyakan kami hanya mempunyai satu kain untuk
mengerjakan solat dan menghabiskan siang dan malam dengan kelaparan. Kadangkala
Allah telah mengurniakan kepada kami al-Fai’
dan menjadikan hak kami secara khusus,
tanpa menjadikannya hak orang lain. Demikianlah keadaan kami sebagaimana aku
telah katakan. Rasulullah s.a.w dapat
mempengaruhi pemilik-pemilik harta kerana menjinakkan mereka.
Maka aku adalah orang yang
lebih berhak untuk tidak memecah-belah kumpulan yang telah dijinakkan oleh
Rasulullah s.a.w dan tidak membawanya
kepada rancangan yang tidak sampai kepada matlamatnya atau kehabisan ajalnya.
Jika aku melantik diri aku (nasab-tu
nafsi) dan aku menyeru mereka supaya
menolong aku nescaya mereka di sisi aku. Dalam keadaan ini urusan aku akan
berada di atas salah satu kedudukan sama ada menjadi pengikut yang berjuang (mutbi‘un muqatil) atau akan dibunuh (maqtul ). Jika ia tidak mengikut orang
ramai atau ia menjadi hina dan menjadi kafir dengan kehinaannya jika ia tidak
menolong aku atau tidak mentaati aku. Sesungguhnya telah diketahui umum bahawa
kedudukan aku di sisinya s.a.w sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Ini
bererti sebarang penentangan terhadap aku atau tidak mentaati aku adalah
menepati penentangan kaum Musa terhadap Harun dan tidak mentaatinya.
Aku telah melihat orang ramai
berebut-rebut untuk mendapatkannya, menolak nafas panjang dan terus bersabar
sehingga Allah membukanya atau melaksanakan apa yang disukai-Nya. Bagi menambah
habuan aku daripada Allah aku terus mengiringi kumpulan yang aku telah katakan
kepada kamu. Urusan Allah adalah kadar yang telah ditetapkan, jika aku tidak
mempertahankan diri aku di dalam keadaan ini, wahai saudara Yahudi, kemudian
aku menuntut hak aku, nescaya aku adalah orang yang paling layak di kalangan
mereka yang telah menuntutnya, kerana keilmuan para sahabat Rasulullah
s.a.w tentang hak aku termasuk para
sahabat yang berada di hadapan anda.
Aku pernah mempunyai ramai
pengikut, mempunyai keluarga yang mulia, mentaati perintah, mempunyai hujah
yang paling terang, mempunyai manaqib
dan athar yang banyak, Islam awal,
kekerabatan aku, lebih-lebih lagi hak aku dengan wasiat yang tidak ada
jalan keluar bagi sesiapapun daripadanya dan baiah yang terdahulu di
tengkuk mereka bagi mereka yang telah
memberi baiah kepadanya. Sesungguhnya Nabi s.a.w
telah mati dan sesungguhnya wilayah umat adalah di tangannya dan di
rumahnya, bukan di tangan mereka yang telah merampasnya dan bukan di rumah
mereka, malah di rumah Ahlu Baitnya yang telah disucikan Allah daripada kotoran
dosa merupakan Uli al-Amri
selepasnya. Bukan orang lain di dalam semua keadaan. Kemudian beliau a.s.
berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keempat: Wahai saudara Yahudi,
sesungguhnya Umar selepas sahabatnya pernah bermesyuarat dengan aku di dalam
beberapa perkara yang sukar, lalu beliau melaksanakannya menurut pendapat aku.
Aku dan sahabat aku tidak mengetahui seorang pun yang telah berbincang
dengannya selain daripada aku dan tiada seorang pun yang ingin menjadi khalifah
selepasnya selain daripada aku. Apabila datang angan-angannya tanpa kesakitan
sebelumnya dan tanpa perintah yang dikeluarkan ketika kesihatannya, maka aku
tidak syak lagi bahawa aku akan mengembalikan hak aku dengan mudah dan itulah
yang aku tuntut. Sesungguhnya Allah akan melakukan perkara itu di atas
sebaik-baik yang aku harapkan. Di antara perbuatannya ialah, dia telah mengakhiri urusannya dengan melantik
enam orang dan akulah yang keenam mereka. Umar telah menyamakan aku dengan
mereka. Dia tidak menyebut tentang waris aku dengan Rasulullah s.a.w
sebagaimana dia tidak menyebut tentang kekerabatan aku, menantu dan nasab,
tiada seorang daripada mereka telah memeluk Islam lebih awal daripada aku, dan
tidak mempunyai athar seperti athar-atharku, malah dia telah
menjadikan syura di kalangan kami,
dia telah menjadikan anak lelakinya hakim ke atas kami dan memerintahnya supaya
memenggal leher kami berenam jika kami
tidak melaksanakan perintahnya. Cukuplah dengan kesabaran ini wahai saudara Yahudi.
Mereka telah menghabiskan
hari-hari mereka semuanya, setiap orang bercakap untuk dirinya, dan aku telah
menahan diriku daripadanya. Hanya apabila
mereka bertanya kepada aku tentang urusanku, maka aku berbincang
dengan mereka pada hari-hari aku dan hari-hari mereka mengenai athar-atharku dan athar-athar mereka. Aku menerangkan
kepada mereka apa yang mereka
tidak mengetahuinya tentang hak aku ke atasnya dan bukan hak mereka. Aku telah menyebut kepada mereka
tentang janji Rasulullah s.a.w untuk aku ke atas mereka dan sokongannya
terhadap baiah aku di tengkuk mereka, cinta kepada pemerintahan dengan
menggunakan kekuatan tangan dan lidah di dalam suruhan dan larangan, cenderung
kepada dunia dengan menuruti orang-orang sebelum mereka bagi merampas apa yang
tidak dijadikan Allah untuk mereka.
Aku telah memberi ingatan
kepada setiap orang daripada mereka tentang hari-hari Allah dan apa yang akan
terjadi kepada setiap orang daripada mereka. Apabila mereka tidak mendapati aku
selain daripada hujah yang terang berpandukan al-Kitab dan wasiat Rasulullah
s.a.w untuk memberi setiap orang daripada mereka apa yang telah dijadikan Allah
untuknya dan menegahnya apa yang tidak dijadikan Allah untuknya. Maka makin
bertambah kedegilan mereka, lantas mereka memindahkannya daripada aku kepada
Ibn ‘Affan kerana tamak dunia. Ibn ‘Affan tidak layak jika dibandingkan dengan
mereka yang berada di dalam majlis itu. Kemudian aku tidak mengetahui ke
manakah mereka telah menghabiskan “waktu petang” mereka sehingga mereka telah
melahirkan kesesalan mereka dan berpatah-balik menentangnya.
Setiap orang mencela dirinya
dan mencela para sahabatnya. Kemudian hari-hari tidak lama berlalu dengan Ibn
‘Affan sehingga mereka telah mengkafirkannya (akfaru-hu), melepaskan diri mereka daripadanya (tabarra’u
min-hu). Kemudian Ibn ‘Affan telah mendatangi para sahabatnya secara
khusus dan semua para sahabat Rasulullah s.a.w secara umum meminta mereka
supaya menarik balik baiah mereka kepadanya dan dia akan bertaubat kepada Allah
daripada kesalahannya. Ini adalah lebih besar daripada peristiwa yang lalu,
tetapi aku terus bersabar di atas penderitaan ini . Ahli majlis syura dahulu telah datang kepada aku,
setiap orang telah meminta aku supaya membuang Ibn ‘Affan dan mengambil hak aku
daripadanya. Setiap orang telah memberi sokongannya dan baiahnya sehingga mati
di bawah bendera aku atau Allah mengembalikan kepada aku hak aku.
Kemudian selepas itu sekali
lagi mereka diuji mengenainya dengan bermacam-macam ujian, sekali dengan
mencukur kepala, sekali dengan janji-janji pengasingan diri dan sekali dengan
menepati tempat-tempat tertentu, semuanya janji-janji kosong yang tidak
ditepati. Demi Tuhan, wahai saudara Yahudi, aku tidak bertindak kali ini
sebagaimana aku tidak bertindak di masa-masa yang lalu, kerana aku melihat
pengekalan jawatan mereka lebih baik daripada memusnahkannya. Aku telah
mengetahui sesungguhnya jika aku menanggungnya
di atas panggilan maut, aku dapat melakukannya, adapun tentang diri aku
semuanya telah mengetahui bahawa kematian di sisi aku sepertilah kedudukan
minuman air sejuk pada hari panas terik bagi mereka yang amat dahagakan
air (inna
l-Mauta ‘indi bi-manzilati al-Syurbati al-Baridati fi l-Yaumi al-Syadidi
l-Harri min dhi al- ‘atasyi al-Sada).
Sesungguhnya aku telah berjanji kepada
Allah dan Rasul-Nya apabila bapa saudara aku (‘ammi) Hamzah, saudara aku Ja‘far dan sepupu aku ‘Ubaidah di dalam
suatu urusan kerana Allah dan Rasul-Nya, maka mereka telah mendahului aku, dan
aku telah tinggal selepas mereka. Maka Allah telah menurunkan ayat Surah
al-Ahzab (33):23 “Di antara orang-orang
mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada
Allah; maka di antara mereka ada yang gugur.Dan di antara mereka ada(pula) yang
menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah”
Adapun mereka yang telah gugur adalah
Hamzah, ‘Ubaidah dan Ja‘far, sementara aku sedang menunggu. Wahai saudara
Yahudi, aku tidak akan merubah. Apa yang telah membuatkan aku menahan diri aku
daripada Ibn ‘Affan adalah kerana aku telah mengetahui tentang akhlaknya bahawa
dia akan menyeru keluarganya sama ada yang jauh mahu pun yang dekat untuk
membunuhnya atau memecatnya. Lantaran itu aku berada di dalam keadaan ‘uzlah. Maka aku telah bersabar dan aku
tidak bercakap mengenainya walaupun satu huruf
selain daripada “Tidak” dan bukan “Ya”. Kemudian satu kumpulan datang
kepada aku. Aku -Allah telah mengetahui- benci kerana aku tahu ketamakan mereka
mengumpul harta dan bersuka ria di bumi. Mereka menyedari bahawa perkara sedemikian
tidak ada di sisi aku. Apabila mereka tidak mendapatinya di sisi aku, mereka
telah mencari alasan yang lain. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para
sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir
al-Mukminin.
Kelima: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya
mereka yang telah memberi baiah kepada aku. Apabila mereka menarik baiah
daripada aku, mereka mengajak seorang perempuan untuk menentangku aku sekalipun
aku pemimpin perempuan itu dan wasi ke atasnya. Mereka membawa perempuan itu di
atas unta betina dan memaksanya supaya bermusafir melintasi padang pasir dan
daratan. Anjing al-Hauab telah menyalaknya. Alamat penyesalan terserlah pada
mereka setiap detik dan keadaan. Satu kumpulan telah memberi baiah kepada aku kali
kedua selepas baiah pertama pada masa hidup Nabi s.a.w sehingga mereka datang
kepada penduduk setempat, tangan mereka pendek, janggut mereka panjang, akal
mereka kecil, pendapat mereka adalah ganjil, jiran Badwi yang mengharungi
lautan!.
Maka ‘Aisyah membawa mereka untuk
menentang aku dengan pedang-pedang mereka tanpa ilmu, melontar anak-anak panah
mereka tanpa fahaman. Aku berdiri di
atas dua perkara. Kedua-duanya aku tidak menyukainya. Jika aku menegah diri
aku, nescaya mereka tidak akan kembali dan jika aku meneruskannya, nescaya aku
akan sampai kepada perkara yang aku tidak menyukainya. Lantaran itu, aku telah
mengemukakan hujah di dalam bentuk amaran dan peringatan; aku menyeru perempuan
itu supaya kembali ke rumahnya dan mereka yang telah membawanya supaya setia
dengan baiah mereka terhadap aku dan tidak membatalkan janji Allah pada aku
yang telah memberi kepada mereka setiap perkara yang aku mampu melakukannya.
Aku berbincang dengan mereka. Maka ada
yang kembali. Aku memberi peringatan
kepada mereka, maka ada yang menerimanya. Kemudian aku berhadapan dengan orang
ramai dan mengemukakan perkara yang sama. Namun mereka menjadi lebih bertambah
jahil dan melampau. Apabila mereka enggan
melainkan ‘Aisyah untuk memimpin
mereka, maka ke atas merekalah kekalahan
dan penyesalan. Pada merekalah
kehancuran dan pembunuhan. Aku telah membawa diri aku pada perkara yang aku
tidak dapat mengelakkannya.
Aku berusaha sehingga ke akhirnya
sebagaimana aku telah berusaha pada peringkat awalnya; menahan diri dari
melakukannya. Kamu melihat aku, jika aku menahan diri aku, sebagai seorang yang
menolong mereka melakukan kerosakan dan pembunuhan, menjadikan perempuan
yang kurang akal sebagai hakim dalam
semua perkara seperti yang dilakukan oleh bangsa Rom, raja Saba’ dan umat yang terdahulu. Maka aku terjebak dengan
perkara yang aku tidak menyukainya dan
aku membiarkan perempuan dan tenteranya melakukan apa yang mereka kehendaki
sebagaimana aku telah perjelaskan kedudukan dua golongan ini. Aku tidak gopoh
di dalam perkara ini melainkan selepas aku melakukan apa yang sepatutnya; aku
telah menangguhkannya, membuat penelitian, menghantar utusan, bercakap secara
lisan, memberi peringatan, memberi amaran dan memberi kepada mereka apa yang
sepatutnya, tetapi mereka enggan melainkan peperangan. Maka Allah
“menyampaikan” (balagha) kepada aku
dan kepada mereka apa yang Dia kehendaki dan Dia menjadi saksi di atas perkara
tersebut. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata:
Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keenam: Wahai saudara Yahudi, Tahkim dua orang hakim dan memerangi
anak lelaki kepada perempuan yang memakan hati (akilati al-Akbad) iaitu seorang taliq
yang menentang Allah, Rasul-Nya dan mukminin semenjak pembukaan Makkah secara
kekerasan. Aku telah mengambil baiahnya dan baiah bapanya untuk aku bersamanya
pada hari itu dan pada tiga tempat selepasnya. Sebelum itu bapanya adalah orang
yang pertama yang memberi salam kepada aku sebagai wali mukminin dan mendesak
aku supaya bangkit menentang mereka yang telah merampas hak aku sebelum aku.
Dia memperbaharui baiahnya kepada aku pada setiap kali beliau datang kepada
aku. Dia menguap di hadapan aku hasil daripada pemakanan harta muslimin dan
menguasai mereka bagi mendapatkan
sedikit perkara yang akan binasa dan meluputkan banyak perkara yang
kekal.
Apa yang paling pelik sekali adalah
apabila dia melihat Tuhanku mengembalikan hak aku kepada aku dan meletakkannya
(hak) kepada tempatnya. Terputus harapannya untuk menjadi orang keempat pada
agama Allah dan pada amanahnya yang kami telah membawanya sebagai hakim. ‘Umru
bin al-‘As telah lari daripada aku, lalu dipujuk oleh Mu‘awiyah supaya
menyokongnya. Kemudian dia telah bersama Mu‘awiyah selepas ditawarkan kepadanya
untuk menjadi gabenor Mesir. Lantaran itu, adalah haram ke atasnya mengambil al-Fai’ di atas pembahagiannya walaupun
satu dirham.
Dan haram ke atas mereka yang
bertanggung-jawab di dalam harta mereka menyampaikan dirham kepadanya di atas
haknya dan mengampuninya di atas apa yang diambilnya. Dia mulai memerintah
negeri dengan zalim. Siapa yang memberi baiah kepadanya, maka dia meredainya.
Dan siapa yang menyalahinya, maka dia akan menentangnya. Kemudian dia
menghadapi aku dengan menarik balik baiahnya kepada aku, mengubah suasana
negara timur dan barat, utara dan selatan. Berita itu sampai kepada aku
mengenai perkara tersebut. Maka seorang lelaki yang mempunyai mata sebelah dari
Thaqif telah mendatangi aku, memberi isyarat kepada aku supaya aku melantik
Mu‘awiyah pada tempatnya. Dengan ini aku senang memecatnya selepas itu. Aku
telah bermesyuarat dengan orang yang aku percayai nasihatnya untuk Allah,
Rasul-Nya, untuk aku dan mukminin. Maka nasihatnya tentang Mu‘awiyah adalah
seperti pendapat aku. Dia telah melarang aku untuk melantiknya dan memberi
peringatan kepadaku supaya tidak melibatkan Mu‘awiyah dengan urusan muslimin
supaya menyaksikan bahawa aku tidak mengambil orang-orang yang sesat sebagai
pembantu. Aku telah mengarah seorang saudara di Jilah satu kali dan saudara
al-Asy‘ariyyin satu kali supaya tidak menyokongnya.
Kedua-dua orang tersebut cenderung
kepada dunia mereka dan menurut hawa nafsunya. Apabila aku melihatnya melampaui
hukum-hukum Allah dengan angkuh, maka aku telah bermesyuarat dengan para
sahabat Muhammad di kalangan ahli Badr di mana Allah telah meredai mereka dan
mereka pula telah meredai-Nya ketika mereka memberi baiah dan lain-lain. Semua
pendapat mereka selari dengan pendapat aku di dalam memerangi Mu‘awiyah. Maka
aku telah bertindak bersama para sahabat aku bagi menentangnya dengan menghantar surat-surat aku pada setiap
tempat menyerunya supaya kembali kepada hakikatnya; mematuhi aku.
Sebaliknya dia telah bertindak menentang
aku dan bercita-cita ke atas ku dan
mengenakan syarat-syarat kepada aku yang tidak diredai Allah, Rasul-Nya dan
muslimin. Di antara syaratnya dia meminta aku supaya menyerahkan para sahabat Muhammad s.a.w yang
terpilih kepadanya. Antaranya; ‘Ammar bin Yasir. Orang seperti Ammar, demi
Tuhan, sewaktu kami telah datang bersama Nabi s.a.w. Maka baginda s.a.w tidak menghitung kami
berlima melainkan Ammar keenam mereka, dan tidak menghitung kami berempat melainkan Ammar adalah kelima mereka.
Mu‘awiyah telah mensyaratkan supaya
mereka dikembalikan kepadanya supaya dia
dapat membunuh dan menyulakan mereka.
Darah Uthman telah mengalir, demi Tuhan,
Mu‘awiyah tidak berkumpul untuk mempertahankan Uthman dan tidak pula
mengumpulkan orang ramai bagi membunuhnya melainkan dia dan para sahabatnya
daripada pokok yang dilaknati di dalam al-Qur’an. Setelah aku tidak menyahuti
syaratnya, dia meneruskan keangkuhannya dan kezalimannya, memerintahkan mereka
yang tidak berfikiran jauh, lalu mereka mematuhinya. Dia telah memberi kepada
mereka apa yang mereka kehendaki. Aku membentangkan mereka kepada Allah selepas
memberi peringatan dan keuzuran.
Setelah aku mendapatinya lebih bertambah
keangkuhan dan kezaliman, maka kami telah menghadapinya dengan peperangan
sehingga Allah memberikan kami kemenangan ke atas musuh-musuh-Nya dan musuh
kami, bendera Rasulullah s.a.w berada di tangan kami. Allah sentiasa memburu
parti syaitan dengannya sehingga beliau (Mu‘awiyah) mati. Dia adalah pembawa
bendera bapanya. Aku telah memeranginya bersama-sama Rasulullah s.a.w pada
semua tempat, lantaran itu dia tidak dapat menyelamatkan dirinya melainkan melarikan diri. Lantas dia
menunggang kudanya dan membalikkan benderanya tanpa mengetahui bagaimana dia
akan bertindak. Lalu dia meminta pertolongan dengan pendapat ‘Umru bin al-‘As
supaya mashaf-mashaf diangkat di hadapan orang ramai dan berkata:
Sesungguhnya anak lelaki Abu Talib dan partinya adalah ahli yang berwawasan dan
rahmat.
Sesungguhnya mereka telah menyeru anda
kepada kitab Allah pada peringkat pertama dan akan menyahuti anda pada
peringkat kedua. Maka Mu‘awiyah menerima pendapatnya, kerana tidak ada jalan
lain bagi mengelakkan dirinya daripada pembunuhan selain daripadanya. Justeru
itu dia mengangkat beberapa mashaf dan menyeru orang ramai kepada apa yang
ditulisnya. Maka beberapa orang sahabat aku telah cenderung kepada
mashaf-mashaf tersebut selepas kehilangan pilihan mereka dan kegigihan mereka
di dalam memerangi musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka di atas kesedaran
mereka. Mereka menyangka bahawa
Mu‘awiyah setia kepada seruannya . Justeru itu, mereka telah menerima seruannya
dan datang kepada aku. Maka aku berkata kepada mereka: Itu adalah tipu muslihat
daripadanya dan ‘Umru bin al-‘As bersama-samanya. Sesungguhnya tipu muslihat adalah lebih hampir kepada mereka
berdua daripada kesetiaan kepada seruan
mereka. Tetapi mereka dipihakku tidak menerima kata-kata aku. Mereka juga tidak
mematuhi perintah aku.
Malah mereka enggan kecuali dari
menerima seruan Mu‘wiyah. Aku suka atau tidak dan aku mahu atau tidak sehingga
sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Sekiranya beliau (Ali
a.s) tidak melakukannya, maka kaitlah beliau dengan anak lelaki ‘Affan atau
tolakkannya kepada anak lelaki Hindun sekali gus. Maka aku berusaha dengan
keras -Allah telah mengetahui usaha aku- Aku tidak meninggalkan satu tujuan pun
di dalam diri aku melainkan aku telah menyampaikannya supaya mereka menerima
aku dan pendapat aku tetapi mereka tidak
melakukannya sehingga aku meminta mereka supaya bersabar seketika. Namun
mereka juga tidak mahu melakukannya selain daripada syeikh ini- Beliau a.s.
memberi isyarat dengan tangannya kepada Asytar- dan sekumpulan keluarga aku.
Demi Allah, tidak ada yang telah
menghalang aku dari meneruskan wawasan aku melainkan aku khuatir dua orang ini
akan dibunuh- Beliau a.s. telah memberi isyarat dengan tangannya kepada
al-Hasan dan al-Husain a.s- Maka dengan ini akan terputuslah keturunan
Rasulullah s.a.w dan zuriatnya bagi umatnya. Aku juga khuatir dua orang ini
akan dibunuh -Beliau a.s. telah memberi isyarat dengan tangannya kepada
Abdullah bin Ja‘far dan Muhammad bin al-Hanafiyyah r.a. Sesungguhnya aku
mengetahui jika aku tidak mempunyai kedudukan ini, nescaya mereka berdua tidak
akan mengambil sikap sedemikian. Justeru itu, aku telah bersabar di atas apa
yang dikehendaki oleh mereka serta apa yang telah diketahui oleh Allah
mengenainya terlebih dahulu.
Apabila kami meletakkan pedang-pedang
kami dari menentang mereka, maka mereka meminta supaya diadakan penghakiman (tahkim ) di dalam perkara tersebut;
mereka telah memilih pendapat-pendapat
dan meninggalkan mashaf-mashaf dan hukum al-Qur’an. Maka aku enggan dihakimi
sedemikian pada agama Allah yang Esa, kerana penghakiman sedemikian adalah
salah. Tanpa syak lagi, setelah mereka juga enggan, maka aku mahu seorang daripada keluarga aku
menjadi hakim atau orang yang aku meredai pendapatnya dan akalnya. Orang yang
aku percaya dengan nasihatnya, kasih sayangnya dan agamanya. Aku telah
mengemukakannya tanpa menamakan sesiapapun daripada keluarga aku. Tetapi anak lelaki Hindun menghalangnya.
Aku telah menyeru kebenaran kepadanya,
tetapi dia telah membelakangi, malah dia telah memaksa kezalimannya ke atas
kami. Semuanya kerana para sahabat aku mematuhinya di dalam perkara tersebut.
Mereka juga enggan kecuali mengalahkan aku secara tahkim, maka aku telah melepaskan diri aku kepada Allah daripada
mereka dan aku telah menyerahkan perkara tersebut kepada mereka. Maka mereka
telah memilih seorang yang kurang ilmu[195]
untuk mewakili mereka. Kemudian wakil tersebut telah ditipu oleh ‘Umru bin
al-‘As. Penipuan itu terserlah di timur dan di barat. Orang terkena tipu pula
melahirkan penyesalan yang tidak terhingga. Kemudian beliau a.s. berpaling
kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketujuh: Wahai saudara Yahudi,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berjanji kepada aku supaya aku berperang
pada saat hari-hari akhir aku ke atas sekumpulan daripada para sahabat
aku. Mereka itu berpuasa di siang hari
dan bangkit mengerjakan solat di waktu malam, membaca kitab Allah. Mereka
terkeluar daripada agama kerana perselisihan mereka dengan aku. Peperangan
mereka (muharabati-him )terhadapku
seperti keluarnya anak panah dari lontaran. Di kalangan mereka adalah Dhu
al-Thadyah yang telah mengakhiri aku dengan pembunuhan mereka dengan
kebahagiaan. Setelah aku kembali ke tempat aku ini -selepas majlis tahkim- sebahagian daripada mereka
mengeluarkan kata-kata cacian sesama mereka kerana telah menyokong tahkim dua lelaki dan mereka tidak
mendapati jalan keluar selain berkata: Amir kita sepatutnya tidak memberi baiah
kepada mereka yang telah bersalah di kalangan kita.
Dan beliau sepatutnya meneruskan
pendapatnya untuk membunuh dirinya dan mereka yang telah menyalahinya di
kalangan kita. Sesungguhnya beliau telah menjadi kafir kerana mengikuti kita.
ketaatannya kepada kita adalah di dalam kesalahan. Justeru itu, pembunuhannya
adalah halal bagi kita. Lantas mereka bersepakat di dalam keadaan tersebut dan
keluar dengan angkuh dan menyeru dengan suara yang tinggi: La hukma illa li-l-Lah (tiada penghakiman melainkan untuk Allah).
Kemudian mereka telah berpecah kepada tiga golongan, satu golongan di Nakhilah
dan golongan kedua di Haraura’ dan golongan yang ketiga melintasi ke arah timur
sehingga menyeberangi Dajlah. Golongan ini telah menguji setiap muslim yang
telah dijumpainya.
Barangsiapa yang telah memberi baiah
kepada mereka, maka mereka membiarkannya hidup. Sesiapa yang telah menyalahi
mereka akan dibunuh. Maka aku keluar kepada golongan pertama dan kedua satu
demi satu menyeru mereka kepada ketaatan kepada Allah, mengikuti kebenaran dan
kembali kepada-Nya. Kedua-dua golongan ini enggan melainkan pedang. Maka aku
pun menyerahkan penghakiman mereka kepada Allah. Allah telah membunuh mereka.
Jika mereka tidak menentang aku, nescaya aku telah mendapat sokongan yang kuat.
Tetapi Allah telah kehendaki sedemikian. Kemudian aku telah menulis kepada
golongan ketiga. Aku mengarahkan utusan aku kepada mereka.
Mereka terdiri daripada para sahabat
yang mulia, ahli ibadat dan zuhud di dunia, tetapi mereka enggan melainkan
mengikut dua golongan yang terdahulu. Lantas aku mempercepatkan pembunuhan
mereka, aku keluar sehingga aku telah memotong Dajlah daripada mereka. Aku
mengutus al-Asytar, al-Ahnaf bin Qais al-Kindi dan Sa‘id bin Qais al-Kindi
kepada mereka. Setelah mereka enggan melainkan pedang maka aku memerangi
mereka. Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah telah membunuh mereka sehingga
individu yang terakhir. Pada ketika itu mereka berjumlah empat ribu orang atau
lebih. Tetapi tidak ada seorang pun yang terlepas dariku. Aku mengeluarkan Dhu
al-Thadyah yang telah terbunuh ke hadapan. Mereka melihatnya. Dia mempunyai payu dara seperti payu dara seorang
wanita. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata:
Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya aku
telah melaksanakan tujuh dan tujuh perkara, wahai saudara Yahudi dan masih
tinggal yang lain di mana aku telah menghampirinya. Maka para sahabat Ali a.s.
menangis dan begitu juga ketua Yahudi. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin,
beritahu kepada kami tentang perkara yang lain itu? Beliau a.s. berkata:
Perkara yang lain itu adalah akan menjadi merah di tempat ini -Beliau a.s.
memberi isyarat dengan tangannya kepada janggutnya-daripada tempat ini -Beliau
a.s. memberi isyarat kepada pangkal lehernya.
Beliau a.s. berkata: Maka telah berlakulah
riuh-rendah dengan tangisan di masjid Jamik sehingga semua orang di dalam rumah
di Kufah keluar dalam keadaan takut dan
ketua Yahudi telah memeluk Islam di tangan Amir al-Mukminin a.s serta merta.
Beliau terus menetap di Kufah sehingga terbunuhnya Amir al-Mukminin a.s. Setelah beliau a.s. dibunuh maka Ibn Muljam –la‘ana-hu l-Lah- ditangkap. Ketua Yahudi
tersebut datang dan berdiri di hadapan al-Hasan a.s. Orang ramai di
sekelilingnya sementara Ibn Muljam di hadapannya. Dia berkata: Wahai Abu Muhammad,
bunuhlah dia, nescaya Allah membunuhnya. Sesungguhnya aku telah membaca di
dalam kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas Musa bin Imran; ini adalah
jenayah yang paling besar di sisi Allah daripada jenayah anak lelaki Adam yang
telah membunuh saudaranya dan pembunuh unta betina kaum Thamud[196].
Percakapan
Jin Tentang Kenabian Nabi S.A W
Abu Muhammad daripada Sabah
al-Mazni daripada al-Harith bin al-Hasirah daripada al-Asbagh bin Nabatah
sesungguhnya beliau berkata: Kami berada bersama-sama Amir al-Mukminin Ali bin
Abu Talib a.s pada hari Jumaat di Masji selepas solat Asar. Tiba-tiba
datang seorang lelaki yang tinggi,
kelihatan seperti seorang Badwi. Lalu memberi salam kepadanya.
Ali a.s berkata kepadanya: Apakah yang
dilakukan oleh Jin sahabat anda yang datang kepada anda? Lelaki itu berkata:
Sesungguhnya dia masih mendatangiku sehingga aku berdiri di hadapan anda wahai
Amir al-Mukminin. Ali a.s berkata: Dia (jin) telah menceritakan kepada aku
tentang kaumnya. Maka lelaki itupun pun duduk dan kami telah mendengar
katan-katanya. Dia berkata: Sesungguhnya aku tinggal di Yaman sebelum Allah
mengutus Nabinya s.a.w. Tiba-tiba seorang Jin telah datang kepada aku pada
pertengahan malam. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan berkata: Duduk, maka
aku pun duduk di dalam keadaan ketakutan. Jin itu berkata: Dengarlah. Aku
berkata: Apakah yang akan aku dengar? Dia berkata:
Aku telah menjadi hairan kepada jin dan kesamarannya
Dinaiki oleh unta cantik pakaiannya
Datang ke Makkah mencari petunjuk
Jin yang bersih tidak sama dengan yang kotornya
Datanglah kepada yang terpilih daripada Bani Hasyim
Lontarlah dengan dua mata anda kepada ketuanya
Lelaki itu berkata: Demi
Allah, Jin itu menceritakan kepada aku
sesuatu tentang anak lelaki Hasyim. Aku berharap agar dia menerangkannya kepada
aku. Sesungguhnya aku telah menghabiskan malam aku di dalam keadaan dukacita.
Tiba-tiba Jin itu datang lagi kepada aku pada pertengahan malam ketika aku
sedang duduk. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan berkata: Duduklah. Maka
aku pun duduk di dalam ketakutan. Jin itu berkata: Dengarlah. Aku berkata:
Apakah yang akan aku dengar? Dia berkata:
Aku telah menjadi hairan dengan
jin dan berita-berita
Dinaiki oleh unta cantik warna dengan pakaian
kelengkapannya
Datang ke Makkah mencari petunjuk
Jin mukmin tidak sama dengan jin kafirnya
Datanglah kepada yang terpilih
daripada Bani Hasyim
Di antara bukit-bukit dan
batu-batunya
Aku berkata: Dia telah
bercakap sesuatu tentang Bani Hasyim dan aku berharap dia dapat menerangkannya
kepada aku. Aku menghabiskan malam aku
di dalam keadaan dukacita. Tiba-tiba dia datang lagi kepada aku pada
pertengahan malam dan aku duduk. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan
berkata: Duduklah. Maka aku pun duduk di dalam ketakutan. Dia berkata:
Dengarlah. Maka aku berkata: Apakah yang akan
aku dengar? Dia berkata:
Aku telah menjadi hairan dengan
jin dan fikirannya
Dinaiki
oleh unta cantik warna dengan
bonggolnya
Datang ke
Makkah mencari petunjuk
Tidak
sama jin yang benar dengan pembohongnya
Datanglah
kepada yang terpilih daripada Bani
Hasyim
Ahmad adalah sebaik-baik tuannya
Aku berkata: Demi Tuhan, aku
telah faham. Maka di manakah beliau? Jin berkata: Beliau telah lahir di Makkah
sedang menyeru kepada syahadah tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya
Muhammad adalah pesuruh Allah. Maka unta akupun memulakan perjalanannya pada
waktu pagi menuju ke arah Makkah.
Orang yang pertama aku jumpa
ketika aku memasuki Makkah adalah Abu Sufyan- beliau adalah seorang syeikh yang
sesat- Aku telah memberi salam kepadanya dan bertanya tentang Bani Hasyim. Maka
Abu Sufyan berkata: Mereka hidup mewah melainkan anak yatim Abu Talib telah
merosakkan agama kami. Aku bertanya: Apakah namanya? Muhammad atau Ahmad. Aku
berkata: Di manakah beliau? Abu Sufyan berkata: Beliau telah berkahwin dengan
Khadijah binti Khuwailid dan tinggal bersama-samanya. Kemudian aku menaiki unta
aku sehingga aku berakhir ke pintu rumahnya.
Maka aku pun mengikat unta aku
kemudian aku mengetukkan pintunya. Khadijah bertanya kepada aku: Siapakah ini?
Aku berkata: Aku mahu Muhammad. Khadijah berkata: Pergilah anda kepada
pekerjaan anda. Anda tidak Mahu Muhammad berehat di bayang rumahnya. Kamu
mengusir dan mengepungnya. Pergilah kepada pekerjaan anda. Aku berkata: Rahima-ki l-Lah- Aku adalah seorang
lelaki datang dari Yaman. Mudah-mudahan Allah melimpahkan kurniaan-Nya ke atas
aku dengan Muhammad dan janganlah anda menghalang aku berjumpa dengannya. Maka
aku telah mendengar beliau berkata: Wahai Khadijah, bukalah pintu itu. Lalu
Khadijah membukanya. Maka aku memasukinya. Aku melihat cahaya di mukanya.
Kemudian aku berpusing di belakangnya.
Maka ia tertulis : Aku adalah nabi yang terakhir” di sebelah bahu kanannya.
Maka aku pun mengucupnya. Kemudian aku telah berdiri di hadapannya dan aku
berkata:
Jin mendatangi aku selepas ketenangan dan
ketiduran
Tidak
mungkin apa yang aku telah membacanya
pembohong
Tiga
malam kata-katanya setiap malam
Telah
datang kepada anda rasul daripada Lu’i bin
Ghalib
Aku telah
menunggang unta yang kuat antara bumi
yang jauh
Kami
telah percaya wahyu Engkau, wahai Yang Maha
Kuasa
Walaupun
menghadapi berbagai-bagai kesulitan
Aku naik
saksi tiada tuhan selain daripada-Nya
Sesungguhnya andalah diperintahkan ke atas setiap
yang ghaib
Sesungguhnya anda adalah rasul mursal sebagai
wasilah
Kepada
Allah wahai anak lelaki yang paling mulia
Jadilah
aku sebagai pemberi syafaat di hari yang
tiada syafaat
Kepada
Allah tanpa memerlukan Sawad bin Qarib.
Nama lelaki itu adalah Sawad
bin Qarib. Maka aku pun kembali dan demi Tuhan, telah beriman kepadanya s.a.w.
Kemudian dia menyertai perang di Siffin bersama-sama Amir al-Mukminin a.s dan
mati syahid[197].
____________________________________________
BAHAGIAN KEENAM
Hadis
tentang Fadak, Saqifah Bani Sa‘idah, balaghah Nabi s.a.w, mutiara kata Amir al-Mukminin a.s, dialog Abu
Hanifah dengan Abu Abdullah a.s, qasidah al-Farazdaq untuk Ali bin al-Husain
a.s dan lain-lain
Hadis Tentang Fadak
Abu Muhammad, daripada
Abdullah bin Sinan daripada Abu Adillah a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w
mati, Abu Bakr telah menduduki tempatnya, beliau telah mengutus kepada wakil
Fatimah a.s,lalu mengeluarkannya dari Fadak, kemudian Fatimah a.s telah mendatanginya
dan berkata: Wahai Abu Bakr! Anda telah mendakwa bahawa anda adalah pengganti
bapa aku, menduduki tempatnya, mengutus kepada wakil aku dan
mengeluarkannya dari Fadak sedangkan
anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah menghadiahkannya kepada aku dan
sesungguhnya aku mempunyai beberapa saksi.
Maka Abu Bakr berkata
kepadanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak meninggalkan pusaka, maka beliau
kembali kepada Ali a.s, lalu memberitahunya, Ali a.s berkata kepadanya:
Kembalilah anda kepadanya dan berkata: Anda telah menyangka bahawa Nabi s.a.w
tidak mewariskan pusakanya sedangkan
Sulaiman telah mewarisi Daud, dan Yahya telah mewarisi Zakaria dan bagaimana
aku tidak mewarisi bapa aku? ‘Umar berkata: Anda mahu mengajar kami? Beliau a.s
berkata: Sekiranya aku adalah seorang yang mengajar anda, maka sepupu aku, dan
suami akulah yang telah mengajar aku.
Abu Bakr berkata: ‘Aisyah dan
‘Umar menjadi saksi sesungguhnya mereka berdua telah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya. Fatimah a.s
berkata: Ini adalah penyaksian bohong pertama di dalam Islam yang dilakukan oleh mereka berdua. Kemudian
beliau berkata: Sesungguhnya Fadak adalah pemberian Rasulullah s.a.w kepada aku
dan aku mempunyai beberapa orang saksi, beliau berkata kepadanya: Panggil
saksi-saksi anda ke mari, maka Fatimah a.s datang bersama Ummu Aiman dan Ali
a.s, Abu Bakr berkata kepada Ummu Aiman: Wahai Ummi Aiman sesungguhnya anda
telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w bersabda tentang Fatimah?
Maka mereka berdua berkata:
Kami telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah
penghulu wanita syurga, kemudian Ummu Aiman berkata: Penghulu wanita syurga
mendakwa perkara yang bukan haknya? Dan aku adalah wanita syurga selama aku
menjadi saksi apa yang aku telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.‘Umar
berkata: Tinggalkan kami dengan kisah-kisah ini wahai Ummu Aiman, dengan apakah
kamu berdua menjadi saksi? Ummu Aiman berkata: Aku duduk di rumah Fatimah a.s
dan Rasulullah s.a.w juga duduk sehingga
turun Jibrail ke atasnya, dan berkata:Wahai Muhammad! Berdirilah sesungguhnya
Allah s.w.t telah memerintah aku supaya
menggariskan Fadak untuk anda dengan sayap aku, maka Rasulullah s.a.w berdiri
bersama Jibrail.
Kemudian beliau kembali. Maka Fatimah a.s
berkata: Wahai bapaku di manakah anda telah pergi? Maka beliau bersabda:
Jibrail telah membuat garisan Fadak
untuk aku dengan sayapnya dan menetapkan sempadannya untuk aku, Fatimah a.s
berkata: Wahai bapa aku, sesungguhnya aku khuatir tanggungan dan keperluan
selepas anda, maka berilah ia kepada aku, maka beliau bersabda:Ia adalah
pemberian kepada anda. Beliau berkata: Ya, Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai
Ummu Aiman, saksikanlah, wahai Ali, saksikanlah. Umar berkata: Anda adalah
seorang perempuan dan kami tidak mengharuskan penyaksian seorang perempuan
seorang sahaja, adapun Ali, maka beliau akan melakukannya untuk dirinya
sendiri.
Fatimah berdiri di dalam
keadaan marah dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka berdua telah
menzalimi hak anak perempuan Nabi Engkau, maka kuatkanlah tekanan Engkau ke
Atas mereka berdua. Kemudian beliau keluar dan dibawa oleh Ali a.s mengelilingi
rumah kaum muhajirin dan ansar, al-Hasan dan al-Husain bersama mereka berdua,
Fatimah a.s berkata: Wahai, kaum muhajirin dan ansar, tolonglah Allah, kerana
aku adalah anak perempuan Nabi kamu, kamu telah memberi baiah kepada Rasulullah
s.a.w pada hari itu kamu telah memberi baiah kepadanya untuk melindunginya dan
zuriatnya daripada sebarang ancaman sebagaimana kamu melindungi diri kamu, dan
zuriat kamu.
Beliau berkata: Tetapi tiada
seorang pun yang telah menolongnya. Kemudian beliau datang kepada Mu‘adh bin
Jabal dan berkata: Wahai Mu‘adh, sesungguhnya aku datang bagi meminta bantuan
anda, anda telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w agar anda menolongnya
dan zuriatnya, menghalangnya sebagaimana anda menghalang diri anda dan zuriat anda. Sesungguhnya Abu
Bakr telah merampas Fadak daripada aku,
dan mengeluarkan wakil aku daripadanya. Beliau berkata: Adakah orang lain
selain daripada aku? Beliau a.s berkata: Tiada seorang pun yang telah menyahuti
seruan aku. Beliau berkata:Di manakah aku akan mendapatkan pertolongan untuk anda? Maka Fatimah a.s
keluar dari sisinya, dan anak lelakinya datang kepadanya dan berkata: Apakah
yang membuatkan anak perempuan Muhammad datang kepada anda?
Beliau berkata: Beliau datang
untuk mendapatkan pertolongan aku menentang Abu Bakr, kerana beliau telah
mengambil Fadak daripadanya, beliau bertanya lagi: Anda tidak menyahut
seruannya? Beliau berkata: Aku seorang tidak boleh melakukannya. Beliau
berkata: Anda telah enggan menolongnya? Beliau menjawab: Ya, beliau
berkata:Apakah yang telah dikatakan kepada anda? Beliau berkata kepada aku: Demi
Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada
Rasulullah s.a.w.
Maka anak lelakinya berkata:
Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya
kepada Rasulullah s.a.w jika anda tidak menyahuti seruan anak perempuan
Muhammad s.a.w, beliau berkata: Fatimah a.s keluar dari sisinya dan berkata:
Demi Allah,aku tidak akan bercakap dengan anda sehingga aku dan anda berkumpul
di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian beliau pulang. Maka Ali a.s berkata kepadanya:
Pergi kepada Abu Bakr, kerana beliau adalah lebih lembut daripada sahabatnya
dan katakan kepadanya: Anda telah mendakwa tempat bapa aku dan anda
khalifahnya.
Anda telah menduduki
tempatnya, jika Fadak milik anda kemudian aku meminta anda supaya anda
memberinya kepada aku, maka ia wajib diberikan kepada aku. Manakala beliau
mendatanginya, beliau berkata kepadanya sedemikian, Abu Bakr berkata: Anda
memang benar. Lalu beliau menulis surat tentang pemberian balik Fadak, lantas
beliau a.s keluar dan surat telah berada bersamanya, kemudian beliau
terserempak dengan ‘Umar, maka beliau berkata: Wahai anak perempuan Muhammad,
apakah surat bersama anda? Beliau berkata: Surat yang telah ditulis Oleh Abu
Bakr tentang pemberian balik Fadak kepada aku, beliau berkata: Berikan kepada
aku.
Fatimah a.s enggan untuk
memberikannya kepadanya, lalu ‘Umar
menendangnya[198]
dengan kakinya pada masa itu beliau sedang mengandung anak lelakinya al-Muhsin. Maka Muhsin telah
tergugur dari kandungannya, kemudian beliau telah memukulnya seolah-olah aku
sedang melihat kepada subang di telinganya jatuh bertaburan. Kemudian ‘Umar
telah mengambil surat tersebut, lalu mengoyaknya. Fatimah a.s pergi dan tinggal
tujuh puluh hari di dalam keadaan sakit kerana pukulan ‘Umar, apabila hampir
mati, beliau telah menyeru Ali a.s dan berkata: Anda memberi jaminan atau aku
wasiatkannya kepada anak lelaki al-Zubair.
Maka Ali a.s berkata: Aku
menjamin wasiat anda wahai anak perempuan Muhammad, Fatimah a.s berkata: Aku
meminta anda dengan hak Rasulullah s.a.w apabila aku mati, dua lelaki[199]
itu tidak akan menyaksikan aku dan tidak akan mengerjakan solat jenazah untuk
ku, Ali a.s berkata: Maka bagi anda hak sedemikian, apabila beliau mati, maka
Ali a.s telah mengapankannya pada waktu malam. Penduduk Madinah datang pada
waktu pagi untuk menghadiri jenazahnya, begitu juga Abu Bakr dan ‘Umar. Ali a.s
keluar dari rumahnya kepada Abu Bakr dan
‘Umar, mereka berdua berkata kepadanya: Apakah anda telah lakukan kepada anak
perempuan Muhammad, anda telah menyempurnakannya, wahai Abu al-Hasan? Ali a.s
berkata: Demi Allah, aku telah
menyempurnakannya pada waktu
malam.
Mereka berdua berkata: Apakah
yang telah membawa anda melakukan sedemikian tanpa memberitahukan kami? Beliau a.s berkata: Fatimah a.s telah
memerintah aku sedemikian. ‘Umar berkata: Demi Allah, aku bercadang untuk
menggalinya dan mengerjakan solat ke
atasnya. Ali a.s berkata: Demi Allah, selama hati aku masih berfungsi, dan
pedang Dhu l-Fiqar masih di tangan aku,
anda tidak akan dapat menggali kuburnya, dan anda lebih mengetahuinya. Abu Bakr berkata kepada ‘Umar:
Pergilah kerana beliau (Ali) adalah lebih berhak dengannya daripada kita, orang
ramai pun bersurai[200].
Hadis Tentang Saqifah Bani Sa‘idah
Abu Muhammad daripada ‘Umru
bin Abu al-Miqdam daripada bapanya daripada datuknya berkata: Tiada hari yang
lebih besar dialami oleh Ali a.s
daripada dua hari, pertama adalah hari kematian Rasulullah s.a.w . Kedua adalah
hari Saqifah Bani Sa‘idah, demi Allah, aku sedang duduk di Saqifah Bani
Sa‘idah di kanan Abu Bakr dan orang
ramai sedang memberi baiah kepadanya apabila ‘Umar berkata kepada Abu Bakr:
Kenapa anda tidak berbuat sesuatu kepada Ali yang belum memberi baiah kepada
anda, utus kepadanya sehingga beliau datang kepada anda untuk memberi baiah?
Beliau berkata: Beliau telah
mengutus Qunfudh, dan berkata kepada Ali a.s: Sahutlah seruan khalifah
Rasulullah s.a.w? Ali a.s berkata: Alangkah cepatnya anda telah berbohong ke
atas Rasulullah s.a.w sedangkan Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang pun
penggantinya selain daripada aku, Qunfudh kembali dan memberitahu Abu Bakr
tentang kata-kata Ali a.s, Abu Bakr berkata: Pergi kepadanya dan katakan
kepadanya: Abu Bakr menyeru anda dan datanglah kepadanya sehingga anda memberi baiah, kerana anda seorang
lelaki di kalangan muslimin, Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah
memerintahkan aku supaya aku tidak keluar sehingga aku
menyusun al-kitab (al-Qur’an), kerana ia
masih berada di pelepah kurma dan di kulit unta.
Qunfudh kembali lagi kepada
Abu Bakr dan memberitahunya tentang kata-kata Ali a.s, lantas ‘Umar berkata
kepada Abu Bakr:Berdiri lah anda kepada lelaki itu, maka Abu Bakr, Umar,
Uthman, Khalid bin al-Walid, al-Mughirah bin Syu‘bah, Abu ‘Ubaidah, Salim hamba
Abu Hudhaifah, dan aku telah berdiri bersama-sama mereka, Fatimah a.s telah
menyangka bahawa tiada seorang pun akan memasuki rumahnya melainkan dengan
izinnya, maka beliau telah menutup pintunya. Manakala mereka sampai di pintunya,
maka ‘Umar telah menendangnya dengan kakinya dan memecahkannya-Ia diperbuat
dari pelepah kurma-lalu mereka memasukinya dan mengeluarkan Ali a.s di dalam
keadaan terikat.
Fatimah a.s keluar dan
berkata: Wahai Abu Bakr dan ‘Umar! Kamu berdua mahu menjadikan aku ibu tunggal
daripada suami aku, demi Tuhan, sekiranya kamu berdua tidak berhenti dari
melakukannya terhadapnya, nescaya aku akan menguraikan rambut aku, aku akan
mengoyakkan poket baju aku, dan aku akan mendatangi kubur bapa ku,dan aku akan
mengadu kepada Tuhanku, maka beliau pun keluar dan memegang tangan al-Hasan dan
al-Husain menuju ke arah kubur Rasulullah s.a.w. Ali a.s berkata kepada Salman:
Wahai Salman, dapatkan anak perempuan Muhammad, kerana aku sedang melihat dua
kawasan Madinah sedang bergerak, demi Tuhan,jika beliau melakukan apa yang
dikatakannya, nescaya Madinah dan penduduknya akan ditelan bumi, beliau
berkata: Salman dapat memintasnya dan berkata: Wahai anak perempuan
Muhammad,sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus bapa anda sebagai rahmat,maka
kembalilah, Fatimah a.s berkata: Wahai Salman, aku tidak sabar lagi, lantaran
itu, tinggallah aku sehingga aku mendatangi kubur bapa aku,maka aku dapat
mengadu kepada Tuhanku, Salman berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah mengutus aku
kepada anda supaya pulang, beliau berkata: Aku mentaatinya, maka beliau pulang,
mereka telah mengeluarkan Ali dari rumahnya
di dalam keadaan terikat.
Beliau berkata: Al-Zubair
datang di dalam keadaan pedang terhunus seraya berkata: Wahai Bani Abd al-Muttalib!
Adakah dilakukan sebegini kepada Ali sedangkan kamu masih hidup? Kemudian
beliau telah menerkam kepada ‘Umar untuk
memukulnya dengan pedangnya, lantas Khalid bin al-Walid melontar batu ke
tangannya, dan ia mengenainya, lalu terjatuh pedang di tangannya. Lantas ‘Umar
mengambil pedangnya dan memukulnya ke atas batu, lalu ia pecah.
Ali a.s telah melalui di atas kubur Rasulullah s.a.w dan berkata:
Wahai anak lelaki ibu aku, sesungguhnya
kaum telah menindas aku dan mereka hampir membunuh aku”. Kemudian Ali a.s
dibawa ke Saqifah untuk majlis Abu Bakr, kemudian ‘Umar berkata kepadanya:
Baiahlah anda kepada Abu Bakr, maka Ali a.s berkata: Jika aku tidak
melakukannya? ‘Umar berkata: Demi Tuhan, kami akan memukul tengkuk anda, Ali
a.s berkata: Jika begitu, aku akan menjadi hamba Allah dan saudara Rasulullah
s.a.w yang terbunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka
jawapannya: Ya, dan adapun saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh, maka
jawapannya: Tidak.-Beliau telah berkata sebanyak tiga kali, ‘Abbas berkata:
Berlembutlah kamu semua terhadap anak saudara aku, maka baiahnya kepada anda
adalah terletak di atas aku.
Kemudian Abbas telah mengambil
tangan Ali a.s dan menyapukannya di atas
tangan Abu Bakr, dan mereka telah membiarkan Ali a.s di dalam keadaan marah, lalu beliau mengangkat
kepalanya ke langit, kemudian berkata: Wahai Tuhanku, Engkau mengetahui
sesungguhnya Nabi Ummiyyi telah bersabda kepada aku: Jika mereka genap dua
puluh, maka perangilah mereka iaitu
firman Engkau di dalam kitab Engkau Surah al-Anfal (8): 65 “Jika kamu mempunyai dua puluh orang yang
sabar di kalangan kamu, mereka akan mengalahkan dua ratus orang”, wahai
Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak sampai dua puluh orang-sehingga beliau telah
berkata sebanyak tiga kali-kemudian beliau pulang[201].
[1]Al-Kulaini, al-Kafi,
1, 50.
[2] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii, hal.725.
Tentera sentiasa bersedia untuk mati
syahid. Ia mempunyai lima bahagian. Bahagian hadapan, belakang, kiri, kanan dan
tengah
[3] Al-Kulaini, al-Kafi,
1, 50, al-Kasyi, al-Rijal, hal.3
,al-Baraqi, al-Mahasin, hal.220
[4] Al-Kulaini, al-Kafi,
I, 32
[5] Al-Kulaini, I, 51
[6] Al-Kasyi, al-Rijal, hal.4
[7] Al-Kulaini, al-Raudhah,
no.356, al-Kasyi, al-Rijal, hal. 5, al-Bukhari,
Sahih, viii, hlm.378-385, (Bab fi al-Haudh) Muslim, Sahih,
iv , him.1793-6 (Kitab al-Fadha’il).
[8] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii, 47, 51
[9] Al-Kasyi, al-Rijal, hal.5 bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda
kepada para sahabatnya: Bergembiralah dengan seorang lelaki yang bernama Uwais
al-Qarani, kerana beliau akan memberi syafaat seperti Rabi‘ah dan Mudhar.
[10] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii, 725-6
[11] Al-Kulaini, al-Raudhah,
no.449
[12] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii, 52
[13] Al-Kasyi, al-Rijal,hal.8
[14] Al-Majlisi, Buhar
al-Anwar, viii ,52
[15] Al-Kasyi, al-Rijal,
hal.7-8
[16] Ibid
[17] Ibid
[18] al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vi, 785
[19] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vi, 783
[20] Ibid
[21] Al-Kasyi, al-Rijal,
hal.16, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 324
[22] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vi , 83
[23] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii, 475, 726
[24] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, viii, 726
[25] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiii, 130
[26] Ibid,
vi, 182
[27] Memberi penghormatan yang sewajarnya.Ibid
[28] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xix, 189
[29] Ibid, xvii,
125
[30] Ibid, viii, 227
[31] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix, 382
[32] Ibid
[33] Al-Kulaini,
al-Kafi, I, 216
[34] Ibid, I, 275, al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, ix, 266, vi, 178
[35] Al-Kulaini,
al- Kafi, I,175
[36] Ibid
[37] Al-Kulaini,
al-Kafi, I, 175, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii,
231
[38] Al-Kulaini,
al-Kafi, I, 177
[39] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiii, 195
[40] Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 61
[41] Ibid, iii,
55
[42] Al-Barqi, al-Mahasin,
hlm.133,al-Kulaini, al-Kafi, ii, 167
[43] Al-Kulaini, al-Kafi,
iii ,193
[44] Al-Kulaini, al-Kafi, iii, 164
[45] Ibid, ii,
168, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 230,
xvi, 101
[46] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, vxvi, 88
[47] Ibid, xiii, 195
[48] Al-Kulaini, al-Kafi,
ii , 453
[49] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 88
[50] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii, 170, al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi,
68
[51] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii, 170, 179,507
[52] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii,
201, 205
[53] Ibid,
ii, 170, 179, 507
[54] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 169, al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 61
[55] Al-Kulaini, al-Kafi, ii,
175
[56] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii, 247
[57] Ibid, ii, 247
[58] Ibid, iv, 2
[59] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xiii, 108
[60] Ibid, xv, 63
[61] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii,
202
[62] Al-Barqi, al-Mahasin, hlm.272
[63] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi ,78
[64] Al-Kulaini, al-Kafi, ii,
320
[65] Ibid,
ii, 75
[66] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi, 169
[67] Ibid, xv,
158
[68] Al-Saduq, al-Khisal, no.19, al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xvi, 176
[69] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 371
[70] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi, 176
[71] Al-Kulaini,
al-Kafi, ii,
155
[72] Ibid,
ii, 358, al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xvi, 176
[73] Al-Kulaini,
al-Kafi, iv , 27
[74] Al-Kulaini,
al-Kafi, iv,
157
[75] Al-Majlisi,
Bihar al-Asnwar, iv, 91
[76] Pengertiannya ialah kalam, pen, pena dan pensel
[77] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiv, 90
[78] Wujudnya beberapa Adam sebelum Adam kita dan
menurut satu riwayat bahawa Adam kita adalah Adam ketujuh, kerana Allah
mempunyai sifat-sifat yang sentiasa mencipta, memberi rezeki, menghidup dan
mematikan, serta kekuasaan-Nya yang tidak terhad.
[79] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.110, al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xi, 223
[80] Tiga puluh lima kilometer pergi dan balik
[81] Ibid
[82] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.112
[83] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi, 222
[84] Al-Kulaini,
al-Kafi, iv,
492
[85] Abu Bakr
[86] ‘Umar
[87] Al-Hasan bin
‘Ali bin Syu‘bah, Tuhaf al ‘Uqul, hlm.406
[88] Harun al-Rasyid
[89] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi, 396
[90] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.6,al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, viii, 726
[91] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.28,
al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 64
[92] Ibid
[93] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vi, 778
[94] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm 81,
al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 42
[95] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, x, 129
[96] Ibid,
viii, 728
[97] Ibid,
ix, 643
[98] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii, 727
[99] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.90
[100] Ibid
[101] Al-Kasyi, al-Rijal, 128
[102] Nama tempat antara Makkah dan Madinah
[103] Al-Kulaini,
al-Kafi, I,
396, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 81
[104] Al-Kulaini,
al-Kafi, iv,
465
[105] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.213
[106] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.213, al-Majlisi, Bihar al-Anwar,
xi, 205
[107] Ibid
[108] Ibid
[109] Ibid
[110] Ibid
[111] Ibid
[112] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix, 423
[113] Al-Kasyi, al-Rijal,
hlm.38, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 643
[114] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.26
[115] al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 48,
al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 629
[116] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix,
632
[117] Ibn al-Syaikh, al-Amali, hlm.103
[118] Ilmu tentang bencana
[119] Ilmu tentang
kematian
[120] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix, 633
[121] Ibid
[122] Ibid
[123] Ibid
[124] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.44, al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, viii, 432
[125] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii,
657-8
[126] Ibid
[127] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, viii, 522
[128] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, x, 105
[129] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi, 33
[130] Ibid ,
98
[131] Al-Kulaini,
al-Kafi, iv,
465,al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi,
284
[132] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.365,
al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 12
[133] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi,
285
[134] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi, 97
[135] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi, 206
[136] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xii, 82
[137] Ibid
[138] Ibid
[139] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.366
[140] Ibid
[141] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.367,
al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 82
[142] Ibid
[143] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xii , 80-81
[144] Ibid
[145] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.365
[146] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xi, 241
[147] Ibid, xi,
286
[148] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vii,
336
[149] Al-Hasan bin Ali bin Syu‘bah al-Harrani, Tuhaf al-‘Uqul, 476
[150] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, iv,
160
[151] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xii,
32
[152] Al-Mas‘udi, Fi
Ithbat al-Wasiyyah, hlm.169
[153] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiv,
337
[154] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, v, 376
[155] Al-Kulaini,
al-Raudhah min al-Kafi, hlm. 33
[156] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xxiv,
15
[157] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix , 388, Abu Bakr dan Umar
[158] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiv,
477
[159] Muslim, Sahih,
I, 574, Ibn Hanbal, al-Musnad, I, 31, al-Hakim, al-Mustadrak, ii, 196,
al-Qurtubi, al-Tafsir, iii, 130
[160] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, iv,
144
[161] Ibid, iii,
307
[162] Ibid, xv, 23
[163] Ibid, 119
[164] Al-Kulaini,
al-Kafi, iv, 23
[165] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vi, 36
[166] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiv,
845
[167] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xi, 50
[168] Ibid
[169] Abu Bakr dan
‘Umar
[170] Perubahan atau pertukaran
[171] Al-Kulaini,
al-Kafi, iii, 415
[172] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xviii, 474
[173] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vi, 553
[174] Al-Majlis,
Bihar al-Anwar, vii,
272-5
[175] Ibid
[176] Al-Kulaini, al-Kafi, I , 452
[177] Al-Majlisi,
Bihar al, nwar, vii, 562
[178] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xi, 34
[179] Pembantu-pembantu para Imam a.s
[180] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiv, 660
[181] Mereka menyerupai bentuk binatang binatang
tersebut
[182] Terdapat riwayat menyatakan bahawa mereka juga,
pada masa silam, tidak mengakui wilayah Amir al-Mukminin Ali a.s, lalu
ditukarkan kepada belut dan spesiesnya
[183] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xiv,
786
[184] Al-Tirmah adalah saudara lelaki Hajr bin ‘Adi di
kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s
[185] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii,
587
[186] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xix, 52
[187] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, xiv, 461
[188] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, xv , 17
[189] Namanya Abu al-Walid Isa bin Yazid bin Bakr ibn
Di’bin, tinggal di Hijaz semasa pemerintahan
Musa al-Hadi al-‘Abasi.Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, ix, 450
[190] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix,
450-454
[191] Al-Majlis,
Bihar al-Anwar, xiv, 173
[192] Al-Majlisi, Bihar
al-Anwar, ix, 645
[193] Abu Bakr
[194] Abu Bakr dan
‘Umar serta kumpulan mereka
[195] Abu Musa al-Asy‘ari
[196] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, ix,
300-305
[197] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, vi,
320, xiv, 592
[198] Menendang pintu rumahnya di mana pada masa itu
Fatimah sedang berada di balik pintu tersebut.Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxx, 296
[199] Abu Bakr dan ‘Umar
[200] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii,
103
[201] Al-Majlisi,
Bihar al-Anwar, viii, 44
__________________________________
bersambung Bahagian 2
Tidak ada komentar:
Posting Komentar