Raudhat Al-Kaafi (3)

BAHAGIAN 3 (AKHIR)
_____________________________________________
Syi‘ah Ali Adalah Orang Yang Membenarkan Kata-Katanya Dengan Amalannya.

       290. Dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada Ibrahim bin Abdullah al-Sufi berkata: Musa bin Bakr al-Wasiti berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata kepadaku: Jika aku menilai Syi‘ahku, aku tidak mendapati mereka melainkan pada nama sahaja (lau mayyaz-tu Syii‘atii lam ajid-hum illa waasifatan). Jika aku menguji mereka, nescaya aku tidak mendapati mereka melainkan di dalam keadaan murtad [1](la-ma wajad-tu-hum illa murtaddiin). Jika aku memeriksa mereka dengan teliti, nescaya seorangpun tidak akan terlepas di dalam seribu (lau tamahhas-tu-hum la-ma khalasa min al-Alafi waahidun). Jika aku menapis mereka, nescaya tidak seorangpun daripada mereka tinggal selain daripada apa yang ada padaku, sesungguhnya mereka masih duduk di atas bangku-bangku, mereka berkata: Kami adalah Syi‘ah Ali. Sesungguhnya Syi‘ah Ali  adalah orang yang amalannya membenarkan kata-katanya.

Kisah Kecekalan Maryam, Yusuf Dan Ayyub A.S.

       291. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad Ibn al-Hasan al-Maithami daripada Abban bin Uthman, daripada Abd al-A‘la maula keluarga Saam berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Dibawa datang seorang wanita cantik pada hari Kiamat yang telah menerima fitnah kerana kecantikannya, maka dia berkata: Wahai Tuhanku, Engkau telah memperelokkan kejadianku sehingga aku telah berjumpa dengan apa yang aku telah jumpa, lalu dibawa Maryam kepadanya dan dikatakan kepadanya: Adakah anda yang lebih cantik atau ini?
       Sesungguhnya kami telah memperelokkannya, tetapi beliau tidak menimbulkan fitnah. Dan dibawa datang seorang lelaki yang kacak yang telah mempersonakan kekacakannya dan berkata: Wahai Tuhanku, Engkau telah memperelokkan kejadianku sehingga aku telah berjumpa dengan wanita wanita yang aku telah jumpa. Lalu dibawa datang dengan Yusuf a.s dan dikatakan kepadanya: Anda lebih kacak atau ini? Maka kami telah memperelokkannya, tetapi beliau tidak menimbulkan fitnah. Dan dibawa datang seorang lelaki yang terkena bala disebabkan fitnah, maka beliau berkata: Wahai Tuhanku, Engkau telah menguatkan bala ke atasku sehingga aku difitnahkan. Lalu dibawa datang dengan Ayyub a.s dan dikatakan kepadanya: Adakah bala anda lebih berat atau bala ini? Sesungguhnya Ayyub a.s telah dikenakan bala, tetapi beliau a.s tidak menimbulkan fitnah.

Duduk Di Tempat Tertentu Dan Bercakap Apa Yang Kamu Mahu.

       292. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abban bin Uthman, daripada Ismail al-Basri berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu duduk pada tempat tertentu, lalu kamu bercakap apa yang kamu mahu dan kamu melepaskan diri kamu daripada siapa yang kamu mahu dan mewalikan siapa yang kamu mahu? Aku berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Itulah kehidupan.

Allah Memberi Rahmat Kepada Orang Yang Membuatkan Kami Dicintai Oleh Orang Ramai.

       293. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad, daripada Wahib bin Hafs daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Allah memberi rahmat kepada orang yang membuatkan kami dicintai oleh orang ramai (rahima llahu ‘abdan habbaba-naa ilaa al-Naasi) dan tidak membuatkan kami dibenci oleh mereka (wa lam yubghidh-naa ilai-him). Demi Allah, sekiranya mereka meriwayatkan kebaikan percakapan kami, nescaya mereka lebih dimuliakan dan tiada seorangpun yang mampu mengaitkan sesuatu dengan mereka, tetapi seorang daripada mereka mungkin mendengar percakapan (al-Kalimat) tertentu, lalu dia merendah-rendahkannya[2].

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah al-Mu’minuun (23): 60 “Dan golongan yang memberikan apa yang mereka berikan, dengan hati yang takut

       294. Wahib daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Mu’minuun (23): 60 “Dan golongan yang memberikan apa yang mereka berikan, dengan hati yang takut”, maka beliau a.s berkata: Iaitu syafaat mereka dan harapan mereka. Mereka khuatir amalan mereka ditolak jika mereka tidak mentaati Allah dan mengharapkan supaya Dia menerima mereka.

Orang Yang Sesat Ada Pengikutnya.
       295. Wahib bin Hafs, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Tiada seorang hamba yang menyeru kepada kesesatan melainkan dia akan mendapati orang yang mengikutnya.

Layanan Yang Sama.

       296. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Salt daripada seorang lelaki dari penduduk Balkh berkata: Aku telah berada bersama al-Ridha a.s di dalam perjalanannya ke Khurasan, maka beliau a.s pada suatu hari telah menyeru satu hidangan untuknya. Lalu beliau a.s mengumpulkan mawaalinya daripada Sudan dan lain-lain untuk makan bersamanya pada satu hidangan, maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, bagaimana jika anda mengasingkan satu hidangan untuk mereka? Maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah adalah Satu, ibu adalah satu, bapa adalah satu dan balasan adalah dengan amalan.

Tabiat Jisim.

       297. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan berkata: Tabiat jisim adalah empat: Di antaranya udara yang mana jiwa tidak akan hidup melainkan dengannya. Nafasnya mengeluarkan penyakit dan kotoran dari badan. Bumi yang melahirkan kekeringan dan kepanasan. Makanan yang mana melahirkan darah. Kemudian ia mengalir ke tali perut, lalu mengisarnya sehingga ia menjadi lembut. Kemudian menapisnya dan membersihkan darah, memendapkan hampas dan air, kemudian melahirkan air liur.

Pengertian Jazaaka llahu khairan.

       298. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Yazid al-Naufali daripada al-Husain bin A‘yan saudara Malik bin A‘yan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai kata-kata seorang lelaki kepada seorang lelaki: Jazaaka llahu khairan, apakah yang dimaksudkan dengannya?
       Maka Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya khairan adalah nama sungai di syurga yang keluar dari al-Kauthar dan al-Kauthar pula keluar dari tiang ‘Arasy. Di atasnya tempat tinggal para wasi dan Syi‘ah mereka. Dan di atas dua tebing sungainya bidadari-bidadari yang sentiasa bertambah. Setiap kali seorang bidadari dipetik, maka bilangannya akan bertambah. Firman Allah di dalam Surah al-Rahmaan (55); 70 “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik”. Justeru jika seorang lelaki berkata kepada sahabatnya: Jazaaka llahu khairan, maka apa yang dimaksudkannya adalah tempat-tempat tinggal yang disediakan oleh Allah kepada golongan yang menjadi pilihan-Nya.

Satu Sungai Dua Tebingnya Adalah Bidadari-Bidadari.

       299. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada al-Husain bin Uthman, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya di syurga ada satu sungai yang mana dua tebingnya adalah bidadari-bidadari yang sentiasa bertambah. Apabila mukmin melalui salah seorang daripada mereka dan dia mengagumkannya, maka dia memetiknya, lantas Allah menambahkan bilangannya.

Hadis Mengenai Kubah-Kubah (Bumbung)

       300. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Hamzah berkata: Abu Ja‘far as telah berkata kepadaku: Pada suatu malam aku berada di sisinya, beliau a.s telah melihat kepada langit, lalu berkata: Wahai Abu Hamzah, ini adalah kubah bapa kita Adam a.s dan sesungguhnya Allah a.w telah menyempurnakan tiga puluh sembilan kubah padanya makhluk yang tidak pernah menderhakai Allah sekalipun sekelip mata.

Kubah Adam A.S

       301. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada ‘Ajalan Abu Salih berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka dia berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, inikah kubah Adam a.s? Beliau a.s berkata: Ya, bagi Allah kubah-kubah yang banyak. Sesungguhnya di sebalik maghrib (barat) kamu ini terdapat tiga puluh sembilan maghrib, bumi putih dipenuhi makhluk yang mana mereka mengambil daripada cahayanya. Mereka tidak pernah menderhakai Allah sekalipun sekelip mata, mereka tidak mengetahui sama ada Adam telah diciptakan ataupun tidak, tetapi mereka melepaskan diri mereka (yubri’uun) daripada polan (Abu Bakr) dan polan (Umar).

Pelepasan Diri Daripada Takbur.

       302. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abu Hammad, daripada Yahya bin al-Mubarak, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang membaiki kasutnya, mengangkat kainnya dan membawa barang-barangnya, maka dia telah melepaskan dirinya daripada takbur.

Pelepasan Diri Daripada  Kata-Kata Sahabat Abu Al-Khattab Oleh Abu Abdullah A.S.

       303. Daripadanya, daripada Salih, daripada Muhammad bin Auramah, daripada Ibn Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku dan al-Qasim adalah rakan kongsi, Najm bin Hatim dan Salih bin Sahl di Madinah, lalu kami berdialog mengenai ketuhanan (al-Rabubiyyah). Sebahagian kami berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah yang kamu lakukan dengan ini, kami adalah hampir kepadanya[3], tiada di kalangan kami taqiyyah, marilah kita pergi kepadanya. Demi Allah, kami belum sampai di pintu, beliau a.s telah keluar kepada kami tanpa kasut dan kain di atas bahunya. Setiap rambut di kepalanya berdiri sambil berkata: Tidak, tidak, wahai Mufadhdhal, wahai Qasim, wahai Najm, tidak, tidak, “ Maha Suci Allah, malah mereka adalah hamba-hamba yang dimuliakan. Mereka itu tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya” Surah al-Anbiyaa’ (21): 26-7.

Pembantu Iblis Bernama Tamrih.

       304. Daripadanya, daripada Salih, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya bagi Iblis pembantu bernama Tamrih. Apabila datang waktu malam, maka dia memenuhi [ruang] di antara timur dan barat.

Mengenai Cicak Dan Pertukaran Bentuk.

       305. Daripadanya, daripada Salih, daripada al-Wasya’, daripada Kiram, daripada Abdullah bin Talhah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai cicak (al-Wazagh), maka beliau a.s berkata: Kotor, pertukaran bentuk telah berlaku (rijsun wa huawa maskhun). Apabila anda membunuhnya, maka mandilah (hadas). Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya bapaku telah duduk di dalam bilik bersamanya seorang lelaki yang sedang bercakap kepadanya, tiba-tiba seekor cicak menjelir lidahnya, maka bapaku berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui apa yang dikatakan oleh cicak itu? Lelaki itu berkata: Aku tidak mengetahui apa yang dikatakan olehnya. Beliau a.s berkata:  Cicak berkata: Demi Allah, jika kamu menyebut Uthman dengan cacian, nescaya aku akan mencaci Ali sehingga dia pergi dari sini.
       Bapaku berkata: Tidak mati seorangpun daripada Bani Umayyah melainkan ditukar bentuknya kepada cicak (laisa yamuutu min Bani Umayyati mayyitun illa musikha wazghan). Sesungguhnya Abd al-Malik bin Marwan di saat kematiannya ditukar kepada seekor cicak (musikha wazghan). Aku dan anaknya berada di sisinya. Manakala mereka kehilangannya, maka ia menjadi isu yang besar kepada mereka, mereka tidak mengetahui apa yang mereka akan melakukannya. Kemudian mereka bersetuju mengambil batang kurma, lalu mereka membuatnya seperti bentuk seorang lelaki. Mereka telah melakukannya. Mereka memakaikan batang kurma itu dengan baju besi. Kemudian mereka melipatkannya pada kapannya. Tiada seorangpun yang melihatnya melainkan aku dan anak lelakinya.

Muhammad (s.a.w) Sebagai Rahmat Dan Al-Qaim A.S Sebagai Membalas Dendam.

       306. Daripadanya, daripada Salih, daripada Muhammad bin Abdullah bin Mihran, daripada Abd al-Malik bin Basyir, daripada ‘Uthaim bin Sulaiman, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang daripada kamu mengangan-angankan al-Qaim, maka hendaklah dia mengangan-angankannya di dalam sihat afiat. Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad (s.a.w) sebagai rahmat dan akan mengutus al-Qaim sebagai membalas dendam (nuqmat).

Al-Hasan Dan Al-Husain Menyerupai Musa Bin  Imran A.S.

       307. Daripadanya, daripada Salih, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Abd al-Malik bin Basyir, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Al-Hasan a.s adalah orang yang paling menyerupai Musa bin  Imran di antara kepalanya dan pusatnya. Dan sesungguhnya al-Husain a.s adalah orang yang paling menyerupai Musa bin Imran di antara pusatnya dan kakinya.

Ukuran Adam A.S.

       308. Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muqatil bin Sulaiman berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s berapakah panjang Adam a.s ketika beliau turun ke bumi dan berapakah pula panjang Hawa’? Beliau a.s berkata: Kami telah mendapati di dalam kitab Ali bin Abu Talib a.s bahawa Allah manakala menurunkan Adam dan isterinya Hawa’ a.s ke bumi, maka dua kakinya di bukit al-Safa dan kepalanya di ufuk langit. Adam a.s telah mengadu kepada Allah mengenai kepanasan matahari yang mengenanya. Lalu Allah memberitahu Jabrail a.s bahawa Adam telah mengadu mengenai kepanasan matahari yang mengenainya. Lantas dia mengelipkan matanya dengan satu kelipan, maka panjangnya menjadi tujuh puluh hasta dengan ukuran lengannya. Dan dia mengelipkan Hawa’ dengan satu kelipan, maka panjangnya menjadi tiga puluh lima hasta dengan ukuran lengannya.

Mengenai Seorang Lelaki Yang Bapanya Ditawan Pada Masa Jahiliyah.

       309. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Abu Ayyub, daripada al-Harith bin al-Mughirah barkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai seorang lelaki yang mana bapanya telah ditawan pada masa Jahiliyah, tetapi dia tidak mengetahui apa yang telah berlaku kepada bapanya pada masa Jahiliyah melainkan selepas dia dilahirkan sebagai seorang hamba di dalam Islam dan dimerdekakan? Abu Abdullah a.s berkata: Hendaklah dia dinasabkan kepada bapa-bapanya yang menjadi hamba di dalam Islam. Kemudian dia dihitung daripada kabilah yang mana bapanya ditawan padanya jika bapanya terkenal  pada mereka; dia mewarisi mereka atau mereka mewarisinya.

Tiga Sifat Untuk Mukmin.

       310. Ibn Mahbub, daripada Abu Ayyub, daripada Abd al-Mu’min al-Ansari, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi mukmin tiga sifat: Kemuliaan di dunia dan akhirat, keuntungan di dunia dan di akhirat dan kehebatan pada dada golongan yang zalim.

Tiga Kemegahan Mukmin.

       311. Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Tiga kemegahan mukmin dan perhiasannya di dunia dan di akhirat: Solat pada akhir malam, putus harapannya terhadap apa yang dimiliki oleh orang ramai dan mewalikan Imam daripada keluarga Muhammad (s.a.w). Dan tiga makhluk yang paling jahat yang mana mereka diuji dengan makhluk yang paling baik: Abu Sufyan adalah seorang di kalangan mereka; dia telah memerangi Rasulullah s.a.w dan memusuhinya, Mu‘awiyah telah memerangi Ali a.s dan memusuhinya dan Yazid bin Mu‘awiyah l‘ana-hu llahu; telah memerangi al-Husain bin Ali dan memusuhinya sehingga dia membunuhnya.

Tiada Kemuliaan Bagi Quraisy Dan Arab Melainkan Dengan Tawaduk.

       312. Ibn Mahbub, daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Tiada kemuliaan bagi Quraisy dan Arab melainkan dengan tawaduk, tiada kemuliaan melainkan dengan takwa, tiada amalan melainkan dengan niat, tiada ibadat melainkan dengan kefahaman. Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang mengikut Imam, tetapi tidak mengikuti amalannya.

Hadis Mengenai Yazid Bin Mu‘awiyah Laknatullah Dan Ali Bin Al-Husain A.S.

       313. Ibn Mahbub, daripada Abu Ayyub, daripada Barid bin Mu‘awiyah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Yazid bin Mu‘awiyah telah memasuki Madinah di dalam perjalanannya ke haji. Lalu dia mengutus kepada seorang lelaki Quraisy, lalu dia mendatanginya. Maka Yazid berkata kepadanya: Adakah anda mengakui bahawa anda adalah hamba kepadaku; jika aku mahu, aku menjual anda dan jika aku mahu aku menjadikan anda hambaku.
       Maka lelaki itu berkata kepadanya: Demi Allah, wahai Yazid, anda bukanlah lebih mulia daripadaku pada Quraisy dari segi keturunan, bapa anda bukanlah lebih baik daripada bapaku pada masa Jahiliyah dan Islam, anda bukanlah lebih baik daripadaku dari segi agama dan anda tiada yang lebih baik daripadaku, bagaimana aku mengakui anda apa yang anda minta? Maka Yazid berkata kepadanya: Jika anda tidak mengakuiku, nescaya aku membunuh anda. Maka lelaki itu berkata kepadanya: Pembunuhanku tidaklah lebih besar dari pembunuhan al-Husain bin Ali a.s; anak lelaki Rasulullah s.a.w. Kemudian Yazid memerintahkan supaya  lelaki itu dibunuh, lalu dia dibunuh.
       Kemudian dia mengutus kepada Ali bin al-Husain a.s dan berkata kepadanya sebagaimana kata-katanya kepada lelaki Quraisy tadi. Maka Ali bin al-Husain a.s berkata kepadanya: Adakah anda berpendapat jika aku tidak mengakui anda bahawa anda akan membunuhku sebagaimana anda telah membunuh seorang lelaki kelmarin? Maka Yazid la‘ana-hu llahu berkata: Ya, maka Ali bin al-Husain a.s berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengakui anda sebagai seorang hamba yang dipaksa, maka jika anda mahu, maka anda tahanlah dan jika anda mahu, maka anda juallah. Yazid la‘ana-hu llahu telah berkata kepadanya: Adalah lebih baik bagi anda bahawa aku menjaga darah anda, kerana ia tidak akan mengurangkan anda dari kemuliaan anda.
Nasibi Dan Zaidi Adalah Sama.

       314. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Ali bin Muhammad bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Salim bin Abu Salmah, daripada Muhammad bin Sa‘id daripada Ghazwan berkata: Abdullah bin al-Mughirah telah memberitahuku berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Sesungguhnya bagiku dua orang jiran, seorang daripadanya nasibi dan seorang lagi adalah zaidi, aku pasti akan bergaul dengan mereka, maka siapakah yang aku akan bergaul? Maka beliau a.s berkata: Mereka berdua adalah sama (humaa sayyaan), sesiapa yang telah membohongi satu ayat daripada Kitab Allah, maka sesungguhnya dia telah meninggalkan Islam di belakangnya dan dialah pembohong kepada semua al-Qur’an, para nabi dan para rasul. Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya nasibi ini menetang anda (nasaba la-ka) dan zaidi ini menentang kami (nasaba la-na).

















                            




                
                         
                           






                                                       

                              BAHAGIAN KELAPAN



Sesiapa Yang Menghadiri Majlis Seorang Imam  Dicela, Ibadat Tidak Diterima Melainkan Mengakui Wilayah Mereka A.S, Allah Tidak Menerima Ibadat Haji Melainkan Daripada Kamu Dan Lain-lain.

Sesiapa Yang Menghadiri Majlis Seorang Imam  Dicela.

       315. Muhammad bin Sa‘id berkata: Al-Qasim bin ‘Urwah telah memberitahuku daripada ‘Ubaid bin Zararah, daripada bapanya, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesiapa yang menghadiri majlis seorang Imam  daripada para Imam dicela sedangkan dia mampu mengatasinya (man qa‘ada fi majlisin yusabbu fii-hi imam min al-A’immati), tetapi dia tidak melakukannya (yaqdiru ‘ala al-Intisaaf), maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan di dunia dan akan mengazabkannya di akhirat (albasa-hu llahu a.w al-Dhulla fi al-Dunya wa ‘azzaba-hu fii al-Akhirati) serta menarik balik kebaikan makrifat kami daripadanya (wa salaba-hu saalah ma manna bi-hi ‘alai-hi min ma‘rifati-naa).

Ibadat Tidak Diterima Melainkan Mengakui Wilayah Mereka A.S.
     
       316. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal daripada Ibrahim anak saudara lelaki kepada Abu Syabl berkata: Abu Abdullah a.s mulai  berkata kepadaku: Kamu telah mencintai kami sedangkan orang ramai telah membenci kami.  Kamu telah membenarkan kami sedangkan orang ramai telah membohongi kami. Kamu telah mengadakan silaturahim dengan kami sedangkan orang ramai memandang sepi kepada kami. Justeru Allah menjadikan kehidupan kamu kehidupan kami, kematian kamu kematian kami.
       Demi Allah, antara lelaki dan ketenangan yang akan didapatinya adalah apabila nyawanya sampai ke tempat ini-Beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannnya kepada halkumnya. Kemudian beliau a.s mengulangainya. Beliau a.s tidak reda sehingga beliau a.s bersumpah kepadaku dan berkata: Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia bahawa bapaku Muhammad bin Ali a.s telah memberitahuku mengenai perkara itu, wahai Abu Syabl, tidakkah kamu reda bahawa kamu mengerjakan solat dan mereka mengerjakan solat, maka Dia menerima solat kamu dan tidak menerima solat mereka.
       Tidakkah kamu reda bahawa kamu menunaikan zakat dan mereka menunaikan zakat, maka Dia menerima zakat kamu dan menolak zakat mereka. Tidakkah kamu reda bahawa kamu mengerjakan haji dan mereka mengerjakan haji, maka Allah menerima haji kamu dan tidak menerima haji mereka. Demi Allah, solat tidak akan diterima melainkan daripada kamu (ma tuqbalu al-salatu illa min-kum), zakat tidak akan diterima melainkan daripada kamu ( wala al-zakaatu illa min-kum), haji tidak akan diterima melainkan daripada kamu (wala al-Hajj illa min-kum).
       Maka bertakwalah kamu kepada Allah, kerana kamu di dalam gencatan senjata (hudnah) dan tunailah amanah. Apabila orang ramai dinilai, maka setiap kaum mengikut hawa nafsu mereka, tetapi kamu mengikut kebenaran selama kamu mentaati kami. Tidakkah para hakim, pemerintah dan golongan yang mempunyai masalah daripada mereka? Aku berkata: Ya, beliau a.s berkata: Kamu tidak mampu mengikut semua manusia, kerana mereka mengambil (pendapat) di sana sini sedangkan kamu mengambil (hukum) daripada Allah. Sesungguhnya Allah telah memilih daripada hamba-hamba-Nya Muhammad (s.a.w), maka kamu telah memilih orang yang telah dipilih oleh Allah. Bertakwalah kepada Allah, tunailah amanah kepada yang berkulit hitam atau yang berkulit putih sama ada dia seorang dari Haruriyyah[4] atau seorang dari Syam[5].

Riwayat Yang Sama.

       317. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibrahim bin Saudara lelaki Abu Syabl, daripada Abu Abdullah a.s [meriwayatkan] seumpamanya.

Allah Tidak Menerima Ibadat Haji Melainkan Daripada Kamu.
      
       318. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Abu Talhah daripada Mu‘adh bin Kathir berkata: Aku telah melihat kepada al-Mauqif dan  orang ramai bertambah padanya, maka aku mendekati Abu Abdullah a.s. dan berkata kepadanya: Sesungguhnya ahli al-Mauqif adalah ramai. Lalu Abu Abdullah a.s mengalihkan pandangannya ke arah mereka sambil berkata: Buih yang didatangi ombak  dari setiap tempat, tidak, demi Allah, haji hanya untuk kamu (la, wa llahi, ma al-Hajj illa la-kum), tidak, demi Allah, Allah tidak akan menerima haji melainkan daripada kamu (la, wa llahi, ma yataqabbalu llahu illa min-kum).

Hadis Mengenai Ummu Khalid, Abu Basir Dan Kathir Al-Nuwa.

       319. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan Ibn Ali al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Aku telah duduk di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Ummu Khalid yang telah didahului oleh Yusuf bin Umar, meminta izin kepada Abu Abdullah a.s. Maka beliau a.s berkata: Adakah anda mahu mendengar percakapannya? Maka aku berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Sekarang aku izinnya masuk. Abu Abdullah a.s telah menjemput aku duduk bersamanya di atas bangku. Kemudian Ummu khalid masuk. Kemudian dia bercakap, tiba-tiba dia seorang wanita yang pandai bercakap, lalu dia bertanya Abu Abdullah a.s mengenai mereka berdua (Abu Bakr dan Umar), maka beliau a.s berkata kepadanya: Anda mahu mewalikan mereka berdua?
       Ummu Khalid berkata: Aku akan berkata kepada Tuhanku apabila aku berjumpa dengan-Nya bahawa sesungguhnya anda telah menyuruhku mewalikan mereka berdua. Beliau a.s berkata: Ya, Ummu Khalid berkata: Sesungguhnya orang yang bersama anda di atas bangku  menyuruhku supaya melepaskan diriku  (al-Baraa’ah) daripada mereka berdua dan Kathir al-Nuwa menyuruhku supaya mewalikan mereka berdua, maka mana satu yang lebih baik dan lebih anda sukai? Beliau a.s berkata: Ini, demi Allah, lebih aku sukai daripada Kathir al-Nuwa dan para sahabatnya, sesungguhnya orang ini berhujah dan berkata: “Sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang kafir” “Sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang zalim” “Sesiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang fasik” Surah al-Maa’dah (5): 44, 45,47.

Hadis Mengenai Fatimah A.S Semasa Ali A.S Dipaksa keluar Dari Rumahnya.

       320. Daripadanya, daripada al-Mu‘alla, daripada al-Hasan, daripada Abban, daripada Abu Hasyim berkata: Apabila Ali a.s dikeluarkan, Fatimah a.s keluar di dalam keadaan meletakkan baju Rasulullah s.a.w di atas kepalanya, memegang dua tangan dua anak lelakinya sambil berkata: Apakah kaitan aku dan anda, wahai Abu Bakr, anda mahu menjadikan dua anak lelakiku yatim dan aku seorang janda, demi Allah, jika ia bukan suatu kejahatan, nescaya aku menguraikan rambutku dan aku melaung kepada Tuhanku. Maka seorang lelaki daripada mereka berkata: Anda tidak mahu ke tahap ini, kemudian aku memegang tangannya, lalu aku pergi dengannya.

Kekeramatan Fatimah A.S.

       321. Abban, daripada Ali bin Abd al-‘Aziz, daripada Abd al-Hamid al-Taa’i, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Demi Allah, jika beliau a.s (Fatimah a.s) menguraikan rambutnya, nescaya mereka semuanya mati.

Kedudukan Anak Zina Terhenti Di Atas Amalannya.

       322. Abban, daripada Abu Ya‘fur berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya anak zina jika dia melakukan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan jika dia melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan.

Marwan Dan Bapanya Dipanggil Dengan Cicak (Al-Wazagh).

       323. Abban, daripada Abd al-Rahman bin Abi Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah keluar dari biliknya sementara Marwan dan bapanya sedang mencuri dengar percakapannya, maka beliau a.s berkata: Cicak anak lelaki cicak (al-Wazagh ibn al-Wazagh). Abu Abdullah a.s berkata: Semenjak hari itu, mereka melihat bahawa cicak mendengar percakapan [manusia].

Hadis ‘Aisyah Bersama Rasulullah S.A.W Mengenai Marwan.

       324. Abban, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Marwan dilahirkan, maka mereka membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w supaya berdoa untuknya. Lalu mereka mengirimkannya kepada ‘Aisyah supaya baginda s.a.w berdoakan untuknya. Manakala beliau mendekatkannya kepada baginda  s.a.w, maka baginda s.a.w bersabda: Kamu keluarkan dariku cicak anak lelaki cicak, Zararah berkata: Aku tidak mengetahui selain dari beliau a.s  berkata: La‘ana-hu llahu.

Bani Umayyah Lebih Rapat Perhubungan Kekeluargaan Daripada Anda.

       325. Abban, daripada Abd al-Rahman bin Abi Abdullah, daripada Abu al-‘Abbas al-Makki berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Umar telah berjumpa dengan Amir al-Mukminin a.s, maka beliau berkata: Anda yang membaca ayat “Siapa di antara kamu yang gila”  Surah al-Qalam(68): 6, menyindirku dan sahabatku?[6] Beliau a.s berkata: Kenapa tidak, aku akan memberitahu anda mengenai ayat yang telah diturunkan kepada Bani Umayyah di dalam Surah Muhammad (47): 22 “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?”. Umar berkata: Anda telah berbohong, Bani Umayyah lebih rapat hubungan kekeluargaan (ausalu li-al-Rahim) daripada anda, tetapi anda telah enggan selain dari permusuhan kepada Bani Taim, ‘Adi dan Bani Umayyah[7].

Air Yang Hampir Kepada ‘Arasy.
      
       326. Ali bin Ibrahim, daripada Harun bin Muslim, daripada Mas‘adah bin Sadaqah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali a.s telah berkata mengenai hujan pertama turun sehingga membasahi kepalanya, janggutnya dan pakaiannya. Ada orang berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin a.s, baldi, baldi (untuk menakung air), maka beliau a.s berkata: Ini adalah air yang hampir kepada ‘Arasy.
       Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya di bawah ‘Arasy terdapat lautan padanya air yang menumbuhkan rezeki kepada binatang. Apabila Allah kehendaki menumbuhkannya kepada siapa yang Dia mahu, maka bagi mereka rahmat daripada-Nya untuk mereka. Kemudian Allah memberi wahyu kepada air, lalu ia menghujani apa yang Dia kehendaki dari langit ke langit sehingga ke langit dunia.
       Kemudian ia mencampakkannya  kepada awan dan awan menapiskannya. Lalu Allah memberi wahyu kepada angin supaya mengisarkannya dan mencairkannya. Kemudian ia membawanya kepada tempat-tempat  tertentu, lalu menurunkan hujan ke atas mereka dengan mencurah-curah menurut perintah-Nya. Tiada setitik hujan yang turun melainkan malaikat bersamanya sehingga dia meletakkannya pada tempatnya. Dan tiada setitik hujan yang turun dari langit melainkan dengan bilangan tertentu dan berat tertentu melainkan hujan pada hari Taufan pada masa Nabi Nuh a.s, kerana air hujan turun dengan mencurah-curah tanpa berat tertentu dan bilangan tertentu.
       Abu Abdullah a.s telah menceritakan kepadaku: Bapaku a.s telah berkata kepadaku: Amir al-Mukminin a.s berkata: Rasulullah s.a.w berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah menjadikan awan sebagai penapis kepada hujan, ia mengalirkan kesejukan sehingga ia menjadi air supaya ia tidak memudaratkan sesuatu yang ditimpanya. Kesejukan dan petir yang kamu lihat itu adalah dendam daripada Allah a.w dan ia akan menimpa siapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Kemudian beliau a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu membuat isyarat kepada hujan dan anak bulan (al-Hilal), kerana Allah tidak menyukainya.

Janganlah Memperbesarkan Dukacita Anda.

       327. Daripada beberapa orang sahabat, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin Asbat secara marfuu’ berkata: Amir al-Mukminin a.s telah menulis kepada ‘Abbas: Amma ba‘du, adapun kemudian daripada itu, maka sesungguhnya seorang itu bergembira selama dia tidak luput sesuatu. Dan mendukacitakannya apa yang menimpanya sekalipun dia bekerja keras. Justeru kegembiraan anda adalah amalan salih yang anda kemukakan. Dukacita anda adalah sebaliknya. Tinggalkan apa yang luput daripada anda, janganlah memperbesarkan dukacita anda ke atasnya dan apa yang telah menimpa anda daripadanya. Justeru janganlah anda terlalu bergembira, dan hendaklah rancangan anda selepas itu adalah kematian. Wa al-Salam.

Kelebihan Syi‘ah Dan Nasihat Abu Abdullah A.S.
      
       328. Sahl bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Kiram daripada Abu al-Samit daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku dan Abu Ja‘far a.s telah melalui sekumpulan Syi‘ah di antara kubur dan mimbar Rasulullah s.a.w, maka aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Syi‘ah anda dan mawaali anda, aku jadikan diriku tebusan anda, beliau a.s berkata: Di manakah mereka? Maka aku berkata: Aku melihat mereka di antara kubur dan mimbar. Beliau a.s berkata: Pergilah denganku kepada mereka, lalu beliau a.s pergi dan memberi salam kepada mereka. Kemudian beliau a.s berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku mencintai bau-bauan kamu dan roh-roh kamu, maka tolonglah aku dengan warak dan ijtihad. Sesungguhnya tidak akan dicapai apa yang ada di sisi Allah melainkan dengan warak dan ijtihad. Apabila kamu mengimamkan seorang, maka hendaklah kamu mengikutinya. Sesungguhnya, demi Allah, kamu adalah di atas agamaku, agama bapa-bapaku Ibrahim dan Ismail, sekalipun mereka itu di atas agama mereka, maka tolonglah perkara ini dengan warak dan ijtihad.

Apabila Al-Qaim Datang Tiada Perantaraan Di Antaranya Dan Syi‘ahnya.

       329. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada al-‘Abbas bin ‘Aamir, daripada al-Rabi‘ bin Muhammad al-Musalli, daripada Abu Rabi‘ al-Syami berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya apabila al-Qaim datang, maka Allah menyambungkan untuk Syi‘ah kami pada pendengaran mereka dan penglihatan mereka sehingga tidak ada di antara mereka dan al-Qaim perantaraan; beliau bercakap kepada mereka, lalu mereka mendengarnya dan melihat kepadanya sedangkan beliau berada di tempatnya.

Istikharah Dengan Penuh Keredaan.

       330. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Uthman bin Isa, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang melakukan istikharah kepada Allah di dalam keadaan reda mengenai apa yang dilakukan oleh Allah kepadanya, maka Allah menjelaskan kepadanya secara putus[8].

Pertanyaan Mengenai Kemuliaan, Maruah dan Akal.

       331. Sahl bin Ziyad, daripada Daud bin Mihran, daripada Ali bin Ismail al-Maithami, daripada seorang lelaki, daripada Juwairiyah bin Mashar berkata: Aku telah berada di belakang Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s berkata: Wahai Juwairiyah, mereka yang bodoh itu tidak binasa melainkan dengan memukul kasut di belakang mereka, apakah yang membuat anda datang kemari? Aku berkata: Aku datang untuk bertanya anda tiga perkara: Mengenai kemulian, maruah dan akal. Beliau a.s berkata: Adapun kemuliaan (al-Syaraf) adalah orang yang dimuliakan oleh penguasa. Adapun maruah adalah pembaikan di dalam kehidupan. Adapun akal, maka sesiapa yang bertakwa kepada Allah, maka dia seorang yang berakal.

Mengenai Suhu Kepanasan Matahari Dan Bulan.

       332. Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin Hasaan, daripada Ali bin Abu al-Nuwaar, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, apakah sebab matahari lebih panas daripada bulan? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan matahari daripada cahaya api dan air yang ditapis dan disusun sehingga tujuh lapis. Kemudian Dia memakaikannya dengan pakaian daripada api, lalu ia menjadi lebih panas daripada bulan, aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, dan bulan? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya  Allah telah menciptakan bulan daripada sinaran cahaya api dan air yang ditapis dan disusun sehingga tujuh lapis, kemudian Dia memakaikannya dengan pakaian daripada air, lalu bulan menjadi lebih sejuk daripada matahari.

Sesiapa Mempunyai Hakikat Yang Tetap, Tidak Akan Berdiri Di Atas Subhat.

       333. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada para sahabat kami daripada Muhammad bin al-Haitham, daripada Zaid bin Abu al-Hasan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mempunyai kakikat yang tetap, tidak akan berdiri di atas subhat yang luntur sehingga dia mengetahui matlamat. Dia meminta penjelasan daripada orang yang bercakap mengenai pewaris, apakah sebab kamu jahil apa yang kamu ingkar dan apakah sebab kamu mengetahui apa yang kamu fikir jika kamu mukminin.
     
Kebenaran Akan Mengalahkan Kebatilan.

       334. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Yunus bin Abd al-Rahman secara marfuu’ berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kebatilan tidak berdiri di samping kebenaran melainkan kebenaran mengalahkannya sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21):18 “Sebenarnya kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan sertamerta yang batil itu lenyap”.

Setiap Sebab, Nasab, Kerabat, Teman Setia, Bid‘ah, Syuhbhat Akan Terputus Melainkan Apa Yang Ditetapkan Oleh Al-Qur’an.

       335. Daripada bapanya secara mursal berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Janganlah kamu mengambil selain daripada Allah sebagai teman setia, maka kamu tidak menjadi mukminin. Sesungguhnya setiap sebab, nasab, kerabat, teman setia, bid‘ah, subhat akan terputus  lagi malap sebagaimana malapnya debu di atas batu licin apabila hujan lebat melainkan apa yang ditetapkan oleh al-Qur’an.

Kami Adalah Punca Segala Kebaikan.

       336. Ali bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Ishaq, daripada Abdullah Ibn Hammad, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kami adalah punca segala kebaikan (nahnu aslu kulli khair) dan daripada cabang-cabang kami setiap kebaikan. Di antara kebaikan adalah tauhid, solat, puasa, menahan marah, memaafi orang yang melakukan kejahatan kepadanya, kasihan belas kepada fakir,  menghormati jiran, mengakui kelebihan keluarganya. Sebaliknya musuh kami adalah punca segala kejahatan (‘aduwwu-na aslu kulli syarrin). Dan daripada cabang-cabang mereka segala kejahatan dan perkara mungkar. Di antaranya pembohongan, kebakhilan, mengumpat, putus silaturahim, makan riba, makan harta anak-anak yatim tanpa hak, melampaui hudud yang diperintahkan Allah, melakukan kejahatan zahir dan batin, zina, muncuri dan keburukan lain. Justeru berbohonglah orang yang menyangka bahawa dia bersama kami sedangkan dia bergantung kepada cabang-cabang selain daripada kami (fa-kadhiba man za‘ama anna-hu ma‘anaa wa huwa muta‘alliqun bi-furuu‘i ghairi-naa).

Memadailah Apa Yang Dikurniakan Allah Kepada Anda.

       337. Daripadanya, dan daripada orang lain, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Uthman Ibn Isa, daripada Khalid bin Najih, daripada Abu Abdullah a.s berkata kepada seorang lelaki: Memadailah apa yang dikurniakan Allah kepada anda. Janganlah anda melihat kepada orang selain daripada anda, janganlah anda berangan-angan apa yang anda tidak dapat mencapainya, kerana sesiapa yang bersifat memadai apa yang ada akan kenyang. Sesiapa yang tidak memadai apa yang ada tidak akan kenyang. Dan ambillah bahagian anda daripada akhirat.
       Abu Abdullah a.s berkata: Perkara yang paling memberi manfaat kepada seseorang adalah cepat mengetahui keaiban dirinya daripada orang lain. Dan perkara yang paling parah adalah menyembunyikan kefakiran. Perkara yang paling sedikit dukacitanya adalah memberi nasihat kepada orang yang tidak menerimanya. Berjiran dengan orang yang tamak dan orang yang berputus asa. Janganlah anda cepat marah dan bersifat tertutup. Rendahlah diri anda dengan anggapan bahawa orang yang lebih tinggi dan mempunyai kelebihan daripada anda akan menyalahi anda. Sesungguhnya anda telah mengakui kelebihannya supaya anda tidak menyalahinya. Sesiapa yang tidak mengetahui kelebihan seseorang, maka dia adalah seorang yang kagum dengan pendapatnya sahaja.

Memadai Apa Yang Ada.

       338. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata kepada Hamraan bin A‘yan: Lihatlah kepada orang yang di bawah anda dari segi kemampuan dan janganlah anda melihat kepada orang di atas anda dari segi kemampuan, kerana ia akan membuat anda merasa cukup dengan apa yang dikurniakan kepada anda serta anda berhak penambahan daripada Tuhan anda. Ketahuilah bahawa amalan sedikit yang berterusan di atas keyakinan itu adalah lebih baik di sisi Allah daripada amalan banyak yang bukan di atas keyakinan. Ketahuilah sesungguhnya tiada kewarakan yang lebih bermanfaat daripada qanaa‘ah yang sedikit yang akan diberi ganjaran dan tiada kejahilan yang lebih merosakkan daripada meninggi diri.

Pengertian Al-Naas, Asybaah Al-Naas Dan Al-Nisnaas.

       339. Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Ghalib, daripada bapanya, daripada Sa‘id al-Musayyab berkata: Aku telah mendengar Ali bin al-Husain a.s berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, lalu berkata: Beritahuku jika anda seorang alim mengenai al-Naas (manusia), asybaah al-Naas (orang yang menyerupai manusia) dan mengenai al-Nisnaas? Maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Wahai Husain, berilah jawapan kepada lelaki ini.
       Al-Husain a.s berkata: Adapun kata-kata anda: Beritahuku mengenai al-Naas, maka kamilah al-Naas sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2):199 “Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya golongan banyak (al-Naas))”, maka Rasulullah s.a.w adalah al-Naas (orang banyak) di dalam ayat tersebut. Adapun kata-kata anda mengenai asybaah al-Naas, maka merekalah Syi‘ah kami, merekalah mawaali kami dan mereka daripada kami. Justeru Ibrahim a.s berkata: “Maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku” Surah Ibrahim (14): 36. Adapun kata-kata anda mengenai al-Nisnaas, maka mereka adalah orang ramai (al-Sawaad al-A‘zam). Beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada kumpulan orang ramai. Kemudian beliau a.s berkata: “Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu). Surah al-Furqaan  (25): 44.

Soalan Sudair Kepada Abu Ja‘far A.S Mengenai Abu Bakr Dan Umar.

       340. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hannan bin Sudair dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Hannan bin Sudair, daripada bapanya berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai mereka berdua (Abu Bakr dan Umar)? Maka beliau a.s berkata: Wahai Abu al-Fadhl, demi Allah, tiada seorang yang mati daripada kami melainkan dia memarahi ke atas mereka berdua (wa llahi, ma maata min-naa mayyitun qat illa saakhitan ‘alai-himaa) dan tiada seorang daripada kami pada hari ini melainkan memarahi ke atas mereka berdua yang mana orang tua kami berwasiat kepada yang kecil kami.
       Sesungguhnya mereka berdua telah menzalimi kami akan hak kami (inna-humaa zalama-naa haqqa-naa), menegah kami akan fai’ kami. Mereka berdua adalah orang pertama yang menaiki tengkuk-tengkuk  kami (kaanaa awwalu  man rakiba a‘naaqa-naa), membuka arus air ke atas kami di dalam Islam yang mana ia tidak boleh ditutup kembali (bathaqaa ‘alai-na bathqan fi al-Islam la yaskuru abadan) sehingga datang al-Qaim atau seorang daripada kami bercakap. Kemudian beliau a.s berkata: Demi Allah, jika al-Qaim datang atau jurucakap kami bercakap, nescaya beliau akan menzahirkan urusan mereka berdua[9] yang tersembunyi dan akan menyembunyikan urusan mereka berdua yang zahir. Demi Allah, tiada bala dan peristiwa yang berlaku kepada kami Ahlu al-Bait melainkan mereka berdualah  telah meletakkan asasnya. Justeru tu, laknat Allah, laknat para malaikat dan laknat semua manusia ke atas mereka berdua.

Manusia Selepas Nabi S.A.W Telah Murtad Melainkan Tiga Orang.

       341. Hanan, daripada bapanya, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya manusia adalah ahli riddah (murtad) selepas Nabi (s.a.w) melainkan tiga, maka aku berkata: Siapakah yang tiga itu? Maka beliau a.s berkata: Al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dhar al-Ghifari dan Salman al-Farisi rahmatu llahi wa abarakatuhu  alai-him. Kemudian orang ramai diketahui (kembali kepada Islam) selepas itu[10].
       Beliau a.s berkata: Mereka itulah yang menghadapi segala kesusahan dan enggan memberi baiah [kepada Abu Bakr] sehingga mereka mendatangi Amir al-Mukminin a.s yang dipaksa, lalu beliau a.s memberi baiah [kepada Abu Bakr]. Firman Allah di dalam Surah Ali Imran (3): 144 “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur”.

Sabda Rasulullah S.A.W Pada Hari Pembukaan Makkah.

       342. Hanan, daripada bapanya, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah menaiki mimbar [masjid] pada hari pembukaan Makkah bersabda: Sesungguhnya Allah telah menghilangkan daripada kamu keangkuhan dan kemegahan Jahiliyah dengan moyang-moyang mereka. Sesungguhnya kamu daripada Adam dan Adam daripada tanah, sesungguhnya sebaik-baik hamba Allah adalah hamba yang bertakwa kepada-Nya. Sesungguhnya bahasa Arab bukan bab bapa (waalid), malah ia adalah lidah yang bercakap. Sesiapa yang mengabaikan amalannya, maka dia tidak akan sampai darjatnya. Sesungguhnya setiap darah pada masa Jahiliyah adalah di bawah tapak kakiku ini sehingga hari Kiamat.

Mengenai Taubat Anak-Anak Ya‘qub Dan Mereka Bukan Semuanya Nabi.

       343. Hanan, daripada bapanya, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya: Tidakkah anak-anak lelaki Ya‘qub para nabi? Beliau a.s berkata: Tidak, tetapi mereka adalah keturunan (asbaat) anak-anak para nabi, mereka tidak meninggal dunia melainkan mereka bahagia, bertaubat dan mengingati apa yang mereka telah lakukan, tetapi dua orang syeikh (Abu Bakr dan Umar) telah meninggal dunia tanpa bertaubat dan tanpa mengingati apa yang mereka berdua lakukan kepada Amir al-Mukminin a.s (faaraqaa al-Dunya wa lam yatuubaa wa lam yatazakkaraa maa sana‘aa bi-amir al-Mu’minin a.s), maka di atas mereka berdua laknat Allah, laknat para malaikat dan laknat seluruh manusia (fa-‘alai-himaa la’natu llahi wa al-Malaa’ikati wa al-Naasi ajma‘iin).

Hadis Mengenai Semut Dan Nabi Sulaiman A.S
      
       344. Hanan, daripada Abu al-Khattab, daripada al-‘Abd al-Salih a.s[11] berkata: Sesungguhnya orang ramai telah ditimpa kemarau yang panjang pada masa Sulaiman bin Daud a.s, lalu mereka mengadu kepadanya dan meminta beliau a.s berdoa supaya turun hujan, maka beliau a.s berkata kepada mereka: Apabila solat pagi dilakukan, maka urusan akan menyusul. Apabila beliau a.s mengerjakan solat pagi, maka beliau a.s pun pergi dan merekapun pergi. Tiba-tiba pada pertengahan jalan terserempak dengan seekor semut sedang mengangkat tangannya ke langit dan dua kakinya di bumi berdoa: Wahai Tuhanku, Sesungguhnya kami adalah di kalangan makhluk-Mu, kami tidak terlepas daripada rezeki-Mu. Oleh itu, janganlah Engkau membinasakan kami dengan dosa-dosa anak Adam. Maka Sulaiman a.s berkata: Kembalilah kamu semua, hujan akan diturunkan ke atas kita dengan doa orang lain. Lalu hujan turun pada tahun itu lebih lebat daripada tahun-tahun sebelumnya.

Allah Mempunyai Hamba-Hamba Yang Dirahmati Dan dilaknati.

       345. Beberapa sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin Ja‘far daripada ‘Umru bin Sa‘id, daripada Khalf bin Isa, daripada Abu al-Mada‘ini, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah hamba-hamba yang hidup senang bersama orang ramai. Mereka di dalam ibadat kepada-Nya sepertilah kedudukan titisan air hujan. Dan bagi Allah hamba-hamba yang dilaknati yang orang ramai tidak hidup bersama mereka dan mereka pula tidak hidup bersama orang ramai. Mereka di dalam ibadat kepada-Nya sepertilah kedudukan belalang yang hinggap di atas segala sesuatu.

Bersabar Di Dalam Negara Yang Batil.
      
       346. Al-Husain bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin Salim Ibn Abi Salmah, daripada al-Hasan bin Syadhan al-Wasiti berkata: Aku telah menulis surat kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s mengadu mengenai sikap dingin Ahli Wasid terhadapku dan kumpulan Uthmaniyyah yang menyakitiku. Lalu beliau a.s menulis dengan khatnya: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (al-Miithaaq) para wali-Nya supaya bersabar di dalam negara batil. Justeru bersabarlah bagi hukuman Tuhan anda. Jika datang penghulu segala makhluk, nescaya mereka berkata: “Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat (tidur) kami? Inilah yang dijanjikan Yang Maha Pemurah dan benarlah para rasul-Nya”  Surah Yaasin(36): 52.

Kelebihan Makrifatullah.

       347. Muhammad bin Sali bin Abu Salmah, daripada Ahmad bin al-Riyan, daripada bapanya, daripada Jamil bin Darraaj, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya manusia mengetahui kelebihan makrifat Allah, nescaya mereka tidak memanjangkan mata mereka kepada kesenangan kehidupan di dunia yang Allah kurniakan kepada musuh-musuh-Nya. Dunia di sisi mereka adalah lebih kecil dari apa yang mereka pijak dengan kaki mereka, nescaya mereka menikmati kelebihan makrifat Allah, bersedap-sedap dengan kelazatan orang yang sentiasa di taman-taman syurga bersama para wali Allah.

Mengenai Kejadian Nyamuk.

       348. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin  ‘Ais, daripada Sa‘id bin Jinah, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Allah tidak menciptakan makhluk yang lebih kecil daripada nyamuk[12] [sebagai perumpamaan] meskipun kunang-kunang adalah lebih kecil daripada nyamuk, tetapi kami menamakannya kelip-kelip. Bentuknya seperti gajah, tetapi ia mempunyai dua sayap.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Anfaal (8): 24 “Wahai golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul”
      
       349. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Zaid bin al-Walid al-Khasy‘ami, daripada Abu Rabi‘ al-Syami berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anfaal (8): 24 “Wahai golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu”. Beliau a.s berkata: Ayat ini diturunkan mengenai wilayah Ali a.s.
     Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-An‘aam (6): 59 “dan tiada sehelai daun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis di dalam kitab yang nyata”. Abu Abdullah a.s berkata: Daun (al-Waraqah) itu adalah keguguran. Sebutir biji (al-habbat) adalah anak. Kegelapan malam (zulumaat al-Ardh) adalah rahim-rahim wanita (al-Arhaam). Yang basah (ratbin) adalah apa yang boleh menghidupkan manusia. Dan apa yang kering (yaabis) apa yang dia terima. Semuanya di dalam imam mubin[13].
       Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-Ruum (30): 42 “Katakanlah: “Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan golongan yang dahulu”. Beliau a.s berkata: Apa yang dimaksudkan dengannya ialah: Perhatikanlah di dalam al-Qur’an, maka kamu akan mengetahui bagaimanakah kesudahan golongan yang dahulu dan apa yang ia ceritakan kepada kamu mengenainya.
       Aku bertanya kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-Saafaat (37): 137-8 “Sesungguhnya kamu benar-benar akan melalui mereka di waktu pagi dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?”.  Beliau a.s berkata: Kamu benar-benar melalui mereka di dalam al-Qur’an, apabila kamu membaca al-Qur’an. Justeru bacalah apa yang telah diceritakan oleh Allah kepada kamu mengenai cerita mereka.

Hormatilah Diri Anda Dan Jauhilah Daripada Pelaku Bid‘ah.
      
       350. Daripadanya, daripada Ibn Maskan, daripada seorang lelaki ahli al-Jabl tanpa menamakannya berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Hormatilah diri anda sendiri dan jauhilah daripada pelaku bid‘ah, tiada janji untuknya, tiada amanah, tiada pelepasan dan tiada perjanjian setia dengannya. Berhati-hatilah sekalipun dia seorang yang paling anda percaya kepadanya, kerana manusia adalah musuh segala nikmat.

Kamu Tidak Mampu Melakukan Keadilan Sekalipun Beberapa Ketika.

       351. Yahya al-Halabi, daripada Abu al-Mustahall, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Abu Abdullah a.s telah bertanyaku, lalu beliau a.s berkata: Apakah yang membawa kamu kepada tempat yang kamu telah meletakkan Zaid? Aku berkata: Tiga perkara: Pertama, sedikit orang yang bersama kami; iaitu lapan orang. Kedua, kami khuatir kegiatan kami didedahkan pada waktu pagi berikutnya. Ketiga, beliau pernah tidur di tempat tersebut, maka beliau a.s berkata: Berapa jauh ke Furat dari tempat kamu meletakkannya padanya? Aku berkata: Sejauh lontaran batu. Beliau a.s berkata: Subhana llah, kenapa kamu tidak menutupnya dengan besi dan mencampakkannya ke Furat, ia adalah lebih baik.
       Maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tidak, kami tidak mampu melakukannya. Beliau a.s berkata: Di atas dasar apakah kamu telah keluar bersama Zaid? Aku berkata: Mukminin, maka beliau a.s berkata: Siapakah musuh kamu? Aku berkata: Golongan kafir, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku dapati di dalam kitab Allah “Apabila kamu bertemu dengan golongan kafir (di medan perang) maka pacunglah batang leher mereka. Sehingga kamu telah mengalahkan mereka, maka tawanlah mereka dan setelah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sehingga perang berhenti” Surah Muhammad (47): 4. Maka kamu telah mula meninggalkan orang yang kamu tawan, Subhana llah, kamu tidak mampu melakukan keadilan sekalipun beberapa ketika.

Penyerahan Tugas Menemui Umat Kepada Para Imam A.S.

       352. Yahya al-Halabi, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah memaafi Nabi kami bertemu dengan umatnya sebagaimana para nabi lain bertemu dengan umat-umat mereka, kemudian beliau s.a.w telah menyerahkan perkara itu kepada kami (wa ja ‘ala dhalika ‘alai-naa)[14].

Perang Terhadap Rasulullah S.A.W Lebih Jahat Atau Perang Tehadap Ali A.S Lebih Jahat?

       353. Yahya, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Dharis berkata: Orang ramai telah bertengkar di sisi Abu Ja‘far a.s, maka sebahagian mereka berkata: Perang terhadap Ali adalah lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah s.a.w (harbu ‘Ali syarrun min harb ‘ala rasulillah s.a.w). Sebahagian yang lain berkata: Perang terhadap Rasulullah s.a.w adalah lebih jahat daripada perang terhadap Ali a.s (harb rasulullah s.a.w syarrun min harb ‘Ali a.s). Abu Ja‘far a.s telah mendengar pertengkaran mereka, lalu berkata: Apakah yang kamu kata? Mereka berkata: Aslaha-ka llahu, kami telah bertengkar mengenai perang terhadap Rasulullah s.a.w dan perang terhadap  Ali a.s, maka sebahagian kami berkata: Perang terhadap Ali a.s adalah lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah s.a.w.
       Sebahagian kami berkata: Perang terhadap Rasulullah s.a.w adalah lebih jahat daripada perang terhadap Ali a.s. Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Tidak, malah perang terhadap Ali a.s adalah lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah (s.a.w), maka aku berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, adakah perang terhadap Ali lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah s.a.w? Beliau a.s berkata: Ya, aku akan memberitahu anda mengenainya, sesungguhnya perang terhadap Rasulullah (s.a.w) dilakukan oleh mereka yang tidak mengakui Islam (inna harb rasulillah s.a.w lam yuqirru bi al-Islam) dan sesungguhnya perang terhadap Ali a.s dilakukan oleh mereka yang telah mengakui Islam, kemudian mereka mengingkarinya (inna harb ‘Ali a.s aqarruu bi al-Islam thumma jahaduu-hu)[15].
Mengenai Firman Allah Surah al-Anbiyaa’ (21): 84 “Dan kami kembalikan keluarganya kepadanya dan kami lipat gandakan bilangan mereka

       354. Yahya bin Imran, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 84 “Dan kami kembalikan keluarganya kepadanya dan kami lipat gandakan bilangan mereka”, aku berkata: Anak-anaknya bagaimana dibawa datang bersama mereka? Beliau a.s berkata: Allah telah menghidupkan untuknya anak-anaknya yang telah mati sebelum itu dengan ajal-ajal mereka seperti golongan yang telah mati pada hari itu.

Mengenai Firman Allah Surah Yunus (10): 27 “Seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita

       355. Yahya bin al-Halabi, daripada al-Muthanna, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 27 “Seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita”, beliau a.s berkata: Jika anda melihat ke dalam  rumah, maka ia bertambah gelap pada waktu malam dari di luarnya. Begitulah mereka bertambah hitam.

Semua Manusia Binasa Melainkan Tiga Orang.

       356. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah mendengar Abd al-Malik bin A‘yan sedang bertanya Abu Abdullah a.s sehingga beliau berkata: Jikalaulah begitu, maka binasalah manusia (halaka al-Naasu idhan), Abu Abdullah a.s berkata: Ya, wahai Ibn A‘yan, maka binasalah semua manusia (fa-halaka al-Naasu ajma‘uun). Aku berkata: Mereka di timur dan mereka di barat? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya ia telah dibuka  dengan kesesatan, demi Allah, mereka telah binasa melainkan tiga orang[16] (inna-haa futihat bi-dhalaal ayyi wa llahi la-halaku illaa thalaathatan).
Hakikat Keimanan.

       357. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ishaq bin Yazid, daripada Mihran, daripada Abban bin Taghlab dan beberapa orang daripada mereka telah berkata: Kami telah duduk di sisi Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s berkata: Seorang hamba tidak berhak mendapat hakikat iman sehingga maut lebih dicintai olehnya daripada hidup, sakit lebih dicintai olehnya daripada sihat, kefakiran lebih dicintai olehnya daripada kekayaan, kamu begitulah hendaknya. Mereka berkata: Tidak, demi Allah, Allah telah menjadikan kami tebusan anda. Perasaan  putus asa telah berlaku pada hati mereka. Apabila beliau a.s melihat keadaan mereka sedemikian, lalu beliau a.s berkata: Adakah seorang daripada kamu bergembira jika ia dipanjangkan umur mengikut kadar tertentu, kemudian dia mati bukan di dalam keadaan ini atau dia mati di dalam keadaan ini? [17]
       Mereka berkata: Malah dia mati di atas keadaan ini sekarang juga, maka beliau a.s berkata: Aku melihat maut lebih dicintai oleh kamu daripada hidup. Kemudian beliau a.s berkata: Adakah seorang daripada kamu bergembira jika dia hidup tidak ditimpa mana-mana penyakit dan kesakitan sehingga dia mati bukan di dalam keadaan ini? Mereka berkata: Tidak, wahai anak lelaki Rasulullah, maka beliau a.s berkata: Maka aku melihat sakit adalah lebih dicintai oleh kamu daripada sihat. Kemudian beliau a.s berkata: Adakah seorang daripada kamu bergembira jika dapat memiliki dunia sedangkan dia mati bukan di dalam keadaan ini? Mereka berkata: Tidak, wahai anak lelaki Rasulullah, maka beliau a.s berkata: Maka aku melihat kefakiran lebih dicintai oleh kamu daripada kekayaan[18].

Jika Anda Menyalahiku Di Dalam Amalanmu, Maka Besok Janganlah Kamu Bermalam Bersamaku Di Rumahku.

       358. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Hammad al-Laham, daripada Abu Abdullah a.s bahawa bapanya berkata: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya jika anda menyalahiku di dalam amalanmu, maka besok janganlah kamu bermalam bersamaku di rumahku. Kemudian beliau a.s berkata: Allah enggan satu kaum melantik satu kaum yang menyalahi mereka di dalam amalan mereka, bermalam bersama mereka pada hari Kiamat, tidak sekali-kali, demi Tuhan Ka‘bah.

Hanya Kami Dan Syi‘ah Kami Yang Beragama Dengan Agama Ibrahim A.S.

       359. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wisya’, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Tidak seorangpun yang beragama dengan agama Ibrahim a.s melainkan kami dan Syi‘ah kami. Tiada petunjuk orang yang mendapat petunjuk daripada umat ini melainkan dengan kami, tiada kesesatan orang yang telah sesat daripada umat ini melainkan dengan kami[19].


Allah Lebih Mulia Dari Membuatkan Hamba-Nya Bersusah Hati.
      
       360. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ali bin ‘Atiyyah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berada di sisinya, seorang lelaki telah bertanya beliau a.s mengenai seorang lelaki yang membuatkannya marah, adakah Allah mengambil kira perbuatannya? Maka beliau a.s berkata: Allah lebih mulia dari melakukannya ke atas hamba-Nya. Dan pada naskhah Abu al-Hasan yang pertama a.s tertulis: Allah lebih mulia dari membuat hamba-Nya bersusah hati.

Amalan Umat Dibentangkan Kepada Rasulullah S.A.W.

       361. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Muhammad bin Abu Hamzah dan orang lain, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya bagi kamu di dalam masa hidupku kebaikan dan di dalam kematianku kebaikan. Ada orang bertanya: Wahai Rasulullah, adapun kehidupan anda kami telah mengetahuinya, apakah bagi kami di dalam kematian anda? Maka baginda s.a.w bersabda: Adapun pada masa hidupku, maka sesungguhnya Allah berfirman “Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka”                    Surah al-Anfaal (8): 33. Adapun pada kematianku, maka amalan kamu akan dibentangkan kepadaku, maka aku akan memohon ampun untuk kamu.

Orang Yang Menuntut Bukan Haknya Adalah Pembohong.

       362. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya orang yang menuntut bukan haknya di dalam urusan ini (khilafah) adalah pembohong sehingga syaitan perlu untuk membohonginya[20].

Kedatangan Ali Bin Al-Husain Untuk Menziarah Al-Husain A.S.

       363. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad, daripada Ali bin Abi al-Hikam, daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Abu Hamzah berkata: Sesungguhnya pertama kali aku mengenali Ali bin al-Husain a.s manakala aku melihat seorang lelaki memasuki dari pintu al-Fail, lalu dia mengerjakan solat empat rakaat. Maka aku mengikutinya sehingga dia mendatangi  Bi’r al-Rukat iaitu berdekatan rumah Salih bin Ali. Tiba-tiba aku terserempak dengan dua ekor unta betina yang ditambat bersamanya oleh seorang budak hitam, maka aku berkata kepadanya: Siapakah ini? Dia berkata: Ini adalah Ali bin al-Husain a.s. Aku mendekatinya, lantas aku memberi salam kepadanya dan berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda datang di negeri[21] di mana bapa anda[22] dan datuk anda dibunuh? Maka beliau a.s berkata: Aku telah menziarahi bapaku dan aku mengerjakan solat di masjid ini. Kemudian beliau a.s berkata: Inilah bahagian mukanya a.s.

Turunnya Firman Allah Surah Al-Israa’ (17): 33 “Dan sesiapa dibunuh secara zalim”

       364. Daripadanya, daripada Salih, daripada al-Hijal, daripada beberapa sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-Israa’ (17): 33 “Dan sesiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris melampaui batas di dalam pembunuhan”, beliau a.s berkata: Ayat ini di turunkan mengenai al-Husain bin Ali a.s. Sekiranya seluruh penduduk bumi terbunuh kerananya, maka ia bukanlah melampaui batas di dalam pembunuhan[23].

Kisah Ikan Paus.

       365. Daripadanya, daripada Salih, daripada beberapa sahabatnya, daripada Abd al-Samad bin Basyir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya ikan paus yang membawa bumi telah merahsiakan pada dirinya bahawa sesungguhnya dia membawa bumi dengan kekuatannya, lalu Allah mengutus kepadanya seekor ikan paus yang lebih pendek daripada sejengkal, kemudian memasuki ke dalam lubang hidungnya, lalu ia tidak sedarkan diri selama empat puluh hari. Kemudian Allah telah mengasihaninya dan merahmatinya, lalu ikan paus kecil keluar. Apabila Allah mahu bumi bergegar, Dia mengutus ikan paus kecil itu kepada ikan paus yang besar. Maka apabila dia melihatnya, ia merasa terancam, lalu ia menggegarkan bumi[24].
      
Gegaran Bumi.

       366. Daripadanya, daripada salih, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Tamim bin Hatim berkata: Kami telah berada bersama Amir al-Mukminin a.s, maka bumi telah bergegar, lalu beliau a.s menggerakkan tangannya memberi inspirasi kepadanya dan berkata: Diamlah, apakah terjadi kepada anda. Kemudian beliau a.s berpaling kepada kami dan berkata: Jika ia sebagaimana difirmankan oleh Allah, nescaya ia menyahutiku, tetapi ia bukanlah begitu.

Sesiapa Mencintai Kamu Sebagai Penganut Syi‘ah, Akan Masuk Syurga.

       367. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abu al-Yasa‘, daripada Abu Syabl Safwan berkata: Aku tidak mengetahui selain aku telah mendengar daripada Abu Syabl berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mencintai kamu sebagai penganut Syi‘ah (man ahabba-kum ‘alaa maa antum ‘alai-hi), akan masuk syurga sekalipun dia tidak berkata sebagaimana kamu berkata (dakhala al-Jannata wa in-lam yaqul kamaa taquuluun)[25].

Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Selepas Peperangan Jamal.

       368. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu‘man Abu Ja‘far al-Ahwal, daripada Salam bin al-Mustanir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Apabila selesai kisah di antaranya dan di antara Talhah, al-Zubair dan  ‘Aisyah di Basrah, lalu beliau a.s menaiki mimbar, memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w:

       Wahai manusia, sesungguhnya dunia adalah manis lagi menarik, memfitnahkan manusia dengan berbagai syahwat dan menghiasi mereka dengan perkara yang cepat. Demi Allah, ia akan memperdayakan orang yang mengangan-angankannya, meninggalkan orang yang mengharapkannya, mewariskan penyesalan dan dukacita kepada mereka disebabkan perlumbaan, hasad dan kezaliman mereka terhadap ahli agama, permusuhan dan keangkuhan. Demi Allah, mereka tidak dapat hidup di dalam  nikmat Allah di dunia tanpa ketakwaan dan kesyukuran kepada-Nya. Allah akan menghilangkan nikmat tersebut daripada mereka jika mereka mengabaikannya tanpa sebarang usaha dan kesyukuran. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Ra‘d (13):11 “Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada pelindung bagi mereka selain Dia”.
       Sekiranya ahli maksiat apabila mereka khuatir kehilangan nikmat Allah, akibat pembalasan-Nya, maka mereka yakin bahawa itu semuanya daripada Allah kerana perbuatan mereka sendiri, lalu mereka bertaubat, takut kepada Allah dengan keikhlasan niat mereka dan pengakuan terhadap dosa-dosa mereka serta kejahatan mereka, nescaya Dia memaafkan mereka daripada segala dosa dan mengembalikan nikmat kepada mereka. Kemudian Dia mengembalikan kepada mereka  segala urusan dan nikmat yang hilang.
       Justeru bertakwalah kepada Allah, wahai manusia dengan sebenar-benar takwa, lahirlah perasaan takut kepada Allah, perkuatkan keyakinan, bertaubatlah kepada-Nya daripada keburukan godaan syaitan; memerangi Uli al-Amr dan ahli ilmu selepas Rasulullah s.a.w, bersepakat di dalam memecah-belahkan jemaah[26] dan mengeruhkan hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Syuura (42): 25 “Dan Dialah  yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafi kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Kesederhanaan Amir Al-Mukminin A.S.

       369. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Ali bin Uthman berkata: Abu Abdullah al-Mada’ini telah memberitahuku, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan satu bintang di langit ke tujuh, maka Dia telah menciptakannya daripada air yang sejuk dan enam bintang yang berjalan (al-Jaariyaat) daripada air yang panas. Iaitu bintang para nabi dan para wasi. Iaitu bintang Amir al-Mukminin a.s. Dia  memerintahkan supaya ia keluar dari dunia, dan zuhud padanya. Dia memerintahkan supaya ia [ tidur] bertilamkan tanah, berbantalkan batu, memakai pakaian yang kasar, memakan makanan yang paling sederhana. Allah tidak menciptakan satu bintang yang lebih hampir kepada-Nya daripadanya.

Takbir Mimpi Ali Al-Ridha A.S

       370. Al-Husain bin Ahmad bin Hilal, daripada Yasir al-Khadim berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa aku telah melihat  dalam tidurku seolah-olah satu sangkar mempunyai tujuh belas kaca. Tiba-tiba sangkar itu terjatuh, lalu kaca-kaca itu pecah, maka beliau a.s berkata: Jika mimpi anda benar, maka seorang lelaki daripada keluargaku akan keluar memiliki tujuh belas hari, kemudian dia mati. Maka Muhammad bin Ibrahim di Kufah telah keluar bersama Abu al-Saraaya, lalu dia tinggal selama tujuh belas hari, kemudian dia mati.

Sekiranya Harun Mengambil Seurat Rambutku Dari Kepalaku, Maka Aku Bukan Serorang Imam.

       371. Daripadanya, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s pada masa pemerintahan Harun bahawa sesungguhnya anda telah memasyhurkan diri anda di dalam urusan khilafah dan anda menduduki majlis bapa anda sedangkan pedang Harun mengeluarkan darah, maka beliau a.s berkata: Sabda Rasulullah s.a.w telah menarikku kepada perkara ini: Sekiranya Abu Jahl mengambil seurat rambutku dari kepalaku, maka saksikanlah bahawa aku bukanlah seorang nabi dan aku berkata kepada kamu bahawa sekiranya Harun mengambil seurat rambutku dari kepalaku, maka saksikanlah bahawa sesungguhnya aku bukanlah seorang imam.

Kisah Hamba Perempuan Al-Zubair; Salasilah Umar Dan Kisah Lelaki Al-‘Aqili.

       372. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Zar‘ah, daripada Samamaa‘ah berkata: Seorang lelaki daripada anak-anak Umar bin al-Khattab telah mengganggu seorang hamba perempuan milik seorang lelaki Bani ‘Aqil, maka dia berkata kepada pemiliknya: Ini  Umari (anak lelaki Umar) telah menyakitiku. Lalu dia berkata kepada hamba perempuannya: Serang dia dan memasukkanya di ruang depan rumah, lalu dia melakukannya.
       Maka pemiliknya mengikat Umari dan membunuhnya. Kemudian dia mencampakkannya di jalan. Lalu pengikut pengikut Abu Bakr, Umar dan Uthman berhimpun dan berkata: Sahabat kami tiada tandingan, justeru kami tidak akan membunuh dengannya selain daripada Ja‘far bin Muhammad. Sahabat kami tidak dibunuh oleh seorangpun selain daripadanya. Abu Abdullah a.s telah pergi menuju Qaba, maka aku telah berjumpa dengannya [memberitahunya] mengenai perhimpunan mereka terhadapnya.
       Beliau a.s berkata: Tinggalkan mereka. Manakala beliau a.s datang dan mereka melihatnya, maka mereka melompat ke atasnya sambil berkata: Tiada orang lain yang telah membunuh sahabat kami selain daripada anda dan kami tidak akan membunuh orang lain selain daripada anda. Abu Abdullah a.s berkata: Hendaklah sekumpulan daripada kamu yang bercakap denganku, lalu yang lain menjauhkan diri daripadanya. Kemudian beliau a.s memegang tangan mereka dan memasukkan mereka ke masjid. Kemudian mereka keluar dan berkata: Syeikh kita Abu Abdullah Ja‘far bin Muhammad, semoga Allah melindunginya, tidak melakukan perkara seperti ini dan beliau pula tidak menyuruh orang lain melakukannya, lalu mereka pulang.
        Sammaa‘ah berkata: Aku telah pergi bersamanya dan berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, alangkah cepatnya keredaan mereka dari kemarahan mereka, beliau a.s berkata: Ya, aku telah menyeru mereka, aku berkata: Tahan diri kamu semua, jika tidak aku akan mengeluarkan sahifah, aku berkata: Apakah itu sahifah, Allah telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya ibu al-Khattab[27] adalah hamba perempuan kepada al-Zubair bin Abd al-Muttalib. Maka Nufail telah melakukan hubungan seks dengannya[tanpa nikah], lalu dia hamil (fa-ahbala-ha). Kemudian al-Zubair telah mencari Nufail[28], lalu dia melarikan diri ke Taif. Al Zubair telah mengikutinya, lalu Bani Thaqif telah melihatnya dan berkata:  Wahai Abu Abdullah (al-Zubair), apakah anda buat di sini? Al-Zubair berkata: Hamba perempuanku telah dinodai oleh Nufail kamu (satara bi-haa Nufailu-kum).
       Kemudian Nufail telah melarikan diri daripadanya ke Syam. Lalu al-Zubair keluar di dalam perniagaannya  ke Syam dan berjumpa dengan raja al-Daumah, maka beliau berkata: Wahai Abu Abdullah, aku berhajat kepada anda, maka al-Zubair berkata: Apakah hajat anda itu, wahai raja? Beliau berkata: Seorang lelaki daripada keluarga anda di mana anda telah mengambil anak lelakinya, mahu anda mengembalikannya kepadanya.
       Al-Zubair berkata: Hendaklah dia menzahirkan dirinya sehingga aku mengenalinya. Pada keesokan harinya, al-Zubair datang berjumpa dengan raja al-Daumah. Apabila raja itu melihatnya, beliau ketawa, maka al-Zubair berkata: Apakah yang membuat anda ketawa, wahai raja? Beliau berkata: Aku tidak menyangka bahawa lelaki ini dilahirkan oleh seorang perempuan Arab (waladat-hu ‘arabiyyatun). Apabila dia melihat anda masuk, dia tidak dapat mengawal dirinya. Maka al-Zubair berkata: Apabila anda datang ke Makkah, maka aku akan menunaikan hajat anda.
       Apabila al-Zubair datang, beliau melibatkan semua suku Quraisy supaya al-Zubair memberi kepadanya anak lelakinya (Nufail), tetapi beliau enggan. Kemudian beliau telah melibatkan Abd al-Muttalib, maka Abd al-Muttalib berkata: Aku tiada urusan dengannya. Tidakkah kamu mengetahui apakah dia telah lakukan kepada anak lelakiku polan, kamu pergi sendiri kepadanya. Lalu mereka datang kepadanya dan bercakap dengannya. Al-Zubair berkata kepada mereka: Sesungguhnya syaitan mempunyai kerajaan (daulah), dan anak lelaki ini adalah anak lelaki syaitan[29]. Aku tidak percaya bahawa dia akan menjadi pemimpin kami, tetapi kamu masukkannya dari pintu masjid kepadaku supaya aku membuat untuknya satu besi dan aku menggariskan di mukanya beberapa tulisan. Aku akan menulis di atasnya dan di atas anak lelakinya supaya dia tidak ke depan di dalam mana-mana  majlis dan tidak akan membuat perancangan jahat ke atas anak-anak kami dan tidak memukul kami dengan anak panah. Lalu mereka melakukannya. Kemudian al-Zubair telah menggariskan mukanya dengan besi dan menulis di atasnya satu surat (kitab).
       Dan surat itu berada di sisi kami, maka Abu Abdullah a.s berkata kepada mereka: Jika kamu bertahan dan jika tidak, aku akan mengeluarkan surat tersebut dan padanya keburukan kamu, maka tahanlah diri kamu [dari menyerangku]. Dan seorang maula milik Rasulullah (s.a.w) tidak meninggalkan pewaris, lalu anak-anak al- ‘Abbas bertengkar dengan Abu Abdullah a.s mengenainya. Hisyam bin Abd al-Malik telah mengerjakan haji pada tahun yang sama, lalu beliau duduk bersama mereka.
       Kemudian Daud bin Ali berkata: Al-Walaa’ adalah untuk kami dan Abu Abdullah a.s berkata: Malah, al-Walaa’ adalah untukku. Daud bin Ali berkata: Sesungguhnya bapa anda telah memerangi Mu‘awiyah, maka beliau a.s berkata: Jika bapa aku telah memerangi Mu‘awiyah, maka sesungguhnya bahagian bapa anda padanya lebih baik, kemudian dia suka mengkhianatinya dan  berkata: Demi Allah, aku akan menguasai anda besok secara menyeluruh. Daud bin Ali berkata kepadanya: Percakapan anda ini adalah lebih hina daripada tahi lembu di wadi al-Azraq.
       Beliau a.s berkata: Ia adalah wadi di mana anda dan bapa anda tiada hak ke atasnya. Hisyam berkata: Besok aku akan duduk bersama kamu. Keesokannya Abu Abdullah a.s keluar dengan surat (kitab) di dalam kotak dan Hisyam duduk bersama mereka. Kemudian Abu Abdullah a.s meletakkan surat di hadapannya. Apabila beliau a.s mahu membacanya, beliau a.s berkata: Kamu seru untukku Jundal al-Khuza‘ai dan ‘Akasyah al-Dhamiri. Mereka berdua adalah dua orang syeikh yang sempat mendapati zaman Jahiliyah.
       Maka beliau a.s mencampakkan surat itu kepada mereka berdua sambil berkata: Adakah anda mengetahui tulisan-tulisan  ini (khat-khat ini)? Mereka berdua berkata: Ya, ini adalah tulisan al-‘As bin Umayyah. Ini adalah tulisan polan dan polan untuk polan daripada Quraisy. Ini adalah tulisan Harb bin Umayyah. Maka Hisyam berkata: Wahai Abu Abdullah, aku berpendapat tulisan datuk-datuk kami di sisi kamu? Maka beliau a.s berkata: Ya, maka Hisyam berkata Aku telah menunaikan walaa’ aku kepada anda. Maka beliau keluar sambil berkata:

                    Sekiranya jarum jam kembali  maka kami akan    
                    mengembalikannya  kepadanya
                    Dan kasut untuknya sudah disediakan
       Aku berkata: Apakah itu surat (kitab), aku jadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Naathilah[30] adalah seorang hamba perempuan kepada ibu al-Zubair, Abu Talib dan Abdullah. Abd al-Muttalib telah mengambilnya, tetapi polan (Nufail) telah menghamilkannya tanpa nikah, maka al-Zubair telah berkata kepada Nufail: Hamba perempuan ini (ibu al-Khattab) kami telah mewarisinya daripada ibu kami dan anak lelaki anda ini (al-Khattab) adalah hamba kami (‘abdun la-naa)[31]. Lalu beliau telah melibatkan semua suku Quraisy dan berkata: Aku menerima permintaan anda dengan syarat bahawa anak lelaki anda ini tidak ditonjolkan di dalam mana-mana majlis dan dia tidak akan memukul kami dengan anak panahnya. Kemudian al-Zubair telah menulis ke atasnya satu surat dan telah menjadi saksi ke atasnya. Maka ini adalah suratnya.

Golongan Kanan Adalah Syi‘ah Ali A.S.
      
       373. Al-Husain bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Hindiyyu, daripada Mu‘awiyah Ibn Hakim, daripada bebrapa orang sahabatnya, daripada ‘Anbasah bin Bijad, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Waqi‘ah (56) 91-2 “Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan, maka keselamatan bagimu kerana kamu dari golongan kanan”. Beliau a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Mereka adalah Syi‘ah anda, justeru anak-anak anda terselamat dari pembunuhan mereka.

Ali Memberi Baiah Kepada Rasulullah (S.A.W) Di Atas  Kesusahan  Dan Kesenangan.

       374. Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Safwan, daripada Muhammad bin Ziyad bin Isa, daripada al-Husain bin Mus‘ab, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Aku telah memberi baiah kepada Rasulullah (s.a.w) di atas  kesusahan  dan kesenangan, kelapangan dan kesulitan sehingga Islam membesar dan menebal. Beliau a.s berkata: Ali a.s telah membuat perjanjian ke atas mereka supaya mereka mempertahankan Muhammad dan zuriatnya sebagaimana mereka mempertahankan diri mereka sendiri dan zuriat-zuriat mereka. Oleh itu, aku mengenakan perjanjian itu ke atas mereka, maka berjayalah orang yang berjaya dan binasalah orang yang binasa.

Hadis Mengenai Kaum Al-Dharih.
     
       375. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada beberapa orang sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata bahawa sesungguhnya di sebalik Yaman itu ada sebuah wadi yang dikenali dengan wadi Barhut. Wadi itu tidak dapat dilintasi melainkan oleh ular-ular hitam dan burung-burung hantu. Pada wadi itu terdapat satu perigi dikenali dengan Balhut yang dipenuhi dengan roh-roh musyrikin, mereka diberi minum air nanah.
       Di belakang wadi itu terdapat kaum yang dikenali dengan al-Dharih. Manakala Allah mengutus Muhammad s.a.w, seekor lembu jantan mereka meraung kepada mereka dan memukul dengan ekornya, maka ia menyeru mereka: Wahai keluarga al-Dharih,- dengan suara yang fasih- Seorang lelaki di Tihamah telah datang menyeru kepada syahadah tiada tuhan melainkan Allah. Mereka berkata: Kenapa Allah membuat lembu jantan ini bercakap? Maka ia menyeru mereka pada kali kedua, lalu mereka berazam untuk membina bahtera, maka mereka membinanya.
       Tujuh orang daripada mereka menaikinya dan mereka membawa bekalan, Allah tidak mencampakkan sesuatu di hati mereka. Kemudian mereka mengangkat layarnya dan melabuhkannya di laut. Bahtera itu terus berlayar sehingga terdampar di Jiddah. Lalu mereka mendatangi Nabi (s.a.w), maka Nabi (s.a.w) bersabda: Kamu ahli al-Dharih di mana seekor lembu jantan menyeru kamu? Mereka berkata: Ya, mereka berkata: Bentangkan kepada kami, wahai Rasulullah, agama dan kitab, lalu Rasulullah (s.a.w) membentangkan kepada mereka agama, kitab, sunah, fardu dan syariat sebagaimana datang daripada Allah. Kemudian baginda s.a.w telah melantik seorang lelaki daripada Bani Hasyim ke atas mereka. Tiada perselisihan berlaku di kalangan mereka sehingga sekarang.

Hadis Mengenai Israk Dan Pemberitahuan Rasulullah S.A.W Mengenai Syam Kepada Mereka.

       376. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Hadid, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila Allah memperjalankan Rasulullah s.a.w di suatu malam (usria), maka pada pagi keesokannya baginda s.a.w telah berada di hadapan mereka, duduk dan bercakap kepada mereka mengenainya. Mereka berkata: Ceritakan kepada kami Bait al-Maqdis. Lalu baginda s.a.w menceritakannya kepada mereka. Kesamaran telah berlaku kepada baginda s.a.w kerana baginda s.a.w telah memasukinya pada waktu malam.
       Lalu Jibrail a.s mendatanginya dan berkata: Lihatlah dari sini, lalu baginda s.a.w melihat ke Bait al-Maqdis. Maka baginda s.a.w menceritakannya sedang baginda s.a.w melihat kepadanya. Kemudian baginda s.a.w memberitahu mereka mengenai kafilah mereka di antara mereka dan Syam. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Ini adalah kafilah Bani polan telah tiba ketika matahari naik dan didahului oleh unta jantan warna biru atau merah. Quraisy telah mengutus seorang lelaki di atas kuda untuk mengembalikannya. Dia sampai ketika matahari naik. Qurtat bin ‘Abd ‘Umru berkata: Alangkah dukacitanya aku tidak menjadi sebatang pohon kurma untuk anda ketika anda menyangka bahawa anda telah datang ke Bait al-Maqdis dan anda telah kembali pada malamnya.

Hadis Mengenai Hijrah Dan Kisah Abu Bakr Bersama Rasulullah S.A.W. Di Gua.

       377. Hamid bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ayyub, daripada Ali bin Asbat, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada Yusuf bin Sahaib, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w mulai berkata kepada Abu Bakr di gua (al-Ghaar): Bawa bertenang, kerana Allah bersama kami, tetapi dia masih tidak tenang. Manakala Rasulullah s.a.w melihat keadaannya, maka baginda s.a.w bersabda kepadanya: Anda mahu aku memperlihatkan para sahabatku daripada kaum Ansar kepada anda di dalam majlis mereka sedang bercakap-cakap dan aku memperlihatkan Ja‘far dan para sahabatnya sedang berlayar? Dia berkata: Ya, lalu Rasulullah s.a.w menyapu dengan tangannya ke atas mukanya, lalu dia dapat melihat kepada kaum Ansar sedang bercakap-cakap dan melihat kepada Ja‘far r.a dan para sahabatnya sedang berlayar, lalu Abu Bakr merahsiakan (adhmara) di hatinya pada masa itu juga bahawa Nabi s.a.w adalah seorang tukang sihir (inna-hu saahirun)[32].

Hadis Mengenai Suraaqah Bin Malik Dan Niat Jahatnya Kepada Rasulullah S.A.W.

       378. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Mu‘awiyah Ibn ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s bahawa Rasulullah (s.a.w) apabila keluar dari gua menuju Madinah. Quraisy telah menawar seratus unta kepada mereka yang dapat menagkapnya. Suraaqah bin Malik bin Jasy‘am telah keluar mencarinya. Lalu dia bertemu dengan Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku, lindungilah aku daripada kejahatan Suraaqah dengan cara yang Engkau kehendaki, lantas kudanya tenggelam di dalam tanah dan kakinya berlipat. Suraaqah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa apa yang telah menimpa kudaku datangnya dari pihak anda.
       Justeru berdoalah kepada Allah supaya Dia melepaskan kudaku, aku bersumpah jika kebaikanku tidak menimpa anda, maka kejahatanku juga tidak akan menimpa anda. Kemudian Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah, lalu Allah melepaskan kudanya. Maka Suraaqah kembali mencari Rasulullah s.a.w sehingga dia melakukannya sebanyak tiga kali. Setiap kali berlaku, Rasulullah s.a.w berdoa, lalu bumi menelan kudanya. Manakala Dia melepaskan kudanya pada kali ketiga, dia berkata: Wahai Muhammad, ini adalah unta betinaku di hadapan anda. Padanya budakku. Jika anda berhajat kepada belakangnya (menaikinya) atau susunya, maka ambillah daripadanya. Ini adalah anak panah dari kotakku sebagai tanda dan aku sedang pulang, aku mengulangi permintaanku. Maka baginda s.a.w bersabda: Kami tidak perlu kepada apa yang ada di sisi anda.

Kedatangan Al-Mahdi A.S  Adalah Satu Kepastian.

       379. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Najran, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abu al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Kamu tidak                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            melihat orang yang kamu sedang menunggunya[33] sehingga kamu menjadi seperti biri-biri yang lesu. Tiada kemuliaan bagi kamu untuk mencapainya dan tiada sandaran yang kamu dapat menyandarkan urusan kamu.

Biri-Biri Yang Lesu.

       380. Daripadanya, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ibn Sinan, daripada Abu al-Jarud berkata: Aku telah berkata kepada Ali bin al-Hakam: Apakah biri-biri yang lesu? Beliau berkata: Yang sama tanpa perbezaan.

Pujian Kepada Zaid Bin Ali Bin Al-Husain A.S.

       381. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Safwan bin Yahya, daripada ‘Ais Ibn al-Qasim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah Yang Tunggal tanpa sekutu bagi-Nya dan lihatlah kepada diri kamu, demi Allah, sesungguhnya seorang lelaki yang memiliki kambing dan padanya penjaganya apabila dia mendapati seorang lelaki yang lebih mengetahui mengenai kambingnya daripadanya, maka dia akan mengeluarkannya padanya dan memasukkan lelaki yang lebih mengetahui mengenai kambingnya padanya.
       Demi Allah, jika seorang daripada kamu mempunyai dua jiwa di mana dia memerangi dengan satu jiwa di dalam tindakannya, kemudian yang lain tinggal begitu sahaja, maka dia akan melakukan apa yang terserlah baginya, tetapi dia mempunyai hanya satu jiwa, apabila ia pergi, demi Allah, taubat pergi bersamanya. Justeru kamu adalah lebih berhak untuk memilih diri kamu. Jika seorang datang daripada kami, maka lihatlah di atas dasar apakah kamu keluar [menentang penguasa].
       Janganlah kamu berkata bahawa Zaid telah keluar, kerana Zaid adalah seorang yang alim dan benar. Beliau tidak menyeru kamu kepada dirinya, tetapi beliau telah menyeru kamu kepada keredaan keluarga Muhammad a.s. Jika ia terserlah, nescaya beliau menyeru kamu kepadanya. Sesungguhnya beliau telah keluar kepada penguasa bagi menentangnya. Orang yang keluar (al-Khaarij) daripada kami pada hari ini di atas dasar apakah dia menyeru kepada keredaan keluarga Muhammad a.s. Kami menjadikan kamu saksi bahawa kami tidak meredainya [orang yang keluar]; dia menderhakai kami pada hari ini, tiada seorangpun bersamanya. Apabila kelayakan yang lebih wajar bersama orang yang telah dipersetujui oleh  Bani Fatimah, demi Allah, maka sahabat kamu adalah orang dipersetujui olehnya. Apabila [datang] bulan Rajab, maka terimalah di atas nama Allah. Jika kamu ingin menangguhkannya kepada Sya‘ban, maka itu tidak mengapa. Jika kamu ingin berpuasa bersama keluarga kamu, maka itu adalah lebih baik. Dan cukuplah bagi kamu dengan al-Sufyaani[34] sebagai tanda.

Keluar Bersama Al-Qaim A.S.
     
       382. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i secara marfuu’, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Demi Allah, seorang daripada kami tidak akan keluar [menentang penguasa] sebelum keluarnya al-Qaim a.s melainkan dia seperti anak burung yang telah terbang dari sangkarnya sebelum dua sayapnya kuat, lalu kanak-kanak akan mengambilnya dan mensia-siakannya[35].

Berada Di Rumah Sebelum Keluarnya Al-Sufyaani.
      
       383. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Uthman bin Isa, daripada Bakr bin Muhammad, daripada Sudair berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Sudair, tinggallah di rumah anda selama ada malam dan siang. Apabila sampai berita kepada anda bahawa al-Sufyaani telah keluar, maka datanglah kepada kami sekalipun dengan berjalan kaki.

Rawatan Demam.

       384. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Kamil bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ibrahim al-Ja‘fi berkata: Bapaku telah memberitahuku: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s berkata: Kenapa aku melihat anda muram? Aku berkata: Sesungguhnya aku demam, maka beliau a.s berkata: Apakah yang menghalang anda daripada perkara yang baik; ambil gula, kemudian masukkannya ke dalam air, kemudian hisaplah pada waktu petang. Maka akupun melakukannya dan demam hilang daripadaku.

Rawatan Sakit Badan

       385. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali bin al-Nu‘man, daripada beberapa orang sahabat kami berkata: Aku telah mengadu kepada Abu Abdullah a.s mengenai kesakitan, maka beliau a.s berkata: Apabila anda beristirahat di tempat tidur anda, maka makanlah beberapa ketul gula. Maka Aku telah melakukannya dan aku telah sembuh. Kemudian aku telah memberitahu kepada seorang tabib yang masyhur di tempat kami mengenainya, maka beliau berkata: Dari manakah Abu Abdullah a.s mengetahui perkara ini, ini adalah khazanah ilmu kami atau beliau a.s mempunyai beberapa buku yang tepat di dalam perkara ini.

Rawatan Demam Panas.

       386. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Yahya al-Khazaa‘i, daripada al-Husain bin al-Hasan, daripada   ‘Aasim bin Yunus, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s berkata kepada seorang lelaki: Dengan apakah kamu mengubati pesakit demam kamu? Lelaki itu berkata: Aslaha-ka llahu, dengan ubat-ubat yang pahit seperti jadam dan seumpamanya. Maka Abu Abdullah a.s berkata: Maha Suci Allah Yang Berkuasa menyembuhkan dengan perkara yang pahit, maka Dia berkuasa menyembuhkan dengan perkara yang manis.
       Kemudian beliau a.s berkata: Apabila seorang daripada kamu terkena demam, maka hendaklah dia mengambil bekas yang bersih dan memasukkan gula ke dalamnya. Kemudian dia membaca beberapa ayat al-Qur’an dan meletakkannya di bawah bintang di atasnya besi. Keesokannya masukkan air ke atasnya dan mengacaukannya dengan tangannya, kemudian meminumnya. Pada malam kedua tambahkan gula yang lain. Demikianlah dilakukan pada malam ketiga.

Kelebihan Bismillah.
      
       387. Ahmad bin Muhammad al-Kufi, daripada Ali bin al-Hasan bin Ali, daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran, daripada Harun daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Mereka telah menyembunyikan Bismillahir Rahmanir Rahim, maka ia adalah sebaik-baik nama, demi Allah, mereka telah menyembunyikannya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila baginda s.a.w memasuki rumahnya dan Quraisy berkumpul di hadapannya, baginda s.a.w menyaringkan  Bismillahir Rahmanir Rahim dan mengangkat suaranya dengannya. Lantas Quraisy bertempiaran lari. Lalu Allah menurunkan firman-Nya di dalam Surah al-Israa’ (17): 46 “Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja di dalam al-Qur’an, nescaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya”.

Dengan Rasulullah S.A.W  Mereka Terselamat.

       388. Daripadanya, daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran, daripada Abu Harun al-Makfuf, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Abdullah a.s apabila disebut Rasulullah s.a.w, beliau a.s berkata: Dengan bapaku, ibuku, kaumku dan keluargaku, [aku] merasa hairan kepada Arab: Kenapa tidak membawa kami di atas kepalanya sedangkan Allah berfirman di dalam Surah Ali Imraan (3): 103 “Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya”. Iaitu dengan Rasulullah s.a.w mereka telah terselamat.

Mengenai Firman Allah Surah Ali Imraan (3): 26 “Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki”
       389. Daripadanya, daripada Ibrahim bin Abu Bakr bin Abu Samak, daripada Daud bin Furqad, daripada Abd al-A‘la maula keluarga Syam berkata bahawa aku berkata kepadanya: “Katakanlah: Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki”. Surah Ali Imraan (3): 26.  Tidakkah Allah telah berikan kerajaan kepada Bani Umayyah? Beliau a.s berkata: Ia bukan sebagaimana anda katakan. Sesungguhnya Allah telah memberikan kerajaan kepada kami, tetapi ia diambil oleh Bani Umayyah seperti kedudukan seorang lelaki yang memiliki kain, tetapi ia diambil oleh orang lain. Justeru ia bukanlah milik orang yang telah mengambilnya.

Mengenai Firman Allah Surah al-Hadid (57):17 “Ketahuilah olehmu bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya

       390. Muhammad bin Ahmad bin al-Salt, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus, daripada al-Mufadhdhal Ibn Salih, daripada Muhammad al-Halabi bahawa beliau telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Hadid (57):17 “Ketahuilah olehmu bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya”. Beliau a.s berkata: Keadilan selepas kezaliman.

Mengenai Pedang Dhu Al-Fiqar.

       391. Muhamamad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Muhammad bin Athim, daripada Safwan bin Yahya berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s mengenai Dhu Al-Fiqar; pedang Rasulullah s.a.w, maka beliau a.s berkata: Jibrail a.s telah menurunkannya dari langit dan bulatannya dibuat daripada perak.

Hadis Mengenai Nuh A.S Pada Hari Kiamat, Penyaksian Ja‘far Bin Abu Talib Dan Hamzah Kepada Para Nabi S.A.

       392.Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Jamil bin Salih, daripada Yusuf bin Abu Sa‘id berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah pada suatu hari, maka beliau a.s berkata kepadaku: Apabila tiba hari Kiamat, Allah akan menghimpunkan semua makhluk. Nuh a.s adalah orang yang pertama di panggil dan dikatakan kepadanya: Adakah anda telah menyampaikan [risalah]? Beliau a.s berkata: Ya, dan dikatakan kepadanya: Siapakah yang akan menjadi saksi kepada anda? Maka beliau a.s berkata: Muhammad bin Abdullah s.a.w.
       Lalu Nuh a.s keluar dan diikuti oleh orang ramai sehingga beliau a.s datang kepada Muhammad (s.a.w) yang berada di atas bukit pasir bersama Ali a.s. iaitu sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Mulk (67): 27 “Ketika mereka melihat azab sudah dekat, muka golongan kafir itu menjadi muram”. Maka Nuh berkata kepada Muhammad (s.a.w): Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah bertanyaku adakah engkau telah menyampaikan? Maka aku berkata: Ya, maka Dia berfirman: Siapakah yang menjadi saksi kepada engkau? Aku berkata: Muhammad (s.a.w), maka baginda s.a.w bersabda: Wahai Ja‘far, wahai Hamzah, pergi dan saksilah untuknya bahawa beliau telah menyampaikan risalahnya. Abu Abdullah a.s berkata: Ja‘far dan Hamzah kedua-duanya menjadi saksi kepada para nabi a.s mengenai risalah yang mereka telah sampaikan. Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, maka Ali a.s di mana dia? Beliau a.s berkata: Ali a.s adalah lebih besar kedudukannya daripada itu.

Rasulullah S.A.W Membahagikan Masanya Dengan Saksama.

       393. Muhammad bin Yahya telah memberitahuku daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin Abd al-‘Aziz, daripada Jamil, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah membahagikan masanya dengan saksama di antara para sahabatnya. Baginda s.a.w telah melihat kepada itu dan ini dengan saksama.

Rasulullah S.A.W Tidak Pernah Bercakap Kepada Orang Ramai Melebihi Akal Mereka.

       394. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada sebahagian sahabatnya berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w tidak pernah bercakap kepada orang ramai melebihi akal mereka. Rasulullah s.a.w bersabda: Kami para nabi diperintahkan supaya bercakap kepada orang ramai mengikut kemampuan akal mereka.

Anda Berpegang Kepada Agama Allah Dengan Mentaati Kami.
      
       395 Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Malik bin ‘Atiyyah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Aku adalah seorang lelaki dari Bajilah, aku beragama dengan agama Allah bahawa sesungguhnya kamu adalah mawali. Aku telah ditanya oleh orang yang tidak mengenaliku, maka dia berkata kepadaku: Siapakah lelaki itu?
       Maka aku berkata kepadanya: Aku adalah seorang lelaki Arab, kemudian dari Bajilah, adakah aku berdosa di dalam perkara ini tanpa mengatakan bahawa aku maula kepada Bani Hasyim? Abu Abdullah a.s berkata: Tidak, tidakkah hati anda dan hawa nafsu anda menyimpulkan bahawa anda daripada mawaali kami? Aku berkata: Ya, demi Allah, anda tidak boleh berkata: Aku adalah daripada Arab, kerana anda bukanlah seorang Arab dari segi keturunan, pemberian dan bilangan. Anda adalah saudara  pada agama. Dan apa yang meliputi agama bahawa anda berpegang kepada agama Allah dengan mentaati kami, mengambil agama daripada kami, daripada mawaali kami, daripada kami dan kepada kami.

Syi‘ah Kami Adalah Hawaari Kami. Sekiranya Anda Memukul Batang Hidung Pencita-Pencinta Kami Dengan Pedang, Nescaya Mereka Tidak Memarahi Kami.         

       396. Ibn Mahbub telah memberitahu kami, daripada Abu Yahya Kaukab al-Damm, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya hawaari Isa adalah Syi‘ahnya dan Syi‘ah kami adalah hawaari kami. Hawaari Isa bukanlah lebih mentaatinya daripada hawaari kami kepada kami. Sesungguhnya Isa a.s berkata kepada hawariyyin: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku kepada Allah. Para hawariyyin berkata: Kamilah penolong-penolong kepada Allah”. Surah  Ali Imraan (3): 52. Tidak, mereka tidak menolongnya dan mereka tidak memerangi Yahudi kerananya.
       Tetapi Syi‘ah kami, demi Allah, semenjak Allah mematikan Rasul-Nya sentiasa menolong kami, berperang kerana kami. Mereka dibakar, disiksa, diusir di seluruh negara, semoga Allah memberi balasan kebaikan kepada mereka kerana menolong kami. Amir al-Mukminin a.s berkata: Sekiranya anda memukul batang hidung pencita-pencinta kami dengan pedang, nescaya mereka tidak memarahi kami (lau dharab-ta khaisyuma muhibbii-naa bi al-Saif maa abghadhuu-naa), dan demi Allah, sekiranya anda mendekati golongan yang memarahi kami dan memberi harta kepada mereka, nescaya mereka tidak mencintai kami (wa wa llahi lau adnai-ta ilaa mubghidhii-naa wa hathau-ta la-hum mina l-Maal maa ahabbuu-naa).

Mengenai Firman Allah Surah al-Ruum (30):2-5 “Telah dikalahkan bangsa rumawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah di kalahkan itu akan menang”

       397. Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Abu ‘Ubaidah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Ruum (30):2-5 “Telah dikalahkan bangsa Rumawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang. Dalam beberapa tahun lagi. Dan bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah dan di hari itu bergembiralah golongan yang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya”, beliau a.s berkata: Wahai Abu ‘Ubaidah, sesungguhnya ayat ini ada takwilnya di mana tidak akan diketahuinya melainkan Allah dan al-Raasikhuun di dalam ilmu daripada keluarga Muhammad s.a.w.
       Sesungguhnya Rasulullah s.a.w manakala berhijrah ke Madinah dan menzahirkan Islam, baginda s.a.w telah menulis surat kepada raja Rom dan mengutus dengannya seorang utusan menyerunya kepada Islam. Baginda s.a.w juga telah menulis surat kepada raja Farsi menyerunya kepada Islam dan mengutus kepadanya seorang utusan. Raja Rom menghormati surat Rasulullah s.a.w dan memuliakan utusannya. Sementara raja Farsi, maka beliau telah memandang ringan surat Rasulullah s.a.w, mengoyakkannya dan memandang remeh  utusannya. Raja Farsi pada masa itu sedang memerangi raja Rom.
       Muslimun mahu supaya raja Rom dapat mengalahkan raja Farsi, tetapi apabila raja Farsi dapat mengalahkan raja Rom, lantas golongan Islam membencinya, lalu Allah menurunkan firman-Nya di dalam Surah al-Ruum (30):2-5 “Telah dikalahkan bangsa Rumawi di negeri yang terdekat ” (Iaitu ia dikalahkan oleh raja Farsi). “di negeri yang terdekat ” Iaitu Syam dan sekitarnya. “dan mereka (Iaitu Farsi) sesudah di kalahkan (Rom) itu akan menang (Iaitu mereka akan dikalahkan oleh muslimun). “Dalam beberapa tahun lagi. Dan bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah dan di hari itu bergembiralah golongan yang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya”.
       Apabila muslimun memerangi Farsi dan membukanya, maka muslimun bergembira dengan pertolongan Allah. Aku berkata: Tidakkah Allah berfirman “ Dalam beberapa tahun”, tetapi telah berlalu beberapa tahun yang banyak pada masa Rasulullah s.a.w, dan pada masa pemerintahan Abu Bakr. Sesungguhnya muslimun dapat mengalahkan Farsi pada masa pemerintahan Umar. Maka beliau a.s berkata: Tidakkah aku berkata kepada kamu bahawa ayat ini ada takwilnya dan tafsirannya.
       Wahai Abu ‘Ubaidah, sesungguhnya al-Qur’an ada nasikh dan mansuh. Tidakkah anda mendengar firman Allah “Dan bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah dan di hari itu”? Iaitu kembali kepada kehendak-Nya untuk menangguhkan apa yang Dia telah kemukakannya dan mendahulukan apa yang Dia telah menangguhkannya di dalam firman-Nya sehingga kepada hari yang telah ditetapkan bagi menurunkan kemenangan ke atas mukminin. Justeru firman-Nya “Pada hari itu mukminun akan bergembira” dengan pertolongan_Nya “Dia menolong siapa yang Dikehendaki-Nya). Iaitu pada hari yang ditetapkan dengan pertolongan-Nya.









































                            

                            




                             BAHAGIAN KESEMBILAN



Penolakan Terhadap Sangkaan Umum Bahawa Khilafah Abu Bakr Berlaku Secara Ijmak, Sujud Abu Abdullah A.S, Keadilan Memanjangkan Umur Dan Lain-Lain.

Penolakan Terhadap Sangkaan Umum Bahawa Khilafah Abu Bakr Berlaku Secara Ijmak.

       398. Ibn Mahbub, daripada ‘Umru bin Abi al-Miqdam, daripada bapanya berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Pada umumnya orang ramai menyangka bahawa baiah Abu Bakr yang dihadiri ramai itu adalah suatu keredaan daripada  Allah dan ia tidak membawa fitnah kepada umat Muhammad selepasnya? Abu Ja‘far a.s berkata: Atau mereka tidak membaca Kitab Allah atau Allah tidak berfirman “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?. Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada golongan yang bersyukur” Surah Ali Imran (3): 144.
       Maka aku berkata kepadanya: Sesungguhnya mereka mentafsirkannya dengan cara yang lain, maka beliau a.s berkata: Tidakkah Allah telah menceritakan mengenai umat-umat sebelum mereka bahawa mereka telah berselisih selepas mereka didatangi keterangan sebagaimana Dia berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 253 “Dan kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa mukjizat serta kami perkuat dia dengan Ruh al-Qudus. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang (yang datang) sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada (pula) di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya”. Ini juga menunjukkan bahawa para sahabat Muhammad (s.a.w) telah berselisih selepasnya. Maka ada di antara mereka yang beriman dan ada di antara mereka pula yang kafir[36].

Sujud Abu Abdullah A.S.

       399. Daripadanya, daripada Hisyam bin Salim, daripada ‘Abd al-Hamid bin Abi al-‘Alaa’ berkata: Aku telah memasuki Masjid al-Haram, maka aku telah melihat maula kepada Abu Abdullah a.s. Lalu aku datang kepadanya untuk bertanya mengenai Abu Abdullah a.s. Tiba-tiba aku mendapati Abu Abdullah a.s sedang sujud (saajidan). Aku telah menunggunya agak lama, lalu beliau a.s memanjangkan sujudnya ke atasku.
       Maka aku mengerjakan solat beberapa rakaat dan aku selesai sedangkan beliau a.s masih sujud. Aku bertanya maulanya bilakah beliau a.s telah sujud? Dia berkata: Sebelum anda datang kepada kami. Manakala beliau a.s mendengar percakapanku, maka beliau a.s mengangkatkan kepalanya, kemudian berkata: Wahai Abu Muhammad, dekatkan anda kepadaku, lalu aku mendekatinya dan memberi salam kepadanya. Maka beliau a.s telah mendengar suara di belakangnya, lalu berkata: Apakah suara yang tinggi ini?
       Aku berkata: Mereka itu adalah kaum Murjiah, Qadariyah dan Muktazilah. Beliau a.s berkata: Mereka mahu aku, justeru datanglah bersamaku. Maka akupun datang bersamanya. Manakala mereka melihatnya, lantas mereka berdiri di hadapannya, maka beliau a.s berkata kepada mereka: Tahan diri kamu daripadaku dan janganlah kamu menyakitiku. Kamu bentangkan aku kepada penguasa, maka aku tidak akan memarahi kamu. Kemudian beliau a.s telah memegang tanganku dengan meninggalkan mereka dan pergi.
       Apabila beliau a.s keluar dari Masjid, beliau a.s berkata kepadaku: Wahai Abu Muhammad, demi Allah, sekiranya Iblis telah sujud kepada Allah selepas maksiat dan takbur sepanjang umur dunia, nescaya sujudnya tidak memanfaatkannya dan Allah tidak menerimanya selama dia tidak sujud kepada Adam a.s sebagaimana diperintahkan oleh Allah supaya dia sujud kepadanya. Begitu juga umat  yang derhaka lagi memfitnahkan ini selepas nabinya (s.a.w) dan selepas meninggalkan Imam yang telah dilantik oleh nabi mereka (s.a.w) untuk mereka. Justeru Allah sekali-kali tidak akan menerima amalan mereka (fa-lan yaqbala llahu la-hum a‘maala-hum).
       Allah sekali-kali tidak akan mengangkat kebaikan mereka (wa lan yarfa‘a la-hum hasanatan) sehingga mereka mendatangi Allah a.w menurut apa yang diperintahkan oleh Tuhan mereka, mewalikan Imam yang mana mereka diperintahkan supaya mewalikannya, memasuki pintu yang mana Allah dan Rasul-Nya telah membukanya untuk mereka. Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Allah telah memfardukan umat Muhammad dengan lima fardu: Solat, zakat, puasa, haji dan wilayah kami. Maka Dia telah memberi rukhsah (kesenangan) pada empat perkara, tetapi Dia tidak memberi rukhsah kepada seorangpun daripada muslimin di dalam meninggalkan wilayah kami, tidak, demi Allah, tidak ada rukhsah padanya.

Keadilan Memanjangkan Umur.

       400. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Uthman bin Isa, daripada Abu Ishak al-Jurjani, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah a.w telah menjadikan bagi orang yang mempunyai kekuasaan ajal dan masa tertentu; malam, hari, tahun dan bulan. Sekiranya mereka berlaku adil kepada orang ramai, maka Allah memerintahkan malaikat yang menjaga  falak supaya melambatkan pengurusannya. Lantaran itu, hari, malam, tahun dan bulan mereka menjadi panjang. Sekiranya mereka melakukan kezaliman kepada manusia, maka Allah memerintahkan malaikat yang menjaga falak supaya mempercepatkan pengurusannya. Lantaran itu, malam, hari, tahun dan bulan mereka menjadi pendek. Maka Allah menunaikan untuk mereka dengan bilangan malam dan bulan.

Dari Manakah Angin Bertiup?

       401. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada al-‘Azrami berkata: Aku telah berada bersama Abu Abdullah a.s di dalam sebuah bilik, tiba-tiba seorang lelaki bertengkar dengan seorang lelaki dan salah seorang daripada mereka berkata kepada sahabatnya: Demi Allah, anda tidak mengetahui dari manakah angin bertiup, manakala dia mengatakannya beberapa kali kepada sabatnya, maka Abu Abdullah a.s berkata: Adakah anda mengetahui dari manakah angin bertiup?
       Dia berkata: Tidak, tetapi aku hanya mendengar orang ramai berkata. Maka aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, dari manakah angin bertiup? Maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya angin terpenjara di bawah sudut Syam. Apabila Allah kehendaki mengeluarkan sesuatu daripadanya, maka Dia mengeluarkannya dari  selatan, maka dari selatanlah ia  bertiup. Jika Dia mahu dari utara, maka dari utaralah ia bertiup. Jika Dia mahu dari barat, maka dari baratlah ia bertiup. Dan jika Dia mahu dari timur, maka dari timurlah ia bertiup. Kemudian beliau a.s berkata: Di antara tandanya bahawa anda melihat sudut ini sentiasa bergerak  pada musim sejuk, panas, malam dan siang.

Tiada Makhluk Yang Lebih Ramai Daripada Malaikat.

       402. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad dan Ali bin Ibrahim, daripada Ibn Mahbub, daripada Daud al-Raqiy, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada makhluk yang lebih ramai daripada malaikat. Sesungguhnya malaikat turun pada setiap malam dari langit sebanyak tujuh puluh ribu malaikat, lalu mereka melakukan tawaf di al-Bait al-Haram pada malam dan siang.

Malaikat Ada Tiga Jenis.

       403. Ibn Mahbub telah memberitahu kami, daripada Abdullah bin Talhah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Malaikat mempunyai tiga jenis: Satu jenis mempunyai dua sayap, satu jenis mempunyai tiga sayap dan satu jenis mempunyai empat sayap.

Di Dalam Syurga Terdapat Satu Sungai Di Mana Jibrail A.S Menyelam Padanya Setiap Pagi.

       404. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mu‘awiyah bin Maisarah, daripada al-Hakam bin ‘Utaibah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu sungai di mana Jibrail a.s menyelam padanya pada setiap pagi. Kemudian ia keluar  daripadanya, lalu mengeringkan bulunya. Kemudian Allah menciptakan daripada setiap titisan air yang keluar daripadanya satu malaikat yang lain pula.

Lima Ratus Tahun Perjalanan Burung.

       405. Daripadanya, daripada beberapa orang sahabatnya, daripada Ziyad al-Qandi, daripada Darst bin Abu Mansur, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah malaikat di antara lubang telinganya (malaikat) kepada tengkuknya lima ratus tahun perjalanan burung.

Ayam Jantan.

       406. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wisyaa’, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah ayam jantan (diikan) yang  dua kakinya di bumi ketujuh, tengkuknya menegak di bawah  ‘Arasy dan dua sayapnya di udara. Apabila separuh malam atau satu pertiga malam, ia memukul dengan sayapnya dan melaung  “ Maha Suci lagi Kudus, Tuhan kami Adalah Allah, Raja Yang Benar, tiada tuhan selain daripada-Nya. Tuhan malaikat dan Roh”. Kemudian ayam betina pula memukul dengan sayapnya dan berkokok.

Pengambilan Darah.

       407. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hijal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada ‘Ammar al-Sabitiy berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Apakah pendapat orang sebelum kamu mengenai pengambilan darah (al-Hijaamah)? Aku berkata: Mereka menyangka bahawa tanpa makanan adalah lebih baik daripada makanan. Beliau a.s berkata: Tidak, dengan makanan adalah lebih baik bagi saraf dan ia menguatkan badan.

Pengambilan Darah, Bacaan Ayat Kursi Dan Bersedekah.

       408. Daripadanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajaj, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Bacalah ayat al-Kursi dan ambillah darah pada hari yang anda kehendaki. Kemudian bersedekah dan keluar pada hari mana anda kehendaki.

 Ubat Yang Menggoncangkan Penyakit.

       409. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Mu‘awiyah bin Hakim berkata: Aku telah mendengar Uthman bin al-Ahwak berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata: Tiada suatu ubatpun melainkan ia menggoncangkan penyakit dan tiada suatupun pada badan yang lebih bermanfaat dari menahan tangan melainkan apabila ia perlu kepadanya.

Demam Keluar Pada Tiga Perkara.
      
       410. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid secara marfuu’ kepada Abu Abdullah a.s berkata: Demam keluar pada tiga perkara: Pada peluh, perut dan muntah.

Debu Adalah Ke Atas Orang Yang Meniupkannya.

       411. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Ali, daripada Hafs bin  ‘Aasim, daripada Saif al-Tammar, daripada Abu al-Murahhaf, daripada Abu Ja‘afar a.s berkata: Debu adalah ke atas orang yang meniupkannya, binasalah golongan yang gopoh (al-Mahaadhiir). Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, apakah itu al-Mahaadhiir? Beliau a.s berkata: Golongan yang gopoh. Mereka itu tidak mahu melainkan dibentangkan [sesuatu] kepada mereka.
       Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Abu al-Murahhaf! Sesungguhnya mereka tidak mahu kamu di Majhafah melainkan Allah membentangkan kepada mereka dengan suatu perkara yang menyibukkan mereka. Kemudian Abu Ja‘far a.s membuat garisan di tanah, kemudian beliau a.s berkata: Wahai Abu al-Murahhaf, maka aku berkata: Labbai-ka, beliau a.s berkata: Adakah anda fikir kaum yang telah menahan diri mereka kerana Allah bahawa Allah tidak menjadikan kemenangan (farajan) untuk mereka? Ya, demi Allah, Allah akan menjadikan kemenangan untuk mereka [dengan cepat].

Surat Abu Muslim Al-Maruzi Kepada Abu Abdullah A.S.

       412. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada al-Fadhl al-Katib berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba surat Abu Muslim mendatanginya, maka beliau a.s berkata: Surat anda tidak perlu jawapan. Keluarlah anda daripada kami. Lalu sebahagian kami berjalan. Beliau a.s berkata: Apakah yang membuat kamu berjalan, wahai Fadhl, sesungguhnya Allah tidak gopoh dengan kegopohan hamba-hamba-Nya. Memindahkan gunung dari tempatnya itu adalah lebih mudah dari memindahkan kerajaan yang belum sampai ajalnya. Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya polan bin polan sehingga sampai ketujuh daripada anak lelaki polan, aku berkata: Apakah tanda di antara kami dan anda, aku jadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s berkata: Bumi akan terus begini sehingga keluar al-Sufyaani. Apabila al-Sufyaani keluar, maka sahutilah seruan kami- Beliau a.s berkata sedemikian sebanyak tiga kali-Iaitu suatu kepastian.

Iblis Bukanlah Daripada Malaikat.

       413. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ali bin Hadid, daripada Jamil bin Darraj berkata: Aku  telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai Iblis. Adakah ia daripada malaikat atau ia mengikuti sesuatu perintah langit? Beliau a.s berkata: Iblis bukanlah daripada malaikat dan ia tidak mengikuti sesuatu dari perintah langit dan tiada kemuliaan baginya. Kemudian aku mendatangi al-Tayyar, lalu aku memberitahunya apa yang aku telah mendengarnya, tetapi dia mengingkarinya dan berkata: Bagaimana ia bukan daripada malaikat?
       Sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 34 “Dan (ingat) lah ketika kami berfirman kepada para malaikat “sujudlah kamu kepada Adam” maka sujudlah mereka kecuali Iblis”. Kemudian al-Tayyar berjumpa dengan Abu Abdullah a.s dan bertanya kepadanya dan aku berada di sisinya, maka beliau berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda mengenai firman Allah “Wahai golongan yang beriman” untuk mukminin, adakah ia termasuk juga kaum munafik? Beliau a.s berkata: Ya, termasuk di dalam ayat semua munafik dan golongan yang sesat serta setiap orang yang mengakui dakwah Islam secara zahir.

Jadikanlah Setiap Solatku Untuk Anda.

       414. Daripadanya, daripada Ali bin Hadid, daripada Marazim, daripada Abu Abdullah a.s bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w, berkata: Wahai Rasulullah, aku mengerjakan solat, maka jadilah sebahagian solatku untuk anda, maka baginda s.a.w bersabda: Itu adalah baik bagi anda, maka dia berkata: Wahai Rasulullah, jadilah separuh solatku untuk anda, maka baginda s.a.w bersabda: Maka itu adalah lebih baik bagi anda, maka dia berkata: Wahai Rasulullah, aku mengerjakan solat, maka jadilah setiap solatku untuk anda.
       Maka baginda s.a.w bersabda: Jika begitu Allah  mencukupi anda apa yang anda ingin daripada urusan dunia dan akhirat anda. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah membebankan (kallafa) Rasulullah s.a.w apa yang tidak dibebankan kepada makhluk lain sebelumnya dan selepasnya. Kemudian beliau a.s membaca firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4) 84 “Maka berperanglah kamu pada jalan Allah, tidaklah kamu dibebani melainkan dengan kewajiban kamu sendiri”. Kemudian beliau a.s berkata: Dijadikan selawat ke atas Rasulullah s.a.w sepuluh pahala sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-An‘aam(6):160 “Sesiapa yang membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya

Aku Hairan Dengan Orang Yang Berjaya Bagaimana Dia Berjaya. 

       415. Daripadanya, daripada Ali bin Hadid, daripada Mansur bin Ruh, daripada Fudhail al-Saa’igh berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu, demi Allah, cahaya pada kegelapan bumi, demi Allah, sesungguhnya penghuni langit sedang melihat kepada kamu pada kegelapan bumi sebagaimana kamu melihat kepada planet yang bersinar di langit. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Wahai polan, hairan bagaimana dia mendapati perkara ini. Iaitu kata-kata bapaku a.s: Demi Allah, aku tidak hairan dengan orang yang binasa bagimana dia binasa, tetapi aku hairan dengan orang yang berjaya bagaimana dia berjaya (wa llahi ma a‘jabu mimman halaka kaifa halaka wa laakin a‘jabu mimman najaa kaifa najaa).

Sesiapa Musafir Atau Bernikah.

       416. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Ibrahim bin Muhammad bin Hamraan, daripada bapanya, daripada Abu Abdullah a.s berkata:  Sesiapa yang musafir atau bernikah sedangkan bulan pada  ‘Aqrab, maka dia tidak akan melihat kebaikan.

Wahai Tuhanku, Laknatilah Al-Murjiah.

       417. Daripadanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada ‘Abiis bin Hasyim, daripada ‘Abd al-Karim Ibn ‘Umru, daripada al-Hakam bin Muhammad bin al-Qasim bahawa beliau telah mendengar Abdullah bin ‘Ata’ berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Berdirilah, lengkapkan keldai dan baghal dengan pelananya, lalu aku melengkapkan kedua-duanya. Aku telah kemukakan kepadanya baghal. Aku fikir beliau a.s lebih menyukainya, maka beliau a.s berkata: Siapakah yang telah memerintahkan anda mengemukakan kepadaku baghal ini?
       Aku berkata: Aku telah memilihnya untuk anda, beliau a.s berkata: Aku telah memerintahkan anda supaya anda memilihnya untukku. Kemudian beliau a.s berkata bahawa beliau a.s lebih suka menaiki keldai. Lalu aku kemukakan kepadanya keldai dan aku telah memegangnya supaya beliau a.s menaikinya, lalu beliau a.s menaikinya dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada kami dengan Islam. Dia telah mengajar kami al-Qur’an, mengurniakan ke atas kami Muhammad s.a.w. Segala puji bagi Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya.
       Sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami kembali dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Keldai itu berjalan, maka akupun berjalan sehingga kami telah sampai pada satu tempat yang lain, maka aku berkata kepadanya: Solat, aku jadikan diriku tebusan anda, beliau a.s berkata: Ini adalah wadi al-Namlah (semut), tidak dilakukan solat padanya (la yusalla fi-hi) sehingga kami telah sampai pada satu tempat yang lain pula, maka aku telah berkata kepadanya sedemikian, maka beliau a.s berkata: Ini adalah bumi Maalihah (masin), tidak dilakukan solat padanya sehingga beliau a.s turun sendiri pada satu tempat dan berkata kepadaku: Anda mahu mengerjakan solat? Aku berkata: Solat ini dinamakan oleh orang Iraq dengan solat al-Zawaal.
       Beliau a.s berkata: Adapun mereka yang mengerjakan solat ini adalah Syi‘ah Ali bin Abu Talib. Iaitu solat al-Awwabiin. Kemudian beliau a.s mengerjakan solat, lalu akupun mengerjakannya. Kemudian aku memegang keldai untuknya, lalu beliau a.s menaikinya. Beliau a.s telah berkata sebagaimana beliau a.s telah berkata pada mulanya. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Tuhanku, laknatilah al-Murjiah, kerana sesungguhnya mereka adalah musuh-musuh kami di dunia dan di akhirat, maka aku berkata kepadanya: Kenapa anda menyebut, aku jadikan diriku tebusan anda, al-Murjiah? Maka beliau a.s berkata: Mereka itu telah terlintas di hatiku.

Hadis Mengenai Abu Lahab Dan Hasrat Musyrikin Membunuh Rasulullah S.A.W.

       418. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abi ‘Umair dan Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Husain bin Abu Hamzah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Quraisy mahu membunuh Nabi (s.a.w), maka mereka berkata: Bagaimana kita dengan Abu Lahab? Ummu Jamil berkata: Aku menjamin kamu mengenainya, aku akan berkata kepadanya bahawa sesungguhnya aku suka anda duduk di rumah, kami akan memasak. Pada keesokannya, musyrikin telah bersedia untuk membunuh Nabi (s.a.w).
       Sementara Abu Lahab dan isterinya sedang minum. Abu Talib telah menyeru Ali a.s, maka beliau berkata kepadanya: Wahai anak lelakiku, pergilah kepada bapa saudara anda Abu Lahab dan minta supaya dia membuka pintu. Jika dia membuka pintu untuk anda, maka masuklah. Jika dia tidak membukanya untuk anda, maka anda tolak pintu itu dan pecahkannya, kemudian masuklah berjumpa dengannya. Apabila anda memasukinya, maka katakanlah kepadanya bahawa bapaku berkata kepada anda bahawa sesungguhnya isteri bapa saudaranya telah menentukannya [supaya Nabi s.a.w dibunuh] pada kaumnya dan beliau s.a.w bukanlah seorang yang hina.
       Kemudian Amir al-Mukminin a.s telah pergi dan mendapati pintu rumahnya tertutup. Lalu beliau a.s meminta supaya ia dibuka, tetapi Abu Lahab tidak membukanya, lalu beliau a.s menolak pintu dan memecahkannya. Kemudian beliau a.s memasukinya. Apabila Abu Lahab melihatnya, maka dia berkata kepadanya: Apakah yang anda lakukan, wahai anak saudaraku? Maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya bapaku berkata kepada anda: Sesungguhnya isteri bapa saudaranya telah menentukannya [supaya dibunuh] pada kaumnya, maka beliau s.a.w bukanlah seorang yang hina. Abu Lahab berkata kepadanya: Memang benar kata bapa anda, apakah itu, wahai anak saudaraku?
       Maka beliau a.s berkata kepadanya: Anak saudara lelaki anda akan dibunuh, anda sedang makan dan minum. Lantas dia melompat dan mengambil pedangnya, lalu Ummu Jamil bergantung kepadanya. Dia mengangkat tangannya dan menampar mukanya, lalu matanya tercedera, kemudian dia mati. Abu Lahab keluar membawa  pedangnya. Manakala Quraisy melihatnya, mereka mengetahui kemarahan pada mukanya, mereka berkata: Apakah telah terjadi pada anda? Maka dia berkata: Aku memberi baiah kepada kamu kerana anak saudara lelakiku (Nabi s.a.w). Kemudian kamu mahu membunuhnya, demi Al-Laata dan al-‘Uzza bahawa aku berangan-angan untuk menjadi muslim. Kemudian kamu tunggulah apa yang aku akan lakukan. Lantas mereka meminta maaf kepadanya dan terus pulang.

Hadis Mengenai Iblis Pada Hari Badr.

       419. Daripadanya, daripada Abban, daripada Zararah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Iblis pada hari Badr mengurangkan muslimin pada pandangan golongan kafir dan memperbanyakkan golongan kafir pada pandangan muslimin. Lantas Jibrail a.s menghunuskan pedang kepada Iblis, lalu dia melarikan diri daripadanya sambil berkata: Wahai Jibrail, sesungguhnya aku ditangguhkan sehingga dia terjatuh di dalam laut, Zararah berkata: Aku berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Kenapakah dia takut sedangkan dia ditangguhkan, maka beliau a.s berkata: Dia takut sebahagian daripada anak-anak jarinya akan dipotong.

Peperangan Al-Ahzab.

       420. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abban bin Uthman, daripada orang yang memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah berdiri di atas tanah tinggi  di atasnya masjid al-Fath di dalam peperangan al-Ahzab pada malam yang gelap lagi sejuk, lalu baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang pergi, kemudian pulang dengan berita mereka (Quraisy) baginya syurga? Tidak ada seorangpun yang berdiri.
       Kemudian baginda s.a.w mengulanginya, maka tiada seorangpun yang berdiri. Maka Abu Abdullah a.s menggali dengan tangannya, dan berkata: Apakah yang mereka mahu?! Mereka mahu perkara yang lebih baik daripada syurga? Kemudian baginda s.a.w bersabda: Siapakah ini? Maka dia berkata: Huzaifah, maka baginda s.a.w bersabda: Tidakkah anda mendengar percakapanku semenjak semalam dan anda masih tidak bercakap? Maka Huzaifah berdiri dan berkata: Kesejukan dan kemudaratan, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, telah menghalangku dari menyahuti seruan anda, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Pergilah sehingga anda mendengar percakapan mereka dan anda kembali kepadaku dengan membawa berita mereka.
       Apabila dia pergi, maka baginda s.a.w berdoa: Wahai Tuhanku, jagalah dia di hadapannya, di belakangnya, di kanannya dan dikirinya sehingga Engkau mengembalikannya dan baginda s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Huzaifah, janganlah anda memberitahu sesuatu sehingga anda kembali kepadaku. Kemudian Huzaifah mengambil pedangnya, dan batang panahnya.
       Huzaifah berkata: Akupun keluar dan tiada lagi padaku kemudaratan dan kesejukan. Lalu aku melintasi pintu al-Khandaq. Manakala Huzaifah menujunya, maka baginda s.a.w berdiri dan berdoa: Wahai Yang Menyahuti seruan golongan yang berdukacita dan wahai Yang Menyahuti seruan golongan yang terpaksa, dedahlah dukacitaku dan penderitaanku, sesungguhnya Engkau melihat keadaanku dan keadaan para sahabatku, lalu Jibrail a.s turun dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya Allah telah mendengar  kata-kata anda dan doa anda.
       Sesungguhnya Dia telah memperkenankan doa anda dan Dia mempertahankan anda daripada musuh anda. Lalu baginda s.a.w melutut, mengangkat dua tangannya dan membuka dua matanya, kemudian bersabda: Terima kasih, terima kasih di atas rahmat Engkau kepadaku dan para sahabatku. Kemudian Allah mengutus ke atas mereka angin dari langit dunia yang mengandungi anak-anak batu dan angin dari langit keempat yang mengandungi batu. Huzaifah berkata: Akupun keluar, tiba-tiba aku di hadapan cahaya api mereka (kaum), lalu tentera Allah yang pertama; iaitu angin yang mengandungi batu, memadamkan api mereka dan mencampakkankan lembing-lembing mereka sehingga keadaan mereka tidak tenteram.
       Kemudian Huzaifah telah berada di hadapan dua lelaki musyrikin, tiba-tiba Iblis berdiri di dalam bentuk seorang lelaki yang ditaati di kalangan musyrikin dan berkata: Wahai manusia, sesungguhnya  kamu telah bermalam di medan tukang sihir lagi pembohong ini. Sesungguhnya urusannya tidak akan terlepas daripada kamu. Ia bukan sebarangan. Sesungguhnya telah binasa semua perkara. Justeru pulanglah dan setiap orang daripada kamu hendaklah melihat kepada orang di sebalahnya. Huzaifah berkata: Aku telah melihat di kananku, lalu aku memukul tanganku, maka aku berkata: Siapakah anda?
       Maka dia berkata: Mu‘awiyah. Kemudian aku berkata kepada orang yang di kiriku: Siapakah anda? Maka dia berkata: Suhail bin ‘Umru, Huzaifah berkata: Tentera Allah yang lebih besar datang, lantas Abu Sufyan bergegas kepada binatang tunggangannya. Kemudian dia melaung kepda Quraisy supaya menyelamatkan diri mereka. Talhah al-Azadi berkata: Sesungguhnya Muhammad telah menambahkan kamu dengan perkara yang lebih jahat lagi. Kemudian dia pergi kepada  binatang tunggangannya sambil melaung kepada Bani Asyja‘ supaya menyelamatkan diri mereka. ‘Uyainah bin Hasan, al-Harth bin ‘Auf al-Mazni dan al-Aqra‘  bin Habis telah melakukan perkara yang sama. Beberapa kumpulan (al-Ahzab) telah pulang. Kemudian Huzaifah telah kembali kepada Rasulullah s.a.w dan memberitahu berita tersebut kepadanya. Abu Abdullah a.s berkata: Ia seolah-olah hari Kiamat.

Tempat Masjid Kufah Yang Pertama, Rumah Nabi Nuh A.S, Bahteranya, Dakwahnya Kepada Kaumnya, Kelebihan Masjid Kufah Dan Sembahyang Padanya.

       421. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam al-Kharasaani, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s di Kufah beberapa hari, beliau a.s telah datang kepada Abu al-‘Abbas. Manakala kami sampai di al-Kanaasah, beliau a.s berkata: Di sinilah bapa saudaraku Zaid r.h disula, kemudian beliau a.s pergi sehingga sampai kepada Taq al-Ziyaatin, iaitu di akhir al-Saraajiin, kemudian beliau a.s turun dan berkata: Turunlah, kerana ini adalah tempat masjid Kufah pertama yang telah digariskan oleh Adam a.s dan aku tidak suka memasukinya di dalam keadaan menaiki binatang tunggangan.
       Aku berkata: Siapakah yang telah mengubahnya daripada garisan asalnya? Beliau a.s berkata: Adapun pertama adalah Taufan pada zaman Nuh a.s. Kemudian ia telah diubah oleh para sahabat Kisraa, Nu‘man dan lain-lain selepas Ziyad bin Abu Sufyan. Aku berkata: Kufah dan masjidnya telah ada pada zaman Nuh a.s, maka beliau a.s berkata kepadaku: Ya, wahai Mufadhdhal, rumah Nuh dan kaumnya adalah pada sebuah kampung berhampiran al-Furat di sebelah barat Kufah. Beliau a.s berkata bahawa Nuh a.s adalah seorang tukang kayu. Kemudian Allah telah menjadikannya seorang nabi. Dan Nuh a.s adalah orang pertama membuat bahtera yang dapat berlayar di atas air. Nuh a.s telah tinggal bersama kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun menyeru mereka kepada Allah, tetapi mereka telah mengejeknya.
       Apabila Nuh a.s melihat mereka sedemikian, maka beliau a.s berdoa ke atas mereka dengan berkata di dalam Surah Nuh (71): 26-7 “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara golongan kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesat hamba-hamba-Mu dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir”, lalu Allah menurunkan wahyu kepada Nuh a.s supaya membuat bahtera yang besar dan segera melakukannya. Kemudian Nuh a.s telah membuat bahteranya di masjid Kufah dengan tangannya, beliau a.s mendapatkan kayunya selepas itu sehingga selesai daripadanya.
       Al-Mufadhdhal berkata bahawa percakapan Abu Abdullah a.s terputus ketika tergelincirnya matahari. Maka Abu Abdullah a.s berdiri, lalu mengerjakan solat Zuhur dan Asar. Kemudian beliau a.s pulang dari masjid, lalu berpaling ke kirinya dan memberi isyarat kepada Dar al-Daarayaini, iaitu Dar Ibn Hakim di Furat hari ini. Kemudian beliau a.s berkata kepadaku: Berhala-berhala Kaum Nuh a.s (Yaghus, Ya‘uq dan Nasran) telah disembah di sini. Kemudian beliau a.s pergi dengan menaiki binatang tunggangannya. Maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, berapa lamakan Nuh a.s membuat bahteranya sehingga siap? Beliau a.s berkata: Selama dua daur (pusingan), aku  berkata: Berapakah dua al-Daur itu? Beliau a.s berkata: Lapan puluh tahun.
       Aku berkata: Orang ramai mengetakan bahawa beliau a.s telah membuat bahteranya selama lima ratus tahun, maka beliau a.s berkata: Tidak, bagaimana Allah berfirman “ Dan kami wahyukan”. Aku berkata: Beritahuku mengenai firman-Nya di dalam Surah al-Mu’minuun (23): 27 “maka apabila perintah Kami datang dan Tannur telah memancarkan air”, maka di manakah tempatnya? Bagimanakah ia?
       Abu Abdullah a.s berkata: Tannur (dapur roti) adalah di rumah seorang tua mukminah di belakang kiblat sebelah kanan masjid, maka aku berkata kepadanya: Tempat itu adalah Bab al-Fail sekarang. Kemudian aku berkata: Kenapakah keluar air dari Tannur itu? Beliau a.s berkata: Ya, sesungguhnya Allah suka memperlihatkan kepada kaum Nuh satu bukti. Kemudian Allah menurunkan ke atas mereka hujan yang banyak sehingga melimpahi sungai Furat, lalu Allah menenggelamkan mereka dan menyelamatkan Nuh serta mereka yang berada di dalam bahteranya.
       Aku berkata kepadanya: Berapa lamakah Nuh telah tinggal di dalam bahteranya sehingga air surut dan mereka keluar daripadanya? Beliau a.s berkata: Mereka telah tinggal di dalamnya selama tujuh hari dan tujuh malam dan telah mengelilingi al-Bait [Baitullah?] selama tujuh hari. Kemudian ia tersadai di al-Judi, iaitu Furat Kufah. Aku berkata kepadanya: Sesungguhnya masjid Kufah itu lama? Beliau a.s berkata: Ya, ia adalah tempat solat para nabi a.s dan Rasulullah s.a.w telah mengerjakan solat padanya ketika Allah memperjalankannya ke langit, maka Jibrail a.s telah berkata kepadanya: Wahai Muhammad, ini adalah masjid bapa anda Adam a.s dan tempat solat para nabi a.s, turunlah dan kerjakanlah solat padanya. Lalu baginda s.a.w turun dan megerjakan solat padanya. Kemudian Jibrail a.s telah menaiki langit dengannya.

Berita Nuh A.S Dan Bahteranya.

       422. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Razin al-Asadi, daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s berkata: Sesungguhnya Nuh apabila selesai dari bahteranya, maka janjinya di antaranya dan Tuhannya adalah membinasakan kaumnya supaya air memancar daripada Tannur, maka ia telah memancar. Maka isterinya berkata: Sesungguhnya Tannur telah memancarkan airnya. Lalu beliau a.s menutupnya rapat-rapat.
       Maka air telah bertambah, lalu beliau a.s memasukkan orang yang mahu masuk dan mengeluarkan orang yang mahu keluar [daripada bahteranya]. Kemudian beliau a.s datang kepada penutupnya, lalu mencabutkannya. Allah berfirman di dalam Surah  al-Qamar (54): 11-13 “Maka kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata-air- mata air, maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku”, Amir al-mukminin a.s berkata: Nuh a.s telah mengukir bahteranya di tengah masjid kamu. Dan sesungguhnya beliau a.s  telah mengurangkannya kepada tujuh ratus hasta daripada hastanya.

Isteri Nuh A.S Telah Datang Ketika Beliau A.S Sedang Membuat Bahteranya.

       423. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada beberapa sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Isteri Nuh a.s telah datang ketika beliau a.s sedang membuat bahteranya. Maka dia berkata kepada Nuh a.s: Sesungguhnya air telah keluar daripada Tannur, lalu beliau a.s segera datang kepadanya sehingga beliau a.s menambah beberapa lapisan [tanah] di atasnya dan menutupkannya dengan penyekatnya. Lalu air meninggi, manakala beliau a.s selesai daripada bahteranya, beliau a.s datang kepada penutupnya, kemudian memecahkannya dan lapisan [tanah] itu terbuka, lalu air memancar.

Syariat Nuh A.S.

       424. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Ismail al-Ja‘fi, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Syariat Nuh a.s adalah menyembah Allah dengan tauhid, ikhlas dan menentang syirik. Iaitu suatu fitrah semula jadi manusia dan Allah telah mengambil perjanjian-Nya ke atas Nuh a.s, ke atas para nabi a.s supaya mereka menyembah Allah, mereka tidak mengsyirikkan-Nya dengan sesuatu. Dia telah memerintahkan dengan solat, amr ma‘ruf nahyu mungkar, halal dan haram. Dia tidak memfardukan ke atasnya hukum hudud dan hukum pusaka. Ini adalah syariatnya. Maka Nuh a.s telah tinggal bersama mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun, menyeru mereka secara rahsia dan terang-terangan.
       Manakala mereka enggan dan menjadi degil, maka beliau a.s  berkata: “bahawasanya aku adalah orang yang dikalahkan. Oleh itu menangkanlah (aku)” Surah al-Qamar (54): 10. Maka Allah mewahyukan kepada Nuh a.s di dalam Surah Hud (11): 36 “Bahawasanya tidak sekali-kali akan beriman di antara kaummu, kecuali orang yang telah beriman, kerana itu janganlah kamu bersedih hati mengenai apa yang mereka selalu kerjakan”. Lantaran itu, Nuh a.s berkata di dalam Surah Nuh (71): 27 “Dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir”. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya supaya membuat bahtera di dalam Surah Hud (11): 37.

Kaum Nuh A.S Mentertawakannya.

       425. Daripadanya, daripada bapanya dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali daripada  ‘Umar bin Abban, daripada Ismail bin Ja‘fi, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Nuh a.s apabila beliau a.s menanam biji kurma, maka kaumnya datang, lalu mengejeknya dan berkata: Beliau telah menghabiskan masanya sebagai petani/peladang sehingga apabila pohon kurma menjadi panjang dan besar, beliau memotongnya dan mengukirnya. Mereka berkata: Beliau telah menghabiskan masa sebagai tukang kayu, kemudian beliau membuat bahtera. Mereka mentertawakannya dan mengejeknya seraya berkata: Beliau telah menghabiskan masanya sebagai pelaut di pelusuk bumi sehingga beliau selesai daripadanya.

Saiz Bahtera Nuh A.S.

       426. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Hasan bin Salih al-Thauri, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Panjang bahtera Nuh a.s adalah seribu dua ratus hasta dan lebarnya lapan ratus hasta. Panjangnya ke langit lapan puluh hasta. Luasnya di antara al-Safa dan al-Marwah. Ia telah mengelilingi al-Bait [Baitullah?] sebanyak tujuh kali. Kemudian mendarat di atas al-Judi.

Muatan Di Dalam Bahtera Nuh A.S.

       427. Muhammad bin Abu Abdullah, daripada Muhammad bin  al-Husain, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ismail al-Ja‘fi dan Abd al-Karim bin ‘Umru dan Abd al-Hamid bin Abu al-Dailam, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Nuh a.s telah membawa di dalam bahteranya lapan binatang yang berpasangan sebagaimana disebut di dalam Surah al-An‘aam (6): 143-144 “(iaitu) lapan binatang yang berpasangan, sepasang dari domba dan sepasang dari kambing. Katakanlah; Apakah dua yang jantan diharamkan ataukah dua yang betina, ataukah yang ada dalam kandungan dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan pengetahuan jika kamu memang golongan yang benar. Dan sepasang dari unta dan sepasang dari lembu”.
       Di antara domba yang berpasangan adalah yang dipelihara oleh manusia dan pasangan domba yang lain adalah jenis liar tinggal di gunung, dihalalkan pemburuannya. Dan sepasang dari kambing adalah yang dipelihara oleh manusia. Sementara pasangannya yang lain adalah kijang yang tinggal di hutan atau padang pasir. Di antara pasangan unta adalah jenis al-Najaati dan al-‘Araab. Di antara lembu yang berpasangan adalah yang dipelihara oleh manusia dan pasangan yang lain adalah lembu liar. Dan setiap burung yang jinak dan burung yang liar. Kemudian ditenggelamkan bumi.

Air Naik Di Atas Setiap Gunung [ Setinggi] Lima Belas Hasta.

       428. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada beberapa sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Air telah naik di atas setiap gunung [ setinggi] lima belas hasta.

Umur Nuh A.S Dan Malaikat Maut.

       429. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Nuh a.s telah hidup selama dua ribu tiga ratus (2300) tahun. Lapan ratus lima puluh (850) tahun sebelum beliau diutuskan sebagai rasul. Sembilan ratus lima puluh (950) tahun pada kaumnya menyeru mereka. Lima ratus (500) tahun selepas beliau a.s turun dari bahteranya, surut airnya dan tinggal di beberapa tempat bersama anak-anaknya.
       Kemudian malaikat maut datang kepadanya ketika beliau a.s berada di waktu matahari panas terik dan berkata: Salam di atas anda, lalu Nuh a.s menjawab salamnya dan berkata: Apakah yang membuat anda datang, wahai malaikat maut? Dia berkata: Aku datang untuk mengambil nyawa anda, Nuh a.s berkata: Tinggalkan aku sehingga aku masuk dari kepanasan matahari kepada bayangnya (al-Zill), maka Jibrail a.s berkata: Ya, maka beliau a.s telah berpindah, kemudian beliau a.s berkata: Wahai malaikat maut, setiap apa yang telah berlalu kepadaku di dunia sepertilah aku  berpindah dari kepanasan matahari kepada bayangnya. Justeru laksanakanlah sebagaimana anda diperintahkan dengannya. Lalu Jibrail a.s mengambil rohnya a.s.

Nuh A.S Dan Wasinya.

       430. Muhammad bin Abu Abdullah, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir dan Abd al-Karim bin ‘Umru dan Abd al-Hamid bin Abu al-Dailam, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Nuh a.s telah hidup selepas Taufan selama lima ratus tahun. Kemudian Jibrail a.s mendatanginya dan berkata: Wahai Nuh, sesungguhnya kenabian anda telah selesai dan hari-hari anda sudah sempurna, maka lihatlah kepada nama akbar (al-Ism al-Akbar), warisan ilmu, aathar ilmu kenabian yang ada bersama anda, maka berilah kepada anak lelaki anda Saam, kerana sesungguhnya Aku tidak akan meninggalkan  bumi melainkan padanya seorang alim yang mana ketaatan kepada-Ku akan diketahui dengannya.
       Hidayat-Ku dikenali dengannya. Kejayaan akan terjadi di antara kematian nabi dan pengutusan nabi yang lain. Aku tidak akan meninggalkan manusia tanpa hujah untuk-Ku, penyeru kepada-Ku, penunjuk kepada jalan-Ku.
       Arif dengan perintah-Ku. Sesungguhnya Aku telah menetapkan bahawa Aku akan menjadikan setiap kaum seorang penunjuk di mana golongan yang bahagia mendapat hidayah dengannya. Dan ia akan menjadi hujah-Ku ke atas golongan yang celaka. Kemudian Nuh a.s memberi nama akbar, warisan ilmu dan aathar kenabian kepada Saam. Adapun Haam dan Yaafis tidak mempunyai ilmu yang berguna untuk dimanfaatkannya. Kemudian Nuh a.s telah memberi khabar gembira kepada mereka dengan Hud a.s dan memerintahkan mereka supaya mengikutnya. Nuh a.s telah memerintahkan mereka supaya membuka wasiat pada setiap tahun dan merenung padanya. Ia akan menjadi hari perayaan untuk mereka.

Tiga Saham Untuk Ahlu l-Bait A.S, Anak-Anak Perempuan Sundal-Menahan Diri Daripada Mereka (Al-Mukhalifiin) Adalah Lebih Baik.     

       431. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin ‘Abbas, daripada al-Hasan bin Abd al-Rahman, daripada  ‘Asim bin Hamid, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya bahawa sebahagian sahabat kami mereka-reka dan menuduh orang yang menyalahi mereka (man khaalafa-hum)? Beliau a.s berkata kepadaku: Menahan diri daripada mereka adalah lebih baik, kemudian beliau a.s berkata: Demi Allah, wahai Abu Hamzah, sesungguhnya orang ramai semuanya merupakan anak-anak (lelaki) perempuan “sundal” selain daripada Syi‘ah kami [37](inna al-Naas kulla-hum aulaadu baghaaya maa khalaa syi‘ati-naa).
       Aku berkata: Bagaimanakah jalan keluar bagiku daripada perkara ini? Beliau a.s berkata: Wahai Abu Hamzah, kitab Allah yang diturunkan membuktikannya bahawa Allah telah menjadikan untuk kami Ahlu l-Bait tiga saham pada semua al-Fai’, kemudian Dia berfirman di dalam Surah al-Anfaal (8): 41“Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim dan ibnussabil”. Maka kamilah  ashaab al-Khums dan al-Fai’.
       Dan sesungguhnya kami telah mengharamkannya ke atas semua manusia selain daripada Syi‘ah kami. Demi Allah, wahai Abu Hamzah, tiada bumi yang dibuka, tiada khums yang diambil, lalu digunakan di atas sesuatu daripadanya melainkan ia adalah haram di atas orang yang mengambilnya sama ada ia merupakan kemenangan atau harta. Seandainya seorang lelaki daripada mereka memberi tebusan semua hartanya dan menuntut kejayaan untuk dirinya (inna al-Rajula min-hum la-yaftadi maala-hu wa yatlubu al-Najaata li-nafsi-hi fa-laa yasilu ilaa syai’in min dhalika), maka dia tidak akan mencapai matlamatnya. Sesungguhnya mereka telah mengeluarkan kami dan Syi‘ah kami daripada hak kami tersebut tanpa sebarang keuzuran,  hak dan hujah.
       Aku berkata kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-Taubah (9): 52 “Katakanlah: “Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu daripada dua kebaikan”, beliau a.s berkata: sama ada kematian di dalam mentaati Allah atau mendapati Imam dan kami menunggu bersama mereka sekalipun kami di dalam kesusahan. Mengenai firman-Nya “Bahawa Allah akan menimpakan kepadamu azab dari sisi-Nya”, beliau a.s berkata: Iaitu pertukaran bentuk manusia kepada binatang (al-Maskh). Mengenai firman-Nya “Atau dengan tangan kami”, beliau a.s berkata: Iaitu pembunuhan. Allah berfirman    “Tunggulah, sesungguhnya kami menunggu-nunggu bersamamu”. Iaitu menunggu berlakunya bala terhadap musuh-musuh mereka.

Takwil Ayat-Ayat Mengenai Keluarnya Al-Qaim A.S.

       432. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Saad (38): 86-7 “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atasnya; dan aku bukanlah termasuk golongan yang mengada-ngadakan. Ia tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam”, beliau a.s berkata: Dia adalah Amir al-Mukminin a.s. “Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui beritanya setelah beberapa waktu”. Surah al-Saad (38):88. Beliau a.s berkata: Ketika keluarnya al-Qaim a.s.
       Mengenai firman Allah di dalam Surah Hud (11):110 “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab kepada Musa, lalu diperselisihkan mengenai Kitab itu”, beliau a.s berkata: Mereka telah berselisih sebagaimana berselisihnya umat ini mengenai Kitab dan mereka akan berselisih mengenai Kitab yang ada bersama al-Qaim a.s yang akan membawanya kepada mereka sehingga orang ramai mengingkarinya, lalu beliau a.s mengemukakan mereka, lalu memenggalkan kepala mereka (fa-yuqaddimu-hum fa-yadhribu a‘naaqa-hum).
       Adapun mengenai firman Allah di dalam Surah al-Syuura (42): 21 “Sekiranya tiada ketetapan yang menentukan, tentulah mereka telah dibinasakan. Sesungguhnya golongan yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih”, beliau a.s berkata: Sekiranya perjanjian daripada Allah tidak mendahului mereka, nescaya al-Qaim a.s tidak akan mengekalkan seorangpun daripada mereka. Mengenai firman Allah di dalam Surah al-Ma‘aarij (70): 26 “Dan golongan yang mempercayai hari pembalasan”, beliau a.s berkata: Keluarnya al-Qaim a.s. Mengenai firman Allah di dalam Surah al An‘aam (6): 23 “Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah”, beliau a.s berkata: Mereka maksudkan dengan wilayah Ali a.s. Dan mengenai firman Allah di dalam Surah al-Israa’ (17):81 “Dan katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”, beliau a.s berkata: Apabila al-Qaim a.s datang, akan hancurlah kerajaan yang batil.

Syaitan Tidak Menguasai Agama Mukmin.

       433. Daripadanya, daripada Ali bin al-Husain, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya: Mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nahl (16): 98 “Apabila kamu membaca al-Qur’an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas golongan yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya”, maka beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, ia akan menguasai, demi Allah, mukmin di badannya, tetapi dia tidak menguasainya  di atas agamanya. Sesungguhnya Allah telah menguasai di atas Ayyub a.s, lalu Dia menghalang syaitan dari menguasainya.
       Lantaran itu, syaitan tidak menguasai agamanya. Kadangkala ia menguasai ke atas badan-badan mukminin, tetapi ia tidak menguasai di atas agama mereka. Aku berkata: Mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nahli (16):100 “Sesungguhnya kuasanya (syaitan) hanyalah atas golongan yang mengambilnya jadi pemimpin dan di atas golongan yang mempersekutukannya dengan Allah”, beliau a.s berkata: Mereka melakukan syirik dengan Allah, justeru syaitan menguasai badan dan agama mereka.

Abu Ja‘far A.S Menyamakan Amalan Tawaf Mereka Dengan Amalan Jahiliyah Dan Takwil Beberapa Ayat Serta Pentafsirannya.

       434. Daripadanya, daripada Ali bin al-Hasan, daripada al-Mansur daripada Huraiz bin Abdullah, daripada al-Fudhail berkata: Aku telah memasuki Masjid Haram dengan Abu Ja‘far a.s di mana beliau a.s berpegang kepadaku, lalu beliau a.s telah melihat kepada orang ramai sedang kami berada di Bab Bani Syaibah, maka beliau a.s berkata: Wahai Fudhail, begitulah mereka telah melakukan tawaf pada zaman Jahiliyah, mereka tidak mengetahui hak dan mereka tidak pula beragama dengan mana-mana agama.
       Wahai Fudhail, lihatlah kepada mereka yang terjungkel di atas muka mereka Allah melaknati mereka. Kemudian beliau a.s telah membaca  Surah al-Mulk (67): 22 “Maka apakah orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?. Iaitu, demi Allah, Ali a.s dan para wasi a.s. Kemudian beliau a.s membaca Surah al-Mulik (67): 27 “Ketika mereka melihatnya secara dekat, muka golongan kafir itu menjadi muram. Dan katakan (kepada mereka) inilah yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya”.
       Amir al-Mukminin a.s, wahai Fudhail, tidak dinamakan dengan nama ini selain daripada Ali a.s melainkan dia seorang pembohong. Demi Allah, wahai Fudhail, orang yang selain daripada kamu tidak mengerjakan haji dengan sebenar. Allah tidak  mengampuni dosa-dosa melainkan untuk kamu. Dia tidak akan menerima [ampun] melainkan daripada kamu. Sesungguhnya kamu adalah orang yang dimaksudkan di dalam ayat ini Surah al-Nisaa’ (4): 31  “Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia”.
       Wahai Fudhail, tidakkah kamu reda mendirikan solat, menunaikan zakat, menahan lidah kamu dan kamu memasuki syurga, kemudian beliau a.s membaca Surah al-Nisaa’ (4): 77 “Tidakkah kamu perhatikan golongan yang dikatakan kepada mereka: Tahanlah tanganmu, dirilah solat dan tunaikanlah zakat”. Kamulah, demi Allah, orang yang dimaksudkan di dalam ayat ini.

Mengenai Firman Allah  Surah Al-Baqarah (2): 205 “Dan apabila ia berpaling, ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak”

       435. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin Salman al-Azadi, daripada Abu al-Jarud, daripada Abu Ishaq, daripada Amir al-Mukminin a.s mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 205 “Dan apabila ia berpaling, ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak [dengan kezalimannya dan kejahatan tingkahlakunya] dan Allah tidak menyukai kebinasaan”.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 257 “Dan golongan yang kafir, maka para wali mereka adalah al-Tawaaghiit”

       436. Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada Hamraan bin A‘yan, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 257 “Dan golongan yang kafir, maka para wali mereka adalah al-Tawaaghiit”[38].

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 255 “Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi [Dan di antara keduanya dan apa yang tersembunyi di bawahnya”

       437. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Kahlid, daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu Jarir al-Qummi-Muhammad bin ‘Ubaidillah dan di dalam tulisan yang lain ditulis Abdullah daripada Abu al-Hasan a.s mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2): 255 “Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi [Dan di antara keduanya dan apa yang tersembunyi di bawahnya, mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani]. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya?

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2):255 “Dan mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya

       438. Muhammad bin Khalid, daripada Hamzah bin ‘Ubaid, daripada Ismail bin ‘Ubbad, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2):255 (wa la yuhituuna bi-syai’in mimilmi-hi illa bi-maa syaa’a) “Dan mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya” dan akhirnya [wa hua al-‘Aliyyu al- ‘Aziim] “ dan Allah Maha Tinggi lagi maha Besar”. Al-Hamdu li-llahi rabbi l ‘aalamiin dan dua ayat adalah selepasnya.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 214 “Wa zalzaluu [ thumma zalzaluu] sehingga yaquulu al-Rasuul”.

       439. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain Ibn Saif, daripada saudara lelakinya, daripada bapanya, daripada Abu Bakr bin Muhammad berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s membaca Surah al-Baqarah (2): 214 “Wa zalzaluu [ thumma zalzaluu] sehingga yaquulu al-Rasuul.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2) 102 “Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan” Dan Firman Allah Surah al-Baqarah (2): 211 “Tanyalah kepada Bani Israel: “Berapa banyaknya tanda-tanda yang nyata yang telah kami berikan kepada mereka
             
       440. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ali bin Isbat, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah Surah al-Baqarah (2) 102 “Dan mereka mengikuti apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan [bi-wilayati al-Syayaatiin] “dengan mewalikan syaitan-syaitan” pada masa kerajaan Sulaiman”.
       Dan beliau a.s membaca Surah al-Baqarah (2): 211 “Tanyalah kepada Bani Israel: “Berapa banyaknya tanda-tanda yang nyata yang telah kami berikan kepada mereka [Di kalangan mereka ada yang telah percaya dan di kalangan mereka ada yang telah ingkar dan di kalangan mereka ada yang telah mengakui dan di kalangan mereka ada yang telah menukarkannya]. Dan sesiapa yang menukar nikmat Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya”

Menahan Dari Memakan Kurma Semasa Sakit.

       441. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abd al-Rahman Ibn Hammad, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin al-Faidh berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Pesakit kami disuruh oleh pengamal perubatan supaya mengawal makan (hamiyyah), maka beliau a.s berkata: Tetapi kami Ahlu l-Bait, kami tidak mengawal makanan melainkan daripada kurma, dan kami mengubatinya dengan epal dan air sejuk, aku berkata: Kenapa kamu menahan dari memakan kurma semasa sakit? Beliau a.s berkata: Kerana Nabi s.a.w telah menahan Ali a.s dari memakan kurma pada masa sakitnya.

Pengawalan makanan.

       442. Daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri’ab, daripada al-Halabi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Pengawalan makanan [tertentu] kepada pesakit tidak bermanfaat selepas tujuh hari.

Perjalanan Bagi Pesakit.

       443. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada beberapa orang sahabat kami berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya perjalanan bagi pesakit [tertentu] akan kembali sakit semula.

Perjalanan Bagi Pesakit Adalah Suatu Pembalikan.

       444. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya perjalanan bagi pesakit adalah suatu pembalikan [sepatutnya dia beristirahat], sesungguhnya bapaku a.s apabila beliau a.s jatuh sakit, beliau a.s berada di dalam selimutnya; beliau a.s telah membawa selimut bersama ketika mengambil wuduk. Justeru beliau a.s berkata: Sesungguhnya perjalanan bagi pesakit adalah suatu pembalikan.
Takbir Mimpi.

       445. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhinah bahawa seorang lelaki telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka dia berkata: Aku telah melihat di dalam mimpi seolah-olah matahari menaiki kepalaku dan bukan di atas seluruh badanku, maka beliau a.s berkata: Anda akan mendapati suatu perkara yang besar, cahaya yang bersinar dan agama yang menyeluruh. Jika ia telah menutupi seluruh anggota anda, nescaya anda telah tenggelam padanya, tetapi ia hanya menutupi kepala anda sahaja.
       Tidakkah anda membaca firman Allah di dalam Surah al-An‘aam (6) 78 “Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, maka dia berkata: Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar, tatkala matahari itu telah terbenam”, maka Ibrahim a. s telah melepaskan diri daripadanya, aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, mereka berkata: Sesungguhnya matahari itu khalifah atau raja? Beliau a.s berkata: Aku tidak terfikir anda akan mendapati khilafah, bapa-bapa dan datuk-datuk anda tidak ada yang menjadi raja. Manakah khilafah atau kerajaan yang lebih besar daripada agama dan cahaya yang mana anda berharap dengannya anda akan memasuki syurga, sesungguhnya mereka telah tersilap. Aku berkata: Anda memang benar, aku telah jadikan diriku tebusan anda.

Biji-Bijian Melimpah Dengan Banyak.

       446. Daripadanya, daripada seorang lelaki telah melihat di dalam mimpinya seolah-olah matahari menaiki dua kakinya bukan di atas badannya, maka beliau a.s berkata: Apa yang di dapati daripada tumbuh-tumbuhan bumi yang terdiri daripada biji-bijian gandum atau kurma yang terpijak dengan kedua kakinya dan ia melimpah dengan banyak, maka ia adalah halal melainkan ia didapati dengan usaha yang keras sebagaimana telah dilakukan oleh Adam a.s.

Ilmu Abu Hanifah Mengenai Takbir Mimpi Dan Kesalahannya.

       447. Ali, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Abu Ja‘far al-Sa’igh daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s dan di sisinya Abu Hanifah, maka aku telah berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, aku telah melihat sebuah mimpi yang aneh, lalu beliau a.s berkata kepadaku: Wahai Ibn Muslim, kemukakanlah, kerana orang yang alim mengenainya sedang duduk dan beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada Abu Hanifah.
       Aku berkata: Aku telah melihat seolah-olah aku telah memasuki rumahku, tiba-tiba isteriku telah keluar menentangku, lalu dia memecahkan papan dan melontarkannya ke atasku. Aku telah terasa aneh dengan mimpiku ini, maka Abu Hanifah berkata: Anda adalah seorang selalu berselisih dan bertengkar mengenai harta pusaka isteri anda. Selepas usaha yang keras anda akan mendapati hajat anda daripadanya Insya’  Allah. Maka Abu Abdullah a.s berkata: Anda memang tepat (asab-ta), demi Allah, wahai Abu Hanifah, kemudian Abu Hanifah keluar dari sisinya, maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, aku benci takwil mimpi lelaki nasibi ini (Abu Hanifah)[39].
       Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Ibn Muslim, Allah tidak akan membuat anda menjadi buruk, takwil mimpi mereka tidak sama dengan takwil mimpi kami dan takwil mimpi kami tidak sama dengan takwil mimpi mereka. Dan takwil mimpi yang sebenar bukanlah sebagaimana ditakwilkan olehnya. Aku berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, maka kata-kata anda: Anda memang tepat dan anda bersumpah ke atasnya sedangkan dia bersalah? Beliau a.s berkata: Ya, aku telah bersumpah ke atasnya bahawa dia telah menepati kesalahan (asaaba al-Khata’). Aku berkata kepadanya apakah takwilnya? Beliau a.s berkata: Wahai Ibn Muslim, anda akan bernikah secara mut‘ah dan akan diketahui oleh isteri anda.
       Lantas dia akan mengoyakkan di hadapan anda pakaian yang baru, kerana kulit adalah pakaian hati, maka Ibn Muslim berkata: Demi Allah, tempoh di antara takwil mimpinya dan kesahihannya adalah pada pagi Jumaat. Iaitu pada pagi Jumaat aku sedang duduk di pintu, tiba-tiba seorang hamba perempuan telah melintasiku, maka dia telah menarik perhatianku. Aku telah memerintahkan seorang hamba lelakiku supaya membawanya ke rumahku, lalu aku melakukan nikah mut‘ah[40] dengannya. Isteriku telah menyedari mengenai keadaanku dengan hamba perempuan itu, lalu dia memasuki rumah, lantas hamba perempuan itu menghala ke pintu dan aku masih tinggal di dalamnya, lalu isteriku mengoyakkan pakaian yang baru di hadapanku yang mana aku pernah memakainya pada hari-hari perayaan.
       Musa al-Zuwwar al-‘Atar telah datang kepada Abu Abdullah a.s, maka dia berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, aku telah bermimpi dengan satu mimpi yang menakutkan aku, aku telah melihat iparku mati dan dia telah memelukku. Aku khuatir bahawa ajalku telah hampir. Maka beliau a.s berkata: Wahai Musa, anda meramal maut siang dan malam, kerana ia akan menemui kamu dan pelukan orang yang telah mati terhadap orang yang hidup memanjangkan umur orang yang masih hidup, maka apakah nama ipar anda? Dia berkata: Al-Husain, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya mimpi anda menunjukkan anda akan dipanjangkan umur dan ziarah anda terhadap Abu Abdullah a.s, kerana setiap orang yang berpeluk dinamakan al-Husain akan menziarahinya Insya’ Allah.

Bilakah Pembukaan Dan Kejayaan?

       448. Ismail bin Abdullah al-Qurasyi berkata: Seorang lelaki telah mendatangi Abu Abdullah a.s dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, aku telah melihat di dalam mimpiku seolah-olah aku sedang keluar dari bandar Kufah pada suatu tempat yang aku mengetahuinya. Ia berbentuk kayu atau seorang lelaki yang diukir daripada kayu di atas kuda daripada kayu sedang mengangkat pedangnya, aku sedang menyaksikannya di dalam keadaan takut yang amat sangat, maka beliau a.s berkata kepadanya: Anda seorang lelaki yang mahu membunuh seorang lelaki di dalam kehidupannya.
       Justeru bertakwalah kepada Allah yang telah menciptakan anda, kemudian Dia mematikan anda. Lelaki itu berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda telah dikurniakan ilmu dan anda telah mengambilnya dari tempatnya. Aku akan memberitahu anda mengenai apa yang anda telah jelaskan kepadaku bahawa seorang lelaki daripada jiranku telah datang kepadaku dan membentangkan kepadaku ladangnya, maka aku telah faham bahawa aku akan memilikinya dengan mengurangkan nilainya yang banyak (bi-waksin kathir) manakala aku telah mengetahui bahawa tiada orang lain yang menuntutnya selain daripadaku.
       Maka Abu Abdullah a.s berkata: Sahabat anda mewalikan kami dan melepaskan dirinya daripada musuh kami? Dia berkata: Ya, wahai anak lelaki Rasulullah, dia adalah seorang yang baik hati, berpegang teguh kepada agama dan aku bertaubat kepada Allah dan anda dari cadangan dan niatku. Beritahuku, wahai anak lelaki Rasulullah, sekiranya dia seorang nasibi adakah halal bagiku membunuhnya? Maka beliau a.s berkata: Tunailah amanah kepada orang yang telah memberi amanah kepada anda dan menghendaki nasihat daripada anda sekalipun kepada pembunuh al-Husain a.s.

Kamu Adalah Tiang-Tiang Bumi Dan Penjaga-Penjaganya.

       449. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayub, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Abd al-Malik bin A‘yan berkata: Aku telah berdiri di sisi Abu Ja‘far a.s, lalu aku berpegang kepada tanganku, maka aku menangis, lalu beliau a.s berkata: Kenapa anda menangis? Aku berkata: Aku harap aku akan mendapati urusan ini (khilafah) dan padaku kekuatan, maka beliau a.s berkata: Adakah kamu reda bahawa musuh kamu membunuh sesama mereka dan kamu aman di rumah-rumah kamu, dan jika ia berlaku, seorang lelaki di kalangan kamu akan diberi kekuatan empat puluh lelaki, lalu dijadikan hati kamu seperti besi. Jika gunung ini dicampak, nescaya ia akan mencabutnya dan kamu pula adalah tiang-tiang bumi dan penjaga-penjaganya.

Bergembiralah Dengan Kemenangan.

       450. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada Sufyan al-Jariri, daripada Abu Maryam al-Ansari daripada Harun bin ‘Antarah, daripada bapanya berkata: Aku telah mendengar Amir al-Mukminin a.s beberapa kali berkata sambil memasukkan anak-anak jarinya ke dalam sebahagiannya, kemudian beliau a.s berkata: Bergembiralah dengan kemenangan, nescaya kamu akan merasai kesempitan dalam kehidupan, kamu rasailah  kesempitan dalam kehidupan, nescaya kamu akan merasai kemenangan. Kemudian beliau a.s berkata: Binasalah golongan yang gopoh, berjayalah golongan yang mendekatkan diri kepada Allah dan menetapkan “batu-batu kecil di atas pasak” mereka. Aku bersumpah dengan Allah dengan sumpahan yang benar bahawa sesungguhnya selepas dukacita itu akan berlaku suatu pembukaan yang aneh (fathan ‘ajaban).
Ramalan Ali A.S Mengenai Peristiwa Yang Akan Berlaku.

       451. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada bapanya, daripada Maisar, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Maisar, berapakah jarak di antara kamu dan Qurqisia? Aku berkata: Ia berdekatan dengan tebing Furat, maka beliau a.s berkata: Suatu peristiwa akan berlaku padanya di mana ia tidak pernah berlaku semenjak Allah menciptakan langit dan bumi dan tidak akan berlaku seumpamanya selama adanya langit dan bumi bahawa satu hidangan untuk burung dapat mengenyangkan binatang-binatang buas di bumi dan burung-burung di langit. Qais akan binasa padanya dan tiada yang akan menuntutnya. Maisar berkata: Lebih seorang perawi yang meriwayatkannya dan di dalam riwayat yang lain: Seorang penyeru menyeru: Datanglah kepada daging-daging mereka yang zalim (hallimuu ilaa luhuum al-Jabbaariin).

Bendera Al-Qaim A.S.
      
       452. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad Ibn Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Setiap bendera [imamah] diangkat sebelum datangnya al-Qaim, maka pemiliknya adalah taghut yang menyembah selain daripada Allah.

Pembunuhan Akan Berlaku Pada Ahlu l-Bait A.S Daripada Quraisy.

       453. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Hisyam Ibn Salim, daripada Syihab bin ‘Abd Rabbi-hi, berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Wahai Syihab, banyak pembunuhan berlaku pada Ahlu l-Bait daripada Quraisy sehingga seorang lelaki daripada mereka menuntut khilafah, tetapi dia enggan. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Syihab, janganlah anda berkata: Sesungguhnya aku maksudkan anak-anak bapa saudara mereka, Syihab berkata: Aku naik saksi bahawa beliau a.s telah maksudkan mereka.

Sebab Ali A.S Merahsiakan Urusannya Dan Kemurtadan Orang ramai Selepas Nabi S.A.W.

       454. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada beberapa orang sahabat, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Fudhail, daripada Zararah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya orang ramai manakala mereka melakukan apa yang mereka telah melakukannya  (lammaa sana‘uu maa sana‘uu) iaitu ketika mereka memberi baiah kepada Abu Bakr, Amir al-Mukminin a.s tidak menghalang dari menyeru untuk dirinya selain dari melihat kepada orang ramai dan khuatir mereka akan murtad daripada Islam, lalu mereka menyembah berhala dan tidak mengucap tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah (s.a.w).
       Beliau a.s lebih suka mengakui apa yang mereka telah melakukannya daripada mereka menjadi murtad daripada Islam seluruhnya (wa kaana al-ahabbu ilai-hi an yaqirra-hum ‘alaa maa sana‘uu min an yartadduu ‘an jamii ‘al-Islam). Sesungguhnya binasalah golongan yang telah melakukannya. Adapun orang yang yang tidak melakukannya, tetapi mengikut orang ramai tanpa ilmu dan tanpa permusuhan kepada Amir al-Mukminin a.s, maka ia tidak mengkafirkannya dan tidak mengeluarkannya daripada Islam. Justeru Ali a.s telah merahsiakan urusannya dan memberi baiah secara terpaksa disebabkan beliau a.s tidak mendapati penolong-penolong (lam yajid a‘waanan).

Kemurtadan Orang Ramai Selepas Rasulullah S.A.W.

       455. Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Abu Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-Rahim al-Qasir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Sesungguhnya orang ramai menjadi takut apabila kami berkata: Sesunguhnya orang ramai telah murtad [41](Inna al-Naas artadduu), maka beliau a.s berkata: Wahai Abd al-Rahim, sesungguhnya orang ramai telah kembali selepas kematian Rasulullah (s.a.w) kepada ahli Jahiliyah (inna al-Naas ‘aaduu ba‘da maa qubidha Rasulullah (s.a.w) ahl jahiliyyati). Sesungguhnya golongan Ansar telah menjauhkan diri mereka, tetapi mereka tidak menjauhkan diri mereka dengan baik, mereka mula memberi baiah kepada Sa‘d. Mereka melagukan irama Jahiliyah: “Wahai Sa‘d, andalah yang diharap-harapkan, syair anda yang penuh dengan keperwiraan dan bintang anda yang terserlah”.

Perubahan Orang Ramai Selepas Rasulullah S.A.W Seperti Pengikut Harun Dan Pengikut Lembu Jantan.
      
       456. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada beberapa orang sahabatnya, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Ja‘far al-Ahwal dan al-Fudhail bin Yasar, daripada Zakaria al-Naqadh, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Orang ramai telah berubah selepas Rasulullah (s.a.w) seperti kedudukan orang yang telah mengikuti Harun[42] a.s dan orang yang telah mengikuti lembu jantan[43] (al-Naasu saaruu ba‘da Rasulillah (s.a.w) bi-manzilati man ittaba‘a Harun a.s wa-man ittaba‘a al-‘Ijl).
       Abu Bakr telah menyeru [khilafah], maka Ali a.s telah enggan melainkan al-Qur’an. Umar telah menyeru [khilafah), maka Ali a.s telah enggan melainkan al-Qur’an. Dan Uthman telah menyeru [khilafah], maka Ali a.s telah enggan melainkan al-Qur’an. Sesungguhynya tiada seorang yang menyeru sehingga keluar Dajjal melainkan dia akan mendapati orang yang memberi baiah kepadanya. Sesiapa yang mengangkat bendera kesesatan, maka pemiliknya atau tuannya adalah taghut.

Hadis Mengenai Islamnya Abu Dhar R.A.

       457. Abu ‘Ali al Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada Salmah al-Lu’Lu’i, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku akan memberitahu kamu bagaimanakah Islamnya Salman dan Abu Dhar, maka lelaki itu telah berkata dan tersilap: Adapun Islam Salman, maka anda telah mengetahuinya. Lantaran itu, beritahuku mengenai Islamnya Abu Dhar, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Abu Dhar berada di suatu tempat bernama Butn Murr. Beliau adalah seorang penternak kambingnya sendiri. Tiba-tiba seekor serigala datang di sebelah kanan kambingnya, lalu beliau mengusirnya dengan tongkatnya.
       Kemudian serigala itu datang kembali di sebelah kiri kambingnya, lalu beliau mengusirnya. Kemudian Abu Dhar berkata kepada serigala itu: Aku tidak pernah melihat serigala yang lebih buruk dan yang lebih jahat daripada anda. Maka serigala berkata kepadanya: Ahli Makkah adalah lebih jahat daripadaku. Allah telah mengutus kepada mereka seorang nabi, tetapi mereka telah membohonginya dan mencacinya, lalu ia terdengar oleh telinga Abu Dhar. Maka beliau telah memberitahu isterinya: Lengkapkan bekalanku, peralatanku dan tongkatku, kemudian beliau keluar dengan berjalan kaki menuju Makkah bagi mengetahui [kebenaran] berita serigala sehingga beliau telah sampai di Makkah dan memasukinya pada masa yang panas terik. Beliau amat penat, lalu mendatangi telaga Zamzam.
       Beliau terlalu dahaga, lalu beliau mengambil timba untuk mencedok air, tiba-tiba susu keluar, lalu beliau berkata pada dirinya: Ini, demi Allah, menunjukkan apa yang telah diberitahu oleh serigala dan kedatanganku kepadanya adalah benar. Beliau telah meminum air  dan datang kepada salah satu sudut masjid yang dipenuhi oleh beberapa orang Quraisy, lalu beliau duduk bersama mereka. Beliau telah melihat mereka sedang menyebut Nabi (s.a.w) dan mencacinya sebagaimana telah diberitahukan oleh serigala. Mereka terus mencaci Nabi (s.a.w) sehingga datang Abu Talib pada waktu petang. Apabila mereka melihatnya, maka sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tahan lidah kamu, bapa saudaranya telah datang. Lantas mereka menahan lidah mereka.
       Abu Talib terus  bercakap dengan mereka sehingga pada akhir siang. Kemudian beliau meninggalkan tempat itu, maka akupun mengikutinya, lalu beliau berpaling kepadaku, maka beliau berkata: Sebutkan hajat anda, maka aku berkata: Ini nabi diutuskan kepada kamu? Abu Talib berkata: Apakah yang anda akan lakukan dengannya? Aku berkata: Aku akan beriman dengannya dan membenarkannya. Aku akan membentangkan ke atasnya diriku. Beliau tidak memerintahkan aku dengan sesuatu perkara melainkan aku mentaatinya. Abu Talib berkata: Anda akan melakukannya?
       Aku berkata: Ya, beliau berkata: Datang besok pada masa ini kepadaku sehingga aku membawa anda kepadanya. Abu Dhar berkata: Aku telah bermalam di masjid pada malam itu sehingga pada keesokannya aku telah duduk bersama mereka. Mereka sentiasa menyebut nabi dan mencacinya sehingga datang Abu Talib. Apabila mereka melihatnya, maka sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tahan diri kamu, bapa saudaranya telah datang. Abu Talib terus bercakap dengan mereka sehingga beliau telah meninggalkan tempat itu, lalu aku mengikutinya. Aku telah memberi salam kepadanya, maka beliau berkata: Sebutkan hajat anda? Maka aku telah berkata: Seorang nabi telah diutuskan kepada kamu. Beliau berkata: Apakah yang anda akan lakukan dengannya? Aku berkata: Aku akan beriman dengannya dan membenarkannya.
       Aku akan membentangkan ke atasnya diriku dan beliau s.a.w tidak akan memerintahku dengan sesuatu perkara melainkan aku mentaatinya. Abu Talib berkata: Anda akan melakukannya? Aku berkata: Ya, beliau berkata: Marilah bersamaku, maka akupun mengikutinya, lalu beliau membawaku kepada sebuah rumah di mana padanya Hamzah  r.a, maka aku memberi salam kepadanya dan akupun terus duduk,  beliau berkata kepadaku: Apakah hajat anda kepadanya? Aku akan beriman dengannya, membenarkannya dan aku akan membentangkan ke atasnya diriku.
       Beliau s.a.w tidak akan memerintahkan aku dengan sesuatu perkara melainkan aku mentaatinya. Lalu beliau berkata: Anda naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh-Nya. Akupun mengucap dua kalimah syahadat. Kemudian Hamzah r.a telah membawaku ke rumah Ja‘far r.a. Aku telah memberi salam kepadanya dan aku terus duduk, maka Ja‘far a.s berkata kepadaku: Apakah hajat anda? Aku berkata: Nabi ini diutuskan pada kamu, maka beliau berkata: Apakah hajat anda kepadanya?
       Aku berkata: Aku akan beriman dengannya, membenarkannya dan membentangkan ke atasnya diriku, beliau s.a.w tidak memerintahku dengan sesuatu perkara melainkan aku mentaatinya. Beliau berkata: Anda naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Akupun mengucap dua kalimat syahadat, kemudian beliau telah membawaku ke sebuah rumah di mana Ali a.s berada di dalamnya. Aku telah memberi salam kepadanya dan aku terus duduk. Maka Ali a.s berkata: Apakah hajat anda? Aku berkata: Ini nabi diutuskan pada kamu. Beliau a.s berkata: Apakah hajat anda kepadanya?
       Aku berkata: Aku akan beriman dengannya, membenarkannya dan membentangkan ke atasnya diriku dan beliau s.a.w tidak akan memerintahku dengan sesuatu perkara  melainkan aku mentaatinya. Maka beliau berkata: Anda naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah. Aku telah mengucap dua kalimat syahadat, lalu beliau membawaku ke sebuah rumah padanya Rasulullah s.a.w. Aku telah memberi salam kepadanya dan aku terus duduk. Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Apakah hajat anda? Aku berkata: Seorang nabi yang diutuskan pada kamu. Beliau s.a.w bersabda: Apakah hajat anda kepadanya? Aku berkata: Aku berkata: Aku akan beriman dengannya, membenarkannya dan membentangkan ke atasnya diriku dan beliau s.a.w tidak akan memerintahku dengan sesuatu perkara melainkan aku mentaatinya. Maka beliau bersabda: Anda naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.
       Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadaku: Wahai Abu Dhar, pulanglah ke negeri anda, maka anda akan mendapati sepupu anda telah mati dan tiada baginya pewaris selain daripada anda. Maka ambillah hartanya dan tinggallah bersama keluarga anda sehingga urusan kami terserlah. Kemudian Abu Dhar pulang, lalu beliau mengambil harta dan tinggal di sisi keluarganya sehingga urusan Rasulullah s.a.w terserlah. Abu Abdullah a.s berkata: Ini adalah hadis mengenai Abu Dhar dan keislamannya. Adapun hadis mengenai Salman, maka anda telah mendengarnya. Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, beritahuku mengenai hadis Salman, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya anda telah mendengarnya, beliau a.s tidak memberitahunya kerana adabnya yang buruk.

Hadis Mengenai Keislaman Thamaamah Bin Athaal.

       458. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Zararah, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa Thamaamah bin Athaal telah ditawan oleh pasukan berkuda Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku, dapatkan Thamaamah untukku.
       Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya:  Aku memberi tiga pilihan kepada anda: Aku membunuh anda, maka dia berkata: Jika begitu, pembunuhan anda adalah perkara yang besar atau aku meminta anda membayar tebusan, maka dia berkata: Anda akan mendapatiku mahal atau aku memberi keamanan kepada anda, maka dia berkata: Anda akan mendapatiku seorang yang bersyukur, beliau s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku memberi kebebasan kepada anda, maka dia berkata: Sesungguhnya aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh-Nya. Sesungguhnya, demi Allah, aku telah mengetahui bahawa anda adalah Rasulullah manakala aku melihat anda dan aku tidak mengucap syahadah selama aku masih di dalam tawanan.

Kelahiran Nabi S.A.W, Berakhirnya Kenabian Bani Israel Dan Kisah Yahudi.
      
       459. Daripadanya, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abban, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala nabi (s.a.w) dilahirkan, seorang lelaki daripada ahli Kitab telah datang kepada sekumpulan Quraisy padanya Hisyam bin al-Mughirah, al-Walid bin al-Mughirah, al-‘Aas bin Hisyam, Abu Wajzah bin Abu ‘Umru bin ‘Umayyah dan ‘Utbah bin Rabi‘ah, maka dia berkata: Adakah seorang bayi pada kamu dilahirkan semalam? Mereka berkata: Tidak, dia berkata: Jika begitu, seorang bayi telah dilahirkan di Palestine bernama Ahmad mempunyai tanda kehitaman [di tubuhnya].
       Ahli Kitab dan Yahudi akan binasa di tangannya. Dia telah mendahului kamu, demi Allah, wahai Quraisy, pergilah dan bertanyalah, kemudian mereka memberitahu bahawa seorang bayi telah dilahirkan bagi Abdullah bin Abd al-Muttalib, lalu mereka mencari Abdullah bin Abd al-Muttalib dan berjumpa dengannya. Mereka berkata: Sesungguhnya seorang bayi, demi Allah, telah dilahirkan pada kami. Ahli Kitab berkata: Sebelum aku berkata kepada kamu atau selepas aku telah berkata kepada kamu? Mereka berkata: Sebelum anda berkata kepada kami. Dia berkata: Marilah kita pergi kepadanya sehingga kita melihatnya. Kemudian mereka telah pergi sehingga mereka mendatangi ibunya dan berkata: Keluarkan anak lelaki anda sehingga kami melihat nya.
       Ibunya berkata:  Sesungguhnya anak lelakiku, demi Allah, telah dilahirkan tidak sebagaimana bayi-bayi lain dilahirkan. Sesungguhnya dia telah menongkat ke tanah dengan dua tangannya dan mengangkat kepalanya ke langit, lalu melihat kepadanya. Kemudian cahaya telah keluar daripadanya sehingga aku melihat sejauh-jauh mataku memandang, maka aku telah mendengar suara (haatifan) di udara berkata: Sesungguhnya anda telah melahirkan penghulu umat. Apabila anda melahirkannya, maka katakanlah: Aku melindunginya dengan Yang Satu daripada kejahatan setiap pendengki dan namakannya Muhammad. Lelaki ahli Kitab itu berkata kepada ibunya: Keluarkannya, lalu ibunya mengeluarkannya.
       Kemudian lelaki itu melihatnya, membalik-balikkannya dan melihat kepada tanda di antara dua ketiaknya, lantas dia tidak sedarkan diri.        Maka mereka telah mengambil bayi itu daripadanya, lalu memberinya kepada ibunya dan berkata:  Allah memberkati anda padanya. Manakala mereka telah keluar, dia sedar kembali, lantas mereka berkata kepadanya: Apa telah terjadi kepada anda, dan aduhai anda? Dia berkata: Kenabian Bani Israel telah hilang sehingga hari Kiamat. Ini, demi Allah, akan menghilangkan mereka. Maka Quraisy telah bergembira dengan berita itu. Manakala dia melihat mereka bergembira, dia berkata: Sesungguhnya kamu telah bergembira, demi Allah, dia akan menyerang kamu dengan serangan (satwatan) di mana penduduk timur dan barat akan bercakap-cakap mengenainya. Abu Sufyan berkata: Dia akan menyerang di tempatnya sendiri.

Hadis Mengenai Kelahiran (Wiladah) Nabi S.A.W Dan Kelahiran Wasinya.
      
       460. Hamid bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ayyub, daripada Muhammad bin Ziyad, daripada Asbat bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila Aminah binti Wahab hampir bersalin kepada Nabi s.a.w, Fatimah binti al-Asad, isteri Abu Talib, telah mendatanginya. Beliau sentiasa berada bersamanya sehingga Aminah melahirkan Nabi s.a.w. Salah seorang daripada mereka berdua berkata kepada yang lain: Adakah anda melihat apa yang aku lihat? Maka beliau berkata: Apakah yang anda lihat? Beliau berkata: Ini cahaya telah bersinar di antara timur dan barat.
       Manakala mereka berdua di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba Abu Talib datang dan berkata kepada mereka berdua: Apakah yang mengagumkan kamu berdua? Lalu Fatimah memberitahunya mengenai cahaya yang dilihatnya, maka Abu Talib berkata kepadanya: Anda mahu jika aku memberi khabar gembira kepada anda? Fatimah berkata: Ya, maka Abu Talib berkata: Sesungguhnya anda akan melahirkan seorang anak lelaki yang akan menjadi wasi (Ali a.s) kepada anak lelaki ini (inna-ki satalidiina ghulaaman yakuunu wasiyya haadhaa al-Mauluud).

Mengenai Firman Allah Surah Al-Hadid (57): 11 “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik”
      
       461. Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus dan daripada Abd al-‘Aziz al-Muhtadi, daripada seorang lelaki, daripada Abu al-Hasan al-Madhi a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Hadid (57): 11 “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak”, beliau a.s berkata: Perhubungan Imam di dalam kerajaan yang fasiq.

Allah Di Sisi Sangkaan Hamba-Nya.

       462. Yunus, daripada Sinan bin Tarif berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sepatutnya mukmin takut kepada Allah dengan ketakutan seolah-olah dia berada di tepi neraka dan dia berharap kepada-Nya dengan harapan seolah-olah dia adalah daripada ahli syurga. Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah adalah di sisi sangkaan hamba-Nya, jika sangkaannya baik, maka ia adalah baik dan jika sangkaannya jahat, maka ia adalah jahat.

Bilangan Sahabat Dalam Musafir.

       463. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan, daripada Ismail bin Jabir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s di Makkah, tiba-tiba seorang utusan dari Madinah telah mendatanginya, maka beliau a.s berkata: Siapakah yang telah menemani anda? Dia berkata: Aku tidak dtemani sesiapapun, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Jika aku telah mendahului  (menemani) anda, dapatkah aku memperbaiki adab anda? Kemudian beliau a.s berkata: Seorang sahabat adalah syaitan, dua orang sahabat adalah dua syaitan, tiga dan empat sahabat adalah teman-teman (rufaqaa’).

Sahabat Yang Dicintai Oleh Allah Adalah Empat.
      
       464. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada al-Husain bin Saif, daripada saudaranya Ali, daripada bapanya berkata: Muhammad bin al-Muthanna telah memberitahuku, berkata: Seorang lelaki daripada Bani Naufal bin Abd al-Muttalib telah memberitahuku, berkata: Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sahabat yang dicintai oleh Allah adalah empat. Jika sahabat pada satu kaum itu melebihi tujuh orang, maka  akan berlaku banyak kesilapan mereka.

Musafir Seorang Diri.

       465. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya daripada mereka yang telah menyebutnya, daripada Abu al-Hasan Musa a.s, daripada bapanya, daripada datuknya a.s mengenai wasiat Rasulullah s.a.w kepada Ali a.s: Janganlah anda keluar musafir seorang diri, kerana syaitan adalah bersamanya, jauhilah, wahai Ali, sesungguhnya seorang lelaki apabila dia musafir seorang diri, maka dia akan menjadi tidak ketentuan. Dua orang juga tiada ketentuan. Sementara tiga orang adalah wajar.

Kelengkapan Musafir.

       466. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad dan Ali bin Muhammad al-Qaasaani, daripada Sulaiman bin Daud, daripada Hammad bin Isa, daripada Abu Abdullah a.s berkata mengenai wasiat Luqman kepada anak lelakinya: Wahai anakku, musafirlah dengan pedang anda, kasut anda, serban anda, khemah anda, minuman anda, jarum anda, benang anda, alat penebuk lubang anda. Sediakan bersama anda ubat-ubatan yang memanfaatkan anda dan orang yang bersama anda. Sentiasa bermuafakat dengan sahabat anda melainkan pada kemaksiatan kepada Allah.

Bekalan Musafir Yang Mencukupi.

       467. Ali, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s daripada bapa-bapa mereka berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara kemulian seorang lelaki bahawa bekalannya mencukupi dan baik apabila dia keluar musafir.

Persedian Makanan Yang Baik.

       468. Ali, daripada bapanya, daripada Ibn Abi‘Umair, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s apabila musafir ke haji dan umrah, beliau telah menyediakan makanan yang baik seperti buah badam, gula, gandum dan gula-gula.























                               














                              BAHAGIAN KESEPULUH



Allah Menguasai Di Dunia Musuh-Nya Ke Atas Wali-Nya, Sesungguhnya Bagi Allah Malaikat Yang Meluruhkan Dosa-Dosa Daripada Belakang-Belakang Syi‘ah Kami Dan Lain-Lain.

Allah Menguasai Di Dunia Musuh-Nya Ke Atas Wali-Nya.

       469. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Walid bin Sabih, daripada Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya beliau berkata: Aku telah berjumpa dengannya pada suatu hari, lalu beliau a.s telah mencampakkan kain kepadaku dan berkata: Wahai Walid, kembalikannya kepada orang yang melipatkannya, lalu akupun berdiri di hadapannya.
       Maka Abu Abdullah a.s berkata: Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada al-Mu‘alla bin Khanis, maka aku telah menyangka bahawa beliau a.s telah menyamakan pendirianku di hadapannya seperti pendirian al-Mu‘alla di hadapannya. Kemudian beliau a.s berkata: Oh dunia, oh dunia, sesungguhnya dunia adalah tempat ujian. Allah menguasai musuh-Nya di atas wali-Nya dan sesungguhnya selepasnya tempat tidak seperti ini lagi, maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, di manakan tempat itu? Maka beliau a.s berkata: Di sini dan beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya ke tanah.

Sesungguhnya Bagi Allah Malaikat Yang Meluruhkan Dosa-Dosa Daripada Belakang-Belakang Syi‘ah Kami.

       470. Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya bagi Allah malaikat yang meluruhkan dosa-dosa daripada belakang-belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pokok pada masa luruhnya sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Syuura (42):5 “Malaikat-malaikat  bertasbih serta memuji Tuhan-Nya dan memohonkan ampun bagi golongan yang ada di bumi”, beliau a.s berkata: Demi Allah, Dia tidak maksudkan dengan ayat ini selain daripada kamu.

Mengenai Firman Allah Di Dalam Surah Al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat

       471. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada ‘Umar bin Adhinah, daripada Zararah berkata: Abu al-Khattab telah memberitahuku di dalam keadaan yang amat baik bahawa beliau  berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat”, maka beliau a.s berkata: “Dan  apabila hanya nama Allah saja yang disebut” ( dengan mentaati keluarga Muhammad dengan perintah Allah) “kesallah hati golongan  yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat dan apabila nama golongan selain daripada Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati”

Taubat Adam A.S.  

       472. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibrahim, daripada Kathir bin Kalthamah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 37 “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhan-Nya”, beliau a.s berkata: Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Wahai Tuhanku, dengan kepujian Engkau aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku. Justeru ampunilah aku dan Engkau adalah sebaik-baik Pengampun.
       Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, dengan kepujian Engkau aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku dan Engkau adalah Maha Penyayang. Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Wahai Tuhanku, dengan kepujian Engkau aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima  taubat dan Maha Mengasihani. Di dalam riwayat yang lain beliau a.s berkata: Adam telah memohon kepada Tuhan-Nya dengan hak Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimah a.s.

Ibrahim A.S Melihat Kerajaan Langit Dan Bumi.

       473. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abi Ayyub al-Kharraz, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Ibrahim a.s telah melihat kerajaan langit dan bumi (malakuut), maka beliau a.s telah berpaling dan melihat seorang lelaki sedang berzina. Lalu beliau a.s berdoa ke atasnya, maka dia terus mati. Kemudian beliau a.s melihat lelaki lain sedang berzina, lalu beliau a.s berdoa ke atasnya, maka dia terus mati sehingga beliau a.s melihat tiga orang lelaki, maka beliau a.s berdoa ke atas mereka, lalu mereka semua mati.
       Maka Allah telah mewayhukan kepadanya: Wahai Ibrahim, sesungguhnya doa engkau dimakbulkan. Justeru janganlah engkau berdoa ke atas hamba-hamba-Ku, kerana sesungguhnya jika Aku mahu, Aku tidak menciptakan mereka. Sesungguhnya Aku menciptakan makhluk-Ku di atas tiga jenis: Seorang hamba yang menyembah-Ku tanpa melakukan sebarang syirik dengan-Ku, maka Aku akan memberinya pahala. Seorang hamba yang menyembah selain daripada-Ku, maka dia tidak akan terlepas daripada-Ku. Dan seorang hamba yang menyembah selain daripada-Ku, tetapi Aku mengeluarkan daripada salbinya orang yang menyembah-Ku. Kemudian Ibrahim a.s berpaling, maka beliau a.s melihat satu bangkai di tepi pantai sebahagiannya di dalam air dan sebahagian yang lain di daratan. Binatang buas laut datang, lalu memakan bahagian bangkai yang berada di air.
       Kemudian binatang buas laut itu kembali, lalu bertengkar dan memakan sesama mereka. Kemudian binatang buas daratan datang, lalu memakan bahagian yang berada di daratan. Kemudian mereka  bertengkar dan memakan sesama mereka. Ibrahim a.s telah menjadi hairan terhadap apa yang telah dilihatnya dan berkata di dalam Surah al-Baqarah (2):260 “Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan golongan mati” Ibrahim a.s berkata: Bagaimana Engkau mengeluarkan keturunan yang memakan sebahagian akan sebahagian yang lain?
       Allah berfirman: “Apakah kamu belum percaya? Ibrahim menjawab: “Aku telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hatiku” Iaitu sehingga aku melihat ini sebagaimana aku telah melihat semua perkara. Allah berfirman: “Ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung-burung itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap bukit. Lalu beliau a.s  memotongnya dan mencampurkannya sebagaimana bercampurnya bangkai ini pada binatang-binatang buas yang memakan sebahagian yang lain. Kemudian beliau a.s mencampurkannya “Kemudian letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap bukit. Sesudah itu pergillah dia, nescaya dia akan datang kepada kamu dengan segera”. Manakala beliau a.s telah menyeru burung-burung itu, maka mereka menyahut seruannya. Dan bilangan bukit adalah sepuluh.

Sebab Panas Dan Sejuk.

       474. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Aku telah bertanya mengenai panas dan sejuk daripada apakah ia dijadikan? Maka beliau a.s berkata: Wahai Abu Ayyub, sesungguhnya Marikh adalah planet panas dan Zuhal adalah planet sejuk. Apabila planet Marikh meninggi, maka planet Zuhal menurun. Itu berlaku pada musim bunga (rabii‘) selama tiga bulan sehingga Marikh sampai ke kemuncaknya dan Zuhal akan berada pada darjat yang paling bawah. Justeru suhu kepanasan akan bertambah. Dan apabila pada akhir musim panas dan pada awal musim sejuk, planet Zuhal mulai meninggi dan planet Marikh mulai menurun.
       Kedua-duanya sentiasa begitu. Manakala planet Zuhal meninggi pada satu darjah, maka planet Marikh menurun pada satu darjah sehingga planet Marikh turun serendah-rendahnya. Sementara planet Zuhal meninggi setinggi-tingginya. Justeru ia menunjukkan awal musim sejuk dan akhir musim panas. Lantaran itu, kesejukan berlaku. Setiap kali planet ini naik, maka planet lain menurun begitulah seterusnya. Apabila pada musim panas berlaku kesejukan, maka perbuatan itu disebabkan oleh bulan. Dan apabila pada musim sejuk berlaku kepanasan, maka perbuatan itu disebabkan oleh matahari. Ini adalah suatu takdir daripada Yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui dan aku hanya seorang hamba Tuhan alam semesta.

Sesiapa Yang Mencintai Ali A.S.

       475. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Abdullah bin Maimun al-Fadah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesiapa yang mencintai anda, kemudian dia mati, maka dia telah menunaikan ajalnya. Dan sesiapa yang telah mencintai anda dan  tidak mati, maka dia menunggu [ajalnya]. Tiada matahari yang naik dan turun melainkan dengan rezeki dan iman.

Akan Datang Kepada Umatku Zaman Di Mana Dalaman Mereka Buruk Dan Luaran Mereka Adalah Baik.

       476. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada umatku zaman di mana dalaman mereka buruk dan luaran mereka adalah baik, kerana tamak kepada dunia; mereka tidak mahu dengan apa di sisi Allah Tuhan mereka. Agama mereka adalah riyak, tiada perasaan takut kepada azab-Nya. Lantas mereka menyeru kepada-Nya seperti doa orang yang sedang tenggelam, lalu Dia tidak menerima doa mereka.

Hadis Mengenai Fakih Dan Ulama.

       477. Daripadanya, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Para fakih dan para ulama apabila sebahagian mereka menulis kepada sebahagian yang lain, maka mereka menulis dengan tiga dan tiada yang ke empat: Sesiapa yang cita-citanya untuk akhirat, maka Allah mencukupinya dengan cita-cita dunia. Sesiapa yang telah memperbaiki dalaman dirinya, maka Allah akan memperbaiki luarannya. Dan sesiapa yang memperbaiki di antaranya dan di antara Allah, maka Allah memperbaiki di antaranya dan di antara manusia.

Rintihan Abu Dhar.

       478. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Sa‘dan bin Muslim, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seorang lelaki di Madinah telah memasuki masjid Rasulullah s.a.w, lalu beliau berkata: Wahai Tuhanku, temanilah ketakutanku, hubungilah aku ketika keseorangan dan kurnialah kepdaku seorang teman yang soleh. Tiba-tiba seorang lelaki di masjid al-Aqsa telah memberi salam kepadanya dan berkata kepadanya: Siapakah anda, wahai hamba Allah?
       Maka beliau menjawab: Aku adalah Abu Dhar. Lantas lelaki itu berkata: Allah akbar, Allah akbar. Abu Dhar berkata: Kenapakah anda bertakbir, wahai hamba Allah? Sesungguhnya aku telah memasuki masjid, maka aku telah berdoa kepda Allah supaya Dia menemani ketakutanku, menghubungi ketika aku keseorangan dan kurniakan kepadaku seorang teman yang soleh. Abu Dhar berkata: Aku adalah lebih berhak takbir daripada anda sekiranya anda temanku, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku dan anda adalah di atas satu terusan pada hari Kiamat sehingga manusia selesai daripada hisab, berdirilah, wahai hamba Allah, kerana sesungguhnya penguasa telah melarang anda duduk bersamaku.

Akan Datang Kepada Manusia Satu Zaman Al-Qur’an Hanya Tulisan Sahaja.
    
       479. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada manusia satu zaman di mana al-Qur’an hanya tulisan sahaja yang tinggal (saya’ti ‘ala al-Naasi zamaanun laa yabqaa min al-Qur’an illaa rasmu-hu), Islam hanya tinggal nama sahaja iaitu mereka hanya menamakannya dengan Islam sedangkan mereka jauh daripadanya (wa min al-Islam illaa ismu-hu yusammauna bi-hi wa-hum ab‘adu al-Naasi min-hu). Masjid mereka membangun, tetapi rosak daripada petunjuk (masaajidu-hum ‘aamiratun wa hiya kharaab min al-Hudaa). Para fakih pada masa itu adalah sejahat-jahat fakih di bawah bayang langit, daripada mereka datangnya fitnah dan kepada mereka fitnah kembali (fuqahaa’ dhalika al-Zamaan syarru fuqahaa’ tahta zilli al-Samaa’ min-hum kharajat al-Fitnatu wa ilai-him ta‘uudu).

Kami Ahlu l-Bait Mewarisi Kemaafan Daripada Keluarga Ya‘qub Dan Kesyukuran Daripada Keluarga Daud.

       480. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Husain bin Yazid berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s di Khurasan berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait telah mewarisi kemaafan daripada keluarga Ya‘qub, kesyukuran daripada keluarga Daud- Beliau telah menyangka perkataan lain yang dilupai Muhammad- maka aku telah berkata kepadanya: Mudah-mudahan beliau berkata: Kami telah mewarisi kesabaran daripada keluarga Ayyub? Maka beliau berkata: Sepatutnya begitu.
       Ali bin Asbat berkata: Sesungguhnya aku telah berkata sedemikian kerana aku telah mendengar Ya‘qub bin Yaqtin sedang memberitahu mengenai sebahagian perawi-perawinya berkata: Manakala Abu Ja‘far al-Mansur datang ke Madinah pada tahun Muhammad dan Ibrahim dibunuh iaitu dua anak lelaki Abdullah bin al-Hasan, lalu beliau berpaling kepada bapa saudaranya Isa bin Ali, maka beliau berkata kepadanya: Wahai Abu al-‘Abbas, sesungguhnya Amir al-Mukminin telah berpendapat bahawa pokok di Madinah harus dipotong, dicederakan matanya dan dijadikan pangkalnya ke bawah, maka beliau berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, ini adalah sepupu anda Ja‘far bin Muhammad hadir bersama.
        Justeru utuslah kepadanya dan bertanyalah kepadanya mengenai perkara ini. Kemudian beliau telah mengutus kepadanya, lalu Isa telah memberitahu kepadanya, maka beliau a.s datang  dan berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya Daud a.s dikurniakan [dengan kerajaan], lalu beliau bersyukur. Ayyub diuji dengan bala, lalu beliau telah bersabar. Dan Yusuf a.s  telah memaafi selepas beliau berkuasa. Justeru maafilah, kerana anda adalah daripada keturunan mereka.

Tafsir Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir

       481. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Zar‘ah bin Muhammad, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir”, maka beliau a.s berkata: Golongan Yahudi mendapati pada kitab mereka bahawa seorang yang berhijrah bernama Muhammad (s.a.w) adalah di antara  ‘Air dan Uhud. Lantaran itu, mereka telah keluar mencari tempat tersebut, lalu mereka  melalui sebuah gunung bernama Haddad, mereka berkata: Haddad dan Uhud adalah sama, maka mereka telah berpecah di sisinya. Sebahagian mereka bermalam di Taima’, sebahagian mereka di Fadak dan sebahagian lain di Khaibar. Kemudian sebahagian mereka yang berada di Taima’ telah merindui sebahagian saudara-saudara mereka.
       Lalu seorang badwi daripada Qais telah melalui mereka, lantas mereka berkumpul di sekelilingnya, dia berkata kepada mereka: Urusan kamu adalah di antara ‘Air dan Uhud, maka mereka berkata kepadanya: Apabila anda melalui di antara ‘Air dan Uhud, maka anda minta izin daripada kedua-duanya. Manakala dia berada di tengah-tengah bumi Madinah, dia berkata kepada mereka: Itu adalah ‘Air dan itu adalah Uhud. Kemudian mereka telah turun daripada belakang untanya dan mereka berkata: Sesungguhnya kami telah menepati sasaran kami. Justeru itu kami tidak berhajat kepada unta anda. Pergilah ke mana anda mahu.
       Kemudian mereka telah menulis kepada saudara-saudara mereka di Fadak dan Khaibar: Sesungguhnya kami telah mendapati tempat itu dan datanglah kepada kami, lalu mereka menulis kepada mereka: Kami telah mendirikan rumah-rumah kami di sini, kami telah mengambil harta-harta dan kami tidaklah dekat daripada kamu. Jika begitu, apakah yang membuat kami bersegera kepada kamu. Justeru ambillah harta dari bumi Madinah. Apabila harta-harta mereka menjadi banyak, maka Tubba’ menyerang mereka dan mereka pula mempertahankannya. Mereka memberi kurma dan gandum kepada para sahabat Tubba’ yang lemah pada waktu malam, lalu Tubba’ berkata kepada mereka: Aku telah hidup dengan aman di negara kamu dan akan menetap di sini bersama kamu, maka mereka berkata kepadanya: Tempat ini bukan untuk anda, kerana ia adalah tempat hijrah seorang nabi dan ia bukanlah untuk orang lain, maka Tubba’ berkata kepada mereka: Aku tinggalkan kepada kamu keluargaku yang akan menolongnya dan membantunya.
       Lalu Tubba’ meninggalkan dua kabilah Aus dan Khazraj. Apabila mereka bertambah ramai, maka mereka mengambil harta golongan Yahudi dan Yahudi berkata kepada mereka: Jika Muhammad diutuskan, maka beliau akan mengeluarkan kamu daripada rumah-rumah kamu dan harta-harta kami. Manakala Allah mengutus Muhammad (s.a.w), maka golongan Ansar beriman dengannya. Sementara golongan Yahudi mengingkarinya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 89 “padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang mereka telah ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas golongan yang ingkar itu

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir

       482. Ali bi Ibrahim, daripada bapanya, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang mereka telah ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas golongan yang ingkar itu”, beliau a.s berkata: Kaum di antara Muhammad dan Isa s.a.w. Mereka telah memberi amaran kepada penyembah-penyembah berhala dengan kedatangan Nabi (s.a.w), mereka berkata: Seorang nabi akan keluar, maka beliau akan memecahkan berhala-berhala kamu dan beliau pasti akan melakukannya. Manakala Rasulullah s.a.w keluar, maka mereka mengingkarinya.

Lima Tanda Sebelum Datangnya Al-Qaim A.S.

       483. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abu Ayyub al-Khazaz, daripada Umar bin Hanzalah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Lima alamat sebelum datangnya al-Qaim: Laungan (al-Saihat), al-Sufyani, gempa bumi, pembunuhan al-Nafs al-Zakiyyah dan al-Yamani. Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, jika seorang daripada Ahlu l-Bait anda keluar sebelum alamat ini, adakah kami keluar bersamanya? Beliau a.s berkata: Tidak, pada keesokannya aku telah membaca Surah al-Syu‘araa’ (26):4 “Jika kami kehendaki, nescaya Kami menurunkan kepada mereka mukjizat dari langit, maka sentiasa  tengkuk-tengkuk mereka tunduk kepadanya”, maka aku berkata kepadanya: Adakah ia suatu laungan? Beliau a.s berkata: Jika tengkuk-tengkuk musuh Allah tunduk.

Di Antara Alamat Al-Qaim A.S.

       484. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Muhammad bin Ali al-Halabi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Bani ‘Abbas telah berselisih mengenai penentuan masa, seruan dan keluarnya al-Qaim secara penentuan. Aku berkata: Bagaimanakah seruan? Beliau a.s berkata: Seorang penyeru dari langit menyeru pada awal siang: Sesungguhnya Ali dan Syi‘ahnyalah yang mendapat kemenangan, beliau a.s berkata: Seorang penyeru menyeru pada akhir siang: Sesungguhnya Uthman dan Syi‘ahnyalah yang mendapat kemenangan.

Dialog Abu Ja‘far A.S Dengan Qatadah Al-Da‘aamah Dan Tafsir Firman Allah Di Dalam Surah Ibrahim (14): 37 “Dan jadilah sebahagaian manusia cenderung kepada mereka

       485. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Zaid bin Syahham berkata: Qatadah bin Da‘aamah telah berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, maka beliau a.s berkata: Wahai Qatadah, anda adalah fakih ahli Basrah? Maka beliau berkata: Begitulah apa yang mereka sangka. Lalu Abu Ja‘far a.s berkata: Berita telah sampai kepadaku bahawa anda mentafsirkan al-Qur’an?
       Qatadah berkata kepadanya: Ya, maka Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Dengan ilmu anda mentafsirkannya atau dengan kejahilan? Beliau berkata: Beliau tidak mengetahuinya. Maka Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Jika anda mentafsirkannya dengan ilmu, maka anda adalah anda dan aku akan bertanya anda? Qatadah berkata: Tanyalah, maka beliau a.s berkata: Beritahuku mengenai firman Allah di dalam Surah al-Saba’ (34): 18 “Dan kami tetapkan antara negeri-negeri itu perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman”.
       Qatadah berkata: Ia dimaksudkan kepada orang yang telah keluar daripada rumahnya dengan bekalan halal, kenderaan dan makanan halal menuju Baitullah di dalam keadaan aman sehingga dia pulang kepada keluarganya. Abu Ja‘far a.s berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, wahai Qatadah, adakah anda mengetahui kadang kala seorang lelaki keluar daripada rumahnya dengan bekalan halal, kenderaan dan makanan halal menuju Baitullah, tetapi dia dirompak, lalu hilanglah nafkahnya dan dia juga dipukul dengan pukulan yang mencederakannya? Qatadah berkata: Wahai Tuhanku, ya, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Aduhai anda, wahai Qatadah, jika anda telah mentafsirkan al-Qur’an menurut pendapat anda, maka binasalah anda dan anda telah membinasakan orang lain. Jika anda telah mengambilnya daripada lelaki tertentu, maka anda telah binasa dan membinasakan orang lain pula.
       Aduhai anda, wahai Qatadah, ayat itu dimaksudkan kepada orang yang telah keluar daripada rumahnya dengan bekalan, kenderaan dan makanan halal menuju Baitullah di dalam keadaan mengetahui hak kami, hatinya cenderung kepada kami sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14): 37 “Dan jadilah sebahagaian manusia cenderung kepada mereka”, maka Dia tidak maksudkan Baitullah, lantaran itu Dia tidak berfirman “kepadanya” sebaliknya “kepada mereka”. Justeru maka kamilah, demi Allah, dakwah Ibrahim a.s di mana sesiapa yang hatinya cenderung kepada kami, maka hajinya diterima. Jika tidak, maka hajinya ditolak, wahai Qatadah, jikalaulah ia sedemikian, maka dia aman daripada azab jahanam pada hari Kiamat, Qatadah berkata: Tentu sekali, demi Allah, aku tidak mentafsirkannya melainkan sedemikian, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Aduhai anda, wahai Qatadah, sesungguhnya al-Qur’an diketahui oleh orang yang diucapkan kepadanya.

Sifat Neraka Jahanam.

       486. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Mufadhdhal bin Salih, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Nabi s.a.w bersabda: Jibrail a.s telah memberitahuku sesungguhnya Allah tiada tuhan selain daripada-Nya. Apabila semua makhluk diberhentikan (wukuf), Dia mengumpulkan golongan yang terdahulu dan golongan yang terkemudian, lalu dibawa datang dengan neraka Jahanam yang dipandu oleh seribu tali. Setiap tali dipegang oleh seratus ribu malaikat yang kasar dan bagi neraka jahanam segala pekikan dan laungan. Sesunggungnya ia memekik dengan kuat.
       Jika Allah tidak menangguhkannya kepada hari Hisab, nescaya ia membinasakan semua. Kemudian keluar daripadanya tengkuk yang meliputi semua makhluk sama ada yang baik dan yang jahat mereka. Allah tidak menciptakan seorang hamba daripada hamba-hamba-Nya sama ada malaikat atau nabi melainkan dia menyeru wahai Tuhanku, diriku, diriku sedangkan anda berkata:  Wahai Tuhanku, umatku, umatku. Kemudian diletakkan di atasnya titian yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang di atasnya tiga jambatan: Pertama: Amanah dan rahmat. Kedua: Solat. Ketiga: Di atasnya Tuhan alam semesta, tiada tuhan selain daripada-Nya. Mereka dipaksa berjalan di atasnya (sirat), maka rahmat dan amanah menahan mereka dan jika mereka terselamat daripadanya, maka solat menahan mereka.
       Jika mereka terselamat daripadanya, maka dia akan berakhir kepada Tuhan alam semesta sebagaimana firman Allah di dalam Surah (89): 14 “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi”. Dan manusia di atas Titian tergantung sama ada tergelincir kaki atau tetap kaki mereka. Para malaikat di sisinya menyeru: Wahai Yang Maha Mulia, wahai Yang Pemaaf, maafilah. Manusia di dalam keadaan huru hara seperti kupu-kupu. Apabila seorang berjaya, maka ia adalah dengan rahmat Allah, dia melihat kepadanya (neraka) dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada anda (neraka) selepas putus asa dengan kelebihan-Nya dan limpah kurnia-Nya sesungguhnya Tuhan kami amat mengampuni.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 148 “Maka berlumba-lumbalah kamu (di dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian”

       487. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umar, daripada Mansur bin Yunus, daripada Ismail bin Jabir, daripada Abu Khalid, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 148 “Maka berlumba-lumbalah kamu (di dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian”, beliau a.s berkata: Kebaikan (al-Khairaat) adalah al-Wilayah dan firman-nya “Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian”. Iaitu para sahabat al-Qaim seramai tiga ratus tiga belas orang lelaki, beliau a.s berkata: Mereka itu, demi Allah, umat yang terbilang, mereka berkumpul di dalam satu masa seperti angin di musim panas.

Perjalanan Untuk Kebaikan.
      
       488. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismail Ibn Bazi‘, daripada Munzir bin Ja‘far daripada Hisyim bin Salim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Berjalanlah kamu walaupun di dalam keadaan sejuk? Aku berkata: Kami takut daripada binatang yang melata, maka beliau a.s berkata: Jika sesuatu menimpa kamu, maka ia adalah lebih baik sedangkan kamu terjamin.

Bumi Dilipat Pada Waktu Malam.

       489. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu musafir pada waktu malam, kerana bumi dilipat pada waktu malam.

Dilipatkan Bumi Sebagaimana Dilipatkan Kain.

       490. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Ismail Ibn Mihran, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Basyir al-Nabal, daripada Hamran bin A‘yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Orang ramai berkata: Bumi dilipatkan untuk kita pada waktu malam bagaimana ia dilipatkan? Beliau a.s berkata: Dilipatkan bumi begini, kemudian beliau a.s melipatkan kainnya.

Bumi Dilipatkan Pada Akhir Malam.

       491. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Bumi dilipatkan pada akhir malam.

Kematian Nabi S.A.W Pada Hari Isnin.

       492. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Uthman bin Isa, daripada Abu Ayyub al-Khazaz berkata: Kami telah mahu keluar, lalu kami datang untuk memberi salam kepada Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s berkata: Seolah-olah kamu mahu keberkatan hari Isnin? Maka kami berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Manakah hari yang lebih besar ramalan jahat daripada hari Isnin; hari Nabi kita telah meninggalkan kita dan diangkatkan wahyu daripada kita. Justeru janganlah kamu keluar [pada hari Isnin] dan keluarlah pada hari Selasa[44].

Lima Ramalan Jahat Bagi Orang Musafir Di Dalam Perjalanannya
      
       493. Daripadanya, daripada Bakr bin Salih, daripada Sulaiman al-Ja‘fari, daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Ramalan jahat bagi orang musafir di dalam perjalanannya lima perkara: Gagak berkicau di sebelah kanannya, mengembang ekornya, serigala yang menyalak pada muka lelaki, lalu meninggi dan merendahkan ekornya sebanyak tiga kali. Kijang yang melintas dari kanan ke kiri, burung hantu yang berkicau, perempuan yang berambut kelabu atau  keldai betina melintasinya. Sesiapa yang khuatir pada dirinya daripada perkara- perkara tersebut, maka hendaklah dia berkata: Aku berpegang dengan Engkau, wahai Tuhanku, daripada kejahatan yang aku dapati pada diriku, beliau a.s berkata: Maka dia akan terpelihara daripada perkara-perkara tersebut.

Akhlak Dan Keilmuan.

       494. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada ‘Umru bin Abi al-Miqdam berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menghiaskan Syi‘ah kami dengan lemah lembut dan menutupkan mereka dengan ilmu kerana keilmuan-Nya mengenai mereka sebelum Dia menciptakan Adam a.s.

Orang Yang Mencintai Kamu Akan Masuk Syurga, Orang Yang Membenci Kamu Akan Masuk Neraka Dan Buku  Catatan Amal Kamu Dipenuhi Pahala Tanpa Amal.

       495. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar dan beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Umar bin Abban, daripada al-Sabah bin Siyabah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki mencintai kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (inna al-Rajula la-yuhibbu-kum wa-maa yadrii maa taquuluun), maka Allah akan memasukkannya ke syurga (fa-yadkhulu-hu llahu ‘azza wa-jalla al-Jannata). Dan sesungguhnya seorang lelaki memarahi kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (wa inna al-Rajula la-yabghadhu-kum wa maa yadrii maa taquuluun), maka Allah memasukkannya ke neraka (fa-yadkhulu-hu llahu al-Jannata).
       Sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu akan dipenuhi buku catatan amalnya tanpa amal (wa inna al-Rajula min-kum la-tamla‘a sahifatu-hu min ghairi ‘amalin), aku berkata: Bagaimana ia berlaku? Beliau a.s berkata: Dia melalui mereka (kaum) yang mengumpatkan kita, maka apabila mereka melihatnya, mereka berkata sesama mereka: Tahan diri anda, kerana lelaki ini adalah daripada Syi‘ah mereka dan seorang lelaki daripada Syi‘ah kita melalui mereka, maka mereka mengumpatkannya dan bercakap-cakap mengenainya, justeru Allah akan menulis untuknya kebaikan-kebaikan sehingga memenuhi buku catatan amalnya tanpa dia melakukan sebarang amalan (hatta yamla‘ sahifatu-hu min ghairi ‘amalin)[45].

Galakan Ziarah Dan Membuat Perjanjian.

       496. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abi al-Jahm, daripada Abi Khadijah berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepadaku: Berapakah di antara anda dan Basrah? Aku berkata: Mengikut jalan air lima hari apabila angin baik dan mengikut jalan darat lapan hari, maka beliau a.s berkata: Alangkah lebih dekat daripada ini; kamu ziarah-menziarahi dan membuat perjanjian di antara kamu, kerana pada hari Kiamat setiap orang akan membawa saksi yang akan memberi saksi untuknya mengenai agamanya dan beliau a.s berkata: Sesungguhnya seorang muslim apabila melihat saudaranya adalah suatu penghidupan kepada agamanya apabila dia menyebut Allah.

Hanya Orang Yang Mempunyai Kemulian Dan Galian Baik Mencintai Kami.

       497. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i daripada Abu Abdullah a.s berkata: Demi Allah, tidak akan mencintai kami sama ada Arab atau bukan Arab melainkan ahlu buyuutaat (isi rumah}, kemuliaan dan galian [yang baik]. Begitu juga tidak akan memarahi kami daripada mereka melainkan oleh setiap [orang yang mempunyai] kotoran yang melekat.

Khabar Tabut Bani Israel.

       498. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 247 “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu” Mereka menjawab: “Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya”, beliau a.s berkata: Beliau bukanlah daripada keturunan nabi dan bukan daripada keturunan raja “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu” dan berkata: “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, Tabut itu dibawa oleh malaikat” Surah al-Baqarah (2): 248.
       Dan Allah berfirman di dalam surah yang sama ayat 249 “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan satu sungai. Maka siapa di antara kamu yang meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan sesiapa yang tidak meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku, justeru mereka telah meminumnya melainkan tiga ratus tiga belas orang lelaki. Di kalangan mereka orang yang telah menceduk seceduk tangan dan di kalangan mereka orang yang tidak meminumnya. Apabila mereka melakukannya, maka berkatalah orang yang telah menceduk “Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya”. Dan berkata orang yang tidak meminumnya  “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta golongan yang sabar”. Surah al-Baqarah (2): 249.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 248  “Sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu”
      
       499. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Yahya al-Halabi, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah membaca Surah al-Baqarah (2): 248  “Sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, Tabut itu dibawa oleh malaikat” Beliau a.s berkata: Ia membawanya di dalam bentuk Surah al-Baqarah.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2):248 “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu”

       500. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2):248 “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, Tabut itu dibawa oleh malaikat”, beliau a.s berkata: Batu-batu Loh padanya ilmu dan hikmat.

Al-Hasan Dan Al-Husain Kedua-duanya Adalah Anak Lelaki Rasulullah S.A.W.

       501. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada al-Hasan Ibn Zarif, daripada Abd al-Samad bin Basyir, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s: Wahai Abu Jarud, apakah alasan mereka berkata kepada anda mengenai al-Hasan dan al-Husain a.s? Aku berkata: Mereka telah mengingkari kami bahawa mereka berdua adalah anak lelaki Rasulullah (s.a.w). Beliau a.s berkata: Di atas alasan apakah kamu berhujah menentang mereka? Aku berkata: Kami telah berhujah menentang mereka dengan firman Allah di dalam Surah al-An‘aam (6): 84 “dan kepada sebahagian daripada keturunannya (Nuh) iaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik, dan Zakaria, Yahya, Isa”, maka Dia telah menjadikan Isa bin Maryam daripada zuriat Nuh a.s.
       Beliau a.s berkata: Di atas alasan apakah mereka telah berkata kepada kamu? Aku berkata: Mereka telah berkata: Kadang-kadang anak lelaki kepada anak perempuan adalah daripada anak, tetapi dia bukanlah anak salbi. Beliau a.s berkata: Di atas alasan apakah kamu telah berhujah menentang mereka? Aku berkata: Kami telah berhujah menentang mereka dengan firman Allah kepada Rasulullah s.a.w di dalam Surah Ali Imran(3): 61 “Katakanlah kepadanya: “Marilah kita memanggil anak-anak lelaki kami dan anak anak lelaki kamu. Perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri kami dan diri kamu”. Beliau a.s berkata: Di atas alasan apakah mereka berkata?
       Aku berkata: Mereka berkata: Kadang-kadang di dalam percakapan Arab ia dimaksudkan anak lelaki orang lain (abnaa’ rajulin) dan yang lain pula berkata: Anak-anak lelaki kami (abnaa’u-naa). Abu Ja‘far  a.s berkata: Wahai Abu Jarud, aku akan memberi jawapan kepada anda daripada kitab Allah bahawa mereka berdua adalah daripada salbi Rasulullah s.a.w yang mana tidak akan menolaknya melainkan orang kafir. Aku berkata: Di manakah itu, aku jadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s berkata sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 23 “Diharamkan ke atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara- saudaramu yang perempuan” sehingga firman-Nya “Isteri-isteri anak kandungmu (menantu)”, maka tanyalah mereka, wahai Abu Jarud, adakah halal bagi Rasulullah s.a.w mengahwini  isteri-isteri anak kandungnya al-Hasan dan al-Husain? Jika mereka berkata: Ya, maka mereka telah berbohong lagi jahat dan jika mereka berkata: Tidak, maka mereka berdua adalah anak lelakinya dari salbinya.

Peperangan Uhud Dan Kisah Golongan Yang Lari.
      
       502. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain Abi al-‘Alaa’ al-Khafaaf, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila orang ramai telah lari dari Nabi s.a.w pada peperangan Uhud, maka baginda s.a.w berpaling kepada mereka dengan mukanya sambil berkata: Aku adalah Muhammad, aku adalah Rasulullah, aku tidak dibunuh dan aku belum lagi mati, lalu polan (Abu Bakr) dan polan (Umar) berpaling kepadanya dan berkata: Sekarang dia (Muhammad) mengejek kita dan kita telah kalah (al-Aan yaskhuru bi-naa wa-qad hazam-naa).
       Ali (a.s) dan Samak bin Khursyah Abu Dujanah telah berada  bersama Nabi (s.a.w), maka Nabi s.a.w telah memanggil Abu Dujanah dan bersabda: Wahai Abu Dujanah, Pulanglah dan anda terlepas dari baiah anda. Adapun Ali, maka aku adalah dia dan dia adalah aku, maka diapun bergerak dan duduk di hadapan Nabi (s.a.w) lalu menangis sambil berkata: Tidak, demi Allah, tidak, aku telah menjadikan diriku terlepas dari baiahku. Sesungguhnya aku telah memberi baiah kepada anda, maka kepada siapakah lagi aku akan tuju, wahai Rasulullah (s.a.w), kepada isteri yang akan mati atau kepada anak lelaki yang akan mati atau rumah yang akan rosak, harta yang akan binasa dan ajal yang semakin hampir. Maka Nabi s.a.w meninggalkannya berperang sehingga dia dicederakan. Apabila dia terjatuh, maka Ali a.s telah membawanya kepada Nabi s.a.w dan meletakkannya di sisinya dan berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku telah menunaikan baiahku?
       Baginda s.a.w bersabda: Ya, Nabi s.a.w telah berkata kepadanya dengan baik. Orang ramai telah menyerang Nabi s.a.w di sebelah kanan, maka Ali a.s telah menentang mereka. Apabila beliau a.s melakukannya, maka mereka mulai menyerang di sebelah kanan Nabi s.a.w. Ali a.s mempertahankannya sehingga pedangnya terpatah tiga. Kemudian beliau a.s datang kepada Nabi s.a.w, lalu mencampakkannya di hadapannya sambil berkata: Ini adalah pedangku telah terpatah, maka pada hari itu Nabi s.a.w telah memberi pedang Dhu l-Fiqar kepadanya. Manakala Nabi s.a.w telah melihat dua betis Ali a.s  bergoncang kerana banyak berperang, lalu baginda s.a.w mengangkat kepalanya ke langit di dalam keadaan menangis sambil bersabda: Wahai Tuhanku, Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau akan menzahirkan agama Engkau jika Engkau kehendaki.
       Engkau boleh melakukannya. Lantas Ali a.s datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, aku sedang mendengar suara yang kuat dan aku mendengar Aqdim Haizum (majulah, wahai Haizum) dan apabila aku berniat untuk memukul seseorang, maka dia jatuh mati sebelum aku memukulnya? Maka baginda s.a.w bersabda: Ini adalah Jibrail, Mikail dan Israfil di dalam kumpulan para malaikat. Kemudian Jibrail a.s datang, lalu dia berdiri di sisi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad, ini adalah sebagai satu kegembiraan, maka baginda s.a.w  bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku daripada Ali, maka Jibrail berkata: Aku adalah daripada kamu berdua (inna ‘Aliyyan min-ni wa-anaa min-hu fa-qaala Jibrail: Wa anaa minku-maa).
       Kemudian orang ramai melarikan diri, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, pergilah dengan pedang anda sehingga anda menentang mereka. Jika anda melihat mereka telah lemah dan mereka menjauhi kuda, maka mereka akan menuju Makkah. Dan jika anda melihat mereka menunggang kuda dan mereka telah lemah, maka mereka akan menuju Madinah. Kemudian Ali a.s telah mendatangi mereka yang berada di dalam keadaan lemah, maka Abu Sufyan berkata kepada Ali a.s: Wahai Ali, apakah yang anda mahu, kami sedang menuju Makkah, justeru pulanglah kepada sahabat anda. Lantas Jibrail a.s mengikuti mereka. Manakala mereka mendengar deringan kasut kudanya (Jibrail a.s), mereka bersungguh-sungguh di dalam perjalanan mereka, Jibrail a.s sedang mengikuti mereka. Apabila mereka musafir, mereka berkata: Ini adalah askar Muhammad sudah sampai.
       Maka Abu Sufyan telah memasuki Makkah, lalu berita tersebar, kemudian orang ramai memasuki Makkah dan berkata: Kami telah melihat askar Muhammad yang sedang di dahului oleh seorang penglima di atas seekor kuda berwarna  putih kuning sedang menjejaki mereka dari belakang. Maka penduduk Makkah mulai mencaci Abu Sufyan. Nabi s.a.w telah bertolak dan bendera adalah bersama Ali a.s di hadapannya. Apabila beliau a.s menghampiri ‘Aqabah dengan benderanya, orang ramai telah melihatnya, lalu Ali a.s menyeru: Wahai manusia, ini adalah Muhammad masih tidak mati dan belum dibunuh. Maka berkatalah orang yang telah berkata (Abu Bakr dan Umar): “Sekarang dia (Muhammad) mengejek kita dan kita telah kalah” (al-Aan yaskhuru bi-naa wa-qad hazam-naa): Ini adalah Ali dan bendera di tangannya sehingga Nabi (s.a.w) menyerang mereka, dan perempuan-perempuan Ansar di pintu-pintu rumah mereka.
       Bagi lelaki mereka keluar minta berlindung kepadanya. Perempuan-perempuan  Ansar telah mencalar-calarkan muka-muka, menghuraikan rambut-rambut, mendedahkan ubun-ubun, mencarik-carikkan poket, mengharamkan semua kabilah kepada Nabi s.a.w. Tetapi apabila mereka melihatnya, maka beliau (s.a.w) berkata baik kepada mereka. Beliau (s.a.w) telah memerintahkan mereka supaya menutup aurat, memasuki rumah-rumah mereka dan berkata: Sesungguhnya Allah telah berjanji kepadaku bahawa Dia akan menzahirkan agama-Nya di atas semua agama dan Allah telah menurunkan ke atas Muhammad firman-Nya di dalam Surah Ali Imraan (3): 144 “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada golongan yang bersyukur

Pejanjian Al-Hudaibiyyah.

       503. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair dan lain-lainnya, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Semasa Rasulullah s.a.w menuju peperangan al-Hudaibiyyah, baginda s.a.w telah keluar pada bulan Dhu al-Qa‘idah. Semasa baginda s.a.w telah sampai ke tempat memulakan ihram, mereka melakukan ihram (ahramuu) dan memakai senjata.
       Apabila sampai berita kepadanya bahawa musyrikin telah mengutus Khalid bin al-Walid bagi menolaknya, maka baginda s.a.w bersabda: Dapatkan aku seorang lelaki yang akan mengambilku bukan melalui jalan ini, lalu dibawa datang seorang lelaki dari Mazinah atau dari Juhainah, maka baginda s.a.w telah bertanya kepadanya, tetapi dia tidak bersetuju, maka baginda s.a.w bersabda: Dapatkan aku seorang lelaki selain daripadanya, lalu dibawa datang seorang lelaki lain sama ada dari Mazinah atau dari Juhainah, maka baginda s.a.w telah menyebutnya kepadanya, lalu dia telah mengambilnya bersamanya sehingga sampai di ‘Aqabah.
       Baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang menaikinya, maka Allah akan mengampuninya sebagaimana Dia telah mengampuni Bani Israel, maka Dia telah berfirman kepada mereka di dalam Surah al-A‘raaf (7): 161 “Dan masukilah pintu gerbangnya sambil membongkok, nescaya kami mengampuni kesalahan-kesalahan kamu”. Maka kaum Ansar: Al-Aus dan al-Khazraj telah memulakannya. Bilangan mereka seribu lapan ratus orang. Apabila mereka turun di al-Hudaibiyyah, tiba-tiba seorang perempuan bersama anak lelakinya di atas al-Qalib, maka anak lelakinya telah melarikan diri, tetapi apabila dia pasti bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w telah memerintahkannya, lalu dia memberi satu baldi air kepadanya.
       Maka Rasulullah s.a.w telah mengambilnya, meminumnya dan membasuhkan mukanya. Kemudian dia telah mengambil baldinya, lalu mengembalikannya ke perigi beberapa ketika. Kemudian Rasulullah s.a.w telah keluar, lalu musyrikin mengutus Abban bin Sa‘id kepadanya dengan seekor kuda di sampingnya. Kemudian mereka mengutus al-Halis, lalu dia melihat unta sedang memakan sebahagiannya, lalu dia pulang tanpa mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata kepada Abu Sufyan: Wahai Abu Sufyan, kami tidak membuat perjanjian dengan kamu supaya kamu memulangkan unta dari tempatnya. Maka Abu Sufyan berkata: Diam, anda hanyalah seorang badwi, lalu dia berkata: Demi Allah, anda akan memisahkan diri anda dari Muhammad dan apa yang dia mahu atau aku akan tinggal berseorangan di Habsyah?
       Dia berkata: Diam sehingga kami mengambil perjanjian daripada Muhammad. Kemudian mereka mengutus kepadanya ‘Urwah bin Mas‘ud yang telah datang kepada Quraisy mengenai kaum yang telah dikenakan tindakan oleh al-Mughirah bin Syu‘bah bahawa dia telah keluar bersama mereka dari Taif. Mereka adalah peniaga-peniaga, maka dia telah membunuh mereka. Kemudian dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dengan harta-harta mereka, maka Rasulullah s.a.w telah enggan menerimanya dan bersabda: Ini adalah suatu penipuan dan kami tidak berhajat kepadanya. Kemudian mereka telah mengutus kepada Rasulullah s.a.w, maka mereka telah berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah ‘Urwah bin Mas‘ud dan dia telah datang kepada kamu, dia membesar-besarkan unta-untanya, beliau s.a.w bersabda: Laksanakanlah, maka merekapun melaksanakannya.
       Dia berkata: Wahai Muhammad, kenapakah kamu datang? 
       Baginda s.a.w bersabda: Aku datang, kerana melakukan tawaf di Ka‘bah dan berjalan di antara Safa dan Marwah. Aku akan menyembelih unta ini dan aku akan tinggalkan dagingnya kepada kamu.
       Dia berkata: Tidak, demi al-Laata dan al-‘Uzza, aku tidak pernah melihat orang seperti anda menolak apa yang aku telah bawa kepadanya. Sesungguhnya kaum anda menyebutkan anda, Allah dan silaturahim, anda memasuki negeri mereka tanpa keizinan mereka, anda memutuskan silaturahim mereka dan anda melakukan permusuhan ke atas mereka.
       Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tidak akan melakukannya sehingga aku memasukinya.
       ‘Urwah bin Mas‘ud ketika bercakap-cakap dengan Rasulullah s.a.w, sambil memegang janggutnya dan al-Mughirah berdiri di kepalanya, lalu dia memukulnya dengan tangannya. 
       ‘Urwah berkata: Siapakah ini, wahai Muhammad, beliau s.a.w bersabda: Ini adalah anak saudara anda al-Mughirah.
       Dia berkata: Wahai penipu, demi Allah, aku tidak datang melainkan untuk membasuh kotoran anda. Kemudian dia pulang kepada mereka dan berkata kepada Abu Sufyan dan sahabatnya: Tidak, aku tidak pernah melihat orang seperti Muhammad menolak apa yang dibawa kepadanya, maka utuslah kepadanya Suhail bin ‘Umru dan Haubatab bin ‘Abd al-‘Aza. Lantas Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka, lalu terserlah kepenatan pada muka-muka mereka, maka mereka berdua berkata: Kamu datang berjumpa siapa?
       Rasulullah s.a.w bersabda: Aku datang untuk melakukan tawaf, berjalan di antara Safa dan Marwah, aku akan menyembelih unta dan aku akan tinggalkan di antara kamu dan dagingnya.
       Mereka berdua berkata: Kaum anda menyeru anda dengan nama Allah dan silaturahim supaya anda tidak memasuki negeri mereka tanpa keizinan mereka, memutus silaturahim mereka dan melakukan permusuhan ke atas mereka. Maka Rasulullah s.a.w telah menolak permintaan mereka berdua melainkan memasukinya.
       Rasulullah s.a.w mahu mengutus Umar, tetapi Umar berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya keluargaku sedikit dan sesungguhnya aku pada mereka sebagaimana anda mengetahuinya, tetapi aku menunjukkan anda kepada Uthman bin ‘Affan[46]. Maka Rasulullah s.a.w telah mengutus kepadanya dan bersabda: Pergilah kepada kaum anda yang mukminin, berilah khabar gembira kepada mereka sebagaimana dijanjikan oleh Tuhanku untuk pembukaan Makkah. Apabila Uthman bertolak, dia berjumpa Abban bin Sa‘id, tetapi dia terlambat turun dari untanya, lalu Uthman memegang dua tangannya.
       Kemudian Uthman pun masuk, lalu memberitahu mereka. Pertengkaran telah berlaku, Suhail bin ‘Umru telah duduk di sisi Rasulullah s.a.w, Uthman telah duduk di kem askar musyrikin. Rasulullah s.a.w telah memberi baiah kepada muslimin dan memukul salah satu tangannya di atas yang lain untuk Uthman, muslimin berkata: Alangkah beruntungnya Uthman, dia telah melakukan tawaf di Ka‘bah, berjalan di antara Safa dan Marwah serta melakukan tahlil, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Dia belum lagi melakukannya. Manakala datangnya Uthman, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda telah melakukan tawaf di Ka‘bah? Dia  berkata: Aku tidak akan melakukan tawaf di Ka‘bah sedangkan Rasulullah (s.a.w) belum melakukannya. Kemudian dia menyebut kisah dan apa yang telah berlaku.
       Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Tulis Bismillahir Rahmanir Rahim.
       Suhail berkata: Aku tidak tahu apakah itu al-Rahman al-Rahim melainkan aku menyangka ini adalah di al-Yamamah, tetapi tulislah sebagaimana kami menulis dengan nama Allahumma.
       Beliau s.a.w bersabda: Tulis: Ini adalah apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah ke atas Suhail bin ‘Umru.
       Suhail berkata: Di atas apakah kami memerangi anda, wahai Muhammad?!
       Beliau s.a.w bersabda: Aku adalah Rasulullah dan aku adalah Muhammad bin Abdullah.
       Maka orang ramai berkata: Anda adalah Rasulullah.
       Beliau s.a.w bersabda: Tulislah, lalu dia menulis: Ini adalah apa yang dilaksanakan oleh Muhammad bin Abdullah.
       Orang ramai berkata: Anda adalah Rasulullah bahawa sesiapa daripada kami datang kepada kamu, maka kamu memulangkannya kepada kami. Rasulullah tidak memaksa [sesiapapun] mengenai agamanya dan sesiapa  daripada kamu yang datang kepada kami, maka kami tidak memulangkannya kepada kamu.
       Rasulullah s.a.w bersabda: Kami tidak berhajat kepada mereka dan Allah disembah pada [masyarakat] kamu secara terang-terangan bukan secara rahsia lagi sekalipun mereka mengadakan gencatan senjata di dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah, tetapi persoalan yang lebih besar keberkatannya adalah Islam hampir menguasai penduduk Makkah.
       Maka Suhail bin ‘Umru telah memukul di atas bahu anak lelaki Abu Jundal, dia berkata: Perkara yang pertama kita telah mengalahkannya.
       Rasulullah s.a.w bersabda: Anda tidak mengalahkan kami di atas sesuatupun?
       Dia berkata: Wahai Muhammad, anda bukanlah penipu?
       Dia telah pergi dengan Abu Jundal dan berkata: Wahai Rasulullah, anda akan menolak aku kepadanya?
       Beliau s.a.w bersabda: Aku tidak mensyaratkan untuk anda. Kemudian beliau s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku, Jadilah jalan keluar untuk Abu Jundal.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4):90 “Atau golongan yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu dan memerangi kaumnya”

       504. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban daripada al-Fadhl Abi ‘Abbas, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4):90 “Atau golongan yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu dan memerangi kaumnya”, beliau a.s berkata: Ayat ini diturunkan kepada Bani Mudlaj, kerana mereka telah datang kepada Rasulullah (s.a.w) dan berkata: Sesungguhnya hati kami keberatan untuk mengakui bahawa anda adalah Rasulullah, maka kami bukanlah bersama anda dan bukanlah bersama kaum kami menentang anda. Aku berkata: Bagaimanakah tindakan Rasulullah (s.a.w) terhadap mereka? Beliau a.s berkata: Beliau s.a.w menyeru mereka jika mereka menyahuti seruannya dan jika tidak, beliau s.a.w memerangi mereka.

Hadis Mengenai Tetamu Ibrahim Dan Pembinasaan Kaum Lut A.S.
      
       505. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn fadhdhal, daripada Daud  bin Abi Yazid iaitu Furqad, daripada Abu Yazid al-Himar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus empat malaikat untuk membinasakan kaum Lut: Jibrail, Mikail, Israfil dan Karubiil a.s. Mereka telah melalui Ibrahim a.s dengan memakai serban, memberi salam kepadanya, tetapi Ibrahim a.s tidak mengenali mereka, hanya melihat mereka di dalam keadaan yang baik, maka Ibrahim a.s berkata: Aku sahaja yang melayani mereka, menjadi tuan tetamu, lalu beliau a.s memanggang untuk mereka seekor lembu jantan yang gemuk sehingga masak. Kemudian beliau mendekatkannya kepada mereka. Manakala beliau a.s meletakkannya di hadapan mereka “Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka dan merasa takut kepada mereka” Surah Hud (11): 70.
       Manakala Jibrail a.s melihat ketakutannya, lalu dia mengalihkan serbannya daripada mukanya dan kepalanya, lantas Ibrahim a.s berkata: Anda dia? Jibrail a.s berkata: Ya, dan perempuannya Sarah telah melaluinya, maka dia telah memberi khabar gembira kepadanya dengan Ishaq dan selepas Ishaq adalah Ya‘qub. Maka Sarah berkata: Apakah firman Allah? Mereka menjawabnya sebagaimana di dalam al-Qur’an. Kemudian Ibrahim a.s berkata kepada mereka: Apakah tujuan kedatangan kamu?
       Mereka berkata kepadanya: Untuk membinasakan kaum Lut, maka Ibrahim a.s berkata kepada mereka: Sekiranya pada mereka seratus mukminin adakah kamu akan membinasakan mereka? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka lima puluh? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka tiga puluh? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka dua puluh? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka sepuluh? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim berkata: Sekiranya pada mereka lima? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka seorang?
       Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sesungguhnya pada mereka adalah Lut, mereka berkata: Kami lebih mengetahui mengenai siapakah padanya, kami akan menyelamatkannya dan keluarganya selain daripada isterinya yang ingkar. Kemudian mereka telah pergi, al-Hasan al-Askari Abu Muhammad berkata: Aku tidak mengetahui kata-kata itu selain Ibrahim a.s telah meminta supaya mereka tinggal bersama sebagaimana firman Allah di dalam Surah  Hud (11): 74 “diapun bersoaljawab dengan (malaikat) Kami mengenai kaum Lut”. Kemudian mereka telah mendatangi Lut di ladangnya di pinggir bandar, memberi salam kepadanya di dalam keadaan memakai serban.
       Manakala Lut a.s melihat mereka di dalam keadaan yang tampan, memakai serban putih dan kain putih, maka Lut a.s berkata: Rumah, maka mereka berkata: Ya, lalu Lut a.s mendahului mereka dan mereka berjalan di belakangnya. Lut a.s telah menyesal, kerana menjemput  mereka ke rumah dan berkata: Apakah anda telah lakukan, aku membawa datang kaumku kepada mereka sedangkan aku mengetahui mereka. Kemudian Lut a.s telah berpaling kepada mereka dan berkata: Sesungguhnya kamu mendatangi sejahat-jahat makhluk Allah, Jibrail a.s berkata: Kami tidak tergesa-gesa ke atas mereka sehingga dia memberi tiga syahadat (penyaksian), maka Jibrail a.s berkata: Ini adalah satu syahadat, kemudian Lut a.s berjalan beberapa ketika dan berpaling kepada mereka sambil berkata: Sesungguhnya kamu mendatangi sejahat-jahat makhluk Allah, maka Jibrail a.s berkata: Ini adalah syahadat kedua.
       Kemudian Lut a.s pergi dan apabila beliau a.s telah sampai di pintu bandar, beliau a.s berpaling kepada mereka dan berkata: Sesungguhnya kamu mendatangi kepada sejahat-jahat makhluk Allah, maka Jibrail a.s berkata: Ini adalah shahadat yang ketiga. Kemudian  Lut a.s masuk, maka mereka telah masuk bersama. Manakala perempuannya telah melihat mereka di dalam keadaan yang tampan, maka diapun naik ke tingkat atas, lalu jatuh pengsan, tetapi mereka (kaumnya) tidak mendengarnya, maka dia telah mengeluarkan asap. Apabila mereka melihat asap, maka mereka mulai bergegas ke pintu untuk memasukinya. Maka dia telah turun kepada mereka sambil berkata: Di sisi Lut ada satu kaum yang mana aku tidak pernah melihat orang yang lebih tampan daripada mereka[47]. Lalu mereka datang ke pintu rumah untuk memasukinya.
       Manakala Lut a.s melihat mereka, maka beliau a.s berdiri di hadapan mereka sambil berkata: “Wahai kaum, takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menghinaku mengenai tetamuku, tidakkah di kalangan kamu seorang lelaki yang cerdik”, maka Lut a.s berkata: “Mereka itu adalah puteri-puteriku, mereka adalah lebih suci untuk kamu”, maka Lut a.s telah menyeru mereka kepada yang halal, tetapi mereka berkata: “Sesungguhnya kamu telah tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki. Lut berkata: “Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat” Surah Hud (11):78-80, maka Jibrail a.s berkata: Jika Lut mengetahui mana-mana kekuatan untuknya.
       Kemudian mereka berkumpul di sisinya sehingga mereka memasuki rumahnya. Lantas Jibrail a.s melaung: Wahai Lut, biarkan mereka masuk. Manakala mereka masuk, maka Jibrail a.s menggerakkan anak tangannya ke arah mereka, lantas mata mereka hilang penglihatan. Iaitu firman Allah “Lalu kami butakan  mata mereka” Surah al-Qamar (54):37. Kemudian Jibrail a.s menyeru dan berkata: “Wahai Lut, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam” Surah Hud (11): 81.
       Jibrail a.s berkata: Sesungguhnya kami diutus supaya membinasakan mereka, maka Lut a.s berkata: Wahai Jibrail, percepatkanlah, maka Jibrail a.s berkata: “Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah pada waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” Surah Hud (11): 81.
       Jibrail a.s telah memerintahkan Lut a.s supaya membawa pengikut-pengikutnya kecuali isterinya. Kemudian Jibrail a.s telah mencabutnya dengan dua sayapnya daripada tujuh bumi, kemudian mengangkatnya sehingga penghuni langit dunia mendengar salakan anjing dan kokokan ayam jantan. Kemudian dia telah membalikkannya, menghujani ke atasnya dan golongan di sekeliling bandar dengan batu daripada sijjil.

Apa Yang Dilakukan Oleh Al-Hasan Bin Ali A.S Adalah Untuk Kebaikan Umat ini.

       506. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abi al-Sabah bin ‘Abd al-Hamid, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Demi Allah, apa yang telah dilakukan oleh al-Hasan bin Ali a.s adalah untuk kebaikan umat ini selama matahari meneranginya, demi Allah, ayat ini telah diturunkan “Tidakkah kamu perhatikan kepada golongan yang dikatakan kepada mereka: “tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat”. Surah al-Nisaa’ (4): 77.
       Sesungguhnya ayat ini adalah mentaati imam dan menuntut peperangan. Manakala peperangan diwajibkan ke atas mereka bersama al-Husain a.s, mereka berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau mewajibkan peperangan ke atas kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kepada kami sampai kepada beberapa waktu” Surah al-Nisaa’, (4): 77, nescaya kami menyahuti seruan Engkau dan kami mengikuti para rasul. Mereka mahu ia ditangguhkan kepada al-Qaim a.s.

Hadis Mengenai Soalan Mu‘alla Bin Khanis Mengenai Bintang-Bintang.

       507. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab dan beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin al-Hasaan, daripada Ali bin ‘Atiyyah al-Ziyaat, daripada Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai bintang-bintang dan haknya? Maka beliau a.s berkata: Ya, sesungguhnya Allah telah mengutus al-Musytari ke bumi di dalam bentuk seorang lelaki, lalu dia telah mengambil seorang lelaki bukan Arab dan mengajarnya ilmu bintang-bintang sehingga dia menyangka bahawa dia telah baligh, kemudian dia berkata kepadanya: Lihatlah, di manakah al-Musytari? Maka lelaki itu berkata: Aku tidak melihatnya di planet dan aku tidak tahu di manakah dia?
       Maka dia menjauhinya dan mengambil seorang lelaki dari India, lalu dia mengajarnya ilmu bintang-bintang sehingga dia menyangka bahawa dia telah baligh dan berkata: Lihatlah kepada al-Musytari di manakan dia? Maka dia berkata: Sesungguhnya kiraanku bahawa anda adalah al-Musytari, lalu dia bertempik dengan satu tempikan, lalu  mati. Justeru ilmunya diwarisi oleh ahlinya. Maka ilmu [bintang-bintang] adalah di sana[48].

Kepakaran Ilmu Bintang.

       508. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Jamil bin Salih, daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Beliau a.s ditanya mengenai ilmu bintang-bintang, maka beliau a.s berkata: Tidak diketahui akan ilmu bintang-bintang melainkan oleh ahlu bait daripada Arab dan ahlu bait daripada India.

Pembunuhan Al-Sufyaani Adalah Di Antara Alamat Al-Qaim A.S.

       509. Hamid bin Ziyad, daripada Abi al-‘Abbas ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Dahqan, daripada Ali bin al-Hasan al-Tatari, daripada Muhammad bin Ziyad biya‘ al-Sabiri, daripada Abban, daripada Sabah bin Siyabah daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah membawa surat ‘Abd al-Salam bin Na‘aim, Sudair dan lain-lain kepada Abu Abdullah a.s ketika  zahirnya draf sebelum zahirnya anak lelaki al-‘Abbas bahawa sesungguhnya kami telah meramalkan bahawa urusan khilafah akan berpindah kepada anda, apa pendapat anda? Beliau a.s terus mencampakkan surat-surat itu ke tanah, kemudian berkata: Tidak, tidak, aku bukanlah imam kepada mereka kerana mereka mengetahui bahawa imam akan membunuh al-Sufyani.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Nuur (24): 36 “Di rumah-rumah yang diperintahkan untuk dimuliakan

       510. Abban, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nuur (24): 36 “Di rumah-rumah yang diperintahkan untuk dimuliakan”, beliau a.s berkata: Iaitu rumah-rumah Nabi s.a.w.

Baju Besi Rasulullah S.A.W.

       511. Abban, daripada Yahya bin Abi al- ‘Alaa’ berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Baju besi Rasulullah s.a.w mempunyai keistimewaannya baginya dua siri berbentuk daun di hadapannya dan dua siri berbentuk daun pada belakangnya dan berkata: Ali a.s telah memakainya pada peperangan Jamal.

Tali Hijau Dari Langit.

       512. Abban, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali a.s telah mengikat perutnya pada peperangan Jamal dengan tali hijau yang telah dibawa turun oleh Jibrail a.s dari langit. Rasulullah s.a.w pernah mengikat perutnya apabila beliau a.s memakai baju besi.

Aku Telah Kembali Kepada Tuhanku Yang Pertama.

       513. Abban, daripada al-Fudhail bin Yassar, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Uthman telah berkata kepada al-Miqdad: Demi Allah, anda akan menamatkannya atau aku akan mengembalikan anda kepada tuhan anda yang pertama[49]. Apabila kematian menghampiri al-Miqdad, maka beliau berkata kepada ‘Ammar: Sampaikan kepada Uthman mengenaiku bahawa sesungguhnya aku telah kembali kepada Tuhanku Yang Pertama[50].

Di Atasku Agama Anda Semuanya.
      
     514. Abban, daripada Fudhail dan ‘Ubaid daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila kematian hampir kepada Muhammad bin Usamah, Bani Hasyim datang kepadanya dan beliau berkata kepada mereka: Sesungguhnya kamu telah mengetahui kerabatku dan kedudukanku daripada kamu dan di atasku agamaku, maka aku suka kamu menjaminnya untukku. Lalu Ali bin al-Husain a.s berkata: Demi Allah, satu pertiga agama anda di atasku. Kemudian beliau diam, maka merekapun diam. Ali bin al-Husain a.s berkata: Di atasku agama anda semuanya. Kemudian beliau a.s berkata: Tidak ada halangan bagiku untuk menjaminnya pada mula lagi selain dari tidak mahu mereka berkata: Kami telah mendahuluinya.

Pengaduan Unta Betina Rasulullah S.A.W.      

       515. Abban, daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w apabila turun dari unta betinanya, beliau a.s menggantungkan tali kekangnya di atasnya. Kemudian beliau a.s berkata: Seorang lelaki akan memberi sedikit [makanan] kepadanya dan lelaki lain pula akan melakukan perkara yang sama, justeru dia (unta betina) sentiasa terasa kenyang. Beliau a.s berkata: Dia telah memasukkan kepalanya di tempat persembunyian Samurah bin Jundab, kemudian beliau mengambil tombak dan memukulnya di atas kepalanya, lalu mencederakannya. Lantas dia keluar kepada Nabi s.a.w dan mengadu kepadanya.

Maryam  Telah Mengandungkan Isa A.S Selama Sembilan Jam.

       516. Abban, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Maryam a.s telah mengandungkan Isa a.s selama sembilan jam, setiap jam adalah sebulan.

Hari Ini Adalah Bagi Malam Yang Lalu.
     
       517. Abban, daripada Umar bin Yazid berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s bahawa golongan al-Mughiriyyah telah menyangka hari ini adalah untuk malam yang akan datang? Beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, hari ini adalah bagi malam yang lalu. Sesungguhynya penduduk Batn Nakhlah apabila mereka melihat anak bulan, mereka berkata: Sesungguhnya telah masuk bulan haram.

Syi‘ah Adalah Mereka Yang Istimewa Dan Ikhlas Kepada Kami Ahlu l-Bait.

       518. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Salar bin Abi ‘Umrah, daripada Abi Maryam al-Thaqafi, daripada  ‘Ammar bin Yasir berkata: Ketika aku berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Syi‘ah adalah mereka yang istimewa dan ikhlas kepada kami Ahlu l-Bait, lantas Umar berkata: Wahai Rasulullah, perkenalkan mereka kepada kami sehingga kami mengenali mereka, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tidak bersabda kepada kamu melainkan aku mahu memberitahu kepada kamu.       
       Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah penunjuk (al-Dalil) kepada Allah, Ali adalah kemenangan agama dan menaranya adalah Ahlu l-Bait, merekalah lampu-lampu yang mana cahaya diambil daripada mereka, maka Umar berkata: Sesiapa yang mana hatinya tidak bersetuju dengan ini? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Hati tidak diletak di tempat itu melainkan untuk bersetuju (li-yuwaafiqa) atau menyalahi (li-yukhaalifa). Justeru sesiapa yang mana hatinya bersetuju dengan kami Ahlu l-Bait akan berjaya (kaana naajian) dan sesiapa yang mana hatinya menyalahi kami Ahlu l-Bait akan binasa (kaana haalikan)[51].

Kamu Telah Bermusuhan Dengan Keluarga Kamu Kerana Kami. 

       519. Ahmad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Qutaibah al-A‘syaa, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu telah bermusuhan dengan bapa-bapa, anak-anak dan pasangan-pasangan kamu (al-Azwaaj) kerana kami. Justeru pahala kamu adalah di atas Allah a.w. Kamu lebih berhajat [kepada pertolongan kami] apabila nyawa telah sampai ke halkum.

Ali Adalah Manusia Yang Paling Aula  Selepas Rasulullah (s.a.w).

       520. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Daud Ibn Sulaiman al-Himar daripada Sa‘id bin Yasar berkata: Kami telah meminta izin daripada Abu Abdullah a.s, aku, al-Harith bin al-Mughirah al-Nasri dan Mansur al-Saiqal telah datang ke rumah Tahir maulanya, lalu kami mengerjakan solat Asar. Kemudian kami telah pergi kepadanya, maka kami telah mendapatinya berpegang di katil dekat dengan tanah. Maka kamipun telah duduk di kelilingnya. Kemudian beliau a.s duduk.
       Kemudian beliau a.s meluruskan dua kakinya sehingga beliau a.s meletakkan dua kakinya di atas tanah, kemudian beliau a.s berkata: Segala puji bagi Allah yang mana manusia pergi ke kanan dan ke kiri, golongan Murjiah, golongan Khawarij dan golongan Qadariyyah. Kamu menamakan diri kamu dengan golongan Turaabiyyah. Kemudian beliau a.s berkata dengan sumpahnya: Demi Allah, tiada dia melainkan Allah Yang Tunggal, tiada syirik bagi-Nya, Rasul-Nya, keluarganya (a.s) dan Syi‘ah mereka, Allah memuliakan mereka, adapun selain daripada itu, adalah tidak [benar]. Ali, demi Allah, adalah manusia yang paling aula  selepas Rasulullah (s.a.w)-Beliau a.s telah berkata sedemikian sebanyak tiga kali.

Kelebihan Keluarga Muhammad S.A.W.

       521. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Ali bin al-Mastaurid al-Nakha‘i, daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya para malaikat di langit dunia melihat kepada yang pertama (Abu Bakr), yang kedua (Umar) dan yang ketiga (Uthman) sedang mereka menyebut kelebihan keluarga Muhammad a.s, maka mereka berkata: Tidakkah kamu melihat kepada mereka yang mempunyai bilangan yang sedikit sedangkan mereka pula mempunyai bilangan yang ramai, menceritakan  kelebihan keluarga Muhammad a.s. Golongan malaikat yang lain pula berkata: Itu adalah kelebihan Allah, Dia mengurniakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah mempunyai kelebihan yang besar.

Janganlah Kamu Membebankan Syi‘ah Kami.
      
        522. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Umar bin Hanzalah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Umar, janganlah kamu membebankan Syi‘ah kami, berlembutlah dengan mereka kerana orang ramai tidak dapat memikul apa yang kamu pikul (laa tahmiluu ‘alaa syi‘ati-naa wa irfaquu bi-him fa-inna al-Naasa laa yahtamiluuna maa tahmiluun).

Mengenai Firman Allah Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami”
      
       523. Muhammad bin Ahmad al-Qummi, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus bin Abd al-Rahman daripada Abdullah bin Sinan, daripada Husain bin Jamal, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) Sebahagian daripada jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi golongan yang hina”, beliau a.s berkata: Mereka berdua (Abu Bakr dan Umar). Kemudian beliau a.s berkata: Polan (Umar) adalah syaitan.

Mengenai Firman Allah Surah Fussilat (41): 29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami”
      
       524. Yunus, daripada Surat bin Kulaib daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) Sebahagian daripada jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi golongan yang hina”, beliau a.s berkata: Wahai Surah, mereka berdua (Abu Bakr dan Umar)-Beliau a.s telah berkata sedemikian sebanyak tiga kali-Demi Allah, wahai Surat, sesungguhnya kami adalah penyimpan ilmu Allah di langit dan sesungguhnya kami adalah penyimpan ilmu Allah di bumi.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4):108 “Ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda
      
       525. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain Ibn Sa‘id, daripada Sulaiman al-Ja‘fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4):108 “Ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda”, beliau a.s berkata: Iaitu polan (Abu Bakr), polan (Umar) dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4): 63 “Mereka itu adalah golongan yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka”
      
       526. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Ismail, dan daripada orang lain, daripada Mansur bin Yunus, daripada Ibn Adhinah, daripada Abdullah al-Najjaasyi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 63 “Mereka itu adalah golongan yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka, berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berkesan pada jiwa mereka”. Iaitu, demi Allah, polan (Abu Bakr) dan polan (Umar). “Dan kami tidak mengutus seorang rasul, melainkan untuk ditaati dengan izin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka menzalimi diri mereka datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Tubat lagi Maha Penyayang” Surah al-Nisaa’ (4): 64.
       Iaitu, demi Allah, Nabi s.a.w dan Ali a.s dari apa yang mereka telah lakukan. Iaitu jikalau mereka mendatangi anda, wahai Ali, maka mereka memohon ampun daripada Allah dari apa yang mereka telah lakukan dan Rasul s.a.w pula mengampuni mereka, nescaya mereka mendapati Allah menerima taubat mereka. “Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan”, Abu Abdullah a.s berkata: Dia adalah Ali a.s. “Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan” (di atas lidah anda, wahai Rasulullah, iaitu apa yang dimaksudkan dengannya ialah wilayah Ali) “Dan mereka menerima dengan sepenuhnya” untuk Ali a.s.

Mimpi Mengikut Takwil.

       527. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Mu‘ammar bin Khalad berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata: Mungkin anda telah melihat [sesuatu] di dalam mimpi anda, maka takwillah mimpi anda kerana mimpi mengikut takwil anda.

Takbir Mimpi Kepada Kebaikan.

       528. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Jaham berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata: Mimpi mengikut takwil anda, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya mimpi menjadi raja merupakan mimpi-mimpi yang kosong. Abu al-Hasan a.s berkata: Sesungguhnya seorang perempuan telah bermimpi pada masa Rasulullah s.a.w bahawa tiang rumahnya telah pecah, lalu dia telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan menceritakan kepadanya mimpinya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Suami anda akan pulang di dalam keadaan baik. Suaminya telah hilang, kemudian dia kembali sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian suaminya telah hilang pada kali kedua, lalu perempuan itu melihat di dalam mimpinya seolah-olah tiang rumahnya telah pecah, lalu dia mendatangi Rasulullah s.a.w, memberitahu kepadanya mengenai mimpinya, maka baginda s.a.w bersabda: Suami anda akan pulang di dalam keadaan  baik.
       Kemudian suaminya pulang sebagaimana disabdakan oleh Nabi s.a.w. Kemudian suaminya telah hilang pada kali yang ketiga. Maka dia telah melihat di dalam mimpinya bahawa sesungguhnya tiang rumahnya telah pecah, lalu dia berjumpa dengan seorang lelaki yang susah, lalu dia memberitahu kepadanya mengenai mimpinya, maka lelaki itu telah memberitahunya keburukan: Suami anda akan mati. Berita ini telah sampai kepada Nabi s.a.w, maka baginda s.a.w bersabda: Kenapa tidak dia mentakbir kepadanya kebaikan.

Takbir Mimpi.
      
       529. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Ghalib, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya mimpi seorang mukmin merupakan jarak di antara langit dan bumi di atas tuannya sehingga dia mentakbirkannya untuk dirinya atau dia mentakbirkannya untuknya seumpamanya. Apabila ia ditakbirkannya, maka janganlah kamu memberitahunya kepada sesiapapun melainkan kepada orang yang berakal.

Mimpi Boleh Diceritakan Kepada Mukmin.
      
       530. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin khalid, daripada al-Qasim bin ‘Urwah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi tidak boleh diceritakan melainkan kepada mukmin yang bersih daripada perasaan hasad dan kezaliman.

Hadis Mengenai Dhi Al-Namirah.
       
       531. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Abban bin Uthman, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Pada masa Rasulullah ada seorang lelaki yang bernama  Dhu al-Namirah. Dia adalah seorang yang paling hodoh. Dia dinamakan dengan Dhu al-Namirah adalah kerana kehodohannya. Dia telah mendatangi Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, beritahuku apakah yang Allah telah fardukan ke atasku?
       Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Dia telah memfardukan ke atas anda tujuh belas rakaat sehari semalam, puasa bulan Ramadan apabila anda mendapatinya, haji apabila anda mampu melakukannya dan zakat, lalu baginda s.a.w telah menghuraikannya kepadanya. Dia berkata: Demi Yang telah mengutus anda sebagai seorang Nabi, aku tidak mahu menambah sedikitpun di atas apa yang Dia telah fardukan ke atasku, maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya: Kenapakah wahai Dhu al-Namirah?
       Maka dia berkata: Sebagaimana Dia telah menciptakan aku seorang yang hodoh. Lalu Jibrail a.s turun ke atas Nabi s.a.w, maka dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Tuhan anda telah memerintahkan anda supaya menyampaikan salam-Nya kepada Dhu al-Namirah dan anda berkata kepadanya: Tuhan anda berkata kepada anda: Adakah anda reda bahawa Aku akan mengumpulkan engkau sekacak Jibrail a.s pada hari Kiamat? Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Dhu al-Namirah, ini adalah Jibrail a.s memerintahkan aku supaya menyampaikan salam dan Tuhan anda berfirman: Adakah anda reda bahawa Aku akan mengumpulkan engkau sekacak Jibrail a.s pada hari Kiamat? Maka Dhu al-Namirah berkata: Sesungguhnya aku telah reda, wahai Tuhanku, dengan kemulian Engkau, aku akan menambahkan [perintah] Engkau sehingga Engkau reda.
Hadis Tentag Orang Yang Dihidupkan Oleh Isa A.S

       532. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abi Jamilah, daripada Abban bin Taghlab dan lain-lain, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau a.s telah ditanya adakah Isa bin Maryam telah menghidupkan seorang selepas kematiannya  sehingga baginya makanan,  rezeki, masa dan anak? Maka beliau a.s berkata: Ya, sesungguhnya baginya sahabat dan saudara di dalam agama Allah. Isa a.s telah melaluinya, dan melawatnya. Sesungguhnya Isa a.s telah menghilangkan diri  daripadanya. Kemudian beliau a.s datang kembali dan memberi salam kepadanya, lalu ibunya keluar kepadanya, maka Isa a.s telah bertanya kepadanya mengenainya. Ibunya berkata: Dia telah mati, wahai Rasulullah, maka beliau a.s berkata: Adakah anda suka melihatnya? Dia berkata: Ya, maka beliau a.s berkata kepadanya: Besok aku akan datang kepada anda sehingga aku menghidupkannya untuk anda dengan izin Allah. Apabila tiba keesokannya, maka beliau a.s datang kepadanya dan berkata: Datang bersamaku ke kuburnya, maka mereka berduapun pergi sehingga mereka sampai di kuburnya. Lalu Isa a.s berdiri di atasnya. Kemudian beliau a.s berdoa kepada Allah, lalu kuburnya terbuka  dan anak lelakinya keluar di dalam keadaan hidup.
       Manakala ibunya melihatnya dan Isa a.s melihat ibunya menangis, maka beliau a.s mengasihani mereka berdua dan berkata kepadanya: Adakah anda mahu tinggal bersama ibu anda di dunia? Maka dia berkata: Wahai Nabi Allah, adakah dengan makan, rezeki dan masa atau tanpa makan, tanpa rezeki dan tanpa masa? Maka Isa a.s berkata kepadanya: Dengan makan, rezeki, masa dan umur anda adalah dua puluh tahun. Anda akan bernikah dan mendapat seorang cahaya mata, maka dia berkata: Jikalau begitu, ya, lalu beliau a.s  menolaknya kepada ibunya. Kemudian dia telah hidup selama dua puluh tahun, berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Hajj (22): 25 “Dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim”
      
       533. Ibn Mahbub, daripada Abu Walad dan lain-lainnya di kalangan sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Hajj (22): 25 “Dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih”, beliau a.s berkata: Sesiapa yang telah menyembah padanya selain daripada Allah a.w atau mewalikan padanya selain daripada para wali Allah, maka dia adalah pelaku kejahatan secara zalim (mulhid bi-zulmin) dan Allah akan merasakannya sebahagian daripada siksa yang pedih.
Mengenai Firman Allah Surah Al-Hajj (22): 40 “Golongan yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata:“ Tuhan kami hanyalah Allah
      
       534. Ibn Mahbub, daripada Abu Ja‘far al-Ahwal, daripada Salam al-Mustanir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Hajj (22): 40 “Golongan yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata:“ Tuhan kami hanyalah Allah”, beliau a.s berkata: Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, Ali, Hamzah, Ja‘far dan telah berlaku kepada al-Husain secara umum.

Mengenai Firman Allah Surah Al-Maidah (5): 109 “Hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya: “Apa jawaban kaummu terhadapmu?
      
       535. Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Barid al-Kinasi berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Maidah (5): 109 “Hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya: “Apa jawaban kaummu terhadapmu? Para rasul menjawab: Tidak ada pengetahuan kami”, beliau a.s berkata: Takwilnya: Apakah kamu telah menjawab mengenai para wasi kamu yang kamu telah melantik mereka di atas umat-umat kamu? Mereka berkata: Tidak kami mengetahui apa yang mereka telah lakukan selepas kami.

Hadis Mengenai Islamnya Ali A.S

       536. Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Hamzah daripada Sa‘id bin al-Musayyab berkata: Aku telah bertanya Ali bin al-Husain a.s mengenai berapakah umur Ali bin Abu Talib ketika beliau a.s memeluk Islam? Maka beliau a.s berkata: Atau beliau pernah kafir. Sesungguhnya Ali a.s ketika Allah mengutus Rasul-Nya (s.a.w) berumur sepuluh tahun dan beliau a.s tidak pernah kafir. Beliau a.s telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (s.a.w), mendahului orang lain beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan solat selama tiga tahun.
       Solat yang pertama dilakukan oleh Ali a.s bersama Rasulullah s.a.w adalah solat Zuhur sebanyak dua rakaat. Demikianlah Allah fardukan ke atas orang yang telah memeluk Islam di Makkah dua rakaat dua rakaat. Rasulullah s.a.w pernah mengerjakan solat di Makkah dua rakaat dan Ali a.s mengerjakan solat bersamanya di Makkah sebanyak dua rakaat selama sepuluh tahun sehingga Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Baginda s.a.w telah melantik Ali a.s di dalam beberapa perkara yang tidak dilakukan oleh orang lain selain daripadanya. Rasulullah s.a.w telah keluar dari Makkah pada hari pertama daripada bulan Rabi‘ al- Awwal; iaitu pada hari Khamis tiga belas tahun kerasulannya.
       Baginda s.a.w telah datang ke Madinah [perjalanan] selama dua belas malam pada  bulan Rabi‘ al-Awwal ketika matahari condong. Baginda s.a.w telah singgah  di Qaba, mengerjakan solat Zuhur dua rakaat, solat Asar dua rakaat. Kemudian baginda s.a.w terus bermalam di sana menunggu Ali a.s mengerjakan solat yang lima sebanyak dua rakaat dua rakaat. Baginda s.a.w telah bermalam di sisi ‘Umru bin ‘Auf dan bermukim di sisi mereka beberapa hari, mereka berkata: Adakah anda mahu tinggal bersama kami, maka kami akan mengambil rumah dan masjid untuk anda? Baginda s.a.w bersabda: Tidak, sesungguhnya aku sedang menunggu Ali bin Abu Talib.
       Aku telah memerintahkannya supaya datang kepadaku dan aku tidak akan menetap di mana-mana tempat tinggal sehingga Ali datang dan aku tidak akan gopoh insyaa’ Allah. Kemudian Ali a.s datang sedang Nabi s.a.w berada di rumah ‘Umru bin ‘Auf, lalu beliau a.s bermalan bersamanya. Kemudian Rasulullah s.a.w apabila Ali a.s datang, baginda s.a.w berpindah dari Qaba kepada Bani Salim bin ‘Auf dan Ali a.s bersamanya pada hari Jumaat ketika matahari naik menggariskan sebuah masjid untuk mereka dan menetapkan kiblatnya. Kemudian baginda s.a.w telah mengerjakan solat Jumaat bersama mereka padanya sebanyak dua rakaat dan memberi dua khutbah. Kemudian baginda s.a.w telah pergi ke Madinah menaiki unta betina yang dinaikinya sebelumnya dan Ali a.s tidak berpisah dengannya.
       Nabi s.a.w tidak melalui kabilah-kabilah Ansar melainkan mereka datang kepadanya memintanya supaya bermalam bersama mereka, maka baginda s.a.w bersabda kepada mereka: Beri laluan kepada unta betina kerana ia diperintah. Maka unta betina itu pun berjalan dan Rasulullah s.a.w meletakkan tali kekang di atasnya sehingga ia berhenti di pintu masjid Rasulullah s.a.w sekarang, lalu ia berdiri di sisinya dan meletakkan kepalanya di tanah, lalu baginda s.a.w turun dan Abu Ayyub datang dengan segera menyambutnya dan memasukkannya ke rumahnya. Rasulullah s.a.w dan Ali a.s telah bermalam bersama sehingga dibina sebuah masjid untuk Rasulullah s.a.w, beberapa rumah untuknya dan rumah Ali a.s. Kemudian mereka berdua telah berpindah ke rumah-rumah mereka masing-masing.
       Sa‘id bin al-Musayyab telah berkata kepada Ali bin al-Husain a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, Abu Bakr bersama Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w datang ke Madinah, maka di manakah beliau telah berpisah dengannya? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Abu Bakr manakala Rasulullah s.a.w datang ke Qaba, maka baginda s.a.w telah tinggal bersama mereka menunggu Ali a.s, maka Abu Bakr berkata kepadanya: Datanglah bersama kami ke Madinah kerana kaum Ansar telah bergembira menyambut kedatangan anda.
       Justeru datanglah bersama kami dan janganlah anda berdiri di sini menunggu Ali sehingga sebulan. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Tidak sekali-kali, aku tidak akan meninggalkannya, aku tidak pergi sehingga datangnya sepupuku dan saudaraku pada Allah dan orang yang paling aku kasihi di dalam keluargaku. Beliau telah menjaga aku dengan dirinya daripada musyrikin. Ali bin al-Husain a.s berkata: Abu Bakr ketika itu menjadi marah dan hasad terhadap Ali a.s bermula dan permusuhan pertama terhadap Rasulullah s.a.w terserlah mengenai Ali a.s. Ia adalah perselisihan pertama terhadap Rasulullah s.a.w. Abu Bakr pergi ke Madinah dengan meninggalkan Nabi s.a.w di Qaba menunggu Ali a.s[52].
       Aku telah berkata kepada Ali bin al-Husain a.s: Bilakah Rasulullah s.a.w mengahwinkan Fatimah dengan Ali a.s, maka beliau a.s berkata: Di Madinah setahun selepas Hijrah dan Fatimah a.s pada masa itu berumur sembilan tahun. Ali bin al-Husain a.s berkata: Hanya Fatimah a.s yang telah dilahirkan oleh Khadijah di atas fitrah Islam daripada Rasulullah s.a.w. Khadijah telah mati setahun sebelum hijrah dan Abu Talib telah mati setahun selepas kematian Khadijah. Apabila kedua-duanya tidak ada, maka Rasulullah s.a.w tidak suka tinggal di Makkah. Baginda s.a.w amat berdukacita, lalu mengadu kepada Jibrail a.s mengenai perkara tersebut.
       Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Keluarlah dari negeri yang zalim penduduknya dan berpindahlah ke Madinah. Anda tidak ada penolong di Makkah pada hari ini dan tingkatlah penentangan terhadap musyrikin. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w menuju ke Madinah, maka aku berkata kepadanya: Bilakah difardukan solat ke atas muslimin sebagaimana mereka pada hari ini?
       Maka beliau a.s berkata: Di Madinah ketika dakwah terserlah, Islam telah kuat dan Allah telah mewajibkan jihad ke atas muslimin. Rasulullah s.a.w telah menambahkan di dalam solat tujuh rakaat; solat Zuhur dua rakaat, solat Asar dua rakaat, solat Maghrib satu rakaat, solat Isyak dua rakaat dan baginda s.a.w telah memperakui solat Subuh seperti difardukan kerana malaikat siang segera turun dari langit disebabkan malaikat malam segera naik ke langit. Malaikat malam dan malaikat siang menyaksikan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, Allah berfirman di dalam Surah al-Israa’ (17): 78 “Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)”.


Menahan Lidah Kamu Daripada Mereka.
    
       537. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Perkara yang paling mudah orang ramai meredai kamu adalah menahan lidah kamu daripada mereka.

Aku Tidak Akan Bersahabat Dengan Mereka.
      
       538. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Abu al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Ali bin Hadid,  daripada Jamil bin Darraaj, daripada Zararah berkata: Abu Ja‘far a.s telah berada di Masjid Haram, lalu menyebut Bani Umayyah dan kerajaan mereka, lantas sebahagian sahabatnya berkata kepadanya: Kami berharap agar anda bersahabat dengan mereka sekiranya Allah menzahirkan urusan ini [khilafah] di tangan anda, maka beliau a.s berkata: Aku tidak akan bersahabat dengan mereka, aku tidak suka bahawa aku menjadi sahabat mereka. Sesungguhnya para sahabat mereka adalah anak-anak zina (innaa ashaaba-hum aulaad al-Zina). Sesungguhnya Allah tidak menciptakan tahun-tahun dan hari-hari semenjak Dia menciptakan langit dan bumi yang lebih pendek daripada tahun-tahun dan hari-hari mereka. Sesungguhnya Allah akan memerintahkan malaikat supaya melipatkannya dengan satu lipatan.

Anak-Anak Al-Mirdaas.
      
       539. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mendekati anak-anak al-Mirdaas[53], maka mereka mengkafirkannya, sesiapa yang menjauhi mereka, maka mereka membuatnya fakir. Sesiapa yang menentang mereka, maka mereka membunuhnya. Sesiapa yang berlindung dengan mereka, maka mereka menghinanya. Sesiapa yang lari daripada mereka, maka mereka mendapatinya sehingga tumbangnya kerajaan mereka.

Khalid Bin Sinan A.S, Anak Perempuannya Dan Keingkaran Kaumnya.
      
       540. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Ahmad bin Muhammad al-Kufi, daripada Ali bin ‘Umru bin Aiman, daripada Muhsin bin Ahmad bin Mu‘adh, daripada Abban bin Uthman, daripada Basyir al-Nabaal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w duduk, tiba-tiba seorang perempuan telah mendatanginya, lalu beliau a.s mengucapkan selamat datang kepadanya, memegang tangannya dan menyuruhnya duduk. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Ini adalah anak perempuan nabi yang telah dihilangkan oleh kaumnya.
       Nabi Khalid bin Sinan telah menyeru mereka, tetapi mereka enggan beriman sehingga api yang dikenali dengan api al-Hadathan mendatangi mereka pada setiap tahun, lalu ia memakan sebahagian mereka. Api itu keluar pada hari tertentu, maka Khalid bin Sinan berkata kepada mereka: Jika aku menolaknya daripada kamu, kamu akan beriman? Mereka berkata: Ya, lalu api itu datang dan beliau a.s menyambutnya dengan kainnya.
       Kemudian beliau a.s menolaknya dan mengikutinya sehingga ia memasuki guanya. Lalu beliau a.s memasukinya bersamanya (api) sedangkan mereka duduk di pintu gua. Mereka berpendapat bahawa beliau a.s tidak akan keluar, kemudian beliau a.s keluar sambil berkata: Ini, ini dan setiap ini adalah daripada ini, maka Bani ‘Abas telah menyangka bahawa aku tidak akan keluar dan dahiku sedang berpeluh. Kemudian beliau a.s berkata: Kamu beriman kepadaku?
       Mereka berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Aku akan mati pada hari tertentu, maka apabila aku mati, kafanlah aku. Sekumpulan keldai akan didahului oleh seekor keldai liar akan datang sehingga ia berdiri di atas kuburku. Justeru galilah kuburku kembali dan tanyalah aku apa yang kamu mahu. Manakala beliau a.s mati, mereka mengapankannya dan pada hari itu datanglah  keldai tersebut, kemudian mereka datang kerana ingin menggali kuburnya, maka mereka berkata: Kamu tidak beriman kepadanya pada masa hidupnya, maka bagaimana kamu beriman kepadanya selepas kematiannya. Jika kamu menggali kembali kuburnya, maka ia menjadi celaan ke atas kamu. Justeru tinggallah, maka merekapun meninggalkannya.

Orang Yang Pertama Memberi Baiah Kepada Abu Bakr.
      
       541. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim Ibn ‘Umran al-Yamaani, daripada Sulaim bin Qais al-Hilali berkata: Aku telah mendengar Salman al-Farisi berkata: Apabila Rasulullah s.a.w telah mati dan orang ramai telah melakukan apa yang mereka telah melakukannya, maka Abu Bakr, Umar dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah telah bertengkar dengan golongan Ansar, lalu mereka bertengkar dengan hujah Ali a.s. Mereka berkata: Wahai golongan Ansar, Quraisy lebih berhak dengan urusan ini daripada kamu, kerana Rasulullah (s.a.w) adalah daripada Quraisy dan Muhajirin adalah daripada mereka.
       Sesungguhnya Allah telah memulakan dengan mereka di dalam Kitab-Nya dan melebihkan mereka. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Para imam itu adalah daripada Quraisy. Salman r.a berkata: Maka aku telah mendatangi Ali a.s ketika itu beliau a.s sedang memandikan Rasulullah (s.a.w), lalu aku memberitahunya mengenai apa yang dilakukan oleh orang ramai dan aku berkata: Sesungguhnya Abu Bakr sekarang berada di atas mimbar Rasulullah (s.a.w), demi Allah, beliau tidak reda mereka memberi baiah kepadanya dengan satu tangan. Sesungguhnya mereka memberi baiah kepadanya dengan dua tangan; kanan dan kirinya. Maka Ali a.s telah berkata kepadaku: Wahai Salman, adakah anda mengetahui siapakah orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya di atas mimbar Rasulullah (s.a.w)?
       Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, melainkan aku telah melihat di perkarangan Bani Saa‘idah ketika golongan Ansar bertengkar bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya adalah Basyir bin Sa‘d dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, kemudian ‘Umar, kemudian Saalim. Ali a.s berkata: Aku bukanlah bertanya anda mengenai ini, tetapi tahukah anda bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya ketika beliau menaiki mimbar Rasulullah (s.a.w)?
       Aku berkata: Tidak, tetapi aku telah melihat seorang syeikh tua yang bertongkat, di antara dua matanya kesan kehitaman sujud, adalah orang pertama yang telah menaiki kepadanya di dalam keadaan menangis sambil berkata: Segala puji bagi Allah yang belum mematiku di dunia sehingga aku melihat anda pada tempat ini, hulurkan tangan anda, lalu beliau (Abu Bakr) mengulurkan tangannya, kemudian dia memberi baiah kepadanya. Kemudian diapun turun, lalu keluar dari masjid, Ali a.s berkata: Adakah anda mengetahui siapakah dia? Aku berkata: Tidak, kata-katanya menyakitiku seolah-olah beliau a.s bergembira dengan kematian Nabi s.a.w, lalu beliau a.s berkata: Itu adalah Iblis yang terkutuk (la‘ana-hu llah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahuku bahawa Iblis dan para sahabatnya telah menyaksikan perlantikan aku oleh Rasulullah s.a.w  kepada semua manusia di Ghadir Khum dengan perintah Allah.
       Rasulullah s.a.w telah memberitahu mereka bahawa aku adalah orang yang paling layak (aula) dengan mereka daripada mereka sendiri dan baginda s.a.w telah memerintahkan mereka supaya orang yang hadir memberitahu orang yang tidak hadir, maka Iblis dan para sahabatnya berkata: Sesungguhnya umat ini umat yang dirahmati dan terpelihara. Justeru tidak ada jalan bagi kami ke atas mereka. Sesungguhnya mereka telah mengetahui imam mereka selepas nabi mereka. Maka Iblis (la‘anahu llahu) telah pergi dengan dukacita dan Rasulullah (s.a.w) telah memberitahuku bahawa jika baginda s.a.w mati, sesungguhnya manusia akan memberi baiah kepada Abu Bakr di perkarangan Bani Saa‘idah selepas mereka bertengkar.
       Kemudian mereka akan mendatangi masjid, kemudian orang pertama yang akan memberi baiah kepadanya di atas mimbarku adalah Iblis la‘anahu llahu di dalam bentuk seorang lelaki tua (syeikh) yang mempunyai tanda kehitaman sujud berkata sedemikian, kemudian dia akan keluar, lalu dia mengumpulkan syaitan-syaitannya dan iblis-iblisnya mendengus dan berundur ke belakang seraya berkata: Tidak, kamu telah menyangka bahawa aku tidak ada jalan ke atas mereka, maka bagaimana kamu telah melihat apa yang aku telah lakukan kepada mereka sehingga mereka meninggalkan perintah Allah dan ketaatan kepada-Nya serta apa yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w).




























                       
                         



                             

                             BAHAGIAN KESEBELAS


Hadis Mengenai Iblis Pada Hari Al-Ghadir, Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) Dan Bani Umayyah Sedang Menaiki Mimbarku Ini, Jikalaulah Tidak Kerana Kata-Kata Orang ramai  Dan Lain-Lain.

Hadis Mengenai Iblis Pada Hari Al-Ghadir.
             
       542. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Sulaiman, daripada Abdullah bin Muhammad al-Yamaani, daripada Masma‘ bin al-Hajjaj, daripada Sabah al-Haza’, daripada Sabah al-Mazni, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mengambil tangan Ali a.s di Ghadir Khum, maka Iblis telah melaung kepada tenteranya dengan laungan yang kuat sehingga tidak seorangpun  yang tinggal sama ada di darat atau di laut melainkan mendatanginya, maka mereka berkata: Wahai tuan dan maula, kami tidak pernah mendengar laungan yang kuat dan menakutkan daripada anda seperti ini? Iblis berkata kepada mereka: Nabi ini telah melakukan satu perbuatan jika ia sempurna, maka dia tidak akan menderhakai Allah selama-lamanya.
       Mereka berkata: Wahai tuan kami, anda telah berada bersama Adam. Manakala golongan munafik berkata: Sesungguhnya dia  (nabi) bertutur menurut hawa nafsunya, maka salah seorang daripada mereka berdua (Abu Bakr / Umar) berkata kepada sahabatnya: Anda melihat dua matanya berpusing seolah-olah dia seorang yang gila, maka orang yang mereka maksudkannya adalah Rasulullah s.a.w. Iblis telah melaung dengan gembira (sarakha Iblisu sarkhatan bi-tarabin), lalu dia mengumpulkan para walinya dan berkata: Tidakkah kamu mengetahui bahawa aku telah berada bersama Adam pada masa dahulu?
       Mereka berkata: Ya, dia berkata: Adam telah mengingkari janjinya, tetapi dia tidak mengingkari Tuhannya (naqadha al-‘Ahd wa-lam yakfur bi-al-Rabb). Sedangkan mereka telah mengingkari janji mereka dan mengingkari Rasul ( wa-haulaa’ naqadhuu al- Ahd wa-kafaruu bi- al-Rasul). Manakala Rasulullah s.a.w mati, maka orang ramai telah melantik selain daripada Ali a.s, justeru Iblis telah memakai mahkota kerajaan, menaiki mimbar, menduduki di atas kerusinya, mengumpulkan unta-untanya dan tentera-tenteranya, kemudian berkata kepada mereka: Bergembiralah, kerana Allah tidak ditaati sehingga datangnya seorang imam.
       Lalu Abu Ja‘far a.s membaca Surah al-Saba’ (34): 20 “Dan sesungguhnya Iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka, lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian golongan yang beriman”. Abu Ja‘far a.s berkata: Takwil ayat ini adalah manakala Rasulullah s.a.w mati. Sangkaan adalah daripada Iblis ketika mereka berkata kepada Rasulullah (s.a.w): Sesungguhnya dia (s.a.w) bertutur menurut hawa nafsunya, maka Iblis membuktikan kebenaran sangkaannya, lalu mereka mengikutinya.

Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) Dan Bani Umayyah Sedang Menaiki Mimbarku Ini, Mereka Menolak Orang Ramai Daripada Islam Ke Belakang.

       543. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Hadid, daripada Jamil bin Darraj, daripada Zararah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s berkata: Rasulullah s.a.w pada suatu pagi berdukacita? Maka Ali a.s berkata kepadanya: Aku melihat anda berdukacita? Maka beliau s.a.w bersabda: Bagaimana aku tidak berdukacita bahawa sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpiku bahawa Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) dan Bani Umayyah sedang menaiki mimbarku ini, mereka menolak orang ramai daripada Islam ke belakang[54], maka aku berkata: Wahai Tuhanku, pada masa hidupku atau selepas kematianku? Maka Dia berfirman: Selepas kematian anda.

Jikalaulah Tidak Kerana Kata-Kata Orang Ramai, Nescaya Nabi S.A.W Memenggalkan Kepala Kebanyakan Sahabatnya.

       544. Jamil, daripada Zararah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Jikalaulah aku tidak benci orang berkata: Sesungguhnya  Muhammad telah minta pertolongan dengan mereka (kaum) sehingga beliau (s.a.w) menang menentang musuhnya, kemudian beliau (s.a.w) membunuh mereka pula, nescaya aku banyak memenggalkan kepala-kepala mereka[55].
Orang Yang Meninggalkan Rawatan Orang Yang Terluka Adalah Sekutu Kepada Orang Yang Melukakannya.
      
       545. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Abdullah bin al-Dahqan, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Ibn Abi Najran, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Al-Masih a.s berkata:  Sesungguhnya orang yang meninggalkan rawatan orang yang terluka adalah sekutu kepada orang yang melukakannya. Kerana orang yang melukakannya mahu merosakkan orang yang terluka dan orang yang menolak untuk mengubatinya tidak mahu memperelokkannya. Justeru dia mahu merosakkannya secara terpaksa. Justeru janganlah kamu memberitahu mengenai hikmat selain daripada ahlinya, maka kamu menjadi jahil dan janganlah kamu menghalang ahlinya, maka kamu akan berdosa. Hendaklah seorang daripada kamu seperti seorang tabib yang mengubat[seseorang] sekiranya dia melihat peluang untuk mengubatinya, jika tidak, maka tahanlah diri anda.

Reda, Kesyukuran Dan Sangkaan Baik Terhadap Allah.

       546. Sahl, daripada  ‘Ubaidillah, daripada Ahmad bin Umar berkata: Aku telah berjumpa  dengan Abu al-Hasan al-Ridha a.s, aku dan Husain bin Thaubar bin Abu Fakhitah, maka aku telah berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kami dikurniakan rezeki yang banyak dan kesenangan hidup, tiba-tiba keadaan telah berubah, lalu aku berdoa kepada Allah supaya mengembalikannya kepada kami. Beliau a.s berkata: Kenapa kamu mahu menjadi raja? Adakah anda lebih senang menjadi seorang yang bersih sedangkan anda menyalahi hakikat anda yang sebenar?
       Aku berkata: Tidak, demi Allah, ia tidak menyenangkan aku jika aku mempunyai dunia yang penuh dengan emas dan perak sedangkan aku menyalahi hakikatku yang sebenar. Beliau a.s berkata: Sesiapa yang hidup senang, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah, sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Ibrahim (14): 7 “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, maka Kami akan menambah (nikmat) kepadamu” . Dan  Allah berfirman di dalam Surah Saba’ (34): 13 “Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada  Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih”.
       Perelokkanlah sangkaan kamu kepada Allah, kerana Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang elok sangkaannya  dengan Allah, maka Allah  akan mengikut sangkaannya. Sesiapa yang meredai rezeki yang sedikit, maka Allah menerima amalannya yang sedikit. Sesiapa yang meredai rezeki yang halal, maka ringanlah bekalannya dan keluarganya bergembira bersamanya. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya penyakit dunia dan penawarnya, kemudian mengeluarkannya di dalam keadaan selamat ke negeri yang aman sejahtera.
       Kemudian beliau a.s berkata: Apakah Ibn Qiyama telah melakukannya? Aku berkata: Demi Allah, dia berjumpa dengan kami secara baik. Maka beliau a.s berkata: Apakah yang menghalangnya dari melakukannya, kemudian beliau a.s telah membaca Surah al-Taubah (9): 110 “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur”. Kemudian beliau a.s berkata: Adakah anda tahu kenapakah Ibn Qiyama menjadi tercengang?
       Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Sesungguhnya beliau telah mengikut Abu al-Hasan a.s, lalu beliau mendatanginya di sebelah kanan dan kirinya, menuju masjid Nabi s.a.w. Maka Abu al-Hasan a.s berpaling kepadanya dan berkata: Apakah yang anda mahu- Allah membuatkan anda tercengang. Kemudian beliau berkata: Apakah pendapat anda sekiranya Musa telah kembali kepada mereka, dan mereka berkata: Jika anda melantiknya (Harun), nescaya kami mengikutinya” Adakah pendapat mereka lebih tepat  atau orang yang berkata: “Kami tetap menyembah patung anak lembu ini, hingga Musa kembali kepada kami”? Surah Taha (20):91.
       Aku berkata: Tidak, malah orang yang berkata: Jika anda melantiknya untuk kami, maka kami mengikutinya. Maka beliau a.s berkata: Dari sinilah datangnya Ibn Qiyama dan orang yang sependapat dengannya. Ibn al-Sarraj berkata: Sesungguhnyua Ibn Qiyama telah mengakui kematian Abu al-Hasan a.s. Justeru beliau telah berwasiat ketika kematiannya dan berkata: Semua peninggalanku sehingga bajuku di tengkukku ini adalah untuk pewaris Abu al-Hasan a.s dan beliau tidak berkata ianya untuk Abu al-Hasan a.s. Ini adalah pengakuannya, tetapi apakah yang boleh memanfaatkannya  daripada itu dan daripada apa yang dikatakannya. Kemudian beliau telah menahan dirinya dari berucap.

Nasihat Luqman Kepada Anaknya.    

       547. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Sulaiman bin Daud al-Munqiri, daripada Hammad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Luqman telah berkata kepada anak lelakinya: Apabila anda bermusafir dengan mereka, maka perbanyakkanlah perbincangan anda dengan mereka di dalam urusan anda dan urusan mereka dan perbanyakkanlah senyuman pada muka-muka mereka.
       Jadilah anda seorang yang pemurah mengenai bekalan anda. Apabila mereka menyeru anda, maka sahutilah seruan mereka. Apabila mereka minta pertolongan anda, maka tolonglah mereka dan menangilah mereka dengan tiga perkara: Diam yang lama, banyak bersolat dan kemurahan hati sama ada kenderaan, harta atau bekelan anda. Apabila mereka minta anda menjadi saksi di atas perkara yang benar, maka berilah penyaksian anda. Berilah pendapat anda kepada mereka apabila mereka berbincang dengan anda dan gunalah segala kebijakan anda di dalam perbincangan. Apabila anda melihat sahabat anda berjalan, maka berjalanlah bersama mereka. Apabila anda melihat sahabat anda bekerja, maka bekerjalah bersama mereka. Apabila mereka bersedekah dan memberi pinjaman, maka berilah bersama mereka dan dengarlah kepada orang yang lebih tua daripada anda.
       Apabila mereka memerintahkan anda dengan satu perkara dan meminta anda, maka katakanlah: Ya, dan janganlah anda berkata: Tidak, apabila anda menjadi tercengang di dalam perjalanan anda, maka bermalamlah. Dan apabila anda menjadi syak di dalam tujuan, maka berhentilah. Apabila anda melihat seorang lelaki yang meragukan di petrjalanan, kemungkinan dia seorang pengintip kepada pencuri-pencuri atau dia adalah syaitan yang membuatkan anda tercengang. Berwaspadalah jika dua lelaki yang anda jumpa di jalan melainkan anda melihat apa yang aku tidak lihat, kerana seorang yang berakal apabila dia melihat sesuatu dengan mata hatinya, nescaya dia mengetahui kebenarannya dan orang yang hadir melihat apa yang tidak dilihat oleh orang yang tidak hadir. Wahai anak lelakiku, apabila datang waktu solat, maka janganlah anda menangguhkannya kerana sesuatu, tunailah dan beristirahatlah daripadanya, kerana ia adalah agama.
       Kerjaklanlah solat berjemaah sekalipun di dalam kesusahan. Apabila anda mendekati rumah, maka turunlah dari binatang kenderaan anda di atas tanah yang tinggi dan berumput. Apabila anda turun, maka kerjalah solat dua rakaat sebelum anda duduk. Apabila anda mahu menunaikan hajat, maka jauhilah tempat lapang. Apabila anda musafir, maka kerjalah solat dua rakaat dan ucaplah selamat tinggal kepada tanah yang anda kerjakan solat di atasnya, berilah salam kepadanya dan penghuninya. Kerana setiap tanah ada penghuninya di kalangan malaikat. Jika anda mampu, janganlah anda makan sehingga anda bersedekah, maka lakukanlah. Hendaklah anda membaca Kitab Allah selama anda menunggang, bertasbihlah jika anda bekerja, berdoalah jika anda tidak melakukan apa-apa. Jauhilah anda berjalan pada awal malam, berjalanlah pada waktu separuh malam sehingga ke akhir malam. Jauhilah anda mengangkat suara di dalam perjalanan anda.

Dialog Abu Ja‘far A.S Dengan Abdullah Bin Nafi‘.
      
       548. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada al-Husain Ibn Yazid al-Naufali, daripada Ali bin Daud al-Ya‘qubi, daripada Isa bin Abdullah al-‘Alawi berkata: Al-Usaidi dan Muhammad bin Mubasysyir telah memberitahuku bahawa Abdullah bin Nafi‘ al-Arzaq berkata:  Sekiranya aku telah mengetahui bahawa di antara dua pelusuk dunia ada seorang yang mana binatang tunggangannya akan menyampaikan aku kepadanya, ingin berdialog denganku bahawa Ali telah membunuh ahli Nahrawan tanpa menzalimi mereka, nescaya aku datang kepadanya. Ada orang berkata kepadanya: Anaknya bagaimana? Dia berkata: Adakah orang alim di kalangan anak-anaknya? Ada orang berkata kepadanya: Ini adalah kejahilan anda yang pertama, mereka tidak ada yang alim?!
       Dia berkata: Siapakah orang alim mereka pada hari ini? Ada orang berkata: Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali a.s. Lalu dia dan para sahabatnya  bertolak ke Madinah dan meminta izin untuk berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, ada orang berkata kepadanya: Ini adalah Abdullah bin Nafi‘, maka beliau a.s berkata: Apakah dia akan lakukan kepadaku sedangkan dia telah melepaskan dirinya daripadaku dan bapaku pada awal-awal lagi[56]? Abu Basir berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, lelaki ini menyangka bahawa sekiranya dia telah mengetahui bahawa di antara dua pelusuk dunia ada seorang yang mana binatang tunggangannya akan menyampaikannya kepadanya, ingin berdialog dengannya bahawa Ali a.s telah membunuh ahli Nahrawan tanpa menzalimi mereka, nescaya dia datang kepadanya.
       Maka Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadanya: Adakah anda fikir dia mendatangiku untuk berdialog? Abu Basir berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Wahai budak, keluar dan katakanlah kepadanya: Besok, datanglah kepada kami. Pada keesokannya Abu Ja‘far a.s mengutus kepada semua anak-anak orang Muhajirin dan Ansar, lalu mengumpulkan mereka, kemudian beliau a.s keluar kepada orang  ramai memakai dua kain yang cantik dan berkata: Segala puji bagi Allah yang menentukan tempat, mengetahui bagaimana dan menetapkan di mana. Segala puji bagi Allah yang tidak mengantuk dan tidak tidur, bagi-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, Dia telah memilihnya dan memberi hidayah kepadanya ke jalan yang lurus.
       Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan kami dengan kenabiannya dan menentukan kami dengan wilayahnya. Wahai Anak-anak lelaki orang Muhajirin dan Ansar, sesiapa yang mengetahui mengenai kelebihan (manaaqib) Ali bin Abu Talib a.s, maka hendaklah dia berdiri dan bercakap. Maka orang ramaipun berdiri, lalu mereka menceritakan mengenai kelebihan Ali a.s–Abdullah bin Nafi‘ berkata: Akupun mengetahui manaaqib ini, tetapi kekufuran telah berlaku kepada Ali selepas tahkim- sehingga mereka berakhir kepada hadis Khaibar “Aku akan memberi bendera besok kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, Allah dan Rasul-Nya pula mencintainya, berpusing, tetapi  tidak lari, dia tidak kembali sehingga Allah membuka [negeri] dengan dua tangannya (Ali a.s). Abu Ja‘far a.s berkata: Apakah pendapat anda mengenai hadis ini?
       Maka dia berkata: Hadis ini adalah benar, tanpa syak lagi, tetapi kekufuran telah berlaku selepas itu (ahdatha al-Kufra ba‘da), maka Abu Ja‘far a.s berkata: Ibu anda telah berdukacita kerana anda, beritahuku mengenai Allah, adakah Dia mencintai Ali bin Abu Talib pada hari di mana Dia telah mencintainya bahawa Dia mengetahui bahawa Ali akan membunuh ahli Nahrawan atau Dia tidak mengetahui? Dia berkata: Jika aku berkata: Tidak, nescaya aku telah kafir. Kemudian beliau a.s berkata: Allah telah mencintainya supaya beliau melakukan ketaatan atau kemaksiatan? Dia berkata: Supaya beliau melakukan ketaatan. Maka Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Berdirilah sebagai seorang yang dikalahkan. Maka Abdullah bin Nafi‘ pun berdiri sambil berkata: “Hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar” Surah al-Baqarah (2): 187.

Pendapat Abu Abdullah Mengenai Ilmu Bintang.
      
       549. Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi, daripada Muhammad bin al-Khattab al-Wasiti, daripada Hammad al-Azadi, daripada Hisyam al-Khafaf berkata; Abu Abdullah a.s telah berkata kepadaku: Bagaimana pandangan anda mengenai bintang-bintang? Aku berkata: Aku tidak dapati di Iraq orang yang lebih mengetahui mengenai bintang-bintang selain daripadaku. Maka Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimanakah perjalanan planet di sisi kamu? Maka aku telah mengambil songkok dari kepalaku, lalu aku memusingkannya.
       Beliau a.s berkata: Jikalaulah perkara itu sebagaimana pendapat anda bagaimana dengan planet-planet al-Na‘asy, al-Jiddi dan al-Firqadiin, mereka tidak melihat “mereka” berpusing satu hari di dalam satu masa ke arah kiblat? Aku berkata: Ini, demi Allah, perkara yang aku tidak mengetahuinya dan aku tidak pernah mendengar daripada ahli Hisab menyebutnya. Kemudian beliau a.s berkata kepadaku: Berapakah jarak al-Sakinah daripada planet Zuhrah sebagai sebahagian  pada cahayanya?
       Aku berkata: Ini, demi Allah, satu bintang yang aku tidak pernah mendengar bersamanya dan aku tidak mendengar seorangpun menyebutnya. Beliau a.s berkata: Subhanallah, maka kamu telah membuang satu bintang yang penting bagaimana kamu membuat perkiraan?! Kemudian beliau a.s berkata: Berapakah jarak Zuhrah daripada bulan sebagai sebahagian daripada cahayanya? Aku berkata: Ini perkara yang tidak diketahui akannya melainkan Allah. Kemudian beliau a.s berkata: Berapakah jarak bulan sebagai sebahagaian daripada matahari pada cahayanya?
       Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya. Beliau a.s berkata: Anda memang benar. Kemudian beliau a.s berkata: Apakah gerangan dua askar yang bertempur, lalu mengira sahabatnya yang menang dan yang seorang lagi mengira sahabatnya yang menang. Kemudian kedua-duanya bertempur, lalu salah seorang dapat mengalahkan yang seorang lagi, maka di manakah kemalangan? Aku berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya. Beliau a.s berkata: Anda memang benar, sesungguhnya asal hisab adalah benar, tetapi tidak diketahui perkara tersebut melainkan orang yang mengetahui asal asul semua kejadian.

Khutbah Amir Al-Mukmin A.S Mengenai Hak Wali Dan Hak Rakyat.

       550. Ali bin al-Hasan al-Muaddib, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi, daripada Ismail bin Mihran berkata: Abdullah bin al-Harith telah memberitahuku daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkhutbah kepada orang ramai di Siffin, beliau a.s telah memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, kemudian berkata: Amma ba‘du, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Allah telah menjadikan hak aku ke atas kamu untuk mengurus urusan kamu dan kedudukanku yang telah dikurniakan oleh Allah  daripada kamu, hak kamu ke atasku sepertilah hak aku ke atas kamu.
       Hak adalah suatu perkara yang paling cantik untuk diceritakan, tetapi sukar untuk dilaksanakannya. Allah akan melaksanakannya jika seorang itu tidak melaksanakannya dengan keadilan-Nya. Tetapi Dia telah menjadikan hak-Nya ke atas hamba-hamba-Nya supaya mentaatiNya, kemudian dikurniakan ganjaran kepada mereka sebagai kemurahan daripada-Nya. Kemudian Dia memfardukan hak-hak tertentu ke atas sebahagian manusia. Maka hak yang paling besar adalah hak wali ke atas rakyatnya dan hak rakyat ke atas wali merupakan satu fardu yang diwajibkan oleh Allah. Ia merupakan peraturan yang mengukuhkan agama mereka.
       Kebaikan rakyat tidak terjamin melainkan dengan kebaikan pemimpin-pemimpin (al-Wulaat) dan tiada kebaikan bagi pemimpin-pemimpin melainkan dengan ketegasan rakyat. Lantaran itu, apabila rakyat menunaikan haknya terhadap wali dan wali pula menunaikan haknya terhadap rakyat, maka kebenaran akan terserlah, mantaplah peraturan agama, zaman menjadi baik, kehidupan menjadi senang, kerajaan akan kekal lebih lama. Justeru musuh-musuh akan berputus asa. Apabila rakyat mengalahkan wali mereka dan  wali menzalimi rakyat, maka persatuan akan pecah, terserlah kezaliman, berlaku penyelewengan di dalam agama, lalu sunnah ditinggalkan. Kemudian hawa nafsu dipatuhi, banyak berlaku perkara yang menyakitkan jiwa, hukum had dibekukan, golongan yang baik dihina, golongan yang jahat dihormati, negara dirosakkan dan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah di sisi Hamba-hamba-Nya dimuliakan.
        Marilah, wahai manusia, kepada saling tolong-menolong bagi mentaati Allah, melaksanakan keadilan-Nya, menunaikan janji-Nya dan hak-Nya. Tiada perkara yang amat dihajati oleh hamba-hamba selain daripada menasihatinya (pemimpin) dan memberi pertolongan yang baik kepadanya, kerana tiada seorangpun, sekalipun dia amat menjaga keredaan Allah dan ijtihadnya di dalam amal, akan sampai kepada hakikat yang dikurniakan Allah kepada ahlinya, tetapi sudah menjadi kewajipan hak-hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya menasihati mereka dan membantu mereka untuk mendirikan kebenaran pada mereka. Kemudian tiada seorang meskipun kedudukannya besar di dalam kebenaran terlepas dari dibantu mengenai haknya. Justeru tiada seorangpun yang terlepas dari dibantu. Golongan yang mempunyai nikmat adalah lebih berhajat kepada pertolongan dan semuanya berhajat kepada Allah.
       Seorang lelaki di dalam kemnya telah memberi jawapan kepadanya, tidak diketahui siapakah dia; tidak pernah dilihat di dalam kem tenteranya sebelum dan selepasnya. Beliau telah memuji Allah kerana telah menguji mereka dan mengurniakan hak-nya ke atas mereka dan melakukan ikrar di dalam semua perkara. Kemudian beliau berkata: Anda adalah amir kami dan kami adalah rakyat anda. Dengan andalah Allah telah mengeluarkan kami daripada kehinaan. Dengan kemuliaan anda Dia telah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada belenggu. Justeru teruslah memimpin kami, kerana anda adalah orang yang bercakap benar, hakim yang telus, raja yang adil, kami tidak menghalalkan sesuatupun kemaksiatan anda, kami tidak membandingkan ilmu anda dengan ilmu orang lain dan kelebihan anda adalah besar di jiwa kami.
       Amir al-Mukminin a.s menjawab: Adalah menjadi hak orang yang membesarkan Allah pada dirinya dan memuliakan-Nya di hatinya merasa rendah diri di sisi-Nya. Begitulah hak orang yang mana nikmat Allah besar ke atasnya, ihsan-Nya mencurah kepadanya, kerana nikmat Allah ke atas seseorang tidak diperbesarkan melainkan bertambah  besar hak Allah ke atasnya. Sesungguhnya sesiapa yang meringan-ringankan hak para wali di sisi manusia yang baik, maka mereka akan disangka mencintai kemegahan dan urusan mereka pula di letakkan di atas keangkuhan.
       Sesungguhnya aku benci sangkaan kamu bahawa aku menyukai penghargaan dan pujian. Aku bersyukur kepada Allah, aku bukanlah begitu. Sekiranya aku suka dikatakan sedemikian, nescaya aku meninggalkannya kerana merendahkan diri kepada Allah dari mengambil apa yang aku berhak dengannya daripada kebesaran dan keangkuhan. Kemungkinan orang ramai melakukan pujian selepas ujian, justeru janganlah kamu memujiku dengan pujian yang cantik untuk mengeluarkan diriku daripada Allah. Sebaliknya hendaklah kamu melaksanakan hak-hak yang mana aku belum melaksanakannya dan fardu-fardu yang mesti dilaksanakannya. Janganlah kamu bercakap kepadaku sebagaimana bercakapnya penguasa-penguasa yang zalim (al-Jabaabirah), janganlah kamu menjaga aku sebagaimana dilakukan di sisi golongan yang gopoh.
       Janganlah kamu bergaul denganku secara berpura-pura (al-Musaana‘ah), janganlah kamu terasa berat untuk memberitahuku mengenai apa yang dikatakan kepadaku atau terasa rimas kerana kemulianku sedangkan ia tidak layak bagiku. Sesiapa yang terasa berat untuk diberitahu kebenaran kepadanya atau keadilan dibentangkan kepadanya, maka beramal dengan kedua-duanya adalah lebih berat (man istathqala al-Haqqa an yuqaala la-hu au al-‘Adla an yu ‘radha ‘alai-hi kaana al-‘Amalu bi-himaa athqalu ‘ali-hi).
       Justeru janganlah kamu menahan dari mengatakan perkataan yang benar atau mesyuarat dengan keadilan. Kerana aku bukanlah- satu kelebihan- untuk melakukan kesilapan dan aku tidak terlepas daripadanya melainkan Allah menjaga diriku apa yang layak untukku. Sesungguhnya aku dan kamu adalah hamba-hamba milik Tuhan, tiada Tuhan selain daripada-Nya. Dia memiliki kita dan apa yang kita miliki. Dia telah mengeluarkan kita dari apa yang kita telah berada padanya kepada apa yang selayaknya. Maka Dia telah menukarkan kita selepas kesesatan dengan petunjuk dan Dia telah memberi kita penglihatan selepas buta.
       Maka lelaki itu menjawab: Anda adalah ahli (layak) apa yang aku telah katakan, demi Allah, malah demi Allah, lebih dari apa yang aku telah katakannya. Lantaran itu, ujian-Nya di sisi kami apa yang tidak boleh dingkari. Sesungguhnya  Allah telah membawa anda untuk menjaga kami dan mewalikan anda untuk pengurusan kami. Justeru anda telah menjadi bendera kami yang mana kami mendapat petunjuk dengannya, imam kami yang kami ikuti, urusan anda semuanya bijak, kata-kata anda semuanya bersopan santun. Sesungguhnya kami merasa tenang dengan anda di dalam kehidupan [kami], hati kami bergembira dengan anda.
       Akal kami terecengang dengan kelebihan anda, kami tidak berkata kepada anda: Wahai imam yang soleh, adalah kerana tidak mahu membersihkan diri anda (tazkiatan la-ka) sahaja, tidak melebihi sasaran pada memujikan anda. Kami tidak mempunyai celaan kepada keyakinan anda atau penipuan pada agama anda, kerana kami khuatir anda akan melakukan nikmat Allah secara terpaksa atau keangkuhan memasuki anda, tetapi kami berkata kepada anda apa yang telah kami katakan kerana mendekatkan diri kepada Allah dengan kemuliaan anda dan kesyukuran terhadap kebesaran urusan anda. Justeru renunglah kepada diri anda dan diri kami, cintailah perintah Allah di atas diri anda dan di atas kami. Kami mematuhi apa yang anda perintah di samping itu ia memanfaatkan kami.
      
       Maka Amir al-Mukmin a.s menjawab:
       
       Aku minta anda menjadi saksi di sisi Allah ke atas diriku kerana kelimuan kamu mengenai perlantikanku bagi melaksanakan urusan kamu sedikit hari lagi. Dia akan mengumpulkan aku dan kamu  di Mauqif di hadapan-Nya dan akan bertanya apa yang kita telah kerjakannya. Kemudian sebahagian kita akan memberi penyaksian kepada sebahagian yang lain. Justeru janganlah kamu memberi penyaksian pada hari ini menyalahi apa yang kamu saksikan besok, kerana Allah tidak dapat ditutupi oleh sesuatu dan tidak boleh berlaku di sisi-Nya melainkan dengan kelapangan dada di dalam segala perkara.
       Kemudian lelaki itu telah menjawabnya dan dikatakan: Lelaki itu tidak kelihatan selepas jawapannya kepada Amir al-Mukminin a.s. Dadanya telah menjadi sesak, tangisannya memotong ucapannya, kesedihannya memecahkan suaranya kerana membesarkan bahaya yang dihadapinya:

       Beliau telah memuji Allah, kemudian mengadu kepada-Nya mengenai bahaya yang besar dan penghinaan yang dihadapi pada zamannya dan pemerintahannya. Kemudian beliau kemukakan masalah tersebut kepada Allah supaya memberi pemerhatian ke atasnya dan mempertahankannya, maka beliau berkata: Wahai Tuhan Semua hamba, wahai yang menenangkan semua negeri, di mana nilai kata-kata kami daripada kelebihan Engkau, di mana kesudahan kata-kata kami untuk menceritakan perbuatan Engkau, di manakah kami akan menyampaikan hakikat kebaikan pujian Engkau atau menghitung ujian Engkau yang baik.
       Bagaimana, tidakkah dengan anda nikmat-nikmat Allah telah berlalu di atas kami, di atas tangan andalah telah bersambung sebab-sebab kebaikan kepada kami, tidakkah ia menjadi suatu kelazatan bagi orang yang merendahkan diri dan bagi penderhaka-penderhaka yang ingkar sebagai saudara-saudara? Siapakah lagi selain daripada Ahlu Bait anda. Dengan andalah, Allah telah mengeluarkan kami daripada ketakutan bahaya? Atau dengan siapakah lagi yang dapat menyelamatkan kami daripada dukacita?
       Dan dengan siapakah lagi? Melainkan dengan kamu yang mana Allah telah menzahirkan mercu tanda agama kami, memperbaiki apa yang telah rosak daripada agama kami sehingga terserlah sebutan kami selepas kezaliman, tenang mata kami selepas kesusahan, manakala anda menyumbangkan tenaga anda dengan ihsan kepada kami, anda menunaikan kepada kami apa yang anda telah janjikan. Anda adalah saksi kepada orang yang tidak hadir di kalangan kami dan Dia telah  meninggalkan Ahlu Bait untuk kami. Anda adalah kemuliaan kepada golongan yang lemah kami dan fakir-fakir kami. Anda adalah tiang kepada pembesar-pembesar kami. Keadilan anda mengumpulkan kami dalam semua perkara dan meluaskan kepada kami di dalam kebenaran. Anda adalah teman kepada kami apabila kami melihat anda dan merasa tenang apabila kami menyebutkan anda. Lantaran itu, manakah lagi kebaikan yang anda belum melakukannya?
       Manakah perkara baik yang anda belum kerjakan? Jikalaulah tidak ada perkara yang kami khuatirkan ke atas  anda, nescaya kami kemukakan diri-diri kami, anak-anak lelaki kami kepada anda dan kami melakukan apa sahaja untuk mempertahankan anda dari orang yang menentang anda, tetapi ia adalah satu kuasa [ketetapan] yang tidak boleh diubah, kemuliaan yang tidak boleh digoncang dan Tuhan yang tidak boleh dikalahkan agar Dia mengurniakan nikmat-Nya kepada kami dengan kesihatan anda, mengasihani kami dengan kehadiran anda, mengasihani kami dengan menyelamatkan kami daripada keadaan anda kepada keselamatan anda untuk kami, kehadiran anda di hadapan kami. Kami akan mengucap syukur kepada Allah di atas perkara tersebut.
       Kami akan membahagikan harta-harta kami sebagai sedekah, hamba-hamba kami dimerdekakan. Kami akan menzahirkan tawaduk pada diri kami. Kami akan menumpukan kepada segala urusan kami. Jika Dia memasukkan mereka bersama anda ke syurga, maka anda tidak dituduh mengenai ketetapan-Nya, tidak ditolak daripada anda akan ujian-Nya. Hati kami bersatu mengenai pilihan-Nya terhadap anda. Tetapi kami menangis tanpa mana-mana dosa kerana kemuliaan kuasa ini kembali menjadi hina. Justeru kami mengadu kepada-Nya, tiada tandingan yang kami harap-harapkan.

Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Hukum Islam.

       551. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Ali, daripada Ismail bin Mihran dan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi dan Ali bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Ismail bin Mihran, daripada al-Mundhir bin Jifar, daripada al-Hakam bin Zahir, daripada Abdullah bin Jarir al-‘Abdi, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Abdullah bin Umar, anak lelaki Abu Bakr dan Sa‘d bin Abi Waqqas telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s meminta daripadanya supaya memberi kelebihan kepada mereka, lalu beliau a.s menaiki mimbar dan orang ramai cenderung kepadanya dan berkata:
 
       Segala puji bagi Allah, puncak kemuliaan, tidak dicapai oleh sifat-sifat, tidak dihadkan oleh bahasa-bahasa, tidak diketahui dengan tujuan-tujuan. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Tunggal tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah s.a.w, nabi petunjuk, tempat takwa dan Rasul Tuhan Yang Maha Tinggi. Beliau s.a.w datang dengan kebenaran, memberi peringatan dengan al-Qur’an yang bercahaya, dalil yang terang sebagaimana berlalunya para rasul sebelumnya.
       Amma ba‘du, adapun kemudian daripada itu, wahai manusia, janganlah mereka berkata bahawa dunia telah membanjiri mereka, lalu mereka mengambil tanah-tanah menjadi milik mereka, menggali sungai-sungai, menunggang kuda-kuda yang mahal, memakai pakaian yang lembut, maka semuanya memalukan mereka sekiranya Yang Maha Pengampun tidak mengampuni mereka.
       Jikalau Engkau menghalang mereka, nescaya mereka tidak boleh mengharuminya dan tidak boleh mendapat apa yang sepatutnya, lalu mereka berkata: Anak lelaki Abu Talib telah menzalimi kami, menghalang kami, menahan hak-hak kami. Justeru Allah akan menolong mereka yang mengadap kiblat kami, memakan binatang sembelihan kami, beriman dengan nabi kami, memberi penyaksian kami, memasuki agama kami. Oleh itu, kami akan melaksanakan ke atas mereka hukum dan hudud Islam. Tiada kelebihan seorang ke atas seorang  yang lain melainkan dengan takwa.
       Sesungguhnya bagi golongan yang bertakwa di sisi Allah adalah sebaik-baik pahala dan sebaik-baik balasan. Apa yang ada di sisi Allah itu adalah lebih baik bagi golongan yang baik. Perhatilah, [wahai] ahli agama Allah, apa yang kamu lakukan pada Kitab Allah, kamu meninggalkannya di sisi Rasulullah s.a.w, kamu telah berjuang dengannya pada zat Allah, adakah dengan nasab atau dengan amalan atau ketaatan atau kezuhudan? Bersegeralah kepada peningkatan martabat kamu sebagaimana diperintahkan Allah.
       Pembinaan yang tidak akan dimusnahkan, peninggalan yang tidak akan dihapuskan di mana Dia telah menyeru kamu kepadanya. Dia telah menjadikan pahala di sisi-Nya untuk kamu. Justeru sempurnakanlah nikmat-nikmat Allah dengan penyerahan diri kepada qada’-Nya, bersyukur kepada nikmat-nikmat-Nya. Oleh itu, sesiapa yang tidak meredainya, maka dia bukanlah daripada kami dan bukan lah dia kepada kami. Sesungguhnya seorang hakim akan menghukum dengan hukum Allah tanpa perasaan takut dan merekalah golongan yang mendapat kebahagian.
       Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku telah menyeksa kamu dengan cemetiku yang mana aku mencela dengannya keluargaku. Justeru janganlah kamu peduli, aku telah memukul kamu dengan cemetiku kerana aku melaksanakan hudud Tuhanku, tetapi kamulah yang tidak menjaganya, adakah kamu mahu supaya aku memukul kamu dengan pedangku. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu mahu, tetapi aku tidak akan membeli kebaikan kamu dengan kerosakan diriku (wa-laakin laa asytarii salaha-kum bi-fasaadi nafsii), malah Allah akan menguasai ke atas kamu satu kaum yang akan menuntut bela untukku daripada kamu; bukan dunia yang kamu bersedap-sedap dengannya menjadi milik kamu dan bukan pula akhirat yang kamu akan mendapat nikmat. Alangkah jauhnya [nikmat] bagi penghuni-penghuni neraka.

Hadis Mengenai  Anak Lelaki Seorang Alim Bersama Jirannya Dan Pembahagian Zaman Kepada Tiga.

       552. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Ali bin Hadid, daripada Jamil, daripada Zararah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Hamraan telah bertanya kepadanya, maka beliau berkata: Allah telah menjadikan aku tebusan anda, Jikalau anda memberitahu kami bilakah urusan ini (khilafah), nescaya kami bergembira dengannya?
       Maka beliau a.s berkata: Wahai Hamraan, sesungguhnya anda mempunyai para sahabat, saudara-saudara dan kenalan-kenalan, sesungguhnya seorang lelaki di kalangan para ulama terdahulu, mempunyai seorang anak lelaki yang tidak mahu keilmuan bapanya dan dia tidak bertanya sesuatupun kepadanya. Tetapi jirannya telah mendatanginya, bertanya kepadanya dan mengambil ilmu daripadanya. Apabila lelaki itu hampir mati, dia telah menyeru anak lelakinya dan berkata: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda tidak mahu keilmuanku dan anda tidak bertanya sesuatupun kepadaku, tetapi aku mempunyai seorang jiran yang selalu mendatangiku dan bertanya kepadaku, mengambil [ilmu] daripadaku dan menghafaz [sesuatu] daripadaku.
       Sekiranya anda berhajat kepada sesuatu, maka datanglah kepadanya. Dia telah  memperkenalkan kepadanya jirannya. Kemudian lelaki itu telah meninggal dunia dan anak lelakinya masih hidup. Seorang raja pada zaman itu telah bermimpi, lalu beliau bertanya mengenai lelaki itu, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki itu telah mati. Raja itu berkata: Adakah dia telah meninggalkan anak lelaki? Ada orang berkata kepadanya: Ya, dia telah meninggalkan seorang anak lelaki. Raja berkata: Bawakan dia kepadaku, lalu diutus kepadanya supaya mendatangi raja. Maka budak itu berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui kenapakah raja memanggilku mengadap, aku tidak mempunyai ilmu.
       Sekiranya beliau bertanyaku mengenai sesuatu perkara, nescaya terbongkarlah keburukanku, dia teringat kepada wasiat bapanya, lalu dia mendatangi lelaki yang telah mengambil ilmu daripada bapanya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya raja telah mengutus kepadaku bertanyaku, dan aku tidak mengetahui kenapakah beliau telah mengutus kepadaku. Sesungguhnya bapaku telah memerintahkan aku supaya mendatangi anda jika aku berhajat kepada sesuatu. Maka lelaki itu berkata: Aku mengetahui kenapakah  beliau telah mengutus kepada anda. Sekiranya aku memberitahu anda, maka ganjarannya nanti akan dibahagi dua  antara anda dan aku. Dia berkata: Ya, lalu lelaki itu minta supaya budak itu bersumpah dan meminta kepercayaan daripadanya bahawa dia akan menunaikannya. Lalu budak itu memberi jaminan kepadanya, maka dia berkata: Raja mahu bertanya anda mengenai mimpi yang dilihatnya; pada zaman apakah ini?
       Maka katakanlah kepadanya: Ini adalah zaman serigala. Budak itu mendatangi raja, maka raja berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui kenapakah aku telah mengutus kepada anda? Dia berkata: Anda telah mengutus kepadaku kerana anda mahu bertanya kepadaku mengenai mimpi yang anda telah melihatnya; zaman apakah ini? Raja berkata kepadanya: Anda memang benar, lantaran itu, beritahuku zaman apakah ini? Dia berkata kepadanya: Zaman serigala, maka beliau telah memerintahkan supaya dikurniakan hadiah kepadanya, lalu dia menerimanya dan pulang ke rumahnya, tetapi dia enggan menunaikannya kepada sahabatnya dan berkata: Mudah-mudahan aku tidak memberi harta ini kepadanya, aku tidak memakannya sehingga dia binasa. Mudah-mudahan aku tidak berhajat kepadanya dan aku tidak akan ditanya lagi soalan seperti ini. Dia di dalam keadaan sedemikian sehingga dikehendaki Allah.
       Kemudian raja telah bermimpi pada kali kedua, lalu beliau telah mengutus kepadanya menyerunya, maka dia telah menyesal di atas apa yang dilakukannya dan berkata: Demi Allah, aku tidak ada ilmu untuk dibawakan kepadanya. Aku tidak tahu bagaimana aku akan lakukan kepada sahabatku, aku telah menipunya dan aku tidak menunaikan janjiku. Kemudian dia berkata: Meskipun begitu, aku akan mendatanginya, aku akan meminta maaf daripadanya, aku akan bersumpah untuknya. Mudah-mudahan dia akan memberitahuku, maka dia mendatanginya dan berkata kepadanya: Aku telah melakukan apa yang aku telah lakukan, aku tidak menunaikan perjanjian di antara aku dan anda dan telah habis apa yang ada di tanganku.
       Sesungguhnya aku telah berhajat kepada anda, aku menyeru anda dengan nama Allah, supaya anda tidak menghinaku lagi, aku mempercayai anda bahawa jika aku mendapat ganjaran nanti, aku akan membahagikannya di antara aku dan anda. Sesungguhnya raja telah mengutus kepadaku dan aku tidak mengetahui apakah beliau akan bertanyaku, maka lelaki itu berkata: Raja mahu bertanya anda mengenai mimipi yang dilihatnya; zaman apakah ini? Maka katakan kepadanya: Ini adalah zaman biri-biri. Lalu dia mendatangi raja, maka raja berkata: Kenapakah aku mengutus kepada anda?
       Maka dia berkata: Anda telah melihat satu mimpi, anda mahu bertanyaku zaman apakah ini? Raja berkata kepadanya: Anda memang benar, lantaran itu, beritahuku zaman apakah ini? Dia berkata: Ini adalah zaman biri-biri, lalu beliau memerintahkan supaya dikurniakan hadiah kepadanya. Maka dia menerimanya dan pulang ke rumahnya. Kemudian dia merenung kembali pendapatnya sama ada mahu menunaikan janjinya terhadap sahabatnya ataupun tidak. Dia telah bercadang untuk melaksanakannya pada satu masa dan tidak mahu melaksanakannya pada masa yang lain pula. Kemudian dia berkata: Mudah-mudahan aku tidak berhajat kepadanya selepas kali ini selama-lamanya. Lalu dia membuat keputusan untuk menipu dan tidak menunaikan janji. Dia di dalam keadaan sedemikian sehingga dikehendaki Allah.
       Kemudian raja telah melihat satu mimpi pada kali ketiga, lalu beliau mengutus kepadanya. Maka dia telah menyesal di atas apa yang dilakukan kepada perjanjian di antaranya dan sahabatnya dan berkata selepas penipuan kali kedua: Bagaimana aku akan melakukannya sedangkan aku tidak mempunyai ilmu, kemudian dia membuat keputusan untuk mendatangi lelaki itu, lalu dia mendatanginya dan merayu kepadanya dengan nama Allah serta meminta supaya dia memberitahunya bahawa pada kali ini dia akan menunaikan janjinya dan meminta supaya dia mempercayainya, maka dia berkata: Janganlah anda meninggalkan aku di dalam keadaan seperti ini, sesungguhnya aku tidak akan kembali kepada penipuan, aku akan menunaikan janjiku kepada anda, maka dia berkata: Raja memanggil anda kerana bertanya anda mengenai mimpi yang dilihatnya iaitu zaman apakah ini, apabila beliau bertanya anda, maka beritahulah kepadanya bahawa zaman ini adalah zaman neraca (al-Mizaan).
       Kemudian dia mendatangi raja, maka raja berkata kepadanya: Kenapakah aku mengutus kepada anda? Dia berkata: Anda telah melihat satu mimpi dan anda mahu bertanya aku mengenai zaman apakah ini, maka raja berkata: Anda memang benar, lantaran itu, beritahuku zaman apakah ini? Dia berkata: Ini adalah zaman neraca, maka beliau memerintahkan supaya hadiah dikurniakan kepadanya, lalu dia menerimanya dan terus pergi kepada lelaki itu.
       Kemudian dia meletakkannya di hadapannya sambil berkata: Aku telah mendatangi anda kerana mengemukakan kepada anda apa yang beliau kurniakan kepadaku, maka bahagikanlah. Orang alim itu berkata: Zaman pertama adalah zaman serigala dan anda adalah di kalangan serigala. Zaman kedua adalah zaman biri-biri, dia bercadang untuk melakukannya tetapi dia tidak melakukannya. Begitulah anda telah bercadang untuk melakukannya, tetapi anda tidak melakukannya. Zaman ini adalah zaman neraca dan anda menunaikan janji anda padanya, ambillah harta anda, aku tidak berhajat kepadanya, lalu orang alim itu memulangkannya kepadanya.

Aku Telah Mewarisi Mashaf Ibrahim, Musa Dan Isa Daripada Bapa-Bapaku A.S.
     
       553. Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Kufi, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi, daripada Ali bin Asbat, daripada Ali bin Ja‘far berkata: Mu‘tab dan lain-lain telah memberitahuku, berkata: Abdullah bin al-Hasan telah mengutus kepada Abu Abdullah a.s bahawa Abu Muhammad berkata kepada anda: Aku lebih berani dan lebih pemurah daripada anda dan aku lebih alim daripada anda, maka beliau a.s berkata kepada utusannya: Adapun keberanian, maka demi Allah, anda tidak ada pendirian sehingga diketahui sifat pengecut anda daripada keberanian anda.
       Adapun kemurahan, maka ia mengambil sesuatu dari pihaknya dan meletakkannya pada haknya. Adapun ilmu, maka bapa anda Ali bin Abu Talib a.s telah memerdekakan seribu hamba, maka namakan lima daripada mereka sedangkan anda seorang yang alim? Utusan itu telah kembali kepadanya dan memberitahunya. Kemudian dia kembali kepadanya lagi dan berkata: Dia berkata kepada anda bahawa anda adalah seorang lelaki suhufiyyun, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Katakan kepadanya: Ya, iaitu mashaf Ibrahim, Musa dan Isa yang mana aku telah mewarisinya daripada bapa-bapaku a.s.

Mengenai Firman Allah Surah Yunus (10): 2 “Dan gembiralah golongan yang beriman bahawa mereka mempunyai [seorang yang] kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka

       554. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim Ibn Umar al-Yamaani, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 2 “Dan gembiralah golongan yang beriman bahawa mereka mempunyai [seorang yang] kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka”, beliau a.s berkata: Dia adalah Rasulullah (s.a.w).

Khabar Mengenai Mikraj Dan Israk.

       555. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin Yahya al-Kahili, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 101 “Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi golongan yang tidak beriman”, beliau a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w diperjalankan pada malam Israk, maka Jibrail a.s telah mendatanginya dengan seekor buraq, lalu beliau s.a.w menaikinya.
       Kemudian beliau s.a.w telah mendatangi Bait al-Maqdis dan berjumpa saudara-saudaranya daripada para nabi a.s. Kemudian beliau a.s kembali, lalu memberitahu kepada para sahabatnya: Sesungguhnya aku telah mendatangi Bait al-Maqdis dan aku pulang pada malam itu juga. Sesungguhnya Jibrail telah mendatangi aku dengan seekor buraq, lalu aku menaikinya.
       Buktinya aku telah melalui unta Abu Sufyan di atas air milik Bani polan. Sesungguhnya mereka telah kehilangan seekor unta yang berwarna merah milik mereka. Maka mereka telah bercadang untuk mencarinya. Sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain bahawa sesungguhnya beliau s.a.w telah datang ke Syam menaiki binatang tunggangan dengan cepat, tetapi kamu telah datang di Syam dan mengetahuinya, oleh itu, bertanyalah kepadanya mengenai pasar-pasarnya, pintu-pintunya dan peniaga-peniaganya, maka mereka telah berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah Syam dan bagaimanakah pasar-pasarnya? Rasulullah s.a.w apabila ditanya mengenai sesuatu perkara yang beliau s.a.w tidak mengetahuinya, beliau s.a.w kelihatan susah hati sehingga ternampak di mukanya.
       Manakala keadaan berlaku sedemikian, tiba-tiba Jibrail a.s mendatanginya dan berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah Syam, sesungguhnya aku telah mengangkatnya untuk anda, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Di manakah orang yang bertanya mengenai Syam? Mereka berkata kepadanya: Polan dan polan, maka Rasulullah s.a.w memberi jawapan kepada mereka pada setiap apa yang dikemukakan kepadanya. Hanya sedikit sahaja yang telah beriman kepadanya. Iaitu sebagaimana firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 101 “Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi golongan yang tidak beriman”. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Kami pohon perlindungan dengan Allah dari tidak beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kami telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w.
Pujian Tehadap Syi‘ah.

       556. Ahmad bin Muhammad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Zararah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang mukmin berkata kepada saudaranya “ah” (uffin), maka dia terkeluar daripada wilayahnya. Dan apabila dia berkata: Anda adalah musuhku, maka kafirlah salah seorang daripada mereka, kerana Allah tidak akan menerima amalan daripada seorang yang mencela mukmin, bukan menasihatinya. Dia tidak menerima amalan daripada mukmin yang menyembunyikan kejahatan di hatinya terhadap mukmin.
       Sekiranya didedahkan kepada manusia, nescaya mereka melihat pertalian di antara Allah dan mukmin, mereka merendah diri sesama mereka, urusan mereka dipermudahkan, ketaatan sesama mereka terserlah. Sekiranya mereka melihat kepada amalan mereka yang ditolak oleh Allah, nescaya mereka berkata: Allah tidak menerima amalan daripada sesiapapun. Aku telah mendengar beliau a.s berkata kepada seorang lelaki Syi‘ah: Kamu adalah baik dan perempuan kamu adalah  baik. Setiap mukminah adalah bidadari dan setiap mukmin adalah sahabat.
       Aku telah mendengarnya berkata: Syi‘ah kami adalah makhluk yang paling hampir kepada ‘Arasy Allah pada hari Kiamat selepas kami (Syi‘atu-naa aqrabu al-Khalqi min ‘Arsyi llahi ba‘da-naa). Tiada seorang daripada Syi‘ah kami yang mendirikan sembahyang secara berjemaah melainkan dikelilingi oleh malaikat yang berdoa untuknya seramai bilangan orang yang menentangnya (man khaalafa-hu) sehingga dia selesai daripada sembahyangnya. Sesungguhnya orang yang berpuasa di kalangan kamu akan bergembira di taman-taman syurga sedang malaikat berdoa untuknya sehingga dia membuka puasanya (iftaar). Dan aku telah mendengarnya berkata: Kamu adalah ahli kehormat Allah dengan salam-Nya, ahli kecintaan Allah dengan rahmat-Nya, ahli taufik Allah dengan jagaan-Nya dan ahli dakwah Allah dengan ketaatan kepad-Nya.
       Tidak ada hisab di atas kamu, tidak ada perasaan takut dan dukacita, kamu adalah untuk syurga dan syurga adalah untuk kamu. Nama-nama kamu di sisi kami adalah baik (saalihuun) dan kamu adalah orang yang melakukan kebaikan. Kamu adalah ahli keredaan Allah dengan reda-Nya terhadap kamu. Para malaikat adalah saudara-saudara kamu di dalam kebaikan. Apabila kamu berjihad, maka kamu disahuti, apabila kamu lalai, maka kamu diberi peringatan. Kamu adalah sebaik-baik makhluk, rumah-rumah kamu adalah syurga bagi kamu, kubur-kubur kamu adalah syurga bagi kamu, untuk syurga kamu diciptakan, pada syurga nikmat-nikmat kamu dan kepada syurga kamu akan memasukinya.

Apa Yang Mengagumkan Ja‘far Bin Abu Talib Di Habsyah.

       557. Ahmad bin Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Nahadi, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Fudhail, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a. bersabda kepada Ja‘far r.a ketika beliau pulang dari Habsyah: Apakah perkara yang mengagumkan anda yang pernah anda melihatnya?
       Beliau berkata: Aku telah melihat seorang perempuan Habsyah melintasi [ku] di atas kepalanya bakul, lalu seorang lelaki telah melintasinya. Kemudian lelaki itu menghimpitkannya dan menolaknya, lalu bakul terjatuh daripada kepalanya, maka diapun duduk. Kemudian dia berkata: Neraka wail untuk anda daripada penjaga hari agama (Ali a.s) apabila dia duduk di atas kerusi, menuntut bela ke atas orang yang zalim untuk orang yang dizalimi. Maka Rasulullah (s.a.w) telah merasa kagum dengannya.

Khabar Aazar, Namrud Dan Kelahiran Ibrahim A.S.

       558. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Ayyub al-Khazaz, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya Aazar[57] bapa Ibrahim a.s adalah ahli nujum kepada Namrud, tetapi dia tidak melakukannya melainkan dengan perintahnya. Pada suatu malam dia telah melihat kepada bintang-bintang, maka dia berkata kepada Namrud: Sesungguhnya aku telah melihat dengan hairan. Namrud berkata: Apakah dia? Dia berkata: Aku telah melihat di dalam mimpi bahawa seorang bayi akan dilahirkan di bumi kita, maka kebinasaan kita di tangannya. Lalu dia menjadi hairan dengan perkara tersebut dan berkata: Adakah perempuan yang telah mengandungkannya?
       Dia berkata: Tidak, lalu dia telah memisahkan di antara perempuan dan lelaki sehingga tiada seorang perempuanpun di bandar yang terkecuali daripadanya. Kemudian Aazar telah melakukan persetubuhan dengan isterinya, lalu isterinya mengandungkan Ibrahim a.s. Aazar telah menyangka Ibrahim adalah sahabatnya pada masa akan datang. Dia telah mengutus kepada semua perempuan di semua kabilah pada masa itu supaya tidak mengandungkan bayi melainkan diketahuinya. Kemudian Allah telah menukarkan kandungan ibu Ibrahim a.s dari rahim ke arah belakang. Maka mereka berkata: Kami tidak melihat sesuatupun di perutnya. Aazar telah diberitahu bahawa Ibrahim a.s akan dibakar, tetapi dia tidak diberitahu bahawa Allah akan menyelamatkannya.
       Manakala ibu Ibrahim melahirkan Ibrahim, maka Aazar mahu membawanya kepada Namrud supaya dibunuhnya. Isterinya berkata: Janganlah anda membawa anak lelaki anda kepada Namrud, nescaya dia akan membunuhnya, biarlah aku membawanya ke gua agar aku meletakkannya di situ sehingga ajalnya tiba. Justeru bukanlah anda yang membunuh anak lelaki anda. Maka dia berkata kepadanya: Laksanakanlah, lalu dia membawanya ke gua dan menyusunya. Kemudian dia meletakkan di pintu gua itu satu batu besar, kemudian diapun kembali ke rumahnya.
       Allah telah menjadikan rezekinya pada  ibu jarinya, maka beliau mulai menghisapnya, lalu ia mengeluarkan susunya. Proses pembesaran Ibrahim a.s berbeza dengan orang lain; satu harinya menyamai satu minggu, satu minggunya menyamai satu bulan orang lain, satu  bulannya menyamai satu tahun orang lain. Beliau di dalam keadaan sedemikian sehingga dikehendaki Allah. Kemudian ibunya berkata kepada bapanya: Jika anda izinkan aku pergi kepada kanak-kanak itu, necaya aku pergi, dia berkata: Pegilah, lalu ibunya pergi, tiba-tiba dia mendapati Ibrahim a.s yang mana dua matanya bersinar seperti lampu. Kemudian dia mengambilnya dan meletakkannya di dadanya, kemudian menyusukannya dan pulang ke rumahnya.
       Aazar telah bertanya kepadanya mengenainya, maka dia berkata: Aku telah menyembunyikannya di tanah, dia keluar ketika berhajat, dia pergi kepada Ibrahim a.s dan menyusukannya. Pada suatu hari apabila ibunya mahu pulang, Ibrahim a.s memegang di tepi kainnya, maka ibunya berkata: Apa terjadi kepada anda? Ibrahim berkata: Bawalah aku bersama anda, ibunya berkata: Sehingga aku meminta kebenaran bapa anda. Ibu Ibrahim a.s telah mendatangi Aazar, lalu dia memberitahu ceritanya kepadanya, maka dia berkata: Bawalah dia kepadaku sehingga aku biarkan dia duduk di atas jalan dan apabila saudara-saudaranya datang, dia masuk bersama mereka, lalu dia tidak akan dikenali. Saudara-saudara Ibrahim a.s membuat berhala dan membawanya ke pasar-pasar, lalu menjualnya.
       Kemudian ibunya mendatanginya dan membawanya sehingga meletakkannya di atas jalan, saudara-saudaranya melaluinya, lalu Ibrahim a.s telah masuk bersama mereka. Apabila bapanya melihatnya, lantas dia mencintainya, lalu beliau di dalam keadaan sedemikian sehingga Allah kehendaki. Manakala saudara-saudaranya pada suatu hari membuat berhala-berhala, maka Ibrahim mengambil beliung[58] dan kayu, lalu beliau menarahkan daripadanya satu berhala yang mana mereka belum pernah melihat seumpamanya sebelumnya. Aazar telah berkata kepada ibunya: Aku berharap nasib [kita] lebih baik dengan berkat anak lelaki anda.
       Manakala mereka di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba Ibrahim telah mengambil beliung dan memecahkan berhala yang beliau telah membuatnya, lalu bapanya terkejut daripada perbuatannya itu, maka dia berkata kepadanya: Kenapa anda telah melakukannya? Ibrahim a.s berkata kepadanya: Apakah yang kamu buat dengannya? Maka Aazar berkata: Kami menyembahnya, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya “Adakah kamu sembah apa yang kamu buat”? Maka Aazar berkata kepada: Inilah orang yang akan memusnahkan kerajaan kita di tangannya. 

Dialog Ibrahim A.S Dengan Namrud Dan Berita Mengenai Api Yang Mana Mereka Menyalakannya Untuk Ibrahim A.S.

       559. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Hajr, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ibrahim a.s telah menyalahi kaumnya dan menghina tuhan-tuhan mereka sehingga beliau a.s berjumpa dengan Namrud dan berdialog dengannya, maka Ibrahim a.s berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan” Namrud berkata: “Aku menghidupkan dan mematikan” Ibrahim a.s berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitlah dia dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan yang zalim” Surah al-Baqarah (2): 258.
       Abu Ja‘far a.s berkata: Ibrahim a.s telah menghina tuhan-tuhan mereka di dalam firman Allah Surah al-Safaat (37): 88-9 “Lalu ia memandang sekali pandang kepada bintang-bintang. Kemudian ia berkata: “Sesungguhnya aku sakit”. Abu Ja‘far a.s berkata: Demi Allah, beliau a.s bukanlah sakit dan bukanlah pula berbohong. Apabila mereka menghadiri perayaan mereka, maka Ibrahim a.s memasuki rumah berhala mereka dengan beliung, lalu memecahkannya melainkan yang besar mereka dan meletakkan beliung pada tengkuknya.
       Kemudian mereka kembali kepada berhala mereka dan melihat apa yang telah dilakukan oleh Ibrahim a.s sambil berkata: Tidak, tidak seorangpun yang berani memecahkannya selain daripada pemuda yang menghinanya dan melepaskan diri daripadanya. Maka mereka tidak mendapati pembunuhannya yang lebih besar daripada api[59]. Lalu kayu api dikumpulkan untuknya. Namrud dan tenteranya datang dan dibina untuknya sebuah binaan tinggi agar dia dapat melihat kepada Ibrahim a.s bagaimana api membakarnya. Kemudian Ibrahim a. s diletakkan di atas  pelontar, maka bumi berkata: Wahai Tuhanku, tiada seorang di atasku yang menyembah Engkau selain daripadanya, adakah dia akan dibakar dengan api? Tuhan berfirman: Sekiranya dia berdoa kepada-Ku, nescaya Aku menjaganya.
       Abban telah menyebutnya daripada Muhammad bin Marwan, daripada orang yang telah meriwayatkannya daripada Abu Ja‘far a.s bahawa doa Ibrahim a.s pada hari itu “Ya ahad, (ya ahad, ya samad), ya samad, ya man lam yalid wa lam yuulad wa lam yaku llahu kufwan ahadun”. Kemudian Ibrahim a.s berkata: Tawakkal-tu ‘Ala llahi, maka Tuhan berfirman: Aku menjaganya dan berfirman: “Wahai api menjadi dinginlah dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim” Surah al-Anbiyaa’ (21): 69. Lalu Ibrahim a.s menggigil akibat kesejukan sehingga Allah berfirman “ Dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim”. Kemudian Jibrail a.s turun, lalu duduk bersama Ibrahim a.s dan bercakap dengannya di dalam api. Namrud berkata: Sesiapa yang mengambil tuhan, maka hendaklah dia mengambil tuhan seperti Tuhan Ibrahim. Seorang pembesar mereka pula berkata: Aku berharap kepada api supaya tidak membakarnya. Kemudian dilontarkan api kepadanya sehingga membakarnya. Kemudian Ibrahim, Lut a.s dan Sarah berpindah ke Syam dengan aman.

Ibrahim A.S Dilahirkan Di Kutha Riba, Pengusiran Ibrahim A.S Dari Negaranya, Berita Ibrahim A.S Dengan Namrud Dan Kisah Saarah.

       560. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan beberapa orang sahabatnya, daripada Sahl Ibn Ziyad, daripada Hasan bin Mahbub, daripada Ibrahim bin Abi Ziyad al-Karkhi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Ibrahim a.s dilahirkan di Kutha Riba dan bapanya adalah di kalangan penduduknya. Begitu juga dengan ibu Ibrahim dan Ibu Lut. Sementara Sarah dan Warqah/ Ruqiyyah adalah bersaudara. Mereka berdua adalah anak perempuan kepada Laahij.
       Laahij adalah seorang nabi dan bukan seorang rasul. Ibrahim a.s pada masa mudanya telah berada di atas fitrah sehingga Allah telah memberinya petunjuk kepada agama-Nya dan memilihnya. Sesungguhnya Ibrahim a.s telah mengahwini Sarah anak perempuan Laahij; iaitu anak perempuan ibu saudaranya sebelah ibunya. Sarah merupakan teman seperjalanannya di bumi yang luas. Dia telah memberi kepada Ibrahim a.s apa yang dimilikinya.
       Ibrahim a.s telah melaksanakan tugasannya sehingga binatang ternakan membiak dan tanaman membesar sehingga tidak ada di bumi Kutha Riba seorang lelaki yang lebih baik keadaan daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim a.s manakala memecahkan berhala-berhala, maka Namrud telah memerintahkannya supaya melakukan perbuatan yang baik untuknya, mengumpulkan kayu api untuknya dan menyalakan api padanya. Kemudian dia telah mencampakkan Ibrahim a.s ke dalam api supaya ia membakarnya. Kemudian mereka telah menjauhinya sehingga ia terpadam. Kemudian mereka hampir tercengang apabila mereka mendapati Ibrahim a.s selamat daripada ikatannya.
       Maka beritanya diberitahu kepada Namrud, lalu dia memerintahkan supaya membuang Ibrahim a.s dari negaranya dan menghalangnya keluar bersama binatang ternakannya dan hartanya. Lantaran itu, Ibrahim a.s berdialog dengan mereka sambil berkata: Jika kamu mengambil binatang ternakanku dan hartaku, maka hak aku ke atas kamu agar kamu memberi ganti rugi terhadap umur yang aku telah habiskan di negara kamu. Kemudian mereka berdialog dengan kadi Namrud, lalu dia memerintahkan Ibrahim a.s supaya menyerahkan kepada mereka semua yang beliau a.s telah perolehi di negara mereka.
       Dan dia telah memerintahkan kepada para sahabat Namrud supaya  membayar ganti rugi kepada Ibrahim a.s semenjak beliau a.s tinggal di negara itu. Kemudian diberitahu kepada Namrud, lalu dia memerintahkan supaya mereka memberi laluan kepadanya, binatang ternakannya dan hartanya, malah mereka harus mengeluarkannya dari negaranya. Namrud berkata: Jika dia tinggal di negara kamu, nescaya dia merosakkan agama kamu dan memudaratkan tuhan-tuhan kamu, lalu mereka mengeluarkan Ibrahim dan Lut a.s bersama dari negara mereka ke Syam. Maka Ibrahim, Lut dan Sarah keluar, maka Ibrahim a.s berkata:  “Sesungguhnya aku pergi mengadap kepada Tuhanku dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku” Iaitu Bait al-Maqdis. Surah al-Safaat (37): 99.
       Ibrahim a.s telah membawa bersamanya binatang ternakannya, hartanya dan membuat satu tabut[60] dan meletakkan Sarah di dalamnya, lalu beliau a.s menutupnya, kerana cemburu kepadanya. Beliau a.s telah pergi meninggalkan raja Namrud, kemudian berhadapan dengan raja Qibti yang dikenali dengan nama ‘Ararah. Lalu beliau a.s melalui seorang pemungut cukai kepada raja tersebut. Kemudian pemungut cukai itu  mahu melihat apa yang ada di dalam tabut. Pemungut cukai itu berkata kepada Ibrahim a.s: Bukalah tabut ini sehingga kami melihat apa yang ada di dalamnya, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Katalah apa yang anda mahu mengenainya daripada emas dan perak sehingga kami memberi sepuluh peratus tanpa anda membukakannya, tetapi dia enggan menerimanya melainkan dia membukanya. Lantas Ibrahim a.s menjadi marah, kerana pembukaannya.
       Manakala Sarah ternampak, maka terserlah kecantikannya, maka pemungut cukai itu berkata: Apakah hubungan perempuan ini daripada anda? Ibrahim a.s berkata: Dia adalah isteriku (Kariimati)dan sepupuku. Pemungut cukai itu berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda menyembunyikannya di dalam tabut ini? Ibrahim a.s berkata: Cemburu kepadanya supaya tiada seorangpun dapat melihatnya, pemungut cukai itu berkata: Aku tidak akan membenarkan anda pergi sehingga aku memberitahu raja mengenai keadaannya dan keadaan anda. Kemudian dia mengutus seorang lelaki kepada raja, lalu dia memberitahunya. Lantas raja mengutus seorang utusan di pihaknya supaya mereka membawa tabut kepadanya, lalu mereka membawanya, maka Ibrahim a.s berkata: Aku tidak akan meninggalkan  tabut sehingga rohku berpisah daripada tubuhku.
       Lalu mereka memberitahu raja mengenai perkara tersebut, maka raja mengutus supaya mereka membawa Ibrahim a.s dan tabut bersama mereka. Kemudian mereka telah membawa Ibrahim a.s dan tabut serta barang-barang bersamanya sehingga beliau a.s berjumpa dengan raja, maka raja berkata kepadanya: Bukalah tabut, maka Ibrahim a.s berkata: Wahai raja, di dalamnya isteriku (hurmati) dan sepupuku, aku akan menebus pembukaannya dengan semua yang ada bersamaku. Lantas raja memarahi Ibrahim a.s supaya membukakannya. Manakala dia melihat Sarah, maka dia tidak dapat mengawal perasaannya, lalu menghulurkan tangannya kepadanya. Lantas Ibrahim a.s menentangnya dengan mukanya daripadanya, kerana cemburu kepadanya sambil berkata: Wahai Tuhanku, tahanlah tangannya daripada isteriku dan sepupuku, lantas tangannya tidak sampai kepada isterinya dan tidak terdaya mengembalikannya seperti keadaan sebelumnya, maka raja berkata kepadanya: Sesungguhnya Tuhan anda yang membuat aku jadi begini?
       Maka Ibrahim a.s berkata: Ya, sesungguhnya Tuhanku cemburu, membenci perkara yang haram dan Dialah yang menghalang anda di antara apa yang anda mahu daripada perkara yang haram, maka raja berkata kepadanya: Serulah Tuhan anda supaya Dia mengembalikan kepadaku tanganku, jika Dia menyahuti seruan anda, maka aku tidak mengganggunya lagi. Maka Ibrahim a.s berkata: Wahai Tuhanku, kembalikan kepadanya daya tangannya kerana dia akan menahan dirinya daripada isteriku. Kemudian Allah mengembalikannya kepadanya. Maka raja melihat kepadanya, kemudian menghulurkan tangannya terhadapnya, lalu Ibrahim membantahnya, kerana cemburu kepadanya dan berkata: Wahai Tuhanku, tahanlah tangannnya daripadanya (isterinya), lantas tangannya menjadi kering dan tidak sampai kepadanya. Raja berkata kepada Ibrahim a.s: Sesungguhnya Tuhan anda cemburu, anda juga cemburu.
       Lantaran itu, berdoalah kepada Tuhan anda supaya Dia mengembalikan tanganku kepadaku. Jika Dia mengembalikannya kepadaku, nescaya aku tidak akan mengulanginya lagi. Maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Aku meminta kepada-Nya perkara tersebut dengan syarat jika anda dikembalikan daya tangan anda kepada anda, maka anda tidak meminta aku supaya berdoa kepada-Nya lagi. Raja berkata: Ya, maka Ibrahim a.s berkata: Sekiranya ia benar, maka kembalilah daya tangannya kepadanya. Maka daya tangannya kembali kepadanya. Manakala raja melihat cemburuannya dan bukti pada tangannya, lalu dia menghormati Ibrahim a.s, takut kepadanya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya anda telah selamat dari ganguanku terhadapnya, maka pergilah bila anda mahu, tetapi aku ada hajat kepada anda, maka Ibrahim a.s berkata: Apakah hajat anda?
       Raja berkata: Aku suka jika anda membenarkan aku berkhidmat kepadanya melalui seorang hamba perempuan berbangsa Qibti yang cantik dan berakal menjadi khadam kepadanya. Lalu Ibrahim a.s membenarkannya, kemudian raja memanggilnya dan memberikannya kepada Sarah; iaitu Hajar ibu Ismail a.s. Kemudian Ibrahim a.s berjalan dengan membawa apa yang ada bersamanya. Sementara raja keluar bersamanya berjalan di belakang Ibrahim a.s, kerana menghormati Ibrahim a.s, lalu Allah menurunkan wahyu kepadanya supaya berdiri dan tidak berjalan di hadapan orang zalim yang berkuasa sedang dia berjalan di belakang anda. Tetapi jadilah dia di hadapan anda, berjalanlah di belakangnya, hormatilah dia, kerana dia berkuasa. Pasti di bumi ada pemerintah sama ada dia seorang yang baik atau seorang yang jahat.
       Maka Ibrahim a.s terus berdiri dan berkata kepada raja: Pergilah, sesungguhnya Tuhanku telah mewahyukan kepadaku sekarang supaya aku menghormati anda dan mengemukakan anda di hadapanku dan aku akan berjalan di belakang anda sebagai kehormatan kepada anda, maka raja berkata: Dia telah mewahyukan anda dengan ini?        Ibrahim a.s berkata: Ya, maka raja berkata kepadanya: Aku naik saksi bahawa  sesungguhnya Tuhan anda lembut, mulia dan sesungguhnya anda mahu aku memasuki agama anda.
       Kemudian raja mengucapkan selamat jalan kepadanya, lalu Ibrahim a.s berjalan menuju Syam yang terjauh dan meninggalkan Lut a.s di Syam yang terdekat. Kemudian apabila Ibrahim a.s terlewat mendapat anak, maka beliau a.s berkata kepada Sarah: Jika anda mahu, nescaya anda jualkan Hajar kepadaku. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kami anak daripadanya, maka ia akan menjadi peninggalan kami. Kemudian Ibrahim a.s membeli Hajar daripada Sarah, lalu beliau a.s menidurinya (fa-waqa‘a ‘lai-ha), Kemudian dia melahirkan Ismail a.s.

Mengenai Hajr Bin Za’idah, ‘Aamir Bin Jadha‘ah Dan Al-Mufadhdhal Bin ‘Umar.

       561. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Husain bin Ahmad al-Munqari, daripada Yunus bin Zibyan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Kenapa anda tidak melarang dua lelaki ini daripada lelaki ini? Maka beliau a.s berkata: Siapakah lelaki ini dan siapakah dua lelaki itu? Aku berkata: Kenapakah anda tidak melarang Hajr bin Zaaidah dan ‘Aamir bin Jazaa‘ah daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar, maka beliau a.s berkata: Wahai Yunus, sesungguhnya aku telah meminta mereka berdua supaya menahan diri mereka daripadanya.
       Tetapi mereka berdua tidak menahan diri mereka daripadanya dan tidak melakukannya, maka aku telah memanggil mereka berdua, aku telah meminta mereka berdua, aku telah menulis kepada mereka berdua, malah aku telah menjadikan hajat aku kepada mereka berdua, tetapi mereka berdua tidak menahan diri daripadanya, lantaran itu, Allah tidak mengampuni mereka berdua, demi Allah, Kathir ‘Izzah adalah lebih benar di dalam kasih sayangnya daripada mereka berdua yang mana mereka berdua berpura-pura kasih kepadaku. Dia berkata:
                   
                    Tidakkah anda menyangka dengan perkara yang ghaib
                     Tidakkah aku mencintainya
                    Jika begitu, aku tidak dihormati oleh karimnya
                    Demi Allah, jika mereka berdua mencintaiku, nescaya  
                    mereka berdua mencintai orang yang aku cintai.

Aku Bukanlah Imam Melainkan Bagi  Orang Yang Telah Mentaati Aku.
       562. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada al-Qasim rakan al-Mufadhdhal, dia adalah seorang yang benar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Di perkarangan masjid, mereka memasyhurkan kami dan memasyhurkan diri mereka, mereka bukanlah daripada kami dan kami bukanlah daripada mereka, aku cuba menyembunyikan diriku, tetapi mereka mencabuli tabirku, maka Allah mencabuli tabir-tabir mereka. Mereka berkata: Imam, demi Allah, aku bukanlah imam melainkan bagi orang yang telah mentaati aku. Adapun orang yang telah menderhakai aku, maka aku bukanlah imam baginya, kenapa mereka memaparkan namaku?! Kenapa mereka tidak menahan namaku daripada mulut-mulut mereka, demi Allah, Allah tidak akan mengumpulkan aku dan mereka di dalam satu tempat.
Syair-Syair Talib Bin Abu Talib.

       563. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan, daripada Dhuraih, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Quraisy keluar ke Badr dan mereka mengeluarkan Bani ‘Abd al-Muttalib bersama mereka, lalu Talib bin Abu Talib keluar dan bermalam sedang mereka mengajukan syair-syair mereka. Talib bin Abu Talib berkata:

                 Wahai Tuhanku, sama ada mereka memerangi dengan Talib
                    Di tempat ini
                    Di tempat ini orang yang menang berperang
                    Menjadikan apa yang dirampas bukan perampasnya
                    Dia telah menjadikan orang yang dikalahkan bukanlah   
                    pemenang.

       Maka Quraisy berkata: Lelaki ini akan mengalahkan kita, justeru kembalikannya [ke tempatnya]. Di dalam satu riwayat yang lain daripada Abu Abdullah a.s bahawa dia (Talib) telah memeluk Islam.











                     
                           










                          



                         


                           BAHAGIAN KEDUA BELAS



Khutbah Fatimah A.S, Khabar Rasulullah S.A.W Mengenai Pembunuhan Ja‘far R.A, Bilangan Mereka Yang Dibunuh Ali A.S Di Hunain, Bentuk Buraq Dan Lain-Lain.

Khutbah Fatimah A.S.

       564. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami daripada Abban bin Uthman, daripada Muhammad bin al-Mufadhdhal berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Fatimah a.s telah datang ke Masjid, beliau a.s memberi khutbah mengenai Nabi s.a.w berkata:
                   
                    Sesungguhnya selepas anda berita dan peristiwa
                    Jika anda menyaksikannya, nescaya tidak banyaklah       
                    Khutbah
                    Sesungguhnya kami telah kehilangan anda sebagaimana 
                    hilangnya bumi kepada untanya
                    Kaum anda telah menipu, maka saksilah mereka janganlah
                    anda menghilangkan diri

Khabar Rasulullah S.A.W Mengenai Pembunuhan Ja‘far R.A.
      
       565. Abban, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w berada di Masjid, tiba-tiba direndahkan kepadanya suara yang tinggi dan diangkatkan kepadanya suara yang rendah sehingga beliau s.a.w melihat kepada Ja‘far r.a yang sedang memerangi golongan kafir, berkata: Beliau telah dibunuh, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ja‘far telah dibunuh dan kesesakan telah berlaku pada perutnya.

Bilangan Mereka Yang dibunuh Ali A.S Di Hunain.
       566. Hamid bin Ziyad, daripada ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Dahqan, daripada Ali bin al-Hasan al-Tatari, daripada Muhammad bin Ziyad Biya‘ al-Saabiri, daripada ‘Ajalan Abi Salih berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Ali bin Abu Talib a.s telah membunuh dengan tangannya pada peperangan Hunain seramai empat puluh orang.

Bentuk Buraq Yang Dinaiki Oleh Rasulullah S.A.W.

       567. Abban, daripada Abdullah bin ‘Ata’, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Jibrail a.s telah mendatangi Rasulullah s.a.w dengan buraq yang lebih kecil daripada baghal dan lebih besar daripada keldai, mempunyai dua telinga, dua mata dan langkahnya sejauh pandangan matanya. Apabila sampai ke gunung, dia memendekkan dua tangannya dan memanjangkan dua kakinya. Apabila dia turun, maka dua tangannya memanjang dan dua kakinya pula memendek. Ia mempunyai dua sayap di belakang.

Penjelasan Mengenai Bacaan Firman Allah Surah Al-Taubah (9): 118 “ Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan

       568. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir daripada Faidh Ibn al-Mukhtar berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana anda membaca wa ‘alaa al-Ladhiina khullifuuDan terhadap tiga orang yang ditangguhkan” Surah al-Taubah (9): 118, beliau a.s berkata: Jika mereka ditangguhkan (khullifuu)[61], nescaya mereka masih di dalam taat, tetapi mereka khaalafuu (telah menyalahi). Iaitu Uthman dan dua orang sahabatnya. Demi Allah, mereka tidak pernah mendengar suara [peperangan] secara langsung melainkan mereka berkata: Kami telah datang, maka Allah telah menguasai ketakutan ke atas mereka sehingga keesokannya.

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Al-Taubah (9):112 “Taa’ibuun al- ‘Aabiduun”

       569. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Adakah anda telah membaca al-Taa’ibuun al- ‘Aabiduun? Maka beliau a.s berkata: Tidak, aku membaca al-Taa’ibiin al-‘Aabidiin [62]sehingga ke akhir ayat Surah al-Taubah (9):112. Ditanya mengenai sebabnya, maka beliau a.s berkata “Sesungguhnya Allah telah membeli dari golongan yang beriman yang bertaubat yang beribadat…”Surah al-Taubah (9): 111.

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Al-Taubah (9):128 “Sesungguhnya telah datang kepada [kami] seorang rasul dari kaum [kami] sendiri”

       570. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Yahya bin al-Mubarak, daripada Abdullah bin al-Jabalah, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beginilah Allah telah menurunkan ayat “La-qad jaa’-naa rasuulun min anfusi-naa ‘azizun ‘alai-hi maa ‘anatta-naa hariisun ‘alai-naa bi l-mu’miniin ra’uufun rahiim”[63].  Surah al-Taubah (9):128 “Sesungguhnya telah datang kepada [kami] seorang rasul dari kaum [kami] sendiri, berat terasa olehnya penderitaan [kami], sangat menginginkan bagi [kami], amat belas kasihan lagi penyayang terhadap golongan yang mukmin[64]

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Al-Taubah (9): 40 “Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada [Rasul-Nya] dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya”
      
       571. Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ibn Fadhdhal daripada al-Ridha a.s “fa-anzala lluhu sakiinata-hu ‘alaa rasuli-hi wa ayyada-hu bi-junuudin lam tarau-haa” “Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada [Rasul-Nya] dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya”. Surah al-Taubah (9): 40.   Aku berkata: Benarkah begitu? Beliau a.s berkata: Begitulah kami membacanya dan begitulah ia diturunkan[65].

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Hud (11): 12 “Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya dadamu”
      
       572. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Ibn Maskan, daripada  Ammar bin Suwaid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah Hud (11): 12 “Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya dadamu, kerana khuatir bahawa mereka akan mengatakan: Mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan atau datang bersama-sama dengan dia seorang malaikat
       Sesungguhnya Rasulullah s.a.w manakala diturunkan daging bakar (qadiid), beliau s.a.w berkata kepada Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya aku telah meminta Tuhanku supaya mewalikan di antara anda dan aku, lalu Dia melakukannya. Aku telah meminta Tuhanku supaya mempersaudarakan di antara aku dan anda, maka Dia melakukannya. Aku telah meminta Tuhanku supaya menjadikan anda wasiku, maka Dia melakukannya.
       Maka dua orang lelaki daripada Quraisy (Abu Bakr dan Umar) berkata: Demi Allah, segantang kurma di dalam bungkusan buruk itu lebih kami cintai dari apa yang diminta oleh Muhammad kepada Tuhan-Nya (wa llahi, la-Saa‘un min tamarin fi syanni baalin ahabbu ilai-naa mimmaa sa’ala Muhammadun rabba-hu). Kenapakah dia tidak meminta seorang malaikat kepada Tuhan-Nya yang akan membantunya ke atas musuhnya atau perbendaharaan yang dapat melepaskannya dari kemiskinan (fa-halaa saala rabba-hu malikan ya ‘dhudu-hu ‘alaa ‘aduwwi-hi au kanzan yastaghni-bi-hi ‘an faaqati-hi). Demi Allah, dia (Muhammad) tidak menyeru-Nya kepada kebenaran dan kepada kebatilan melainkan Dia menyahutinya (wa llahi, maa da‘aa-hu ilaa haqqin wa laa baatilin illaa ajaaba-hu ilai-hi). Lantas Allah menurunkan Surah Hud (11): 12. kepada Rasul s.a.w.

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Hud (9): 118-19 “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu”
      
       573. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Ditanya Abu Abdullah a.s mengenai Surah Hud (9): 118-19 “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat kecuali golongan yang diberi rahmat oleh Tuhanmu”, maka beliau a.s berkata: Mereka pada mulanya umat yang satu, maka Allah mengutus para nabi sebagai hujah ke atas mereka.

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah al-Syuura (42): 23 “Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu
      
       574. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al-‘Abbas, daripada Ali bin Hammad, daripada ‘Umru bin Syamar daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Syuura (42): 23 “Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu”, beliau a.s berkata: Sesiapa yang mewalikan para wasi daripada keluarga Muhammad dan mengikuti athar-athar mereka, maka Dia akan menambahkan untukya [pahala] wilayah golongan yang terdahulu di kalangan para nabi dan mukminin sehingga wilayah mereka sampai kepada Adam a.s sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qasas (28): 84 “Barangsipa yang datang dengan kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu”, maka Dia akan memasukkannya ke syurga sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Saba’ (34): 47 “Katakanlah: “Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu”.
       Beliau a.s menerangkan bahawa Pahala kasih sayang (al-Mawaddah) yang mana Aku tidak meminta kepadamu selainnya, maka ia adalah untuk kamu; kamu dapat petunjuk dengannya dan kamu akan terselamat daripada azab pada hari Kiamat. Dia telah berfirman kepada musuh-musuh Allah sebagai wali-wali syaitan; ahli pembohongan dan ingkar di dalam Surah al-Saad (38): 86 “Katakanlah: “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk golongan yang mengada-ngadakan”, beliau a.s berkata: Orang yang mengada-ngadakan (mutakallifan) sekiranya aku meminta kepada kamu apa yang kamu bukan ahlinya, maka golongan munafik berkata kepada sebahagian mereka: Tidakkah Muhammad telah cukup memaksa kami selama dua puluh tahun sehingga beliau mahu membawa keluarganya di atas tengkuk kami (ammaa yakfi Muhammadan an yakuuna qaharnaa  ‘isyriin sanatan hatta yuriida an yahmila ahla baita-hi ‘alaa riqaaba-naa), lalu mereka berkata: Allah tidak menurunkan ayat ini.
       Ia adalah suatu yang direka-rekakannya [oleh Muhammad]; Muhammad mahu mengangkat keluarganya di atas tengkuk kami[66]. Sekiranya Muhammad terbunuh atau dia mati, nescaya kami akan mencabutkannya (al-Wialayah wa al-Mawaddah)) daripada keluarganya. Kemudian kami tidak akan menyerahkannya kembali kepada mereka selama-lamanya. Sesungguhnya Allah mahu memberitahu kepada Nabi-Nya (s.a.w) apa yang mereka sembunyikan di dalam hati mereka, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Syuura (42): 24 “Bahkan mereka mengatakan: “Dia (Muhammad) telah mengada-ngadakan dusta terhadap Allah”. Maka jika Allah menghendaki, nescaya Dia mengunci mati hatimu”, beliau a.s menjelaskan: Jika Aku mahu, nescaya Aku menahankan wahyu daripada kamu.
       Justeru anda tidak dapat melebih-lebihkan keluarga anda, apatah lagi kasih sayang kepada mereka. Sesungguhnya Allah berfirman “Dan Allah menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak dengan kalimat-kalimat-Nya” (Dia berkata benar mengenai keluarga anda mengenai wilayah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati mereka”. Beliau a.s berkata: Permusuhan yang terdapat di dalam hati mereka terhadap keluarga anda adalah selepas anda sebagaimana di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 3 “Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka: “Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya”.
       Mengenai firman Allah di dalam Surah al-Najm (53): 1 “Demi bintang ketika terbenam”, beliau a.s berkata: Dia telah bersumpah dengan kematian Muhammad apabila beliau s.a.w dimatikan. “Kawanmu (Muhammad) tidak sesat” (dengan melebih-lebihkan keluarganya) “dan tidak pula keliru, dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya”, beliau a.s berkata: Muhammad tidak bercakap mengenai kelebihan keluarganya mengikut hawa nafsunya sebagaimana firman Allah “Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”. Dan Allah telah berfirman kepada Muhammad (s.a.w) di dalam Surah al-An‘aam (6): 58 “Katakanlah: “Kalau sekiranya ada padaku apa yang kamu minta supaya disegerakan keadaannya, tentu telah diselesaikan Allah urusan yang ada antara aku dan kamu”, beliau a.s berkata: Sekiranya aku diperintahkan supaya memberitahu kamu apa yang kamu sembunyikan di dalam hati kamu, iaitu supaya disegerakan kematianku, nescaya kamu akan menzalimi keluargaku selepasku. Maka kamu seperti mereka yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 17 “Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya”.
       Beliau a.s berkata: Bumi diterangi dengan cahaya Muhammad begitu juga matahari diterangi dengan cahaya Muhammad. Maka Allah telah membuat perumpamaan Muhammad dengan matahari dan wasi umpama bulan di dalam firman-Nya Surah Yunus (10): 5 “Dialah yang telah menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya” dan firman-Nya di dalam Surah Yaasiin (36): 37 “Dan satu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada di dalam kegelapan”. Dan firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 17 “Allah hilangkan cahaya mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat”.
       Iaitu dengan kematian Muhammad (s.a.w) dan zahir kegelapan, maka mereka tidak dapat melihat kelebihan keluarganya (ahli baiti-hi) sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah al-A‘raaf (7): 198 “Dan jika kamu sekalian menyeru mereka untuk memberi petunjuk, nescaya mereka tidak dapat mendengarnya. Dan kamu melihat mereka itu memandang kepadamu padahal ia tidak melihat”. Kemudian bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah meletakkan ilmu yang berada di sisinya kepada wasinya, iaitu firman Allah di dalam Surah al-Nuur (24):35 “Allah cahaya langit dan bumi”. Dia berkata: Akulah Penunjuk langit dan bumi. Perumpamaan ilmu yang aku telah kurniakannya adalah cahaya-Ku yang menjadi petunjuk seperti sebuah lubang yang tak tembus dan di dalamnya ada pelita besar.
       Al-Misykaat (lubang yang tidak tembus) itu adalah hati Muhammad (s.a.w). Al-Misbaah (pelita) adalah cahaya yang ada padanya ilmu. Dan firman-Nya “Pelita itu di dalam kaca” Dia berfirman bahawa sesungguhnya Aku ingin mematikan anda, maka jadilah apa yang ada di sisi anda untuk wasi sebagaimana pelita di dalam kaca “seakan-akan bintang seperti mutiara”, maka Dia telah memberitahu mereka akan kelebihan wasi “yang dinyalakan dari minyak dari pohon yang banyak berkatnya”.
       Oleh itu, asal pohon yang berkat itu adalah Ibrahim a.s iaitu sebagaimana firman Allah di dalam Surah Hud (11): 73 “Rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan ke atas kamu, wahai Ahlu l-Bait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”. Iaitu sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ali Imraan (3): 33-4 “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imraan melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing). Iaitu satu keturunan yang sebahagiannya dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” “Tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat”.
       Dia berfirman bahawa kamu bukanlah orang Yahudi, justeru itu kamu mengerjakan solat ke arah barat (maghrib) dan bukan orang Nasrani, justeru kamu tidak mengerjakan solat ke arah timur (masyriq). Sesungguhnya kamu adalah di atas agama Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ali Imraan (3): 67 “Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi menyerahkan diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan golongan yang musyrik”. Firman-Nya di dalam Surah al-Nuur (24): 35 “Yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki
       Dia berfirman bahawa umpama anak-anak lelaki yang dilahirkan daripada kamu adalah seperti minyak yang diperah daripada zaitun “yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki”. Beliau a.s berkata: Hampir-hampir mereka bercakap mengenai kenabian jikalau malaikat tidak diturunkan ke atas mereka[67] (yakaaduuna an yatakallamuu bi al-Nubuwwati wa lau lam yanzil ‘alai-him malakun).

Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Fussilat (41): 53 “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri”
      
       575. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41): 53 “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi  mereka bahawa ia adalah benar”, beliau a.s berkata: Dia akan memperlihatkan mereka pada diri mereka mengenai pertukaran bentuk badan (al-Maskh)[68] mereka dan akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda yang bermengenaian ke atas mereka. Lantaran itu, mereka akan melihat kekuasaan Allah pada diri mereka dan pada segenap penjuru, maka aku berkata kepadanya: “Sehingga jelaslah bagi  mereka bahawa ia adalah benar”, beliau a.s berkata: Kedatangan Imam al-Mahdi itu adalah kebenaran (al-Haq) di sisi Allah, makhluk pasti akan melihatnya.

Ribaat Mereka A.S Adalah Sepanjang Masa.

       576. Muhammad bin Yahya dan al-Husain bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada ‘Ubbad bin Ya‘qub, daripada Ahmad bin Ismail, daripada ‘Umru bin Kisan, daripada Abu Abdullah al-Ja‘fi berkata: Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s telah berkata kepadaku: Berapakah al-Ribaat[69] di sisi kamu? Aku berkata: Empat puluh orang, tetapi beliau a.s berkata: Bilangan penempatan tentera kami (ribaatu-naa) adalah sepanjang masa (umum)[70]. Justeru sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kami walaupun dengan seekor binatang, maka baginya [pahala] seberat timbangannya dan dua kali ganda pahala apa yang ada di sisinya. Sesiapa yang ada kaitan senjata dengan kami[71], maka baginya [pahala] seberat timbangannya.
       Janganlah kamu merasa sedih dengan satu kali, dua kali, tiga kali dan empat kali [ujian] kerana umpama kami dan kamu adalah seperti seorang nabi pada Bani Israel di mana Allah telah mewahyukan kepadanya: Serulah kaum anda berperang, kerana Aku akan menolong anda, lalu beliau mengumpulkan mereka dari puncak-puncak gunung dan lain-lain, kemudian beliau pergi bersama mereka, tetapi mereka tidak memukul dengan pedang dan tidak melontar dengan lembing sehingga mereka kalah.
       Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Serulah kaum anda berperang, kerana Aku akan menolong anda kemudian beliau pergi bersama mereka, tetapi mereka tidak memukul dengan pedang dan tidak melontar dengan lembing sehingga mereka kalah. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Serulah kaum anda berperang, kerana Aku akan menolong anda, lalu beliau menyeru mereka, maka mereka berkata: Anda telah menjanjikan kami kemenangan, tetapi kami tidak pun menang. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya supaya mereka memilih di antara peperangan dan api neraka, maka beliau berkata: Peperangan itu adalah lebih baik daripada api, lalu beliau menyeru mereka, lalu tiga ratus tiga belas orang seramai bilangan ahli Badr telah menyahuti seruannya. Kemudian beliau telah pergi bersama mereka, tetapi mereka tidak memukul dengan pedang, tidak melontar dengan lembing sehingga Allah memberi kemenangan untuk mereka.

Rasulullah (S.A.W) Tidak Mengubati Selesema (zukaam).

       577. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Bakr bin Salih dan al-Naufali dan lain-lain, mereka mengangkatnya kepada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah (s.a.w) tidak mengubati selesema (zukaam) dan berkata: Setiap orang mempunyai urat penyakit kusta (juzaam) dan apabila ia menghidapi selesema, maka ia (selesema) akan menghilangkannya (kusta).

Selesema Adalah Tentera Allah.
      
       578. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abu ‘Umair daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Selesema (zukaam) adalah tentera daripada tentera-tentera Allah di mana Dia mengutusnya ke atas penyakit, lalu menghilangkannya.

Anak Adam Mempunyai Dua Urat.
      
       579. Muhammad bin Yahya, daripada Musa bin al-Hasan, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Hamid dengan sanad-sanadnya dikaitkan kepada Abu Abdullah a.s secara marfuu’ berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak ada seorang anak Adam melainkan dia mempunya dua urat; satu urat di kepalanya yang mencetuskan penyakit kusta dan satu urat lagi di tubuhnya yang mencetuskan kanser. Apabila urat di kepalanya bergoncang, maka Allah menguasai ke atasnya selesema sehingga penyakit yang ada padanya mengalir. Apabila urat di tubuhnya bergoncang, maka Allah menguasai ke atasnya bisul-bisul sehingga penyakit yang ada padanya mengalir. Justeru apabila seorang daripada kamu menghidapi selesema dan bisul-bisul, maka hendaklah dia memuji Allah supaya menyembuhkan penyakitnya. Beliau s.a.w bersabda: Selesema adalah terasa berat di kepala.

Tiga Ramuan Untuk Rawatan Mata.
      
       580. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada seorang lelaki berkata: Seorang lelaki yang mengadu mengenai dua matanya telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s berkata kepadanya: Di manakah anda boleh dapatkan tiga perkara: Kayu gaharu (aloe), kapur barus dan jadam? Maka lelaki itu melakukannya, kemudian dua matanya sembuh.

Rawatan Mata.
      
       581. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s bahawa kami mempunyai seorang anak perempuan yang melihat planet seperti benda kecil, maka beliau berkata: Ya, dia melihatnya seperti biji-bijian, aku berkata bahawa penglihatannya agak lemah, kemudian beliau a.s berkata: Celakkan dia dengan kayu gaharu, jadam dan kapur barus beberapa kali, lantaran itu, kamipun melakukannya dengannya, maka ia memanfaatkannya.

Kisah Abu Abdullah A.S Dengan Abu Ja‘far Al-Dawaaniq Dan Kisah Nabi Bani Israel.

      582. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Daud bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Faidh, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far al-Dawaaniq, lalu dibawakan kepadanya satu peta, maka beliau telah melihat kepadanya. Kemudian beliau telah mengeluarkan sesuatu daripadanya dan berkata: Wahai Abu Abdullah, adakah anda mengetahui apakah ini? Aku berkata: Apakah itu? Beliau berkata: Ini adalah benda yang dibawa dari Tanjah, Afrika, lalu aku berkata: Apakah dia?
       Beliau berkata: Gunung di sana mengeluarkan beberapa titisan [air] di dalam setahun, kemudian ia membeku, ia adalah baik bagi orang yang mengidap sakit mata mencelak dengannya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah. Aku berkata: Ya, aku mengetahuinya, jika anda mahu, aku akan memberitahu anda mengenai namanya dan keadaannya? Tetapi beliau tidak bertanya mengenai namanya, beliau berkata: Apakah keadaannya? Maka aku berkata: Ini adalah gunung yang telah dinaiki oleh seorang nabi daripada para nabi Bani Israel yang telah melarikan diri daripada kaumnya, beliau telah  menyembah Allah di atasnya. Kemudian kaumnya mengetahuinya, lalu mereka membunuhnya di dalam keadaan dia sedang menangis. Ini adalah titisan air matanya dari satu segi dan dari satu segi yang lain terdapat satu mata air yang lain keluar daripada air tersebut di waktu malam dan siang.

Celak Abu Ja‘far A.S.
      
       583. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Sulaim maula Ali bin Yaqtiin bahawa dua matanya menghidapi kesakitan, maka Abu al-Hasan a.s telah menulis surat kepadanya berkata: Apakah yang menghalang anda daripada celak Abu Ja‘far a.s; iaitu sebahagian daripada kapur barus, kayu gaharu yang dilumatkan dan ditapis dengan ukuran haba, kemudian dicelakkan daripadanya sebagaimana mencelak daripada antimoni dalam masa sebulan, maka ia akan menghilangkan penyakit di kepala dan mengeluarkannya daripada badan. Kemudian dia telah mencelak dengannya, justeru dia tidak mengadu mengenai dua matanya sehingga dia mati.

Hadis Mengenai Seorang ‘Abid.

       584. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Muhammad bin Sinan, daripada orang yang telah memberitahunya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Iblis telah mendengus terhadap seorang ahli ibadah (‘abid) Bani Israel yang tidak pernah melakukan sesuatu daripada urusan dunia. Maka tentera-tenteranya berkumpul kepadanya, dia berkata: Siapakah yang akan pergi kepada polan sebagai wakil aku? Sebahagian mereka berkata: Aku adalah untuknya, maka dia berkata: Dari manakah anda akan mendatanginya?
       Dia berkata: Dari sudut perempuan. Dia berkata: Anda bukanlah untuknya, dia tidak akan melakukannya. Ada di kalangan mereka berkata kepadanya: Aku untuknya, maka dia berkata kepadanya: Dari manakah anda akan mendatanginya? Dia berkata: Dari sudut minuman keras (arak) dan kelazatan. Maka dia berkata: Anda bukanlah untuknya, kerana minuman keras dan kelazatan bukan untuknya. Ada yang lain pula berkata: Aku adalah untuknya, maka dia berkata: Dari manakah anda akan mendatanginya? Dia berkata: Dari sudut kebaikan, maka dia berkata: Pergilah kepadanya, maka anda adalah ahlinya. Kemudian dia pergi ke tempat lelaki ahli ibadat itu, mengerjakan solat di sisinya. Lelaki  itu tidur, tetapi syaitan tidak tidur, lelaki itu beristirahat, tetapi syaitan tidak beristirahat. Maka lelaki itu berpaling kepadanya merasa dirinya kecil dan memperkecil amalannya, maka lelaki itu berkata: Wahai hamba Allah, dengan apakah yang membuat anda mampu mengerjakan solat?[72]
       Syaitan[73] itu tidak menjawabnya, kemudian lelaki itu mengulanginya lagi, syaitan tidak menjawabnya, kemudian lelaki itu mengulanginya lagi, maka syaitan berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku telah melakukan dosa dan aku sekarang bertaubat kepada-Nya. Apabila aku mengingati dosaku, maka aku mampu mengerjakan solat. Lalu lelaki itu berkata: Beritahuku mengenai dosa anda sehingga aku melakukannya dan aku akan bertaubat. Apabila aku melakukannya, maka aku mampu mengerjakan solat [sepanjang masa]? Syaitan berkata: Pergilah ke bandar, maka tanyalah seorang pelacur (fulaanah al-Baghiyyah), kemudian berilah kepadanya dua dirham dan berseronoklah dengannya.
       Lelaki itu berkata: Di manakah aku akan dapat dua dirham, aku tidak mengetahui apakah dua dirham itu, lantas syaitan mengambil dua dirham di bawah tapak kakinya dan memberikannya kepadanya. Kemudian lelaki itu berdiri dan pergi ke bandar dengan jubahnya bertanya rumah pelacur itu. Maka orang ramai telah menunjukkan jalan kepadanya, kerana mereka menyangka bahawa dia datang untuk memberi nasihat kepadanya. Kemudian dia datang kepadanya, lalu mencampakkan dua dirham kepada perempuan itu dan berkata: Berdirilah, maka dia pun berdiri, lalu memasuki rumahnya dan berkata kepada lelaki itu: Masuklah sambil berkata: Anda telah mendatangiku di dalam keadaan di mana orang yang berjubah tidak mendatangi orang sepertiku ini. Lantaran itu, beritahuku mengenai cerita anda, lalu lelaki itu memberitahunya, maka dia berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, sesungguhnya meninggalkan dosa itu lebih senang daripada bertaubat dan bukan semua orang yang bertaubat diterima.
       Dan ini pasti syaitan yang telah menyamar kepada anda. Pulanglah, sesungguhnya anda tidak akan melihat sesuatu. Kemudian dia pulang dan pada malam itu juga perempuan itu mati. Tiba-tiba tertulis di pintunya: Hadirlah kepada perempuan itu, kerana dia adalah di kalangan ahli syurga. Orang ramai telah meraguinya, lalu mereka membiarkan mayat itu selama tiga hari tanpa mengapankannya. Justeru Allah mewahyukan kepada seorang nabi Bani Israel yang mana hanya diketahui oleh Musa bin Imraan a.s: Datangilah polanah (perempuan) itu, kerjalah solat ke atasnya. Perintahlah orang ramai supaya mengerjakan solat ke atasnya. Sesungguhnya Aku telah mengampuni dosanya dan dia berhak syurga kerana menegah hambaku polan dari melakukan kemaksiatan terhadap-Ku.

Hadis Mengenai Seorang ‘Abid, Isterinya Dan Peminta Sedekah.
      
       585. Ahmad bin Muhammad bin Ahmad, daripada Ali bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Abdullah bin Zararah, daripada Muhammad Ibn al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata bahawa terdapat seorang  lelaki ‘abid di kalangan Bani Israel yang tidak bekerja, tetapi agak bernasib baik. Maka isterinya telah membelanjakan untuknya sehingga tidak ada lagi yang tinggal di sisinya. Mereka telah lapar untuk beberapa hari, lalu isterinya memberikan kepadanya kain yang diperbuat daripada bulu dan berkata kepadanya: Ini sahaja yang aku miliki, pergilah, juallah dan belilah sesuatu untuk kita makan.
       Diapun pergi, tetapi dia mendapati kedai telah ditutup, pembeli-pembeli telah bangun dan pulang, maka dia berkata: Kenapa tidak aku mengambil air ini, berwuduk, mencurahkan air ke atasku, kemudian aku pulang. Kemudian dia datang ke laut, tiba-tiba dia bertemu dengan seorang nelayan yang telah mencampakkan jalanya dan mengeluarkannya, maka dia mendapati seekor ikan buruk yang telah berada di jalanya sehingga busuk, maka dia berkata: Juallah kepadaku ikan ini dan aku akan memberikan kepada anda kain bulu ini di mana anda boleh memanfaatkannya untuk jala anda. Dia berkata: Ya, maka dia mengambil ikan dan memberikan kain bulu kepadanya. Kemudian dia pulang dengan ikan ke rumahnya, lalu memberitahu isterinya mengenai berita itu. Isterinya mengambil ikan itu untuk dipotong. Apabila dia membelahnya, terserlah mutiara di perutnya, lalu dia memanggil suaminya dan memperlihatkannya kepadanya.
       Lantas dia mengambilnya dan pergi ke kedai, lalu dia menjualnya dengan dua puluh ribu dinar. Kemudian dia pulang ke rumahnya dengan harta dan menyimpannya. Tiba-tiba  seorang peminta sedekah mengetuk pintu rumahnya dan berkata: Wahai tuan rumah, bersedekahlah kepada orang miskin, nescaya Allah memberi rahmat kepada kamu. Maka lelaki itu berkata: Masuklah, lalu diapun masuk, maka dia berkata kepadanya: Ambillah salah satu daripada dua karung itu, lalu diapun mengambilnya dan pergi.
       Maka isterinya berkata kepadanya: Subhanallah! Manakala kita baru senang, tiba-tiba separuh daripada kesenangan kita telah habis. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba seorang telah mengetuk pintu rumahnya, maka lelaki itu berkata kepadanya: Masuklah, maka diapun masuk, maka dia meletakkan karung pada tempatnya, kemudian berkata: Makanlah dengan riang hati, sesungguhnya aku adalah malaikat Tuhan anda, sesungguhnya Tuhan anda mahu menguji anda, maka Dia mendapati anda seorang yang bersyukur.

Khutbah Amir Al-Mukmin A.S Di Dhi Waqqar.

       586. Ahmad bin Muhammad, daripada Sa‘ad bin al-Munzir bin Muhammad, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada bapanya berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah di suatu tempat bernama Dhi Waqqar[74]. Beliau a.s telah memuji Allah, kemudian berkata:
      
       Amma ba‘du. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad (s.a.w) dengan kebenaran supaya mengeluarkan hamba-hamba-Nya dari menyembah hamba-hamba-Nya kepada menyembah-Nya. Daripada janji-janji hamba-hamba-Nya kepada janji-janji-Nya, daripada ketaatan kepada hamba-hamba-Nya kepada ketaatan kepada-Nya, daripada wilayah hamba-hamba-Nya kepada wilayah-Nya, memberi khabar gembira dan peringatan serta menyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dalam keadaan terang dan bersinar yang meliputi hukum-hukum yang telah diterangkan agar hamba-hamba-Nya mengetahui akan Tuhan mereka manakala mereka jahil mengenai-Nya, hendaklah mereka mengakui-Nya manakala mereka mengingkari-Nya, hendaklah mereka menetapkan-Nya selepas mereka mengingkari-Nya. Maka Allah telah terserlah kepada mereka di dalam Kitab-Nya tanpa mereka melihat-Nya, lantaran itu Dia memperlihatkan kepada mereka sifat lemah-lembut-Nya dan kemaafan-Nya serta kekuasaan-Nya.
       Dia telah menakutkan mereka dengan kekuasaan-Nya, bagaimana Dia telah menciptakan bukti-bukti, bagaimana Dia menghapuskan dosa-dosa daripada penderhaka-penderhaka, bagaimana Dia membalas dendam, bagaimana Dia memberi rezeki dan petunjuk, memperlihatkan kepada mereka kebijakan-Nya, bagaimana Dia menghukum, bersabar sehingga Dia mendengar apa yang Dia mendengar dan melihatnya. Allah telah mengutus Muhammad (s.a.w) untuk semua perkara tersebut. Kemudian akan datang ke atas kamu satu zaman di mana kebenaran menjadi perkara yang paling dirahsiakan dan kebatilan lebih terserlah, pembohongan terhadap Allah dan Rasul-Nya (s.a.w) lebih menonjol.
       Tidak ada barang yang lebih laris pada mereka pada zaman itu selain daripada Kitab (al-Qur’an) apabila dibaca dengan betul, tiada barang yang lebih mahal untuk dijual dan tiada yang lebih mahal daripada Kitab apabila diubah daripada tempatnya [75](idha hurrifa ‘an mawaadhi‘i-hi). Tidak ada perkara yang paling dibenci oleh semua peringkat selain dari melakukan perkara yang baik dan tidak ada perkara yang terkenal selain daripada kemungkaran, bukanlah kejahatan yang diingkari dan tidak ada balasan yang lebih daripada petunjuk ketika kesesatan. Pada zaman itu, Kitab (al-Qur’an) ditinggalkannya, dilupai penghafazannya sehingga hawa nafsu menguasai mereka yang mana mereka mewarisinya daripada bapa-bapa mereka. Mereka telah mengubah al-Qur’an secara pembohongan[76] (wa ‘amiluu bi-tahriif al-Kitaab kidhban), lalu menjualnya dengan harga yang murah sekalipun mereka dianggap zuhud (fa-baa‘uu-hu bi l-Bakhs wa kaanuu fi-hi min al-Zaahidiin). Kitab dan ahli Kitab[77] pada zaman itu kedua-duanya menjadi buruan dan sahabat yang akrab yang menuju satu haluan di mana kedua-duanya tidak boleh dilindungi[78].
       Justeru Kitab dan ahli Kitab berada di kalangan orang ramai, tetapi mereka pada hakikatnya tidaklah  bersama mereka, kerana kesesatan tidak menyetujui  petunjuk sekalipun kedua-duanya berhimpun. Mereka telah bersetuju untuk perpecahan, lalu mereka berpecah daripada jemaah[79]. Sesungguhnya orang yang mengurus urusan mereka dan urusan agama mereka adalah orang yang melakukan kelicikan, kemungkaran, rasuah dan pembunuhan seolah-olah merekalah pemimpin-pemimpin Kitab sedangkan Kitab bukanlah imam mereka.
       Kebenaran yang tinggal di sisi mereka hanyalah pada nama sahaja, mereka mengenali Kitab hanya pada tulisan khat sahaja. Apabila seorang yang masuk mendengar hukum al-Quran, maka dia tidak dapat menyakinkan orang yang duduk sehingga dia keluar daripada agama berpindah daripada agama raja kepada agama raja yang lain, daripada wilayah raja kepada wilayah raja yang lain, daripada ketaatan kepada raja kepada ketaatan kepada raja yang lain, daripada janji-janji raja kepada janji-janji raja yang lain. Maka Allah menguji mereka secara perlahan-lahan tanpa mereka mengetahuinya.
       Sesungguhnya “tipudaya” adalah kuat dengan cita-cita dan harapan sehingga mereka melahirkan anak-anak mereka di dalam kemaksiatan, mereka telah terlibat dengan kezaliman sehingga al-Quran tidak memberi pengertian apa-apa kepada mereka, lantas mereka tinggal di dalam kesesatan, lalu mereka beragama dengan agama selain daripada agama Allah.
       Masjid-masjid mereka membangun daripada kesesatan, rosak daripada petunjuk. Qari-qari dan ahli jawatan kuasa masjid adalah serugi-rugi makhluk Allah. Daripada merekalah berlakunya kesesatan dan kepada merekalah ia kembali. Justeru kehadiran di masjid-masjid mereka dan pergi kepadanya adalah kufur dengan Allah Yang Maha Besar melainkan orang yang pergi kepadanya mengetahui kesesatan mereka (fa-hudhuuru masaajidi-him wa al-Masyyu ilai-haa kufrun bi llahi l-‘Aziim illaa man masyaa ilai-haa wa hua ‘aarifun bi-dhalaali-him). Lantaran itu, masjid-masjid yang dibina oleh mereka adalah sebagai kerosakan daripada petunjuk, membangun daripada kesesatan. Sunnah Allah ditukarkan, hudud-Nya dicemari. Mereka tidak menyeru kepada petunjuk, tidak membahagi-bahagiklan al-Fai’, tidak menunaikan tugasan diri, mereka  mendakwa orang yang mati di kalangan mereka sebagai syahid.
       Sesungguhnya mereka mendatangi Allah dengan  pembohongan, keingkaran, mencukupi dengan kejahilan[80]. Mereka tidaklah seperti golongan yang soleh, kerana mereka menamakan kebenaran mereka ke atas Allah sebagai pembohongan dan mereka menjadikan  balasan yang jahat untuk kebaikan[81]. Lantaran itu Allah telah mengutus kepada kamu seorang rasul di kalangan kamu yang mengambil berat ke atas kamu dan mengasihani akan golongan mukminin. Dia telah menurunkan Kitab ke atasnya yang tidak didatangi oleh sebarang kebatilan di depannya dan di belakangnya, turun daripada Yang Maha Bijaksana, al-Qur’an yang berbahasa Arab tanpa keraguan bagi memberi peringatan kepada orang yang hidup dan membenarkan hujah kepada golongan yang kafir.
       Justeru janganlah angan-angan kamu melalaikankan kamu dan ajal kamu yang panjang [melupakan akhirat]. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu yang mempunyai angan-angan dan umur panjang sehingga sampai masa yang ditetapkan, lalu keuzuran  dan taubat tidak diterima lagi. Dan tempatnya digantikan dengan azab dan dendam. Sesungguhnya Allah telah menyampaikan kepada kamu dengan janji, menerangkannya kepada kamu, mengajarkan kamu sunnah, menghuraikan kepada kamu segala manhaj bagi menghilangkan sebarang alasan.
       Justeru sesiapa yang berpegang kepada firman-Nya sebagai petunjuk, maka Dia akan menunjukannya kepada apa yang lebih baik. Sesungguhnya jiran Allah adalah aman dan terjaga sementara  musuh-Nya merasa takut dan terpedaya. Lantaran itu, banyaklah berzikir kepada Allah dan takutlah kepada-Nya dengan takwa, dekatilah diri kepada-Nya dengan ketaatan, kerana Dia adalah dekat dan menyahuti seruan sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 186 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila dia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku. Dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. Lantaran itu, sahutilah seruan-Nya, berimanlah kepada-Nya, hormatilah Allah dengan sepenuhnya.
       Golongan yang mengetahui kebesaran Allah, hendaklah mereka bertawaduk kepada-Nya. Oleh itu, janganlah mereka mengingkari diri mereka selepas mencapai had makrifat dan janganlah mereka tersesat daripada petunjuk. Justeru janganlah kamu lari daripada kebanaran seperti larinya orang yang sihat daripada orang yang berkudis atau orang yang mempunyai penyakit. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak akan mengetahui kebijakan (al-Rusyd) sehingga kamu mengetahui orang yang meninggalkannya. Janganlah kamu mengambil perjanjian Kitab sehingga kamu mengetahui apa yang bermengenai dengannya.
       Janganlah kamu berpegang kepadanya sehinggalah kamu mengetahui orang yang telah meninggalkannya. Janganlah kamu membaca Kitab dengan bacaan yang sebenar sehingga kamu mengetahui orang yang telah mengubahnya (alladhi haraafa-hu)[82]. Kamu tidak akan mengetahui kesesatan sehingga kamu mengetahui petunjuk. Kamu tidak akan mengetahui takwa sehingga kamu mengetahui orang yang melanggarinya. Apabila kamu mengetahui semuanya ini, maka kamu akan mengetahui bid‘ah-bid‘ah dan kecuaian. Kamu telah melihat pembohongan ke atas Allah, ke atas Rasul-Nya, pengubahan (tahriif) kepada Kitab-Nya. Kamu telah melihat bagaimana Allah memberi petunjukNya, dan janganlah kamu gusar mengenai mereka yang tidak mengetahuinya.
       Sesungguhnya ilmu al-Qur’an tidak diketahui melainkan oleh orang yang telah merasai cita rasanya. Lantaran itu, kejahilan diketahui dengan ilmu, diperlihatkan dengannya apa yang tertutup, didengari dengannya apa yang pekak. Dengannya ilmu yang lalu diketahui, dihidupkan dengannya selepas seorang itu mati. Allah telah menetapkan kebaikan dan menghapuskan dengannya kejahatan sehingga keredaan Allah dicapai. Lantaran itu, tuntutlah perkara tersebut di sisi ahlinya secara khusus, kerana mereka adalah cahaya istimewa, para imam yang diikuti. Merekalah yang menghidupkan ilmu dan mematikan kejahilan, merekalah yang memberitahu kamu akan hukum mereka daripada ilmu mereka, diam mereka daripada percakapan mereka.
       Zahir mereka daripada batin mereka. Mereka tidak akan menyalahi agama dan mereka tidak berselisih mengenainya. Maka dia[83] di kalangan mereka sebagai saksi yang benar, pendiam, bercakap. Justeru mereka adalah saksi kebenaran, pemberita yang benar. Mereka tidak menyalahi kebenaran dan berselisih mengenainya. Sesungguhnya telah berlalu hukum Allah yang benar pada mereka sebagai peringatan kepada golongan yang mahu mengingatinya. Fikirlah kebenaran apabila kamu mendengarnya dengan fikiran yang terbuka (rational) dan janganlah kamu memikirkannya dengan akal yang tertutup[84]. Kerana perawi-perawi Kitab[85] adalah ramai dan orang yang menggunakan akalnya adalah sedikit, semoga Allah menolong kamu.

Fasiq, Faajir Dan Pendosa.
      
       587. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Umar bin Ali, daripada Muhammad bin Umar, daripada Ibn Adhinah berkata: Aku telah mendengar Umar bin Yazid berkata: Ma‘ruuf bin Kharbuudh  telah memberitahuku daripada Ali bin al-Husain a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s berkata: Orang yang sentiasa melakukan [maksiat] adalah fasiq, orang yang sentiasa bertengkar adalah faajiir (jahat) dan orang yang banyak percakapannya selain daripada zat Allah adalah pendosa (aathiman).

Apabila Ibrahim A.S Melihat Janggutnya.
      
       588. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Abban bin Uthman daripada al-Hasan bin ‘Ammaarah, daripada Na‘aim al-Qadhaa‘i, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Ibrahim a.s melihat janggutnya pada waktu pagi, lalu beliau a.s berkata: Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta yang telah menyampaikan aku ke tahap ini; aku tidak pernah menderhakai Allah walaupun sekelip mata.

Hadis Mengenai Malaikat Maut Dan Khabar Gembira Untuk Ibrahim A.S.
      
       589. Abban bin Uthman, daripada Muhammad bin Marwan, daripada orang yang telah meriwayatkannya, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Allah mengambil Ibrahim a.s sebagai khaliilan (teman), maka malaikat maut telah mendatanginya di dalam bentuk seorang muda yang berkulit putih di atasnya dua kain putih dan di kepalanya sedang mengeluarkan air dan minyak. Lalu Ibrahim a.s memasuki rumahnya. Beliau a.s telah menyambutnya di luar rumah. Ibrahim a.s adalah seorang yang paling cemburu.
       Apabila beliau a.s keluar rumah, beliau a.s menutup pintunya dan mengambil anak kuncinya bersamanya[86]. Kemudian beliau a.s kembali, lalu membukanya, tiba-tiba seorang lelaki yang tampan berdiri, lalu memegang tangannya dan berkata: Wahai hamba Allah, siapakah yang telah memasukkan anda ke rumahku? Maka dia  berkata: Tuannya yang telah memasukkan aku ke rumahnya, maka beliau a.s berkata: Tuannya adalah lebih berhak dengannya daripada aku, maka siapakah anda? Dia berkata: Akulah malaikat maut, lantas Ibrahim a.s terkejut dan berkata: Anda datang kepadaku untuk mengambil nyawaku? Dia berkata: Tidak, tetapi Allah telah mengambil seorang hamba sebagai khaliil. Justeru aku datang untuk memberitahunya mengenai khabar gembira, Ibrahim a.s berkata: Siapakah dia? Dia berkata: Anda, lalu beliau a.s masuk berjumpa dengan Sarah dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah telah mengambil aku sebagai seorang khaliilan.

Hadis Mengenai Malaikat Maut Dan Ibrahim A.S
      
       590. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Sulaim al-Faraa’ daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Abdullah a.s seumpamanya selain daripada beliau a.s berkata di dalam hadisnya: Sesungguhnya malaikat manakala dia berkata: Tuannya telah memasukkan aku di dalamnya, maka Ibrahim a.s telah mengetahui bahawa dia adalah malaikat maut, maka beliau a.s berkata kepadanya: Siapakah yang telah menurunkan anda? Dia berkata: Aku datang untuk memberitahu seorang lelaki bahawa sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai khaliil, maka Ibrahim a.s berkata: Siapakah lelaki itu? Maka malaikat maut berkata kepadanya: Apakah anda mahu daripadanya? Ibrahim a.s berkata kepadanya: Aku akan berkhidmat kepadanya sepanjang hidupku, maka malaikat maut berkata kepadanya: Andalah dia.
      
Hadis Mengenai Ibrahim A.S Dan Seorang  ‘Abid.

       591. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Malik bin ‘Atiyyah daripada Abi Hamzah al-Thumaali, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa Ibrahim a.s telah keluar pada suatu hari dengan untanya, lalu beliau a.s melalui di suatu tempat, tiba-tiba seorang lelaki sedang sembahyang, maka Ibrahim a.s berdiri dan mengaguminya. Beliau a.s duduk sambil menunggunya selesai sembahyang.
       Manakala dia sembahyang agak lama, maka Ibrahim a.s menggerakkannya dengan tangannya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya aku ada hajat, lalu lelaki itu memendekkan sembahyangnya, maka Ibrahim a.s duduk dan berkata kepadanya: Kepada siapakah anda sembahyang? Maka dia berkata: Kepada Tuhan Ibrahim, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Siapakah Tuhan Ibrahim? Dia berkata: Dialah yang telah menciptakan anda dan menciptakan aku, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Aku mengagumi anda, aku suka mempersaudarakan anda kerana Allah. Di manakah rumah anda jika aku mahu menziarah anda dan berjumpa dengan anda? Lelaki itu berkata kepadanya: Rumahku di balik laut ini dan musala aku adalah di tempat ini jika anda mahu berjumpa dengan aku insyaa’ Allah.
       Lelaki itu berkata kepada Ibrahim a.s: Adakah anda ada hajat? Ibrahim a.s berkata: Ya, maka dia berkata: Apakah dia? Anda menyeru Allah dan aku akan mengaminkan doa anda, aku berdoa dan anda mengaminkan doaku, maka lelaki itu berkata: Untuk apakah kita menyeru Allah? Maka Ibrahim a.s berkata: Untuk golongan mukmin yang berdosa. Lelaki itu berkata: Tidak, maka Ibrahim a.s berkata: Kenapa? Maka lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku telah menyeru Allah semenjak tiga tahun, tetapi aku tidak melihat jawapan-Nya sehingga pada masa ini. Justeru aku merasa malu kepada Allah  untuk berdoa kepada-Nya sehingga aku mengetahui bahawa Dia telah menyahuti doaku.
       Ibrahim a.s berkata: Kenapa anda telah berdoa kepada-Nya, maka lelaki itu berkata kepadanya: Sesungguhnya aku di musala aku ini, pada suatu hari, tiba-tiba seorang budak yang warak melaluiku, cahaya  bersinar daripada dahinya, dia mempunyai beberapa ekor lembu dan di belakangnya beberapa ekor kambing yang mengikutinya dengan teratur, ia mengagumkan aku, maka aku berkata kepadanya: Wahai budak, siapakah pemilik lembu dan kambing ini? Maka dia berkata: Pemiliknya adalah Ibrahim, aku berkata: Siapakah anda? Maka dia berkata: Aku adalah Ismail bin Ibrahim, khaliil al-Rahmaan.
       Lalu aku berdoa kepada Allah dan memohon kepada-Nya supaya menemukan aku dengan khaliil-Nya Ibrahim, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Akulah Ibrahim khalil al-Rahmaan dan budak itu adalah anak lelakiku, maka lelaki itu berkata pada masa itu juga: Segala puji bagi Allah kerana menyahuti seruanku, kemudian lelaki itu mengucupya dan memeluknya, kemudian dia berkata: Adapun sekarang, maka berdirilah dan berdoalah sehingga aku mengaminkan doa anda, lalu Ibrahim a.s berdoa untuk mukminin dan mukminat serta semua pelaku dosa daripada hari itu dengan keampunan dan keredaan, lelaki itu telah mengaminkan doanya.
       Abu Ja‘far a.s berkata: Doa Ibrahim a.s meliputi mukminin dan mukminat daripada Syi‘ah kami.

Kata-Kata Ali Bin Al-Husain A.S.
      
       592. Ali bin Muhammad, daripada beberapa orang sahabatnya secara marfuu’ berkata: Ali bin al-Husain a.s apabila membaca Surah al-Nahl (16): 18 “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” beliau a.s berkata: Subhanallah kerana Dia tidak menjadikan pada seorang untuk mengetahui semua nikmat-Nya melainkan secara taqsiir sebagaimana Dia tidak menjadikan pada seorang untuk mengetahui nikmat-Nya secara menyeluruh, kerana dia mengetahui bahawa ia tidak dapat dicapai olehnya.
       Lalu Dia bersyukur kepada golongan yang arif yang hanya mengetahui makrifat-Nya secara taqsiir, kemudian Dia menjadikan makrifat mereka secara taqsiir itu sebagai terima kasih kepada-Nya sebagaimana Dia telah mengetahui bahawa golongan yang alim juga tidak akan mencapainya, justeru Dia telah menjadikannya suatu iman sebagai tanda daripada-Nya bahawa Dia telah memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya [untuk mengenalinya], lantaran itu mereka tidak melampauinya. Sesungguhnya seorang hamba tidak akan mencapai hakikat ibadat kepadanya di dalam erti kata yang sebenar[87]. Maha Tinggi bagi Allah Tuhan semesta alam.

Tidak Seorang Keluar Menentang Hisyam Melainkan Dia Membunuhnya.
      
       593. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada ‘Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada ‘Anbasah bin Bijad al-‘Abid, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Kami telah berada di sisinya dan mereka telah menyebut Sultan Bani Umayyah, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Tidak seorang keluar menentang Hisyam melainkan dia membunuhnya, kemudian beliau a.s telah menyebut kerajaannya selama dua puluh tahun, lalu kami terkejut, maka beliau a.s berkata: Apakah gerangan kamu jika Allah kehendaki menghancurkan kekuasaan mereka, maka Dia memerintahkan malaikat supaya mempercepatkan perjalanan  falak, lalu Dia menetapkan apa yang Dia mahu? Maka kami telah berkata kepada Zaid dengan kata-kata ini, maka beliau berkata: Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hisyam bahawa Rasulullah (s.a.w) sedang dicaci di sisinya (Hisyam), tetapi beliau tidak mengingkarinya dan tidak mengubahkannya. Demi Allah, sekiranya tidak ada orang lain melainkan aku dan anak lelakiku, nescaya aku keluar menentangnya[88].

Khabar Muhammad Bin Abdullah Bin Al-Hasan Bin Ali A.S.
     
        594. Dengan sanad-sanad ini, daripada ‘Anbasah, daripada Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Muhammad bin Abdullah datang, lalu beliau memberi salam, kemudian beliau pergi. Kemudian Abu Abdullah a.s telah berlinang dua matanya, maka aku berkata kepadanya: Aku telah melihat anda melakukan kepadanya perkara yang mana anda tidak pernah melakukannya? Beliau a.s berkata: Aku telah mengasihaninya, kerana beliau mengaitkan kepada dirinya perkara yang bukan haknya[89], aku tidak mendapatinya di dalam kitab Ali a.s bahawa beliau di kalangan khalifah-khalifah umat ini atau di kalangan raja-rajanya.

Apakah Pengertian Al-Fataa?
      
       595. Ali bin Ibrahim secara marfuu’ berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada seorang lelaki: Apakah pengertian al-Fataa (pemuda) di sisi kamu? Pemuda itu memberi jawapan kepadanya[90], maka beliau a.s berkata: Tidak, al-Fataa al-Mu’min (pemuda adalah mukmin), sesungguhnya Ashaab al-Kahf adalah syeikh-syeikh (orang tua), lalu Allah menamakan mereka fityah (pemuda) dengan iman mereka.

Tafsir Firman Allah Surah Sabaa’ (34): 19 “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami
       596. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Sudair berkata: Seorang lelaki telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Sabaa’ (34): 19 “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami”, maka beliau a.s berkata: Mereka adalah golongan yang mempunyai kampung-kampung yang menghubungkan di antara satu sama lain, sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain dan mereka telah mengubahkan apa yang ada pada diri mereka[91].
       Lalu Allah menghantar ke atas mereka banjir yang besar, kemudian ia menenggelamkan kampung-kampung mereka, merosakkan rumah-rumah mereka serta menghilangkan harta-harta mereka. Kemudian Dia menukarkan taman-taman mereka yang banyak kepada dua taman sahaja. Satu taman mengeluarkan makanan yang “berduri” dan satu taman mengeluarkan bunga teratai. Kemudian Allah telah berfirman di dalam Surah Sabaa‘ (34): 17 “Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka kerana kekafiran mereka. Dan kami tidak menjalankan azab melainkan kepada golongan yang sangat kafir”.    

Sifat-Sifat Ahlu l-Bait A.S.
      
       597. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’ daripada Abu Basir, daripada Ahmad bin Umar berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata setelah didatangi oleh seorang lelaki yang berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu Ahlu Bait rahmat yang dikhususkan oleh Allah dengannya, maka beliau a.s berkata kepadanya: Begitu juga kami dan segala puji bagi Allah bahawa kami tidak memasukkan seorang di dalam kesesatan dan kami tidak mengeluarkan seorang daripada petunjuk[92]. Sesungguhnya dunia tidak akan berlalu sehingga Allah mengutus seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait yang beramal dengan Kitab Allah yang mana beliau tidak akan melihat pada kamu perkara yang mungkar melainkan beliau mengingkarinya.                                                                                                                                                                                                      

      






     


                                     

 

                                       

 

                                  BIBLIOGRAFI



Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________, Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Kasyi, al-Rijal,  Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Kulaini,  Usuul al-Kaafi, Beirut 14o5 H.
­­__________ ,  Raudhat  al-Kaafi,  Beirut, 1405 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.
Ibn al-Nadim,  al-Fihris , Baghdad, 1391H.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz  al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa’i, al-Khasaa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H,
al-Qurtubi, al-Jaami‘ li Ahkaam al-Qur’an, Cairo, 1381 H
al-Saduq , al-Amali , al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar, al-Najaf , 1391 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
_________, al-Itqaan fi  ‘Ulum al-Qur’an, Cairo, 1387
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382
____________, Jaami al-Turmudhi‘, Cairo, 1380
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.




[1] Tanpa amalan.
[2] Dakwah kepada orang ramai dengan bijaksana.
[3] Abu Abdullah a.s.
[4] Seorang Khawarij.
[5] Penyokong Bani Umayyah.
[6] Abu Bakr
[7] Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah mencintai Bani Umayyah daripada Bani Hasyim.
[8] Dia mendapat gambaran yang jelas daripada Allah.
[9] Abu Bakr dan Umar.
[10] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”
[11] Khidir a.s.
[12] Surah al-Baqarah(2):26 “Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu
[13] Imam Mubin adalah Amir al-Mukminin Ali a.s.
[14] Rasulullah s.a.w telah menyerahkan tugasan itu kepada para Imam Ahlu l-Bait a.s selepasnya.
[15] Penentang-penentang terhadap Ali a.s di dalam peperangan Jamal dan Siffin yang terdiri di kalangan para sahabat dan Tabi‘iin adalah lebih buruk daripada penentang-penentang terhadap Rasulullah s.a.w. Justeru mereka dilakanati oleh Allah, Rasul-Nya para malaikat-Nya.
[16] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”
[17] Mati di dalam keadaan mencintai Ahlu l-Bait a.s.
[18] Pengikut Ahlu l-Bait a.s sentiasa disisih, diusir, dipenjara dan dibunuh di sepanjang zaman.
[19] Mereka menentang Ahlu l-Bait a.s.
[20] Ini bererti syaitan mengetahui bahawa hanya para Imam a.s yang paling layak untuk memimpin umat Muhammad sebagaimana ia terserlah pada hari Ghadir Khum.
[21] Di Iraq.
[22] Al-Husain bin Ali a.s.
[23] Kerana al-Husain a.s di atas kebenaran.
[24] Hadis dha‘if.
[25] Pencinta kepada pengikut Ahlu l-Bait a.s akan ke syurga Insya’ Allah.
[26] Ahli kebenaran sekalipun sedikit.
[27] Umar bin al-Khattab.
[28] Datuk Umar.
[29] Umar bin al-Khattab.
[30] Ibu al-Khattab dikenali juga dengan nama Sahhaak.
[31] Diriwayatkan daripada Imam Ja‘far al-Sadiq a.s bahawa beliau a.s berkata: Sahhaak adalah hamba perempuan kepada  ‘Abd al-Muttalib. Dia adalah seorang yang cantik, penternak unta kepada Abd al- Muttalib, berasal dari Habsyah. Dia telah cenderung untuk berkahwin. Maka Nufail melihatnya di tempat ternakan unta, telah jatuh cinta kepadanya, lalu melakukan hubungan seks (zina) dengannya. Kemudian dia melahirkan al-Khattab. Apabila al-Khattab mencapai usia baligh, dia melihat kepada ibunya Sahhaak, lalu dia terpesona dengan kecantikannya, kemudian melakukan hubungan seks dengannya. Akhirnya dia telah melahirkan Hantamah, ibu Umar. Apabila Sahhaak melahirkanya, dia membalutnya di dalam kain bulu dan membuangnya di jalan Makkah. Kemudian Hisyam bin al-Mughirah mengambilnya dan membawanya ke rumah. Maka dia telah memeliharanya, dan menamakannya Hantamah. Lihat Al-Allamah al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, hlm. 99, Beirut, 1993.


        

[32] Abu Bakr tidak percaya bahawa Rasulullah s.a.w sebagai seorang nabi.
[33] Imam al-Mahdi a.s.
[34] Penentang Ahlu l-Bait a.s.
[35] Tidak boleh melakukan sebarang penentangan tanpa persedian yang secukupnya.
[36] Sahabat Rasulullah s.a.w ada yang muslim dan ada yang kafir.
[37] Syaitan bersyarikat di dalam persetubuhan manusia di dalam firman Allah Surah al-Israa’ ( 17): “Dan bersyarikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak”. Abu Basir telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai ayat tersebut, maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya syaitan datang sehingga dia duduk di atas perempuan sebagaimana duduknya seorang lelaki di atasnya, dia melakukan sebagaimana dilakukan oleh lelaki dan dia berkahwin sebagaimana lelaki berkahwin. Di dalam riwayat yang lain: Syaitan mengeluarkan air mani sebagaimana lelaki mengeluarkannya. Aku berkata: Bagaimana cara untuk mengetahuinya? Beliau a.s berkata: Dengan kecintaan kerpada kami dan kebencian kepada kami (bi-hubbi-naa wa baghdhi-naa). Sesiapa yang mencintai kami, maka dia adalah daripada mani manusia (fa-man ahabba-naa kaana min nutfati al-‘Abd) dan sesiapa yang benci kepada kami, maka dia adalah daripada mani syaitan (man abghadha-naa kaana nutfata al-Syaitan). Kemudian Abu Abdullah a.s menjelaskan mengenai percampuran mani manusia dengan mani syaitan apabila ia berlaku. Maka beliau a.s berkata: Kemungkinan dia dijadikan daripada salah satu daripada air mani tersebut atau dia dijadikan  daripada kedua-duanya (bab al-Qaul ‘anda al-Baah wa maa ya‘simu min musyarikati al-Syaitan) hadis no.2, no. 5 dan no.6, al-Furu’ min al-Kafi, v, hlm. 502-3. Justeru anak-anak (lelaki) perempuan sundal, menurut Abu Abdullah a.s, adalah anak-anak yang dilahirkan oleh perempuan yang telah ditiduri oleh lelaki (manusia) tanpa nikah menurut syarak atau dia ditiduri oleh suaminya yang sah, tetapi syaitan menidurinya bersama-sama suaminya tanpa pengetahuan isteri dan suaminya, lalu percampuran mani suami, syaitan dan isteri berlaku. Kemudian ia dikandung oleh isteri (sundal) sehingga melahirkan anak. Dan anak ini akan membenci Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w.
[38] Di dalam mashaf Uthman disebut al-Taaghuut, bukan al-Tawaaghiit.
[39] Abu Hanifah adalah seorang nasibi.
[40] Mengikut Satu riwayat Umar pernah melakukan nikah mut‘ah begitu juga anaknya Abdullah dan para sahabat yang lain. Apabila dia menjadi khalifah, dia mengharamkannya. Umar Juga diriwayatkan bahawa dia telah melakukan hubungan seks di luar tabi‘i dengan isterinya (anal sex ). Pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tergesa-gesa sambil berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah binasa, Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah yang telah membinasakan anda? Umar menjawab: Semalam aku telah melakukan seks dengan isteriku melalui duburnya (Aku telah “meliwat” isteriku). Maka Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya. Kemudian turun firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 223 “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat bercocok tanam, maka datangilah tanah  tempat bercocok- tanammu itu di mana saja kamu kehendaki” Lihat al Turmudhi, Jaami‘ al-Turmudhi, ii, hlm 382 (bab Tafsir ayat al-Harth (2:223). Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 264 ayat al-Harth (2:223). Ini bererti Kelakuan seks Umar di luar tabi‘i dengan isterinya melalui duburnya itu tidak membinasakannya, malah ia adalah mubaah.. Lantaran itu, tidak hairanlah, jika Imam Malik telah melakukan persetubuhan dengan isterinya melalui duburnya (“meliwat” isterinya). Pada suatu hari  Sahil telah bertanya Imam Malik mengenai persetubuhan dengan isteri melalui duburnya adakah ia dibenarkan? Imam Malik berkata: Aku baru saja membersihkan kemaluanku daripadanya (Aku telah meliwat isteriku dan aku baru saja membersihkan kotorannya dari kemaluanku). Lihat al-Qurtubi, Jaami‘ al-Ahkaam, I,352 ayat al-Harth (2:223).
[41] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku.
[42] Orang yang mengikut Ali a.s kerana Ali adalah Harun a.s umat ini.
[43] Orang yang mengikut Abu Bakr kerana  Abu  Bakr adalah al-‘Ajal (lembu jantan) umat ini. Pada asalnya lembu jantan ini disembah dan dipuja oleh pengikut-pengikut yang tidak setia kepada Musa dan Harun a.s. Demikianlah  dengan pengikut-pengikut Abu Bakr yang memujanya, tidak setia kepada Nabi Muhammad s.a.w dan Ali a.s.
[44] Larangan bukan wajib, ia merupakan pilihan.
[45] Mendapat pahala kerana berpegang kepada mazhab Ahlu l-bait a.s dan kerana umpatan mereka terhadapnya. Ia bukan bererti bahawa Syi‘ah tidak perlu mengerjakan solat, puasa, haji dan sebagainya.
[46] Umar tidak mematuhi Rasulullah s.a.w sehingga dia mencadang orang lain bagi menjalankan urusan Rasulullah s.a.w.
[47] Isteri nabi Lut tidak mentaati Nabi Lut a.s.
[48] Hadis dhaif.
[49] Berhala-berhala. Kata-kata Uthman menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang mukmin.
[50] Allah s.w.t
[51] Berpegang kepada Ahlu l-Bait a.s adalah perkara yang tidak dapat dielakkan jika seorang itu mahu kejayaan di akhirat.
[52] Sepatutnya Abu Bakr tidak meninggalkan Rasulullah s.a.w yang sedang menunggu kedatangan Ali a.s dari Makkah.
[53] Nama sindiran kepada Bani al-‘Abbas atau pemerintah yang zalim.
[54] Jika Abu Bakr, Umar dan Mu‘awiyah telah menolak Islam ke belakang menurut hadis tersebut, maka pengikut-pengikut mereka pun sama. Justeru mereka juga membuat Rasulullah s.a.w berdukacita.
[55] Memenggalkan kepala-kepala sahabatnya, kerana dosa dan nifak mereka.
[56] Dia tidak memberi baiah kepadanya dan kepada bapanya a.s.
[57] Menurut satu riwayat bahawa Aazar bukanlah bapa kandung Ibrahim a.s, dia adalah bapa saudaranya yang kemudian mengahwini ibunya. Bapa kandungnya bernama Taarih.
[58] Kapak yang matanya melintang
[59] Di bakar.
[60] Kotak empat persegi.
[61] Abu Abdullah a.s membaca khaalafuu bukan khullifuu.
[62] Abu Abdullah a.s telah membaca al-Taa’ibiin al-‘Aabidiin sebagai ‘ataf kepada al-Mu’miniin di dalam Surah al-Taubah(9):111.
[63] Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394, al-Turmudhi, Sahih, v, hlm 191 menyatakan bahawa Surah al-Dhaariyaat (51): 58 telah diubah dari teks asalnya “Innii anaa al-Razzaaq” kepada  “Inna llaha huwa al-Razzaaq”, iaitu teks sekarang.
[64] Abu Abdullah a.s telah membaca ayat di atas sedemikian. Justeru perbezaannya adalah pada perkataan naa (kami). Sementara mashaf Uthman menyebut kum (kamu).
[65] Abu Abdullah a.s membaca ‘alaa rasuli-hi sementara mashaf Uthman hanya membaca ‘alai-hi (rasul).
[66] Menguasai kami.
[67] Ia menunjukkan kelebihan para Imam Ahlum l-Bait a.s
[68] Iaitu pertukaran bentuk manusia kepada bentuk binatang sebagai suatu azab ke atas mereka.
[69] Bilangan penempatan tentera.
[70] Tidak terhad kepada bilangan tertentu.
[71] Berkhidmat di dalam peperangan.
[72] Tanpa berhenti.
[73] Menyamar sebagai seorang lelaki yang kuat ibadat.
[74] Khutbah ini telah diriwayatkan juga melalui sanad-sanad yang lain.
[75] Diubah atau ditafsirkan menurut penguasa.
[76] Al-Bukhari di dalam Sahihnya, vi, hlm. 210 menyatakan bahawa Surah al-Lail (92): 3 telah ditambah perkataan “Maa khalaqa”. Justeru ayat yang asal ialah “wa al-Dhakari wa al-Unthaa”, tanpa ‘Maa khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Dardaa’, kemudian ia dicatat oleh Muslim, Sahih, 1, hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, v, hlm.191.
[77] Guru-guru al-Qur’an yang sedemikian rupa.
[78] Mereka tidak boleh dipercayai lagi, kerana menjual agama dengan dunia.
[79] Jemaah ahli kebenaran sekalipun sedikit.
[80] Tidak mahu mencari kebenaran.
[81] Mereka memahami suatu perkara secara terbalik; mereka menganggap bahawa golongan mukmin di sisi Allah dan Rasul-Nya adalah kafir dan golongan yang kafir di sisi Allah dan Rasul-Nya adalah mukmin.
[82] Al-Suyuti, al-Itqaan, ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa  ‘Aisyah menyatakan bahawa Surah al-Ahzab (33): 56, pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca “ wa  ‘ala lladhiinaa yusalluuna al-Sufuuf al-Uwal” selepas “inna llaha wa malaikata-hu yusalluunaa  ‘alaa al-Nabi…  ‘Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf.
[83] Seorang imam di kalangan para Imam Ahlu l-Bait a.s
[84] Secara hafazan sahaja.
[85] Al-Qur’an dan Hadis.
[86] Mengunci Sarah di dalamnya.
[87] Hanya golongan tertentu sahaja.
[88] Ini bererti bahawa jika Rasulullah s.a.w dan keluarganya dicaci, maka para hadirin yang mampu hendaklah mempertahankan maruah mereka a.s.
[89] Menuntut jawatan khalifah.
[90] Mengikut pengertian al-Fataa dari segi bahasa.
[91] Tidak bersyukur kepada nikmat Allah.
[92] Kedatangan Imam al-Mahdi adalah satu kepastian.
_____________________________________________
TAMMAT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar